IPG KAMPUS : IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK KUMPULAN : 9 PISMP AMBILAN JUN 2020 NAMA PENSYARAH : DR. MARIA BINTI TAHIR JABATAN : JABATAN PENGAJIAN MELAYU BMLB3013 BAHASA MELAYU LESTARI KUMPULAN 2023 SEUNTAI KASIH, SEJUTA MEMORI ALBUM KOLEKSI TEMU BUAL & PANTUN
BIL. NAMA ANGKA GILIRAN KUMPULAN KELAS 1. ANIS NABILAH BINTI MD AINI 2020162340001 BM 1 2. ATIKAH BINTI MOHD NASIRUDDIN 2020162340002 BM 1 3. KHAYRINA SYAKIRA BINTI MOHAIMEY 2020162340006 BM1 4. MUHAMMAD FADHIL HANAFI BIN MOHD FAUZI 2020162340009 BM 1 5. NISA SALSABIILA BINTI ISMAIL 2020162340146 BM 1 6. NUR ANIS NABILA BINTI ABD SHUKOR 2020162340018 BM 1 7. NUR HAWANIS BINTI MOHD RIDZUAN 2020162340019 BM 1 8. NURIN BATRISYIA BINTI MOHD NAZLI 2020162340021 BM 1 9. MOHD ALIF IZZUDDIN BIN ROSLY 2020162340032 BM 2 10. MUHAMMAD KHAIRYL IKHWAN BIN ABDULLAH 2020162340037 BM 2 11. FATIN ATHIRAH BINTI SHAHRINSHAH 2020162340082 BM 4 12. NURUL FARHANA BINTI ARMAN 2020162340095 BM 4 PENSYARAH : DR. MARIA BINTI TAHIR JAWATAN : PENSYARAH JABATAN PENGAJIAN MELAYU IPGKPT KUMPULAN PELAJAR :
13. MUHAMAD HILMI BIN MOHAMED 2020162340106 BM 5 14. MUHAMMAD NORHAKIM BIN RASHIDI 2020162340107 BM 5 15. NUR AFFRINA ARISSA BINTI JAMLUS 2020162340108 BM 5 16. WONG XING HUI 2020162340056 MTE 2 17. IFFAH HAZIRAH BINTI MOHAMAD ADNAN 2020162340272 PI 5 18. SITI AISYAH RAFEEK 2020162340286 PI 5 19. SITI HAJAR BINTI MAT NAWAWI 2020162340287 PI 5 20. ALICE WONG MING HIONG 2020162340316 RBT 1 21. GOH MI XUAN 2020162340322 RBT 1 22. TEE WEI YI 2020162340330 RBT 1 23. NG RUI FANG 2020162340338 RBT 2 24. SITI WAN RASYIDAH BINTI OTHMAN 2020162340423 TESL 2 25. NURUL IZZATI BINTI ABU JAIS 2020162340444 TESL 3
1.0 Pengenalan 5.0 Lampiran 2.0 Laporan Temu Bual 3.0 Pemenang Pertandingan Bahasa Melayu Lestari 1 2 44 ISI KANDUNGAN 71 4.0 Pantun 46
Bagi memenuhi tugasan empat Bahasa Melayu Lestari BMLB3013, kumpulan pelajar dari Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Teknik, Negeri Sembilan dikehendaki menyediakan laporan kajian lapangan hasil temu bual bersama aktivis-aktivis lagu rakyat di Malaysia dan di Nusantara. Pelaksanaan sesi temu bual ini dilaksanakan adalah bertujuan untuk pendokumentasian lagu-lagu rakyat yang autentik daripada kegiatan seni aktivis-aktivis yang telah dipilih mengikut kumpulan pelajar daripada kelas Bahasa Melayu Lestari. Selain itu, kerja kurusus seperti mencipta dan menyembahkan pantun juga dihasilkan dengan tujuan menghayati lagu rakyat serta mencipta lirik-lirik lagu yang bertema melestarikan alam sekitar. Pada masa yang sama, pelajar-pelajar BMLB3013 juga telah menjalankan bengkel pantun dan bengkel teromba dalam semester ini (Ogos - November 2023). Gambar - gambar akan ditunjukkan pada lampiran. 1.0 PENGENALAN 1
2.1 TEMU BUAL BERSAMA TN. HAJI FAUZI BIN ABDULLAH Link YouTube: https://youtu.be/HbN5l1ouR4E? si=aAsVa2mvWISQJ9gp Tn. Hj Fauzi merupakan seorang individu yang telah memberi sumbangan besar dalam melestarikan dan mempromosikan lagu rakyat Malaysiamelalui penggunaan pantun dalam karya-karya seninya. Dalam sumbanganbeliau, terdapat banyak hasil-hasil karya dan pencapaian yang telah dicapai yang boleh dihayati dan dikaji. Berdasarkan sesi temu bual yang telah dijalankan, kami telah berjaya mendapat tahu beberapa hasil karya dan juga pencapaian yang akan dibincangkan seperti di bawah. Tn. Hj Fauzi telah menghasilkan satu modul PaslimaGendang yang berertipelestarian pantun dan syair pantun seloka dalam irama gendang,iaitu bagaimana kita mengajar pantun dan seloka sambil bermain gendang. Dengan itu, beliau melagurakyatkan sebuah seloka yang ada dalam teks kesusasteraan Melayu elektif dengan mengubahsuai seloka yang sedia ada untuk dijadikan bentuk pantun dan diketengahkan sebagai satu bahan untuk seloka.Menurut beliau,seloka juga merupakan salah satu elemen 2.0 LAPORAN TEMU BUAL KAJIAN LAPANGAN 2
lagu rakyat.Selain itu, beliau juga telah menghasilkan satu kertas kerja yang mengandungi unsur-unsur seksualiti dalam pantun dengan menganalisis pantun- pantun tersebutdalam buku Pantun Melayu yang terbit pada tahun 1991. Buku ini sering digunakan oleh pelajar-pelajar universiti untuk mengkaji Bahasa Melayu. Beliau mengatakan bahawa perkataan ‘sexualiti’ tidak bererti kelucahan walaupun kita lihat ada unsur-unsur kelucahan. Akan tetapi,dalam pantun ia tidak dipanggil sebagai lucah. Sebaliknya, ia dipanggil sebagai erotisme yang bermaksud tidak berbentuk objek, ia hanya bergambar dalam fikiran sahaja. Dalam pendidikan sexualiti, kita hendak mengajar anak-anak kita terutama remaja agar mereka sentiasa menjagakehormatan sendiri, menyayangi kehormatan diri mereka sama ada lelaki mahupun perempuan. Buku yang berjudul “Pencintaan dan Penghayatan Puisi Tradisional” oleh Tn. Hj Fauzi bin Abdullah adalah satu lagi contoh usaha yang signifikan dalam melestarikan lagu rakyat Malaysia. Buku ini memberikan panduan dan maklumat yang berhargatentang cara mencipta,memahami, dan mempersembahkan pelbagai bentuk puisi tradisional, termasuk pantun, syair, gendang, seloka dan gurindam. Buku ini boleh dijadikan sebagai sumber pendidikan kepada mereka yang berminat dalam seni puisi tradisional kerana ia dapat membantu membina kesedaran tentang warisan seni Malaysia dan memberikan pengetahuan kepada pembacatentang berbagaibagai jenis puisi tradisional. Beliau sebagai ahli akademik juga merupakan pencipta dan orang pertama dalammemperkenalkan seloka empat kaduk serta orang pertamayang mendendangkan gurindamdalam satu persidangan pendidikan Kebangsaan. Beliau mengatakan bahawa amat bangga dan gembira kerana ia telah menjadi satu trend popular dalam dunia sastera Bahasa Melayu. Generasi muda akan diajar untuk mengekalkan dan memelihara bahasa dan dialek tempatan melalui penggunaan bahasa tempatan dalam seloka dan gurindam. Ini adalah penting dalam usaha memelihara 3
keunikan bahasa dan budaya setempat.Akhir sekali, beliau juga ada berkongsi bahawa setiap tahun beliau akan membentangkan sekurang-kurangnya tiga hasil kajian kepada khalayakkhususnya untuk puisi tradisional, iaitusatu untuk peringkat IPG, yang kedua pada peringkat kebangsaan dan satu lagi pada peringkat antarabangsa. Beliau mengatakan bahawa sepanjang perkhidmatan, beliau tidak akan berhenti untuk mengkaji puisipuisi tradisional dan juga menghasilkan kajian yang berkaitan dengan puisi tradisional. Semangatini wajar kita belajar dan dihargai. Sebagai akhir kalam, Tn. Hj. Fauzi selaku ahli akademik dan komposer lagu rakyattelah menghasilkan pelbagaihasil karya yang berfaedah kepada dunia pendidikan. Selain perkara yang disebutkan di atas, saya percaya bahawa terdapatbanyak lagi karyayang belum beliaukongsikan bersama kami dalam sesi temu bual yang telah dilaksanakan. Perkara-perkara yang disebutkan di atas amatlah penting dalam memelihara dan mempromosikan lagu rakyat tradisional, dan aktivis seperti Tn. Hj Fauzi bin Abdullah telah memainkan peranan penting dalam usaha ini. Tn. Hj Fauzi merupakan seorang aktivis pencipta pantun yang banyak menyumbangkan dalam melestarikan bahasa Melayu. Aktivis pencipta pantun memainkan peranan penting dalam melestarikan bahasa Melayu dan warisan budaya Malaysia.Pantun adalah bentukpuisi tradisional yang unik dalam budaya Melayu dan ia mempunyai nilai seni dan linguistik yang tinggi. Tn Hj Fauzi telah melibatkan diri dalam Dewan Bahasa Pustaka. Beliau telah melibatkan dalam pembentukan pertandingan syair dan pertandingan puisi pelbagai kaum. Beluai unu iaitu suatu pembentukan pertandingan syair, pertandingan puisi pelbagai kaum. Beliau juga telah membantu dalam merangka kerangka asas untuk aktiviti- aktiviti ini. Ini merupakan usaha untuk memelihara puisi Melayu tradisional dan mendorongpertandingan puisi antara berbilang kaum. Ini pentingdalam melestarikan seni sastera Melayu dan mempromosikannya kepada orang ramai agar terus berkembang. 4
Tn. Hj Fauzi juga bekerjasama dengan akademik sastera dalam memilih mungsi sastera. Ini membantu memastikan bahawa sastera Melayu mendapat pengiktirafan dan penilaian yang sewajarnya. Sumbangan ini adalah penting dalam memahami nilai kesusasteraan dalam budaya Melayu dan mendorong penelitian dan pemahaman yang lebih mendalam tentang sastera tempatan. Beliau juga telah membantu Jabatan Kebudayaan dan Kesenian dalam melatih jurulatih berbayar dalam bidang seni bahasa. Modul-modul seperti pantun, syair, gurindam, seloka, dan lain-lain adalah komponen penting dalam warisan sastera Melayu. Latihandan pemberian ujian kepada jurulatihmembantu dalam peningkatan kemahiran dan pengetahuan mereka. Seterusnya, jurulatih ini akan diwarisi kepada pelajar dan guru di seluruh Malaysia. Tindakan ini adalah penting untuk mewarisi pengetahuan dalam seni bahasa dan memastikan ia dikekalkan serta dipromosikan kepadagenerasi muda. Tn. Hj Fauzi juga terlibat dengan Jabatan Warisan dan Kesenian Negara dan berjaya menyumbang dalam mengikhtiarkan pantunsebagai harta warisanintelek oleh UNESCO pada tahun 2017. Ini adalah pencapaian besar dalam usaha melestarikan warisanbudaya negara. Kerjasamadengan Indonesia untuk mengangkat syair sebagai harta intelek UNESCO adalah usaha yang masih dilaksanakan oleh beliau untuk mempromosikan dan melestarikan kesusasteraanMelayu. Penglibatan dan sumbangan Tn. Hj Fauzi kepada kebudayaan Melayu dan kesusasteraan adalah penting untuk melestarikan warisanbudaya dan bahasa Melayu. Usaha-usaha ini membantu menjagaseni bahasa, puisi tradisional, dan buaya Melayu. Ia juga memastikan bahawa nilainilai dan seni tradisional terus dihargai dan diteruskan kepada generasi akan datang serta mendapatkan pengiktirafan di peringkat antarabangsa. 5
2.2 TEMU BUAL BERSAMA ENCIK HAIRUL ANUAR HARUN Link YouTube: https://youtu.be/WrAlD5X9n3I?si=N6Xonz3YcIHcOfLSalah satu sumbangan Encik Hairul Anuar Harun di Malaysiaialah memasyhurkan lagu irama tradisional atau lagu rakyat genre kontemporari di Malaysia sehingga menyebabkan lagu irama tradisional semakin mendapat tempat di hati masyarakat. Hal ini demikiankerana, berdasarkan temu bual, Encik Hairul menggariskan bahawa beliau merupakan seorang individu yang mula menceburi bidang kesusasteraan Melayu semasa berada di Tingkatan 4, di Sekolah Menengah Vokasional Kuala Kangsar. Kesusasteraan Melayu mula menarikperhatian dan mendapat tempatdi hati Encik Hairul apabilabeliau telah ditawarkan dengan aliran sastera menyebabkan beliau mula berkecimpung dalam bidang penulisan puisi Melayu. Encik Hairul kemudiannya telah menghantar beberapa puisi yang telah dihasilkan kepada syarikat akhbar seperti Berita Harian dan Utusan Malaysia menjadikan hasil karyanya mula mendapat perhatian syarikat- syarikat penerbitan yang lain. Encik Hairul menyatakan bahawa kejayaan dalam penulisan puisi yang dikecapi mendorong beliau untuk mula menulis lirik lagu irama tradisional Melayu di bawah syarikat penerbitan Pak Ngah Production. 6
Justeru, salah satu sumbanganEncik Hairul di Malaysia ialah memasyhurkan lagu irama tradisional di Malaysia sehingga berjaya dikomersialkan hingga hingga ke hari ini. Hal ini dapat dibuktikan apabila lagu hasil ciptaan beliau yang pertamadidendangkan di radio yang berjudul Awallah Dondang nyanyian Noraniza Idris mula mendapat tempat di hati pendengar. Oleh itu, jelas bahawa Encik Hairulberjaya memberi sumbangan di Malaysia dalam bidang lagu irama tradisional yang semakin mendapat tempat di hati masyarakat. Seterusnya, sumbangan Encik Hairul Anuar Harun di Malaysia ialah menjadi salah seorang tenaga pengajar di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA). Beliau merupakanguru yang mengajarnyanyian dan muzik serta menjaditenaga pengajar dalambidang teater. Selain itu, beliau juga menjadi rujukankepada para pelajarfakulti Penulisan Kreatif berikutan Encik Hairul yang terkenal sebagai penulis karya kesusasteraan kreatif yang mengimplementasikan penggunaan bahasa yang indah dalam karyanya. Berdasarkan temu bual, beliau menyatakan bahawa sepanjang beliau menjadi tenaga pengajar di ASWARA, kelebihan beliau yang berkemahiran dalam penulisan kreatif puisi dan lirik lagu telah menjadikannya sebagai individuyang dirujuk oleh ramai pihaktermasuklah pensyarah-pensyarah yang lain. Rentetandaripada perkara berikut,beliau menyatakan bahawa kebanyakan pelajarASWARA mula menunjukkan minat dalam bidang kesusasteraan Melayu dan penulisan lirik irama tradisional Melayu apabila beliau sering mempromosikan karyanya di samping lagu ciptaannya semakin megah dimainkan di segenap corong radio. Oleh itu, jelaslah bahawa Encik Hairul telah memberikan sumbangan di Malaysiaapabila menjadi salah seorang tenaga pengajar di ASWARA seterusnya berjaya mencetuskan minat para pelajar dalam penulisan lirik irama tradisional Melayu. 7
Bertitik tolak daripada huraian di atas, Encik Hairul Anuar Harun turut memberikan sumbangan di Malaysia apabilaberusaha untuk membangunkan Pak Ngah Production di bawah pimpinan Datuk Suhaimi Mohd Zain (Pak Ngah) melaluipenghasilan lebih banyak lagu-lagu irama tradisional Melayu. Syarikat rakaman Pak Ngah Production yang telah ditubuhkan pada tahun 1995 merupakan syarikatyang telah banyak menghasilkan lagu-lagu irama tradisional Melayu karya Encik Hairul dan Pak Ngah seperti Ala Dondang nyanyian Noraniza Idris, Yayadan nyanyian Sharifah Aini, Samrah nyanyian Dato’ Jamal Abdillah, Cindai nyanyi Dato’ Siti Nurhaliza dan sebagainya. Melalui kolaborasi yang diwujudkan dalam syarikat rakaman ini, lagu-lagu bergenre tradisional semakin giat dikomersialkan di Malaysia dan mula mendapat perhatian semua lapisan masyarakat. Kini, lagu- lagu hasil terbitanPak Ngah Production telah mendapat tempatdi hati masyarakat Malaysia menjadikan kebanyakan lagu rakyat bergenre kontemporari terbitan syarikattelah dinyanyikan semula oleh penyanyi-penyanyi generasi muda. Justeru, jelaslah bahawa kemajuan lagu irama tradisional Melayu di Malaysia sedikit sebanyakadalah hasil sumbangan oleh Encik Hairul. Di samping itu, Encik Hairul Anuar Harun dikatakan turut memberi sumbangandi Malaysia dalam bidang kesusasteraan Melayu apabila telah memperkenalkan semula kesusasteraan tradisional puisi Melayukepada generasi muda. Hal ini dikatakan sedemikian kerana Encik Hairulacap kali dijemputsebagai penceramah di bengkel-bengkel bahasa untuk berkongsiilmu mengenai kesusasteraan tradisional Melayu. Sebagai contoh,pada bulan Ogos baru-baru ini beliau telah dijemput untuk sebagai penceramah dalam program “Antara Lagu Puisi, Inspirasi Puisi dan Puitis” di acara PuiSHE di Hatiku yang diadakan di KafeKebun Puisi, Kajang,Selangor. Dalam programtersebut, beliau telah memperkenalkan semula puisi-puisi Melayu terhadap masyarakat setempat dengan menghuraikan beberapa definisi puisi, perbezaan antara puisi puitis dengan lagu puisi,karya-karya 8
drama pentas yang mengintegrasikan penggunaan puisi dan sebagainya. Sehubungan dengan itu, beliau turut dijemput sebagai penceramah dalam program yang telah disertaioleh siswa guru berpengkhususan Pendidikan Muzik di Institut. Pendidikan Guru Kampus Ipoh. Beliau menggariskan bahawa sambutan yang menggalakkan telah diterima olehnya menjadikan beliau semakin bersemangat untuk mengadakan bengkelyang disertai oleh siswa-siswa di Institut Pengajian Tinggi. Tambahan pula, beliau yang kini sedang menuntut ilmu peringkatDoktor Falsafah (PhD) dalam bidang Peradaban Melayu di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menjadikan beliau semakin berminat untuk menyampaikan ceramah dalam bidangperadaban Melayu kepada generasi muda kini. Justeru, jelaslah bahawa Encik Hairul Anuar Harun dikatakan turut memberi sumbangan di Malaysia dalam bidang kesusasteraan Melayu apabila telah memperkenalkan semula kesusasteraan tradisional puisi Melayu kepada generasi muda. Akhir sekali, Encik Hairul Anuar Harun turut giat berkecimpung dalam penghasilan lirik lagu artis-artis di Nusantara. Berdasarkan temu bual, beliau menyatakan bahawa beliau sedang dalam prosesmenyiapkan lirik lagu yang akan dinyanyikan oleh Ryzall Noh, iaitu seorang penyanyi dari Singapura. Justeru, beliau dikatakan turut memberikan sumbangan dalam bidang seni di Nusantara apabila menyumbangkan akal dan fikiran beliau dalam industri muzik Singapura sekali gus dapat mengangkat martabatkesusasteraan Melayu di peringkat antarabangsa. Hal ini demikiankerana, penghasilan lirik lagu yang akan dinyanyikan oleh Ryzall Noh tersebut mengetengahkan penggunaan bahasa Melayu yang puitis dan indah yang semestinya akan menarik minat masyarakat setempat untuk mendalami keindahan kesusasteraan tradisional Melayu yang kian hari kian dilupakan. Di samping itu, beliau juga turut menyumbangkan idea dalam lagu-lagu bergenre balada seperti lagu Racun Termanis nyanyian Suwara yang telah diterbitkan oleh Natz Production. Oleh itu, jelaslahbahawa Encik Hairultelah banyak memberisumbangan di peringkatNusantara seterusnya dapatmengangkat martabat bahasa Melayu di peringkat antarabangsa. 9
2.3 TEMU BUAL BERSAMA TUAN HAJI MOHD YUSOP @ NAJMI BIN OTHMAN Link YouTube: https://youtu.be/yUyvNCV0gv8?si=y4e6-bZysOu2YpBz Nurul et al. (2023),berpendapat bahawa penyanyi lagu rakyat yang terkenal pada zaman dahulu merupakan penglipurlara atau lebih dikenali sebagai penyampai cerita rakyat. Namun begitu, sememangnya terdapat penyanyi yang dianggap profesional dalam bidang nyanyian lagu rakyat pada waktu tersebut. Aktivis lagu rakyat merupakan insan yang memberikan impak yang cukup signifikan terhadap perkembangan pelestarian bahasa Melayu melalui aktiviti nyanyian lagu yang diwarisi oleh rakyat secara turun-temurun. Insan ini semakinlama semakin dilupakan oleh generasi kini menyebabkan kami bersemangat untuk menonjolkan kembali zaman kegemilangan aktivis lagu rakyat yang mempelopori bidang nyanyian di negera ini. Hasil pencarian melalui pelbagai platform seperti Instagram, laman web Jabatan Kesenian dan Kebudayaan, Youtube dan sebagainya telah menemukan kami dengan seorang aktivis lagu rakyat negeri Perak. Lagu rakyat merupakan sebahagian sastera lisan yang disampaikan daripada satu generasi kepada satu generasi dalam kalangan masyarakat Melayu. Keindahan lirik dalam lagu rakyat menunjukkan keunikan seni puisi berlagu dan berirama yang diwarisi oleh bangsa Melayu sehingga kini. 10
Rentetan daripada itu, kami telah menjalankan kajian lapangan iaitu temu bual bersama Tuan Haji Mohd Yusop @ Najmi bin Othman yang dikenali sebagai salah seorang tokoh seni budaya di Perak. Ahli kami terdiri daripada tiga orang iaitu Fatin Athirah binti Shahrinshah selaku setiausaha program temu bual, Nurul Farhana binti Arman selaku pengurus program temu bual dan Muhammad Khairyl Ikhwan bin Abdullah bertindak selaku ketua yang mengemudi kajian lapangan ini. Kajian lapangan ini telah dilaksanakan pada tarikh 20 September 2023 bersamaan hari Rabu pada pukul 10:30 pagi menggunakan aplikasi Google Meet. Temu bual ini turut diikuti seramai 25 orang ahli kelas Bahasa Melayu Lestaribagi memeriahkan lagi program temu bual secara dalam talian sehingga tamat. Terdapat tujuh soalan yang disediakan dan dikemukakan dengan menggunakan slaid powerpoint untuk diajukan kepada Tuan Haji Mohd Yusop. Bicara santai ini mengambil masa selama 1 jam bagi memperoleh pengalaman, pengetahuan, pandangan daripada tokoh tentang pelestarian Bahasa Melayu melalui lagu rakyat. Selari dengan kerja kursus BMLB3013 Bahasa Melayu Lestari, bicara santai ini juga bertujuan untuk mengumpul maklumat mengenai sumbangan dan kegiatan aktivis ini dalam konteks nyanyian lagu rakyat sepanjang perkhidmatan beliau. Perkara ini amat vital demi memenuhi standard matlamat tugasan bagi kerja kursus BMLB 3013 Bahasa Melayu Lestari dibawah bimbingan dan tunjuk ajar Dr Maria binti Tahir sebagai pensyarah. Rumusan daripada temu bual yang telah dijalankan, beliau telah diiktiraf sebagai Tokoh Sepanjang Zaman pada tahun 2013. Beliau berjaya merangkul anugerah tersebut kerana jasa dan sumbangan yang telah diberikan sepanjang beliau berkhidmat dalam bidang kebudayaan ini sehingga kini. Beliau juga bergiat aktif dalam bidang nyanyian lagu rakyat negeri Perak sehinggamenerbitkan album di bawah JKKN. Cara beliau mendapatkan ilham untuk menyanyikan lagu rakyat adalah dengan mendengar lagu-lagu daripada genre lain supaya dapat 11
menarik minat generasi muda untuk mendengar lagu rakyat masa kini. Beliau juga mendapatkan ilham daripada guru-guru dan orang-orang tua serta pengalaman yang dirasai sepanjang menceburi bidang kebudayaan sehingga dapat memberi inspirasi kepadanya untuk meneruskan bidang nyanyian lagu rakyat. Nyanyian lagu rakyat ini juga secara tidak langsung dapat melestarikan penggunaan bahasa Melayu. Antaranya adalah dengan mengutamakan penggunaan bahasa Melayu yang betul dan mengelakkan daripada menggunakan bahasa rojak. Selain itu, penciptaan lagu rakyat juga boleh menyelitkan unsur-unsur kecindan dan peribahasa Melayu mengikut kesesuaian lagu untuk menarik minat masyarakat untuk mendengar lagu tersebut. Impaknya, lagu rakyat akan terus popular dan tidak lapuk ditelan zaman. Berdasarkan dapatan temu bual yang dilaksanakan, terdapat pelbagai kegiatan dan sumbangan yang diberikan oleh Tuan Haji Mohd Yusop dalam pelbagai bidang terutamanya seni nyanyian lagu rakyat. Sebelum mendikusikan kegiatandan sumbangan ini, latar belakang aktivis lagu rakyat ini perlu diterangkan terlebih dahulu. Beliau dilahirkan di Kg Kepala Pulau, Pasir Salak pada 1 Julai 1949. Beliau bergiat aktif dan tersohor dalam bidang teater, lakonan, kebudayaan dan nyanyian sejak dari bangku sekolah lagi sehingga kini. Beliau memulakan kerjaya dalam bidang nyanyian ini sejak berusia 10 tahun lagi. Pada tahun 1958, beliau mendendangkan lagu berjudul 'Anak Derhaka' sempena persembahan drama “Anak Derhaka” di Sekolah Kebangsaan Selat Pulau, Pasir Salak. Bakat beliau semakin terserlah apabila diberi peluang menjadi penyanyi Kumpulan Pancaragam GuruGuru Hilir Perak. Beliau mengembangkan bakat dengan menjadi penyanyi dalam beberapa kumpulan iaitu Pancaragam Cahaya Baru Polis Parti Teluk Anson/Teluk Intan (1961), kugiran Pop YehYeh “Rhythm Blues/Les Ayu” yang sangat aktif di sekitar Sungai Perak pada tahun 1967. Pada tahun 1965 sehingga 1966, beliau juga giat menjalankan aktiviti menyanyi bersama Gabungan Pelajar-Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) ilir Perak. 12
Beliau juga aktif dalam menyanyikan lagu-lagu rakyat negeri Perak. Lagu-lagu rakyat yang dinyanyikan dirakam dan diterbitkan oleh JKKN Perak dalam album Lagu-Lagu Rakyat Perak pada tahun 2014. Lagu-lagu rakyat yang pernah dinyanyikan oleh beliau telah dibukukan dalam sebuah buku yang berjudul Himpunan Lagu Rakyat Negeri Perak. Terdapat 14 buah lagu rakyat yang terdapat dalam buku tersebut. Beliau telah menyanyikan enam buah lagu. Antara lagu rakyat yang pernah dinyanyikan oleh beliau ialah Tok Sagu, Cempaka Sari Duli Yang Maha Mulia,Pom Pom Along, Dendang Siti Fatimah, Joget Pak Kaduk,dan Tak Serentang. Beliau telah memilih lagu rakyat sebagai lagu yang diperjuangkan dalam bidang nyanyian kerana lagu rakyat ini mempunyai keunikan dan nilai estetika tersendiri. Antaranya ialah lagu rakyat merupakan medium untuk menceritakan latar kehidupan masyarakat Melayu pada zaman tradisional dan masa kini. Lagu rakyat ini juga menceritakan kebudayaan masyarakat Melayu yang dipersembahkan melalui lirik lagu yang mempunyai makna yang cukup bermakna kepada pendengar (Muhammad, 2018). Lagu rakyat ini memberikan gambaran tentang akal budi masyarakat Melayu di suatu tempat. Oleh itu, sebagai aktivis lagu rakyat, beliau bertanggungjawab dalam memperjuangkan lagulagu rakyat supaya tidak terus luput ditelan zaman. Beliau telah meneruskan kerjaya dalam bidang lagu rakyat sehingga dikenali sebagai penyanyi lagu rakyat yang terkenal. Bukan itu sahaja,beliau juga turut memberi sumbangan terhadap pelbagai bidang yang lain. Selain bidang nyanyian, beliau juga pernah menjadi pelakon sambilan drama TV dan radio. Sebagai contoh, beliau merupakan pelakon drama “Antara Kasih dan Simpati” yang diterbitkan oleh Murali Production, pelakon drama “Rosman Romario” terbitan Adfield Film, pelakon drama “Durian Pinang” arahan Mamat Khalid, pelakon drama “Sampoy Corner” terbitan Adfield Film dan watak Tauke Lim dalam drama “Cucu Wan Lebor” arahan Mior Hashim Manap. Selain itu, beliau turut sering diundang menjadi pengacara majlis. Figura ini juga sering 13
menggalas tanggungjawab sebagai pengarah persembahan, pengurus acara, pengurus produksi, pengarah teater dan penerbit. Sumbangan beliau menunjukkan kebolehan beliau dalam menceburi pelbagai bidang kebudayaan dan kesenian bukan hanya tertumpu kepada bidang nyanyian semata-mata.Jika dilihat sumbangan dalam bidang kesenian dan kebudayaan negeri Perak pula, beliau merupakan Mantan Pengerusi Badan Budaya Perak bermula 1994 sehingga 2008 dan terkini menggalas tanggungjawab sebagai Timbalan Yang Dipertua Majlis Kebudayaan Negeri Perak (MKN Perak) bermulapada tahun 2010 sehingga kini. Selain itu, beliau juga merupakan Yang Dipertua Majlis Teater NegeriPerak (TEMA) bermula pada tahun 2010 sehingga kini, Beliau juga menyandang jawatan sebagai Pengerusi Persatuan Kebudayaan Daerah Kinta, Perak bermula pada tahun 2010 sehingga kini, dan Timbalan Yang Dipertua Persatuan Permainan Tradisional Warisan Serantau Perak (PEWARIS) bermula pada tahun 2000 sehingga kini. Dapatlah dikatakan bahawa, beliau masih bergiat aktif dengan memegang beberapa jawatan dalam organisasi JKKN Perak sehingga kini. Akhir sekali, sumbangan beliau terhadap bidang kesenian seperti seni teater juga harus dihargai. Hal ini terbukti apabila, figura ini juga merupakan Jurulatih Seni Budaya Negara (JSBN) bidang teater, dan sering dilantik sebagai juri dan pengadil pertandingan teater dan muzik seperti di World Festival Royal Belum Perak dan Drum and Percussion Challenge 2013. Tidak dilupakan juga, beliau turut bertindak sebagai fasilitator danaktivis puisi tradisional, nazam, gurindam, syair, seloka, pantun dan puisi moden. Pada tahun 2013, TuanHaji Mohd Yusop @ Najmi bin Othman telah menerima Anugerah Penggiat Seni Negeri Perak daripada Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara. Tidak dapat dinafikan lagi, beliau sememangnya sangat aktif dalam bidang kebudayaan dan kesenian ini sejak di bangku sekolah lagi sehingga kini meskipun sudah 74 tahun. Sebelum sesi temu bual 14
bersama Tuan Haji Mohd Yusop tamat, kami diberikan kesempatan untuk mendengar dendangan lagu rakyat negeri Perak iaitu lagu Pom Pom Along, Joget Pak Kaduk, Tak Serentang dan Cempaka Sari Duli Yang Maha Mulia. Beliau turut menunjukkan buku Himpunan Lagu Rakyat Negeri Perak dengan begitu bangga. Beliau menyeru kepada golongan muda masa kini untuk terus mempopularkan lagu rakyat kerana banyak unsur nasihat yang dapat kita peroleh melalui penulisan lirik lagu rakyat. Kesungguhan beliau dalam bidang kesenian dan kebudayaan ini memberikan kesedaran kepada generasi muda bahawa umur tidak menjadi penghalang untuk memperjuangkan lagu rakyat yang seharusnya menjadi kebanggaan masyarakat Melayu. Perkongsian dan diskusi yang secara santai yang dijalankan bersama aktivis lagu rakyat negeri Perak ini telah menambah pengetahuan baharu tentang kepelbagaian lagu rakyat di negeri Perak. Bait-bait kata yang dalam lagu rakyat ini memanifestasikan kebijaksanaan dan akal budi masyarakat Melayu pada zaman dahulu. Mohd, Zaharul dan Shuradi Nor Hashim (2013) menjelaskan bahawa masyarakat Melayu peka dan pintar dalam mentafsir kandungan atau karak teristik sesuatu kejadian alam, budaya hidup, perihal golongan istana sebagai elemen penting dalam penciptaan lagu rakyat. Tegasnya, kita perlulah melestarikan lagu rakyat agar bahasa dan budaya kitaterus dipelihara dan tidak luput ditelan zaman. 15
2.5 TEMU BUAL BERSAMA RADEN MAS UJI Link YouTube: https://youtu.be/fT94pp3sLCg?si=k_UyfA2TBI7PT4_A Kumpulan kami yang terdiri daripada dua orang ahli iaitu Nur Hawanis binti Mohd Ridzuan dan Anis Nabilah binti Md Aini telah melaksanakan sebuah temu bual bersama seorang aktivis lagu rakyat bernama Mohd Hanafiah bin Yusoff atau lebih mesra disapa sebagai Raden Mas Uji. Temu bual ini ditadbir melalui platform Google Meet secara dalam talian pada 18 September 2023 bersamaan hari Isnin. Tujuan pelaksanaan temu bual ini adalah untuk mengumpul maklumat mengenai sumbangantokoh aktivis lagu rakyat dan perincian mengenaiaktiviti perbincangan bersama tokoh yang telah dipilih. Hal ini bertepatan dengan kehendak tugasan kerja kursus BMLB3013 Bahasa Melayu Lestari di bawah bimbinganDr. Maria bintiTahir sebagai pensyarah bagi kursus ini. Nama samaran Raden Mas Uji sebenarnya diberikan oleh arwah gurunya iaitu Megat Nordin(Nordin Yusoff) sempenanama bangsawan di Tanah Jawa. Hal ini demikian kerana beliau sangat rapat dengan Megat Nordin dan merupakan anak muridnya yang paling berjaya. Di kampung halaman, Raden Mas Uji mesra dipanggil “Uji”. Raden Mas Uji bergiat aktif dan tersohor dalam 16
bidang seni dikir barat yang tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat di Malaysia, khususnyadi negeri Kelantan. Selain berkecimpung dalam bidang dikir barat sebagai usaha untuk memperjuangkan seni warisan lagu rakyat di negara kita, beliau tidak lupa akan tugas hakikinya sebagai seorang pelukis batik bermula sejak tahun 1994. Pada tahun 2007 hingga 2009, beliau berhenti seketikadaripada kerja hakikinya dan hanya memfokuskan bidang dikir barat sahaja. Perkara ini tidak memberikan kerugian kepada beliau, malah memberikan keuntungan yang lumayan. Buktinya, beliau pernah memperoleh RM 12 ribu sebulan untuk nyanyian lagu-lagu dikir barat. Selain itu, beliau juga mempunyai studio rakaman sendiri untuk merekod lagu-lagudikir barat. Walaupun Raden Mas Uji mempunyai 14 orang adik beradik, namun hanya beliau seorang sahaja yang terlibat dan aktif dalam bidang dikir barat. Beliau jugapernah dilarang oleh keluarganya untuk terlibat dalamdikir barat tetapidisebabkan terlampau minat sejak kecil, beliau meneruskan juga keinginannya itu. Hal ini demikiankerana dikir barat merupakan suatu yang istimewabaginya. Raden Mas Uji memilihuntuk bergiat aktif dalam bidang dikir barat kerana dikir barat merupakan jiwa dan raganya sebagai orang Kelantan. Walaupun zaman kini sudah ke arah kemodenan, beliau tetap mengekalkan keaslian dan elemen asal lagu dikir barat seperti lirik dan rima. Beliau turut mengikut perkembangan moden lagu dikir barat yang mempunyai elemen remix, rap dan lain-lain. Beliau terpaksa memasukkan elemen ini ke dalam dikir barat oleh kerana permintaan daripada penyanyipenyanyi atau penggiatpenggiat dikir barat yang lain. Pada tahun 2002, Raden Mas uji mula bergiat aktif secara serius dalam bidang yang sangat diminatinya ini iaitu dikir barat denganmenyertai Pertandingan Dikir Barat Kebangsaan buat pertamakali. Tujuannya adalah untuk menimbailmu, memperoleh pengalaman yang bermakna serta mengenali para penggiat dikir 17
barat yang lain. Beliau tidak memperoleh apaapa kemenangan dalam pertandingan ini. Pada tahun 2005, RadenMas Uji mula menaikkan nama dengan memenangi Anugerah Tok Jogho Terbaik dalam Pertandingan Dikir Barat Keputeraan Sultan Kelantan yang dipersembahkan di hadapan Sultan Kelantan. Raden Mas Uji turut menyatakan bahawa selain terlibat aktif dalam nyanyian dikir barat,beliau juga aktif dalam pertandingan nyanyian lagu klasik dengan memenangi johan Zon Timur Bintang P. Ramlee pada tahun 2008. Lagu yang telah dibawa oleh beliau sehingga mendapat gelaran johan ialah lagu Rantau Selamat. Setelah itu, pada tahun yang sama juga, beliau mewakili Zon Timur menyertai pertandingan pada peringkat kebangsaaan di Sarawak. Pertandingan tersebuttelah disiarkan secarasiaran langsung di TV2. Beliau telah mendapat anugerah persembahan terbaik dalam pertandingan ini. Bukan itu sahaja, Raden Mas Uji juga merupakanjohan pertama BintangRealiti Radio yang dianjurkan oleh radio Kelantan FM, johan peringkat negeri lagulagu klasik anjuran radio Klasik Nasionaldan banyak lagi. Antara faktor pendorong Raden Mas Uji untuk berkecimpung dalam bidang dikir barat adalah disebabkan oleh dikir barat itu sendiri merupakan jiwa baginya sebagai seorangrakyat Kelantan. Menurutbeliau, dikir barat wajar diambilperhatian olehnya dan seluruh rakyat Kelantan supaya legasi dikir barat terus dipelihara oleh pelapis-pelapis baharu agar tidak lapuk ditelan zaman. Selain itu, idola beliau iaitu Megat Nordin juga menjadifaktor pendorong beliau berkecimpung dalam bidang ini. Megat Nordin telah memberi amanah kepada Raden Mas Uji untuk meneruskan legasi dikir barat. Raden Mas Uji mengatakan bahawa suara Megat Nordin adalah satu dalam sejuta kerana sangat merdu dan lunak. Selain itu, keistimewaan Megat Nordin yang menjadi inspirasi Raden Mas Uji ialah sikap beliauyang tidak meninggidiri, tidak sombongserta mesra denganorang ramai. Terdapat tiga kumpulan di bawah jagaan Raden Mas Uji, antaranyakumpulan Sri Rahmat, Sri Merkang dan Sri Keseng. Namun begitu, bermula dari tahun 2016 sehingga sekarang, 18
beliau bergerak secara solo sahaja. Terdapatberatus-ratus lagu yang telah diciptadan dinyanyikan oleh Raden Mas Uji. Antaralagunya ialah lagu Segar Angin, Tanah Serendah Sekebun Bunga, lagu Kata Dulang Paku Serpih dan lagu Covid-19. Menurut beliau, lagu Segar Angin dicipta pada tahun 2018 untuk membangkitkan semula semangatnya dalam bidang dikir barat memandangkan pada tahun 2012 hingga tahun 2016 beliau berehat sepenuhnya dalam bidang ini. Beliau sanggup membelanjakan sebanyak RM 10 ribu untuk membeli peralatan studio bagi merakamkan lagu ini. Pada bulan Mac 2020, lagu Segar Angin mula mendapat perhatianorang ramai sehinggamencecah 1.6 juta tontonan di YouTube pada 3 tahun 2023. Lagu Tanah Serendah Sekebun Bunga pula berkisarkan tentang kisah pemerintahan dan personaliti seorang raja negeri Kelantan pada zaman dahulu iaitu Cik Siti Wan Kembang yang tinggal di Tanah Serendah Sekebun Bunga. Lagu ini sebenarnya merupakanlagu Megat Nordin tetapi terkenaldengan nyanyian Raden Mas Uji. Apabila Raden Mas Uji menyanyikan semula lagu ini, stesen radio seperti THR Gegar dan KelantanFM banyak menyiarkannya di radio sehinggaberjaya menjadi johan untuk beberapa minggu di dalam Carta Lagu Dikir Barat. Seterusnya, lagu Kata Dulang Paku Serpih merupakan lagu ciptaan sepenuhnya oleh beliau yang menyelitkan sindiran dan nasihat kepada para pendengar. Lagu Covid-19 pula dicipta oleh beliau semasa pandemik Covid-19 melanda Malaysia sekadar ingin mengisi masa lapang. Lagu ini menjadi tular dalam kalangan masyarakat pada masa tersebutsetelah lagu ini dimuat naik ke dalam Youtube. Menurut beliau lagi, ilham atau idea dalam penciptaan lirik dan seni kata lagu dikir barat yang dihasilkan diperoleh daripada pengalaman, pengamatan serta melalui persekitaran sekeliling. Beliau menyatakan isi penciptaan utama dalam lirik lagu lazimnya muncul secara spontan apabila beliau melibatkan diri secara langsung dan tidak langsung dalam kehidupan seharian. 19
Tambahan pula, tempoh masa paling cepat Raden Mas Uji mencipta lagu adalah selama lima minitsahaja, manakala tempoh masa paling lama mencipta lagu adalah satu tahun. Menurut beliau, tempoh masa ini dipengaruhi oleh “mood” untuk mencipta lagu tersebut. Tempoh masa dan ilham juga saling berkaitan antara satu sama lain. Secara konklusinya, ilham yang muncul mempengaruhi tempoh masa yang diambil untuk mencipta sesebuah lirik lagu yang sempurna .Di samping itu, Raden Mas Uji turut memberi penjelasan tentang elemen-elemen penting yang perlu dititikberatkan dalam mempersembahkan sesebuah dikir barat yang berkualiti tinggi. Menurut beliau, elemen utama yang harus diambil kira oleh penyanyi dikir barat adalah keyakinan dalam diri untuk berhadapan di khalayak ramai. Suara penyanyi yang lunak dan merdu adalah bonus tetapi seorang penghibur perlu mengetahui cara menguasai pentas serta mewujudkan interaksi dengan penonton. Keyakinan diri dan unsur humoris memainkan peranan penting untuk menarik minat para pendengar untuk lebih memahami dan menghayati persembahan yang disampaikan. Elemen lain yang ditekankan adalah mengenai penghasilan bait-bait lirik lagu yang berunsurkan perkara positif serta tidak menyentuh sensitiviti masyarakat. Oleh itu, mesej yang terkandung dalam lagu tersebut dapat disampaikan kepada pendengar dengan baik. Sekiranya dikir barat berkumpulan, ahliahli kumpulan mestilah memainkan peranan penting dan mempunyai latihan yang mencukupi. Latihanyang mencukupi dapat menghasilkan persembahan yang menarik dan hebat. Raden Mas Uji menyatakan, sekiranya kumpulan dikir barat tidak mempunyailatihan yang cukup,kumpulan itu gagal kerana tiadakesinambungan antara ahli kumpulan. Antara kenangan paling manis yang dinyatakan oleh Raden Mas Uji sepanjang kariernya dalam bidang dikir barat ialah memperoleh piala kebangsaan dalam pertandingan dikir barat. Selain itu, kenangan paling manis beliau juga adalah apabilamampu mencipta “MalaysiaBook of Record”pada tahun 20
2009 iaitu berdikir barat selama 14 jam tanpa henti di atas kereta api dari Tanjung Pagar, Singapura ke Tumpat, Kelantan.Pada ketika itu, beliau membuatpersembahan di Singapura selama satu minggu dan perkara ini merupakan satu kelebihan beliau kerana belum pernah ada pendikir lain membuat persembahan di Singapura. Beliaumempersembahkan dikir barat sebanyak tiga kali sehariselama seminggu. Bagi Raden Mas Uji, perkara ini sedikit sebanyak memberi sumbangan yang bermakna untuk negeri Kelantan serta mengangkat nama dikir barat itu sendiri. Manakala,kenangan pahit yang dihadapi oleh Raden Mas Uji pula adalah apabila beliau dituduh menggunakan wang kumpulan dikir barat secara haram. Perkara ini menyebabkan beliau berhenti berdikir barat dari tahun 2012 sehingga 2016 seperti yang telah dinyatakan sebelum ini. Menurut Raden Mas Uji lagi, beliauturut menerima secara terbuka sesiapa sahaja yang ingin belajar berdikir barat di studio beliau. Pada bulan September 2023, beliau membuka kelas vokal untuk sesiapa sahaja yang berminat walaupun individu tersebut tiada sebarang pengalaman dalam dikir barat. Akhir sekali, antara cabaran atau halangan yang perlu dihadapi oleh Raden Mas Uji sebagai aktivis lagu rakyat adalah untuk mempromosikan seni dikir barat bagi masyarakat khususnya dalam kalangan generasi muda kini. Dalam meniti arus kemodenan ini, generasi muda lebih cenderung untuk meminati lagu-lagu moden seperti hip hop, balada, jazz dan sebagainya. Hal ini demikian kerana segelintir generasi kini menganggap lagu rakyat semakin ketinggalan zaman dan tidak mengikut perkembangan terkini. Oleh itu, sebagai aktivis lagu rakyat seharusnya memenuhi permintaan pendengar dengan mengikut trend semasa supaya lagu rakyat dapat berdiri sama taraf dengan lagu-lagu moden yang lain. Beliau menambah lagi bahawa kerjasama semua pihak terutamanya pihak kerajaan negeri dan persekutuan yang perlu membuka ruang yang lebih besar kepada anak seni tempatan 21
untuk membuat persembahan sekaligus dapat meneruskan kelangsungan seni budaya masyarakat supaya tidak lapuk ditelan zaman. Tidak dilupakan juga sokongan dan dukungan daripada masyarakat kita sendiri dalam menjadikan lagu rakyat sebagai warisanyang perlu dipelihara dengan baik.Sebelum berakhirnya sesi temu bual bersama Raden Mas Uji, beliau sempat melagukan beberapa bait lirik lagu Segar Angin dengan lunak dan merdu. Beliau turut menyatakan harapan terhadap seni dikir barat sebagai sebuah warisan turun temurun dalam zaman serba moden ini agar sentiasa kekal dan dikenali dari satu generasi ke generasi yang lain. Sehubungan dengan itu, perkongsian dan perbincangan yang telah dilaksanakan bersamaaktivis Raden Mas Uji telah mengukuhkan pengetahuan sedia ada di samping menambah pengetahuan baharu mengenai keunikan dikir barat. Hal ini juga akan menguatkan lagi semangat kami sebagai generasi muda untuk berjuang melestarikan lagu rakyat dikir barat ini supaya terus berkembang hingga ke persada dunia. 22
2.5 TEMU BUAL BERSAMA SISO KOPRATASA Link YouTube: https://youtu.be/4BW5lY6p6Vksi=2GFWvUIsWrsJ5PsF Aktivis yang dipilih untuk pendokumentasian lagu rakyat di Malaysia adalah Syed Indera bin Syed Omar atau lebih dikenali sebagai Siso Kopratasa. Beliau dilahirkan di Kampung Balok, Mukim Sungai Karang, Kuantan, Pahang. Beliau merupakan salah seorang pengasas dan penyanyi Kumpulan Kopratasa. Selain menjadi penyanyi lagu-lagu puisi, beliau juga merupakan seorang pencipta lagu dan penulis lirik. Pengalaman beliau sangat panjang sebagai penggiat seni iaitu 36 tahun bergelar penulis lirik, 30 tahun penulis skrip, 25 tahun sebagai penata vokal dan 20 tahun sebagai ahli panel persembahan. Sumbangan dan pengamalan ini menjadikan beliau antara aktivis yang layak didokumentasikan. Setiap lagu dan karya sudah pasti mempunyai pengisian dan nilai tersendiri. Antara faktor yang mendorong penggiat seni dalam menghasilkan lagu - lagu seperti Siso Kopratasa ini ialah idea dan sokongan daripada kawan-kawan. Menurut beliau, antara kawan yang pernah menjadi pendorong atau motivasi ialah Dato’ Mohamad Nasir atau lebih dikenali sebagai M Nasir yang juga merupakan salah seorang penggiat seni yang cukup terkenal di tanah air kita. 23
Disebabkan minat yang mendalam dalam bidang seni nyanyian, beliau menjadikan medan ini sebagai medium untuk menyampaikan mesej-mesej tertentu melalui lagu. Beliau bermula dengan mencipta lagu-lagu puisi yang didalamnya menceritakan kisah yang berkaitkan dengan hidupnya sendiri. Menurut Siso Kopratasa, setiap patah perkataan yang terdapat dalam lagu puisi itu mempunyai nilai dan mesej tertentu. Tuan Siso Kopratasa merupakan karyawan yang aktif dalam bidang nyanyian sejak 30 tahun dahulu. Antara karya yang menaikkan nama beliau adalah karya lagu tema filem Rozana Cinta 1987. Selain itu, lagu yang menjadi karya agung beliau ialah lagu ‘Air Mata Syawal’. Beliau merupakan penulis bagi lagu tersebut. Karya agung tersebut telah dinyanyikan oleh penyanyi tersohor negara iaitu Dato Siti Nurhaliza. Beliau banyak menghasilkan karya lagu raya yang lain seperti ‘Nazam Lebaran’. Tuan Siso Kopratasa juga merupakan komposer bagi lagu siapa ‘Siapa Di Hatimu’ yang merupakan lagu yang cukup dikenali pada era 90-an 2 sehingga kini. Penyanyi yang menyanyikan lagu ini ialah Rahmat Ekamatra. Bagi lagu berbentuk patriotik, karya yang mengangkat nama beliau adalah lagu ‘Keranamu Malaysia’, ‘Sehati Sejiwa’ dan ‘Jalur Gemilang’. Beliau merupakan penulis bagi lagu yang menjadi buah telinga rakyat Malaysia. Secara keseluruhannya, hasil temu bual dengan Siso Kopratasa mendapati bahawa beliau sudah menghasilkan lebih daripada 20 jenis lagu. 24
Menghasilkan beberapa lagu patriotik antaranya "Jalur Gemilang" dan "Keranamu Malaysia” Bekerjasama dengan artis terkenal seperti M. Nasir dalam bidang muzik Menulis dan mencipta lagu untuk pelbagai acara seperti Sukan Komanwel di Kuala Lumpur Karya agung beliau ialah lagu ‘Air Mata Syawal’ yang telah dinyanyikan oleh penyanyi tersohor negara iaitu Dato Siti Nurhaliza. Mencipta dan menulis lebih daripada 20 lagu irama Melayu kepada artis Indonesia antaranya Lesti Kejora dengan judul lagu “Zapin Melayu” Mempunyai buku biografi yang diterbitkan tentang kehidupan dan pencapaiannya sebagai seorang artis yang bertajuk “Dari Balok ke Pentas Seni” Siso Kopratasa merupakan seorang artis berbakat besar yang telah melakar banyak pencapaian dalam pelbagai bidang seni termasuk muzik. Beliau 24 memulakan kerjayanya sebagai artis pada tahun 1986 dan sejak itu dikenali sebagai penyanyi, penulis lagu, dan komposer. Beliau telah menghasilkan banyak lagu dalam pelbagai genre, antaranya lagu patriotik, lagu raya, dan lain-lain. Beliau juga banyak menghasilkan lirik lagu puitis yang memberikan makna yang mendalam buat penggemar muzik. Beberapa pencapaian terkenal beliau dalam bidang muzik termasuk: Secara keseluruhannya, Siso Kopratasa telah memberikan sumbangan besar kepada industri muzik Malaysia dan telah menjadi tokoh yang disegani dalam bidang seni. Siso Kopratasa berusaha sedaya upaya bagi mengekalkan irama lagu rakyat supaya mendapat tempat dalam hati rakyat Malaysia. 25
Irama lagu rakyat telah wujud sejak zaman dahulu lagi. Peredaran zaman kini telah menyebabkan irama lagu rakyat juga terkesan. Rakyat dahulu menikmati lagu rakyat sebagai suatu bentuk hiburan yang utama kepada mereka. Namun begitu, masyarakat kini semakin melupakan lagu rakyat kerana munculnya irama lagu yang baharu. Oleh itu, terdapat beberapa usaha yang telah dilakukan oleh Siso Kopratasa bagi memastikan lagu rakyat ini tidak dilupakan masyarakat muda kini. Hasil dari temu bual mendapati beliau telah cuba menyelami pemikiran anak muda masa kini. Beliau merungkai pemikiran anak muda bagi mendapatkan irama 25 lagu yang digemari oleh anak muda masa kini. Penelitian telah dibuat untuk mengenal pasti jenis lagu yang diminati oleh anak muda. Selain itu, Siso Kopratasa juga cuba menggunakan kaedah moden untuk mempromosikan lagu rakyat karya beliau. Beliau telah membangunkan beberapa akaun rasmi dalam media sosial seperti Facebook, Youtube dan Tiktok. Karya atau lagu yang dicipta akan dimuat naik di dalam media sosial yang telah dibangunkan. Walaupun sudah menjangkau usia lebih setengah abad, beliau tetap berusaha mempelajari perkembangan teknologi bagi memastikan lagu rakyat berjaya mendapat tempat dalam kalangan anak muda kini. 26
2.6 TEMU BUAL BERSAMA HAZIQ ROSEBI Link YouTube: https://youtu.be/Ds-Rfq30BzU?si=qyjmLQcEUdGUeTSb Sumbangan beliau adalah membawa lagu rakyat ke persada dunia supaya dapat membuka mata masyarakat untuk lebih mengenali warisan agung ini. Haziq Rosebi telah banyak menyumbang dalam memperkenalkan lagu rakyat kepada masyarakat serta memperoleh pelbagai pencapaian sepanjang dalam bidang seni ini. Pada 5 Ogos 2006, beliau telah memenangi tempat keempat dalam Konsert Akhir Akademi Fantasia dengan karya yang dicalonkan iaitu Gurindam Anak Muda yangi dicipta oleh Ramli Sarip. Selain daripada pencapaian dalam Akademi Fantasia, beliau juga memperoleh pencapaian dalam Anugerah Industri Muzik ke 16, iaitu album pop etnik terbaik dan lagu pop etnik terbaik dengan albumnya iaitu 26 Zapin Suri. Contoh album lain yang dinyanyikan oleh beliau adalah Joget Hantaran Kasih dan Joget Cinta Sakti Duet. Ini menunjukkan Haziq Rosebi telah mula memperkenalkan lagu-lagu tradisional Melayu ini sejak awal bermula dalam bidang seni ini. Sumbangan beliau dalam meningkatkan martabat lagu-lagu tradisional atau lagu rakyat ini dapat menaikkan semangat generasi muda untuk turut berusaha memartabatkan lagulagu tersebut. 27
Selain itu, Haziq Rosebi menyatakan bahawa selain pencapaian tertinggi beliau pada Anugerah Industri Muzik, lagu Joget Cinta Sakti yang dinyanyikan oleh beliau bersama Rosmah ini telah terpilih di peringkat separuh akhir Juara Lagu. Pertandingan Juara Lagu pada tahun 2007 ini merupakan pertandingan terakhir yang menyediakan kategori irama Malaysia. Ini menunjukkan beliau telah banyak membawa lagulagu tradisional atau lagu rakyat ke peringkat yang tinggi iaitu di peringkat kebangsaan. Bukan itu sahaja, beliau masih aktif sehingga kini mempersembahkan lagu rakyat dalam pelbagai majlis di Malaysia, seperti Festival Tari Rakyat Johor 2023, Pantai Timur Food Festival 2023, Festival Amazing Tangkak dan sebagainya. Seterusnya, Haziq Rosebi sebagai aktivis lagu rakyat ini telah menyumbangkan ke arah pemartaban lagu rakyat di persada dunia. Hal ini demikian kerana, beliau telah banyak membuat persembahan lagu-lagu tradsional atau lagu rakyat di peringkat antarabangsa iaitu di Korea dan Indonesia. Beliau pernah mengikut kumpulan daripada Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara yang mengadakan ekspo kebudayaan dan kesenian di Yeosu yang terletak di Korea Selatan. Selain itu, Haziq Rosebi menyatakan bahawa sebanyak 4 kali melakukan persembahan lagu-lagu tradsional atau lagu rakyat di Indonesia. Contoh persembahan terkini yang dilakukan oleh beliau adalah sempena Islamic Fashion Festival di Jogjakarta yang turut dihadiri penyanyi Indonesia seperti Pasha Ungu. Bukan itu sahaja, beliau juga terlibat dengan acara Muzika Budaya 2023 @ Pioneer di Singapura dan mempersembahkan lagu rakyat ‘Lemak Manis’. Haziq Rosebi telah mempersembahkan lagu tradisional atau rakyat Melayu ini di peringkat antarabangsa yang dapat menyumbang kepada memperkenalkan keindahan lagu rakyat yang terdiri daripada maksud, kiasan dan tatabahasa yang menjadikan lagu rakyat lebih unik. 28
Di samping itu, kini Haziq Rosebi memberi sumbangan yang besar kepada lagu rakyat ‘Lemak Manis’ yang sangat terkenal pada tahun 2023. Hal ini demikian kerana, beliau telah menyanyikan lagu rakyat ini dan mempromosikannya di semua platform media sosial seperti “Instagram”, “Tiktok”, “Youtube” dan sebagainya. Lagu ‘Lemak Manis’ yang merupakan lagu lama ini telah menjadi lagu kegemaran oleh semua lapisan masyarakat tanpa mengira umur dan sering didengari di corong-corong radio. Lagu ini masih terkenal sehingga kini kerana lagu ‘Lemak Manis’ ini telah didengari di platform media sosial yang digunakan oleh jutaan manusia di dunia. Oleh itu, terdapat banyak sumbangan Haziq Rosebi dalam memartabatkan lagu rakyat ini dalam kalangan masyarakat di persada dunia agar dapat memperkenalkan keindahan lagu rakyat. Sumbangan beliau mempromosikan lagu rakyat di media sosial juga boleh memastikan lagu rakyat ini tidak tenggelam dalam arus kemodenan ini walaupun masyarakat kini telah terdedah dengan lagu-lagu moden yang lain. 29
2.7 TEMU BUAL BERSAMA NORANIZA IDRIS Link YouTube: https://youtu.be/d4wYyE33vJc?si=vzqoAYvg91odVSFw Noraniza Idris telah menceburi bidang nyanyian lagu rakyat genre kontemporari adalah sejak dari bangku sekolah lagi. Menurutnya lagi, beliau telah berhijrah ke Kuala Lumpur untuk menjadi seorang artis pada umur 17 tahun iaitu selepas tamat persekolahan di tingkatan lima. Beliau telah menjadi artis rakaman di bawah naungan syarikat Life Records. 3 Beliau menceburi bidang nyanyian ini adalah dengan sokongan serta dorongan daripada kedua-dua ibu bapa mereka. Puan 28 Noraniza Idris berkata bahawa ibu bapanya memberi keizinan untuk beliau menjadi penyanyi, namun syarat pertama yang beliau perlu ikuti ialah beliau perlu menyanyikan lagu rakyat jenis kontemporari dan lagu irama tradisional sebagai lagu pertama dan seterusnya beliau bebas untuk menyanyikan lagu genre yang lain. Oleh itu, beliau telah mempelajari tentang lagu-lagu yang bergenre pop tradisional melalui lagulagu irama tradisional yang telah wujud pada waktu itu. Noraniza Idris juga menyatakan bahawa beliau juga telah mempersembahkan lagu irama tradisional ini dalam pertandingan Bintang RTM buat pertama kali. Jadi, melalui pengalaman-pengalaman berikut, secara tidak langsung menjadikan beliau bergiat aktif dalam bidang ini dan beliau telah dikenali sebagai seorang artis yang digelar sebagai 30
Ratu Pop Tradisional.Antara sumbangan Noraniza Idris dalam lagu rakyat ialah beliau telah berjaya menerbitkan 13 album solo serta beberapa buah album kompilasi dan duet. Antara lagu yang terkandung dalam album tersebut ialah Dikir Puteri (1998), Empat Dara (1998), Awallah Dondang (1997), Zapin Pusaka (1998), Hati Kama (1999), dan karya terbaru yang menggabungkan lagu rakyat dan moden iaitu lagu Intan Payung (2021). Kreativiti komposer yang mengolah elemen tradisional, adunan dengan rap serta hip hop membawa satu kelainan dalam lagu bertemakan nasihat itu. Beliau juga telah memenangi Album Pop Etnik Terbaik dan Album Terbaik. Antaranya ialah Album Ala Dondang, Album Masyhur, dan Album Seri Balas. Manakala lagu Dikir Puteri, Dondang Dendang dan Ngajat Tampi pula memenangi persembahan terbaik dalam Anugerah Juara Lagu (AJL). Selepas kelahiran album Ala Dondang, Noraniza masih kekal merakamkan albumalbum yang berirama pop tradisional seperti Masyhur dan album duet bersama penyanyi Siti Nurhaliza, Seri Balas. Noraniza diiktiraf sebagai pelopor kepada lagu-lagu Pop Etnik dan Tradisional kerana berani menerbitkan album tradisional. Pada masa itu, lahirlah lagulagu yang telah menjulang nama Noraniza Idris dengan lagu-lagu pop tradisional seperti Dikir Puteri, Dondang Dendang, Zapin Pusaka serta lagu duet bersama Siti Nurhaliza menerusi lagu Hati Kama. Noraniza Idris juga telah mempersembahkan lagu Dikir Puteri di acara Sukan Komanwel pada tahun 1998. Setelah berjaya mengangkat muzik pop tradisional di mata masyarakat menerusi album-album yang dihasilkan, Noraniza Idris telah 29 mengumpul lebih ramai peminat lagu-lagu pop tradisional daripada semua lapisan masyarakat sehingga mencetuskan fenomena. Kemunculan lagulagu pop tradisional ini telah memberi impak yang sangat besar dalam industri muzik Malaysia bukan sahaja di 4 Malaysia tapi di negara jiran seperti Singapura dan Indonesia. Pada April 2016, 31
beliau mempersembahkan persembahan khas Konsert Lentera Muzika Noraniza Idris Masyhur 30 tahun yang diadakan selama satu jam setengah sempena ulang tahun ke-30 Noraniza Idris di arena bidang muzik dengan kehadiran ratusan peminat memenuhi Auditorium Angkasapuri, Kuala Lumpur. Noraniza masih mengekalkan konsep yang sama iaitu membawa segerombolan penari di atas pentas. Dalam persembahan tersebut, beliau mengimbau semula pengalaman jatuh bangunnya dalam memartabatkan serta memperjuangkan irama Etnik Kreatif Tradisional sehingga beliau diangkat serta diiktiraf sebagai Ratu Etnik Kreatif atau Ratu Irama Tradisional. Beliau juga telah menampilkan beberapa buah lagu etnik peribumi yang berjaya membawa nama Malaysia ke mata dunia. Antara lagu-lagu yang dipersembahkan pada malam itu ialah Enjut, Hatinya Tak Tahan, Ayuh Juragan, Hati Kama, Dondang Dendang, Ngajat Tampi dan banyak lagi. Lagu-lagu yang dinyanyikan bukan hanya sekadar hiburan semata-mata, malah turut menerapkan mesej serta unsur pengajaran yang dapat dihayati oleh masyarakat melalui keunikan seni kata dan bait-bait lirik lagu. Beliau yang kini turut Persatuan Tatih Seni Malaysia di bawah naungan Noraniza Idris Production Ventures Sdn. Bhd. mula bergerak secara serius dalam bidang seni irama Malaysia. Persatuan Tatih Seni Malaysia ini memperkenalkan empat modul utama, iaitu modul tari, modul vokal irama Malaysia, modul teater, dan modul muzik gamelan. Persatuan Tatih Seni Malaysia ini telah wujud selama 13 tahun di Malaysia. Noraniza Idris berkata, beliau mewujudkan persatuan ini adalah untuk membantu remajaremaja yang mempunyai minat terhadap karya irama tradisional namun mereka tidak mempunyai platform yang sesuai untuk mempromosikan karya mereka. Oleh itu, melalui persatuan ini, mereka telah mengangkat karya irama tradisional kepada satu platform khas yang akan membuka peluang kepada remajaremaja dalam menceburi bidang ini. Oleh itu, dapat dilihat bahawa 32
melalui kewujudan akademi Tatih Seni Malaysia ini, dapat dibuktikan bahawa ramai remaja yang meminati lagu irama tradisional ini namun mereka tidak mempunyai peluang dalam meneruskan karya-karya tersebut dalam industri kerana terdapat persaingan antara genre-genre lagu yang lain. Oleh itu, Persatuan Tatih Seni Malaysia ini telah membuka peluang yang luas kepada remaja-remaja untuk mempromosikan lagu berentak tradisional ini kepada khalayak ramai dan di persada dunia. Persatuan Seni Tatih Malaysia telah mencipta sejarah apabila mencatat nama dalam Malaysia Book Of Records (MBOR) menerusi bilangan penari paling ramai dalam persembahan Irama Malaysia yang berlangsung di Dataran Merdeka. Dalam acara itu, 5 persembahan Noraniza Idris yang dikenali sebagai Ratu Irama Malaysia disertai 565 penari terdiri daripada pelajar sekolah menengah sekitar Lembah Klang dan pelajar antarabangsa dari Universiti Putra Malaysia (UPM). Beliau berharap agar usahanya itu dapat menjadi panduan kepada generasi pelapis baharu dalam tarian tradisional. Semasa sesi temu bual ini dilaksanakan, kami telah mengutarakan beberapa soalan berkaitan tentang lagu rakyat irama tradisional yang dihasilkan oleh beliau sendiri untuk dibincangkan. Antara soalan yang diajukan adalah elemen penting yang perlu dititikberatkan semasa mempersembahkan lagu rakyat irama tradisional. Sebagai seorang aktivis lagu rakyat yang masih lagi bergiat aktif, Puan Noraniza Idris menjelaskan bahawa apabila menjadi seorang penyanyi yang menyanyikan lagu rakyat irama tradisional memerlukan lenggok tersendiri di samping bakat yang sudah sedia ada. Setiap penyanyi itu pasti mempunyai identiti sendiri iaitu cara mereka menyanyi sesebuah lagu adalah berbeza terutamanya penyanyi lagu tradisional. Nada penyanyi lagu rakyat irama tradisional juga berbeza dengan penyanyi yang menyanyikan lagu-lagu irama lain. 33
Puan Noraniza Idris turut memberikan penjelasan mengenai penerimaan masyarakat pada masa kini terhadap lagu rakyat genre kontemporari. Beliau menjelaskan bahawa lagu rakyat irama tradisional mempunyai asas tertentu iaitu format lagu yang dihasilkan serta lirik yang dibina untuk disesuaikan dengan irama lagu. Industri pada zaman sekarang hanya mementingkan cara untuk menjual lagu supaya didengarkan oleh semua lapisan masyarakat berbanding cara untuk 31 mengangkat lagu yang dihasilkan. Selari dengan kehendak industri sekarang yang menginginkan nilai-nilai komersial dalam sesebuah lagu, beliau menyatakan bahawa konsep utama sesebuah lagu perlu dititikberatkan mengikut peredaran zaman sekarang. Irama lagu rakyat mempunyai sensitiviti sendiri. Oleh itu, beliau akan mengkaji semula irama lagu rakyat Melayu sebelum menghasilkan lagu baharu supaya irama (rhythm) dan rhyme bersesuaian dengan lagu. Selain itu, sasaran utama lagu yang dibina hendaklah diketahui terlebih dahulu agar beliau mengetahui apa yang pendengar inginkan. Puan Noraniza turut menyatakan berdasarkan pengalaman beliau yang mempamerkan kesenian lagu rakyat di luar negara mendapati bahawa masyarakat luar negara sangat tertarik dengan keseniaan lagu rakyat Malaysia yang dipersembahkan oleh beliau sendiri bersama penari-penari dari Persatuan Tatih Seni Malaysia. Oleh itu, beliau memberitahu kepada penari-penari supaya tidak malu dengan lagu rakyat sendiri kerana mereka merupakan wakil Malaysia yang akan mengangkat lagu rakyat di persada antarabangsa.Usaha yang dilaksanakan oleh Puan Noraniza Idris sendiri untuk memastikan irama tradisional masih lagi hidup dalam diri masyarakat Malaysia adalah dengan mempelbagaikan aktiviti selain daripada menumpukan kepada penghasilan album. 34
Hal ini kerana beliau menyatakan bahawa apabila mengeluarkan sebuah album, penggiat seni hendaklah bersedia dengan minda untuk mentransformasikan diri seiring dengan keperluan yang dikehendaki dalam industri. Aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan adalah dari Persatuan Tatih Seni Malaysia seperti pada 16 dan 17 September 2023 akan diadakan Festival Tarian Evolusi Etnik Rakyat Malaysia 2023 (TERM’23) Peringkat Kebangsaan dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka serta Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya bertemakan ‘Budaya Kita Wajah Kita’. Sasaran beliau adalah kepada generasi muda iaitu dengan mengadakan Pertandingan Tarian Evolusi Etnik Rakyat Malaysia Kategori 10 tahun sehingga 14 tahun dan Kategori 15 tahun ke atas. Peserta dikehendaki untuk menghasilkan koreografi yang kreatif berdasarkan lagu rakyat genre kontemporari yang telah dihasilkan oleh Puan Noraniza Idris. Beliau turut menganjurkan bengkel santai silang budaya Medan Indonesia dan Malaysia secara percuma kepada pengunjung. Dengan ini, masyarakat secara tidak langsung dapat mempelajari dan menghayati lagu rakyat Malaysia di samping budaya Indonesia agar budaya masyarakat di Nusantara tidak lenyap begitu sahaja.Seterusnya, kami mengajukan soalan mengenai cabaran yang dihadapi oleh Puan Noraniza Idris dalam memartabatkan lagu rakyat pada zaman kini. Beliau memaklumkan bahawa cabaran utama yang dihadapi ialah cara mempromosikan lagu irama tradisional. Hal ini kerana industri pada zaman sekarang sangat berbeza dengan industri pada zaman dahulu. Pada masa kini, penggiat seni seperti Puan Noraniza Idris sendiri memerlukan media massa untuk mempromosikan diri agar dapat dikenali dalam kalangan masyarakat. Apabila terjerumus dalam media sosial, persaingan sesama rakan penggiat sangat hebat dan tinggi. Oleh hal yang demikian, beliau memerlukan pengaruh yang kuat daripada masyarakat untuk menghebahkan lagu rakyat yang berbentuk irama tradisional. Beliau sendiri menyatakan bahawa seseorang 35
penggiat itu perlu berusaha untuk mempromosikan produk yang dihasilkan kerana menurut beliau penggiat seni tidak boleh menyalahkan media semata-mata terhadap produk mereka yang tidak laku. Puan Noraniza Idris telah mengambil inisiatif dengan menghasilkan kandungan (content) yang memerlukan team production untuk mempromosikan diri dalam media massa. Contohnya, dalam sehari, beliau boleh menghasilkan tujuh content untuk mempromosikan lagu rakyat yang dihasilkan. 36
2.8 TEMU BUAL BERSAMA SENIWATI WAN SALMAH BINTI WAN SULAIMAN Link YouTube: https://youtu.be/0H1AUKQLL-Q?si=i8c_Pctt34yAX1el Sepanjang puluhan tahun bergiat di dalam bidang lagu rakyat dan tarian gamelan, sudah tentu pelbagai sumbangan yang telah diberikan oleh Puan Wan Salmah Wan Sulaiman. Antara sumbangan yang paling diketahui ialah beliau merupakan penyanyi asal kepada lagu Ulek Mayang. Beliau menceritakan bahawa lagu itu telah dicipta daripada mantera yang digunakan untuk berubat pada zaman dahulu dan lirik serta tarian persembahan disesuaikan mengikut jalan cerita yang menunjukkan proses perubatan itu berlaku. Contohnya persembahan dimulakan dengan sekumpulan nelayan yang keluar ke laut, kemudian dipukul ombak dan terjatuh ke dalam laut lalu hanyut kembali ke darat, walau bagaimanapun terdapat seorang nelayan yang tidak terjaga yang diyakini telah dibawa ke alam lain, maka asbab itulah menjadi punca bomoh dipanggil dan lagu itu dibaca. Bukan itu sahaja, sewaktu beliau muda dan sedang aktif bergiat, pelbagai aktiviti yang telah dilakukannya. Misalnya, beliau merupakan ahli kepada beberapa kumpulan budaya dan telah melibatkan diri dalam puluhan persembahan 37
sama ada dari segi nyanyian, tarian, atau gamelan. Beliau juga pernah menjadi seorang penolong jurulatih gamelan yang memberi tunjuk ajar berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran bermain gamelan. Tambahan lagi, beliau pernah dijemput oleh Muzium Pahang dan Akademi Seni Budaya dan Warisan untuk melakukan program bengkel gamelan agar dapat berkongsikan ilmu pengetahuan dan pengalaman beliau berkenaan gamelan kepada peserta-peserta. Terdapat juga pihak universiti atau organisasi luar yang menghubungi beliau bagi menjalankan program yang serupa untuk peserta-peserta mereka. Sesungguhnya, pelbagai sumbangan yang telah diberikan oleh beliau kepada masyarakat luar sama ada daripada segi teori atau praktikal. Beralih kepada pencapaian yang telah dikecapi Puan Wan Salmah Wan Sulaiman, terdapat beberapa pencapaian yang diketahui dan layak disebut. Antaranya ialah beliau pernah membawa tarian Gamelan Melayu ke peringkat antarabangsa menerusi persembahan di bandar-bandar luar negara seperti Frankfurt, Milan, Amsterdam, dan Zurich. Beliau juga pernah mewakili Malaysia di Festival Seni Asean kali ke-9 di Hong Kong, China pada tahun 1984 dan di Promosi Penggalakan Pelancongan ke Negara Eropah pada tahun 1988. Hal-hal ini merupakan pencapaian-pencapaian yang signifikan bukan sahaja kepada diri 34 beliau namun kepada negara Malaysia juga kerana telah berjaya menyebarkan ilmu dan kemahiran budaya kita sehingga ke negara luar.Menerusi promosi ini, budaya dan warisan kita dapat dikenalkan kepada masyarakat yang lebih luas lalu meningkatkan kelangsungan budaya dan warisan kita. Selain itu, beliau juga telah menerima pelbagai anugerah seperti Pingat Jasa Kebaktian pada tahun 1972, Pingat Pangkuan Negara pada tahun 1979, Anugerah Khidmat Cemerlang Negeri Terengganu pada 1987, Anugerah Khas Juri Tokoh Budaya Terengganu pada tahun 38
1991, Ahli Mahkota Terengganu pada tahun 1992, dan Anugerah Tokoh Seni Budaya Terengganu pada tahun 2016. Segala pencapaian ini merekodkan minat, kesungguhan, dan dedikasi Puan Wan Salmah akan nyanyian lagu rakyat, tarian gamelan, dan permainangamelan itu sendiri. Walaupun sudah mencecah usia 79 tahun dan tidak bergiat aktif, beliau masih lagi menyumbang daripada segi khidmat pantauan dan nasihat atau perkongsian ilmu pengetahuan secara teori kepada masyarakat. 39
Responden kami, Zai Hamzah merupakah penulis lirik, pencipta lagu, pemain gitar utama bagi kumpulan floor 88 dan beliau juga merupakan sala satu pengasas bagi kumpulan tersebut. Beliau telah mencapai beberapa pencapaian yang besar seperti memilik anugerah music authors copyright protection (MACP) 2022 dalam kategori lagu melayu dendangan terbanyak bagi lagu “Hutang”. Selain itu, beliau juga memiliki beberapa lagu yang berkenal seperti “Zalikha”, “Aqilah”, “Chikadun” 35 dan banyak lagi. Walaupun beliau hanya berumur 31 tahun, tetapi beliau telah melibatkan diri dalam industri hiburan selama 16 tahun. Menurut beliau, lagu hutang merupakan lagu yang membuka ruang untuk beliau berkarya dengan lebih banyak. Hal ini kerana, selepas lagu hutang di terbitkan, bakat beliau lebih terserlah kerana lagu hutang pernah menjadi lagu yang viral pada suatu ketika itu. Disebabakan oleh itu, ramai rakan artis yang cuba menghubungi beliau untuk bekerjasama dalam menghasilkan lagu kerana kualiti lagu yang dicipta oleh beliau memberi impak positif dan mendapat sambutan yang hangat dari pendengar. 2.9 TEMU BUAL BERSAMA ENCIK ZAI HAMZAH Link YouTube: https://youtu.be/mL_SiTWcY9Q?si=nYhTpQyVGq-CWQ25 40
Beliau berpendapat bahawa lagu rakyat merupakan lagu yang dekat di hati kanak-kanak. Oleh itu beliau merasakan bahawa lagu sebegini haruslah diperkenalkan dan diperluaskan lagi agar tidak pupus di telan zaman. Tambahan pula, beliau telah menyatakan bahawa sasaran utama beliau adalah lebih kepada kanak-kanak. Hal ini kerana mengikut statistik, kanak-kanak merupakan golongan yang ramai mengemari lagu ciptaannya. Disebabkan oleh itu, beliau telah memperbanyakkan ciptaan lagu yang mempunyai unsur lagu rakyat didalamnya agar dapat menarik minat pendengar dan sekaligus memelihara kesenian Melayu kerana beliau berpandangan bahawa zaman kini semakin kurang ciptaan lagu yang berunsurkan lagu rakyat dan ini akan memberi kesan negatif kepada generasi kini sekiranya lagu rakyat tidak dipedulikan lagi. Beliau menyatakan bahawa matlamat dan objektif yang menjadi pegangan beliau dalam menghasilkan karya tidak lain dan tidak bukan adalah untuk memberi manfaat kepada pendengar. Menurut beliau, setiap hasil kerja yang baik dan memberi impak postif pasti akan menjadi amal jariyah untuk beliau. Tambahan pula, beliau tidak terkesan sekiranya lagu yang dihasilkan tidak mendapat tempat dihati pendengar kerana selagi lagu tersebut memberi kebaikan, beliau akan terus berkarya. Antara sumbangan beliau dalam melestarikan bahasa melayu di dalam karya ciptaannya adalah beliau sedaya upaya mencuba untuk menggunakan lagu rakyat terdahulu di dalam liriknya mengikut kesesuaian seperti tepuk amai amai 36 agar generasi kini dapat mengetahui dan menerima lagu rakyat terdahulu. Tambahan pula, beliau juga akan memastikan lagu ciptaan beliau menggunakan kosa kata yang mudah difahami agar mesej nasihat yang terkandung dalam lirik lagu berjaya disampaikan kepada pendengar seperti dalam lagunya yang bertajuk “Hutang”. 41
Daripada perkongsian beliau, matlamat beliau untuk menghasilkan lagu lagu seperti “Hutang”, “Chikadun” yang bersifat pendidikan adalah untuk menyebarkan nasihat-nasihat kepada pendengar. Beliau bertujuan untuk menjadikan lagu mereka sebagai pencetus minda bagi generasi sekarang supaya menerima unsur-unsur kebaikan yang mereka ingin sebarkan. Tambahan pula, beliau juga mendorong pendengar-pendengar lagu untuk belajar kesenian budaya seperti Tarian Kuda Kepang ataupun Pencak Silat yang ada dalam video muzik untuk lagu “Hutang”. Pada pendapat beliau, lagu rakyat masih diterima oleh Masyarakat kini, dan ia boleh dijumpai pada lagu kanak-kanak ataupun lagu perayaan. Beliau juga berpendapat bahawa lagu rakyat sangat disukai dan sentiasa dikenalkan dalam kalangan kanak-kanak. Hal ini disebabkan sifat kanak-kanak yang suka mengulangi lagu-lagu yang baru dan ia telah menjadi satu pengaruh minda dan akan mempromosikan melodi lagu kepada orang sekeliling secara tidak sengaja. Sifat tersebut juga selaras dengan sifat lagu rakyat iaitu disebarkan secara tidak formal. Semasa beliau ditanya soalan tentang cabaran yang pernah dihadapi, beliau berkata, “Sebenarnya saya tidak pernah mengalami apa-apa cabaran yang besar semasa mengkomposikan lagu.”. Hal ini disebabkan beliau sudah sangat berpengalaman dalam industri ini. Walaupun begitu, beliau telah mengkongsikan cabaran yang besar sebelum menjadi seorang composer yang berpengalaman. “Sebenarnya proses mengkomposkan lagu boleh kata sangat rumit. Kita perlu menggabungkan melodi, membuat susunan, dan semua perlulah ikut langkah demi langkah,” kata beliau. 42
Daripada perkongsian Encik Zai Hamzah, beliau menyatakan bahawa reaksi yang paling memberi kesan kepada beliau ialah dapat membuatkan kanak-kanak yang mendengar lagu yang dihasilkan oleh beliau menerima pengajaran yang diselitkan dalam lagu yang dihasilkan. Beliau menceritakan pengalaman beliau tentang kanak-kanak autism yang mampu mengingat dan menyanyikan lagu-lagu Floor88 dengan lancar. Beliau merasakan perkara ini memberi kesan yang mendalam kepada beliau kerana beliau berjaya mengajak kanak-kanak untuk menerima pengajaran yang terdapat dalam lagu yang dihasilkan. Jelaslah bahawa, reaksi yang positif diterima oleh Encik Zai Hamzah ini memberi semangat untuk beliau terus berkarya di industri muzik di negara kita. Beliau menyatakan bahawa, tiada projek atau rancangan masa depan dalam mempromosikan lagu rakyat di Malaysia. Namun begitu, beliau berkata bahawa lagu yang dihasilkan telah mencetuskan fenomena kepada penyanyi di Malaysia untuk menghasilkan lagu yang berunsurkan lagu-lagu rakyat. Hal ini telah menunjukkan bahawa kejayaan hasil karya beliau dalam mengembangkan lagu rakyat di Malaysia. Tanpa disedari, beliau telah mengambangkan lagu rakyat di Malaysia dengan jayanya. Oleh itu, projek dan rancangan masa depan Encik Zai Hamzah telah dilakukan tanpa beliau sedari. Semasa beliau ditanya soalan tentang harapan, beliau berkata, “Sebenarnya secara tidak langsung kita semua dah perjuangkan lagu rakyat yang ada di negara kita”. Hal ini disebabkan kerana dalam lagu yang dihasilkan oleh beliau, terdapat beberapa lagu rakyat yang agak terkenal digunakan dalam lirik yang dihasilkan. Tambahan pula, beliau juga ada menyebut supaya sekolah sekolah mestilah memperbanyak lagi penggunaan lagu-lagu rakyat untuk murid murid supaya mereka dapat mengenali dan memperjuang lagu rakyat ini dengan lebih lagi. Ucapan beliau pada akhir temu ramah ialah “lagu-lagu rakyat yang terdapat di negara kita ini akan terus kekal sekiranya kita semua terus menerus memperdengarkan lagu-lagu ini kepada generasi muda”. Jelaslah bahawa, generasi muda merupakan penerus untuk perjuangan dalam mengembangkan lagu rakyat di negara kita. 43
3.0 SENARAI NAMA PEMENANG NAMA NUR AFFRINA ARISSA BINTI JAMLUS TAJUK LAGU LESTARI ALAM SEKITAR MELODI ASAL SAYANG KINABALU VIDEO PERSEMBAHAN TERBAIK SUNTINGAN VIDEO TERBAIK NAMA MOHD ALIFF IZZUDIN BIN ROSLY TAJUK LAGU ALAMKU YANG INDAH MELODI ASAL KELATE KITO 44
CIPTAAN PANTUN TERBAIK NAMA NURUL FARHANA BINTI AMRAN TAJUK LAGU BUANA HIJAU MELODI ASAL IRAMA TARI TUALANG TIGA ANUGERAH KHAS PELAJAR BUKAN MELAYU NAMA WONG XING HUI TAJUK LAGU KITAR SEMULA AMALAN KITA MELODI ASAL DI TANJONG KATONG 45
4.0 PANTUN NAMA : NUR HAWANIS BINTI MOHD RIDZUAN MELODI : TEBANG TEBU https://youtu.be/Pl-ea4M1kqY?si=LnFxHsHhB361LZnW Tampak berbalam bukit bukau, Dipandang dari tepian telaga; Ayuhlah tanam pepohon hijau, Udara nyaman alam terjaga. Melati kuntum tumbuh melata, Sayang merbah di pohon cemara; Usahlah buang sampah merata, Tubuh sihat alam terpelihara. Peram-peram pisang, Pisang masak layu; Orang zaman sekarang, Jagalah tingkah laku. Peram-peram pisang, Pisang masak layu; Orang zaman sekarang, Jagalah tingkah laku. Peram-peram pisang, Masak atas pelebas; Orang zaman sekarang, Hatinya keras. Indah sungguh hidupan akuatik, Bersinar terang terumbu karang; Perlu kurangkan penggunaan plastik, Kitar semula barang terbuang. Tanam bunga di dalam pasu, Hiasan pasu ukiran sendiri; Jimat guna kertas dan tisu, Agar bumi kekal Lestari. Harum semerbak pokok angsana, Motifnya indah kayunya bermutu; Ayuhlah pelihara flora dan fauna, Elak kepupusan spesies tertentu. Peram-peram pisang, Pisang masak layu; Orang zaman sekarang, Jagalah tingkah laku. Peram-peram pisang, Pisang masak layu; Orang zaman sekarang, Jagalah tingkah laku. Peram-peram pisang, Masak atas pelebas; Orang zaman sekarang, Hatinya keras. Tebang tebu Kuala Sawa Tebang tebu Kuala Sawa 46