The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ainothman83, 2022-08-07 02:36:37

EBOOK PANDUAN SOLAT

EBOOK PANDUAN SOLAT

Panduan Lengkap Solat

1. WUDUK

Cara/Langkah Berwuduk Dengan Betul Dan Sempurna !

2. Cara/Langkah Berwuduk Dengan Betul Dan Sempurna !

1. Membersihkan kedua tangan.(3x)
2. Berkumur-kumur.(3x)
3. Membersihkan hidung.(3x)
4. Membasuh muka(3x), Berniat(dalam hati) :- Sahaja Aku Mengangkat hadas kecil
kerana Allah Taala.
5. Membasuh tangan kanan dan kiri hingga ke siku.(3x)
6. Menyapu air ke kepala.(3x)
7. Menyapu telinga kanan dan kiri.(3x)
8. Membasuh kaki kanan dan kiri hingga ke buku lali.(3x)
9. Doa :- Muhammadan abduhu warasuluh,Allahummaj alnii minat tauwaa bin, waj alnii
minalMutatah hirin, Waj alnii min ibadikas solihin



ADZAN
1. Bacaan Azdan

 Pada azan subuh pula ditambah kalimah sebanyak dua kali

selepas kali yang kedua.

 Sembahyang-sembahyang sunat yang dilakukan berjama‘ah seperti sembahyang sunat hari

raya, tarawih dan sebagainya tidak disunatkan azan dan iqamah. Cuma dilaungkan semasa

hendak menunaikannya dengan lafaz atau pada sembahyang

tarawih diucap .



2. Menjawab Azdan

Waktu selepas azan juga adalah masa mustajab berdoa, maka lebih afdhal dan ada baiknya jika
setiap kali lepas doa azan kita tambahkan dengan Asmaul Husna dan doa untuk ibu bapa.
Terlebih dahulu hendaklah dibaca 1 – 3 kali selawat sebelum membaca doa selepas azan:

Kemudian bacalah doa selepas azan berikut:

Iqamat

Iqamah bertujuan untuk memberitahu bahawa solat akan dimulakan dan mengajak mereka yang
telah hadir supaya bersedia memasuki saf untuk melakukan solat. Hukum melafazkan Iqamah
ialah sunat Muakkad.

.

Kita disunatkan menyahut, mengikuti bacaan atau menjawab lafaz Iqamat, sama sebagaimana
yang diucapkan oleh muazzin dengan perlahan satu persatu hingga akhir kecuali pada 2 kalimah
berikut:

1. Apabila bilal atau muadzin menyeru dengan lafaz kalimah :

.

Hendaklah dijawab dengan lafaz:

.

2. Apabila muazzin mengucapkan lafaz Iqamah:

Maka hendaklah dibalas dengan ucapan: .
.

Atau boleh dijawab Iqamah dengan lafaz yang lebih lengkap :

.

.

.

Abu Hurairah mengatakan bahawa Rasulullah ‫ ﷺ‬bersabda, “Apabila kamu mendengar
Iqamah, maka pergilah solat (berjemaah). Hendaklah kamu bersikap tenang dan tenteram,
jangan tergesa-gesa. Apa yang kamu dapati, solatlah kamu bersama mereka; dan mana yang
terlambat (ketinggalan), maka sempurnakanlah.”

Cara menunaikan sembahyang waktu Zuhur, Asar & Isyak

1. Berdiri tegak dan niat. [ NIAT ]

2. Takbiratul Ihram. [ TAKBIRATUL
IHRAM ]

3. Membaca doa iftitah [ DOA IFTITAH ]

4. Membaca surah Al-Fatihah dan surah
[ AL_FATIHAH ]

5. Takbir untuk rukuk bagi rakaat pertama
[ TAKBIR ]

6. Menunaikan rukuk bagi rakaat pertama
[ RUKUK ]

7. Iktidal dari rukuk dan sebelum sujud
[ IKTIDAL ]

8. Sujud pertama bagi rakaat pertama [
SUJUD ]

9. Duduk antara dua sujud dalam rakaat
pertama
[ DUDUK ANTARA DUA SUJUD ]

10. Sujud kedua bagi rakaat pertama [
SUJUD ]

11. Kembali ke rakaat kedua dimana
membaca surah
Al-Fatihah dan surah [ AL-FATIHAH ]

12. Takbir untuk rukuk bagi rakaat kedua
[ TAKBIR ]

13. Rukuk bagi rakaat kedua [ RUKUK ]

14. Iktidal dari rukuk dan sebelum sujud
bagi
rakaat kedua [ IKTIDAL ]

16. Sujud pertama bagi rakaat kedua [
SUJUD ]

17. Duduk antara dua sujud dalam rakaat
kedua
[ DUDUK ANTARA DUA SUJUD ]

18. Sujud kedua bagi rakaat kedua [ SUJUD
]

19. Membaca tahiyat awal
[ TAHIYAT AWAL ]

20. Kembali ke rakaat ketiga dimana
membaca
surahAl-Fatihah sahaja [ AL-FATIHAH ]

21.Takbir untuk rukuk bagi rakaat ketiga rukun_2.gif
[ TAKBIR ]

22. Rukuk bagi rakaat ketiga [ RUKUK ]

23. Iktidal dari rukuk dan sebelum sujud
bagi
rakaat ketiga [ IKTIDAL ]

24. Sujud pertama bagi rakaat ketiga [
SUJUD ]

25. Duduk antara dua sujud dalam rakaat
ketiga
[ DUDUK ANTARA DUA SUJUD ]

26. Sujud kedua bagi rakaat ketiga [ SUJUD
]

27. Kembali ke rakaat keempat
dimana membaca
surahAl-Fatihah sahaja [ AL-FATIHAH ]

28.Takbir untuk rukuk bagi rakaat keempat
[ TAKBIR ]

29. Rukuk bagi rakaat keempat [ RUKUK ]

30. Iktidal dari rukuk dan sebelum sujud
bagi
rakaat keempat [ IKTIDAL ]

31. Sujud pertama bagi rakaat keempat
[ SUJUD ]

32. Duduk antara dua sujud dalam rakaat
keempat
[ DUDUK ANTARA DUA SUJUD ]

33. Sujud kedua bagi rakaat keempat
[ SUJUD ]

34. Membaca tahiyat akhir
[ TAHIYAT AKHIR ]

35. Memberi salam [ SALAM ]

1. Niat Solat

NIAT SEMBAHYANG SUBUH

Maksudnya:Sahaja aku sembahyang fardhu subuh dua rakaat (*Sila
rujuk) tunai kerana Allah Ta'ala.
Rujukan:-

* tambahkan makmuman (mengikut imam), jika sembahyang
berjemaah

NIAT SEMBAHYANG ZOHOR

Bacaan dalam bahasa rumi:-
Usalli fardhaz zuhri arba'a raka'atin (*Sila rujuk) adaan lillahi ta'ala

Maksudnya:Sahaja aku sembahyang fardhu zohor empat
rakaat (*Sila rujuk)tunai kerana Allah Ta'ala.
Rujukan:-

* tambahkan makmuman (mengikut imam), jika sembahyang
berjemaah.

NIAT SEMBAHYANG ASAR

Bacaan dalam bahasa rumi:-
Usalli fardhaz asri arba'a raka'atin (*Sila rujuk) adaan lillahi ta'ala
Maksudnya:Sahaja aku sembahyang fardhu asar empat rakaat (*Sila

rujuk) tunai kerana Allah Ta'ala.
Rujukan:-

* tambahkan makmuman (mengikut imam), jika sembahyang
berjemaah.

NIAT SEMBAHYANG MAGHRIB

Bacaan dalam bahasa rumi:-
Usalli fardhaz maghribi thalatha raka'atin (*Sila rujuk) adaan lillahi

ta'ala
Ertinya:Sahaja aku sembahyang fardhu maghrib tiga rakaat (*Sila

rujuk)tunai kerana Allah Ta'ala.
Rujukan:-

* tambahkan makmuman (mengikut imam), jika sembahyang
berjemaah.

NIAT SEMBAHYANG ISYAK

Bacaan dalam bahasa rumi:-
Usalli fardhaz 'isya'i arba'a raka'atin (*Sila rujuk) adaan lillahi ta'ala

Maksudnya:Sahaja aku sembahyang fardhu 'isyak empat
rakaat (*Sila rujuk)tunai kerana Allah Ta'ala.
Rujukan:-

* tambahkan makmuman (mengikut imam), jika sembahyang
berjemaah

2. Takbiratul Ihram

BERDIRI SAMBIL MENGANGKAT TAKBIR
Melafazkan "Allahu Akhbar":-

(Allah Maha Besar)
Mengangkat takbiratul ihram sambil melafazkan"Allahu Akbar"

Mengangkat takbiratul ihram bagi lelaki

Mengangkat takbiratul ihram bagi perempuan

Di bawah menunjukkan perbezaan antara cara perempuan dan lelaki semasa mengangkat
takbiratul ihram:-

BAGI LELAKI
Angkat kedua-dua tangan ke paras telinga selepas melafazkan niat sembahyang di dalam hati
sambil itu bertakbir sepertimana di dalam gambarajah yang ditunjukkan.

Bagi lelaki, kedua - dua belah tangan di angkat di paras telinga. Lintaskan di dalam hati
ketika waktu yang sama mengangkat takbir sambil berniat untuk bersembahyang

BAGI PEREMPUAN
Angkat kedua-dua tangan ke paras telinga selepas melafazkan niat sembahyang di dalam hati

sambil itu bertakbir sepertimana di dalam gambarajah yang ditunjukkan.

Bagi perempuan, kedua - dua belah tangan tidak melebihi paras bahu. Lintaskan di dalam
hati ketika waktu yang sama mengangkat takbir sambil berniat untuk bersembahyang

3. Doa Iftitah
Tangan diletakkan di atas perut (pusat)

Maksudnya:Allah Maha Besar sebesar-besarnya. Dan puji-pujian
bagi Allah sebanyak-banyaknya. Dan maha suci Allah siang dan
malam. Kuhadapkan mukaku, kepada yang menjadikan langit dan
bumi, aku cenderung lagi berserah kepada Allah dan bukanlah aku

dari golongan orang-orang yang menyekutukan Allah.
Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku
kuserahkan hanya pada Allah tuhan seru sekelian alam. Sekali-
kali tidaklah aku menyekutukanNya . Dan dengan demikian aku
ditugaskan, dan aku adalah dari golongan orang-orang Muslim

(Islam).
Cara - cara berdiri tegak dan kedudukan tangan di antara lelaki dan perempuan:-

Membaca doa iftitah
Perbezaan antara lelaki dan perempuan (kedudukan tangan):-

Lelaki - Tangan memegang

Perempuan - Tangan di atas
Letakkan kedua tangan selepas mengangkat takbir (tangan kanan di atas tangan kiri,

beratkan ke sebelah kiri bagi lelaki).

3. Bacaan Al Fatihan

BERDIRI TEGAK DAN MEMBACA SURAH AL-FATIHAH SERTA SEBARANG SURAH
Bacaan dalam bahasa rumi:-A'uzubillahi minassyaitanir rajim.

Maksudnya: Aku berlindung dengan Allah dari godaan syaitan yang kena rejam.
SURAH AL-FATIHAH

Amin (*Sila Rujuk).

KEMUDIAN BACA SEBARANG SURAH

4. Do'a Qunut

Bacaan doa Qunut dan cara - caranya:-
Doa qunut di baca dalam rakaat akhir sembahyang Subuh di mana ia dilakukan selepas
rukuk dan sebelum sujud. Mengangkat kedua - dua tangan seperti gambarajah yang
ditunjukkan

bagi lelaki
bagi perempuan

5. Rukuk

TUNDUK DALAM KEADAAN 90 DARJAH

Bacaan dalam bahasa rumi:-
Subahana rabbial 'azimi wabihamdih. (3 Kali mengulangi bacaan)

Maksudnya:-
Maha suci Tuhanku yang Maha Agong dengan sifat kepujiannya.

BAGI LELAKI
Gambarajah di bawah menunjukkan cara rukuk bagi lelaki:-

Anda boleh juga membacanya lebih dari 3 Kali dengan kiraan ganjil contohnya 5X, 7X,
9X, 11X ataupun sekali dan sebagainya.
BAGI PEREMPUAN

Gambarajah di bawah menunjukkan cara rukuk bagi perempuan:-
Kedudukan tangan bagi muslimat ketika melakukan rukuk, siku dirapatkan kebadan.

Anda boleh juga membacanya lebih dari 3 Kali dengan kiraan ganjil contohnya 5X, 7X,
9X, 11X ataupun sekali dan sebagainya.

6. IK'TIDAL

Ik'tidal (kembali berdiri selepas rukuk)

Bacaan dalam bahasa rumi:-Sami'allahu liman hamidah.
Maksudnya: Allah mendengar orang yang memujinya.

Perbezaan antara lelaki dan perempuan semasa mengangkat takbir dan melakukan
ik'tidal

Angkat kedua-dua
tangan ke paras
telinga dan baca
ayat diatas.

BERDIRI KEMBALI SEBELUM SUJUD

Bacaan dalam bahasa rumi:-
Rabbana lakalhamdu.

Maksudnya: Ya Tuhan kami, Bagimu segala puji.
* Rabbana lakalhamdu mil assamawati wamil ardhi wamil a'maasyita min syai i'nba'du.(Ya
Tuhan kami, bagimu segala puji seisi langit dan bumi dan sebanyak yang Engkau kehendaki).

Seeloknya mata Bacaan dalam bahasa rumi:-
hendaklah Allahu Akbar

memandang ke arah Maksudnya: Allah Maha Besar
ke bawah (sejadah)

Teruskan dari kedaan diatas menuju
sujud

7. Sujud

TUNDUK HINGGA KE PARAS LANTAI
Bacaan bagi sujud dan cara - cara melakukan sujud:-

Bacaan di dalam bahasa rumi:-Subhana rabbiayal a'kla wabihamdih (3 Kali mengulangi
bacaan).

Maksudnya: Maha Suci Tuhanku yang Maha Mulia dengan sifat kepujiannya.

Kedua tangan paras lantai, dahi juga hendaklah berkeadaan seperti di sebelah.

8. Duduk antara dua sujud

DUDUK SEPERTI MELUTUT

Antara bacaan dan cara - cara duduk antara dua sujud:-

Bacaan dalam bahasa rumi:-Rabbighfirli warhamni wajburni
warfa'kni warzuqni wahdini wa'afini wa'kfu 'anni.
Maksudnya:

Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku, perbaikilah aku,
angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah

aku dan maafkanlah aku.

Cara duduk bagi duduk antara dua sujud bagi lelaki dan perempuan adalah sama seperti
gambarajah di bawah:-

Cara duduk Kedudukan kaki Kedudukan tangan
antara lelaki

dan
perempuan
adalah sama

KEMUDIAN LAKUKAN SUJUD KEDUA SEBELUM ITU BACA

Melafazkan "Allah Akhbar" ketika melakukan sujud kedua selepas duduk antara dua
sujud

Allahu Akhbar
Maksudnya:
Allah Maha Besar

9. Tahiyat Awal

DUDUK BERSIMPUH SAMBIL MEMBACA TAHIYAT AWAL
Bacaan tahiyat awal dan cara duduknya:-

Cara duduk bagi lelaki dan perempuan adalah sama seperti gambarajah di atas

Cara mengangkat jari telunjuk:-

kedudukan jari dan tangan

Apabila bacan sampai kepada"Asyhadualla ilaha illallah"dan seterusnya, hendaklah
mengangkat jari telunjuk sebelah kanan

Cara kedudukan bagi lelaki dan perempuan adalah sama dari segi cara duduk dan cara
mengangkat jari telunjuk semasa membaca"Asyhadualla ilaha illallah. Wa-asy-hadu anna

Muhammadar rasulullah" dalam tahiyat awal.

10.Tahiyat Akhir

DUDUK BERSIMPUH SAMBIL MEMBACA TAHIYAT AKHIR

Cara duduk bagi lelaki dan perempuan adalah sama seperti gambarajah di atas

Cara kedudukan tangan dan cara mengangkat jari telunjuk:-

kedudukan jari dan tangan
Apabila bacaan sampai kepada "Asyhadualla ilaha illallah" dan seterusnya, hendaklah

mengangkat jari telunjuk sebelah kanan

11.Memberi Salam

SALAM KE KANAN
Bacaan dan cara meberi salam

Maksudnya: Sejahtera dan rahmat untukmu semoga dirahmati Allah.

Memalingkan wajah ke kanan sambil memberi salam
Salam hendaklah diberikan selepas selesai mengerjakan semua rukun - rukun solat dengan
di dahului salam ke kanan dan diikuti salam ke kiri.Cara memberi salam antara lelaki dan

perempuan adalah sama.

Hendaklah berpaling ke arah kanan sambil memberi salam.
Jika sembahyang berjemaah hendaklah tunggu sehingga imam memberi salam terlebih dahulu.

SALAM KE KIRI
Bacaan dan cara meberi salam

Maksudnya:Sejahtera dan rahmat untukmu semoga dirahmati Allah.

Memalingkan wajah ke kiri sambil memberi salam
Salam hendaklah diberikan selepas selesai mengerjakan semua rukun - rukun solat dengan
di dahului salam ke kanan dan diikuti salam ke kiri.Cara memberi salam antara lelaki dan

perempuan adalah sama.

Hendaklah berpaling ke arah kiri sambil memberi salam.
Jika sembahyaang berjemaah hendaklah tunggu sehingga imam memberi salam terlebih dahulu.

Sujud Sahwi.

Sujud sahwi adalah sujud kerana lupa atau ragu-ragu dalam sembahyang. Hukum
sujud sahwi adalah sunat. Ia dilakukan setelah membaca tahiyat akhir tetapi sebelum
memberi salam. Ada juga pendapat yang membolehkan melakukan sujud sahwi
setelah salam (jika terlupa melakukannya sebelum salam).

Merasa ragu-ragu atau was-was dalam ibadah adalah salah satu sebab ibadah itu
ditolak. Ia adalah kerja Syaitan untuk melalaikan manusia dalam ibadahnya itu.
Kerana dilalaikan Syaitan, kita sering terlupa dan tidak khusyuk ketika sedang
bersembahyang. Maka cara untuk menutup kekurangan dalam sembahyang, kita
disunatkan untuk membuat sujud sahwi di akhir sembahyang itu.

Sujud sahwi hanya boleh dibuat jika berlaku perkara-perkara berikut ini:-

** Terlupa atau syak pada bilangan rakaat.

Seringkali kita akan terlupa tentang rakaat yang sedang dilakukan kerana kita khayal
dan tidak kusyuk. Cara mengatasinya ialah dengan segera menetapkan rakaat yang
sedang kita berada di dalamnya itu. Contoh; kita tidak ingat sama ada kita sedang
dalam rakaat kedua atau ketiga, maka tetapkan bahawa ia adalah rakaat kedua dan
teruskan sembahyang itu sehingga selesai dan ditutup dengan sujud sahwi. Jangan lagi
diingat-ingatkan sama ada rakaat itu betul atau salah kerana ia akan mendatangkan
rasa ragu-ragu atau was-was. Sembahyang akan menjadi tidak sah dan batal jika ada
rasa ragu-ragu dan was-was. (Jika terlupa bilangan rakaat adalah lebih selamat untuk
memilih rakaat yang yang terdahulu atau yang sedikit).

** Terlupa tahiyat awal.

Banyak kali juga kita akan terlupa untuk duduk tahiyat awal dalam rakaat kedua.
Hanya apabila telah berdiri untuk rakaat ketiga baharu kita sedari bahawa kita terlupa
untuk duduk tahiyat awal. Duduk tahiyat awal dan membaca tahiyat awal adalah sunat
ab'ad dalam sembahyang maka jika terlupa melakukannya, ia tidak akan membatalkan
sembahyang itu.. Maka tidak perlu untuk mengulangi rakaat tersebut. Hendaklah
diteruskan sembahyang itu sehingga selesai lalu ditutup dengan sujud sahwi.

** Terlupa membaca doa Qunut.

Hukum membaca doa Qunut menurut mazhab Syafiee adalah sunat ab'ad dalam
sembahayang fardu Subuh. Terlupa membacanya tidaklah membatalkan atau
merosakkan sembahyang. Tutup kekurangan itu dengan sujud sahwi di akhir

sembahyang sebelum memberi salam.

** Terlupa atau syak pada rukun sembahyang.

Rukun sembahyang tidak boleh ditinggalkan dan tidak boleh ada syak padanya. Jika
rasa ragu-ragu atau tersilap kerana terlupa, hendaklah diperbaiki rukun sembahyang
itu dengan segera. Tidak boleh teruskan sembahyang dalam keadaan ragu-ragu atau
was-was dalam sembahyang. Sembahyang yang tidak yakin pada rukun-rukunnya
adalah sembahyang yang tidak sah.

Contoh 1 - jika ketika sujud, merasa ragu-ragu dan tidak ingat sama ada dia telah
melakukan rukuk atau tidak. Maka ketika itu dia wajib mengulangi semula rakaat
tersebut kemudian teruskan sembahyang sehingga selesai dan ditutup dengan sujud
sahwi.

Contoh 2 - membaca surah al-Fatehah bukan pada tempatnya kerana berkhayal dan
tidak kyusuk. Apabila dia tersedar hendaklah diberhentikan bacaan itu dengan segera
lalu teruskan sembahyangnya seperti biasa. Buat sujud sahwi sebelum memberi salam.
Tetapi jika rasa syak pada bacaan al-Fatehah sedangkan dia masih dalam rukun
berdiri, ulanglah bacaan al-Fatehah itu pada masa itu juga dan tidak perlu mengulang
rakaat itu dan tidak perlu buat sujud sahwi.

Selain dari perkara-perkara ini, sujud sahwi juga sunat dibuat jika kita melakukan
perkara-perkara yang boleh membatalkan sembahyang kerana terlupa. Seperti
bergerak 3 kali beturut-turut atau melafazkan sesuatu yang bukan bacaan
sembahyang.

Sujud sahwi adalah hanya untuk kesilapan atau terlupa pada rukun-rukun dan sunat-
sunat ab'ad sahaja. Bagi kesalahan pada sunat hai'at tidak disunatkan buat sujud sahwi
maka tidaklah perlu kita buat sujud sahwi di akhir sembahyang andainya kita terlupa
untuk membaca surah selepas al-Fatehah, terlupa membaca doa iftitah, tidak
mengangkat tangan ketika bertakbir, tidak membaca tasbih ketika rukuk atau sujud
dan seterusnya.

Cara-cara sujud sahwi.
Setelah selesai membaca tahiyat akhir, hendaklah duduk iftirasy (seperti tahiyat awal)
lalu berniat sujud sahwi. Buat dua kali sujud diselangi dengan duduk antara dua sujud.
Setiap pergerakan bacalah takbir intiqalat (ALLAHUAKBAR). Kemudian duduk
kembali seperti dalam tahiyat akhir. Beri salam pertama dan kedua tanpa perlu
membaca tahiyat akhir lagi. Selesailah sembahyang itu dengan sempurna.

Bacaan sujud sahwi.
Bacaan dalam sujud sahwi adalah sunat. Tidak ada bacaan tertentu yang ditetapkan.
Boleh saja baca tasbih seperti dalam sujud rukun biasa atau jika suka bolehlah baca
tasbih seperti di bawah ini sebanyak 3 kali:-

Maha Suci Tuhan Yang tidak tidur dan tidak lupa.

Perhatian:-

* Tidak boleh buat sujud sahwi jika tiada apa-apa kesilapan atau terlupa dalam
sembahyang. Hukumnya sembahyangnya akan batal kerana menambah perbuatan
sembahyang tanpa sebab. Wajib mengulangi sembahyang itu.

* Jika buat sujud sahwi dengan niat andai ada apa-apa kesilapan di dalam sembahyang
yang tidak disedari dapatlah ditutup, maka sembahyangnya juga batal kerana itu tanda
ragu-ragu dan was-was. Wajib mengulangi sembahyangnya sehingga datang rasa
yakin.

* Jika setelah buat sujud sahwi kerana ada kesilapan atau terlupa, tetapi tetap ada rasa
ragu-ragu setelah selesai sembahyang itu, maka sembahyang itu menjadi batal kerana
tidak boleh ada rasa ragu-ragu dan was-was dalam ibadah sembahyang. Wajib
mengulangi sembahyang itu.

* Jangan sekali-kali hentikan sembahyang secara mendadak kerana merasa telah
melakukan kesilapan. Hukum membatalkan atau keluar dari sembahyang dengan
sengaja adalah berdosa. Jika telah tersilap dalam sembahyang, perbaikilah kesilapan
itu dalam sembahyang itu juga lalu ditutup dengan sujud sahwi. Jika terpaksa batalkan
atau hendak keluar dari sembahayang kerana sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan
(seperti perut yang memulas), maka segeralah bersujud dan beri salam dan niat untuk
keluar dari sembahyang itu.

* Hukum sujud sahwi di dalam sembahyang berjemaah adalah wajib atas makmum
mengikut imam seperti berikut:-

1) Jika imam buat sujud sahwi sebelum salam, wajib atas makmum untuk sujud juga

walau pun makmum tidak mengetahui apakah kesilapan imam. Jika makmum tidak
buat sujud sahwi, sembahyangnya menjadi batal dan perlu diulang sendirian.

2) Jika imam tidak buat sujud sahwi walau pun makmum tahu dia telah melakukan
kesilapan, makmun tidak boleh buat sujud sahwi itu. Jika dilakukan, maka
sembahyang makmum akan batal.

Sujud sahwi bagi imam adalah sunat ab'ad.

Kaedah :

Sujud sahwi adalah sujud sebanyak 2 kali yang dilakukan sesudah membaca Tasyahud
akhir dan Selawat (Tahiyaat Akhir), tepatnya sebelum mengucapkan salam.

Apakah sebab-sebab yang mengharuskan sujud sahwi? Ada 3 perkara iaitu:

(1) Penambahan gerakan (al-Ziyadah). Misalnya seseorang menambah jumlah rukuk, sujud,
berdiri atau duduknya.

(2) Pengurangan (Naqs). Misalnya seseorang kurang dalam melaksanakan rukun atau hal yang
wajib dalam solat.

(3) Ragu-ragu (Shak). Misalnya dia ragu-ragu tentang jumlah rakaat solat samada tiga atau
empat.

Hadis yang berkenaan dengan Sujud sahwi di antaranya yang diriwayatkan Abu Sa’id Al-
Khudri, ia berkata, “Rasulullah SAW bersabda, “Apabila salah seorang di antara kalian ragu di
dalam solatnya sehingga ia tak tahu lagi apakah ia sudah melakukan solat sebanyak tiga rakaat
atau empat rakaat, hendaklah dibuangnya keraguan itu dan yang ia yakini, kemudian hendaknya
ia sujud sebanyak dua kali sebelum melakukan salam. Sekiranya ia telah melakukan solat 5
Rakaat, bererti solatnya telah digenapkan dengan Sujud sahwinya itu. Dan sekiranya ia solat
tepat empat rakaat, dua sujud itu menghinakan bagi Syaitan.” (HR. Ahmad dan Muslim).

Diriwayatkan pula dari Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda, “Sesungguhnya setan itu masuk
di antara anak Adam dan Nafsunya, sehingga ia tidak tahu sudah berapa rakaat ia melakukan
solat. Maka bila seorang di antara kalian mengalami hal demikian, hendaklah ia sujud dua kali
sebelum memberi salam.” (HR. Abu Ahmad dan Ibnu Majah).

Apakah yang harus dibaca ketika sujud sahwi?

Ada perbezaan pendapat tentang bacaan. Yang umumnya kita telah diajar untuk membaca:

‫ُﺳ ْﺒ َﺤﺎ َن َﻣ ْﻦ ﻻَ ﯾَﻨَﺎ ُم َوﻻَ ﯾَ ْﺴﮭُﻮ‬

(Mahasuci Tuhan yang tidak tidur dan tidak lupa)
Tetapi hadis-hadis Rasulullah SAW berkaitan dengan sujud sahwi, ternyata baginda SAW tidak
pernah mengajar bacaan khusus yang perlu dibaca ketika sujud sahwi ini. Apa yang dapat kita
simpulkan di sini bahawa bacaan ketika sujud sahwi adalah sama seperti yang dibacakan dalam
sujud solat yang biasa:

‫ُﺳ ْﺒ َﺤﺎ َن َرﺑﱢ َﻲ اﻷَ ْﻋﻠَﻰ َوﺑِ َﺤ ْﻤ ِﺪ ِه‬

Maha suci Tuhanku dan segala puji bagi-Nya.

Kita juga dibolehkan melakukan dua kali sujud itu sahaja tanpa membaca apa-apa jika
dipandukan dengan hadis Nabi SAW.

Wirid dan Doa selepas Sembahyang


Click to View FlipBook Version