MANUAL PERTANDINGAN PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM (PUB) 2023 PERINGKAT KEBANGSAAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
PUB KEBANGSAAN IPG KPM 2023 i P PRAKATA ertandingan Perkhemahan Unit Beruniform (PUB) Institut Pendidikan Guru Malaysia merupakan aktiviti perkhemahan pasukan badan beruniform yang disertai oleh semua pasukan badan beruniform Institut Pendidikan Guru seluruh Malaysia. Selari dengan perkembangan semasa yang semakin mencabar ini, kecemerlangan seseorang pelajar tidak hanya bergantung kepada pencapaian akademik semata-mata bahkan para pelajar juga perlu memiliki ciri-ciri kepimpinan yang mantap, berketrampilan, pekerti yang mulia, dan berkebolehan menyesuaikan diri dengan era globalisasi. Ciri-ciri ini penting untuk dimiliki oleh setiap ahli pasukan bagi merealisasikan Falsafah Pendidikan Negara. Semoga cita-cita dan hasrat murni ini akan difahami dan dihayati sepanjang perkhemahan ini. Di samping itu, semua peserta perkhemahan perlu sentiasa menjunjung nilai permuafakatan dalam melaksanakan setiap aktiviti yang dijalankan bagi mencapai kejayaan yang cemerlang, seperti kata pepatah ‘bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat’.
PUB KEBANGSAAN IPG KPM 2023 ii ISI KANDUNGAN BIL. TAJUK HALAMAN PRAKATA ii ISI KANDUNGAN iii 1.0 PERTANDINGAN IKATAN DAN GAJET OLEH KLM 1 1.1 Pengenalan /sinopsis acara 1 1.2 Syarat pertandingan 1 1.3 Borang penyertaan 4 2.0 PERTANDINGAN PERTOLONGAN CEMAS OLEH KORSISPA 6 2.1 Pengenalan /sinopsis acara 2.2 Syarat pertandingan 6 2.3 Borang penyertaan 10 3.0 PERTANDINGAN ORIENTEERING OLEH BSMM 12 3.1 Pengenalan /sinopsis acara 12 3.2 Syarat pertandingan 18 3.3 Borang penyertaan 21 4.0 PERTANDINGAN MASAKAN RIMBA OLEH PPK 22 4.1 Pengenalan /sinopsis acara 4.2 Syarat pertandingan 22 4.3 Borang penyertaan 25 5.0 PERTANDINGAN KAWAD KAKI OLEH KRS 28 5.1 Pengenalan /sinopsis acara 5.2 Syarat pertandingan 28 5.3 Borang penyertaan 34 6.0 PERTANDINGAN MALAM KEBUDAYAAN OLEH PPIM 58 6.1 Pengenalan /sinopsis acara 6.2 Syarat pertandingan 58 6.3 Borang penyertaan 59
PUB KEBANGSAAN IPG KPM 2023 iii 7.0 PERTANDINGAN CYBER SAFE OLEH PPK 64 7.1 Pengenalan /sinopsis acara 7.2 Syarat pertandingan 64 8.0 PERTANDINGAN RADIO COM OLEH BSMM 65 8.1 Pengenalan /sinopsis acara 65 8.2 Syarat pertandingan 65 9.0 PERTANDINGAN CHAPTEY OLEH KLM 68 9.1 Pengenalan /sinopsis acara 9.2 Syarat pertandingan 69
PUB KEBANGSAAN IPG KPM 2023 1 1.0 PERTANDINGAN MEMBINA GEJET DAN IKATAN - OLEH KLM 1.1 PENGENALAN/SINOPSIS ACARA Sempena Pertandingan Perkhemahan Unit Beruniform (PUB) Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia 2023, Jawatankuasa Aktiviti PUB 2023 telah merancang beberapa pengisian aktiviti yang menguji kemahiran peserta. Antaranya ialah Pertandingan Membina Gejet dan Ikatan. 1.1.1 Objektif Tujuan utama aktiviti pertandingan ini adalah untuk: 1. Memupuk budaya reka cipta dan kreativiti dalam kalangan siswa guru. 2. Menggalakkan penghayatan, pengamalan dan mempertingkatkan kemahiran ikhtiar hidup dalam kalangan siswa guru. 3. Memberi ruang dan peluang kepada siswa guru untuk mengembangkan bakat, minat dan potensi melalui penghasilan gejet dengan ikatan yang tepat dan kemas. 1.2 SYARAT PERTANDINGAN 1. Pertandingan Membina Gejet dan Ikatan terhad kepada peserta PUB IPGM 2023 yang berdaftar sahaja. 2. Pertandingan Membina Gejet dan Ikatan akan diadakan pada Khamis, 9 Mac 2023 mulai jam 8:00 – 11:00 am. Tempoh untuk menyiapkan gejet adalah 2 jam 30 minit. 3. Penyertaan pertandingan adalah dalam bentuk kumpulan yang terdiri daripada lima belas (15) orang peserta dalam satu kumpulan. Setiap UB hanya boleh menghantar satu kumpulan sahaja. 4. Borang pendaftaran Pertandingan Membina Gejet dan Ikatan boleh diserahkan kepada Urus setia Gejet dan Ikatan pada hari Rabu 8 Mac 2023 antara jam 3:00 petang hingga 4:00 petang. PENDAFTARAN YANG LEWAT TIDAK AKAN DITERIMA SEBAGAI PENYERTAAN. 5. Penyertaan adalah PERCUMA. 6. Bahan asas iaitu buluh dan tali guni akan disediakan oleh pihak penganjur. (30 batang buluh bagi setiap kumpulan – berukuran 10 kaki) 7. Peralatan dan bahan-bahan tambahan (seperti tali guni tambahan) boleh disediakan sendiri oleh UB masing-masing. Penggunaan peralatan elektronik dan berenjin tidak dibenarkan. 8. Para peserta dibenarkan memakai pakaian aktiviti unit semasa pertandingan dijalankan. 9. Pembinaan gejet mestilah tidak melibatkan penggalian tanah (lubang). Sekiranya perlu gali mestilah seminimum mungkin dan sedikit markah akan ditolak.
PUB KEBANGSAAN IPG KPM 2023 2 10. Penanaman pancang untuk mengikat gejet dibenarkan tetapi mestilah tidak merosakkan tanah (tapak pertandingan). 11. Reka bentuk gejet yang dihasilkan mestilah tidak menyentuh sebarang isu atau perkaraperkara sensitif yang berkaitan dengan unsur-unsur politik, agama, kaum, budaya dan jantina. 12. Setiap kumpulan dikehendaki menyiapkan dua (2) jenis gejet wajib dan satu (1) jenis gejet pilihan (bebas). 13. Setiap kumpulan dikehendaki membentangkan hasil projek semasa sesi penilaian dengan menerangkan perihal berkaitan gejet yang dibina seperti kegunaan gejet serta jenis-jenis ikatan yang digunakan. 14. Masa yang diperuntukkan untuk pembentangan bagi satu kumpulan ialah lima (5) minit sahaja. Pemberian markah adalah berdasarkan pembentangan dalam tempoh yang ditetapkan. 15. Setiap ahli hendaklah mengambil bahagian secara aktif semasa sesi pembentangan dan perlu bersedia untuk menjawab soalan/pertanyaan daripada pihak JURI. 16. Segala maklumat dan dokumen pertandingan menjadi hak milik Majlis Penganjur PUB. 17. Jawatankuasa penganjur berhak untuk mengubah mana-mana terma dan syarat pertandingan pada bila-bila masa dan akan memaklumkan kepada semua peserta dari semasa ke semasa. 18.Kumpulan yang memperolehi jumlah markah keseluruhan yang paling tinggi akan dikira sebagai pemenang. Sekiranya berlaku persamaan jumlah markah keseluruhan, pemenang akan ditentukan berdasarkan jumlah markah bagi kriteria kekukuhan gejet dan kegunaan. 19. Keputusan hakim adalah muktamad. Sebarang bantahan tidak akan dilayan. 1.3 JENIS GEJET 1.3.1 Gejet Wajib 1. Tripod Lander Kering Ikatan : Silang tungku, seraya, lilit kacang, manuk, simpul balak 2. Meja makan dan kerusi Ikatan : Silang tungku atau silang gunting, seraya jepun, lilit kacang, manuk, simpul balak, buku sila 1.3.2 Gejet pilihan (satu sahaja) Setiap kumpulan bebas memilih sebarang gejet sama ada ciptaan baharu atau sedia ada dengan syarat dapat menjelaskan kegunaanya yang relevan, serta jenis-jenis ikatan yang digunakan.
PUB KEBANGSAAN IPG KPM 2023 3 ** Setiap satu gejet mestilah terpisah. Penggunaan tanggam, paku dan sebagainya untuk mengukuhkan gejet (selain tali) tidak dibenarkan. 1.4 SKEMA PEMARKAHAN Pemberatan pemarkahan adalah seperti yang berikut: 1. Tripod Lander Kering Kekukuhan gejet dan kegunaan 10% Ikatan yang tepat 10% Kekemasan ikatan 10% 2. Meja makan dan kerusi Kekukuhan gejet dan kegunaan 10% Ikatan yang tepat 10% Kekemasan ikatan 10% 3. Gejet Pilihan (bebas) Kekukuhan gejet dan kegunaan 10% Ikatan yang tepat 10% Kekemasan ikatan 10% 4. Kreativiti 5% 5. Pembentangan 5%
PUB KEBANGSAAN IPG KPM 2023 4 BORANG PENYERTAAN PERTANDINGAN PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM (PUB) INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TAHUN 2023 BORANG PENDAFTARAN PERTANDINGAN MEMBINA GEJET DAN IKATAN Nama Unit Beruniform : ............................................................... Nama Kumpulan : ................................................................ Nama Pensyarah Penasihat : ................................................................ BIL. JAWATAN NAMA NO. KAD PENGENALAN 1 Ketua Pasukan 2 Pen Ketua Pasukan 3 QM 1 4 QM 2 5 QM 3 6 Ahli Kumpulan 7 Ahli Kumpulan 8 Ahli Kumpulan 9 Ahli Kumpulan 10 Ahli Kumpulan 11 Ahli Kumpulan 12 Ahli Kumpulan 13 Ahli Kumpulan 14 Ahli Kumpulan 15 Ahli Kumpulan Tandatangan, .............................................................. .............................................................. ( ) ( ) Ketua Pasukan Pensyarah Penasihat ** Serahkan borang pendaftaran ini kepada Urus setia Pertandingan Membina Gejet dan Ikatan pada Rabu 8 Mac 2023 antara jam 3:00 petang hingga 4:00 petang UNTUK KEGUNAAN URUSETIA Diterima pada : ........................................................................... jam : ............................................. (hari & tarikh)
PUB KEBANGSAAN IPG KPM 2023 5 PERTANDINGAN PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM (PUB) INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TAHUN 2023 PERTANDINGAN MEMBINA GEJET DAN IKATAN BORANG PENILAIAN Nama Unit Beruniform : ............................................................................................. Nama Kumpulan : .............................................................................................. Nama Ketua Kumpulan : .............................................................................................. Bil. Kriteria Penilaian Markah Maksimum Markah Penilaian Jumlah 1. Tripod Lander Kering Kekukuhan gejet dan kegunaan 10% Ikatan yang tepat 10% Kekemasan ikatan 10% 2. Meja makan dan kerusi Kekukuhan gejet dan kegunaan 10% Ikatan yang tepat 10% Kekemasan ikatan 10% 3. Gejet Pilihan (bebas) Kekukuhan gejet dan kegunaan 10% Ikatan yang tepat 10% Kekemasan ikatan 10% 4. Kreativiti 5% 5. Pembentangan 5% JUMLAH KESELURUHAN Tandatangan Penilai, ......................................................................... (Nama : ) UB : Tarikh :
PUB KEBANGSAAN IPG KPM 2023 6 2.0 PERTANDINGAN PERTOLONGAN CEMAS OLEH KORSISPA SYARAT PERTANDINGAN PERTOLONGAN CEMAS 1.0 UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN Pertandingan dijalankan mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Majlis Tertinggi Unit Beruniform dan diguna pakai semasa Pertandingan Perkhemahan Unit Beruniform Peringkat Kebangsaan (PUB) Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia Tahun 2023 bertempat di Institut pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Johor. 2.0 PENYERTAAN 2.1 Penyertaan adalah diwajibkan kepada semua pasukan-pasukan Unit Beruniform. 2.2 Hanya satu pasukan sahaja akan mewakili setiap unit. 2.3 Pertandingan akan dijalankan secara berpasukan. 2.4 Jumlah peserta untuk setiap unit uniform (pasukan) adalah seramai 10 orang (pasukan campuran lelaki dan perempuan dibenarkan). 3.0 PENDAFTARAN PESERTA 3.1 Setiap peserta yang didaftarkan hendaklah Peserta Pertandingan Perkhemahan Unit Beruniform 2023. 3.2 Pendaftaran peserta hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Penyertaan Rasmi yang disediakan oleh Jawatankuasa Pengelola dan disahkan oleh Ketua Pensyarah Pengiring. 3.3 Borang penyertaan yang telah dilengkapkan hendaklah dikemukakan kepada pengelola pada hari pertama Pertandingan Perkhemahan Unit Beruniform 2023. 3.4 Semua peserta mesti melaporkan diri selewat-lewatnya 30 minit sebelum waktu acara berkenaan dijadualkan berlangsung. 4.0 GARIS PANDUAN SEMASA PERTANDINGAN - Teknik Pertolongan Cemas 4.1 Pasukan yang mengambil bahagian hanya di kehendaki melakukan kemahiran Pertolongan Cemas seperti yang di perlukan sahaja mengikut
PUB KEBANGSAAN IPG KPM 2023 7 kertas arahan yang di berikan di setiap stesen. Kemahiran yang lain yang tidak berkaitan tidak akan di ambil kira 4.2 Setiap pasukan di benarkan mengunakan apa sahaja alatan dari pakaian untuk kegunaan rawatan semasa pertandingan mengikut kesesuaian dan kreativiti pasukan masing-masing. 4.3 Selain dari Pegawai Pertandingan, TIDAK di benarkan sesiapa berhubung dengan mana-mana anggota pasukan yang bertanding sehingga pasukan yang bertanding selesai mengikuti pertandingan yang di jalankan. 4.4 Anggota pasukan yang mengikuti pertandingan tidak di benarkan membawa telefon bimbit atau sebarang alat perhubungan di sekitar kawasan pertandingan. 4.5 Setiap pasukan mestilah mengikut arahan dari pegawai yang bertugas . Sebarang kelewatan yang di sebabkan oleh pasukan yang berkenaan akan menyebabkan markah akan di potong. 5.0 GARIS PANDUAN TEKNIKAL ACARA PERTANDINGAN 5.1 Pertandingan dilaksanakan dalam bentuk sub station berhalangan. 5.2 Mengandungi 5 senario yang berasingan yang disediakan secara rawak di setiap stesen. 5.2.1 Stesen 1 (membina usungan) 5.2.2 Stesen 2 – 6 (laksanakan tugasan seperti yang dinyatakan dalam kertas arahan yang diberi. Tugasan dipilih sendiri oleh ahli pasukan dengan memilih secara rawak dari sampul yang disediakan di setiap stesen. **tugasan yang telah diselesaikan perlu DISAHKAN oleh hakim yang bertugas di stesen sebelum bergerak ke stesen seterusnya. **pergerakan dari satu stesen ke satu stesen yang lain perlu melepasi beberapa halangan yang disediakan. 5.3 Setiap pasukan mestilah mengutamakan kerja berpasukan dan hanya mengunakan alatan yang dibenarkan (seperti yang dinyatakan dalam syarat) dan juga alatan yang di sediakan oleh pihak penganjur. 5.4 Kemenangan ditentukan dengan pasukan yang berjaya sampai dulu ke garisan penamat dengan mengambil kira ketepatan dan kekemasan serta kreativiti. 5.5 Hadiah diberikan kepada pemenang tempat pertama hingga ketiga.
PUB KEBANGSAAN IPG KPM 2023 8 6.0 PAKAIAN 6.1 Peserta hendaklah berpakaian sesuai dan melambangkan unit beruniform masing-masing. 7.0 HAKIM-HAKIM 7.1 Para hakim yang mengadili hendaklah terdiri dari wakil-wakil dari setiap unit beruniform. 7.2 Semua hakim yang di pilih hendaklah bersifat profesional semasa mengadili pertandingan tanpa memihak kepada mana-mana pasukan. 7.3 Markah yang diberikan kepada setiap peserta dan pasukan mestilah berpandu kepada garis panduan yang diberikan bagi setiap pertandingan yang di jalankan. Sebarang pertambahan rawatan atau alatan yang lain yang di gunakan selain dari yang tercatit dalam garis panduan rawatan yang diberikan tidak akan di ambil kira. 8.0 HAK-HAK JAWATANKUASA PENGELOLA 8.1 Jawatankuasa Pengelola berhak memutuskan sebarang perkara yang tidak tercatat dalam Peraturan Am Pertandingan Perkhemahan Unit Beruniform 2023. 9.0 HAL–HAL LAIN 9.1 Tempat-tempat khas akan disediakan untuk peserta-peserta dan pegawai-pegawai, individu yang tidak berkenaan DILARANG masuk ke tempat-tempat khas tersebut.
PUB KEBANGSAAN IPG KPM 2023 9 Borang Markah Pertandingan Pertolongan Cemas Pertandingan Perkhemahan Unit Beruniform (PUB) 2023 Unit: : BSMM/ Pengakap/ Pandu Puteri/ Puteri Islam/ KRS Bil Aspek Markah 1. Usungan /10 2. Seluruh Tangan Kanan Melecur /10 3. Patah Tangan Kiri /10 4. Patah bahu Kiri /10 5. Patah Kaki Kanan /10 6. Luka Tercucuk kayu Di Kepala /10 Jumlah Markah = Jurulatih Penilai …………………………………………… ( )
PUB KEBANGSAAN IPG KPM 2023 10 BORANG PENDAFTARAN PERTANDINGAN PERTOLONGAN CEMAS UNIT BERUNIFORM : ................................................................ PESERTA BIL NAMA PESERTA NO. K/P 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Saya mengesahkan segala maklumat yang dinyatakan di atas adalah benar. .............................................................. ( ) Ketua Pensyarah Pengiring
PUB KEBANGSAAN IPG KPM 2023 11 Permohonan Peralatan dan Hadiah Perkara Bilangan Hadiah 3 pasukan (10 orang satu pasukan) 3 hamper Minuman peserta & pegawai 100 botol Buluh 6 kaki (18 batang ) Kain anduh 60 helai (peserta bawa) Kain Sarung 5 setiap UB ( peserta bawa ) Meja 10 buah Kerusi panjang 10 buah Skittle (penamat) 2 unit Tali rafiah 1 gulung (B)
PUB KEBANGSAAN IPG KPM 2023 12 3.0 PERTANDINGAN ORIENTEERING OLEH BSMM 3.1 PENGENALAN/SINOPSIS ACARA Orienteering adalah sukan rekreasi yang memerlukan imbangan diantara koordinasi fizikal dan mental dengan baik. Peserta perlu mengemudikan arah dirinya dari satu titik kawalan ke satu titik kawalan yang lain dengan berpandukan kepada peta dan kompas yang diberikan yang telah ditandakan diatas peta dan ditentukan dipermukaan bumi mengikut susunan tertentu. Orienteering bermaksud peta, hutan dan adventure. Sukan ini boleh diibaratkan gabungan antara sukan merentas desa (cross-country), pandu arah dan acara mencari harta karun (tressure-hunt). Ia meliputi berbagai bidang latihan, kaedah mainan dan pertandingan disamping menyediakan ruang eksplorasi, cabaran dan risiko tersendiri. 3.1.2 Matlamat i- Mewujudkan kerjasama dan disiplin di kalangan peserta ii- Menguji peserta dalam kemahiran orienteering seperti menggunakan kompas dan membaca peta. iii- Menghayati dan mensyukuri keindahan alam semulajadi. iv- Menggunakan sumber daripada alam sekitar untuk menyelesaikan setiap tugasan. v. Menguji mental dan fizikal peserta. 3.1.2 Jenis-jenis orienteering Terdapat empat kaedah orienteering dijalankan mengikut ketetapan Persekutuan Orienteering Antarabangsa (IOF) iaitu Foot-O, MB-O, Ski-O dan Trail-O. Di negara ini, hanya kaedah FootO yang mudah untuk dilakukan, antaranya adalah :- • Orienteering Merentas Desa (Cross-Country Orienteering) • Orienteering Bermarkah (Score Orienteering) • Orienteering Jalanraya (Street Orienteering) • Orienteering Bukit (Mountain Orienteering) • Orienteering Malam (Night Orienteering) • Orienteering Berganti-ganti (Relay Orienteering) • Norwegian Event 3.1.3 Kebaikan sukan orienteering ➢ Sukan untuk semua ➢ Meningkatkan kecergasan fizikal ➢ Meningkatkan kecergasan mental & daya tumpuan ➢ Memberi cabaran & keseronokan ➢ Membina sikap positif & keyakinan diri
PUB KEBANGSAAN IPG KPM 2023 13 ➢ Menggunakan persekitaran yang sihat ➢ Meningkatkan kemahiran pembacaan peta & kompas ➢ Memupuk sifat keberanian & ketenangan dalam keadaan cemas 3.1.4 Sejarah dan perkembangan Sejarah permulaan Mula diperkenalkan di negara-negara Scandinavia pada awal abad ke 19. Dalam tahun 1918, Major Ernst Killander telah mengubahsuainya menjadi sukan yang lebih kompetatif, berperaturan dan diterima ramai. Beliau telah digelar sebagai “Bapa Orienteering”. Orienteering mengikut Model Killander merangkumi :- Memerlukan daya ketahanan. Stamina. Kecekapan berlari. Kekuatan mental. Penggunaan skil navigasi dalam bentuk mukabumi yang lebih mencabar. IOF ditubuhkan dalam tahun 1961 dengan 10 negara. Kejohanan-kejohanan dunia yang dianjurkan oleh IOF adalah seperti :- World Orienteering Championships (WOC) World Cup (WC) Junior World Orienteering Championships (JWOC) Asia-Pacific Orienteering Championships (APOC) World Masters Orienteering Championships (WMOC)- 35 tahun keatas Acara orienteering terbesar yang dianjurkan adalah O-Ringen (Swedish Five-Days) yang melibatkan penyertaan antara 15000 hingga 25000 orang. Perkembangan di Malaysia Bermula dari satu bengkel orienteering yang dikendalikan oleh En. Wan Sabri Wan Mansor (Dr), Pensyarah UPM di Hutan Simpan Air Hitam, UPM pada tahun 1983. Penubuhan Persatuan Orienteering Pulau Pinang (POA) dalam tahun 1983.Diikuti dengan penubuhan Persatuan Orienteering Selangor & Wil. Persekutuan (WOA) pada tahun 1986. Kejohanan Orienteering Terbuka Malaysia (MOOC) yang pertama telah diadakan dalam tahun 1988. Malaysia bergabung dengan IOF dalam tahun 1992 melalui WOA.Pen ubuhan Persatuan Orienteering Malaysia (MOA) dalam tahun 1994. Penubuhan 5 buah cawangan negeri iaitu Kedah, Johor, Terengganu, Selangor, Wilayah Persekutuan dalam tahun 1996. MOA Caw. Pulau Pinang dan MOA Caw. Sabah pula ditubuhkan pada tahun 1997. 3.1.5 Terminologi Dan Alatan Titik kawalan (Control point) Suatu tanda kedudukan yang telah ditentukan diatas peta yang perlu dilawati oleh peserta. Biasanya merupakan ciri-ciri mukabumi atau ciri-ciri buatan manusia yang jelas. Titik kawalan bukanlah “check-point” kerana ia tiada penjaga dititik ini.
PUB KEBANGSAAN IPG KPM 2023 14 Penanda kawalan (Control marker) Tujuannya bagi membantu peserta tiba kedestinasi yang betul. Suatu objek yang diperbuat daripada kain berwarna merah muda dan putih sebagai tanda yang diletakkan di Titik kawalan (dalam lingkungan 10m). Mempunyai kod kawalan tersendiri dan penebuk lubang (puncher) yang unik. Peraturan IOF tidak membenarkan No. 1 hingga 40 dijadikan sebagai No. Kod Kawalan. Kad kawalan (Control card) Setiap peserta perlu membawa bersama-sama kad kawalan ketika menyertai acara sebagai bahan bukti atau pengesahan. Dalam kad ini akan dicatatkan nama peserta serta masa bermula (start time) dan tersedia petakpetak untuk ditebuk apabila sampai di titik kawalan nanti. Kad ini perlu diserahkan kepada penjaga masa digarisan penamat untuk dicatatkan masa penamat. Peta utama (Master map) Peta yang telah ditandakan dengan landasan dan disertakan dengan keterangan kawalan. Landasan ini akan disediakan oleh Perancang Landasan. Keterangan kawalan (Control description) Keterangan asas sebagai panduan titik-titik (control description) kawalan berkenaan. Butirbutir yang disenaraikan adalah siri titik kawalan, kod kawalan dan keterangan mengenai kedudukan titik kawalan. Diperingkat antarabangsa, keterangan tidak ditulis dalam bentuk ‘teks’ tetapi dalam bentuk kod/gambarajah. Landasan (Course) Landasan adalah panduan arah perjalanan dari permulaan titik kawalan ke titik kawalan yang lain hingga kepenamat. Landasan ini akan dilukis diatas peta utama dan akan disalin oleh peserta kemudiannya. Tanda yang berkenaan landasan adalah :- Titik permulaan ditandakan dengan tiga segi. Titik kawalan dengan tanda bulatan. Titik penamat dengan tanda 2 bulatan bertintih. ‘Leg’ adalah perjalanan diantara 2 titik kawalan. Kompas (Compass) Alat bantu yang kedua terpenting dalam sukan orienteering. Ia digunakan hanya untuk menentukan arah sahaja. Peta Peta adalah lukisan bagi gambaran bentuk mukabumi bagi sesebuah kawasan yang dilihat dari udara. Peta adalah sumber maklumat bagi kawasan berkenaan. Mempunyai tajuk, kontor, skala, petunjuk, garisan melaras dan kod warna yang akan memberi kemudahan dan tangkapan yang tepat mengenai rupa bumi kawasan berkenaan. Jenis-jenis peta Terdapat beberapa jenis peta yang diterbitkan seperti berikut :-
PUB KEBANGSAAN IPG KPM 2023 15 Peta topo Peta panduan jalanraya Peta khusus Atlas Peta imejan satelit Peta orienteering Kandungan peta orienteering Tajuk peta Arah Utara Skala - samada 1:5000, 1:10000, atau 1:15000 Petunjuk peta Garisan melaras utara-selatan Kredit – kerjaukur, kartografi, tarikh cetakan, penaja dsb. Warna-warna dalam peta Terdapat 6 warna yang ditentukan mengikut standard IOF. Warna tersebut adalah : Hitam - ciri-ciri buatan manusia & batu Perang - kontor & jalanraya Kuning keadaan tumbuhan : lapang dan terbuka Putih - keadaan tumbuhan : berpokok/boleh berlari Hijau - keadaan tumbuhan :berjalan/redah Biru - kawasan berair Bentuk muka bumi Garisan kontor dalam peta akan menerangkan maksud paras ketinggian yang samarata bagi keadaan mukabumi berkenaan. Antara yang perlu diketahui adalah :- Susuh bukit (spur) - sejalur tanah yang menganjur keluar Ceruk (re-entrant) - berlawanan dengan susuh bukit Permatang (ridge) - tanah tinggi yang memanjang Pelana (saddle) - suatu lekukan yang terletak diantara dua bukit Knol (tanah yang lebih besar dari busut tetapi kecil dari anak bukit) Kompas Kompas adalah alat pengemudian arah yang mempunyai jarum magnetic merah hitam serta ditandai dengan ukuran sama dalam mil atau darjah. Ia merupakan alat bantu dalam sukan orienteering. Jenis kompas Terdapat berbagai jenis kompas dan jenama yang dikeluarkan untuk tujuan navigasi. Antaranya adalah :- Kompas Tentera Kompas Orienteering Kompas Marin Kompas Kiblat Kompas Digital
PUB KEBANGSAAN IPG KPM 2023 16 Kompas orienteering pula terdapat dalam berbagai bentuk dan jenama antaranya baseplate compass, thumb compass dan clip compass. Ianya direkacipta agar lebih mudah dan praktikal.Dua jenama yang popular adalah Suunto buatan Finland dan Silva buatan Sweden. Kegunaan kompas orienteering Kompas orienteering boleh digunakan untuk tujuan berikut :- Mengukur jarak Menentukan kedudukan Mencari arah Anatomi kompas orienteering 3.1.6 Teknik-Teknik Asas Teknik melaras peta Langkah pertama yang harus diketahui adalah melaras Utara peta. Melaras peta ke Utara adalah bertujuan untuk membetulkan kedudukan peta berkenaan supaya ianya bersamaan dengan kedudukan pada mukabumi sekeliling. Cara ini akan lebih mudah untuk menentukan arah pergerakan. Terdapat dua cara untuk melaras Utara peta iaitu :- Berpandukan kepada kedudukan ciri-ciri mukabumi sekeliling Menggunakan kompas Teknik susur tangan Merupakan teknik asas yang mudah dalam pemilihan laluan dengan menggunakan ciriciri garisan yang mudah dikenali seperti jalan, lorongkaki, sungai, pagar dan sebagainya. Kaedah ciri-ciri garisan ini dipanggil Susur tangan (Handrails). Sebelum bergerak, cuba lihat apakah ciri yang boleh digunakan untuk susur tangan yang akan membawa anda sehampir mungkin ke tempat yang ditujui. Ikut ciri berkenaan. Garisan melaras Arah pergerakan Tapak lutsinar Perumah kompas Jarum magnetik
PUB KEBANGSAAN IPG KPM 2023 17 Teknik titik sasaran Titik sasaran merupakan suatu ciri yang jelas yang terletak pada ciri garisan atau yang berhampiran dengannya, sebelum anda tiba di kawalan yang ditujui. Antara ciri yang boleh digunakan sebagai titik sasaran ialah simpang/selekoh jalan atau sungai, hujung atau penjuru pagar dsb. • Pilih Tititk sasaran yang paling hampir kepada destinasi anda. Perlahankan pergerakan apabila hampir ke Titik sasaran dan pastikan arah yang perlu diikut dan jarak untuk menghampiri kawalan. Teknik ini biasanya digunakan bersama dengan teknik susur tangan • . SUSUR TANGAN TEKNIK SASARAN Relokasi Merupakan satu teknik atau cara yang digunakan apabila peserta merasa tidak pasti akan kedudukan sebenar atau tersesat. Jangan panik jika dirasakan sudah tersesat. Berehatlah terlebih dahulu. Jangan bergerak lagi atau merayau-rayau tidak tentu arah. Laraskan peta ke arah utara peta dan cuba bandingkan ciri muka bumi yang boleh dilihat. Jika masih tidak dapat menentukan kedudukan, cuba ingat ciri yang terakhir yang telah dilalui dan semak dalam peta. Setelah 2 minit berehat dan anda masih sesat, cuba bergerak ke arah ciri garisan yang jelas. Dapatkan kedudukan anda dan teruskan pergerakan ke titik kawalan. Jika masih ragu-ragu dan risau, dapatkan bantuan sesiapa yang terjumpa atau cuba carikan jalan balik ketitik permulaan. 3.1.7 Prosedur Menyertai Acara Di Malaysia, pakaian yang sesuai untuk orienteering adalah pakaian sukan yang memudahkan larian. Gunakan kasut yang sesuai mengikut keadaan tanah kawasan pertandingan. Jangan berlari sambil membawa muatan seperti beg galas, botol air minuman, parang atau sebagainya. Pendaftaran/permulaan
PUB KEBANGSAAN IPG KPM 2023 18 Daftarkan diri dengan mengisi butir-butir perlu dalam kad kawalan. Pilihlah landasan yang sesuai untuk anda. Serahkan semula kad kawalan anda dan dapatkan masa mula. Apabila tiba giliran anda, dapatkan peta dan pergi kegarisan permulaan. Tentukan kad kawalan dan peta yang betul untuk anda. Salin peta utama jika diarahkan. Laraskan peta, ambil arah laluan dan mulakan larian ke penanda kawalan yang pertama dan seterusnya. Di garisan Penamat Serahkan dengan segera kad anda apabila sampai dikaunter penamat. Masa tamat akan dicatatkan pada kad anda. Beredarlah dari situ dan tunggulah keputusan pertandingan. Semua peserta mesti melapurkan diri di tempat penamat walaupun gagal menghabiskan pertandingan Ini bertujuan bagi mengelak dari diklasifikasikan sebagai peserta yang hilang. 3.1.8 Pembatalan Penyertaan Peserta akan diberikan “Did not finish” (DNF) atau pembatalan penyertaan (DISQ) apabila berlakunya perkara-perkara seperti berikut:- • Gagal memulangkan kad kawalan. • Tidak menebuk kad kawalan dengan selengkapnya. • Tebukan yang dibuat terkeluar petak yang sepatutnya. • Tebukan yang kurang jelas/berubah corak. • Tidak membantu peserta lain yang sangat memerlukan bantuan kecemasan. • Meniup wisel tanpa alasan munasabah. • Menaiki sebarang kenderaan kecuali bagi acara yang dibenarkan. • Bertindak untuk cuba menipu semasa pertandingan dengan pelbagai cara. 3.2 SYARAT PERTANDINGAN 3.2.1 Pendaftaran 1. Daftarkan kumpulan anda dengan menyemak butir-butir di atas borang pendaftaran. Sekiranya mendapati apa-apa kesalahan, betulkan dengan segera. 2. Pengelola acara akan mengumumkan waktu mula kepada semua peserta. 3. Lakukan pemanasan badan apabil waktu mula hampir tiba. 4. Anda tidak perlu berbaris menunggu untuk memulakan acara,memadailah dengan bersedia di garis permulaan antara 30-60 saat sebelum waktu mula anda. 5. Anda tidak boleh berlepas sebelum waktu mula. 3.2.2 Memulakan Acara 1. Setiap kumpulan akan diberikan peta beberapa ketika sebelum anda memulakan acara. Ini bertujuan untuk anda menyemak kedudukan anda dan meneliti peta tersebut. 2. Setiap kumpulan juga dikehendaki mempunyai satu telefon pintar sahaja. 3. Sebaik saja anda scan kod QR untuk memulakan, segera bergeraklah ke titik kawalan yang pertama. 4. Setelah selesai scan kod QR segeralah beredar supaya tidak menganggu peserta lain. 3.2.3 Di Titik Kawalan
PUB KEBANGSAAN IPG KPM 2023 19 1. Tentukan anda tiba di titik kawalan yang betul dengan memastikan nombor kawalan anda betul. 2. Scan kod QR yang betul. 3. Segera jauhkan diri dari kedudukan titik kawalan bagi mengelakan peserta yang lain mengetahui dengan mudah kedudukan titik kawalan tersebut. 3.2.4 Di Titik Penamat 1. Scan Kod QR Penamat dengan segera untuk dicatat masa tamat. 2. Setiap kontinjen mesti cukup bilangannya apabila tiba disetiap check point 3. Segera beredar supaya tidak menganggu/menghalang peserta yang lain akan tiba. 4. Anda dinasihatkan supaya jangan terus duduk, tetapi berjalan-jalan sementara menunggu kadar nadi kembali ke paras biasa. 3.2.5 Peraturan Am 1. Orienteering merupakan satu aktiviti sukan rekreasi. Pakai pakaian yang sesuai. 2. Setiap peserta yang mengambil bahagian didalam sebarang acara orienteering adalah di atas risiko sendiri. Dalam apa jua keadaan pastikan keselamatan diri. 3. Berikan bantuan kepada peserta lain yang tecedera yang memerlukan bantuan walaupun ketika itu pertandingan sedang berlangsung. Sekiranya rawatan tidak dapat diberi laporkan kejadian itu kepada pengajur acara. Penyertaan anda boleh dibatalkan sekiranya anda tidak di beri bantuaan atau melaporkan kejadian tersebut. 4. Anda dilarang merosakkan sebarang taman, tumbuhan atau harta benda awam dan persendirian. 5. Jangan masuk ke kawasan yang di tanda kawasan larangan. 6. Elakan dari memanjat pagar. 7. Elakan dari menyeberangi tasik atau kolam yang boleh megancam keselamatan sendiri 8. Laporkan kepada penganjur sekiranya terdapat penanda kawalan yang didapati hilang. 9. Sekiranya anda tidak mahu meneruskan acara, anda perlu melaporkan ke tempat permulaan atau penamat. 10. Sekiranya wisel dibawa, ia boleh digunakan untuk tujuan kecemasan sahaja. 11. Setiap peserta dikehendaki melawat semua titik-titik kawalan dan scan kod QR mengikut susunan yang telah ditentukan. 12. Tugasan hendaklah diselesaikan dalam tempoh yang ditetapkan 3.2.6 Pembatalan Penyertaan Peserta akan diistihar sebagai Did Not Finish (DNF) iaitu penyertaan dibatalkan sekiranya peserta melakukan perkara-perkara berikut:- - Tidak scan kod QR dengan selengkapnya sebagaimana yang diperlukan. - Tidak membantu peserta yang cedera yang memerlukan. - Tidak scan kod QR mengikut susunan yang ditentukan. - Menggunakan wisel tanpa alasan yang munasabah. - Menaiki sebarang bentuk kenderaan. - Mengubah kedudukan penanda kawalan. - Mengambil kod QR pada penanda kawalan. - Mengganggu peserta lain untuk scan kod QR. - Menghantar kod QR kepada peserta-peserta lain. - Mempunyai 2 atau lebih telefon pintar bagi setiap kumpulan.
PUB KEBANGSAAN IPG KPM 2023 20 3.2.7 Tempat Berkumpul Dataran Kem 3.2.8 Tempoh Masa 2 jam 3.2.8 Jarak Perjalanan 5 – 7 km 3.2.9 Peralatan (disediakan sendiri oleh kontijen) ➢ Kompas ➢ Alat tulis ➢ Air minuman 3.2.10 Pemarkahan ➢ Tugasan di setiap check point ➢ Kerjasama ➢ Masa
PUB KEBANGSAAN IPG KPM 2023 21 3.3 BORANG PENYERTAAN NAMA AKTIVITI : ORIENTEERING UNIT BERUNIFORM : _____________________ BIL NAMA NO. KPT: NO. BAJU KOMEN /ULASAN __________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________ ____________________________________________ ….......................................................................................................... (…………………………………………………………………………) UNIT BERUNIFORM ……………………………………….............. NAMA & TANDATANGAN PENYELARAS/PENSYARAH
PUB KEBANGSAAN IPG KPM 2023 22 4.0 PERTANDINGAN MASAKAN RIMBA OLEH PPKM SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN. Pertandingan ini dilaksanakan untuk menguji kebolehan peserta menyediakan hidangan masakan tempatan secara kreatif iaitu memasak tanpa menggunakan perkakas dapur seperti periuk, kuali atau cerek.. Penilaian akan dibuat pada tiga peringkat iaitu peringkat perancangan, perlaksanaan dan persembahan. Peserta juga akan diuji tentang kemahiran ikhtiar hidup seperti menyembelih ayam di samping keupayaan menyediakan masakan yang seimbang dengan menggunakan bahan dan peralatan asas dari sumber alam. 1. Tujuan pertandingan ini adalah untuk menguji pengetahuan dan kemahiran peserta menyediakan makanan halal, bersih dan seimbang. 2. Bilangan peserta Setiap unit mesti menghantar satu kumpulan terdiri daripada lima orang peserta setiap kumpulan. 5 orang x 6 UB = 30 orang 3. Syarat dan Peraturan Pertandingan 3.1 Setiap unit dibahagikan kepada enam kumpulan terdiri daripada lima orang peserta setiap kumpulan. 3.2 Ayam disembelih oleh peserta dan diagihkan kepada setiap unit. 3.3 Kerja-kerja penyediaan memasak mesti dilaksanakan semasa pertandingan 3.4 Bahan masakan (bahan mentah) akan disediakan oleh pihak urusetia dan akan diedarkan sewaktu pertandingan. 3.5 Hanya peralatan berikut dibenarkan untuk memasak: tempurung, buluh, tin kosong, aluminum foil, tanah liat, daun pisang, ranting dan daun kering. 3.6 Kaedah masakan perlu pelbagai seperti merebus, mencelur, mengukus, memanggang, membakar dan menggoreng 3.7 Setiap UB perlu menghidang masakan yang dimasak mengikut kreativiti untuk diberikan penilaian oleh hakim. 3.8 Masakan boleh dihidang menggunakan bahan-bahan semulajadi yang terbuang di kawasan sekitar kawasan memasak. 3.9 Tempoh masakan ialah 2 jam 30 minit. 3.10 Hakim terdiri daripada seorang pensyarah dari setiap unit.
PUB KEBANGSAAN IPG KPM 2023 23 3.11 Keputusan hakim adalah muktamad. 4. Panduan Kebersihan dan Keselamatan 4.1 Mengutamakan aspek-aspek kebersihan dan keselamatan sepanjang aktiviti memasak dijalankan. 4.2 Peserta dikehendaki memakai pakaian yang sesuai dan berkasut sarung semasa melaksanakan aktiviti masakan rimba. 4.3 Peserta mesti menjaga kebersihan dengan memakai sarung tangan, apron dan skarf kepala bagi yang tidak bertudung. 4.4 Pertandingan akan dijalankan di tempat khas yang selamat. 4.5 Setiap UB perlu memastikan peralatan yang digunakan dan tempat memasak dikemas dan dibersihkan selepas selesai masakan rimba. 4.6 Urusetia perlu menyediakan peti pertolongan cemas dan alat pemadam kebakaran. 4.7 Urusetia perlu menyediakan fasilitator bagi membantu proses penyembelihan berjalan lancar. 5. Peralatan Rujuk Lampiran 1 6. Kriteria Penilaian 6.1 Kepelbagaian kaedah memasak (30 markah) 6.2 Kesempurnaan Masakan/ rasa (25 markah) 6.3 Kekemasan dan Kebersihan (15 markah) 6.4 Kreativiti (20 markah) 6.5 Kerjasama (10 markah) Rujuk Lampiran 2 (Borang Markah Pertandingan Masakan Rimba)
PUB KEBANGSAAN IPG KPM 2023 24 Lampiran 1 PERALATAN MASAKAN Peralatan yang dibawa oleh IPGK Bil Peralatan Kuantiti 1 Tempurung 3 biji 2 Buluh (untuk memasak) Ikut keperluan 3 Tin Kosong 2 4 Daun pisang Ikut keperluan 5 Air Mineral 1.5 liter 2 botol 6 Aluminum foil 1 gulung 7 Kain lap 6 helai 8 Tisu 1 gulung 9 Lapik pemotong 1 unit 10 Pisau dapur 2 bilah 11 Sudu/garfu/sudip 1 pasang 12. Parang 1 bilah * * Bahan-bahan perisa semula jadi boleh dibawa.
PUB KEBANGSAAN IPG KPM 2023 25 Lampiran 2 Borang Markah Pertandingan Masakan Rimba Pasukan 1 (30) 2 (25) 3 (15) 4 (20) 5 (10) JUMLAH KEDUDUKAN SKOR PENGAKAP PPK BSMM PPIM KRS KORSISPA 1. Kepelbagaian kaedah memasak (30 markah) 2. Kesempurnaan Masakan/ rasa (25 markah) 3. Kekemasan dan Kebersihan (15 markah) 4. Kreativiti (20 markah) 5. Kerjasama (10 markah) Disahkan oleh .................................................... (Nama: ) Tarikh: .................... Hakim Masakan Rimba
PUB KEBANGSAAN IPG KPM 2023 26 Lampiran 3 Pertandingan Masakan Rimba Cadangan Bahan Masakan Dan Anggaran Perbelanjaan Bil Bahan Kuantiti setiap kumpulan Kuantiti (6 kumpulan) Anggaran harga (RM) 1. Ayam (Sembelih sendiri) 1 ekor 6 ekor 120.00 2. Ayam untuk latihan sembelihan 1 ekor 6 ekor 120.00 3. Beras 250 gm 2.5 kg 8.00 4. Timun 1 biji 6 biji 10.00 5. Ubi kentang 3 biji 18 biji 20.00 6. Nenas 1 biji 6 biji 20.00 7. Bawang Besar 2 biji 20 biji 3.00 8. Telur 5 biji 30 biji 12.00 9. Tepung 250 gm 2 paket 8.00 10. Planta 200 gm 1 kg 5.00 11. Kelapa 1 biji 6 biji 20.00 12. Garam 1 camb 1 peket 1.00 13. Gula 5 camb 1 kg 3.00 14. Minyak masak 1 cawan 2 peket 6.00 15. Bawang putih 1 labu 6 labu 3.00 16. Bawang merah 2 labu 12 labu 6.00 17. Kunyit hidup 1 ketul 6 ketul 5.00 18. Serai 1 batang 6 batang 5.00 19. Cili Api 20 biji 1 kilo 12.00 20. Mancis 1 kotak 6 kotak kecil 2.00 21. Starter 1 kotak 6 kotak 20.00 Anggaran Jumlah RM340.00
PUB KEBANGSAAN IPG KPM 2023 27 Lampiran 4 Borang Pendaftaran Pertandingan Masakan Rimba Unit Beruniform: ................................................................. BIL NAMA PELAJAR IPG T/TANGAN 1 2 3 4 5 * Borang yang lengkap perlu diserahkan kepada Urusetia (Persatuan Pandu Puteri) sehari sebelum pertandingan. Disahkan oleh .................................................... (Nama : ) Tarikh: .................... Komandan Kem Unit Pandu Puteri
28 5.0 PERTANDINGAN KAWAD KAKI SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN 1. PENYERTAAN 1.1 Penyertaan adalah terbuka kepada pasukan-pasukan Unit Beruniform IPG Kampus. 1.2 Hanya satu pasukan sahaja akan mewakili sesebuah pasukan bagi pertandingan (satu pasukan bagi setiap kategori). 1.3 Setiap Unit perlu menghantar 1 pasukan, wajib menyertai pertandingan ini. 2. PENDAFTARAN 2.1 Anggota pasukan dan ketua platun mestilah terdiri daripada pelajar yang sedang menuntut. 2.2 Jumlah anggota bagi sesebuah pasukan yang didaftarkan hendaklah tidak kurang daripada 31 orang termasuk seorang ketua platun dan anggota simpanan berjumlah 4 orang. Kesemuanya 35 orang. 2.3 Semua anggota yang didaftarkan sahaja diterima menyertai pertandingan ini. Peserta pertandingan akan dipilih secara rawak oleh jawatankuasa pertandingan. ( Platun campuran lelaki dan perempuan dibenarkan) 3. PAKAIAN 3.1 Pakaian anggota pasukan dan ketua platun hendaklah pakaian rasmi Unit Beruniform masing-masing. Pakaian kawad dan aksesori yang disenaraikan sahaja di pakai.( rujuk borang markah pertandingan kawad kaki ) 4. PADANG KAWAD 4.1. Keluasan litar pertandingan kawad ialah 35 meter x 25 meter ( rujuk pelan )
29 5. JANGKA MASA PERSEMBAHAN 5.1 Masa Persembahan sepenuhnya bagi sesebuah pasukan ialah 20 minit. Pemberian markah diberi bila platun bergerak masuk ke padang kawad dan berdasarkan persembahan dalam tempoh yang ditetapkan sehingga semua anggota keluar dari padang kawad. Selepas 20 minit persembahan tidak dinilai dan markah tidak diberi. 5.2 Masa persembahan diambil kira bermula dari hukuman “ BUKA BARISAN ” sebelum melapor kepada ketua hakim. Persembahan terbahagi kepada 2 bahagian: Kawad Asas dan Kawad Formasi. 5.3 Persembahan hendaklah merangkumi kedua-dua bahagian tersebut dan didahului oleh kawad asas. 5.4 Isyarat akan dibunyikan: a) pada minit ke 15 minit pertama dan b) tamat masa 6. PELAKSANAAN PERTANDINGAN 6.1 PERGERAKAN KAWAD a) Semua pergerakan kawad asas mestilah mematuhi peraturan pertandingan kawad yang telah ditetapkan. 6.2 BILANGAN ANGGOTA a) Setiap pasukan hendaklah dianggotai oleh 22 anggota termasuk ketua platun ketika bertanding. b) Jika ada anggota yang bertanding tidak dapat meneruskan pertandingan, atas apa jua sebab sehingga menyebabkan bilangan anggota pasukan kurang daripada yang ditetapkan maka markah akan ditolak ( iaitu ditolak 5 markah bagi setiap anggota yang kurang). Sekiranya lebih dari 3 peserta yang tidak dapat meneruskan pertandingan, maka pasukan tersebut perlu mencari jalan untuk menggenapkan anggota yang ada.
30 6.3 PENILAIAN PERTANDINGAN A. PEMERIKSAAN PAKAIAN a) Semua platun akan berkumpul dan bersedia untuk pemeriksaan pakaian - 15 minit sebelum masuk /giliran pertandingan dijalankan. B. KAWAD STATIK a) Platun dibawa masuk oleh ketua platun ke padang kawad dalam 3 barisan berjalan, dalam masa cepat jalan dan berhenti di hadapan (di tengah-tengah) ketua hakim. (128 - 135 langkah seminit) Kelajuan yang lebih atau kurang daripada yang ditetapkan akan ditolak 5 markah. b) Menghadap ke hadapan ( Hukuman : Menghadap ke hadapan ...........kanan/kiri pusing. ) c) Buka barisan (Hukuman: Buka Barisan…….Gerak ) d) Hukuman secara statik (Hukuman: Ke kanan lurus……….pandang depan) e) Melapor - Ketua Platun melapor kepada Ketua Hakim. Semasa Ketua Platun melapor, skuad akan berada dalam keadaan sedia dan buka barisan. ( Hukuman: Assalamualaikum / Selamat Pagi tuan, Pasukan ....... siap untuk diuji, tuan) f) Tutup barisan ( Hukuman : Tutup barisan……….Gerak) g) Platun diwajib melakukan semua pergerakan kawad statik daripada pergerakan berikut : Hukuman: i) Bergerak ke kiri; kiri.........pusing. ii) Bergerak ke kanan ; belakang…pusing. iii) Menghadap ke belakang ; kanan......pusing. iv) Menghadap ke hadapan ; belakang......pusing. h) ) Meluruskan barisan (Hukuman: Ke kanan lurus……….pandang depan)
31 C. KAWAD DINAMIK i) Menggerakkan barisan ke kiri (Hukuman: Bergerak ke kiri.... Kiri pusing). j) Berjalan dalam masa cepat jalan (satu pusingan, semasa membelok hukuman kiri belok diberikan) (Hukuman: Dari kiri/ kanan........Cepat jalan). Rujuk Lampiran Pelan Litar Pertandingan (2). k) Menukar langkah perlahan semasa cepat jalan (Hukuman ”tukar langkah perlahan......perlahan jalan)” diberikan setelah platun melepasi kon D dan sebelum kon A (Perlahan jalan langkah 60-70 langkah dalam satu minit) l) Belok ke kiri diberikan di kon F (kon hijau) dalam pusingan pertama dan (Hukuman ”menghadap ke hadapan; kanan pusing” )diberikan apabila anggota platun selesai membelok. Platun akan perlahan jalan dalam keadaan barisan melintang melintasi para hakim. m) Sebelum melintasi garisan kon B dan kon C, platun dikehendaki melakukan pergerakan berikut mengikut urutan: Hukuman: i. Buka barisan....... gerak. ii. Pandang .............kanan iii. Pandang............. depan iv. Tutup barisan...... gerak n) Sebaik melintasi garisan kon B dan kon C, (Hukuman ”bergerak ke kiri; kiri pusing”) diberikan. o) Tukar langkah cepat jalan. (Hukuman ”tukar langkah cepat, cepat jalan” ) diberikan setelah platun berada antara kon C dan kon D. p) Skuad akan berjalan sehingga ke kon E (kon hijau) dan belok ke kiri diikuti dengan pergerakan kawad mengikut urutan di bawah sehingga selesai (Rujuk Lampiran Pelan Litar Pertandingan (3): Hukuman: i. Hormat ………. hormat ke kanan, hormat ii. Hormat ………. ke hadapan hormat iii. Tukar langkah semasa berjalan iv. Hormat selaku terima sijil
32 v. Tukar langkah perlahan, perlahan jalan vi. Bergerak ke kanan, belakang pusing vii. Tukarlangkah cepat, cepat jalan viii. Bergerak ke kiri, belakang pusing ix. Menghadap ke belakang, kiri pusing x. Menghadap ke hadapan, belakang pusing xi. Hentak kaki xii. Henti xiii. Mara mengadap q) Ketua platun akan bersama skuad semasa mara mengadap ( 11 langkah ). (Hukuman: Skuad akan mara mengadap, dari tengah, cepat……….jalan). r) Tamat bahagian kawad asas. Catatan (1): 1. Semasa kawad asas, tidak ada suara dari anggota platun, hanya hukuman ketua platun sahaja (contohnya anggota platun / skuad menyebut kiraan masa kanan / kiri semasa berjalan, adalah TIDAK DIBENARKAN). 2. Ketua Platun memberi arahan secara statik dan mengadap ke arah skuad semasa keseluruhan Kawad Asas. Semasa mara mengadap Ketua Platun akan masuk ke padang kawad dan akan mara mengadap bersama anggota platunnya. 3. Setiap pergerakan yang dilakukan selain dari yang dinyatakan di atas akan ditolak 5 markah. 4. TIDAK DIBENARKAN menggunakan sebarang alatan semasa membuat persembahan. 5. Isyarat tamat masa pertandingan akan diberi oleh penjaga masa. 6.4 Kawad Formasi a) Sebaik sahaja selesai “Senang diri”, platun akan mempersembahkan pergerakan formasi mengikut 2 pergerakan yang ditetapkan. b) Pergerakan langkah mestilah tidak terkena tiang-tiang dan tidak melebihi garisan sempadan pertandingan.
33 c) TIDAK BOLEH memberi isyarat pergerakan atau bunyi seperti hentak kaki, up atau “psssst”, sama ada oleh individu dalam platun atau luar platun; bagi mengendalikan platun kecuali isyarat permulaan formasi (hentak kaki) dari Ketua Platun sahaja. d) MELAPOR KELUAR a) Ketua Platun dikehendaki melapor sebelum keluar padang kawad. ( Bahasa hukuman : Assalamualaikum/ selamat pagi/petang tuan, kebenaran meneruskan tugas……………tuan. ) 6.7 PENGHAKIMAN a) Hakim terdiri daripada wakil dari setiap unit. b) Untuk pengiraan markah keseluruhan, markah paling tinggi dan yang paling rendah tidak diambil kira. d) Sekiranya berlaku persamaan markah, di antara pasukan-pasukan, markah kawad dinamik akan menjadi penentu. Jika markahnya sama juga, markah kawad statik akan diambil kira, Sekiranya masih sama, markah formasi diambil kira. e) Setiap satu item yang tidak berada pada kedudukannya (pakaian), ketika kawad dinamik atau formasi ditolak 1 markah untuk 1 item. f) Peratusan pengiraan markah keseluruhan pasukan adalah seperti berikut: v. Persediaan (pakaian) : 10% vi. Kawad asas : 50% vii. Kawad formasi : 30% viii. Ketua platun : 10% g) Keputusan hakim adalah muktamad, 6.8 PEMARKAHAN KETUA PLATUN a) Pemarkahan ketua platun diadili oleh hakim dari hakim yang dilantik ( Menggunakan borang pemarkahan Ketua Platun ).
34 BORANG MARKAH PERTANDINGAN KAWAD ( Markah Ketua Platun ) PASUKAN :……………………………… NO. GILIRAN :……………… NAMA KETUA PLATUN ………………………………………………. Bil Perkara/Pergerakan Ketua Platun Markah Diperolehi A. Persediaan * 26 1. Pakaian Asas 14 Beret 0 1 2 Lencana Beret 0 1 2 Baju dan Seluar 0 1 2 Tali Pinggang/Tudung 0 1 2 Tanda Nama 0 1 2 Boot 0 1 2 Lanyard/ Skaf /Lencana bahu 0 1 2 2. Aksesori 4 Lencana Poket 0 1 2 Sarung Tangan 0 1 2 3. Kekemasan Diri dan Pakaian 10 Rambut / Tudung / dsbnya 0 1 2 Boot Hitam / Berkilat / Ikatan Tali Kemas 0 1 2 Lipatan Lengan Baju / Lengan Panjang 0 1 2 Kaki Seluar Kemas / Diikat getah 0 1 2 Peralatan uniform serta kedudukan 0 1 2 JUMLAH ( 28 ) : TARIKH:………………………… NAMA DAN TT HAKIM…………………………………………
35 ( BORANG MARKAH ( KETUA PLATUN ) Nama Ketua Platun :..................................................................... No. Giliran :..................... B PERGERAKAN KAWAD Markah Diperolehi 1. Kawat Asas – Melapor 10 BH -10 20 a. Pergerakan masuk padang 0 1 2 0 1 2 b. Berhenti 0 1 2 0 1 2 c. Mengadap ke hadapan 0 1 2 0 1 2 d. Buka Barisan 0 1 2 0 1 2 e. Ke Kanan Lurus dan Pandang depan 0 1 2 0 1 2 2. Melapor 12 a. Berjalan 0 1 2 b. Berhenti 0 1 2 c. Hormat 0 1 2 d. Bahasa Melapor 0 1 2 e. Berpusing 0 1 2 f. Berjalan dan Berhenti 0 1 2 3. Kawat Statik BH- 12 a.Tutup barisan 0 1 2 b. Ke kanan lurus dan Pandang depan 0 1 2 c. Bergerak ke kanan/kiri kanan/kiri pusing 0 1 2 d. Bergerak ke kanan/kiri belakang pusing 0 1 2 e. Menghadap ke belakang kanan/kiri pusing 0 1 2 f. Menghadap ke hadapan belakang pusing 0 1 2 4. Kawad Dinamik BH - 16 a. Bergerak ke kiri 0 1 2 b. Cepat Jalan 0 1 2 c. Tukar langkah perlahan 0 1 2 d.Tukar langkah cepat 0 1 2 e. Hormat ke kanan 0 1 2 f. Henti, mengadap ke hadapan 0 1 2 g. Mara Mengadap ( 11 langkah ) 0 1 2 h. Kiri Belok ( keseluruhan ) 0 1 2 5. Kawalan 10 a. Mengikut urutan 0 1 2 3 4 5 b. Kawalan skuad 0 1 2 3 4 5 6. Melapor Keluar 20 a. Berjalan 0 1 2 b. Berhenti 0 1 2 c. Hormat 0 1 2 d. Bahasa Melapor 0 1 2 e. Berpusing 0 1 2 f. Berjalan dan Berhenti 0 1 2 (BH) g. Bergerak ke kanan 0 1 2 1 2
36 h. Berjalan keluar 0 1 2 1 2 JUMLAH ( 90 ) 6. Penalti Bilangan a. 1 X item ditolak 1 markah JUMLAH BESAR ( 128 ) Catatan : BH – Bahasa Hukuman .................................................... Tarikh : ............................. ( Nama dan tandatangan Hakim )
37 BORANG MARKAH PERTANDINGAN KAWAD (Pakaian Pasukan) PASUKAN :…………………………………………................................ NO. GILIRAN :………………..................................................... Bil Perkara/Pergerakan Markah Platun Markah Diperolehi A. Persediaan * 42 1. Pakaian Asas 14 Beret 0 1 2 Lencana Beret 0 1 2 Baju dan Seluar 0 1 2 Tali Pinggang/Tudung 0 1 2 Tanda Nama 0 1 2 Boot 0 1 2 Lanyard/ Skaf /Lencana bahu 0 1 2 2. Aksesori 4 Lencana Poket 0 1 2 Sarung Tangan 0 1 2 3. Kekemasan Diri dan Pakaian 10 Rambut / Tudung / dsbnya 0 1 2 Boot Hitam / Berkilat / Ikatan Tali Kemas 0 1 2 Lipatan Lengan Baju / Lengan Panjang 0 1 2 Kaki Seluar Kemas / Diikat getah 0 1 2 Peralatan uniform serta kedudukan 0 1 2 4. Keseragaman 4 Keseragaman warna beret, tali pinggang 0 1 2 Tanda nama / lain-lain aksesori 0 1 2 JUMLAH (32) : TARIKH:………………………… NAMA DAN TT HAKIM .......................................................
38 BORANG MARKAH PERTANDINGAN KAWAD (Kawad Pasukan) PASUKAN :…………………………………………................................ NO. GILIRAN :………………..................................................... B PERGERAKAN KAWAT 140 Markah Diperolehi 1. Kawad Asas – Melapor 30 a. Pergerakan masuk padang 0 1 2 3 4 5 b. Berhenti 0 1 2 3 4 5 c. Mengadap ke hadapan 0 1 2 3 4 5 d. Buka Barisan 0 1 2 3 4 5 e. Ke Kanan Lurus dan Pandang depan 0 1 2 3 4 5 f. Cara dan kedudukan semasa melapor 0 1 2 3 4 5 2. Kawad Statik 30 a.Tutup barisan 0 1 2 3 4 5 b. Ke kanan lurus dan Pandang depan 0 1 2 3 4 5 c. Bergerak ke kanan/kiri kanan/kiri pusing 0 1 2 3 4 5 d. Bergerak ke kanan/kiri belakang pusing 0 1 2 3 4 5 e. Menghadap ke belakang kanan/kiri pusing 0 1 2 3 4 5 f. Menghadap ke hadapan belakang pusing 0 1 2 3 4 5 3. Kawad Dinamik 80 a.Paras 0 1 2 3 4 5 b. Hormat ke hadapan hormat 0 1 2 3 4 5 c. Tukar langkah perlahan 0 1 2 3 4 5 d. Berjalan dalam masa Perlahan Jalan 0 1 2 3 4 5 e.Tukar langkah cepat 0 1 2 3 4 5 f. Pusing belakang masa berjalan 0 1 2 3 4 5 g. Selaku terima sijil 0 1 2 3 4 5 h. Berjalan dalam masa cepat ( keseluruhan ) 0 1 2 3 4 5 4. Penalti Bilangan a. 1 X anggota ditolak 5 markah b. 1 X item ditolak 1 markah JUMLAH ( 140) :
39 C . PEMARKAHAN FORMASI ( Bulatkan Markah yang diberi ) 1. Unsur Gerak 40 A. Keindahan Gerak Gerakan dalam unsur kawat (gerakan bukan kawat – 5 pergerakan ) 1 2 3 4 Gerakan hendaklah konsisten ( berturutan ) 1 2 3 4 Keseimbangan penggunaan ruang 1 2 3 4 Kesatuan Gerakan 1 2 3 4 Kepelbagaian Gerakan-berdiri/berjalan/tunduk/jatuh dll. 1 2 3 4 B. Gerakan Penutup Diakhiri dengan gerakan kawat 1 2 3 4 C. Kekayaan Gerak Formasi * Pecahan dan Cantuman Formasi Formasi 1 1 2 3 4 Formasi 2 1 2 3 4 Formasi 3 1 2 3 4 Formasi 4 1 2 3 4 2. Unsur Penghayatan 21 A. Keunikan Formasi 1 1 2 3 Formasi 2 1 2 3 Formasi 3 1 2 3 Formasi 4 1 2 3 B. Keserasian 1 2 3 C. Kemantapan 1 2 3 D. Kesopanan 1 2 3 3. Unsur Suara 9 A. Padu 1 2 3 B. Tepat 1 2 3 C. Kesesuaian Slogan 1 2 3 PENALTI KESELURUHAN ( - 10 ) 4 Pergerakan Keluar Padang 10 a. Bergerak ke kanan 0 1 2 3 4 5 b. Cepat Jalan 0 1 2 3 4 5 ( 80 ) JUMLAH BESAR ( 232 ) : Tandatangan Hakim :………………………………………. Nama Hakim :……………………………………… Tarikh :……………………………………….
40 SENARAI TUGAS JAWATANKUASA KECIL (JKK) PENGELOLA PERTANDINGAN KAWAD Jawatankuasa kecil (JKK) pengelola pertandingan kawad adalah sepasukan petugas-petugas dalam jawatankuasa pengelola pertandingan. Dalam Jawatankuasa Pengelola Pertandingan itu, ahli-ahlinya merupakan ketua-ketua dalam sepasukan petugas yang dipertanggungjawabkan itu. Jawatankuasa kecil pengelola pertandingan boleh terdiri daripada bahagian-bahagian berikut; a. JKK Protokol: (IPGKDA) Tugasnya ialah menguruskan program pembukan atau penutup pertandingan. Menyediakan aturcara rasmi untuk panduan semua jawatankuasa dan petugas. Secara umumnya, jawatankuasa protokol akan mengkordinasikan majlis penutup atau majlis pembukaan atau majlis penyampaian hadiah dengan jawatankuasa induk, jawatankuasa pelaksana, penyelaras pertandingan dan hakim. b. JKK Sambutan: (IPGKIPOH) Tugasnya ialah menguruskan ketibaan peserta dan tetamu semasa pertandingan berlangsung atau ketika majlis pembukaan atau penutupan. Menunjukkan tempat kepada tetamu. c. JKK Kehakiman: (IPGKDA) Tugasnya adalah untuk menguruskan hal ehwal kehakiman dan syarat pertandingan. Rujuk Bahagian 3 buku ini. d. JKK Peralatan: (IPGKSM) Tugas jawatankuasa kecil ini ialah menyediakan peralatan dan keperluan logistik untuk keseluruhan pertandingan termasuk khemah, payung, meja, kerusi, sistem pembesar suara, loceng, siren dan sebagainya. f. JKK Pengangkutan: (IPGKMELEWAR) Menyediakan keperluan pengangkutan untuk peserta dan semua jawatankuasa jika diperlukan. Menyediakan juga skedul cara pergerakan, jadual pergerakan dan sebagainya. g. JKK Persiapan Tempat/Gelanggang: (IPGKPERLIS) Tugas bahagian ini ialah menyediakan gelanggang mengikut spesifikasi atau ukuran yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Kehakiman. h. Juruacara: (IPGKPMM) Memberikan maklumat atau pemberitahuan (melalui Pengerusi, Penyelaras atau Ketua Hakim) menggunakan pembesar suara supaya segala aktiviti dapat berjalan dengan cepat dan lancar. Mengumumkan supaya peserta bersedia, masuk ke gelanggang dan mengumumkan nama pasukan apabila pasukan sudah menamatkan ujian. Juruacara juga bertanggungjawab menyediakan skrip juruacara untuk majlis pembukaan atau penutup.
41 i. Penjaga Masa: (IPGKBAINUN) Memastikan masa yang ditetapkan dalam syarat pertandingan kawad dipatuhi. Membunyikan siren atau loceng permulaan ujian, dua minit sebelum tamat dan masa tamat. j. Pengangkat Bendera: (IPGKSAH) Petugas pengangkat bendera terdiri daripada dua orang. Seorang akan bertugas ditempat permulaan atau tempat peserta berkumpul dan seorang lagi bertugas di khemah hakim. Pengangkat bendera akan mengangkat bendera hijau jika hakim atau peserta sudah bersedia dan gelanggang sedia digunakan. Pengangkat bendera akan mengangkat bendera merah jika hakim atau peserta belum bersedia atau gelanggang belum dapat digunakan. Bendera putih akan di angkat sebagai tanda berehat. k. Pengangkat Kon: (IPGKKB) Tugas pengangkat kon ialah mengalihkan kon-kon yang tidak diperlukan selepas kawad dinamik dan sebelum kawad formasi. Meletakkan semula kon-kon tersebut di tempat asal apabila pasukan lain hendak memasuki gelanggang. l. JKK Keselamatan: (IPGKTHO) Tugas jawatankuasa ini adalah memastikan kawasan gelanggang tidak diganggu atau diceroboh oleh penonton ketika sesebuah pasukan membuat persembahan. Selain itu, jawatankuasa kecil ini juga berfungsi untuk menghalang penyokong-penyokong daripada memasuki gelanggang, membuat gangguan, membuat bising, mencaci atau memuji-muji pasukannya. m. JKK Pertolongan Cemas: (IPGTEKNIK) Tugas jawatankuasa ini ialah membantu jawatankuasa pertandingan menguruskan peserta-peserta yang pengsan, jatuh, sakit dan memerlukan rawatan. Membawa mangs ke klinik atau hospital jika perlu. n. JKK hadiah dan Sijil: (IPGKBMM) Jawatankuasa ini akan menyediakan keperluan hadiah, sijil atau cenderahati yang sepatutnya kepada peserta, hakim dan jawatankuasa yang terlibat. Menyediakan susunan penerima hadiah kepada juruacara. Menyediakan persiapan penyampaian hadiah seperti meja hadiah, lapik meja, dulang dan pembantu penyampaian hadiah. o. Penyelia peserta: (IPGKSARAWAK) Tanggungjawabnya ialah menguruskan peserta seperti tempat menunggu, masa bersedia, berehat, makan dan sebagainya. p. JKK Dokumentasi: (IPGKBMM) Tanggungjawabnya ialah untuk membuat dokumentasi, rakaman video dan sebagainya untuk tujuan laporan atau rujukan pada masa depan. q. JKK Pendaftaran (IPGKI) Tugas jawatankuasa ini adalah untuk menguruskan pendaftaran peserta-peserta. Jawatankuasa kecil ini akan mula bertugas sewaktu mesyuarat pertama ketua-ketua kontinjen yang mengambil bahagian dalam pertandingan kawad. Pada ketika ini, jawatankuasa kecil ini akan mengedarkan borang pendaftaran untuk dilengkapkan oleh Ketua Kontinjen dan dihantar ke Urusetia sebelum hari pertandingan.
42 r. Jamuan: (IPGKKHAS) Jawatankuasa kecil ini diwujudkan untuk menguruskan jamuan peserta, petugas, pegawai, hakim dan tetamu yang terlibat. s. Pengumpul Markah: (IPGKGAYA) a. Mengumpulkan markah yang telah diberikan oleh para hakim dalam borang markah yang disediakan. b. Menyerahkan borang-borang markah tersebut kepada Ketua Hakim untuk disahkan. (Nota: Pengumpul markah akan bertugas bersama hakim. Tangungjawab yang diberi adalah sama dengan para hakim. Sebaik-baiknya, pengumpul markah merupakan seorang hakim atau hakim simpanan) t. Jurukira Markah: (IPGKPI) a. Mengira dan menyemak markah yang diberikan oleh para hakim. Memasukkan markah-markah tersebut dalam satu borang markah khas keseluruhan. b. Menjumlahkan markah-markah pasukan dan markah keseluruhan pasukanpasukan yang bertanding. c. Mencatatkan kedudukan pasukan-pasukan yang bertanding. d. Mengesahkan borang-borang markah. e. Menyerahkan markah kepada Ketua Hakim. Jurukira markah akan bertugas bersama hakim dan tanggungjawab yang dipikul sama dengan hakim seperti mengekalkan kerahsiaan markah-markah peserta.
43 Bahagian 2 : Jawatankuasa Kecil Kehakiman Kawad: (IPGKDA) Pengenalan Pertandingan kawad (kaki) dilaksanakan untuk memupuk semangat berpasukan peserta-peserta dan menampilkan kebijaksanaan dan keunikan dalam bidang kawad oleh peserta-peserta. Pengurusan yang cekap dan melaksanakan pertandingan secara sistematik amat diperlukan. Sistem ini hendaklah dipatuhi oleh jawatankuasa khususnya dalam jawatankuasa kecil (JKK) kehakiman dan jawatankuasa pengelola. Tujuannya supaya pelaksanaan pertandingan menjadi lancar dan mengelakkan sebarang kelemahan. Jawatankuasa Kecil (JKK) Kehakiman Jawatankuasa kecil kehakiman adalah sepasukan hakim yang telah dipilih dan dilantik oleh Pengerusi Jawatankuasa Pengelola pertandingan kawad untuk mengadili pertandingan kawad. Jawatankuasa kecil ini diketuai oleh seorang Ketua Hakim yang mempunyai kelebihan daripada hakim-hakim lain dan dipersetujui oleh kalangan hakim dan jawatankuasa pelngelola. Ketua Hakim boleh mengagih-agihkan tugas penghakiman berdasarkan pengetahuan dan kemahiran hakim-hakim yang dipilih dan dilantik itu untuk menghakimi pertandingan. Setiap hakim yang dipilih dan dilantik mempunyai tugas yang tertentu. Pembahagian tugas-tugas ini dilakukan supaya tumpuan hakim semasa aktiviti penghakiman menjadi lebih baik dan sah. Namun demikian, terpulang kepada Ketua Hakim untuk menentukankanya. Berikut adalah pembahagian tugas dalam jawatankuasa kecil kehakiman pertandingan kawad. 1. Ketua Hakim (Pengerusi) a. Mengetuai tugas-tugas kehakiman. b. Menerima tabik hormat Ketua Platun yang melapor. c. Menasihat dan memberikan pandangan kepada hakim-hakim. d. Memohon kepada Jawatankuasa Pelaksana untuk mendapatkan bilik hakim. e. Mengetuai mensyuarat kehakiman. f . Menghakimi pertandingan. (Nota: Ketua Hakim boleh tidak menghakimi pertandingan) g. Menyemak markah yang diberikan oleh para hakim yang telah dikira oleh jurukira markah. h. Mengesahkan markah yang diberikan oleh hakim-hakim dan jurukira markah. i. Membuat keputusan untuk berehat, berhenti, membatalkan pertandingan atau meneruskan pertandingan. j. Mengumumkan keputusan pertandingan. 2. Penolong Ketua Hakim a. Membantu tugas-tugas Ketua Hakim. b. Menjalankan tugas-tugas Ketua Hakim jika ketiadaanya. c. Menjadi Setiausaha dalam mesyuarat, membuat catatan dan memberikan laporan. d. Boleh menghakimi pertandingan.
44 e. Mengawal perjalanan borang-borang markah supaya tidak terdedah atau berlaku kebocoran keputusan. 3. Hakim-hakim Tugas hakim-hakim boleh dipecahkan seperti berikut; a. Hakim pakaian b. Hakim kawad i. Hakim kawad statik ii. Hakim kawad dinamik iii. Hakim kawad formasi Iv. Hakim Ketua Paltun Hakim Pakaian: a. Memeriksa pakaian peserta-peserta dan memberikan markah yang sewajarnya dalam borang yang disediakan. b. Mengesahkan markah yang diberi. c. Memberikan laporan kepada Ketua Hakim. d. Menyerahkan markah kepada Ketua Hakim untuk disahkan. Hakim Kawad (Statik, Dinamik atau Formasi) a. Memberikan markah sewajarnya kepada pasukan yang bertanding dalam borang yang disediakan. b. Mengesahkan markah yang diberi. c. Memberikan laporan kepada Ketua Hakim d. Menyerahkan markah kepada Ketua Hakim untuk disahkan. Hakim Ketua Platun: a. Memberikan markah sewajarnya kepada Ketua Platun yang bertanding dalam borang yang disediakan. b. Mengesahkan markah yang diberi. c. Memberikan laporan kepada Ketua Hakim d. Menyerahkan markah kepada Ketua Hakim untuk disahkan. Juri Rayuan Juri rayuan ialah sebuah organisasi atau panel yang ditubuhkan untuk mendengar dan membicarakan bantahan di beri secara rasmi oleh pasukan-pasukan yang bertanding. Panel Juri Rayuan hanya berfungsi jika menerima bantahan secara rasmi dan sah mengikut ketetapan syarat pertandingan. Ahli-ahli panel Juri Rayuan terdiri daripada mereka yang terlibat dalam Jawatankuasa Induk, Jawatankuasa Pengelola atau Jawatankuasa Kecil Pengelola (Bahagian Kehakiman) pertandingan kawad. Berikut adalah senarai ahli-ahli panel dalam Juri Rayuan,
45 a. Ketua Juri Rayuan Ketua Juri Rayuan adalah dilantik dalam kalangan panel penasihat pertandingan atau pengerusi dalam jawatankuasa induk pertandingan kawad. Walaubagaimanapun, Pengerusi boleh melantik ahli-ahli yang lain yang difikirkan sesuai untuk memikul tanggungjawab tersebut seperti pengerusi pengelola pertandingan. Ketua Juri tidak boleh dilantik dalam kalangan hakim-hakim. b. Ahli-Ahli Panel i. Pengerusi Jawatankuasa Pengelola ii. Ketua Hakim iii. Penolong Ketua Hakim (setiausaha) iv. Seorang hakim pakaian. v. Seorang hakim kawad. vi. Seorang wakil jawatankuasa pelaksana. Tugas-tugas Juri Rayuan a. Menerima bantahan secara rasmi daripada pasukan-pasukan yang bertanding. b. Membincangkan dan menyemak bantahan bersama-sama ahli panel sama ada mahu menerima atau menolaknya. c. Membicarakan bantahan. d. Membuat keputusan kepada bantahan yang diterima. Prosedur Menerima Bantahan atau Aduan a. Pasukan terlibat menghantar bantahan kepada Pengerusi Juri Rayuan secara rasmi (bersurat dan terdapat pengesahan pengirim). b. Pengerusi Juri Rayuan akan menerima bantahan rasmi tersebut dan akan berbincang dengan ahli jawatankuasa induk untuk memastikan syarat-syarat bantahan dipatuhi oleh pasukan yang memberikan bantahan seterusnya menerima atau menolak untuk dibicarakan. c. Jika bantahan diterima, Pengerusi Juri Rayuan akan memanggil panel Juri Rayuan untuk bersidang. d. Bantahan dibicarakan atau dibincangkan. e. Pengerusi dan ahli panel Juri Rayuan akan membuat keputusan sama ada menerima atau menolak bantahan tersebut. f. Menghantar keputusan secara rasmi kepada pasukan yang membuat bantahan. Syarat-syarat Membuat Bantahan Syarat-syarat untuk membuat bantahan akan disediakan oleh Jawatankuasa Pengelola Pertandingan Kawad yang perlu mendapat restu daripada Jawatankuasa Induk Pertandingan Kawad. Ahli-ahli panel Juri Rayuan juga mestilah ditentukan, ditetapkan dan dilantik sebelum pertandingan bermula. Syarat-syarat mengemukakan bantahan biasanya disertakan dalam syarat-syarat pertandingan yang diberikan kepada setiap peserta sebelum pertandingan dijalankan.
46 Contoh Syarat-syarat Membuat Bantahan: 1. Setiap bantahan mestilah dikemukakan sebelum keputusan rasmi diumumkan. Bantahan selepas keputusan rasmi tidak akan dilayan. 2. Setiap bantahan mestilah dibuat secara bertulis dan ditandatangani oleh Pengurus Pasukan atau Ketua Pasukan. 3. Setiap bantahan perlu disertakan dengan wang cagaran berjumlah RM.......... (tujuan wang cagaran ini ialah untuk perbelanjaan mengurus perbicaran bantahan yang dikemukakan. Wang cagaran ini tidak dipulangkan sama ada bantahan diterima atau ditolak. 4. Setiap bantahan adalah yang berkaitan dengan prosedur atau teknikal pertandingan yang terdapat dalam syarat pertandingan. Bantahan yang tidak berkaitan dengan syaratsyarat pertandingan akan ditolak. 5. Keputusan oleh panel Juri Rayuan sama ada bantahan diterima atau ditolak adalah muktamad. Penetapan syarat bantahan ditentukan oleh Jawatankuasa Pengelola Pertandingan Kawad yang mendapat restu dan nasihat daripada Pengerusi Jawatankusa Induk Pertandingan Kawad.