MODUL KECERDASAN PELBAGAI BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
Terbitan 2022 © Kementerian Pendidikan Malaysia Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam sebarang bentuk dan dengan cara apa-apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 4, 6 – 8, Blok E9, Parcel E, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya, MALAYSIA. Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan MODUL KECERDASAN PELBAGAI ISBN 978-967-420-668-0 1. Science-Study and teaching (Preschool). 2. Education, Preschool. 3. Govenment publication--Malaysia I. Malaysia. Kementerian Pendidikan. Bahagian Pembangunan Kurikulum. 507.1 PENYELARAS: DR. NORINA MELATI BINTI MOHD YUSOFF ABDUL BASITH MUHAMMAD BIN A. WAHID Unit Projek Khas dan Inovasi Sektor Dasar dan Penyelidikan Kurikulum KHIDMAT GRAFIK: NOR AZIZAH BINTI MD NORDIN SMK Kemumin, Kota Bharu Kelantan DICETAK OLEH: Unit Percetakan, Bahagian Pembangunan Kurikulum
PENGHARGAAN PENASIHAT HAJI AZMAN BIN HAJI ADNAN Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum PENGERUSI SARINA BINTI SALIM Timbalan Pengarah Sektor Bahasa dan Kesusasteraan PANEL PENULIS DR. LOGESWARI M ARUMUGAM Sektor Dasar dan Penyelidikan Kurikulum HAFIZ BIN HUSSAIN Sektor Kesenian dan Kesihatan HOR LEE LAN Sektor Prasekolah MOHD SYAZWAN BIN JONIT Sektor Bahasa dan Kesusasteraan NORHAZIRULDIN BIN IBRAHIM Sektor Sains Sosial NURSYAZANA BINTI ZAKARIA Sektor Pendidikan Khas HAJAH ROHAYA BINTI IBRAHIM Sektor Pendidikan Khas RUBAAIAH BINTI SIDEK Sektor Sains dan Matematik PAKAR RUJUK PROF. MADYA DR. RORLINDA BINTI YUSOF Kolej GENIUS@Pintar, Universiti Kebangsaan Malaysia TURUT MEMBANTU ZAHARIMAH BINTI SUBAINI PPD Petaling Perdana, Selangor HAMIR BIN HABEED MOHD ABDUL SETTAR Sekolah Seri Puteri, Selangor RUSILAWATI BINTI MOIN Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya SAPTUYAH BINTI LATIP SMK Putrajaya Presint 11 (1), Putrajaya MUHAMMAD FIRDAUS BIN YUSUP SMK Desa Serdang, Selangor DR. MOHD YUSRI BIN KAMARUDDIN SK Cherana Puteh, Melaka NORMASAYU BINTI MAT RESID SK Putrajaya Presint 11 (1), Putrajaya NOOR AZLINDA BINTI SHUHAIMI SK RTB Bukit Changgang, Selangor CHUAH JOON MING SJKC Pei Eng, Kedah IRENE JEBAMALAR A/P THUMBARAYAN SJKT Bandar Baru Salak Tinggi, Selangor
ISI KANDUNGAN RUKUN NEGARA .....................................................................................................vii FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN .............................................................. viii DEFINISI KURIKULUM KEBANGSAAN ....................................................................ix KATA ALU-ALUAN.....................................................................................................xi PRAKATA ................................................................................................................ xiii PENGENALAN........................................................................................................... 1 MATLAMAT................................................................................................................ 2 OBJEKTIF.................................................................................................................. 3 SEMBILAN KECERDASAN PELBAGAI..................................................................... 8 APAKAH KECERDASAN PELBAGAI CIKGU? ........................................................ 10 HUBUNGAN ANTARA KECERDASAN PELBAGAI DENGAN STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN................................................................... 11 PENTAKSIRAN BILIK DARJAH............................................................................... 16 CADANGAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MENGIKUT KUMPULAN STEM............................................................................................................. 17 Bahasa .......................................................................................................... 27 Kesejahteraan................................................................................................ 45 Sains Sosial................................................................................................... 57 BIBLIOGRAFI........................................................................................................... 71
vii RUKUN NEGARA BAHAWASANYA Negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak; mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaan yang kaya dan pelbagai corak; dan membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden; MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip berikut: KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN
viii FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN “Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.” Sumber: Akta Pendidikan 1996 (Akta 550)
ix x x x x x DEFINISI KURIKULUM KEBANGSAAN x x 3. Kurikulum Kebangsaan x (1) Kurikulum Kebangsaan ialah satu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan. x x Sumber: Peraturan-peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 [PU(A)531/97.]
“ Pelaksanaan kurikulum yang harmoni dan berkesan mencakupi aspek kandungan, pedagogi dan pentaksiran yang berlaku di dalam dan di luar bilik darjah untuk melahirkan insan yang seimbang.”
KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat Sejahtera. Penerbitan Siri Bahan Sokongan Bahagian Pembangunan Kurikulum 2022 (BSBPK 2022) merupakan satu usaha pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk memastikan pelaksanaan kurikulum persekolahan dilaksanakan dengan lebih efektif. Pembangunan kurikulum bukan sahaja melibatkan aspek kandungan dan pentaksiran sesuatu bidang disiplin ilmu malah juga merangkumi aspek pedagogi iaitu cara kandungan kurikulum diterjemah dan dilaksanakan oleh guru. Pembelajaran murid di sekolah akan lebih bermakna apabila dipacu dengan pengajaran dan pentaksiran yang berkesan serta disokong oleh kepimpinan yang berkaliber. Penerbitan Siri BSBPK 2022 adalah bertepatan dalam memastikan kelancaran pelaksanaan kurikulum oleh guru di dalam dan di luar bilik darjah seperti yang termaktub dalam definisi Kurikulum Kebangsaan. Setiap modul dalam siri ini mengandungi pelbagai panduan dalam bentuk contoh aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta situasi pragmatik yang boleh diadaptasi oleh guru mengikut kesesuaian sekolah masing-masing. Tahniah saya ucapkan kepada Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) atas penerbitan siri BSBPK 2022 ini. Terima kasih dan syabas juga kepada semua pihak yang telah menjayakan penerbitan siri ini. Semoga Siri BSBPK 2022 dapat dimanfaatkan oleh semua guru dan warga KPM dalam menjayakan pelaksanaan kurikulum kebangsaan di sekolah. Datuk Hajah Nor Zamani Abdol Hamid
“ Pendekatan pedagogi yang bersesuaian dengan keperluan murid dapat memastikan pengajaran dan pembelajaran yang bermakna berlaku.”
PENGARAH BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) telah membangunkan pelbagai bahan sokongan kurikulum yang terdiri daripada beberapa modul pengajaran dan pembelajaran (PdP) serta modul penerangan am berkaitan pengurusan dan pelaksanaan kurikulum sebagai rujukan guru dan warga Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Siri Bahan Sokongan BPK (BSBPK) 2022 kali ini merupakan kompilasi modul pedagogi terbitan 2001 yang telah ditambah baik dan beberapa modul baharu berkonsepkan mesra pengguna bagi menyokong serta memudahkan pelaksanaan kurikulum di sekolah. Siri BSBPK 2022 terdiri daripada lima bahan sokongan PdP dan dua bahan penerangan am. Bahan sokongan PdP tersebut ialah: Modul Pedagogi Terbeza; Modul Pembelajaran Masteri; Modul Pembelajaran Teradun; Modul Pembelajaran Berasaskan Projek; dan Modul Kecerdasan Pelbagai. Bahan sokongan PdP yang dirangka merangkumi konsep, strategi dan contoh aktiviti PdP bermula dari peringkat prasekolah hingga ke peringkat sekolah menengah. Contoh aktiviti PdP dalam bahan sokongan ini juga disertakan dengan panduan pelaksanaan pentaksiran dalam bilik darjah. Bahan penerangan am pula menerangkan konsep dan amalan berkaitan dengan pengurusan kurikulum dan PdP di sekolah. Bahan penerangan am tersebut ialah: Modul Kepimpinan dan Pengurusan Kurikulum di Sekolah dan Modul Pembelajaran Akses Kendiri. Semoga dengan penerbitan Siri BSBPK 2022 ini dapat menjadi panduan yang bermanfaat kepada guru untuk melaksanakan PdP dan Pentaksiran Bilik Darjah dengan lebih berkesan. BPK mengucapkan terima kasih dan merakamkan penghargaan atas kerjasama dan sumbangan semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menghasilkan Siri BSBPK 2022 ini. Haji Azman bin Haji Adnan Prakata
Siri BSBPK 2022 boleh digunakan untuk pelaksanaan kurikulum di dalam dan di luar bilik darjah sebagaimana yang termaktub dalam definisi Kurikulum Kebangsaan.
Kurikulum Kebangsaan Kurikulum Segala rancangan pendidikan yang dikendalikan oleh sesebuah sekolah atau institusi pendidikan untuk mencapai matlamat pendidikan. Kokurikulum Apa-apa kegiatan yang dirancang selain daripada proses PdP di dalam bilik darjah (kurikulum). Pelaksanaan kurikulum yang harmoni dan berkesan mencakupi aspek kandungan, pedagogi dan pentaksiran yang berlaku di dalam dan di luar bilik darjah untuk melahirkan insan yang seimbang.
Terdapat sembilan kecerdasan pelbagai iaitu: verbal linguistik logik matematik visual ruang kinestetik interpersonal intrapersonal muzik naturalis eksistensial PENGENALAN: Modul Kecerdasan Pelbagai Kecerdasan pelbagai dalam konteks Malaysia adalah untuk merealisasikan hasrat Falsafah Pendidikan Negara iaitu memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Apakah kecerdasan pelbagai yang ada? Mengapa Kecerdasan Pelbagai? Modul PdP Kecerdasan Pelbagai l 1
Modul ini membantu mengenal pasti kecerdasan pelbagai cikgu di samping mencungkil dan menyerlahkan kecerdasan pelbagai dalam kalangan murid. Apakah matlamat modul ini? Situasi yang terbaik adalah cikgu digalakkan mengguna dua hingga empat kecerdasan pelbagai dalam satu sesi PdP kerana setiap individu memiliki kecerdasan yang pelbagai. Adakah cikgu perlu menggunakan semua kecerdasan pelbagai dalam satu sesi PdP? 2 l Modul PdP Kecerdasan Pelbagai
menghubung kait kecerdasan yang dikenal pasti dengan strategi pembelajaran murid. membantu cikgu membangkitkan minat dan menyerlahkan potensi murid semasa sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) berdasarkan kecerdasan pelbagai yang dimiliki. Modul ini dapat: Modul PdP Kecerdasan Pelbagai l 3 Cadangan aktiviti dalam modul ini direka bentuk mengikut kumpulan STEM, Bahasa, Kesejahteraan dan Sains Sosial. Contoh aktiviti yang diberikan boleh disesuaikan dengan pelbagai mata pelajaran. Adakah cadangan aktiviti dalam modul ini merangkumi semua mata pelajaran? Apakah objektif modul ini?
Bolehkah cikgu mengadaptasi contoh aktiviti yang diberikan dalam modul ini? Contoh aktiviti yang diberikan dalam modul ini boleh disesuaikan berdasarkan kebolehan dan keupayaan murid atau tahap pembelajaran di peringkat prasekolah, sekolah rendah, sekolah menengah termasuk pendidikan khas. Bagaimanakah modul ini dapat membantu PdP cikgu? Modul ini membantu cikgu mengenal pasti, mencungkil dan menyerlahkan kecerdasan pelbagai murid. Dengan menggunakan kecerdasan pelbagai yang sesuai, cikgu boleh meningkatkan motivasi dan juga boleh menyuntik elemen keseronokan dalam sesi PdP. Selain itu, dengan menggunakan modul ini, murid dapat meningkatkan kefahaman kandungan yang dipelajari. 4 l Modul PdP Kecerdasan Pelbagai
Adakah cikgu perlu melaksanakan pentaksiran semasa menggunakan pendekatan kecerdasan pelbagai dalam PdP? Cikgu perlu melaksanakan pentaksiran secara berterusan semasa menggunakan pendekatan kecerdasan pelbagai dalam PdP untuk merekod dan melaporkan perkembangan pembelajaran serta potensi murid. Pentaksiran boleh dilaksanakan berdasarkan ikon (Pemerhatian Lisan dan Bertulis ) yang terdapat dalam aktiviti yang dicadangkan. Cikgu boleh memilih aktiviti yang bersesuaian seperti yang diberikan dalam modul ini dan mengadaptasi cadangan aktiviti mengikut tajuk serta objektif pembelajaran dengan mengambil kira kecerdasan dominan murid. Cikgu juga boleh mengubah suai aktiviti yang dicadangkan mengikut kreativiti berdasarkan kecerdasan lain yang ditemui. Bagaimanakah cikgu boleh menggunakan modul ini? Modul PdP Kecerdasan Pelbagai l 5
Adakah pendekatan kecerdasan pelbagai sesuatu yang baharu? Kecerdasan pelbagai merupakan salah satu pendekatan dalam pelaksanaan PdP seperti yang dinyatakan dalam dokumen kurikulum. Penyepaduan kecerdasan pelbagai dalam aktiviti pembelajaran seperti yang dicadangkan dalam modul ini membantu cikgu memantapkan PdP. 6 l Modul PdP Kecerdasan Pelbagai Adakah cikgu wajib menggunakan modul ini? Cikgu digalakkan menggunakan modul kecerdasan pelbagai sebagai panduan dalam sesi PdP bagi meraikan kepelbagaian kecerdasan murid. Apakah istilah Kecerdasan Pelbagai yang digunakan dalam modul ini? Kecerdasan Pelbagai juga dikenali sebagai Multiple Intelligences (MI). Modul ini akan menggunakan istilah MI.
Penemuan awal menunjukkan terdapat lapan kecerdasan manusia yang berbeza dan manusia dilahirkan dengan kecerdasan yang pelbagai. Selepas itu, Howard Gardner telah menemui satu lagi kecerdasan pelbagai iaitu eksistensial. Sekarang kita ada sembilan kecerdasan pelbagai. Teori kecerdasan pelbagai membuktikan bahawa setiap individu mempunyai profil kecerdasan yang UNIK dan . Keunikan ini dipengaruhi oleh faktor biologi dan persekitaran. Seterusnya, mari kita ketahui 9 MI. UNIK dan BERBEZA. -Howard Gardner Modul PdP Kecerdasan Pelbagai l 7
suka berinteraksi, berkebolehan menjalin hubungan dan membina kepercayaan dengan orang lain peka terhadap perasaan dan cekap menilai emosi, motivasi dan keinginan orang di sekeliling Interpersonal menggunakan sebahagian atau keseluruhan anggota badan untuk berkomunikasi dan menyelesaikan masalah (sukan, menari, gimrama, lakonan dan aktiviti manipulatif) mengawal dan mahir mengimbangi pergerakan tubuh dan objek yang melibatkan kecekapan motor halus dan motor kasar menaakul secara deduktif dan induktif serta berfikir secara konseptual dan abstrak menggunakan simbol untuk mewakili idea yang konkrit membuat perkaitan, menyoal, menganalisis, mensintesis, mengira dan menggunakan komputer dengan cekap mudah tertarik dan peka dengan alam semulajadi mengenali dan mengklasifikasikan flora, fauna dan galian dengan mudah gemar menghabiskan masa di luar dan mendengar bunyibunyian yang terdapat dalam alam sekitar mempunyai kesedaran tentang diri sendiri , berfikiran metakognitif dan berkebolehan untuk menilai diri sendiri (kekuatan dan kelemahan diri) mempunyai gerak hati/intuisi yang kuat dan imaginasi yang tinggi serta belajar melalui pemerhatian dan mendengar suka bersendirian, membuat refleksi dan mempunyai autonomi yang tinggi untuk berdikari menggunakan bahasa dengan efektif sama ada secara lisan atau bertulis gemar meluahkan perasaan secara verbal dan berkemahiran meluahkan idea dalam penulisan berfikir secara gambaran, imej, bentuk dan corak mengingat dan menterjemahkan gambaran mental tersebut ke dalam hasil kerja fizikal (lakaran, lukisan, model, grafik) menghubung kait di antara objek dan ruang berfikir dalam bentuk muzikal peka dengan bunyi di persekitaran termasuk melodi dan nada memadankan perasaan kepada muzik dan ritma serta boleh menyanyi, bersenandung dan bergerak mengikut rentak muzik berlainan mempunyai kecerdasan untuk memahami dan menimbang tara perkara berunsur falsafah yang berkaitan kewujudan Tuhan dan fitrah alam sering mencari makna dalam kehidupan seharian dan menghargai estetika persekitaran, menghormati dan menghargai makhluk 8 l Modul PdP Kecerdasan Pelbagai
Kecerdasan Pelbagai menjelmakan hasrat kemahiran memimpin kemahiran dwibahasa identiti nasional etika & kerohanian kemahiran berfikir pengetahuan Aspirasi Sistem Aspirasi murid PERPADUAN Sistem pendidikan yang mewujudkan perkongsian pengalaman dan nilai kepada kanak-kanak dengan menghargai kepelbagaian Modul PdP Kecerdasan Pelbagai l 9 RUKUN NEGARA Kepercayaan kepada Tuhan Kesetiaan kepada Raja dan Negara Keluhuran Perlembagaan Kedaulatan Undang-undang Kesopanan dan Kesusilaan
Jadi, apakah MI dominan cikgu? _____ 10 l Modul PdP Kecerdasan Pelbagai * instrumen ini meliputi sembilan MI https://www.idrlabs.com/multi ple-intelligences/test.php
Setelah mengetahui MI dominan cikgu, cikgu boleh imbas kod QR di atas untuk mengenal pasti hubungan antara MI cikgu dengan strategi PdP. https://alis.alberta.ca/careerinsite/knowyourself/multiple-intelligences-quiz/ Modul PdP Kecerdasan Pelbagai l 11
Mari kita cuba kenal pasti murid yang duduk di penjuru kiri belakang kelas yang tidak boleh duduk diam. mungkin kecerdasan dominannya kinestetik Bagaimana pula dengan murid yang duduk di barisan hadapan kelas yang sentiasa melukis apabila guru mengajar? mungkin kecerdasan dominannya visual ruang Marilah kita gunakan pengetahuan tentang MI ini untuk membantu murid kita mencapai potensi pembelajaran mereka. 12 l Modul PdP Kecerdasan Pelbagai
Apakah agaknya MI dominan si Ayu, Rama, Chong, Kasar dan Sandra? Guru boleh melaksanakan pemerhatian dan menggunakan instrumen psikometrik untuk mengenal pasti MI murid. Fikirkan seketika... Tulis nama murid di atas piza di bawah. Modul PdP Kecerdasan Pelbagai l 13
Tahukah cikgu bagaimana menggunakan MI yang dikenal pasti bagi murid tersebut untuk mencetuskan minat dan kefahaman dalam proses PdP? 14 l Modul PdP Kecerdasan Pelbagai
STEM BAHASA SAINS SOSIAL KESEJAHTERAAN Modul ini mencadangkan beberapa aktiviti PdP mengikut kumpulan STEM, Bahasa, Sains Sosial dan Kesejahteraan. Cikgu boleh menggunakan atau mengubah suai cadangan aktiviti yang disediakan untuk perancangan PdP menggunakan MI murid dan mengikut tahap pembelajaran mereka. Modul PdP Kecerdasan Pelbagai l 15
LISAN BERTULIS Pemerhatian Lisan Bertulis Sepanjang proses PdP yang menggunakan pendekatan MI, Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) boleh dilaksanakan melalui kaedah: PEMERHATIAN Bagi membantu cikgu melaksanakan PBD, ikon pemerhatian, lisan dan bertulis dipaparkan di sepanjang aktiviti MI yang dicadangkan. Memerhati dan mentaksir proses kerja murid serta memberi maklum balas secara lisan atau bertulis. Memerhati dan mentaksir tingkah laku murid melalui interaksi murid dengan cikgu atau interaksi murid dengan murid. Mentaksir jawapan murid secara lisan melalui aktiviti bercerita, syarahan atau lain-lain aktiviti yang bersesuaian dan memberikan maklum balas secara lisan. Menyemak dan memeriksa hasil penulisan murid seperti karangan, laporan projek, latihan bertulis. Menyemak hasil kerja murid dengan memberikan maklum balas. 16 l Modul PdP Kecerdasan Pelbagai
Modul PdP Kecerdasan Pelbagai l 17
Aktiviti 1: Bercerita Murid dibahagikan kepada kumpulan mengikut MI masing-masing. Murid diberi contoh cerita . (Sila imbas kod QR). Setiap kumpulan mempersembahkan cerita tersebut semula mengikut kreativiti masing-masing. Murid di dalam kumpulan diberi beberapa bahan maujud yang berbeza jenis material. K O N S E P S T E M : K E T U M P A T A N Hasil dapatan boleh dipersembahkan dalam bentuk verbal, laporan bertulis atau lukisan. Setiap kumpulan menjalankan eksperimen untuk menguji sifat bahan-bahan sama ada bahan tersebut timbul atau tenggelam. Aktiviti ini melibatkan aktiviti hands-on yang menggalakkan kecerdasan kinestetik. Sekiranya bahan yang digunakan mempunyai elemen semula jadi, kecerdasan naturalis murid juga dapat diintegrasikan. Di samping itu, apabila murid diberi peluang untuk melaporkan hasil dapatan dengan cara yang digemari, aktiviti ini dapat mencungkil dan menyerlahkan kecerdasan visual ruang atau verbal linguistik mereka. Mari buat bot! Aktiviti ini boleh menarik minat murid terhadap pembelajaran terutamanya bagi yang mempunyai kecerdasan verbal linguistik dan interpersonal apabila mereka dapat bercerita semula. Aktiviti 2: Eksperimen cetus minat Setiap kumpulan membuat pemerhatian terhadap bahan-bahan tersebut dari segi saiz dan beratnya. Timbul 1) 2) 3) Tenggelam 1) 2) 3) 18 l Modul PdP Kecerdasan Pelbagai
Mari buat bot! K O N S E P S T E M : K E T U M P A T A N Aktiviti 3: Penyelesaian masalah menjadikan pensel tenggelam, dan mengapungkan pemadam. Murid diberi bahan dan diminta untuk menjalankan aktiviti ini secara berkumpulan dengan: Murid mempersembahkan hasil kerja kumpulan mereka. Perbincangan lanjut antara guru dan murid boleh dilakukan untuk mengaitkan aktiviti dengan konsep ketumpatan. Aktiviti 4: Bot saya Murid membina bot yang boleh terapung di atas permukaan air menggunakan bahan sedia ada di rumah. Murid menguji sama ada bot yang dihasilkannya boleh terapung atau tidak. Murid diminta untuk menerangkan pengalaman mereka menghasilkan bot. Aktiviti ini menggalakkan kemahiran berfikir aras tinggi murid. Di samping itu, aktiviti ini menyerlahkan kecerdasan kinestetik murid apabila melakukan aktiviti secara hands-on serta kecerdasan interpersonal semasa bekerja di dalam kumpulan. Aktiviti ini menggalakkan pemikiran mereka cipta murid. Melalui aktiviti ini, MI murid yang diintegrasikan ialah kecerdasan visual ruang, kinestetik, interpersonal dan naturalis. MI yang terlibat dapat meningkatkan kefahaman murid tentang konsep KETUMPATAN. Modul PdP Kecerdasan Pelbagai l 19
Murid yang mempunyai kecerdasan kinestetik menjalankan aktiviti seperti membuat simulasi peredaran darah dan main peranan sebagai darah beroksigen atau darah tidak beroksigen untuk memahami laluan peredaran darah. Sila imbas kod QR untuk melihat contoh. Murid yang mempunyai kecerdasan visual ruang mahir menjalankan aktiviti melukis jantung yang besar di atas papan polistirena kemudian melabel dengan menggunakan paku pin. Mereka boleh menunjukkan aliran darah beroksigen dan tidak beroksigen dengan kreativiti mereka sendiri. Murid dengan kecerdasan muzik menjalankan aktiviti yang melibatkan mereka untuk menggubah lagu dan mencipta lirik tentang laluan peredaran darah beroksigen dan tidak beroksigen. Murid yang mempunyai kecerdasan intrapersonal diberikan tugasan individu untuk mencari maklumat tentang peredaran darah manusia menggunakan pelbagai rujukan. Mereka juga boleh menjalankan aktiviti seperti menulis jurnal ringkas tentang peredaran darah berdasarkan maklumat yang dicari. Mengenali MI dalam diri sendiri dan menggunakannya untuk mencetus minat dan pemahaman kendiri terhadap topik yg dipelajari... Hebatnya KECERDASAN PELBAGAI! Dengan mengintegrasikan teori MI topik yang kompleks seperti Peredaran Darah Manusia dalam PdP, dapat dipelajari dengan cara yang menyeronokkan. Bagaimanakah caranya? Peredaran Darah Manusia 20 l Modul PdP Kecerdasan Pelbagai
Contoh 1 Menggunakan bahan daripada alam semula jadi seperti daun dalam aktiviti PdP. Murid mengasingkan daun mengikut warna seperti di dalam gambar rajah Venn. Contoh 2 Murid menggunakan model haiwan untuk menunjukkan habitat haiwan seperti di dalam gambar rajah Venn. Gambar rajah Venn ialah gambar rajah yang menunjukkan semua kemungkinan hubungan logik antara koleksi set terhingga. Gambar rajah Venn biasanya terdiri daripada bulatan bertindih. Bahagian yang bertindih secara simbolik mewakili unsur set, manakala bahagian luar mewakili unsur yang bukan ahli set. 1. Guru menerangkan konsep gambar rajah Venn Bagaimana gambar rajah Venn boleh diperkenalkan kepada murid MENERUSI Kecerdasan Pelbagai? Tajuk: Gambar Rajah Venn Objektif: Murid memahami konsep gambar rajah Venn 2. Guru merancang dan melaksanakan aktiviti yang bersesuaian dengan murid seperti: Murid Naturalis Gambar Rajah Venn Modul PdP Kecerdasan Pelbagai l 21
Murid verbal linguistik dan visual ruang Murid bergerak mengikut arahan guru. Sebagai contohnya, murid yang suka makan durian, bergerak ke dalam bahagian bulatan A, murid yang suka makan manggis bergerak ke bahagian bulatan B, manakala murid yang suka makan kedua jenis buah bergerak masuk ke bahagian bulatan C. Contoh: Murid melukis gambar sendiri dan menampal gambar dalam gambar rajah Venn. Murid Kinestetik Murid yang mempunyai kecerdasan logik Matematik akan berasa selesa semasa pembelajaran Matematik. Oleh itu, penglibatan mereka dalam mana-mana aktiviti tersebut boleh menyerlahkan MI selain daripada MI logik Matematik. murid yang mempunyai adik beradik perempuan sahaja murid yang mempunyai adik beradik lelaki sahaja murid yang mempunyai adik beradik lelaki dan perempuan. 22 l Modul PdP Kecerdasan Pelbagai
Guru meletakkan sebiji buah tembikai di atas meja semasa kelas bermula dan bertanya, Selepas penerangan ukur lilit, guru menyoal, Langkah 1 – Soalan penyiasatan matematik: Berapakah ukur lilit tembikai? "Apakah nama buah ini?" "Apakah warna isinya?" "Berapakah ukur lilit buah tembikai ini?" Langkah 2 – Membuat anggaran: Murid diberi peluang untuk menyentuh, memegang, mengangkat dan membuat penerokaan terhadap tembikai sebelum membuat ramalan. Murid berkecerdasan kinestetik akan gembira kerana dapat bergerak dan menggunakan tenaga fizikalnya dan murid interpersonal akan seronok kerana dapat berinteraksi dengan rakan-rakan menerusi aktiviti ini. "Wah!" Kata murid yang mempunyai kecerdasan visual ruang dan naturalis. cetus minat Penyiasatan matematikUkur lilit O B J E K T I F : M U R I D M E M A H A M I U K U R L I L I T Modul PdP Kecerdasan Pelbagai l 23
Murid secara individu atau dalam kumpulan kecil memotong tali mengikut anggaran panjang ukur lilit tembikai. Murid mengukur ukur lilit tembikai dengan menggunakan tali. Murid mengukur panjang tali dengan menggunakan pembaris dan membuat perbandingan dengan panjang anggaran yang mereka lakukan sebelum ini. Langkah 3 – Murid menjalankan eksperimen secara individu atau dalam kumpulan kecil (4 atau 6 orang) Berapakah ukur lilit tembikai? Bagaimana aktiviti ini boleh menggalakkan murid yang mempunyai kecerdasan verbal linguistik? Murid boleh mencatat atau menulis laporan penyiasatan seperti berikut: Murid berkecerdasan logik matematik akan menunjukkan potensi mereka menerusi kemahiran menganggar dan mengukur Anggaran saya: 25 cm Hari ini saya belajar berkaitan ukur lilit tembikai iaitu lebih kurang 30 cm. 24 l Modul PdP Kecerdasan Pelbagai
“I want my children to understand the world, but not just because the world is fascinating and the human mind is curious. I want them to understand it so that they will be positioned to make it a better place.” ― Howard Gardner Modul PdP Kecerdasan Pelbagai l 25
“It' s not how smart you are that matters, what really counts is how you are smart.” ― Howard Gardner 26 l Modul PdP Kecerdasan Pelbagai
Modul PdP Kecerdasan Pelbagai l 27
elementary TARO AND HIS GRANDMOTHER aJapanese folktale intermediate advanced TELL ME ABOUT IT elementary intermediate advanced Teachers can scan the QR codes and choose stories from 3 different proficiency levels: These suggested stories can be adopted and adapted to suit your goals, and the needs and interests of your pupils. These materials can also be used for Non-textbook Lessons. THE GIRL WHO LOVED TO DANCE CLARK THE SHARK 28 l Modul PdP Kecerdasan Pelbagai
READ- ALOUD! Teacher models reading and pupils repeat after. Pupils read aloud the story. Different pupils read dialogues in different voices of the characters. Verbal-linuistic connects high verbal-linguistic intelligence with words and languages. These pupils are typically good at reading, writing, telling stories and memorising words. They enjoy debates, storytelling, online communications, group discussions and word games. They can work on jigsaw reading, and read-alouds. JAZZ IT UP! Teacher picks a few target words and phrases from the story to create a jazz chant. Pupils clap their hands, stomp their feet, or they can even play percussions made of water bottles as they read the jazz chant! The musical-rhyth relates to sensitivity to sounds, rhythms, tones and music. Writing jazz chants would help pupils to remember vocabulary, tonal/rhythmic patterns in music of the target language. Songs, rhymes and chants can contribute to the pupils' global development, and acting together is fun and stimulates the pupils' sense of humour. a. Taro b. grandmother c. village headman d. warlord e. several villagers (6 pupils) f. several old people (4 pupils) ROLE- PLAY! Pupils 'become' anyone they like for a short time! They choose and act out the role of their favourite character from the story. Musical-rhythmic Verbal-linguistic SAMPLE 1: ACT IT OUT bodily-kinesthetic, includes a sense of physical action, which is learning through movement and manipulating things. Some activities include role playing, dancing, total physical response (TPR), hands-on learning, manipulatives, and multimedia games or activities. Additional activities are known as stand-up and sit-down and inside/outside circle. Bodily-kinesthetic Teachers can adapt this activity to suit the story that they have chosen based on the level of their pupils Modul PdP Kecerdasan Pelbagai l 29
Some pupils prefer to work independently. Teacher asks these pupils to prepare some props for the role-play such as: a.trees, domestic and farm animals b.costumes – using recycled materials such as old newspapers, plastics, old fabrics, old straw, hoe, etc. c.background scenes/art Intrapersonal pupils are the most independent of the learners. Some activities for these pupils include working with books, creating materials, writing diaries in private at their own time. These pupils work better independently before they share their work. MAKING PROPS! Pupils who are good at computer skills can create slide shows out of the story! Teachers can ask these pupils to transform the story into infographics. MAKING SLIDE SHOWS! Visual-spatial deals with spatial judgment and the ability to visualise the stories in their minds. The visual and spatial learner learns through the use of the eye. Some materials that will help them include using graphs and diagrams, drawing a response, video exercises, computer slide shows, multimedia projects mind mapping, and graphic organisers. Other activities and materials include vocabulary cards, writing frames, journals, portfolios, sequencing mapping, and scaffolding charts. Visual-spatial Teachers can create online puzzles (e.g. Puzzlemaker) to gauge pupils' understanding of the story. Teachers can ask pupils to solve a puzzle by sequencing the plot of the story or even come up with their own puzzle! PUZZLE! includes logic, abstractions, reasoning, numbers and critical thinking. Activities include word order activities, grammar relationships, pattern games, number activities, classifying and categorizing, sequencing information, and computer games. Intrapersonal SAMPLE 2: Logical-mathematical HANDS-ON 30 l Modul PdP Kecerdasan Pelbagai
PANDUAN GURU: Guru perlu memastikan penglibatan penuh murid dalam setiap aktiviti untuk mencungkil minat dan potensi mereka bagi menguasai kemahiran berbahasa. LISAN BERTULIS PEMERHATIAN PBD Intrapersonal Interpersonal Visual Ruang Verbal Linguistik Integrasi MI AKTIVITI 1: KENALI DIRI SAYA DAN RAKAN-RAKAN 4. Murid diminta mempersembahkan biodata diri dan memperkenalkan biodata diri rakan mereka di hadapan kelas. (MI- ) 1 . Murid diminta untuk menyediakan biodata diri secara ringkas dalam bentuk catatan. (MI- ) 2. Murid diminta untuk mengumpul maklumat diri l ima orang rakan dalam bentuk catatan diari . (MI- ) 3. Murid diminta untuk menyediakan maklumat biodata diri dan rakan dalam pelbagai bentuk seperti rakaman video/lukisan/peta minda mengikut kreativiti murid. (MI- ) TUGASAN MURID: Pada akhir aktiviti, murid dapat membentangkan biodata diri dan biodata sahabat kepada rakan sekelas secara kreatif. AKU DAN DIA Modul PdP Kecerdasan Pelbagai l 31
Nama saya Saya berumur seorang kerana biodata diri SAYA Saya tinggal di saya hobi: bermain layang-layang subjek kegemaran: sains Saya bercita-cita untuk menjadi tahun makanan kegemaran: sup minuman kegemaran: jus tembikai Catatan Saya Nuh bin Ahmad . 7 . No. 49, Jalan Wira 1/2, Taman Orkid, Jalan Alor Mengkudu, Nilai, Negeri Sembilan. doktor dapat merawat orang sakit. 32 l Modul PdP Kecerdasan Pelbagai