STAIL KEHIDUPAN Sesetengah pekerja menghadapi tekanan emosi secara luaran dan dalaman ketika cuba membahagikan masa antara kerja dan kehidupan. Dalam keadaan dunia pada hari ini kejayaan dalam kerjaya adalah segala-galanya membuatkan keseimbangan antara kerja dan kehidupan tidak dapat dicapai. Tambahan pula, kecanggihan teknologi hari ini membuatkan kita lebih mudah untuk melihat kerja-kerja di pejabat hanya melaui tablet dengan kemudahan internet di mana-mana kita berada. Statistik daripada Harvard Business School menunjukkan 94% daripada pekerja professional meluangkan lebih 50 jam setiap minggu untuk bekerja dan lebih separuh berkata mereka pula mengunakan 65 jam seminggu. Pakar bersetuju bahawa sikap berlebihan dalam kerja membuatkan seseorang stress teruk dan mengundang masalah dalam perhubungan, institusi kekeluargaan dan kegembiraan diri sendiri. Setiap daripada mereka pasti mempunyai definisi tersendiri mengenai keseimbangan antara kerja dan kehidupan. Di sini terdapat 6 cara untuk mereka capai keseimbangan yang sebenar: 1. Kurangkan Sikap Perfectionist Mereka yang sentiasa mahu detail dalam pekerjaan dianggap sebagai perfectionist. Sikap begini akan mendatangkan banyak masalah apabila kehidupan mereka semakin mencabar dengan pelbagai tanggungjawab dalam pekerjaan, keluarga dan diri sendiri. Puder-York, seorang pegawai pelatih international berkata kunci keseimbangan dalam pekerjaan dan kehidupan adalah untuk tidak terlalu bersikap ingin sempurna dalam semua perkara kerana seorang pekerja yang berjaya adalah mereka yang bekerja bukan untuk kesempurnaan tetapi untuk mancapai kualiti yang cemerlang. 42
2. Kurangkan Pengunaan Gadjet Tidak dinafikan bahawa kemudahan teknologi hari ini sangat membantu kita dalam melaksanakan segala kerja yang diberi. Tetapi mereka harus beringat agar tidak selalu bersama dengan gadjet atau laptop kerana mereka akan cenderung untuk melihat segala kerja yang masih perlu dilakukan biarpun semasa di luar waktu anda bekerja. Robert Brooks, seorang professor psikologi di Harvard Medical School mengatakan bahawa notifikasi di telefon pintar akan memudahkan anda untuk lebih tertumpu kepada pekerjaan. Ini kerana mereka akan mudah untuk membalas pesanan ringkas ataupun email yang diterima tanpa berfikir panjang. Dengan kurangnya mereka bersama gadjet, mereka pasti akan mendapat masa yang betul-betul berkualiti antara kehidupan dengan pekerjaan. 3. Bersenam Dan Bersukan Dalam menjalani pekerjaan yang sangat meletihkan mereka harus mendapatkan keperluan yang boleh mengurangkan rasa tekanan dan stress. Bersenam dan bersukan merupakan jalan terbaik dalam membantu anda mengembalikan mood untuk bekerja kerana badan korang akan berasa lebih cergas dan bersemangat. Puder-York mencadangkan agar kita meluangkan sedikit masa setiap minggu untuk menjaga diri dengan bersenam, yoga ataupun bersukan. Bersenam bukanlah bermakna melakukan aktiviti kecerdasan secara sempurna tetapi ia boleh dimulakan dengan penjagaan diri yang membuatkan badan, minda dan jiwa berasa tenang dan sihat. 43
4. Mengurangkan Pembaziran Masa Kata orang-orang tua 'masa itu emas' kerana menunjukkan bertapa bernilainya masa dalam kehidupan. Mereka patut tahu apa perkara-perkara yang terpenting dalam kehidupan harian. Setiap perkara ini akan berbeza-beza antara mereka dan orang lain tetapi apa yang penting ialah mereka harus kenal apa yang menjadi prioriti untuk diri mereka sendiri. Setelah itu, baru mereka akan dapat masa yang betul-betul berkualiti kerana tak dibazirkan lagi dengan perkara yang tiada keperluan dan kurang penting. Ia kelihatan seperti mereka mementingkan diri tetapi ini adalah cara mereka sendiri untuk menjadi seorang yang lebih baik dalam pelbagai aspek terutama dalam kehidupan dan kerjaya. 5. Mengubah Struktur Kehidupan Mereka patut merenung dan berfikir sejenak mengenai kehidupan mereka secara total dan bertanyakan kepada diri 'Apakah perubahan yang akan membuatkan kehidupan mereka menjadi lebih mudah dan menyenangkan? Daripada memberi fokus terhadap semua perkara anda harus bijak untuk menjadi selektif bagi memilih aktiviti atau pekerjaan yang anda benar-benar berkebolehan untuk lakukan dengan penuh cemerlang. Cari perkara atau kerja yang anda boleh lakukan tetapi bukan parioriti untuk diberi kepada orang lain. Hal ini bukan sahaja membantu anda mendapatkan struktur kerja yang lebih baik tetapi dapat membantu orang lain untuk mengasah bakat mereka juga. Dengan mengubah stuktur ini anda akan mendapatkan kehidupan dan pekerjaan yang seimbang. 44
BAHAGIAN E KESIMPULAN
45 Minat Dalam Kerjaya STEM Bagi minat dalam kerjaya STEM yang merujuk kepada tingkah laku pelajar, terdapat banyak faktor yang mempengaruhi aspirasi kerjaya sains berdasarkan kajian-kajian lepas seperti jantina, lokasi sekolah, dan pencapaian (Tay et al., 2018). Kesemua faktor ini adalah ciri-ciri yang mempengaruhi minat dalam kerjaya dari aspek individual dan struktural (Wang & Staver, 2001). Bagi persekitaran pembelajaran, ianya termasuk dalam aspek faktor ramalan (Mau & Li, 2018) yang boleh mempengaruhi minat dalam kerjaya STEM. Model teori yang digunakan adalah berdasarkan social cognitive career theory (SCCT) yang menjelaskan tentang aspirasi kerjaya dalam sains. Teori ini menjelaskan bahawa pemilihan kerjaya bergantung dengan minat dan matlamat individu. Teori SCCT ini berdasarkan perkembangan Teori Bandura dalam perkaitan antara peranan individu, persekitaran dan tingkah laku (Lent et al., 1994). Oleh itu, terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi minat dalam kerjaya STEM dan salah satu faktor penting itu ialah persekitaran pembelajaran. Input Individu : Jantina Bangsa Etnik Kecenderungan Pengaruh konstektual
46 Kepentingan peranan SAINS dan teknologi dalam bidang perubatan Teknologi dalam bidang perubatan telah pesat berkembang dan telah memberikan sinar dan harapan kepada jutaan pesakit yang menderita. Teknologi-teknologi baru dan terkini dalam bidang perubatan seperti teknologi MRI, Computer Tomography, Mata Bionik, Teknologi Llizarov serta implikasiimplikasi yang terlibat samada dari aspek positif mahupun negatif. Teknologi merupakan satu konsep yang luas dan mempunyai lebih daripada satu takrifan. Teknologi moden membawa begitu banyak manfaat kepada pengguna. Dalam konteks bidang perubatan, teknologi mampu memberi rawatan yang lebih efektif dan cekap kepada para pesakit. Pesakit-pesakit yang serius seperti Tubercolosis, Polio, Leprosy dan lain-lain dapat diubati dengan perkembangan teknologi. Seiring dengan perkembangan teknologi, sesetengah pesakit kancer dapat juga dapat diubati contohnya dengan melalui sesi kemoterapi yang ternyata menggunakan teknologi moden
47 Sumbangan doktor perubatan terhadap pembangunan Negara Pegawai Perubatan merupakan tulang belakang kepada perkhidmatan kesihatan dan perubatan di negara ini. Pegawai Perubatan memainkan peranan penting dalam merancang, melaksana dan menilai semula aktiviti dan program berkaitan dengan kesihatan dan perubatan agar rakyat mempunyai kemudahan kesihatan yang berkesan, baik dan berkualiti. Peranan Pegawai Perubatan semakin penting dalam era pembangunan negara dan dunia hari ini apabila rakyat mula menyedari akan kepentingan penjagaan kesihatan dan isu berkenaan kesihatan sentiasa menjadi fokus utama kerajaan untuk memakmurkan negara. Sehubungan itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memerlukan lebih ramai Pegawai Perubatan yang kompeten, dinamik, sanggup menerima cabaran dan bersedia untuk berkhidmat kepada negara untuk menyertai sektor perkhidmatan awam. Pegawai Perubatan yang berdedikasi, komited dan amanah dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab akan memastikan rakyat menikmati perkhidmatan kesihatan yang berkualiti, mudah capai, saksama dan bertaraf dunia.
KESIMPULAN Secara keseluruhannya, Folio Kerjaya ini telah banyak membantu kami dalam memilih bidang kerjaya dan kursus yang bersesuaian dan bertepatan dengan personaliti kami. Selain itu,tugasan ini juga turut memberi rangsangan kepada kami untuk meneruskan cita-cita yang kami impikan sejak kecil lagi sehingga saya berjaya mendapatkannya. Oleh yang demikian, kami akan memastikan kami berusaha bersungguhsungguh untuk mencapai tahap terbaik dalam peperiksaan SPM bagi membuka peluang kepada kami untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan dan lain-lain. Selain itu, tugasan ini juga telah membuka mata kami menyiapkan diri kami untuk memenuhi syaratsyarat kelayakan ke universiti bagi meneruskan cita-cita kami dalam bidang perubatan dan sebagainya, seterusnya mengecapi matlamat hidup kami. 48