JUDUL LIRIK LAGU : SAYANGI SUNGAI SAYANGI ALAM NAMA : NURIN BATRISYIA BINTI MOHD NAZLI MELODI : KETIPANG PAYUNG https://youtu.be/UJfwdbLc66o?si=Rxyz6zP96TsPAXK9 Ala payunglah payung ketipang payung, Payung sutera nak raja muda; Jagalah sungai anugerah teragung, Gunalah air berpada-pada. Di dahan hinggap si burung punai, Riuh berkicau tepian kolam; Janganlah buang sampah ke sungai, Demi menjaga khazanah alam. Sarang lebah bentuknya berongga, Tergantung di pohon tepian jalan; Nasihat keluarga dan jiran tetangga, Jagalah alam sebagai amalan. Indah nian si bianglala, Terpancar warna tujuh biasan; Kitar semula perlu dimula, Supaya alam tidak terkesan. Ala payunglah payung ketipang payung, Payung sutera nak raja muda; Kebersihan sungai sama ditanggung, Cintailah alam wahai anak muda. 47
JUDUL LIRIK LAGU : LESTARIKAN ALAM SEKITAR NAMA : ANIS NABILAH BINTI MD AINI MELODI : AYAM DEN LAPEH https://youtu.be/JYWOTT1AVwc?feature=shared Ai ai ayam den lapeh, Burung murai berciap pagi, Hingga ke malam terdengar suara; Jagalah sungai jangan cemari, Khazanah alam sama dijaga. Pulau Bulan dilihat separa, Terlindung pokok di tepi kolam; Kelestarian hutan dipelihara, Menanam pokok warisan alam. Hanyut perian bertali rumin, Dibiar tuan membawa petaka you; Jika kalian berhati prihatin, Hentikanlah pembakaran terbuka. Bunga dikarang si Raja Judah, Tuan laksana datang bertitah; Jangan sembarang membuang sampah, Nanti bencana datang melimpah. Ai ai ayam den lapeh, Tanjung Balau airnya biru, Indah pesona memukau mata; Bumi menghijau lautan membiru, Melihara buana amanat bersama. 48
JUDUL LIRIK LAGU : SAYANGI ALAM NAMA : IFFAH HAZIRAH BINTI MOHAMAD ADNAN MELODI : GURINDAM JIWA Pohon semalu di tepi telaga, Di puncak bukit tepian desa, Khazanah alam perlu dijaga, Agar hidup aman Sentosa. Burung merpati terbang di awan, Hinggap sebentar di atas dahan, Sungguh indah ciptaan tuhan, Bumi yang kaya dengan keindahan. Buah pauh jatuk tercampak Mencari ikan mendayung sampan, Sampah sarap jangan dicampak Musnahlah alam, bahayakan kehidupan. Pohon sirih pohon selasih, Tumbuh merimbun di hujung laman, Pastikan alam sentiasa bersih, Demi kelangsungan generasi berzaman Bunga raya di rumah nyonya, Dibawa belayar ke kampung hulu, Alam terjaga banyak faedahnya, Badan sihat ceria selalu. 49
JUDUL LIRIK LAGU : BUANA HIJAU NAMA : NURUL FARHANA BINTI ARMAN MELODI : TARI TUALANG TIGA https://youtu.be/-N0VqHXV8JQ?si=sNX8kppQLDxz6HVp Sirih berlipat sirih pinang, Sirih dari pulau mutiara; Mari gunakan bahan terbuang, Supaya bumi aman sejahtera. Terang malam kerana bulan, Hangat siang kerana mentari; Indahnya alam ciptaan Tuhan, Janganlah kita biarkan dicemari. Buah kuini dipotong nyonya, Dimakan perawan manis terasa; Buana kini kurang hijaunya, Habitat haiwan menjadi mangsa. Asam kandis mari dihiris, Manis rasanya seperti gula; Sampah dibuang mengikut jenis, Agar mudah dikitar semula. Ulam pegaga di tepi telaga, Pegaga menjalar di tengah laman; Anugerah Tuhan perlu dijaga, Warisan dunia sepanjang zaman. 50
JUDUL LIRIK LAGU : PELIHARA BUMI NAMA : FATIN ATHIRAH BINTI SHAHRINSHAH MELODI : TANJUNG PUTERI https://youtu.be/evgeXWCuPuE?si=JPaxIgncvNlPK7vm Datang menerpa indahnya bulan, Cahaya bulan sinar berseri; Kitar semula jadi amalan, Semoga bumi kekal lestari. Bunga mawar layu semalam, Ditiup gugur di Tanah Sunda; Sedihnya aku melihat alam, Udara cemar sesakkan dada. Hijau merimbun subur cemara, Dahannya rendang redup di laman; Tanamlah pohon bersih udara, Mekar menghijau sepanjang zaman. Tanjung Sekijang nun di kuala, Tempat nelayan mengail gelama; Istana hinggap di Kuala Danga, Pantai berkelah keluarga diraja. Indah nian Gunung Kinabalu, Nyaman anginnya tiada terperi; Air bersih manfaatkan selalu, Lindungi sumber negara bahari. Tanjung Sekijang nun di kuala, Tempat nelayan mengail gelama; Istana hinggap di Kuala Danga, Pantai berkelah keluarga diraja. Terang cahaya sinar rembulan, Malapnya desa tidak terasa; Ayuh semua rakan dan taulan, Indahkan alam ceria sentiasa 51
JUDUL LIRIK LAGU : LESTARI ALAM SEKITAR NAMA : NUR AFFRINA ARISSA BINTI JAMLUS MELODI : SAYANG KINABALU Tinggi tinggi Gunung Kinabalu Tinggi lagi sayang sama kamu Biru-biru hujung Kinabalu tengok dari jauh Hati saya rindu… Daun inai ditumbuk lumat, Buat jualan di pinggir kota; Peranan diri perlu disemat, Demi lestarikan alam yang tercinta. Sumandak-sumandak pun ramai menunggu Menari-nari lenggang sumayau Sekali melihat melepak kulitnya Saya jatuh cinta.... Di pinggir kota tikar dihampar, Tempat rezeki si peniaga; Jagalah sungai jangan dicemar, Keindahan alam perlulah dijaga. Inai dibeli si dara tunggal, Dipakai riang sambil bersenandung; Kitar semula mesti diamal, Bagi memastikan khazanah terlindung. Si teruna terlihat lalu jatuh cinta, Tanpa lengah menyatakan hasrat; Sampah-sarap jangan dibuang merata, Jika tidak, bawa mudarat. Saling suka terus dinikahi, Akhirnya mereka hidup gembira; Bila langkah ini dipatuhi, Pasti kita semua hidup sejahtera. Bila langkah ini dipatuhi, Pasti kita semua hidup sejahtera…. 52
JUDUL LIRIK LAGU : BUMI KITA, RUMAH KITA! NAMA : GOH MI XUAN MELODI : IKAN KEKEK https://youtu.be/X7fjTrSM-K0?feature=shared Bunga cempaka bunga cengkih Dipetik oleh anak nyonya Hutan rimbun janganlah dimusnah Tugas kita lestarikannya Dari mana datangnya ketam Dari sawah turun ke kali Kekalkan keindahan alam Pesan yang harus kita sentuh hati Kawan ketawa ramai selalu Menangis pula seorang dirinya Pepohon hijau, sungai yang biru Kita semua adalah pelindungnya Anak batak pandai menari Ana krama pandai melata Lestari alam, jaga bumi ini Tanam pohon, buatlah sama-sama Kalau kumbang terbang jauh sana Tentulah bunga mudah berkembang Hutan, sungai, laut yang sempurna Untuk generasi akan datang 53
JUDUL LIRIK LAGU : CINTAI ALAM KITA NAMA : NUR ANIS NABILA BINTI ABD SHUKOR MELODI : GELANG SI PAKU GELANG https://youtu.be/5YmIe4U_2VQ?si=2bAxV8j7gCS39r8A Terbang riang burung kedidi, Hinggap sebentar di hujung dahan; Hidup hendaklah sentiasa berbudi, Kepada alam kurniaan Tuhan. Pergi ke hutan mencari sega, Hasrat berdagang menjadi kaya; Alam sekitar kotor tak terjaga, Hidup terancam banyak bahaya. Disiplin diri tonggak utama, Mendidik insan kekal bestari; Alam sekitar milik bersama, Elakkan sikap pentingkan diri. Adik yang manis anggun jelita, Tidak terlawan cantiknya busa; Bersama menjaga alam semesta, Agar terlihat indah sentiasa. Anak kenari di atas dahan, Dahan dihinggap si rama-rama; Bumi sentosa ciptaan Tuhan, Ayuhlah jaga bersama-sama. 54
JUDUL LIRIK LAGU : MARI JAGA ALAM SEKITAR BERSAMA NAMA : MUHAMMAD KHAIRYL IKHWAN BIN ABDULLAH MELODI : RASA SAYANG HEY https://youtu.be/Spj6eSKWSN4?si=LLJEWe54FmdtbPFr Rasa sayang hey, Rasa sayang sayang hey, Hey mari kita jaga alam sekitar bersama. Tinggi sekali pepohon ara, Daunnya lebat jadi teduhan, Bumi hijau khazanah negara, Anugerah indah ciptaan tuhan. Rasa sayang hey, Rasa sayang sayang hey, Hey mari kita jaga alam sekitar bersama. Minum pagi bersama kenalan, Singgah sebentar membeli pegaga, Menjaga sungai jadi amalan, Tempat riadah pilihan keluarga. Rasa sayang hey, Rasa sayang sayang hey, Hey mari kita jaga alam sekitar bersama. Berjalan jalan membawa raga, Raga dibawa ke pasar seni, Alam sekitar perlu dijaga, Agar hidup kekal harmoni. Rasa sayang hey, Rasa sayang sayang hey, Hey mari kita jaga alam sekitar bersama. Lidah buaya tumbuh setara, Ubatan seni kurnian tuhan, Jika kita cemari udara, Kesihatan diri jadi taruhan. Rasa sayang hey, Rasa sayang sayang hey, Hey mari kita jaga alam sekitar bersama. Burung hinggap di atas dahan, Terbang tinggi bersama rerama, Alam sekitar pinjaman tuhan, Hendaklah kita jaga bersama. Rasa sayang hey, Rasa sayang sayang hey, Hey mari kita jaga alam sekitar bersama. 55
JUDUL LIRIK LAGU : KEINDAHAN ALAM SEKITAR NAMA : NISA SALSABIILA BINTI ISMAIL MELODI : CAN MALI CAN https://youtu.be/2qHL1Wn95EE?si=Ce5CbmgXgmLIKIGE Sungguh handal pendekar di sini, Perangi musuh tiada gentar; Dengarkan teman pantunku ini, Perihal keindahan alam sekitar. Menjalar akar pohon bidara, Rimbun daunnya merebak ke dahan; Alam sekitar harus dipelihara, Kekal indahnya ciptaan tuhan. Lihat saudara di pohon sana, Tinggi melangit pohon meranti; Melestari flora melindungi fauna. Khazanah alam tiada ganti. Rumah manakan beratap nipah, Biarpun kecil tetap selesa; Sungai bukan lubuk sampah, Usah cemarkan kelak binasa. Indah terpesona Puteri Sari, Menjadi pilihan hati Panglima; Ayuh manusia sedarlah diri, Alam sekitar tanggungjawab bersama. 56
JUDUL LIRIK LAGU: SAYANGI ALAM SEKITAR NAMA: KHAYRINA SYAKIRA BINTI MOHAIMEY MELODI: SELOKA PAK PANDIR https://www.youtube.com/watch?v=QE5IbAOyfsw Merpati terbang di tanah datar, Lalu hinggap di pohon cemara; Sentiasa jaga alam sekitar, Nescaya hidup aman sejahtera. Tumbuh meninggi pohon angsana, Tempat singgahan burung kedidi; Jika ingin hidup bermakna, Kepada bumi kita berbakti. Pokok melati tumbuh melata, Tumbuh subur di atas tanah; Jika hutan ditebang rata, Nescaya alam akan termusnah. Sungguh harum bunga dahlia, Tumbuh pokoknya di dalam taman; Menjaga kebersihan amalan mulia, Kerana sebahagian dari iman. Indah pesona bunga jambangan, Disusun rapi di dalam raga; Pantai cantik memukau pandangan, Udara segar kesihatan terjaga. 57
JUDUL LIRIK LAGU: CAKNA ALAM NAMA: MUHAMMAD FADHIL HANAFI BIN MOHD FAUZI MELODI: WAU BULAN https://youtu.be/kBiBwt87h1E?si=iY4p1ApU8F2G2f99 Terang bulan di malam sunyi, Indah dilihat seluruh Rimba; Tangisan alam tidak berbunyi, Angkara manusia tamak haloba. Indah sungguh taman sentosa, Kembang mekar bunga kejora; Sungai laut penuh sisa, Pupuk sedar atasi segera. Burung merbah terbang menari, Hinggap sebentar di pohon sena; Kempen dicipta alam lestari, Lahir masyarakat jiwa cakna. Flora fauna itu permata, Ibarat emas yang berharga; Biarlah kita miskin harta, Namun alam sekitar dijaga. Sawah tenggelam di dataran rendah, Batang padi bercabang-cabang; Alam sekitar dipelihara indah, Milik warisan generasi mendatang. 58
JUDUL LIRIK LAGU: ALAMKU NAMA: MUHAMMAD NORHAKIM BIN RASHIDI MELODI: ANAK AYAM https://youtu.be/2kA6vtIJ5vg?feature=shared Anaklah ayam anak ayam turun sepuluh Mati seekor mati seekor tinggal sembilan Sungguhlah benar kata pujangga, Nilai diri pelengkap insani; Alam sekitar harus dijaga, Agar berseri hidup di bumi. Anaklah ayam anak ayam turun sembilan Mati seekor mati seekor disambar helang Termenung si dara terlihat gundah, Mengenang nasib menjadi suri; Kebersihan sungai tiada yang endah, Cemarnya air tiadalah ganti. Anaklah ayam anak ayam turunlah lapan Mati seekor mati seekor dibaham musang Musang lari di atas bukit, Sesat di desa masuk ke sangkar; Udara tercemar membawa sakit, Sampah dikitar jangan dibakar. Anaklah ayam anak ayam turunlah tujuh Mati seekor mati seekor tinggallah enam Negeri kembayat negeri bahagia, Musnah binasa akibat perang; Pohon disayat kertas dicipta, Alasan sekadar mencari wang. Anaklah ayam anak ayam turunlah enam Mati seekor mati seekor dipatuk ular Hujanlah lebat menimpa buana, Rahmat dari tuhan yang satu; Pupus segala flora dan fauna, Manusia hidup berhutankan batu. 59
JUDUL LIRIK LAGU : JAGALAH ALAM NAMA : SITI WAN RASYIDAH BINTI OTHMAN MELODI : AIR PASANG DALAM Air pasang dalam, surut pukul lima Jagalah alam, supaya kekal lama Ayam berkokok, telur dalam raga Mari tanam pokok, udara terjaga Duduk di jendela, merenung ke awan Berkitar semula, jadikan amalan Langit yang putih, membawa ketenangan, Sungai yang bersih, menjamin kesihatan Ulang korus Air pasang dalam, surut pukul lima Jagalah alam, supaya kekal lama Alam yang indah, Tumbuhan mekar, Buanglah sampah, jangan dibakar Berjalan ke kota, Bersama teman, Elak meneroka, Hutan yang disimpan Matahari terbenam, Pada waktu senja, Kebersihan alam, tanggungjawab bersama 60
JUDUL LIRIK LAGU: ALAM TANGGUNGJAWAB BERSAMA NAMA : NURUL IZZATI BINTI ABU JAIS MELODI: INANG RODAT https://youtu.be/0aut_iRzux8?si=4ECe13tmpsbaSUyB Apalah guna berbadan banyak, Bencana alam semuanya dia; Sukarelawan pilihan bijak, Berganding bahu membela alam. Berbagai hasil tangan teruna, Letak di pasar berbeza pangkin; Sampah dibuang mengikut jenisnya, Bekas berbeza isi pun lain. Bunga melati pohon pegaga, Tumbuh melata jangan diparang; Rimba dan satwa perlu dijaga, Pokok ditanam jangan ditebang. Sungai di hutan mengalir perlahan, Di celah-celah tumbuhan mekar; Sumber kehidupan jangan gadaikan, Berjimat air tidaklah sukar. Pawana lembut menyapa nusa, Indahnya harum tidak tercemar; Janganlah kita membakar sisa, Pembakaran terbuka mesti dihindar. 61
UDUL LIRIK LAGU: ALAMKU SAYANG NAMA: SITI AISYAH BINTI RAFEEK MELODI: ENJIT-ENJIT SEMUT https://youtu.be/-Ays0qo_dTQ?si=DOezAXkYfTwYeqKB Enjit-enjit semut siapa sakit naik atas Enjit-enjit semut siapa sakit naik atas Enjit-enjit semut siapa sakit naik atas Enjit-enjit semut siapa sakit naik atas Langit waktu fajar kelihatan indah Duduk diberanda serap vitamin Naik pengangkutan awam pelbagai faedah Mengelakkan jerebu kesihatan terjamin Beli Labu sayong di tepi pekan Pecah dijalanan hatiku gusar Konsep 3R perlu dipraktikkan Rumah hijau terpelihara impak terbesar Manis sunguh rasa buah kelubi Makan sebekas bersama suami Menanam pokok jadikan hobi Menyerap karbon dioksida sejuklah bumi Enjit-enjit semut siapa sakit naik atas Enjit-enjit semut siapa sakit naik atas Enjit-enjit semut siapa sakit naik atas Enjit-enjit semut siapa sakit naik atas Berenang renang si ikan keli Buang duri di badan sengat terhapus Ayuhlah bawak beg ketika membeli Tidak perlu tunggu berabad untuk lupus Bunga tersusun kelihatan cantik Petik sekuntum letak diraga Kempen alam sekitar menjadi penyuntik Kesedaran dirasa, alam terjaga Enjit-enjit semut siapa sakit naik atas Enjit-enjit semut siapa sakit naik atas Enjit-enjit semut siapa sakit naik atas Enjit-enjit semut siapa sakit naik atas 62
JUDUL LIRIK LAGU: KITAR SEMULA, AMALAN KITA NAMA: WONG XING HUI MELODI: DI TANJONG KATONG https://youtu.be/NgoQvJMeY6c?si=_bXok_KK4OuIT6aS Di tanjong katong, airnya biru, Di situ tempatnya dara jelita; Sampah melanda alam memukau, Bumi hijau harus dipelihara. Indah malam tanpa pelita, Kelip-kelip sepi bersinar; Plastik merata isu menanti, Bumi nangis akibatnya cemar. Di tanjong katong, airnya biru, Di situ tempatnya dara jelita; Di bakul jingga, plastik terkumpul, Bumi hijau akan dipelihara. Hutan hijau, pohon merayu, Terbang beramai si rama-rama; Kaca dan kertas, perang dan biru, Kitar semula, amalan kita. Di tanjong katong, airnya biru, Di situ tempatnya dara jelita; Kitar semula, janjikan padu, Bumi hijau tetap dipelihara. 63
JUDUL LIRIK LAGU: SAYANGI ALAM SAYANGI BUMI KITA NAMA: ALICE WONG MING HIONG MELODI: PAPAKU PULANG DARI KOTA https://youtu.be/9z3uKCuJerY?si=AhUA0SoXnnYfMj4J Papaku pulang dari kota, Pokok-pokok rindang berdiri; Sepeda kayuh sama kita, Udara bersih ku peduli. Gunung menjulang tinggi-tinggi, Pokok hijau menjadi harta; Bersama kita jaga bumi, Kertas botol kitar semula. Papaku pulang dari kota, Burung merdu menyanyi riang; Tanam pokok dengan ceria, Alam jadi hijau bertenang. Angin sepoi beri sejukan, Daun pohon rayon gembira; Padam lampu bila tinggalkan, Hemat tenaga tugas kita. Pokok bunga bermekar cantik, Ikan berenang dengan indah; Jaga air setiap titik, Guna air dengan berhemah. 64
NAMA : TEE WEI YI MELODI : BURUNG KENEK-KENEK https://www.youtube.com/watch? v=xvw5SLZ4yh8&t=43s&ab_channel=AksaraCintaBahasa Burunglah kenek-kenek, Terbang tinggi di awan; Marilah abang adik, Jaga alam bersama kawan. Burunglah kenek-kenek, Hinggap di atas dahan; Tanam tumbuhan cantik, Hargailah ciptaan Tuhan. Harum bau bunga, Udara yang nyaman; Jaga alam kita, Elakkan pembakaran. Indah flora fauna, Perlu kita jagai; Mula kitar semula, Amalan mulia ini. Burunglah kenek-kenek, Terbang melayang-layang; Marilah kakak adik, Lestarikan alam sekitar. Burunglah kenek-kenek Burunglah kenek-kenek Burunglah kenek-kenek Burunglah kenek-kenek 65
JUDUL LIRIK LAGU : BUMI ALAM KITA NAMA : NG RUI FANG MELODI : AYAM DIDIK https://www.youtube.com/watch? v=j6LrSr1iI0Y&list=UU1pCJYJ1f8IHKSTXAgoef9Q&index=18 Pergi beriadah ke Ulu Kinta, Destinasi bercuti bersama rakan. Alam indah impian kita, Bersatu hati sama lahirkan. Dari Tanjung Jara ke Kemasik, Mencari selasih tidaklah lama; Perlu dipelihara laut dan tasik, Airnya bersih digunakan bersama. Mengail ketuka di lubuk ikan, Sengat disisih dengan segera; Pembakaran terbuka perlu dielakkan, Udara bersih hidup sejahtera. Belayar abang menaiki lancang. Tiba di Pekan waktu malam; Hutan ditebang perlu dirancang, Untuk elakkan kemusnahan alam. Petik rambutan beberapa tangkai, Rambutan diletak di atas paha; Kitar semula barangan terpakai, Persekitaran bersih dan terpelihara. 66
JUDUL LIRIK LAGU : ALAMKU TERINDAH NAMA : MOHD ALIF IZZUDDIN BIN ROSLY MELODI : KELATE KITO Terbang jauh burung merpati, Tiada tujuan entah kemana, Jagalah alam sehingga mati, Kekal indah bumi yang fana. Terang malam kerana bulan, Hangat siang kerana matahari, Indah alam ciptaan tuhan, Jangan biarkan manusia cemari. Alam sekitar bersama dijaga, Udara bersih untuk semua, Perlu dijaga selagi ada, Buat warisan generasi muda. Anak ayam jalan perlahan, Si ibu menunggu lama, Bumi hijau ciptaan tuhan, Marilah jaga bersama-sama. Tersergam indah negeri terengganu, Dari laut hingga ke pantai, Buang sampah janganlah malu, Negara bersih bakal dicapai. 67
UDUL LAGU : SAYANGI ALAM KITA NAMA : MUHAMAD HILMI BIN MOHAMED MELODI : MENGHILIR DI SUNGAI PAHANG https://youtu.be/u-l46_WYL9E?si=YzubXhkBxsBNXVuK Angin malam makin perlahan, Mencari angsa terjumpa ikan; Cantiknya alam ciptaan Tuhan, Sayangi sentiasa jangan hancurkan. Istana mahligai amat selia, Tempat berkasih raja bijaksana; Jagalah sungai amalan mulia, Alam bersih hidup sempurna. Warna awan ternampak kelam, Petanda bencana hilangkan suria; Ayuhlah kawan kasihkan alam, Wujudkan suasana jadi ceria. Ikan menyelam terlihat mudah, Buaya setia kepada keluarga; Jadikan alam kembali indah, Hidup bahagia nyawa terjaga. Tumbuh angsana bersama ludai, Pohon merata jarang tiada; Hasil buana dibiar tergadai, Apalah harta generasi muda. 68
UDUL LIRIK LAGU : ALAM SEMESTA TANGGUNGJAWAB BERSAMA NAMA : SITI HAJAR BINTI MAT NAWAWI MELODI : ULEK MAYANG https://youtu.be/74xWGbCCQnk Bunga kemboja di pohon sena, Dipetik ibu diwaktu malam; Pupus segala flora dan fauna, Angkara nafsu rosaklah alam. Terang malam kerana bulan, Sangat cantik dipandang indah; Menjaga sungai jadi amalan, Kepada masyarakat banyak faedah. Angin menderu nyaman terasa, Alam yang indah dipandang mata; Janganlah kita membuang sisa, Kelak binasa alam semesta. Turun ke bendang menangkap keli, Dimasak lauk berbuka puasa; Pembakaran terbuka jangan sesekali, Agar udara bersih dapat dirasa. Mentari terbit dipagi hari, Sang murai pula sibuk berkelahi; Janganlah kita suka mengotori, Alam semulajadi anugerah Ilahi. 69
UDUL LIRIK LAGU : PELIHARA ALAM SEKITAR NAMA : ATIKAH BINTI MOHD NASRUDDIN MELODI : PINTAL TALI https://youtu.be/NxBggKx2XsE?si=tmZMMlQuEXoI06ps Marilah kita memintal tali, Tali dipintal buat mengikat; Samalah kita menyanyi-nyanyi, Menyanyi lagu senandung rakyat. Terbang tinggi si rama-rama, Hinggap sebentar di pohon cermai; Jaga hutan tugas bersama, Hidup sihat aman damai. Bunga melur mekar bercanggah, Tumbuh renek di tepi pusara; Amalan pukat tunda perlu ditegah, Agar khazanah laut terpelihara. Anak labi belajar mengesot, Bergerak tuju ke dalam gua; Jika kualiti udara terus merosot, Bakal mengancam nyawa semua. Makanan dibeli dari Rusia, Diperbuat daripada biji koko; Bencana alam angkara manusia, Tingkat kesedaran kurang risiko. 70
71 5.0 LAMPIRAN BENGKEL PANTUN BERSAMA PN MASRIYAH MISNI TARIKH: 18 SEPTEMBER 2023 TEMPAT: BILIK MULTIMEDIA PUSAT SUMBER
72
73
BENGKEL PUISI TRADISIONAL BERSAMA DR. SYAFAA’TUSARA SILAHUDIN DAN HJ FAUZI ABDULLAH TARIKH: 11 OCTOBER 2023 TEMPAT: DEWAN KULIAH IPGKPT 74
75
76
77
78 BENGKEL TEROMBA BERSAMA DATUK PADUKA DR. ROSLI SALUDDIN TARIKH: 20 NOVEMBER 2023 TEMPAT: KAMPUNG SERI MENANTI, NEGERI SEMBILAN
79
80
81
82
83