The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by afifnie75, 2023-01-22 16:02:10

FOLIO KERJAYA SKSR 2022/2023

FOLIO KERJAYA

Pendidikan STEM Peneraju Kerjaya Masa Hadapan


BAHAGIAN A PENGENALAN


AMANI THAQIFAH Sekolah Kebangsaan Si Rusa, Port Dickson BIODATA • AMANI THAQIFAH BINTI MOHD MOHAIMIN • 03 Mac 2011 • Hospital Port Dickson PENDIDIKAN 5 JUARA Sekolah Kebangsaan Si Rusa, Port Dickson, Negeri Sembilan HOBI Membaca Dan Melayari Internet CITA-CITA Doktor AFRINA HAZIRAH Sekolah Kebangsaan Si Rusa, Port Dickson BIODATA • NUR AFRINA HAZIRAH BINTI HISHAMUDIN • 21 Januari 2011 • Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar Johor PENDIDIKAN 5 JUARA Sekolah Kebangsaan Si Rusa, Port Dickson, Negeri Sembilan HOBI Chatt dan Melayari Internet Doktor CITA-CITA


FILZAH ERYNA Sekolah Kebangsaan Si Rusa, Port Dickson BIODATA • FILZAH ERYNA AZWA BINTI MUHAMMAD NURAZLAN • 20 Januari 2011 • Hospital Kuala Pilah PENDIDIKAN 5 JUARA Sekolah Kebangsaan Si Rusa, Port Dickson, Negeri Sembilan HOBI Membaca Novel CITA-CITA Peguam NUR EZRINSHA AYU Sekolah Kebangsaan Si Rusa, Port Dickson BIODATA • NUR EZRINSHA AYU BINTI MD ZAHARIN • 21 September 2011 • Hospital Port Dickson PENDIDIKAN 5 JUARA Sekolah Kebangsaan Si Rusa, Port Dickson, Negeri Sembilan HOBI Melukis Guru Matematik CITA-CITA


BAHAGIAN A - Pengenalan BAHAGIAN B - 10 Jenis Pekerjaan BAHAGIAN C - 5 Kerjaya Pilihan BAHAGIAN D - Prospek Masa Hadapan BAHAGIAN E - Kesimpulan/ Rumusan 1 - 1 2 13 - 3 4 35 - 4 4 45 - 4 8 ⅰ ⅰ - ⅱ


Bismillahirrahmanirahim. Alhamdulillah Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat Allah swt kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya dapat kami menyiapkan tugasan kerja folio ini dengan penuh sukses. Dikesempatan ini kami ingin menghadiahkan ribuan terima kasih kepada Cikgu Sri binti Md Jaini,selaku Cikgu Kaunselor kerana telah meletakkan sepenuh kepercayaan beliau kepada kami untuk menyempurnakan tugasan penting ini. Ucapan penghargaan juga ingin kami berikan kepada Ustazah Sabrina binti Mohd. Ali kerana telah banyak memberikan idea dan bantuan mahupun kerjasama bagi merealisasikan usaha menyempurnakan tugasan ini dengan baik sekali. Selain itu, ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan tugasan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Segala bantuan yang telah kalian hulurkan teramat kami hargai. Biar jasa jadi kenangan. Sekian, terima kasih ⅱ


BAHAGIAN B 10 PEKERJAAN DALAM BIDANG SAINS & TEKNOLOGI


10 JENIS PEKERJAAN DALAM BIDANG STEM Doktor Tentera Saintis Jurutera Pensyarah Sains Astronaut Ahli Farmasi Arkitek Guru Sains Pengaturcaraan 1


Doktor Perubatan merupakan salah satu cabang sains hayat berkenaan menjaga dan mengekalkan kesihatan dan rasa sihat (wellness). Dengan kata lain, perubatan ialah sains untuk mencegah dan menyembuhkan penyakit. Walau bagaimanapun, istilah ini lebih banyak digunakan untuk perkara yang berkaitan doktor dan doktor bedah. Perubatan meliputi pengetahuan sains dan penggunaan pengetahuan tersebut. Terdapat pelbagai jenis cabang sains perubatan yang spesifik kepada organ dan penyakit tertentu, sama seperti jawatan perubatan (profesi medis). Sains perubatan ialah pengetahuan mengenai sistem badan dan penyakit, manakala jawatan perubatan merujuk kepada struktur sosial kumpulan manusia yang dilatih secara rasmi untuk menggunakan pengetahuan tersebut bagi merawat penyakit. Banyak sekolah rawatan tradisi yang tidak dikira sebagai perubatan (barat).Siste m rawatan maju selain perubatan Barat ialah Sekolah Ayurvedis (di India), dan perubatan Cina Tradisional. Rencana ini akan menumpukan perhatian kepada rawatan moden (Barat). Amalan perubatan moden merupakan campuran antara seni merawat serta berbagai - bagai sains. Perubatan mempunyai hubungan terus dengan sains kesihatan dan bioperubatan. Dalam konteks lebih luas, "perubatan" hari ini merujuk kepada bidangbidang perubatan klinik , penyelidikan perubatan , pembedahan , lantasnya mengatasi masalah penyakit dan kecederaan. 1. DOKTOR PERUBATAN 2


2. TENTERA Angkatan Tentera Malaysia (ATM) merupakan benteng pertahanan negara yang bertanggungjawab untuk memastikan Malaysia terhindar daripada segala ancaman luaran samada daripada daratan, lautan dan udara manakala membantu pihak berkuasa awam didalam menangani ancaman dalaman negara. Bagi menentukan tanggungjawab tersebut sentiasa terjamin terutamanya daripada ancaman daratan, maka Tentera Darat Malaysia (TDM) atau lebih sinonim dengan nama Tentera Darat (TD) sahaja sebagai salah satu cabang didalam ATM perlu sentiasa berada dalam keadaan siap sedia sepanjang masa. TD yang berpegang kepada moto “Tentera Darat Teras Utama Kedaulatan Negara” akan terus memastikan keselamatan dan keamanan negara terjamin khususnya bagi menentukan kelangsungan politik, ekonomi dan sosial negara untuk membawa Malaysia kearah negara maju dan aman. Oleh itu sebagai sebuah organisasi yang telah wujud sejak 76 tahun (1933 - 2009) yang lalu, TD telah melalui pelbagai pembangunan baik dari segi pembangunan manusia, struktur organisasi malah dari segi peralatan dan kelengkapan pertahanan bersesuaian dengan konsep yang telah digariskan. TD sentiasa peka dengan arus pembangunan dari segi peralatan dan teknoloji semasa, lantaran itu pembangunan TD tidak dapat tidak perlu seiring dengan kemajuan teknologi semasa. 3


Bagi menjamin keupayaan TD berterusan adalah penting ianya dilengkapi dengan pelbagai peralatan dan kelengkapan operasi secukupnya serta menentukan ianya boleh digunakan setiap masa. Dalam hal ini perkembangan TD menjelang 2020 telah dirancang dan dirumuskan dalam Pelan Rancangan Tentera Darat 2 10 Plus 10 oleh kepimpinanan TD khususnya untuk mengujudkan satu ketumbukan angkatan pertahanan darat yang credible dan berkeupayaan tinggi untuk menentang sebarang kemunkinan khususnya ancaman luaran. TD kini sedang dalam proses transformasi kearah pemodenan yang bukan sahaja dalam aspek konsep operasi dan peperangan malah merangkumi pelbagai aspek teknologi pertahanan dan integrasi teknologi dengan manusia. Transformasi ini difikirkan perlu dilaksanakan dengan tersusun, seimbang, konsisten dan berkesinambungan. TD kini sedang giat merancang untuk mengganti dan menambahkan aset kapital bagi menyesuaikan organisasi yang sedia ada agar TD akan terus relevan dan disegani lawan. 4


3. AHLI SAINTIS Hari ini terdapat sejumlah ramai saintis dan tidak mudah lagi untuk mengenal mereka secara individu. Walaupun segelintir mereka lebih terkenal daripada yang lain, para saintis memberikan sumbangan mereka masing-masing mengikut bidang khusus mereka tertentu. Ia bagaikan sebuah badan yang lengkap, tanpa sebahagian yang lain, badan tersebut pastinya terjejas (walaupun fungsinya dianggap kecil). Para saintis yang terdahulu adalah lebih mudah untuk dikenali kerana mereka menemukan asas sesuatu bidang ilmu seperti matematik, fizik, kimia, biologi dan sebagainya. Apabila bidang ini semakin mengecil dan mendalam, maka ia menjadi pecahan-pecahan kecil menghasilkan lebih ramai pengkaji yang terlibat dengannya. Bagaimanapun sumbangan penemuan awal adalah begitu penting sebagai pencetus untuk menemukan yang lebih baik dan lebih tepat. Anda mungkin ingin mengetahui lebih mendalam mengenai topik ini, namun ianya tidak dapat disampaikan dalam satu artikel yang ringkas. Oleh sebab itu kita akan melihat pecahan daripada topik-topik ini di masa-masa akan datang. Ya, secara ringkas “saintis” adalah para pengkaji yang membuat perhatian sesuatu fenomena dan membentangkannya (menerangkan nya) secara ilmiah/saintifik. Sekiranya anda mampu melakukannya anda adalah – Saintis! 5


4. JURUTERA Kejuruteraan lebih mementingkan pelaksanaan jawapan bagi sesuatu masalah. Misalnya seorang saintis mungkin akan bertanya "mengapa?" dan meneruskan kajiannya untuk mencari jawapan soalan tersebut tetapi jurutera lebih berminat untuk mengetahui bagaimana untuk menyelesaikan masalah tersebut daripada mengetahui puncanya. Dengan kata lain, saintis mengkaji fenomena, manakala jurutera mencipta jalan penyelesaian untuk sesuatu masalah. Contohnya, Thomas Edison, (seorang saintis) mencipta fonograf. Beliau kemudiannya mengarahkan pembantunya yang merupakan seorang ahli teknologi atau jurutera untuk memperbaiki alat tersebut dengan membuang harmonik daripada hasil bunyinya. Tugas-tugas dalam kejuruteraan Tugas umum jurutera dalam perindustrian adalah bagi mereka bentuk sistem industri yang melibatkan sistem aktiviti manusia dan sistem kawalan pengurusan. Sistem-sistem yang dibentuk ini adalah dengan melibatkan dalam susun atur aktiviti-aktiviti pekerja, menjaga prosedur keselamatan industri dan pekerja,menerangkan tentang kaedah kerja yang lebih konsisten, menyediakan prosedur ramalan, pengurusan dalam belanjawan atau kos bahan mentah, kos pengeluaran(OUPUT), kos masukan (INPUT), dan kos bahan keperluan pekerja, penyediaan skim insentif, MRP dan sebagainya. Aktiviti-aktiviti jurutera dalam industri adalah menjalankan operasi pengeluaran bahan-bahan keperluan pengguna, mengurus sistem pengurusan dan menyediakan perkhidmatan korporat. 6


5. PENSYARAH SAINS Tenaga akademik universiti/IPT sebernanya memepunyai beberapa tahap mengikut kelayakan dan kecemerlangan akademiknya. Bermula sebagai tutor, diikuti sebagai pensyarah, pensyarah kanan, profesor madya, profesor. Tenaga akademik yang baru dilantik dipanggil tutor atau penolong pensyarah atau pensyarah pelatih. Banyak kerjaya di bidang ini kerana pelbagai bidang pengajian ditawarkan di universiti/IPT. Apatah lagi jumlah universiti/IPT tempatan bertambah dan berkembang dari tahun ke tahun. Pelajar boleh menjadi pensyarah dalam bidang perubatan, kejuruteraan, perakaunan, undang-undang, sains, teknologi maklumat, seni bina, sains sosial, pengajian Islam, syariah, usuludin, pendidikan, pertanian, pengurusan, perniagaan dan banyak lagi Tugas seorang pensyarah tidak sahaja mengajar di bilik-bilik kuliah atau menunjuk ajar di makmal, tetapi perlu banyak membaca, melakukan penyelidikan, menulis buku dan majalah dalam jurnal, membentangkan kertas kerja dalam persidangan serta lain-lain tugas yang berkaitan dengan bidang akademik seperti rundingan dan kembangan. Walaupun kerjaya ini nampaknya mencabar tetapi memberi kepuasan kepada yang meminatinya Sekiranya kursus yang diajar itu memerlukan kerja lapangan, maka pensyarah itu akan membawa pelajar ke tempat yang ditetapkan. Bidang geologi misalnya, pensyarah akan membawa pelajarnya ke tempat tertentu untuk membuat kajian terhadap batu-batan yang dikaji. Begitu juga bidang botani, zoologi, pertanian. Di bidang perubatan misalnya, pensyarah akan membimbing pelajar-pelajar dengan menunjuk ajar cara-cara merawat dan membedah pesakit di hospital. Dalam latihan industri, pensyarah membimbing pelajar menjalani latihan tersebut di syarikat-syarikat swasta serta agensi kerajaan.


6. ASTRONAUT Apa itu kejuruteraan astronautik? Kejuruteraan astronomi adalah bidang yang sangat unik yang membolehkan orang untuk mengambil bahagian dalam tugas-tugas yang hanya ada impian. Jenis ini kejuruteraan juga dikenali sebagai sains roket dan mungkin kelihatan tidak realistik, kerana mereka yang bekerja di lapangan benar-benar membuat produk seperti roket. Bidang ini mempunyai reputasi kerana penuh dengan individu yang sangat intelektual, dan dapat difahami kerana subjek itu melibatkan beberapa subjek akademik yang paling menonjol. Apa yang dilakukan oleh jurutera angkasawan? Orang yang bekerja dalam bidang ini dipanggil jurutera astronomi atau, secara umum, jurutera aeroangkasa. Mereka bertanggungjawab untuk menyelia keseluruhan proses untuk membangunkan produk pesawat dan aeroangkasa seperti roket, peluru berpandu, satelit komunikasi, pelancar ruang angkasa, kenderaan angkasa, satelit transmisi langsung, sistem navigasi angkasa, satelit pengamatan, probe planet, dan satelit penginderaan jauh. Tanggungjawab jurutera astronautik termasuk reka bentuk produk yang menggunakan prinsip kejuruteraan yang sesuai, memenuhi piawaian kualiti, mematuhi peraturan alam sekitar dan memenuhi keperluan pelanggan. 8


7. AHLI FARMASI Ahli farmasi merupakan individu berprofesional yang bekerja di farmasi menyediakan ubat-ubatan berdasarkan preskripsi daripada doktor. Selain mempunyai pengetahuan luas dan lebih baik mengenai ubat-ubatan daripada doktor, ahli farmasi juga bertugas untuk melawat ke wad bersama doktor bagi mengadakan perbincangan tentang kaedah rawatan si pesakit dan menasihatkan pesakit tentang topik kesihatan seperti pemakanan yang seimbang, pemahaman tentang penyakit atau wabak dan pengurusan stress serta kesihatan mental. Tidak salah pun ahli farmasi bersuara tentang isu kesihatan kepada masyarakat, sedangkan mereka mempunyai pengetahuan dalam bidang perubatan yang luas. Sejajar dengan kemajuan teknologi dan perkembangan industri, bidang tugas ahli farmasi semakin meluas dengan lebih banyak peluang kerjaya dibuka. Kerjaya ahli farmasi bukan sekadar bertugas di belakang kaunter mengambil ubat-ubatan dan memberi nasihat kepada pesakit di farmasi konvensional, malah ada juga ditugaskan di hospital, kilang farmaseutikal dan universiti, serta menjadi usahawan dengan membuka farmasi komuniti sendiri untuk kemudahan masyarakat awam. Selain itu, ada juga ahli-ahli farmasi berkecimpung dalam bidang akademik dengan melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran dan penyelidikan. Melalui penglibatan ahli-ahli farmasi dalam aktiviti-aktiviti akademik, program farmasi di peringkat tinggi memerlukan kepakaran oleh mereka dalam bidang-bidang farmaseutikal dan sentiasa memastikan matlamat profesional dan pendidikan farmasi tidak diabaikan pada masa hadapan. 9


8. ARKITEK Seorang arkitek adalah orang yang merancang dan mengkaji pembinaan bangunan seperti bangunan pejabat, kilang, dan sebagainya. Untuk mengamalkan seni bina bermakna menyediakan perkhidmatan yang berkaitan dengan reka bentuk bangunan dan ruang dalam laman web yang mengelilingi bangunan yang mempunyai penghuni manusia atau digunakan sebagai tujuan utama mereka. Berikut adalah bidang tugas dan skop kerja arkitek : 1) Membuat lakaran pelan berdasarkan apa yang client ingini 2) Menyediakan rekabentuk terperinci berdasarkan lakaran sebelum ini mengikut kehendak pemilik, pelanggan atau sesiapa sahaja 3) Memberikan perkhidmatan yang profesional kepada masyarakat tanpa ada bias dengan satu-satu pihak 4) Membuat rekabentuk yang mesra alam dan tidak melanggar undang-undang bangunan 5) Memberikan nasihat kepada client kesesuaian cadangan rekabentuk agar ianya menepati kos, fungsi dan teknik pembinaan 6) Menentukan susunan rekabentuk yang dicadang akan dibina oleh pihak kontraktor 7) Menyediakan construction drawing yang mudah difahami oleh pembina supaya mudah diterjemahkan oleh pembina di tapak projek 8) Membuat perancangan pembinaan mengikut keperluan perundangan seperti yang termaktub dalam Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976, Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984 (UBBL) dan keperluan yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) 9) Atkitek juga bertindak sebagai perunding antara client dan pihak kontraktor 10) Juga boleh bertindak sebagai pengurus projek yang mengawal penjadualan kerja (CPM), kualiti dan kos sesuatu projek. Jika di tapak bina atau construction site, arkitek juga mempunyai wakil tapak iaitu Resident Architect (RA), Asistant Resident Architect (ARA) dan Inspector of Work (IOW) yang mengawal selia kerj-kerja yang dibuat di tapak oleh kontraktor. Site representative ini perlu memastikan kerja-kerja yang dibuat oleh kontraktor menepati masa, kualiti dan kos yang telah dipersetujui sebelum sesuatu kontrak dijalankan. 10


9. GURU SAINS Guru ibarat ibu bapa di sekolah. Seperti kata Allahyarham Hamka: Seorang murid mestilah mengakui akan kelebihan gurunya dan rnenghormatinya kerana guru itu adalah sama dengan ibu bapa tentang kebesaran jasanya. Ibu bapa mengasuh tubuh sejak kecil, tetapi guru melatih jiwa supaya berfaedah setelah besar. Begitulah peranan guru, satu tugas yang amat berat tetapi mulia dan murni. Profesion perguruan cukup diberi perhatian oleh kerajaan melalui Kementerian Pendidikan. Maka tidak hairanlah begitu banyak maktab-maktab perguruan didirikan malah kini telah wujud sebuah universiti perguruan iaitu Universiti Pendidikan Sultan Idnis (UPSI) yang terletak di Tanjung Malim, Perak. Dalam usaha meningkatkan mutu pendidikan, Kementerian Pendidikan membuka peluang kepada guru-guru yang memiliki sijil dan diploma melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi bertujuan meningkatkan tahap akademik mereka. Ini selaras dengan usaha Kementerian Pendidikan untuk menjadikan negara sebagai pusat kecemerlangan ilmu serantau yang pastinya memerlukan tenaga pengajar di sekolah yang berkaliber. Kerjaya sebagai guru membuka peluang yang begitu luas. Semakin meningkat jumlah penduduk, maka semakin banyak guru diperlukan tidak kira di bandar raya, bandar, mahupun di luar bandar. Pendek kata di mana ada sekolah, maka di situ pastinya ada guru. Lulusan institusi pengajian di bidang ini tidak perlu bimbang kerana lepasan sijil, diploma dan ijazah pertama pasti dilamar oleh Kementerian Pendidikan selepas menamatkan pengajian. Terdapat juga guru-guru yang ditawarkan untuk berkhidmat di sekolah-sekolah swasta. Para pelajar boleh memilih kursus yang sesuai sama ada aliran sains, sastera, agama, teknik, vokasional atau bahasa. Seperti profesion lain, seorang guru dalam tugasan seharian harus berpegang kepada etika dan tata susila profesion perguruan supaya tidak lari daripada matlainat murninya. Mereka juga harus minat terhadap profesionnya serta mata pelajaran yang diajar. 11


10. PENGATURCARAAN Programmer adalah seseorang yang menulis kod untuk menciptakan perangkat komputer. Istilah ini merujuk ke seorang pakar dalam satu bahasa pemrograman komputer. Di beberapa perusahaan, posisi ini biasanya disebut sebagai software engineer. Posisi ini dicari kerana keterampilan mereka dalam menulis kod untuk membuat projek atau fitur baru yang mungkin terjadi. Mereka bertugas untuk menciptakan sebuah kode dan mengubahnya menjadi set instruksi yang dapat diikuti oleh komputer. kod sumber ini ditulis dalam bahasa pemrograman tertentu agar dapat dipahami oleh komputer. Nantinya, set instruksi inilah menghasilkan interaksi yang ada di setiap aplikasi atau perangkat lunak yang lain. Secara umum, mereka bertugas untuk terlibat dalam proses perancangan, penulisan, pengujian, debugging atau troubleshooting, dan pemeliharaan kode. Terlepas dari itu, tugas utama mereka adalah membuat program yang menghasilkan perilaku tertentu yang diinginkan. Programmer adalah penulis dan penguji kode yang digunakan untuk membuat program perangkat lunak. Mereka mengubah desain program yang dibuat oleh developer untuk menjadi instruksi yang dapat diikuti oleh komputer. Terkadang, mereka juga bekerja bersamaan dengan developer. Pemrogram harus men-debug program atau melakukan pengujian untuk memastikan bahwa mereka menghasilkan hasil yang diharapkan. Jika suatu program tidak bekerja dengan benar, mereka memeriksa kode untuk kesalahan dan memperbaikinya. Secara umum, tugas programmer adalah apa yang disebutkan di atas. 12


BAHAGIAN C 5 KERJAYA PILIHAN


5 KERJAYA PILIHAN SYARAT-SYARAT KEMASUKAN IPT YANG MENAWARKAN KURSUS PERUBATAN Syarat Kemasukan A. Syarat Am 1.Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan baik 2.Lulus dengan Kepujian dalam Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia di peringkat SPM 3.Lulus Matrikulasi KPM/Asasi Sains UM/Tahun Asas UTM dengan mendapat sekurang –kurangnya PNGK 2.00. ATAU Lulus peperiksaan STPM dengan sekurang-kurangnya NGMP 2.00 (Gred C) dalam mata pelajaran Pengajian Am; dan NGMP 2.00 (Gred C) dalam dua (2) mata pelajaran lain 4.Mengambil Malaysian University English Test (MUET) B. Keperluan Khas Program 1.Matrikulasi Sains Hayat a) Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.50; dan b) Lulus sekurang-kurangnya dengan Gred B+mata pelajaran Biologi di peringkat Matrikulasi KPM/Asasi Sains UM/Tahun Asas UTM dan Kepujian mata pelajaran Kimia di peringkat SPM c) Lulus sekurang-kurangnya dengan Gred B+ mata pelajaran Kimiadi peringkat Matrikulasi KPM/Asasi Sains UM/Tahun Asas UTM dan Kepujian mata pelajaran Biologi di peringkat SPM. 1 - DOKTOR PERUBATAN 13


2.Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) a) Lulus sekurang-kurangnya dengan Gred B+ dalam mata pelajaran Biologi pada peringkat STPM/A Level dan Kepujian mata pelajaran Kimia pada peringkat SPM/O level b) Lulus sekurang-kurangnya dengan Gred B+ dalam mata pelajaran Kimia pada peringkat STPM/A Level dan Kepujian mata pelajaran Biologi pada peringkat SPM/O level,dan c) Lulus peperiksaan amali seperti disyaratkan pada peperiksaan mata pelajaran 2(a) atau 2(b). C. Kelayakan lain sebagai ganti STPM Diploma dalam bidang yang sesuai dari UPM atau institusi yang diiktiraf D. Lain-Lain Syarat Kemasukan 1.Fasih dalam Bahasa Malaysia 2.Mencapai umur 17 tahun pada tahun kemasukan 3.Taraf kesihatan yang memuaskan 4.Memenuhi lain-lain syarat yang ditetapkan oleh Universiti 14


SARJANA MUDA 1. Mendapat sekurang-kurangnya Gred B pada A Level dalam mata pelajaran berikut : · Kimia · Biologi · Fizik atau Matematik ATAU 2. Lulus penuh peperiksaan International Baccalaureate dengan agregat tidak kurang daripada 35 dalam bidang Sains dan Matematik ATAU 3. Lulus South Australian Matriculation / AUSMAT / NSW HSC dengan TER 85 dan ke atas ATAU 4. Lulus Program Canadian International Matriculation / Canadian Pre University dengan CGPAtidak kurang daripada 3.50 Kelayakan Minimum Matrikulasi KPM / Asasi Sains UM / Asasi UiTM Syarat Am Universiti Lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia / Setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia atau kepujian Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia kertas Julai; dan Lulus Matrikulasi KPM / Asasi Sains UM / Asasi UiTM dengan mendapat sekurangkurangnya PNGK 2.00; dan Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test(MUET) 15


Senarai ipt yang menawarkan kursus perubatan = Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), = Universiti Malaya (UM), = Universiti Sains Malaysia (USM) = Universiti Putra Malaysia (UPM), = Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) = Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Ciri-Ciri Peribadi Perihatin terhadap manusia tentang masalah mereka, keperluan serta kesusahan mereka Mempunyai sifat balas kasihan, berakal, bertenaga, sabar dan tabah; Mempunyai pegangan kukuh akan prinsip-prinsip sains dan penggunaan mereka dalam masalah perubatan; Mempunyai kemahiran pemerhatian dan analisis; Mempunyai emosi yang stabil dan berkebolehan untuk membuat keputusan dalam waktukecemasan; 16


LATAR BELAKANG DOKTOR PERUBATAN Doktor Perubatan merupakan salah satu cabang sains hayat berkenaan menjaga danmengekalkan kesihatan dan rasa sihat (wellness). Dengan kata lain, perubatan ialah sains untuk mencegah dan menyembuhkan penyakit. Walau bagaimanapun, istilah ini lebih banyak digunakan untuk perkara yang berkaitan doktor dan doktor bedah. Perubatan meliputi pengetahuan sains dan penggunaan pengetahuan tersebut. Terdapat pelbagai jenis cabang sains perubatan yang spesifik kepada organ dan penyakit tertentu, sama seperti jawatan perubatan (profesi medis). Sains perubatan ialah pengetahuan mengenai sistem badan dan penyakit, manakala jawatan perubatan merujuk kepada struktur sosial kumpulan manusia yang dilatih secara rasmi untuk menggunakan pengetahuan tersebut bagi merawat penyakit. Banyak sekolah rawatan tradisi yang tidak dikira sebagai perubatan (barat).Sis tem rawatan maju selain perubatan Barat ialah Sekolah Ayurvedis (di India), dan perubatan Cina Tradisional. Rencana ini akan menumpukan perhatian kepada rawatan moden (Barat). Amalan perubatan moden merupakan campuran antara seni merawat serta berbagai - bagai sains. Perubatan mempunyai hubungan terus dengan sains kesihatan dan bioperubatan. Dalam konteks lebih luas, "perubatan" hari ini merujuk kepada bidangbidang perubatan klinik , penyelidikan perubatan , pembedahan , lantasnya mengatasi masalah penyakit dan kecederaan CIRI-CIRI PERIBADI YANG DIPERLUKAN (i)Berminat dengan profesion ini (ii)Sentiasa membantu pesakit (iii)Menguasai bidang sains dan matematik (iv)Menguasai bahasa Melayu dan Inggeris (v)Tidak takut dengan darah vi)Berkeupayaan melakukan pemeriksaan dan pembedahan (vii)Sanggup bekerja tanpa mengira masa dan tempat (viii)Berkemahiran berkomunikasi dan mengorganisasi dengan baik 17


2 – KEJURUTERAAN KIMIA Keperluan/Kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia 1. Warganegara Malaysia ; dan 2. Lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia atau Setaraf dengan mendapat sekurang-kurangnya LIMA (5) kepujian termasuk Bahasa Melayu 3. Memenuhi Syarat Am Universiti dengan mendapat sekurang-kurangnya EMPAT (4) kepujian (Gred C) dalam setiap mata pelajaran berikut :· Matematik Matematik Tambahan Fizik Dan salah satu (1) dari mata pelajaran berikut: Kimia Biologi Sains Sains Tambahan / Sains Gunaan Teknologi Kejuruteraan Prinsip Elektrik dan Elektronik Aplikasi Elektrik dan Elektronik Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik Pemesinan Berkomputer Automotif Elektrik dan Disel Lukisan Kejuruteraan Pendidikan Seni Visual / Reka Cipta 4. Lulus sekurang-kurangnya (Gred E) dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris 5. Calon tidak rabun/buta warna dan tidak cacat anggota yang menyukarkan kerja amali. Universiti Tempatan & Kursus Kejuruteraan yang diiktiraf Lembaga Jurutera Malaysia(BEM) 1) Curtin University of Technology, Sarawak Campus Malaysia 2) International Islamic University Malaysia (IIUM) 3) KDU College, Penang Campus 4) Kuala Lumpur Infrastructure University College (KLIUC) 5) Multimedia University (MMU), Kampus Cyberjaya 6) Multimedia University (MMU), Kampus Melaka 7) Monash University in Malaysia 8) Swinburne University of Technology Sarawak 9) The Asian Institute of Medicine, Science and Technology University (AIMST) 10) The University of Nottingham Malaysia Campus (UNMC) 18


11) UCSI University 12) Universiti Teknologi MARA (UiTM), Pulau Pinang 13) Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam 14) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) 15) Universiti Malaya (UM) 16) Universiti Malaysia Pahang (UMP) 17) Universiti Malaysia Sabah (UMS) 18) Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) 19) Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) 20) Universiti Selangor (UNISEL) 21) Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) 22) Universiti Putra Malaysia (UPM) 23) Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) 24) Universiti Sains Malaysia (USM) 25) Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR), Kuala Lumpur 26) Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR), Perak 27) Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) 28) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) 29) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) 30) Universiti Teknologi Petronas (UTP) 19


JURUTERA Salah satu bidang profesional yang popular tetapi masih kurang dari segi sumber manusia ialah kejuruteraan. Perkembangan pesat dalam sektor industri di negara ini meningkatkan lagi permintaan terhadap profesion ini. Sektor awam juga memerlukan jurutera dalam pelbagai bidang. Apa itu kejuruteraan? Kejuruteraan secara umumnya ialah penggunaan pengetahuan sains dan matematik untuk menyelesaikan masalah-masalah praktikal. Pengetahuan-pengetahuan ini digabungkan dengan pengalaman yang dipraktikkan sebaik-baiknya dengan menggunakan bahan-bahan dan sumber semula jadi. Jurutera ialah orang yang terlatih dalam merekacipta, membuat dan menggunakan (menjaga) jentera atau terlatih dalam mana-mana cabang kejuruteraan seperti jurutera awam, elektrik dan kapal terbang. Seseorang jurutera perlu menitikberatkan inovasi mengenai komposisi sesuatu produk dan struktur, mengubah idea-idea baru kepada realiti, menyelesaikan masalah-masalah kemahuan dan kehendak manusia, memperbaiki kaedahkaedah yang sedia ada dan merintis kaedah-kaedah baru dengan menekankan pengetahuan saintifik, kebolehan dan kepandaian yang kreatif. Keperluan dari segi kemahiran dan Organisasi yang memerlukan Jurutera di Malaysia ialah organisasi yang terlibat di dalam sektor pengangkutan, pembinaan, perlombongan, telekomunikasi, perindustrian, penyelidikan dan konsultasi LATAR BELAKANG 20


1)Lulus Dengan Baik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Pelajar harus mendapat lulus dengan baik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk memasuki program asasi/ matrikulas/ universitidalam dan luar negara. 2)Ijazah Sarjana Muda Sains (Bachelor of Science) Memeliki ijazah sarjana muda atau diploma lanjutan daripada universiti/IPT tempatan atau luar Negara dalam bidang berkaitan. Contoh : FIZIK/PHYSICS TAHUN 1/Year 1 SEMESTER 1/Semester 1 Kod Code Mata Pelajaran Subject Kredit Credit Pra-Syarat Pre-requisite SSP 1103 SSP 1133 SSP 1811 SSH 1013 SSH 1113 ULT 1022 Fizik I Physics I Fizik II Physics II Amali Fizik I Physics Practical I Matematik Perantaraan Intermediate Mathematics Statistik I Statistics I Tamadun Islam dan Tamadun Asia Islamic and Asian Civilisations 3 3 1 3 3 2 Jumlah Total 15 3 – PENSYARAH SAINS 21


1)Pensyarah • Lulus dengan cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia. • Ijazah Sarjana Muda. • Ijazah Doktor Falsafah. • Kepujian Bahasa Malaysia. • Membuktikan tahap kecemerlangan akademik yang istimewa mutunya. • Mempunyai pengalaman yang luas berkaitan bidang berkenaan. 2)Profesor Madya • Lulus dengan cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia. • Ijazah Sarjana Muda. • Ijazah Doktor Falsafah. • Kepujian Bahasa Malaysia. • Membuktikan tahap kecemerlangan akademik yang sangat istimewa mutunya. • Mempunyai pengalaman yang luas berkaitan bidang berkenaan. 3)Profesor • Lulus dengan cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia. • Ijazah Sarjana Muda. • Ijazah Doktor Falsafah. • Kepujian Bahasa Malaysia. • Membuktikan tahap kecemerlangan akademik yang terkemuka mutunya. • Mempunyai pengalaman yang luas berkaitan bidang berkenaan. 22


1) IPTA Dan IPTS Tempatan. • Universiti Teknologi Malaysia (UTM) • Universiti Teknologi Mara (UiTM) • Universiti Sains Malaysia (USM) • Universiti Malaya (UM) • Universiti Utara Malaysia (UUM) • Universiti Islam Antarabangsa (UIA) • Universiti Malaysia Sabah (UMS) • Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) • Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) • Universiti Malaysia Pahang (UMP) • Universiti Teknikal Malaysia (UteM) • Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) • Universiti Malaysia Terengganu (UMT) • Universiti Teknologi Petronas (UTP) 2) IPTA Dan IPTS Luar Negara. • Semua Universiti Luar Negara. 23


Pengajaran • Memberi kuliah • Mengendalikan latihan makmal dan kerja lapangan • Membuat penilaian pelajar melalui ujian, kuiz, tugasan dan perperiksaan akhir • Penyeliaan projek-projek pelajar. Penyelidikan • Penyelidikan jangka panjang yang dibiayai oleh kementerian sains dan teknologi, kerajaan negeri, pihak swasta • Penyelidikan jangka pendek yang dibiayai oleh universiti atau kementerian pengajian tinggi. • Penyelidikan secara kontrak melalui organisasi tempatan atau luar negeri Penulisan • Penghasilan buku-buku teks yang asli atau terjemahan • Membentangkan kertas kerja di sesuatu persidangan, seminar atau bengkel • Penghasilan bahan-bahan pengajaran seperti monograf Perundingan • Secara kontrak dengan organisasi yang memerlukan hasil daripada kepakaran yang boleh ditawarkan seperti khidmat nasihat, hasil kerja kepakaran. Perkhidmatan masyarakat • Perkhimatan nasihat, sukan dan akademik. • Ciri – Ciri Peribadi • Meminati profesion ini. • Menguasai Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dengan baik. • Berpengetahuan luas di bidang yang dipilih. • Suka membaca dan menulis bahan ilmiah/ penerbitan. • Tidak jemu membuat rujukan. • Berminat melakukan kerja-kerja penyelidikan. • Suka bertugas di makmal dan lapangan. • Sanggup membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada pelajar-pelajar 24


Terdapat pelbagai institut yang menawarkan program Diploma Farmasi dan juga Ijazah Farmasi di seluruh Malaysia. Arahan yang telah dikeluarkan oleh Lembaga Farmasi Malaysia ini sangat penting untuk memastikan kualiti graduan yang mempunyai kelayakan ijazah farmasi ini terpelihara dan mencapai standard yang sepatutnya. Terdapat 31 (tiga puluh satu) kolej/ institusi termasuk dua (2) institusi kerajaan yang telah mendapat kelulusan dari Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) untuk menjalankan program Diploma Farmasi. Dari jumlah tersebut hanya lapan (8) kolej/institusi yang telah mendapat Akreditasi Penuh dari MQA. Berikut adalah kolej/institusi yang menawarkan Diploma Farmasi: Berikut merupakan senarai university kerajaan dan swasta tempatan yang dibenarkan menawarkan kursus farmasi: 4 – AHLI FARMASI 25


Bil. No. IPT Higher Learning Institution Program Programme 1. Universiti Sains Malaysia (USM) Sarjana Muda Farmasi (kepujian)* 2. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Sarjana Muda Farmasi (kepujian)* 3. Universiti Malaya (UM) Sarjana Muda Farmasi (kepujian)* 4. Universiti Teknologi MARA (UiTM) Sarjana Muda Farmasi (kepujian)* 5. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Bachelor of Pharmacy (Hons)* 6. UCSI University Bachelor of Pharmacy (Hons)* 7. International Medical University (IMU) Master of Pharmacy (twining 2 ½ + 1 with University Strathclyde, UK) Master of Pharmacy (twining 2 + 2 with University Strathclyde, UK) Bachelor of Pharmacy (Hons)* 8. AIMST University Bachelor of Pharmacy (Hons)* 9. University Nottingham Malaysia Campus (UNMC) Master in Pharmacy 2+2 similar programme of University Nottingham, UK * 10. Cyberjaya University College of Medical Sciences (CUCMS) Bachelor of Pharmacy (Hons)* 26


Bil. No. IPT Higher Learning Institution Program Programme 11. Asia Metropolitan University (AMU) (dahulu dikenali sebagai Masterskill University College of Health Sciences (MUCH) (formerly known as Masterskill University College of Health Sciences (MUCH) Bachelor of Pharmacy (Hons) 4+0 with University La Trope, Australia Bachelor of Pharmacy (Hons) 12. Management & Science University (MSU) Bachelor of Pharmacy (Hons)* 13. SEGI University College Master of Pharmacy 2+2 twinning with University of Sunderland, UK Bachelor of Pharmacy (Honours) 14. Monash University Malaysia Campus Bachelor of Pharmacy (Hons) similar programme of Monash University, Australia 15. MAHSA University Bachelor of Pharmacy (Hons) 16. Taylor’s University Bachelor of Pharmacy (Hons) Master of Pharmacy (2+2) in collaboration with Cardiff University, UK 17. Lincoln University College Bachelor of Pharmacy (Hons) 18. Universiti Kuala Lumpur - Royal College of Medicine Perak (UniKL-RCMP) Bachelor of Pharmacy (Hons) 19. KPJ Healthcare University College Bachelor of Pharmacy (Hons) 27


Berikut pula adalah universiti yang terkenal yang menawarkan kursus farmasi di luar negara : 1) Russian State Medical University (RSMU), Russia 2) Univerity of Mansoura, Egypt 3) University Of Alenxandri, Egypt 4) University Of Cairo, Egypt 5) Universiti Gadjah Muda, Yogjakarta 6) Yale University, United State of America 7) Cardiff University, UK 8) Monash University, Australia 9) University of Sunderland, UK 10) University La Trope, Australia 11) University Nottingham, UK 12) University Strathclyde, UK Terdapat pelbagai lagi university yang menawarkan kursus ini seperti di Amerika Syarikat, Mesir Kanada, Australia, Jepun dan Britain. 28


AHLI FARMASI Seorang ahli farmasi boleh bekerja sama ada di hospital, kedai farmasi komuniti, industri farmaseutikal, unit penguatkuasaan farmasi, Biro Kawalan Farmaseutikal Kebangsaan, Universiti atau Bahagian Farmasi di Kementerian Kesihatan Malaysia (sila rujuk Jadual 1). Matlamat utama ahli farmasi di dalam semua organisasi ini ialah memastikan terapi dadah yang optimum dan rasional melalui penglibatan mereka di dalam proses penyediaan, distribusi dan pengawalan ubat-ubatan dan produk farmaseutikal yang lain serta membekalkan maklumat kepada mereka yang mempreskripsi (contoh: doktor dan pembantu perubatan) dan menggunakan (contoh: pesakit) produk farmaseutikal. Farmasi Hospital : Terdapat lebih kurang 300-350 ahli farmasi yang bertugas di hospitalhospital seluruh negara. Farmasi hospital bertanggungjawab membekalkan dan mengurus semua aspek yang berkaitan dengan penggunaan ubat bagi pesakit dalam wad dan juga pesakit luar (ambulatori). Ini termasuklah perkhidmatan farmasi klinikal seperti pemonitoran ubat-ubatan terapeutik, penyediaan nutrisi parenteral, kaunseling pesakit dan lain-lain. Misi Jabatan Perkhidmatan Farmasi ialah untuk memastikan seluruh masyarakat memperolehi produk farmaseutikal dan produk pemelihara kesihatan yang berkualiti, selamat dan berkesan termasuk nasihat mengenai penggunaannya secara rasional. Pemberian terapi dadah secara optimum kepada semua pesakit dalam dan luar akan memastikan penjagaan kesihatan mereka adalah berkualiti tinggi dan berkesan kos. Perkhidmatan farmasi yang asas yang dipraktikkan sebelum ini melibatkan perkhidmatan seperti farmasi bekalan wad, farmasi pesakit luar, perolehan dan iventori. Praktis farmasi terutamanya di hospital-hospital kerajaan, telah dipertingkatkan dengan pemberian perkhidmatan farmasi klinikal untuk memperbaiki terapi ubat dan pengurusan semua aspek yang bersangkutan dengan terapi ubat terhadap pesakit. Justeru itu, ahli farmasi harus membuat pengkhususan dalam bidang-bidang farmasi klinikal tertentu seperti yang tercatat dalam Jadual 1. Praktis farmasi di hospital di masa hadapan akan terus berkembang dan adalah dijangkakan ramai ahli farmasi akan memegang peranan sebagai ahli farmasi klinikal atau menghabiskan sebahagian daripada masa mereka membekalkan perkhidmatan penjagaan kesihatan pesakit secara langsung. Penyediaan dan distribusi ubat pula akan dikendalikan oleh mesin berkomputer dan kerja-kerja teknikal akan dilakukan oleh pembantu farmasi. 29


Farmasi Komuniti : Selain klinik, farmasi komuniti merupakan tempat yang paling mudah dikunjungi orang ramai. Ahli farmasi komuniti membekal ubat-ubatan berpreskripsi dan tanpa preskripsi kepada pesakit atau pelanggan. Aktiviti professional ahli farmasi komuniti juga melibatkan kaunseling kepada pesakit semasa mendispenkan ubat- ubatan berpreskripsi dan tanpa preskripsi. Praktis sistem perubatan di kebanyakan negara adalah berlainan dengan Malaysia. Di negara-negara seperti Amerika Syarikat, Jerman, Indonesia dan India, proses mempreskripsi ubat dan pendispensan ubat adalah berasingan. Pesakit akan berjumpa doktor di klinik untuk mendapatkan diagnosis, nasihat serta preskripsi ubat, dan kemudian berjumpa ahli farmasi komuniti untuk mendapatkan ubat yang berkenaan. Di Malaysia proses pengdiagnosan penyakit, mempreskripsi dan pendispensan ubat dilakukan oleh doktor di klinik-klinik. Dalam hal ini, ahli farmasi komuniti hanya menumpukan aktiviti perniagaan mereka kepada penjualan ubat-ubatan tanpa preskripsi. Dalam pada itu, mereka juga menjual ubat-ubatan tradisional dan alternatif, bahan-bahan kosmetik, bahan-bahan penjagaan bayi dan peralatan perubatan (contoh: kerusi roda, termometer). Aktiviti-aktiviti profesional ahli farmasi komuniti di Malaysia adalah terhad dan berkurangan jika dibandingkan dengan praktis di negara-negara maju. Di negara-negara membangun, aktiviti utama ahli farmasi komuniti adalah: • memproses preskripsi • perkhidmatan farmasi klinikal termasuk kaunseling • pemonitoran pengunaan ubat • penyediaan dan memformulasi ubat-ubatan (contoh: sediaan salap, krim) • mempromosi kesihatan • perkhidmatan lawatan farmasi (contoh: kaunseling) ke tempat tinggal (contoh: institusi warga tua) • praktis pertanian dan veterinar 30


KERJAYA AHLI FARMASI Sejajar dengan kemajuan teknologi dan perkembangan industri, bidang tugas ahli farmasi semakin meluas dengan lebih banyak peluang kerjaya dibuka. Kerjaya ahli farmasi bukan sekadar bertugas di belakang kaunter mengambil ubat-ubatan dan memberi nasihat kepada pesakit di farmasi konvensional, malah ada juga ditugaskan di hospital, kilang farmaseutikal dan universiti, serta menjadi usahawan dengan membuka farmasi komuniti sendiri untuk kemudahan masyarakat awam. Ahli farmasi di hospital kerajaan dan swasta memainkan peranan penting dalam mengurus semua aspek yang berkaitan dengan penggunaan ubat bagi pesakit dalam wad dan pesakit luar, termasuk pemonitoran ubat-ubatan terapeutik, penyediaan nutrisi parental dan kaunseling pesakit. Berbeza dengan ahli farmasi di kilang farmaseutikal, peranan mereka di industri farmaseutikal sangat penting dalam penyelidikan dan pembangunan produk ubat-ubatan, serta membangunkan formulasi ubat-ubatan supaya setiap produk ubat-ubatan selamat digunakan, berkesan dan berkualiti. Selain itu, ada juga ahli-ahli farmasi berkecimpung dalam bidang akademik dengan melibatkan diri dalam aktiviti pengajaran dan penyelidikan. Melalui penglibatan ahliahli farmasi dalam aktiviti-aktiviti akademik, program farmasi di peringkat tinggi memerlukan kepakaran oleh mereka dalam bidang-bidang farmaseutikal dan sentiasa memastikan matlamat profesional dan pendikan farmasi tidak diabaikan pada masa hadapan. Kesimpulannya, pekerjaan ahli-ahli farmasi dan peranan mereka perlulah dihargai kerana merekalah yang menyediakan ubat yang berkualiti dalam melindungi masyarakat dari kesan sampingan ubat supaya masyarakat menyedari akan kesesuaian sesuatu jenis ubat untuk sebarang penyakit. LATAR BELAKANG 31


5 – JURUTERBANG Pakej Kelayakan AkademikPra-syarat mengikuti kursus jurutera pesawat adalah seperti berikut. SPM dengan kredit yang tinggi untuk pelajaran Inggeris, BM, Maths dan Fizik. Fasih berbahasa inggeris. Sihat tubuh badan dan mental. Institusi Yang Menawarkan Latihan Yang Diiktiraf Oleh Kerajaan Jurutera pesawat ia lah seorang yang mempunyai lesen untuk membaiki pesawat. Untuk mendapatkan lesen, dia perlu mengikuti latihan dan lulus peperiksaan yang di kendalikan oleh DCA (Malaysia). Dibawah dinyatakan 3 cara untuk mendapatkan lesen. Mengikuti pengajian-anda boleh mendaftar sebagai seorang pelajar di insitusi yang diluluskan oleh DCA. Pada masa sekarang (1 Nov 2012) hanya 3 institusi yang diluluskan. Mereka ialah MAS, Delog dan APR. Mata dan Miat belum mendapat kekulusan dibawah EASA part 66. Kursus nya selama 4 tahun dan RM90,000. Kalau anda berkerja dengan airlines atau MRO, anda boleh menduduki peperiksaan. Kalau anda berkerja dengan tentera dan bertugas membaiki kapal terbang, anda boleh juga menduduki peperiksaan. 32


Industri penerbangan adalah satu industri yang unik dan berdaya maju untuk mendatangkan pulangan kepada negara. Ia juga suatu industri yang strategik dan sensitif kepada isu-isu keselamatan dan kesejahteraan, samada kepada penumpang, pengguna perkhidmatannya, mahupun keselamatan negara amnya. Oleh kerana itu, industri ini dikawal-selia oleh pelbagai peraturan, perundangan dan garis panduan yang ketat, yang sebahagian besarnya perlu diselaraskan dengan keperluan piawaian industri penerbangan antarabangsa. Dengan demikian, tenaga kerja yang terlibat d idalam industri ini, samada juruterbang, jurutera kapal terbang, mekanik mahupun pengawal trafik udara, perlu dilatih dan mendapat kelulusan, sijil serta lesen yang khusus, yang juga diiktiraf secara global. Kerjaya sebagai juruterbang sememangnya glamor tetapi penuh cabaran serta berisiko. Ramai anak muda sama ada lelaki atau perempuan menyimpan azam dan cita-cita untuk bergelar seorang juruterbang. Kerjaya ini menuntut seseorang itu berdepan dengan cabaran dan tidak gentar memandu pesawat di awan biru. Memandu kapal terbang bukan seperti memandu kereta atau kenderaan lain kerana cara pengendalian amat berbeza. Untuk memahirkan diri, seseorang itu perlu menjalani latihan khas di pusat-pusat atau sekolah-sekolah latihan penerbangan sama ada di dalam atau luar negara. Juruterbang yang berkemahiran dan terlatih mampu menerbangkan pesawat penumpang dan kargo tanpa mengira sama ada perjalanan itu jauh atau dekat. Tugas para juruterbang bermula selewat-lewatnya satu jam sebelum penerbangan. Mereka akan melaporkan diri dan menerima taklimat dan maklumat tentang setiap penerbangan yang bakal dilakukan. Sebelum penerbangan juruterbang akan menyemak pelan penerbangan berdasarkan keadaan caca, suhu, kelajuan angin dan berat pesawat semasa berlepas serta ukeperluan bahan api di samping memeriksa kelengkapan dan peralatan elektronik. Semasa dalam penerbangan pula, juruterbang akan membuat pemeriksaan rutin terhadap semua sistem yang beroperasi dan menerima serta melaksanakan arahan daripada pengawal lalu lintas udara dari mula hingga akhir penerbangan. LATAR BELAKANG KERJAYA JURUTERBANG 33


Ciri-Ciri Peribadi Yang Diperlukan Sebagai Juruterbang 1. Mempunyai minat yang mendalam terhadap kerjaya juruterbang. 2. Mempunyai keyakinan diri yang tinggi serta berani. 3. Komitmen yang tinggi serta minat yang mendalam di bidang ini. 4. Boleh berkomunikasi dengan baik. 5. Menguasai bahasa Melayu dan Inggeris dengan baik 6. Menguasai mata pelajaran sains, matematik dan fizik. 7. Berumur di antara 18 hingga 24 tahun. 8. Mempunyai rekod kesihatan yang baik dari segi fizikal dan mental. 9. Mempunyai pendengaran dan penglihatan yang baik (penglihatan 6/6 tanpa bantuan optik dan tidak buta warna). 10. Ketinggian minimum tidak kurang daripada 160 cm (5 kaki 4 inci). 11 Sanggup bekerja di luar stesen dalam tempoh masa singkat atau lama. Spesifikasi & Etika kerja cemerlang sikap berinisiatif, bertanggungjawab terhadap kerja, amanah dalam kerja, komited terhadap kerjaya, jujur sewaktu memeriksa kapal terbang dan menguruskan masa dengan teratur. 34


BAHAGIAN D PROSPEK MASA HADAPAN


35 SABAN hari, teknologi yang semakin canggih dicipta seiring dengan kemodenan dunia. Kemajuan teknologi memberi pelbagai kelebihan kepada manusia sejagat termasuk dalam aspek peluang pekerjaan. Dalam pemilihan kerjaya, kita harus mengenal pasti pekerjaan yang mempunyai permintaan tinggi dan menguasai kemahiran yang diperlukan dalam pekerjaan tersebut untuk kekal relevan dalam pasaran kerja. Menurut portal Own Your Own Future, kita perlu menganalisis pasaran kerja untuk mengetahui pekerjaan apakah yang akan mempunyai permintaan tinggi daripada majikan syarikat besar, bagaimana ia berkembang seiring dengan zaman dan beri perhatian terhadap perkembangan teknologi. Misalnya, perkembangan teknologi yang sangat laju menyebabkan syarikat besar mengambil sesiapa sahaja yang mempunyai kemahiran dalam pengekodan dan pengaturcaraan (programming) walaupun tidak mempunyai Ijazah dalam kursus Sains Komputer. Asalkan mempunyai kebolehan dan pengetahuan dalam pengekodan, anda akan terus diambil bekerja. Relevan berkongsi lima kerjaya yang dijangka akan mempunyai permintaan tinggi pada masa hadapan seperti berikut: 1.Penganalisis Data Analisis data merupakan salah satu bidang yang semakin berkembang tahun demi tahun. Syarikat-syarikat akan selalu menghalusi koleksi data dan sistem pemprosesan mereka. Antara contoh terdekat untuk memberi gambaran bidang PROSPEK KERJAYA


36 kerja penganalisis data adalah mengenal pasti bagaimana pelanggan menggunakan produk syarikat dan menggunakan data yang diperoleh untuk menaik taraf kualiti produk dan promosi kepada pelanggan. Penganalisis data diambil bekerja untuk mengumpul, mentafsir dan menilai pelbagai bentuk data bagi membantu syarikat membuat keputusan jangka pendek dan jangka panjang yang lebih baik untuk keuntungan yang lebih tinggi. Kemahiran matematik dan menganalisis yang tinggi diperlukan untuk mentafsir data. Selain itu, pemikiran yang logik, kritikal dan kreatif juga perlu dimiliki oleh seseorang yang ingin bekerja sebagai penganalisis data. Pengetahuan dan kemahiran yang luas dalam komputer juga penting kerana proses menganalisis data memerlukan komputer yang canggih serta perisian yang spesifik. 2.Pakar Keselamatan Siber Dengan lambakan data yang dibuat dan diproses, pasti akan ada pihak yang berniat jahat mencuba untuk membuat keuntungan demi kepentingan sendiri. Secara amnya, apa sahaja teknologi yang menggunakan akses internet untuk penghantaran dan penerimaan data mempunyai risiko digodam. Keselamatan siber merupakan satu sektor yang luas dan mempunyai banyak bidang yang boleh diceburi. Salah satunya ialah Penganalisis Keselamatan Maklumat yang bertanggungjawab menyimpan infrastruktur rangkaian syarikat dengan selamat. Penggodam yang beretika juga merupakan salah satu pekerjaan di bawah bidang keselamatan siber. Penggodam beretika bermaksud mereka akan melakukan beberapa sistem keselamatan bagi menghalang penggodam yang berniat jahat untuk menceroboh masuk dalam rangkaian syarikat.


37 Ketika dunia beralih kepada era pendigitalan, risiko ancaman keselamatan siber juga berkemungkinan akan meningkat. Justeru, lebih ramai pakar keselamatan siber diperlukan untuk membendung dan mengatasi ancaman keselamatan siber pada masa akan datang. 3.Jurutera Perindustrian Jurutera akan sentiasa diperlukan dalam mana-mana bidang tetapi jurutera perindustrian yang bertanggungjawab merangka masa depan keseluruhan industri tersebut. Mereka memainkan peranan yang besar dalam menentukan kejayaan sesuatu projek. Jurutera perindustrian merupakan bidang kejuruteraan yang bertanggungjawab menganalisis semua faktor campur tangan dalam proses pengeluaran produk atau perkhidmatan. Jurutera industri akan mengambil bahagian kerja dalam setiap fasa bermula dari awal dengan penilaian yang tertentu. Mereka perlu mengawal pelbagai aspek yang timbul, sama ada ekonomi, sosial atau teknikal, supaya proses diselesaikan dengan cara yang optimum. Menurut Pengasas dan Pengerusi Kumpulan SG Academy, Datuk Sri Ganes, persediaan tenaga berkemahiran untuk menghadapi industri keempat ini di Malaysia masih bertangguh kerana kebanyakan industri yang terdapat di negara ini masih lagi bergantung kepada bentuk pekerjaan manual yang memerlukan tenaga manusia.


38 Kekurangan tenaga mahir dalam perindustrian akan menyukarkan usaha memajukan sektor perindustrian negara. Untuk menuju negara yang lebih maju, kita memerlukan tenaga berkemahiran tinggi terutama dalam membangunkan sistem, aplikasi dan perkhidmatan seperti kecerdasan buatan (artificial intelligence) dan menganalisis data raya. 4.Jurutera/Pembangun Perisian Semakin kehidupan kita bergantung kepada teknologi, semakin kita perlukan orang yang berkemampuan untuk mencipta gajet yang memudahkan kehidupan seharian. Jurutera perisian semakin diburu kerana bidang ini berkembang pesat tetapi industri tersebut kekurangan individu yang mampu mencipta kod perisian. Menurut Agensi Pekerjaan Hays Malaysia, kita kekurangan jurutera dan pembangun perisian. Salah satu faktor yang menyebabkan kita kekurangan pekerja dalam bidang ini ialah gaji yang ditawarkan oleh majikan di Malaysia kurang berpatutan berbanding negara jiran seperti Singapura. Ini menyebabkan ramai graduan membuat keputusan untuk berkhidmat di negara jiran kerana tawaran gaji yang lebih lumayan. Dengan keadaan ekonomi begini, sudah tentu mereka memilih peluang yang lebih lumayan untuk meningkatkan taraf kehidupan. Dunia dikelilingi dengan kod dan ia akan kekal begitu buat beberapa ketika.


39 5.Ahli Psikologi Tidak dapat dinafikan, kehidupan kita dibelenggu dengan tekanan psikologi. Lebih banyak dan kerap menghadapi tekanan, lebih tinggi peluang untuk menghadapi masalah psikologi. Digandingkan dengan kehidupan masyarakat kini dan bagaimana dengan mudahnya kita berasa sedih apabila dihujani berita-berita negatif, jelas terlihat sesiapa sahaja boleh berada dalam keadaan yang tidak bahagia. Namun terdapat perbezaan antara ahli psikologi klinikal dengan kaunselor. Menurut Quest Psychology Services, ahli psikologi dilatih sehingga ke peringkat kedoktoran. Mereka mempunyai kepakaran dalam kajian minda dan tingkah laku manusia. Mereka juga mampu menilai dan bantu mengubati masalah gangguan emosi dan mental. Sebaliknya, kaunselor berperanan untuk memberi nasihat dan memberi tunjuk ajar kepada klien dalam aspek kehidupan, kerja dan membantu klien menyelesaikan masalah yang menyebabkan mereka berasa tertekan. Setiap pekerjaan disenaraikan telah diramalkan akan menunjukkan peningkatan terhadap permintaan. Apa yang anda tunggu lagi? Ayuh atur perjalanan karier anda untuk 10 tahun akan datang! – RELEVAN


40 SPESIFIKASI PEKERJAAN Spesifikasi kerja pula menyatakan maklumat tentang keupayaan, pendidikan, pengalaman kerja, kemahiran dan personaliti untuk melakukan sesuatu kerja. Ianya boleh disediakan selepas huraian kerja dirangka. HR perlu menyenaraikan berkenaan kelayakan, kemahiran dan kebolehan yang diperlukan untuk melaksanakan tugas dengan baik. Sebagai contoh, jika jawatan Pengurus Pemasaran, anda perlu mempunyai kelayakan 5 tahun pengalaman dalam bidang pemasaran, kemahiran untuk menjadi ketua atau memimpin dan lain-lain yang berkaitan. Maklumat yang perlu ada dalam spesifikasi kerja adalah pengetahuan dan pendidikan, kemahiran, ciri-ciri fizikal dan keperibadian. Secara mudahnya, perbezaan antara huraian kerja dan spesifikasi kerja adalah huraian kerja lebih kepada jawatan tersebut. HR perlu menganalisa tentang tugas dan tanggungjawab sesuatu jawatan supaya pekerja peka akan tanggungjawab dan tugas mereka. Manakala bagi spesifikasi kerja pula lebih kepada individu yang menyandang jawatan tersebut. HR akan menganalisa ciri-ciri yang perlu ada pada individu yang akan mengisi jawatan tersebut. Jika anda hendak belajar lebih mendalam mengenai Pengurusan Sumber Manusia, anda boleh pelajarinya di ILHAMI.


Komitmen pekerja boleh dinilai berdasarkan pelbagai faktor termasuklah ciri-ciri individu, bidang kerjaya, sistem pengurusan organisasi, persekitaran tempat kerja, hubungan dalam kalangan pekerja dan seumpamanya. Kajian lepas telah menunjukkan bahawa pekerja yang mempunyai komitmen yang tinggi akan berusaha lebih banyak daripada pekerja yang mempunyai komitmen yang rendah (Kirkman & Shapiro 2001). Komitmen pekerja merupakan suatu keinginan dalaman diri seseorang pekerja untuk terus bekerja dengan Bersungguh-sungguh, bertanggungjawab dan sanggup berkorban masa serta tenaga demi melaksanakan tugas yang diberikan oleh majikan sebaik mungkin (Culverson 2002). Oleh itu, kajian ini akan melihat faktor persekitaran kerja yang menjadi penyumbang kepada komitmen pekerja di sesebuah organisasi. Pekerja yang mempunyai komitmen yang tinggi cenderung untuk dikaitkan dengan hasil kerja yang berkualiti. Namun begitu, untuk menghasilkan pekerja yang mempunyai komitmen yang tinggi memerlukan keadaan persekitaran kerja yang berkualiti. Apabila faktor persekitaran berkualiti, pekerja akan menjadi lebih semangat untuk terus bekerja dan setia kepada organisasi. Malahan, pekerja yang mempunyai komitmen yang tinggi terhadap organisasi lebih mudah untuk memberikan sumbangan tambahan seperti inovasi dan kreativiti di mana ianya akan menyumbang ke arah keupayaan organisasi yang lebih tinggi (Bennett & Durkin 2000). SUASANA KERJA 41


Click to View FlipBook Version