Panduan
DJ Islamik
Berkaliber
www.islamicdj4u.kedainet.com
facebook.com/islamicdj4u ok.co
i
Hakcipta Terpelihara © 2018 – Panduan DJ Islamik Berkaliber
Norhardi bin Sabri (DJ Hadi)
Panduan DJ Islamik Berkaliber ini hakciptanya terpelihara dan mempunyai
pengalaman yang berharga DJ Hadi yang dikongsikan bersama di dalam
panduan ini. Panduan ini terdapat usaha, masa dan tenaga yang dicurahkan
dalam penyediaannya. Perlu mendapatkan kebenaran bertulis sebelum
menggunakan panduan ini dalam apa cara dan media sekalipun. Senaskah
panduan ini juga akan diberikan kepada peserta Kursus Asas DJ Islamik
Berkaliber secara percuma. Selain itu juga, RM1 dari pembelian senaskah
panduan ini akan dimasukkan ke tabung Aman Palestin. Semoga sumbangan
anda mendapat keredhaan daripada Allah swt.
ii
PRAKATA
Selama lebih dari 15 tahun pernah bertugas sebagai pengacara majlis (Master
of Ceremony - MC) dalam majlis-majlis rasmi dan tidak rasmi di universiti dan di
tempat kerja serta hampir 5 tahun berkecimpung dalam bidang DJ ini secara sambilan
untuk masyarakat di waktu lapang dan di hujung minggu dan cuti umum untuk
meluaskan jaringan ukhwah dan silaturahim sesama ummah di samping memperolehi
pendapatan sampingan yang halal dan berdakwah melalui lagu-lagu yang Islamik
serta tidak bercanggah dengan hukum syarak dan telah mengendalikan lebih dari 80
majlis perkahwinan dan lain-lain majlis, tercetuslah idea untuk menyediakan sebuah
panduan secara bertulis sebagai rujukan para pembaca dan pelapis DJ Islamik yang
berkaliber.
Panduan ini mengandungi pelbagai informasi dan tips-tips seperti standard
perjalanan majlis umum, lokasi majlis, do’a, skrip dan pemasangan audio teknikal
yang berguna semasa mengendalikan majlis. Ia boleh dijadikan sebagai panduan
untuk pelapis dan DJ Islamik yang baharu berjinak-jinak dalam bidang juru hebah,
pengerusi majlis dan pengacara ini sebagai latihan dan idea.
Semoga usaha ini diberkati dan mendapat keredhaan Allah SWT.
Berikut adalah perkhidmatan DJ dan Sistem Audio profesional, berpengalaman,
eksklusif yang beridentitikan 'Islamic DJ 4u, Lagumu Dakwahku!' berkisar lagu-lagu
nasyid dan Islamik serta yang bersesuaian untuk:-
- Walimatulurus/kenduri kahwin (*perkhidmatan utama).
- Akad nikah, tahlil, kenduri kesyukuran.
- Majlis Hepi Beday...
- Majlis rasmi & tak rasmi;
- Hari Ibu, Hari Bapa, Hari Keluarga;
- Majlis khatan, khatam Quran;
- Akikah, qurban, berzanji, berendoi;
- Open house raya dan lain2;
- Majlis ilmu, ceramah di surau, rumah, taman, dewan, dll.
- ...dan lain-lain majlis yang sesuai.
Norhardi bin Sabri (DJ Hadi)
i
TAGLINE
"Lagumu Dakwahku..."
Merupakan tagline Islamic DJ 4u yang memberi perkhidmatan sambil
berdakwah melalui mesej lagu-lagu islamik yang didendangkan untuk
mengingati dan mendekatkan diri kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW di
samping mengajak kepada amal makruf nahi mungkar.
MISI
Menyediakan perkhidmatan DJ dan Audio Sistem dengan harga yang
berpatutan dan profesional yang dapat memuaskan hati pelanggan.
Menjalin ikatan ukhwah, tali persaudaraan sesama muslim dan bukan muslim
untuk menikmati keindahan Islam dan mengeratkan silaturahim serta
perpaduan sesama pelanggan, orang ramai, tetamu dan masyarakat sebelum,
semasa dan berterusan selepas majlis berlangsung.
VISI
Menjadi perkhidmatan DJ dan audio sistem yang bercirikan dan beridentitikan
Islamik yang dapat dikembangkan ke seluruh tanah air lebih-lebih lagi di
Negeri Pulau Mutiara tercinta.
ii
PENDAHULUAN
iii
PENDAHULUAN
Kerjaya sebagai DJ Islamik pada saya memerlukan bakat. Sekiranya
tiada bakat, ia boleh dicungkil dan diasah dengan kekerapan latihan. DJ
Islamik mampu menceriakan suasana kenduri dan para hadirin yang
menghadiri majlis tersebut. DJ Islamik juga ibarat selebriti no. 2 di majlis
selepas pasangan pengantin.
Kebanyakan DJ Islamik akan sentiasa mengemaskini status waktu
terkini, tarikh, lokasi majlis, dan diberitahu kepada orang ramai.. selain itu
memaklumkan dan menjaga waktu solat seperti mengumandangkan rakaman
audio azan apabila masuk waktu di kawasan majlis tersebut amatlah baik
dilaksanakan.
Bagi seorang DJ Islamik, sebaiknya banyak perkataan sebutan kalimah
mulia seperti InsyaAllah, MasyaAllah, Alhamdulillah, Subhanallah, Allahuakbar,
Lailahaillah dan sebagainya selalu disebut seperti "Asslamua’laikum wbt,
Alhamdulilah, selamat pagi dan selamat sejahtera diucapkan kepada semua.
Saya DJ Hadi, Islamic DJ 4u insyaAllah akan menjadi DJ anda bertugas
sepanjang hari ini. Diharap anda akan terhibur dengan putaran lagu-lagu
berunsur Islamik, nasyid, dakwah dan lagu-lagu yang bersesuaian
berlandaskan hukum syarak… semoga masjlis kita mendapat rahmat dan
keredhaan dari Allah swt."
Di atas merupakan contoh kata-kata pembuka dari DJ... Selain itu DJ
juga akan sering bertanya khabar semua orang disekelilingnya, seperti kata-
kata tuan2, puan2, abg2, kakak2, adik2, makcik2, pakcik2 dan paling diraikan
pengantin.
DJ Islamik perlu peka dengan keadaan sekeliling, berita2 dan isu terkini,
aturcara majlis yang sedang berlangsung di kenduri atau majlis (contoh hari
raya, hari kemerdekaan, hari cuti umum, hari kebesaran Islam dan sebagainya
perlu diungkapkan dan dimaklumkan).
DJ Islamik perlu mempunyai unsur berdakwah, menasihati, mendoa’kan,
mengajak kepada amal-makruf nahi mungkar dan sebagainya mampu
iv
membuatkan pendengar di majlis memberi kesedaran, keinsafan, peringatan
sambil terhibur terutamanya juga kepada pengantin. DJ bukanlah seorang
yang syok sendiri atau hanya berada dalam dunianya sendiri sahaja.
DJ perlu bersama pendengar di majlis tersebut. DJ mampu berceloteh
mengikut kesesuaian dan bercerita tapi yang penting tidak membosankan dan
berulang-ulang. DJ perlu tahu menyesuaikan diri dengan majlis. Mengenali
nama pengunjung dan menyebutnya merupakan baik dilakukan.
Untuk menjadi DJ Islamik yang baik perlu mempunyai daya pemerhatian
yang baik.. Pelajari dan ikuti gaya DJ yang kita minati tidak salah. Boleh juga
mengikuti gaya seperti Imam Muda, Pencetus Ummah dan sebagainya.
Kemudiannya kita hadir dengan gaya persembahan kita sendiri. Sebaiknya kita
mempunyai pembantu semasa mengendalikan konti kita sendiri agar tugas
kita lebih mudah dan lancar.
Akhir kata, DJ Islamik majlis kenduri kendara atau jamuan makan adalah
kerjaya yang seronok untuk diceburi dan dipelajari serta menghayati kerjaya
tersebut amat bermakna bagi sesiapa yang betul-betul berminat dan ikhlas
dalam memeriahkan majlis di masa yang sama berdakwah kepada ummah dan
memastikan majlis dalam keadaan yang diredhai dari Allah swt.
-DJ Hadi-
v
KANDUNGAN
PRAKATA ........................................................................................................................................................ i
PENDAHULUAN .......................................................................................................................................... iv
KANDUNGAN ............................................................................................................................................ vi
PERANCANGAN DAN PERJALANAN TUGAS MAJLIS WALIMAH..................................... 1
A. PERANCANGAN DAN PERJALANAN DAN TUGAS MAJLIS WALIMAH .............. 2
1. PERJALANAN TUGAS DI MAJLIS WALIMAH ............................................................. 2
2. JENIS LOKASI MAJLIS ......................................................................................................... 3
B. PANDUAN DAN TUGAS DJ/MC ............................................................................................ 6
1. PERANAN DAN TUGAS DJ/PENGACARA MAJLIS (MC) ISLAMIK .................. 6
2. KRITERIA DJ/MC ISLAMIK ............................................................................................... 6
3. KAWALAN SUARA ................................................................................................................... 6
4. PENGGUNAAN MIKROFON ................................................................................................. 7
5. PERSIAPAN MENGHADAPI MAJLIS............................................................................... 7
6. PANDUAN PENYEDIAAN SKRIP DJ/MC ISLAMIK ................................................. 8
7. PENAMPILAN DIRI DJ/MC ISLAMIK ............................................................................ 8
8. TEKNIK BERCAKAP DI SAMPING MUZIK LATAR DIMAINKAN ....................... 8
9. MENGATASI RASA GUGUP/GEMURUH ........................................................................ 9
10. DJ/MC ISLAMIK YANG BAIK .......................................................................................... 10
11. PANGGILAN HORMAT DAN KAEDAH PENGGUNAANNYA (BERDASARKAN
SURAT PEKELILING AM BILANGAN 4 TAHUN 2014 JABATAN PERDANA
MENTERI) – Sila rujuk pekeliling ini yang boleh dimuat turun dari internet untuk
panduan dan penerangan yang lebih jelas. ............................................................................... 12
C. SKRIP DAN TEKS DJ ............................................................................................................... 16
1. MULA TUGAS ........................................................................................................................... 16
2. ALU-ALUAN & PENGHARGAAN ...................................................................................... 16
3. PENGUMUMAN / PEMAKLUMAN : ................................................................................ 17
a) MASA, TEMPAT DAN TARIKH ........................................................................................... 17
b) PROMOSI ................................................................................................................................. 17
c) KETIBAAN PENGANTIN DAN ROMBONGAN DAN TEMPAT ASAL .............................. 18
d) UBAH KENDERAAN .............................................................................................................. 18
e) RUANG MENGAMBIL MAKANAN SESAK ........................................................................ 18
f) MASUK WAKTU SOLAT ........................................................................................................... 19
g) JENIS MAKANAN DAN MINUMAN .................................................................................... 19
vi
h) PERKAHWINAN, IJAB QABUL ........................................................................................... 19
i) TANDAS DAN SURAU .............................................................................................................. 19
j) UCAPAN DAN KATA-KATA ALUAN KEPADA PENGANTIN ............................................ 20
k) TUJU LAGU.............................................................................................................................. 20
l) AMBIL GAMBAR BERSAMA KELUARGA ............................................................................. 20
4. DOA .............................................................................................................................................. 20
5. SESI MEMOTONG KEK ........................................................................................................ 21
6. PERSEMBAHAN SILAT (DAN LAIN-LAIN PERSEMBAHAN) ............................. 21
7. TAZKIRAH RINGKAS / KATA-KATA HIKMAH ........................................................ 21
8. TEKS PENUTUP ....................................................................................................................... 22
D. KOLEKSI PANTUN .................................................................................................................... 24
E. DO’A MAJLIS WALIMATULURUS ...................................................................................... 28
1. Contoh Doa’ #1 ...................................................................................................................... 28
2. Contoh Doa’ #2 ...................................................................................................................... 29
F. PEMASANGAN DAN TEKNIKAL AUDIO ......................................................................... 31
G. CONTOH TEKS DJ DAN PENGACARA MAJLIS WALIMAH ..................................... 33
(Bagi DJ baharu. Teks perlu disesuaikan dengan majlis walimah tersebut) .... 33
1. CONTOH #1 .................................................................................................................................. 33
2. CONTOH #2 .................................................................................................................................. 37
3. CONTOH #3 .................................................................................................................................. 41
4. CONTOH #4 .................................................................................................................................. 47
H. KESIMPULAN .............................................................................................................................. 53
I. RUJUKAN BAGI PENYEDIAAN PANDUAN INI ............................................................... 54
vii
PERANCANGAN DAN
PERJALANAN TUGAS MAJLIS
WALIMAH
1
A. PERANCANGAN DAN PERJALANAN DAN TUGAS MAJLIS WALIMAH
1. PERJALANAN TUGAS DI MAJLIS WALIMAH
SEBELUM SEMASA SELEPAS
· Bertolak 1-2 jam · Fasa awal majlis · Kemas dan
awal ke lokasi (sebelum ketibaan packing semua
majlis. pengantin) peralatan sekitar
menggunakan lagu-lagu 30-15 minit
· Apabila tiba di
kawasan majlis, nasyid dan zikir. sebelum tamat
jumpa pengantin · Ketibaan pengantin kenduri / tugas.
atau tuan rumah (pengumuman dan lagu · Berterima kasih
dan dapatkan: kompang jika tiada dan bersalaman
kompang sebenar). dengan tuan
o Lokasi DJ perlu
bertugas. · Lagu silat (jika ada rumah.
persembahan silat dan · Dapatkan
o Punca kuasa
elektrik. tiada lagu dari bayaran balance
kumpulan silat). dari pengantin /
o Pastikan kawasan tuan rumah.
berbumbung. · DJ baca do’a (Baca do’a
jika tiada wakil dari · Akan dapat
· Memasang dan keluarga pengantin). cenderahati /
menguji peralatan. goodies kenduri.
· Santapan pengantin
bersama rombongan · Kemungkinan
pengantin. (Boleh akan dapat
berpantun masa ini). bungkus
makanan
· Pengantin bersanding di
pelamin untuk sesi kenduri.
bergambar (jika ada).
(Boleh berpantun
nasihat untuk
pengantin).
· Sesi memotong kek
(jika ada).
· Pengantin beramah
mesra dengan tetamu.
(Boleh pasang selingan
klip ceramah, beri
tazkirah ringkas dan
sebagainya).
· Sesi bergambar ahli
keluarga pengantin (jika
ada).
· Pengantin ke bergambar
(outdoor) (jika ada).
· Ucapan penutup dan
berundur diri.
2
2. JENIS LOKASI MAJLIS
Terdapat 3 jenis lokasi majlis walimatulurus iaitu:-
a) Kawasan Kampung
i. Ciri-cirinya agak sempit dan kedudukan khemah kemungkinan
berjauhan dan tidak sekata.
ii. Sesuai memasang kabel di sebelah atas seperti di bumbung
khemah bagi mengelakkan menghalang laluan dengan kabel.
iii. Pemasangan speaker perlu menala ke khemas dan perlu pastikan
surround.
iv. Kabel speaker agak sukar dipasang kerana terdapat pokok-pokok
dan rumah-rumah yang berdekatan.
v. Perlu teliti dalam menganggar jarak antara speaker dan DJ agar
kabel speaker sampai dan mencukupi.
b) Kawasan Taman Perumahan
i. Speaker boleh dipasang di setiap hujung khemah.
ii. Pastikan kabel speaker sampai ke lokasi DJ.
c) Dewan
i. Menetapkan speaker di hadapan dan dibelakang dewan atau
ditengah dewan (1/2 dari keluasan dewan).
ii. DJ sesuai berada berdekatan dengan pintu masuk atau di hadapan
dewan.
iii. Selalunya dewan akan menyebabkan lebih bergema dan echo jadi
kurang atau minimakan penggunaan effect pada power mixer.
iv. Contoh perancangan kedudukan DJ dan speaker dalam dewan.
v. Perlu pastikan kepanjangan kabel speaker sampai dengan lokasi
DJ.
3
Contoh Perancangan dan Layout DJ dan Speaker di Dewan
Contoh sebenar dari salah satu majlis walimah.
4
PANDUAN DAN TUGAS DJ/MC
5
B. PANDUAN DAN TUGAS DJ/MC
1. PERANAN DAN TUGAS DJ/PENGACARA MAJLIS (MC) ISLAMIK
a) Membuat pengumuman sebelum/semasa/selepas majlis –
selalunya pengumuman tarikh, waktu dan tempat berlangsungnya
majlis, pengumuman masuk waktu solat, pengumuman
ketibaan/kepulangan tetamu, pengantin, rombongan. Pengumuman
aktiviti/aturcara yang akan berlangsung, penutup dan sebagainya.
b) Mengemudikan majlis (memberi ‘arahan’ / panduan kepada
tetamu) misalnya memandu pengantin/tuan rumah dengan aturcara
seterusnya seperti bacaan do’a, persembahan pencak silat/qasidah,
makan beradap, ucapan, memotong kek, bergambar. Mengingatkan
tetamu agar duduk di ruang makan mengikut jantina (sekiranya ada),
memberi tempat duduk kepada tetamu lain pula, berbaris panjang sila
ke ruangan mengambil makanan yang lain dan sebagainya.
c) Memastikan majlis berjalan lancar (berdasarkan aturcara yang
ditetapkan / dirancang).
d) Sebagai wakil kepada tuan rumah/pihak penganjur.
2. KRITERIA DJ/MC ISLAMIK
a) Bijak kenali majlis / VIP / tujuan majlis / gelaran / gaya bahasa.
b) Memahami konsep berduet (jika DJ bersama/berdua/bertiga) DJ/MC
lelaki seharusnya mengetuai/mengendali dari DJ/MC wanita. DJ/MC lelaki
lebih tinggi dari DJ/MC wanita. Pakaian sedondon lebih menarik.
c) Mood DJ/MC perlu berada dalam keadaan baik.
d) Tidak gagap / sebutan tidak berbunyi kedaerahan/kenegerian (loghat)
namun ini lebih menarik bagi majlis tidak formal seperti walimah.
e) Banyak bersabar iaitu dengan memahami karenah tuan/rumah,
pengajur, tetamu. Sepatutnya mendapat arahan dari seorang sahaja.
f) Suka dan penuh minat dengan kerja-kerja DJ/MC.
g) Cara penyampaian mesti betul, bersahaja, santai (jika bukan majlis
rasmi) tidak terlalu laju/perlahan.
3. KAWALAN SUARA
a) Bertutur dengan jelas dan fasih.
b) Jangan gopoh – biar bernada dan ada lenggok intonasi suara.
c) Lontarkan suara.
d) Gunakan bahagian perut.
e) Jangan menjerit tetapi cergas.
6
f) Kerap minum air suam/panas.
4. PENGGUNAAN MIKROFON
a) Mikrofon sebagai alat yang berguna untuk menyemarakkan suara kita.
b) Kita perlu gunakan dengan berkesan.
c) Laras mikrofon dengan ketinggian yang berdekatan dengan mulut kita.
d) Berdiri atau duduk berdekatan mikrofon dengan tenang.
e) Uji mikrofon dengan bercakap dan bukan dengan mengetuknya.
f) Mengetuk akan merosakkannya.
g) Jarakkan mikrofon dengan mulut anda mengikut keselesaan, suara
menjadi jelas di pembesar suara dan bukan sehingga menyentuh mulut
dengan mikrofon.
5. PERSIAPAN MENGHADAPI MAJLIS
a) Fahami dan ketahui sepenuhnya perjalanan dan butir-butir terperinci
majlis, pengantin, tuan rumah, majlis di sebelah perempuan atau lelaki,
majlis diadakan secara bersama atau sebelah pihak sahaja.
b) Mengetahui keperluan-keperluan muzik latar majlis seperti ingin audio
kompang atau pun tidak, perlukan muzik silat atau lagu perarakan jalan
perlahan (tentera), perlukan lagu berjenis nobat diraja atau konvokasyen
style.
c) Jika ada tetamu VIP atau orang kenamaan turut hadir, sila pastikan
DJ/MC mengetahui dan mempunyai ilmu gelaran-gelaran orang
kenamaan tersebut (Sila rujuk nota panggilan hormat dan kaedah
penggunaan yang dilampirkan).
d) Mengetahui protocol majlis sekiranya majlis jenis yang berprotokol.
e) Sebolehnya DJ/MC boleh menyediakan skrip. Tetapi bagi DJ yang telah
lama bertugas, ia akan terbiasa dan telah terhafal semua skrip lazim
yang dipertuturkan.
f) Sekiranya ada ucapan biasanya dihadkan kepada ucapan VIP(jika ada)
ucapan pengantin lelaki sahaja yang memberi ucapan, ucapan wakil
pengantin perempuan dan ucapan wakil pengantin lelaki. Ucapan dari
tetamu adalah tanpa had.
g) Sebagai penyeri, boleh masukkan pantun dan itu sebaiknya kerana
mengikut budaya di Malaysia.
7
6. PANDUAN PENYEDIAAN SKRIP DJ/MC ISLAMIK
a) Skrip mestilah mengikut aturcara majlis/tuan rumah/pengantin.
b) Tandakan tempat bernafas/di mana perlu berhenti.
c) Hurup dicetak/ditulis jelas dan besar.
d) Angka sepatutnya dieja bukan ditulis nombor agar tidak silap. Misanya
mana lebih mudah disebut dengan menyebut nombor ditulis seperti ini –
‘123,568’ atau ditulis seperti ini – Seratus dua puluh tiga ribu lima ratus
enam puluh lapan.
e) Nama yang pelik untuk dibaca dan dieja perlu bertanya kepada orang
yang mengetahui menyebutnya terlebih dahulu. Misalnya seperti Arnold
Schwarzenegger, Ali murepilaieni, Ng Scho Jue, George
Stroumboulopoulos, Mohd/Muhd, Bornarpate.
7. PENAMPILAN DIRI DJ/MC ISLAMIK
a) Pakaian perlu bersesuaian, tertib dan bersopan.
b) Kemas dan rapi.
c) Tidak menjolok mata.
d) Warna yang bersesuaian dengan majlis dan semoleknya mengikut
tema majlis.
e) Boleh memakai pakaian korporat jika ada dibuat bagi menunjukkan
khidmat yang dijalankan/mempromosikan perkhidmatan.
f) DJ/MC boleh memakai jeans /+ batik, jubah / serban / kopiah, baju
melayu lengkap bersampin bersongkok, seluar jeans dan t-shirt
berkolar dengan ‘topi gaya Maher Zain’. Boleh mengenakan pakaian
yang sesuai mengikut penampilan identiti masing-masing.
8. TEKNIK BERCAKAP DI SAMPING MUZIK LATAR DIMAINKAN
a) DJ boleh bercakap semasa sesuatu lagu sedang dimainkan.
b) Semasa DJ sedang bercakap, pada kawalan mixer, audio lagu di
perlahankan sedikit agar kedengaran samar-samar.
c) Apabila telah selesai bercakap, kuatkan semula audio lagu tersebut.
8
d) Boleh teruskan bercakap dan langkah b. dilakukan semula berselang
seli dengan lagu yang sedang dimainkan.
9. MENGATASI RASA GUGUP/GEMURUH
Kenapa rasa gugup?
a) Gugup timbul secara semulajadi disebabkan rasa teruja yang
menyebabkan hormone adrenalin kita mengalir.
b) Rasa takut melakukan kesilapan / mengharapkan kesempurnaan yang
total.
Cara mengatasinya:-
a) Perlu membuat persiapan mental setiap kali menjadi DJ/MC
b) Mesti berfikiran positif dengan memberi tahu diri-
i. Saya akan berasa amat seronok melakukan tugas ini.
ii. Saya akan menjalankan tugas ini dengan terbaik.
iii. Tuan rumah, tetamu dan para hadirin turut seronok dan berpuas
hati.
c) Tenangkan fikiran dan juga badan, pastikan rehat secukupnya.
d) Cuba beberapa kali di depan cermin.
e) Datang awal sebelum majlis bermula.
f) Tarik nafas panjang-panjang.
g) Berselawat, berzikir dan berdo’a.
h) Niatkan untuk berdakwah dan ingin buat yang terbaik.
i) Gugup, gementar dan gemuruh adalah lumrah, laluinya dengan tenang.
j) Jangan terlalu menaruh harapan untuk mendapat kesempurnaan yang
total. Tersilap tersalah adalah lazim tetapi berusaha untuk tidak
melakukan kesilapan
k) Perlu kerap dan banyak berlatih berulang-ulang kali.
l) Amalkan membaca do’a ini (Surah Taha ayat 25-28)
i. Robbish rohli sodri wayas sirli amri wahlul u’qdatam millisani
yafqahu qauli.
(Ya tuhanku, lapangkanlah dadaku, mudahkan urusanku dan lepaskanlah
kekakuan dalam lidahku).
[Baca dalam 3, 5 ke 7 kali atau berterusan sebelum mula majlis.]
ii. Robbi zidni i’lman warzuqni fahma.
(Ya Allah… tambahkanlah ilmu yang bermanfaat bagiku, dan berikanlah
pemahaman yang luas)
9
10. DJ/MC ISLAMIK YANG BAIK
10.1. Berlatih dan sentiasa berlatih untuk mengasah dan menggilap
bakat.
10.2. Bersedia sekiranya ada perubahan di saat akhir aturcara majlis.
10.3. Pastikan arahan diambil dari seorang sahaja yang ditugaskan
menjadi ketua dalam majlis itu – selalunya tuan rumah.
10.4. Penyampaian yang sedap di dengar.
10.5. Boleh mengambil perhatian orang ramai.
10.6. Sentiasa mengajak kepada amal makruf dan nahi mungkar.
10.7. Berkongsi kata-kata hikmah, nasihat dan panduan.
10.8. Sentiasa mendo’akan tetamu, tuan rumah, rombongan, keluarga
kedua belah pihak dan Penyampaian yang sedap di dengar.
10.9. Boleh mengambil perhatian orang ramai.
10.10. Sentiasa mengajak kepada amal makruf dan nahi mungkar.
10.11. Berkongsi kata-kata hikmah, nasihat dan panduan.
10.12. Sentiasa mendo’akan tetamu, tuan rumah, rombongan, keluarga
kedua belah pihak dan yang penting mendoa’kan pengantin.
10.13. Kurangkan pergerakan.
10.14. Lihat kepada tetamu semasa bercakap.
10.15. Jangan melakukan sesuatu yang janggal.
10.16. Sentiasa prihatin dan sensitive kepada tetamu.
10.17. Jangan mengejek atau mengolokkan tetamu/tuan
rumah/pengantin dan sebagainya.
10.18. Jangan bercakap terlalu banyak memadailah secukup rasa.
Modal dan isi perlu sekata.
10.19. Jangan leka dan sentiasa peka.
10.20. Serlahkan imej dan riak wajah yang positif dan menarik.
10.21. Ada masa boleh berjenaka, tetapi perlu sesuai dengan masanya
dan bertetapan dengan suasana.
10.22. Sebaiknya perlu mendapatkan maklum balas dan pandangan
tuan rumah/pengantin selepas tugas yang dilaksanakan agar
10
sekiranya ada apa-apa kekurangan boleh diperbaiki dan
dipelajari untuk persediaan masa akan datang.
10.23. Tiada istilah pakar dalam tugas DJ / MC. Perlu sentias belajar,
upgrade dan mempunyai gaya dan identiti tersendiri.
10.24. Sentiasa mendoakan orang lain dan memaafkan kesilapan.
10.25. Tidak marah-marah semasa majlis dan perlu senyum selalui.
10.26. Jangan menolak keperluan/permintaan tuan rumah/pengantin
dengan cara yang kasar. Perlu lakukan dengan berhikmah dan
berlembut.
10.27. Sentiasa menolak permintaan dari tuan rumah/pengantin/tetamu
yang memohon untuk melakukan sesuatu yang melanggari
syarak dan hukum seperti berkaraoke, menari-nari, menyiarkan
lagu-lagu yang tidak sepatutnya dan tidak bersesuaian dalam
majlis.
10.28. Di akhir majlis bolehlah menyiarkan lagu-lagu bercorak istigfar,
zikir dan taubat kerana bimbang majlis kita ada terselit unsur-
unsur yang dilarang oleh Islam (minta dijauhkan) dan memohon
ampun pada Allah atas perjalanan majlis moga diampunkan
mana-mana yang telah terlanjur.
11
11. PANGGILAN HORMAT DAN KAEDAH PENGGUNAANNYA
(BERDASARKAN SURAT PEKELILING AM BILANGAN 4 TAHUN
2014 JABATAN PERDANA MENTERI) – Sila rujuk pekeliling ini yang
boleh dimuat turun dari internet untuk panduan dan penerangan yang
lebih jelas.
Panggilan Hormat ini dikategorikan seperti berikut: Panggilan Hormat Diraja;
Panggilan Hormat untuk jawatan; Panggilan Hormat untuk para penerima
Darjah Kebesaran Persekutuan; Panggilan Hormat untuk keturunan; Panggilan
Hormat untuk ahli agama; dan Kaedah Penggunaan Panggilan Hormat untuk
Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Ahli Akademik
dan Pasukan/Badan-badan Beruniform.
12
13
14
SKRIP DAN TEKS DJ/MC
15
C. SKRIP DAN TEKS DJ
1. MULA TUGAS
Assalamua'laium wbt, salam sejahtera, salah kasih-sayang dan salam
silaturahim. Islamic DJ 4u memulakan tugas pada hari ini memeriahkan majlis
dan meraikan pengantin kita iaitu (nama pengantin pertama) dan pilihan
hatinya (nama pengantin kedua).
Semoga majlis walimah kita pada hari ini mendapat rahmat dan keredhaan
dari Allah swt hendaknya.
[Nama pengantin pertama di dahulukan dengan nama pengantin tuan rumah.]
2. ALU-ALUAN & PENGHARGAAN
Assalamua'laium wbt, ahlan wa sahlan wa marhaban bikum, kaifa haluk.
a) Selamat datang diucapkan kepada semua para tetamu, hadirin dan
hadirat, sanak saudara, ahli keluarga, rakan taulan, sahabat handai,
adik, abang, kakak, pakcik makcik semua yang hadir ke majlis kita pada
hari ini bagi meraikan pengantin kita iaitu (nama pengantin pertama)
dan pilihan hatinya (nama pengantin kedua) [+ doa].
b) Terima kasih di atas kehadiran tuan2 dan puan2 semua yang menerima
undangan tuan rumah kita iaitu (sebut nama tuan rumah suami &
isteri). Tahniah kami ucapkan kepada tuan rumah kita yang telah
menimang menantu ya, cucu belum lagi, insyaAllah kita doakan... [+
doa].
c) Bagi para tetamu yang baru sampai diucapkan selamat datang dan
terima kasih di atas kesudian tuan/puan menerima undangan tuan
rumah dan pengantin kita ke majlis walimah ini. Semoga dengan
kehadiran tuan/puan ke majlis ini, telah tertunailah sudah kewajiban
tuan/puan menerima undangan yang wajib serta semoga beroleh pahala
dan mendapat keredhaan dari Allah swt.
d) Saya Islamic DJ 4u mewakili tuan rumah kita iaitu (sebut nama tuan
rumah suami & isteri) mengucapkan… [combine dengan 2(a) buang
perkataan diucapkan shj.] [+ doa].
e) Kita ucapkan selamat pengantin baru kepada (sebut nama pengantin
tuan rumah) yang merupakan (puteri/putera) kepada (sebut nama
tuan rumah) bersama pilihan hatinya (sebut nama pengantin kedua)
[+ doa].
f) Saya Islamic DJ 4u mewakili tuan rumah kita iaitu (sebut nama tuan
rumah suami & isteri) yang merupakan ayahanda dan bonda kepada
pengantin kita iaitu (sebut nama pengantin tuan rumah)
mengucapkan… [combine dengan 2(a) buang perkataan diucapkan shj.]
[+doa]. (Sila confirm mereka adalah ibu bapa pengantin, kerana ada
yang abang/kakak yang jadi tuan rumah).
16
3. PENGUMUMAN / PEMAKLUMAN :
a) MASA, TEMPAT DAN TARIKH
Ya tuan2 dan puan2, sekarang tepat jam (sebut masa). Kita sekarang
berada di (sebut tempat dengan penuh seperti dalam kad kawin).
Hari ini (sebut tarikh masihi dan hijrah). Yang merupakan hari bahagia
dan terindah dalam hidup dan di alam percintaan kepada pasangan
pengantin kita yang telah mendirikan mahligai rumah tangga idaman iaitu
(sebut nama timangan pengantin) [+ doa].
[Boleh kaitkan tarikh tersebut dengan peristiwa pada hari tersebut misalnya
cuti sekolah, raya cina, raya aidilfitri/aidiladha, maulidurasul, hari
kebangsaan.
Contoh 1: Ya.. hari ni cuti sekolah, banyak kenduri kendara di sana sini,
tentu tuan puan yang mai ni dok susun kenduri... Tapi apa pun kita
menerima undangan itu yang sebaiknya.
Contoh 2: Hari ni merupakan hari yang mulia maulidurasul. Selawat dan
salam kita kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Semoga sama-
sama kita dapat melaksanakan sunnahnya demi membuktikan cinta dan
kasih sayang kita padanya…]
Contoh 3: Ya.. tuan2 dan puan2 hari ni cuti umum raya cina, kita tumpang
cuti panjang cuti raya cina ni. Semoga kita dapat mengambil kesempatan
dan manfaatkan cuti-cuti seperti ni sebaik mungkin bersama keluarga
tercinta hendaknya dan mengeratkan silaturahim sesama kita…
b) PROMOSI
i. Ya tuan2 dan puan2 demi meningkatkan ekonomi umat Islam dan
menyokong usahawan-usahawan Islam kita agar terus berjaya dan
menyumbang bakti kepada masyarakat, saya ingin mempromosikan
semua usahawan-usahawan Islam berkaliber & berprestij dalam
majlis kita pada hari ini iaitu (contoh: catering dan khemah majlis
kita pada hari ini iaitu…, Fotografer Rasmi kita pada hari ini
iaitu…, tak lupa juga kepada Pak Mad yang menyediakan apom
balik, yang istimewa Mak Ngah baulu dan kuih muih…, pelamin
yang indah dari…, Ais Krim Abang Man yang istimewa… (sebut
semua maklumat & perkhidmatan dalam name card (jika ada kad,
jika tidak just ambil nota shj.)
Tuan/puan boleh menghubungi usahawan2 kita melalui saya atau
terus bertemu dengan mereka untuk mendapatkan perkhidmatan
yang ditawarkan…
17
ii. Tuan/puan, bagi tuan/puan yang ingin menyumbang dan beramal
kebajikan bersama, terdapat tabung derma Aman Palestin yang di
sediakan di ruang DJ, boleh lah sama-sama kita terus menyumbang
kepada Palestin walau dalam apa jua keadaan sekalipun, insyaAllah
semoga derma yang kita keluarkan akan mendapat ganti yang lebih
banyak dan berganda dari Allah swt dan beroleh keredhaan Allah swt
itu yang lebih penting.
iii. Surau kampung/taman ini akan mengadakan majlis qiamullail pada…
dijemput beramai-ramai menghadirinya.
c) KETIBAAN PENGANTIN DAN ROMBONGAN DAN TEMPAT ASAL
Di umumkan ketibaan pengantin (lelaki/perempuan) dan rombongan iaitu
iaitu (nama pengantin pertama) dan pilihan hatinya (nama pengantin
kedua) dari… (sebut asal pengantin dan rombongan).
[PERINGATAN: Sila pastikan dengan tuan rumah adakah majlis
walimatulurus dibuat secara bersama kedua-dua belah pihak. Jika bersama
maka abaikan menyebut berkenaan rombongan pengantin. ]
d) UBAH KENDERAAN
Tuan/puan, sedikit pengumuman. Di mohon kenderaan bernombor plat
(sebut nombor plat…), saya ulangi (sebut nombor plat…) untuk
mengubah kenderaan anda kerana (beri sebab – contoh: kerana
menghalang lalu lintas / ada kenderaan tetamu lain ingin beredar). Terima
kasih.
[Sekiranya didapati masih tidak diubah, maka boleh ulangi pengumuman.]
e) RUANG MENGAMBIL MAKANAN SESAK
Ya… tuan2 & puan2 kelihatan agak sesak dan jem di ruangan mengambil
makanan dan minuman dan saya dimaklumkan tuan rumah kita ada
menyediakan lebih dari satu ruangan mengambil makanan dan minuman di
sebelah (khemah/di hujung khemah/di tingkat atas – ikut kesesuaian.) Di
jemput tuan/puan ke sebelah sana ya… terima kasih.
18
f) MASUK WAKTU SOLAT
Tuan2 & puan2, sekarang telah masuk waktu solat fardhu Zohor/Asar bagi
kawasan (daerah/bandar tempat kenduri) bagi negeri (sebut negeri)
dan kawasan yang sama waktu dengannya.
g) JENIS MAKANAN DAN MINUMAN
Ya…, tuan2 & puan2, hari ni tuan rumah menyediakan pelbagai juadah dan
jamuan yang special untuk tuan/puan semua para tetamu yang hadir ke
majlis walimatulurus (sebut nama pengantin) iaitu… (sebut semua jenis
makanan yang di sediakan) semuanya enak dan lazat belaka, serta
minuman (sebut semua jenis minuman panas/sejuk yang ada) yang
segar lagi menyegarkan serta pelbagai aneka juadah pencuci mulut yang
cantik di pandang dan enak di makan iaitu (sebut semua pencuci mulut
– contoh: bubur kacang, bubur gandum, kuih muih seperti…,
[PERINGATAN: Perlu check dan survey makanan yang ada dapatkan list.
Bila sebut pastikan makanan dan minuman tersebut sedang dihidangkan
dan masih ada serta belum habis.]
h) PERKAHWINAN, IJAB QABUL
Ya…, tuan2 & puan2, untuk makluman tuan2 dan puan serta para tetamu
yang hadir ke majlis walimah kita pada hari ini, pengantin kita telah
selamat diijab qabulkan dan sah sebagai suami isteri pada tanggal (sebut
tarikh, masa dan tempat dengan tepat – contoh: 12 Januari 2016
bersamaan 14 Rabiulawal 1437 hijrah di Masjid Kampung Jawa, Seberang
Perai Selatan.). Tahniah dan selamat pengantin baru… [+ doa].
[Perlu dapatkan maklumat ini dengan tepat dari pengantin atau tuan
rumah.]
i) TANDAS DAN SURAU
Untuk makluman tuan2 dan puan2 semua para tetamu, terdapat tandas
disediakan di tepi/belakang dewan ini dan surau di tingkat atas/di sebelah
dewan bagi tuan/puan yang ingin mengerjakan solat fardhu. Terima kasih.
[Sila pastikan lokasi tandas/surau jika ada.]
19
j) UCAPAN DAN KATA-KATA ALUAN KEPADA PENGANTIN
Ya.. tuan2 dan puan yang ingin memberikan ucapan dan sepatah dua kata
kepada pengantin kita, dijemput tuan/puan ke ruangan DJ untuk menulis
dan mengisi ucapan dan kata-kata aluan tuan/puan pada borang ucapan
yang disediakan, dan insyaAllah akan dibacakan oleh saya nanti {ketika
pengantin tiba kelak – dibaca apabila pengantin belum tiba.}. Selain itu
tuan/puan yang sporting boleh memberi ucapan secara live menggunakan
microphone di ruangan DJ… jemput, jangan malu-malu dan jangan segan2.
k) TUJU LAGU
Tuan2 dan puan2, terdapat permintaan untuk menujukan lagu kepada
pengantin kita daripada (sebut nama pemohon – selalunya ada dalam
borang ucapan. Hanya putarkan lagu tersebut jika ada dan sesuai.) dengan
lagu yang bertajuk (sebut nama lagu) khas buat pengantin kita…
l) AMBIL GAMBAR BERSAMA KELUARGA
Ya tuan2 dan puan2, terdapat sedikit pengumuman, dijemput semua ahli
keluarga pengantin (sebelah mana? perempuan/lelaki) untuk
bergambar bersama-sama mengukir kenangan bersama dengan keluarga
pengantin kita yang diraikan di (di mana? – contoh: dalam rumah
pengantin/di meja santapan). Di jemput dan di persilakan.
[Ulang sekali lagi jika didapati semua ahli keluarga belum hadir bersama.]
4. DOA
a) Ya tuan2 dan puan, bagi memberkati majlis kita pada hari ini bagi
memohon rahmat, keberkatan dan keselamatan dari Allah swt serta
mengungkapkan rasa syukur kita kehadrat Allah swt, sama-sama kita
mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan ini. Al-Fatihah…
[Tanya tuan rumah sama ada wakil atau tidak untuk bacaan do’a, jika
ada wakil, DJ tak perlu lagi baca do’a semasa pengantin tiba.]
b) Semoga pengantin kita iaitu (sebut nama timangan pengantin)
berbahagia dan gembira dalam melayari bahtera rumah tangga dan
kekal sehingga ke akhir hayat dan ke jannah hendaknya, insyaAllah…
c) Di do’akan agar pengantin dikurniakan anak-anak yang soleh dan
solehah.
20
d) Di do’akan juga agar pengantin menjadi suami yang soleh dan isteri
yang solehah.
e) Kita do’akan agar ahli keluarga tuan rumah kita iaitu (sebut nama
tuan rumah suami isteri) dimurahkan Allah swt rezki yang berkat
dan berlimpah ruah lagi hendaknya.
f) Semoga pengantin tabah dan cekal dalam mengharungi alam rumah
tangga bersama-sama antara suami isteri yang telah saling lengkap-
melengkapi antara satu sama lain berlandaskan contoh terbaik kita
Rasulullah SAW.
5. SESI MEMOTONG KEK
Ya tuan2 & puan2, sekarang kita akan meneruskan majlis dengan sesi
memotong kek oleh pengantin kita, dipersilakan…
6. PERSEMBAHAN SILAT (DAN LAIN-LAIN PERSEMBAHAN)
Ya tuan2 & puan2, persembahan silat itu tadi telah dipersembahkan oleh
(sebut nama kumpulan silat – contoh: Seni Silat Gayung) yang
dipimpin dan diketuai oleh (sebut nama tuan guru/ketua/pengurus
silat berkenaan). Terima kasih diucapkan kepada (sebut nama
kumpulan silat sekali lagi).
7. TAZKIRAH RINGKAS / KATA-KATA HIKMAH
a) Bersama-sama kita mengeratkan silaturahim dalam kesempatan di
majlis ini, ada yang lama dah tak jumpa tak bertemu, bertemu pula
dalam majlis ini dapat kita eratkan silaturahim sesame kita.
Sesungguhnya hamba-hambanya yang memutuskan silaturahim tidak
akan dapat memasuki syurga Allah swt, nauzubillah. Minta kita
dilindungkan Allah.
b) Ya tuan2 dan puan, sama-samalah kita mensyukurui nikmat Allah
yang banyak kepada pada hari ini. Sesungguhnya mesyukuri nikmat
Allah akan bertambah nikmat lagi dikurniakan Allah kepada kita, tetapi
sebaliknya nescaya azab Allah swt amatlah pedih.
[Boleh guna klip potongan rakaman Ustaz Dato’ Kazim Elias sebagai
selingan antara 2-3 lagu atau pada keadaan yang sesuai. Ambil dalam
folder _USTAZ KAZIM].
21
8. TEKS PENUTUP
Tuan2 dan puan2, Islamic DJ 4u – lagumu dakwahku, yang bertugas
dalam majlis kita pada hari ini akan mengundurkan diri selepas azan
Asar sebentar lagi (jika waktu tamat majils selepas Azan Asar).
Oleh yang demikian saya DJ bertugas ingin mengucapkan ribuan terima
kasih yang tak terhingga kepada tuan rumah kita (sebut nama tuan
rumah suami isteri) dan mempelai raja sehari kita (sebut nama
pengantin) yang diraikan kerana sudi mendapatkan perkhidmatan
Islamic DJ 4u bagi memeriahkan dan meraikan majlis kita pada hari ini
berlandaskan hukum syarak dan mengikuti panduan pelaksanaan majlis
yang dikeluarkan oleh Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang dan JAKIM.
Akhir kalam saya sudahi dengan kalimah yang mulia, wabilah hitaufik wa
hidayah, wassalamua’laikum wbt.
22
KOLEKSI PANTUN
23
D. KOLEKSI PANTUN
PANTUN NASIHAT
Buah pauh si bunga rampai, Sanak saudara jauh dan dekat,
Kilauan bintang sungguh mengasyikkan, Ke rumah pengantin itu matlamat,
Rombongan pengantin sudahlah sampai, Supaya hidup mendapat berkat,
Selamat datang kami ucapkan. Sabar dan setia jadi azimat.
Tiup serunai di atas kota, Semoga majlis mendapat rahmat,
Uda memupuk bunga Melati, Do’a dari para tetamu,
Mula kenal kemudian bercinta, Supaya kasih bertambah nikmat,
Cinta tersemai dalam hati. Solat jemaah jangan kau jemu.
Amat garang datuk bentara,
Musuh melanggar habis dibenam, PANTUN ISLAMIK
Dulu seorang kini berdua, Indah sungguh syair barzanji,
Hidup bersama susah senang. Ditambah merdu lagu marhaban,
Berumah tangga sunnah nabi,
Bauhulu kuil tradisional, Sakinah mawaddah sepanjang zaman.
Mangku, timah penuh sarat,
Kalau dahulu tidak kenal, Susunan barzanji indah berangkai,
Sekarang beramah semakin erat. Berisi pujian kepada nabi,
Perintah allah janganlah dilalai,
Ferringgi melanggar inderagiri, Bisa celaka binasa diri.
Lalu dibedil oleh laksamana,
Suami ibarat kepala negeri, Jika ada acara walimah,
Hendaklah adil lagi saksama. Marhaban dilantun menambah semarak,
Jika suami sholih, istri sholihah,
Pengantin lelaki berbaju jingga, Insya Allah menurun kepada anak.
Nampak segak tampan dan lawa,
Ku ucap selamat berumahtangga, Sholawat nabi adalah pujian,
Semoga kekal ke hujung nyawa. Bagi rasul junjungan ummat,
Istri yang sholihah adalah hiasan,
Bawah khemah pengantin berteduh, Membawa berkah sampai akhirat.
Siap berkeris juga bertanjak,
Kini kau sudah bertemu jodoh, Mari kita membaca sholawat,
Rancanglah hidupmu hai dengan bijak. Kepada nabi pemberi syafaat,
Kepada suami hendaklah taat,
Pada si dia hati terpikat, Rumah tangga nikmat, hidup berkat.
Ijab dan Kabul buktinya cinta,
Hidup berdua mesti sepakat, Allah ta’ala kholiqul alam,
Elakkan dari segala sengketa. Alam dicipta sangat indahnya,
Suami istri jangan saling memendam,
Tak kira miskin dan juga kaya, Bersikaplah berbuka dan bijaksana.
Ke rumah kenduri menjamu selera,
Hidup berdua saling percaya, Nabi muhammad sayyidul anam,
Tabah hadapi segala gelora. Rasul junjungan nan bijaksana,
Masalah keluarga jangan dipendam,
Sungguh segak suami idaman, Kelak membawa bala bencana.
Duduk berdua tersipu malu,
Supaya hidup berdua aman,
Bertolak ansur amalkan selalu.
24
Nabi muhammad lahir di Makkah, Di negeri kan’an diutus Ya’kub,
Menyinari dunia dengan hidayah, Beliau rasul yang kesepuluh,
Ciptakan mawaddah, penuhi sakinah, Berasyarakat janganlah bersifat ujub,
Niscaya allah limpahkan berkah. Nanti semua orang akan menjauh.
Nabi adam rasul pertama, Yusuf adalah rasul kesebelas,
Dari rusuknya dicipta hawa, Beliau ahli mena’wil mimpi,
Jika rumah tangga ingin bahagia, Jangan memaksa dan membalas,
Resepinya hanya tuntunan agama. Karena akan membebani diri.
Nabi kedua bernama idris, Nabi ayub rasul kedua belas,
Dilangit keempat rasulullah berjumpa, Diuji Allah sangatlah sabar,
Berumah tangga hindari bisikan iblis, Hindari tengkar saling membalas,
Jika diturut membawa bencana. Masalah menjadi semakin besar.
Rasul ketiga nabi Nuh, Diutus Syu’aib kaum Madyan,
Manusia yang sangat panjang umurnya, Beliau rasul yang ketiga belas,
Suami istri jangan saling menuduh, Suami yang baik jadi teladan,
Hadapi masalah dengan bijaksana. Istri dan anak bahagia dan belas.
Nabi hud rasul keempat, Keempat belas adalah Nabi Zulkifli,
Kepada kaum ‘ad ia diutus, Basyar itu nama aslinya,
Jangan dicela nikmat yang dapat, Dalam keluarga jauhi caci dan maki,
Terima dengan hati yang tulus. Karena itu bukan ajaran agama.
Nabi sholeh rasul kelima, Rasul kelimabelas Yunus bin Matta,
Diutus allah kekaum tsamut, Beliau pernah ditelan ikan,
Terimalah rizqi apa yang ada, Jadilah istri yang bijaksana,
Rizqi orang lain janganlah hasud. Niscaya rumah tangga terasa nyaman.
Nabi ibrahim rasul keenam, Nabi Musa diutus ke Mesir,
Ayahnya azar pemahat patung, Di zaman Fir’aun rasul keenam belas,
Hidup banyaklah budi ditanam, Cukuplah Allah dihati hadir,
Dimanapun berada membawa untung. Itu tanda orang yang ikhlas.
Rasul ketujuh Nabi Luth, Nabi harun saudara Musa,
Diutus Allah buat kaum sadum, Rasul ketujuhbelas fasih bicara,
Janganlah pecah rahsia dimulut, Suami istri bersikaplah terbuka,
Aib di jaga maruah mengharum. Niscaya hilang syak wasangka.
Nabi Isma’il anak Nabi Ibrahim, Kedelapan belas rasul Ilyas,
Dia rasul yang kedelapan, Menghadapi Bani Israil kaum durhaka,
Menjadi suami janganlah zholim, Kebaikan orang tua usahakan balas,
Karena itu perbuatan syaitan. Semoga berkah do’a-do’anya.
Rasul kesembilan bernama Ishaq, Anak angkat Ilyas bernama Ilyasak,
Anak ibrahim dari istrinya Sarah, Rasul kesembilan belas diutus sudah,
Dalam keluarga laksanakan yang haq, Jika bertindak fikir yang masak,
Supaya menjadi ahli jannah. Supaya tidak membawa susah.
25
Nabi Daud rasul kedua puluh, Rizqi yang sedikit lapangkan dada,
Mengalahkan Jalut raja yang kuat, Rizki yang banyak, diri janganlah lupa.
Kepada suami hendaklah patuh,
Insya allah selamat dunia akhirat. Rasul kedua puluh tiga bernama Yahya,
Diusia muda dibunuh raja,
Nabi kedua puluh satu bernama Jika rumah tangga inginkan syurga,
Sulaiman, Tuntunan nabi itu kuncinya.
Raja yang adil dan bijaksana,
Di dalam dada kukuhkan iman, Nabi Isa rasul kedua puluh empat,
Karena itu modal utama. Siti Maryam nama ibunya,
Kepada Allah dan rasul hendaklah ta’at,
Zakaria rasul kedua puluh dua, Niscaya selamat masuk ke syurga.
Dikaruniakan anak diusia tua,
26
DO’A MAJLIS WALIMAH
27
E. DO’A MAJLIS WALIMATULURUS
1. Contoh Doa’ #1
Pembuka do’a (bahasa A’rab)
Penutup do’a (bahasa A’rab)
28
2. Contoh Doa’ #2
Pembuka do’a (bahasa A’rab)
Segala puji hanya untuk-Mu ya Allah yang telah menjadikan kami berpasang-pasangan.
Selawat dan salam di atas junjungan kami Saiyidina Muhammad rahmat sekelian alam
serta keluarga dan sahabat-sahabatnya sekelian.
Ya Allah, pada hari yang berkat ini, kami berhimpun di sini sebagai tanda kesyukuran kami
atas nikmat-Mu bersempena dengan majlis perkahwinan yang diadakan oleh keluarga
kedua-dua mempelai dengan selamat dan sempurna bagi pernikahan anakanda mereka.
Ya Allah Ya Tuhan Kami Yang Maha Sempurna, rahmatilahmajlis ini semoga ianya
berjalan dengan sempurna seperti mana yang telah Engkau kehendaki dan berkatilah
majlis yang diadakan ini dengan keberkatan dari permulaan hingga ke akhirnya.
Sesungguhnya pertemuan ini adalah dengan izinMu.
Ya Allah Ya Tuhan kami Yang Amat Mengasihani, limpahkanlah rahmat dan
keampunanMu kepada pasangan pengantin.Kurniakanlah keduanya ketenangan,
kebahagiaan dan jiwa yang tabah menghadapi setiap dugaan dan cubaan hidup
berumahtangga lebih lebih lagi di akhir zaman yang penuh pancaroba ini.
Mudah-mudahan perkongsian hidup yang dibina ini di kurniakan zuriat yang soleh dan
solehah serta berkekalan hingga ke akhir hayat. Amiin Ya Rabbal A’lamin.
Ya Allah kurniakanlah restu dan kasih sayang di antara kedua pengantin ini serta eratkan
hubungan keduanya sepertimana telah Engkau hubungkan di antara air & tanah, Adam &
Hawa, Ibrahim & Siti Hajar, seperti Yusuf & Zulaika, Ayub & Rahmah, Musa & Safurah,
Sulaiman & Puteri Balqis dan seperti Baginda Muhammad s.a.w & Khadijah.
Ya Allah, satukalah keduanya dalam inayah dan barakahMu. Semoga menjadi Nur ibadah
yang mendambakan rahmatMu.
Penutup do’a (bahasa A’rab)
29
PEMASANGAN DAN TEKNIKAL
30
F. PEMASANGAN DAN TEKNIKAL AUDIO
31
CONTOH TEKS DJ DAN
PENGACARA MAJLIS
WALIMAH
32
G. CONTOH TEKS DJ DAN PENGACARA MAJLIS WALIMAH
(Bagi DJ baharu. Teks perlu disesuaikan dengan majlis walimah
tersebut)
1. CONTOH #1
Dengan diiringi selawat ke atas Junjungan kita Baginda Nabi Muhammad saw,
Beriringan masuk ke dalam dewan, sama cantik dan sama padan, pasangan pengantin
yang segak lagi bergaya, yang cantik lagi menawan, pasangan Raja Sehari;
Wan Azman bin wan sheikh dan xxxxx bt wan muhamad nasir
Hadirin dan hadirat sekalian dipersilakan untuk sama2 berselawat ke atas Junjungan
Besar kita Nabi Muhammad S.A.W.
(tunggu sampai mereka duduk)
BismilLahir Rahmanir Rahim
Assalamu `Alaikum W.B.T. dan salam sejahtera
Allah swt berfirman dalam Surah Ar-Ruum ayat 21 yang bermaksud;
Dan diantara tanda2 kekuasaanNya ialah, Dia menciptakan untukmu isteri2 dari
jenismu sendiri supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya. Dan
dijadikanNya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang
demikian itu benar2 terdapat tanda2 bagi kaum yang berfikir.
Hazrat Ali ra berkata bahawa Rasulullah saw telah bersabda;
Jangan melambat2kan dalam 3 perkara. Pertama, solah, apabila telah masuk
waktunya. Kedua, pengebumian mayat, apabila jenazah sudah disiapkan. Ketiga,
mengahwinkan seorang wanita, apabila jodoh yang sesuai sudah didapati.
Yang dihormati,
1. YB Datuk Dr Hj Wan Junaidi Tuanku Jaafar (Timbalan speaker dewan rakyat) dan Yang
Berbahagia Datin Hajah Feona Norjanah Wan Junaidi,
2. YB Sharifah Hasidah Bt Wan Razali (Adun kawasan Semariang),
3. Dato’2, datin2, dif2 kehormat, pasangan pengantin yang diraikan ,ahli keluarga, dan para
hadirin hadirat para tetamu yang diRahmati Allah sekalian.
Selamat datang ke :
Majlis Walimatul Urus Wan Azman bin wan sheikh bersama pasangannya xxxxx bt wan
muhamad nasir
Subhanallah pagi dan petang
ganjaran pohon di dalam syurga
Pemanis kata selamat datang
Awal BismilLah pembuka bicara
Jangan kita terus lalai,
Dalam membuat salah dan dosa,
Tingkatkan usaha banyakkan amalan
Duduk tersenyum kedua mempelai
Menadah tangan kepada yg ESA,
Moga jodoh sentiasa berkekalan
33
Dengan ini, bagi memohon majlis ini diBerkati dan diRahmati Allah, Tuhan Yang Maha
ESA, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan
dibacakan oleh AF Ustaz Syed Ahmad Zaimi Bin Syed Kamaldin
Dipersilakan.
(Doa)
Terima kasih diucapkan kepada AF Ustaz Syed Ahmad Zaimi Bin Syed Kamaldin di atas
bacaan doa sebentar tadi.
Sebelum kita meneruskan majlis, eloklah kiranya saya memperkenalkan serba sedikit
mengenai pasangan pengantin yang diraikan
Pengantin lelaki adalah putera kepada Wan Sheikh Bin Tuanku Jen dan ............... bt Wan
Mahbar. Anak ke-6 dari 10 beradik ini, lebih dikenali sebagai man dikalangan ahli
keluarga. Dilahirkan pada 15 September 1985, wan azman pernah mendapat pendidikan
menengah di SMK Agama Matang. Untuk pengetahuan hadirin hadirat sekalian, ibu
pengantin perempuan juga pernah berkhidmat di sekolah tersebut dan Wan Azman adalah
salah seorang pelajar yang diajarnya. Mempunyai sifat yang tabah dan sabar, wan azman
kini menuntut di Universiti Malaya, KL
Bagi pengantin perempuan pula, gadis cantik dan pendiam ini merupakan puteri kepada
Wan Muhamad nasir Bin wan Mos dan ................. bt Abu Hassan. xxxxx atau lebih
dikenali sebagai kak lang merupakan anak ke-3 dari 9 beradik. Untuk pengetahuan
semua, adik-beradik pengantin perempuan sangat unik. Empat pertama adalah
perempuan, anak ke-5 adalah lelaki dan empat terakhir juga perempuan. Gadis yang
dilahirkan pada 24 januari 1989 ini menamatkan zaman persekolahannya di SMKA Tun
Ahmad Zaidi (TUNAS) dan kini sedang menuntut di Universiti Sains Islam Malaysia
(USIM).
Menyingkap bibit-bibit perkenalan pasangan pengantin ini, mereka mula berkenalan pada
setahun yang lalu. Setelah mendapat restu keluarga dan mendapat petunjuk dari Tuhan
Yang Maha Esa melalui solah istikarah yang dilaksana, Alhamdulillah pada hari yang
penuh bermakna ini, janji sepakat yang telah dibuat telah ditunaikan di dalam Majlis yang
penuh berbahagia pada pagi ini.
Rasulullah saw dikenang-kenang
Pergorbanan di Taif dibaling batu
Mula berkenalan kemudian bertunang
Akad dilaksana sama bersatu
Buah zaiton buah Tin,
Kaya miskin sama nikmati,
Senyum terukir pasangan pengantin
Tanda gembira penuh di hati
Tak molek jika ada sedekah tiada zakatnya
Tak berguna jika ada harta tiada hajinya
Tak lengkaplah Majlis jika tidak ada yang berbicara
Dengan ini, Majlis ingin mempersilakan ………………………………. selaku wakil bagi
pihak pengantin lelaki untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada …………………………….. di atas ucapan yang telah
disampaikan sebentar tadi.
34
Seterusnya Majlis ingin mempersilakan pula wan muhamad yusof bin wan mos selaku
wakil bagi pihak pengantin perempuan untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada Wan Muhamad Yusof di atas ucapan yang telah
disampaikan sebentar tadi.
Kepada pasangan pengantin, itulah sebentar tadi luahan rasa hati daripada wakil kedua-
dua belah pihak mendoakan agar ikatan yang terbina akan sentiasa diBerkati dan
diRahmati Allah
Ramai yang daif di Kemboja
Bantulah mereka hulurkan tangan
Lauk pauk penuh semeja
Jemput mempelai menikmati hidangan
Bagi hadirin / hadirat yang dirahmati sekalian, janganlah malu janganlah segan untuk
sama –sama menikmati juadah enak yang disediakan. Bagi tetamu yang baru tiba, saya
mengalu – alukan kehadiran tuan tuan dan puan puan ke majlis yang bersejarah ini.
Jangan lupa membaca Bismillah dan doa sebelum santapan bermula.. Selamat menjamu
selera..
(makan 10 minit)……………
Sesungguhnya manusia itu sememangnya memerlukan kepada cinta. Kerana cinta itu,
menjadikan hidup manusia lebih bermakna, bahagia dan sempurna apatah lagi melalui
ikatan perkahwinan yang dituntut agama.
Sebelum bernikah syaitan akan merapatkan hubungan supaya berlaku maksiat dan
pelanggaran. Selepas bernikah, makhluk yang dilaknat Allah ini akan merenggangkan
hubungan dan menimbulkan perselisihan. Mohonlah kepada Allah agar hubungan ini terus
berkekalan hingga ke Jannatul Firdaus, insyaAllah. Amin..
Inilah yang dikatakan, asal anak skrg menantu,
jadi ayah, kemudian bercucu
Bila2 masa akan bertemu Allah Yang Satu
Tiada untaian kata yang mampu dilafazkan selain ungkapan rasa syukur dan ucapan
terima kasih yang tulus ikhlas daripada Raja Sehari dan ahli keluarga buat semua, atas
kesudian hadir dan memeriahkan Majlis kita pada hari yang penuh keberkatan ini.
hidup dunia ilusi semata
kepada Allah tempat kembali
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua lagi
Mohon maaf atas segala kekurangan semasa mengacarakan Majlis ini. Yang baik dari
Allah, yang lemah atas kelemahan saya sendiri.. Maha Suci Allah3, Allah bebas dari salah
dan silap. Berjumpa kita lagi pada masa yang akan datang, insyaAllah... Saya
mengucapkan salam hormat buat semua, selamat hari raya, maaf zahir dan batin.
Wabillahitaufiq walhidayah wassalamualaikum WBT.
Tangguh majlis dengan tasbih kifarah….
35
Terdapat beberapa pengumuman.
1) Kepada tetamu yang ingin bersalaman dengan pengantin, bolehlah membuat barisan iaitu
tetamu lelaki di sebelah kanan dan tetamu perempuan di sebelah kiri pintu masuk dewan.
Bagi yang masih makan, teruskan menikmati hidangan yang telah disediakan.
2) Kepada semua ahli keluarga pengantin lelaki dan perempuan diminta tunggu sebentar
selepas majlis kerana ada sesi bergambar di atas pentas. insyaAllah.
36
2. CONTOH #2
Panas kering siapakan tahu
Hujan rintik di Pulau Pandan
Berjalan seiring bersentuh bahu
Samalah cantik samalah padan
Diiringi paluan kompang, berjalan ke arah Dewan, pasangan pengantin yang segak lagi
bergaya, yang cantik lagi menawan, pasangan Raja Sehari <Nama Pengantin Lelaki>
dan <Nama Pengantin Perempuan>.
Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian, apa yang dapat kita saksikan kini,
adalah persembahan silat pengantin (jika ada & buka lagu silat) untuk kedua-dua
mempelai.
Bunga mawar cantik berseri
Dipetik juragan dibawa ke pekan
Tarian kuda kepang nama diberi
Marilah bersama kita saksikan
Anak Cina memasang lukah
Lukah dipasang di Tanjung Selasih
Pasangan pengantin segak melangkah
Mara menuju mahligai kasih
Berarak masuk ke dalam Dewan, pasangan raja sehari <Nama Pengantin Lelaki> dan
<Nama Pengantin Perempuan>.
Hadirin dan hadirat sekalian dipersilakan untuk berdiri, bagi sama-sama kita berselawat ke
atas Junjungan Besar kita Nabi Muhammad S.A.W.
Bersarang merbah di Kuala Langat
Manis madunya pabila dimakan
Suasana meriah bertambah hangat
Tarian zapin kami persembahkan
Hadirin dan hadirat sekalian, Majlis seterusnya ingin mempersilakan kepada kedua-dua
mempelai bersama pengapit mereka dan wakil ahli keluarga kedua-dua mempelai untuk
naik ke atas pentas dan duduk di Meja Kasih yang telah disediakan. Dipersilakan.
Dipersilakan juga kepada ahli keluarga yang lain untuk duduk di meja yang telah
disediakan.
Dari Raub pergi ke Pontian
Terus pula ke Kuala Perlis
Harap semua berikan perhatian
Mohon saya mulakan majlis
BismilLahir Rahmanir Rahim
Assalamu `Alaikum W.B.T.
Hari ini menugal jagung
Hari esok memintal tali
37
Hari ini kita berkampung
Meraikan mempelai dua sejoli
Di malam hari terang senegeri
Memberi cahaya di tengah balai
Majlis indah bertambah seri
Untuk meraikan kedua mempelai
Yang dihormati <Nama bapa pengantin> dan <Nama ibu pengantin>, selaku tuan
rumah kepada Majlis Perkahwinan kita pada hari ini, yang diraikan pasangan mempelai;
<Nama Pengantin Lelaki> dan <Nama Pengantin Perempuan> yang dihormati ahli
keluarga, saudara-mara, dan rakan-rakan kedua-dua mempelai, hadirin dan hadirat para
tetamu yang diRahmati Allah S.W.T. sekalian.
Selamat datang ke :
Majlis Perkahwinan <Nama Pengantin Lelaki> dan <Nama Pengantin Perempuan>.
Melayang serindit di atas permatang
Merbah berkicau di hujung muara
Pemanis kata selamat datang
Awal BismilLah pembuka bicara
Burung Nuri hinggap di balai
Balai seri buatan Pak Tua
Tempat berehat rakan dan taulan
Duduk tersenyum kedua mempelai
Menadah tangan memanjatkan doa
Moga jodoh sentiasa berkekalan
Dengan itu, bagi memohon majlis ini diBerkati dan diRahmati Allah, marilah sama-sama
kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh <Nama
pembaca do’a (jika ada wakil, jika tiada DJ akan baca doa’)>. Dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada <Nama pembaca do’a> di atas bacaan doa sebentar
tadi.
Orang jauh dikenang-kenang
Hanya terkenang pada yang satu
Mula berkenalan kemudian bertunang
Akad dilaksana sama bersatu
Anak Cina mengail patin
Mengail patin di tepi titi
Senyum terukir pasangan pengantin
Tanda gembira penuh di hati
Menyingkap bibit-bibit perkenalan pasangan pengantin ini, mereka mula berkenalan pada
tahun <???> ketika sama-sama <???>. Perkenalan itu, akhirnya memutikkan rasa cinta
dalam hati kedua-dua pasangan ini.
38
Setelah mengenal hati budi masing-masing dan mendapat restu keluarga, mereka
mengikat tali pertunangan pada <???>. Dan pada hari yang penuh bermakna ini, janji
sepakat yang telah dibuat telah ditunaikan di dalam Majlis yang penuh berbahagia ini.
Untuk pengetahuan semua, kedua-dua mempelai ini telah selamat diijabkabulkan pada
<???>. Telah dilangsungkan Majlis Walimatul `Urus di sebelah pihak perempuan.
Tak molek jika ada alu tiada lesungnya
Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak lengkaplah Majlis jika tidak ada yang berbicara
Dengan itu, Majlis ingin mempersilakan kepada <Nama Wakil Pengantin Lelaki>, selaku
wakil bagi pihak pengantin lelaki untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada <Nama Wakil Pengantin Lelaki>, di atas ucapan yang
telah disampaikan sebentar tadi.
Seterusnya Majlis ingin mempersilakan kepada <Nama Wakil Pengantin Perempuan>,
selaku wakil bagi pihak pengantin perempuan untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada <Nama Wakil Pengantin Perempuan> di atas ucapan
yang telah disampaikan sebentar tadi.
Kepada pasangan pengantin, itulah sebentar tadi luahan rasa hati daripada wakil kedua-
dua belah pihak mendoakan agar ikatan yang terbina akan sentiasa diBerkati dan
diRahmati Allah S.W.T.
Sesungguhnya manusia itu sememangnya memerlukan kepada cinta. Kerana cinta itu,
menjadikan hidup manusia lebih bermakna, bahagia dan sempurna apatah lagi melalui
ikatan perkahwinan yang dituntut agama.
Tiup serunai di atas kota
Uda memupuk bunga melati
Mula kenal kemudian bercinta
Cinta tersemai di dalam hati
Puan dibawa ke Gunung Ledang
Dibawa dengan penuh beradab
Pinggan mangkuk telah terhidang
Kini masa makan beradab
Majlis diteruskan dengan acara kemuncak kita pada hari ini iaitu majlis makan beradab.
Sebelum itu, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa makan
beradab yang akan dibacakan oleh <Nama Pembaca Doa’ (jika ada, jika tiada DJ akan
baca doa’)>. Dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada <Nama Pembaca Doa’> di atas doa yang telah
dibacakan sebentar tadi.
Semerbak bunga seroja
Dibelai dara pingitan
Lauk pauk penuh semeja
Jemput mempelai menikmati hidangan
39
Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di pelabuhan
Umpama berkayuh telah sampai di muara
Umpama berjalan telah sampai di destinasi
Tiada untaian kata yang mampu dilafazkan selain ungkapan rasa syukur dan ucapan
terima kasih yang tulus ikhlas daripada Raja Sehari dan ahli keluarga buat semua, atas
kesudian hadir dan memeriahkan Majlis kita pada hari yang penuh keberkatan ini.
Tanam langguna tumbuh kelapa
Terbit bunga pucuknya mati
Budi semua tak kami lupa
Sudah terpaku di dalam hati
Tuan puteri tersenyum-senyum
Melihat laksamana bermain rodat
Senyum-senyum jangan tak senyum
Sudah sempurna segala adat
Pergi ke dusun memetik kelapa
Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali
Mohon maaf atas segala kekurangan semasa mengacarakan Majlis ini. Berjumpa kita lagi
pada masa yang akan datang. Saya mengucapkan salam hormat buat semua, wabilLahit
Taufiq walHidayah wasSalamu `Alaikum W.B.T.
40
3. CONTOH #3
KETIBAAN TETAMU
[MAINKAN SELEKSI LAGU]
[EMCEE BEBAS MENGATUR MAJLIS]
MENGALUKAN KEHADIRAN TETAMU
Tali perahu terap belaka
Tali kuah mengayuh sampan
Salam perkenalan pembuka kata
Eratkan siratulrahim tanda persahabatan
Assalammualaikum Warah Matullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan selamat datang
ke majlis perkahwinan Encik Muhamad Hambali Bin Saaman dan Puan Maziana Binti
A.Ghani.
Yang jauh diundang dengan surat
Yang dekat diundang dengan tepak
Kini yang diundang sudah tiba
Yang dipesan sudah datang
Yang dipanggil sudah disahut
Yang duduk sudah bertemu lutut
Yang berdiri sudah bertemu bahu
Bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin dan limpah kurniaNya, dapat kita
berkumpul pada hari yang permai ini untuk meraikan majlis menyambut menantu oleh
Tuan Haji Saaman dan Puan Hajah Sabariah.
Atas nama yang empunya majlis
Atas nama yang empunya hajat
Atas nama kaum kerabat
Ketibaan jemputan yang mulia
Kami sambut dengan adat
Majlis ingin berterima kasih kepada para tetamu yang hadir pada majlis yang berbahagia
ini.
[MAINKAN SELEKSI LAGU]
[MENANTI KETIBAAN PENGANTIN]
KETIBAAN PENGANTIN DAN ROMBONGAN
[PENGANTIN TIBA DI PERKARANGAN DEWAN BERSAMA ROMBONGAN]
[SUSUN ATUR PERARAKAN PENGANTIN]
[EMCEE TUNGGU SIGNAL DARI WAKIL KELUARGA]
[MUZIK GAMELAN DIPASANG]
Para hadirin, kini tibalah masanya untuk kita untuk meraikan pasangan mempelai ini.
[EMCEE TUNGGU SEHINGGA PENANGGAH BUNGA MANGGAR MASUK DAN
41