The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Siti Khairun Nisa, 2020-12-21 02:03:02

TEORI KONSTRUKTIVISME DALAM PEMBELAJARAN DAN APLIKASI

PGA 102

Keywords: TEORI KONTRUKTIVISME,Teori konstruktivisme Piaget,Analisis SWOT,Aplikasi teori kontruktivisme menggunakakn teori kontruktivisme,Vygotsky,Kontruktivisme

48

KELEMAHAN

Selain daripada kelebihan, kaedah pengajaran
konstruktivisme turut mempunyai kelemahannya
atau  Weakness yang tersendiri. Antara kelemahan
yang dapat dikesan adalah, menjadi penghalang
kepada kefahaman konsep dalam pembelajaran kerana
tidak selaras dengan pandangan saintifik. Oleh yang
demikian, ia menimbulkan kesusahan kepada murid
untuk mengasimilasikan dan menyusun idea saintifik

yang baru. Menurut Mok Soon Sang (2006),
kelemahan seterusnya adalah, ketidaksediaan
murid untuk merancang strategi, berfikir dan menilai
sendiri teori pengajaran berdasarkan pengalaman
sendiri. Tidak semua murid mempunyai pengalaman
yang sama atau menepati apa yang akan diajar oleh

guru.
Masalah ini kadang kala menyebabkan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran menjadi tidak berkesan.
Guru sedar bahawa idea-idea sedia perlu diubahsuai,
diperkembangkan atau diganti dengan idea yang lebih

saintifik oleh murid. Perkara inilah yang
kadang-kadang tidak difahami oleh murid. Tambahan

pula, murid terpaksa mengenalpasti idea-idea
alternatif dan memeriksa secara kritis idea-idea sedia

ada sebelum mereka memahaminya.

49

OPPORTUNITY
(PELUANG)

Cara mengatasi kekurangan dalam teori
konstruktivisme iaitu peluang atau  opportunity ialah

melalui peranan murid dan guru. Murid perlu
mengambil insiatif mengemukakan soalan-soalan 

dan isu kemudian secara individu murid akan
membuat analisis dan menjawab soalan-soalan itu.

Mereka perlu bertanggungjawab terhadap
pembelajaran mereka sendiri dan berusaha untuk
menyelesaikan masalah. Selain itu, murid selalu

berbincang dengan guru dan sesama mereka.
Perbincangan itu akan membantu murid mengubah
atau mengukuhkan idea-idea mereka. Jika murid itu
berpeluang mengemukakan pendapat mereka dan

mendengar idea orang lain, murid tersebut dapat
membina proses pengetahuan yang mereka faham.

50

PELUANG

Di samping itu, murid
perlu mencabar hipotesis yang telah
dibuat  dan digalakkan berbincang

untuk membuat ramalan. Murid
diberi banyak ruang dan peluang
untuk menguji hipotesis mereka
terutamanya melalui perbincangan
dalam kumpulan. Bagi mengatasi
kelompongan teori ini, murid perlu
menggunakan data dan bahan-bahan
fizikal, manipulatif atau interaktif
untuk menolong mereka menjana
idea dan pengetahuan. Hal ini bagi
mengalakkan murid untuk membina

pengetahuan.

51

PELUANG

Seterusnya, peranan guru sebagai agen
menggalakkan murid menerangkan idea mereka

serta menghargai pandangan mereka. Guru
perlu bertindak menstruktur pelajaran untuk

mencabar persepsi murid. Pendidik perlu
membantu murid menyedari kerelevanan
kurikulum kepada kehidupan mereka melalui
mentafsir pembelajaran melalui aktiviti harian
di kelas, bukan hanya dalam bentuk ujian

bertulis.
Guru juga perlu menggalakkan murid membuat

tugasan yang berbentuk penyelesaian,
menganalisis, meramal, meneroka dan membuat

hipotesis serta menggalakkan murid
menerangkan lebih lanjut jawapan mereka
disamping menggalakkan penemuan oleh murid

melalui pertanyaan soalan bercapah dan
menggalakkan menyoal murid yang lain. Akhir

sekali, guru perlu memberi masa yang
secukupnya kepada murid untuk mebuat
perkaitan antara idea-idea yang telah dijana bagi
mengalakkan pembelajaran koperatif dalam

menjalankan tugasan tertentu.

52

TREAT (ANCAMAN)

Memandangkan murid merupakan agen
yang aktif di dalam kelas, kawalan kelas akan

menjadi sukar untuk dikawal oleh guru.

Amalan yang dimajukan dalam pembelajaran
secara konstruktivis dianggap tidak realistik.
Guru merasakan penerangan mereka tidak
penting lagi. Oleh itu, guru hanya bertindak

sebagai agen pemerhati yang hanya akan
membantu apabila murid memerlukan
sokongan bantuan daripada pihak lain dalam

mebina konsep-konsep baru.

53

ANCAMAN

Teori ini memperlihatkan beberapa Oleh itu, guru hanya bertindak
ancaman atau  threat dalam sesi sebagai agen pemerhati yang hanya
pengajaran dan pembelajaran. akan membantu apabila murid
Antaranya ialah melalui cabaran memerlukan sokongan bantuan
guru konstruktivisme iaitu guru daripada pihak lain dalam mebina
merasakan mereka tidak mengajar. Ini konsep-konsep baru. Di samping itu,
kerana pembelajaran konstruktivis kawalan kelas agak merosot. Hal ini
menekankan pembelajaran kerana semua murid bergerak secara
berpusatkan murid iaitu murid aktif dalam membina pengetahuan
aktif dalam proses pengajaran dan mereka sendiri. Pergerakan murid
pembelajaran. menyebabkan suasana kelas dalam

Selain itu, amalan yang dimajukan kawalan tidak terkawal.
dalam pembelajaran secara
konstruktivis dianggap tidak Seterusnya, guru yang sedang
realistik. Ini kerana kurikulum yang menukar cara pengajaran kepada
dibina melihatkan peranan murid pendekatan konstruktivisme
dan guru saling memberikan maklum memerlukan sokongan
balas dalam sesi pengajaran dan profesionalisme serta pengukuhan
pembelajaran. Guru juga merasakan keyakinan daripada pihak sekolah.
penerangan mereka tidak penting
lagi. 

54

CONTOH
PEMBELAJARAN

SECARA
KONSTRUKTIVISME

55

MATEMATIK

56

PANDUAN GURU

BAHASA 57
MELAYU

58

MENGKAJI
KEBERKESANAN
APLIKASI
TEORI
KONSTRUKTIVISME
DALAM
PEMBELAJARAN
ABAD KE-21

Three Stray One Stay

Kajian ini ingin menekankan
mengenai guru bukan sahaja
perlu berjaya dalam bidang
akademik, malah haruslah
menguasai teknik-teknik
Pengajaran Abad ke-21.

Kajian ini bertujuan untuk untuk
menilai keberkesanan kaedah
Pengajaran Koperatif dalam
kalangan pelajar sekolah rendah
serta hubungan antara kaedah
koperatif dengan Teori Vygotsky.

Kajian ini turut membincangkan
mengenai kepentingan dan
keperluan kaedah koperatif
dalam melahirkan pelajar yang
bertaraf kelas abad 21.

59

KONSEP
Three Stray One Stay

STAY = Kekal di tempat kumpulan

STRAY = Berkeliaran/Bergerak ke arah kumpulan lain

Konsep Three Stray One Stay ini KAEDAH THREE STRAY
merupakan sebuah teknik Pengajaran ONE STAY DALAM
dan Pembelajaran Abad ke-21 secara PENGAJARAN
berkumpulan.
KARANGAN BAHASA
Kumpulan yang dibentuk sekurang- MELAYU.
kurangnya terdiri daripada 4 orang ahli
dan 5, 6 atau 7 kumpulan bergantung
kepada bilangan pelajar di dalam kelas.

Data-data yang diperoleh berdasarkan kaedah pemerhatian semasa
pengkaji sedang menjalani latihan mengajar di Sekolah Menengah
Kebangsaan Seremban Jaya. Oleh itu, pengkaji mengumpul data
berdasarkan hasil pemerhatian yang telah dijalankan dan melalui hasil
dapatan borang soal selidik yang diedarkan. Setiap pemerhatian yang
dilakukan oleh pengkaji akan dianalisis secara keseluruhan untuk
mendapatkan data dan maklumat yang diperlukan dengan lebih jelas.
Hasil daripada analisis karangan pelajar, pengkaji akan menilai tahap
penggunaan bahasa yang lebih baik, pengolahan maklumat, contoh dan
huraian yang lebih baik atau sebaliknya. Daripada hasil dapatan kajian
soal selidik juga, pengkaji akan dapat melihat secara jelas dalam bentuk
peratusan sama ada pelajar mendapat lebih manfaat atau sebaliknya
daripada pelaksanaan Pembelajaran Abad ke-21 iaitu kaedah Three Stray
one Stay dalam pengajaran karangan bahasa Melayu.

60

PERJALANAN AKTIVITI
MENGGUNAKAN
TEKNIK THREE STRAY
ONE STAY

1. Setiap kumpulan mempunyai pelajar seramai 4 orang ahli dan diminta
membincangkan topik-topik tertentu.
2. Setelah mendapat keputusan perbincangan, seorang daripada ahli
kumpulan akan dipilih untuk menjadi stay (kekal di tempat kumpulan
sendiri). Tiga lagi ahli kumpulan akan menjadi stray (bergerak ke arah
kumpulan lain) untuk mendapatkan maklumat daripada kumpulan lain.
3. Pelajar yang menjadi stay berperanan untuk menerangkan dan
berkongsi maklumat daripada kumpulan mereka kepada kumpulan lain.
4. 3 orang Pelajar yang menjadi stray daripada setiap kumpulan
berperanan untuk mendapatkan maklumat daripada setiap kumpulan lain
yang dilawatinya.
5. Setelah mendapat maklumat daripada sebuah kumpulan, pelajar stray
akan bergerak pula ke kumpulan lain sehingga kesemua kumpulan
dilawatinya kerana setiap kumpulan pasti mempunyai maklumat yang
berbeza dengan kumpulan lain.
6. Setelah pergi ke setiap kumpulan, pelajar stray diminta untuk kembali
ke kumpulan asal.
7. Pelajar stray berperanan untuk memberitahu pelajar stay mengenai
maklumat yang diperoleh daripada setiap kumpulan lain untuk
memastikan semua ahli mendapat maklumat yang sepatutnya.
8. Setiap kumpulan diminta untuk menghantar seorang wakil untuk
memberitahu maklumat yang diperoleh sama ada dari kumpulan sendiri
atau dari kumpulan lain.
9. Setelah setiap wakil dari semua kumpulan selesai memberikan
maklumat yang mereka peroleh, guru akan memurnikan dan
merusmuskan secara ringkas mengenai topik yang dibincangkan pada
hari tersebut.
10. Akhir sekali, pelajar diminta untuk menyelesaikan tugasan yang
diminta oleh guru berdasarkan maklumat yang diperoleh hasil
perbincangan dan pelaksanaan teknik Three Stray One Stay.

61

KELEBIHAN TEKNIK THREE STRAY ONE STAY

1. Membina kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis dalam
kalangan pelajar.
2. Dapat memperbaiki kemahiran berkomunikasi dan menjadikan
komunikasi lebih berkesan.

3. Pelajar dapat belajar cara membuat pilihan dan keputusan
yang betul.

4. Pelajar dapat memperbaiki kemahiran mencari,
menginterpretasi dan mengaplikasikan maklumat.

5. Dapat memupuk kemahiran kepimpinan dan pengurusan
kumpulan dalam kalangan pelajar sejak sekolah lagi.

6. Memupuk semangat bekerjasama dan menghormati
pandangan atau pendapat antara satu sama lain.

7. Memupuk pelajar untuk lebih berdikari dalam mencari
maklumat dan tidak mengharapkan jawapan daripada guru
semata-mata.

8. Menjadikan proses Pengajaran dan Pembelajaran lebih
menarik dan menyeronokkan..

62

PENGANALISISAN
DATA

Kajian ini menggunakan teori Pengkaji telah
konstruktivisme sebagai menjalankan pemerhatian
kerangka asas kajian. Teori terhadap sampel semasa
konstruktivisme guru menjalani latihan
beranggapan konsep- mengajar di Sekolah
konsep yang dibina pada Menengah Kebangsaan
struktur kognitif seseorang Seremban Jaya pada
akan berkembang dan semester 7 iaitu pada sesi
berubah apabila mendapat 1 2016/2017.
pengetahuan atau
pengalaman baharu Pengkaji telah membuat
(Subadrah Nair dan Malar pemerhatian terhadap
Muthiah, 2005). responden berdasarkan
Pembelajaran Berasaskan aspek pencapaian
Projek dapat menyediakan penulisan karangan
peluang kepada pelajar pelajar dalam
untuk meneroka bahan peperiksaan dan latihan di
pembelajaran yang lain dalam kelas serta borang
selain hanya bersandar soal selidik terhadap
kepada guru semata-mata. responden.

63

Petikan di atas merupakan hasil “ Pada era globalisasi ini,
karangan pelajar yang telah Malaysia mempunyai
diambil oleh pengkaji sebagai banyak jenis kenderaan
sampel daripada responden. bermotor seperti kereta,
Petikan di atas merupakan motorsikal dan
perenggan daripada pendahuluan sebagainya. Dengan
karangan yang bertajuk Usaha adanya banyak
Pelbagai Pihak untuk kenderaan bermotor
Mempromosikan dan seperti ini, banyak juga
Menggalakkan Orang Awam masalah yang boleh
Menaiki Pengangkutan Awam di timbul. Contohnya, akan
Malaysia. Semasa sesi Pengajaran berlakunya kesesakan
dan Pembelajaran, pengkaji lalu lintas dan boleh
menggunakan teknik Three Stray menyebabkan
one Stay untuk mengajar tajuk ini. pencemaran alam.
Pengkaji meminta pelajar Dengan adanya
memberikan sumbang saran dalam pengangkutan awam,
memberikan idea yang telah sedikit sebanyak dapat
dibahagikan dalam bentuk mengurangkan masalah
berkumpulan. pencemaran alam. Hal ini
disebabkan oleh
masyarakat akan menaiki
pengangkutan awam
untuk ke destinasi
dengan cepat. Contoh
pengangkutan awam
adalah seperti teksi, bas,
LRT dan sebagainya.”

Dalam perenggan ini belum
terdapat sebarang isi, tetapi
menyatakan hal yang berkait

rapat dengannya.

64

Dalam hasil perenggan sampel di
sebelah, dapat dilihat bahawa
pelajar dapat menghasilkan
pendahuluan yang baik dengan
idea utama yang tepat beserta
contoh jenis- jenis kenderaan
awam yang terdapat di Malaysia.

Pelajar dapat menghuraikan idea
utama dengan baik berbanding
sebelum guru menggunakan
teknik Three Stray One Stay dalam
sesi Pengajaran dan Pembelajaran
karangan kerana dengan kaedah
ini, pelajar diminta untuk
memberikan pendapat
berdasarkan pengetahuan yang
mereka ada.

Hal ini bertepatan dengan teori
konstruktivisme Jean Piaget (1976),
beliau melihat perkembangan
pemikiran manusia berlaku melalui
pembinaan pengetahuan yang
diperolehi melalui pelbagai
pengalaman.

Walaupun terdapat beberapa
kesalahan tatabahasa dalam ayat-
ayat dalam perenggan tersebut,
tetapi guru ingin melihat
bagaimana pelajar boleh
menghuraikan idea utama dengan
memberikan contoh-contoh yang
tepat beserta isu-isu terkini yang
berlaku di Malaysia.

65

“Antara usaha yang dijalankan Petikan perenggan seterusnya
oleh pihak kerajaan menunjukkan perenggan isi yang
mengadakan kempen dipetik daripada hasil karangan
kesedaran “Cintailah Bumi Kita”. pelajar. Pengkaji melakukan
Tujuan mengadakan kempen ini pemerhatian terhadap sampel
adalah untuk menambahkan tersebut dam mendapati pelajar
pengetahuan tentang mampu menghuraikan idea utama
bahayanya asap kenderaan dengan baik. Pelajar juga ada
yang membuat bumi semakin menyelitkan tajuk kempen
sakit. Kempen itu juga memberi kesedaran yang pernah dijalankan
kesedaran kepada penduduk- menunjukkan pelajar tahu mengenai
penduduk di Malaysia. Kita isu semasa melalui hasil
dapat menyebarkan maklumat perbincangan bersama ahli
tersebut melalui internet kumpulan. Pelajar juga ada
keranan internet merupakan memberikan input tambahan dalam
dunia tanpa sempadan. Oleh itu, karangannya contohnya mengenai
negara lain juga dapat internet dan kegunaannya dalam
mempraktikkan amalan itu menyebarkan maklumat mengenai
untuk menjaga bumi kita bak kempen kesedaran yang dijalankan.
kata pepatah “duduk sama Melalui hasil pemerhatian yang
rendah, berdiri sama tinggi”. dilakukan juga, pengkaji mendapati
Usaha ini akan berkesan dalam pelajar ada menyelitkan peribahasa
kalangan negara kita kerana iaitu ‘duduk sama rendah berdiri
remaja muda pada abad ini sama tinggi’ dalam perenggan isi
amat gemar melayari media untuk menambahkan lagi lengkap
sosial. Justeru, masyarakat akan dalam sesebuah perenggan.
berpandangan jauh lalu
menggunakan pengangkutan
awam di Malaysia untuk
mengurangkan kadar
penggunaan kenderaan di jalan
raya”.

66

Pelajar juga membuat
kesimpulan kecil dalam

perenggan isi yang
dihasilkan untuk

memantapkan lagi hujah dan
pengembangan idea yang
dibuat. Perkara ini
membuktikan bahawa

kaedah Three Stray One Stay
mampu meningkatkan tahap

penulisan pelajar dalam
karangan.

Hasil kajian ini disokong oleh
seorang pengkaji iaitu (Marohaini
2004). Menurut beliau,
pengajaran guru menggunakan
kaedah dan teknik tertentu
sangat berkesan untuk
menjadikan pelajar mampu
menjana kemahiran berfikir dan
mengembangkan idea mereka
dalam menghasilkan sebuah
karangan yang baik. Menurut
Piaget (Wadsworth, 1984: 29) ada
empat faktor yang
mempengaruhi perkembangan
kognitif seseorang iaitu
pengalaman, kematangan,
pergaulan sosial dan ekuilibrasi
atau keseimbangan internal.
Teori ini sangat bertepatan
dengan hasil kajian pengkaji
(Marohaini 2004) yang
mengatakan bahawa kaedah
pengajaran guru mempengaruhi
perkembangan pelajar iaitu
melalui pengalaman dan
pergaulan sosial.

67

KESIMPULAN KAJIAN

Berdasarkan hasil dapatan pemerhatian dan soal selidik,
pengkaji dapat menyimpulkan bahawa penerapan dan
pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Abad ke- 21 banyak
memberi manfaat kepada pelajar dalam penulisan karangan
bahasa Melayu dengan lebih baik. Walaupun terdapat

beberapa pelajar yang masih lemah, namun secara
keseluruhannya, pencapaian pelajar sama ada melalui latihan

yang diberikan dalam kelas dan melalui peperiksaan
menunjukkan peningkatan yang sangat baik terutama dari segi
menghuraikan isi, memberikan contoh, mengembangkan idea,
memberikan pendapat dan sebagainya. Kesimpulannya, teknik
Three Stray One Stay banyak memberi manfaat kepada pelajar

dan para guru harus mengamalkan teknik Pengajaran dan
Pembelajaran Abad ke-21 dalam proses Pengajaran dan

Pembelajaran.

68

PEMBINAAN M 69
ILMU
U PENGLIBATAN
PENGETAHUAN R SECARA AKTIF
KENDIRI I
D PENGAJARAN
PENAAKULAN DAN
DAN
PEMBELAJARAN
PENGGUNAAN BERPUSATKAN
LOGIK
MURID
DIAPLIKASIKAN
SECARA AKTIF

70

Implikasi pembelajaran konstruktivisme dalam proses

pengajaran dan pembelajaran terhadap murid ialah penglibatan
secara aktif. Murid menggunakan minda secara aktif untuk
membandingkan maklumat baharu dengan pengetahuan sedia ada
untuk mencapai kefahaman. Murid juga akan aktif dalam sesi
soal jawab dan dalam setiap aktiviti yang dilaksanakan oleh guru.

Selain itu, pengajaran dan pembelajaran berpusatkan
murid iaitu persekitaran atau ekosistem pembelajaran yang
memfokuskan murid. Semasa pembelajaran secara tradisional,
pembelajaran adalah berpusatkan guru dimana semua perkara
dilakukan oleh guru. Namun demikian, melalui teori
pembelajaran konstruktivisme, semua aktiviti pdp dilakukan oleh
murid. Guru hanya bertindak sebagai fasilitator dan pembimbing
sahaja yang akan membantu murid dalam proses pembinaan

pengetahuan.
Implikasi seterusnya adalah pengetahuan yang dipunyai
oleh murid adalah hasil daripada aktiviti yang dilakukan
oleh murid. Hal ini bermaksud, semakin banyak aktiviti yang
dilakukan oleh murid, maka semakin banyak pengetahuan yang
dibina. Hasilnya, Zon Perkembangan Proksimal (ZPD) murid
semakin seimbang.

71

Implikasi teori pembelajaran konstruktivisme dalam
proses pengajaran dan pembelajaran adalah guru hanya
berperanan sebagai fasilitator iaitu guru hanya membimbing
sahaja kemudian murid akan belajar sendiri atau dengan
bantuan rakan.

Selain itu, guru akan berperanan sebagai pereka
bentuk bahan pengajaran. Guru dapat merancang proses
pengajaran dan pembelajaran dengan menyediakan pelbagai
bahan yang dapat membantu memudahkan guru untuk
mencapai objektif yang disasarkan.

Implikasi seterusnya adalah dapat mengenalpasti Zon
Perkembangan Proksimal (ZPD) murid yang mana guru
dapat mengetahui tahap ZPD murid sama ada berada di zon
atas atau zon bawah. Ini secara tidak langsung dapat
memudahkan guru untuk mencari pendekatan yang sesuai
untuk membantu murid menguasai pembelajaran.

Di samping itu, adanya
penggunaan bahan bantu
mengajar. Antaranya ialah bahan
dari segi elektronik dan bukan
elektronik seperti projektor,
laptop,tayangan video,carta pai,
gambar,grafik dan sebagainya.
Penggunaan bahan bantu
mengajar ini dapat membantu
murid membuat perkaitan dengan
pengalaman atau pengetahuan
sedia ada dan membina
pemahaman baru

72

Seterusnya, guru dapat merancang strategi pengajaran
dan pembelajaran. Hal ini demikian kerana, pembelajaran
adalah berpusatkan murid dimana semua aktiviti dilaksanakan
oleh murid. Oleh itu, melalui teori pembelajaran ini, guru dapat
merancang strategi seperti menggalakkan pembelajaran
koperatif, pembelajaran berasaskan projek dan pendidikan
kajian luar untuk memberi peluang kepada murid untuk
mengendalikan pengetahuan kendiri.

Akhir sekali, guru dapat mengenalpasti pengetahuan
sedia ada dan keupayaan murid. Melalui pembelajaran
konstruktivisme ini, guru dapat mengetahui sejauhmana
keupayaan murid yang mana dengan mengetahuinya, guru
dapat merancang strategi pengajaran dan pembelajaran dengan
lebih baik. Namun demikian, jika guru tidak megetahui
keupayaan murid, ini berkemungkinan akan menyebabkan
murid tidak dapat menguasai aktiviti yang dilaksanakan
sehingga menyebabkan strategi pdp guru tidak berjaya.

73

KESIMPULAN

,S e c a r a k e s i m p u l a n n y a t e o r i k o n s t r u k t i v i s m e i n i

amat menekankan bahawa pembelajaran adalah

,s u a t u p r o s e s y a n g a k t i f d i n a m i k d a n b e r p u s a t k a n

murid. Para pelajar dapat membina konsep dan
pengetahuan baharu berdasarkan

pengalaman-pengalaman yang mereka perolehi.

,M e l a l u i p e n g a l a m a n i n i s e t i a p i n d i v i d u m e m p u n y a i

perwakilan pengetahuan sendiri. Guru hanyalah
bertindak sebagai fasilitator atau pembimbing

pelajar dalam memahami sesuatu perkara itu
dengan mempelbagaikan teknik penyampaian
dalam bilik darjah. Teori ini amat sesuai untuk
diaplikasikan ke dalam proses pengajaran dan
pembelajaran seiring dengan sistem pendidikan
masa kini yang menuntut pelajar untuk melibatkan

,d i r i s e c a r a a k t i f b e r p u s a t k a n m u r i d d a n g u r u h a n y a
,m e n j a d i p e m b i m b i n g k e p a d a m u r i d . O l e h i t u c i r i
asas ini sangat bersesuaian dengan PAK21 yang

menekankan aspek perkembangan murid dalam

komunikasi, kolaboratif, berfikiran kritis dan kreatif

dalam pembelajaran.

74

RUJUKAN

1. Briner,M.(1999).[Online]Available: http://carbon.cudenver.edu/~mryder/itc_data
/constructivism.htm
2. Dr. BADA, Steve Olusegun, (2015). Constructivism Learning Theory: A Paradigm
for Teaching and Learning.
3. Farhan Sensey, (2012). “Pembelajaran Kontruktivisme”, https://www.scribd.com
/doc/80946772/Pembelajaran-konstraktivisme
4. Jonassen, D.H., Peck, K.L. & Wilson B.G. 1999. "Learning With Technology: A
Constructivist Perspective". NewJersey: Prentice Hall.
5. Kang Mousir,(2014, Jun). Ciri dan prinsip pembelajaran secara konstruktivisme.
Diperolehi semula daripada http://www.asikbelajar.com/2014/06/ciri-dan-prinsip
-konstruktivisme.html , Tam, M.(2000).
6. Mok Soon Sang (1993). "Asas Pedagogi 1 Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
".Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
7. Nik Aziz Nik Pa. (1997). Konsepsi Tentang Realiti dan Prospek Pendidikan Di Abad
Ke-21. Jornal Pendidikan PKPSM Johor ms37-52.
8. Norul Haida Bt.Reduzan, (2017). Keberkesanan Pelaksanaan Pengajaran Dan
Pembelajaran Abad Ke-21.
9. Tam, M. (2000). Konstruktivisme, Reka Bentuk Instruksional, dan Teknologi:
Implikasi untuk Mengubah Pembelajaran Jarak Jauh.Teknologi dan Masyarakat
Pendidikan, 3 (2).
10. Zabidah Awan, (2010). “Pembelajaran Secara Kontruktivisme”,
https://www.slideshare.net/mobile/zabidah/konstruktivisme
11. https://pdfslide.net/documents/konstruk-kpm.html
12.https://www.google.com/search?q=model+zpd&tbm=isch&ved=
2ahUKEwjDkaXrx9btAhUwx3MBHW5yC5cQ2-cCegQIABAA&oq=model+zpd&gs
_lcp=CgNpbWcQAzIGCAAQCBAeOgIIADoFCAAQsQM6CAgAELEDEIMBOgQIIx
AnOgcIABCxAxBDOgQIABAYOgYIABAKEBhQwGBYrXNgnHZoAHAAeACAAfQ
CiAGLD5IBBzAuNS4yLjKYAQCgAQGqAQtnd3Mtd2l6LWltZ8ABAQ&sclient=img
&ei=TR7cX4O3O7COz7sP7uStuAk&bih=600&biw=1366#imgrc=Khh1I08h96LmuM
13. https://youtu.be/7Im_GrCgrVA
14. https://fatkhan.web.id/teori-konstruktivisme-dan-tokoh-tokoh-konstruktivisme/
https://www.slideshare.net/sahronzulkepli/teori-pembelajaran-konstruktivisme


Click to View FlipBook Version