The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by komunikasi islam, 2020-08-10 04:29:23

Komunikasi dan Penyiaran Islam

Komunikasi dan Penyiaran Islam

Keywords: Komunikasi

KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM

BAB SATU

KONSEP KOMUNIKASI

Konsep
komunikasi

KONSEP
KOMUNIKASI

Bentuk-bentuk & Hubungan iman,
jenis-jenis Islam dan ihsan
komunikasi dengan komunikasi

Rajah 1: Konsep Komunikasi

1

KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM

TOPIK 1: KONSEP KOMUNIKASI

Oleh:
Rosmawati Razak

Pengertian komunikasi

Komunikasi merupakan suatu fitrah kepada manusia. Setiap manusia perlu kepada komunikasi
walaupun dengan cara yang berbeza-beza. Komunikasi bukan hanya berbentuk lisan tetapi juga wujud dalam
bentuk-bentuk yang lain.

Menurut Zulkefli & S.Salahudin (2016), secara umumnya istilah komunikasi adalah terjemahan
daripada Bahasa Inggeris, iaitu communication berasal daripada perkataan communicare yang bermaksud to
make common atau mewujudkan persamaan. Ia juga merujuk kepada maksud penyertaan, perkongsian dan
pemberitahuan. Istilah komunikasi juga menekankan kegiatan seseorang individu atau kelompok, serta sifat
ingin mempengaruhi orang lain.

Sekurang-kurangnya terdapat 4 pengertian komunikasi yang menjurus kepada penekanan atau fokus
tertentu iaitu:

 Memfokuskan kepada aspek penyebaran atau pengiriman sesuatu maklumat,
pemikiran, sikap dan emosi.

 Memfokuskan aspek perkongsian makna.
 Memfokuskan aspek tingkah laku.
 Memfokuskan aspek pembujukan.

Dalam proses komunikasi, terdapat juga unsur-unsur dalam komunikasi yang perlu difahami.
Antaranya ialah:

Unsur-unsur Maksud
komunikasi

Sumber Sumber merupakan punca sesuatu utusan. Semua orang mampu menjadi sumber
tidak kira sama ada dia seorang individu, satu kumpulan, persatuan atau sebuah
organisasi. Di dalam proses komunikasi sumber ialah sesiapa yang mempunyai
pendapat, fikiran, perasaan, atau utusan yang ingin disampaikan kepada orang lain.
Jika seseorang sumber itu berkata sesuatu atau menerangkan sesuatu perkara
kepada orang lain, proses itu dinamakan mengkod mesej atau dengan kata lain
proses-proses membentuk mesej.

Penerima Penerima dalam proses komunikasi ialah sasaran sesuatu utusan. Penerima boleh
terdiri daripada seorang individu, kumpulan kecil, sebuah organisasi ataupun
sejumlah orang ramai. Dalam komunikasi massa, penerima utusan dikenali sebagai
khalayak. Sepertimana punca atau sumber, penerima mempunyai ciri-ciri tertentu
seperti kemahiran komunikasi, sikap, tahap pengetahuan serta kedudukannya
dalam suatu sistem sosiobudaya.

2

KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM

Mesej Mesej adalah maksud yang terkandung dalam perkataan-perkataan atau simbol-
simbol yang digunakan oleh sumber untuk menyampaikan dan melafazkan sesuatu
Saluran maksud. Ia adalah hasil daripada proses enkod yang dijalankan oleh punca
Gangguan berdasarkan kepada pemikirannya. Di dalam mesej tersebut terkandung perutusan
Maklum balas idea dan perasaan yang ingin disampaikan oleh punca kepada penerima. Mesej
Rangka rujuk mengandungi idea serta perasaan yang ingin dikongsi antara sumber dan penerima.
Konteks Namun, idea dan perasaan hanya dapat dikomunikasikan menerusi simbol tertentu
sama ada secara lisan, konkrit, abstrak mahupun bukan lisan.

Saluran boleh didefinisikan sebagai alat atau perantara yang menyalurkan mesej
dari sumber kepada seorang penerima atau beberapa orang penerima. Pemilihan
saluran dalam komunikasi adalah penting kerana ia akan membantu keberkesanan
komunikasi. Dalam masa yang sama, setiap saluran mempunyai kelemahan dan
kekuatan tertentu. Untuk mendapatkan kesan yang maksimum, kaedah
menggunakan beberapa saluran untuk menyampaikan sesuatu utusan merupakan
cara yang paling efektif. Pada amnya saluran terdapat dalam bentuk-bentuk berikut:

- Saluran media
- Saluran bersemuka
- Saluran mesej bukan lisan

Gangguan ialah sebarang bentuk halangan yang berlaku dalam proses komunikasi.
Gangguan berlaku apabila penerima tidak dapat menerima utusan dengan jelas atau
tepat sebagaimana yang disampaikan oleh sumber. Bunyi bising umpamanya
menghalang mesej dari disampaikan, diterima dan difahami dengan tepat.

Maklum balas merujuk kepada respon yang berlaku apabila penerima memberikan
reaksi terhadap utusan yang disampaikan oleh sumber. Dalam komunikasi antara
individu, maklum balas adalah spontan. Misalnya, apabila sumber bertanya
“bagaimana keadaan anda sekarang?” dan penerima utusan menjawab “Baik-baik
saja”. Maklum balas mungkin ditunjukkan pada riak wajah sambil menjawab.
Jawapan dan air muka penerima itu merupakan maklum balas terhadap utusan yang
disampaikan oleh sumber.

Rangka rujuk adalah pengalaman dan pengetahuan tentang sesuatu perkara yang
menjadi tajuk komunikasi. Komunikasi tidak akan mendatangkan kesan jika
sumber dan penerima tidak mempunyai rangka rujuk yang sama.

Komunikasi berlaku dalam konteks-konteks tertentu. Komunikasi tidak berlaku
dalam “kekosongan”. Komunikasi juga kadang-kadang terjadi dalam keadaan yang
semulajadi tanpa disedari. Konteks komunikasi merujuk kepada suasana atau
keadaan sekeliling di mana komunikasi itu berlaku.

3

KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM

Rajah 1.1: Elemen-elemen asas dalam proses komunikasi

Komunikasi menurut perspektif Barat
i) Takrifan oleh Verdeber & Verdeber (2002)
Komunikasi merupakan proses membentuk dan berkongsi makna dalam perbualan tidak formal,
interaksi kumpulan atau perucapan publik. Proses komunikasi itu melibatkan komunikator,
konteks, mesej, saluran, elemen gangguan (bising) dan maklumbalas.
ii) Takrifan oleh Gamble (2002)
Komunikasi didefinisikan sebagai proses pemindahan makna sama ada secara sengaja atau tidak.
Gamble mengaitkan pengalaman dengan perlakuan yang diperhatikan dan tanggapan terhadap
perlakuan tersebut. Jika perlakuan yang diperhatikan itu diinterpretasikan sebagai mesej atau
ianya memberi kesan kepada perlakuan seseorang yang lain, bermakna komunikasi telah berlaku.
iii) Takrifan oleh Hybels & Weaver (2001)
Komunikasi merupakan proses perkongsian idea, maklumat dan perasaan yang melibatkan
penuturan, penulisan, perlakuan, pergerakan badan dan stail. Pendek kata, apa sahaja reaksi yang
memberi makna terhadap mesej merupakan komunikasi. Komunikasi bererti membentuk
hubungan kemanusiaan yang berlaku dalam kumpulan, organisasi atau masyarakat, bagaimana ia
saling mempengaruhi, memberitahu dan diberitahu, dihiburkan atau memberi hiburan.
Berdasarkan definisi yang diberikan, dapat disimpulkan bahawa komunikasi dari perspektif barat telah

dilihat dari pelbagai aspek seperti berikut:

4

KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM

Melibatkan komunikator, konteks,
mesej, saluran dan elemen gangguan

Menyebar, mengirim TAKRIFAN Berkongsi dan
dan menyampaikan KOMUNIKASI menginterpretasi makna

mesej BARAT dan idea

Membentuk Memberitahu
hubungan

Rajah 1.2: Takrifan komunikasi menurut perspektif barat

Komunikasi menurut perspektif Islam

Komunikasi atau communication dalam Bahasa Inggeris apabila diterjemahkan di dalam Bahasa Arab (al-
Quran) disebut dengan istilah “ittisol” bererti sampaikan atau “wasola” iaitu sebutan asal kepada ittisol.

Firman Allah SWT bermaksud:

“Dan demi sesungguhnya kami telah sampaikan firman-firman kami (al-Quran) kepada mereka supaya

mereka memperoleh peringatan (lalu beriman). (al-Quran, al-Qasas: 51)

Al-Quran menjelaskan bahawa komunikasi merupakan salah satu perkara fitrah manusia sebagaimana tersebut
dalam firman Allah SWT :

“Allah yang Maha Pengasih, Mengajarkan al-Quran, Mencipta Insan, Mengajarkannya al-bayan”
(al-Quran, al-Rahman: 1-4)

Al-Syaukani dalam tafsirnya Fath al-Qadir menyatakan al-bayan sebagai kemampuan untuk berkomunikasi.
Selain itu, masih terdapat dalam al-Quran dan hadith Rasulullah SAW yang menggambarkan maksud
komunikasi atau menerangkan aktiviti komunikasi seperti berikut (Ghazali 2007):

Penggunaan Berpesan-pesan (al-Asr: 3)
istilah Sampaikan (al-Maaidah: 67)
Khabarkan (al-Nisa’: 138)
komunikasi di
dalam al-Quran Menyeru (ali-Imran: 104)

& al-Hadith

5

KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM

i) Takrifan oleh Zulkefli & S. Salahudin (2016)

Komunikasi Islam juga dikenali sebagai komunikasi dakwah iaitu komunikasi yang membawa
risalah keislaman dalam konteks mengajak dan memanggil kelompok manusia agar menganut
ajaran Islam, memberi maklumat mengenai amar makruf nahi mungkar untuk mencapai
kebahagiaan di dunia dan di akhirat.

ii) Takrifan oleh Naim (2011)

Komunikasi Islam dapat diungkapkan sebagai satu sistem, proses dan kaedah penyampaian mesej
dimulakan dengan nama Allah dan niat yang baik, menggunakan pelbagai bentuk dan saluran
media sama ada media abstrak atau konkrit atau kombinasi keduanya, bertujuan menerapkan nilai
Islam, amar makruf nahi mungkar dan menyebarluaskan dakwah untuk kesejahteraan umat
manusia dan seluruh alam. Komunikasi Islam datangnya dari Allah, kepada manusia, untuk
manusia dan kembali kepada Allah SWT.

iii) Takrifan oleh Ghazali (2007)

Pengertian komunikasi menurut Islam ialah proses dalam menyampaikan utusan kepada seseorang
atau masyarakat untuk dijadikan milik bersama tentang maklumat, pengetahuan, kemahiran, sikap
dan kepercayaan berlandaskan syariat Islam.

iv) Takrifan oleh Mohd. Yusof (1990)
Komunikasi Islam merupakan proses menyampai atau bertukar perutusan dan maklumat dengan
menggunakan prinsip dan kaedah komunikasi yang terdapat di dalam al-Quran dan al-Hadith.

v) Takrifan oleh Mahyuddin (1984)

Komunikasi Islam ialah proses membekalkan khalayak dengan hakikat kebenaran agama Islam
yang berterusan bersandarkan kepada al-Quran dan al-Hadith secara langsung atau tidak, melalui
perantaraan media umum atau khusus, bertujuan membentuk pandangan umum yang betul
berasaskan hakikat kebenaran agama yang memberi kesan kepada kehidupan seseorang dalam
aspek akidah, ibadah dan muamalah (dlm. Zulkiple, 2003).

Kesimpulannya, komunikasi Islam merupakan satu proses untuk menyampaikan mesej-mesej
agama kepada masyarakat dengan menggunakan pelbagai medium berdasarkan prinsip dan
kaedah-kaedah yang terdapat di dalam al-Quran bertujuan untuk membawa manusia kepada Allah
SWT demi mencapai kesejahteraan umat manusia dan seluruh alam.

6

KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM

TOPIK 2: HUBUNGAN IMAN, ISLAM DAN IHSAN SERTA KAITANNYA
DENGAN KOMUNIKASI ISLAM

Oleh:
Rosmawati Razak

Islam adalah agama yang membimbing manusia dalam segala urusan kehidupan termasuk perkara-perkara
yang berkaitan dengan komunikasi. Namun penguasaan bidang komunikasi dan penyiaran ini perlu
berlandaskan kepada konsep asas Islam iaitu iman, Islam dan ihsan.

i) Pengertian iman
Maksud iman pada bahasa ialah “pembenaran dengan hati”. Maksudnya menerima segala apa yang dibawa
oleh Rasulullah SAW.

Dari segi istilah iman bermaksud:

Pembenaran dengan hati, pengakuan dengan lisan, dan amal dengan anggota badan. Oleh sebab itu iman boleh
bertambah dan berkurang sebagaimana amal juga bertambah dan berkurang.

ii) Pengertian Islam
Dari segi bahasa, perkataan ‘Islam’ berasal daripada bahasa Arab, iaitu salima yang bermaksud selamat.
Daripada perkataan itu, terbentuklah pekataan aslama yang bererti menyerahkan diri atau tunduk dan patuh.
Menurut istilah, Islam ialah agama Allah SWT yang diwahyukan kepada rasul-rasulNya sejak nabi Adam AS
hingga nabi terakhir Muhammad SAW. Agama Islam mengatur seluruh aspek kehidupan manusia baik
keyakinan kepada:

 Allah dan perkara-perkara ghaib lainnya (akidah),
 Ibadah khusus dan umum,
 Muamalat (bersosial),
 Munakahat dan aspek kekeluargaan,
 Hukum-hakam, politik, ekonomi dan sebagainya.

Firman Allah SWT:
“Bahkan, barangsiapa menyerahkan diri kepada Allah, sedang ia berbuat kebaikan, maka baginya pahala di
sisi Tuhannya dan tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak pula bersedih hati”

(Al-Quran, al-Baqarah: 112)

7

KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM

iii) Pengertian ihsan

Ihsan dari segi bahasa bermaksud kesempurnaan atau terbaik. Dari segi istilah ihsan membawa maksud
seseorang menyembah Allah SWT seolah-olah ia mampu melihatNya dan jika ia tidak mampu membayangkan
melihatNya sesungguhnya Dia (Allah SWT) melihatnya.

Hadith Rasulullah SAW juga telah menceritakan tentang Islam, iman dan ihsan melalui komunikasi
Jibril AS dan Rasulullah SAW:

Daripada Umar bin Khattab RA berkata: Suatu ketika, kami (para sahabat) duduk di dekat Rasululah SAW.
Tiba-tiba muncul kepada kami seorang lelaki mengenakan pakaian yang sangat putih dan rambutnya amat
hitam. Tak terlihat padanya tanda-tanda bekas perjalanan, dan tak ada seorang pun di antara kami yang
mengenalnya. Ia segera duduk di hadapan Nabi, lalu lututnya disandarkan kepada lutut Nabi dan meletakkan
kedua tangannya di atas kedua paha Nabi, kemudian ia berkata: “Hai, Muhammad! Beritahu kepadaku
tentang Islam.”

Rasulullah SAW menjawab,”Islam adalah, engkau bersaksi tidak ada yang berhak diibadahi dengan benar
melainkan hanya Allah, dan sesungguhnya Muhammad adalah Rasul Allah; mendirikan solat; menunaikan
zakat; berpuasa di bulan Ramadhan, dan engkau menunaikan haji ke Baitullah, jika engkau telah mampu
melakukannya,” lelaki itu berkata, “Engkau benar,” maka kami hairan, ia yang bertanya ia pula yang
membenarkannya.

Kemudian ia bertanya lagi: “Beritahu kepadaku tentang Iman”. Nabi menjawab, “Iman adalah, engkau
beriman kepada Allah; malaikatNya; kitab-kitabNya; para RasulNya; hari Akhir, dan beriman kepada takdir
Allah yang baik dan yang buruk,” ia berkata, “Engkau benar.”

Dia bertanya lagi: “Beritahu kepadaku tentang ihsan”. Nabi SAW menjawab, “Hendaklah engkau beribadah
kepada Allah seakan-akan engkau melihatNya. Sekiranya engkau tidak melihatNya, sesungguhnya Dia
melihatmu.”

Lelaki itu berkata lagi: “Beritahu kepadaku bilakah akan terjadi Kiamat?”
Nabi menjawab, “Yang ditanya tidaklah lebih tahu daripada yang bertanya.”
Dia pun bertanya lagi: “Beritahu kepadaku tentang tanda-tandanya!”
Nabi menjawab, “Jika seorang budak wanita telah melahirkan tuannya; jika engkau melihat orang yang
bertelanjang, tanpa memakai baju (miskin papa) serta pengembala kambing saling berlumba dalam
mendirikan bangunan megah yang menjulang tinggi.”
Kemudian lelaki tersebut segera pergi. Aku pun terdiam, sehingga Nabi bertanya kepadaku : “Wahai,
Umar! Tahukah engkau, siapa yang bertanya tadi?”
Aku menjawab, “Allah dan RasulNya lebih mengetahui,” Beliau bersabda, “Dia adalah Jibril yang
mengajarkan kalian tentang agama kalian.”

(Hadith Riwayat Muslim)

Berdasarkan hadith di atas, iman atau akidah merupakan tunjang agama. Setiap muslim wajib
mengesakan Allah dan beriman dengan apa yang diperintahkan. Segala amalan yang terkandung di dalam
syariah yang terdiri daripada muamalah, munakahat, jinayat dan ibadat adalah manifestasi daripada iman

8

KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM
seseorang. Oleh itu, Islam, iman dan ihsan sangat berkait rapat dengan komunikasi. Dalam mempraktikkan
ilmu komunikasi, sudah pasti perlu kepada Islam untuk tunduk dan patuh kepada perintah Allah SWT dan
menjauhi segala laranganNya. Segala bentuk penyelewengan dan penyalahgunaan alat komunikasi dan
penyiaran yang melanggar tuntutan Islam perlu dihindarkan. Dalam mengejar kemodenan dan kecanggihan
teknologi yang wujud, harus diimani bahawa segala sumber teknologi yang ada semuanya bersumberkan Allah
SWT. Hasil ciptaan hendaklah bertujuan membawa kebaikan dan ketaatan kepada Allah serta tidak digunakan
untuk kerosakan, maksiat serta penyelewengan. Ihsan dalam komunikasi pula amat perlu kerana ia
menggambarkan akhlak diri seseorang.

Kesimpulannya, komunikasi adalah alat paling utama untuk berinteraksi dengan tuhan dan mengenal
bukan sahaja diri sendiri tetapi juga orang lain dan apa saja yang berada di sekeliling untuk dipelajari. Muslim
yang baik tidak cukup sekadar mempunyai ilmu yang baik, amalan yang baik, dan akhlak yang baik, tetapi
mestilah pula menjadikan orang disekitarnya juga orang yang baik seterusnya menjadikan insan di dunia ini
muslim yang baik. Kalau tidak dengan sistem komunikasi yang betul, ilmu yang sarat sekalipun ada dalam
diri seseorang, namun penyampaian yang tidak tepat menyebabkan ajaran Islam itu agak lambat sampai
ataupun langsung tidak sampai kepada sasarannya. Islam tidak memadai tanpa iman dan iman tidak sempurna
tanpa ihsan. Ianya saling berhubungan antara satu dengan yang lain. Dari pengertian inilah kita mengetahui
bahawa Islam, iman dan ihsan adalah kesempurnaan yang ada dalam ajaran agama yang disampaikan oleh
Rasulullah SAW dan komunikasi yang baik adalah manifestasi daripada ketiga-tiga perkara tersebut.

9

KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM

TOPIK 3: BENTUK-BENTUK & JENIS-JENIS KOMUNIKASI

Oleh:
Zuraiha Mohd Zain

Borhannudin Ya

Bentuk-bentuk komunikasi dapat dibahagikan sebagai yang berikut:

i) Komunikasi vertical (menegak)

Komunikasi vertical atau menegak adalah komunikasi dari atas ke bawah dan dari bawah ke atas atau
komunikasi dari pimpinan kepada bawahan dan dari bawahan kepada pimpinan secara timbal balik.
Dimensi menegak boleh dibahagikan menjadi ke bawah dan ke atas.

a. Ke bawah:
Komunikasi yang mengalir dari satu tahap dalam suatu kelompok atau organisasi ke suatu tahap yang
lebih bawah. Kegunaan daripada komunikasi ini memberikan penetapan matlamat, memberikan
arahan kerja, memaklumkan dasar dan prosedur kepada orang bawahan, menunjukkan masalah yang
memerlukan perhatian dan mengemukakan maklum balas terhadap prestasi.

b. Ke atas:
Komunikasi yang mengalir ke suatu tahap yang lebih tinggi dalam kumpulan atau organisasi
digunakan untuk memberikan maklum balas kepada atasan, memaklumkan kepada mereka mengenai
kemajuan ke arah tujuan dan meneruskan masalah-masalah yang ada.

ii) Komunikasi horizontal (komunikasi mendatar)

Komunikasi mendatar atau horizontal adalah komunikasi secara mendatar, misalnya komunikasi antara
pekerja dengan pekerja dan komunikasi ini sering kali berlangsung tidak formal yang berlainan dengan
komunikasi menegak yang berlaku secara formal.

Dalam dimensi lateral, komunikasi yang berlaku di antara kumpulan kerja yang sama, di antara ahli
kumpulan-kumpulan kerja pada tahap yang sama, di antara pengurus-pengurus pada tahap yang sama
(Robbins, 2002).

10

KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM

iii) Komunikasi diagonal (komunikasi menyilang)

Komunikasi pepenjuru atau komunikasi diagonal yang sering juga dinamakan komunikasi silang iaitu
seseorang dengan orang lain yang satu dengan yang lain berbeza dalam kedudukan dan bahagian (Effendy,
2000). Pendapat lain menyebutkan, komunikasi dapat mengalir secara menegak atau lateral (menyisi).
Komunikasi silang (cross communication) adalah komunikasi antara pihak pengurusan dengan pekerja.
Komunikasi ini merupakan komunikasi yang memotong jalur menegak dan mendatar. Sebagai contoh, ahli
kakitangan junior boleh terus pergi ke atasannya, telefon, e-mel dan lain-lain. Komunikasi silang boleh
melibatkan komunikasi pengurusan peringkat yang lebih tinggi kepada pengurusan peringkat bawahan.

Komunikasi silang merupakan komunikasi yang berlangsung dari satu pihak kepada pihak lain dalam
kedudukan yang berbeza, di mana kedua-dua pihak tidak berada pada jalur struktur yang sama. Komunikasi
silang digunakan oleh dua pihak yang mempunyai level berbeza tetapi tidak mempunyai bidang kuasa
langsung kepada pihak lain. Komunikasi ini merupakan saluran komunikasi yang jarang digunakan dalam
organisasi, namun penting dalam situasi di mana ahli tidak boleh berkomunikasi secara berkesan melalui
saluran lain. Konsep komunikasi silang telah diperkenalkan untuk menangani cabaran komunikasi baru yang
berkaitan dengan bentuk organisasi baru. Walaupun kedua-dua komunikasi menegak dan mendatar penting
tetapi masih tidak dapat memenuhi keperluan komunikasi dan aliran dalam organisasi yang terkini.

JENIS-JENIS KOMUNIKASI

Terdapat beberapa jenis komunikasi yang melibatkan pelbagai konteks yang berbeza-beza berdasarkan
bentuk-bentuk komunikasi yang telah dibincangkan. Antaranya ialah:

i) Komunikasi Intrapersonal
ii) Komunikasi Interpersonal
iii) Komunikasi dalam kumpulan
iv) Komunikasi awam
v) Komunikasi massa
vi) Komunikasi antara budaya

Jenis-jenis komunikasi Pengertian

1. Komunikasi  Secara umum komunikasi intrapersonal merujuk kepada bagaimana
Intrapersonal seseorang berkomunikasi dengan dirinya sendiri. Individu itu sendiri
berperanan sebagai sumber dan penerima. Mesej terdiri daripada
2. Komunikasi pemikiran dan perasaan manakala salurannya ialah otak yang
Interpersonal memproses mesej (Mohd Baharudin & Mohd Khairie, 2007).

 Komunikasi interpersonal juga dikenali sebagai komunikasi antara
individu yang berlaku secara bersemuka. Ia melibatkan proses
bagaimana seseorang itu mencipta makna, mewujudkan perkongsian
idea melalui interaksinya secara langsung dengan individu lain
(Siddiqui, 1988).

11

KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM

3. Komunikasi  Komunikasi dalam kumpulan terbentuk dari interaksi antara individu
dalam yang terjalin dari semasa ke semasa sehingga membentuk satu entiti.
Kumpulan Komunikasi dalam kumpulan melibatkan interaksi yang mempunyai
tujuan yang khusus, menyelesaikan masalah, membentuk idea-idea
baru dan pengalaman-pengalaman baru.

4. Komunikasi  Komunikasi awam adalah komunikasi yang bertujuan untuk
Awam menyampaikan maklumat kepada sejumlah orang yang ramai
misalnya pensyarah memberi syarahan motivasi kepada pelajar-
5. Komunikasi pelajar. Komunikasi awam berlaku di tempat-tempat awam seperti di
massa dalam dewan, bilik kuliah atau di tempat orang ramai berhimpun.
Dalam komunikasi awam ini, penceramah adalah sumber dan
6. Komunikasi khalayak adalah penerima maklumat.
Antara Budaya
 Suatu proses komunikasi yang melibatkan individu atau organisasi
mengirim mesej tertentu kepada sejumlah khalayak dalam bilangan
yang besar dan pelbagai dengan peluang yang terhad untuk
memperoleh maklum balas terutama maklum balas lisan (Mohd
Baharudin & Mohd Khairie, 2007).

 Gamble & Gamble (2002) melihat komunikasi antara budaya sebagai
proses menginterpretasi dan berkongsi makna dengan seseorang dari
latar belakang budaya yang berbeza. Perbezaan maksud budaya yang
dimaksudkan boleh dilihat dalam beberapa corak, umpamanya antara
ras, antara etnik dan komunikasi intrabudaya.

12

KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM

BAB DUA

KONSEP PENYIARAN ISLAM

Penyiaran Konsep Akta
Islam sebagai penyiaran penyiaran

medium Islam Etika
dakwah penyiaran
KONSEP
Peranan PENYIARAN Islam
penyiaran
ISLAM
Islam
Bentuk-
bentuk
penyiaran

Rajah 2: Konsep Penyiaran Islam
13

KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM

TOPIK 4: KONSEP PENYIARAN ISLAM

Oleh:
Rosmawati Razak

Definisi penyiaran Islam

Definisi penyiaran dari segi bahasa adalah proses, cara dan perbuatan menyiarkan. Menurut Kamus Dewan
(2007), penyiaran merupakan aktiviti mengadun atau memancarkan rancangan radio dan televisyen kepada
khalayak di sekitar kawasan yang dapat diliputi oleh alat penerima siaran dengan menggunakan sistem analog,
satelit atau kabel. J.B Wahyudi (1996) mendefinisikan penyiaran sebagai proses komunikasi yang disampaikan
kepada audien, iaitu satu proses pengiriman maklumat daripada seseorang kepada masyarakat melalui proses
pemancaran elektromagnetik atau gelombang yang lebih tinggi.

Penyiaran Islam pula merupakan aktiviti yang dipancarkan kepada khalayak berasaskan nilai-nilai
keagamaan dan terjamin kebenarannya serta membawa keselamatan dalam kehidupan dunia dan akhirat.
Menurut Zulkiple (2003), secara global sistem penyiaran yang beroperasi di seluruh dunia boleh
diklasifikasikan kepada tiga bentuk model iaitu permissive model, paternalistik sistem dan authoritarian
sistem.

i) Permissive Model

- Pemilikan bebas
- Contoh media penyiaran bebas adalah seperti Cable News Network (CNN).
- Sistem penyiaran yang menjalankan operasinya yang tersendiri.
- Sistem penyiaran yang menentukan jenis kandungan dan matlamat yang tersendiri.
- Penerbitan dan penyiaran bagi media berautonomi ini adalah untuk tujuan keuntungan.
- Sistem penyiaran ini bebas daripada penapisan oleh pihak ketiga ataupun pihak-pihak lain.
- Akta penerbitan dan penyebaran ataupun pengagihan patut terbuka kepada individu dan kumpulan

tanpa permit ataupun lesen.
- Dana diperolehi daripada iklan-iklan.

ii) Paternalistik Sistem

- Perbadanan awam.
- Separa autonomi.
- Contohnya seperti Perbadanan Penyiaran British atau British Broadcasting Corporation (BBC).
- Media penyiaran ini memikul tanggungjawab social terhadap masyarakat.
- Media memenuhi kewajipan untuk menyampaikan maklumat, memberitahu, menghibur dan

mendidik masyarakat.
- Kawalan dikenakan dengan mematuhi etika profesionalisme seperti etika kewartawanan, etika

perhubungan awam dan etika tindakan pelanggan.
- Media ini terbuka dan dapat mencerminkan kepelbagaian masyarakat dengan membuka peluang

kepada pelbagai pendapat dan kebebasan menyuarakan pendapat ataupun menjawab.

14

KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM

iii) Authoritarian Sistem

- Old Union of Soviet Socialist Republics (USSR).
- Penguasaan kerajaan pusat.
- Sistem penyiaran ini tidak dimiliki oleh syarikat persendirian tetapi adalah hak milik mutlak pihak

berkuasa.
- Antara negara yang mengamalkan bentuk model ini adalah negara sosialis dan komunis seperti

bekas Soviet Union-Rusia dan China. Negara-negara ini masih mengamalkan teori ini demi
keselamatan negara.
- Media penyiaran ini tidak dibenarkan mengkritik objektif-objektif pemerintah negara.
- Pemimpin media ini dianggap anggota yang taat setia kepada pemerintah.

Di Malaysia sistem penyiaran masih mempunyai kawalan oleh kerajaan iaitu melalui sekatan undang-
undang di bawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Namun, dalam beberapa
keadaan sistem penyiaran di Malaysia boleh menyuarakan pandangan dan mempunyai kebebasan
bersuara. Namun, ia tetap dikawal oleh pemerintah, parti politik, organisasi atau institusi keagamaan. Apabila
terdapatnya kawalan oleh sesuatu organisasi maka media ini adalah terkawal dari
aspek perlaksanaan dan operasinya. Oleh itu sistem penyiaran di Malaysia dapat dikategorikan sebagai sistem
penyiaran separa autonomi. Contohnya seperti TV1 dan TV2 yang dimiliki oleh kerajaan serta TV3, NTV7
dan lain-lain yang dimiliki oleh stesen swasta yang masih dikawal untuk mengelakkan kebebasan media yang
keterlaluan sehingga boleh menggugat kestabilan negara.

Selain itu, kebergantungan kepada barat terhadap teknologi mewujudkan satu karakter yang hampir
sama di semua stesen penyiaran di negara-negara umat Islam iaitu ikutan dan pengiktirafan terhadap cara
berfikir secara sekular dalam operasi media penyiaran. Namun pada pandangan Ibrahim (1984), rujukan
konsep penyiaran Islam yang asasi bergantung kepada tasawwur kemanusiaan seperti yang dilihat dari
perspektif Islam iaitu hubungan tiga segi antara Allah, manusia dan masyarakat (Islamic triangular
relationship).

Menurut Zulkiple (2003), seperti bidang kehidupan yang lain, doktrin tauhid menjadi asas sebagai
garis panduan kepada operasi penyiaran Islam. Tasawwur Islam terhadap manusia ialah mereka dicipta untuk
mengabdikan diri kepada Allah. Untuk merealisasikan objektif tersebut, manusia telah dilengkapkan dengan
keupayaan mendengar, melihat, kognitif dan boleh membezakan antara yang baik dan yang tidak baik. Selaku
khalifah, manusia dipertanggungjawabkan terhadap apa yang dilakukannya. Dari perspektif tauhid ini,
penyiaran dianggap sebagai “jalan” bagi mengenali Allah.

Pada pandangan Islam, manusia tidak hanya berkomunikasi sesama mereka tetapi berkomunikasi
secara vertikal dengan Allah. Naluri berkomunikasi dengan Allah adalah untuk memenuhi asas penciptaan
dan kewujudan mereka. Kemuncak hasil kepada komunikasi ialah ketaqwaan kepada Allah SWT. Melalui
konsep Tauhid ini, segala hasil daripada teknologi penyiaran yang melanggar perintah Allah adalah tertolak
manakala ianya dianggap ibadah apabila bertepatan dengan syariat. Selain itu, berpandukan kepada prinsip
amar makruf nahi mungkar, produk penyiaran yang menghasilkan keselamatan dan kesejahteraan kepada
masyarakat adalah sangat diperlukan bagi mencapai objektif tertinggi penyiaran Islam iaitu memperoleh
keseimbangan spiritual dan fizikal masyarakat.

15

KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM

TOPIK 5: AKTA PENYIARAN

Oleh:
Norzira Ahmad

Pengenalan Akta Penyiaran di Malaysia
 Bahan Penyiaran – apa-apa isyarat atau semboyan yang dipancarkan oleh sesuatu stesen penyiaran
samada bagi penerimaan audio atau visual dan apa-apa muzik, sandiwara atau hiburan lain, konsert,
syarahan, ceramah, ucapan, berita dan apa-apa jenis maklumat yang dipancarkan untuk penerimaan
orang awam.
 Malaysia pada asalnya tidak mempunyai sebarang akta rasmi dan peraturan untuk mengawal aktiviti
penyiarannya terutama untuk mengawal siaran radio dan televisyen iaitu sejak mula penubuhan Radio
Dan Televisyen Malaysia (RTM).
 Isu akta ini telah dibangkitkan apabila kerajaan memperkenalkan dan melancarkan dasar penswastaan.
Apatah lagi dengan penubuhan stesen TV swasta pertama iaitu TV3 oleh Sistem Televisyen Malaysia
Berhad pada Jun 1984 yang telah menimbulkan persoalan tentang kawalan kandungan siaran TV.
 Bertitik tolak daripada perkara tersebut kerajaan telah membentuk Akta Penyiaran 1988 yang mula
dikuatkuasa pada tahun 1989 yang kemundiannya dibuat penambahbaikan sebanyak beberapa kali
berdasarkan perkembangan masyarakat dan teknologi semasa.

Objektif Akta Penyiaran Secara Umum:
a. Dasar Am: melindungi kepentingan orang awam, negara dan kerajaan daripada anasir-anasir yang
boleh mengancam perpaduan dan pertumbuhan negara yang disebarkan oleh media penyiaran.
b. Tujuan: memastikan semua bentuk penyiaran melalui radio dan televisyen di Malaysia memenuhi
dasar-dasar dan aspirasi negara ke arah pencapaian wawasan 2020.
c. Sasaran: ditujukan kepada mereka yang terlibat dalam penerbitan dan penyiaran apa jua bahan
siaran di radio dan tv.
d. Liputan: semua stesen radio dan tv yang dilesenkan di bawah Akta Penyiaran milik kerajaan
melainkan stesen-stesen penyiaran berlanggan.

16

KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM

Bahan-Bahan Siaran

a) Ciri Bahan Yang Digalakkan:
 Menyokong wawasan negara
 Menghormati sensitiviti/ kepekaan rakyat
 Memaparkan keindahan dan kemajuan negara
 Mengutamakan objektiviti, kreativiti dan pemaparan fakta.
 Menggambarkan masyarakat berbilang bangsa.

b) Ciri Bahan Yang Tidak Digalakkan:

Ideologi &  Menonjolkan ideologi yang bertentangan dengan ideologi negara Malaysia.
Politik  Bahan siaran dari negara-negara komunis atau dari negara yang tidak

mempunyai hubungan diplomatik dengan Malaysia melainkan dengan

kebenaran.
 Menjejaskan imej Malaysia dan memperkecilkan-kecilkan negara yang ada

hubungan baik dengannya.
 Mengeksploitasi isu-isu perkauman.
 Menggambarkan negara Malaysia yang tidak kemaskini dan mengandungi

fakta-fakta yang tidak tepat.

Keagamaan  Mempunyai unsur-unsur tidak mempercayai tuhan melainkan berkesudahan

dengan keimanan dan keinsafan.
 Merosakkan kerukunan umat beragama.
 Mengandungi penghinaan terhadap mana-mana agama di Malaysia.
 Memaparkan amalan-amalan yang bertentangan dengan ajaran Al-Quran,

Sunnah dan Mazhab Syafie.
 Menyinggung perasaan dan sentimen mana-mana kaum atau penganut

agama.

Ketertiban &  Mengandungi hasutan untuk melakukan perbuatan–perbuatan yang
Ketatasusilaan
bertentangan dengan undang-undang dan peraturan negara.
 Memaparkan “modus operandi” kejahatan secara terperinci dan mudah

menimbulkan rangsangan untuk menirunya.
 Mendorong penonton untuk bersimpati terhadap pelaku kejahatan dan

perbuatan jahat itu sendiri.
 Memenangkan kejahatan atas keadilan dan kebenaran.
 Menimbulkan sentimen kesukuan, keagamaan, asal keturunan dan antara

golongan.
 Menunjukkan kezaliman, kekejaman, keganasan, kekerasan dan kengerian di

antara manusia sesama manusia dan manusia terhadap binatang.

17

KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM

 Memaparkan adegan jenayah yang menunjukkan kemenangan penjenayah
pada akhirnya.

 Menunjukkan perlakuan mengghairahkan.
 Menunjukkan perlakuan yang tidak senonoh atau kurang sopan dan

bertentangan dengan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia.
 Menunjukkan “close up” pakaian baju mandi atau seluar pendek lelaki dan

perempuan kecuali siaran liputan sukan.

Sosial &  Bercanggah dengan peruntukkan Akta Hasutan 1948.
Budaya  Merosak, membahayakan dan tidak sesuai dengan norma-norma kesopanan

umum di Malaysia.
 Mengandungi ejekan dan menimbulkan kekeliruan terhadap adat istiadat

yang diamalkan di Malaysia.
 Mengarahkan simpati kepada pelaku-pelaku serta perbuatan tidak bermoral

dan jahat.
 Memberi perangsang dan pengalaman kepada perkembangan “counter-

filter”.
 Menetapkan identiti satu-satu kaum di negara ini dengan jenis pekerjaan

tertentu.
 Menonjolkan/ mengagung-agungkan agama lain selain daripada agama

Islam.
 Mengandungi adegan babi.
 Mengagung-agungkan “martial arts” asing seperti kungfu melainkan dengan

kebenaran.

Berita

Ciri-Ciri Siaran Berita Yang Boleh Ciri-Ciri Siaran Berita Yang Tidak Boleh
Disiarkan Disiarkan

 Bersesuaian dan meyakinkan rakyat  Sebarang kecaman terhadap
akan dasar dan rancangan-rancangan
semasa negara. peruntukkan dalam Akta Hasutan 1948

 Semua liputan berita atau laporan (Disemak 1969) walaupun dibuat oleh
kenyataan, fakta dan perangkaan yang
digunakan adalah benar dan boleh wakil rakyat di Parlimen.
dipertanggungjawabkan.
 Mencemarkan nama baik seseorang
individu atau pertubuhan sebagai yang
terkandung dalam mana-mana undang-
undang bertulis.

 Gambar-gambar orang ramai yang  Menjejaskan imej kerajaan.
mencerminkan masyarakat berbilang
kaum.

18

KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM  Melibatkan keselamatan negara seperti
kegiatan anasir subversif, rusuhan kaum,
 “Gesture” asing yang boleh diterima tunjuk perasaan dan lain-lain kejadian
oleh masyarakat Malaysia yang yang menjejaskan ketenteraman awam.
membayangkan perasaan muhibbah
antara pemimpin Malaysia dengan  Melibatkan aktiviti-aktiviti negara asing
negara luar. yang boleh menimbulkan perbandingan
yang memburuk-burukkan Malaysia.
 Berita mengenai Y.A.B Perdana Menteri
dan Y.A.B Timbalan Perdana Menteri  Mengenai negara-negara lain yang
serta Y.B Menteri-menteri kabinet boleh memperkecil-kecilkan negara yang
disiarkan di samping isu-isu semasa bersahabat dengan Malaysia.
(dalam dan luar negeri) yang dianggap
layak diberi siaran terkemuka.  Menunjukkan pembukaan rumah berhala
oleh pemimpin-pemimpin yang
beragama Islam.

 Mengandungi sebarang kenyataan atau
tanggapan yang bertentangan dengan
kesusilaan atau menyakiti hati
sebahagian/ seluruh orang ramai dari
segi agama, bangsa, politik dan lain-lain
perkara yang sensitif kepada rakyat
negara ini.

 Menunjukkan gambar-gambar “close-
up” salib, kuasa salib, lambang Yahudi
dan simbol-simbol kepercayaan lain.

Hiburan

Ciri-Ciri Siaran Hiburan Yang Digalakkan Ciri-Ciri Siaran Hiburan Yang Tidak Boleh
Disiarkan

 Lagu-lagu yang sesuai dengan citarasa  Tarian-tarian yang tidak sopan dan
majoriti masyarakat Malaysia dan bertentangan dengan seni tari Malaysia
mencerminkan keperibadian bangsa dan (counter-culture).
nilai-nilai murni.
 Senikata yang menggalakkan
 Muzik, nyanyian, seni tari yang tingkahlaku liar seperti kebebasan seks,
membina watak dan peribadi manusia penagihan dan penyalahgunaan dadah
yang sihat, berbudi bahasa, cergas dan serta perbuatan ganas.
maju.

19

KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM

 Senikata yang mengagungkan negara-
negara asing.

 Senikata lagu yang mencemarkan
penggunaan bahasa.

 Lagu-lagu yang tidak diluluskan untuk
siaran oleh Kementerian.

 Lagu yang dinyanyikan atau ditulis –
digubah oleh seseorang artis yang telah
terbukti melanggar tatatertib artis.

Klasifikasi Untuk Penontonan TV dan Filem Ialah:
U Sesuai ditontoni oleh semua golongan.

18 SG Untuk 18 tahun ke atas dengan tidak mempunyai keganasan
i. yang keterlaluan atau gambar yang menggerunkan orang.

18 SX Untuk 18 tahun ke atas dengan tidak mempunyai gambar-
gambar seksual yang keterlaluan.
18 PA
Untuk 18 tahun ke atas dengan elemen-elemen yang
18 PL menyentuh isu-isu politik, agama dan sosial.

P 13 Untuk 18 tahun ke atas dengan gabungan daripada dua elemen
atau elemen yang lebih.

Penonton berumur di bawah 13 tahun memerlukan
pengawasan & bimbingan ibubapa atau penjaga ketika

menonton.

20

KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM

TOPIK 6: ETIKA PENYIARAN ISLAM

Oleh:
Azirah Seman

Prinsip etika penyiaran menurut pandangan Islam adalah seperti berikut:

i) Menggunakan cara yang bijaksana dan berhikmah

Perlulah menggunakan cara yang bijaksana dan terbaik dalam menyiarkan maklumat terutamanya berkaitan
keagamaan. Ini bertepatan dengan firman Allah S.W.T:
“Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka
dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat
dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk”

(al-Quran, An-Nahl: 125)

Hikmah dalam ayat Al-Quran di atas adalah merujuk kepada kesesuaian waktu, tempat dan keadaan
masyarakat (contohnya masyarakat majmuk yang berbilang bangsa dan agama).

ii) Mengandungi pengajaran dan pendidikan yang baik

Kandungan yang terdapat dalam penyiaran hendaklah mengandungi nilai pendidikan yang baik. Seperti dapat
mendorong manusia untuk maju dalam kehidupan, menjadi masyarakat yang baik, sejahtera, memiliki budi
pekerti yang luhur serta berakhlak mulia.

iii) Bertukar pendapat

Orang yang menyampaikan maklumat disarankan bertukar-tukar pendapat melalui perbincangan seperti
rancangan bual bicara, forum, dialog dan sebagainya. Namun demikian Islam memerintahkan kepada umat
Islam supaya bersatu dan bermuafakat serta melarang berpecah belah dan berselisih pendapat. Ini bertepatan
dengan firman Allah S.W.T di dalam Al-Quran:
“Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-
berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu),
lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka
menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara”

(al-Quran, Ali-Imran: 103)

21

KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM

iv) Menyampaikan maklumat yang benar

Maklumat yang disampaikan kepada masyarakat hendaklah sesuatu yang benar dan sahih. Oleh itu, bidang
kewartawanan perlulah bersih daripada penipuan dan pembohongan. Maklumat yang tidak sahih tidak perlu
dilaporkan dan disampaikan kepada masyarakat.

v) Memberi hiburan dan peringatan

Hiburan tidak dilarang di dalam Islam. Di dalam menyampaikan maklumat, sama ada maklumat umum
ataupun keagamaan, hendaklah ada hiburannya. Namun demikian hendaklah disertakan dengan peringatan
kepada penonton agar penonton tidak lalai ataupun melanggar batas syariat Islam.

vi) Larangan memfitnah

Fitnah ialah menyiarkan sesuatu berita tanpa dasar kebenaran dengan tujuan untuk mencemarkan nama baik
seseorang, dan bagi pemfitnah tersebut pula mudah untuk mencapai segala cita-citanya. Perbuatan yang tercela
seperti ini dilarang oleh Allah S.W.T. dan orang yang memfitnah itu akan ditimpa azab yang amat pedih.
Firman Allah S.W.T:

“Sesungguhnya orang-orang yang mendatangkan fitnah kepada orang-orang mukmin laki-laki dan
perempuan, kemudian mereka tidak bertaubat, maka bagi mereka azab jahannam dan bagi mereka azab
(neraka) yang sangat pedih”.

(al-Quran, Al-Buruj: 10)

vii) Larangan membuka atau menyiarkan aib orang lain

Aib adalah merujuk kepada rasa malu oleh seseorang atau orang yang dekat dengan seseorang akan sesuatu
keadaan yang tidak elok mengenai seseorang itu terdedah atau diketahui umum. Ajaran Islam melarang keras
aib seseorang itu didedahkan atau diceritakan. Islam mengajar kita orang-orang beriman tidak sekali-kali
berkata-kata walau apa dan macam mana sekalipun tentang sesuatu keadaan yang tidak elok mengenai
seseorang. Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

“Wahai golongan yang beriman dengan lisannya, tetapi tidak beriman dengan hatinya. Janganlah kamu
mengumpat kaum Muslimin dan janganlah mengintip keaiban mereka, maka barang siapa yang mengintip
keaiban saudaranya, nescaya Allah akan mengintip keaibannya dan siapa yang diintip Allah akan keaibannya
maka Allah akan membuka keaibannya walaupun dirahsiakan di lubang kenderaannya.”

(Hadith riwayat at-Tirmidzi)

viii) Larangan mengadu domba

Nabi Muhammad S.A.W melarang perbuatan mengadu domba antara seseorang/ sekelompok orang dengan
orang/ kelompok orang lain kerana dapat menimbulkan perpecahan dan pergaduhan. Dari Hudzaifah R.A
katanya:

22

KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM
Rasulullah S.A.W bersabda: "Tidak dapat masuk syurga seseorang yang gemar mengadu domba".
(Muttafaq 'alaih)

ix) Mengajak berbuat baik dan mencegah berbuat jahat
Para ulama Islam bersepakat bahawa mengajak berbuat baik dan mencegah berbuat kejahatan adalah
keharusan setiap muslim. Kandungan penyiaran yang baik haruslah menjiwai seluruh kegiatan komunikasi
serta dapat mencapai saranan Islam tersebut. Contohnya mengajak penonton mendekatkan diri kepada Allah,
saling nasihat-menasihati serta mengarahkan kepada kebaikan. Firman Allah S.W.T:
“Dan hendaklah di antara kamu ada segolongan orang yang menyeru kepada kebaikan. Menyuruh (berbuat)
yang makruf dan mencegah dari yang mungkar. Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung”

(al-Quran, Ali-Imran: 104)

23

KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM

TOPIK 7: BENTUK-BENTUK PENYIARAN

Oleh:
Rosmawati Razak
Di Malaysia terdapat 2 bentuk media yang memainkan peranan yang penting dalam menjadi penggerak kepada
penyampaian maklumat kepada masyarakat iaitu media elektronik dan media cetak.
i) Media Elektronik
Media elektronik ialah alat atau saluran komunikasi yang berupa atau yang menggunakan alat-alat elektronik
moden seperti radio, televisyen dan lain-lain (Kamus Dewan, 2005). Media elektronik juga merupakan alat
sebaran yang menggunakan teknologi elektronik untuk dicapai oleh pengguna seperti radio, televisyen,
komputer, telefon dan lain-lain. Penggunaan media elektronik di Malaysia bermula sekitar tahun 1930-an
melalui kemunculan Radio Amatur Kuala Lumpur menerusi udara. Pada tahun 1959, radio mula beroperasi di
Kuala Lumpur manakala Televisyen Malaysia dilancarkan pada 28 Disember 1963 (Marzuki et al., 2016).
Kepelbagaian media elektronik seperti televisyen, radio dan juga media baharu telah menjadi suatu
teknologi media masa kini yang digunakan oleh manusia di serata dunia. Oleh itu, kepesatan teknologi media
elektronik ini telah memberi suatu kesan yang besar kepada masyarakat di seluruh dunia dan ia boleh
mendatangkan banyak faedah dan membantu dalam penyampaian maklumat pada era ini. Kepelbagaian media
elektronik khususnya di Malaysia adalah seperti rajah di bawah (Monika & Nik Mohd Zaim, 2014):

Rajah 2.2: Kepelbagaian media elektronik di Malaysia (Monika & Nik Mohd Zaim, 2014)

24

KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM

a) Televisyen

Sehingga tahun 2014 terdapat 6 stesen televisyen yang memainkan peranan penting sebagai alat
hiburan dan pendidikan kepada masyarakat. Menurut R. Karthigesu (1990), televisyen menjadi perkara utama
dalam agenda sosial di kebanyakan negara. Di negara Barat sendiri, televisyen dianggap sebagai satu alat
komunikasi paling berpengaruh dalam kehidupan terutamanya dari aspek sosial, ekonomi dan politik.
Kemunculan stesen TV seperti AlHijrah yang cuba menyajikan rancangan-rancangan berbentuk keagamaan
merupakan suatu usaha yang murni dalam mendidik masyarakat untuk memahami dan mengamalkan Islam
dengan lebih sempurna. Selain itu, antara siaran televisyen yang turut menyediakan rancangan-rancangan
berbentuk keagamaan adalah seperti Astro Oasis, TV1, TV2, TV3 dan TV9.

1) Radio Televisyen Malaysia (RTM1 & RTM2)

Radio Televisyen Malaysia (RTM) ialah stesen penyiaran awam milik kerajaan Malaysia yang memiliki dan
mengendalikan beberapa saluran radio dan saluran televisyen. Kini, RTM mengendalikan 8 saluran radio
nasional, 16 saluran radio negeri, dan 7 saluran radio daerah serta 2 saluran televisyen. Moto utamanya dari
1984 hingga 2004 ialah “Teman Setia Anda”. Pada tahun 2007, RTM menguasai 17% pasaran penonton
televisyen di Malaysia, di belakang Media Prima 54% dan Astro 29%. RTM1, RTM2 dan stesen-stesen radio
ini dikawal oleh RTM yang mana siarannya berpusat di Angkasapuri, Kuala Lumpur (Muhamad Zaki &
Mazni, 2011).

2) Media Prima Berhad (TV3 & TV9)

TV3 dilancarkan pada tahun 1984 dengan tema “Berita Terkini, Hiburan Sensasi”. Sistem Televisyen
Malaysia Berhad (STMB) atau TV3 telah diperbadankan pada tahun 1983 sebagai televisyen perdagangan
pertama di Malaysia. TV3 memulakan penyiarannya di Lembah Klang pada 1 Jun 1984. Semenjak
pelancarannya, TV3 telah mendahului stesen televisyen yang lain di Malaysia dan telah menjangkau 51%
bahagian penontonan. Pada Januari 2005 Channel 9 telah mengumumkan pemberhentian operasinya dan dibeli
oleh Media Prima dan dinamakan TV9. TV9 memulakan siaran percubaannya pada April 2006 dan operasi
sepenuhnya bermula 22 April 2006 (Muhamad Zaki & Mazni, 2011).

3) Televisyen Kabel di Malaysia

Astro (MYX: ASTRO) merupakan penyedia perkhidmatan televisyen bersatelit dan radio berbayar pertama di
Malaysia, tetapi telah berkembang ke negara Brunei dan Indonesia. Perkhidmatan ini dijalankan di bawah
kelolaan All Asia Broadcast Centre (ABC) yang terletak di Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Astro dimiliki
sepenuhnya oleh MEASAT Broadcast Network Systems, di bawah syarikat Astro All Asia Networks plc.
Astro memulakan siarannya pada 1996 menggunakan satelit MEASAT-1 yang hanya menawarkan 22 saluran
televisyen dan 8 saluran radio. Kini, Astro menawarkan lebih 80 saluran televisyen, 17 saluran radio di
samping perkhidmatan interaktif. Astro juga menawarkan keenam-enam saluran terrestrial tempatan (RTM1,
RTM2, TV3, NTV7, TV9 dan 8TV) dan menyediakan saluran televisyen antarabangsa kepada penonton. Astro
Oasis merupakan saluran Astro yang menyajikan pengisian berbentuk Islam yang meliputi program ilmiah,
maklumat, drama, dokumentari dan juga hiburan (Muhamad Zaki & Mazni, 2011).

25

KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM

4) TV Alhijrah

TV AlHijrah atau TVAH merupakan stesen televisyen swasta terrestrial nasional di Malaysia. Dimiliki
oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Perdana Menteri Malaysia (JPM), ia beroperasi
dari Kompleks Pusat Islam, Kuala Lumpur. Sebelum penubuhan TVAH, JAKIM sudah memiliki radio hal
ehwal Islam sendiri, iaitu Salam FM. Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) saluran TV AlHijrah yang pertama,
Bukhari Che Muda (Allahyarham) juga bekas Ketua Pegawai Operasi (CEO) saluran TV9 milik Media Prima.

TV Alhijrah memulakan siaran ujian pada 1 November 2010 dengan waktu siaran bermula jam 3
petang hingga 12 tengah malam dan pada jam 12 tengah hari hingga 12 tengah malam pada hari Jumaat, Sabtu
dan Ahad. TV AlHijrah dapat ditonton menerusi Astro saluran 114 bermula 1 Jun 2011. Siarannya telah
dipanjangkan dari 12 tengah hari hingga 12 malam pada Isnin hingga Khamis manakala bersiaran dari pukul
7 pagi hingga 12 tengah malam pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad. Pada 1 Januari 2012, TV Alhijrah mula
menambah jumlah masa penyiaran bermula dari 6 pagi berbanding dahulu iaitu bermula 12 tengah hari dengan
beberapa lagi rancangan tambahan bagi memuaskan hati penonton. Siaran percuma yang bertemakan
"Segalanya Bermula di Sini" itu disasarkan kepada golongan kanak-kanak dan remaja berusia 4 hingga 17
tahun serta golongan muda dan berkeluarga berusia 18 hingga 39 tahun. Sebanyak 60 peratus kandungan siaran
permulaan televisyen itu adalah terbitan tempatan manakala selebihnya adalah kandungan asing dari negara-
negara seperti Iran, Indonesia, Turki, Palestin dan Belanda.

b) Radio

SEJARAH radio di Malaysia bermula pada 1921 apabila Al Birch, seorang jurutera elektrik kerajaan Johor
membawa set radio pertama ke negara ini. Beliau kemudiannya menubuhkan Persatuan Wireless Johor yang
memulakan siarannya melalui gelombang 300 meter. Kemudian beliau menubuhkan persatuan yang serupa di
Pulau Pinang dan Persatuan Wireless Malaysia di Kuala Lumpur.

Pada 1930, Sir Earl daripada Lembaga Pelabuhan Singapura melancarkan siaran gelombang pendek
setiap dua minggu sama ada pada hari Ahad atau Rabu. Usaha itu kemudian diteruskan oleh Persatuan Wireless
Malaysia, yang melancarkan siarannya dari Bukit Petaling, Kuala Lumpur melalui gelombang 325 meter. Ini
diikuti usaha Sir Shenton Thomas yang membuka Studio Perbadanan Penyiaran British dengan menggunakan
pemancarnya di Caldecott Hill, Singapura pada 11 Mac 1937. Seterusnya Perbadanan Penyiaran British
Malaya diambil alih oleh Negeri-Negeri Selat dan menjadi sebahagian daripada Kementerian Penerangan
British yang lebih dikenali dengan nama Perbadanan Penyiaran Malaya.

Pada 1942, berikutan pendudukan Jepun di Tanah Melayu dan tamatnya era pemerintahan Britian di
Singapura, Jepun telah mengambil alih saluran radio sedia ada dan memperkenalkan saluran radio di Pulau
Pinang, Melaka, Kuala Lumpur, Seremban dan Singapura untuk menyiarkan propaganda mereka.
Bagaimanapun, pada 1943, British kembali berkuasa dan mengambil alih semula stesen-stesen radio tersebut.

Pada 1 April 1946, Jabatan Penyiaran ditubuhkan di Singapura. Pembangunan perkhidmatan radio
dilihat bertambah penting apabila darurat diisytiharkan pada tahun 1948. Pada awal 1950-an, penyiaran di
Malaya beroperasi sementara di Jalan Young, Kuala Lumpur (kini dikenali Jalan Cenderasari ) dan pada 1956
pula berpindah ke Rumah Persekutuan Kuala Lumpur. Bermula dari situ, bidang penyiaran di Malaysia

26

KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM

berkembang dan beberapa stesen radio kemudian diwujudkan di seluruh Malaysia termasuk di Sabah dan
Sarawak.

Pada tahun 1960, buat pertama kalinya iklan komersial disiarkan di radio dan ia menjadi sumber
pendapatan baharu kerajaan. Ketika Malaysia dibentuk pada 16 September 1963, juruhebah bertugas
menggunakan "INILAH RADIO MALAYSIA" yang dijadikan pengenalan oleh juruhebah bertugas pada
ketika itu. Bidang penyiaran membuka satu lagi lembaran dengan Angkasapuri yang memulakan siarannya
pada 6 Oktober 1969.

Radio dan televisyen kemudian bergabung di bawah Kementerian Penerangan Malaysia. Pertumbuhan
saluran pertama, Rangkaian Satu, mengggalakkan pembentukan saluran kedua pada 17 November 1969. Di
Kompleks Angkasapuri, pembangunan pesat berlaku di bidang penyiaran sama ada radio atau televisyen.
Rangkaian radio nasional bermula 24 jam untuk memberi perkhidmatan kepada semua golongan
pendengar,terutama mereka yang bekerja pada waktu malam (RTM, 2013).

c) Filem

Dalam membincangkan mengenai filem, ia mempunyai dimensi yang sangat luas dan pelbagai. Ini
kerana filem adalah sebuah karya kreatif yang bersifat perbincangan serta melibatkan idea dan pemikiran
dalam pelbagai kemahiran dan kepakaran. Menurut Asiah et al. (1996) filem didefinisikan sebagai imej yang
terhasil dalam bentuk visual bergerak yang mengandungi unsur-unsur penceritaan yang ditulis, diolah dalam
bentuk dialog, visual dan bunyi, yang kemudiannya dirakamkan menggunakan kamera, diolah dengan
menggunakan berbagai-bagai kepentingan dan matlamat untuk dipamerkan secara tayangan di panggung-
panggung wayang dan televisyen. Filem yang kini tergolong dalam kategori media skrin dan telah berkembang
dalam pelbagai bentuk lain seperti pita video, cakera video, cakera padat, cakera padat digital, cakera digital
video (Naim, 2011) dan telah menjadi alat penyampaian mesej secara visual dan audio (Rosmawati & Md
Rozalafri, 2011).

Selain itu, filem merupakan antara jenis media komunikasi (Salasiah et al., 2014; Zaheril, 2006;
Bandura, 2001) yang berperanan untuk merakam semula realiti masyarakat dan imaginasi manusia ke dalam
satu situasi atau kejadian yang dimanipulasi untuk dipercayai (Schirato & Yell, 2000). Filem dapat
membentuk, tingkah laku, mempengaruhi pemikiran khalayak serta mampu meninggalkan kesan yang
mendalam kepada jiwa khalayak melalui penontonannya (Naim, 2011; Asiah, 2003; al-Qarāḍawī, 2005;
Bandura, 2001). Filem juga mampu menjadi model sosial yang mempengaruhi idea, nilai, kognitif mahupun
tingkah laku penonton (Rosmawati, 2013).

Filem bukan hanya sebagai alat hiburan malah menjadi media pendidikan secara tidak langsung
terhadap golongan remaja (Zulkiple, 2003; Dusuki, 2000). Menurut Maszlee (2014), menonton filem-filem
yang berkualiti, mempunyai nilai falsafah dan ideologi serta mempunyai pelajaran adalah amat digalakkan.
Sekiranya filem yang dipertontonkan mempunyai unsur-unsur pengajaran sudah tentu remaja boleh
mencontohi perlakuan yang baik yang ditiru dari filem (Zaheril, 2006). Hakikatnya, filem merupakan wahana
untuk mendidik dan melahirkan masyarakat yang bertamadun serta mempunyai kesedaran citra, bangsa dan
budaya (Abd. Ghani et al., 2001).

27

KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM
ii) Media Cetak

Media cetak merupakan alat atau saluran komunikasi yang berupa bahan cetakan atau terbitan objek fizikal
seperti akhbar, buku, risalah, komik, majalah dan lain-lain (Kamus Dewan, 2005). Media cetak juga
merupakan media yang menyampaikan pesan-pesan dengan menggunakan kertas atau kain. Unsur-unsur
utama media cetak ialah tulisan (teks), gambar visual atau kedua-duanya.

Dennis McQuil (1987) media cetak sebagai media yang mengandungi maklumat-maklumat yang
berkait rapat dengan kepentingan masyarakat seluruhnya dan tidak terbatas pada kelompok tertentu sahaja.
Hal ini kerana, media cetak digunakan untuk mengembangkan budaya, seni, simbol, norma-norma dan gaya
hidup (Marzuki et al., 2016). Antara contoh media cetak adalah seperti surat khabar, majalah, buku, jurnal,
risalah, komik, novel dan lain-lain.

Menurut Mohd Sarim et al. (1988) akhbar mula diterbitkan di Malaya pada 1824. Ia adalah hasil
pemindahan teknologi yang dibawa masuk oleh penjajah British. The Prince of Wales Island Gazette adalah
akhbar pertama di Malaya yang juga diterbitkan oleh British di Pulau Pinang pada tahun 1805. Ini diikuti
dengan akhbar bahasa Cina, The Chinese Monthly, yang diterbitkan di Melaka pada tahun 1815. Akhbar
pertama dalam bahasa Melayu Jawi Peranakkan, telah yang diperkenalkan pada tahun 1876 seterusnya akhbar
pertama dalam bahasa Tamil, Singai Warthanani mula diterbitkan pada tahun 1875.

28

KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM

TOPIK 8: PERANAN PENYIARAN ISLAM

Oleh:
Norhafizah Mohd Ghazali

Antara peranan penyiaran Islam adalah:

i) Konsep Amar Makruf Dan Nahi Mungkar

Allah berfirman dalam surah Ali-Imran ayat 110:

“Kamu adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf, mencegah dari
yang mungkar dan beriman kepada Allah. Sekiranya ahli kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka,
di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik.”

(al-Quran, Ali-Imran: 110)

Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud:

“Dari Abu Sa’id Al Khudry r.a berkata, saya mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Barang siapa di antara
kamu yang melihat kemungkaran, maka hendaklah ia merubah dengan tangannya, jika tidak mampu hendaklah
ia merubah dengan lisannya, jika tidak mampu hendaklah ia merubah dengan hatinya, dan itulah keimanan
yang paling lemah.”

(Hadith Riwayat Muslim)

Dua dalil di atas menunjukkan bahawa konsep amar makruf dan nahi mungkar sangat diutamakan.
Pada dalil yang pertama umat Islam dianjurkan supaya menjalankan konsep amar makruf dan nahi mungkar,
malahan umat Islam juga disebut sebagai umat terbaik apabila dikaitkan dengan konsep ini. Pada dalil yang
kedua pula Nabi Muhammad saw memberikan solusi mengenai cara-cara menjalankan konsep amar makruf
dan nahi mungkar ini. Justeru, umat Islam sebagai umat Nabi Muhammad saw harus melaksanakan amanat
berkenaan bagi mencapai kedudukan sebagai umat terbaik seperti yang diperkatakan.

Al-`amru bil-ma’ruf wannahyu ’anil-munkar adalah frasa bahasa Arab yang memberi maksud sebuah
perintah untuk mengajak atau menganjurkan hal-hal yang baik dan mencegah hal-hal yang buruk bagi
masyarakat. Makruf merupakan setiap perbuatan yang dipandang baik menurut akal dan agama. Mungkar pula
adalah apa sahaja yang dipandang buruk, diharamkan dan dibenci oleh syarak. Umat Islam dituntut untuk
berdakwah mengikut kemampuan masing-masing. Amar makruf nahi mungkar boleh menjauhkan perkara keji
dari berlaku dalam masyarakat. Nasihat dan tegur menegur merupakan salah satu cara untuk melaksanakan
amar makruf dan nahi mungkar.

Amar makruf dan nahi mungkar merupakan kewajiban kepada umat Islam sesuai dengan kemampuan
masing-masing. Antara sifat-sifat yang perlu ada pada individu yang melaksanakan konsep ini ialah
mempunyai ilmu pengetahuan, sentiasa beramal dengan ilmu yang dimiliki dan memiliki akhlak yang mulia.
Amar makruf dan nahi mungkar mestilah dilaksanakan dengan penuh berhikmah iaitu dengan menggunakan

29

KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM

dalil Al-Quran atau hadis nabi berkaitan perkara tersebut, melalui nasihat yang baik (mau’izah hasanah) serta
berbincang dengan cara yang baik. Antara cara lain yang boleh dilakukan ialah dengan memilih masa dan
tempat yang sesuai untuk memberi nasihat seperti mengelak dari memalukan individu di khalayak
ramai. Selain itu, nasihat dengan suara dan kata-kata yang lembut dan sopan juga penting bagi melembutkan
hati individu yang diberi teguran. Kisah-kisah umat terdahulu boleh diceritakan sebagai iktibar dan pengajaran.

Media penyiaran mempunyai kelebihan untuk menyampaikan mesej kepada khalayak dengan cepat
dan jumlah yang besar (Zulkiple, 2014). Justeru, melalui media penyiaran seperti radio dan televisyen, konsep
amar makruf dan nahi mungkar dapat dilaksanakan dalam skala yang besar. Radio terutamanya merupakan
alat sebaran am yang paling pantas, berkesan dan mampu melangkaui sempadan batas daerah, negeri mahupun
negara. Penggunaan radio meluas dan tidak mensyaratkan pendengarnya celik huruf menjadikan ia sebagai
medium dakwah yang paling mudah dan berkesan. Rancangan keagamaan di radio dapat memupuk nilai-nilai
kerohanian yang murni kerana kebanyakan rancangan agama ini memberi fokus kepada menyampaikan
informasi mendidik dan hiburan bermesej seperti melalui nasyid. Contoh lain rancangan agama radio yang
mendapat sambutan pendengar ialah Kapsul Agama dan Intisari al-Quran. Interaksi melalui telefon antara
pendengar dan tetamu jemputan khas radio mampu menarik minat pendengar untuk setia dengan rancangan
dakwah berkenaan.

Media penyiaran televisyen juga turut mempunyai rancangan-rancangan dakwah antaranya seperti al-
Kuliyyah, Forum Perdana Ehwal Islam dan al-Hidayah. Selain rancangan dakwah, salah satu cara
melaksanakan konsep amar makruf dan nahi mungkar melalui media penyiaran televisyen ialah menerusi
drama-drama yang berunsurkan dakwah. Drama dakwah merupakan genre drama yang semakin mendapat
perhatian para penonton pada masa kini (Nor Hizwani & Nor Raudah, 2015). Melalui drama yang
berkonsepkan dakwah ini, media penyiaran menjadi salah satu alternatif kepada pendakwah untuk
menyampaikan mesej dakwah kepada masyarakat umum. Karya seni yang memberi mesej bermanfaat sebegini
memerlukan gabungan idea yang mantap serta kepakaran dari golongan agama dan juga penggiat-penggiat
seni. Drama menjadi medium yang paling berkesan dalam melaksanakan konsep amar makruf dan nahi
mungkar dalam masyarakat kerana ia memaparkan pelbagai aspek dalam kehidupan seperti hubungan manusia
dengan Allah dan hubungan manusia dengan manusia sebagaimana yang diajarkan dalam Islam. Oleh itu, para
penggiat seni perlu lebih kreatif dalam menghasilkan drama dakwah agar lebih menarik dan mampu
memberikan impak yang besar kepada penonton.

Selain drama dakwah, filem dokumentari juga dapat menarik perhatian penonton dan dikatakan
sebagai senjata dakwah paling berkesan pada masa kini kerana ia mampu menampilkan fakta tentang Islam
dalam bentuk yang kreatif (Juwairiah, Norrodzoh & Muhammad, 2015). Filem dokumentari merupakan satu
kaedah penceritaan dan pelaporan realiti kewujudan alam, kehidupan dan manusia serta sebarang unsur yang
berkaitan dengannya dalam bentuk audio visual. Pelbagai genre filem dokumentari mula diterbitkan seperti
travelog, majalah dan dokudrama. Filem dokumentari ini dapat mempelbagaikan kaedah dakwah kepada
masyarakat. Antara siri dokumentari yang mendapat sambutan hangat penonton ialah seperti Jejak Rasul,
Syahadah dan Ziarah. Kewujudan stesen penyiaran Islam pertama di Malaysia iaitu TV Al-Hijrah telah
membuka peluang kepada penerbit-penerbit filem dokumentari berunsur dakwah untuk menerbitkan produk
mereka (Juwairiah, Norrodzoh & Muhammad, 2015).

Islam menggalakkan umatnya menyampaikan dakwah melalui pelbagai saluran. Rasulullah S.A.W
sendiri menarik perhatian sasaran dakwah apabila menyampaikan dakwah melalui media tertentu seperti
khutbah, tulisan dan surat (Ab Aziz, 1997). Kemajuan teknologi pada masa kini memungkinkan proses dakwah

30

KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM

dilaksanakan dalam pelbagai bentuk. Filem animasi terutamanya mampu menarik minat masyarakat. Filem
animasi yang pada mulanya hanya menarik minat dan perhatian kanak-kanak kini turut menjadi perhatian
golongan dewasa. Justeru, dakwah dapat dilaksanakan dalam bentuk yang lebih canggih. Menurut Siti Aisyah
Yap (2015), dakwah menerusi animasi dapat mendidik rohani selain dari tujuan hiburan semata-mata.
Penyampaian animasi memerlukan isi kandungan berteraskan ajaran Islam seperti pengenalan ilmu akidah,
syariat dan akhlak agar filem animasi ini mampu menjayakan konsep amar makruf dan nahi mungkar. Salah
satu contoh siri animasi yang memberi kesan positif kepada masyarakat umum ialah Pada Zaman Dahulu
yang mempunyai beberapa kisah seperti Kancil & Singa, Ayam & Helang, Anjing & Bayang-bayang dan
sebagainya. Setiap kisah yang dipaparkan mempunyai elemen dakwah seperti tema persahabatan,
kemanusiaan, pengorbanan dan setiakawan (Nurul Akma, 2015).

Kesimpulannya, media penyiaran memainkan peranan penting dalam konsep amar makruf dan nahi
mungkar kerana ia merupakan media yang berjaya mempengaruhi cara berfikir, emosi dan budaya masyarakat
dengan pantas dan berkesan. Media penyiaran juga mampu menukar sikap dan karakter seseorang individu.

ii) Nilai-Nilai Murni Dalam Penyiaran Islam

Nilai murni ialah nilai yang menjadi asas kepada pembentukan akhlak dan amat penting untuk
diterapkan kepada setiap individu. Nilai murni didefinisikan sebagai perlakuan yang baik, peradaban dan
tatasusila individu manusia dalam hubungannya sesama manusia, alam dan Tuhan (Latifah, Wan Nasyrudin
& Nurul Hidayah, 2012). Nilai murni juga merupakan asas bagi membina individu dan masyarakat yang
sejahtera dan bebas daripada penyakit sosial dan krisis moral. Kemerosotan nilai-nilai murni akan
menyebabkan meluasnya pelbagai gejala keruntuhan akhlak dalam masyarakat. Masyarakat juga akan hilang
pedoman dan hala tuju dalam mengejar kemajuan dan perubahan.

Nilai-nilai murni dapat diklasifikasikan kepada beberapa bidang iaitu perkembangan diri,
kekeluargaan, alam sekitar, patriotisme, hak asasi, demokrasi serta keamanan dan keharmonian. Antara nilai-
nilai murni dalam bidang perkembangan diri ialah kepercayaan kepada Tuhan, amanah, harga diri,
bertanggungjawab, hemah tinggi, toleransi, berdikari, rajin, kasih sayang, keadilan, rasional, kesederhanaan,
ikhlas, dedikasi, berdisiplin, bekerjasama, bersih dan bersyukur. Nilai-nilai murni dalam bidang kekeluargaan
pula seperti kasih sayang terhadap keluarga, hormat menghormati sesama ahli keluarga dan tanggungjawab
terhadap keluarga. Dalam bidang alam sekitar, nilai-nilai murni yang berkaitan ialah seperti menyayangi dan
menghargai alam sekitar serta hubungan harmoni antara manusia dengan alam sekitar. Nilai-nilai murni yang
dikaitkan dengan bidang patriotisme pula ialah perasaan cinta akan negara, kepatuhan dan kesetiaan kepada
raja dan negara serta kerelaan berkorban untuk negara. Antara nilai-nilai murni dalam bidang hak asasi ialah
melindungi hak kanak-kanak, menghormati hak wanita, melindungi hak pekerja, melindungi hak pengguna
dan menghormati hak golongan kurang upaya. Nilai-nilai murni dalam bidang demokrasi pula ialah mematuhi
peraturan dan undang-undang, kebebasan bersuara, kebebasan beragama, bersikap terbuka dan kebebasan
untuk melibatkan diri dalam pembangunan negara. Dalam bidang keamanan dan keharmonian, nilai-nilai
murni yang berkaitan ialah hidup bersama secara aman tanpa mengira bangsa, agama dan budaya, saling
membantu dan bekerjasama pada peringkat individu, komuniti atau negara untuk mencapai sesuatu matlamat
serta saling menghormati antara negara untuk menjamin kesejahteraan sejagat.

Media penyiaran merupakan medium terbesar dalam melaksanakan tanggungjawab membentuk
masyarakat dari segenap lapisan agar memiliki nilai-nilai murni seiring dengan tuntutan agama. Ini disebabkan
media penyiaran mampu menyampaikan nilai-nilai kehidupan yang sangat efektif dalam pelbagai bentuk

31

KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM

seperti rancangan berunsur keagamaan, drama dakwah dan filem bermesej. Media penyiaran juga mampu
mempengaruhi masyarakat dari segi pembentukan sikap, nilai dan persepsi individu. Justeru, pihak-pihak yang
terlibat dalam bidang penyiaran terutamanya radio dan televisyen mempunyai peluang yang sangat besar
dalam menjalankan tanggungjawab membentuk nilai-nilai murni dalam kalangan masyarakat.

Media penyiaran mampu menyebarkan pesanan-pesanan dan menyampaikan mesej yang berbentuk
nilai-nilai murni dan unsur keagamaan kepada masyarakat dengan lebih berkesan. Terdapat banyak rancangan
berunsur keagamaan yang mampu mengajak penonton dan pendengar untuk berfikir dan membuat penilaian.
Sebagai contoh filem bermesej yang ditakrifkan sebagai filem yang mengandungi jalan cerita yang menyeru
kepada nilai-nilai kehidupan, sindiran untuk menyedarkan, unsur-unsur dakwah, ideologi-ideologi politik,
kritikan terhadap situasi- situasi yang dilakonkan dan sebagainya boleh menjentik dan menyentuh jiwa
penonton (Nur Hasniza, Nathrah, Nurulain, Fatin ‘Aqilah & Rosmawati, 2015). Nilai-nilai positif yang
berbentuk motivasi memberi impak kepada jiwa-jiwa masyarakat yang menonton sekaligus berjaya
menyebarkan mesej dan mengendalikan moral masyarakat ke arah peningkatan akhlak dalam kehidupan
seharian mereka.

Antara nilai-nilai kebaikan yang biasa ditonjolkan oleh media penyiaran ialah seperti amalan berbuat
baik kepada ibu bapa, seorang isteri yang taat kepada suami, seorang yang amanah, saling tolong menolong
antara satu sama lain, berusaha menuntut ilmu, sentiasa berterima kasih dan pelbagai lagi mesej yang bukan
sekadar menghibur dan memberi maklumat bahkan mampu mendidik dan membina minda masyarakat.
Namun, tidak dinafikan masih terdapat nilai-nilai negatif yang dipaparkan media penyiaran seperti
mendedahkan aurat dan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan. Oleh itu, media penyiaran perlu
mengambil pendekatan yang lebih kreatif dan inovatif dalam menarik minat masyarakat tanpa memaparkan
nilai-nilai yang bertentangan dengan syariat Islam.

Kesimpulannya, penyiaran Islam mampu membentuk nilai-nilai murni dalam masyarakat dengan cara
mendidik masyarakat supaya menjaga tatasusila serta menghormati kesopanan dan peradaban sesebuah
masyarakat. Oleh itu, media penyiaran perlu mewujudkan dan mengekalkan kestabilan sistem sosial
masyarakat dengan cara tidak memaparkan sub-sub budaya yang bertentangan dengan nilai agama dan budaya.

iii) Tanggungjawab Sosial

Tanggungjawab sosial bermaksud komitmen atau penyertaan dalam memberi sumbangan terhadap
keperluan sosial masyarakat atau komuniti yang bertujuan ke arah meningkatkan kesejahteraan hidup
masyarakat. Tanggungjawab sosial menurut perspektif Islam lebih menjurus kepada pendekatan kerohanian.
Pendekatan yang dilakukan ini dapat membantu masyarakat dan mendatangkan kesan yang positif bukan
sahaja kepada masyarakat itu sendiri malah turut memanfaatkan agama, bangsa dan negara. Antara
tanggungjawab sosial yang dijalankan termasuklah menitikberatkan kesihatan masyarakat, keselamatan,
pendidikan, pekerjaan, alam sekitar dan pembangunan ekonomi masyarakat.

Media penyiaran turut memainkan peranan penting dalam melaksanakan tanggungjawab sosial ini.
Penyiaran Islam khususnya berperanan sebagai pendidik (muaddib) masyarakat agar menjadi knowledge
society. Menurut Azarudin & Khadijah (2015) media penyiaran amat berpengaruh dalam memberi panduan

32

KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM

kepada tingkahlaku masyarakat, mencorakkan kehidupan dan mempengaruhi norma-norma hidup masyarakat.
Mesej-mesej yang disampaikan mampu memberi pelbagai impak seperti menyentuh perasaan sekaligus
mempengaruhi pemikiran dan membawa perubahan dalam tiga aspek yang utama iaitu kognitif, afektif dan
psikomotor. Tugas mendidik ini sangat mulia dan bukanlah mudah untuk dilakukan. Media penyiaran juga
mempunyai kuasa besar dalam membangkitkan minat masyarakat, memberi motivasi dan rangsangan belajar,
mempengaruhi psikologi dan membantu lahirnya kesedaran sivik. Oleh itu, bagi memastikan tugas mendidik
ini berjaya dilakukan, media penyiaran perlu menggariskan program-program yang lebih berbudaya, berakhlak
mulia dan mengandungi nilai-nilai budaya yang baik agar dapat memberi kesan positif kepada masyarakat.
Tanpa pemilihan dan penapisan program secara teliti, dibimbangi masyarakat akan tersasar dari landasan yang
sepatutnya. Bagi memastikan media penyiaran bergerak sebagai pendidik masyarakat sebenar,
penguatkuasaan undang-undang perlu lebih tegas dan tindakan mewujudkan panel syariah sebagai penasihat
juga amat diperlukan (Aminudin, Mohamad Sabri & Nik Yusri, 2009).

Selain berperanan sebagai pendidik, media penyiaran juga menjadi agen maklumat (musaddid) kepada
masyarakat. Media penyiaran menjadi salah satu alat utama untuk mendapatkan maklumat dan pengetahuan
dengan cepat sehingga masyarakat mampu menjadi komuniti yang mempunyai banyak maklumat selain
mewujudkan jaringan sesama komuniti (Azarudin & Khadijah, 2015). Media penyiaran juga merupakan
sumber utama maklumat tentang kejadian yang berlaku di seluruh dunia dan ia berkuasa membentuk
tanggapan masyarakat mengenai banyak hal bahkan ia mampu mempengaruhi seseorang agar mempercayai
bahawa berita yang dipaparkan itu adalah benar. Penyiaran Islam khususnya memainkan peranan sebagai agen
informasi yang menyampaikan maklumat benar tentang Islam dan bertanggungjawab meningkatkan
kefahaman masyarakat tentang Islam. Oleh itu, media penyiaran perlu mengadakan bahan yang sesuai untuk
ilmu pengetahuan am, penerangan am seperti kualiti maklumat, kebenaran, ketepatan dan kesesuaian serta
menghindari mesej-mesej yang boleh memudaratkan masyarakat dan negara.

Tanggungjawab sosial lain yang digalas oleh media penyiaran ialah sebagai pembaharu (mujaddid).
Dalam konteks ini, media penyiaran Islam menjadi penyebar fahaman dan pengajaran amalan Islam. Menurut
Mohd Yusof (2010), hari ini masyarakat awam tidak lagi melihat ajaran Islam melalui apa yang dinyatakan
dalam al-Quran, hadis atau pandangan ilmuwan Islam yang berwibawa, sebaliknya masyarakat melihat
bagaimana media menceritakan dan menerangkan tentang Islam. Media terutamanya media penyiaran bukan
sekadar menyampaikan maklumat dan mesej, tetapi ia juga dapat membentuk tasawur atau pandangan alam
manusia. Segala pandangan, maklumat dan mesej yang disampaikan melalui media biasanya menjadi
perbualan dan rujukan masyarakat awam. Oleh itu, media penyiaran perlu memaparkan fakta yang benar agar
mesej tersebut menjadi lebih bermakna serta bersifat membina pemikiran dan bukannya meruntuhkan.

Selain itu, penyiaran Islam juga berperanan sebagai penyatu (muwahhid). Media penyiaran dapat
membantu mewujudkan perpaduan, membentuk satu kebudayaan nasional dalam kalangan masyarakat
berbilang kaum dan membentuk pertalian berdasarkan kepentingan dan minat yang sama tentang sesuatu.
Media penyiaran khususnya penyiaran Islam mampu membina kembali hubungan antara dua pihak yang
bertelagah, mampu menjadi jambatan yang menyatupadukan umat Islam serta dapat memperkukuh integrasi
nasional. Pengaruh media penyiaran yang memaparkan unsur-unsur keagamaan Islam membolehkan komuniti
bukan Islam memahami nilai sebenar agama Islam dan sedikit sebanyak mengubah persepsi mereka terhadap
agama Islam (Azarudin & Khadijah, 2015). Di samping itu, dalam kehidupan seharian masyarakat awam yang
terdiri dari pelbagai kaum dan agama dapat saling memperkaya fahaman masing-masing dengan
mempraktikkan nilai-nilai peradaban dan tradisi melalui proses bekerjasama, berkomunikasi dan hidup
bersama-sama.

33

KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM

Media penyiaran juga bertindak sebagai pejuang (mujahid) kerana ia mempunyai peranan sebagai
agen yang membantu mencorakkan masyarakat. Menurut Aminudin, Mohamad Sabri & Nik Yusri (2009)
media memainkan peranan sebagai instrumen pembinaan insan soleh dan solehah melalui mesej yang dibawa
yang mengandungi unsur-unsur kebajikan. Antara peranan penyiaran Islam sebagai mujahid ini ialah
menyebarkan agama Islam, memperjelaskan isu-isu yang berkaitan umat, menggunakan pendekatan
berhikmah dalam menjayakan komunikasi tersebut, menangkis salah faham yang dipaparkan oleh media barat
terhadap agama Islam dan melindungi ummah dari sebarang anasir yang menyesatkan. Oleh itu, penyiaran
Islam perlu memainkan peranan yang positif dalam usaha membentuk komuniti yang bersatu padu biarpun
berbeza pandangan dan agama. Mesej-mesej yang disampaikan mestilah menonjolkan prinsip yang selari
dengan ajaran yang ditetapkan oleh Islam.

Kesimpulannya, media penyiaran yang mempunyai kesedaran sosial mampu membawa pelbagai
manfaat kepada masyarakat dan negara. Masyarakat harmoni dan negara cemerlang dapat diwujudkan melalui
pengaruh positif media penyiaran.

iv) Mentafsir Maklumat Yang Tepat

Antara peranan penyiaran Islam juga adalah mentafsir maklumat yang tepat. Ia merangkumi 3 aspek iaitu:

a) Tujuan maklumat mestilah baik.

Dalam bidang penyiaran maklumat yang disebarkan mestilah bertujuan baik sama ada untuk memberitahu,
menghindari keburukan, menyatupadukan masyarakat dan sebagainya. Daripada Umar al-Khattab R.A
sabda Nabi S.A.W:

“Sesungguhnya setiap perbuatan itu tergantung dengan niatnya. Dan sesungguhnya setiap orang (akan
dibalas) berdasarkan apa yang dia niatkan. Sesiapa yang berhijrah kerana (ingin mendapatkan
keredhaan) Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada (keredhaan) Allah dan RasulNya. Dan sesiapa
yang hijrahnya kerana menginginkan kehidupan yang layak di dunia atau kerana wanita yang ingin
dinikahinya (akan bernilai sebagaimana) yang dia niatkan.”

(Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

b) Meneliti sumber dan jenis maklumat.

Antara perkara yang menggugat ketenteraman awam ialah tersebarnya fitnah dalam masyarakat. Islam
dari awal mengingatkan betapa bahaya fitnah yang tersebar secara meluas. Sehubungan itu, al-Quran
menganjurkan apa jua perkhabaran/ berita atau urusan yang diterima perlu mendapatkan kepastian
daripada pihak yang berwajib terlebih dahulu sebelum disebarkan. Atas sifat integriti juga pihak
bertanggungjawab perlu menjelaskan kebenarannya. Firman Allah S.W.T:

Maksudnya:

Dan apabila datang kepada mereka suatu berita tentang keamanan ataupun ketakutan, mereka lalu
menyiarkannya dan kalau mereka menyerahkannya kepada Rasul dan ulil amri di antara mereka, tentulah
orang-orang yang ingin mengetahui kebenarannya (akan dapat) mengetahuinya dari mereka (Rasul dan

34

KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM

ulil amri). Kalau tidaklah kerana kurnia dan rahmat Allah kepada kamu, tentulah kamu mengikut syaitan,
kecuali sebahagian kecil saja (di antaramu).

(al-Quran, al-Nisa’: 83)

Imam Ibnu Kathir mentafsirkan ayat tersebut dengan penjelasannya bahawa ayat ini merupakan suatu
bentuk keingkaran ke atas siapa sahaja yang membuat tafsiran sendiri mengenai sesuatu perkara atau berita
sebelum dipastikan kebenarannya lantas disebarkannya kerana kemungkinan apa yang disebarkannya itu
belum pasti kesahihannya (Tafsir Ibn Kathir). Sehubungan dengan itu, Rasulullah SAW memberi
peringatan kepada sesiapa sahaja yang membuat interpretasi sendiri terhadap apa jua khabar yang diterima
tanpa dipastikan atau dirujuk kepada sumber yang sebenar atau tempat seharusnya dirujuk. Daripada Abu
Hurairah RA baginda bersabda:

“Memadailah suatu pembohongan dengan seseorang itu hanya apabila dia menyebarkan dengan apa
sahaja yang ia dengari”

(Hadith Riwayat Muslim)

Begitu juga Syu’bah, seorang cendekiawan Islam muslim menjelaskan:

“Isnad itu adalah sebahagian dari agama, kalau tiada isnad nescaya akan berkatalah sesiapa sahaja yang
dia mahukan”

Kenyataan di atas membuktikan bahawa kita harus prihatin terhadap sesuatu khabar berita yang
diterima dengan cara mempastikan dari mana datangnya khabar tersebut dan siapa yang
menyampaikannya.

c) Memastikan isi maklumat adalah benar.

Menurut Nik Yusri (2015), dalam bidang penyiaran setiap berita yang disiarkan atau dipaparkan perlu
dipertanggungjawabkan. Andai apa yang ditulis/ dipapar dan ditonjolkan memberi keinsafan, kesedaran
serta mengembalikan manusia kepada fitrah kebaikan, pastinya akan diberi ganjaran. Andainya apa yang
dipaparkan berbentuk kebejatan akhlak atau kekeliruan perasaan serta menjauhkan manusia dari fitrah
kebaikan maka pastinya akan menerima akibatnya. Ini dapat difahami dari kenyataan al-Quran melalui
firman Allah SWT:

Maksudnya:

Sesungguhnya orang-orang yang ingin agar (berita) perbuatan yang amat keji tersiar dalam kalangan
orang-orang yang beriman (dalam kalangan masyarakat), bagi mereka azab yang pedih di dunia dan di
akhirat. Dan Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.

(al-Quran, al-Nur 24: 19)

Dan hadis daripada Thawban dari Nabi SAW:

Janganlah kamu menyakiti hamba-hamba Allah dan jangan sekali-kali kamu mengaibkan mereka dan
jangan kamu dedahkan aurat mereka, kerana sesiapa yang mencari-cari/mendedahkan keaiban

35

KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM

saudaranya semuslim nescaya Allah juga akan mendedahkan keaibannya hatta Allah dedahkan
keaibannya (yang berlaku) dalam rumahnya.

(Hadith Riwayat Imam Ahmad)

Kesimpulannya, Islam adalah agama yang amat menekankan keharmonian dan kesejahteraan masyarakat.
Justeru itu, masyarakat perlu dijaga dan dididik dengan kebenaran dan kebaikan dan tidak didedahkan dengan
kemungkaran serta kemaksiatan melalui maklumat yang disampaikan.

v) Menyediakan kepelbagaian dan variasi

Di Malaysia terdapat dua media penyiaran yang memainkan peranan penting dalam menjadi penggerak kepada
penyampaian maklumat kepada masyarakat iaitu media televisyen dan radio. Televisyen dan radio yang pada
awalnya menjadi alat utama bagi badan kerajaan bagi tujuan penyampaian mesej-mesej pembangunan. Segala
rancangan program televisyen dan radio disusun bagi memenuhi keperluan setiap lapisan masyarakat dan
sebagai alat hiburan dan juga pendidikan. Oleh itu, rancangan-rancangan agama di radio dan televisyen
disasarkan untuk memenuhi beberapa objektif seperti berikut:

i) Untuk menguatkan akidah umat Islam supaya dapat mengelak daripada pengaruh ajaran yang
bertentangan dengan Islam dalam konteks membasmi ajaran sesat.

ii) Untuk memupuk semangat cintakan Allah, Rasul dan negara dalam konteks mukmin yang
sebenar.

iii) Memupuk semangat perpaduan, muhibah dan toleransi dalam konteks Islam agama untuk
kesejahteraan.

iv) Mendorong umat Islam kuat berusaha, berdikari dan mengejar setiap lapangan kemajuan dalam
konteks Muslim yang kuat dan maju lebih diredhai oleh Allah dari Muslim yang lemah.

v) Memupuk nilai-nilai kerohanian yang murni supaya tidak dipesongkan oleh nilai-nilai yang
bertentangan dengan Islam dalam konteks kesempurnaan ajaran Islam dan tidak ada ajaran lain
yang mengatasi kemampuannya.

vi) Untuk menyerap kepercayaan tentang keluhuran Islam dengan menekankan konsep ‘al-Din’ atau
‘The Way of Life’ berasaskan agama Islam itu sentiasa sesuai dengan sebarang masa, keadaan dan
tempat.

Lazimnya setiap rancangan agama adalah untuk menguatkan syiar Islam. Antaranya ialah untuk:

i) Iktikad atau kepercayaan
ii) Ibadat dan kemasyarakatan

36

KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM

iii) Akhlak atau budi pekerti
iv) Sejarah Islam
v) Falsafah

Menurut Monika & Nik Mohd Zaim (2014) media penyiaran di Malaysia juga turut mengalami
perkembangan dari semasa ke semasa. Semuanya menyajikan pelbagai program kepada setiap lapisan
masyarakat bermula dari kanak-kanak sehinggalah untuk orang dewasa. Program agama turut disajikan kepada
masyarakat bagi tujuan pendidikan dan penyebaran ilmu.

Justeru, program-program keislaman di televisyen perlu selari dengan konsep al thabat (tetap) dan
murunah (fleksibel) yang dianjurkan oleh Islam. Penubuhan media penyiaran yang berkonsepkan Islam dilihat
sebagai satu perubahan yang mengikut peredaran masa dan sesuai di alaf-21 ini. Malah media penyiaran Islam
dilihat semakin mendapat perhatian dan mencetuskan fenomena positif dalam kalangan masyarakat. Menurut
Dr. Muhyiddin Abdul Halim, media Islam berperanan untuk menggalas tanggungjawab dan matlamat seperti
yang berikut:

i) Memantapkan media massa ummah dengan memberi kefahaman hakikat agama Islam untuk
melindungi masyarakat Islam dari segi kejahilan terhadap ajaran agama.

ii) Membentuk suasana media massa yang sesuai dengan tuntutan agama, membentuk akhlak,
khususnya golongan belia untuk melahirkan generasi yang beriman dan cintakan negara dengan
mengukuhkan asas kebenaran, kebaikan, keutamaan dan menerapkan nilai-nilai Islam.

iii) Menentang pengaruh fahaman kebendaan yang menjadi budaya zaman moden kini yang
menguasai pemikiran serta mencorakkan tindak balas mereka terhadap pelbagai isu.

iv) Memperbaiki interaksi dan komunikasi antara sesama manusia.

v) Memperkukuh kecenderungan dalam melaksanakan ibadat.

vi) Membanteras keyakinan palsu dan salah faham yang tersebar dalam kalangan masyarakat dengan
menonjolkan tafsiran keilmuan yang betul terhadap hakikat Islam.

vii) Menggunakan konsep agama untuk meyakinkan masyarakat mengenai idea-idea baharu dan isu-
isu semasa yang tidak bercanggah dengan ajaran Islam.

viii) Menggunakan hakikat dan fakta-fakta keagamaan, membimbing media massa ummah secara yang
tepat dengan cara mempengaruhi pemikiran dan hati budi mereka.

Kini Malaysia sudah terdapat media penyiaran yang bermatlamatkan semata-mata untuk penyebaran ilmu
Islam iaitu TV Alhijrah, Astro Oasis, Radio IKIM dan Radio SALAM.fm. Keempat-empat media penyiaran
ini memainkan peranan masing-masing dalam menggalas tanggungjawab bagi menyebarkan ilmu Islam
kepada masyarakat. Terdapat kepelbagaian dan variasi yang disediakan oleh keempat-empat stesen TV dan
radio ini merangkumi program-program untuk kanak-kanak, remaja dan dewasa. Hal ini selari dengan tujuan
dan matlamat penubuhan bagi setiap media penyiaran tersebut dan keberadaan stesen televisyen dan radio

37

KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM
Islam ini di Malaysia memudahkan masyarakat untuk memahami ilmu Islam itu sendiri yang ternyata
merangkumi kesemua aspek kehidupan seperti akidah, syariah dan akhlak serta bagi mencapai matlamat akhir
bagi seseorang Muslim itu iaitu mendapat keredaan Allah SWT dan kesejahteraan kehidupan yang hakiki.

38

KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM

TOPIK 9: PENYIARAN ISLAM SEBAGAI MEDIUM DAKWAH

Oleh:
Ainul Farhaan Harun

Pengertian dakwah

Dakwah berasal dari bahasa Arab yang menjadi bentuk masdar yang bererti seruan, ajakan, atau panggilan.
Seruan yang digunakan dalam dakwah bertujuan untuk mengajak seseorang baik dalam melakukan sesuatu
kegiatan atau dalam merubah pola serta kebiasaan hidup.

 Pengertian Dakwah Secara Terminologi

Dakwah diertikan sebagai usaha yang dilakukan oleh seorang pendakwah agar kembali ke jalan yang benar.
Dalam pembahasan ini pendakwah merujuk pada seseorang muballigh atau penceramah yang menyampaikan
dakwah.

Dakwah juga boleh digunakan dalam menyampaikan ancaman yang diberikan ketika seseorang tidak
melakukan sesuatu yang baik mengikut landasan agama.

Dakwah atau seruan ini dalam bentuk lisan mahupun perbuatan. Dengan kaedah dan metod yang pelbagai.
Syeikh Ali Mahfud menjelaskan bahawa dakwah adalah suatu proses pemberian motivasi kepada individu
untuk melakukan kebaikan. Seruan dalam dakwah adalah berlandaskan kepada melakukan kebajikan dan
mencegah daripada kemungkaran. Tujuan dari pelaksanaan ini adalah untuk mencapai kebahagiaan dunia dan
akhirat.

 Pengertian dakwah menurut tokoh Islam

Dakwah menurut Abdul Karim Zaidan (1980) adalah bermaksud “Seruan kepada Allah S.W.T. iaitu seruan
ke arah agama Allah iaitu Islam”. Beliau juga membahagikan dakwah kepada empat rukun yang utama iaitu
maudhu’ dakwah iaitu Islam, da’ie iaitu pendakwah, mad’ue iaitu sasaran dakwah dan uslub dakwah iaitu
gaya atau cara dakwah disampaikan.

Dr Ahmad Ahmad Ghallush (1978) mentakrifkan dakwah dari sudut bahasa bermaksud “percubaan
atau perbuatan sama ada dari segi pergerakan atau kata-kata untuk menarik perhatian manusia terhadapnya”.
Manakala dari sudut istilah pula bermaksud: Suatu ilmu yang melibatkan seni penyebaran dan penyampaian
Islam terhadap manusia yang meliputi seluruh ilmu Islami iaitu merangkumi Aqidah, Syariah dan Akhlak.

Dr.Yusuf al-Qaradawi (1978) memberi penjelasan lebih mendalam iaitu dakwah sebagai usaha
membawa orang lain kepada agama Islam, supaya mengikut petunjuk agama ini, melaksanakan segala

39

KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM

ketetapanNya di muka bumi ini, mengkhususkan segala bentuk penghambaan diri, permohonan dan taat
kepada Allah sahaja, melepaskan diri dari segala kongkongan yang bukan daripada Allah (taghut) yang
terpaksa dipatuhi, memberi hak kepada orang lain yang ditentukan hak oleh Allah, menyeru kepada kebaikan
dan mencegah segala kemungkaran, dan berjihad pada jalan-Nya.

Daripada tiga definisi di atas dapatlah disimpulkan bahawa usaha dakwah ialah suatu usaha menyeru
manusia daripada kegelapan dan kesesatan kepada cahaya dan kebenaran, tidak membiarkan manusia daripada
terus menerus berada dalam kejahilan.

 Penggunaan Kata Dakwah dalam Al -Quran.

Bahasa dakwah penting untuk difahami, kerana ianya dapat membimbing pendakwah dalam menyampaikan
dakwah secara lebih tepat, disesuaikan dengan keadaan mad’u yang dihadapi. Pemilihan kata-kata yang tepat
ketika berdakwah, diklasifikasikan al-Quran dalam beberapa bentuk sesuai dengan mad’u yang dihadapi.

Penggunaan kata dakwah di dalam Al-Qur'an memiliki fungsi dan peranan yang berbeza. Kata dakwah di
dalam Al-Qur'an digunakan sebanyak 198 kali dan perkataan dakwah juga merujuk kepada beberapa
pengertian. Perkataan dakwah dalam Al-Quran digunakan dalam bentuk:

1. Dakwah sebagai ajakan

Perkataan dakwah merujuk kepada ajakan yang dilakukan oleh seseorang agar orang lain mengikuti
keinginannya. Ajakan tersebut adalah melalui ceramah atau nasihat secara individu agar seseorang
bersedia untuk melakukan apa yang dikehendaki si pendakwah. Dalam hal ini, baik atau buruknya isi
sesuatu dakwah bergantung kepada si penyampai. Surah An-Nahl ayat 125 menjelaskan bahawa serulah
kepada mereka agar menjadi bijak dan belajar dalam hal kebaikan.

2. Dakwah sebagai doa

Nabi Nuh adalah nabi yang berdakwah dengan salah satu cara berdoa kepada Allah. Tujuan doa yang
disampaikan oleh nabi Nuh adalah supaya umatnya dapat kembali ke jalan yang benar sehingga Allah
tidak menjatuhkan hukuman kepada kaumnya berupa banjir yang sangat besar. Berdasarkan situasi
tersebut, perkataan dakwah dapat juga diertikan sebagai usaha yang dilakukan seseorang agar doa yang
disampaikan kepada Allah S.W.T dimakbulkan.

Kaedah dakwah

Kaedah yang digunakan untuk melaksanakan sesuatu aktiviti dakwah tertumpu kepada kebijaksanaan,
kemahiran melaksanakan penerangan dan penyusunan program dengan tersusun rapi. Dalam uslub dakwah
pula mengandungi wasilah yang bersifat kebendaan berbentuk alat-alat ataupun saluran yang bersesuaian
untuk menjalankan sesuatu aktiviti dakwah (Abdul Ghafar Don & Hailan b. Salamon, 2009). Dalam al-Quran,
Allah telah menggariskan 3 kaedah (metod) yang baik dalam menjalankan dakwah sebagaimana firman Allah
yang maksudnya:

40

KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM

“Serulah ke jalan Tuhanmu (Wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat
pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang Engkau serukan itu) dengan cara yang
lebih baik;

(al-Quran, al-Nahl: 125)

Allah telah mengemukakan cara dakwah yang harus dilakukan oleh setiap pendakwah, iaitu dengan cara bi al-
hikmah, al-mauizah al-hasanah (nasihat yang baik), dan al-mujadalah al-husna (perbincangan, dialog dan
perbahasan yang terbaik). Ketiga-tiga cara tersebut merupakan asas utama kepada metodologi dakwah. Dalam
mengaplikasi asas metod dakwah tersebut, adalah amat penting berdasarkan bentuk dan gaya persembahan isi
yang selaras dengan minat dan kegemaran sasaran dengan tujuan mempengaruhi mereka.

Kaedah pada gaya persembahan isi ialah bentuk sesuatu isi atau mesej dipersembahkan atau disampaikan
kepada sasaran. Isi dakwah yang terdiri daripada akidah, syariah dan akhlak perlu disampaikan mengikut
kesesuaian sasaran. Al-Quran dan hadis juga telah mengemukakan gaya persembahan isi dengan bentuk yang
pelbagai. Ab. Aziz Mohd Zin (2005: 136) menyatakan bentuk-bentuk tersebut sama ada dalam bentuk biasa,
mengajak berfikir, cerita, perbandingan, keras, pujukan, ransangan dan lain-lain yang bertujuan supaya dapat
membangkitkan minat dan pengaruh kepada sasaran terhadap mesej atau maksud dari kandungan atau isi yang
disampaikan.

Terdapat banyak ayat di dalam Al Quran yang menyatakan secara jelas tentang dakwah dari pelbagai aspek
(Ibrahim al Diib, 2004 ) antaranya:

Firman Allah SWT:

“Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah
mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu dialah yang lebih mengetahui tentang siapa
yang tersesat dari jalan-Nya dan dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat
petunjuk"

(al Quran, al-Nahlu: 125)

“Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf,
dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah. sekiranya ahli Kitab beriman, tentulah
itu lebih baik bagi mereka, di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah
orang-orang yang fasik”.

(al Quran, Ali Imran: 110)

“Dan jika kamu berpaling niscaya dia akan mengganti (kamu) dengan kaum yang lain; dan mereka
tidak akan seperti kamu ini”.

(al Quran, Muhammad: 38)

41

KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM

Jenis-jenis dakwah

1. Fiqhud-dakwah

Fiqhud dakwah bermaksud proses memahami aspek serta tatacara yang berkaitan dengan dakwah, tujuan ini
adalah menyampaikan suatu khabar atau seruan dengan cara-cara yang benar sehingga terhindar dari perbuatan
fasik. Anjuran dalam menyampaikan dakwah yang sesuai dengan kebenaran Islam dalam menyampaikan
risalah al-Islamiyah.

2. Dakwah fardiah

Dakwah fardiah adalah suatu kaedah dakwah yang ditujukan kepada individu atau kelompok kecil dan
disampaikan secara terbatas. Dakwah fardiah biasanya disampaikan secara tidak formal dan tidak berstruktur.
Kaedah dakwah ini adalah seperti menasihati orang lain ketika melakukan kesalahan secara langsung dalam
bentuk teguran atau contoh dalam melakukan sesuatu. Menziarahi orang yang sakit, memberikan ucapan
selamat atau tahniah seperti acara kelahiran juga boleh dikategorikan dalam dakwah fardiah.

3. Dakwah ammah

Dakwah ammah adalah satu kaedah berdakwah dengan cara menyampaikan sesuatu secara lisan kepada
kelompok yang ramai. Tujuan dakwah ammah adalah untuk menanamkan kefahaman agar orang yang
mendengar terpengaruh dengan ucapan yang disampaikan. Contohnya ceramah atau khutbah.

4. Dakwah bil-lisan

Dakwah bil-lisan merupakan kaedah dakwah yang dijalankan secara lisan. Kata lisan merujuk pada kata
ceramah atau komunikasi menggunakan lidah atau ucapan. Dakwah jenis ini menjadi lebih berorientasikan
kepada ceramah dan pidato.

5. Dakwah bil-haal

Dakwah bil-haal merupakan kaedah dakwah dengan memberikan contoh melalui perbuatan secara langsung.
Kaedah dakwah ini bertujuan menjadi teladan kepada individu atau masyarakat hasil dari sikap dan perbuatan
terpuji para pendakwah. Beberapa kajian dari aspek psikologi menyatakan dakwah bentuk ini lebih memberi
kesan dan pengaruh yang tinggi berbanding dakwah melalui lisan.

6. Dakwah bit-tadwin

Dakwah bit-tadwin adalah kaedah dakwah yang dilakukan melalui penulisan. Kaedah dakwah ini disampaikan
berkisar kepada penulisan–penulisan yang positif dalam menyeru ke arah yang positif. Penulisan tersebut

42

KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM

disalurkan melalui pelbagai media-media yang popular seperti majalah, blog, laman web dan juga media
sosial.

7. Dakwah bil hikmah

Dakwah bil hikmah adalah teknik menyampaikan dakwah atau seruan secara bijaksana. Iaitu, dengan memberi
kesempatan bagi para pendengar untuk mengambil keputusan sendiri dan tidak melalui paksaan sehingga
pelaku benar-benar melakukan perubahan ke arah jalan positif kerana Allah. Kaedah dakwah ini adalah paling
sulit namun paling bermakna, biasanya ditujukan pada mereka yang belum memeluk agama Islam.

Etika dakwah

Beberapa prinsip yang harus dijadikan sebagai garis panduan etika dalam berdakwah.

a) Memahami hakikat dakwah dan apa yang diajarkan dengan landasan ilmu yang benar. Hal ini sesuai
dengan petunjuk al-Quran dalam surah Yunus ayat 108 iaitu:

Katakanlah “Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu (Al-Quran) dari tuhanmu sebab itu
barang siapa yang mendapat petunjuk maka sesungguhnya (petunjuk itu) untuk kebaikan dirinya
sendiri. Dan barang siapa yang sesat, maka sesungguhnya kesesatan itu mencelakakan dirinya
sendiri. Dan aku bukanlah seorang penjaga terhadap hidup dirimu”.

b) Etika dakwah yang juga sebagai prinsipnya adalah tidak memaksa kehendak. Hal ini mengingat
ketetapan Allah dalam banyak ayat Al-Qur’an surah Yunus ayat 99.

“Dan jikalau Tuhanmu menghendaki, tentulah beriman semua orang yang di muka bumi seluruhnya.
Maka apakah kamu (hendak) memaksa manusia supaya mereka menjadi orang-orang yang beriman
semuanya”

c) Jangan mempersulit masalah dan berusaha untuk memudahkan sesuatu perkara. Hal ini ditetapkan
Allah dalam firmannya di surah Al-Baqarah ayat 145. “Allah menghendaki kemudahan bagi kalian
dan tidak menghendaki kesukaran dirimu”.

Di samping itu, ada beberapa prinsip yang harus dijadikan acuan etika dalam berdakwah. Dalam
proses berkomunikasi dakwah, seseorang pendakwah wajib mempertimbangkan kewajaran sesuatu pesanan
yang disampaikan kepada mad’u. Misalnya pesanan yang boleh menyinggung perasaan umat beragama, suku,
ras dan golongan tertentu. Al Quran banyak menyarankan kepada etika berkomunikasi yang baik dan berkesan
dalam menjalankan dakwah.

Selain itu, dakwah juga amat berkait rapat dengan komunikasi. Oleh yang demikian, enam prinsip
berkomunikasi yang sepatutnya menjadi panduan bagi seorang da’i dalam menyampaikan dakwah. Selari
dengan pandangan Ahmad Mubarak (2000: 251), yang menyebut istilah-istilah tersebut dengan ‘Bahasa
Dakwah’. Bahasa dakwah yang harus difahami oleh setiap pendakwah itu adalah:

a. Qaulan layyina

43

KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM

Perkataan qaulan layyina terdapat dalam surah Toha (20): 44, dalam rangkaian kisah Nabi Musa ketika
menghadap Firaun.

“Pergilah kamu berdua kepada Firaun, sesungguhnya dia telah melampaui batas, maka berbicaralah
kamu berdua kepadanya dengan kata-kata yang lemah lembut, mudah-mudahan dia ingat atau takut”.

Dalam perspektif ini, ayat di atas menunjukkan bahawa berdakwah kepada penguasa zalim seperti
Firaun hendaklah menggunakan bahasa dakwah qaulan layyina. Dalam bahasa Arab, perkataan layyin
mengandungi maksud berlawanan daripada kasar, iaitu halus dan lembut.

Dengan demikian dakwah qaulan layyina dapat difahami sebagai dakwah dengan kata-kata yang
lemah-lembut, iaitu kata-kata yang dirasakan oleh mad’u sebagai sentuhan yang halus, tanpa mengusik atau
menyentuh kepekaan perasaannya. Melalui perkataan yang lemah lembut, orang yang zalim dan kasar tidak
akan diberi peluang untuk menunjukkan kekasarannya, sehingga sekurang-kurangnya ada masa untuk
berkomunikasi dengan da’i. Kekuatan pendekatan lemah lembut yang sejuk, sekurang-kurangnya tidak
membuat marah penguasa zalim yang sedang menjadi mad’u, jika pada peluang yang pertama belum berkesan
menyedarkannya; paling tidak, boleh memberi waktu kepada penguasa untuk merenungnya.

Dialog panjang antara Musa dan Firaun dalam QS. Toha:42-49, menggambarkan tajamnya sikap lemah-
lembut seruan Musa, sehingga tidak memberi peluang kepada Firaun untuk bertindak terlebih dahulu dengan
melakukan kezaliman, tetapi mesti mengikuti rentak Nabi Musa (Ahmad Mubarok, 2000: 25).

b. Qaulan Baligha

Perkataan qaulan baligha yang dapat diterjemahkan menjadi perkataan yang membekas dalam jiwa terdapat
dalam al-Quran Surah al-Nisa (4): 63:

“Mereka itu adalah orang-orang yang rahsia hatinya diketahui Allah swt, kerana itu berpalinglah
kamu dari mereka, dan berilah mereka pelajaran, dan katakanlah kepada mereka perkataan yang
berbekas pada jiwa mereka”.

Ayat di atas berkenaan dengan orang-orang munafik yang di hadapan Nabi Muhammad berpura-pura
baik, tetapi di belakang, mereka menentang dakwah nabi. Bagi orang yang berkarakteristik munafik, perkataan
lemah lembut tidak akan membekas ke dalam jiwanya, penyampaian dakwah yang tepat untuk orang munafik
bukan yang indah dan lembut, tetapi yang baligh.

Perkataan dakwah yang sesuai bagi orang munafik adalah perkataan yang tajam, pedas, tetapi benar,
baik dari segi bahasa, mahupun kesuluruhannya. Sebenarnya tingkah laku munafik sangat sukar diubah,
meskipun demikian dengan qaulan baligha, paling tidak orang munafik dibuat tidak dapat berkata-kata dan
menjadi kelu di depan da’i. Kepentingan qaulan baligha bagi mad’u orang munafik, bukan hanya untuk
membelenggu tingkah laku mereka, tetapi juga untuk penggunaan mad’u secara umum, agar mereka tidak
mudah dihasut oleh hasutan orang munafik. Dalam surah al-Baqarah: 8-20 merupakan contoh ayat yang sangat
tajam, tetapi benar menyangkut orang munafik, perintah al-Quran untuk bersikap keras kepada orang kafir dan
munafik secara tegas disebut dalam surah at-Taubah (9), 73:

44

KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM

“Wahai Nabi, lawanlah orang kafir dan munafik itu, bersikap keraslah terhadap mereka, tempat mereka
adalah jahanam, iaitu seburuk-buruk tempat kembali”.

c. Qaulan Maysura

Kalimah Qaulan Maysura terdapat dalam surah al-Isra’(17): 28.

“Dan jika kamu berpaling dari mereka untuk memperoleh rahmat dari Tuhan-Mu yang kamu
harapkan, maka katakanlah kepada mereka ucapan yang pantas”.

Dalam bahasa Arab kalimah maysura yang berasal dari kata yasara ( ‫ ) يسر‬erti mudah, lawan dari ma’sura (
‫) معسورا‬, yang ertinya sukar, jika maysura menjadi sifat dari Qaul, maksudnya adalah perkataan yang mudah
diterima dan yang pantas didengar.

Qaulan Maysura menurut Jalaluddin Rahmat (1992), sebenarnya lebih tepat diertikan ucapan yang
menyenangkan, mempunyai hal-hal yang menggembirakan (Jalaluddin Rahmat, 1992: 91). Para ahli
komunikasi menyebut terdapat dua bentuk komunikasi. Ketika kita berkomunikasi, kita bukan hanya
menyampaikan isi (content), kita juga mendefinisikan hubungan sosial (relations) di antara kita. Isi yang sama
dapat mendekatkan da’i, atau menjauhkannya, menimbulkan persahabatan atau permusuhan. Bentuk
komunikasi yang kedua ini sering disebut metakomunikasi (Mafri Amir, 1999: 91). Salah satu prinsip etika
komunikasi dalam Islam ialah setiap komunikasi harus dilakukan untuk mendekatkan manusia dengan
tuhannya dan hamba-Nya yang lain. Meskipun komunikasi di atas lebih berbentuk dalam suasana tatap muka,
namun kehangatan komunikasi serta ungkapan lemah lembut, mudah difahami juga berlaku pada dataran
komunikasi massa.

d. Qaulan Karima

Kalimah qaulan karima terdapat dalam ayat yang mengajarkan etika pergaulan manusia kepada orang
tuanya yang sudah lanjut usianya, iaitu pada al-Quran surah al-Isra (17), 23:

“Dan Tuhanmu telah memerintahkan agar jangan menyembah selain Dia dan hendaklah berbuat baik
kepada ibu bapa. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai usia lanjut dalam
pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah engkau mengatakan kepada keduanya perkataan “ah”
dan janganlah engkau memaki keduanya, dan ucapkanlah kepada keduanya perkataan yang baik”.

Surah al-Isra’ dan dua ayat seterusnya menunjukkan tatacara dan adab pergaulan dengan orang tua.
Seorang anak diperintah untuk berbuat baik kepada orang tuanya, dan jika salah seorang atau keduanya lanjut
usia mereka, maka janganlah berkasar dengan mereka, jika terpaksa menegur, maka haruslah menegur dengan
qaulan karima, iaitu dengan perkataan yang mudah dan lembut. Inilah tuntutan komunikasi dalam Islam pada
manusia yang posisinya lebih rendah kepada orang lain yang posisinya lebih tinggi. Apatah lagi kepada orang
tua sendiri yang sangat besar jasanya dalam mendidik dan membesarkan anak-anaknya. Qaulan karima
menyifatkan satu prinsip utama dalam etika komunikasi Islam iaitu penghormatan. Komunikasi dalam Islam
harus memperlakukan orang lain dengan penuh rasa hormat.

45

KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM

Oleh kerana itu, berdakwah kepada mereka seharusnya dengan penuh kelembutan. Jika orang kafir
mudah menentang dakwah kerana didorong oleh keingkarannya, maka orang tua yang lanjut usianya tidak
mudah menerima teguran yang keras kerana melemahkan kemampuan respon psikologi yang disebabkan
usianya yang lanjut.

e. Qaulan Sadida

Manusia di samping memiliki sikap dan watak yang berbeza-beza, juga memiliki kesamaan yang bersifat
universal. Pendekatan kepada manusia boleh dilakukan dengan pendekatan khusus, jika manusia itu memiliki
kekhususan yang menonjol, tetapi manusia sebagai kesatuan yang berbeza dengan kesatuan haiwan adalah
sebuah kesatuan entiti yang memiliki kesamaan ciri umum. Di antara ciri umum itu adalah kemampuannya
berfikir logik, manusia dalam pengertian di atas dapat diubah tingkah lakunya dengan pendekatan-pendekatan
yang logik, dalam perspektif ini al-Quran menyebut istilah qaulan sadida yang dapat diterjemahkan sebagai
perkataan yang lurus atau benar. Kalimah Qaulan Sadida disebut dua kali dalam al-Quran, iaitu dalam surah
an-Nisa ayat 9 dan al-Ahzab ayat 70-71.

“Wahai orang yang beriman bertakwalah kamu kepada Allah swt dan katakanlah perkataan yang
benar, nescaya Allah swt memperbaiki bagimu amalan-amalanmu, dan mengampuni bagimu dosa-
dosamu, dan barangsiapa mentaati Allah swt dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah
mendapatkan kemenangan yang besar”.

(al-Quran, al-Ahzab: 70-71).

Menurut Ibn Manzhur dalam lisan al-Arab, perkataan sadid yang dihubungkan dengan qaul mengandungi
maksud berkaitan sasaran (‫( ) القصد يصيب‬Ibnu Manzhur, tt: 1970), jadi mesej dakwah yang secara psikologi
menyentuh mad’u – sesiapapun mad’unya- adalah jika mesej yang disampaikan itu benar, baik dari segi logik
mahupun bahasa, dan disampaikan dengan ketakwaan.

f. Qaulan Ma’rufa

Salah satu pengertian ma’rufa secara etimologis adalah al-khair atau al-ihsan, yang bermaksud yang baik-
baik. Jadi qaulan ma’rufa mengandungi pengertian perkataan atau ungkapan yang baik dan pantas. Dalam
al-Quran ungkapan qaulan ma’rufa ditemukan pada empat tempat:

 Pertama surah al-Baqarah 2: 235; dalam ayat ini perkataan qaulan ma’rufa mengandungi pengertian
antara lain rayuan halus terhadap seorang wanita yang ingin dipinang, jadi ini komunikasi etis dalam
menimbang perasaan wanita, apatah lagi wanita yang diceraikan suaminya.

 Kedua dan ketiga, surah al-Nisa 4: 5; dalam ayat ini qaulan ma’rufa membawa pengertian
pembicaraan yang pantas bagi seseorang yang belum dewasa atau orang dewasa tetapi tergolong
bodoh. Kedua orang ini tentu tidak bersedia menerima perkataan bukan ma’ruf, kerana otaknya belum
bersedia menerima apa yang disampaikan, justeru yang menonjol adalah emosinya, sedangkan pada
ayat 8 dalam surah yang sama lebih mengandungi erti bagaimana menanggung perasaan keluarga,
anak yatim dan orang miskin yang hadir sewaktu membahagikan harta warisan. Mereka tidak
termasuk dalam senarai yang berhak menerima warisan, namun Islam mengajarkan agar mereka diberi
sekadarnya dan disandarkan dengan perkataan pantas.

46

KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM

 Keempat, surah al-Ahzab 23: 32, dalam ayat ini qaulan ma’rufa bererti tontonan pada wanita (isteri
Rasulullah), agar bercakap yang perlu sahaja, tidak perlu bermanja-manja, tersipu-sipu, bersikap
berlebihan yang akan mengundang berahi lelaki lawan bicara (Mafri Amir, 1999: 86). Jalaluddin
Rahmat (1992), menjelaskan bahawa qaulan ma’rufa bererti pembicaraan yang bermanfaat,
memberikan pengetahuan, mencerahkan pemikiran, menunjukkan pemecahan kesulitan. Kepada
orang lemah, bila kita tidak dapat membantu secara material, kita harus memberikan bantuan
psikologis (Jalaluddin Rahmat, 1992):

Berkomunikasi yang baik sebagaimana digambarkan ayat di atas adalah bagaimana seseorang
melakukan penolakan secara halus. Sementara maksud pemberian maaf di sini adalah bagaimana seseorang
dapat memaafkan tingkah laku yang kurang sopan dari si peminta. Apabila disampaikan melalui bahasa
tulisan, hikmah dapat menjelma sebagai tulisan yang baik, menarik, mudah difahami, menggunakan bahasa
yang sederhana dan dapat membangkitkan semangat pembaca untuk melakukan kebaikan sebagaimana yang
tersurat pada tulisan tersebut.

Selain itu, terdapat beberapa etika dakwah yang perlu diberi penekanan dalam menyampaikan
dakwah. Antaranya adalah:

1) Memiliki ilmu pengetahuan

Para pendakwah mesti mempersiapkan diri dengan ilmu pengetahuan serta tidak harus berhenti daripada
belajar dan menimba ilmu pengetahuan. Ini menjadikan idea tidak kering dan minda akan sentiasa terjana
dengan baik di bawah kawalan rohani. Dalam kondisi masyarakat yang berbilang kaum dan agama di
Malaysia, pendakwah harus memiliki ilmu dan kefahaman mengenai silang budaya. Ilmu berkaitan
komunikasi dan psikologi juga boleh dijadikan sebagai nilai tambah kepada pendakwah. Kemampuan
memahami dan berinteraksi dengan masyarakat akan memudahkan lagi proses dakwah.

2) Menjadi role model

Pendakwah perlu menjaga adab dari segi percakapan, penulisan dan juga sikap. Ini kerana mereka sentiasa
menjadi role model kepada masyarakat. Misalnya apabila berlaku tuduh–menuduh atau perlabelan sesuatu,
mereka seharusnya menunjukkan perlakuan mulia menerusi percakapan mahupun penulisan serta sopan
dengan memelihara kehormatan dan adab sebagai golongan yang memiliki ilmu. Rasa hormat yang tinggi dari
masyarakat kepada pendakwah hendaklah dijaga dan dipelihara.

Seorang pendakwah juga hendaklah mendahulukan contoh perbuatannya daripada ucapannya kerana dakwah
melalui contoh teladan akhlak yang baik akan menjadi ikutan (qudwah hasanah) masyarakat. Sikap seperti
benar dalam percakapan, penuh rasa tanggungjawab, menepati janji, pemaaf, toleransi juga perlu wujud dalam
diri pendakwah.

3) Bersikap sopan

47

KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM

Kesopanan seorang pendakwah harus dijaga merangkumi perbuatan ataupun perkataan, cara mengenakan
pakaian, dan bentuk serta cara berpakaian. Ia harus dijaga sebaik mungkin, agar masyarakat menghormati
pendakwah tersebut. Etika dan cara berpakaian serta bentuk pakaian yang dikenakan harus dijaga dengan
sebaik mungkin dan tidak mencolok mata. Haruslah diingat bahawa pendakwah berperanan sebagai
penyampai ajaran kebenaran Islam, maka pakaian yang dikenakan mesti selari dengan syariat yang ditetapkan
dalam Islam iaitu menutup aurat, bersih dan sentiasa kemas. Hal ini sekaligus memberikan persepsi yang baik
dari masyarakat kepada pendakwah.

4) Jujur

Dalam menyampaikan aktiviti dakwah, seseorang itu hendaklah menyampaikan ilmu atau informasi dengan
jujur, seorang pendakwah juga harus menyampaikan sesuatu yang keluar dari lisannya harus sesuai dengan
perbuatannya, seorang pendakwah tidak boleh berkata bohong, apalagi sengaja berbohong dalam suatu tema
atau topik yang dibicarakan. Etika dalam berdakwah dengan mengambil kira prinsip–prinsip yang dinyatakan
penting untuk memastikan keberkesanan penyampaian dakwah.

Medium dakwah di Malaysia

Pada peringkat awal penyiaran di Malaysia, rancangan berunsurkan Islam hanya pada skala yang kecil dan
amat terhad berbanding rancangan–rancangan hiburan. Berdasarkan data yang diperolehi dari Jabatan
Penyiaran Malaysia, rancangan berbentuk kerohanian dan keagamaan mula disiarkan di radio pada awal tahun
1960.

Walaubagaimanapun, menurut J.A Lent, terdapat arahan dari kerajaan supaya laungan azan
dikumandangkan oleh Radio Malaysia. Begitu juga dengan bacaan al-Quran pada permulaan dan penutup
rancangan.

Penggunaan media sebagai medium dakwah terus berkembang pesat pada penghujung tahun 1960 atas
permintaan masyarakat Islam di Malaysia yang inginkan rancangan berbentuk kerohanian.
Pada tahun 1971, terdapat tiga belas buah rancangan agama yang disiarkan oleh Radio Malaysia antaranya
adalah Islam dan Masyarakat, Pendidikan Islam, Sinar Islam, Fardhu Jumaat, Kandungan Kitab Suci, Kursus
Al-Quran, Nasyid, Selintas Kisah, Renungan Sepintas Lalu, Berkat Illahi, Doa, Azan dan Bacaan al-Quran.

Skop medium dakwah pada permulaan perkembangannya lebih tertumpu kepada televisyen dan radio
sahaja. Namun, perkembangan dan penyebaran dakwah kini adalah seiring dengan kepesatan teknologi dan
media massa. Terdapat pelbagai medium dakwah di negara kita dan ianya berkembang pesat mutakhir ini.

Ledakan teknologi komunikasi pada masa kini membawa fenomena baru dalam bentuk komunikasi
manusia apabila fokus kini tertumpu kepada penggunaan media sosial dalam pelbagai aspek kehidupan.
Malah, penggunaan media sosial telah menjadi aktiviti yang popular di laman sosial (Socialnomics.net, 2012).
penggunaan media sosial ini meliputi tuntutan pelaksanaan dakwah yang harus menggunakan pelbagai metod
mengikut kesesuaian zaman. Kebanjiran media sosial seperti Facebook dan Twitter dilihat memberi peluang
yang meluas terhadap penyebaran mesej dakwah kerana sifatnya yang pantas dan lebih global. Ini jelas apabila
terdapat pendakwah-pendakwah tersohor turut menjadikan media sosial sebagai wadah penting penyebaran

48

KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM
mesej dakwah mereka. Selain itu, berdakwah merupakan satu tuntutan dan tanggungjawab yang besar yang
perlu dilaksanakan oleh umat Islam dengan menitikberatkan konsep amar makruf nahi mungkar (Zulkiple,
2001).
Antara medium dakwah yang sangat popular pada masa kini adalah:

MEDIA ELEKTRONIK

Media penyiaran Media baharu Gajet

TV Laman sosial Mobile Messenger
Facebook, Twitter,
- TV1, TV2, TV3, Tv9, TV WhatsApp, Line, FB
Hijrah, Astro Oasis Instagram Messenger, We Chat, Viber,

Radio Web TV, Blog, Website Keek

Ikim,fm, Salam,fm

Kemunculan media–media kini terutamanya media sosial seperti facebook, blog, twitter mahupun
instagram telah mewujudkan satu peluang baru dalam kalangan pendakwah disebabkan sifatnya yang menarik,
pantas dan sangat interaktif. Dengan ciri-ciri tersebut, media sosial dilihat mampu memberi impak yang
maksima terhadap aktiviti dakwah seterusnya mempengaruhi minat masyarakat agar lebih dekat dengan mesej
dakwah Islamiah.

49

KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM

BAB TIGA

CABARAN KOMUNIKASI DAN
PENYIARAN DALAM ISLAM

Keprihatinan
sosial

Integrasi Konsep
budaya dalam persaudaraan

perayaan i) HUBUNGAN
SESAMA
MANUSIA

Batas-batas Konsep
pergaulan kejiranan

Rajah 3.1: Cabaran komunikasi & Penyiaran Islam (Hubungan sesama manusia)

50


Click to View FlipBook Version