The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by komunikasi islam, 2020-08-10 04:29:23

Komunikasi dan Penyiaran Islam

Komunikasi dan Penyiaran Islam

Keywords: Komunikasi

KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM

TOPIK 10: KONSEP PERSAUDARAAN

Oleh:
Jamilah Ismail

Pengenalan

Islam menyatakan bahawa seluruh kaum muslimin adalah bersaudara iaitu berasaskan kejadian manusia
pertama yang dijadikan oleh Tuhan iaitu Nabi Adam A.S. Bertitik tolak daripada manusia pertama itulah
berkembang ke seluruh dunia sehingga sekarang. Persaudaraan secara umumnya adalah tanpa mengambil kira
kelompok, warna kulit dan sebagainya.

Konsep persaudaraan dapat didefiniskan kepada 2 bahagian:
1- Persaudaraan dari segi bahasa adalah terjemahan daripada perkataan Arab iaitu “ukhuwah” yang
berasal daripada kata “akhun” yang membawa maksud sahabat, teman, saudara dan sebagainya.

2- Persaudaraan dari segi istilah pula ialah perasaan kasih sayang, tolong-menolong, bertolak ansur
dan bermesra antara sesama umat Islam (Mustafa, 1982).

3- Persaudaraan ialah kesatuan hati, fikiran perasaan satu dan sama (Muhammad ‘Abdullah, 1990).
4- Al-Quran menjelaskan “ukhuwwah” membawa maksud persaudaraan seagama Islam dan

persaudaraan yang terjalinnya bukan kerana agama (M. Quraish Shihab, 1996).

Firman Allah SWT:

Maksudnya: Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di
antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh
rahmat.

(al-Quran, al-Hujurat: Ayat 10)

Pengertian Persaudaraan Menurut Al-Ghazali

Persaudaraan menurut al-Ghazali ialah pertalian persaudaraan yang kuat tanpa perbezaan bangsa dan puak
akan meneguh kefahaman atau persepsi Islam malah tiada siapa lebih mulia di antara mereka kecuali
ketaqwaan kepada Allah SWT (Mustafa, 1982). Antara ciri-ciri persaudaraan adalah:

i) Persaudaraan itu dijalin atas dorongan untuk mendapatkan keseronokan. Hal ini berlaku apabila
seseorang itu merasa gembira melihat orang lain sama ada dari segi paras rupa, tingkah laku dan
sebagainya. Ini bererti seseorang itu menjadi sebab mengapa persaudaraan itu terjadi.

51

KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM

ii) Persaudaraan itu terjadi yang berpunca daripada tujuan seseorang untuk kepentingan dirinya
sendiri. Misalnya dengan persaudaraan itu kelak ia mendapat pertolongan di dalam bentuk
kebendaan, kewangan dan sebagainya. Ini bererti persaudaraan itu diraih semata-mata untuk
tujuan kebendaan dan tidak lebih dari.

iii) Adalah persaudaraan yang sengaja diusahakan, tetapi bukan dengan tujuan untuk keseronokan
memandang seseorang atau untuk kepentingan kebendaan tetapi semata-mata untuk mendapatkan
kebahagiaan di akhirat.

iv) Persaudaraan yang diikat erat di atas cetusan daripada kesedaran iman dan taqwa kepada Allah
S.W.T. Dalam ertikata bahawa persaudaraan yang dijalin kerana semata-mata patuh, taat,
menyembah dan menyerah diri kepada Allah S.W.T.

v) Di mana sebarang daya usaha untuk berkasih sayang, cinta-mencintai, bermesra, hormat-
menghormati, bekerjasama, tolong-menolong dan sebagainya sesama umat Islam semata-mata
kerana beribadat kepada Allah S.W.T adalah merupakan ikatan persaudaraan yang sempurna
dalam ertikata yang sebenarnya.

Sahabat (saudara) yang ideal menurut al-Ghazali.

- Kebijaksanaan
- Akhlak yang mulia
- Tidak fasik
- Tidak melakukan bidaah
- Pemurah

Asas persaudaraan Islam.

1) Akhlak yang mulia.

Tidak dapat dinafikan lagi tentang betapa pentingnya akhlak dijadikan sebagai asas persaudaraan Islam.
Akhlak boleh ditakrifkan di dalam ungkapan yang paling singkat sepertimana yang dikemukakan oleh Al-
Ghazali sebagai segala tingkah laku atau perbuatan yang mulia berdasarkan kepada Al-Quran dan Al-Hadith.

a) Akhlak Umum

Apabila memperkatakan akhlak yang umum, Al-Quran telah mempersembahkannya di dalam beberapa bentuk
yang disenaraikan di bawah ini:

- Bercakap benar, tidak dusta adalah salah satu daripada sifat akhlak umum Islam yang
disarankan oleh Al-Quran. Betapa pentingnya bercakap benar setiap masa dan tempat di
dalam mengeratkan ikatan persaudaraan tiada siapa yang meraguinya kerana ia merupakan
perkara yang dapat menimbulkan perasaan percaya mempercayai dan kasih sayang.

52

KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM

Sedangkan dusta adalah merupakan pengkhianatan yang menghancur-luluhkan kasih dan
menimbulkan kebencian.

- Menjauhkan diri daripada melakukan segala yang mungkar dan keji adalah ciri akhlak
umum Islam yang selanjutnya. Tidak dapat dinafikan terhapusnya amalan keji ini dapat
mengeratkan ikatan persaudaraan. Ini kerana ia sentiasa menggalakkan berkembang
perasaan kasih sayang, kebajikan, persefahaman dan menyuburkan perasaan saling hormat-
menghormati.

- Akhlak umum yang disarankan oleh Al-Quran selanjutnya ialah menggalakkan meluasnya
perkara kebajikan dan berusaha menghapuskan kemungkaran. Peranan kedua-dua unsur
akhlak ini di dalam pemupukan kasih sayang dan persaudaraan umat adalah begitu menonjol
sekali. Hal ini disebabkan tiada manusia yang tidak suka kepada kebajikan. Setiap kali
kebaikan yang diterimanya pasti ia merasa gembira dan senang hati. Kebajikan yang
berkekalan bertanggungjawab mencetuskan keamanan, kemakmuran, kesejahteraan,
persaudaraan dan perpaduan dalam kalangan umat Islam. Semua unsur ini saling bantu-
membantu menuju ke arah kemesraan dan kasih sayang.

- Perlaksanaan ibadat sama ada ibadat khusus atau ibadat umum. Manusia yang menyedari
hakikat matlamat penciptaan dirinya iaitu untuk patuh menyembah dan menyerah diri
kepada Allah S.W.T pasti akan terus sujud dan mengikut perintahNya dan meninggalkan
segala laranganNya.

b) Akhlak Khusus

- Menekankan pentingnya menunaikan janji. Kenyataan ini amatlah penting dan tepat sekali,
di mana menunaikan janji dapat mencetuskan perasaan kasih sayang dan terhutang budi.
Perasaan inilah yang memainkan peranan yang penting di dalam menyemai, menyubur dan
menghasilkan ikatan persaudaraan yang unggul.

- Sifat tolong-menolong, bantu-membantu, bekerjasama dan sempurna menyempurnakan.
Akhlak ini amatlah mustahak di dalam pengukuhan ikatan persaudaraan kerana tiada
manusia yang dapat menyempurnakan keperluan hidup secara sendirian. Justeru itu, dengan
wujud perasaan saling bantu-membantu dapat menyuburkan perasaan persaudaraan.

- Akhlak khusus selanjutnya dijelaskan oleh Allah SWT sebagai merendah diri. Tawaduk dan
hidup dalam keadaan sederhana (zuhud). Sebaliknya Allah SWT melarang daripada sifat
bongkak, sombong, takbur, riak dan lain-lain. Sifat merendah diri tentu dapat menjadi
tenaga yang kuat untuk mengeratkan perpaduan apabila orang yang merendahkan diri itu
disukai dan tidak menimbulkan sesuatu yang boleh menyakitkan hati orang lain.

2) Ikhlas.

Dari segi bahasa, perkataan ikhlas dalam bahasa Arab bererti kebersihan, kejernihan, kesucian dan kemurnian.

53

KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM
Oleh itu, perbuatan yang dilaksanakan dengan penuh keikhlasan niat di hati ialah perbuatan yang bersih, jernih,
suci dan murni. Ikhlas dari segi istilah ialah pembersihan dan penyucian niat dari sebarang kekotoran dan
penyakit yang menodai keikhlasan untuk taqarrub atau menghampirkan diri kepada Allah S.W.T semata-mata
dalam segala perbuatan yang telah, sedang dan akan dilaksanakan.
3)Amanah.
Amanah dalam ertikata memelihara sesuatu yang diberikan kepercayaan kepada yang berhak menerimanya.
Di dalam hubungan persaudaraan, segala sesuatu yang dianugerahkan oleh Allah S.W.T kepada umat Islam
yang diwajibkan pengagihannya kepada suadaranya adalah amanah yang mesti dipelihara dan disempurnakan.
4) Belas Kasihan.
Sifat ini dianggap cukup penting kerana tanpa sifat ini, masyarakat manusia menjadi masyarakat binatang yang
suka melakukan kekejaman dan penindasan apabila ia berkuasa melakukannya. Allah S.W.T sememangnya
mewajibkan agar umat Islam menghayati dan mengamalkan segala sifat-sifat kesempurnaan Allah S.W.T
sepertimana yang terkandung dalam Asma ul-Husna. Digalakkan umat Islam menjiwai sebanyak dan sedalam
yang mungkin. Sifat belas kasihan sentiasa menuju ke arah peningkatan iman, taqwa dan amal soleh yang
sekali gus berfungsi sebagai tali pengikat ikatan persaudaraan. Dijelaskan oleh Allah S.W.T sesiapa sahaja
yang mempunyai sifat pengasih dan penyayang serta menaruh belas kasihan kepada makhluknya, diampuni
oleh Allah S.W.T. Mereka juga dipelihara oleh Allah S.W.T daripada azab api neraka.

54

KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM

TOPIK 11: KONSEP KEJIRANAN

Oleh:
Jamilah Ismail

Konsep jiran

Dari segi bahasa atau etimologi, jiran berasal daripada Bahasa Arab yang membawa pengertian orang
yang tinggal bersebelahan atau tetangga.

Dari segi istilah jiran adalah orang-orang yang tinggal bersebelahan dengan rumah,
bersebelahan kampung, daerah malahan lebih besar daripada itu iaitu jiran yang bersebelahan dengan
negara. Jiran juga bererti ahli-ahli 40 buah rumah setiap penjuru yang mengelilingi rumah individu.
Hal ini sebagaimana hadith riwayat Abu Daud, telah bersabda Rasulullah S.A.W iaitu:

Maksudnya: “Empat puluh buah rumah tetap sebagai jiran tetangga”.

Berdasarkan kepada hadith Rasulullah S.A.W menunjukkan bahawa walaupun jarak
daripada rumah seseorang diselangi 40 buah rumah, ia juga dikira sebagai jiran tetangga. Jiran
membawa pengertian hubungan kekeluargaan atau pertalian darah. Jiran juga boleh dikatakan
sebagai apabila penempatan itu dihuni oleh manusia yang lain yang juga tinggal berhampiran dengan
rumah yang dihuni oleh kita.

Pembahagian jiran

Islam membahagikan jiran kepada beberapa bahagian iaitu jiran beragama Islam yang mempunyai
pertalian darah, jiran beragama Islam yang tidak mempunyai pertalian darah dan jiran bukan Islam.
Dalam erti kata lain jiran jauh dan dekat. Hal ini sebagaimana firman Allah S.W.T dalam surah an-
Nisaa’ ayat 36 iaitu:

Maksud-Nya: Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan
sesuatupun. dan berbuat baiklah kepada dua orang ibu-bapa, karib-kerabat, anak-anak
yatim, orang-orang miskin, tetangga yang dekat dan tetangga yang jauh [3] dan teman
sejawat, ibnu sabil [4] dan hamba sahayamu. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-
orang yang sombong dan membangga-banggakan diri.

Hak jiran yang perlu dipelihara

Hak jiran perlu bagi setiap individu untuk dipelihara kerana hal ini adalah selari dengan tuntutan
agama. Tidak menyakiti jiran dan seringkali memelihara keamanan dengan jiran. Hal ini
sebagaimana dalam sabda Rasulullah S.A.W iaitu:

“Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka janganlah dia menyakiti
jirannya.”

(Hadith Riwayat Bukhari)

55

KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM

Menghormati jiran dan pengamalan mereka selagi mana tidak membawa mudharat.
Sekalipun jiran tersebut bukanlah beragama Islam maka menghormati dan tidak menganggu
kehidupan dan pengamalan mereka misalnya ibadah mereka dalam agama mereka seperti yang
dilakukan oleh orang-orang Cina dengan meletakkan tokong di luar rumah maka hendaklah
dihormati selagi mana tidak membawa bahaya dan mudharat.

Umat Islam yang bertimbang rasa dan menyedari serta memahami hukum-hukum agama,
adalah merupakan manusia yang paling baik hubungannya terhadap jiran-jirannya. Mereka akan
sentiasa mencurahkan segala bakti demi kebaikan jiran mereka yang merupakan manusia yang paling
mereka kasihi. Islam banyak menyeru umatnya agar sentiasa menjaga dan memelihara hubungan
dengan jiran. Menyedari betapa tingginya kedudukan jiran di dalam Islam dan peranannya dalam
kehidupan kemanusiaan. Antara hak jiran yang lain yang perlu dipelihara adalah sentiasa memberi
layanan baik dan kasih sayang serta akhlak yang baik dalam muamalah dengan mereka. Islam
mementingkan hubungan mesra dan layanan baik kepada jiran dan ini terlihat daripada banyak
panduan daripada hadith baginda antaranya ialah daripada riwayat Abu Dzar yang menyebut telah
bersabda Rasulullah SAW iaitu:

Maksudnya: Wahai Abu Dzar sekiranya engkau memasak maraq (sejenis makanan berkuah seperti
sup) maka banyakkanlah kuahnya dan berikan kepada jiran engkau.

Berdasarkan dalil-dalil daripada al-Quran dan hadith, jelas menunjukkan bahawa Islam
seringkali menganjurkan dan menyeru umatnya supaya sentiasa menjaga hubungan dengan jiran
tetangga dan memelihara hak-hak jiran di samping menghormati jiran-jiran bukan Islam selagi mana
tidak merosakkan akidah dan akhlak.

Manusia secara fitrah hidup bermasyarakat dan berkelompok kerana setiap orang harus saling
memerlukan di antara satu sama lain dalam menjalani kehidupan. Tidak mungkin seorang manusia
boleh hidup seorang diri tanpa perlu berurusan dengan orang lain selama dia tinggal dalam sebuah
masyarakat. Walaubagaimana sekalipun keadaan penempatan seseorang itu maka sudah menjadi
lumrah dia tidak akan berseorangan sebaliknya pasti memiliki jiran baik bagaimana jenis keadaan
rumah penempatannya.

Kedudukan Jiran Menurut keutamaan

Berikut ialah susunan kedudukan jiran yang utama dan yang diatur menurut kedudukan yang lebih
berhak diberi keutamaan berbanding yang selepasnya:

1) Jiran muslim yang paling dekat dengan pintu rumah

2) Jiran muslim yang memiliki hubungan kekeluargaan

3) Jiran muslim yang berilmu dan alim serta memiliki fadhilat

4) Jiran muslim yang soleh dan beribadah

5) Jiran yang fasiq dan ahli maksiat

6) Jiran yang kafir

56

KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM

Had Lingkungan Kejiranan
Para ulama berbeza pendapat dalam menetapkan had lingkungan jiran disebabkan dalil

yang wujud terlalu umum berdasarkan perkataan Khalifah Ali radiallahuanhu yang menyebut:
“Barangsiapa yang mendengar azan maka dialah jiran”

Bermaksud bahawa sesiapa yang dapat mendengar azan yang sama dalam satu kawasan
tanpa pembesar suara maka dialah jiran. Ada juga yang menetapkan bahawa jiran itu ialah yang
berada dalam satu lingkungan yang dapat mendengar iqamah solat, sebahagian yang lain mengatakan
pula jiran ialah mereka yang dapat bersolat berjemaah pada waktu subuh dan Jumaat bersama-sama.
Manakala berdasarkan pendapat yang masyhur dari riwayat Aisyah ra dan para tabien seperti Hasan
Al-Basri, Al-Auzaie dan Az-zuhri dan lain-lain ialah dalam lingkungan empat puluh buah rumah dari
seluruh sisi penjuru.

Kesimpulannya lingkungan kejiranan kembali kepada penakrifan umum dan adat setempat
yang terpakai dalam sesuatu masyarakat kerana setiap kawasan berbeza adat dan budaya. Sekurang-
kurangnya lingkungan dan jumlah bilangan jiran ialah 40 buah rumah dari segenap sisi penjuru dan
selebih-lebihnya ialah yang terpakai dan diamalkan oleh masyarakat setempat.

Memenuhi Hak Jiran
Berikut ialah di antara hak jiran yang wajar dipelihara:
1) Tidak menyakiti jiran dan memelihara keamanan dengan jiran.
2) Menghormati jiran dan pengamalan mereka (kehidupan mereka) selama tidak membawa
mudharat.
3) Memberi layanan baik dan kasih sayang serta akhlak yang baik dalam muamalah dengan
mereka.
4) Membantu dan menolong mereka apabila dalam kesusahan.
5) Menjaga rahsia dan memelihara kepentingan mereka serta tidak berlaku khianat.

57

KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM

TOPIK 12: BATAS-BATAS PERGAULAN

Oleh:
Solhal Huda Sahidan

Maksud pergaulan dalam Islam
Pergaulan dalam bahasa Arab disebutkan ikhtilat berasal daripada kalimah “khalata yakhlutu
khaltan” yang bererti bercampur. (Ibn Manzur, Lisan al-Arab, Jilid 9, hlm. 120-121).

Maksud pergaulan (ikhtilat) dalam perbincangan ini ialah bergaul atau bercampur di antara
lelaki dan perempuan ajnabi (yang sah kahwin) di satu tempat yakni berlaku interaksi dalam bentuk
pandang-memandang atau perbuatan di antara seseorang dengan lain. Ertinya, ia berlaku antara tiga
orang atau lebih. Ia berbeza dengan khalwat yang hanya terdiri dari dua orang sahaja.

Batas-Batas Pergaulan Antara Lelaki Dan Perempuan Yang Dibolehkan

1. Pergaulan antara lelaki dan perempuan kerana darurat

Dalam syarah Sahih Muslim, al-Imam al-Nawawi menyatakan bahawa tidak ada perbezaan
hukum berkhalwat antara perempuan dan lelaki ajnabi di dalam dan luar solat, kecuali dalam
keadaan darurat. Sebagai contoh, situasi di mana seorang perempuan bersendirian dalam satu
perjalanan yang mungkin mendedahkannya kepada bahaya. Keadaan ini membolehkan
seorang lelaki ajnabi bersama dengannya sekadar untuk membantu dan melindungi daripada
bahaya.

2. Pergaulan antara lelaki dan perempuan kerana keperluan

a. Pergaulan antara lelaki dan perempuan untuk mengurus muamalah maliyah (urusan
harta).

Pergaulan antara lelaki dan perempuan untuk tujuan-tujuan seperti jual beli dan aktiviti
transaksi lain dibolehkan kerana tabiat urusan jenis ini memerlukan berlaku interaksi di
antara dua pihak sebelum berlaku akad. Pergaulan semasa muamalah maliyah (urusan
harta) dibolehkan dengan syarat menjaga batas-batas syarak seperti pakaian menutup
aurat, menundukkan pandangan dan percakapan biasa.

b. Pergaulan antara lelaki dan perempuan semasa bekerja.

Semasa melaksanakan kerja, pada kebiasaannya berlaku pergaulan di antara lelaki dan
perempuan. Pergaulan ini dibolehkan dengan syarat kedua-dua pihak menjaga batas-
batas syarak seperti berpakaian menutup aurat, menundukkan pandangan, percakapan
biasa yang tidak mengandungi unsur-unsur fitnah dan tidak berkhalwat. Khalifah `Umar
al-Khattab pernah melantik al-Syafi, seorang perempuan sebagai pegawai penguatkuasa
di pasar untuk memerhati supaya tidak berlaku penyelewengan. Tabiat penguatkuasa di
pasar menuntut pegawai terbabit bergaul dengan peniaga dan pembeli di pasar, lelaki

58

KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM

dan perempuan. Perlantikan perempuan bekerja sebagai penguatkuasa menunjukkan
pergaulan semasa kerja dibolehkan. Kalau pergaulan ini tidak dibolehkan pasti khalifah
`Umar tidak melantik perempuan bekerja sebagai penguatkuasa kerana tabiat kerja
tersebut menuntut berlakunya pergaulan.

c. Pergaulan di antara lelaki dan perempuan semasa menjadi saksi.

Perempuan boleh bergaul dengan lelaki semasa menjadi saksi dalam kes-kes yang
ditentukan oleh syarak bahawa perempuan dibolehkan menjadi saksi seperti perempuan
harus menjadi saksi dalam kes-kes harta dan hak-haknya.

d. Pergaulan di antara lelaki dan perempuan dalam kenderaan awam.

Pergaulan di dalam kenderaan dibolehkan atas alasan ianya adalah keperluan yang
mendesak. Namun demikian, keharusan ini tertakluk kepada syarak bahawa perempuan
keluar rumah bukan untuk tujuan yang tidak syar’ie seperti berfoya-foya. Ia mestilah
bertujuan syar’ie seperti bekerja untuk menyara diri atau keluarga, menziarahi keluarga,
pesakit dan sebagainya. Di samping syarat-syarat di atas, batas-batas syarak dalam
pergaulan lelaki dan perempuan perlulah dijaga. Pakaian mestilah menutup aurat,
pandangan ditundukkan dan percakapan berlaku secara biasa dan normal.

3. Pergaulan mengikut kebiasaan adat dalam majlis-majlis

Pergaulan di antara lelaki dan perempuan dalam majlis seperti kenduri kendara dibolehkan
dengan syarat menjaga batas-batas syarak seperti pakaian menutup aurat, tidak tabarruj,
menundukkan pandangan, bercakap dengan suara biasa dan normal. Sekiranya batas-batas
syarak tersebut tidak dipatuhi pergaulan di antara lelaki dan perempuan tidak dibolehkan. Walau
bagaimanapun, pengasingan tempat antara lelaki dan perempuan semasa makan dan lainnya
dalam majlis-majlis ini adalah lebih baik. Ini didasarkan kepada kaedah “Sadd al-Zari’ah”
(menutup pintu-pintu fitnah).

4. Pergaulan di antara lelaki perempuan semasa belajar

Perempuan meminta Rasulullah SAW menentukan hari khusus bagi mereka mempelajari agama.
Ertinya, permohonan dibuat bukan kerana tegahan bergaul semasa belajar, tetapi atas dasar tabiat
dan fungsi lelaki dan wanita yang berbeza. Ia menatijahkan peluang bagi wanita untuk bersama
dengan Rasulullah s.a.w agak terbatas. Oleh itu, pengkhususan hari belajar bagi perempuan tidak
menunjukkan pergaulan di antara lelaki dan perempuan semasa belajar dilarang.

Model Komunikasi antara Individu dalam Islam

Al-Quran menyediakan panduan yang lebih komprehensif tentang cara mewujudkan
hubungan komunikasi antara individu dalam Islam iaitu dalam pertukaran idea, nilai dan sikap
(Muhammad A. Siddiqui). Penekanan yang diberi ialah komunikasi yang berlaku, iaitu sumber mesti
bersifat jujur, amanah dan bertanggungjawab, manakala elemen lain seperti mesej, saluran, sasaran
dan kesan juga ditentukan beberapa kriteria asas. Sasaran misalnya terdiri daripada pelbagai bangsa,

59

KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM
agama dan suku bangsa, begitu juga dengan kesan komunikasi mestilah untuk kesejahteraan dunia
dan akhirat.

Abdul Rahman (1994) mengemukakan beberapa panduan tentang matlamat dan kaedah
komunikasi antara individu seperti yang digariskan oleh al-Quran seperti:

1. Berlaku adil (‘adl) (al-Quran 6: 90)
2. Berbuat baik (ihsan) al-Quran 10: 26
3. Melarang bercakap bohong (al-Quran 22:30)
4. Bersikap berpada @ qana’ah) iaitu tidak tamak
5. Sabar (al-Quran 2: 153)
6. Tawadduk (al-Quran 25: 63)
7. Menunaikan janji (al-Quran 17: 34)
8. Mementingkan kawan lebih daripada diri sendiri (ithar)
Komunikasi antara individu berkait rapat dengan interaksi manusia dan hubungannya dengan
masyarakat bertujuan memandu manusia meneruskan kehidupan dalam lingkungan yang harmoni
dan sejahtera.

60

KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM

TOPIK 13: INTEGRASI BUDAYA DALAM PERAYAAN

Oleh:
Solhal Huda Sahidan

Maksud integrasi

Integrasi juga sering disebut sebagai asimilasi budaya. Asimilasi budaya adalah proses yang terdiri
daripada integrasi budaya di mana anggota dari sebuah etnik atau kebudayaan.

Menurut Kamus Dewan, gabungan dua atau beberapa kaum (unsur, bahagian dan lain-lain)
menjadi satu kesatuan (yang utuh). Usaha dilakukan untuk mewujudkan kaum ke arah satu
masyarakat beridentiti Malaysia.

Ini termasuk menyambut perayaan yang pelbagai seperti Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina,
Deepavali, Krismas, Gawai dan pelbagai lagi. Uniknya ia menjadi sambutan semua menandakan
semaraknya nilai kemuafakatan, perpaduan dan keharmonian sebagai simbol integrasi. Diwujudkan
perkongsian perayaan di peringkat nasional iaitu Kongsi Raya.

Selain etnik Melayu, Cina dan India, terdapat etnik-etnik lain seperti Orang Asli, Kadazandusun,
Bajau, Iban, Bidayuh dan lain-lain lagi. Kepelbagaian ini menuntut satu pendekatan yang
membolehkan kesemua etnik ini dapat hidup bersama dan berusaha memajukan negara tanpa
perasaan syak wasangka dan tidak selamat. Komunikasi yang berkesan juga dapat mewujudkan
keharmonian dan persefahaman dalam kepelbagaian kaum di Malaysia.

Kebudayaan dan Perayaan Utama Kaum Majoriti di Malaysia

i) Masyarakat Melayu

Klasifikasi Jenis-jenis Huraian

Perayaan Aidilfitri Hari raya Aidilfitri diraikan setahun sekali
keagamaan dalam bulan Syawal mengikut calendar Islam
sebagai hari kemenangan dan hari
kegembiraan setelah umat Islam berpuasa
selama sebulan pada bulan Ramadan
(kalendar Islam), iaitu bulan sebelum bulan
Syawal.

Aidiladha Hari Raya Aidiladha juga dikenali sebagai
Hari Raya Korban. Pada hari ini, masyarakat
Melayu akan berkorban binatang ternakan
mereka sebagai mengenang keyakinan Nabi
Ibrahim a.s yang teguh kepada Allah S.W.T.

61

KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM

Muzik/ tarian Wayang kulit Wayang kulit merupakan persembahan
bayangan patung yang menggunakan Bahasa
Adat perkahwinan Merisik, bertunang, Melayu-Siam Selatan. Seni hiburan ini
pelamin dan popular di pantai timur serta mengandungi
bersanding unsur dan pengaruh daripada Hindu dan
Islam.
Jenis pakaian Sarung
Bermula dengan proses bertanya oleh
keluarga lelaki terhadap keluarga perempuan
sekaligus berjanji. Seterusnya, persetujuan
dan perjanjian antara dua pihak untuk
melangsungkan akad nikah. Pada hari
perkahwinan pengantin bersanding di atas
pelamin dan dianggap raja sehari.

Sarung boleh dipakai oleh wanita atau lelaki
dalam bentuk kain lepas yang diikat di
pinggang. Bagi wanita sarung dipakai
bersama baju kurung dan bagi lelaki, sarung
boleh dipakai bersama baju Melayu sahaja
ataupun bersama seluar dengan dijadikan
kain samping.

ii) Masyarakat Cina

Klasifikasi Huraian

Perayaan ini lebih mengutamakan perjumpaan keluarga yang diadakan

menjelang hari tersebut. Persediaan bagi perayaan ini dibuat sejak hari ke-24
Perayaan Tahun Baru Cina bulan ke-12 lagi. Perayaan ini berlanjutan selama tiga minggu.

Perayaan Kuih Bulan Perayaan Kuih Bulan diraikan pada hari ke-15 dalam bulan kelima.
Perayaan ini diraikan sempena mengingati kejayaan kumpulan pemberontak
yang menentang pemerintahan kerajaan Mongol pada abad ke-14 di negara
China.

Pakaian tradisional Cheongsam mempunyai leher yang tinggi, butang di bahagian bahu, bentuk
Cheongsam & Samfoo yang sendat di pinggang dan belahan di kiri dan kanan kain. Pakaian ini
selalunya diperbuat daripada kain sutera, satin dan lain-lain jenis kain lembut.

Samfoo terdiri daripada kombinasi blaus dan seluar. Pakaian ini lebih kerap
digunakan oleh golongan tua.

Amalan upacara Masyarakat Cina sering mengadakan perarakan apabila berlaku sebarang
pengebumian
kematian. Perarakan ini akan diiringi bunyian muzik dan biasanya menelan
kos yang besar. Oleh itu, seseorang yang menyambut hari lahir yang ke-60
menandakan orang itu sudah layak untuk memasuki ‘persatuan keranda’ dan

62

KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM

ia perlu membayar yuran bulanan supaya apabila ia mati kelak ia mempunyai
keranda yang baik.

iii) Masyarakat India

Klasifikasi Huraian
Perayaan Deepavali
Perayaan ini juga dipanggil perayaan lampu. Diraikan dalam bulan ‘Kartika’
dalam Hindu yang biasanya jatuh pada bulan Oktober atau November.
Masyarakat India meraikan hari ini sebagai simbol keterangan yang boleh
menghalau kuasa jahat (kegelapan).

Perayaan Thaipusam Thaipusam ialah perayaan yang mula dirayakan di Tamil Nadu (India
selatan). Perayaan ini sering diraikan secara besar-besaran di tiga buah kuil
utama di negara ini, iaitu di Kuil Sri Subramanian di Ipoh, Kuil
Balathandayuthabani di Pulau Pinang dan Kuil Sri Subramaniar di Batu
Caves, Kuala Lumpur.

Pakaian sari dan dhotis Sari sejenis pakaian daripada kain sepanjang enam ela yang dililitkan pada
badan dan dipakai bersama dengan sehelai blaus. Pakaian tradisi kaum
lelaki pula digelar dhotis, iaitu sejenis kain berwarna putih.

Makanan Makanan masyarakat India di negara ini ialah nasi ataupun roti-roti tertentu.
Antara roti yang popular adalah ‘chappati’, ‘parratta’ dan ‘puri’. Nasi dan roti

dimakan bersama dengan kari atau dal. Masyarakat India tidak memakan

daging babi dan lembu.

63

KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM

TOPIK 14: KEPRIHATINAN SOSIAL

Oleh:
Hamdan Zakaria

Keprihatinan sosial

Keprihatinan sosial sangat penting dalam kehidupan bermasyarakat kerana ia boleh menentukan
halatuju kehidupan sesebuah masyarakat. Sejauh mana kepekaan ahli dalam sesebuah masyarakat
juga menentukan keharmonian sesebuah komuniti tersebut. Keprihatinan ini boleh terhasil dari faktor
dalaman dan juga faktor luaran.
a. Faktor dalaman yang boleh mencetuskan keprihatinan sosial ini berpunca dari sikap ahli

masyarakat itu sendiri. Sikap yang positif dan cakna terhadap isu-isu yang berlaku di sekitar
mereka mewujudkan suatu kitaran masyarakat yang harmoni dan selesa.

b. Faktor luaran pula mungkin terhasil dari respon atau tindakbalas hasil dari sebaran media terhadap
sesuatu isu. Ia lebih kepada trend di mana bila majoriti masyarakat memperkatakannya, barulah
mereka juga memberikan respon yang sama. Pengaruh dari rakan sebaya juga menghasilkan sikap
prihatin ini. Remaja yang bersosial cenderung untuk melakukan perkara yang sama di dalam
kumpulan mereka.

Kepentingan keprihatinan sosial

Dalam konteks komunikasi masyarakat, sikap prihatin ini sangat penting untuk memastikan
kelestarian masyarakat yang harmoni terutamanya dalam masyarakat kita yang berbilang bangsa dan
budaya. Budaya cakna terhadap sesama ahli masyarakat boleh menjamin sebuah masyarakat yang
terdiri dari ahli-ahli yang intim sesama mereka.

Isu-isu semasa terutamanya perkembangan di dalam negara adalah pembolehubah yang tepat
dalam menilai sejauh mana kepedulian mereka. Jika zaman dahulu, sesuatu isu hanya dilihat bersifat
lokal namun hari ini ia berubah menjadi global. Sesuatu isu atau perkembangan cukup mudah
tersebar dengan bantuan teknologi komunikasi yang ada hari ini.

Sikap prihatin dalam masyarakat juga perlu dipupuk dan disemai kerana tidak semua
individu mempunyai tahap kepekaan yang sama. Dengan keterlibatan dalam aktiviti bermasyarakat,
individu-individu ini akan didedahkan dan dibiasakan dengan kepekaan terhadap isu-isu masyarakat.
Institusi pengajian tinggi memainkan peranan utama dalam proses ini melalui aktiviti
kemasyarakatan di peringkat kampus atau fakulti. Pihak pengurusan institusi memainkan peranan
penting dalam menyediakan akomodasi yang kondusif untuk penganjuran aktiviti yang memupuk
sikap prihatin dalam masyarakat.

64

KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM
Kebimbangan dan keperluan masyarakat
Sebuah masyarakat yang dinamik perlu kepada barisan ahlinya yang mempunyai keprihatinan sosial
yang tinggi. Kumpulan ini akan sentiasa mengikuti dan memantau perkembangan isu-isu semasa.
Tidak mustahil mereka ini juga menjadi penentang (anti-establishment) kepada sistem sedia ada yang
dilihat sedikit terpesong dari matlamat asal mereka.

Peraturan sedia ada di dalam suatu sistem masyarakat akan menjadi tidak relevan apabila
ada mana-mana pihak dari dalam masyarakat itu sendiri merasakan peraturan itu menyusahkan
mereka. Keadaan begini boleh menimbulkan konflik di antara pemimpin masyarakat dan ahli
bawahannya.

Halangan kepada keprihatinan sosial
Dalam dunia maklumat di hujung jari, sesiapa sahaja boleh akses kepada sebarang maklumat yang
diperlukan. Dari isu setempat hingga ke isu di peringkat dunia. Dari sekecil-kecil isu hingga ke isu
yang besar yang boleh mengganggu kepentingan mana-mana pihak. Apa sahaja isu yang melibatkan
masyarakat boleh menjadi viral dengan mudah. Situasi begini menyebabkan pihak-pihak yang
berkepentingan tidak selesa.

Contohnya sebarang isu yang melibatkan kebajikan pelajar, bila para pelajar bersatu dan
mewujudkan ‘student power’, pihak pentadbir tidak akan senang duduk dan terpaksa mengambil
tindakan yang mereka fikirkan wajar sama ada memenuhi tuntutan pelajar-pelajar tersebut atau
mengabaikannya. Jika pihak pentadbir tidak mahu menunaikan tuntuan pelajar tersebut, mereka akan
mewujudkan suatu sistem di mana pelajar harus tunduk kepada sistem tersebut dan melupakan
tuntutan mereka. Tindakan seperti membuang atau menghukum pemimpin pelajar yang memimpin
tuntutan tersebut boleh membantutkan proses kebangkitan keperihatinan sosial.

65

KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM

CABARAN KOMUNIKASI DAN
PENYIARAN DALAM ISLAM

Perkauman

Khurafat dalam Hiburan
filem melampau

ISU-ISU
KONTEMPORARI

Kesantunan Etika
bahasa kewartawanan

Rajah 3.2: Cabaran komunikasi & Penyiaran Islam (Isu-isu kontemporari)

66

KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM

TOPIK 15: PERKAUMAN

Oleh:
Razak Nordin

Takrif Perkauman.

Mengikut Kamus Pelajar Edisi Kedua, perkauman bermaksud:

1. Hal-hal mengenai kaum (perhubungan saudara, golongan dan lain-lain)
2. Hal atau perbuatan berkaum-kaum. Fahaman masih tebal dalam kalangan mereka.

Manakala mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat perkauman bermaksud:

1. Yang berkaitan dengan kaum kerabat (keluarga), (pertalian) sanak saudara.
2. Yang berkaitan dengan golongan atau puak.
3. Yang berkaitan dengan sesuatu suku bangsa, kesukuan (bangsa dan lain-lain): perasaan –yang
keterlaluan di negara yang berbilang bangsa sangatlah berbahaya.

Takrif Kaum.

Mengikut Kamus Pelajar Bahasa Malaysia, cetakan kesembilan (1993) Dewan Bahasa Dan Pustaka
(DBP), kaum bermaksud golongan orang sebagai sebahagian daripada satu bangsa yang besar; suku
bangsa. Kaum juga boleh diiktiraf sebagai perkataan lain bagi bangsa.

Kaum-Kaum Di Malaysia

Malaysia merupakan salah satu negara berbilang kaum yang dapat hidup dengan harmoni. Antara
tiga kaum utama di Malaysia Cina, Melayu dan India telahpun menetap di tanah ini selama 5 abad.
Selain itu, Malaysia juga merupakan tanah air kepada sebanyak kira kira 80 kaum etnik, terutamanya
di Malaysia Timur. Antaranya termasuklah Baba dan Nyonya, Kadazandusun dan Iban.

Maksud Isu-Isu Perkauman dan Isu-Isu Sensitif

Isu-isu perkauman bermaksud isu-isu yang melibatkan hubungan antara kaum dalam aspek
penggunaan bahasa, dimensi agama, tingkah laku sosial, perlakuan fizikal, sektor pekerjaan,
perbuatan buli, penulisan dan literatur, rasisme dan seumpamanya.

Dalam konteks Malaysia, isu-isu sensitif pula membawa erti isu-isu yang melibatkan
perkara-perkara yang sensitif dalam Malaysia berkaitan dengan hak-hak keistimewaan Melayu,
status Bumiputera, kontrak sosial, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, sistem kuota dan
perkara-perkara stereotype.

67

KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM

Isu-isu ini tidak boleh dibahaskan, didebatkan atau dibincangkan secara terbuka kerana ia
akan membawa kepada api permusuhan hasil daripada perasaan kurang senang dan tidak berpuas
hati. Isu-isu sensitif ibarat api dalam sekam yang menyala dalam diam-diam hingga boleh membawa
kepada kebakaran. Ini juga adalah salah satu sebab yang bakal membawa kepada insiden konflik atau
pergaduhan antara kaum. Isu-isu perkauman dan isu-isu sensitif juga melibatkan perlakuan
memperlekehkan dan merendah-rendahkan kaum lain serta mempertikaikan hak orang lain.
Termasuk juga dalam ruang lingkup tafsiran isu perkauman dan isu sensitif ialah ucapan, perbuatan,
perkataan, penerbitan atau sebarang cara yang boleh ditafsirkan sebagai kecenderungan menghasut
(Akta Hasutan 1948).

Akta Hasutan telah menggariskan perkara-perkara yang menyentuh sensitiviti kaum di
negara ini. Kecenderungan menghasut mencakupi perlakuan ataupun kecenderungan melakukan
sesuatu yang membawa kebencian, penghinaan atau ketidaksetiaan kepada Raja atau kerajaan,
membangkitkan perasaan rakyat untuk mendapatkan perubahan kerajaan yang memerintah dengan
cara yang tidak sah, menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan rakyat, menyebarluaskan
perasaan dan niat jahat serta konflik antara kaum, mempersoalkan dalam apa jua bentuk atau
sebarang perkara berkaitan Perkara 152, 153 dan 181 Perlembagaan Persekutuan (Akta Hasutan
1948).

Isu-isu perkauman dan isu-isu sensitif boleh menggugat perpaduan dan kesepakatan antara
kaum, mewujudkan huru-hara dan ancaman ketenteraman awam, mencetuskan konflik dan
perselisihan kaum dan konflik antara agama, mewujudkan suasana prejudis, prasangka, dan
hubungan tidak baik antara kaum, menghilangkan semangat toleransi, menimbulkan suasana tidak
aman serta mengurangkan persefahaman bangsa berbilang kaum. Kesemua elemen-elemen negatif
ini akan mengganggu-gugat keharmonian hubungan antara kaum sehingga menjejaskan perpaduan,
menghilangkan kesedaran tentang kepentingan hubungan antara kaum, merencatkan keselesaan
rakyat pelbagai kaum agar dapat hidup dengan harmoni dan mengusutkan hubungan interaksi antara
agama dan budaya.

Contoh yang ketara ialah ketika kempen Pilihanraya Umum 1969. Semasa kempen tersebut,
parti-parti politik pembangkang yang bertanding telah memainkan isu-isu yang sensitif seperti
kedudukan dan hak keistimewaan orang Melayu, soal bahasa dan kerakyatan untuk memancing undi
daripada orang ramai. Ini telah menimbulkan pelbagai rasa tidak puas hati dalam kalangan orang-
orang Melayu. Insiden ini disusuli dengan perarakan sempena kejayaan pembangkang (DAP dan
GERAKAN) yang memenangi kerusi yang agak banyak dan berjaya menafikan majoriti dua per tiga
Parti Perikatan. Orang-orang Melayu pula telah mengadakan perhimpunan susulan. Keadaan menjadi
tidak terkawal dan akhirnya tercetuslah peristiwa hitam 13 Mei 1969.

Faktor-Faktor Masalah Perkauman.

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan atau membawa kepada berlakunya konflik etnik dan
ras, faktor-faktor konflik ini tidak sama dari satu negara dengan negara lain. Terdapat beberapa faktor
yang utama yang mendorong kepada berlakunya masalah etnik dan ras ini:-

Perebutan kuasa di antara kelompok-kelompok atau kumpulan etnik. Dari aspek politik dan
ekonomi, perubahan politik dan perkembangan ekonomi yang mencetuskan banyak peluang baru
yang menguntungkan telah memperhebatkan lagi persaingan di antara kumpulan-kumpulan

68

KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM

masyarakat. Setiap kelompok atau kumpulan akan berusaha untuk mendapatkan sokongan padu
daripada kumpulan masing-masing untuk memastikan kejayaan dan keberkesanan persaingan itu.
Keadaan ini boleh mewujudkan konflik kerana terdapat penonjolan berbagai-bagai isu perkauman
yang diutarakan untuk memenangi persaingan. Apabila pilihanraya diadakan sudah tentu masyarakat
majoriti akan mengalahkan masyarakat minoriti. Apabila ini berlaku sudah tentulah wujudnya
penindasan. Ini boleh menyebabkan atau mendorong kepada berlakunya perasaan tidak puashati dan
mungkin boleh menyebabkan ketegangan dalam kalangan masyarakat atau kelompok-kelompok.
Apabila kestabilan ekonomi tergugat, maka masalah atau konflik akan bertambah hebat.

Diskriminasi dan prasangka atas dasar warna kulit nyata merupakan faktor yang utama pendorong
berlakunya konflik etnik dan ras. Terdapat sesetengah masyarakat negara-negara tertentu masih
menilai kemampuan seseorang mengikut kaum, etnik dan kelas sosial. Ada kaum-kaum tertentu
diletakkan pada status yang lebih tinggi berbanding kaum lain. Hak kaum lain yang status lebih
rendah dalam soal pembahagian kawasan perumahan, peluang pelajaran dan pekerjaan masih
dipertikaikan. Permodenan dan pembangunan ekonomi secara dasarnya tidak memanfaatkan kaum
yang berstatus rendah ini.

Layanan atau pandangan yang berbeza-beza diberikan oleh individu atau kelompok terhadap
individu atau kelompok yang lain. Konflik akan hanya wujud apabila mereka memandang dan
menganggap bahawa perbezaan ras, kebudayaan, agama, kelas sosial atau lain-lain lagi sebagai
sesuatu yang boleh membezakan taraf, kedudukan dan sebagainya. Ini terletak pada pandangan
mereka sendiri. Ia juga boleh disebut sebagai diskriminasi. Andainya wujud hak kesamarataan atau
beranggapan bahawa semua ahli masyarakat adalah sama maka tidak akan wujud konflik. Ini dapat
dilihat dari perspektif "transcendentalisme" di mana sifat murni diri perlu wujud agar terhindar
konflik etnik dan ras.

Penubuhan organisasi demikian bukan sahaja menghadkan keanggotaannya kepada anggota dari
kumpulan etnik tertentu tetapi juga bertujuan untuk melindungi dan memperjuangkan kepentingan
kumpulan yang diwakilinya. Dengan wujudnya begitu banyak organisasi yang berasaskan etnik dan
ras, jelas menunjukkan betapa besarnya pengaruh perasaan perkauman itu dalam kalangan
masyarakat. Kegiatan dan perjuangan organisasi-organisasi demikian boleh mendorong kepada
peningkatan darjah polarisasi etnik dan ras.

Salah satu punca berlakunya konflik adalah kepelbagaian budaya (cultural diversity) yang ketara
dan kewujudan usaha pemeliharaan status quo dalam kalangan etnik, tetapi tidak diterapkan unsur-
unsur integrasi nasional.

Golongan elit seringkali memperalatkan perasaan perkauman ini untuk mencapai tujuan politik
mereka dengan menggunakan isu-isu sensitif perkauman. Perasaan perkauman itu dijadikan
mekanisma bagi memperkuatkan persaingan atau perebutan kuasa dalam kalangan mereka.
Golongan elit ini juga seringkali akan menggunakan media massa samada surat khabar ataupun
media elektronik untuk menyebarkan tuntutan atau isu-isu yang mereka timbulkan itu.

69

KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM

Cabaran Hubungan Etnik Di Malaysia

Selepas peristiwa 13 Mei 1969, kunci keamanan, keteguhan, kestabilan dan kemajuan pembangunan
negara banyak bergantung kepada perpaduan dan kerjasama masyarakat Malaysia itu sendiri untuk
mencapai perpaduan dan bukanlah satu perkara yang mudah. Ini adalah kerana memandangkan
penduduknya yang terdiri daripada pelbagai kaum, berbeza dari segi agama, budaya, aktiviti
ekonomi, lokasi tempat tinggal dan sebagainya. Usaha-usaha untuk menerapkan semangat perpaduan
atau kekitaan dalam kalangan masyarakat sering menghadapi cabaran serta masalahnya.

Menurut Tan Sri Ghazali Shafie (1985)„ ....

The road to a cohesive and proggressive society is a long and ardous one which to use the
Malay phrase, is full of “onak dan duri”.

Kenyataan di atas ternyata dapat kita simpulkan bahawa pelbagai cabaran yang perlu kita
tempuhi bagi membina negara Malaysia yang unggul di mata dunia. Terdapat pelbagai cabaran, di
antaranya adalah cabaran sulung atau yang utama iaitu di mana cabaran kepentingan etnik dari:

Cabaran Hubungan Etnik Dari Aspek Sosial

Aspek sosial ini dapat dilihat melalui empat paradigma yang berlainan iaitu dari sudut pemisahan
fizikal, sistem pendidikan yang berasingan, polarisasi dalam kalangan pelajar dan kontrak sosial.
Dari sudut pemisahan fizikal ianya berlaku dalam masyarakat negara ini yang timbul akibat daripada
kesan dasar “pecah dan perintah” yang diamalkan oleh British sejurus menjajah Malaysia. Ketiga-
ketiga kumpulan kaum ini bukan sahaja terasing daripada segi lokasi tempat tinggal, malahan mereka
menjalankan jenis pekerjaan yang berbeza. Keadaan ini juga menyebabkan sesuatu golongan etnik
itu tidak mengenal atau berpeluang berinteraksi dengan lebih kerap di antara sesama mereka
khususnya mereka yang tinggal dalam wilayah yang berbeza. Hal ini berlaku akibat pemisahan
fizikal yang disebabkan keadaan geografi di Sabah dan Sarawak yang terpisah oleh Laut China
Selatan.

Implikasi Hubungan Etnik Dari Faktor Sosial

Hanya terhadap hubungan etnik memperlihatkan perbezaan dari aspek lokasi yang berbeza
merupakan perkembangan yang kurang sihat dalam pemupukan hubungan etnik di Malaysia. Selain
itu, ia hanya meningkatkan lagi perasaan kekitaan atau etnosentrisme yang bermaksud pandangan
atau persepsi yang melihatkan kelompok etnik lain melalui kaca mata etnik itu sendiri. Keadaan
sebegini hanya akan menimbulkan prasangka, stereotaip dan mengekalkan kejahilan dalam kalangan
ahli bagi sesuatu golongan etnik terhadap golongan etnik yang lain.

Contoh yang boleh kita nyatakan di sini adalah, kejahilan ilmu masyarakat Semanjung
Malaysia dalam memahami cara hidup masyarakat Sabah dan Sarawak yang sedikit berbeza dari
aspek budaya, keagamaan mahupun adat resam. Perkara sebegini mungkin akan berlaku jika semua
etnik hanya mengambil berat tentang etniknya yang tersendiri sahaja. Maka, pastinya amat sukar
sekali Malaysia untuk menjadi negara yang lebih maju sekiranya masyarakatnya terpisah dari sudut

70

KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM

fizikal dan terasing dari arus pemodenan negara. Seterusnya, adalah dari sudut sistem pendidikan
yang terasing.

Setiap golongan etnik mempunyai sistem pendidikan yang tersendiri. Maksudnya di sini
adalah, pelajar Melayu menuntut di sekolah Melayu dan menggunakan bahasa perantaraan bahasa
Melayu, pelajar Cina menuntut di sekolah Cina dan juga menggunakan bahasa Mandarin sebagai
bahasa perantaraan, manakala pelajar India menuntut di sekolah Tamil dan menggunakan bahasa
Tamil. Sistem persekolahan yang memisahkan pelajar mengikut bahasa ibunda dan perbezaan etnik
kurang memainkan peranan yang berkesan bagi memupuk integrasi dan persefahaman dalam
kalangan pelajar. Situasi ini menyebabkan interaksi mereka hanya terhad di antara etnik yang sama
sahaja. Implikasi bagi hubungan etnik ini hanya memberikan kesan yang negatif kepada negara
Malaysia.

Semua etnik masing-masing mempertahankan bahasa ibunda mereka dan tidak akan
menerima bahasa ibunda kaum yang lain. Ini adalah kerana mereka menganggap adalah tidak wajar
dan tidak penting untuk mempelajari bahasa kaum yang lain. Selain itu, adalah menjadi satu
kemestian di mana setiap sekolah mengamalkan sistem pendidikan yang berbeza. Ianya akan
memberikan impak yang kurang elok kepada penstrukturan negara kerana mempunyai corak
pendidikan yang berbeza-beza. Tidak juga dilupakan bahawa golongan yang menuntut di sekolah itu
juga akan terlahirnya para pemimpin untuk mentadbir negara Malaysia pada satu hari kelak.
Sekiranya pemikiran mereka hanya disogok dengan etnik mereka sahaja, sudah pasti Malaysia tidak
akan berada dalam keadaan yang aman. Bakal pemimpin negara ini juga mengalami kesukaran untuk
mendapatkan kata sepakat daripada rakyatnya yang terdiri daripada etnik yang berbeza.

Pastinya, amat sukar untuk kita memupuk masyarakat yang majmuk jika cabaran ini
dianggap enteng oleh pihak yang berwajib. Dari sudut polarisasi dalam kalangan pelajar yang dapat
kita lihat adalah masih lagi terdapat keterasingan pada peringkat sekolah rendah, kerenggangan pada
peringkat sekolah menegah dan institut pengajian tinggi awam (IPTA) serta institut pengajian tinggi
swasta (IPTS) masih wujud. Keadaan sebegini menyukarkan lagi proses hubungan etnik di Malaysia.
Implikasinya di sini adalah nilai-nilai bagi memupuk semangat kekitaan pada negara Malaysia tidak
dapat diterapkan dengan berkesan kerana masih lagi terdapat jurang di antara semua kaum. Jika kita
lihat, pada masa kini, masih ada lagi para ibu bapa yang kurang mempercayai untuk menghantar
anak-anak mereka ke Sekolah Kebangsaan. Mereka lebih mudah menghantar anak-anak mereka ke
Sekolah Jenis Kebangsaan kerana merasakan struktur pendidikan di sekolah tersebut dapat menjamin
kecemerlangan akademik anak mereka. Sukar sekali untuk kita memaksa ibu bapa ini kerana mereka
mempunyai satu perspektif yang perlu kita hormati. Walau bagaimanapun, tidak semua ibu bapa
yang bertindak sedemikian.

Cabaran Hubungan Etnik Dari Aspek Ekonomi

Melalui aspek ekonomi terdapat dua perkara yang perlu ditekankan adalah penguasaan ekonomi dan
perbezaan pekerjaan berdasarkan sektor ekonomi. Pertama, penguasaan ekonomi memperlihatkan
jurang yang luas bagi setiap etnik. Majoriti kaum Melayu menguasai sektor pertanian yang
memerlukan banyak tenaga sumber manusia dan berteknologi rendah. Bagi kaum Cina, yang
umumnya menguasai sektor yang lebih maju seperti perniagaan, perdagangan dan menggunakan
teknologi moden. Manakala, kaum India pula banyak terlibat dengan perladangan di estet getah dan
kelapa sawit. Kenyataan di sini sudah membolehkan kita membuat satu kesimpulan iaitu terdapatnya
jurang pendapatan yang begitu ketara dan tidak seimbang dalam ekonomi negara Malaysia.

71

KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM

Semua golongan etnik sentiasa mencuba untuk bersaing dalam ekonomi ini untuk berusaha
mendapatkan hak dan keuntungan yang lebih besar. Penguasaan ekonomi yang berbeza serta jurang
pendapatan yang tidak seimbang mengakibatkan ketidakstabilan dalam masyarakat majmuk. Justeru
itu, implikasinya mengakibatkan ketidakpuasan hati bagi semua golongan etnik. Bagi kaum Melayu
yang terlibat dalam sektor pertanian mendapat pendapatan yang sedikit dan berkemungkinan akan
menghadapi dengan kemiskinan. Situasi yang sama juga akan berlaku terhadap kaum India yang di
mana harga getah dan kelapa sawit adalah berlandaskan kepada keadaan ekonomi di dunia. Jika harga
meningkat, maka pulangannya tentu baik dan sebaliknya juga akan berlaku. Golongan etnik Cina
pula akan terus mencari peluang-peluang keemasan dalam perniagaan dan mereka dapat hidup dalam
hidup yang cukup mewah. Akan tetapi, mereka pasti berasa tidak puas hati di mana kebanyakan
lubang perniagaan banyak diutamakan kepada kaum Bumiputera atau Melayu. Sudah tentu
timbulnya persoalan di lubuk pemikiran mereka di mana hak mereka sedangkan selama ini mereka
banyak menyumbang kepada ekonomi negara. Isu-isu sebegini merupakan perkara yang boleh
menyebabkan negara kita bergolak.

Selain itu, dalam Rancangan Malaysia Kedua ada menyatakan perpaduan negara tidak boleh
dicapai tanpa kesaksamaan dan keseimbangan yang lebih besar dalam kalangan kumpulan sosial dan
etnik Malaysia melalui penyertaan mereka dalam pembangunan negara dan dalam perkongsian
manfaat daripada permodenan dan pertumbuhan ekonomi. Sesungguhnya, perpaduan negara tidak
boleh dipupuk seandainya sebahagian besar penduduk kekal miskin dan peluang pekerjaan produktif
yang tidak mencukupi. Fenomena kemiskinan bukan sahaja terdapat di kawasan luar bandar tetapi
juga di kawasan bandar. Keadaan ini boleh menggugat perpaduan negara kerana masalah kemiskinan
hanya menonjol dalam kalangan kelompok etnik yang tertentu sahaja.

Cabaran Hubungan Etnik Dari Aspek Politik

Cabaran yang ketiga adalah cabaran kepentingan etnik dari aspek politik iaitu di mana politik
perkauman boleh menimbulkan perasaan kurang senang hati dan mengukuhkan semangat perkauman
jika sesuatu tindakan diambil tanpa mendapat kata sepakat oleh semua pihak. Isu-isu perkauman
seperti bahasa, kebudayaan, pendidikan, agama, kerakyatan dan ekonomi jika dipergunakan untuk
tujuan berpolitik, pastinya ia tidak akan menyumbang ke arah masyarakat yang bersatu padu.

Implikasinya mengakibatkan semua etnik akan saling berusaha untuk mengekalkan identiti
kaumnya sendiri tidak kira dari aspek bahasa dan budaya, mereka akan cuba untuk mempertahankan
agar mereka juga mendapatkan hak yang sama rata. Selain itu, semangat taat setia pada negara
Malaysia juga tidak wujud dalam kalangan etnik kerana masing-masing pasti ingin menaburkan bakti
pada negara mereka sendiri. Lambang bendera Malaysia akan tinggal sebagai lambang sahaja jika
semua etnik hanya mementingkan hak etnik masing-masing.

Cabaran Hubungan Etnik Dari Aspek Agama

Cabaran yang keempat adalah cabaran nilai antara etnik yang menyatakan perbezaan dari segi agama,
bahasa dan kebudayaan lebih ketara dalam masyarakat majmuk. Kaum Melayu, Cina dan India
mempunyai agama, bahasa dan kebudayaan yang berlainan. Perbezaan ini bertambah sukar apabila
setiap kaum terus menebal dengan bahasa dan kebudayaan mereka sendiri.

72

KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM

Implikasi di sini mengakibatkan anggota etnik lebih mengutamakan anggota daripada etnik
yang sama dalam memilih sahabat, mendapatkan perkerjaan. Perkara ini seolah-olah sudah menjadi
tegal atau “taboo” kerana ia memang sukar untuk diubah walaupun menggunakan ubatan atau
teknologi yang moden sekali pun. Setiap etnik tidak mempunyai perasaan hormat menghormati
dengan agama dan budaya etnik-etnik yang lain. Kesukaran untuk hidup dalam satu masyarakat yang
sama pasti akan menimbulkan kekecohan di kawasan tersebut. Ini adalah berdasarkan mereka
mempunyai masalah untuk berkomunikasi dalam bahasa yang difahami oleh semua etnik. Masalah
ini pasti mewujudkan ketidakselesaan juga mereka melihat budaya yang sebelum ini belum pernah
disaksikan oleh mereka. Golongan etnik-etnik ini tentunya sukar untuk menerimanya dan tidak
mungkin akan menerima apa-apa perubahan walhal ianya memberikan banyak faedah dalam
kehidupan seharian mereka.

Cabaran Hubungan Etnik Dari Aspek Globalisasi

Cabaran yang kelima adalah cabaran globalisasi yang menunjukkan proses globalisasi serta
pembaratan corak hidup berasaskan ekonomi dan politik barat merupakan cabaran yang perlu
dihadapi oleh rakyat Malaysia pada masa kini.

Implikasi daripada cabaran ini, jika dilihat dari sudut positif, kita dapat bergerak maju
melalui pendedahan menggunakan teknologi yang tinggi serta pentadbiran yang sistematik
menyebabkan Malaysia menjadi seperti yang dapat kita rasai perbezaannya kini. Namun demikian,
pengaruh barat ini juga mewujudkan pelbagai unsur-unsur yang negatif dari segi budaya hedonisme
atau budaya kuning yang telah berjaya menyesatkan para remaja yang menjadi bakal pemimpin
negara lenyap dek kerana budaya kuning yang songsang ini. Budaya kuning ini banyak memberikan
nilai-nilai yang negatif seperti terlibat dalam kancah jenayah, pemakaian yang kurang sopan serta
pergaulan yang melampaui batas. Dari segi sains dan teknologi yang memusnahkan kebanyakan
golongan remaja terdedah dengan pornografi-pornografi yang menyongsangkan jiwa dan akidah
remaja itu sendiri. Bermacam-macam keburukan yang memusnahkan alam sekitar, budaya hiburan
dan penyalahgunaan sumber manusia dan bahan mentah juga datangnya daripada pengaruh barat.
Jelasnya di sini dapat dilihat, kehalusan dan ketimuran rakyat Malaysia semakin terhapus dek
pengaruh barat bagi merealisasikan wawasan negara. Tradisi dan adat resam kita pasti akan hilang
juga kerana tiadanya insan yang ingin menjaganya daripada lupus dek arus pemodenan zaman.

Merujuk kepada hasil tulisan Hasnah Hussin dan Mardiana Nordin dalam buku Pengajian Malaysia,
terbitan Oxford Fajar Sdn Bhd pada tahun 2007, usaha kerajaan ke arah pemupukan hubungan etnik
bermula setelah tahun 1957, iaitu selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan bagi mengatasi
cabaran-cabaran yang telah dikemukakan sebelum ini. Kerajaan merancang dan menyediakan
pelbagai dasar dan pelan tindakan untuk mencapai perpaduan dari pelbagai aspek. Kerajaan telah
merangka Dasar Pendidikan Kebangsaan sebagai landasan mewujudkan masyarakat yang bersatu
padu. Penyata Razak dan Ordinan Pelajaran yang telah termaktub sebelum merdeka telah disemak
semula menghasilkan Laporan Rahman Talib dan seterusnya dimaktubkan dalam Akta Pelajaran,
1961 merupakan antara usaha awal kerajaan dalam sektor pendidikan. Matlamat Dasar Pendidikan
Kebangsaan diharapkan dapat memenuhi keperluan tenaga rakyat negara ini dalam jangka pendek
dan panjang demi melahirkan masyarakat yang bersatu padu, berdisiplin dan terlatih.

Pelbagai Strategi Meningkatkan & Mengeratkan Hubungan Etnik di Malaysia

73

KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM

Antara strategi yang dirancang untuk mencapai matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan ialah:

i) Menjadikan Bahasa Kebangsaan bahasa pengantar yang utama, mengadakan kurikulum
yang sama dan berorientasikan Malaysia bagi semua jenis sekolah, mewujudkan sistem
peperiksaan yang sama dan sebagainya.

Kerajaan berusaha dengan lebih keras lagi dalam mencapai perpaduan berikutan
berlakunya peristiwa 13 Mei 1969 yang melibatkan rusuhan kaum yang amat dahsyat.
Rentetan peristiwa tersebut telah terbentuknya MAGERAN pada 17 Mei 1969 yang
berfungsi sebagai pengembali keamanan dan undang-undang negara; penentu
pentadbiran yang licin dan sempurna; dan pengembali keharmonian dan kepercayaan
antara kaum. MAGERAN didapati berjaya mengembalikan keamanan kepada negara
selepas dua tahun ditubuhkan. Seterusnya, pada tahun 1969 juga, Jabatan Perpaduan
Negara (JPN) dan Majlis Muhibah Negara (MMN) telah dibentuk. JPN yang diketuai
Tan Sri Mohd Ghazali Shafie telah ditubuhkan untuk membantu kerajaan menggerakkan
dan membimbing rakyat ke arah perpaduan negara. MMN pula ditubuhkan pada 18 Julai
1969 bertujuan memulihkan kepercayaan dan keyakinan antara kaum, mengkaji dan
mengatasi masalah untuk menghapuskan perselisihan faham, membantu dan menyusun
kerja-kerja sukarela. MMN dan JPN telah digabungkan pada 1 Januari 1972 menjadi
Kementerian Perpaduan Negara yang kini bergelar Kementerian Perpaduan Negara dan
Pembangunan Masyarakat yang ditugaskan untuk mengendalikan aktiviti-aktiviti
bercorak muhibah untuk masyarakat yang berbilang kaum. Selain itu, pada 29 Januari
1970 juga telah tertubuhnya Majlis Perundingan Negara (MAPEN) yang
bertanggungjawab untuk mengadakan garis panduan bagi kerjasama antara kaum dan
integrasi nasional untuk memupuk identiti kebangsaan dalam kalangan rakyat Malaysia
serta bertanggungjawab dalam pembentukan ideologi negara, iaitu Rukun Negara dan
perubahan perlembagaan.

Majlis ini dianggotai oleh pelbagai lapisan masyarakat seperti wakil-wakil dari
MAGERAN, wakil dari kerajaan negeri, wakil dari parti politik, wakil dari Sabah dan
Sarawak, wakil dari kumpulan agama, wakil dari badan profesional, wakil dari
perkhidmatan awam, wakil dari kesatuan sekerja dan persatuan majikan, wakil dari
akhbar, wakil guru-guru dan wakil dari kelompok minoriti bagi membolehkan mereka
membuat perbincangan secara berterus-terang. Kemuncak usaha kerajaan ekoran
peristiwa 13 Mei ialah terciptanya satu ideologi negara iaitu Rukun Negara yang
dihasilkan berasaskan kepercayaan, keyakinan dan iltizam untuk membentuk satu jati
diri rakyat Malaysia yang unggul serta bertujuan menyemai dan memupuk integrasi
nasional serta semangat perpaduan antara kaum. Rukun Negara dengan prinsip-prinsip
berdasarkan semangat Perlembagaan diharapkan dapat membentuk jati diri rakyat
negara ini sebagai satu bangsa Malaysia dan dijadikan sebagai pedoman dan hala tuju
dalam merancang program pembangunan negara. Secara khususnya, ia merupakan ikrar
yang menjadi acuan bagi integrasi nasional, pembentukan Bangsa Malaysia dan ideologi
negara.

ii) Dasar-Dasar Pembangunan Negara yang dirancang selaras dengan nilai-nilai
sosioekonomi, politik, sumber kekayaan, aspirasi masyarakat serta persekitaran global.

74

KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM

Dalam konsep hubungan etnik, dasar-dasar pembangunan negara merujuk kepada usaha
kerajaan bersama rakyat untuk melakukan perubahan dalam aspek sosial, kebudayaan,
politik dan ekonomi secara seimbang dan adil bagi semua kaum. Terdapat tiga pelan
pembangunan negara yang utama iaitu Era Dasar Ekonomi Baru (1971-1990), Era Dasar
Pembangunan Nasional (1991-2000) dan Era Dasar Pembangunan Negara. Dasar
Ekonomi Baru (DEB) merupakan salah satu usaha dasar ekonomi untuk mengubah
masyarakat dan negara daripada keadaan mundur kepada maju dalam pelbagai aspek
kehidupan (kebendaan dan bukan kebendaan). DEB dilancarkan oleh kerajaan Malaysia
melalui Rangka Rancangan Jangka Panjang (RRJP) yang bermatlamat untuk
mengurangkan dan seterusnya membasmi kemiskinan dengan menambah pendapatan
dan memperbanyakkan peluang pekerjaan kepada semua rakyat tanpa mengira kaum dan
menyusun semula masyarakat untuk mengurang dan menghapuskan pengenalan kaum
mengikut fungsi-fungsi ekonomi.

Antara usaha yang dijalankan untuk membasmi kemiskinan melalui DEB ialah
mewujudkan peluang pekerjaan untuk semua golongan, menambahkan daya
pengeluaran dan pendapatan, memberi peluang kepada orang yang bekerja di sektor
yang rendah daya pengeluarannya berpindah ke sektor yag lebih lumayan,
mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara kaum dan antara kawasan (bandar
dan luar bandar), memodenkan kehidupan di luar bandar dan memperbaiki taraf dan
kualiti hidup rakyat melalui pelajaran, latihan, kesihatan, kemudahan infrastruktur dan
lain-lain. Seterusnya, Dasar Pembangunan Nasional (DPN) telah dilancarkan pada tahun
1991 yang bermatlamat untuk mencapai pembangunan seimbang bagi mewujudkan
masyarakat yang bersatu padu dan adil. DPN merupakan pemangkin negara ke arah
menjadikan Malaysia sebagai negara maju dan digerakkan di atas landasan yang kukuh
ke arah membentuk pembangunan seimbang yang meliputi aspek keadilan sosial, nilai,
etika dan moral mengikut acuan tempatan.

Strategi DPN masih lagi berlandaskan strategi yang telah dibina oleh DEB iaitu
serampang dua mata dan diperkasakan pendekatannya dengan memasukkan beberapa
dimensi baharu dalam pelan tindakan, iaitu penegasan terhadap pembasmian kemiskinan
dengan dua tumpuan utama iaitu menghapuskan kemiskinan tegar dan mengurangkan
kemiskinan relatif; menumpukan perhatian kepada pembangunan sebuah Masyarakat
Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) sebagai satu strategi ke arah
meningkatkan dan seterusnya mengekalkan penyertaan Bumiputera dalam kegiatan
ekonomi; meningkatkan penglibatan sektor swasta dalam proses penyusunan semula
masyarakat dan memberi lebih tumpuan kepada pembangunan sumber manusia
termasuk sistem nilai dan etika bagi mencapai matlamat pertumbuhan ekonomi dan
pengagihan yang saksama.

iii) Usaha kerajaan diteruskan lagi dengan Dasar Wawasan Negara (2001-2010) atau
dikenali sebagai Wawasan 2020.

Ia merupakan respons kepada perkembangan ekonomi, sosial dan politik yang berlaku
pada peringkat nasional dan antarabangsa serta menitikberatkan pembangunan
menyeluruh dan bukan sahaja pembangunan ekonomi tetapi dari segi politik, ekonomi,
sosial, kerohanian, kejiwaan dan kebudayaan. Menjelang tahun 2020, Malaysia dijangka
mampu menjadi sebuah negara yang bersatu padu dengan masyarakat Malaysia

75

KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM

mempunyai nilai moral dan etika yang utuh, penyayang, adil dan saksama, berkeyakinan
serta mampu bersaing. Dalam kertas kerja berjudul Malaysia Melangkah ke Hadapan
(1991) yang dibentangkan pada sidang pertama Majlis Perdagangan Malaysia di Kuala
Lumpur pada 28 Februari 1991 menyatakan terdapat sembilan cabaran yang dikenalpasti
untuk merealisasikan Wawasan 2020. Sememangnya, negara Malaysia telah berusaha
untuk mencapai kesembilan matlamat itu. Walaupun banyak matlamat itu menumpukan
kepada pembangunan ekonomi, pembangunan keseluruhannya tidak boleh diketepikan.
Hal ini disebabkan pembangunan keseluruhan dari aspek politik, sosial dan ekonomi
yang mampu menyatukan rakyat. Pembangunan yang seimbang dari setiap sudut itu
mampu menggerakkan pelbagai kaum di Malaysia untuk hidup secara harmoni dan
sejahtera.

Pelan Tindakan Perpaduan & Integrasi Nasional telah dirancang oleh Jabatan
Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Ia merupakan rancangan lima tahun iaitu dari
2005-2010 yang merancang pelbagai usaha untuk memupuk dan mempertingkatkan
perpaduan dan integrasi nasional. Pelan ini mengandungi pelbagai strategi yang
dirancang dari pelbagai aspek seperti strategi politik, ekonomi, pendidikan, penggunaan
Bahasa Kebangsaan, agama, kebudayaan, integrasi wilayah, keselamatan, pembangunan
kawasan, penggunaan tenaga manusia, media massa, kesukanan, pemasyarakatan
perpaduan, pertubuhan sukarela, penyelidikan dan penerbitan bahan bacaan,
pemantauan isu-isu semasa dan konflik, penubuhan Panel Penasihat Perpaduan Negara
(PANEL) dan Jawatankuasa Penasihat Perpaduan Peringkat Negeri (JKPPN), program
dan aktiviti perpaduan, Sekolah Wawasan dan Program Latihan Khidmat Negara.
Kesemua program, pelan dan aktiviti yang dirancang telah dijalankan dengan bertujuan
supaya masyarakat dapat melibatkan diri dan memupuk hubungan etnik yang erat antara
rakyat di negara ini.

Perhubungan politik dan ekonomi dengan dunia luar, proses penjajahan barat
dan kemasukan orang asing merupakan faktor utama yang bertanggungjawab
mewujudkan masyarakat berbilang kaum di negara ini. Malaysia terdiri daripada
masyarakat yang “multiracial” dan “multiculture” yang mempunyai asas-asas kukuh
untuk mewujudkan masyarakat yang lebih berbudaya, berilmu, bermoral, dan
mendokong cita-cita murni bangsa Malaysia berteraskan konsep negara bangsa. Melalui
konsep negara bangsa ini, semua masyarakat mendukung satu bangsa dan satu negara
yang tegak di atas satu identiti negara yang sama yang dimenifestasikan oleh pemikiran,
nilai-nilai sosio-budaya, lambang-lambang dan sentiasa berpegang kepada jiwa
kemanusiaan dan kerohanian yang tinggi. Bangsa yang bertamadun mempunyai identiti
peradabannya yang tersendiri. Masyarakat berperanan dalam pemupukan hubungan
etnik agar negara kita Malaysia sentiasa dalam keadaan aman dan selesa.

Salah satu contoh peranan masyarakat adalah dalam penerimaan budaya. Secara
amnya, memang ada kesamaan unsur kebudayaan antara ketiga-tiga golongan rakyat di
negara ini. Ciri- ciri Hindu telah meresap masuk ke dalam kebudayaan masyarakat
Melayu. Dari kepelbagaian budaya ini akan menyatukan nilai pelbagai bangsa. Orang
Cina yang datang ke negara ini untuk bekerja di lombong- lombong bijih timah diterima
menjadi warganegara Malaysia akhirnya. Persesuaian yang kelihatan antara tiga
golongan utama iaitu Melayu, Cina dan India berasaskan ciri budaya yang sama.
Antaranya ialah mementingkan kekeluargaan dengan menghormati ibu bapa dan adik

76

KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM

beradik. Di samping itu kepentingan agama didahulukan. Satu daripada cara mencapai
perpaduan di antara kaum ialah menjaga budi bahasa serta akhlak dalam pergaulan.
Perbezaan agama serta kepercayaan tidak mengurangkan kepentingan pemupukan budi
bahasa. Adat istiadat adalah peraturan yang sentiasa dipatuhi dan diamalkan dalam
masyarakat Malaysia terutamanya pada hari perayaan. Adat istiadat ini mencirikan
Kebudayaan Kebangsaan.

Antara hari-hari perayaan yang sama-sama dihormati ialah Hari Kebangsaan
Malaysia pada 31 Ogos, Hari Deepavali, Tahun Baru Cina, Hari Raya, Sambutan
Maulud Nabi Muhammad s.a.w, Hari Keputeraan rasmi DYMM Yang di-Pertuan Agong
Malaysia Malaysia sememangnya terkenal sebagai sebuah negara yang mempunyai
masyarakat majmuk dan kukuh dengan warisan budaya dan budi bahasa yang tinggi.
Kesemua adat resam ini sama-sama saling difahami dan dihormati oleh semua lapisan
masyarakat agar perhubungan kaum dapat dijalinkan dengan erat. Bagi masyarakat
Melayu terdapat beberapa· adat-adat kunjung mengunjung dalam masyarakat. Bagi
pengunjung beragama Islam hendaklah memmberi salam 'Assalamu'alaikum'.
Pengunjung bukan Islam memadai mengucap selamat sahaja. Setiap pengunjung yang
hendak masuk ke dalam rumah orang Melayu perlu menanggalkan kasut.

Bagi masyarakat India pula terdapat kepelbagaian adat bergantung kepada
keturunannya sama ada Tamil, Punjabi atau India Utara. Antaranya secara umum ialah
semasa memberi hormat, kaum India terdapat berbagai-bagai cara dan kebiasaannya
dengan merapatkan tapak tangan dan mengangkatnya hingga ke dada sambiI
mengucapkan kata-kata yang bermaksud selamat. Semasa berkunjung, tetamu mestilah
membuka kasut kecuali jika tuan rumah membenarkannya. Kunjungan pula seeloknya
dibuat pada hari dan masa yang dikira sesuai. Kunjungan ke rumah orang yang baru
berpindah tidak sesuai dibuat pada hari Ahad, Selasa dan Khamis. Apabila hendak
pulang tetamu hendaklah terlebih dahulu meminta diri daripada tuan rumah dengan
mengatakan 'saya akan datang lagi' serta berjabat tangan. Masyarakat Cina pula
mempunyai adat tersendiri di dalam menerima tetamu. Semasa berkunjung ke rumah
orang dan tetamu seelok-eloknya duduk di sebelah kiri tuan rumah. Ini menunjukkan
tetamu itu menghormati tuan rumah.

Tetamu hanya dilihat sopan apabila minum setelah dipersilakan oleh tuan rumah
berulang kali. Adalah dianggap tidak sopan jika mengunjung rumah keluarga Cina
sewaktu mereka sedang makan kecuali kunjungan itu khusus menghadiri jamuan. Adat-
adat ini banyak membantu dalam menggeratkan perpaduan di antara kaum. Orang
Melayu, Cina dan India sama-sama saling memahami adat dan kebudayaan masing-
masing. Dengan ini tidak timbullah persoalan ketidaksefahaman antara kaum.

Oleh yang demikian, setiap kaum, golongan masyarakat dan semua pihak adalah
terlibat bekerjasama dalam mencapai usaha yang murni ini bagi menjamin kehidupan
sejahtera yang berpanjangan.

77

KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM

Cara Mengatasi Masalah Perkauman

Peranan Ibubapa

Oleh itu, ibubapa haruslah membimbing anak-anak mereka tentang pentingnya perpaduan kaum.
Dengan ini, anak-anak mereka akan mempunyai persefahaman antara kaum lain yang menebal serta
tidak akan menaruh perasaan negatif terhadap kaum lain dari sejak kecil lagi.

Selain itu, ibubapa juga turut menekankan dan meyampaikan ajaran agama kepada anak-
anak mereka kerana agama mempengaruhi seseorang untuk berpegang kepada nilai-nilai baik yang
diajar oleh ajaran agamanya seperti menghormati orang lain, bersedia membuat kebaikan dan
sebagainya.

Oleh demikian, pengamalan dan penghayatan ajaran agama boleh menjadi satu pemangkin
utama dalam mewujudkan keharmonian dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum.

Di samping itu, ibubapa haruslah menghantar anak-anak mereka ke tabika perpaduan apabila
berumur 5 tahun ke atas supaya anak-anak mereka dapat berinteraksi dan memahami budaya lalu
membentuk asas perpaduan yang lebih berkesan kerana semuanya bermula dari sejak kecil lagi.

Peranan Media Massa/ Elektronik/ Cetak

Tambahan pula, peranan media massa, baik media eletronik mahupun media cetak juga turut
mendorong ke arah perpaduan kerana media-media berkenaan merupakan saluran komunikasi yang
berkesan untuk menyalurkan pelbagai maklumat dari dalam dan luar negeri kepada masyarakat.

Melalui media massa dan elektronik, kita bolehlah menyiarkan rancangan siaran langsung
semasa perarakan Hari Kebangsaan menerusi saluran televisyen bagi membolehkan semua rakyat
Malaysia untuk menyaksikan detik-detik kegemilangan puncak acara sambutan pada hari itu.

Dengan ini, pasti akan dapat menerapkan segala nilai-nilai perpaduan yang cuba dipaparkan
kepada semua lapisan masyarakat Malaysia. Selain itu, rancangan-rancangan tentang sejarah
Malaysia juga boleh disiarkan seperti sejarah kemerdekaan Tanah Melayu dan pembentukan
Persekutuan Malaysia supaya menyedari rakyat tentang perjuangan dan usaha pemimpin-pemimpin
pada masa lalu dalam menyatupadukan kaum-kaum di tanah air ini. Begitu juga menyiarkan lagu-
lagu berunsur patriotik melalui radio bagi menyemarakkan lagi semangat kebangsaan serta
menghayati mesej-mesej yang hendak disampaikan menerusi lagu-lagu tersebut dalam kalangan
rakyat Malaysia. Manakala media cetak pula, haruslah menjayakan ‘Program Promosi’ yang
dilaksanakan oleh kerajaan bagi memperluaskan hebahan kepada masyarakat agar kesedaran orang
ramai terhadap kepentingan perpaduan dan integrasi nasional yang sentiasa akan subur.

Di samping itu, media cetak juga boleh menerapkan semangat kebangsaan kepada para
pembaca melalui berita dan tulisan ataupun artikel. Oleh itu, media-media ini haruslah terus
menjayakan usaha ke arah perpaduan selaras dengan dasar-dasar kerajaan.

78

KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM

Peranan Masyarakat

Akhirnya ialah peranan yang dimainkan oleh masyarakat. Jika negara kita ingin terus membangun
dan rakyatnya hidup dalam keadaan aman, damai dan makmur, satu masyarakat yang bersatu padu
haruslah diwujudkan terdahulu sebelum menjalankan strategi-strategi pembangunan Negara.

Justeru, kita haruslah membuang sikap atau perasaan negatif seperti sikap apati/
individualistik, perasaan prasangka/ prejudis, diskriminasi, stereotaip, etnosentrisme dan lain-lain
lagi. Sikap atau perasaan tersebut akan mendatangkan kesan-kesan negatif dan menghalang
seseorang untuk menjalin hubungan baik antara kaum lain yang seterusnya mungkin mencetuskan
keadaan masyarakat yang tidak harmoni seperti rusuhan kaum 13 Mei 1969 atau peristiwa di
Kampung Medan. Sebaliknya, kita perlulah mempraktikkan semangat kejiranan/ kekitaan supaya
dapat mewujudkan kedamaian dan kesejahteraan bermasyarakat yang berbilang kaum.

Sebagai contohnya, kita boleh mengamalkan nilai-nilai kejiranan seperti mengutamakan
kepentingan dan kebaikan bersama, tolak-ansur, hormat-menghormati dan sebagainya lalu
berbincang dan bermuafakat dengan jiran tentang hal-hal kebajikan dan keselamatan bersama.
Dengan ini, kita dapat memahami dan menghormati agama dan kebudayaan jiran-jiran yang pelbagai
kaum untuk mengukuhkan perpaduan dalam kalangan masyarakat.

Selain itu, kita haruslah menubuhkan lebih banyak Rukun Tetangga di seluruh negara kerana
ini merupakan salah satu alat penyatuan kaum yang berkesan dalam proses perpaduan kaum. Dengan
adanya sektor Rukun Tetangga, jiran-jiran boleh bergaul sesama mereka tanpa mengira kaum
terutama semasa membuat rondaan di kawasan perumahan sendiri. Kerjasama dan tanggungjawab
melalui Rukun Tetangga dapat mengembalikan perasaan muhibah yang sedang dipupuk oleh
kerajaan sekarang. Namun begitu, kita bolehlah menganjurkan gotong-royong atau sukan perpaduan
di kawasan perumahan sendiri bagi meningkatkan lagi penglibatan penduduk-penduduk setempat
dalam aktiviti-aktiviti tersebut agar dapat mewujudkan perasaan saling kenal-mengenal dan sikap
tolong-menolong antara satu sama lain di dalam kawasan mereka tanpa mengira kaum. Oleh itu,
melalui Rukun Tetangga adalah titik permulaan yang baik untuk memupuk semangat setiakawan
serta mengeratkan hubungan sesama penduduk setempat di sesebuah kawasan perumahannya.

Tambahan pula, kita sebagai rakyat Malaysia wajarlah menyambut Hari Kebangsaan ini
daripada menghabiskan masa untuk berhibur sahaja. Sebaliknya, kita perlulah menggunakan hari
yang bersejarah dan penuh bermakna ini untuk menyelami dan mengukur diri sendiri terhadap
sumbangan diri ke arah perpaduan negara. Fikirkan keadaan negara kita dan diri sendiri sekiranya
kita semua tidak bersatupadu. Begitu juga, jika kita tidak menyelami makna kemerdekaan, kita tidak
akan menyedari perjuangan dan usaha pemimpin pada masa lalu dalam menyatupadukan kaum-kaum
di tanah air ini.

Di samping itu, kita bolehlah melibatkan diri dalam kegiatan-kegiatan kemasyarakatan
seperti bersama-sama membanteras gejala-gejala sosial yang berleluasa dalam kalangan masyarakat
tanpa mengira kaum serta memberikan kerjasama dan sokongan dalam menjayakan dasar-dasar
kerajaan. Maka, ini akan mendorong negara kita untuk mencapai perpaduan negara dan keharmonian
sosial melalui sosioekonomi yang seimbang di Malaysia.

79

KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM

TOPIK 16: HIBURAN MELAMPAU

Oleh:
Suhaila Mustaffa

Hiburan Melampau

Dan ada di antara manusia: orang yang memilih serta membelanjakan hartanya kepada cerita-
cerita dan perkara-perkara hiburan yang melalaikan (1) yang berakibat menyesatkan (dirinya dan
orang ramai) dari agama Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan; dan ada pula
orang yang menjadikan agama Allah itu sebagai ejek-ejekan; merekalah orang-orang yang akan
beroleh azab yang menghinakan.

(al-Quran, Surah Luqman: 6)

Setiap manusia yang diciptakan oleh Allah di dunia ini dikurniakan fitrah semulajadi yang
sewajarnya menjurus sebagai medium untuk mendekatkan diri kepadaNya. Antara fitrah yang
dikurniakan Allah dalam naluri manusia adalah keinginan untuk berhibur atau hiburan. Namun,
sejauhmana hiburan yang dibenarkan dan menepati kehendak Islam?. Dalam topik ini kita akan
membincangkan maksud hiburan dan perspektif hiburan menurut Islam serta apakah yang
dimaksudkan dengan hiburan yang melampau bertentangan dengan syariat Islam.

Definisi hiburan

Menurut Kamus Dewan hiburan bermaksud sesuatu perbuatan, benda dan sebagainya untuk
menghiburkan hati.

Hiburan juga diertikan sebagai peristiwa, persembahan atau kegiatan yang direka bentuk untuk
memberi nikmat kepada penonton, walaupun contohnya untuk permainan komputer, "penonton"
mungkin hanya seorang sahaja. Para penonton boleh menyertai hiburan secara pasif, umpamanya
menonton opera atau secara aktif seperti dalam permainan komputer. Industri yang membekalkan
hiburan digelar sebagai industri hiburan. Pada umumnya, bermain dan membaca serta penghargaan
seni, tidak dianggap sebagai hiburan tetapi tergolong dalam rekreasi kerana hiburan biasanya
memerlukan pembekal persembahan dilihat oleh penonton, kecuali dalam permainan komputer.

Menurut perspektif Islam

Dari segi Bahasa Arab, hiburan ialah al lahw iaitu suatu perkara yang melekakan manusia daripada
pelbagai gangguan, pemikiran dan masalah yang menganggu tidur ia juga ada hubung kait dengan
permainan, berjenaka, bersembang malam, menyanyi dan sebagainya.

Perlu difahami, hiburan dalam Islam sangat berlawanan dengan konsep mencari kepuasan murahan
bagi memenuhi tuntutan hawa nafsu tanpa batasan. Malah hiburan adalah suatu yang terkawal dan
terarah, dan bukannya satu cara mencari keseronokan dengan cara yang amat bebas sehingga tidak
terkawal dan tidak terikat dengan batas-batas perundangan dan nilai keagamaan.

80

KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM

Dalam riwayat al-Bukhari, juga dari ‘Aisyah r.a. bahawa:

“Seorang wanita berkahwin dengan lelaki Ansar, maka baginda bersabda: Wahai ‘Aisyah!
Mengapakah tiada bersama kamu hiburan? Orang Ansar sukakan hiburan”.

Dalam hadis ini menunjukkan Nabi S.A.W prihatin dengan kecenderungan hiburan sesuatu
kaum dalam majlis-majlis yang bertujuan untuk kegembiraan dan kesukaan seperti majlis
perkahwinan. Maka hiburan yang masih menurut batasan, amatlah dianjurkan dalam Islam.

Menurut Islam, konsep hiburan ialah untuk mencari kesejahteraan, ketenangan dan
kepuasan, terlepas dari perasaan bersalah, ketegangan dan keresahan. Ia dapat dilakukan di waktu
lapang, secara individu, bersama keluarga atau kawan-kawan, bahkan ketika beribadah seperti seni
taranum membaca al-Quran, gubahan sajak dan syair yang membesarkan Allah dan sebagainya.

Garis Panduan Program Hiburan Dalam Islam daripada JAKIM

Artis

 Keperibadian
 Peribadi yang mulia dan akhlak yang baik hendaklah sentiasa dikekalkan walaupun

berada di luar persembahan sesuai dengan mesej yang dibawa dan
 Tidak pernah disabitkan dengan mana- mana kesalahan jenayah sama ada di bawah

undang- undang syariah atau sivil.

 Penampilan
 Penampilan yang sopan dan beradab hendaklah sentiasa dikekalkan walaupun berada di

luar persembahan.
 Berpakaian menutup aurat, kemas dan sopan serta tidak memakai pakaian yang boleh

mendedahkan diri kepada eksploitasi penonton dan tidak bercanggah dengan kehendak
Islam.
 Adab berpakaian, tatarias dan dandanan rambut yang tidak menyerupai jantina yang
berlainan dan
 Hiasan dan dandanan hendaklah pada kadar yang bersesuaian dan sederhana, sesuai
dengan uruf masyarakat.

 Persembahan
 Ucapan, gerak laku dan sebagainya yang tidak mengandungi simbol-simbol yang dapat

ditafsirkan secara tersurat atau tersirat yang bertentangan dengan akidah, syariah dan
nilai- nilai Islam. Sensitiviti mana- mana agama, budaya dan bangsa hendaklah sentiasa
dipelihara.
 Dalam keadaan yang bersesuaian untuk mengelakkan rasa tidak disenangi oleh orang
yang mendengar dan menonton.
 Plot penceritaan yang bukan realiti dan berasaskan khayalan adalah dibenarkan untuk
menyampaikan sesuatu mesej yang baik.
 Lawak jenaka hendaklah berpada-pada dan tidak melampaui batas iaitu sehingga
membawa kepada ketawa yang melampau.
 Lawak jenaka tidak boleh dilakukan pada perkara yang serius dan pada perkara yang perlu
ditangisi.

81

KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM

 Tidak mengandungi unsur pendustaan pada sesuatu fakta, kata- kata kesat, lucah atau
fitnah.

 Tidak mengandungi unsur yang menimbulkan penghinaan terhadap mana- mana individu
atau organisasi.

 Tidak mengandungi unsur keganasan.
 Tidak menimbulkan trauma atau gangguan emosi dan
 Tidak melakonkan watak menyerupai jantina yang berlainan.

Nyanyian

 Gerak laku, nyanyian, ucapan dan sebagainya yang tidak mengandungi simbol-simbol
yang dapat ditafsirkan secara tersurat atau tersirat yang bertentangan dengan ajaran dan
nilai- nilai Islam.

 Berinteraksi dengan penonton secara sopan sama ada melalui perkataan atau perbuatan.
 Keadaan fizikal, mental dan emosi penyanyi berada pada tahap yang baik.
 Persembahan diadakan dalam keadaan yang terkawal dan
 Tingkah laku tidak liar serta melampaui batas.

Tarian

 Gerak tari tidak mengandungi simbol yang dapat ditafsirkan sama ada secara tersurat atau
tersirat yang bertentangan dengan akidah, syariah dan nilai- nilai Islam.

 Unsur pemujaan atau penyembahan secara langsung atau tidak langsung kepada sesuatu
makhluk atau peribadi lain hendaklah dielakkan.

 Selari dengan kehendak syarak dan uruf masyarakat setempat.
 Penampilan diri tidak terdedah kepada eksploitasi penonton dan bercanggah dengan

kehendak Islam.
 Gerak tari yang tidak menimbulkan fitnah atau memberahikan walaupun dipersembahkan

oleh pasangan yang sah atau bersama mahram.
 Tidak bercampur antara lelaki dan perempuan dalam satu persembahan yang boleh

menimbulkan fitnah dan
 Tidak mengandungi unsur yang menimbulkan penghinaan terhadap agama dan budaya

masyarakat tertentu.
Lagu

 Lirik
 Mengandungi kebaikan dan nilai- nilai murni.
 Memberi kesedaran dan membawa kepada keinsafan.
 Selari dengan adab kesopanan.
 Sensitiviti mana- mana agama, bangsa dan negara hendaklah sentiasa dipelihara.
 Boleh menggunakan terjemahan al- Quran dan hadith dengan menjaga adab yang selaras

dengan syarak.
 Ayat- ayat al-Quran tidak boleh dijadikan lirik lagu melainkan dengan kaedah iqtibas.
 Nasyid berbentuk doa adalah diharuskan.
 Tidak digalakkan menggunakan matan hadith kerana bimbang berlaku kesalahan pada

sebutan yang boleh membawa perubahan pada makna.
 Tidak mengandungi kalimah syahadah yang tidak sempurna.
 Tidak mengandungi ungkapan yang memanipulasi terjemahan al-Quran dan hadith untuk

tujuan yang salah

82

KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM

 Tidak mengandungi ungkapan yang memanipulasi kalimah-kalimah suci dalam Islam
untuk tujuan yang salah.

 Tidak mengandungi ungkapan mengutuk nasib dan mempersoalkan ketentuan Allah.
 Tidak mengandungi pemujaan kepada makhluk dan peribadi lain.
 Tidak mengandungi unsur lucah, membangkitkan nafsu atau lambang kata yang

ditafsirkan lucah.
 Tidak mengandungi unsur maksiat atau membawa kepada pelakuan yang diharamkan dan
 Tidak mengandungi unsur penghinaan, aib, cacian, fitnah dan merendah-rendahkan

seseorang.

 Peralatan Muzik
 Harus menggunakan peralatan muzik yang diharuskan oleh syarak dalam majlis-majlis

perkahwinan atau keraian tertentu.
 Tidak boleh digunakan untuk mengiringi bacaan al- Quran;
 Tidak boleh digunakan untuk mengiringi apa-apa program yang diadakan di dalam dewan

solat masjid dan surau serta di kawasan serambi masjid.

 Unsur Muzik
 Mendorong kepada suasana positif;
 Menyuntik ketenangan;
 Membangkitkan semangat yang baik;
 Tidak melambangkan pemujaan atau yang dianggap sakral oleh penganut agama lain;
 Tidak mendorong kepada kekacauan dan ketidakseimbangan pemikiran sehingga boleh

melalaikan diri daripada mengingati Allah;
 Tidak membangkitkan emosi negatif yang bercanggah dengan ajaran Islam;
 Tidak mengganggu ketenteraman masyarakat awam; dan
 Tidak membawa kepada perbuatan maksiat

Penganjuran Program Hiburan

 Program hiburan yang dianjurkan hendaklah mengambil kira aspek-aspek berikut:
 Manfaat dan kesejahteraan kepada masyarakat;
 Tempat yang bersesuaian;
 Masa dan hari yang bersesuaian yang tidak menyentuh sensitiviti ajaran Islam dan

masyarakat; dan
 Mendapat kelulusan pihak berkuasa sebelum sesuatu program dianjurkan.

 Program yang dianjurkan tidak mengandungi perkara-perkara berikut:
 Unsur-unsur ritual, tanda atau simbol yang bertentangan dengan ajaran Islam secara

langsung atau tidak langsung;
 Perbuatan yang diharamkan dalam Islam atau maksiat serta perkara yang boleh

mendorong kepada keadaan- keadaan tersebut;
 Keadaan yang membawa kepada kekacauan atau gangguan terhadap ketenteraman awam;
 Acara yang bersifat provokasi yang boleh menimbulkan sikap prejudis atau permusuhan;
 Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan semasa mengadakan latihan atau raptai;
 Percampuran antara lelaki dan perempuan dalam kalangan penonton;
 Pembaziran dalam penganjuran program

83

KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM

Klip Video
 Rakaman visual diadakan dengan tujuan yang baik;
 Selari dengan garis panduan yang terkandung dalam perkara (1) Artis, (2) Persembahan,

(3) Lagu dan (4) Penganjuran Program Hiburan mengikut ‘tatabahasa visual’;
 Paparan visual mengandungi nilai- nilai yang baik dan membina minda serta akhlak yang

mulia; dan
 Paparan visual adalah sopan, teratur dan diterima mengikut tatabahasa.

 Klip video juga hendaklah tidak mengandungi aspek- aspek berikut:
 Unsur- unsur penghinaan terhadap individu dan kepercayaan masyarakat tertentu, agama,

bangsa dan negara;
 Paparan syot (foto atau gambar) yang tidak sopan dan syot- syot yang melanggar nilai dan

etika Islam;
 Gangguan kepada kesihatan emosi, mental dan pancaindera tertentu;
 Simbol visual yang secara tersurat atau tersirat yang bertentangan dengan akidah, syariah

dan nilai etika Islam; dan
 Paparan yang negatif sama ada dari segi gerak geri atau bahasa yang boleh merangsang

peniruan kepada golongan tertentu

Definisi hiburan melampau

Secara umumnya hiburan melampau boleh difahami dengan maksud sesuatu perkara yang
menggembirakan dan menyenangkan tetapi dilakukan secara berlebihan dan luar dari batasan syariat
Islam yang telah ditentukan oleh Allah SWT. Sekiranya diamati, hiburan melampau datangnya dari
pengaruh golongan kafir yang jauh dari tuhan dan mencari jalan untuk menggembirakan diri dengan
hiburan. la juga sebagai agenda Yahudi dan Nasrani untuk merosakkan akhlak umat Islam dan ара
yang lebih membimbangkan adalah merosakkan akidah umat Islam.

Kategori hiburan melampau menurut Islam:
 Hiburan yang bercanggah dengan ajaran Islam, terutamanya hiburan yang mempunyai
unsur-unsur khurafat, syirik dan bidaah.

 Hiburan yang berunsurkan seks dan adegan lucah.

 Hiburan yang tidak membataskan atau mengamalkan percampuran antara lelaki dan
perempuan dalam satu tempat berlakunya hiburan tersebut.

 Hiburan yang tidak menitikberatkan masa atau waktu ibadat

 Hiburan yang tidak ada di dalamnya unsur-unsur kebaikan atau nilai tambah melainkan
kelalaian dan kelekaan sehingga sanggup berada di depan televisyen berjam-jam tanpa

84

KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM

rasa jemu atau bosan, dan mereka juga rela menghabiskan wang untuk mengirim sms
bagi mengundi bintang-bintang pujaan mereka.

Contoh- contoh hiburan melampau:
 Program hiburan seperti konsert, teater muzikal serta tarian yang mengamalkan
percampuran dan pergaulan bebas lelaki dan wanita, pendedahan aurat dan
menghidangkan minuman beralkohol.

 Program sukan sehingga mencetuskan jiwa fanatik dalam kalangan peminatnya justeru
wujudnya pergaduhan dan perkelahian.

 Permainan berkomputer/ android dan sebagainya berunsur judi dan pertaruhan.

 Mengamalkan fesyen berpakaian serta penampilan seperti gaya rambut yang melampau
seperti Punk, Mohawk dan sebagainya.

 Program realiti TV yang berunsur hiburan yang melalaikan sehingga menggalakkan
pembaziran masa dan wang.

 Budaya hedonisme iaitu melakukan sesuatu untuk keseronokan dan kebahagiaan tanpa
melihat kesan baik atau buruk pada diri dan masyarakat.

 Program lawak jenaka yang melampau sehingga mengubah penampilan seperti wanita
dan sebaliknya.

Kesan Hiburan Melampau

Sasaran Kesan
Individu  Tidak mempedulikan masyarakat sekeliling.
 Emosi yang tidak stabil.
 Konflik identiti kerana banyak terpengaruh dan fanatik kepada artis barat dan

sebagainya.

Keluarga  Mewujudkan keluarga yang tidak harmoni.
 Melahirkan suasana keluarga yang tidak mengikut lunas Islam.
 Tiada unsur kasih sayang di antara ahli keluarga kerana sibuk dengan keseronokan

dan hiburan masing- masing.

Masyarakat  Melahirkan masyarakat yang hanya mementingkan keseronokan dunia.
 Masyarakat dan negara akan mudah ditindas kerana lalai dengan hiburan dan

keseronokan.

85

KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM

Negara  Kekurangan pelapis pemimpin negara yang benar- benar mempunyai jiwa
patriotik.

 Berhadapan dengan pelbagai masalah sosial akibat daripada aktiviti/ program
hiburan melampau.

Kesimpulan

Islam tidak melarang hiburan selagi ia tidak melalaikan dan tidak bercanggah dengan syarak.
Kekosongan jiwa perlu diisi dengan ibadat.

Kemuncak bagi segala ketenangan adalah dengan mengingati Allah SWT dan berjuang menegakkan
syiar Islam.

Firman Allah:

Maksudnya:“Orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah
(banyak mengingati Allah). Ketahuilah dengan zikrullah itu, maka tenang tenteramlah hati
manusia”.

(al-Quran: Surah Al-Ra’du: 28)

86

KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM

TOPIK 17: ETIKA KEWARTAWANAN

Oleh:
Suhaila Mustaffa

ETIKA KEWARTAWANAN

Firman Allah SWT
“Wahai orang-orang Yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu
berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu
kaum Dengan perkara Yang tidak diingini – Dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) –
sehingga menjadikan kamu menyesali apa Yang kamu telah lakukan.”

(al-Quran, Surah Al-Hujuraat: 6
)

Definisi wartawan

Kewartawanan sebagai satu profesion kerjaya penyebaran maklumat yang mempunyai peranan
penting dan kesan berterusan kepada individu dan masyarakat. Justeru kerjaya sebagai wartawan dari
beberapa aspek dilihat sebagai kesinambungan daripada kerjaya atau profesion sebagai pendidik dan
juga dipandang sebagai ibadat oleh Islam.

Peranan Wartawan

Sebagai seorang wartawan, tugas rutinnya adalah seperti mengumpul dan menyebarkan maklumat
tentang berita terkini, orang ternama dan isu- isu yang relevan. Mereka juga berperanan sebagai
pengarang, editor, pemberita, penyiar, pembaca berita dan lain- lain.

Menurut perspektif Islam, peranan wartawan yang paling utama adalah sebagai agen perubahan
masyarakat. Melalui cerita atau berita yang disajikan mampu mengubah persepsi dan mempengaruhi
corak pemikiran masyarakat. Namun begitu, tergalas satu tanggungjawab besar pada seseorang yang
bergelar wartawan iaitu mereka perlu bertanggungjawab di atas segala maklumat yang disampaikan
samada ia sahih atau provokasi semata- mata.

Etika Kewartawanan

Islam mentitik beratkan soal kerahsiaan dan menjaga aib individu lain. Sehubungan dengan itu,
dengan adanya etika kewartawanan ini amat sejajar dengan tuntutan Islam dalam memastikan tugas
kewartawanan itu benar- benar menepati kehendak syarak. Etika kewartawanan dalam Islam adalah
seperti berikut:

87

KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM

ETIKA KEWARTAWANAN
 Melaporkan kebenaran dan menghormati hak orang ramai untuk mendapat maklumat

yang benar;
 Menghayati kebebasan memungut dan menyiarkan berita secara jujur serta berhak

membuat ulasan dan kritik yang saksama;

 Menggunakan cara yang wajar untuk mendapatkan berita, gambar/ filem dan dokumen;

 Sebarang maklumat tersiar yang didapati tidak benar hendaklah diperbetulkan;

 Wartawan hendaklah menghormati kerahsiaan sumber berita;

 Wartawan hendaklah berbudi pekerti ketika menjalankan tugas dan mengelakkan diri
daripada plagiarisme dan hasutan, tuduhan tidak berasas serta rasuah dalam apa bentuk
sekalipun;

 Wartawan hendaklah menghindari siaran berita rencana yang bersifat perkauman,
melampau dan bertentangan dengan tatasusila masyarakat majmuk Malaysia;

 Wartawan hendaklah memahami undang-undang dan peraturan negara yang berkaitan
secara langsung dengan profesion mereka.

Dunia hari ini menyaksikan perkembangan teknologi canggih yang amat pantas dan pesat.
Ekoran dari perkembangan ini, medium penyampaian maklumat juga tidak lari dari mengikuti arus
perubahan ini. Maka, hari ini kita dapat melihat pelbagai medium sosial yang wujud bertujuan untuk
mendapat dan menyebarkan maklumat. Golongan- golongan wartawan juga pasti tidak ketinggalan
menggunakan saluran ini bagi menyampaikan maklumat. Yang menjadi isu permasalahan sekarang,
adakah mereka benar- benar menggunakan medium sosial ini selari dengan etika yang telah
ditetapkan atau sebaliknya.

Firman Allah:
Maksudnya : “ Sesungguhnya orang-orang yang ingin agar (berita) perbuatan yang amat keji tersiar
di kalangan orang-orang yang beriman (di kalangan masyarakat), bagi mereka azab yang pedih di
dunia dan akhirat. Dan Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui.”

(al-Quran, Surah An-Nur:
24)

88

KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM

Menurut Saiful Nujaimi Abdul Rahman (2009), terdapat sembilan aspek permasalahan etika seperti
berikut:

PERMASALAHAN ETIKA KEWARTAWANAN
 Muslihat

Apabila bermuslihat dengan sumber demi mendapatkan berita.

 Konflik kepentingan
Apabila wartawan dan agensi memiliki kepentingan peribadi.

 Setiakawan
Apabila perlu melaporkan berita negatif yang melibatkan rakan-rakan

 Pemberian
Apabila diberikan cenderamata dalam pelbagai bentuk.

 Pemberitaan berbayar
Apabila agensi luar membeli kolum akhbar untuk memuatkan berita bercorak promosi
dan publisiti syarikatnya dalam bentuk berita sisipan.

 Kecenderungan peribadi
Apabila agensi atau wartawan berpihak kepada sesetengah parti politik, isu atau kempen
tertentu.

 Pencerobohan ruang privasi
Apabila wartawan menceroboh ruang privasi seseorang sumber atau figura atas alasan
melaksanakan tugas-tugas pemberitaan

 Mengekang maklumat
Apabila wartawan merahsiakan sesetengah maklumat yang diperolehi demi
menggunakan maklumat itu untuk kemudian hari.

 Penciplakan
Apabila wartawan menggunakan atau menyalin berita yang telah ditulis oleh rakan atau
agensi media lain untuk tujuan rujukan, tetapi tidak memberi penghargaan yang
sewajarnya.

89

KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM
Contoh Isu Permasalahan Wartawan

BINCANGKAN..
ISU 1:
“Leman bertugas sebagai seorang wartawan hiburan. Dia seringkali menjadi habuan
kritikan artis dan masyarakat sekeliling kerana sentiasa memaparkan berita dan gossip
yang kadangkala mengaibkan dan memalukan. Leman menganggap itu lumrah dalam
pekerjaannya dan dia merasakan hasil kerjanya berjaya kerana mendapat respon dari
pembaca.”
ISU 2:
“Sebagai seorang wartawan yang sangat sibuk dengan rutin harian, Suzie kadangkala
tidak dapat lari dari kesilapan dalam memaparkan hasil tulisannya. Kadangkala Suzie
menyiarkan kenyataan yang bertentangan dengan apa yang disampaikan oleh orang
yang diwawancaranya. Namun Suzie menganggap itu satu kebiasaan kerana baginya
manusia tidak boleh lari dari kesilapan.”

Kesan permasalahan etika wartawan
 Masyarakat tidak lagi mempunyai sumber yang boleh dipercayai.
 Wujudnya suasana yang tidak harmoni dan pertelingkahan kerana salah faham daripada
berita yang disampaikan.
 Profesion wartawan akan dilihat sebagai negatif secara keseluruhannya.
 Menjatuhkan imej dan maruah individu, keluarga, masyarakat dan negara serta agama.

90

KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM

TOPIK 18: KESANTUNAN BAHASA

Oleh:
Roshadah Abu Bakar

Pengenalan
Kesantunan bahasa sangat penting dalam masyarakat yang berbilang bangsa. Hal ini menunjukkan
adab sesuatu bangsa yang perlu dihormati. Bagi bangsa Melayu adab yang halus dan sesuai dengan
ajaran Islam sangat ditekankan bagi menjaga keharmonian dan saling menghormati sesama manusia.

Takrif Kesantunan Bahasa
Menurut Kamus Dewan (1994) kesantunan ditakrifkan sebagai halus budi pekerti, beradab, sopan,
berasa kasihan, suka menolong dan mengambil berat kesusahan orang lain.

Menurut Hasuria Che Omar, takrif bahasa ialah sistem undang-undang tatabahasa yang
membuatkan pertuturan menjadi bermakna dari segi penyambungan bunyi-bunyi bahasa yang
mempunyai hubungan dengan akal fikiran manusia dan merupakan alat komunikasi yang penting
untuk menyampaikan dan mengutarakan kehendak, maksud dan harapan. Menurut Asmah,
kesantunan berbahasa ialah penggunaan bahasa sehari-harian yang tidak menimbulkan kegusaran,
kemarahan dan rasa tersinggung daripada pihak lain serta perlu juga menjaga air muka orang
sekeliling.

Kehidupan masyarakat yang bersopan santun sudah pasti mampu mewujudkan suasana
harmoni dalam kehidupan berbilang bangsa yang memiliki ciri-ciri keperibadian yang mulia seperti
berbudi bahasa, lemah lembut, penuh keprihatinan terhadap orang lain. Tatacara atau peraturan yang
wujud dalam berbahasa dapat dilihat dalam interaksi antara individu dalam berkomunikasi yang
mana dipenuhi dengan norma budaya masyarakat setempat.

Kesantunan Bahasa Dalam Islam

Menurut al-Quran
Di dalam al-Quran cukup banyak ayat yang berkenaan dengan kesantunan di antaranya ialah:

(1) “...sungguh, Ibrahim itu seorang yang sangat lembut hatinya lagi
penyantun.” (QS 9 [At-Taubah]: 114).

(2) “Mereka berkata, “Wahai Syu’aib! ...sesungguhnya engkau benar-benar
orang yang sangat penyantun dan pandai.” (QS 11 [Hud]: 87).

(3) “...tetapi Allah benar-benar telah memaafkan mereka sungguh, Allah
Maha Pengampun, Maha Penyantun.” (QS 3[Ali Imron]: 155).

(4) “Sungguh, Dia (Allah) pasti akan memasukkan mereka ke tempat masuk

91

KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM

(surga) yang mereka sukai. Dan sesungguhnya Allah Maha Mengetahui,
Maha Penyantun.” (QS 22 [Al-Hajj]: 59).

Ayat (1) dan (2) menyatakan dua orang nabi yang penyantun, iaitu Nabi Ibrahim dan Nabi
Syu’aib. Ayat (3) dan (4) menyebutkan bahawa Allah itu Maha Penyantun.

Menurut as-Sunnah

Hadis-hadis yang berkaitan kesantunan ialah

(1) Aisyah r.a. berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda,
“Sesungguhnya Allah itu Mahalembut dan menyukai kelembutan dalam segala
hal.” (Muttafaq’alaih).

(2) Aisyah r.a. berkata bahawa Nabi SAW bersabda, “Sesungguhnya,sifat lemah
lembut itu, bila berada pada sesuatu, pasti menghiasinya, dan lepas dari sesuatu, pasti
jelas buruknya.”

(h.r. Muslim)

(3) Hairir bin Abdullah r.a. berkata, “Aku mendengar Rasulullah saw bersabda,
‘Barang siapa tidak mempunyai sifat lemah lembut, maka ia tidak akan mendapatkan
semua jenis kebaikan.”

(h.r. Muslim)
Hadis di atas mengambarkan galakan dalam Islam agar mengamalkan budaya sopan santun dalam
kalangan hubungan sesama manusia.

Di Malaysia, Kempen Budi Bahasa dan Nilai-nilai Murni yang dilancarkan oleh kerajaan
pada awal tahun 2005 merupakan usaha yang penting untuk memupuk kesedaran dan penghayatan
seluruh warganegara terhadap pentingnya budi bahasa dalam kehidupan bermasyarakat dan
bernegara, bahkan dalam hubungan manusia sejagat.

Kesantunan bahasa merupakan salah satu aspek penting dalam kempen budi bahasa dan
nilai-nilai murni. Secara rasmi Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah memasukkan nilai-nilai murni
sebagai salah satu teras dasar dan sistem pendidikan, khususnya melalui program penyerapan nilai-
nilai murni dalam pendidikan antaranya nilai kesantunan bahasa yang merentas kurikulum

Peraturan Penggunaan Bahasa
Menurut Asmah Hj. Omar, beliau telah merumuskan bahawa ada tiga jenis peraturan

penggunaan bahasa, iaitu:

92

KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM

Peraturan Peraturan Peraturan
Linguistik Penggunaan Pragmatik

Bahasa

Peraturan
Sosiolinguistik

Kepatuhan kepada ketiga-tiga peraturan itu secara bersepadu menjadi asas kesantunan
bahasa. Dengan perkataan lain, orang yang santun bahasanya ialah orang yang sedapat mungkin
berbahasa dengan menitikberatkan ketiga-tiga peraturan bahasa itu.

i) Peraturan Linguistik

Peraturan linguistik berkaitan dengan peraturan penggunaan bahasa yang menitikberatkan
ketepatan bentuk dan binaan bahasa. Aspek utama yang mewakili bentuk dan binaan sesuatu
bahasa ialah sebutan, intonasi, ejaan, kosa kata dan tatabahasa. Kepatuhan kepada peraturan
linguistik lebih ketara dan ditekankan dalam penggunaan bahasa yang berkaitan dengan urusan
dan majlis rasmi, berbanding dengan urusan tidak rasmi. Peraturan linguistik perlu diberi
perhatian dalam urusan tertentu ataupun majlis rasmi.

1. Menjaga kesempurnaan perjalanan urusan tertentu atau majlis yang bergantung pada
kejelasan mesej yang disampaikan.

2. Memastikan bahawa semua yang hadir atau terlibat dengan urusan tertentu atau majlis
rasmi itu dapat saling memahami pada tahap yang sebaik-baiknya dan tidak mengalami
jurang komunikasi disebabkan kelainan dialek atau ragam bahasa yang digunakan oleh
sesuatu pihak.

ii) Peraturan Sosiolinguistik

Peraturan sosiolinguistik pula berkaitan dengan penggunaan bahasa yang menitikberatkan
hubungan sosial antara orang yang bercakap dengan pendengar (dalam konteks komunikasi
lisan) dan antara penulis dengan pembaca (dalam konteks komunikasi tulisan). Contohnya
ialah penggunaan kata sapaan yang betul, sama ada kata ganti diri mahupun kata panggilan
hormat, yang ditentukan menurut sistem dalam masyarakat seperti tuan, cik, datuk, datin dan
lain-lain. Penggunaan bahasa perlu disesuaikan dengan konteks dalam masyarakat, baik
disebabkan oleh faktor hubungan, faktor suasana, faktor bidang dan faktor media (lisan atau
tulisan).

iii) Peraturan Pragmatik

Peraturan pragmatik menekankan penggunaan bahasa yang perlu disesuaikan dengan tujuan
komunikasi. Peraturan ini berkaitan dengan penggunaan bahasa yang sopan dan berkesan.
Dalam urusan perundingan, jual beli, ceramah, pengajaran, dialog dan sebagainya
penguasaan peraturan pragmatik amat diperlukan supaya tujuan atau hajat kita tercapai dan

93

KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM

pada waktu yang sama kesopanan bahasa terpelihara serta kita tidak menyakiti perasaan orang
lain. Antara yang penting termasuklah pemilihan kata dan ungkapan yang sesuai dengan
tujuan orang yang bercakap, latar belakang pendengar, bidang dan suasana seperti
penceritaan, pemaparan, penghujahan dan lain-lain.

Peranan Bahasa Dan Kepentingan Kesantunan Bahasa
Peranan bahasa dalam pembentukan kebudayaan dan tamadun manusia dapat diringkaskan seperti
yang berikut:

1. Bahasa menjadi alat pemerolehan dan pengembangan ilmu
Dalam Surah al-Baqarah, ayat 31, dijelaskan bagaimana Allah mengajar Nabi Adam a.s. tentang
nama sekalian ciptaan dan kejadian di alam, iaitu sebagai bukti bahawa pemerolehan dan
pengembangan ilmu memerlukan bahasa sebagai alatnya.

2. Bahasa menjadi alat pendidikan dan pemasyarakatan (sosialisasi)
Pembentukan sahsiah yang bermula dengan institusi keluarga, rakan sebaya, institusi pendidikan
formal (seperti sekolah), media massa dan masyarakat berlangsung dengan menggunakan bahasa
sebagai alat penyaluran sistem kepercayaan, sistem nilai, adat dan kebudayaan keseluruhannya.

3. Bahasa menjadi tali pengikat persefahaman dan perpaduan
Bahasa menjadi alat yang mampu membentuk persefahaman dan perpaduan manusia.

“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan
perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya
kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya
semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan
yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha
Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).” (al-Hujurat: 13)
Oleh sebab demikian besarnya peranan bahasa dalam pembentukan kebudayaan dan
tamadun manusia, maka kesantunan bahasa menjadi perkara yang amat penting untuk
difahami dan diamalkan oleh setiap anggota masyarakat. Antara kepentingan kesantunan
bahasa adalah:
(1) Kesopanan seseorang pada umumnya dinilai melalui bahasanya yang santun,

(2) Bahasa yang santun akan lebih melancarkan penyampaian mesej dalam komunikasi
(3) Bahasa yang kurang santun sering menyakitkan perasaan-perasaan orang lain

sehingga menjadi sumber konflik,
(4) Masyarakat yang bersopan santun melahirkan generasi yang berbudi bahasa

94

KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM

Isu kesantunan Bahasa masa kini

Masa kini, kita dapat melihat fenomena kesantunan berbahasa dalam kalangan generasi muda kian
dilupai terutamanya bagi yang tinggal di kota. Antara isu yang menjadi fokus utama dalam
kesantunan bahasa masyarakat Malaysia ialah

1. Panggilan hormat bukan sahaja diberikan kepada orang yang lebih tua daripada kita, malah
terhadap rakan sebaya dan orang yang lebih muda daripada kita. Hari ini, jarang sekali kita
dengar panggilan pakcik, makcik, pak ngah dan sebagainya. Panggilan ayah juga telah
berkurang dan ada juga yang hanya memanggil orang tua mereka dengan nama. Hal ini
disebabkan generasi hari ini terlalu terdedah dengan drama-drama Inggeris atau tayangan di
televisyen oleh masyarakat barat di mana mereka memanggil orang tua mereka dengan nama
bukannya dengan panggilan ayah atau ibu. Mereka terlalu terikut dengan budaya ini dan
menganggap budaya ini sebagai budaya moden.

2. Generasi hari ini banyak menggunakan bahasa singkatan dalam komunikasi dengan
sahabat-sahabat atau teman-teman mereka. Bahasa singkat ini telah banyak mempengaruhi
penulisan di dalam esei atau karangan yang mereka tulis di sekolah. Mereka memendekkan
ejaan seperti ‘aku’ ditulis sebagai ‘aq’, ‘sayang’ sebagai ‘cyg’ dan bermacam-macam lagi.
Bermulanya isu ini apabila negara kita terlibat di dalam arus globalisasi dan modenisasi di
mana komunikasi tidak lagi mempunyai batasan dan penggunaan laman sosial serta pesanan
ringkas sebagai wahana perbualan semakin berleluasa.

3. Filem-filem tempatan sekarang sudah banyak menggunakan bahasa yang agak kasar dan
lucah yang boleh menggugat kesantunan masyarakat yang sudah lama dibanggakan.
Contohnya, penggunaan kata ganti nama “awak” kepada “lu” dan saya kepada “gua” serta
kata-kata kesat yang menghina orang lain.

4. Penggunaan bahasa rojak pada masa kini semakin membimbangkan dan seterusnya
memberi impak yang besar terhadap nasib bahasa kebangsaan kita, Bahasa Malaysia.
Penggunaan bahasa rojak ini seringkali dilakukan oleh remaja kini. Ini kerana, mereka
terdedah dengan persekitaran yang terlampau memberi pengaruh bukan sahaja dari segi
perlakuan, malah dari segi mereka berbahasa. Contoh, penggunaan bahasa rojak ialah:

i. “picture td colour biru nie oren lak mcm ner wat nie?”
ii. “best gak…coz penceramah datang khas dr mpc… dia perkenalkan new criteria for
5s.”

Langkah Mengatasi Isu Kesantunan Bahasa

1. Peranan institusi keluarga

 Mempraktikkan gaya pertuturan atau perbualan yang sopan dan teratur.
 Perlu tegas dalam mendidik anak-anak agar generasi muda terbiasa dengan disiplin dan

pertuturan bahasa yang sopan tidak kira di mana mereka berada terutamanya ketika
menggunakan laman sosial.
2. Peranan pihak sekolah

95

KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM
 Menggalakkan para pelajar menggunakan bahasa yang sopan dan beradab dalam pertuturan
yang diucapkan sesama mereka ketika berada di dalam dan luar sekolah.
 Menganjurkan kempen-kempen yang berkaitan dengan budi bahasa untuk diterapkan dalam
kalangan pelajar
 Menerapkan penggunaan bahasa yang santun dalam teknologi maklumat dan komunikasi.
3. Penganjuran Kempen
 Pihak berkuasa harus kerap mengadakan kempen menyedarkan para remaja tentang budaya
kesantunan bahasa yang perlu diamalkan dalam kehidupan seharian sama ada ketika dengan
rakan sebaya, orang yang lebih tua atau orang asing.
4. Peranan Media Massa
 Media massa perlu menggunakan bahasa yang sesuai dan bersopan dalam penyampaian
serta komunikasi yang disiarkan. Ini kerana ia mampu mempengaruhi penggunaan bahasa
dalam kalangan masyarakat

96

KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM

TOPIK 19: UNSUR-UNSUR KHURAFAT DALAM FILEM

Oleh:
Roshadah Abu Bakar

Pengenalan

Filem adalah salah satu bahan hiburan masa kini yang sangat diminati oleh golongan remaja masa
kini. Filem yang mengandungi tema, jalan cerita, adegan atau dialog yang menyentuh hal-hal agama
juga dibenarkan. Walau bagaimanapun perkara-perkara tersebut perlu diberi perhatian dan diteliti
secara mendalam supaya tidak menimbulkan kontroversi dan keraguan dalam kalangan masyarakat.
Di antaranya ialah yang mengandungi unsur-unsur khurafat yang bercanggah dengan ajaran Islam.

Takrif Khurafat dalam filem

Khurafat ditakrifkan sebagai kepercayaan dan perbuatan karut yang dianggap mempunyai hubungan
dengan agama Islam sedangkan pada hakikatnya bertentangan dengan konsep tauhid dan syariat
dalam Islam contohnya cerita-cerita rekaan khayalan, ajaran-ajaran, pantang larang, adat istiadat,
ramalan-ramalan, pemujaan atau kepercayaan yang bersifat karut atau dusta menyimpang daripada
ajaran Islam.

Manakala menurut Akta Penapisan Filem 2002 (Akta 620) filem adalah bermaksud:

(i) Sesuatu filem sinematografi
(ii) Sesuatu pita video, disket, cakera laser, cakera padat, cakera keras dan rekod lain;

yang asal atau pendua bagi suatu urutan imej gambar tampak, yang merupakan suatu
rekod yang dapat digunakan sebagai suatu cara untuk menunjukkan urutan itu
sebagai suatu gambar bergerak, sama ada atau tidak diiringi dengan bunyi.

Hukum mempercayainya
Hukum mempercayai khurafat, tahyul dan kebudayaan karut adalah syirik, kerana menganggap
kuasa lain boleh mendatangkan manfaat, selain daripada kekuasaan Allah SWT.

Maksud firman Allah S.W.T. (Yunus: 106)”:

“Dan janganlah engkau menyembah atau memuja yang lain daripada Allah, yang tidak
dapat mendatangkan manfaat kepadamu dan juga tidak dapat mendatangkan mudharat
kepadamu. Sekiranya engkau mengerjakan yang demikian maka jadilah engkau orang-
orang yang berlaku zalim.”

Contoh perbuatan khurafat

Contoh perbuatan khurafat yang masih diamalkan dalam kalangan masyarakat Malaysia adalah:

97

KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM

1. Mempercayai azimat dan kesaktian yang boleh menahan sesuatu bahaya kepada
seseorang

2. Mempercayai binatang seperti burung boleh membawa tuah atau sial
3. Mengunjungi kubur yang dianggap keramat
4. Mandi safar,
5. Melenggang perut,
6. Menanam uri atau tembuni bersama objek-objek tertentu.

Amalan memuja dan memohon pertolongan daripada makhluk lain selain Allah SWT seperti
yang selalu dilakukan oleh sesetengah bomoh dan dukun adalah syirik dan menyesatkan. Orang-
orang yang bersahabat menggunakan jin, tukang sihir, tukang tenung adalah tergolong dalam
golongan orang yang bodoh dan menzalimi diri sendiri.

Amalan penggunaan azimat atau tangkal sebagai pelindung diri seperti ilmu kebal, ilmu
pengasih, ilmu pelemah hati, ilmu penjauh jin dan sebagainya yang dicampuradukkan dengan sihir
adalah menyeleweng dari ajaran Islam.

Namun masyarakat masa kini sentiasa dipaparkan dengan penayangan filem-filem seram
atau hantu yang begitu banyak sejak akhir-akhir ini yang mana menimbulkan keresahan dan
kebimbangan khususnya dalam kalangan masyarakat Islam. Penghasilan filem-filem ini sangat
memberi kesan dalam kehidupan masyarakat kerana masyarakat akan terikut-ikut dengan perbuatan
dan tingkah laku yang selalu dipertontonkan.

Dalam akhbar Utusan Malaysia (2011), bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir
Mohamad telah menyelar filem-filem seram dan hantu yang banyak berunsurkan
khurafat telah meracuni pemikiran masyarakat. Generasi muda yang bakal memerintah
negara akan terikut-ikut menggunakan 'ramalan' dan pak nujum, ilmu penunduk dan
ilmu penggerun yang mampu merosakkan akidah umat Islam dan memperbodoh-
bodohkan masyarakat serta tidak mendidik masyarakat untuk menjadi lebih baik dan
insaf atas kesilapan yang telah dilakukan.

Faktor Penyebab Wujudnya unsur khurafat masa kini

Antara faktor penyebab wujudnya unsur khurafat dalam masyarakat masa kini ialah:-

1. Kurang iman kepada Allah
2. Kurang ilmu agama sehingga sukar membezakan amalan benar dan khurafat
3. Terpengaruh dengan tayangan filem-filem atau drama yang berunsurkan khurafat
4. Terpengaruh dengan golongan yang bebas mengamalkan perkara khurafat
5. Ingin mencari jalan mudah untuk menjadi kaya dan terkenal
6. Perasaan ingin mencuba yang semakin tinggi

98

KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM
Contoh senarai filem, drama atau sebarang audio visual mengandungi unsur-unsur khurafat.

FILEM DRAMA

1.Jangan pandang belakang 1.Puaka Niyang Rapik
2.Rasukan ablasa 2.Anak Betong
3.Histeria 3.Bilik 13
4.Syaitan 4.Seram
5.Maut 5.Susuk
6.Akhirat 6.Kliwon
7.Zombi Kampung Pisang 7.Kekasihku seru
8.Congkak
9.Pontianak Harum Sundal Malam
10.Warisan

Filem-filem berkenaan lebih banyak mengajar dan memberi contoh kepada yang batil dan
menjadikan masyarakat lebih 'takut' terutama kepada kanak-kanak dan mereka yang tidak
mempunyai didikan agama yang kukuh akan terikut-ikut perbuatan tersebut. Kesan tayangan filem
kepada kanak-kanak telah lama dikenalpasti sama ada melalui kajian, penelitian, pengamalan dan
pemerhatian sejak tahun-tahun 1950-an lagi.

Isu filem berunsur khurafat masa kini

Di ntara isu-isu filem yang berunsur khurafat masa kini yang sangat membimbangkan masyarakat
ialah:

1. Filem yang membawa kepada terpesong akidah umat Islam. Contohnya terdapat satu babak
dalam filem “Maut” yang memberi gambaran tentang kehidupan selepas kematian dan
seksaan yang akan berlaku. Ia dikhuatiri boleh memesongkan akidah kerana penonton akan
menganggap siksaan yang berlaku adalah benar-benar seperti yang digambarkan.

2. Filem yang berbentuk sihir yang ditayangkan seperti pemujaan benda ghaib atau bacaan
yang tidak difahami merupakan adaptasi perlakuan syirik oleh penonton. Contohnya filem
Jangan Pandang Belakang yang memaparkan pemujaan dan kepercayaan yang bersifat karut
kerana ditakuti sedikit sebanyak masyarakat akan meniru perlakuan tersebut memandangkan
ramai masyarakat Malaysia yang kurang memahami dan mengamalkan konsep tauhid yang
sebenar.

99

KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM

3. Filem yang mempertontonkan cerita-cerita rekaan khayalan, ajaran-ajaran, pantang

larang, adat istiadat, ramalan-ramalan dusta yang menyimpang daripada ajaran Islam

contohnya drama Susuk, Seram, Puaka Niyang Rapik dan lain-lain yang menganggap

makhluk-makhluk lain yang mempunyai kuasa luar biasa yang tiada tolok bandingnya

seolah-olah menidakkan kuasa yang Maha Besar Allah SWT. Masyarakat akan terpengaruh

untuk pergi menemui kahin (dukun) apabila ditimpa satu musibah rentetan daripada

kebolehan luar biasa jin ini. Ini menyebabkan masyarakat lebih takut kepada makhluk lain

berbanding takutkan Allah SWT.

Dari Abu Hurairah radiallahu ‘anhu. Dari Nabi Sallahu alaihi wasallam bersabda
“Barangsiapa yang mendatangi kahin (dukun) dan membenarkan apa yang ia

katakan, sesungguhnya ia telah kafir terhadap apa yang diturunkan kepada
Muhammad SAW”

(HR Abu

Daud)

4. Filem yang mengandungi adegan dan dialog yang berunsur syirik dan menyentuh
akidah yang mengandungi ajaran anti-Tuhan, anti-agama, kepercayaan fanatik,

mengkritik
atau mencela mana-mana agama contohnya filem congkak, histeria dan lain-lain.
Adegan memohon pertolongan guru atau orang lain atau benda-benda tertentu seperti
batu, cincin dan sebagainya sebagai wasilah untuk sampai kepada Tuhan.

5. Filem yang mengandungi adegan guru atau murid satu-satu ajaran atau amalan atau
tarikat membuat pengakuan menerima wahyu dan guru membuat pengakuan memegang
kunci pintu syurga.

6. Filem yang mengandungi adegan mengamal zikir dengan suara yang kuat, berzikir
dalam kelambu, tempat gelap yang melibatkan pergaulan bebas lelaki dan wanita dan
adegan yang mengaku gurunya sebagai bertaraf Nabi atau Malaikat.

7. Filem yang mengandungi adegan mempercayai penjelmaan semula roh orang yang
telah mati ke dalam jasad orang yang masih hidup dan meminta izin ketika melalui pokok
besar dan sebagainya. Contohnya filem Zombie Kampong Pisang mengisarkan cerita-
cerita ‘hantu’ yang karut dan penjelmaan roh yang boleh mensyirikkan Allah SWT.

Kesan-kesan filem khurafat kepada masyarakat

1. Merosakkan akidah Islam dan memperbodohkan masyarakat

Islam tidak menerima apa juga perkara yang boleh memperbodohkan masyarakat
termasuk memvisualkan jin dan syaitan dalam bentuk drama atau filem. Momokan
mitos yang disiarkan tidak menyumbang kepada pembentukan jiwa masyarakat malah
menjadikan masyarakat berfikiran negatif dan kolot. Masyarakat juga akan memandang
ringan kepada perkara-perkara yang boleh membawa kepada perbuatan mensyirikkan
Allah SWT yang boleh merosakkan akidah umat Islam. Keadaan ini sangat bahaya
sekiranya dibiarkan berleluasa dalam masyarakat.

2. Membazir masa, tenaga dan harta dengan perkara sia-sia

100


Click to View FlipBook Version