MODUL PEMBELAJARAN AKSES KENDIRI BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
Terbitan 2022 © Kementerian Pendidikan Malaysia Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam sebarang bentuk dan dengan cara apa-apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 4, 6 – 8, Blok E9, Parcel E, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya, MALAYSIA. Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan MODUL PEMBELAJARAN AKSES KENDIRI ISBN 978-967-420-666-6 1. Science-Study and teaching (Preschool). 2. Education, Preschool. 3. Govenment publication--Malaysia I. Malaysia. Kementerian Pendidikan. Bahagian Pembangunan Kurikulum. 507.1 PENYELARAS: DR. NORINA MELATI BINTI MOHD YUSOFF ABDUL BASITH MUHAMMAD BIN A. WAHID Unit Projek Khas dan Inovasi Sektor Dasar dan Penyelidikan Kurikulum KHIDMAT GRAFIK: MOHD SHYAKIR BIN MOKHTAR SMK Kajang Utama, Selangor DICETAK OLEH: Unit Percetakan, Bahagian Pembangunan Kurikulum
PENGHARGAAN PENASIHAT HAJI AZMAN BIN HAJI ADNAN Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum PENGERUSI DR. AZWAN BIN ABD AZIZ Timbalan Pengarah Sektor Teknologi Maklumat dan Reka Bentuk Teknologi PANEL PENULIS HASNEEDA BINTI MOHD SARIP Sektor Teknologi Maklumat dan Reka Bentuk Teknologi DAYANG NOR ASHIKIN BINTI HARUN Sektor Bahasa dan Kesusasteraan NUR MURIZA BINTI MUSA Sektor Kesenian dan Kesihatan AIDA FARZLINA BINTI ROSLY Sektor Pendidikan Khas DR. CHIANG KOK WEI Sektor Sains dan Matematik RAFIZAWATI@NAZRAH BINTI MAAMUN Sektor Dasar dan Penyelidikan Kurikulum MARIA ULFAH BINTI ABDULLAH SAUD Sektor Prasekolah SUTHAGAR A/L PERIANNAN Sektor Prasekolah PAKAR RUJUK PROF. MADYA DR. ZAINUDDIN BIN IBRAHIM Universiti Teknologi Mara, Selangor TURUT MEMBANTU ZAHARIMAH BINTI SUBAINI PPD Petaling Perdana, Selangor HAMIR BIN HABEED MOHD ABDUL SETTAR Sekolah Seri Puteri, Selangor RUSILAWATI BINTI MOIN Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya SAPTUYAH BINTI LATIP SMK Putrajaya Presint 11 (1), Putrajaya MUHAMMAD FIRDAUS BIN YUSUP SMK Desa Serdang, Selangor DR. MOHD YUSRI BIN KAMARUDDIN SK Cherana Puteh, Melaka NORMASAYU BINTI MAT RESID SK Putrajaya Presint 11 (1), Putrajaya NOOR AZLINDA BINTI SHUHAIMI SK RTB Bukit Changgang, Selangor CHUAH JOON MING SJKC Pei Eng, Kedah IRENE JEBAMALAR A/P THUMBARAYAN SJKT Bandar Baru Salak Tinggi, Selangor
ISI KANDUNGAN RUKUN NEGARA .....................................................................................................vii FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN .............................................................. viii DEFINISI KURIKULUM KEBANGSAAN ....................................................................ix KATA ALU-ALUAN.....................................................................................................xi PRAKATA ................................................................................................................ xiii PENGENALAN........................................................................................................... 1 LATAR BELAKANG ................................................................................................... 2 DEFINISI.................................................................................................................... 2 MATLAMAT................................................................................................................ 3 OBJEKTIF.................................................................................................................. 3 PEMBELAJARAN AKSES KENDIRI .......................................................................... 5 Prinsip Asas dalam Pembelajaran Akses Kendiri ............................................ 6 Ciri-ciri Pembelajaran Akses Kendiri................................................................ 9 Kepentingan Pembelajaran Akses Kendiri..................................................... 10 Mengapakah Pembelajaran Akses Kendiri Diperlukan? ................................ 11 Bahan Pembelajaran Akses Kendiri .............................................................. 13 PROSES PELAKSANAAN PEMBELAJARAN AKSES KENDIRI............................. 15 Persediaan Murid........................................................................................... 16 Ruang Pembelajaran Akses Kendiri .............................................................. 17 Mengenal Pasti Gaya Pembelajaran Pembelajaran ...................................... 19 Kemahiran Belajar (Belajar Cara Belajar)...................................................... 22 Penilaiaan Kendiri.......................................................................................... 26 PERANAN GURU, IBU BAPA DAN MURID DALAM PEMBELAJARAN AKSES KENDIRI...................................................................................................... 29 CONTOH AKTIVITI PEMBELAJARAN AKSES KENDIRI ........................................ 33 BIBLIOGRAFI........................................................................................................... 49
vii RUKUN NEGARA BAHAWASANYA Negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak; mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaan yang kaya dan pelbagai corak; dan membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden; MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip berikut: KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN
viii FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN “Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.” Sumber: Akta Pendidikan 1996 (Akta 550)
ix x x x x x DEFINISI KURIKULUM KEBANGSAAN x x 3. Kurikulum Kebangsaan x (1) Kurikulum Kebangsaan ialah satu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan. x x Sumber: Peraturan-peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 [PU(A)531/97.]
“ Pelaksanaan kurikulum yang harmoni dan berkesan mencakupi aspek kandungan, pedagogi dan pentaksiran yang berlaku di dalam dan di luar bilik darjah untuk melahirkan insan yang seimbang.”
KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat Sejahtera. Penerbitan Siri Bahan Sokongan Bahagian Pembangunan Kurikulum 2022 (BSBPK 2022) merupakan satu usaha pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk memastikan pelaksanaan kurikulum persekolahan dilaksanakan dengan lebih efektif. Pembangunan kurikulum bukan sahaja melibatkan aspek kandungan dan pentaksiran sesuatu bidang disiplin ilmu malah juga merangkumi aspek pedagogi iaitu cara kandungan kurikulum diterjemah dan dilaksanakan oleh guru. Pembelajaran murid di sekolah akan lebih bermakna apabila dipacu dengan pengajaran dan pentaksiran yang berkesan serta disokong oleh kepimpinan yang berkaliber. Penerbitan Siri BSBPK 2022 adalah bertepatan dalam memastikan kelancaran pelaksanaan kurikulum oleh guru di dalam dan di luar bilik darjah seperti yang termaktub dalam definisi Kurikulum Kebangsaan. Setiap modul dalam siri ini mengandungi pelbagai panduan dalam bentuk contoh aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta situasi pragmatik yang boleh diadaptasi oleh guru mengikut kesesuaian sekolah masing-masing. Tahniah saya ucapkan kepada Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) atas penerbitan siri BSBPK 2022 ini. Terima kasih dan syabas juga kepada semua pihak yang telah menjayakan penerbitan siri ini. Semoga Siri BSBPK 2022 dapat dimanfaatkan oleh semua guru dan warga KPM dalam menjayakan pelaksanaan kurikulum kebangsaan di sekolah. Datuk Hajah Nor Zamani Abdol Hamid
“ Pendekatan pedagogi yang bersesuaian dengan keperluan murid dapat memastikan pengajaran dan pembelajaran yang bermakna berlaku.”
PENGARAH BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) telah membangunkan pelbagai bahan sokongan kurikulum yang terdiri daripada beberapa modul pengajaran dan pembelajaran (PdP) serta modul penerangan am berkaitan pengurusan dan pelaksanaan kurikulum sebagai rujukan guru dan warga Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Siri Bahan Sokongan BPK (BSBPK) 2022 kali ini merupakan kompilasi modul pedagogi terbitan 2001 yang telah ditambah baik dan beberapa modul baharu berkonsepkan mesra pengguna bagi menyokong serta memudahkan pelaksanaan kurikulum di sekolah. Siri BSBPK 2022 terdiri daripada lima bahan sokongan PdP dan dua bahan penerangan am. Bahan sokongan PdP tersebut ialah: Modul Pedagogi Terbeza; Modul Pembelajaran Masteri; Modul Pembelajaran Teradun; Modul Pembelajaran Berasaskan Projek; dan Modul Kecerdasan Pelbagai. Bahan sokongan PdP yang dirangka merangkumi konsep, strategi dan contoh aktiviti PdP bermula dari peringkat prasekolah hingga ke peringkat sekolah menengah. Contoh aktiviti PdP dalam bahan sokongan ini juga disertakan dengan panduan pelaksanaan pentaksiran dalam bilik darjah. Bahan penerangan am pula menerangkan konsep dan amalan berkaitan dengan pengurusan kurikulum dan PdP di sekolah. Bahan penerangan am tersebut ialah: Modul Kepimpinan dan Pengurusan Kurikulum di Sekolah dan Modul Pembelajaran Akses Kendiri. Semoga dengan penerbitan Siri BSBPK 2022 ini dapat menjadi panduan yang bermanfaat kepada guru untuk melaksanakan PdP dan Pentaksiran Bilik Darjah dengan lebih berkesan. BPK mengucapkan terima kasih dan merakamkan penghargaan atas kerjasama dan sumbangan semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menghasilkan Siri BSBPK 2022 ini. Haji Azman bin Haji Adnan Prakata
Siri BSBPK 2022 boleh digunakan untuk pelaksanaan kurikulum di dalam dan di luar bilik darjah sebagaimana yang termaktub dalam definisi Kurikulum Kebangsaan.
Kurikulum Kebangsaan Kurikulum Segala rancangan pendidikan yang dikendalikan oleh sesebuah sekolah atau institusi pendidikan untuk mencapai matlamat pendidikan. Kokurikulum Apa-apa kegiatan yang dirancang selain daripada proses PdP di dalam bilik darjah (kurikulum). Pelaksanaan kurikulum yang harmoni dan berkesan mencakupi aspek kandungan, pedagogi dan pentaksiran yang berlaku di dalam dan di luar bilik darjah untuk melahirkan insan yang seimbang.
“Pendidikan bukanlah persiapan untuk hidup. Pendidikan adalah hidup itu sendiri.” - John Dewey - “ADA hadnya untuk seseorang mengajar, namun tiada had bagi seseorang itu untuk maju melalui pembelajaran kendiri.” - Pengasas Pusat Pembelajaran Lepas Sekolah Terkemuka Di Dunia, Toru Kumon -
PENGENALAN
PeAK merujuk kepada pendekatan yang membolehkan murid bertanggungjawab ke atas pembelajarannya sendiri. Murid secara aktif mengawal proses pembelajaran mereka dengan memilih bahan pembelajaran dan aktiviti yang bersesuaian. Seterusnya mereka akan menilai hasil kerja serta memantau tahap kemajuan sendiri untuk mencapai matlamat yang diinginkan oleh mereka. Program Pembelajaran Akses Kendiri (PAK) diperkenalkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum di Malaysia. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) secara rintis di sekolah rendah pada tahun 1990 dan di sekolah menengah pada tahun 1995 bagi mata pelajaran Bahasa Inggeris. Selari dengan perkembangan semasa, Pembelajaran Akses Kendiri dimurnikan dan dijenamakan semula sebagai PeAK. Modul Pembelajaran Akses Kendiri LATAR BELAKANG DEFINISI 02
Modul ini merupakan satu panduan dan rujukan untuk guru dalam melaksanakan PeAK secara kreatif mengikut keperluan masing-masing supaya suasana pembelajaran murid dapat dioptimumkan. Murid akan memperoleh pengetahuan dan kemahiran untuk belajar mengikut keperluan serta gaya pembelajaran mereka sendiri. Murid juga akan dapat membuat penilaian kendiri untuk tindakan selanjutnya. Modul Pembelajaran Akses Kendiri OBJEKTIF MODUL Objektif modul PeAK ini adalah bertujuan untuk: Menyatakan prinsip dan ciri-ciri PeAK. Menjelaskan proses pelaksanaan PeAK. Menerangkan peranan guru, ibu bapa dan murid dalam pelaksaan PeAK. Melaksanakan PeAK dalam PdP. MATLAMAT MODUL 03
PEMBELAJARAN AKSES KENDIRI
Pengalaman dan kombinasi rangsangan Kinestetik Visual Melihat dan membaca Pada asasnya dua model gaya pembelajaran yang dibincang dalam modul ini ialah: Model Gaya Pembelajaran VAKOG Olfaktori Bau Gustatori Rasa Auditori Mendengar. Model VAKOG Modul Pembelajaran Akses Kendiri Model VAKOG (Visual-Auditori-Kinestetik-Olfaktori-Gustatori) digunakan oleh guru untuk mengenal pasti kecenderungan dan keupayaan seseorang murid sebelum melaksanakan PeAK. PRINSIP ASAS DALAM PEMBELAJARAN KENDIRI 06
Model Gaya Pembelajaran Dunn dan Dunn Model Gaya Pembelajaran Dunn dan Dunn digunakan oleh guru untuk mengenal pasti gaya pembelajaran terbaik yang boleh digunakan dalam pembelajaran murid. Terdapat lima jenis rangsangan yang menyumbang kepada persekitaran pembelajaran untuk membezakan gaya pembelajaran murid iaitu unsur persekitaran, emosi, sosiologi, fisiologi dan psikologi. Modul Pembelajaran Akses Kendiri Persekitaran merujuk kepada suasana pembelajaran seperti lokasi, bunyi, pencahayaan dan suhu. Persekitaran Emosi merujuk kepada motivasi, kegigihan, tanggungjawab dan keutamaan tugasan. Emosi Sosiologi merujuk kepada keutamaan persekitaran sosial pembelajaran seperti belajar sendiri, berpasangan dengan rakan sebaya atau secara berkumpulan. Sosiologi Fisiologi merujuk kepada tindak balas tubuh badan terhadap situasi pembelajaran. Fisiologi Psikologi merujuk kepada cara murid memproses dan bertindak balas kepada maklumat dan idea. Psikologi 07
Kenal pasti gaya pembelajaran (Model Gaya Pembelajaran VAKOG) Proses Pelakasanaan Pembelajaran Akses Kendiri Yang Efektif Pembelajaran dan pengajaran PeAK akan menjadi efektif apabila guru dapat mengenal pasti kebolehan dan keupayaan seseorang murid kemudian menyesuaikannya mengikut gaya dan persekitaran pembelajaran yang sesuai dengan mereka. Sediakan bahan PeAK mengikut gaya pembelajaran sesuai Modul Pembelajaran Akses Kendiri Sediakan persekitaran pembelajaran yang sesuai (Model Gaya Pembelajaran Dunn dan Dunn) 08
Boleh belajar secara bersendirian atau berkumpulan. Modul Pembelajaran Akses Kendiri Boleh belajar mengikut kadar dan kemampuan individu. Boleh membuat penilaian kendiri. Boleh memilih bahan dan aktiviti pembelajaran bebas dan meluas. Boleh belajar secara luwes dan selesa tanpa tekanan. CIRI-CIRI PEMBELAJARAN AKSES KENDIRI 09
Murid dapat: Modul Pembelajaran Akses Kendiri KEPENTINGAN PEMBELAJARAN AKSES KENDIRI menambah pengetahuan selain dari perkara yang dipelajari dalam kelas. merancang dan menetapkan tempo pembelajaran mengikut keupayaan mereka. meningkatkan tahap pembelajaran mengikut kemampuan dan minat. menggunakan keluwesan untuk belajar mengikut kesesuaian masa dan tempat. membuat penetapan minda dalam menentukan gaya pembelajaran. merangsang pemikiran kritikal dalam penyelesaian masalah. membina disiplin diri dalam pembelajaran. mengekalkan ingatan dengan lebih lama terhadap perkara yang telah dipelajari berbanding belajar secara pasif. 10
PeAK diperlukan oleh guru untuk: Memotivasikan murid belajar sendiri dalam mencari maklumat atau rujukan dalam pembelajaran mereka. Menyediakan aktiviti pemulihan, pengukuhan dan pengayaan dalam pembelajaran murid. Menyediakan aktiviti pembelajaran semasa guru tiada di sekolah. Persediaan pelbagai situasi seperti pandemik, endemik, bencana alam dan sebagainya. Modul Pembelajaran Akses Kendiri MENGAPAKAH PEMBELAJARAN AKSES KENDIRI DIRPERLUKAN? 11
Mengakses sumber maklumat seperti buku-buku, bahan bercetak atau bahan digital yang berkaitan. Menyediakan tugasan dan slaid persembahan berkaitan dengan pembelajaran mereka. Berkomunikasi dengan guru dan murid lain secara bersemuka atau dalam talian. Berkolaborasi dengan murid lain tentang pembelajaran mereka. PeAK diperlukan oleh murid untuk: Modul Pembelajaran Akses Kendiri 12
Bahan bercetak lembaran kerja buku surat khabar majalah poster brosur graf peta papan permainan model realia bahan maujud permainan media sosial aplikasi pembelajaran perisian pembelajaran video/audio teks digital realiti terimbuh (AR) model permainan digital tulisan esei puisi kajian ringkas lukisan kraf tangan boneka pentas boneka diorama Bahan PeAK berupa pelbagai jenis bahan bercetak, bukan bercetak, bahan digital/multimedia, hasil kerja murid dan boneka bagi memenuhi keperluan murid yang mempunyai pelbagai cara pembelajaran dan tahap penguasaan. Bahan-bahan ini terdiri daripada pelbagai aras iaitu aras rendah, sederhana dan sukar. Modul Pembelajaran Akses Kendiri BAHAN PEMBELAJARAN AKSES KENDIRI Bahan bukan bercetak Bahan digital/multimedia Hasil kerja murid Boneka 13
PROSES PELAKSANAAN PEMBELAJARAN AKSES KENDIRI
Persediaan murid ialah proses menyediakan murid supaya mereka dapat belajar secara berdikari sebelum melaksanakan PeAK. Semasa proses ini, murid dibimbing untuk ‘belajar cara belajar’ dan belajar secara berdikari bersama atau tanpa bantuan guru. Murid dilatih untuk belajar menggunakan bahan akses kendiri dan seterusnya menjalankan penilaian kendiri. Oleh itu, persediaan murid perlu dijalankan secara sistematik. Aktiviti Persediaan Modul Pembelajaran Akses Kendiri 16 PERSEDIAAN MURID Melatih Kemahiran Belajar Menjalankan Aktiviti Orientasi Menentu Aras Memantau Perkembangan Murid Guru memperkenalkan kepada murid sumber dan bahan sokongan PeAK serta kaedah merekod dan memantau kemajuan pencapaian mereka. Guru melatih murid ‘belajar cara belajar’ supaya dapat menjalankan tugasan di ruang PeAK secara berdikari, berkeyakinan dan produktif. Guru menentukan aras pengetahuan dan kemahiran murid melalui pelbagai jenis penilaian supaya bahan PeAK yang sesuai dapat dipilih. Guru membantu murid memahami gaya pembelajaran mereka berpandukan kepada rekod kemajuan dan pencapaian murid.
Ruang PeAK membolehkan murid mencari dan memilih sumber pembelajaran. Ruang PeAK seperti berikut boleh disediakan. Modul Pembelajaran Akses Kendiri Sudut pembelajaran di luar sekolah. (contoh: bilik bacaan di rumah, perpuskataan awam, pusat komuniti) RUANG PEMBELAJARAN AKSES KENDIRI Sudut pembelajaran di dalam bilik darjah. (contoh: sudut bacaan, papan kenyataan) Sudut pembelajaran di kawasan luar bilik darjah (contoh: ruang legar, taman, kantin). Sudut pembelajaran secara maya. (contoh: laman sesawang, DELIMa, Google Meet) 17
menyimpan pelbagai jenis bahan PeAK secara sistematik yang boleh diakses di dalam atau di luar waktu pembelajaran. memberi peluang murid untuk mengakses kepada pelbagai mata pelajaran tanpa penyeliaan guru. menggalakkan murid memilih bahan PeAK yang bersesuaian dengan gaya pembelajaran mereka. memberi ruang kepada murid untuk belajar secara individu, berpasangan atau berkumpulan. Tujuan Ruang PeAK disediakan adalah untuk : Modul Pembelajaran Akses Kendiri 18
Gaya pembelajaran ialah pendekatan atau cara seseorang itu belajar. Gaya pembelajaran yang dipilih adalah bergantung kepada murid tersebut. Oleh itu, guru harus memberi tumpuan kepada keberkesanan cara seseorang murid itu belajar. Mengenal gaya pembelajaran murid yang bersesuaian adalah penting agar murid: dapat belajar mengikut keselesaan dan kesesuaian sendiri. dapat belajar dengan lebih berkesan dan bermakna. lebih fokus terhadap perkara yang dipelajari Modul Pembelajaran Akses Kendiri Kajian menunjukkan bahawa prestasi murid yang diajar mengikut gaya pembelajaran yang bersesuaian adalah lebih baik daripada murid menggunakan gaya pembelajaran yang tidak sesuai dengan mereka. MENGENAL PASTI GAYA PEMBELAJARAN 19
Gaya pembelajaran auditori banyak bergantung kepada deria pendengaran. Murid boleh mengingati penerangan melalui bacaan kuat atau menggerakkan bibir ketika membaca. Murid dapat mengukuhkan ingatan dengan mendengar semula rakaman pita audio, mengajar murid lain dan berbincang dengan guru. Murid auditori adalah murid yang cenderung secara semula jadi suka mendengar muzik, bercakap lebih cepat, mencondong kepala mereka pada satu sudut untuk mendengar dengan lebih baik dan sering menggunakan corak bahasa selaras dengan pendengaran. Gaya pembelajaran visual adalah kecenderungan kepada penerokaan melalui deria penglihatan seperti melihat sesuatu teks, gambar rajah atau objek. Murid lebih mudah mengingati, memahami arahan dan penerangan menerusi pembacaan teks, gambar rajah, peta dan lain-lain. Gaya Pembelajaran Visual Gaya Pembelajaran Auditori Contoh aktiviti: Bercerita Murid menceritakan situasi yang dilihat dalam gambar. Contoh aktiviti: Perbincangan Murid berbincang mengenai sesuatu topik atau mencari jalan penyelesaian sesuatu masalah. Modul Pembelajaran Akses Kendiri 20
Gaya pembelajaran kinestetik adalah kecenderungan kepada pembelajaran secara hands-on untuk memproses maklumat secara fizikal melalui pergerakan tangan, badan dan ekspresi. Murid sesuai belajar dengan mencatat nota, berinteraksi dengan komputer berbanding dengan membaca atau mendengar. Murid kinestetik dapat memahami dan mengingati bahan pembelajaran sekiranya mereka belajar secara aktif seperti melukis, membina model, bersukan, menari dan menjalankan eksperimen. Contoh aktiviti: Melukis Murid melukis peta alir berkaitan proses pemejalwapan dalam mata pelajaran Sains. Gaya pembelajaran olfaktori banyak bergantung kepada deria bau. Melalui perkaitan yang dipelajari, bau boleh membantu murid belajar dengan lebih berkesan. Contohnya, murid mengenal pasti pelbagai bahan yang mempunyai bau yang berbeza. Gaya Pembelajaran Olfaktori Contoh: Eksperimen Murid meneka buah-buahan dengan bau atau mengingati bahan yang digunakan untuk sesuatu masakan melalui deria bau. Gaya Pembelajaran Gustatori Gaya pembelajaran gustatori banyak bergantung kepada deria rasa. Murid belajar mengesan rasa manis, pahit, masam, masin dan *umami. Contoh aktiviti: Eksperimen Murid mengenal makanan melalui deria rasa. Modul Pembelajaran Akses Kendiri * Umami: rasa berlauk, gurih atau savori yang merupakan satu daripada lima rasa asas Gaya Pembelajaran Kinestetik 21
Kemahiran belajar perlu dikembangkan kepada semua murid supaya mereka peka dengan teknik-teknik pembelajaran yang berkesan. Dengan kemahiran ini juga, murid dapat mengenal pasti kekuatan dan kelemahan dalam proses belajar mereka dan seterusnya mereka boleh mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk memperbaiki sesuatu kelemahan. Berikut adalah beberapa kemahiran belajar yang perlu dipelajari oleh murid: Modul Pembelajaran Akses Kendiri KEMAHIRAN BELAJAR 22
Belajar Cara Belajar (BCB) ialah proses atau teknik belajar sama ada belajar bersama guru atau tanpa guru. BCB dapat membantu murid mengenal pasti kelemahan dan kekuatan dalam proses pembelajaran di dalam atau di luar bilik darjah untuk memaksimumkan pencapaian dalam pelajaran. Belajar Cara Belajar Rasional memperkenalkan BCB adalah seperti berikut: Modul Pembelajaran Akses Kendiri Kemahiran BCB sejajar dengan matlamat pendidikan untuk menyemai kemahiran belajar seumur hidup di kalangan murid. Murid perlu belajar untuk memperoleh maklumat tambahan di luar waktu persekolahan. Murid perlu belajar untuk memperoleh maklumat tambahan di luar waktu persekolahan. Murid perlu bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka. Murid perlu meningkatkan keupayaan mereka untuk mempelajari sesuatu. Murid perlu diberi peluang menggunakan pelbagai alat dan pelantar teknologi (nota dalam talian, pembuat graf, media sosial, dan aplikasi mudah alih) supaya pembelajaran lebih mudah. 23
Interleaving Murid merancang dan membuat jadual belajar setiap hari. Masa belajar yang diagihkan kepada beberapa hari adalah lebih baik daripada belajar secara berterusan dalam sehari. Strategi Belajar Cara Belajar Sela Masa Pembelajaran Modul Pembelajaran Akses Kendiri Mengingati Semula Murid menggabungkan pelbagai mata pelajaran atau tajuk semasa belajar untuk meningkatkan pengetahuan mereka. Hal ini dapat membantu murid mengintegrasi pelbagai disiplin ilmu untuk pembelajaran yang mendalam. Murid mengimbas perkara yang dipelajari dengan menulis nota. 24
Modul Pembelajaran Akses Kendiri Memberi Contoh Konkrit Guru boleh memberi contoh yang jelas untuk membantu murid memahami idea abstrak. Murid akan mencipta contoh konkrit dan menerangkan kepada rakan untuk memperkukuh pembelajaran. Membuat Huraian Murid membuat huraian perkara yang dipelajari dengan merujuk pelbagai sumber untuk membantu mereka memahami sesuatu konsep dengan jelas. Strategi ini boleh dilakukan secara bersendirian atau berpasangan. Pengekodan dual adalah strategi yang menggabungkan maklumat lisan dan visual untuk membantu murid belajar. Contohnya, murid boleh menerangkan sesuatu maklumat melalui bahan visual atau secara lisan. Menggunakan Pengekodan Dual(Dual coding) 25
Murid merupakan penilai terbaik terhadap pembelajaran mereka. Modul ini memberi penekanan kepada pelaksanaan penilaian kendiri yang membolehkan murid : Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) boleh digunakan untuk mengukur tahap penguasaan pengetahuan, kemahiran dan sikap murid berbanding kriteria yang ditetapkan. Murid boleh mendapatkan maklum balas mengenai pencapaian dan kemajuan mereka dan membuat refleksi tentang pembelajaran mereka sendiri. Modul Pembelajaran Akses Kendiri PENILAIAN KENDIRI menilai dan membuat refleksi terhadap pembelajarannya. merancang pembelajaran seterusnya. mengurangkan kebergantungan kepada guru. berfikir secara kritis. 26
Penilaian kendiri boleh dilaksanakan dengan menggunakan pelbagai instrumen. Contohnya: senarai semak, borang jurnal, refleksi, soal selidik, perbincangan yang berstruktur. Contoh senarai semak penilaian kendiri: Rubrik ialah suatu alat yang distrukturkan oleh guru bagi membantu murid mengenal pasti tahap pencapaiannya. Guru juga boleh membina rubrik bersama murid secara kolaboratif. Kemahiran yang hendak dinilai menggunakan rubrik hendaklah berdasarkan objektif pembelajaran. Instrumen Rubrik Modul Pembelajaran Akses Kendiri Contoh Rubrik Penentuan Tahap Pencapaian Pendidikan Seni Visual Aktiviti Menggambar Selepas Penggunaan Abjad 27
PERANAN GURU, IBU BAPA DAN MURID DALAM PEMBELAJARAN AKSES KENDIRI
Modul Pembelajaran Akses Kendiri PERANAN GURU Bertanggungjawab terhadap pembelajaran. Mengenali dan mengetahui tahap penguasaan dan gaya pembelajaran murid. Menyesuaikan pengajaran dengan gaya pembelajaran murid. Membimbing murid untuk melaksanakan PeAK. Memantau perkembangan murid. Merancang dan menyediakan bahan PeAK yang bersesuaian. 30