PGA 101
TEORI
KONSTRUKTIVISME
DALAM PEMBELAJARAN
&
APLIKASI
Nik Hasna
Siti Nabilah
Siti Khairun Nisa
KUMPULAN
8 - PGA 101
TEORI
KONSTRUKTIVISME
DALAM
PEMBELAJARAN
DAN
APLIKASI
SITI KHAIRUN NISA BINTI
ZAKARIA (150579)
NIK HASNA BINTI AHMAD
FAUZI (151091)
SITI NABILAH BINTI
MOHAMAD (152185)
Penghasilan ebook ini adalah disasarkan
kepada guru-guru dan bakal guru. Semoga
dengan penghasilan ebook ini dapat
memberi maklumat yang berguna kepada
semua.
Isi Kandungan
1. PENGENALAN KONSTRUKTIVISME 1
2. MAKSUD KONSTRUKTIVISME 2-12
3. MODEL KONSTRUKTIVISME 5 FASA NEEDHAM 13-18
4. CIRI-CIRI PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME 19-22
5. MATLAMAT PEDAGOGI KONSTRUKTIVISME 23-25
6. KELEBIHAN PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME 26-28
7. PERANAN MURID DAN GURU DALAM KELAS KONSTRUKTIVIS 29-33
8. PRINSIP-PRINSIP KONSTRUKTIVISME 34-35
9. CABARAN GURU KONSTRUKTIVISME 36-37
10. PERBANDINGAN PEMBELAJARAN SECARA TRADISIONAL 38-42
DAN KONSTRUKTIVISME
11. ANALISIS SWOT DALAM TEORI PEMBELAJARAN 43-53
KONSTRUKTIVISME 54-67
12. CONTOH PEMBELAJARAN SECARA KONSTRUKTIVISME
13. IMPLIKASI PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME DALAM 68-72
PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 73
14. KESIMPULAN 74
15. RUJUKAN
PENGENALAN 1
Sekatan penting dalam pendidikan adalah guru
tidak boleh menyebarkan pengetahuan kepada
pelajar, tetapi pelajar perlu membina pengetahuan
secara aktif dalam fikiran mereka sendiri. Iaitu
mereka menemui dan mengubah maklumat,
memeriksa maklumat baru daripada yang lama (sedia
ada) dan menyemak semula peraturan apabila tidak
lagi berlaku. Pandangan konstruktivisme
pembelajaran menganggap pelajar sebagai agen aktif
dalam proses pemerolehan pengetahuan.
Konsep pembelajaran konstruktivis mempunyai
akar sejarah dalam karya Dewey(1929),
Bruner(1961), Vygotsky(1962) dan Piaget(1980).
Bednar, Cunningham, Duffy dan Perry(1992) serta
Glasersfeld(1995) telah mengemukakan beberapa
implikasi teori konstruktivisme untuk pembangun
instruksional yang menekankan bahawa hasil
pembelajaran harus menumpukan pada proses
pembinaan pengetahuan dan bahawa tujuan
pembelajaran harus ditentukan dari tugas autentik
(sahih) dengan objektif tertentu.
Konstruktivisme mempunyai akar dalam falsafah,
psikologi, sosiologi dan pendidikan. Dalam
pendidikan, walaupun penting bagi para pendidik
untuk memahami konstruktivisme, ia juga sama
pentingnya untuk memahami implikasi pembelajaran
ini terhadap pengajaran dan pengembangan
profesional guru.(Tam,2000)
2
APAKAH MAKSUD
KONSTRUKT IVISME
?
3
Terdapat pelbagai definisi tentang konstruktivisme yang
dikemukakan oleh beberapa tokoh individu. Antara
maksud konstruktivisme adalah :
Konstruktivisme adalah satu pendekatan pengajaran
berdasarkan kepada penyelidikan tentang bagaimana
manusia belajar. Kebanyakan penyelidik berpendapat
bahawa setiap individu membina pengetahuan dan
bukannya hanya menerima pengetahuan daripada orang
lain.
McBrien&Brandt,1997
Murid membina pengetahuan mereka dengan menguji
idea dan pendekatan berdasarkan pengetahuan dan
pengalaman sedia ada,mengaplikasikannya kepada situasi
baru dan mengintegrasikan pengetahuan baru yang
diperoleh dengan binaan intelektual yang sedia wujud.
Briner,M.,1999
Ada pendapat yang mengatakan bahawa konstruktivisme
adalah pendekatan pengajaran dan pembelajaran
berdasarkan premis bahawa kognisi (pembelajaran)
adalah hasil pembinaan mental. Dengan erti kata lain,
pelajar belajar dengan memasukkan maklumat baru
bersama apa yang mereka sudah tahu.
4
Driscoll (2000) menjelaskan tentang teori
konstruktivisme yang menegaskan bahawa
pengetahuan hanya boleh wujud di dalam minda
manusia dan bahawa ia tidak harus sesuai dengan
realiti dunia nyata. Pelajar akan sentiasa berusaha
untuk mendapatkan model mental peribadi mereka
sendiri di dunia nyata dari persepsi mereka terhadap
dunia itu. Oleh kerana mereka mengalami setiap
pengalaman baru, maka pelajar akan terus
mengemaskini model mental mereka sendiri untuk
mencerminkan maklumat baru dan akan membina
tafsiran mereka sendiri terhadap realiti.
Kesimpulannya, dapat dijelaskan bahawa
konstruktivisme adalah satu fahaman bahawa
murid membina sendiri pengetahuan atau konsep
secara aktif berdasarkan pengetahuan dan
pengalaman sedia ada. Dalam proses ini,murid akan
menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan
pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan
baru.
5
A
C
B
B
A
C
GAMBARAN PENGERTIAN
KONSTRUKTIVISME
Simbol A menunjukkan bahawa murid sememangnya
telah mempunyai pengetahuan sedia ada. Apabila
guru mengajar sesuatu perkara seperti konsep, idea,
atau maklumat, ia akan mewujudkan mentol-mentol
dalam otak murid (simbol B) yang mana ia
menggambarkan pengetahuan yang guru ajar telah
diterima. Pengetahuan yang diterima itu akan
berhubung dengan pengetahuan sedia ada untuk
membentuk pengetahuan baharu yang lebih
jelas(simbol C).
6
TERDAPAT BEBERAPA
TOKOH PELOPOR
KONSTRUKTIVISME
JEAN
LEV
PIVAYGGOETTSKY
(189(168-9169-18903)4)
JEROME BRUNER
(1915-1980)
JEAN PIAGET
(1896-1980)
JOHN DEWEY
(1929)
LEV VYGOTSKY IALAH TOKOH
PELOPOR YANG PALING UTAMA
7
LEV VYGOTSKY
( 1896-1934 )
Nama sebenar ialah Lev Semenovich
Vygotsky. Dilahirkan pada 17 November
1896 dan berasal dari Rusia. Beliau
merupakan seorang ahli psikologi
terkenal. Beliau memulakan kerjayanya
dalam bidang psikologi selepas menjadi
felo di Institut Psikologi. Vygotsky
menekankan tentang konstruktivisme
sosial dimana ilmu pengetahuan dibina
berdasarkan kepada interaksi sosial,alat
budaya dan aktiviti yang membentuk
pembinaan dan pembelajaran. Beliau
mencadangkan konsep "Zone Proksimal
Development (ZPD) atau dalam bahasa
Melayunya ialah Zon Perkembangan
Proksimal dan konsep Scaffolding
(perancah/bantuan).
8
ZON PERKEMBANGAN PROKSIMAL
(ZPD)
Zon Perkembangan Proksimal (ZPD) merupakan
suatu kemampuan untuk melakukan sesuatu dengan bantuan
orang lain. Ia juga merupakan jurang diantara apa yang
pelajar boleh lakukan tanpa bantuan dan apakah yang dia
boleh lakukan dengan bantuan.
Lev Vygotsky menganggap Zon Perkembangan
Proksimal (ZPD) sebagai jurang tahap perkembangan
sebenar yang ditentukan berdasarkan keupayaan
penyelesaian masalah tanpa bantuan dan tahap potensi
perkembangan yang ditentukan melalui penyelesaian
masalah dibawah bimbingan orang dewasa atau rakan
sebaya yang mempunyai keupayaan atau kemahiran yang
lebih.
Zon Perkembangan Proksimal (ZPD) juga
menerangkan bagaimana kemahiran-kemahiran yang sukar
dilakukan oleh kanak-kanak boleh dijayakan dengan
bantuan dan bimbingan orang dewasa atau rakan sebaya
yang lebih mahir. Zon Perkembangan Proksimal (ZPD) ini
bertujuan untuk menolong kanak-kanak iaitu pelajar
berkembang dari tahap sosial ke tahap peribadi.
Lev Vygotsky ialah antara ahli profesional pendidikan
yang percaya bahawa peranan pendidikan adalah untuk
menyediakan kanak-kanak dengan pengalaman mengikut
ZPD mereka. Dengan ini, ia dapat menggalakkan dan
memajukan pembelajaran individu mereka. Perkara ini perlu
difahami oleh guru-guru agar pembelajaran bermakna dapat
diberikan kepada murid-murid mengikut aras dan keperluan
mereka yang berbeza.
9
Tahap Perkembangan Tahap Perkembangan
Sebenar Potensi
(Actual Development) (Potential Development)
Kanak-kanak boleh Kanak-kanak boleh
menyelesaikan menyelesaikan
masalah secara masalah dengan
sendiri tanpa
bimbingan orang
sebarang bantuan. dewasa.
10
APA SAYA TIDAK TAHAP
BOLEH LAKUKAN PERKEMBANGAN
POTENSI
ZPD
APA SAYA BOLEH TAHAP
LAKUKAN PERKEMBANGAN
SEBENAR
Dalam konteks pembangunan pelajar di sekolah, ZPD dapat
dijelaskan melalui MODEL ZPD yang ditunjukkan diatas.
Lingkaran berwarna ungu adalah zon dimana murid
memerlukan bimbingan dan bantuan secara total atau 100%
daripada guru,rakan sebaya atau orang yang lebih mahir.
Bulatan berwarna merah jambu adalah ZPD, dimana
murid telah mempunyai pengetahuan tetapi murid
memerlukan sedikit bimbingan daripada guru-guru atau
bantuan daripada rakan sebaya untuk pembelajaran dan
penyelesaian masalah. Lingkaran berwarna biru pula
adalah potensi murid yang telah dibangunkan iaitu murid
tadi boleh melaksanakan tugasan atau menyelesaikan
masalah secara sendiri tanpa memerlukan bantuan orang
dewasa,guru atau rakan sebaya.
SCAFFOLDING 11
(PERANCAH/BANTUAN)
Konsep scaffolding (perancah) adalah berkait rapat
dengan Zon Perkembangan Proksimal (ZPD).
Vygotsky tidak pernah menggunakan istilah scaffolding.
Sebaliknya,istilah scaffolding ini dibangunkan oleh
pengkaji sosiobudaya lain yang cuba mengaplikasikan
teori Vygotsky dalam pendidikan.
Perancah adalah satu proses yang mana seseorang guru
atau rakan sebaya memberi bantuan kepada rakan
mereka yang berada dalam ZPD sebagaimana yang
diperlukan. Ia juga dikatakan sebagai proses peringkat
bimbingan atau sokongan yang dilakukan mengikut
keperluan pelajar. Bimbingan yang diberikan oleh guru
atau orang dewasa dalam proses pengajaran dan
pembelajaran adalah melalui soalan dan interaksi yang
bersifat positif.
Di awal pembelajaran, guru memberi
bimbingan langsung kepada pelajar. Semakin
tinggi tahap kemampuan pelajar, maka
semakin sedikit bantuan yang diberikan.
Maksudnya, bantuan akan terus diberikan
hinggalah ke satu tahap dimana murid
berkenaan sudah berupaya menyelesaikan
tugasan atau masalahnya sendiri dan tidak
lagi memerlukan bantuan orang lain.
CONTOH SCAFFOLDING 12
(PERANCAH/BANTUAN) YANG
BOLEH DIBERIKAN
Soal Jawab Prompting
( Dorongan )
Penjelasan Tanda Isyarat
Verbal
Penjelasan verbal adalah cara dimana guru memberikan
penerangan secara lisan atau bertulis. Perbualan dan interaksi
ialah alat yang penting dalam proses ini. Soal jawab pula ialah
cara dimana guru mengajukan soalan kepada pelajar manakala
pelajar menjawab menggunakan pengetahuan sedia ada.
Prompting (dorongan) iaitu guru memberi sokongan dan
semangat kepada pelajar untuk menyelesaikan masalah dan
melaksanakan tugas. Akhir sekali, tanda isyarat iaitu guru
memberikan petunjuk atau klu kepada pelajar untuk
menyelesaikan masalah.
13
MODEL KONSTRUKTIVISME
LIMA FASA
NEEDHAM (1987)
Model Konstruktivisme Lima Fasa Needham telah
dihasilkan oleh Needham di United Kingdom pada
tahun 1987. Needham telah mencadangkan model
pengajaran dan pembelajaran ini dalam "Children's
Learning in Science Project" di Universiti Leeds
untuk meningkatkan pemahaman pelajar tentang
sesuatu konsep Sains serta menggalakkan pelajar
melibatkan diri secara aktif di dalam bilik darjah.
Model Konstruktivisme Lima Fasa Needham
(1987) dapat meningkatkan pencapaian dan minat
subjek terhadap sesuatu mata pelajaran.
Penggunaan Model Konstruktivisme Lima Fasa
Needham (1987) menjadikan proses pengajaran
dan pembelajaran lebih berpusatkan pelajar. Hal ini
dikatakan demikian dapat menarik perhatian
pelajar terhadap mata pelajaran tersebut.
14
MODEL
KONSTRUKTIVISME
LIMA FASA
NEEDHAM (1987)
ORIENTASI
PENCETUSAN IDEA
PENSTRUKTURAN
SEMULA IDEA
APLIKASI IDEA
REFLEKSI
15
Pada fasa orientasi, guru menyediakan set
induksi di dalam kelas. Set induksi merupakan
satu set pembelajaran untuk memulakan sesuatu
PdPc yang melibatkan idea, aktiviti, proses, teknik
dan sumber bagi menarik perhatian murid
supaya mereka bersedia untuk belajar. Set
induksi adalah tunjang kepada PdPc yang
berkesan kerana boleh merangsang minat murid
untuk belajar dan meningkatkan semangat ingin
tahu mereka.
Set induksi yang menarik dan kreatif boleh
menjadikan murid lebih aktif untuk aktiviti
seterusnya. Oleh itu, guru perlu menyediakan
suasana pembelajaran yang kondusif dengan
menggunakan alat bantu mengajar untuk
menimbulkan minat pelajar terhadap
pembelajaran. Sebagai contohnya, cara yang
boleh digunakan ialah dengan menunjukkan
tayangan video, keratan akhbar, tayangan filem,
soal-jawab dan sebagainya.
16
Selain itu, pada fasa pencetusan idea,
guru perlu mencetuskan idea pelajar
dengan mengadakan aktiviti seperti
perbincangan dalam kumpulan kecil,
menggunakan kaedah peta konsep,
membuat laporan dengan
menghubungkaitkan pengetahuan sedia
ada dengan pengetahuan baru yang akan
mereka belajar. Sebagai contohnya, pelajar
berbincang dalam kumpulan dan berkongsi
pengetahuan dengan rakan yang lain.
Peranan guru pada peringkat ini adalah
sebagai fasilitator atau pembimbing iaitu
membimbing pelajar untuk membuat
pembelajaran secara inkuiri.
17
Seterusnya, pada fasa penstrukturan
semula idea, guru perlu menyediakan aktiviti atau
memberi tugasan berstruktur untuk membolehkan
pelajar mencabar idea asal mereka. Hal ini
demikian kerana, pelajar dapat membina struktur
pengetahuan sendiri yang lebih bermakna dan
berkesan. Dalam fasa ini juga, kemahiran bahasa
akan membantu pelajar untuk membuat
pengubahsuaian atau penyusunan semula idea
secara urutan. Oleh itu, guru berperanan untuk
membantu penstrukturan semula idea dan
mengukuhkan konsep atau idea yang tepat.
Di samping itu, pada fasa aplikasi idea,
pelajar akan mengaplikasikan pengetahuan baru
yang diperoleh dengan menyelesaikan masalah
dalam situasi baru. Hal ini dikatakan demikian
kerana, melalui fasa aplikasi idea ini, pelajar dapat
mewujudkan pemahaman yang baru dan
menggalakkan pembelajaran secara inkuiri dalam
kalangan pelajar. Oleh itu, pelajar digalakkan untuk
menggunakan pengetahuan baru mereka dalam
situasi yang baru.
18
Akhir sekali, pada fasa refleksi, pelajar
membandingkan pengetahuan asal mereka
dengan pengetahuan baru yang diperoleh di
dalam bilik darjah. Pelajar cuba mengingat
kembali proses pembelajaran yang
menyebabkan berlakunya perubahan dalam
pemahaman mereka. Justeru, pelajar juga
boleh membuat refleksi pembelajaran untuk
melihat sejauhmanakah tahap pemahaman
pelajar dan idea asal mereka telah berubah.
Sebagai contohnya, guru boleh
menggunakan kaedah penulisan kendiri,
perbincangan dalam kumpulan kecil, dan
nota catatan peribadi pelajar untuk meneliti
tahap pemahaman pelajar dalam
pembelajaran. Oleh itu, guru perlu
berbincang dengan pelajar tentang
pengetahuan baru yang diperoleh oleh
pelajar .
19
CIRI-CIRI PEMBELAJARAN
SECARA
KONSTRUKTIVISME
Terdapat beberapa ciri pembelajaran
secara konstruktivisme iaitu guru
menggalakkan murid bertanya soalan dan
berdialog dengan rakan sekelas serta guru.
Proses interaksi ini dapat menerapkan minat
dalam diri pelajar untuk bertanya soalan yang
dapat membantu mereka memahami sesuatu
topik dengan lebih jelas dan spesifik. Tambahan
lagi, soalan yang ditanyakan kemungkinan
datang dari pengetahuan sedia ada pelajar
tersebut (Kang Mousir, 2014).
20
Selain itu, ciri pembelajaran secara
konstruktivisme adalah menggalakkan
pembelajaran berasaskan inkuiri. Inkuiri
bermaksud satu pendekatan pembelajaran yang
berpusatkan pelajar dan melibatkan aktiviti
hands-on (Colburn, 2000). Hal ini dapat
dilakukan melalui pemberian tugasan dalam
bentuk soalan aras tinggi. Contohnya, pelajar
melakukan aktiviti seperti kajian dan eksperimen
menggunakan kaedah mengenal pasti, mencari
dan menguji pengetahuan. Hal ini demikian
kerana, kaedah inkuiri melibatkan daya
pemikiran pada aras tinggi hingga membolehkan
pelajar berfikir di luar kotak. Oleh itu,
pembelajaran yang menggunakan kaedah inkuiri
dapat membolehkan pelajar mempelajari
sesuatu topik dengan lebih mendalam seperti
memberi maklumat yang selaras dengan idea
yang bernas bagi menyokong jawapan.
21
Seterusnya, ciri pembelajaran secara
konstruktivisme adalah menyokong
pembelajaran secara koperatif.
Pembelajaran koperatif merujuk kepada kaedah
pengajaran yang memerlukan dari pelbagai
kebolehan bekerjasama dalam kumpulan kecil
untuk mencapai satu matlamat (Slavin, 1982).
Pembelajaran konstruktivisme ini juga dapat
menggalakkan serta menerima daya usaha dan
autonomi murid. Ini diertikan guru perlu
menggalakkan murid untuk melakukan aktiviti
secara berkumpulan dengan rakan sekelas
mereka. Hal ini dapat mengembangkan
kemahiran komunikasi dan interaksi murid
dengan orang lain (Kang Mousir, 2014).
Di samping itu, ciri pembelajaran secara
konstruktivisme adalah guru perlu mendidik
murid-murid untuk menganggap
pembelajaran sebagai suatu proses yang
sama penting dengan hasil pembelajaran.
Melalui penekanan ini, murid akan beranggapan
bahawa walaupun kaedah pembelajaran yang
diaplikasikan berbeza, namun hasil
pembelajaran yang diperolehi adalah penting
untuk diaplikasikan di masa akan datang (Kang
Mousir, 2014).
22
Ciri pembelajaran secara konstruktivisme
juga dapat menggalakkan soalan atau idea
yang dimulakan oleh murid dan
menggunakannya sebagai panduan
merancang pengajaran. Menerusi soalan-
soalan yang dikemukakan oleh murid, guru
dapat melihat perkembangan pengetahuan yang
telah dicapai oleh murid melalui aktiviti yang
dijalankan (Kong Mousir, 2014).
Akhir sekali, ciri pembelajaran secara
konstruktivisme adalah mengambilkira
kepercayaan dan sikap yang dibawa oleh
murid. Kepercayaan yang diberikan kepada
murid dapat membuatkan murid mempunyai
keyakinan yang tinggi dalam membuat
keputusan. Tambahan lagi, konstruktivisme juga
mengambil kira dapatan kajian tentang
bagaimana murid belajar sesuatu idea dalam
pembelajaran.
23
24
Honebein (1996) merangkumkan apa yang
digambarkan sebagai tujuh tujuan pedagogi
persekitaran pembelajaran konstruktivisme iaitu :
Tujuannya adalah untuk memberikan pengalaman
dengan proses pembinaan pengetahuan. Melalui tujuan
ini,pelajar sendiri akan menentukan bagaimana mereka
belajar iaitu bagaimana cara mereka ingin memahami sesutau
topik yang dipelajari.
Seterusnya, untuk memberikan pengalaman dan
penghargaan dalam pelbagai perspektif. Penilaian
penyelesaian masalah akan berlaku iaitu pelajar menilai
pengetahuan baru yang diperoleh dimana jika pengetahuan
yang diperoleh itu betul dan bercanggah dengan pengetahuan
sedia ada,maka pelajar itu akan membetulkan perspektifnya.
Melalui tujuan ini juga, guru akan menghargai hasil dan
percubaan pelajar untuk membina pengetahuan.
Di samping itu, untuk menanamkan pembelajaran
dalam konteks yang realistik iaitu tugas yang sahih.
Maksudnya, guru memberikan tugasan yang berkait dengan
topik pembelajaran agar pelajar tidak menghadapi masalah
atau kesukaran untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan
dalam usaha untuk membina pengetahuan mereka.
25
Selain itu, untuk mendorong pemilikan dan suara
dalam proses pembelajaran. Hal ini demikian kerana,
dalam konsep konstruktivisme, pembelajaran adalah
berpusatkan murid. Oleh itu, murid akan bergiat aktif didalam
kelas iaitu mereka akan aktif bertanya soalan,melontarkan
pendapat ,idea dan sebagainya dalam proses untuk membina
pengetahuan.
Pedagogi ini juga bermatlamat untuk menanamkan
pembelajaran dalam pengalaman sosial. Ini bermaksud,
adanya kolaborasi atau kerjasama dalam kalangan murid
semasa proses pengajaran dan pembelajaran yang dapat
membentuk hubungan sosial. Sebagai contoh, aktiviti
berkumpulan iaitu murid berkumpul dengan rakan yang lain
dan berbincang bersama-sama untuk menyelesaikan tugasan
yang diberikan oleh guru mereka.
Seterusnya, untuk mendorong penggunaan pelbagai
mod perwakilan iaitu guru menggunakan pelbagai bahan
dan alat bantuan mengajar yang dapat merangsang minda
murid. Contohnya, video,audio,projektor,gambar,carta pai
dan sebagainya.
Akhir sekali, untuk mendorong kesedaran mengenai
proses pembinaan pengetahuan. Melalui matlamat ini, akan
berlakunya proses refleksi dan metakognisi iaitu kesedaran
tentang apa yang diketahui dan apa yang tidak diketahui.
26
Kelebihan
Pembelajaran
Secara
Konstruktivisme
1) MAMPU BERFIKIR
2) DAYA MENGINGAT
3) BERKEYAKINAN
4) MEMAHAMI
5) BERKEMAHIRAN SOSIAL
6) LEBIH SERONOK
27
Antara kelebihan pembelajaran
secara konstruktivisme adalah murid
akan lebih berfikir. Dalam proses
membina pengetahuan baru, murid akan
berfikir untuk menyelesaikan masalah,
menjana idea, dan membuat keputusan
yang bijak dalam menghadapi pelbagai
kemungkinan dan cabaran. Sebagai
contoh, ini boleh dicapai melalui aktiviti
penyelidikan dan penyiasatan seperti
mengenal pasti masalah, mengumpul
maklumat, memproses data, membuat
tafsiran dan membuat kesimpulan
pembelajaran.
Seterusnya, kelebihan pembelajaran
secara konstruktivisme adalah murid akan
lebih ingat dalam pembelajaran. Setelah
memahami sesuatu konsep, murid akan
dapat mengingati lebih lama konsep
tersebut kerana mereka terlibat secara
aktif dalam mengaitkan pengetahuan
yang diterima dengan pengetahuan sedia
ada untuk membina pengetahuan baru.
Tambahan lagi, pembelajaran secara
konstruktivisme ini akan menjadikan
murid lebih yakin dalam pembelajaran.
Murid yang belajar secara
konstruktivisme diberi peluang untuk
membina sendiri kefahaman mereka
tentang sesuatu. Ini menjadikan mereka
lebih yakin kepada diri sendiri serta
berani menghadapi dan menyelesaikan
masalah dalam situasi baru.
28
Selain itu, murid juga akan menjadi
lebih faham dalam pembelajaran
dengan menggunakan kaedah
konstruktivisme. Kefahaman murid
tentang sesuatu konsep dan idea lebih
jelas apabila mereka terlibat secara
langsung dalam pembinaan
pengetahuan baru. Seorang murid yang
memahami apa yang dipelajari akan
dapat mengaplikasikan pengetahuan
yang baru dalam kehidupan dan situasi
baru.
Di samping itu, murid akan menjadi
lebih berkemahiran sosial apabila
teknik pembelajaran adalah
menggunakan kaedah konstruktivisme.
Murid yang berkemahiran sosial boleh
bekerjasama dengan orang lain dalam
menghadapi sebarang cabaran dan
masalah. Kemahiran sosial ini diperoleh
apabila murid berinteraksi dengan
rakan-rakan dan guru dalam membina
pengetahuan mereka.
Akhir sekali, kelebihan pembelajaran
secara konstruktivisme ialah lebih seronok
kepada murid-murid. Dalam pembelajaran
secara konstruktivisme, murid dapat
membina sendiri pengetahuan, konsep dan
idea secara aktif. Ini menjadikan mereka
lebih faham, lebih yakin dan lebih seronok
untuk terus belajar sepanjang hayat
walaupun menghadapi pelbagai
kemungkinan dan cabaran.
29
Peranan
Murid dan
Guru dalam
Kelas
Konstruktivis
30
Peranan Murid
Apabila pembelajaran secara konstruktivisme
diamalkan di dalam kelas, peranan murid dan guru
akan berubah. Terdapat beberapa perubahan dalam
bilik darjah khususnya tentang peranan murid dan
guru dalam pembelajaran secara konstruktivisme.
Antara peranan murid dalam pembelajaran secara
konstruktivisme ialah murid mengambil inisiatif
untuk mengemukakan soalan-soalan dan isi,
kemudian secara individu mereka akan membuat
analisis dan menjawab soalan-soalan itu. Mereka
bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka
sendiri dan boleh menyelesaikan masalah dalam
pembelajarannya.
Seterusnya, peranan murid ialah mengkaji
hipotesis yang telah dibuat dan digalakkan
berbincang untuk membuat ramalan. Murid diberi
banyak ruang dan peluang untuk menguji hipotesis
mereka terutamanya melalui perbincangan dalam
kumpulan kecil di bilik darjah.
31
Selain itu, peranan murid dalam pembelajaran
secara konstruktivisme ialah murid akan selalu
berbincang dengan guru dan sesama rakan
sekelas. Perbincangan itu akan membantu murid
mengubah atau mengukuhkan idea-idea mereka. Jika
murid itu berpeluang mengemukakan pendapat
mereka dan mendengar idea orang lain, murid
tersebut dapat membina asas pengetahuan yang
mereka faham.
Akhir sekali, peranan murid dalam pembelajaran
konstruktivisme ialah murid menggunakan data dan
bahan-bahan fizikal, manipulatif atau interaktif
untuk menolong mereka menjana idea dan
pengetahuan dalam sesuatu topik pembelajaran.
32
Peranan Guru
Terdapat beberapa peranan guru dalam pembelajaran
secara konstruktivisme iaitu guru perlu menggalakkan
murid untuk menerangkan idea mereka di hadapan
kelas dan memberi masa secukupnya kepada murid
untuk membuat perkaitan antara idea-idea yang telah
dijanakan. Setelah murid menerangkan idea mereka,
guru perlu menghargai pandangan murid tersebut.
Selain itu, peranan guru ialah menjadi fasilitator atau
pembimbing kepada murid seperti membimbing murid
untuk mendapatkan jawapan yang tepat. Guru juga perlu
menggalakkan murid untuk menerangkan lebih lanjut
jawapan mereka mengikut kefahaman pelajar.
Seterusnya, guru perlu memberikan peluang kepada
murid untuk mempelajari sesuatu menggunakan
bahan bantu mengajar kerana ia akan meningkatkan
kognitif murid yang melibatkan diri secara aktif dalam
pembelajaran.
33
Di samping itu, guru juga perlu mentaksir
pembelajaran melalui aktiviti harian di dalam kelas
dan bukan hanya dalam bentuk ujian bertulis sahaja
serta membantu murid untuk menyedari hubungan
kurikulum kepada kehidupan mereka.
Akhir sekali, peranan guru dalam pembelajaran
secara konstruktivisme ialah menggalakkan murid
membuat tugasan yang berbentuk penyelesaian,
menganalisis, meramal, meneroka dan membuat
hipotesis.
34
PRINSIP-PRINSIP
KONSTRUKTIVISME
Pengajaran kontruktivistisme berdasarkan kajian terkini
mengenai otak manusia dan apa yang diketahui mengenai
bagaimana pembelajaran berlaku. Caine dan Caine (1991)
menunjukkan bahawa pengajaran yang sesuai dengan otak
berdasarkan 12 prinsip :
Otak itu prosesor yang selari. Ia Usaha untuk mencari makna
memproses banyak jenis bersifat semula jadi. Pengajaran
maklumat termasuk fikiran, efektif menyedari bahasa
emosi dan pengetahuan budaya. pengertian bagi seseorang
Pengajaran yang efektif adalah personal dan unik,
menggunakan pelbagai strategi pemahaman seseorang pelajar
pengajaran. bergantung kepada pengalaman
uniknya.
Pembelajaran melibatkan
keseluruhan fisiologi. Guru tidak Usaha untuk mencari makna
boleh menumpukan kepada berlaku melalui pencorakan.
intelek sahaja. Pengajaran efektif
menghubungkaitkan idea dan
maklumat dengan konsep dan
tema global.
35
Emosi adalah kritikal kepada Terdapat sekurang-kurangnya
pencorakan. Pembelajaran dua jenis ingatan: sistem
dipengaruhi oleh emosi, perasaan ingatan ruang (spartial) dan
dan sikap. sistem ingatan untuk
pembelajaran hafalan.
Otak memproses bahagian kecil dan Pengajaran yang terlalu
keseluruhannya secara serentak. mengutamakan pembelajaran
Orang menghadapi masalah hafalan tidak memajukan
membelajari sesuatu jika bahagian pembelajaran ruang dan
kecil atau keseluruhan diabaikan. pembelajaran berasaskan
pengalaman boleh menghalang
Pembelajaran melibatkan perhatian pemahaman murid.
berfokus dan persepsi keliling
(peripheral). Pembelajaran Pelajar memahami dan
dipengaruhi oleh persekitaran, mengingati dengan baik jika
kebudayaan dan iklim. fakta dan kemahiran diselitkan
dalam ingatan natural dan
Pelajaran melibatkan proses sedar ruang. Pembelajaran
dan tak sedar. Pelajar memerlukan eksperimen adalah paling
masa untuk memproses 'apa' dan efektif.
'bagaimana' isi pelajarannya.
Pembelajaran diperkuatkan
Setiap otak adalah unik. oleh cabaran dan dibantutkan
Pengajaran mestilah dipelbagaikan oleh ancaman. Iklim bilik darjah
agar murid-murid dapat harus mencabar tetapi tidak
menyatakan kecenderungan mengugut pelajar.
masing-masing.
3
CABARAN GURU KONSTRUKTIVISME
Guru merasakan kesulitan yang Guru tidak ingin berubah dalam
amat dalam memberikan menggunakan model pembelajaran.
Guru berasa terlalu selesa dengan
contoh-contoh konkrit dan realistik model pembelajaran tradisional, iaitu
dalam proses pembelajaran. Dalam model pengajaran secara ceramah.
Pandangan guru terhadap pelajar
hal ini, guru harus memiliki diibaratkan pelajar seperti bekas yang
kreativiti yang tinggi dalam masih kosong yang perlu diisi oleh
menyampaikan pengetahuan ilmu pengetahuan yang dimiliki guru.
pembelajaran. Sebagai contoh, Guru merasakan dengan menggunakan
dalam subjek Sejarah, guru Sejarah model tradisional sahaja mampu
tidak mampu membawa nilai-nilai mendapatkan nilai yang tinggi,
masa lalu untuk diterapkan dalam sehingga tidak perlu menggunakan
masa sekarang untuk mengukuhkan model pembelajaran lain.
pemahaman pelajar. Guru menganggap bahawa
pembelajaran konstruktivisme
memerlukan lebih banyak masa. Proses
pembelajaran konstruktivisme ingin
menjadikan pelajar seorang yang aktif.
Hal ini demikian kerana,proses
pembelajaran konstruktivisme ingin
menjadikan pelajar seorang yang
aktif.Hal ini juga tidak mampu
menandingi kemampuan kognitif
pelajar kerana beban guru sudah
terlalu banyak.
Belum adanya alat-alat dan 3
bahan-bahan bantu yang
cukup memadai untuk jumlah Terlalu banyak bidang
pelajar yang besar. Kebanyakan pembelajaran yang harus
sekolah masih terbatas untuk dipelajari dalam kurikulum.
menyediakan fasiliti guna Masih terdapat ramai guru
menyokong pembelajaran yang mengajar diluar bidang
konstruktivisme. Kekurangan pengajaran yang sesuai dengan
kemudahan dan prasarana untuk kemampuannya. Oleh itu,
menyokong pembelajaran model penguasaan bahan-bahan dan
konstruktivisme kerana kekangan material pengajaran oleh guru
kos. kurang memadai.
3
KOPPTENEMRRSABTSBADREEDCUNILASAKADINROTJINAAINVGRAIAASLNMN E
3
PEMBELAJARAN
SECARA
TRADISIONAL
PENGENALAN KEPADA KONSEP
Konsep diperkenalkan secara deduktif
kepada murid.
LATIHAN
Bagi mengukuhkan konsep, murid
diberi banyak latihan.
APLIKASI
Murid mengaplikasi konsep yang
dipelajari dalam situasi baru.
4
Pembelajaran secara tradisional
menjadikan murid bersifat pasif, iaitu
sebagai penerima maklumat melalui
syarahan dan pembacaan. Murid
bergantung penuh kepada guru dan
buku teks tanpa menggunakan sistem
pembelajaran yang lebih relevan.
Keadah pengajaran yang berpusatkan
guru, iaitu guru berperanan sebagai
penyampai maklumat dan murid
hanya menerima. Ilmu yang
disampaikan tidak sepenuhnya
diterima oleh murid (kaedah
penyampaian satu hala).
Penilaian yang digunakan dalam
pembelajaran secara tradisional
adalah penilaian yang menguji fakta.
Contohnya ialah ujian kertas dan
pensil.
Pelajar belajar berdasarkan apa yang
telah diajarkan oleh guru. Guru
merupakan penyampai maklumat
semata-mata dan jarang sekali
mengemukakan soalan atau
melibatkan pelajar dalam aktiviti-
aktiviti pembelajaran.
PEMSBEECLAARJAARAN 4
KONSTRUKTIVISME
PENEROKAAN
Murid menghadapi situasi atau masalah
baru.
SOALAN DARIPADA MURID
Murid mengajukan beberapa soalan yang
berkaitan situasi atau masalah yang
dihadapi.
PENYIASATAN DAN KAJIAN SPESIFIK
Murid memilih satu daripada soalan atau
sebarang masalah yang diajukan dan
menjalankan penyiasatan penuh.
REFLEKSI
Murid mencari hubungan antara soalan-soalan
dan sebarang masalah yang dijanakan dan
membuat generalisasi. Seterusnya, , murid
mungkin menemui situasi atau masalah baru
untuk diterokai atau disiasat.
4
Pembelajaran konstruktivisme menggalakkan murid bertanya
dan berdialog dengan murid dan guru.
Hal ini memberi peluang kepada murid untuk membina
pengetahuan baru dengan memahaminya melalui penglibatan
murid dengan situasi dunia yang sebenar.
Kaedah pengajaran yang berpusatkan murid, iaitu guru
berperanan sebagai pembimbing dan mentor. Murid
menggunakan data dan bahan-bahan fizikal, manipulatif atau
interaktif untuk menolong mereka menjana idea dan
pengetahuan (kaedah penyampaian dua hala).
Penilaian yang digunakan dalam pembelajaran secara
konstruktivisme ialah penilaian yang berasakan pencapaian
atau prestasi penyelesaian masalah. Contohnya ialah porfolio.
Guru menggalakkan murid menerangkan idea mereka serta
menghargai pandangan mereka. Guru juga menggalakkan
murid membuat tugasan yang berbentuk penyelesaian,
menganalisis, meramal, meneroka dan membuat hipotesis.
43
ANALISIS SWOT
DALAM TEORI
PEMBELAJARAN
KONSTRUKTIVISME
Analisis SWOT merupakan
singkatan bahasa Inggeris
daripada strenghts, weakness,
opportunities, dan threats adalah
kaedah perancangan strategik
yang digunakan untuk menilai
kekuatan, kelemahan, peluang
dan ancaman dalam suatu projek.
Teknik ini dibuat oleh Albert
Humphrey yang mengetuai projek
penyelidikan di Universiti Stanford
pada dekad 1960-an dan 1970-an
dengan menggunakan data dari
syarikat-syarikat Fortune 500.
44
STRENGTH
( KEKUATAN)
Berfikir dalam proses membina pengetahuan baru, murid
berfikir untuk menyelesaikan masalah, menjana idea dan
membuat keputusan.
Kefahaman : Oleh kerana murid terlibat secara langsung dalam
membina pengetahuan baru, mereka akan lebih faham dan
boleh mengaplikasikannya dalam semua situasi. Oleh kerana
murid terlibat secara langsung dengan aktif, mereka akan ingat
lebih lama semua konsep. Melalui pendekatan ini,
murid membina sendiri kefahaman mereka. Justeru mereka
lebih yakin menghadapi dan menyelesaikan masalah dalam
situasi baru.
Guru sebagai pemudahcara dan fasilitator yang membantu
murid membina pengetahuan dan menyelesaikan masalah.
Penerapan nilai koperatif dan kolaboratif memupuk semangat
bekerjasama dan secara tidak langsung penglibatan murid akan
aktif dalam proses pembelajaran dan pengajaran.
Pelajar membina dan mendapat pengetahuan serta kemahiran
dengan melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran untuk
mencapai kefahaman.
Teori ini tidak menggunakan kaedah atau teknik pembelajaran
yang kuno atau tradisional seperti menghafal, atau mengingat.
Tetapi murid mendapat pengetahuan berdasarkan pengalaman
yang dibina dalam minda mereka.
Oleh kerana pembelajaran berpusatkan murid dan murid
terlibat secara terus, murid akan lebih faham, ingat, dan yakin
maka mereka akan berasa seronok belajar dalam membina
pengetahuan baru.
45
KEKUATAN
Teknik SWOT telah digunakan bagi menganalisis Teori
Pembelajaran Konstruktivis. Berikut adalah
antara Strength atau kelebihan kaedah pengajaran
konstruktivisme. Pertama adalah, guru merupakan
penolong, pemudahcara dan perancang. Guru hanya
berperanan menyampaikan teori pengajaran dan
menghubungkait dengan pengalaman murid untuk
pemahaman. Guru memilih idea yang terdekat dengan
prinsip yang hendak diajar kepada murid. Ini bermakna,
pelajar memainkan peranan utama dalam aktiviti
pembelajaran. Mereka melibatkan diri secara langsung
dengan penyelesaian masalah yang dilaksanakan dalam
kelas.
Kelebihan kedua yang terdapat di dalam teori ini
ialah nilai koperatif dan kolaboratif diterapkan di dalam
diri murid-murid. Murid diminta bekerjasama dalam
kumpulan untuk memberikan hipotesis mereka sendiri
berkaitan dengan sesuatu topik pelajaran yang dipelajari
(boleh menentukan miskonsepsi). Kaedah ini adalah
sangat bagus kerana boleh memotivasikan pelajar,
membimbing, dan menggalakkan pelajar melibatkan
secara aktif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
46
KEKUATAN
Selain itu, teori konstruktivisme ini juga tidak menggunakan
kaedah atau teknik tradisional seperti, syarahan, menghafal
dan mengingat. Murid mendapat ilmu pengetahuan
berdasarkan pengalaman yang dibina di dalam minda
mereka dan bukannya yang wujud luar daripada minda
mereka. Aktiviti yang dilaksanakan dan alat bantu mengajar
yang menarik serta pelbagai juga akan membuatkan murid
mudah faham dan berasa lebih seronok ketika sesi
pengajaran dan pembelajaran.
Keempat, peningkatan penguasaan teknik lisan dan bukan
lisan dalam diri murid-murid. Dalam teori ini, guru hanya
membentangkan teori dan pelajar akan mengadaptasinya
sendiri berdasarkan pengalaman sendiri. Manakala aktiviti
dalam kelas memperkukuhkan lagi pemahaman murid
tersebut. Hal ini bermakna, guru dan murid menggunakan
kaedah timbal balik, di mana penggunaan serta penguasaan
teknik lisan dan bukan lisan diaplikasikan.
47
WEAKNES
( KELEMAHAN )
Ketidaksediaan murid untuk merancang
strategi, berfikir dan menilai sendiri teori
pengajaran berdasarkan pengalaman sendiri
kerana tidak semua murid mempunyai
pengalaman yang sama atau menepati apa yang
akan diajar oleh guru.
Guru tidak menyampaikan maklumat secara
terus kepada pelajar menjadi penghalang
kepada kefahaman konsep dalam pembelajaran
kerana tidak selaras dengan pandangan
saintifik. Oleh yang demikian ia menimbulkan
kesusahan kepada murid untuk
mengasimilasikan dan menyusun idea saintifik
baru.