SEJARAH 40 TAHUN AKADEMI PENGAJIAN ISLAM UNIVERSITI MALAYA NILAM PURI 2023
Hak Penerbitan Adalah Terpelihara Akademi Pengajian Islam Pusat Pendidikan Universiti Malaya Bachok Kelantan 2023م /1445 هـ Hak Cipta © APIUMEC BACHOK Diterbitkan oleh: Akademi Pengajian Islam Pusat Pendidikan Universiti Malaya 16030 Bachok Kelantan Tel: 09-7793000/001 Faks: 09-7793021 Email: [email protected] © apiumec Cetakan Pertama: Disember 2023 Hak Cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada buku ini boleh disalin semula dalam mana-mana cara tanpa kebenaran bertulis daripada penulis. Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan dalam Penerbitan Mohd Muhiden Abd Rahman 1964- Buku Sejarah 40 Tahun APIUM NP / ISBN 978-967-16728-1-5 1. Sejarah—Authorities. 2. Sejarah—History. 3.Sejarah-- Critisim, interpretation, etc. I. Title 297.125 Dicetak oleh: Humais Production (KT-0349842-V) Lot 3871, Tunjong), Jalan Kuala Krai, 16010 Kota Bharu, Kelantan Emel: [email protected] No Tel : 013-7726897
-iISI KANDUNGAN Isi Kandungan -iKata-kata Aluan Dekan Akademi Pengajian Islam (APIUM) -vKata-kata Aluan Timbalan Dekan API UMEC, Bachok -viSidang Editor -viiKata Pengantar -viii1.0: PENGENALAN 1-101.1 Pendahuluan -3- 1.2 Pengenalan Ringkas APIUM -3- 1.3 Pengenalan Ringkas Program -3- 1.3.1 Asasi Pengajian Islam -3- 1.3.2 Program Khas Bahasa Arab -4- 1.4 Pengurusan APIUMEC, Bachok -5- 2.0: SEJARAH PENUBUHAN APIUM 11-342.1 Pendahuluan -13- 2.2 Sejarah Penubuhan -13- 2.2.1 Pusat Pengajian Tinggi Islam Kelantan (PPTIK) dan Yayasan Pengajian Tinggi Islam Kelantan (YPTIK) -13- 2.2.2 Pengambilalihan YPTIK -13- 2.2.3 Kampus AIUM -21- 2.2.4 Cadangan Kampus AIUM Bachok -15- 2.3 Objektif Penubuhan AIUM -16- 2.4 Penawaran Kursus -17- 2.5 Pentadbiran AIUM -18- 2.6 Penyatuan Jabatan Pengajian Islam dengan Akademi Islam -18- 2.7 Penyusunan Semula Akademi Islam -19- 2.8 Struktur Baru Akademi Islam -19- 2.9 Pra Akademi Islam Universiti Malaya -19- 2.10 Unit-unit -22- 2.11 Struktur Pentadbiran Baharu -23- 2.12 Kemudahan Fizikal 3.0: PENTADBIRAN APIUM (1981-2022) 35-463.1 Pendahuluan 3.2 APIUM -37- 3.3 Program Khas Bahasa Arab -40- 3.4 Program Pengajian Ikhtisas -40-
-ii3.5 Kolej Kediaman -41- 3.6 Perpustakaan 4.0: AKTIVITI APIUM NILAM PURI 47-884.1 Pendahuluan -49- 4.2 Objektif -49- 4.3 Bentuk Aktiviti -49- 4.3.1 Aktiviti Staf Akademik dan Bukan Akademik -50- 4.3.2 Aktiviti Pelajar -66- 4.3.3 Lawatan APIUM Nilam Puri -70- 4.4 Pengurusan Aktiviti 4.4.1 Pentadbiran APIUM Nilam Puri -71- 4.4.2 Unit Sukan dan Kebudayaan -71- 4.4.3 Badan Kebajikan dan Kakitangan -72- 4.4.4 Persatuan Pelajar -72- 4.5 Pencapaian Kakitangan dan Pelajar -75- 4.6 Penutup -77- 5.0: ALUMNI APIUM NP 89-1015.1 Pendahuluan -91- 5.2 Sumbangan Alumni APIUM Nilam Puri kepada negara -91- Bibliografi
v DEKAN AKADEMI PENGAJIAN ISLAM PENGARAH APIUM السالم عليكم ورحمة هللا وبركاته Alhamdulillah, selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW. Syabas dan tahniah diucapkan kepada AJK Buku Sejarah 40 Tahun APIUM NP kerana berjaya menerbitkan sebuah buku sejarah yang sudah tentu amat penting bagi kita semua. Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh. Alhamdulillah, selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW. Syabas dan tahniah diucapkan kepada AJK Buku Sejarah 40 Tahun APIUM NP kerana berjaya menerbitkan sebuah buku sejarah yang sudah tentu amat penting bagi kita semua. Sejarah adalah penemuan, pengumpulan, pengurusan, dan persembahan maklumat terhadap peristiwa silam atau lampau. Dalam buku ini, banyak fakta sejarah APIUM NP bermula dari penubuhannya pada 1 April 1981 sehinggalah institusi ini berpindah ke kampus baharu di Bachok, Kelantan. Dalam tempoh 40 tahun sudah pasti banyak peristiwa bersejarah yang berjaya dilakarkan oleh APIUM NP sekaligus memaparkan segala sumbangan dan jasa bakti APIUM NP sebagai sebuah institusi pendidikan Islam yang tersohor di Kelantan khasnya dan di Malaysia amnya. Dalam tempoh tersebut juga APIUM NP telah berjaya melahirkan ribuan graduan yang berjaya memahat nama dan menabur bakti di persada tanah air dalam pelbagai bidang. Semoga buku sejarah ini akan menjadi rujukan kepada generasi akan datang sekaligus segala jasa bakti dan khidmat sumbangan APIUM NP tidak akan dilupakan dan kekal dalam lipatan sejarah. Sekali lagi tahniah kepada Timbalan Dekan API UMEC Bachok dan seluruh AJK Buku Sejarah 40 Tahun APIUM NP atas kejayaan menerbitkan buku ini. Sekian. Terima kasih. Prof. Dr. Mohd Fauzi bin Hamat
vi السالم عليكم ورحمة هللا وبركاته Alhamdulillah segala puji bagi Allah SWT. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW. Buku Sejarah 40 Tahun APIUM NP merupakan himpunan sejarah dan aktiviti serta peristiwa yang berlaku dalam tempoh APIUM NP ditubuhkan sehingga buku ini diterbitkan. Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada Profesor Dr. Mohd. Fauzi Hamat, Dekan APIUM serta Timbalan Dekan Penyelidikan APIUM Profesor Dr. Che Zarrina Sa’ari atas nasihat, sokongan padu serta galakan berterusan dalam menyiapkan buku yang bersejarah ini. Tahniah kepada sidang editor yang diketuai oleh Prof. Madya Dr. Mohd. Muhiden Abd Rahman mantan Timbalan Pengarah API UMEC Bachok serta semua pihak yang menjayakan penerbitan buku ini sama ada staf akademik dan bukan akademik. Tidak dilupakan juga kepada semua individu yang memberi informasi yang bermanfaat sehingga buku ini dapat diterbitkan. Semoga buku sejarah APIUM NP ini boleh menjadi sumber rujukan kepada para pengkaji sejarah pendidikan Islam di Malaysia secara amnya dan menjadi kenangan kepada para alumni seterusnya sebagai inspirasi kepada generasi akan datang. Sekian. Terima kasih. Dr. Wan Rohani Wan Mokhtar TIMBALAN DEKAN API UMEC BACHOK
vii Penaung Profesor Dr. Mohd Fauzi Hamat Dekan APIUM Penasihat Profesor Dr. Che Zarrina Sa`ari Timbalan Dekan Penyelidikan APIUM Dr. Wan Rohani Wan Mokhtar Timbalan Dekan API UMEC Bachok Ketua Editor Prof. Madya Dr. Mohd. Muhiden Abd. Rahman Sidang Editor Prof. Madya Dr. Shukeri Mohamad Dr. Wan Rohani Wan Mokhtar Dr. Mohd. Bakhit Haji Ali Dr. Mohd. Alwee Yusoff Dr. Ahmad Najib Abdullah Dr. Nor Hazrul Mohd. Salleh Pembantu Editor Pn. Shukriah Che Kasim En. Saifuddin Otheman En. Mohd. Anuar Md. Daud Pn. Norihan Othman Pn. Zariha Mohd. Sidek Pereka Grafik Puan Nur Farhana Syafawati Anuar Pengurus Buku Dr. Nor Hazrul Mohd. Salleh SIDANG EDITOR
viii السالم عليكم ورحمة هللا وبركاته Segala pujian hanya bagi Allah SWT,selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW. Alhamdulillah dengan limpah kurnia dan izinNya API UMEC Bachok berjaya menerbitkan satu dokumen sejarah yang amat bernilai bukan sahaja kepada warga API UMEC tetapi juga kepada seluruh masyarakat Islam di Kelantan khasnya dan Malaysia amnya. Kelahiran AIUM/APIUM NP pada tahun 1981 adalah kesinambungan kepada kewujudan PPTIK/YPTIK pada tahun 1965. Sebagaimana YPTIK telah berjaya melahirkan ribuan graduan yang berada di seluruh pelusuk tanahair dalam pelbagai bidang dan sektor, begitu juga dengan APIUM NP telah berjaya melahirkan ribuan ilmuan yang berjaya mencurah bakti dan menabur budi kepada masyarakat Islam di seluruh negara. Buku ini akan menelusuri sejarah 40 tahun APIUM NP bermula dari sejarah penubuhannya pada tahun 1981 sehinggalah APIUM NP berpindah ke Kampus Bachok tahun 2020. Ini bermakna telah genap usia APIUM NP 40 tahun dan dalam tempoh tersebut telah banyak jasa bakti dan sumbangan APIUM NP bukan sahaja kepada masyarakat Kelantan tetapiseluruh negara. Semoga paparan buku sejarah ini memberi manfaat kepada generasi lepas dan akan datang. Ucapan penghargaan yang tidak terhingga kepada Dekan APIUM, Timbalan Dekan, API UMEC Bachok, sidang pengarang dan seluruh warga APIUM NP dan UMEC Bachok yang telah memberi kerjasama dan sokongan yang padu dalam menyiapkan buku ini. Prof. Madya Dr. Mohd. Muhiden Abd. Rahman Ketua Editor KATA PENGANTAR
1 PENGENALAN
2
3 1.0 PENGENALAN RINGKAS AKADEMI PENGAJIAN ISLAM Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya sepertimana yang ada pada hari ini merupakan gabungan antara Akademi Islam dan Jabatan Pengajian Islam Universiti Malaya yang ditubuhkan pada tahun 1959 dan Akademi Islam yang ditubuhkan pada tahun pada tahun 1981. Penggabungan tersebut berlaku pada Januari 1996. Pentadbiran Akademi Pengajian Islam dilaksanakan di dua lokasi, iaitu di kampus utama Universiti Malaya Kuala Lumpur dan di kampus cawangan di Bachok, Kelantan. Di kampus utama, tumpuan diberikan kepada dua program iaitu program Ijazah Sarjana Muda dan program Ijazah Tinggi. Selain itu program Asasi Pengajian Islam Dengan Sains juga ditawarkan di Kampus Kuala Lumpur. Sementara di kampus cawangan di Bachok, tumpuan diberikan kepada program Asasi Pengajian Islam dan Program Khas Bahasa Arab. Pentadbiran kampus utama diketuai oleh Pengarah Akademi Pengajian Islam dan dibantu oleh beberapa Timbalan Pengarah dan di kampus cawangan Bachok diketuai oleh seorang Timbalan Pengarah yang bertanggungjawab kepada Pengarah Akademi Pengajian Islam. Lokasi kampus APUMKL berada di Lembah Pantai Kuala Lumpur, manakala kampus cawangan pada mulanya berada di Nilam Puri Kelantan bermula awal penubuhannya pada 1 April 1981 sehingga berpindah ke kampus baharu di Bachok, Kelantan bermula 1 Mac 2021. Kini APIUM Nilam Puri/Bachok telah mencecah usianya 40 tahun, satu usia yang cukup matang. Dalam tempoh tersebut APIUM NP telah berjaya melahir ribuan graduan serta banyak sumbangan dan jasa yang telah ditaburkan bukan sahaja kepada masyarakat Kelantan, malah seluruh Negara. Hasil dan produk APIUM Nilam Puri berada di merata pelusuk tanahair dari Perlis ke Sabah dan dari Johor ke Sarawak dalam pelbagai sektor dan posisi. 1.1PENGENALAN RINGKAS PROGRAM PRA/ASASI 1. Latar Belakang Kursus Pra Akademi Islam Universiti Malaya mula diperkenalkan pada tahun 1981 hasil daripada pengambilalihan Yayasan Pengajian Tinggi Islam Kelantan oleh Universiti Malaya. Kursus Pra Akademi Islam ini adalah sebagai kursus persediaan dan sumber utama kemasukan ke Program Ijazah Sarjana Muda Fakulti Syariah, Usuluddin, dan Pendidikan Islam. Pengambilan pertama kursus Pra seramai 49 orang pelajar bermula Sesi 1981/82 yang bermula pada bulan Jun 1981 dengan tempoh pengajian satu atau dua tahun, iaitu bergantung kepada kelayakan calon.
4 Bermula sesi 1999/2000, struktur Pra Akademi Islam ini ditukar kepada program Integrasi di mana pelajar ditawarkan kepada program ijazah pertama dalam bidang Syariah, Usuluddin dan Pendidikan Islam dengan tempoh pengajian minima 9 semester. Kemudian mulai sesi 2001/2002 satu program baru diperkenalkan, iaitu program Sarjana Muda Pengajian Islam dengan Sains. Bermula sesi 2003/2004, Program Integrasi APIUM sekali lagi diubah kepada Program Asasi yang menawarkan program Asasi Syariah, Asasi Usuluddin, Asasi Pendidikan Islam dan Asasi Pengajian Islam dan Sains. Kemudian mulai sesi 2013/2014 pula, Program Asasi di APIUM sekali lagi diubah kepada Program Asasi Pengajian Islam dan Asasi Pengajian Islam Dan Sains. Mulai sesi 2017/2018, hanya Program Asasi Pengajian Islam ditawarkan di Kampus APIUM Nilam Puri, sebelum berpindah ke Bachok, manakala Program Asasi Pengajian Islam Dan Sains ditawarkan ke seluruhannya di kampus induk, APIUM Kuala Lumpur. 2. Tempoh Pengajian Tempoh pengajian Program Asasi Pengajian Islam bermula dengan dua tahun pada awalnya, kemudian bermula sesi 2017/2018 tempoh pengajian dipendekkan kepada satu tahun atau 2 semester biasa dan 1 semester khas. Program ini dijalankan di kampus Bachok secara sepenuh masa dan keperluan kredit adalah sebanyak 59 kredit. 1.2 PENGENALAN RINGKAS PROGRAM KHAS BAHASA ARAB 1. Latar Belakang Program Khas Bahasa Arab, adalah program yang dirangka untuk memberi peluang kepada pelajar-pelajar dari Sabah dan Sarawak untuk menyambung pengajian di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya. Ia merupakan rancangan jangka panjang Kerajaan Persekutuan dengan kerjasama kerajaan Sarawak dan Sabah bagi menampung keperluan guru agama dan tenaga pakar khususnya dalam bidang pendidikan Islam dan dakwah di Sabah dan Sarawak. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh YB Menteri Pelajaran Malaysia Tan Sri Dr Haji Sulaiman Bin Daud pada 10.5.1984 telah bersetuju supaya Universiti Malaya mengadakan Kursus Khas Bahasa Arab ketika itu bagi pelajar-pelajar Sarawak dengan dibiayai oleh Kementerian Pelajaran dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sarawak. Pengambilan pertama pelajar bagi
5 mengkuti program bermula Sesi 1983/84 adalah serama 20 orang pelajar Sarawak. Kemudian diikuti dengan pelajar dari Sabah bermula Sesi 1984/85 seramai 25 orang. Senat pada 28.7.1983 telah bersetuju supaya pelajar yang lulus bagi kursus ini diterima masuk ke kursus Pra Akademi Islam (sekarang Asasi Pengajian Islam). Program ini dijalankan di Kampus APIUM Nilam Puri. 2. Tempoh Pengajian Program Khas Bahasa Arab dijalankan secara sepenuh masa dengan tempoh pengajian selama 1 tahun (2 semester). 1.3 PENGURUSAN AKADEMI PENGAJIAN ISLAM, PUSAT PENDIDIKAN UNIVERSITI MALAYA (UMEC), BACHOK Dekan Profesor Dr. Mohd. Fauzi Hamat Timbalan Dekan (API UMEC BACHOK) Dr. Wan Rohani Wan Mokhtar Penyelaras Program Asasi Puan Shukriah Che Kassim Penyelaras Penyelidikan dan Penerbitan Dr. Ahmad Najib bin Abdullah Penyelaras Program Khas Bahasa Arab (PKBA) Dr. Nor Hazrul Mohd. Salleh Ketua Unit Bahasa Arab Puan Thuraya Mohd. Said @Hashim
6 Ketua Unit Bahasa Inggeris Puan Saifulnazirah binti Bongsu Pengetua Kolej Kediaman API UMEC BACHOK Dr. Nor Hazrul bin Mohd. Salleh KAKITANGAN AKADEMIK Nama : Prof Madya Dr. Mohd. Muhiden bin Abd. Rahman Kelulusan : B.A (Imam), MA, Ph.D (Malaya) Bidang Kepakaran : • Tokoh dan Karya Hadith • Pengajian Teks Hadith/Ulum alHadith Nama : Dr. Ahmad Najib bin Abdullah Kelulusan : B.A, MA, Ph.D (Madinah) Bidang Kepakaran : • Tafsir al-Ma’thur • Kajian Tentang Israiliyyat • Metodologi Tafsir Nama : Dr. Mohd Bakhit bin Hj Ali Kelulusan : B.A (Bahasa Arab) Al-Azhar, M.A (Pengajaran Bahasa Arab), Cairo. Ph.D (Sejarah dan Tamadun Islam), UM Bidang Kepakaran : • Kaedah Pengajaran Bahasa Dan Sastera Arab • Ilmu Linguistik Arab • Tokoh Linguistik Arab • Sejarah Perkembangan Ilmu Linguistik Arab • Pengajian Al-Quran
7 Nama : Dr. Nor Hazrul bin Mohd. Salleh Kelulusan : B.A (Bahasa & Satera Arab), Morocco. Dip. Edu (Agama/Arab), IIUM M.M.L.S (Fonetik Arab), UM Ph.D (Education), IIUM Bidang Kepakaran : • Bahasa dan Sastera Arab • Fonetik Arab • Metodologi Pengajaran Bahasa Arab • Strategi Pembelajaran Bahasa Arab • Pengajaran Bahasa Arab Kepada Penuntur Bukan Arab Nama : Dr. Wan Rohani binti Wan Mokhtar Kelulusan : B.A (Bahasa Arab), Univ.Al-Azhar Dip. Edu (PI/Arab), KPM MIs (Pengajian Islam), UM Ph.D (Bahasa Arab), UM Bidang Kepakaran : • Linguistik Arab • Pengajaran Nahu Arab • Sintaksis Bahasa Arab • Retorik al-Quran Nama : En. Azahar bin Seman Kelulusan : B.A (Syariah) Univ. al-Azhar Bidang Kepakaran : • Pengajian Syariah • Pengajaran Bahasa Arab sebagai Bahasa Kedua Nama : Pn. Shukriah binti Che Kasim Kelulusan : B.A (Pengajian Islam & Bahasa Arab), Al-Azhar M.A (Pengajian Arab dan Tamadun Islam), UKM Bidang Kepakaran : • Bahasa & Sastera Arab • Linguistik Arab • Pengajaran Bahasa Arab sebagai Bahasa Kedua • Retorik Arab
8 KAKITANGAN PENTADBIRAN API UMEC Penolong Pegawai Tadbir N29 Muhammad Adlan bin Adanan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N22 Puan Esah binti Mohammed Puan Wan Suriyati binti Othman @ Wan Hamzah Encik Zukifli bin Yaacob Puan Latifah binti Abdullah Puan Suzziana binti Abdul Rahim Pembantu Operasi N14 Encik Mustapha Kamal bin Mohd Nor Nama : Pn. Thuraya binti Mohd Said@Hashim Kelulusan : B.A IRKH (Fiqh and Usul Al-Fiqh), IIUM M.A IRKH (Fiqh and Usul Al-Fiqh), IIUM Bidang Kepakaran : • Fiqh dan Usul al-Fiqh • Pengajaran Kemahiran Bahasa Arab Nama : Pn. Saifulnazirah binti Bongsu Kelulusan : B.A( Bachelor of Arts (English Language) UPM M.A(Master in Applied Linguistics) UUM Bidang Kepakaran : • Metodologi Pengajaran Bahasa Inggeris • English Language and Linguistics Nama : Pn. Wan Afiqah Anis bt Wan Ahmad Kelulusan : B.ed ( TESL), UNISEL M.A (Applied Linguistics), UiTM Bidang Kepakaran :• Teaching English as a Second Language • Loanwords • Phonetics and Phonology
9 Pembantu Operasi N11 Encik Md. Nasir binti Ab Rahim Puan Nor Arza Salwana binti Mohamad Arshad Encik Ahmad Shakir bin Ismail Penjaga Jentera Elektrik J19 Encik Mohd Razali bin Mohd Rashid Pemandu Kenderaan H11 Encik Amran bin Salleh Encik Norhisham bin Mohd Yusof Pembantu Awam H11 Encik Maridzuam bin Ahmad Yusoff Encik Zaidi bin Mat Jusoh Encik Mohd Rotepizi bin Muhamad Zin Encik Mohd Salleh bin Zakaria Encik Nasruddin bin Wan Harun KAKITANGAN PERPUSTAKAAN UMEC Pustakawan S41 Encik Mohd. Farid bin Wan Mohd. Zin Penolong Pustakawan S32 Encik Saifuddin bin Otheman Pembantu Pustakawan S22 Puan Zaidah binti Idris Encik Zamzaliman bin Ghazali Encik Mohd Zuraidi bin Hassan KAKITANGAN KOLEJ KEDIAMAN UMEC BACHOK Pengetua Kolej Dr. Nor Hazrul bin Mohd. Salleh
10 Penolong Pegawai Tadbir N32 Puan Norihan binti Othman Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N22 Mohd Ghazali bin Ya Pembantu Tadbir (Kewangan) W19 Puan Azima binti Deraman (Kontrak) Pembantu Operasi N11 Encik Mohd Sabri bin Zakaria Pekerja Awam Encik Mohd Sukri bin Che Hamid (R1) Puan Anisah binti Awang (R4) KAKITANGAN KESELAMATAN Pengawal Keselamatan KP14 Encik Zukifli bin Deraman Encik Mohd Asri bin Awang Puan Haisral Izenty binti Shamsudin Pengawal Keselamatan KP11 Encik Abdullah bin Yusof Encik Mohd Fadzeli bin Mustafa Encik Mohd Faisal bin Mustafa Encik Dzul Ikram bin Salleh Encik Wan Aziru bin Wan Sulaiman
SEJARAH PENUBUHAN
13 2.1 SEJARAH PENUBUHAN AKADEMI PENGAJIAN ISLAM UNIVERSITI MALAYA Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (APIUM) yang ada pada hari ini merupakan hasil usaha para cendekiawan Islam ke arah pembangunan pendidikan Islam di Malaysia. Mereka ingin membuka peluang kepada pelajarpelajar aliran agama meningkatkan keilmuan Islam sehingga dapat melahirkan para ilmuan Islam yang cemerlang dan terbilang. Idea penubuhan APIUM bermula sejak tahun 1975 lagi apabila timbul cadangan supaya diambil alih Yayasan Pengajian Tinggi Islam Kelantan, (YPTIK) yang terletak di Nilam Puri, Kota Bharu Kelantan untuk dijadikan sebahagian daripada Kampus Universiti Malaya. Pusat Pengajian Tinggi Islam Kelantan (PPTIK) Dan Yayasan Pengajian Tinggi Islam Kelantan (YPTIK) YPTIK merupakan sebuah badan berkanun yang ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan pada 10 Oktober 1968 setelah mendapat perkenan ke bawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Kelantan ketika itu iaitu Al-Marhum Sultan Yahya Petra Ibni al-Marhum Sultan Ibrahim. Tujuan YPTIK ditubuhkan ialah untuk menggantikan Pusat Pengajian Tinggi Islam Kelantan (PPTIK) yang ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan pada 1 Oktober 1965. Di awal penubuhan YPTIK hanya terdapat satu fakulti sahaja iaitu Kuliah al-Syariah wal-Qanun. Namun begitu fakulti ini telah mendapat pengiktirafan daripada Majlis Universiti al- Azhar (MUA) yang bersidang pada 5 November 1968. MUA menganggap Kuliah al-Syariah wal-Qanun setaraf dengan Kuliah alSyariah wal-Qanun di Universiti al-Azhar. Mana-mana mahasiswa kuliah ini yang ingin belajar di Universiti al-Azhar akan diterima terus untuk mengikuti kursus di tahun pengajian yang sama di sana. Manakala graduan daripada YPTIK layak untuk mengikuti pengajian peringkat sarjana atau master di alAzhar. Pengambilalihan Yayasan Pengajian Tinggi Islam Kelantan (YPTIK) Cadangan pengambilalihan YPTIK untuk dijadikan sebahagian daripada Universti Malaya mendapat restu daripada Perdana Menteri Malaysia ketika itu iaitu YAB Tun Hj Abdul Razak b. Hussein pada tahun 1975. Persetujuan secara dasar itu membawa kepada beberapa rundingan antara pihak YPTIK, Kerajaan Malaysia, Kerajaan Negeri Kelantan dan Naib Canselor Universiti Malaya. Bagi pihak Universiti Malaya, satu mesyuarat Senat diadakan pada 27 Februari 1981 dan menerima cabutan minit mesyuarat Majlis pada 12 Februari 1981
14 iaitu min.949(6)-Laporan Lembaga Pengajian mengenai Nilam Puri. “Mengambil perhatian bahawa Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran (Dato’ Hj Othman b. Abdul Malik) memberitahu Majlis bahawa Jemaah Menteri telah meluluskan seperti berikut: (a) Universiti Malaya mengambilalih Yayasan Pengajian Tinggi Islam Kelantan (YPTIK) Nilam Puri dan dijadikan sebagai Akademi Islam Universiti Malaya ini seperti diperakukan dalam laporan Lembaga Pengajian berkenaan; (b) Akademi Islam itu diujudkan mengikut perakuan-perakuan dan cadangan yang dibentangkan dalam memorandum Kabinet; (c) Semua kos pembangunan yang dipohon di bawah rancangan ini akan disediakan dalam Rancangan Malaysia Keempat; (d) Peruntukan belanja mengurus Akademi Islam dibekalkan dalam anggaran belanjawan Universiti Malaya mengikut kemajuan pembangunan Akademi itu. Mengambil perhatian bahawa Majlis bersetuju mengarahkan pihak Pentadbiran mengambil tindakan sewajarnya untuk melaksanakan projek berdasarkan keputusan yang disampaikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran.” Akhirnya saat yang ditunggu telah tiba apabila Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Kelantan memberikan persetujuan kepada Universiti Malaya untuk mengambil alih YPTIK Nilam Puri seterusnya menjadikannya sebagai kampus cawangan Universiti Malaya di Kelantan. Kampus cawangan yang baru diambil ini dinamakan dengan Akademi Islam Universiti Malaya (AIUM) dan ditubuhkan secara rasmi pada 1 hb April 1981.i Penubuhannya dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Musa Hitam yang ketika itu menjawat jawatan Menteri Pelajaran Malaysia. Universiti Malaya mengambil alih hanya kakitangan, sebahagian pelajar serta buku-buku di dalam perpustakaan YPTIK, Nilam Puri. Bangunan dan lain-lain kemudahan YPTIK digunakan oleh Universiti Malaya dalam masa peralihan sementara menunggu kampus baharu Akademi Islam di Bachok siap kelak. Apabila kampus baru ini siap, bangunan dan lain-lain kemudahan YPTIK akan dikembalikan kepada pihak yang berkenaan.
15 Kampus Akademi Islam Universiti Malaya Nilam Puri (AIUM NP) Kampus AIUM Nilam Puri pada asalnya adalah Istana Nilam Puri dan mengikut Persatuan Pencinta Sejarah Kelantan pernah menjadi rumah rehat Sultan Ismail Ibni Sultan Muhammad IV yang memerintah Kelantan pada tahun 1920-an sehingga 1944.iii Tapak yang terletak di batu 7, Jalan Kuala Krai dan mempunyai keluasan tujuh ekar ini telah dihadiahkan oleh pihak istana Kelantan melalui DYMM al-Sultan Yahya Petra Ibni al- Marhum al-Sultan Ibrahim kepada PPTIK pada 1 Oktober 1965. Kampus ini hanya kampus sementara setelah Kerajaan Persekutuan meluluskan satu tapak kekal di Bachok bagi tujuan pembinaan kampus tetap AIUM cawangan Kelantan. Cadangan Kampus Tetap Akademi Islam Universiti Malaya di Kelantan Satu kawasan seluas 559 ekar 368 depa yang terletak di Mukim Repek dan Rusa, Jajahan Bachok telah dikhaskan untuk pembinaan kampus kekal Akademi Islam Universiti Malaya cawangan Kelantan. Manakala satu lagi kawasan seluas 6 ekar 181 depa yang terletak di tepi pantai Melawi telah dikhaskan untuk pembinaan rumah rehat kakitangan Universiti Malaya. Sebelum tapak di Bachok dimuktamadkan untuk dijadikan kampus tetap AIUM di Kelantan telah ada beberapa cadangan tapak lain antaranya ialah tanah di Semerak, Pasir Puteh, Kelantan yang dicadangkan pada tahun 1975. Namun cadangan ini terpaksa dibatalkan atas beberapa faktor seperti kurang sesuai untuk dijadikan tapak kampus.iv Seterusnya Naib Canselor Universiti Malaya ketika itu, Profesor Diraja Ungku Aziz masih tidak berputus asa untuk menempatkan Kampus AIUM di Kelantan telah menghantar permohonan kepada kerajaan Negeri Kelantan pada tahun 1976 untuk memohon tanah di Bukit Anjing, Machang (sekarang inisudah menjadi kampus UiTM Machang). Permohonan ini tidak berjaya kerana pada tahun 1977 iaitu ketika Dato’ Asri b Haji Muda selaku Menteri Kemajuan Wilayah ketika itu telah menolak permohonan dengan alasan tanah tersebut kurang sesuai dan mempunyai banyak masalah untuk dijadikan kampus tetap AIUM. Sehubungan ini, Dato’ Haji Mohd Asri b Haji Muda yang juga merupakan Pengerusi Majlis Tertinggi YPTIK telah mencadangkan satu alternatif lain iaitu mengisytiharkan bahawa kawasan YPTIK yang seluas 7 ekar akan diperluaskan kepada 700 ekar bagi menggantikan cadangan penempatan di Bukit Anjing, Machang. Namun setelah cadangan ini dikemukakan, penduduk-penduduk di Kampung Nilam Puri, Cerok Berlikuk, Surau, Paya dan kampung-kampung berdekatan telah menghantar rayuan kepada kerajaan negeri supaya tapak AIUM tidak dibina di Nilam Puri kerana beranggapan tidak sesuai untuk perluasan. Sekiranya diteruskan juga akan
16 menimbulkan implikasi terhadap perkembangan sosio-ekonomi penduduk kampung terbabit yang terdiri daripada 200 keluarga. Rentetan daripada itu, maka pada tahun 1978, Menteri Besar Kelantan pada masa itu, Dato’ Mohamed Yaakub telah menyatakan kesanggupan untuk menyediakan tapak penempatan ini samada di Pulau Chondong, Machang seluas 400 ekar atau di Kampung Rusa dan Repek, Bachok seluas 600 ekar. Akhirnya pada tahun 1980, lahirlah satu keputusan hasil rundingan bersama antara Kerajaan Persekutuan, Universiti Malaya dan Kerajaan Negeri Kelantan untuk memilih kawasan seluas 600 ekar di Bachok sebagai tapak cadangan kampus AIUM. Ketiga- tiga pihak juga bersetuju agar AIUM menggunakan kampus YPTIK sebagai kampus sementara bagi memulakan pengajian sesi pertama 1981/1982. Oleh itu pada 3 Mac 1981, YPTIK telah diambil alih oleh Universiti Malaya sebagai kampus sementara AIUM sementara menunggu siapnya kampus baharu di Bachok yang dijangka siap pada akhir perlaksanaan Rancangan Malaysia Keempat pada tahun 1985. Berbangkit dari perkembangan ekonomi negara dari semasa ke semasa, pembangunan kampus Akademi Islam di Bachok terumbang- ambing. Berikutnya pengisytiharan kampus berkenaan sepertimana yang diperakukan oleh Lembaga Pengajian mengenai Nilam Puri tidak pernah dibuat. Oleh itu pada tahun 1990 Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Pelajaran telah membuat keputusan untuk tidak meneruskan lagi rancangan pembinaan kampus Akademi Islam di Bachok, Kelantan dan sebaliknya mengarahkan supaya Akademi Islam terus berada di dalam kampusinduk Universiti Malaya di Kuala Lumpur. Walau bagaimana pun, Kerajaan bersetuju konsep Akademi Islam yang ada dikekalkan sebagaimana yang telah terbentuk sekian lama itu. Pengoperasian AIUM di kampus sementara di Nilam Puri terus kekal sehinggalah pemilik premis, iaitu Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra berhasrat menggunakan kampus tersebut. Keputusan tersebut menyebabkan APIUM Nilam Puri terpaksa berpindah ke kampus sementara lain, iaitu tapak kampus KIST di Mukim Telong Bachok bermula 1 Mac 2021 sehingga sekarang. Kampus dinamakan sebagai Pusat Pendidikan Universiti Malaya (UMEC) Bachok. 2.2 Objektif Penubuhan Akademi Islam Universiti Malaya Akademi Islam Universiti Malaya (AIUM) ditubuhkan bagi merealisasikan objektifnya iaitu: 1. Memberi peluang kepada pelajar-pelajar yang berminat hendak mempelajari agama Islam supaya mereka boleh mendapat pelajaran lanjut dalam bidang agama Islam di peringkat Universiti.
17 2. Melengkapkan siswazah Akademi Islam dengan subjek-subjek selain daripada ilmu-ilmu Islam untuk membolehkan mereka menyebarkan Islam kepada umum. Subjek-subjek tersebut seperti pendidikan, undang-undang, ekonomi, pentadbiran, dan lain-lain. 3. Mengeluarkan siswazah yang berpengetahuan dan berjiwa Islam supaya boleh menjadi pegawai tadbir, ahli pendidik, ahli penyelidik, serta ahli profesional, semoga mereka mendapat menyumbang tenaga kepada pembangunan negara serta kemajuan masyarakat dengan penuh tanggungjawab, dan 4. Menggalakkan dan menampung usaha penyelidikan mengenai agama Islam dengan tujuan menyebar dan memperkembangkan ajaran Islam. 2.3 Penawaran Kursus Akademi Islam ditubuhkan pada 1 April 1981 bermula dengan dua buah fakulti utama iaitu Fakulti Syariah dan Fakulti Usuluddin yang telah ditubuhkan di bawah statut XXXI 1981 dan Program Pra Akademi Islam.x Ia mula menawarkan kursus berikut dalam sesi 1981/1982 yang bermula pada bulan Jun 1981; a) Pra Akademi (Kursus Persediaan) b) Sarjana Muda Syariah c) Sarjana Muda Usuluddin Ketika memulakan kursus yang pertama ini iaitu pada sesi 1981/1982, AIUM telah mengambil 209 orang pelajar yang terdiri dari 49 orang pelajar Pra Akademik, 70 orang pelajar kursus Sarjana Muda Usuluddin dan 90 orang pelajar Sarjana Muda Syariah. Bermula sesi 1982/1983 satu kursus baru diperkenalkan iaitu, Sarjana Muda Pendidikan Islam dengan kerjasama dari Fakulti Pendidikan, Fakulti Sastera dan Sains Sosial dan Pusat Bahasa, Universiti Malaya. Di samping kursus-kursus di atas, Akademi Islam juga telah menawarkan kursus-kursus lepasan Ijazah secara disertasi dan tesis mulai Sesi 1982/1983, iaitu; a) Sarjana Syariah b) Sarjana Ususluddin c) Doktor Falsafah (Ph.D) Oleh kerana Kampus Nilam Puri tidak mampu menampung kesemua
18 penempatan pelajar maka pentadbiran dan kursus Akademi Islam dijalankan di dua tempat iaitu sebahagiannya di kampus induk Kuala Lumpur. Ini melibatkan penempatan pelajar tahun satu dan Pra Akademi Islam di Kuala Lumpur dan pelajar tahun dua di Kampus Nilam Puri. Dalam sesi 1984/1985, seramai 243 pelajar ditempatkan di Nilam Puri yang terdiri dari tahun I, II dan III, merangkumi Fakulti Syariah dan Usuluddin. Pada sesi 1985/1986 berlaku sekali lagi perubahan di mana kursus ijazah tahun satu, dua, tiga dan empat dijalankan di kampus induk Kuala Lumpur dan kursus Pra Akademik telah dipindahkan ke Kampus Nilam Puri hinggalah sekarang. 2.4 Pentadbiran Akademi Islam Universiti Malaya Pada peringkat awal, Universiti Malaya telah mewujudkan tujuh jawatan utama dan melantik tujuh orang kakitangan bagi mengendalikan urusan pentadbiran AIUM pada 4 Jun 1981. Ia bertujuan mengurus urusan pentadbiran kerana AIUM akan memulakan kursusnya yang pertama pada 8 Jun 1981. Jawatanjawatan tersebut ialah; 1. Ketua Akademi Islam: Prof Madya Dr Othman Ishak 2. Dekan Fakulti Syariah: En Md Hashim b Yahya 3. Dekan Fakulti Usuluddin: En Hassan b Mat Leh 4. Timbalan Dekan Fakulti Syariah, En Abdul Wahab b Abdul Hamid 5. Timbalan Dekan Fakulti Usuluddin, En Abdul Hayei b Abdul Sukor 6. Pengelola Kursus Pra, Dr Lutfi b Ibrahim 7. Penyelaras AIUM di Nilam Puri, En Mohamad b Che Wook 2.5 Penyusunan Semula Akademi Islam Kegagalan merealisasikan konsep kampus cawangan AIUM di Bachok, Kelantan dan keputusan menukar konsep itu dengan satu komponen dalam kampus induk, memerlukan Akademi Islam disusun semula. Ia perlu disesuaikan dengan kedudukannya yang baru agar dapat berfungsi dengan lebih baik dan sempurna. Sebenarnya ada dua pemikiran asas dalam menentukan corak baru bagi Akademi Islam ini. Pertama, mengekalkan struktur asas yang lama sebagai sebuah akademi dengan tujuan untuk menjaga kesatuan organisasi pengajian Islam di Universiti ini. Walau bagaimana pun bagi mengelakkan berlaku pertindihan kuasa antara Akademi dan fakulti-fakulti di bawahnya seperti yang terjadi sekarang, fakulti-fakulti berkenaan dihapuskan sahaja dengan
19 menggantikannya dengan bahagian-bahagian yang tidak lagi bertanggungjawab terus kepada Universiti; tetapi sebaliknya bertanggungjawab kepada Akademi. Konsep kedua ialah menghapuskan sahaja Akademi Islam itu sendiri, sementara fakulti-fakulti dan institusi-institusi lain di bawahnya seperti Program Pendidikan Islam, Pra Akademi dan sebagainya akan bergerak sendiri-sendiri sebagai institusi-institusi yang bertanggungjawab terus kepada Universiti Malaya dan bukan lagi kepada Akademi Islam seperti yang berlaku kini. Bagi menjamin kesatuan organisasi pengajian Islam di Universiti ini, alternatif pertama dipilih iaitu mengekalkan Akademi Islam dan menurunkan taraf fakulti-fakulti di bawahnya menjadi bahagian-bahagian sahaja. 2.6 Struktur Baharu Akademi Islam Dalam strukturnya yang baharu ini, Akademi Islam diberi nama Akademi Pengajian Islam (API) dan dibahagikan kepada tiga bahagian yang masingmasing mempunyai jabatan atau program tertentu. Bahagian- bahagian tersebut adalah: 1. Bahagian Pengajian Syariah. 2. Bahagian Pengajian Usuluddin. 3. Bahagian Pengajian Bersama. Akademi Pengajian Islam juga akan mempunyai bahagian pengajian persediaan iaitu Pra Akademi Islam. Di samping itu ada beberapa unit yang terus diletakkan di bawah Pengarah Akademi, iaitu: 1. Unit Pengajian Awam (Kini dikenali dengan Program Pengajian Ikhtisas) 2. Unit Khidmat Perundingan Islam 3. Unit Penyelidikan 4. Unit Dokumentasi 5. Unit Penerbitan Bahagian Pengajian Syariah Pengajian Syariah adalah satu disiplin pengajian yang berakar umbi sejak zaman klasik lagi. Ia merangkumi aspek-aspek praktikal dalam pengajian Islam baik yang bersifat ibadat, undang-undang, ekonomi, pengurusan, politik,
20 pentadbiran, kewangan, hubungan antarabangsa dan sebagainya. Di bawah struktur Akademi Pengajian Islam yang baru, ditubuh beberapa jabatan di bawah Pengajian Syariah. Jabatan-jabatan berkenaan adalah: 1. Jabatan Fiqh dan Usul 2. Jabatan Syariah dan Undang-undang 3. Jabatan Syariah dan Ekonomi 4. Jabatan Syariah dan Pengurusan 5. Jabatan Siasah Syar'iyah Pada peringkat ijazah dasar, kursus akan diadakan selama 6 semester yang akan membawa kepada penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Syariah. Pada peringkat pengajian lanjutan Akademi Pengajian Islam melalui bahagian ini dan jabatan berkenaan di bawahnya akan menawarkan Ijazah Doktor Falsafah, Sarjana Syariah dan Diploma- Diploma lepas ijazah. Kursus-kursus pada peringkat Doktor Falsafah dan Sarjana Syariah, ianya akan tertakluk kepada peraturan biasa universiti dan yang telah sedia diamalkan di Akademi Islam sebelum ini. Kursus-kursus pada peringkat diploma lepas ijazah akan ditentukan dari semasa ke semasa. Walau bagaimanapun pada peringkat ini ada tiga jenis diploma akan ditawarkan iaitu: 1. Diploma Amalan Guaman Syari’i 2. Diploma Sains Muamalat 3. Diploma Pengurusan Islam Bahagian Pengajian Usuluddin Bahagian Pengajian Usuluddin pula merangkumi soal-soal aqidah, akhlak, tasawuf, falsafah, logik dan lain-lain bidang kemanusiaan. Ia juga merangkumi pengajian al-Quran, pengajian al-Sunnah, dakwah, pemikiran Islam, tamadun dan sebagainya. Di bawah struktur Akademi Pengajian Islam yang baharu, pengajian Usuluddin akan ditawarkan melalui beberapa jabatan di bawahnya. Jabatanjabatan tersebut ialah: 1. Jabatan al-Quran dan al-Hadith 2. Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam
21 3. Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam 4. Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan Pada peringkat ijazah dasar, kursus akan diadakan selama 6 semestr yang akan membawa kepada penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Usuluddin. Pada Peringkat pengajian lanjutan, ianya sinonim dengan Pengajian Syariah seperti yang dinyatakan sebelum ini. Bahagian Pengajian Bersama Bahagian Pengajian Bersama akan menawarkan satu bentuk pengajian bersama antara pelbagai disiplin. Ia akan menitikberatkan tentang kursus antara fakulti, bahagian atau disiplin. Paling mustahak ialah pengajian- pengajian bersama antara disiplin ilmu Islam dan ilmu-ilmu semasa seperti pendidikan, sains, matematik, komputer dan sebagainya. Di bawah struktur Akademi Pengajian Islam, bahagian pengajian bersama ini dikategorikan kepada dua iaitu: 1. Pendidikan Islam 2. Pengajian Islam Program Pendidikan Islam merupakan program bersama antara Akademi Pengajian Islam dan Fakuti Pendidikan serta mendapat sokongan dari Fakulti Bahasa dan Linguistik serta Fakulti Sastera dan Sains Sosial. Ini adalah lanjutan kepada apa yang sudah ditawarkan sebelum ini. Kursus-kursus yang ditawarkan di bawah program ini hanyalah pada peringkat ijazah dasar sahaja. Ia akan mengambil masa selama 6 semester yang akan membawa kepada penganugerahan Sarjana Muda Pendidikan Islam. Manakala Program Pengajian Islam akan ditawarkan sebagai sebahagian daripada kursus bersama dengan mana-mana fakulti sebagai pengkhususan ganda. Hasil usaha pengurusan APIUM dengan sokongan universiti, APIUM maju setapak lagi dari tiga program sarjana muda, kini APIUM menawarkan 8 program di peringkat sarjana muda seperti berikut: i- Sarjana Muda Syariah ii- Sarjana Muda Usuluddin iii- Sarjana Muda al-Quran dan al-Hadith iv- Sarjana Muda Pengurusan Muamalat v- Sarjana Muda Syariah dan Undang-Undang
22 vi- Sarjana Muda Pendidikan Islam (Pengajian Islam) vii- Sarjana Muda Pendidikan Islam (Pengajian al-Quran) viii- Sarjana Muda Pengajian Islam dan Sains Unit-Unit 1. Unit Pengajian Awam Unit Pengajian Awam yang kini dikenali dengan nama Unit Pengajian Ikhtisas bertanggungjawab mengendalikan program-program pengajian jangka pendek peringkat sijil yang ditawarkan kepada masyarakat awam. Ini merupakan lanjutan kepada program yang telah dilaksanakan sebelum ini dan mendapat sambutan yang sangat baik daripada pelbagai lapisan masyarakat. Ia akan ditawarkan sebagai kursus hujung minggu berasaskan modul dalam jangka masa 16 minggu dan membawa kepada penganugerahan Sijil Pengajian Syariah dan Sijil Pengajian Usuluddin. Selain itu, Kursus Pengajian al-Quran, Kursus Pengajian al-Hadith, Kursus Pengajian Bahasa Arab dan Kursus Kemahiran al-Quran juga ditawarkan kepada masyarakat umum bertujuan untuk menyebarkan ilmu-ilmu asas dalam pengajian al-Quran, al-Hadith, Bahasa Arab dan al-Quran. 2. Unit Khidmat Perundingan Islam Merangkumi pelbagai aktiviti perkhidmatan yang boleh memberi kebaikan kepada kedua belah pihak, masyarakat dan universiti. Antara contoh perkhidmatan berkenaan ialah Guaman Syar’i, Khidmat Nasihat Kewangan Islam, Kaunseling Agama dan Kekeluargaan, Konsultasi Keagamaan dan Keislaman, Kursus-kursus Keagamaan dan sebagainya. 3. Unit Penyelidikan Menjadi penyelaras bagi projek-projek penyelidikan di bawah Akademi Pengajian Islam keseluruhannya dan akanmenentukan projek-projek yang perlu dilaksanakan serta pembiayaan yang sepatutnya. 4. Unit Dokumentasi Menjadi penyelaras dan pelaksana kerja-kerja dokumentasi bahan-bahan pengajian Islam tempatan dan antarabangsa mengikut keutamaan yang diputuskan dari masa ke semasa.
23 5. Unit Penerbitan Menjadi penyelaras penerbitan di bawah Akademi Pengajian Islam dan akan menentukan kaedah serta pembiayaan. Contoh jurnal dan monograf. 2.7 Struktur Pentadbiran APIUM Akademi Pengajian Islam kini ditadbir oleh seorang pengarah yang dinamakan Pengarah Akademi Pengajian Islam dan dibantu oleh 5 orang Timbalan Pengarah, iaitu: i- Timbalan Pengarah Ijazah Dasar ii- Timbalan Pengarah Ijazah Tinggi iii- Timbalan Pengarah Penyelidikan iv- Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar v- Timbalan Pengarah API UMEC Bachok Manakala setiap unit akan ditadbir oleh ketua-ketua unit. Pentadbiran Akademi Pengajian Islam akan dijalankan tertakluk kepada seksyen 18 Perlembagaan Universiti dan Statut XXXIII (Siri Baru) Statut Universiti Malaya (Fakulti) 1981. Pada peringkat awal penubuhan AIUM, Kursus Pra Akademik ditawarkan di Kampus induk Kuala Lumpur. Sementara program Sarjana Muda Syariah, Usuluddin dan Pendidikan Islam bagi tahun 1, 2 dan 3 ditawarkan di Kampus Nilam Puri. Kemudian bermula Sesi 1984/85 program Pra yang kemudiannya dinamakan program asasi ditawarkan di Kampus Nilam Puri. Program Kursus Pra di Kampus Nilam Puri pada mulanya diketuai oleh seorang Pengelola yang kemudiannya dinaik taraf kepada Timbalan Pengarah. 2.8 Kursus Pra Akademik/Asasi Pengajian Islam Kursus Pra Akademi mula diperkenalkan pada tahun 1981 iaitu sejak penubuhan Akademi Islam. Ia bertujuan menyediakan para pelajar sebelum memasuki program Ijazah Sarjana Muda yang ditawarkan di AIUM. Kursusini ditawarkan kepada lepasan SPM atau setaraf dengannya atau lulus STU. Tempoh pengajian kursus ini ialah 4 semester atau 2 tahun. Pengambilan pertama pelajar ke Kursus Pra bermula Sesi 1981/1982 ialah seramai 49 orang. Berikut adalah sukatan pertama yang diperkenalkan oleh AIUM bagi Kursus Pra Akademik:
24 Bermula sesi 1999/2000, struktur Pra Akademi Islam ini ditukar kepada program Integrasi di mana pelajar ditawarkan kepada program ijazah pertama dalam bidang Syariah, Usuluddin dan Pendidikan Islam dengan tempoh pengajian minima 9 semester. Kemudian mulai sesi 2001/2002 satu program baru diperkenalkan, iaitu program Sarjana Muda Pengajian Islam dengan Sains. Bermula sesi 2003/2004, Program Integrasi APIUM sekali lagi diubah kepada Program Asasi yang menawarkan program Asasi Syariah, Asasi Usuluddin, Asasi Pendidikan Islam dan Asasi Pengajian Islam dan Sains. Kemudian mulai sesi 2013/2014 pula, Program Asasi di APIUM sekali lagi diubah kepada Program Asasi Pengajian Islam dan Asasi Pengajian Islam Dan
25 Sains. Mulai sesi 2017/2018, hanya Program Asasi Pengajian Islam ditawarkan di Kampus APIUM Nilam Puri, sebelum berpindah ke Bachok, manakala Program Asasi Pengajian Islam Dan Sains ditawarkan ke seluruhannya di kampusinduk, APIUM Kuala Lumpur. Dalam tempoh 40 tahun Kursus Pra Akademi/Asasi Pengajian Islam telah berjaya melahirkan seramai 8969 pelajar dari seluruh pelusuk tanahair. 2.9 Kursus/Program Khas Bahasa Arab Sabah dan Sarawak (PKBA) Kursus Khas Bahasa Arab (sekarang Program Khas Bahasa Arab) Sabah/Sarawak ini diadakan memandangkan bilangan pelajar yang diterima masuk dari negeri Sabah/Sarawak untuk program di APIUM amat kurang. Ia merupakan rancangan jangka panjang Kerajaan Persekutuan bagi menampung keperluan guru agama dan tenaga pakar khususnya dalam bidang pendidikan Islam dan dakwah di negeri Sabah & Sarawak. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh YB Menteri Pelajaran Malaysia Ketika itu Datuk Haji Sulaiman Haji Daud pada 10.5.1984 telah bersetuju supaya Universiti Malaya mengadakan Kursus Khas Bahasa Arab ketika itu bagi pelajar-pelajar Sarawak dengan dibiayai oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dengan kerjasama Kerajaan Negeri Negeri Sarawak. Sejak sesi 1983/84 (15 Ogos 1983), kursus ini bermula dengan pengambilan seramai 20 orang pelajar dari Sarawak dan kursus di dikendalikan oleh Akademi Islam Universiti Malaya di Kampus Nilam Puri. Senat pada 28.7.1983 telah bersetuju supaya pelajar yang lulus bagi kursus ini diterima masuk ke kursus Pra Akademi Islam (sekarang Asasi Pengajian Islam). Sehingga sesi 2007/2008, seramai 825 orang pelajar Sabah/Sarawak telah diterima masuk ke program Asasi Pengajian Islam Nilam Puri. Bermula sesi 2008/2009 pihak pengurusan Universiti Malaya telah mengambil keputusan untuk menghentikan program ini disebabkan beberapa masalah teknikal. Kemudian bermula sesi 2012/2013 program ini ditawarkan kembali hasil dari permintaan Kerajaan Negeri Sabah/Sarawak dengan persetujuan Universiti Malaya sehingga sekarang. Objektif Program 2.1 Sebagai pusat persediaan bagi membolehkan pelajar Sabah dan Sarawak melanjutkan pelajaran di peringkat Ijazah Sarjana Muda di Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.
26 2.2 Menyediakan pelajar dengan kemahiran asas Bahasa Arab sebagai persediaan pengajian peringkat asasi dan sarjana muda. 2.3 Bagi menampung keperluan guru-guru pendidikan Islam di Sabah dan Sarawak. 2.4 Bagi menambah bilangan tenaga pakar dalam bidang pendidikan Islam dan dakwah di Negeri Sabah dan Sarawak. Tempoh Pengajian dan Kaedah Jangka masa Pengajian : 2 Semester (1 tahun) Kaedah Pengajian : Sepenuh masa berdasarkan sistem semester 2.10 Kolej Kediaman Nilam Puri Pada peringkat awal APIUM NP mempunyai dua bangunan asrama, iaitu Asrama Uhud untuk pelajar lelaki dan Asrama al-Malik Khalid untuk pelajar perempuan. APIUM NP mewajibkan semua pelajarnya menginap di asrama yang disediakan. Pentadbiran asrama asalnya diletak dibawah APIUM NP dan diuruskan oleh seorang ketua warden iaitu Ustaz Osman bin Yasin bermula tahun 1995. Setelah pembinaan bangunan baru asrama lelaki siap pada tahun 1977, maka pelajar lelaki ditempatkan di asrama baru yang dinamakan Asrama Al-Ghazali. Kedua-dua asrama al-Ghazali dan al-Malik Khalid mampu menampung seramai 700 orang pelajar lelaki dan perempuan. Bermula tahun 1997 juga perubahan struktur pengurusan asrama telah dilakukan, di mana Asrama Nilam Puri diketuai oleh seorang Penolong Pengurus Asrama dan Penolong Pengurus Asrama yang pertama ialah Puan Faizah Binti Jaafar, kemudian diikuti Puan Norihan Othman hingga kini. Bermula tahun 1999 Asrama APIUM NP telah diletak di bawah Pejabat Hal Ehwal Pelajar Universiti Malaya dengan menamakannya Kolej Kediaman Nilam Puri dan diketuai oleh seorang Pengetua Kolej serta dibantu oleh beberapa orang penyelia asrama. Pengetua pertama KKNP ialah Prof Madya Sidi Ahmad Abdullah yang dilantik oleh Timbalan Naib Canselor Universiti Malaya. 2.11 Perpustakaan Perpustakaan APIUM Nilam Puri ditubuhkan pada 1 April 1981 hasil dari pengambilalihan Perpustakaan Yayasan Pengajian Tinggi Islam Kelantan (YPTIK). Beroperasi di tingkat 3 bangunan yang dibina pada tahun 1977 hasil
27 dari sumbangan Al-Malik Faisal, iaitu Raja Arab Saudi dan Kerajaan Negeri Johor. Mengekalkan nama al-Malik Faisal sebagai nama perpustakaan, iaitu nama yang digunakan sejak zaman YPTIK. Perpustakaan ini terus berkembang dan menjadi salah sebuah perpustakaan yang mempunyai koleksi yang terbaik dalam bidang pengajian Islam di negara ini. Pada peringkat awal penubuhan, perpustakaan ini diketuai oleh seorang Pustakawan Kanan, Puan Habsah Ibrahim, yang dibawa dari kampus induk Universiti Malaya Kuala Lumpur. Beliau berperanan sebagai pengasas dan juga pengurus yang telah merangka polisi dan mengatur urus koleksi-koleksi yang ada, sesuai dengan garis panduan yang telah ditetapkan oleh Perpustakaan Universiti Malaya. Dalam tempoh 4 dekad berada di Nilam Puri, perpustakaan ini telah menjadi tumpuan pelajar dan penyelidik dari pelbagai institusi pengajian, baik dari dalam mahupun dari luar Kelantan. Antara bahan- bahan yang menjadi tumpuan pelajar dan penyelidik adalah kitab-kitab turath dalam bahasa Arab dari pelbagai cabang ilmu agama Islam seperti akidah, fiqh dan lain-lain yang dibawa dari Timur Tengah. Kitab-kitab ini pada peringkat awal dulu memang sukar untuk ditemui di perpustakaan-perpustakaan lain. Buat masa ini jumlah bahan yang terdapat di perpustakaan ini adalah lebih kurang 26,423 naskah. Kebanyakannya adalah dalam Bahasa Arab (58%), manakala yang lainnya dalam Bahasa Melayu dan Inggeris. Bahan-bahan disusun mengikut sistem pengkelasan Library of Congress. Lebih kurang 30% atau 7,900 naskah bahan yang ada dalam koleksi adalah diwarisi dari YPTIK. Pada peringkat awal bahan-bahan ini disusun mengikut dua sistem pengkelasan iaitu Sistem Dewey Decimal (DDC) bagi bahan-bahan yang diwarisi dari YPTIK manakala bahanbahan yang diperolehi selepas pengambilalihan diproses mengikut sistem pengkelasan Library of Congress (LC) Perpustakaan APIUM adalah sebuah perpustakaan akademik yang terbuka kepada semua pelajar peringkat universiti mahupun penyelidik dari seluruh negara. Perpustakaan ini juga memberi kebenaran khas kepada pelajarpelajar peringkat menengah dari sekolah-sekolah kelolaan Yayasan Islam Kelantan dan pelajar-pelajar gabungan Yayasan untuk membuat rujukan di perpustakaan ini, seperti mana yang termaktub dalam Perjanjian Pengambilalihan Kampus Nilam Puri oleh Universiti Malaya. Seperti juga perpustakaan-perpustakaan lain, bahan-bahan di perpustakaan ini telah dibahagikan kepada beberapa koleksi iaitu koleksi Umum/Terbuka, Koleksi Bahan Bertanda Merah/Redspot, Koleksi Rujukan, Koleksi Majalah dan Koleksi Terhad. Koleksi Umum/Terbuka adalah koleksi buku-buku rujukan biasa yang boleh dipinjam oleh pengguna. Jumlah bahan dan tempoh pinjaman adalah berbeza mengikut kategori pengguna. Koleksi Bahan Bertanda Merah/Redspot pula adalah bahan-bahan rujukan penting atau
28 wajib bagi pelajar-pelajar.Bahan-bahan dalam koleksi ini boleh dipinjam untuk tempoh yang singkat (3 hari) sahaja dan terhad 1 bahan sahaja pada satu-satu masa. Koleksi Rujukan adalah koleksi yang hanya boleh dirujuk di dalam perpustakaann sahaja dan tidak boleh dibawa keluar. Bahan-bahan dalam koleksi ini terdiri dari kamus, ensiklopedia, kertas kerja persidangan dan soalan-soalan peperiksaan tahun-tahun lepas. 2.12 Statistik Kemasukan dan Statistik Pelajar APIUM Nilam Puri 1. Pelajar Pra/Asasi Pengajian Islam TAHUN KURSUS BIL PELAJAR 1981/1982 Pra Akademik 49 1982/1983 Pra Akademik 104 1983/1984 Pra Akademik 127 1984/1985 Pra Akademik 143 1985/1986 Pra Akademik 193 1986/1987 Pra Akademik 108 1987/1988 Pra Akademik 120 1988/1989 Pra Akademik 118 1989/1990 Pra Akademik 120 1990/1991 Pra Akademik 117 1991/1992 Pra Akademik 141 1992/1993 Pra Akademik 150 1993/1994 Asasi Pengajian Islam 295 1994/1995 Asasi Pengajian Islam 168 1995/1996 Asasi Pengajian Islam 168 1996/1997 Asasi Pengajian Islam 209 1997/1998 Asasi Pengajian Islam 208 1998/1999 Asasi Pengajian Islam 313 1999/2000 Asasi Pengajian Islam 297 2000/2001 Asasi Pendidikan Islam 128 Asasi Syariah 183 Asasi Usuluddin 160 Jumlah 471 2001/2002 Asasi Pendidikan Islam 122 Asasi Syariah 119 Asasi Usuluddin 80 Jumlah 321 Asasi Pendidikan Islam 109 Asasi Usuluddin 61
29 TAHUN KURSUS BIL PELAJAR 2002/2003 Asasi Syariah 71 Asasi Sains Gunaan Dengan Pengajian Islam 49 Jumlah 290 2003/2004 Asasi Pendidikan Islam 99 Asasi Syariah 52 Asasi Usuluddin 53 Asasi Sains Gunaan Dengan Pengajian Islam 138 Jumlah 342 2004/2005 Asasi Pendidikan Islam 104 Asasi Syariah 55 Asasi Usuluddin 47 Asasi Sains Gunaan Dengan Pengajian Islam 106 Jumlah 312 2005/2006 Asasi Pendidikan Islam 120 Asasi Syariah 47 Asasi Usuluddin 44 Asasi Sains Gunaan Dengan Pengajian Islam 125 Jumlah 336 2006/2007 Asasi Pendidikan Islam 105 Asasi Syariah 46 Asasi Usuluddin 39 Asasi Sains Gunaan Dengan Pengajian Islam 100 Jumlah 290 2007/2008 Asasi Pendidikan Islam 145 Asasi Syariah 84 Asasi Usuluddin 61 Asasi Sains Gunaan Dengan Pengajian Islam 55 Jumlah 345 2008/2009 Asasi Pendidikan Islam 121 Asasi Syariah 79 Asasi Usuluddin 33 Asasi Sains Gunaan Dengan Pengajian Islam 42 Jumlah 275
30 TAHUN KURSUS BIL PELAJAR 2009/2010 Asasi Pendidikan Islam 32 Asasi Syariah 67 Asasi Usuluddin 49 Asasi Sains Gunaan Dengan Pengajian Islam 51 Jumlah 199 2010/2011 Asasi Pendidikan Islam 34 Asasi Syariah 68 Asasi Usuluddin 53 Asasi Sains Gunaan Dengan Pengajian Islam 73 Jumlah 228 2011/2012 Asasi Pendidikan Islam 28 Asasi Syariah 63 Asasi Usuluddin 48 Asasi Sains Gunaan Dengan Pengajian Islam 31 Jumlah 170 2012/2013 Asasi Pendidikan Islam 57 Asasi Syariah 78 Asasi Usuluddin 58 Asasi Sains Gunaan Dengan Pengajian Islam 38 Jumlah 231 2013/2014 Asasi Pengajian Islam 100 Asasi Pengajian Islam Dan Sains 39 Jumlah 139 2014/2015 Asasi Pengajian Islam 185 Asasi Pengajian Islam Dan Sains 36 Jumlah 221 2015/2016 Asasi Pengajian Islam 180 Asasi Pengajian Islam Dan Sains 36 Jumlah 216 2016/2017 Asasi Pengajian Islam 249 Asasi Pengajian Islam Dan Sains 48 Jumlah 297
31 TAHUN KURSUS BIL PELAJAR 2017/2018 Asasi Pengajian Islam 240 Jumlah 240 2018/2019 Asasi Pengajian Islam 266 Jumlah 266 2019/2020 Asasi Pengajian Islam 276 Jumlah 276 2020/2021 Asasi Pengajian Islam 356 Jumlah 356 Jumlah Keseluruhan 8969 2. Pelajar Kursus Khas Sabah dan Sarawak SESI MASUK PELAJAR SARAWAK PELAJAR SABAH JUMLAH 1983/1984 20 20 1984/1985 20 20 1985/1986 20 20 1986/1987 20 20 1987/1988 20 20 1988/1989 20 20 1989/1990 20 20 1990/1991 20 20 1991/1992 20 20 1992/1993 20 20 1993/1994 20 20 1994/1995 20 20 1995/1996 20 25 45 1996/1997 20 25 45 1997/1998 20 25 45
32 1999/2000 20 25 45 2000/2001 20 25 45 2001/2002 20 25 45 2002/2003 20 30 50 2003/2004 20 30 50 2004/2005 20 30 50 2005/2006 20 30 50 2006/2007 20 30 50 2007/2008 20 30 50 2012/2013 15 14 29 2013/2014 15 14 29 2014/2015 15 15 30 2015/2016 14 14 28 2016/2017 14 14 28 2017/2018 30 29 59 2018/2019 28 29 57 2019/2020 30 30 60 2020/2021 27 29 56 2021/2022 30 29 59 JUMLAH 728 576 1304 3. Pelajar Thailand SESI MASUK PELAJAR THAILAND JUMLAH 2012/2013 5 5 2013/2014 6 6 2014/2015 7 7
33 2015/2016 5 5 JUMLAH 23 23
34
PENTADBIRAN
37 3.0 Pentadbiran APIUM NP 1981-2021 3.1 Pengarah/Dekan APIUM BIL. NAMA TEMPOH 1 Prof Datuk Dr. Othman Ishak 1981 – 1989 2 Prof. Madya Datuk Mohd. Hashim Yahaya 1989-1993 3 Prof. Dr. Abdul Halim Mat Diah 1993-1995 4 Profesor Emeritus Datuk Dr. Osman Bakar 1996 (Transisi) 5 Prof. Emeritus Dato’ Dr. Mahmood Zuhdi bin Haji Ab. Majid 1996-2004 6 Prof. Dr. Ab. Aziz Mohd. Zin 2004-2006 7 Prof. Dato` Dr. Ahmad Hidayat Buang 2006-2011
38 8 Prof. Madya Dr. Ruzman Md. Noor 2011-2012 9 Profesor Dato’ Dr. Mohd. Yakub @Zulkifli Mohd. Yusoff 2012-2018 10 Profesor Datin Dr. Raihanah Hj. Abdullah 2018-2021 11 Prof. Dr. Mohd. Fauzi Hamat 2021-2024 4.0 APIUM Nilam Puri (Pengelola/Timbalan Pengarah) BIL. NAMA TEMPOH 1 Dr. Lutpi bin Ibrahim 1.4.1981 – 31.3.1983 2 Mohamed bin Daud 1.4.1983 – 31.3./1986 3 Ahmad bin Hj. Ab. Ghani 1.4.1986 – 1.7.1987 4 Mohamed bin Daud 2.7.1987 – 31.3.1990
39 6 Ahmad bin Hj. Ab. Ghani 1.4.1990 – 31.3.1994 7 Hassan bin Yusoff 1.10.1994 – 6.8.1995 8 Prof. Madya Mohd. Nor Deris 7.8.1995 – 31.8.1999 9 Prof. Madya Sidi Ahmad Abdullah 1.9.1999 – 31.8.2006 10 Prof. Madya Dr. Shukeri Mohamad 1.9.2006 – 31.8.2008 11 Prof. Madya Dr. Mohd. Muhiden Abd. Rahman 1.9.2008 – 30.6.2013 12 Dr. Ahmad Najib Abdullah 1.7.2013 – 31.3.2020 13 Prof. Madya Dr. Mohd. Muhiden Abd. Rahman 1.4.2020 – 31.3.2022
40 14 Dr. Wan Rohani Wan Mokhtar 1.6.2022- 31.12.2024 5.0 Program Khas Bahasa Arab (Penyelaras) BIL. NAMA TEMPOH 1 Ramli bin Abdullah (Sarawak) 1983-1992 2 Ab. Rahim Mohd Zain (Sarawak) 1993-1994 3 Ahmad bin Ab Ghani (Sabah) 1994 - 1998 4 Ahmad bin Ab Ghani (Sabah dan Sarawak) 1998-1999 5 Mohd Alwee bin Yusoff 1999 - 1999 6 Abdullah Tahmin bin Haji Abdul Latif 1999 - 2000 7 Mohammed Jailani bin Hamzah 2000 - 2005