BERJALAN DI KARPET MERAH SEBELUM TERUSKAN UPACARA]
Bunga disanggul seri wajahnya
Wajah pula umpama ratu
Penuh adab kami terima
Dua jiwa dapat bersatu
Para hadirin, dengan segala hormatnya, majlis meraikan ketibaan pasangan raja sehari
kita, Encik Mohamad Hambali Saaman dan Puan Maziana A.Ghani, dengan diiringi paluan
kompang dari Persatuan Kompang Ummatul Falah dari Taman Seri Andalas, Serdang.
[MUZIK GAMELAN DIHENTIKAN]
[KOMPANG DIPALU]
[PENGANTIN MASUK KE DEWAN]
[PERARAKAN PENGANTIN DAN ROMBONGAN]
[PENGANTIN NAIK KE PENTAS DAN DUDUK DI PELAMIN, DIIRINGI PENGAPIT]
[ROMBONGAN PEREMPUAN DUDUK DI MEJA ROMBONGAN]
[KUMPULAN KOMPANG BERKUMPUL BERDEKATAN DENGAN MEJA EMCEE.
KOMPANG TERUS MAINKAN DUA-TIGA LAGU]
[KOMPANG TAMAT]
[EMCEE PANDANG KE ARAH PENGANTIN]
Tanam serai berumpun-rumpun
Disiram air setiap hari
Lamah gemalai hayun tersusun
Maklumlah kan dipanggil raja sehari
[EMCEE PANDANG KE ARAH ROMBONGAN PEREMPUAN]
Buah pauh si bunga rampai
Kilauan bintang sungguh mengasyikkan
Orang jauh sudahlah sampai
Selamat datang kami ucapkan
Yang dihormati Tuan Haji Saaman bin Haji Mohamed dan Puan Hajjah Sabariah Binti Mt.
Thani, selaku tuan rumah kepada Majlis Perkahwinan kita pada hari ini
Yang diraikan pasangan mempelai; Encik Mohamad Hambali Bin Saaman dan Puan
Maziana Binti A.Ghani.
Yang dihormati ahli keluarga, saudara-mara, keluarga dari sebelah pengantin perempuan
dari Kuala Terengganu, rakan-rakan dari jauh dan dekat, hadirin dan hadirat para tetamu
yang diRahmati Allah S.W.T. sekalian, majlis mengalu-alukan kehadiran tuan/puan
semua.
Sekali lagi sanjungan kasih kami abadikan.
BACAAN DOA
[EMCEE PANDANG KE ARAH TETAMU]
Buah rambai tumbuh dihutan
Dihujung ranting buahnya lebat
Mari beramai kita doakan
42
Semoga majlis mendapat berkat
Bagi memberkati majlis pada hari ini, majlis mempersilakan Muhamad Shahrul Hanif Bin
Mohamad Rasedi untuk bacaan doa. Dipersilakan.
[BACAAN DOA]
[TAMAT BACAAN DOA]
Terima kasih Hanif di atas bacaan doa sebentar tadi.
Mawar merah harum mewangi
Jambangan digubah berseri-seri
Doa restu kami iringi
Baik berpakat suami isteri
MAKAN BERADAB
[PASANG SEMULA MUZIK GAMELAN SEBAGAI LATAR]
Dalam mencanai sibesi waja
Dibanding segala malah dijaga
Malam berinai adat sahaja
Bersanding pula samalah juga
Majlis seterusnya menjemput pasangan Raja Sehari, dengan diiringi pengapit, untuk turun
dari pelaminan ke santapan beradap. Dipersilakan.
[TUNGGU SEHINGGA PENGANTIN DUDUK DI MEJA BERADAP, DISISI PENGAPIT]
Rendang kambing memanglah sedap
Ketupat palas jual di pekan
Duduk pengantin makan beradab
Suap berbalas makan sepinggan
Bagi menyempurnakan upacara makan beradap, majlis menjemput Yang Berbahagia,
Datuk Abdullah Thalith dan Datin Kamisah, ayahanda dan bonda saudara kepada
pengantin lelaki ke meja beradap.
[TUNGGU SEHINGGA JEMPUTAN DUDUK]
Seterusnya, dipersilakan, Encik A.Ghani Bin Omar dan Aminah Binti Ali, ayahanda dan
bonda kepada pengantin perempuan.
[TUNGGU SEHINGGA JEMPUTAN DUDUK]
Dipersilakan Encik Hanapi dan Puan Rahimah, besan kepada keluarga pengantin
perempuan untuk ke meja beradab.
[EMCEE BACAKAN BIODATA PASANGAN]
Adinda Hambali dan Adinda Maziana, majlis mengucapkan selamat pengantin baru
kepada adinda berdua.
43
Sambil tetamu-tetamu dan pasangan mempelai kita menikmati hidangan yang disediakan,
majlis ingin menyingkap bibit-bibit perkenalan pasangan pengantin ini.
Mohamad Hambali Bin Saaman, berasal dari Serdang, merupakan anak kedua daripada
empat orang adik beradik. Beliau kini bertugas di Multimedia Universiti.
Pasangan beliau, Puan Maziana A.Ghani, berasal dari Kuala Terengganu merupakan
bekas pelajar Universiti Melaya dalam bidang bahasa dan lingustik. Beliau kini bekerja di
Bandar Sunway.
Mereka mula berkenalan pada Ogos 2007. Perkenalan yang tidak disengajakan itu,
akhirnya memutikkan rasa cinta dalam hati kedua-dua pasangan ini.
Setelah mengenal hati budi masing-masing dan mendapat restu keluarga, kedua-dua
mempelai ini telah selamat diijabkabulkan dengan sekali lafaz, pada 24 Oktober 2009 di
Kuala Terengganu.
Buat Hambali dan juga Maziana,
Janganlah risau jangan gundah,
Ambik senang ambik mudah
Pesan tok imam dalam khutbah nikah,
Sentiasa waras dalam susah
Jangan seperti retak menunggu belah
Rahsia di rumah jangan di bawa ke tanah
Didengar org jadi fitnah
Banyak sabar banyak tabah
InsyaAllah rukun damai serumah-rumah.
Sama beringat pesan dan nasihat,
Pesan org tua membawa berkat.
[TAMAT ACARA MAKAN BERADAP]
[TAMAT LAGU GAMELAN]
MEMOTONG KEK
Hadirin yg dimuliakan, kita bertukar gelanggang sekarang ke acara seterusnya iaitu
upacara memotong kek. Dipersilakan kedua mempelai berangkat ke sudut kiri
bersebelahan dengan meja beradab untuk upacara memotong kek. Atas permintaan
pengantin, upacara ini akan diiringi oleh lagu “Sketsa Sebuah Cinta”.
[EMCEE PASANG "LAGU SKETSA SEBUAH CINTA" DARI KUMPULAN MAY]
[PENGANTIN MEMOTONG KEK]
SESI BERGAMBAR
Majlis mempersilakan pasangan mempelai, sambil diiringi pengapit, sekali lagi untuk
duduk di pelamin bagi sesi bergambar bersama keluarga.
[TUNGGU SEHINGGA PENGANTIN DUDUK DI ATAS PELAMIN DENGAN SELESA]
Dengan hormatnya, majlis menjemput Tuan Haji Saaman dan Puan Hajah Sabariah,
ayahanda dan bonda kepada pengantin lelaki untuk ke atas pentas bagi sesi bergambar
bersama mempelai.
44
[PENGANTIN BERGAMBAR BERSAMA TUAN HJ. SAAMAN DAN PUAN HJH.
SABARIAH]
Seterusnya, majlis menjemput Encik A.Ghani Bin Omar dan Aminah Binti Ali, ayahanda
dan bonda pengantin perempuan, untuk naik ke atas pentas bagi sesi bergambar bersama
mempelai dan keluarga besan yang baharu.
[TUAN HJ. SAAMAN DAN PUAN HJH. SABARIAH KEKAL DI ATAS PENTAS PENTAS]
[PENGANTIN BERGAMBAR BERSAMA KEDUA-DUA IBUBAPA]
[TUAN HAJI SAAMAN DAN PUAN HAJAH SABARIAH TURUN DARI PENTAS]
[SESI BERGAMBAR DENGAN ENCIK A.GHANI DAN PUAN AMINAH]
BERSURAI
Dengan berakhirnya sesi bergambar bersama kedua-dua ayahanda dan bonda pengantin,
selesai la sudah majlis yang berbahagia ini. Majlis seterusnya menjemput pasangan
mempelai untuk bertemu sua dengan para jemputan. Para hadirin yang berhajat
mengabadikan gambar bersama pasangan mempelai, jangan malu jangan segan. Sila
tampil kehadapan.
Buat pasangan mempelai, majlis ingin berpesan,
Kalau lautan sama direnangi
Kalau lurah sama dituruni
Kalau sampan sama berdayung
Kalau lesung sama menumbuk
Cubit peha kiri
Peha kanan sakit juga
Susah sama susah
Senang sama senang
Adat orang bersuami isteri,
Pahit manis sama dirasa
Kalau sedikit, sesudu seorang,
Kalau banyak, sesenduk seorang
Tikar sehelai, sama ditiduri,
Selimut satu, sama dikongsi
Majlis ingin berterima kasih kepada para tetamu yang hadir pada majlis yang berbahagia
ini.
Bukan lebah sebarang lebah
Lebah bersarung di pohon buluh,
Bukan sembah sebarang sembah
Sembah bersusun jari sepuluh
Jikalau ada terdapat silap dan salah, bagi pihak tuan rumah, majlis meminta berbanyak
ampun dan maaf.
Kalau ada wajah yang tersalah pandang,
Kalau ada nama yang tersalah sebut
45
Kalau ada gelar yang tersalah ucap,
Kalau ada yang duduk di salah tempat
Kalau ada hidangan yang salah bekas,
Kalau gelas tersalah letak
Kalau nasi tersalah tambah
Bak kata orang,
Kalau memanjat, sudah sampai ke puncak,
Kalau menurun, sudah sampai ke lembah,
Umpama belayar sudah sampai ke pulau,
Umpama berjalan sudah sampai ke batas.
Yang termimpi-mimpi sudah terjadi
Yang terbayang-bayang sudah dipandang.
Adat sudah diisi
Lembaga sudah dituang.
Semoga persuraian kita ini dipelihara oleh Allah S.W.T. dan akan diberkati dgn pertemuan
selanjutnya pada masa ketika yg diizinkanNYA. Dengan ini, saya sudahi dengan Wabilah
Hitaufik Wal Hidayah, Assalammualaikum Warah Matullahi Wabarakatuh.
Terima Kasih
46
4. CONTOH #4
[Sumbangan dari Pengantin Muhammad Faiz dan Norwahida]
KETIBAAN PENGANTIN DIJANGKA 1230PM
-Pengantin akan diiringi oleh pasukan kompang cikgu iskandar
Kompang akan bunyi tapi belum masuk dewan baru berarak datang
-pengantin akan meminta restu ibu bapa pengantin perempuan di luar dewan
DJ akan baca pantun
Anak cina memasang lukah,
Lukah dipasang di tanjung selasih,
Pasangan pengantin segak melangkah,
Mara menuju mahligai kasih
Orang ke laut menjala udang,
Petang hari pasang pelita,
Yang ditunggu sudah pun datang,
Yang dinanti sudah pun tiba
Pengantin bersedia untuk masuk dewan selepas habis pantun
DJ Mengumumkan ketibaan pengantin
A. PENGANTIN MASUK
Tuan-tuan & Puan-puan serta para hadirin sekalian,
Mengumumkan perarakan masuk kedua mempelai,
Yang diraikan Norwahida Bt Yaakub dan pasangannya Muhammad Faiz Bin Jalani
dengan diiringi para rombongan dan pasukan kompang yang diketuai oleh cikgu
iskandar memasuki dewan.
B. PENGANTIN DUDUK ATAS PELAMIN
Majlis mempersilakan ahli keluarga dan para rombongan untuk duduk ditempat VIP
yang telah disediakan. Dipersilakan….
(pengantin duduk atas pelamin)
Dari raub pergi ke pontian,
Terus pula ke kuala perlis,
Harap semua beri perhatian,
Mohon saya mulakan majlis.
47
Bismillahhirrahmanirrahim & Assalam wbt
Hari ini menugal jagung,
Hari esok memintal tali,
Hari ini kita berkampung,
Meraikan mempelai dua sejoli.
Melayang serindit di atas permatang,
Merbah berkicau di hujung muara,
Pemanis kata Selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.
C. KATA ALUAN DJ
DJ memperkenalkan dirinya
Yang dihormati ibu bapa pengantin, Hj Yaakub & Hajah Fatimah selaku tuan rumah
kepada majlis perkahwinan pada hari ini.
Yang diraikan pasangan mempelai, Norwahida dan pasangannya Muhammad Faiz
sekeluarga, suadara mara, ahli rombongan, rakan-rakan kedua mempelai, hadirin &
hadirat serta para tetamu sekalian.
Majlis megucapkan ribuan terima kasih kepada para hadirin kerana sudi bersama dengan
kami di majlis persandingan ini.
D. BACAAN DOA
Burung nuri hinggap di balai,
Balai seri buatan pak tua,
Tempat berehat rakan dan taulan,
Duduk tersenyum kedua mempelai,
Menadah tangan memanjatkan doa,
Moga jodoh sentiasa berkekalan.
Hadirin yang dihormati sekalian,
Bagi memohon restu dan juga keberkatan dari Tuhan yang maha esa, marilah kita sama-
sama mendah kedua belah tangan memohon doa ke hadrat Allah swt semoga majlis ini
mendapat keberkatan dan sentiasa didalam keredaan-Nya. Bagi menyempurnakan hasrat
ini dengan sukacitanya menjemput _____________________ untuk memimpin bacaan doa.
Dipersilakan
-BACAAN DOA –
48
E. MAKAN BERSAMA PENGANTIN
Terima kasih atas bacaan doa.
Puan dibawa ke gunung ledang,
Dibawa penuh dengan beradab,
Pinggan mangkuk telah terhidang,
Kini masa makan beradab
Kini majlis mempersilakan yang diraikan raja dan ratu sehari ke meja utama nagi
menyempurnakan upacara makan beradab bersama dengan ahli keluarga dan para
rombongan, dipersilakan
-pengantin turun dari pelamin dan ke meja makan beradab
-BACA DOA MAKAN
Semarak bunga seroja
Dibelai dara pinggitan,
Lauk pauk penuh meja,
Jemput mempelai menikmati hidangan
-mempelai menjamu selera
Burung jelatik si burung undan,
Bersarang rendag burung tempua,
Sama cantik sama padan,
Bagaikan pinang dibelah dua.
Untuk makluman para hadirin,
Pasangan ini telah diijabkabulkan pada tanggal 17 August 2018 bertempat di kediaman
pengantin perempuan di Taman Guar Perahu
Orang jauh terkenang-kenang,
Hanya terkenang pada yang satu,
Mula berkenalan kemudian bertunang,
Akad dilaksana sama bersatu
-mempelai di jemput duduk di pelamin
Hari bahgia hari yang indah,
Dimana hari mempelai disatukan,
Makan beradab selesai sudah,
Aturcara majlis akan diteruskan
49
F. BERSALAMAN DENGAN PENGANTIN
Majlis diteruskan dengan upacara bersalaman dengan kedua mempelai,
Majlis mempersilakan ayahanda dan bonda pengantin perempuan Haji Yaakub & Hajah
Fatimah untuk memulakan majlis, dipersilakan….
Diteruskan dengan ayahanda dan bonda kepada pengantin lelaki Haji Jalani & Pn Siti
Jemaah, dipersilakan…
Kepada ahli rombongan dan saudara mara yang ingin bersalaman dengan mempelai
dipersilakan…
G. MEMOTONG KEK
Majlis diteruskan dnegan upacara memotong kek dengan ini mempersilakan mempelai
yang diraikan Norwahida dan pasangannya Muhammad Faiz untuk mengambil tempat
bagi menyempurnakan acara.. dipersilakan…..
- Mempelai memotong kek dan diiringi lagu iran Huatu
H. SESI FOTOGRAFI
Majlis mempersilakan kedua mempelai untuk kita teruskan dengan sesi fotografi
bersama dengan ahli keluarga pengantin perempuan
Kemudaian sesi bergambar dengan ahli keluarga pengantin lelaki
Tiup serunai diatas kota,
Uda memupuk bunga melati,
Mula kenal kemudian bercinta,
Cinta tersemai didalam hati.
I. MEMOTONG KEK HARI JADI
Tuan-tuan & Puan-puan sekalian,
Mempelai ingin berkongsi kegembiraan menyambut bulan kelahiran bersama anak buah
pengantin perempuan dengan mereka bersama.
50
Dijemput Pengantin lelaki, Puteri Nor Fatihah, Muhammad Adam Sulhi, Muhammad
Naim & Muhammad Afiq untuk memotong kek mereka di hadapan.
Mereka berkongsi bulan kelahiran yang sama
Majlis mempersilakan kedua mempelai untuk bersama meraikan mereka.
Inilah yang dikatakan umpama belayar telah sampai di pelabuhan,
Umpama berkayuh telah sampai di muara,
Umpama berjalan telah smapai ke destinasi
J. PENUTUP
Tiada untaian kata yang mampu dilafazkanselain ungkapan rasa syukur dan ucapan
Terima kasih yang tulis ikhlas daripada raja sehari dan ahli keluarga buat semua atas
kesudian hadir dan memeriahkan majlis persandingan pada hari ini.
Tanam laguna tumbuh kelapa,
Terbit bunga pucuknya mati,
Budi semua tak kami lupa,
Sudah terpaku didalam hati.
Tuan puteri tersenyum-senyum,
Melihat laksamana bermain odat,
Senyum-senyum jangan tak senyum,
Sudah sempurna segala adat.
Pergi ke dusun memetik kelapa,
Kelapa meda si kelapa barli,
Jari disusun maaf dipinta,
Panjang usia bersua kembali
51
KESIMPULAN
52
H. KESIMPULAN
Sebagai seorang DJ professional, perlulah Sentiasa bersemangat
dan berputik minat yang mendalam dalam tugas DJ Islamik dan
pengacaraan ini. Menanam minat dan mencungkil bakat dalam diri
sendiri amatlah diperlukan. Banyakkan latihan dengan cara sentiasa
berani tampil kehadapan sekiranya ada peluang untuk ditugaskan
menjadi DJ atau pengacara majlis. Sentiasa pelajari teknik-teknik baharu
dalam berDJ dan mengacara majlis yang Islamik. Hafalkan do’a-do’a
baharu dan ayat-ayat baharu yang berkhikmah. Tambahkan
perkhidmatan baharu dan jadikan ia unik dan inklusif atau pun eksklusif.
Sentiasa buat yang terbaik dan sebaik mungkin bagi memuaskan
hati pelanggan yang telah mendapatkan perkhidmatan kita terutamanya
pengantin/tuan rumah/penganjur kita agar rezki yang diperolehi dari
sumber ini halalan toiban hendaknya.
Semoga panduan DJ Islamik Berkaliber ini sedikit sebanyak
membantu DJ Islamik yang baharu berkecimpung atau yang ingin
menambahkan pengetahuan dapat mengendalikan dan melaksanakan
tugas DJ dengan sebaiknya, insyaAllah.
53
I. RUJUKAN BAGI PENYEDIAAN PANDUAN INI
1. Pengalaman DJ Hadi yang dikongsikan yang pernah bertugas sebagai
MC dan DJ majlis-majlis rasmi dan tidak rasmi.
2. Perkongsian ilmu bersama peserta kursus DJ Islamik Berkaliber (DJ
Muda) dalam Kursus DJ Islamik Berkaliber.
3. Sebagai Peserta Bengkel Pengacara Kreatif Majlis Berprestij.
4. Rakan sahabat DJ dan MC yang lain.
5. Ceramah Datuk Ustaz Kazim Elias – YouTube.
6. Ceramah Ustaz Azhar Idrus – YouTube.
7. Ceramah Ustaz Shahul Hamid – YouTube.
8. Internet – google/laman-laman web/blog perkongsian tugas DJ.
9. Facebook DJ-DJ semasa.
10. Surat Pekeliling Am Bilangan 4 Tahun 2014 Jabatan Perdana Menteri -
Panggilan Hormat dan Kaedah Penggunaannya.
11. Garis Panduan Majlis Perkahwinan – Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang.
12. Garis Panduan Majlis Akad Nikah di Masjid – Jabatan Mufti Kerajaan
Negeri Melaka.
13. Garis Panduan Upacara Akad Nikah di Masjid Perkara-Perkara Yang
Berkaitan Dengannya – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.
14. Sumbangan ihsan Teks Majlis Walimah Muhammad Faiz dan Norwahida
18 Ogos 2018, Dewan SMK Guar Perahu.
54
55