The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ainothman83, 2022-08-07 02:36:37

EBOOK PANDUAN SOLAT

EBOOK PANDUAN SOLAT

DOA RINGKAS SELEPAS SEMBAHYANG

Maksudnya:

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam. Selawat dan sejahtera semoga dilimpahkan
ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas
keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya.

Ya Allah, wahai Tuhan kami, hidupkan kami dengan iman, matikan kami dalam iman, serta
masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama iman.

Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa kesalahan kami dan dosa-dosa kesalahan kedua
ibu bapa kami, serta kesihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani
kami semasa masih kecil.

Ya Allah, akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya Engkau
akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik.

Ya Allah, ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau
kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha
Pengurnia.

Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia ini dan juga di akhirat, dan
peliharalah kami daripada azab neraka.

Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke
atas seluruh keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Dan segala puji itu tertentu bagi Allah, Tuhan
pentadbir seluruh alam.

Solat Jenazah

Panduan Solat Jenazah

Seringkali kita lihat di sekeliling kita satu persatu orang pergi meninggalkan keluarga dan
sahabat handai, itu dinamakan sudah ajal. Apabila seseorang itu mati, maka menjadi
tanggungjawab sesetengah daripada manusia di sekelilingnya untuk menguruskan jenazahnya
kerana menguruskan jenazah hukumnya fardhu kifayah yakni jika ada satu golongan sudah
melaksanakannya, maka semua golongan di sesuatu tempat itu terlepas dari dosa besar.
Walaupun hukumnya fardhu kifayah, apa yang dapat aku lihat masih ramai yang tidak
mengetahui bagaimana untuk melakukan solat jenazah. Sebaik-baik mayat yang disolatkan
adalah diimamkan oleh anaknya sendiri. Jadi cuba korang tepuk dada dan tanya diri sendiri,
apakah aku mengerti melakukan solat jenazah jika orang tuaku meninggal kelak? Tidak malukah
jika membiarkan penghormatan terakhir (solat) dilakukan oleh orang lain dari keluarga sendiri?

Persediaan solat jenazah:

 Mayat mestilah diletakkan melintang ke arah kiblat.
 Mayat lelaki kepalanya sebelah kiri imam dan imam berdiri di sebelah kepada atau dada

mayat.
 Mayat perempuan kepalanya sebelah kanan imam dan imam berdiri di pinggangnya.
 Bagi solat ghaib, imam dan makmum mengadap qiblat tanda ada jenazah di depan.
Disarankan saf untuk solat jenazah dijadikan sebanyak 3 baris dan makmum yang menyolatkan
mayat dituntut melebihi 40 orang. Dalam solat jenazah, tiada rukuk dan sujud, jadi makmum
harus berdiri rapat antara satu sama lain dengan makmum yang di hadapan.

Cara solat jenazah:
1. Berdiri dengan betul dan melafazkan niat solat jenazah seperti berikut.

2. Mengangkat takbir pertama ( ) berserta dengan niat di dalam hati dan diteruskan
) kemudian membaca selawat ke atas junjungan besar
dengan membaca surah Al-Fatihah.

3. Mengangkat takbir kedua (

Rasulullah s.a.w seperti berikut.

4. Mengangkat takbir ketiga ( ) kemudian membaca doa seperti berikut.

5. Mengangkat takbir keempat iaitu takbir terakhir ( ) kemudian membaca doa berikut.

6. Memberi salam ke kanan dan ke kiri.

Selesai beri salam, korang bolelah membaca surah Al-Ikhlas (3 kali), surah Al-Falaq (1 kali),
surah An-Nas (1 kali), surah Al-Fatihah (1 kali), surah Al-Baqarah ayat 1-5 (1 kali), ayat Qursi
(1 kali) dan baca doa yang sesuai.

————————-

Panduan ringkas yang turut aku sediakan di bawah. Yang penting kita mesti tahu bagaimana
untuk melaksanakan solat jenazah.

1. Niat dalam hati sambil melafazkan takbir ( ) seperti berikut:

Sahaja aku solat jenazah terhadap mayat ini, 4 takbir, fardhu kifayah kerana Allah Ta’ala.

Kemudian baca surah Al-Fatihah.

2. Setelah takbir kedua, baca selawat ke atas Nabi.

Allahumma salli ala Muhammad wa ala ali Muhammad.

3. Setelah takbir ketiga, baca doa berikut.

Allahummargh firlahu warhamhu (untuk mayat lelaki)

Allahummargh firlaha warhamha (untuk mayat perempuan)

Untuk mayat kanak-kanak yang belum baligh, tidak dibacakan doa ini kerana mereka masih
tidak dikira dosa pahala oleh malaikat.

4. Setelah takbir keempat, beri salam ke kiri dan ke kanan.

‫اﻟﻠﱠ ُﮭ ﱠﻢ َﺻ ﱢﻞ َﻋﻠَﻰ ُﻣ َﺤ ﱠﻤﺪ َو َﻋﻠَﻰ آ ِل ُﻣ َﺤ ﱠﻤ ٍﺪ‬

.

Melaksanakan Solat Jenazah secara berjemaah adalah yang paling diutamakan dalam
agama Islam dan menjadi sunnah untuk meramaikan jemaahnya sehingga Solat Jenazah ini
dihukumkan Fardhu Kifayah sepertimana dalam hal menguruskannya.
Daripada Ibnu Abbas r.a. katanya, Nabi ‫ ﷺ‬bersabda: “Tidaklah seorang lelaki Muslim yang
meninggal dunia, maka didirikan solat pada jenazahnya oleh seramai empat puluh lelaki
yang tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu, melainkan Allah SWT akan memberikan
syafaat padanya.” (Hadis riwayat Muslim.)
Tentang untuk mengerjakan solat jenazah, diperbolehkan di dalam masjid, di surau atau di
tempat-tempat lainnya yang memungkinkan solat berjemaah didirikan dengan syarat tempatnya
itu luas dan bersih.
Bagi orang perempuan dibolehkan mengikuti solat jenazah berjemaah bersama-sama dengan
orang lelaki atau boleh mendirikan solat ke atas jenazah selepas disolatkan oleh orang lelaki.

.
.

A. Rukun Solat Jenazah

.
Solat jenazah berbeza dengan solat-solat yang lain kerana cara mengerjakannya hanya dengan
berdiri dan takbir empat kali tanpa rukuk dan sujud, juga tidak perlu azan dan iqamat. Adapun
rukunnya ada empat :

1. Niat mendirikan solat jenazah yang dimaksudkan
2. Berdiri bagi yang berupaya
3. Bertakbir empat kali
4. Salam

.
.

B. Persediaan Solat Jenazah

.

1. Kedudukan jenazah yang ramai bolehlah diletakkan sama ada secara berbaris atau disusun
beberapa baris. Susunan jenazah yang paling hampir dengan imam adalah seperti berikut:

1. Jenazah lelaki dewasa
2. Jenazah kanak-kanak lelaki
3. Jenazah perempuan dewasa
4. Jenazah kanak-kanak perempuan

.

2. Kedudukan Ketika Melakukan Solat Jenazah

Kedudukan Jenazah

Jenazah Lelaki Jenazah Perempuan
1. Imam berdiri bersetentangan
dengan kepala, dada atau bahu 1. Imam berdiri bersetentangan
jenazah. dengan pinggang jenazah.

2. Kepala jenazah berada di kiri 2. Kepala jenazah berada di kanan
imam. imam.

.

3. Dalam saf (barisan) solat jenazah berjemaah, makmum disunatkan membentuk tiga saf.
Sekurang-kurangnya harus dijadikan tiga saf dengan setiap satu saf dua orang.

Daripada Malik bin Hurairah r.a. katanya, Rasulullah ‫ ﷺ‬bersabda: “Tidaklah orang mukmin

yang meninggal dunia itu didirikan solat padanya oleh tiga saf dari kalangan orang Islam,
melainkan jenazah itu diberikan pertolongan dan diampunkan dosanya.” (Hadis riwayat Abu
Daud dan Tirmizi.)

C. Niat Solat Jenazah .
.
1. Lafaz niat untuk solat jenazah lelaki/perempuan:
.

2. Lafaz niat untuk solat jenazah yang ramai: .
.

.
.

.

D. Cara Melakukan Solat Jenazah

.
Cara melakukan solat ini adalah dengan berdiri betul, rapat dan berniat melakukan solat sunat
jenazah serta terus berkeadaan berdiri sambil melafazkan bacaan tertentu sehingga salam, tanpa
melakukan rukuk dan sujud.

1. Niat Dan Takbir Pertama

Niat solat Jenazah, hendaklah dilintaskan dalam hati sewaktu takbir pertama.

2. Baca Surah Al-Fatihah
3. Takbir Kedua.

.
.

4. Membaca Selawat;.
Berselawat ke atas Nabi ‫ﷺ‬.

.

Lebih afdhal jika dapat dibaca Selawat Ibrahimiyah (Klik Di Sini).

5. Takbir Ketiga.

.

6. Membaca Doa:

Contohnya seperti doa ringkas berikut:

7. Takbir Keempat. .
.

.

.

8. Doa untuk si mati ialah:

Sebelum memberi salam, boleh juga dibaca doa berikut:

9. Memberi salam ke kanan dan ke kiri. .
.
ِ‫اَﻟ ﱠﺴﻼَ ُم َﻋﻠَ ْﯿ ُﻜ ْﻢ َو َر ْﺣ َﻤﺔُ ﱠﷲ‬ .

Salam sejahtera ke atas kamu dan Rahmat Allah serta Keberkatan-Nya. .
.
10. Bacaan Sesudah Salam
.
1. Surah Al-Ikhlas 3 kali.
2. Surah Al-Falaq 1 kali.
3. Surah An-Nas 1 kali.
4. Surah Al-Fatihah 1 kali.
5. Surah Al-Baqarah ayat 1-5.
6. Ayat Kursi 1 kali.
7. Membaca doa Solat Jenazah.

11. Contoh Doa Solat Jenazah:

Segala Puji bagi Allah, Tuhan Pentadbir seluruh alam. Rahmat dan kesejahteraan
ke atas junjungan kami Nabi Muhammad ‫ﷺ‬, penghulu semua Rasul dan juga ke
atas keluarga dan para sahabat Baginda seluruhnya. Ya Allah! Jadikanlah kubur
si mati ini sebagai sebuah taman daripada taman-taman syurga. Ya Allah!
Dikaulah Tuhan bagi si mati, Dikaulah yang menjadikannya dan Dikaulah juga
yang menunjukkannya kepada agama Islam. Dikaulah yang juga yang mencabut
nyawanya, Dikau lebih mengetahui perkara-perkara zahir dan batinnya. Kami
semua hadir atas tujuan memohon syafaat kepada-Mu untuk si mati. Ya Allah!
Ampunkanlah kesalahan kami dan segala kesalahan yang telah dilakukan oleh si
mati, limpahkanlah jua Kurnia-Mu wahai Allah, Tuhan Sebaik-baik Pengurnia
rahmat!Selawat Allah dan kesejateraan ke atas Penghulu kami Nabi Muhammad
‫ﷺ‬. dan ke atas keluarganya serta para sahabat Baginda seluruhnya. Segala Puji
bagi Allah, Tuhan Pentadbir seluruh alam.

Dari Abu Hurairah Radliyallaahu ‘anhu bahawa Nabi ‫ ﷺ‬bersabda: “Apabila kamu solat ke
atas mayat, maka ikhlaskan doa untuknya.” (Riwayat Abu Dauud dan dianggap sahih oleh
Ibnu Hibban.)


Click to View FlipBook Version