The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

TUGASAN 1 MPU3441a (PANDU PUTERI KADET I )

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Aida Nabila, 2024-02-28 11:00:58

BUKU LOG DIGITAL PANDU PUTERI

TUGASAN 1 MPU3441a (PANDU PUTERI KADET I )

Kami puji, nikmat diberi Matahari, bintang-bintang, langit biru; Mana pergi, hidup kami, Tuhan saksi. Thanks and praise, for our days, Neath the sun, Neath the stars, Neath the sky; As we go, this we know, God is nigh. Lagu Taps Siang Lagu Taps Malam Malam datang, siang hilang, Dari laut, dari gunung, dari langit, Semua selamat, sihat rehat, Berkat Tuhan. Day is done, gone the sun, From the sea, from the hills, from the sky, All is well, safely rest, God is nigh. Lagu Taps Siang dinyanyikan selepas setiap perjumpaan atau acara Pandu Puteri yang berakhir pada waktu siang. Tambahan lagi, lagu ini dinyanyikan melalui dua bahasa yang dimulai dengan bahasa Melayu dan selanjutnya bahasa Inggeris. Lagu Taps Malam dinyanyikan selepas setiap perjumpaan atau acara Pandu Puteri yang berakhir pada waktu petang atau malam. Lagu ini turut dinyanyikan melalui dua bahasa iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. iMBAS UNTUK NYANYI BERSAMA: 47


Lagu-lagu Pandu Puteri Tunas 49


BUNGA SIANTAN Siantan datang berkawan, Berani macam pahlawan. BUNGA MELUR Melur taat dan setia, Berusaha setiap masa. BUNGA KENANGA Kami bernama Kenanga, Berjasa bertenaga. BUNGA CEMPAKA Cempaka bersuka ria, Menolong orang duka. BUNGA TERATAI Bunga Teratai nama kami, Bekerja setiap hari. BUNGA KESIDANG Kami Kesidang datang, Menolong pagi petang. iMBAS UNTUK NYANYI BERSAMA: 50


Bendera Malaysia dan Maksudnya 51


Anak bulan bermaksud agama rasmi negara Malaysia ialah Islam. Bintang pecah 14 menunjukkan perpaduan 13 buah negeri dan sebuah kerajaan persekutuan iaitu Kedah, Pahang, Kelantan, Johor, Perak, Perlis, Selangor, Negeri Sembilan, Terengganu, Sarawak, Pulau Pinang, Sabah, Melaka dan Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya). 14 jalur merah dan putih melintang dan mempunyai lebar yang sama dengan jalur merah di sebelah atas dan berakhir dengan jalur putih di sebelah bawah. 14 jalur merah dan putih yang melintang itu menandakan keanggotaan 13 buah negeri dan sebuah kerajaan Persekutuan. Biru tua melambangkan perpaduan rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Kuning bermaksud kedaulatan Raja Berpelembagaan. Putih melambangkan kesucian, keikhlasan dan kesungguhan. Merah melambangkan keberanian dan bersedia dalam menghadapi segala rintangan. Gabungan tiga warna iaitu merah, biru dan putih melambangkan setia kawan Persekutuan Tanah Melayu dan United Kingdom serta penyatuan Tanah Melayu dengan Negara-negara Komanwel. 52


Bendera Persatuan Pandu Puteri Malaysia dan Maksudnya 53


Tiga rangkaian daun lebar melambangkan tiga Persekutuan Pandu Puteri. Bintang yang berpecah melambangkan 13 buah negeri dan sebuah Wilayah Persekutuan di Malaysia iaitu Kedah, Pahang, Kelantan, Johor, Perak, Perlis, Selangor, Negeri Sembilan, Terengganu, Sarawak, Pulau Pinang, Sabah, Melaka dan Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya). Lencana Pandu Puteri Malaysia di bahagian tengah dengan latar berwarna biru membawa maksud matahari menyinari setiap kanak-kanak di Malaysia. 54


Bendera Dunia dan Maksudnya 55


Tiga blok atau petak berwarna jingga yang disusun secara sederet dan menyerong di bahagian bawah sebelah kanan melambangkan 3 bahagian Persetiaan. Bahagian putih di penjuru sebelah kanan bermaksud komitmen semua ahli Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia terhadap keamanan. Akhir sekali, lambang trefoil dunia pada latar belakang berwarna biru melambangkan matahari menyinari kanakkanak di dunia. 56


Istiadat Pandu Puteri Tunas 57


Lingkungan Tunas dilaksanakan dan dipimpin oleh pemimpin iaitu Kakak Setia atau Siti Setia pada setiap perjumpaan yang terdapatnya perjumpaan pasukan. Antara peralatan yang diperlukan ialah penant Tunas Puteri. Cara untuk ahli masuk membentuk lingkungan adalah secara rekaan iaitu menggunakan tema. Contohnya, haiwan, kenderaan, dan lain-lain. Tujuan penggunaan tema adalah untuk menarik perhatian ahli untuk melakukan lingkungan besar secara lebih teratur dan cekap. Lagu yang perlu dinyanyikan pula ialah lagu Pandu Puteri Tunas dan lagu Kumpulan. Akhir sekali, perjumpaan ditutup dengan rekaan dan menyanyikan lagu Lonceng Pandu Puteri Tunas. Aktiviti yang dilakukan semasa dalam lingkungan besar ialah menyampaikan maklumat, memeriksa kebersihan ahli dan pakaian seragam, membuat kutipan dan sebagainya. CARA ISTIADAT LINGKUNGAN: Pemimpin akan menentukan tempat perjumpaan dilakukan dan meletakkan penant ditengah-tengah kawasan. Kemudian, beliau menetapkan tema untuk rekaan membentuk lingkungan. Setelah selesai, pemimpin boleh memanggil kumpulan untuk masuk secara satu persatu. 1. Arahan : Ketua Kumpulan berenam akan membentuk lingkungan dimulakan dengan kumpulan Kesidang. 2. Respon : Kumpulan Kesidang masuk seperti arnab bergerak sebaris mengelilingi penant dan kemudia berdiri dalam lingkungan besar yang memuatkan keenam-enam kumpulan. 3. Apabila semua kumpulan telah masuk dan berdiri dalam bulatan lingkungan besar tersebut, semua ahli berpegang tangan dan berskip ke kiri dan kemudian ke kanan sambil menyanyikan lagu Pandu Puteri Tunas. 4. Istiadat Lingkungan Tunas 58


KEDUDUKAN AHLI BARU DALAM LINGKUNGAN: Setiap kumpulan akan masuk secara bergilir tanpa memegang tangan ahli yang lain, diteruskan dengan berskip dan ‘humming’ lagu kumpulan ‘na na na na....’. 1. Kemudian, ahli baru akan membuat lingkungan kecil disekeliling penant dan memegang tangan serta skip ke kiri dan kanan sambil menyanyikan lagu kumpulan. 2. Seterusnya, ahli kumpulan akan melepaskan tangan dan masuk semula ke lingkungan besar dengan didahului Ketua Kumpulan. 3. Semasa berskip semula ke lingkungan besar, ahli sekali lagi ‘humming’ lagu kumpulan. 4. Selepas selesai keenam-enam kumpulan menyanyikan lagu kumpulan masing-masing, semua ahl perlu memegang tangan dalam lingkungan besar, kemudian skip ke kiri dan kanan beramai-ramai serta menyanyikan lagu Pandu Puteri Tunas. 5. Selesai sahaja, semua ahli melepaskan tangan dan berdiri dalam keadaan tegak dan sedia. 6. 7.Arahan pemimpin : ‘T.O.S’ Respon ahli : Tangan dalam keadaan hormat dan menyebut ‘T.O.S’ sebanyak 3 kali. Selepas itu, turunkan tangan dan berdiri dalam keadaan sedia. 8. Lingkungan boleh diakhiri dengan cara rekaan atau cara yang digunakan dalam Ladam Kuda. 9. 59


Istiadat ini merupakan satu cara yang menarik untuk tujuan perbincangan, mengundi, membuat keputusan dan aktiviti bercerita. Istiadat Pow Wow ini dikendalikan oleh pemimpin. CARA MELAKSANAKAN ISTIADAT POW WOW: 1.Pemimpin akan memanggil ahli untuk melakukan Pow Wow. Kemudian, ahli akan memberi respon dengan berpegang tangan dan menyebut ‘Pow Wow’ sebanyak 3 kali. 2. Kemudian, semua ahli akan berkumpul untuk membuat lingkungan kecil dan duduk berlutut. 3. Pemimpin akan memberi arahan kepada ahli sekiranya mereka ingin memberi pendapat, mereka perlu meletakkan tangan di atas telinga seperti arnab menggunakan 3 jari. 4. Semasa ahli ingin memberi undi rahsia, letakkan tangan di belakang dan tunjukkan isyarat seperti genggam jari yang menunjukkan tidak setuju manakala buka genggaman menunjukkan setuju. 5. 6.Pemimpin boleh bergerak mengelilingi belakang ahli untuk mengira undian. 7.Apabila selesai Pow Wow, semua ahli boleh berdiri dan bersurai. Isyarat Pow Pow 60


Istiadat ini merupakan satu cara untuk ahli Pandu Puteri Tunas menyambut tetamu dan orang kenamaan. Istiadat dilakukan oleh semua ahli dalam lingkungan besar. CARA MELAKSANAKAN ISTIADAT HORMAT BESAR: Semua ahli berdiri tegak dalam keadaan sedia dan kedua-dua tangan diletakkan dibawah dagu seperti kuntum bungan yang belum berkembang. 1. 2.Tetamu akan dibawa oleh ahli lain dan akan masuk ke lingkungan. Pemimpin boleh memberi isyarat untuk ahli secara serentak beraksi menggayakan kuntum bunga yang bertutup beransur-ansur berkembang. 3. Kemudian, semua ahli dalam lingkungan besar secara serentak menepuk tangan di atas bahu kiri sebanyak 4 kali sambil mengucapkan ‘Selamat Datang’. Perkara ini diulangi pada bahu kanan. 4. 5.Seterusnnya, semua ahli berdiri tegak dan memberi isyarat hormat. 6.Selepas itu, semua ahli boleh menyanyikan lagu ‘Selamat Datang’. Istiadat Hormat Besar iMBAS UNTUK NYANYI BERSAMA: 61


Istiadat ini merupakan istiadat khas yang diadakan kepada Pandu Puteri Tunas mendapat sayap terbang ke sekolah menengah sebagai Pandu Puteri Remaja apabila memasuki sekolah menengah dan setelah selesai menyiapkan 3 fail log dengan berjaya mengumpulkan 9 lencana wajib. CARA MELAKSANAKAN ISTIADAT TERBANG NAIK: Ketua akan membawa ahli yang mendapat sayap terbang naik ke hadapan Kakak Setia. Kemudian, ketua akan memberi hormat dan melaporkan kepada Kakak Setia. 1. 2.Selanjutnya, Kakak Setia akan membalas hormatnya. Selepas itu, ahli secara satu persatu akan memberi hormat kepada Kakak Setia dan kemudian dia akan disematkan lencana sayap dan seterusnya dipakaikan sayap. 3. 4.Setelah selesai, ahli akan memberi hormat kepada Kakak Setia. Kemudian, ahli yang telah sedia untuk upacara terbang naik akan mengucapkan selamat tinggal kepada ahli Pandu Puteri Tunas yang lain dengan bersalaman mengelilingi lingkungan besar dan diterusnya sekali lagi mengelilingi lingkungan dengan pergerakan terbang. 5. Selepas itu, pemimpin Pandu Puteri Remaja menyambut ketibaan Pandu Puteri Tunas tersebut. 6. Ahli Pandu Puteri Remaja akan menyambut dengan tepukan ‘Selamat Datang’. 7. Ahli Pandu Puteri Tunas tersebut akan membalas dengan tepukan ‘Terima kasih’. 8. 9.Akhir sekali, pemimpin akan memberi arahan untuk keluar lingkungan. Istiadat Terbang Naik 61


Istiadat Ladam Kuda 62


63


64


65


66


BAHAGIAN B: SEJARAH PERKEMBANGAN DAN STRUKTUR ORGANISASI 67


Pengurusan dan Struktur Organisasi Pandu Puteri Malaysia 68


PESURUHJAYA BAHAGIAN PESURUHJAYA PERKEMBANGAN YDP CAWANGAN YB DATO’ WAN AZIZAH BINTI DATO’ DR. WAN ISMAIL KETUA PESURUHJAYA CAWANGAN YBHG. DATO’ YEOH SOO KENG TIMBALAN YANG DIPERTUA YM DATO’ TENGKU SHIREEN BINTI ALMARHUM DATO’PADUKA TENGKU SULEIMAN PENAUNG TUNKU AZIZAH AMINAH MAIMUNAH ISKANDARIAH BINTI ALMARHUM AL-MUTAWAKKIL ALALLAH SULTAN ISKANDAR AL-HAJ Pengurusan dan Struktur Organisasi Pandu Puteri Malaysia (PPPM) 69


PESURUHJAYA PERKEMBANGAN PESURUHJAYA PROGRAM CIK ALIZA BINTI ALEXANDER SELVARATNAM @ SALIM PESURUHJAYA ANTARABANGSA CIK GOH YUE WAY (JUDY) PESURUHJAYA STRUKTUR PUAN CRYSTAL WONG PESURUHJAYA KEMASYARAKATAN DR. ZANARIAH BINTI AHMAD PESURUHJAYA LATIHAN PUAN HINDON BINTI AHMAD PESURUHJAYA KEAHLIAN PUAN SIVAGAMI A/P GOVINDASAMY PESURUHJAYA BAHAGIAN PESURUHJAYA RENJER PUAN AZLUL ADILAH ZAGHLOL PESURUHJAYA REMAJA PUAN HARIYANI BINTI MOHAMED PESURUHJAYA TUNAS PUAN JULIA ZAINIRA BINTI ZAIMON PESURUHJAYA GUILD PUAN JURIAH BINTI MOHAMED PESURUHJAYA KELIP-KELIP PUAN MAIZATUL AKMAM BINTI HASAN HUSAINI PESURUHJAYA KLOVER DR. NOR ZAFIR BINTI MD SALLEH Struktur Organisasi Lembaga Eksekutif Kebangsaan PPPM 70


Pengurusan dan Struktur Organisasi Pandu Puteri Malaysia Cawangan IPGKPM 71


PENAUNG YBRS. DR. REKTOR YANG DIPERTUA CAWANGAN 1 DR. NORSITA BINTI ALI SETIAUSAHA KEHORMAT PN. SHAHALIZA BINTI HALIM PENOLONG SETIAUSAHA KEHORMAT PN. AZIZAH BITNI ALIAS TIMBALAN KETUA PESURUHJAYA CAWANGAN DR. NOOR HABIBAH BINTI KADERAN KETUA PESURUHJAYA CAWANGAN DR. SITI ROSNI BINTI MOHAMAD YUSOFF YANG DIPERTUA CAWANGAN 2 DR. ZANARIAH BINTI IBARAHIM PEMANGKU BENDAHARI KEHORMAT DR. NOOR HABIBAH BINTI KADERAN PESURUHJAYA PERKEMBANGAN PJ PERHUBUNGAN DENGAN MASYRAKAT: PN. NORLIZA BINTI SAMIN PJ LATIHAN: PN. ROZIATON BINTI JAMROS PJ STRUKTUR DAN PENGURUSAN: DR. THIRUMAGAL A/P NAKAR SALAPAN PJ ANTARABANGSA: DR. CHRISTINA JOHN PJ PROGRAM: DR. SHOLEHAH BINTI ISMAIL PJ KEAHLIAN: CIK LUVRINA BINTI JAMALUDIN PESURUHJAYA BAHAGIAN PJ PANDU PUTERI TUNAS: DR. HJH ZAINAB BINTI NAWAB KHAN PJ TREFOIL GUILD: CIK MAZNAH BINTI SHAARI Pengurusan dan Struktur Organisasi Pandu Puteri Malaysia Cawangan IPGKPM 72


Pengurusan dan Struktur Organisasi Pandu Puteri Malaysia Cawangan IPGPM 73


Pengurusan dan Struktur Organisasi Pandu Puteri Malaysia Cawangan IPGPM LEFTENAN DR. HJH SHOLEHAH BINTI ISMAIL SETIAUSAHA SAIDATUL NISHA BINTI SHAHRUL NIZAM KETUA PASUKAN NURUL ALIYA MAISARAH BINTI MOHD HAFFIZ KAPTEN DR. HJH. KARTINI BINTI ABDUL MUTALIB BENDAHARI NOR SYAFINAS BINTI KHAIRUDDIN PENGERUSI JK PERKHEMAHAN NUR ADLINA BINTI ASHRI PENGERUSI JK PROGRAM RAIHANAH BINTI ABDULLAH ZAWAWI PENGERUSI JK LATIHAN NURUL FAZILA BINTI AZEMI PENGERUSI JK KEMASYRAKATAN ALYA ALYSSA BINTI MD JIZAT 74


Sejarah Perkembangan World Assosiation Girl Guides and Girl Scouts (WAGGGS) 75


Menurut (WAGGS) menyatakan bahawa anggaran 250 juta Pandu Puteri dan Pengakap Puteri telah mengubah kehidupan dan membina dunia ke arah lebih baik mellaui pembangunan kepimpinan, tindakan komuniti, perkhidmatan masyarakat, pendidikan rakan sebaya dan advokasi dalam tempoh kira-kira lebih 100 tahun kewujudan persatuan-persatuan tersebut. Sejarah Perkembangan World Assosiaation Girl Guides (WAGGGS) Oleh hal tersebut, Majlis Antarabangsa telah mengenali mereka dan tindakan telah dilakukan secara pantas untuk mereka melakukan perjalanan ke luar negara dengan mengadakan Perkhemahan Dunia Pertama yang dianjurkan bersama Persidangan Antarabangsa Ketiga pada tahun 1924 yang bertempat di Foxlease, United Kingdom dengan membawa seramai 1100 orang gadis dan wanita muda dari 40 buah negara. Pada tahun 1920, Persidangan Dunia Pertama telah diadakan di England yang turut menjadikan perkara tersebut adalah peristiwa bersejarah yang memberi peluang kepada wakil Dunia Bimbingan Puteri dan Pengakap Puteri untuk bertemu dan menyampaikan serta berkongsi pendapat, idea serta pengalaman. Hal ini dapat menyumbang kepada peningkatan dan pengukuhan pengalaman kepada persatuan tersebut serta meningkatkan kesedaran masyarakat seluruh dunia tentang kewujudan profil pergerakan persatuan-persatuan tersebut. 76


Pergerakan tersebut terus berkembang sehingga wakil negara mula membuat keputusan untuk menubuhkan satu persatuan dunia yang lebih kukuh dan bersatu. Idea tersebut telah dicadangkan selepas Persidangan Dunia Keempat dilakukan pada tahun 1926. Sejarah Perkembangan World Assosiaation Girl Guides (WAGGGS) Sebuah pilihan raya telah dilaksanakan bagi menentukan Jawatankuasa Dunia. Oleh itu, Lord dan Lady Baden-Powell telah dilantik untuk memegang jawatan tersebut serta Pengarah Biru Dunia akan menjadi ahli ex-officio. Tambahan lagi, Persidangan Dunia akan diadakan setiap tiga tahun sekali dan sehingga pada hari ini persidangan tersebut masih kekal dilakukan yang berperanan sebagai platform untuk membuat dasar dan keputusan bagi Organisasi Ahli. Lord Robert Baden-Powell yang merupakan Pengasas Pergerakan telah meminta pendapat semua Pandu Puteri dan Persatuan Pengakap Puteri untuk mereka mempertimbangkan idea cadangan tersebut. Pada tahun 1928, sebanyak 26 buah negara telah mengadakan delegasi di Persidangan Antarabangsa Kelima yang bertempat di Hungary. Hasil delegasi tersebut telah mendapat keputusan secara sepakat untuk menubuhkan Persatuan Pandu Puteri dan Pengakap Puteri Sedunia atau World Association of Girl Guides and Girl Scouts (WAGGGS) dengan Biro Sedunia sebagai sekretariatnya yang bertempat di London bagi menggantikan badan penasihat iaitu Majlis Antarabangsa yang ditubuhkan pada tahun 1919. Kesimpulannya, Persidangan Dunia amat memainkan peranan penting dalam membentuk pengalaman kolektif Bimbingan Puteri dan Pengakap Puteri untuk membawa beberapa buah negara bersama-sama bagi berkongsi visi dan matlamat mereka berkaitan pergerakan dan perubahan yang hendak dilakukan secara berterusan untuk mengubah masa depan dunia. 77


Kronologi Penubuhan WAGGGS 78


Kronologi Penubuhan WAGGGS 79


Orientasi Kurikulum Unit Beruniform 80


Program Unit Beruniform di sekolah rendah diperkenalkan kepada murid-murid tahun 4, 5 dan 6 sahaja. Terdapat pelbagai unit beruniform yang ditawarkan oleh sekolah kepada murid-murid seperti Pandu Puteri Tunas, Pengakap, Kadet Remaja Sekolah, Persatuan Bulan Sabit Merah dan pelbagai lagi. 81


Menubuhkan Jawatankuasa Pengurusan dan Penyelarasan Pandu Puteri Kebangsaan (PPK). Merumuskan dan menetapkan visi dan misi kegiatan PPK. Menubuhkan Jawatankuasa Kerja Pengurusan dan Penyelarasan Kegiatan PPK. Mengkaji dan mengenalpasti kekuatan dan kelemahan dalam pelaksanaan kegiatan PPK, merumuskan dasar, pendekatan dan kaedah baru pelaksanaan. Memberi taklimat kepada guru-guru tentang dasar, pendekatan dan kaedah baru pelaksanaan PPK. Menyediakan keperluan asas penatdbiran. Mengenalpasti keupayaan sekolah dari aspek pelaksanaan. Menyediakan perancangan dan jadual tahunan (takwim) kegiatan kokurikulum sekolah. Melaksanakan kursus-kursus pengurusan kokurikulum kepada guru. Memantau dan menyelia pelaksanaan kegiatan PPK. Menyediakan, mengumpul dan menyemak dokumentasi pelaksanaan program. Melaksanakan Skema Penilaian Program PPK unruk setiap murid. Merancang dan melaksanakan kursus-kursus kejurulatihan. Meneroka dan mewujudkan peluangpeluang penyertaan dan penglibatan murid dalam kegiatan PPK. 1. Penubuhan dan Pendaftaran 82


2. Pembentukan Unit Organisasi PPK Unit Kanak-Kanak Guru besar akan memberi pandangan dan nasihat. Guru Kanan Kokurikulum akan menjemput wakil Cawangan Pandu Puteri untuk memberikan ceramah dan kebaikan menjadi ahli Pandu Puteri. 3. Mesyuarat Pertama Pelantikan AJK peringkat unit (sekolah rendah). Guru besar sebagai penaung. Kekuatan satu-satu pasukan (12 atau lebih). Seksyen dalam satu-satu pasukan boleh ditambah berdasarkan bilangan kekuatan ahli. Satu seksyen tidak melebihi 8 orang. 4. Pendaftaran Guru pembimbing perlu mendaftar ahli kepada PPK. Guru perlu merancang aktiviti tahunan bagi setiap unit beruniform mengikut keperluan dan kesesuaian semua murid. Murid perlu melakukan ikrar Pandu Puteri secara rasmi. 83


5. Hari Peringatan Sedunia Pandu Puteri Tanggal 22 Februari Setiap Tahun Guru dan murid-murid perlu memakai pakaian seragam Pandu Puteri pada hari tersebut. Ucapan atau utusan Pandu Puteri kepada dunia. Terdapat ceramah yang disampaikan mengikut tema dan selaras dengan matlamat Pandu Puteri serta untuk mengingati semula tujuan, peranan, dan perkhidmatan Pandu Puteri. Pendidikan Pandu Puteri. 6. Latihan Kawad Menjalankan aktiviti kawad kaki sebagai salah satu kemahiran asas. 7. Gotong-Royong Membersihkan kawasan sekolah. Ujian kokurikulum kebersihan. 8. Lawatan atau Khidmat Masyarakat Lawatan ke Rumah Kebajikan, hospital atau pejabat Pandu Puteri Negeri. 9. Kraftangan Perkhemahan 84


10. Ujian dan Laporan Prestasi Ahli-Ahli oleh Guru Pemimpin untuk Penilaian Kecekapan Lencana Kem Kraf Penyampaian Lencana (semasa perjumpaan Pandu Puteri di sekolah). Boleh melibatkan guru besar untuk penyampaian lencana. 11. Pertolongan Cemas Junior 12 Jam Sukatan Pelajaran Teori dan Praktikal Ujian pertolongan cemas. Penilaian pertolongan cemas. Ujian semula jika gagal. Penyampaian lencana. 12. Keselamatan Pegawai pemimpin menguruskan ceramah berkenaan atau melibatkan muridmurid dalam program yang sama dianjurkan oleh pihak NGO atau kerajaan secara bersepadu. Mengamalkan kehidupan bermasyarakat, sayang keluarga, sayang masyarakat, sayang guru dan melakukan perkhidmatan kepada masyarakat secara sukarela. Penilaian Lencana Kecepakan. 13. Persahabatan dan Persefahaman Antarabangsa 85


14. Disiplin Mengamalkan peraturan Pandu Puteri. Menghormati pegawai dan pemimpin dengan cara memberi dan membalas tabik. Pengurusan masa yang baik. Tatacara berpakaian yang kemas dan beretika. Bersih dan betul dari segi pemakaian. Penggunaan jenis-jenis pakaian yang bertul mengikut aktiviti dan masa yang dilakukan. Kedudukan lencana dan pangkat yang tepat pada pakaian. Mengamalkan sifat kepimpinan yang baik. 15. Pendidikan Pandu Puteri Sukatan Pelajaran Lengkap Melakukan penilaian dan pemberian lencana kecekapan selepas berjaya. 16. Pertolongan Cemas dan Silaturahim, Pengukuhan-Praktikal dan Pertolongan Cemas Melaksanaka perjumpaan untuk mengeratkan silaturahim sesama ahli. Mengadakan perjumpaan integrasi dengan Pandu Puteri sekolah berhampiran untuk melakukan acara seperti sukarelawan, pertandingan kawad kaki, nyanyian lagu dan sebagainya. Membuat laporan ke Cawangan Pandu Puteri. Menagdakan majlis perpisahan dengan ahli-ahli tahun 6 dan Istiadat Terbang Naik bagi murid yang lengkap mengumpul 9 lencana wajib. Majlis pengisytiharan ketua seksyen cemerlang. mesyuarat terakhir pada tahun berkenaan. 17. Penilaian Sepanjang Tahun 86


87


Perancangan Tahunan Pandu Puteri Tunas 88


BAHAGIAN C: PERANCANGAN TAHUNAN PANDU PUTERI TUNAS SEKOLAH RENDAH 89


Perancangan Tahunan Pandu Puteri Tunas 90


Orientasi Kurikulum Unit Beruniform Sekolah Rendah 91


92


93


94


95


Rujukan 96


Click to View FlipBook Version