The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Own Ownyxz, 2016-10-21 03:56:18

ELTC Annual Report - 2015

ELTC Annual Report - 2015

Keywords: report

LAPORAN TAHUNAN 2015



LAPORAN TAHUNAN 2015
English Language Teaching Centre
i

LAPORAN TAHUNAN 2015

English Language Teaching Centre

© ELTC 2016
Diterbitkan oleh
ENGLISH LANGUAGE TEACHING CENTRE
Hakcipta terpelihara.
Tiada kandungan dalam penerbitan ini boleh disalin, disimpan dalam sistem penyimpanan, atau diedarkan dalam
apa-apa bentuk atau cara, elektronik, mekanikal, termasuk salinan fotokopi, rakaman, imbasan dan sebagainya,
tanpa kebenaran bertulis daripada penerbit.
* Ilustrasi di muka hadapan adalah gambar Blok Latihan

ii

ISI KANDUNGAN LAPORAN TAHUNAN 2015
English Language Teaching Centre
1 PERUTUSAN PENGARAH
2 MAKLUMAT ORGANISASI Muka
Surat
Visi dan Misi
Fungsi 3
Piagam Pelanggan 6
Carta Organisasi 7
3 STRUKTUR GOVERNAN 7
Barisan Pengurusan 7
Jabatan Bahasa dan Literasi 8
Jabatan Pedagogi Bahasa Inggeris 11
Jabatan Pengurusan ELT 12
Jabatan Bahasa dan Teknologi 14
Jabatan Penilaian dan Pentaksiran 15
Jabatan Penyelidikan dan Pembangunan 16
Jabatan Dokumentasi dan Penerbitan 17
Jabatan Penetapan Piawaian 18
Jabatan Khidmat Pengurusan 19
Majlis Standard dan Kualiti Bahasa Inggeris 20
4 LAPORAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA 21
Perjawatan 22
Pergerakan Pegawai 24
Latihan Pembangunan Staf 26
Anugerah dan Pengiktirafan 27
29
30
40

1

LAPORAN TAHUNAN 2015

English Language Teaching Centre

5 LAPORAN PEMBANGUNAN DAN ASET ELTC Muka
Surat
6 LAPORAN INISIATIF Program Peningkatan Penguasaan Bahasa Inggeris Sekolah
Menengah (PPPBISM) 41
43
7 LAPORAN INISIATIF Oral Proficiency For Secondary Schools (OPS-ENGLISH) 47
49
8 LAPORAN INISIATIF Professional Up-Skilling of English Language Teachers 51
(Pro-ELT)

9 LAPORAN Program Intervensi Tambah Opsyen Bahasa Inggeris (PITO-ICELT)

10 LAPORAN KURSUS-KURSUS ELTC 54

11 LAPORAN PERSIDANGAN BAHASA INGGERIS 2015 58

12 LAPORAN PERPUSTAKAAN 61

13 LAPORAN Malaysian Technical Cooperation Program (MTCP) 67

14 GLOSARI 71

15 LEMBAGA EDITORIAL 72

2

LAPORAN TAHUNAN 2015
English Language Teaching Centre

PERUTUSAN
PENGARAH

3

LAPORAN TAHUNAN 2015

English Language Teaching Centre

PERUTUSAN PENGARAH

Salam Sejahtera dan Salam Sehati Sejiwa.
Terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan ini untuk
mengucapkan syabas dan tahniah kepada ELTC kerana telah
berjaya melaksanakan tugas sepanjang tahun 2015 dengan
penuh kecemerlangan. Catatan kejayaan dan kecemerlangan ELTC
dizahirkan kepada warga ELTC melalui penerbitan Laporan Tahunan 2015
agar pencapaian, maklumat, aktiviti serta berita di sebalik setiap kejayaan dikongsikan bersama. Sesungguhnya
saya amat berbangga dengan semangat kerjasama dan keprihatinan warga ELTC. Saya berharap semoga
komitmen ini dapat terus dikekalkan dan dipertingkatkan serta dapat memotivasikan kita ke arah transformasi
yang lebih cemerlang pada tahun 2016.
ELTC telah dikenal pasti sebagai ‘Pusat Kecemerlangan Bahasa Inggeris’ dan peneraju ke arah mewujudkan
kualiti pendidikan yang bermutu dan mampan melalui peningkatan kualiti penguasaan Bahasa Inggeris di negara
ini. ELTC dipertanggungjawab melaksanakan fungsi dan peranan dengan memberikan sepenuh komitmen ke
arah merealisasikan kecemerlangan pendidikan Bahasa Inggeris sebagai bahasa ilmu sepertimana yang telah
dibukukan di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM).
Pada tahun 2015, ELTC telah berjaya melaksanakan program-program latihan dan inisiatif Bahasa Inggeris yang
dirancang di bawah pimpinan institusi ini sejajar dengan keputusan kerajaan untuk menjadikan ELTC sebagai
‘Pusat Kecemerlangan Bahasa Inggeris’. Program Oral Proficiency in English for Secondary Schools (OPS-
English), Program Professional Up-Skilling of English Language Teachers (Pro-ELT), Program Peningkatan
Penguasaan Bahasa Inggeris Sekolah Menengah (English Language Enhancement Programme for Secondary
Schools), dan pelaksanaan Program Outreach dan Program Intervensi Tambah Opsyen – Intervention Programme
in English Language Teaching (PITO-ICELT) telah giat dilaksanakan sepanjang tahun. Kejayaan yang dikecapi
dalam melaksanakan inisiatif-inisiatif serta program-program ini amat membanggakan dan berjaya meningkatkan
kompetensi dan profesionalisme guru ke tahap yang lebih tinggi dalam penghasilan produktiviti dan impak yang
lestari dalam sistem pendidikan negara.

4

LAPORAN TAHUNAN 2015
English Language Teaching Centre

Selain itu, ELTC juga telah mencapai satu lagi kejayaan yang amat membanggakan sebagai penganjur ELTC
Conference 2015 Malaysia Education Blueprint: English Language Initiatives towards Enhanced Student
Outcomes. Wacana perkongsian ilmu khususnya amalan terbaik para penyelidik, ahli akademik dan pengamal
pendidikan dapat dicapai melalui penganjuran persidangan ini. Selain itu, perbincangan mengenai impak, isu,
cabaran dan resolusi turut dilaksanakan dalam persidangan ini bagi memastikan pelaksanaan gelombang dua
(2) PPPM yang lebih efektif. Di samping itu, persidangan ini juga telah menyediakan peluang jaringan profesional
dalam kalangan pengamal bahasa Inggeris, agar perkongsian amalan terbaik pengajaran dan pembelajaran dan
percambahan ilmu Bahasa Inggeris dapat diteruskan.

Selaras dengan aspirasi kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan bertaraf
dunia, Kementerian Pendidikan turut menjalinkan program-program kerjasama dengan negara-negara maju dan
membangun. Untuk merealisasikan aspirasi ini, Program Kerjasama Teknikal Malaysia (MTCP) telah dikendalikan
di ELTC pada tahun 2015. Program yang melibatkan 15 buah negara ini telah menghuraikan bagaimana guru
boleh memanfaatkan teknologi peranti mudah alih dalam pengajaran dan pembelajaran dengan lebih efektif.
Diharapkan penggunaan teknologi ini dapat membantu meningkatkan prestasi pelajar-pelajar manakala guru-
guru mendapat manfaat daripada sokongan dan kerjasama rakan sebaya melalui rangkaian ini. Kejayaan ini
adalah salah satu bukti bahawa ELTC berupaya mempamerkan kemampuan sebagai salah satu ‘global players’
dalam arena pendidikan dunia.

Sepanjang 15 tahun ELTC ditubuhkan, pelbagai onak dan ranjau telah ditempuhi demi memastikan peranan
ELTC kekal relevan seiring dengan peredaran zaman. Pembaharuan demi pembaharuan telah dilaksanakan bagi
melahirkan masyarakat pendidik yang mampan dan mempunyai daya saing yang tinggi sekali gus mendukung
inisiatif kerajaan. Justeru itu, kita perlulah bekerja dengan lebih tekun, efisien dan sentiasa bersedia melakukan
pelbagai tugas yang diamanahkan dengan penuh dedikasi dan tanggungjawab. Kita juga perlu mengamalkan
sikap kreatif dan inovatif dan sentiasa bersedia untuk memberi nilai tambah dalam perkhidmatan di samping
membuka minda kepada amalan-amalan yang terbaik (Best Practices) yang dilaksanakan di luar institusi kita.

ELTC sebagai One Stop Centre Bahasa Inggeris akan memfokuskan kepada keterangkuman, kelestarian dan
kecemerlangan yang berteraskan kualiti dan relevan sesuai dengan kedudukan dan hasrat menjadi sebuah
institusi yang mendukung kelestarian. Oleh itu, seikhlas hati saya menyeru dan meminta seluruh warga ELTC
menjalankan inisiatif institusi serta mendalami dan menjiwai sepenuhnya hasrat ini.

Akhir kata, saya merakamkan ucapan terima kasih dan syabas kepada seluruh warga ELTC yang telah memberikan
komitmen yang tinggi bagi mencapai kecemerlangan sehingga ke peringkat ini. Marilah kita bersama-sama
berusaha bersungguh-sungguh untuk terus mempertingkatkan produktiviti institusi bagi mencapai objektif
kesemua program seperti yang telah dirancangkan. Diharapkan usaha-usaha murni ini dapat diteruskan demi
kejayaan ELTC di masa hadapan.

Dr. Mohamed bin Abu Bakar
Pengarah
English Language Teaching Centre
Kementerian Pendidikan Malaysia

5

LAPORAN TAHUNAN 2015

English Language Teaching Centre

MAKLUMAT
ORGANISASI

6

LAPORAN TAHUNAN 2015
English Language Teaching Centre

MAKLUMAT ORGANISASI

English Language Teaching Centre (ELTC) telah ditubuhkan pada 1 Jun 2002. Fungsi utama ELTC ialah sebagai
institut latihan khusus bagi meningkatkan kompetensi pengajaran guru Bahasa Inggeris. Institut ini juga berfungsi
sebagai pusat inovasi dan penyelidikan, pembangunan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris termasuk
dalam pembangunan kepakaran dalam bidang e-pembelajaran untuk pendidikan Bahasa Inggeris serta
bertanggungjawab menetapkan piawaian bagi para profesional dalam bidang pengajaran Bahasa Inggeris (ELT).

Visi

Peneraju dalam bidang latihan pengajaran Bahasa Inggeris serantau.

Misi

Memberi impak kepada amalan pengajaran Bahasa Inggeris melalui penyelidikan, latihan yang berkualiti dan
inovasi bilik darjah.

Fungsi

• Menyediakan latihan yang berkesan dan inovatif dalam amalan terbaik berasaskan penyelidikan untuk
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris.

• Menjalankan penyelidikan untuk membangunkan teknik serta bahan inovatif dan kontekstual untuk
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris.

• Menyediakan perkhidmatan perundingan untuk menyokong dan menggalakkan pembangunan ELT
tempatan dan serantau.

• Membangun dan menetapkan piawaian bagi pembangunan profesional yang berterusan bagi pengamal
ELT.

• Menyelaras inisiatif Kementerian Pendidikan yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Inggeris.

• Menyediakan syor dan cadangan penyelesaian kepada isu-isu yang berkaitan dengan pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Inggeris.

• Mewujudkan rangkaian profesional dan hubungan antarabangsa untuk berkongsi kepakaran dan amalan
terbaik dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris.

Piagam Pelanggan

• Mencapai sekurang-kurangnya 80% tahap kepuasan para peserta kursus setelah mengikuti program
latihan ELTC.

• Melaksanakan sekurang-kurangnya 80% daripada kursus yang dirancang dalam kalender tahunan
latihan.

• 100% daripada kursus teras ELTC disemak dan disahkan oleh panel pakar.
• Memaklumkan kepada para peserta kursus jadual latihan atau program pembangunan sekurang-

kurangnya tiga minggu sebelum program bermula.

7

LAPORAN TAHUNAN 2015

English Language Teaching Centre

CARTA ORGANISASI

ENGLISH LANGUAGE TEACHING CENTRE
Kementerian Pendidikan Malaysia

SEKRETARIAT MAJLIS PENARAFAN SEKTOR AKADEMIK
STANDARD DAN KUALITI

BAHASA INGGERIS (MPSKBI)

KETUA KETUA JABATAN KETUA JABATAN KETUA JABATAN KETUA JABATAN KETUA JABATAN KETUA JABATAN
SEKRETARIAT PEDAGOGI BAHASA BAHASA & LITERASI PENGURUSAN ELT BAHASA & PENILAIAN & PENYELIDIKAN &
DG 52/48 (H) TEKNOLOGI PENGUKURAN PEMBANGUNAN
INGGERIS DG 52/48 (H) DG 52/48 (H) DG 52/48 (H) DG 52/48 (H)
KOSONG DG 52/48 (H) DG 52/48 (H)
ROSLIN NOOR ONG DR JAYANTI CHEOK OY LIN DR. JOY QUAH
AUDREY LIM BINTI ABDULLAH S. SOTHINATHAN YIEN-LING DR KALMINDERJIT KAUR
BEE YOKE A/P GURCHARAN SINGH

PEGAWAI PEGAWAI KETUA UNIT KETUA UNIT KETUA UNIT KETUA UNIT KETUA UNIT KETUA UNIT
SEKRETARIAT SEKRETARIAT AKADEMIK AKADEMIK AKADEMIK AKADEMIK
DG 52/48 (H) DG 48 (H) AKADEMIK DG 48 (H) AKADEMIK
DG 52/48 (H) ER ENG LEE DG 48 (H) DG 48 (H)
KOSONG DG 48 (H) DR. KHAIRUL AINI DG 48 (H)
SARINA BINTI SALIM DR T.VANITHA DR. RASHIDAH BINTI MOHAMED JIRI
A/P THANABALANS DR. CHITHRA A/P BINTI RAHAMAT ABU BAKAR
KMKRISHNANADIYODI BIN AHMAD

PENSYARAH PENSYARAH PENSYARAH

DG 44 / DG 41 (H) DG 44 / DG 41 (H) DG 44 / DG 41 (H)

1.ANANDA KUMAR PETER KIRBY A/L VINCENT 1. ROGER CHIN CHUAN NGOK 1. EMY HARLINA BINTI IBRAHIM
2.HARDEEP KAUR A/P DARSHAN SINGH 2. TERRY YAP CHEE KEONG 2. SHARMINI A/P SIVAVIKARAMAN
3.MANPRIT KAUR A/P CHARAN SINGH 3. VILOSHINI A/P BASKARAN 3. EZATUL HANIZAM BINTI MOHAMED FAUZI
4.SZARMILAA DEWIE A/P KRISHNAN

PENSYARAH PENSYARAH PENSYARAH
DG 44 / DG 41 (H)
DG 44 / DG 41 (H) DG 44 / DG 41 (H) 1. AZLINA BINTI AHMAD KAMAL
2. SHEILA ADELINA A/P RAMASAMY
1. AZIDAH BINTI ABD AZIZ 1. SANTHI JAYAMALAR A/P R. THANSEKARAN 3. SYALIANA BINTI JAMALUDIN
2. SELVANAYAGI A/P SHANMUGHAM 2. MOHD FAISAL FARISH BIN ISHAK
3. MOHD MOTHAIR@MOHD MOHATHIR BIN JAMALUDIN 3. MOHD HAZRUL BIN HARIS FADZILAH PEMBANTU
4. ANNE MALAR A/P SELVARAJ TADBIR P/O

PEMBANTU N 17 (H)
TADBIR P/O SAMSUDIN
BIN JANTAN
N 17 (H)

JASENI BINTI KARIM

8

LAPORAN TAHUNAN 2015
English Language Teaching Centre

PENGARAH

MERANGKAP SETIAUSAHA SEKRETARIAT
MAJLIS PENARAFAN STANDARD DAN KUALITI

BAHASA INGGERIS (MPSKBI)

DG 54 (H)

DR. MOHAMED BIN ABU BAKAR

SETIAUSAHA PEJABAT
N 27 (H)

IZZATUL NAJAH BINTI HAMZAH

TIMBALAN PENGARAH

DG 52 (H)

ZAINAB BINTI YUSOF

SEKTOR KETUA JABATAN SEKTOR PENGURUSAN
PENYELIDIKAN DAN PIAWAI PENETAPAN SUMBER MANUSIA
PIAWAIAN
KETUA JABATAN DG 52/48 (H) KETUA JABATAN
DOKUMENTASI & KHIDMAT
DR WAGHEEH SHUKRY
PENERBITAN BIN HASSAN PENGURUSAN
DG 52/48 (H) DG 48 (H)
KAMARIAH
FARAH MARDHY
BINTI SAMSUDIN BINTI AMAN

KETUA PUSAT KETUA UNIT KETUA UNIT KETUA UNIT PEGAWAI PEGAWAI PEGAWAI SETIAUSAHA PEGAWAI
SUMBER PEPERIKSAAN TEKNOLOGI HAL EHWAL KAUNSELING KURSUS PEMBANGUNAN
AKADEMIK AKADEMIK MAKLUMAT GRED 41 (T) DG 41 (H) DAN PENGURUSAN
DG 44 (H) DG 44 (H) PESERTA
DG 48 (H) DG 48 (H) F 41 (H) KOSONG NOR MAZNI BINTI ASET
NOR ASHIKIN HARDIZA BINTI DG 41 (H) MOHAMAD AINI
BINTI ALAWI DR JASVIR KAUR LEELA A/P DAUD MOHD SUFIAN DG 41 (H)
A/P K. AMAR SINGH JAMES DASS BIN OTHMAN KOSONG
MOHAMED KHAIDIR
BIN ALIAS

PUSTAKAWAN PENSYARAH PENSYARAH PENOLONG PEGAWAI PEGAWAI PENOLONG
TEKNOLOGI EKSEKUTIF AKAUNTAN
S 41 (H) DG 44 / DG 41 (H) DG 44 / DG 41 (H) MAKLUMAT
KOSONG 1. INDERJIT A/L GOMAN N 27 (H) W 27 (H)
1. MIMI ESTONELLA BINTI MASTAN F 32 (H)
SING SUNAR 2. TAM SUET YET KOSONG RAZANAH
2. KOSONG YUNAIZAH BINTI MAMAT
BINTI MOKHTAR

JURUAUDIO PEREKA JURUTEKNIK PEMBANTU PEMBANTU PEMBANTU TADBIR
VISUAL B 27 (H) KOMPUTER TADBIR P/O AKAUNTAN KEWANGAN

N 17 (H) MOHAMMAD HIDAYAT FT 17 (H) N 22 (H) W 17 (H) W 17 (H)
BIN HASAN NOOR HAILA
AHMAD RADZI ROSDI BIN HARON KOSONG BINTI ABDUL RAZAK 1. SITI FATHIYAH BINTI IBRAHIM
BIN MAT NAWI 2. SITI NORMASHALIZA BINTI KAMARUZAMAN

PEMBANTU PENYELIA PENOLONG PEMBANTU TADBIR P/O PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN
PERPUSTAKAAN ASRAMA JURUTERA
N 17 (H) N 17 (H)
KANAN N 17 (H) JA 29 (H)
1. NORHAIDADA BINTI YONIN 1. SYAZANA BINTI MOHAMED SHUKRI
S 22 (H) ERWAN BIN MOHAMAD HAFIZ 2. PRIMADEVI A/P GANISEN 2. NURUL HAFIZAH BINTI MOHD DEWA
JAMALUDIN BIN MOHAMAD ARIF 3. MASNALIZA JAAFAR
1. ABDUL AZIZ BIN JAMAL 4. ASIAH BINTI MAT ROS
5. SHAZILA BINTI OMAR

PEMBANTU PEMBANTU PEMANDU PEMBANTU OPERASI
TADBIR P/0 PERPUSTAKAAN
H 11 (H) N 11 (H)
N 17 (H) S 17 (H)
1. MOHD EZANEY BIN ZAHUDI 1. MOHD FADIL BIN JOHAR
1. RUSLI BIN SHARIF 1. NORASIKIN BINTI HASAN 2. AMAT AZIZI BIN AZMI 2. HAZLINA BINTI BAHAROM
2. MOHAMMAD FAHMI 2. SHAFIQ BIN S. BAHARUDDIN 3. MOHAMMAD NAZRI BIN RAMLI

BIN ABD HALIM WAHIDI

PEMBANTU
AM PEJABAT

N 1 (H)

MOHD FARRID
BIN OMARMAYAH

9

LAPORAN TAHUNAN 2015

English Language Teaching Centre

ELTC DI BAWAH STRUKTUR ORGANISASI
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KETUA PENGARAH PELAJARAN
MALAYSIA

TKPPM TKPPM TKPPM
SEKTOR DASAR DAN SEKTOR OPERASI PENDIDIKAN SEKTOR PEMBANGUNAN
PEMBANGUNAN PENDIDIKAN PROFESIONALISME KEGURUAN

BAHAGIAN INSTITUT AMINUDDIN BAKI JEMAAH NAZIR INSTITUT PENDIDIKAN GURU
PENDIDIKAN GURU DAN JAMINAN KUALITI MALAYSIA

ENGLISH LANGUAGE TEACHING
CENTRE (ELTC)

STRUKTUR ORGANISASI BAHAGIAN PENGURUSAN
ENGLISH LANGUAGE TEACHING CENTRE 2015

Dr. Mohamed Bin Abu Bakar
Pengarah

MERANGKAP SETIAUSAHA SEKRETARIAT
MAJLIS PENARAFAN STANDARD DAN
KUALITI
BAHASA INGGERIS (MPSKBI)

DG54

Zainab Binti Yusof
Timbalan Pengarah

DG52

Dr. Joy Quah Yien-Ling Cheok Oy Lin Dr. Kalminderjit Kaur Roslin Noor Ong Binti Abdullah Audrey Lim Bee Yoke
Ketua Jabatan Ketua Jabatan a/p Gurcharan Singh Ketua Jabatan Ketua Jabatan
Bahasa dan Teknologi
Penilaian dan Pentaksiran Ketua Jabatan Bahasa dan Literasi Pedagogi Bahasa Inggeris
DG52/48(H) DG52/48(H) Penyelidikan dan Pembangunan DG52/48(H) DG52/48(H)

DG52/48(H)

Farah Mardhy Binti Aman Dr Wagheeh Shukry Kamariah Binti Samsudin Dr. Jayanti S. Sothinathan (kosong)
Ketua Jabatan Bin Hassan Ketua Jabatan Ketua Jabatan Ketua Sekretariat
Pengurusan ELT Majlis Penarafan Standard dan
Khidmat Pengurusan Ketua Jabatan Dokumentasi dan Penerbitan DG52/48(H) Kualiti Bahasa Inggeris (MPSKBI)
DG48 Penetapan Piawaian DG52/48(H) DG54/52(KUP)

DG52/48(H)

10

LAPORAN TAHUNAN 2015
English Language Teaching Centre

STRUKTUR
GOVERNAN

11

LAPORAN TAHUNAN 2015

English Language Teaching Centre

BARISAN PENGURUSAN Dr. Wagheeh Shukry Bin Hassan
Ketua Jabatan Penetapan Piawaian
Farah Mardhy Binti Aman
Ketua Jabatan Khidmat DG48(KUP)
Pengurusan
DG52 Roslin Noor Ong Binti Abdullah
Ketua Jabatan Bahasa dan Literasi
Kamariah Binti Samsudin
Ketua Jabatan Dokumentasi DG52

dan Penerbitan
DG52(KUP)

Zainab Binti Yusof
Timbalan Pengarah

DG52

12

LAPORAN TAHUNAN 2015
English Language Teaching Centre

Dr. Kalminderjit Kaur A/p
Gurcharan Singh

Ketua Jabatan Penyelidikan dan
Pembangunan
DG54(KUP)

Audrey Lim Bee Yoke Dr. Jayanti S. Sothinathan
Ketua Jabatan Bahasa dan Ketua Jabatan Pengurusan ELT

Pedagogi DG48
DG54(KUP)

Dr. Joy Quah Yien-Ling
Ketua Jabatan Penilaian dan

Pengukuran
DG52(KUP)

Dr. Mohamed Bin Abu Bakar Cheok Oy Lin
Pengarah Ketua Jabatan Bahasa dan
DG54
Teknologi
DG54(KUP)

13

LAPORAN TAHUNAN 2015

English Language Teaching Centre

JABATAN BAHASA DAN LITERASI

31 5
2

4
6

1. Roslin Noor Ong Binti Abdullah 4. Azidah Binti Abd Aziz
Ketua Jabatan - DG52 Pensyarah - DG44

2. Dr. T.Vanitha a/p Thanabalan 5. Mohd Mothair @ Mohd Mohathir
Ketua Unit - DG48 Bin Jamaludin
Pensyarah - DG44(KUP)
3. Selvanayagi a/p Shanmugham
Pensyarah - DG48(M) GC 6. Anne Malar a/p Selvaraj
Pensyarah - DG41

14

LAPORAN TAHUNAN 2015
English Language Teaching Centre

JABATAN PEDAGOGI BAHASA INGGERIS

3 1
4 6
5

1. Audrey Lim Bee Yoke 4. Hardeep Kaur a/p Darshan Singh
Ketua Jabatan - DG54(KUP) Pensyarah - DG44(KUP)

2. Er Eng Lee 5. Manprit Kaur a/p Charan Singh
Ketua Unit - DG48 Pensyarah - DG44(KUP)

3. Ananda Kumar Peter Kirby 6. Szarmilaa Dewie a/p Krishnan
a/l Vincent Pensyarah - DG44(KUP)
Pensyarah - DG48(M) GC

15

LAPORAN TAHUNAN 2015

English Language Teaching Centre

JABATAN PENGURUSAN ELT

1
23
4

5

1. Dr. Jayanti S. Sothinathan 4. Terry Yap Chee Keong
Ketua Jabatan - DG48 Pensyarah - DG44

2. Dr. Chithra a/p KM Krishnan 5. Viloshini a/p Baskaran

Adiyodi Pensyarah - DG41

Ketua Unit - DG48

3. Roger Chin Chuan Ngok
Pensyarah - DG48(KUP)

16

LAPORAN TAHUNAN 2015
English Language Teaching Centre

JABATAN BAHASA DAN TEKNOLOGI

5 4
31

2

1. Cheok Oy Lin 4. Faisal Farish Bin Ishak
Ketua Jabatan - DG54(KUP) Pensyarah - DG44(KUP)

2. Dr. Rashidah Binti Rahamat 5. Muhamad Hazrul Bin Haris Fadzilah
Ketua Unit - DG48 Pensyarah - DG41

3. Santhi Jayamalar a/p R. Thansekaran
Pensyarah - DG44

17

LAPORAN TAHUNAN 2015

English Language Teaching Centre

JABATAN PENILAIAN DAN PENTAKSIRAN

Merancang dan mengendalikan pelbagai jenis kursus penilaian Merancang dan mengendalikan kursus-kursus penilaian dan
dan pentaksiran berasaskan sekolah. pentaksiran yang berbentuk alternatif dan terkini.

4
52

3

1

1. Dr. Joy Quah Yien-Ling 4. Sharmini a/p Sivavikaraman
Ketua Jabatan - DG52 (KUP) Pensyarah - DG44

2. Dr. Khairul Aini Binti 5. Ezatul Hanizam Binti
Mohamed Jiri Mohamed Fauzi
Ketua Unit - DG48 Pensyarah - DG44

3. Emy Harlina Binti Ibrahim
Pensyarah - DG44

18

LAPORAN TAHUNAN 2015
English Language Teaching Centre

JABATAN PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN

2 5
4

1

1. Dr. Kalminderjit Kaur a/p 4. Sheila Adelina a/p Ramasamy 1
Gurcharan Singh Pensyarah - DG48(KUP) GC
Ketua Jabatan - DG54(KUP) 19
5. Syaliana Binti Jamaludin
2. Abu Bakar Bin Ahmad Pensyarah - DG41
Ketua Unit - DG48

3. Azlina Binti Ahmad Kamal
Pensyarah - DG44

LAPORAN TAHUNAN 2015

English Language Teaching Centre

JABATAN DOKUMENTASI DAN PENERBITAN

Merancang dan menyelaras semua aktiviti dokumentasi dan Merancang dan menyelenggara penyimpanan bahan latihan
penerbitan institusi. (learning materials in the repository) untuk tujuan rujukan
pengguna.
Menyediakan sistem penyampaian pusat sumber ELT yang
efektif dan mesra pengguna. Menyempurnakan tanggungjawab sosial kepada masyarakat.

Mengendalikan program pendidikan pengguna sebagai Menjalinkan hubungan strategik dengan institusi dan agensi
pendedahan kepada perkhidmatan dan koleksi pusat sumber. kerajaan serta swasta.

Mempromosi kursus-kursus dan perkhidmatan pakar institusi
di dalam dan luar negara.

4

7 13 14 98 2

10 12

1

11
3

1. Kamariah Binti Samsudin 10. Shafiq Bin S. Baharuddin
Ketua Jabatan - DG52(KUP) Pembantu Perpustakaan - S17

2. Dr. Jasvir Kaur a/p K. Amar Singh 11. Norasikin Binti Hasan
Ketua Unit - DG48(KUP) GC Pembantu Perpustakaan - S17

3. Nor Ashikin Binti Alawi 12. Rusli Bin Sharif
Ketua Pusat Sumber - DG48 (KUP) Pembantu Tadbir (P/O) - N17

4. Inderjit a/l Goman Sing Sunar 13. Mohammad Fahmi Bin Abd Halim Wahidi
Pensyarah - DG44(KUP) Pembantu Tadbir (P/O) - N17

5. Hasreena Binti Abdul Rahman 14. Mohd Farrid Bin Omarmayah
Pensyarah - DG44(KUP) Pembantu Am Pejabat - N11

6. (Kosong)
Pustakawan - S41

7. Abd Aziz Bin Jamal
Pembantu Perpustakaan - S22

8. Ahmad Radzi Bin Mat Nawi
Juruaudio Visual - N17

9. Mohammad Hidayat Bin Hasan
Pereka Grafik - B27

20

LAPORAN TAHUNAN 2015
English Language Teaching Centre

JABATAN PENETAPAN PIAWAIAN

43 1
2

1. Dr Wagheeh Shukry Bin Hassan 3. Mimi Estonella Binti Mastan
Ketua Jabatan - DG48(KUP) Pensyarah - DG44

2. Leela a/p James Dass 4. Tam Suet Yet
Ketua Unit - DG52(KUP) GC Pensyarah - DG41

21

LAPORAN TAHUNAN 2015

English Language Teaching Centre

JABATAN KHIDMAT PENGURUSAN

29 28 23 12
32

31

Ketua Jabatan dan 3 2 5
Pegawai-pegawai 14 1
Pengurusan

1. Farah Mardhy Binti Aman
Ketua Jabatan - DG52(KUP)

2. Hardiza Binti Daud
Ketua Unit Peperiksaan - DG48(KUP)

3. Nor Mazni Binti Mohamad Aini
Setiausaha Kursus - DG44(KUP)

4. Mohamed Khaidir Bin Alias
Pegawai Pembangunan dan
Pengurusan Aset - DG44(KUP)

5. Mohd Sufian Bin Othman
Pegawai Teknologi Maklumat - F41

6. (Kosong)
Pegawai Hal Ehwal Peserta - DG41

7. (Kosong)
Pegawai Kaunseling - DG41

22

Staf Unit Pentadbiran 17. Siti Fathiyah Binti Ibrahim LAPORAN TAHUNAN 2015
Pembantu Tadbir (Kew) - W17 English Language Teaching Centre
8. Yunaizah Binti Mokhtar
Pen. Pegawai Teknologi Maklumat - F32 18. Norhaidada Binti Yonin 26. Nurul Hafizah Binti Mohd Dewa
Pembantu Tadbir (P/O) - N17 Pegawai Khidmat Pelanggan - N17
9. Razanah Binti Mamat
Penolong Akauntan - W27 19. Asiah Binti Mat Ros 27. Syazana Binti Mohamed Shukri
Pembantu Tadbir (P/O) - N17 Pegawai Khidmat Pelanggan - N17
10. (Kosong)
Pegawai Eksekutif - N27 20. Primadevi a/p Ganisan 28. Mohd Fadil Bin Johar
Pembantu Tadbir (P/O) - N17 Pembantu Operasi - N11
11. (Kosong)
Ketua Pembantu Tadbir - N22 21. Masnaliza Binti Jaafar 29. Mohammad Nazri Bin Ramli
Pembantu Tadbir (P/O) - N17 Pembantu Operasi - N11
12. Mohamad Hafiz Bin Mohamad Arif
Penolong Jurutera - JA29 22. Jaseni Binti Hj Karim 30. Hazlina Binti Baharom
Pembantu Tadbir (P/O) - N17 Pembantu Operasi - N11
13. Izzatul Najah Binti Hamzah
Setiausaha Pejabat - N27 23. Samsudin Bin Jantan 31. Mohd Ezaney Bin Zahudi
Pembantu Tadbir (P/O) - N17 Pemandu - H11
14. Rosdi Bin Haron
Juruteknik Komputer - FT17 24. Shazila Binti Omar 32. Amat Azizi Bin Azmi
Pembantu Tadbir (P/O) - N17 Pemandu - H11
15. Noor Haila Binti Abdul Razak
Pembantu Akauntan - W17 25. Erwan Bin Jamaludin
Penyelia Asrama - N17
16. Siti Normashaliza Binti Kamaruzaman
Pembantu Tadbir (Kew) - W17

21 20 16 19 4
27 26 8
30

22
18 13

23

LAPORAN TAHUNAN 2015

English Language Teaching Centre

MAJLIS PENARAFAN STANDARD
DAN KUALITI BAHASA INGGERIS (MPSKBI)

Kementerian Pendidikan Malaysia

Pengenalan

Majlis Penarafan Standard dan Kualiti Bahasa Inggeris (MPSKBI) yang telah
ditubuhkan pada tahun 2012 terdiri daripada tujuh (7) orang ahli Panel Pakar,
dan Pengarah English Language Teaching Centre (ELTC) sebagai Setiausaha
MPSKBI dengan dibantu oleh tiga (3) orang Pegawai Sekretariat.

Ahli-Ahli Majlis Penarafan Standard Dan Kualiti Bahasa Inggeris (MPSKBI)

PANEL PAKAR

Prof. Dr Zuraidah Mohd Don Prof. Dr Anna Christina Abdullah Assoc. Prof. Dr Arshad Abd Samad Assoc. Prof. Datin Dr.

PENGERUSI AHLI PANEL AHLI PANEL Mardziah Hayati Abdullah

Universiti Malaya Universiti Sains Malaysia Universiti Putra Malaysia AHLI PANEL

Universiti Putra Malaysia

Dr. Kuldip Kaur Karam Singh Dato' Dr Lee Boon Hua Janet Pillai@Liyana Pillai

AHLI PANEL AHLI PANEL AHLI PANEL

LeapEd Services LeapEd Services Penasihat Bebas

SEKRETARIAT

Dr. Mohamed Abu Bakar Sarina Salim Mohamed Khaidir Alias

SETIAUSAHA PEGAWAI SEKRETARIAT PEMANGKU PEGAWAI SEKRETARIAT

English Language Teaching Centre English Language Teaching Centre English Language Teaching Centre

24

LAPORAN TAHUNAN 2015
English Language Teaching Centre

Keberhasilan

Sepanjang tahun 2015, MPSKBI telah memberikan tumpuan kepada penghasilan dokumen-dokumen berikut:
i) English Language Education in Malaysia: An Agenda for Reform 2015-2025.
ii) English Language Education Reform in Malaysia: The Roadmap 2015-2025.

• English Language Education in Malaysia:
An Agenda for Reform 2015-2025 menzahirkan
hasrat KPM untuk meningkatkan standard dan
kualiti pendidikan Bahasa Inggeris di Malaysia dari
peringkat prasekolah sehingga ke peringkat universiti
termasuk pendidikan guru. Sehubungan dengan itu,
dokumen English Language Education in Malaysia: An
Agenda for Reform 2015-2025 dan English Language
Education Reform in Malaysia: The Roadmap 2015-
2025 telah diterbitkan dengan mengambil kira hasrat
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) serta Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia.

• English Language Education Reform in
Malaysia: The Roadmap 2015-2025 bertujuan untuk
memperkenalkan Common European Framework of
Reference (CEFR) sebagai standard antarabangsa
yang telah dipilih untuk dijadikan penanda aras yang
akan diguna pakai di Malaysia dan digabungjalinkan
ke dalam pelan pembangunan pendidikan Bahasa
Inggeris. Aspek yang paling penting adalah tindakan
yang perlu diambil oleh semua agensi KPM yang
terlibat dalam usaha untuk menjayakan hasrat
tersebut.

25

LAPORAN TAHUNAN 2015

English Language Teaching Centre

LAPORAN

PENGURUSAN SUMBER
MANUSIA

26

LAPORAN TAHUNAN 2015
English Language Teaching Centre

LAPORAN PERJAWATAN ELTC 2015

Pengenalan

Bekalan B.63 waran perjawatan tahun 2015, memperuntukan 87 perjawatan kepada English Language Teaching
Centre (ELTC).
Jadual di bawah menunjukkan pengisian dan perubahan perjawatan setiap bulan mengikut pergerakan pegawai.

PENGISIAN JAWATAN MENGIKUT BULAN BAGI TAHUN 2015

Bulan Bilangan Pengisian Kekosongan
Perjawatan

Januari 87 78 9

Februari 87 76 11

Mac 87 74 13

April 87 79 8

Mei 87 81 6

Jun 87 80 7

Julai 87 81 6

Ogos 87 81 6

September 87 80 7

Oktober 87 80 7

November 87 79 8

Disember 87 80 7

PECAHAN JAWATAN MENGIKUT SKIM PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN
(DISEMBER 2015)

Bil. Skim Perkhidmatan Gred Jawatan Pengisian Kekosongan
Sedia Ada

1 Pengarah, Pegawai Perkhidmatan DG54 11 0
Pendidikan

2 Timbalan Pengarah, Pegawai DG52/54(KUP) 11 0
Perkhidmatan Pendidikan Siswazah

3 Ketua Jabatan, Pegawai Perkhidmatan DG48/52(KUP) 99 0
Pendidikan Siswazah

4 Sekretariat Majlis Penarafan Standard DG52/54(KUP) 10 1
Kualiti Bahasa Inggeris

5 Sekretariat Majlis Penarafan Standard DG48/52(KUP) 22 0
Kualiti Bahasa Inggeris

6 Ketua Unit, Pegawai Perkhidmatan DG48/52(KUP) 88 0
Pendidikan Siswazah

27

LAPORAN TAHUNAN 2015

English Language Teaching Centre

Bil. Skim Perkhidmatan Gred Jawatan Pengisian Kekosongan
DG44/48(KUP) Sedia Ada

7 Pensyarah, Pegawai Perkhidmatan 87 1
Pendidikan Siswazah

8 Pensyarah, Pegawai Perkhidmatan DG41/42/44(KUP) 16 16 0
Pendidikan Siswazah Pensyarah

9 Ketua Pusat Sumber, Pegawai DG44/48(KUP) 1 0 1
Perkhidmatan Pendidikan Siswazah

10 Ketua Unit Peperiksaan, Pegawai DG44/DG48(KUP) 1 1 0
Perkhidmatan Pendidikan Siswazah 3 3 0
DG41/42/ 1 0 1
11 Pengawai Pentadbiran, Pegawai DG44(KUP)
Perkhidmatan Pendidikan Siswazah
DG41/44
12 Pegawai Kaunseling (Terbuka)

13 Pustakawan S41 10 1

14 Penolong Akauntan W27/W32 11 0

15 Pembantu Akauntan W17/W22 11 0

16 Pembantu Perpustakaan S22 11 0

17 Pembantu Perpustakaan S17/S22 22 0

18 Pegawai Teknologi Maklumat F41 11 0

19 Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F32 11 0

20 Pereka Grafik B27/28/B31/32 1 1 0

21 Juruteknik Komputer FT17/FT22 11 0

22 Juruteknik Awam JA29 11 0

23 Juruaudio Visual N17/N22 11 0

24 Penolong Pegawai Tadbir N27/N32 10 1

25 Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N22 11 0

26 Penyelia Asrama N17/N22 11 0

27 Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N17/N22 98 1

28 Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan) N17/N22 11 0

29 Pegawai Khidmat Pelanggan N17/N22 22 0

31 Pembantu Am Pejabat N11 44 0

32 Pembantu Tadbir (Kewangan) W17/W22 22 0
33 Pemandu Kenderaan H11 22 0
 JUMLAH KESELURUHAN  87 80 7

28

LAPORAN TAHUNAN 2015
English Language Teaching Centre

PERGERAKAN PEGAWAI

SENARAI NAMA BAGI KENAIKAN PANGKAT TAHUN 2015

Bil. Nama Gred Tarikh Naik Pangkat

1. Puan Audrey Lim Bee Yoke DG52 ke Gred DG54(KUP) 16.8.2015

2. Dr. Kalminderjit Kaur a/p Gurcharan Singh DG52 ke Gred DG54(KUP) 16.8.2015

3. Puan Farah Mardhy Binti Aman DG48 ke Gred DG52(KUP) 17.3.2015

4. Puan Sarina Binti Salim DG48 ke Gred DG52(KUP) 1.8.2015

5. Dr. Joy Quah Yien-Ling DG48 ke Gred DG52(KUP) 17.8.2015

6. Puan Kamariah Binti Samsudin DG48 ke Gred DG52(KUP) 25.8.2015

SENARAI NAMA BAGI PEMANGKUAN DG44 (KUP) KE GRED DG48 SEBAGAI GURU CEMERLANG

Bil. Nama Tarikh Jabatan
Berkuat Kuasa

1. Encik Ananda Kumar Peter Kirby a/l 16.3.2015 Bahasa dan Literasi
Vincent

2. Puan Selvanayagi a/p Shanmugham 16.3.2015 Bahasa dan Literasi

3. Puan Sheila Adelina a/p Ramasamy 16.3.2015 Pedagogi Bahasa Inggeris

SENARAI NAMA KETUA UNIT YANG DINAIKKAN KE JAWATAN KETUA JABATAN

Bil. Nama Tarikh Jabatan
Berkuat Kuasa

1. Puan Kamariah Binti Samsudin 1.12.2015 Jabatan Dokumentasi dan
Penerbitan

SENARAI NAMA PENSYARAH YANG DINAIKKAN KE JAWATAN KETUA UNIT

Bil. Nama Tarikh Jabatan
Berkuat Kuasa

1. Cik Leela James Dass 1.12.2015 Jabatan Penetapan Piawaian

2. Dr. Jasvir Kaur a/p Kakah Amar Singh 1.12.2015 Jabatan Dokumentasi dan
Penerbitan

PERUBAHAN PENEMPATAN KETUA JABATAN

Bil Nama Tarikh Jabatan
Berkuat Kuasa

1. Dr. Jayanti a/p Sothinathan 1.12.2015 Dari Jabatan Dokumentasi
& Penerbitan ke Jabatan

Pengurusan ELT

SENARAI NAMA PENSYARAH BAHARU

Bil. Nama Tarikh Jabatan
Berkuat Kuasa

1. En. Inderjit a/l Goman Sing Sunar 16.11.2015 Pedagogi Bahasa Inggeris

29

LAPORAN TAHUNAN 2015

English Language Teaching Centre

LATIHAN PEMBANGUNAN STAF

Pengenalan

Selari dengan hasrat pencapaian objektif Dasar Latihan Sumber Manusia Kementerian Pendidikan Malaysia,
Latihan Pembangunan Staf ELTC dilaksanakan sebagai usaha meningkatkan profesionalisme setiap individu di
ELTC secara berterusan.

Objektif

• Memantapkan profesionalisme pegawai akademik, pegawai pengurusan dan anggota khidmat sokongan.
• Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran serta melengkapkan pegawai akademik dengan strategi terkini

dalam pedagogi latihan dan Bahasa Inggeris.
• Mendedahkan pegawai akademik kepada perubahan dan perkembangan terkini dunia pendidikan.
• Meningkatkan dan memantapkan pengurusan organisasi sesuai dengan keperluan semasa dan masa

hadapan.

BIL. JENIS LATIHAN BILANGAN LATIHAN BILANGAN
1 Bengkel PEGAWAI TERLIBAT
2 Kursus
3 Makmal Bahasa 64 90
4 Konferens
5 Seminar 18 23
6 Latihan
2 10

25

24

39

30

LAPORAN TAHUNAN 2015
English Language Teaching Centre

ANUGERAH DAN PENGIKTIRAFAN

Pada tahun 2015, seramai enam (6) orang pegawai dan staf ELTC telah menerima Anugerah Perkhidmatan
Cemerlang (APC) atas sumbangan dan perkhidmatan cemerlang untuk tahun 2015. Penerima APC terdiri
daripada tiga (3) orang Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) dan tiga (3) orang staf sokongan.

Senarai Nama Penerima APC 2015

Nama : Dr Chithra a/p K.M Krishnan Nama : Izzatul Najah Bt. Hamzah
Adiyodi Jawatan : PT Kesetiausahaan
Gred : N27
Jawatan : Ketua Unit
Gred : DG48

Nama : Azlina Ahmad Kamal Nama : Norhaidada Bt. Yonin
Jawatan : Pensyarah Jawatan : Pembantu Tadbir (P/O)
Gred : DG44 Gred : N17

Nama : Viloshini a/p Baskaran Nama : Noor Haila Bt. Abdul Razak
Jawatan : Pensyarah Jawatan : Pembantu Akauntan
Gred : DG41 Gred : W17

Pada tahun 2015, terdapat seorang Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG54(KUP) dan seorang
Pembantu Tadbir (P/O) Gred N17 di ELTC telah menerima Anugerah Kualiti Tahunan Tahun 2015 yang telah
diadakan di Bahagian Pendidikan Guru (BPG), Kementerian Pendidikan Malaysia, Putrajaya pada 1 Disember 2015
yang telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Ee Hong, Pengarah BPG. Berikut adalah nama penerima anugerah
mengikut kategori.

Senarai Nama Penerima Anugerah Kualiti Tahunan Tahun 2015

Nama : Cheok Oy Lin Nama : Norhaidada Bt. Yonin
Jawatan : Ketua Jabatan Jawatan : Pembantu Tadbir (P/O)
Gred : DG54(KUP) Gred : N17
Kategori : Anugerah Berprestij Tinggi Kategori : Anugerah Harapan

31

LAPORAN TAHUNAN 2015

English Language Teaching Centre

LAPORAN

PEMBANGUNAN DAN ASET
ELTC

32

LAPORAN TAHUNAN 2015
English Language Teaching Centre

LAPORAN PEMBANGUNAN DAN ASET ELTC

ELTC telah berjaya melaksanakan pindahan peralatan ICT ELTC kepada Pejabat Pendidikan Daerah Gombak,
Selangor mengikut butiran seperti berikut:

BIL. PERIHAL ASET KUANTITI
1 Projektor LCD NEC LT2605 (J) 6
2 Projektor LCD GEHA COMPACT 280 5
3 Komputer DesktopP IBM 18
4 HP Scanner 3970 2
5 NEC POWERMATE C6500-1650 7
6 Personal Computer 1 (DEVELOPER) NEC POWERMATE 15
7 Colour Laser Printer SAMSUNG CLP-610ND 1

ELTC telah membuat perolehan sebanyak 19 item Harta Modal Audio Visual berjumlah RM173,312.00, dan 9
item Aset Bernilai Rendah berjumlah RM4,669.00.

Pemeriksaan aset alih ELTC telah berjaya dilakukan dari 30 Jun 2015 hingga 31 Disember 2015.

Pemeriksaan Stok ELTC telah berjaya dilaksanakan dari 30 November 2015 hingga 02 Disember 2015.

33

LAPORAN TAHUNAN 2015

English Language Teaching Centre

Gambar-gambar projek
pembinaan Walkway dari Blok
Perpustakaan ELT ke Blok
Akademik dan Blok Latihan

34

LAPORAN TAHUNAN 2015
English Language Teaching Centre

Gambar-gambar kerja-kerja pemasangan Sistem Kamera Litar
Tertutup (CCTV) di sekitar Kampus ELTC

35

LAPORAN TAHUNAN 2015

English Language Teaching Centre

LAPORAN INISIATIF

PROGRAM PENINGKATAN
PENGUASAAN BAHASA
INGGERIS SEKOLAH
MENENGAH
(PPPBISM)

36

LAPORAN TAHUNAN 2015
English Language Teaching Centre

PROGRAM PENINGKATAN PENGUASAAN BAHASA INGGERIS
SEKOLAH MENENGAH

(English Language Enhancement Programme for Secondary Schools)

Latar belakang

English Language Enhancement Programme for Secondary Schools (Program Peningkatan Penguasaan Bahasa
Inggeris Sekolah Menengah - PPPBISM) ialah inisiatif di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-
2025 yang bertujuan untuk meningkatkan keberhasilan pelajar di dalam bahasa Inggeris di peringkat sekolah
menengah atas. Pelajar-pelajar dari sekolah yang mempunyai kadar kelulusan di bawah purata kebangsaan
77% dalam kertas bahasa Inggeris SPM adalah kumpulan sasar bagi program ini. Pendekatan dua penjuru telah
digunakan untuk menjalankan program ini iaitu komponen di dalam bilik darjah dan komponen di luar bilik darjah.

Komponen Di Dalam Bilik Darjah: Rancangan Sokongan Sekolah
(School Support Plan)

Pada 2015, seramai 136 orang pegawai SISC+ (School Improvement Specialist Coaches) dan 302 orang guru
mata pelajaran Bahasa Inggeris telah dilatih di bawah Rancangan Sokongan Sekolah (School Support Plan) iaitu
satu pendekatan secara langsung dalam penghasilan impak terhadap keberhasilan pelajar melalui perkembangan
guru. Bengkel yang dikendalikan di bawah School Support Plan ini membolehkan peserta kursus:

• menggunakan data pencapaian pelajar dalam menentukan strategi  pengajaran. 
• mengenalpasti  jurang  pengetahuan dan kemahiran pelajar melalui analisis data dan tafsiran.
• membangunkan dan melaksanakan strategi pengajaran  berasaskan keperluan pelajar

dalam  menangani jurang pengetahuan dan kemahiran pembelajaran mereka.

Pelaksanaan Program

Senarai bengkel yang telah dijalankan di bawah School Support Plan pada tahun 2015 adalah seperti jadual di
bawah.

BIL. PUSAT LATIHAN FASA 1 TARIKH JUMLAH
20.04.2015 - 23.04.2015 PESERTA
1. PLGDP Sungai Karangan, Kedah
101

2. IPGK Tawau, Sabah 20.04.2015 - 23.04.2015 59
59
3. Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sarawak, 20.04.2015 - 23.04.2015 23
Kota Samarahan

4. Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri,Kota Bahru 13.04.2015 - 16.04.2015

5. Hotel Seri Malaysia, Kuantan, Pahang 11.05.2015 - 14.05.2015 62

6. PLGDP Bandar Tenggara, Johor 05.05.2015 - 08.05.2015 134

JUMLAH: 438

37

LAPORAN TAHUNAN 2015

English Language Teaching Centre

BIL. PUSAT LATIHAN FASA 2 TARIKH JUMLAH
25.08.2015 - 27.08.2015 PESERTA
1. Hotel Heritage,Ipoh
49

2. Hotel Swiss Inn, Sg Petani 25.08.2015 - 27.08.2015 48

3. Hotel Best Western Kinabalu Daya, K. Kinabalu 08.09.2015 - 10.09.2015 60

4. Hotel Sutera, Seremban 08.09.2015 - 10.09.2015 33

5. Hotel Star Points, Jalan Masjid India, Kuala Lumpur 08.09.2015 - 10.09.2015 34

6. Hotel Kuching Park, Kuching 01.09.2015 - 03.09.2015 54

7. Hotel New York, Johor Bahru 06.10.2015 –08.10.2015 49

8. English Language Teaching Centre 20.10.2015 - 22.10.2015 71
JUMLAH: 398

Kesan / Hasil

• Sesi lawatan ke sekolah telah dijalankan di 30% sekolah yang terlibat dalam usaha untuk memastikan ke
berkesanan program ini.

• Maklum balas menunjukkan bahawa sesi bengkel telah diterima dengan baik oleh pihak SISC+ dan juga guru.
• Pasca ujian yang telah dijalankan pada akhir tempoh intervensi menunjukkan terdapat peningkatan

pencapaian pelajar.
• Selain daripada itu, prestasi sekolah-sekolah terlibat telah meningkat dengan kadar 0.22% pada bacaan

Gred Purata Matapelajaran di dalam Sistem Analisa Peperiksaan Sekolah (SAPS); satu pangkalan data bagi
keputusan peperiksaan sekolah di peringkat kebangsaan .
• Susulan daripada keputusan yang memberangsangkan ini, bengkel School Support Plan akan dilanjutkan
untuk 140 orang guru tambahan pada 2016.

Komponen Di Luar Bilik Darjah: Kem Bahasa Inggeris
– Meningkatkan Kemahiran Bahasa Melalui Sastera

Satu lagi komponen dalam Program Peningkatan Penguasaan Bahasa Inggeris Sekolah Menengah ialah
komponen di luar bilik darjah. Komponen ini menyasarkan untuk memaksimumkan aktiviti ko-kurikulum serta
meningkatkan keyakinan dan kemahiran pelajar dalam bahasa Inggeris, secara spesifik melalui Kem Bahasa
Inggeris (English in Camp).

Kesusasteraan telah diambil sebagai fokus untuk kem ini. Keberhasilan pelajar akan dipantau melalui SAPS,
sepertimana pelajar di sekolah-sekolah hotspot yang terlibat dalam Rancangan Sokongan Sekolah (School
Support Plan).

Pelaksanaan Kem Bahasa Inggeris

Jadual pelaksanaan Kem Bahasa Inggeris pada tahun 2015 adalah seperti di bawah.

TARIKH TEMPAT BILANGAN BILANGAN BILANGAN
SEKOLAH GURU MURID
125
4-6 Ogos Sibu, Sarawak 25 25 75
105
28-30 Ogos Keningau, Sabah 15 15

1-3 September Papar, Sabah 21 21

38

LAPORAN TAHUNAN 2015
English Language Teaching Centre

TARIKH TEMPAT BILANGAN BILANGAN BILANGAN
8-10 September Kuching, Sarawak SEKOLAH GURU MURID
12-14 September Tawau, Sabah 23 115
2-4 Oktober Telupid, Sabah 23 25 125
6-8 Oktober Miri, Sarawak 25 15 75
15 12 60
12

Kesimpulan

Program Peningkatan Penguasaan Bahasa Inggeris di Sekolah Menengah telah berjaya dalam memenuhi
tujuannya untuk membantu guru meningkatkan pencapaian Bahasa Inggeris pelajar di sekolah. Pencapaian
pelajar akan dipantau secara berterusan pada 2016 untuk mengekalkan momentum positif yang telah dicapai
pada tahun 2015. Program yang telah diamalkan secara efektif ini akan diperkukuhkan lagi pada tahun yang akan
datang.

SISC+ dalam aktiviti kumpulan Guru menganalisis data

Aktiviti murid semasa kem bahasa Inggeris

39

LAPORAN TAHUNAN 2015

English Language Teaching Centre

LAPORAN INISIATIF

PROGRAM ORAL PROFICIENCY
IN ENGLISH FOR SECONDARY

SCHOOLS
(OPS-ENGLISH)

40

LAPORAN TAHUNAN 2015
English Language Teaching Centre

PROGRAM Oral Proficiency in English for Secondary Schools
(OPS-ENGLISH)

Pengenalan

• Program Oral Proficiency in English for Secondary Schools (OPS-English) merupakan salah satu inisiatif
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) di dalam Gelombang Satu (2013 – 2015) yang bertujuan
meningkatkan kemahiran berkomunikasi bahasa Inggeris dalam kalangan murid Tingkatan 1 dan 2.

• Program intervensi untuk mempertingkatkan kemahiran mendengar dan bertutur dalam bahasa Inggeris ini
akan dilaksanakan di sekolah band 3 hingga 6 secara berperingkat.

• Program OPS-English dilaksanakan di sekolah selama satu semester dalam Jadual Persekolahan.

Objektif Program

• Meningkatkan kemahiran murid untuk mendengar dan bertutur dalam bahasa Inggeris.
• Membina keyakinan murid untuk bertutur dalam bahasa Inggeris.

Pelaksanaan Program 2015

AKTIVITI UTAMA TARIKH PERINCIAN AKTIVITI
Jan – Mei
Pelaksanaan Peluasan • 529 sekolah (Tingkatan 1);
Program OPS-English 2015 • 216 sekolah (Tingkatan 2)

Pemantauan Fasa 1 & 2 Mac – Mei • Memantau dan menilai keberkesanan
(Facilitation Visits) Ogos - Nov pelaksanaan program OPS-English di 123
sekolah oleh pegawai JNJK
Persediaan Pelaksanaan
Program OPS-English 2016 • Percetakan, pembekalan dan penghantaran
bahan PdP ke 529 sekolah Tingkatan 2

Latihan guru secara on-site di Okt - Nov • Melatih 1,587 guru di peringkat PPD/JPN
peringkat PPD/JPN

Peluasan Program OPS-English (Gelombang 1: 2013 – 2015)

TAHUN BILANGAN SEKOLAH BILANGAN BILANGAN GURU BILANGAN MURID

JURULATIH DILATIH (TINGKATAN 1 & 2)

2012 20 (Rintis) 20 72 5,215

2013 216 36 612 56,000
2014 180 260,500
2015 Sasaran: 682 185 2,728 105,800
Permohonan daripada JPN: 145 421 (Tingkatan 1) 427,515

Jumlah: 827 2,728
(Tingkatan 1)
529
6,140
Jumlah 1,592 sekolah

41

LAPORAN TAHUNAN 2015

English Language Teaching Centre

LAPORAN INISIATIF

PROGRAM PROFESSIONAL
UP-SKILLING OF ENGLISH

LANGUAGE TEACHERS
(PRO-ELT)

42

LAPORAN TAHUNAN 2015
English Language Teaching Centre

PROGRAM PROFESSIONAL UP-SKILLING OF ENGLISH
LANGUAGE TEACHERS (PRO-ELT)

Sepintas Lalu

9000 181 300+ 18,600 18,600
guru jurulatih pusat jam jam
di kenal latihan
pasti latihan latihan
bersemuka dalam talian

Keputusan

KOMPONEN KEMAHIRAN BAHASA PENINGKATAN GURU PENINGKATAN GURU
TAHAP B1 (%) TAHAP B2 (%)

Speaking 76 76
Reading 70 38

Writing 47 36

Listening 47 19

PENINGKATAN KESELURUHAN (%) 87.42% 42.04%

Impak Program

• Peningkatan dalam penggunaan bahasa Inggeris untuk berkomunikasi.
(95% dari 1637 guru menggunakan teknik pengajaran yang dipelajari dari kursus ke bilik darjah).

• Peningkatan tahap keyakinan guru dalam penggunaan bahasa Inggeris.
(96% dari 1532 guru menunjukkan keyakinan dalam penggunaan bahasa Inggeris disebabkan peningkatan
dalam tahap profisiensi bahasa tersebut).

• Peningkatan dalam penggunaan bahasa Ingegris dalam bilik darjah.
(64% guru mengajar75-100% dalam bahasa Inggeris).

43

LAPORAN TAHUNAN 2015

English Language Teaching Centre

LAPORAN

PROGRAM INTERVENSI
TAMBAH OPSYEN
BAHASA INGGERIS
(PITO-BI)

44

LAPORAN TAHUNAN 2015
English Language Teaching Centre

PROGRAM INTERVENSI TAMBAH OPSYEN – INTERVENTION
PROGRAMME IN ENGLISH LANGUAGE TEACHING (PITO-ICELT)

2015

Pengenalan Setelah tamat berkursus serta lulus kerja
tugasan dan peperiksaan yang diambil,
Program Intervensi Tambah Opsyen guru akan dianugerahkan Sijil PITO-ICELT.
- Intervention Programme in English
Language Teaching (PITO-ICELT) direka
khas untuk guru bukan opsyen Bahasa
Inggeris yang mengajar Bahasa Inggeris di

sekolah rendah.

Ini akan meningkatkan pengetahuan
dan kemahiran guru dalam PdP Bahasa
Inggeris serta melayakkan guru bukan
opsyen Bahasa Inggeris untuk didaftar
dalam Sistem HRMIS sebagai guru Bahasa

Inggeris ‘tambah opsyen’.

Perincian PITO-ICELT

PITO-ICELT menawarkan 12 kursus yang menggabungkan enam komponen seperti berikut:

• Awareness Raising.
• Developing Language Skills in ESL context.
• Classroom Talk.
• Adaptation and Material Design.
• Planning for Teaching and Learning.
• Assessment (SBA).

Struktur PITO-ICELT

PITO-ICELT dilaksanakan selama 12 minggu secara tiga fasa.

Fasa Mod Tempoh
1 Pembelajaran bersemuka 3 minggu
2 Pembelajaran dalam talian 5 minggu
3 Pembelajaran bersemuka 4 minggu

PITO-ICELT melibatkan cara pembelajaran secara kuliah & kerja kumpulan.

Implikasi dan Keberhasilan

Pada tahun 2015, sebanyak dua kohort peserta telah dilatih.

Kohort pertama:

Melibatkan seramai 49 orang peserta yang telah dilatih di tiga pusat latihan iaitu Institut Pendidikan Guru (IPGK)
Kampus Darul Aman, IPGK Temenggung Ibrahim dan English Language Teaching Centre Malaysia.

Tempoh latihan untuk kohort pertama adalah dari 1 Jun 2015 hingga 11 Disember 2015.

45

LAPORAN TAHUNAN 2015

English Language Teaching Centre

Kohort kedua:

Melibatkan seramai 104 peserta yang telah dilaksanakan di dua pusat latihan iaitu English Language Teaching
Centre Malaysia dan IPGK Tun Abdul Razak, Kota Samarahan, Sarawak.

Kohort kedua telah dilaksanakan dari 1 September 2015 hingga 11 Disember 2015.

180

160

140

120

100

80

60

40

20

0 2014 2015
2013

Rajah 1: Bilangan Peserta PITO-ICELT
2013-2015

Perancangan Strategik PITO-ICELT 2016

240 orang guru Pelaksanaan di premis Bermula pada 14 Mac
kerajaan 2016

Latihan mengikut zon Dua kohort peserta Tamat pada
akan dilatih 9 Disember 2016

PITO-ICELT ambilan September 2015 PITO-ICELT ambilan Jun 2015
(English Language Teaching Centre) (ELTC – IPGK Darul Aman, Kedah)

Peserta kursus bersama fasilitator

46 PITO-ICELT ambilan September 2015 PITO-ICELT ambilan Jun 2015
(ELTC – IPGK Tun Abdul Razak, Sarawak) (ELTC – IPGK Temenggong Ibrahim, Johor)


Click to View FlipBook Version