47 Bahagian 3 : Peranan Dan Tanggungjawab Hakim Kawad Hakim Kawad Seseorang hakim yang dipilih dan dilantik untuk menghakimi pertandingan kawad adalah mewakili tugas pasukan secara keseluruhannya. Justeru, hakim-hakim ini mestilah mempunyai keupayaan dan bertanggungjawab. Hakim kawad biasanya dipilih daripada kalangan anggota atau pegawai yang memiliki kepakaran istimewa dalam bidang ini. Selain itu, hakim yang dipilih juga mesti memiliki kredibaliti yang lain seperti bersahsiah, kemas, berdisiplin, tegas, patuh kepada peraturan yang ditetapkan, cergas, mahir dan boleh membuat keputusan yang adil. Seseorang hakim telah diberikan amanah untuk mengadili pertandingan dengan adil. Oleh itu, amanah yang diberikan itu semestinya dapat mengelakkan keputusan-keputusan yang tidak tepat, bersifat berat sebelah atau boleh dipertikaikan. Kriteria Pemilihan Hakim Kawad 1. Sihat dan cergas. Seseorang hakim perlu sihat dan cergas untuk memikul tanggungjawabnya. Semasa bertugas, hakim perlu bergerak ke setiap sudut dan tempat di sekitar litar pertandingan untuk mendapatkan pandangan yang sesuai supaya markah yang diberi adalah bertepatan. 2. Memiliki kemahiran dan kepakaran kawad. Seseorang hakim boleh memperolehi kemahiran dan kepakaran kawad sama ada daripada aspek teori ataupun praktikalnya dengan mengikuti kursus-kursus yang berkaitan seperti kursus pengurusan kawad, kursus kehakiman, pemantapan kawad dan sebagainya. 3. Berdisiplin dan berpendirian tegas. Disiplin diri yang baik merupakan ciri asas seseorang hakim contohnya cara berpakaian, penampilan diri, cara bercakap, kesungguhan bekerja, menepati masa dan mengutamakan tugas. Berpendirian tegas dapat mengelakkan hakim bersifat berat sebelah dan mudah dipengaruhi oleh orang lain semasa memberi markah. 4. Mematuhi peraturan. Seseorang hakim yang menjalankan tugas pengadilan adalah tertakluk kepada peraturan. Syarat yang tertulis dan sah perlu dipatuhi. Hakim perlu mengelakkan diri daripada membuat keputusan sendiri tanpa merujuk peraturan semasa melaksanakan tugas kehakiman. 5. Akauntibiliti. Sifat jujur dan amanah merupakan kunci keadilan. Tanggungjawab memberikan markah yang adil dan rasional perlu supaya keputusan yang dibuat adalah tepat dan dapat mengelakkan bantahan peserta. Peka dan tahu aspek-aspek teknikal kawad supaya jika berlaku keraguan dan masalah, tindakannya nanti akan dapat menepis dan menyelesaikan masalah.
48 Tanggungjawab Hakim Kawad Secara umumnya, tanggungjawab seorang hakim dapatlah digariskan seperti berikut; 1. Memberikan markah yang sewajarnya kepada peserta-peserta dalam pertandingan kawad. 2. Markah yang diberi mestilah ‘realistik’ berdasarkan kepada persembahan pesertapeserta. 3. Tidak mengamalkan berat sebelah. 4. Menyimpan rahsia markah. Tidak memdedahkan pemberian markah kepada umum. 5. Komen atau ulasan hanya dicatatkan dalam borang markah sahaja. 6. Prihatin dan peka kepada sebarang pergerakan kawad para peserta. Sentiasa berada pada kedudukan yang sesuai apabila membuat penilaian dan memberikan markah. Larangan-larangan Kepada Hakim Kawad 1. Tidak memberikan komen atau ulasan secara terbuka sebelum atau selepas keputusan diumumkan. 2. Tidak berhubung dengan pihak luar kecuali dengan hakim-hakim sepanjang masa pertandingan. 3. Tidak berbincang dengan hakim-hakim lain untuk memberikan markah. 4. Berada jauh dari kedudukan peserta atau pada kedudukan statik. 5. Tidak meninggalkan gelanggang dengan tiba-tiba tanpa memberitahu Ketua Hakim. 6. Tidak mengarahkan hakim-hakim lain untuk melakukan sesuatu. 7. Tidak memberikan arahan atau menegur pasukan-pasukan yang sedang bertanding. 8. Tidak memberitahu kesalahan peserta-peserta semasa pasukan itu membuat persembahan. 9. Tidak menjerit-jerit atau berbuat bising semasa mengadili pertandingan atau semasa pertandingan berlangsung 10. Tidak makan atau minum semasa pertandingan dijalankan. Makan dan minum hendaklah di bilik hakim dan tidak dibenarkan berada di tempat lain. 11. Berehat hanya di bilik hakim dan tidak dibenarkan berada ditempat lain. 12. Jangan memuji atau merendah-rendahkan maruah pasukan-pasukan yang bertanding. Hendaklah bersikap ‘neutral’. 13. Tidak mahu meneruskan tugasan sebagai hakim. Hendaklah menghakimi pertandingan hingga selesai. (Nota: Jika hakim tidak dapat meneruskan penghakiman kerana sebab tertentu seperti pitam, pengsan, sakit dan sebaganya, pemberian markah keseluruhan pasukan yang telah diadili hendaklah dibatalkan)
49 Bahagian 4 : Tatacara Pengelolaan dan Penghakiman Kawad (IPGKI) Pengenalan Tatacara pengelolaan dan penghakiman kawad perlu diketahui oleh semua jawatankuasa, hakim dan petugas-petugas yang akan mengelolakan pertandingan kawad supaya dapat mengelakkan sebarang kesilapan atau kekalutan semasa program berjalan. Di samping itu, aktiviti dan kerja-kerja dapat dilaksanakan secara sistematik, teratur dan berjalan lancar. Tatacara pengelolaan dan penghakiman ialah prosedur-prosedur yang mesti diikuti oleh semua Jawatankuasa Induk atau Jawatankuasa Pengelola, hakim-hakim atau petugas-petugas sebagaimana ditetapkan oleh Jawatankuasa Pengelola Pertandingan Kawad. Prosedur itu merupakan perkara-perkara yang mesti dilakukan sebelum, semasa dan selepas pertandingan berlangsung. Tatacara ini juga merupakan satu senarai semak (check list) kepada semua yang terlibat untuk membuat persiapan. Tatacara Pengelolaan Tatacara pengelolaan pertandingan kawad mesti dimaklumkan kepada Jawatankuasa Induk dan diketahui serta difahami oleh setiap ahli dalam Jawatankuasa Pengelola termasuk para hakim. Tatacara ini akan memberikan panduan kepada setiap ahli jawatankuasa atau petugas tentang tugasan dan peranan mereka sebelum, semasa dan selepas pertandingan. Oleh itu mereka dapat bersedia dan melakukan tindakan kepada tugasan mereka. Secara umumnya, tatacara pengelolaan dapatlah digariskan seperti berikut: Sebelum Hari Pertandingan a. Mesyuarat Jawatankuasa Induk. Dalam mesyuarat ini, Jawatankuasa Induk akan menetapkan tarikh, masa dan tempat pertandingan. Jawatankuasa Pengelola dan tuan rumah juga akan dipilih dalam mesyuarat ini. b. Mesyuarat Jawatankuasa Pengelola. Dalam mesyuarat ini, jawatankuasa akan melantik ahli-ahlinya yang dipersetujui oleh Jawatankuasa Induk. Pemilihan ahli boleh dicadangkan untuk diterima oleh Pengerusi atas nasihat Penyelaras Program. Penugasan kepada ahli-ahli diberikan ketika mesyuarat ini. Para ahli kemudiannya akan mewujudkan jawatankuasa kecil (jika perlu) untuk membantunya menjalankan tugas dengan mengadakan mesyuaratnya. c. Mesyuarat Jawatankuasa Kecil Pengelola. Tujuan mesyuarat Jawatankuasa Kecil Pengelola ialah untuk menetapkan tugasan dan kerja-kerja kepada ahli-ahlinya yang dilantik. Antara perkara yang perlu dimesyuaratkan atau ditaklimatkan pada masa ini ialah; i. Taklimat Ketua Hakim:
50 Taklimat ini boleh diberi kepada para hakim yang dilantik dalam mesyuarat ini atau pada masa, tarikh dan tempat yang ditentukan sebelum pertandingan dijalankan. ii. Penetapan syarat pertandingan dan prosedur bantahan: Syarat-syarat pertandingan dan prosedur bantahan perlu disiapkan diberikan kepada peserta yang bertanding selewat-lewatnya sebulan sebelum pertandingan. Taklimat dan perbincangannya mestilah dilakukan sebelum para hakim bermesyuarat atau sebelum para hakim mendengar taklimat oleh Ketua Hakim. iii. Taklimat penyediaan gelanggang oleh jawatankuasa persiapan gelanggang. Spesifikasi gelanggang mestilah diberi kepada jawatankuasa kecil ini dan jawatankuasa kehakiman yang disediakn oleh Jawatankuasa Pengelola. iv. Penyediaan alatan dan logistik berdasarkan keperluan dan syarat pertandingan. Hendaklah disediakan sebelum pertandingan bermula. v. Perkara-perkara lain: a. Penyedian aturcara dan buku program oleh Setiausaha. b. Penyediaan senarai jemputan, perasmi, VIP dan VVIP oleh JKK Protokol. c. Pengurusan peserta memanggil Ketua Kontinjen untuk mendengar taklimat pertandingan oleh JKK Pengelola. d. Penyediaan skrip juruacara. e. Penubuhan Panel Juru Rayuan. f. Taklimat JK Keselamatan. g. Taklimat pembantu hakim dan Jawatankuasa Pengelola. h. Penyediaan borang-borang seperti borang-borang penyertaan dan borang-borang hakim oleh Setiausaha. i. Penyediaan bilik hakim d. Raptai pertandingan boleh dilaksanakan atau sebagai gantinya ialah ‘dry-run’ atau simulasi pertandingan. Semasa Hari Pertandingan a. Pemeriksan: i. Kawasan-kawasan gelanggang, peralatan dan keperluan borang hendaklah lengkap tersusun dan sedia digunakan setengah jam sebelum peserta pertama masuk gelanggang. ii. Bilangan hakim juga mencukupi untuk mengadili pertandingan. iii. Semua petugas melaksanakan kerja dan tugasan mereka. b. Pelaksanaan pertandingan: i. Pemeriksaan Pakaian Peserta. ii. Peserta masuk gelanggang. Persembahan kawad statik, dinamik dan formasi. iii. Pengiraan markah dan pegesahan. Selepas Pertandingan a. Majlis penutupan dan penyampaian hadiah.
51 b. Penyediaan dokumentasi dan laporan oleh setiausaha dan jawatankuasa terlibat. Laporan dan dokumentasi dihantar kepada Jawatankuasa Induk dan salinan kepada Jawatankuasa Pengelola. c. Melakukan ‘feedback’ atau perbincangan semula untuk memperbaiki keadaan pada masa akan datang. Nota: Ketua hakim dikehendaki menyedia dan memberikan laporan.
5 CADANGAN P FORMAT PERGERA PERTANDINGAN PERTANDINGAN PERKHEM (PUB) PERINGKAT KE KEMENTERIAN PEND
2 PERUBAHAN AKAN KAWAD ASAS N KAWAD KAKI MAHAN UNIT BERUNIFORM ) 2023 EBANGSAAN IPG DIDIKAN MALAYSIA
5 PELAN LITAR PERTANDI Kun 16 inci 35 7M 9M D Kun 6 inci 5M 25m E Kun Hijau 7M 5M F Kun Hijau A Kun 6 inci 7M Kun 16 inci KETUA HAKIM
3 INGAN KAWAD KAKI ( 1) Kun 16 inci M 7M C Kun 6 inci 5M 5M B Kun 6 inci 7M M Kun 16 inci
5 PELAN LITAR PERTANDI KETUA HAKI PETUNJUK Platun masuk ke Padang Kawat Pusingan Pertama
4 INGAN KAWAD KAKI (2) IM Pusingan Kedua Tempat Melapor
5 PELAN LITAR PERTANDI (1 (9) (1 (8) (7) (5) (4) (3) (1) (13) KETUA HAKI PETUNJUK Arah pergerakan kawat Temp Henti
5 INGAN KAWAD KAKI (3) 10) 11 & 12) (6) (2) IM pat Melapor Mara Menghadap
56 Keterangan dan Pergerakan l) Platun dibawa masuk oleh ketua platun ke padang kawat dalam 3 barisan berjalan, dalam masa cepat jalan dan berhenti di hadapan (di tengah-tengah) ketua hakim. (128 - 135 langkah seminit) Kelajuan yang lebih atau kurang daripada yang ditetapkan akan ditolak 5 markah. m) Menghadap ke hadapan ( Hukuman : Menghadap ke hadapan ...........kanan/kiri pusing. ) n) Buka barisan (Hukuman: Buka Barisan…….Gerak ) o) Hukuman secara statik (Hukuman: Ke kanan lurus……….pandang depan) p) Melapor - Ketua Platun melapor kepada Ketua Hakim. Semasa Ketua Platun melapor, skuad akan berada dalam keadaan sedia dan buka barisan. contoh:-( Assalamualaikum tuan, Pasukan Kadet Remaja Sekolah ....... siap untuk diuji, tuan) q) Platun diwajib melakukan semua pergerakan kawat statik daripada pergerakan berikut i) Bergerak ke kiri , kiri.........pusing. ii) Bergerak ke kanan , belakang…pusing. iii) Menghadap ke belakang , kanan......pusing. iv) Menghadap ke hadapan , belakang......pusing. r) Tutup barisan ( hukuman : Tutup barisan……….Gerak) s) Hukuman secara statik (Hukuman: Ke kanan lurus……….pandang depan) t) Hukuman bergerak ke kiri diberi (Bergerak ke kiri.... Kiri pusing). u) Berjalan dalam masa cepat jalan (satu pusingan, semasa membelok hukuman kiri belok diberikan) Rujuk Lampiran Pelan Litar Pertandingan (2). v) Hukuman ”tukar langkah perlahan” diberikan setelah platun melepasi kon D dan sebelum kon A w) Hukuman kiri belok diberikan di kon F (kon hijau) dalam pusingan pertama dan hukuman ”menghadap ke hadapan; kanan pusing” diberikan apabila anggota platun selesai membelok. Platun akan perlahan jalan dalam keadaan barisan melintang melintasi para hakim. x) Sebelum melintasi garisan kon B dan kon C, platun dikehendaki melakukan pergerakan berikut mengikut urutan: i) Buka barisan ii) Pandang kanan
57 iii) Pandang depan iv) Tutup barisan y) Sebaik melintasi garisan kon B dan kon C, hukuman ”bergerak ke kiri; kiri pusing” diberikan. z) Hukuman ”tukar langkah cepat, cepat jalan” diberikan setelah platun berada antara kon C dan kon D. å) Skuad akan berjalan sehingga ke kon E (kon hijau) dan belok ke kiri diikuti dengan pergerakan kawad mengikut urutan di bawah sehingga selesai (Rujuk Lampiran Pelan Litar Pertandingan (3): xiv. Hormat ke kanan, hormat xv. Hormat ke hadapan hormat xvi. Tukar langkah semasa berjalan xvii. Hormat selaku terima sijil xviii. Tukar langkah perlahan, perlahan jalan xix. Bergerak ke kanan, belakang pusing xx. Tukarlangkah cepat, cepat jalan xxi. Bergerak ke kiri, belakang pusing xxii. Menghadap ke belakang, kiri pusing xxiii. Menghadap ke hadapan, belakang pusing xxiv. Hentak kaki xxv.Henti xxvi. Mara manghadap p. Ketua platun akan bersama skuad semasa mara mengadap ( 11 langkah ). (Hukuman: Skuad akan mara mengadap, dari tengah, cepat……….jalan). q. Tamat bahagian kawat asas.
58 6.0 PERTANDINGAN MALAM KEBUDAYAAN OLEH PPIM SYARAT-SYARAT PENYERTAAN PERTANDINGAN KEBUDAYAAN PUB 2023 Tema: INSANIAH Membentuk Kemenjadian Siswa Guru 1. Pertandingan kebudayaan ini menggalakkan kreativiti dan inovasi di pentas iaitu satusatu persembahan harus merangkumi sekurang-kurangnya tiga jenis seni seperti tarian tradisi, puisi (pantun, syair, gurindam, sajak dan sebagainya, nyanyian, seni mempertahankan diri, lakonan, taridra, okestra, pantomen, silap mata (magic show) dan gerakan kreatif. Persembahan juga boleh mempamerkan bakat kreatif yang lain. 2. Tujuan pertandingan ini ialah untuk memberi peluang dan ruang kepada siswa guru mengenengahkan idea, kreativiti dan bakat mereka dalam menggabung jalin beberapa jenis seni persembahan secara kreatif dan inovatif. 3. Penyertaan adalah TERBUKA kepada siswa guru yang menyertai PUB 2023. 4. Penyertaan mestilah secara berkumpulan iaitu 15 orang untuk setiap unit beruniform. 5. Masa bagi setiap persembahan yang dipertandingkan tidak kurang dari 5 minit dan tidak melebihi 10 minit. 6. Keperluan peralatan, bahan-bahan, pakaian, dan muzik disediakan oleh peserta sendiri. Urus setia hanya menyediakan CD Player dan P.A System serta Juru teknik. 7. Kriteria penilaian adalah dari segi kebolehan peserta :- Mengenengahkan mesej tema dengan jelas, kreatif dan menarik. Menerokai idea-idea baharu yang mempunyai nilai tambah khususnya 8K. Mempersembahkan persembahan yang unik dan berkualiti sesuai dengan imej guru. 8. Keputusan pengadil adalah muktamat dan sebarang bantahan tidak akan dilayan
59 BORANG PENDAFTARAN PERTANDINGAN KEBUDAYAAN PUB 2023 UNIT BERUNIFORM: __________________________________________________________________________ KATEGORI : 1. TARIAN TRADISI 2. PUISI / SYAIR 3. NYANYIAN 4. SENI MEMPERTAHANKAN DIRI 5. LAKONAN 6. TARIDRA 7. OKESTRA 8. PANTOMEN 9. GERAKAN KREATIF 10. SILAP MATA (MAGIC SHOW) 11. LAIN-LAIN BAKAT KREATIF Nyatakan : ________________________________________ Nota: Sila pilih mana yang berkaitan dan tanda ( √ ) pada ruang /petak yang disediakan . Nama persembahan: ________________________________________________________________________________ Ulasan persembahan: ________________________________________________________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________________________________________________________ ________________________________________________________________________________________________________________________ BIL NAMA PESERTA IPGK 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
60 11 12 13 14 15 * Borang yang lengkap perlu diserahkan kepada Urusetia Pergerakan Puteri Islam (up: Pn. Norasmahani binti Nor No. Tel: xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx) sebelum jam 9.00 pagi, 15 Jun 2019 (Sabtu). Disahkan oleh: …………………………………………… Tarikh: ………………. Nama Komandan Sub Kem: _________________________________________________________________
61 PERSEMBAHAN BAKAT PEGAWAI 1. Pegawai PUB merujuk kepada kategori-kategori berikut: Ketua Unit Kokurikulum Penyelaras Unit Beruniform Jurulatih Unit Beruniform Urus setia Pemandu 2. Setiap kategori dipelawa membuat satu persembahan bakat. 3. Tujuan persembahan yang tidak dipertandingkan adalah untuk memberi peluang dan ruang kepada para pegawai menunjukkan bakat terpendam secara kreatif dan inovatif di samping mengeratkan silaturrahim dalam kalangan pegawai dari seluruh negara. 4. Penyertaan mestilah secara berkumpulan iaitu tidak kurang daripada 8 orang untuk setiap kategori. 5. Masa bagi setiap persembahan tidak kurang dari 3 minit dan tidak lebih dari 5 minit. 8. Tema, gaya dan bentuk persembahan adalah bebas, asalkan tidak ada unsur sensitif. 9. Keperluan peralatan, bahan-bahan, pakaian, dan muzik disediakan oleh peserta sendiri. Urus setia hanya menyediakan CD Player dan P.A System serta Juru Teknik. 10. Keputusan pengadil adalah muktamat dan sebarang bantahan tidak akan dilayan
62 BORANG PENDAFTARAN PERSEMBAHAN BAKAT PEGAWAI PUB 2023 KATEGORI PEGAWAI : KUK / PUB /JL UB / Urusetia /Pemandu NAMA KUMPULAN : ___________________________________________ BILANGAN PESERTA : ____________________________________________ NAMA PERSEMBAHAN : ____________________________________________ ULASAN PERSEMBAHAN: _____________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ ___________________________________________________________________________ NAMA KETUA KUMPULAN: …………………………………………………………….. IPG KAMPUS : ………………………………………………………………. No. Telefon Bimbit : ………………………………………….. * Borang yang lengkap perlu diserahkan kepada Urusetia Pergerakan Puteri Islam Malaysia (up: Pn ……………….……………………., No. Tel: ………………) sebelum jam 9.00 pagi, 15 Jun 2019 (Sabtu)
63 SENARAI KEPERLUAN JAWATANKUASA PERSEMBAHAN 1. Dewan dan pentas 2. PA system dan CD player. 3. Backdrop / banner 4. Meja, kerusi, alat tulis dan minuman untuk lima orang hakim. 5. Hadiah Pertandingan: - Johan - Naib Johan - Ketiga - Tiga hadiah saguhati 6. Lima cenderamata untuk Persembahan Pegawai 7. Lima cenderamata untuk Panel Hakim
PUB KEBANGSAAN IPG KPM 2023 64 7.0 CYBER SAFE Keselamatan siber (Cyber Safe) adalah kaedah untuk pencegahan bagi melindungi maklumat yang terdapat dalam sistem komputer dari dicuri atau diserang oleh anasir yang berniat jahat. Anasir jahat di alam siber lebih dikenali sebagai penjenayah siber. Ancaman siber termasuklah jenayah siber, ketirisan maklumat, ancaman virus, isu teknologi dan kandungan internet yang berbahaya. Maka keselamatan siber bertujuan mengawal proses yang berkaitan dengan pengguna, sistem, teknologi, alatan, data, maklumat dan rangkaian agar dilindungi dari serangan penjenayah siber. Ia juga bertujuan mengurangkan risiko berlakunya jenayah siber dan eksploitasi tidak terkawal ke atas sistem, rangkaian serta teknologi. Keselamatan siber sering dikaitkan dengan keselamatan data atau info security (infosec) . Tugas guru sangat berkaitan dengan keselamatan data seperti markah dan maklumat murid. Oleh yang demikian setiap guru perlu memahirkan diri dengan mengamalkan polisi serta prinsip keselamatan data. Antara amalan yang boleh dilaksanakan di sekolah adalah mengtahui tentang beberapa ancaman keselamatan siber seperti: a. Malware b. Pishing c. Denial of Service (Dos) Attack Syarat Pertandingan 1. Pertandingan ini adalah terbuka kepada semua peserta yang berdaftar bagi mengikuti pertandingan unit beruniform (PUB) 2023 sahaja. 2. Semua peserta dikehendaki menghadiri taklimat Cyber Safe sebelum menyertai pertandingan 3. Semua peserta wajib mempunyai telefon bimbit bagi pengurusan penerimaan soalan dan penghantaran jawapan ke juri pertandingan 4. Penyertaan pertandingan Cyber Safe adalah secara individu 5. Pautan soalan akan dihantar pada masa tertentu dan akan disebar melalui sistem sebaran yang telah ditetapkan 6. Pemenang akan dipilih berdasarkan jumlah jawapan yang betul dan kecepatan masa penghantaran 7. Penyertaan akan terbatal jika didapati peserta malakukan penipuan di dalam pertandingan. 8. Keputusan juri adalah muktamad Borang Penyertaan 1. Penyertaan adalah berdasarkan kepada pendaftaran peserta Pertandingan Badan Unit Berunifom (PUB) yang telah diisi oleh setiap peserta sebelum menyertai PUB 2023
PUB KEBANGSAAN IPG KPM 2023 65 8.0 PERTANDINGAN RADIO KOMUNIKASI (RADIO COM) 8.1 PENGENALAN/SINOPSIS ACARA Komunikasi menggunakan radio adalah salah satu jenis komunikasi yang menggunakan peralatan radio dan elektronik. Ia juga lebih dikenali sebagai radio amatur. Penggunaan radio amatur di dalam bidang komunikasi amatlah luas kerana dapat digunakan bagi menghubungkan seorang yang berada samada di dalam kawasan atau ke seluruh dunia dengan menggunakan set radio amatur yang tertentu pada frekuensi yang tertentu. Pengendali radio amatur akan berpeluang berhubung dengan jutaan pengguna radio amatur di seluruh dunia menggunakan frekuensi tertentu kerana liputanya tidak terbatas. Di dalam darurat, peranan radio amatur amat membantu dalam memberikan kemudahan perhubungan. Contohnya seperti berlaku bencana alam seperti gempa bumi, tsunami dan banjir dalam memberikan kemudahan komunikasi di kalangan petugas-petugas terutama di kawasan pendalaman. Begitu juga semasa operasi SAR mengesan orang hilang atau sesat. Komunikasi menggunakan radio amatur bukanlah hanya sekadar bercakap sahaja seperti menggunakan telefon, tetapi hasil perkembangan teknologi komunikasi yang begitu pantas, sistem perhubungan secara digital membolehkan kita bukan sekadar bercakap, malahan radio amatur dapat digunakan untuk menghantar dan menerima imej pegun atau imej video. Selain itu, peralatan radio amatur juga boleh digunakan untuk menghantar pesanan mesej ringkas, menjadi sistem pengesan kedudukan global (Global Positioning System), dan sebagainya. Terdapat juga pengendali radio amatur yang memancarkan gelombang isyarat perhubungan mereka melalui satelit yang mengorbit bumi ataupun menggunakan bulan sebagai pemantul isyarat yang memungkinkan jarak perhubungan radio amatur ke seluruh dunia menjadi lebih baik. Kod Morse merupakan satu lagi bentuk komunikasi dalam kalangan pengendali stesen radio amatur. Kod Morse boleh menjadi alternatif kepada suatu perhubungan yang mudah apabila kebanyakan peralatan komunikasi yang lain gagal berfungsi. Pengendali radio amatur merupakan sebahagian dari penduduk dunia yang mempunyai isyarat penggilannya (call sign) yang tersendiri yang merupakan pasport untuk ke seluruh dunia melalui komunikasi di udara. Isyarat panggilan ini adalah unik dan telah ditetapkan bagi sesebuah negara. Hanya ada satu sahaja isyarat panggilan bagi setiap pengendali radio amatur dan tiada isyarat penggilan yang sama. Oleh itu, isyarat panggilan bagi seseorang pengendali radio amatur adalah eksklusif. Radio amatur juga ialah satu wadah komunikasi tanpa sempadan negara, ideologi politik, warna kulit, pangkat atau kedudukan seseorang. Namun demikian, masih terdapat buah negara yang masih tidak membenarkan penggunaannya
PUB KEBANGSAAN IPG KPM 2023 66 Nota Tambahan: Kod Morse ialah kaedah yang digunakan dalam telekomunikasi untuk mengekod aksara teks sebagai jujukan piawai bagi dua tempoh isyarat yang berbeza, dipanggil titik dan sempang, atau dits dan dahs. Kod Morse dinamakan sempena Samuel Morse, seorang pencipta telegraf yang telah mencipta kod morse pada tahun 1836. Maklumat dihantar menggunakan siri isyarat elektrik. Isyarat pendek dikenali sebagai dit (.) dan isyarat panjang dikenali sebagai dah (-) Carta huruf-huruf dan angka-angka Kod Morse 8.2 SYARAT PERTANDINGAN 9. Pertandingan ini adalah terbuka kepada semua peserta berdaftar dalam pertandingan unit beruniform (PUB) 2023 sahaja. 10. Penyertaan pertandingan radio komunikasi adalah secara INDIVIDU. 11. Semua peserta WAJIB mempunyai telefon bimbit/ gajet yang bersesuaian bagi pengurusan penerimaan soalan dan penghantaran jawapan ke juri pertandingan. 12. Pautan soalan akan dihantar pada masa tertentu dan akan disebar melalui sistem sebaran yang telah ditetapkan. 13. Jawapan hendaklah dihantar melalui google form melalui pautan yang telah disediakan oleh pihak penganjur 14. Peserta hendaklah menjawab soalan dalam tempoh masa yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur. 15. Pemenang akan dipilih berdasarkan jumlah jawapan yang betul dan kecepatan masa penghantaran ke juri pertandingan.
PUB KEBANGSAAN IPG KPM 2023 67 16. Bukti penghantaran tidak dianggap sebagai bukti penerimaan. 17. Penyertaan akan dibatalkan sekiranya didapati peserta melakukan penipuan dalam pertandingan. 18. Keputusan juri adalah muktamad, sebarang bantahan dan rayuan tidak akan dilayan. 19. Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab atau dipertanggungjawabkan terhadap sebarang kerugian yang ditanggung oleh peserta yang berpunca secara langsung atau tidak langsung daripada penyertaan peserta dalam pertandingan ini. 20. Syarat pertandingan boleh diubah tanpa sebarang makluman terlebih dahulu 8.3 BORANG PENYERTAAN 2. Penyertaan adalah berdasarkan kepada pendaftaran peserta Pertandingan Badan Unit Berunifom (PUB) yang telah diisi oleh setiap peserta sebelum menyertai PUB 2023
PUB KEBANGSAAN IPG KPM 2023 68 9.0 PERTANDINGAN CHAPTEH Peraturan Pertandingan 1. Kumpulan yang bertanding hendaklah berada di tempat pertandingan tepat pada masa yang akan dimaklumkan (seperti di dalam jadual) 2. Setiap kumpulan berjumlah 10 orang 3. Setiap kumpulan akan bermain SERENTAK. Wisel akan ditiupkan menandakan permulaan permainan 4. Cara permainan- Peserta di dalam kumpulan akan menimang bola chapteh sebanyakbanyaknya di dalam tiga pusingan/ percubaan . Jumlah timangan setiap percubaan akan dicampurkan. Jumlah timangan terbanyak dikira sebagai johan. Peserta hendaklah menimang dengan menggunakan tepi tumit kaki sebelah dalam sahaja atau pun menggunakan lutut. Sepakan tidak dibenarkan / dan menyebabkan batal 5. Percubaan akan tamat apabila bola chaptey jatuh ke tanah atau peserta batal/melakukan kesalahan 6. Antara kesalahan yang menyebabkan batal pusingan itu ialah: a. Peserta menggunakan tangan b. Peserta menggunakan kepala 7. Keputusan hakim adalah muktamad Disediakan oleh Hj Othman Che Man PPM KLM IPGM