The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hazrul, 2023-12-01 23:10:43

Sejarah 40 Tahun APIUM Nilam Puri

Buku Sejarah

Keywords: Nilam Puri

91 ALUMNI PELAJAR PRA/ASASI APIUM NP APIUM NP telah mengambil tanggungjawab untuk melatih dan mendidik pelajarnya menjadi pelajar yang berketerampilan dalam aspek kepimpinan dan pembangunan diri. Usaha ini dilakukan dengan melantik para pelajar memimpin persatuan dan mengendalikan aktiviti yang bersesuaian. Mereka akan dibimbing oleh guru-guru penasihat dari segi tatacara aktiviti dari peringkat awal sehingga kepada menyediakan laporan aktiviti yang berjaya dijalankan, termasuk aspek pengurusan kewangan. Disertakan di sini sebahagian barisan pimpinan yang menganggotai Majlis Perwakilan Pelajar APIUM Nilam Puri bagi beberapa sesi pengajian. Majlis Perwakilan Pelajar atau lebih dikenali sebagai MPP telah dicetuskan oleh genarasi pertama pelajar pra Akademi Islam semasa mereka mengikuti pengajian di kampus induk Universiti Malaya Kuala Lumpur pada tahun 1980. Di antara yang terlibat ialah Prof. Dato’ Dr. Mohd. Yakub @Zulkifli Mohd. Yusof, Prof. Dato’ Dr. Ahmad Hidayat Buang, Prof. Madya Datin Dr. Nornaemah bt Abdurahman, Prof. Madya Dr. Shukeri Mohamad, Prof. Madya Dr. Sabri Abdul Ghafar Dr. Mohd. Asad Awang dan lain-lain lagi. Selepas itu urusan pelantikan MPP dijalankan oleh pihak pentadbir dan pensyarah supaya lebih teratur. Majlis Perwakilan Pelajar ini menjadi salah satu wadah dan pemangkin kepada mahasiswa untuk membina jati diri sebagai seorang pemimpin melalui pengalaman menguruskan program-program dan sebagainya. Dengan ini, tidak dinafikan lagi bahawa natijah yang dihasilkan melalui pengalaman menjadi pimpinan pelajar mampu menjadikan dan melahirkan mahasiswa dan mahasiswi yang berkualiti dan mempunyai ciri-ciri karisma, kepimpinan dan jati diri yang hebat. Ini telah dibuktikan dalam senarai tokoh alumni APIUM Nilam Puri sebagaimana berikut. SUMBANGAN ALUMNI APIUM NILAM PURI KEPADA PEMBANGUNAN NEGARA Akademi Pengajian Islam Nilam Puri (APIUM NP) merupakan sebuah institusi pendidikan pra/asasi yang menyediakan pelajar ke peringkat ijazah. Selama empat puluh tahun, APIUM NP telah menyediakan pelajar-pelajar yang berkualiti bagi mengisi jabatan-jabatan yang terdapat di peringkat Sarjana Muda Akademi Pengajian Islam


92 Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Sepanjang tempoh tersebut, APIUM NP telah menempa nama yang harum dan kebanggaan ramai apabila alumni APIUM NP telah mencipta pelbagai rekod cemerlang semasa di peringkat Sarjana Muda, seperti membolot Anugerah Dekan, menjuarai pertandingan debat kebangsaan dan antarabangsa dan lain-lain lagi. Mereka jugalah yang menguasai jawatan-jawatan penting dalam persatuan dan kesatuan pelajar seperti Persatuan Mahasiswa Islam UM, Persatuan Mahasiswa Akademi Pengajian Islam UM dan Kesatuan Mahasiswa UM yang dahulunya adalah Majlis Perwakilan Pelajar UM. APIUM NP juga telah memberikan sumbangan yang besar kepada pembangunan negara, apabila alumni NP telah menjadi tokohtokoh penting dalam pelbagai bidang, seperti kepimpinan politik negara, pentadbiran, perundangan dan kehakiman, pengurus dan penasihat ekonomi di bank-bank dan institusi kewangan dan sebagainya. Lebih ketara ialah alumni NP telah memberikan sumbangan yang sangat besar kepada bidang pendidikan tinggi negara, apabila ramai di kalangan mereka menjadi pensyarah di APIUM KL, APIUM NP dan pelbagai institusi pendidikan tinggi di seluruh negara. Begitu juga APIUM NP sebenarnya menjadi sebahagian daripada agen pendidikan yang sangat berjasa di peringkat sekolah dan pejabat- pejabat Kementerian Pendidikan, kerana sebahagian besar daripada alumninya berkhidmat dalam sektor pentadbiran di Kementerian Pendidikan dan juga sebagai guru di sekolah-sekolah rendah dan menengah di seluruh negara. Dipaparkan di sini sebahagian daripada senarai panjang alumni APIUM NP yang menjadi nadi kepada pembangunan negara dalam pelbagai bidang tersebut:


93 TOKOH PENDIDIKAN NO NAMA JAWATAN 1 Prof. Dato' Dr. Mohd. Yakub @Zulkifli Bin Mohd. Yusoff Mantan Profesor di Universiti Malaya 2 Prof. Dato' Dr. Ahmad Hidayat Bin Buang Mantan Profesor di Universiti Malaya 3 Prof. Datin Dr. Raihanah Binti Haji Abdullah Profesor di Universiti Malaya 5 Prof. Datin Dr. Noor Naemah Binti Abdul Rahman Mantan Profesor di Universiti Malaya 6 Prof. Dr Joni Tamkin Bin Borhan (AlMarhum) Mantan Profesor di Universiti Malaya


94 TOKOH PENDIDIKAN NO NAMA JAWATAN 7 Prof. Dr. Che Zarrina Sa`ari Profesor di Universiti Malaya 8 Prof. Dr. Muhamad Rahimi Osman Profesor di UiTM 9 Prof. Dr. Farahwahida Mohd. Yusof Profesor di UTM 10 Prof. Dr. Abd. Jalil Borham Mantan Profesor di UMP 11 Prof. Dr. Shukri Ahmad Profesor di UUM


95 TOKOH PENDIDIKAN NO NAMA JAWATAN 12 Sahibus Samahah Datuk Haji Kipli Haji Yasin Mufti Kerajaan Sarawak. Member of Shariah Advisory Board of Bank Islam Malaysia 13 Datuk Bungsu @Aziz Bin Jaafar Mufti, Kerajaan Negeri Sabah 14 Dato' Haji Mohammad Adib Bin Husain Ketua Hakim Syarie, Jabatan Kehakiman Syariah Selangor. 15 Haji Sakariya Samela Mantan Ketua Pendakwa Syarie Negeri Sabah Ketua Pegawai Eksekutif Institut Profesional Baitulmal. 16 Datu Haji Awang Suhaili Bin Ledi Ketua Hakim Syarie Sarawak


96 TOKOH PENDIDIKAN NO NAMA JAWATAN 17 Datuk Wira Hj Abdul Halim Bin Tawil Mufti Negeri Melaka 18 Tuan Haji Najarudin Bin Haji Nedri Ketua Bahagian Sulh Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak 19 Tuan Haji Adana Bin Haji Jed Pengarah Unit Integriti Ombudsman, Jabatan Premier Sarawak 20 Tuan Hj Mohd Yusof Bin Abu Bakar. Timbalan Pengarah, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang 21 Abang Borhanudin Bin Abang Ahmad Masuine Timbalan Pengarah 2, Jabatan Agama Islam Sarawak


97 TOKOH PENDIDIKAN NO NAMA JAWATAN 22 Tuan Haji Husini Bin Haji Bakir Ketua Penolong Setiausaha, Bahagian Pentadbiran, Kewangan Dan Pengurusan Sumber, Kementerian Pendidikan, Inovasi Dan Pembangunan Bakat Sarawak 23 Ustaz Hj Aminuddin Bin Mohamad Pengarah, Bahagian Pendidikan, JAKIM 24 Tuan Kamarul Arief Tuan Soh Ketua Pegawai Eksekutif YADIM 25 Puan Hajah Siti Zulaiha Bt Haji Ibrahim Ketua Jemaah Nazir, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak


98 TOKOH PENDIDIKAN NO NAMA JAWATAN 26 Tuan Malai Ali Bin Malai Ahmad Timbalan Yang DiPertua Majlis Ugama Islam Sabah 27 Tuan Sapdin Bin Awang Ali Setiausaha Tugas-Tugas Khas Pejabat Menteri Tugas-Tugas Khas 28 Tuan Ramlan Bin Awang Ali Ketua Pegawai Eksejutif Majlis Ugama Islam Sabah 29 Tuan Mohamad Sidik Bin Awang Adi Timbalan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah 30 Tuan Haji Omar Raisul As-Salam Haji Sulaiman Omar Pengerusi Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah


99 TOKOH PENDIDIKAN NO NAMA JAWATAN 31 Dr Awang Faisal Assifa Bin Ag Rahim Pemangku Pengurus Besar Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah. 32 Prof. Madya Dr. Kamaruzaman bin Nordin Timbalan Dekan (Penciptaan Nilai dan Usahawan), APIUM Pakar Kewangan Islam: 1 Wan Jemizan Bin Wan Deeraman Head/Vice President of Shariah & Business Advisory Department, Takaful IKHLAS Family Bhd & Takaful IKHLAS General Bhd : Secretary of Group Shariah Committee of MNRB Holding Berhad 2 Mohamad Noranuar Bin Sajari BANK NIZWA S.A.O.G - SULTANATE OF OMAN Acting Head of Sharia Division – June 2016 – March 2017 Lead, Product Development Task Force – March 2014


100 Pakar Kewangan Islam: 3 Dr. Zaharuddin Bin Abdul Rahman Pengasas Elzar Group (Gabungan syarikat Myclass Technologies, Elzar Shariah, Elzar Resources, Elzar Trading, Tadika Islam Aalim Aulad, Firesell Technologies, 4 Dr. Ramadhan Fitri Bin Elias ( Senior Management) Head of Srategy Department Maybank Islamic 5 Nazri Chik Group Chief Financial Inclusion Officer at Bank Islam Malaysia Berhad Chairman, Shariah Committee at Tekun Nasional Deputy president at Association of Shariah Advisors In Islamic Finance - ASAS Shariah Adviser at Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan – PKINK Independent Director at Terengganu Incorporated Shariah Advisor at Malaysia Professional Accountancy Centre


101 Tokoh Politik dan Pemimpin Masyarakat 1 Dato’ Jamil Khir Baharum Mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama Islam). Mantan Penasihat Agama Perdana Menteri Malaysia. Mantan Ahli Parlimen Malaysia. 2 Wan Roslan Wan Mamat Exco Kerajaan Negeri Kelantan 3 Sheikh Omar Bagharib Ali Mantan Exco Kerajaan Negeri Johor 4 Mohd Nasir Zakaria Mantan Ahli Parlimen Padang Terap


Bibliografi 1. Hj. Mohd Noor Deris (1999), Nilam Puri Sebagai Pusat Kecemerlangan Ilmu, APIUM. 2. Timbalan Pendaftar AIUM (1987), Keterangan Ringkas Mengenai Perkembangan Akademi Islam Universiti Malaya. 3. Mahmood Zuhdi Ab Majid, Ahmad Baei Jaafar, Siti Alawiyah Md Zainal (2001), Nilam Puri Antara Persepsi Dan Pencapaian, Ilham Books. 4. Yayasan Pengajian Tinggi Islam Kelantan Nilam Puri 10 Tahun. 5. Majalah al-Jihad, Persatuan Mahasiswa APIUM Nilam Puri Kelantan Sesi 1990/91. 6. Majalah al-Jihad, Persatuan Mahasiswa APIUM Nilam Puri Kelantan Sesi 1993/94. 7. Majalah al-Jihad, Persatuan Mahasiswa APIUM Nilam Puri Kelantan Sesi 1994/95. 8. Buletin Nasyrah, APIUM, Bil 6, 2009/2010. 9. Buletin APIUM Nilam Puri, Bil 1, 2010. 10. Buletin APIUM Nilam Puri, Bil 2, 2011. 11. Buletin APIUM Nilam Puri, Bil 3, 2012. 12. Buletin APIUM Nilam Puri, Bil 4, 2013. 13. Buletin APIUM Nilam Puri, Bil 5, 2014/2015. 14. Kertas Cadangan Penyatuan Jabatan Pengajian Islam dan Akademi Islam dan Penyusunan Semula Akademi Islam, 1995. 15. Buku Panduan Asasi Pengajian APIUM Nilam Puri 16. Buku Laporan APIUM Kuala Lumpur. 17. Minit-Minit Mesyuarat APIUM Nilam Puri.


kademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Nilam Puri Kelantan (APIUMNP) telah bermula pada 1 April 1981 hasil pengambilalihan Yayasan Pengajian Tinggi Islam Kelantan (YPTIK). Sejak itu institusi terulung negara ini berkembang maju dan telah memberikan sumbangan yang besar kepada Pendidikan Islam di peringkat Pendidikan Tinggi negara kita dengan melahirkan ramai graduan yang berkhidmat di pelbagai sektor kerajaan dan swasta. Walau bagaimanapun, kampus APIUM Nilam Puri telah berpindah ke kampus baharu di Mukim Telong, Kandis Bachok, Kelantan pada 1 Mac 2020. Sekarang APIUM Nilam Puri dikenali sebagai Akademi Pengajian Islam, Pusat Pendidikan Universiti Malaya (UMEC), Bachok, Kelantan. Dengan mengekalkan prestij sebagai universiti terbaik di Malaysia, APIUM UMEC Bachok akan berusaha memenuhi keperluan Pendidikan Islam negara dan antarabangsa. Buku Sejarah 40 Tahun APIUM Nilam Puri ini diterbitkan sebagai rujukan bagi sejarah besar APIUM bertapak selama lebih 40 tahun di bumi Nilam Puri. Buku ini merekodkan sejarah sama ada dari segi penubuhan, pentadbiran, aktiviti staf dan pelajar serta sumbangan besar alumni APIUM Nilam Puri kepada masyarakat dan negara. Semoga buku ini menjadi rujukan untuk generasi akan datang.


Click to View FlipBook Version