The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Modul ini dikhususkan untuk pelajar semester 3/4/6.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hawa.tukirin, 2023-02-07 02:30:24

MODUL CUA3/4/60012 PENGAJIAN MALAYSIA

Modul ini dikhususkan untuk pelajar semester 3/4/6.

Keywords: MALAYSIA

PENGAJIAN MALAYSIA (SIJIL) _______________________________________________________________________________________________________ BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL i UNIT 1 UNIT 1 : PENGENALAN MASYARAKAT MALAYSIA Course Rationale Objektif kursus ini bertujuan untuk melahirkan pelajar yang memahami peranannya dalam proses pembinaan negara bangsa dan bersemangat patriotik dalam menghadapi cabaran pembangunan. Course Synopsis Kursus ini menghuraikan tentang proses pembinaan negara bangsa dan semangat patriotik dalam menghadapi cabaran pembangunan. Kursus ini memberi fokus tentang pengenalan kepada masyarakat Malaysia, pembinaan negara bangsa, Islam di Malaysia, sejarah dan politik, jentera pentadbiran, dan dasar-dasar kerajaan. Learning Outcomes 1. Menerangkan sejarah dan proses politik dalam mencapai kemerdekaaan. After completing the course, students should be able to: 2. Membincangkan perkembangan masyarakat dari aspek sosiobudaya, politik dan ekonomi. 3. Menghuraikan komponen utama sistem dan jentera pentadbiran negara. 4. Menjelaskan dasar-dasar utama kerajaan dan sumbangannya kepada pembangunan negara.


PENGAJIAN MALAYSIA (SIJIL) _______________________________________________________________________________________________________ BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL ii UNIT 1 Siti Hawa bt Tukirin Zalila bt Atan Cover Design & Developed by Bahagian Kemahiran dan Teknikal Cawangan Pengajian Majlis Amanah Rakyat Edition, Oktober 2016 This module is permitted for IKM and KKTM use only. Copyright © BKT, Majlis Amanah Rakyat All right reserved. No parts of this work may be reproduced in any form of by any means without the written permission of the Director, Bahagian Kemahiran dan Teknikal , MARA K.L This module is permitted for internal circulation (IKM/KKTM) only Unit Pembangunan Modul Pembelajaran Cawangan Pengajian Bahagian Kemahiran dan Teknikal Tingkat 20, Ibu Pejabat MARA Jalan MARA 50609 Kuala Lumpur Web Page: http://www.mara.gov.my Penasihat Modul Prof. Madya Dr. Hj. Jamaludin bin Hj. Ahmad Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia,43400 Serdang, Selangor


PENGAJIAN MALAYSIA (SIJIL) _______________________________________________________________________________________________________ BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL iii UNIT 1 INDEKS UNIT CONTENTS PAGES Synopsis i Credit page Indeks ii iii 1.0 Pengenalan Masyarakat Malaysia 1 - 11 1.1 Masyarakat 1.2 Budaya 1.3 Hubungan Etnik di Malaysia Self Assessment 11 Bibliography 12


PENGAJIAN MALAYSIA (SIJIL) _______________________________________________________________________________________________________ BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 1 UNIT 1 PENGENALAN Pada umumnya, terdapat tiga kaum utama yang membentuk masyarakat Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India. Kehadiran tiga kaum ini dan kaum-kaum lain telah mewujudkan masyarakat majmuk di negara ini. Walaupun mereka menetap di sebuah negara yang sama, namun ketiga-tiga kaum ini masih mengekalkan identiti masing-masing dan mengamalkan tradisi yang tersendiri. Namun begitu, dengan peredaran masa penduduk di Malaysia telah mencapai satu tahap keharmonian yang membanggakan di mana tidak berlaku lagi pengenalan kaum antara mereka sehingga terlahirlah istilah masyarakat kepelbagaian. Kejayaan Malaysia dalam mengekalkan keamanan dan kestabilan politik yang diasaskan oleh hubungan etnik yang positif dan sinergi telah menarik negara luar untuk mengetahui rahsia di sebalik kejayaan ini. Kekuatan hubungan yang terjalin antara etnik ini sebenarnya bukanlah untuk dihuraikan kepada orang luar, tetapi yang penting kepada rakyat Malaysia sendiri. Jumlah Penduduk Malaysia Jadual 1: Komposisi Penduduk Malaysia, 2000-2010 (Juta orang) Jumlah Penduduk (Juta) Tahun 2000 Tahun 2005 Tahun 2010 Bumiputera 14.56 66.1% 16.06 65.9% 17.95 67% Cina 5.58 25.3% 6.15 25.3% 6.52 24.3% India 1.63 7.4% 1.83 7.5% 1.97 7.4% Etnik lain 0.27 1.2% 0.32 1.3% 0.35 1.3% Jumlah Penduduk 22.04 100% 24.36 100% 26.79 100% Sumber: Rancangan Malaysia Kesembilan 2006-2010. hlm 30. UNIT 1.0 : PENGENALAN MASYARAKAT MALAYSIA UNIT 1.0 :


PENGAJIAN MALAYSIA (SIJIL) _______________________________________________________________________________________________________ BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 2 UNIT 1 1.1 Masyarakat Ras boleh dikatakan kelompok sosial yang mempunyai tanda pengenalan kolektif berasaskan ciri fizikal-biologikal nyata, seperti warna kulit, warna mata, warna rambut dan sebagainya. Etnik pula merujuk kepada, sekelompok manusia yang mengamalkan budaya yang hampir seragam, termasuk adat resam, pakaian, bahasa dan kegiatan ekonomi. (Shamsul Amri Baharuddin:2011). bangsa pula ditakrifkan sebagai satu kesatuan manusia yang hidup bersama dalam sesebuah negara. Istilah ini sering diertikan dengan kewujudan kumpulan manusia yang berkongsi beberapa ciri yang sama. Persamaan ini mungkin disebabkan oleh pelbagai faktor seperti biologi, budaya, politik, dan latar belakang sejarah.(Ruslan Zainuddin:2010) 1.1.1 Definisi 1.1.1.1 Masyarakat Masyarakat menurut definisi Kamus Dewan (2005): Masyarakat terdiri daripada kumpulan individu yang mempunyai hubungan yang sangat lama. Masyarakat adalah kelompok manusia, tua dan muda, lelaki dan perempuan yang mempunyai hubungan sosial dalam sesuatu penempatan yang sama. Perhubungan yang wujud mungkin dari segi kekeluargaan, pekerjaan, tempat tinggal, dan sebagainya. Dalam konteks Malaysia, hubungan harmoni antara pelbagai kumpulan etnik dapat membina sebuah masyarakat Malaysia yang teguh. •Kumpulan manusia yang hidup bersama-sama di sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu. Individu, keluarga dan kumpulan-kumpulan kecil merupakan anggota sesebuah masyarakat


PENGAJIAN MALAYSIA (SIJIL) _______________________________________________________________________________________________________ BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 3 UNIT 1 1.1.1.2 Masyarakat Majmuk J.S.Furnival merupakan seorang pakar antropologi yang mengemukakan konsep masyarakat majmuk berdasarkan kajiannya di Indonesia dan Burma. Menurut Furnivall (1967:54), masyarakat majmuk terdiri daripada pelbagai kaum yang mempunyai kebudayaan, agama, bahasa dan adat resam yang tersendiri. Walaupun pelbagai kaum berganding bahu di bawah sistem politik yang sama tetapi kehidupan mereka adalah berasingan dan interaksi sosial berkurangan dan hubungan meraka hanya terbatas dalam hal jual beli. Masyarakat zaman penjajah dan di awal kemerdekaan lebih dikenali sebagai masyarakat majmuk. 1.1.1.3 Masyarakat Kepelbagaian Masyarakat majmuk ialah yang terdiri daripada pelbagai kaum yang mengamalkan budaya, agama, bahasa, adat resam dan cara hidup yang tersendiri •Masyarakat sekarang lebih dikenali sebagai masyarakat kepelbagaian iaitu masyarakat yang terdiri dari pelbagai etnik. Berbeza ciri dengan masyarakat majmuk.


PENGAJIAN MALAYSIA (SIJIL) _______________________________________________________________________________________________________ BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 4 UNIT 1 1.1.2 Ciri-Ciri 1.1.2.1 1.1.2.2 1.1.2.3 • Berkelompok • Melahirkan budaya • Mengalami perubahan • Terdapat kepimpinan • Stratifikasi sosial Ciri – ciri masyarakat Berkonflik pengasingan sistem pendidikan pemisahan penempatan pemisahan ekonomi pemisahan politik Ciri – ciri masyarakat majmuk Harmoni Sistem pendidikan yang seragam Jurang pemisahan penempatan semakin kecil Jurang pemisahan ekonomi semakin mengecil Terdapatnya politik permuafakatan Ciri – ciri masyarakat Kepelbagaian


PENGAJIAN MALAYSIA (SIJIL) _______________________________________________________________________________________________________ BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 5 UNIT 1 1.2 Budaya 1.2.1 Definisi Pakar-pakar penyelidik berpendapat bahawa perkataan budaya itu berasal dari perkataan Sanskrit ‘budaya’ ialah percantuman dua perkataan ‘budhi’ dan ‘daya’. Perkataan ‘budhi’ yang dipinjam dari bahasa Sanskrit bererti ‘kecergasan fikiran dan akal’ manakala ‘daya’ ialah perkataan Melayu Polynesia bermakna ‘kekuatan kuasa, tenaga dan pengaruh’. Jika dicantumkan kedua-dua perkataan ini ‘budaya’ akan membawa maksud ‘tenaga fikiran, usaha rohani atau kuasa yang menggerakkan jiwa’ Budaya dapat didefinisikan :~ Dalam pengertian umum,’kebudayaan’ merupakan seluruh cara hidup masyarakat atau seluruh aspek pemikiran dan tingkah laku manusia yang diwarisi daripada satu generasi ke satu generasi yang lain melalui proses pembelajaran. Mengikut takrif kamus dewan pula, ‘kebudayaan’ membawa maksud cara hidup sebuah masyarakat, tamadun, peradaban dan kemajuan. ( Kamus Dewan:2002) cara hidup yang diikuti oleh orang yang menjadi anggota kumpulan tertentu dan meliputi anasir sistem sosial, susunan organisasi ekonomi, politik, agama, kepercayaan, adat resam, sikap, nilai, peralatan budaya, atau apa-apa yang dihasilkan oleh mereka sebagai anggota masyarakat


PENGAJIAN MALAYSIA (SIJIL) _______________________________________________________________________________________________________ BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 6 UNIT 1 Kebudayaan masyarakat Melayu Perayaan Hari Raya Aidilfitri, Hari Raya Aidiladha, Nuzul Al Quran, Maulud Nabi, Awal Ramadan Kesenian Wayang Kulit, Mak Yong, Kuda Kepang, Menora, Joget Gamelan Perkahwinan Merisik, Bertunang, Pelamin dan bersanding Pakaian Sarung, Pakaian Cik Siti Wan Kembang, Pakaian Puteri Perak, Baju Kurung Teluk Belanga, Baju Riau Pahang Budaya kebendaan Budaya bukan kebendaan Peralatan dan kelengkapan hidup seperti rumah, kereta, perahu, senjata dan sebagainya kepercayaan, adat istiadat dan undangundang Contohnya:~ orang Melayu mempunyai rumah yang berbeza dengan orang Inggeris atau orang Eskimo Contohnya:~ setiap masyarakat mempunyai adat istiadat yang berbeza-beza dalam menjalani kehidupan seperti perkahwinan masyarakat Melayu yang mana pihak lelaki yang memberi hantaran kepada pihak perempuan manakala, bagi masyarakat India, hantaran (dowri) perkahwinan diberi oleh pihak perempuan kepada pihak lelaki Fungsi Budaya Ciri-Ciri Budaya Memenuhi dan menyediakan keperluan Sebagai panduan kepada anggota masyarakat dalam bertingkah laku Mengatur hubungan sesama manusia Sebagai penggalak kepada manusia untuk mencipta Sebagai alat penyatuan dan pengenalan identiti Dipelajari Perkongsian Kesejagatan Diwarisi Berubah Perlambangan Pandangan Semesta


PENGAJIAN MALAYSIA (SIJIL) _______________________________________________________________________________________________________ BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 7 UNIT 1 Kebudayaan masyarakat Cina Perayaan Tahun Baru Cina, Chap Goh Mei, Perayaan Chin Ming, Perayaan Hantu Lapar, Perayaan Kuih Bulan Pakaian Samfoo, Cheogsam Makanan Nasi Amalan Kalendar Orang Cina (12 ekor binatang), Keinginan untuk mendapat anak lelaki pertama,Pelajaran , Upacara Pengebumian - Persatuan Keranda, Kebudayaan masyarakat India Perayaan Deepavali, Thaipusam, Thai Ponggal Makanan Chappati, Parratta, Puri, Nasi Pakaian Sari, Dhotis, Vesti, Kurta Kebudayaan masyarakat Sarawak Masyarakat Iban - Konsep Muafakat “utai basai gagamit”, - Tinggal di rumah panjang - Upacara “garam” bagi bayi yang baru lahir - Upacara “ berkindu” bagi ibu yang melahirkan bayi - Kraftangan seperti anyaman, kain selimut “pua kumbu” dan bakul daripada rotan - Tarian ngajat, berpencaha, berkuntau, main kerichap dan main chekak. Kebudayaan masyarakat Sabah Masyarakat Kadazan-Dusun - Adat kematian , konsep mihad – menangisi mayat, memojuk – memandikan mayat, menguman – menghiasi mayat dan mendandan mayat, lobong – kubur, panukup - kenduri - Adat mintuhun – menjejakkan kai bayi ke tanah - Kraftangan seperti tudung terendak, perangkap binantang daripada buluh, perangkap tikus, perangkap tupai dan perangkap burung.


PENGAJIAN MALAYSIA (SIJIL) _______________________________________________________________________________________________________ BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 8 UNIT 1 1.4 Hubungan Etnik di Malaysia Etnik dari segi bahasa boleh didefinisikan sebagai kaum atau bangsa. Dari segi istilah pula etnik boleh didefinasikan sebagai kelompok manusia yang ditentukan melalui perbezaan ciri-ciri budaya seperti adat resam, pakaian, bahasa, kegiatan ekonomi dan sebagainya. Etnik ialah berkenaan bangsa manusia: ia juga tidak memaksa perubahan terhadap kepercayaan agama atau membuang unsur sesuatu kaum Etnik dapat dikelaskan melalui perbezaan budaya. Etnik juga dapat dikelaskan mengikut demografi iaitu mengikut kedudukan geografi dan sempadan negeri. Contohnya di Sabah dan Sarawak terdapat pelbagai kumpulan etnik pada kedudukan geografi yang berbeza. Etnisiti merujuk kepada rasa kekitaan sesuatu kumpulan etnik tertentu. Ini bererti wujudnya satu kebudayaan atau sub-budaya jelas di mana anggotanya berasa disatukan dengan satu sejarah, nilai, sikap dan tingkah laku yang sama. Manakala etnosentrisme :~ pula merujuk kepada kepercayaan atau rasa bangga yang wujud dikalangan anggota sesebuah kelompok etnik bahawa budaya dan etnisiti mereka adalah jauh lebih baik dan hebat daripada kelompok lain.


PENGAJIAN MALAYSIA (SIJIL) _______________________________________________________________________________________________________ BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 9 UNIT 1 Etnosentrisme juga membawa makna suatu perspektif melihat kelompok etnik lain daripada lensa dan kacamata etnik sendiri. Komposisi Etnik di Malaysia Jadual 2: Komposisi Kaum dan Suku Kaum Penduduk Malaysia Semenanjung Malaysia Sabah Sarawak Melayu Cina India Orang Asli Banjar Boyan Bugis Jawa Kampar Kerinci Mendaling Minangka bau Rawa JohorRiau Hokien Chuanchew Chinchew Eng-hua Engchoon Hokchew Kwangtung Kanton Teochew Hakka Hailam Malayali Punjabi Selon Tamil Telegu Negrito Senoi Melayu Asli (setiap rumpun ini pula terdiri daripada suku kaum) Kadazan Bajau Dusun Murut Bisaya Kadayun Orang Sungai Suang Laut Brunei Bidayuh Bisaya Iban Kayan Kedayan Kelabit Kenyah Melanau Melayu Murut Penan Punan 1.3.2 Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Hubungan Etnik Di Malaysia Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Hubungan Etnik Di Malaysia Galakan Kepada Penduduk Berhijrah Penyeragaman Sistem Pendidikan (Melalui Dasar-Dasar Pelajaran Peranan Media Masa Integrasi Ekonomi Penyatuan fahaman politik


PENGAJIAN MALAYSIA (SIJIL) _______________________________________________________________________________________________________ BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 10 UNIT 1 1.3.2 Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Hubungan Etnik Di Malaysia 1.3.2.1 Galakan Kepada Penduduk Berhijrah Menempatkan penduduk di satu-satu kawasan boleh menggalakkan pergaulan dan pertembungan yang lebih kerap antara sesuatu kaum. Menyatukan perkhidmatan awam antara semua negeri di Malaysia. Selain daripada itu para pegawai ini juga boleh digalakkan untuk menyertai seminar,. bidang keselamatan pula, pasukan-pasukan keselamatan seperti tentera dan polis dari wilayah-wilayah lain boleh dipindahkan ke wilayah-wilayah tertentu 1.3.2.2 Penyeragaman Sistem Pendidikan (Melalui Dasar-Dasar Pelajaran) Dasar- dasar pelajaran seperti Penyata Barnes, Fenn–Wu, UndangUndang Pelajaran 1952, Penyata Razak, Penyata Rahman Talib, Dasar Pendidikan Kebangsaan dasar ini berperanan untuk memupuk perpaduan Dasar-dasar tersebut pnting bagi memastikan pengasingan yang wujud dalam sistem pendidikan sebelum ini dapat dimansuh dan digantikan dengan sistem pendidikan yang lebih seragam dan menyeluruh. 1.3.2.3 Peranan Media Masa Media masa boleh memainkan peranan yang sangat penting lagi berkesan untuk membantu memupuk perpaduan negara melalui penyampaian maklumat, pembentukan sikap dan pandangan rakyat serta penerapan nilainilai positif ke arah memajukan semangat perpaduan.


PENGAJIAN MALAYSIA (SIJIL) _______________________________________________________________________________________________________ BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 11 UNIT 1 1.3.2.4 Integrasi Ekonomi Dasar-dasar pembangunan seperti Rancangan Pembangunan Lima Tahun, Dasar Ekonomi Baru,Dasar Pembangunan Nasional dan lain-lain, dengan dasar ini pengasingan ekonomi zaman penjajahan dapat dimansuhkan. 1.3.2.5 Penyatuan fahaman politik Sistem kerajaan campuran yang terdiri dari pelbagai kaum merupakan satu lagi cara untuk menggabungkan fahaman politik antara kaum. Parti perikatan iaitu adalah gabungan UMNO, MCA dan MIC Ketiga-ketiga parti ini mewakili tiga kaum terbesar di Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India. (Barisan Nasional) Self Asessment 1. Berikan definisi masyarakat . 2. Nyatakan ciri-ciri masyarakat kepelbagaian. 3. Berikan definisi budaya. 4. Nyatakan faktor yang mempengaruhi hubungan etnik di Malaysia.


PENGAJIAN MALAYSIA (SIJIL) _______________________________________________________________________________________________________ BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 12 UNIT 1 Bibliography 1. Mardiana Nordin dan Hasnah Hussin. 2011. Pengajian Malaysia. Shah Alam: Oxford Fajar. 2. Nazaruddin Haji Mohd Jail, Ma’rof Redzuan, Asnarulkhadi Abu Samah dan Ismail Hj Mohd Rashid. 2004. Pengajian Malaysia: Kenegaraan dan Kewarganegaraan. Edisi Kedua. Petaling Jaya: Prentice Hall. 3. INTAN. 1991. Malaysia Kita. Kuala Lumpur: Institut Tadbiran Awam Negara. 4. Malaysia Kita. 2008. Selangor. International Law Book Services. 5. Ruslan Zainuddin. 2010. Kenegaraan Malaysia. Shah Alam. Oxford Fajar 6. Shamsul Amri Baharuddin. 2011. Modul Hubungan Etnik. Shah Alam. UiTM


PENGAJIAN MALAYSIA (SIJIL) ________________________________________________________________________________________________________ BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL i UNIT 2 UNIT 2 : PEMBINAAN NEGARA BANGSA Course Rationale Objektif kursus ini bertujuan untuk melahirkan pelajar yang memahami peranannya dalam proses pembinaan negara bangsa dan bersemangat patriotik dalam menghadapi cabaran pembangunan. Course Synopsis Kursus ini menghuraikan tentang proses pembinaan negara bangsa dan semangat patriotik dalam menghadapi cabaran pembangunan. Kursus ini memberi fokus tentang pengenalan kepada masyarakat Malaysia, pembinaan negara bangsa, Islam di Malaysia, sejarah dan politik, jentera pentadbiran, dan dasar-dasar kerajaan. Learning Outcomes 1. Menerangkan sejarah dan proses politik dalam mencapai kemerdekaaan. After completing the course, students should be able to: 2. Membincangkan perkembangan masyarakat dari aspek sosiobudaya, politik dan ekonomi. 3. Menghuraikan komponen utama sistem dan jentera pentadbiran negara. 4. Menjelaskan dasar-dasar utama kerajaan dan sumbangannya kepada pembangunan negara.


PENGAJIAN MALAYSIA (SIJIL) ________________________________________________________________________________________________________ BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL ii UNIT 2 Original Writers Siti Hawa bt Tukirin Zalila bt Atan Panel of editors Nor Baithi bt Othman Syed Zaidi b. Syed Omar Sandakiah bt Bakar Wan Nurli bt Wan Muhammad Dr. Nazri b. Muslim (Panel MQA) Cover Design & Developed by Bahagian Kemahiran dan Teknikal Cawangan Pengajian Majlis Amanah Rakyat Edition, Oktober 2016 This module is permitted for KKTM, MJII and IKM use only. Copyright © BKT, Majlis Amanah Rakyat All right reserved. No parts of this work may be reproduced in any form of by any means without the written permission of the Director, Bahagian Kemahiran dan Teknikal MARA This module is permitted for internal circulation (KKTM,MJII&IKM) only Unit Pembangunan Modul Pembelajaran Cawangan Pengajian Bahagian Kemahiran dan Teknikal Tingkat 20, Ibu Pejabat MARA Jalan MARA 50609 Kuala Lumpur Web Page: http://www.mara.gov.my Penasihat Modul Prof. Madya Dr. Hj. Jamaludin bin Hj. Ahmad Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia, 43400 Serdang Selangor


PENGAJIAN MALAYSIA (SIJIL) ________________________________________________________________________________________________________ BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL iii UNIT 2 INDEKS UNIT CONTENTS PAGES Synopsis i Credit page Indeks ii iii 2.0 Pembinaan Negara Bangsa 4 - 8 2.1 Masyarakat Kepelbagaian 2.1.1 Sejarah dan Latar belakang Masyarakat Kepelbagaian di Malaysia 2.1.1.1 Etnik Melayu 2.1.1.2 Etnik Cina 2.1.1.3 Etnik India 2.1.1.4 Bumiputera Sarawak 2.1.1.5 Bumiputera Sabah 2.2 Integrasi Dan Perpaduan Nasional 2.2.1 Cabaran dalam mewujudkan perpaduan dan Integrasi Nasional 2.2.2 Rukun Negara Sebagai Ideologi Negara 9 - 15 Self Assessment 16 Bibliography 17


PENGAJIAN MALAYSIA (SIJIL) ________________________________________________________________________________________________________ BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 4 UNIT 2 2.1 Masyarakat Kepelbagaian 2.1.1 Sejarah dan Latar belakang Masyarakat Kepelbagaian di Malaysia ● Etnik Melayu Kaum Latar Belakang Jawa Penghijrahan beramai-ramai akibat daripada dasar transmigrasi Belanda, iaitu perpindahan penduduk daripada Pulau Jawa. Kebanyakan mereka terdiri daripada pekerja di ladang-ladang kopi,getah dan di kawasan tanah yang baru di buka. Dianggarkan pada tahun 1930 terdapat 170,000 orang Jawa di Singapura. Di Tanah Melayu kebanyakan orang Jawa terdapat di Johor (Muar, Batu Pahat, dan Pontian), Selangor (Kelang, Kuala Selangor, Kuala Langat), dan Perak (Hilir Perak, Kerian, Parit Buntar). Banjar Orang Banjar berasal daripada daerah Banjarmasin, Kalimantan. Kebanyakan mereka melibatkan diri dalam perusahaan tanaman padi. Pada tahun 1931 bilangan penduduk Banjar di Tanah Melayu ialah 45,382 orang. Kebanyakan orang Banjar mendiami kawasan pinggir pantai dan lembahlembah sungai seperti di Kerian, Parit Buntar (Perak), Sabak Bernam (Selangor) dan Batu Pahat (Johor). Bugis Orang Bugis berasal dari Pulau Sulawesi. Mereka merupakan golongan peniaga dan di Tanah Melayu mereka ramai menetap di Perak, Selangor, Pahang dann Johor Di Johor kebanyakan orang Bugis tinggal di kawasan Benut, Kukup dan Rengit (daerah Batu Pahat), sementara di Selangor kebanyakannya terdapat di Lembah Langat. Di Perak orang Bugis merupakan golongan pedagang. Boyan Orang Boyan adalah berasal daripada Pulau Boyan. Kebanyakan mereka berhijrah di Singapura, Ipoh, Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Pulau Pinang. Mereka tertumpu di bandar-bandar besar kerana mereka mempunyai keahlian di dalam memelihara kuda lumba. Minangkabau Orang Minangkabau adalah berasal dari Sumatra. Di Tanah Melayu tumpuan mereka adalah di Negeri Sembilan dan Melaka di mana mereka dikenali sebagai pengamal Adat Perpatih. Kebanyakan mereka terlibat dalam perniagaan dan pertanian. UNIT 2.0 : PEMBINAAN NEGARA BANGSA


PENGAJIAN MALAYSIA (SIJIL) ________________________________________________________________________________________________________ BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 5 UNIT 2 Etnik Politik Ekonomi Sosio-Budaya Agama Melayu Menyertai Parti UMNO, PAS dan PKR Dominan dalam penguasaan politik negara Bekerja dalam pentadbiran awam, pertanian dan perniagaan Masih ramai lagi berada dalam kemiskinan Berpakaian baju Melayu dan baju kurung Majoriti tinggal di luar bandar Menyambut perayaan Aidilfitri dan Aidiladha Kesenian dari segi tarian, pertahanan diri, seni bina, seni lukis Beragama Islam ● Etnik Cina Kedatangan Etnik Cina Sebelum kesultanan Melayu Melaka Zaman Kesultanan Melayu Melaka Zaman Penjajah British o Membawa pengaruh agama Hindu-Buddha o datang secara sukarela o Datang dalam jumlah yang kecil o Bergantung dengan rakyat tempatan o Kerap berlaku interaksi o hidup secara harmoni o lahir etnik Baba Nyonya o datang secara dirancang o datang dalam jumlah yang besar o tidak perlu bergantung pada rakyat tempat o Interaksi jarang berlaku o semangat perkauman menebal o punca kedatangan ke Tanah Melayu kesukaran hidup di negara asal ketidakstabilan politik di negara asal perkembangan perusahaan bijih timah dan getah kestabilan politik di Tanah Melayu kemudahan untuk berhijrah sikap penduduk China yang suka berhijrah dan berusaha tinggi Kelompok Ciri Hokien Terdiri daripada peniaga dan pekedai. Kantonis Terdiri daripada pelombong dan tukang mahir (tukang kayu, tukang kasut dan tukang besi) Hakka Terdiri daripada pelombong Teochew Terdiri daripada pekedai dan peladang yang membuka ladang-ladang tebu di Province Wellesley dan Pulau Pinang, dan ladang gambir dan lada hitam di Johor. Hailam Terdiri daripada pekedai makanan dan pembekal keperluan domestik.


PENGAJIAN MALAYSIA (SIJIL) ________________________________________________________________________________________________________ BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 6 UNIT 2 Etnik Politik Ekonomi Sosio-Budaya Agama Cina Menyertai Parti MAC, Gerakan dan DAP Bekerja sendiri khususnya perniagaan terdapat pelbagai suku Bahasa Mandrin sebagai bahasa pengantar menyambut perayaan Tahun Baru Cina, Pesta kuih bulan Majoriti Beragama Buddha mengamalkan kepercayaan Toisme atau Konfusianisme ● Etnik India Sebelum kesultanan Melayu Melaka Zaman Kesultanan Melayu Melaka Zaman Penjajah British o Bertapak di lembah Bujang o pengamalan pengaruh Hindu dalam golongan bangsawan o wujud etnik India Muslim o memegang jawatan dalam kerajaan o Bekerja di ladang getah o kehidupan sukar o datang ke Tanah Melayu melalui sistem kontrak dan Kangany o punca datang ke Tanah Melayu kesukaran hidup di negara asal pertumbuhan ekonomi yang pesat di Tanah Melayu galakan dari penjajah British Penduduk Latar Belakang Tamil Berasal dari Tamil Nadu. Kumpulan etnik India yang terbesar di Tanah Melayu (80.0 peratus daripada seluruh penduduk India di Tanah Melayu). Kebanyakannya bekerja di ladang-ladang getah dan kelapa sawit. Ada juga yang terlibat bekerja di dalam jabatan kerajaan. Malayali Berasal dari Pantai Malabar. Dikenali juga sebagai orang Malabari. Merupakan 7.0 peratus daripada jumlah penduduk India di Tanah Melayu, yang terdiri daripada kelas pekerja dan kelas pertengahan. Kebanyakannya kelas pekerja bekerja di ladang dan kelas menengah bekerja di dalam perkhidmatan perkeranian dan professional; terkenal dengan kedai makanannya. Telegu Berasal dari Andhra Pradesh. Merupakan 4.0 peratus daripada jumlah penduduk India di Tanah Melayu. Kebanyakannya bekerja sebagai buruh di ladang-ladang. Sikh Berasal dari Punjab. Kebanyakannya terlibat di dalam pekerjaan di perkhidmatan polis dan keretapi, pengawal keselamatan dan penternak lembu. Dikatakan perkhidmatan kereta lembu orang Sikh berperanan penting dalam pengangkutan di kawasan lombong bijih. Mulai tahun 1920-an terdapat ramai orang Sikh terlibat dalam bidang perniagaan dan profesional.


PENGAJIAN MALAYSIA (SIJIL) ________________________________________________________________________________________________________ BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 7 UNIT 2 Etnik Politik Ekonomi Sosio-Budaya Agama India Menyertai Parti MIC dan DAP serta PKR Bekerja dalam pertanian dan perniagaan Terdapat pelbagai suku Mengamalkan kasta Merayakan Deepavali, Thaipusam dan Ponggal Majoriti beragama Hindu Pertembungan Budaya Pertembungan budaya Cina – Melayu Pertembungan budaya India-Melayu ● Bumiputera Sarawak Kaum Latar Belakang Melayu Berasal dari Sumatera, berada di Sarawak sejak kurun ke-15. Kebanyakannya tinggal di kawasan persisirn pantai. Beragama Islam. Melanau Kebanyakannya tinggal di Sungai Igan, Sungai Oya dan Sungai Mukah. Beragama Islam. Berlaku asimilasi dengan orang Melayu dan banyak mengamalkan budaya Melayu. Iban Berasal dari Kalimantan (Sungai Kapuas). Juga dikenali sebagai Dayak Laut. Merupakan suku kaum terbesar dan tinggal di kawasan pedalaman seperti di Sungai Sekrang, Sungai Batang Lupar dan Sungai Rejang. Penan Kebanyakannya hidup berpindah-randah, tinggal di hutan. Kelabit Tertumpu di kawasan Sungai Baram dan Sungai Rejang. Perkampungan mereka yang terkenal ialah di Bario. Masih ada yang tinggal di rumah panjang. o Makanan o Budaya o Kesenian o bahasa


PENGAJIAN MALAYSIA (SIJIL) ________________________________________________________________________________________________________ BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 8 UNIT 2 ● Bumiputera Sabah Kaum Latar Belakang Orang Kadazan Kaum yang terbesar bilangannya, juga dikenali sebagai orang Dusun. Berasal dari Kalimantan, dan kebanyakannya tinggal di kawasan pendalaman. Tertumpu di kawasan lembah Ranau dan lembah Tambunan. Orang Bajau Kaum yang berasal dari Pulau Mindanao dan Sulu dan dikenali sebagai orang laut dan orang Samal. Tertumpu di kawasan Semporna, Kota Belud dan Pulau Timbang di teluk Sandakan. Orang Murut Kebanyakannya tinggal di kawasan pedalaman seperti di Tenom, Rundu dan Pensiangan. Terdapat juga di kalangan mereka yang masih tinggal di rumah panjang dan sering hidup berpindah. Orang Sulu Berasal dari Kepulauan Sulu dan sekarang tertumpu di Sungai Sugut. Mereka beragama Islam. Orang Brunei Berasal dari Brunei dan sekarang menetap di Sabah tertumpu di Beaufort, Kimanis dan Papar. Beragama Islam. ● Orang Asli Rumpun Bangsa/Suku Kaum Negrito Senoi Melayu Asli Kensiu Kintak Jahai Lanoh Mendriq Bateq Semai Temiar Jahut Che Wong Mahmeri Semoq Beri Temuan Semelai Jakun Orang Kanaq Orang Kuala Orang Seletar


PENGAJIAN MALAYSIA (SIJIL) ________________________________________________________________________________________________________ BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 9 UNIT 2 2.1 INTEGRASI DAN PERPADUAN NASIONAL 2.2.1 Cabaran dalam mewujudkan perpaduan dan Integrasi Nasional Integrasi wujud dalam sesebuah masyarakat apabila ahli-ahlinya menerima ciri ahli lain tanpa merujuk kepada identiti dan asal usul ras mereka perpaduan ialah satu proses menyatupadukan anggota-anggota masyarakat dan negara seluruhnya melalui ideologi negara supaya tiap-tiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan kebangsaan bersama di kalangan mereka. • Cabaran Perpaduan Integrasi Perpaduan menjadi matlamat utama sesebuah negara terutama masyarakat yang berbilang kaum seperti Malaysia kerana, apabila tiada perpaduan ataupun perpaduan pada tahap yang sangat rendah , pertelingkahan antara kuam akan sering berlaku. Fenomena ini boleh menimbulkan ketidak amanan dan banyak kemusnahan. Antara cabaran yang kita hadapi antaranya:~ Isu Huraian Prasangka satu sikap permusuhan yang tidak rasional ditunjukkan terhadap seseorang individu, terhadap satu-satu kumpulan, terhadap satu-satu bangsa, atau terhadap sifat-sifat yang berhubungan dengan individu, kumpulan dan bangsa Perkauman Tidak suka atau sikap tidak bertoleransi daripada satu bangsa atau kumpulan orang. Diskriminasi merujuk kepada pelayanan yang tidak adil terhadap individu tertentu, di mana layanan ini dibuat berdasarkan kumpulan yang diwakili oleh individu berkenaan. Diskriminasi merupakan suatu amalan yang biasa dijumpai dalam masyarakat manusia. Ia berpunca daripada kecenderungan manusia untuk membeza-bezakan manusia. Stereotaip suatu tanggapan atau pemikiran yang ditetapkan terhadap sesetengah jenis orang atau benda tetapi seringkali tidak benar di dalam realiti. Kita juga boleh memahami 'stereotaip' sebagai penilaian negatif/atau positif terhadap sesuatu perkara atau sekumpulan orang. Rasisme konsep rasisme sangat berkaitan dengan perkauman dan juga semangat assabiyah. Fahaman rasisme sentiasanya akan membawa kebinasaan kepada manusia. Pada kebanyakan masa, rasisme akan melibatkan permusuhan terhadap kaumkaum yang tertentu.


PENGAJIAN MALAYSIA (SIJIL) ________________________________________________________________________________________________________ BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 10 UNIT 2 Etnosentrisme sikap menilai unsur-unsur kebudayaan lain dengan menggunakan kebudayaan sendiri. Etnosentrisme dapat diartikan pula sebagai sikap yang menganggap cara hidup bangsa nya merupakan cara hidup yang paling baik. Kos hidup meningkat Kos sara hidup yang meningkat ini juga mengundang pelbagai implikasi buruk kepada masyarakat terutama bagi mereka yang berpendapatan rendah. Akibat ketidakmampuan menjelaskan hutang menyebabkan ada antaranya berasa tertekan dan mengundang kepada simptom tekanan yang memberi kesan kepada psikologi mereka Pengangguran Peluang pekerjaan yang terhad, sesetengah pekerjaan dimonopoli oleh hanya satu kaum sahaja kemiskinan Jurang kemiskinan antara kaum yang berbeza melebarkan jurang pemisahan kaum, isu kemiskinan dan pembangunan perlu ditangani secara serius untuk mengelakkan ketegangan etnik Keterpinggiran dan ketidaksamarataan Terdapat kaum yang rasa terpinggir dari pembangunan yang dilakukan oleh kerajaan Strategi Pemantapan Perpaduan Jabatan/Badan Peranan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPIN). sebuah badan yang ditubuhkan dan bertanggungjawab memupuk dan memelihara perpaduan antara etnik di negara ini Dasar- dasar Kerajaan. Penekanan kepada beberapa dasar dalam bidang sosioekonomi yang menjurus kepada perpaduan dan keharmonian masyarakat pelbagai etnik serta menjalin integrasi nasional. Antara dasar tersebut ialah Dasar Pendidikan Kebangsaan, Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan Dasar Ekonomi Baru. Dasar tersebut diperkukuhkan lagi dengan pengenalan Rukun Negara Strategi Persefahaman Politik. Dalam aspek ini kerajaan telah berusaha memupuk perpaduan negara berlandaskan peruntukan dalam perlembagaan. Kesemua perkara tersebut merupakan kerangka kepada usaha kerajaan dalam bidang politik untuk memupuk identiti nasional, perpaduan antara kaum dan integrasi antara wilayah.


PENGAJIAN MALAYSIA (SIJIL) ________________________________________________________________________________________________________ BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 11 UNIT 2 Strategi Keseimbangan Ekonomi. mengimbangkan kedudukan sosioekonomi antara etnik dan antara wilayah serta mengurangkan pengenalan etnik berdasarkan kegiatan ekonomi. Usaha kerajaan untuk mengurangkan dan membasmi kemiskinan tanpa mengira etnik dan perbezaan wilayah perlu mendapat sokongan daripada sektor swasta supaya pengenalan etnik berdasarkan aktiviti ekonomi dapat dikurangkan. Strategi Sistem Pendidikan salah satu daripada alat terpenting dan berkesan bagi membina jati diri nasional, memupuk semangat kebangsaan, cinta kepada negara dan berperanan mengeratkan perpaduan Strategi Penggunaan Bahasa Kebangsaan Penggunaan satu bahasa yang sama merupakan salah satu alat yang paling berkesan untuk memupuk perpaduan. Penggunaan satu bahasa juga membolehkan pelbagai kaum dan keturunan berkomunikasi antara satu sama lain dengan selesa. Strategi Kepercayaan Agama Perlembagaan dan Rukun Negara menjamin bahawa rakyat Malaysia bebas menganut dan mengamalkan agama dan kepercayaan masing- masing bertujuan untuk memelihara suasana harmoni antara rakyat berbilang kaum. Strategi Kebudayaan kerajaan juga berusaha mewujudkan kebudayaan nasional yang menjadi milik bersama rakyat negara ini tanpa mengira kaum, keturunan dan wilayah sebagai asas pembentukan bangsa, jati diri nasional dan perpaduan negara. Strategi Integrasi Wilayah memperkenalkan pelbagai langkah untuk mengintegrasikan antara rakyat di Semenanjung dengan di Sabah dan Sarawak sejak Malaysia ditubuhkan. Antara langkah penambahbaikan dalam sistem perhubungan kebangsaan dan pengangkutan perluasan sistem radio dan televisyen nasional di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan. Strategi Keselamatan Strategi perpaduan negara dalam bidang keselamatan meliputi aspek pencegahan daripada berlakunya ancaman kepada keselamatan negara dan ketenteraman awam.


PENGAJIAN MALAYSIA (SIJIL) ________________________________________________________________________________________________________ BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 12 UNIT 2 Strategi Pembangunan Kawasan mengarahkan pemaju perumahan serta pihak berkuasa tempatan supaya mengambil kira aspek perpaduan etnik. Sesuatu kawasan yang hendak dimajukan untuk dibuat penempatan baharu, seharusnya mempunyai penduduk yang terdiri daripada pelbagai kaum agar sentimen perkauman dapat dicairkan. Strategi Penggunaan Tenaga Manusia meminta kerjasama daripada para majikan sama ada daripada pihak awam ataupun swasta untuk memastikan agar sebarang lantikan mengisi sesuatu jawatan tidak berdasarkan faktor kaum, agama dan budaya. Pemilihan perlu dibuat secara adil berdasarkan kelayakan pemohon kerana hakikatnya, Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama.. Strategi Media Massa Media massa juga memainkan peranan berkesan untuk membantu memupuk perpaduan negara melalui penyampaian maklumat, pembentukan sikap dan pandangan rakyat serta penerapan nilai-nilai positif ke arah memajukan semangat perpaduan. Internet sebagai wadah penyebaran maklumat juga perlu digunakan sebaik mungkin. Strategi Penyelidikan dan Penerbitan Bahan Bacaan Usaha kerajaan memperbanyakkan aktiviti penyelidikan tentang perpaduan negara dan integrasi nasional penting untuk mengetahui pola hubungan etnik semasa. Hasil kajian dapat digunakan untuk merangka strategi dan perancangan program yang berkesan di samping mewujudkan instrumen untuk mengukur tahap perpaduan. Ia boleh diperkukuhkan dengan adanya penerbitan bahan bacaan tentang perpaduan dan integrasi serta adat resam masyarakat Malaysia. Strategi Pemantauan isu-isu semasa dan konflik Langkah pengesanan awal terhadap isu-isu semasa dan konflik. Pengesanan perhubungan sosial perlu ditingkatkan lagi melalui sistem dalam talian kerana bukan sahaja maklumat dapat dikesan atau diperoleh dengan segera, tetapi dapat membantu pihak jabatan dan agensi lain untuk mengambil tindakan pencegahan awal.


PENGAJIAN MALAYSIA (SIJIL) ________________________________________________________________________________________________________ BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 13 UNIT 2 PANEL DAN JKPPN Penubuhan Panel Penasihat Perpaduan Negara (PANEl) dan Jawatankuasa Penasihat Perpaduan Negeri (JKPPN) bertujuan untuk membincangkan isu perpaduan dan integrasi nasional dan memainkan peranan lebih berkesan. Bertindak sebagai penyelaras kepada agensi lain dan seterusnya bertanggungjawab menasihat, melapor, dan mendapatkan persetujuan Jemaah Menteri dan Parlimen tentang sebarang isu yang berkaitan dengan perpaduan dan integrasi sosial. Strategi Program dan aktiviti Perpaduan Di peringkat sekolah, aktiviti yang dicadangkan adalah berbentuk pendidikan pelbagai budaya yang boleh diintegrasikan dalam bentuk kurikulum dan kokurikulum. Di tempat kerja pula, aktivitinya adalah tentang pengurusan kepelbagaian dalam kalangan pekerja, manakala pada peringkat komuniti, aktivitinya berunsurkan pengembangan yang boleh membawa perubahan serta pembangunan kepada masyarakat setempat. tentang pelbagai etnik di Malaysia. Memperkasakan sekolah kebangsaan Sistem pendidikan negara pelbagai aliran menyebabkan tidak ada acuan khusus yang boleh digunakan untuk membentuk masyarakat yang bersatu padu. Hal ini menyebabkan ibu bapa lebih cenderung memilih aliran mengikut etnik masing-masing. Usaha memupuk perpaduan harus bermula sejak awal lagi, iaitu sewaktu anak-anak berada di peringkat prasekolah, sekolah rendah dan menengah, mengikuti acuan kurikulum yang sama. sekolah kebangsaan perlu diperkasakan bagi menerapkan semangat perpaduan dalam kalangan pelajar pelbagai etnik supaya mereka dapat dilatih hidup saling bekerjasama dan mempunyai semangat patriotisme serta berakomodatif yang tinggi.


PENGAJIAN MALAYSIA (SIJIL) ________________________________________________________________________________________________________ BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 14 UNIT 2 2.2.2 Rukun Negara Sebagai Ideologi Negara Rajah 2.1 Prinsip Rukun Negara Rukun Negara sebagai ideologi negara. Rukun Negara – satu ideologi negara yang tercipta ekoran berlakunya peristiwa rusuhan kaum pada 13 Mei 1969. Ideologi ini digubal semasa negara sedang berada di bawah pimpinan MAGERAN dan badan yang bertanggungjawab di atas penggubalannya ialah Majlis Perundingan Negara.(MPN) Kata sepakat untuk mencipta satu ideology negara ini dicetuskan semasa mesyuarat pertama MPN,iaitu pada 27 Januari 1970. Objektif Rukun Negara. Rukun Negara telah diciptakan dengan beberapa objektif seperti berikut 1. Mencapai perpaduan yang erat dalam kalangan masyarakat. 2. Memelihara cara hidup demokratik 3. Membentuk masyarakat yang adil supaya kemakmuran dinikmati bersama secara adil dan saksama. 4. Membentuk masyarakat bersifat liberal,terutama terhadap kebudayaan masing-masing. 5. Membina masyarakat progresif dengan sains dan teknologi. Rukun Negara Kepercayaan kepada Tuhan Kesetiaan kepada Raja dan Negara Keluhuran Perlembagaan Kedaulatan Undangundang Kesopanan dan Kesusilaan


PENGAJIAN MALAYSIA (SIJIL) ________________________________________________________________________________________________________ BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 15 UNIT 2 Prinsip-Prinsip Rukun Negara 1. Kepercayaan kepada Tuhan Agama ialah ciri penting dalam kehidupan manusia kerana ketiaadaan agama boleh meruntuhkan keperibadian seseorang serta sesebuah bangsa dan negara. Kaum-kaum di Malaysia menganuti pelbagai agama seperti Islam,Buddhisme,Taoime,Confucianisme,Hinduisme, Kristian dan lain-lain. 2. Kesetiaan kepada Raja dan Negara Malaysia mengamalkan pemerintahan bercorak Raja Berperlembagaan.Justeru negara ini mempunyai ketua negara,iaitu Yang di-Pertuan Agong dan ketua negeri,iaitu raja/sultan atau Yang Dipertua Negeri masing-masing. Prinsip ini menekankan kesetiaan rakyat kepada ketua negara dan negeri masing-masing. 3. Keluhuran Perlembagaan Prinsip ini menekan supaya rakyat dapat menerima,mematuhi dan mempertahankan kemuliaan Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Hal ini kerana perlembagaan berfungsi memberikan perlindungan dan hak kepada setiap anggota masyarakat dalam negara. Kedaulatan Undang-undang Undang-undang adalah penting bagi memastikan setiap individu dalam negara itu terjamin kebebasan asasi mereka. Selain itu, setiap rakyat adalah sama tarafnya dari segi undang-undang dan tertakluk ke atasnya. 4. Kesopanan dan kesusilaan Hasrat prinsip ini adalah untuk memastikan rakyat Malaysia sentiasa bersopan santun dan penuh tatasusila. Prinsip ini juga menekankan perkembangan personaliti dan tingkah laku seseorang rakyat. Kesopanan dan kesusilaan ini juga berkaitan dengan tutur kata seseorang dan prinsip ini dapat menjamin Bahasa yang lembut dan perbuatan yang halus untuk menjamin hubungan baik sesama kaum kekal.


PENGAJIAN MALAYSIA (SIJIL) ________________________________________________________________________________________________________ BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 16 UNIT 2 SOALAN LATIHAN JAWAB SEMUA SOALAN 1. Terangkan sejarah kedatangan etnik di Malaysia. 2. Terangkan cabaran dalam mewujudkan perpaduan dan integrasi nasional. 3. Nyatakan prinsip Rukun Negara.


PENGAJIAN MALAYSIA (SIJIL) ________________________________________________________________________________________________________ BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL 17 UNIT 2 Bibliografi: 1. Mardiana Nordin dan Hasnah Hussin. 2011. Pengajian Malaysia. Shah Alam. Oxford Fajar. 2. Nazaruddin Haji Mohd Jail, Ma’rof Redzuan, Asnarulkhadi Abu Samah dan Ismail Hj Mohd Rashid. 2004. Pengajian Malaysia: Kenegaraan dan Kewarganegaraan. Edisi Kedua. Petaling Jaya. Prentice Hall. 3. INTAN. 1991. Malaysia Kita. Kuala Lumpur: Institut Tadbiran Awam Negara. 4. Normurni Mohamad, Razana Fatin Abdullah @ Razali dan Mohamad Faizal Ahmat. 2015. Pengajian Malaysia.Shah Alam. Oxford Fajar 5. Ruslan Zainuddin. 2010. Kenegaraan Malaysia. Shah Alam. Oxford Fajar 6. Shamsul Amri Baharuddin. 2011. Modul Hubungan Etnik. Shah Alam. UiTM


PENGAJIAN MALAYSIA ( SIJIL ) ________________________________________________________________________________________________________ BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL L UNIT 2 UNIT 3: ISLAM DI MALAYSIA Course Rationale Objektif ini bertujuan untuk melahirkan pelajar yang memahami peranannya dalam proses pembinaan negara bangsa dan bersemangat patriotik dalam menghadapi cabaran pembangunan Course Synopsis Kursus ini menghuraikan tentang proses pembinaan negara bangsa dan semangat patriotik dalam menghadapi cabaran pembangunan. Kursus ini memberi fokus tentang pengenalan kepada masyarakat Malaysia, pembinaan negara bangsa, Islam di Malaysia, sejarah dan politik, jentera pentadbiran, dan dasar-dasar kerajaan. Learning Outcomes After completing the course, students should be able to: 1. Menyatakan kedudukan agama Islam dalam perlembagaan. 2. Menerangkan perkembangan masyarakat Islam dari segi politik, ekonomi dan sosial di Malaysia. 3. Menerangkan kedudukan agama lain di Malaysia. 4. Menjelaskan Islam dan masyarakat kepelbagaian di Malaysia.


PENGAJIAN MALAYSIA ( SIJIL ) ________________________________________________________________________________________________________ BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL LL UNIT 2 Nama penulis ZALILA BT ATAN NOR BAITI BT OTHMAN Panel of editors Nor Baithi bt Othman Syed Zaidi b. Syed Omar Sandakiah bt Bakar Wan Nurli bt Wan Muhammad Dr. Nazri b. Muslim (Panel MQA Cover Design & Developed by Bahagian Kemahiran dan Teknikal Cawangan Pengajian Majlis Amanah Rakyat Edition, Oktober 2016 This module is permitted for IKM and KKTM use only. Copyright © BKT, Majlis Amanah Rakyat All right reserved. No parts of this work may be reproduced in any form of by any means without the written permission of the Director, Bahagian Kemahiran dan Teknikal , MARA K.L This module is permitted for internal circulation (IKM/KKTM) only Unit Pembangunan Modul Pembelajaran Cawangan Pengajian Bahagian Kemahiran dan Teknikal Tingkat 20, Ibu Pejabat MARA Jalan MARA 50609 Kuala Lumpur Web Page: http://www.mara.gov.my Penasihat Modul Prof. Madya Dr. Hj. Jamaludin bin Hj. Ahmad Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia 43400 Serdang, Selangor


PENGAJIAN MALAYSIA ( SIJIL ) ________________________________________________________________________________________________________ BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL LLL UNIT 2 INDEKS UNIT CONTENTS PAGES Sinopsis i Credit page Indeks Ii iii 3.0 Islam dalam Malaysia 1 - 13 3.1. Islam dalam Perlembagaan 3.2 Masyarakat Islam di Malaysia 3.3 Kedudukan Agama lain di Malaysia 3.4 Islam dan Masyarakat Kepelbagaian Self Assessment 14 Bibliography 14


PENGAJIAN MALAYSIA ( SIJIL ) ________________________________________________________________________________________________________ BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 2 PENGENALAN Salah satu ciri sesebuah tamadun ialah agama. Agama yang membezakan sesuatu tamadun dengan tamadun yang lain. Agama melambangkan adat resam,atau system kepercayaan Perbezaan agama dengan kepercayaan. - Agama satu bentuk hubungan yang suci antara manusia dengan kuasa yang luar biasa serta adanya kepercayaan kepada kehidupan selepas mati dan kewujudan hukuman diatas segala perbuatan manusia - Kepercayaan, Masyarakat itu mempercayai akan sesuatu perkara dan ini menjelmakan dengan wujudnya pantang larang dan adat2 dalam masyarakat tersebut. 3.1 Islam dalam perlembagaan Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang yang tertinggi di Malaysia. Perkara 160 memberi definisi Melayu sebagai:- 1. seorang beragama Islam, 2. bercakap bahasa Melayu 3. menurut adat istiadat Melayu. Dalam hal ini, Melayu dan Islam adalah unsur yang saling berkaitan dan tidak boleh dipisahkan untuk tujuan undang-undang dan Perlembagaan. Walaupun dalam keadaan darurat, kedudukan agama Islam tidak boleh dipinda dan ini kekal terjamin (Perkara 150 (6a). Unsur ini dilindungi di dawah Akta Hasutan dan i di anggap Isu Sensitif UNIT 3.0 : ISLAM DI MALAYSIA 1


PENGAJIAN MALAYSIA ( SIJIL ) ________________________________________________________________________________________________________ BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 2 3.1.1 Perkara 3. Agama Bagi Persekutuan. Islam ialah agama bagi Persekutuan, agama-agama lain bebas diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan. Yang diPertuan Agung Ketua agama islam bagi negeri yang tiada sultan atau Raja Yang diPertuan Agung merupakan ketua agama Islam bagi negeri yang tiada beraja/sultan Perlembagaan negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak hendaklah masing-masing membuat peruntukan bagi memberi kepada Yang di-Pertuan Agong kedudukan sebagai Ketua agama Islam dalam negeri itu. 3.1.2 Perkara 11 – Kebebasan Beragama Setiap orang berhak menganuti agama sendiri Tiada paksaan membayar cukai untuk kegunaan agama lain Berhak mengurus, menubuh, meyelenggara dan memeiliki harta atau institusi untuk agamanya sendiri U/U negeri dan Wilayah Persekutuan boleh mengawal dan menyekat perkembangan kepercayaan di kalangan Orang Islam 3.2 Masyarakat Islam di Malaysia Islam dianuti oleh masyarakat Melayu walaupun kini turut dianuti oleh kaumkaum lain. Islam telah sampai ke Alam Melayu seawal abad ke 13. Ini dibuktikan dengan penemuan Batu Bersurat Terengganu bertarikh 1212. Islam berkembang dengan kemunculan Kesultanan Melayu Melaka abad ke 15. Raja memeluk agama Islam dan diikuti oleh rakyat. Istana muncul sebagai pusat pengajian Islam. Islam tersebar melalui peranan pedagang, perkahwinan dan perdagangan. Setelah Islam kepercayaan masyarakat Melayu berubah dari awalnya mempercayai kepercayaan animism, perkara ghaib dan tahyul kepada Islam. Mengajar umat mengenali Tuhan – Allah yang Esa dan Nabi Muhammad SAW pesuruh Allah. 2


PENGAJIAN MALAYSIA ( SIJIL ) ________________________________________________________________________________________________________ BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 2 Agama Islam telah diterima pelbagai lapisan masyarakat Malaysia terutamanya bagi kaum cina dan India mereka memeluk agama Islam dengan cara: – Hasil keinginan sendiri untuk memeluk Islam – Hasil daripada perkahwinan – konsep amalgamasi Konsep Islam Islam mensyaratkan umatnya percaya kepada Tuhan yang satu. Al-Quran Sebagai Asas - Sumber hukum yang utama selain panduan daripada amalan Nabi Muhammad SAW - hadis Rukun Islam Dan Rukun Iman menjadi asas Utama Ajaran Islam Hubungan dalam Islam HUBUNGAN MANUSIA DENGAN ALLAH HUBUNGAN MANUSIA SESAMA MANUSIA HUBUNGAN MANUSIA DENGAN ALAM • Allah mencipta kebahagian manusia • Manusia menghambakan diri kepada Allah • Amal ibadat • Hubungan berdasarkan persaudaraan dan keturunan • Tiada perbezaan warna kulit, Bahasa, tempat dan agama • Menghormati kejadian alam • Manusia makhluk yang diamanahkan oleh Allah • Manusia sebagai pentadbir alam (khalifah) • Memelihara dari kerosakan dan kemusnahan Pelihara Jiwa – sentiasa bersih Pelihara akal dan fikiran Pelihara maruah dan keturunan Pelihara harta benda Aspek yang ditekankan dalam Islam Pelihara hak dan kebebasan 3


PENGAJIAN MALAYSIA ( SIJIL ) ________________________________________________________________________________________________________ BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 2 Perayaan Utama Agama Islam Jenis perayaan Huraian Aidiladha 10 Zulhijah Dikenali juga sebagai hari Raya korban,solat aidil adha, melakukan ibadah qurban. Mengenang peristiwa kesanggupan Nabi Ismail mengorbankan diri demi ketaatan kepada Allah s.w.t Aidilfitri 1 syawal Hari Raya Aidilfitri setahun sekali yang diraikan dalam bulan Syawal mengikut kalendar Islam. Pada hari ini diraikan sebagai hari kemenangan dan hari kegembiraan setelah umat Islam berpuasa selama sebulan pada bulan Ramadhan mengikut calendar Islam, saling kunjung mengunjungi dan saling bermaafan. Hari ini diraikan sebagai hari Maal Hijrah 01 Muharam Peristiwa penghijrahan nabi dari kota mekah ke kota Madinah. Umat islam disuruh berubah. Tidak baik kepada lebih baik untuk agama, diri dan masyarakat, Hijrah bermaksud perubahan dalam hidup kearah yang lebih baik. Maulidur Rasul 12 Rabiulawal - Kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.Mengadakan ceramah, perarakan, berselawat, dan majlis memperingati Nabi Muhammad s.a.w Nuzul Quran 17 Ramadhan Turun Ayat Al-Quran yang pertama kepada nabi Muhammad S.A.W.diturunkan secara berperingkat hingga lengkap. Peristiwa berlaku di Gua Hira. Mukjizat terbesar Nabi Muhammad s.a.w. Petunjuk kebenaran kepada umat manusia 3.3 Kedudukan Agama lain di Malaysia 3.3.1 Agama Buddha • Agama terawal sampai ke Alam Melayu • Terbukti dengan kewujudan candi-candi Buddha di Lembah Bujang, Kedah • Malaysia : Masyarakat Cina beragama Buddha, Masyarakat Thai yang tinggal di Kelantan, Kedah dan Perlis beragama Buddha 4


PENGAJIAN MALAYSIA ( SIJIL ) ________________________________________________________________________________________________________ BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 2 Sejarah Agama Buddha • Diasaskan oleh Sidartha Gautama – putera raja India : Shakyamuni • Mencari kebenaran : hasil pertapaan lahir ajaran agama Buddha • Menekankan kitaran kehidupan Sila, Renungan, Kesedaran, Mencapai Sambodhi, terlepas daripada pusingan kelahiran atau Nirvana dan hukum Karma • Kebanyakan masyarakat Cina berpegang kepada ajaran Taoisme, Confucious dan penyembahan nenek moyang Fahaman Taoime • Berasal dari perkatan Tao = jalan “The Way” • Mengajar untuk mencapai ketenangan jiwa, kedamaian pemikiran dan kerohanian emosi • Ahli falsafah – Lao Tzu dan Chunang Tzu • Terbahagi kepada dua: 1. Cult of Immortality – mencari kehidupan abadi menerusi meditasi, latihan penafasan, gimnastik, mandi, seni seksual dan perubatan 2. Way of Heavenly Teacher – dikembangkan oleh K’ou Ch’ien-chih • Gerakan yang dipinjam dari ajaran Buddha – kepercayaan Triniti : Three Pure Ones + percaya surge dan neraka • Pernah menjadi agama rasmi negara China abad ke 7 hingga ke 10 – Dinasti Tang (618-906 m) Fahaman Confucianisme • Pengasas- Kung Fu Tza, lahir tahun 551sm • Mengajar falsafah moral dan soaial serta garis panduan • Tingkah laku berlandaskan nilai-nilai abstrak Kasih sayang Keamanan Keharmohian Kemanusiaan Kebijaksanaan Keberanian Kesetiaan 5


PENGAJIAN MALAYSIA ( SIJIL ) ________________________________________________________________________________________________________ BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 2 Konsep yang diamalkan dalaM Fahaman Confucianisme Konsep yang diamalkan dalam Fahaman Confucianisme KONSEP KEKELUARGAAN • Mementingkan organisasi kekeluargaan – kasih saying (hsiao), Ukhuwah (ti) dan ketaatan kepada ibu bapa dan abang • Patuh pada orang yang berkedudukan tinggi, keluarga dan masyarakat • Penekanan sistem Moral yang di kenali sebagai Lima Jenis Perhubungan (Wu Lun) KONSEP KETAATAN ANAK Penghormatan yg di berikan oleh anak kepada ibu bapa Konsep pemujaan dan penyembahan terhadap keluarga-nenek moyang Kebaikan dan keburukan digambarkan dengan perbuatan terhadap seluruh keluarganya KONSEP YIN DAN YANG • Gabungan unsur pasif Yin dan Yang unsur aktif • Membawa keamanan dan keharmonian • Yang merupakan kuasa positif dalam alam seperti panas matahari, bumi dan kering-melambangkan kepintaran, kekuatan dan kepimpinan • Yin melambangkan kuasa negative alam seperti sejuk, bulan dan lautan-melambangkan sifat lemah, gelap dan pasif KONSEP JEN Bermatlamat membentuk individu yang bermoral tinggi dan sempurna Manusia mempunyai sikap baik semulajadi Manusia sentiasa bersedia membuat kebajikan, mempunyai perasaan simpati dan persahabatan Perbuatan dilakukan bertujuan menguntungkan Masyarakat atau orang lain Perasaan berperikemanusiaan KONSEP CHUN ZHI Bermaksud Manusia yang benar, manusia sempurna dan manusia yang baik Dalam Islam berkait dengan konsep Insan Kamil KONSEP LI Bermaksud kesopanan, budi peketi dan perlaksanaan upacara Mewujudkan negara yang stabil,pemerintah mentadbir berdasarkan konsep Jen Persetujuan warganegara kepada nilai moral Prasyarat menjadi angota masyarakat Menjadi masyarakat yang baik Pemimpin terdiri dari kalangan orang yang mampu mengabdikan diri secara jujur, memiliki watak dan berkelakuan baik-lahir penghormatan 6


PENGAJIAN MALAYSIA ( SIJIL ) ________________________________________________________________________________________________________ BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 2 PERAYAAN AGAMA UTAMA Perayaan Huraian Tahun Baru Cina Perayaan paling penting bagi masyarakat Cina, semua ahli keluarga yang jauh akan balik dan berkumpul di rumah keluarga. Rumah dibersihkan dan segala hutang perlu dibayar, pembakaran mercun bertujuan menghalau segala nasib malang dan benda yang tidak baik, limau sebagai tanda murah rezeki – jamuan utama yee sang dan kuih bakul. Setiap keluarga akan mengadakan makan besar juadah tradisi seperti itik dan daging salai. Konsep kunjung mengunjung diamalkan golongan muda melawat golongan tua dan mereka akan menerima ang pau dalam sampul merah Chap Goh Mei Disambut selepas 15 hari Tahun Baru Cina diraikan , mengadakan upacara sembahyang dengan membakar colok besar, makan besar juga diadakan, mercun akan dibakar dan tanglung juga dinyalakan . amalan melontar buah limau ke dalam laut atau sungai bagi seseorang yang ingin mendapatkan pasangan hidup. Pesta Tanglung Perayaan tradisonal masyarakat cina disambut pada hari ke 15 iaitu 14 hari selepas sambut Tahun Baru Cina. Bermula sejak zaman pemerintahan Dinasti Han. Menyediakan makanan tradisonal seperti Yuanxiao atau Yong Yuen. Mereka akan keluar bermain tanglung, tarian singa, mercun dan bunga api Ching Ming Dikenali juga sebagai Ancestor Memorial. Disambut pada bulan April atau keempat dan merupakan perayaan untuk mengingati orang yang telah meninggal dunia. Ahli keluarga akan perkgi ke kubur dn membawa makanan atau bunga, replika kereta, duit, rumah dan sebagainya untuk dibakar sebagai simbolik Chung Perayaan bagi mengingati seorang tokoh terkenal dalam masyarakat cina pada satu ketika dulu bernama Quwuan. Seorang tokoh politk dan penyair yang sangat cintakan negara. Mengkritik pemerintah Cina menyebabkan beliau telah dibuang ke dalam sungai. Dumpling yang dibuat daripada beras pulut dan dihanyukan ke sungai bagi mengelakkan ikan di sungai tidak memakan bangkai Quwuan perayaan ini dikenali sebagai “ Dragon Boat” 3.3.2 Agama Hindu o Agama Hindu dikenali: Sanathana Dharma’ yang bermaksud ‘agama abadi’. o Agama Hindu awal yang dirujuk sebagai budaya Vedik dipercayai telah diamalkan sejak tahun 3500 Sebelum Masihi. o Bertapak di alam Melayu sejak abad pertama masihi. o Ajaran Hindu dirujuk kepada kitab Veda yang empat iaitu, Rig, Sama, Yajur and Atharva. 7


PENGAJIAN MALAYSIA ( SIJIL ) ________________________________________________________________________________________________________ BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 2 o Tiga dewa utama yang dipanggil Trimurthi iaitu Brahma (Dewa pencipta), Vishnu (Dewa pelindung) dan Siva (Dewa pemusnah) o Konsep Utama: Dharma (tugas dan tanggungjawab setiap insan), Samsara (putaran berulang kelahiran, kehidupan, kematian dan kelahiran semula), Karma (perbuatan seseorang di dunia yang akan menentukan kehidupan di akhirat) dan Moksha (kebebasan dari putaran kelahiran dan kematian Ciri-ciri Agama Hindu 1. Kepercayaan kepada Dewa-dewa • Asas agama hindu ialah tuhan yang satu • Penjelmaan tuhan dalam bentuk dewa • Jenis-jenis dewa a. Brahma – pencipta b. Vishnu – pelindung c. Siva – Pembinasa • Vishnu – tuhan matahari- melindungi makhluk • Vishnu akan turun kebumi – beri pertolongan • Menyerupai manusia – watak Rama dan Krishna • Dewa lain – Indra (dewa perang dan cuaca), Surya (dewa pembinasa), Agni (dewa Api), Varuna (dewa Langit) dan Lakshmi (dewa kekayaan) • Dewa-dewa lain – menyamai alam semulajadi seperti matahari, bumi dan langit serta dunia Haiwan 2. Konsep Karma dan kelahiran semula • Percaya kelahiran dalam slah satu kasta di pengaruhi oleh kelakuan mereka dalam kehidupan terdahulu • Percaya konsep kelahiran semula • Untuk kekal dalam kasta yang mulia-keperibadian hayat terdahulu perlulah baik dan berbudi Bahasa = karma • hokum karma dipatuhi untuk emastikan kebahagiaan, kemakmuran dan usia yang panjang. 3. Kitab-kitab Veda • Panduan dalam masyarakat dan pengamalnya • Mengandungi riwayat hidup, amalan politik, kebudayaan, tempat, pakaian, minuman dan sebagainya • Mengndungi ramalan tentang kedatangan seorang nabi. 8


PENGAJIAN MALAYSIA ( SIJIL ) ________________________________________________________________________________________________________ BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 2 Perayaan Utama Masyarakat India Perayaan Huraian Deepavali Disambut pada hari ke 14 bulan Aipasi dalam calendar Tamil, perayaan ini untuk meraikan kemenangan terhadap kejahatan dan kegelapan rohani. Penganut agama hindu akan menghiasi rumah mereka dengan pelita, bermain mercun dan mengagihkan manisan dan hadiah serta upacara sembahyang Thaipusam Sempena menghormati dewa hindu iaitu dewa Murugan. Hari menunaikan nazar dan menebus dosa. Menunaikan hajat tersebut kepada dewa Murugan. Semasa perayaan ini ada diantara mereka membawa susu, mencukur rambut serta membawa kacadi sama ada di atas bahu atau kepala – kavadi dibuat daripada batang kayu atau besi dan diatasnya diletakkan patung dewa Murugan Tahun Baru India Disambut pada 14 April. Tahun baru bagi orang India. Upacara mandi minyak dan ke kuil untuk bersembahyang serta memohon maaf kepada ibubapa Perayaan menyambut Dewa Disambut pada bulan April dan Oktober,bulan April dua orang dewa iaitu dewa Panguniutharam dan dewa Murugan. Bulan Oktober meraikan Dewa Gajah yang dinamakan Dewa Vingar Thai Ponggal Tiga hari penting. Pertama ponggal (pesta menuai) hari kedua Muttuponggal (untuk orang yang ada lembu) hari ketiga Kanni Ponggal (untuk anak dara). Pesta Ponggal merupakan satu pesta yang orang ramai akan bersama memasak nasi bersama susu dalam periuk belanga 3.3.3 Agama Kristian o Pengasas agama Kristian dikatakan Jesus Christ yang lahir di Bethlehem, Palestin pada 6 sm. o Dibawa masuk ke alam Melayu oleh penjajah Barat oleh Portugis bermazhab Katolik o Kitab suci: Bible yang terbahagi 2 iaitu old testament dan new testament o Ten Commandments dan perilaku Jesus Christ merupakan panduan utama penganut Kristian. o Bagi masyarakat yang menganut agama Kristian mereka mempercayai bahawa nabi Isa adalah Tuhan mereka dan berepgang kepada kitab Bible. Tanda salib atau palang menjadi symbol bagi agama ini 9


PENGAJIAN MALAYSIA ( SIJIL ) ________________________________________________________________________________________________________ BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 2 Empat prinsip utama: 1. Terdapat satu tuhan yang mencipta seluruh alam. 2. Berpegang kepada konsep triniti iaitu tuhan bapa, tuhan anak dan tuhan Holy Spirit. 3. Ajaran Jesus hendaklah diikuti dengan mencintai Tuhan dan melayan semua manusia secara adil serta hidup secara aman. 4. Setiap orang akan diadili oleh Tuhan berasaskan tingkah lakunya di dunia. Asas agama Kristian terdapat dalam 2 rukun iaitu Cintailah Tuhan dengan seluruh jiwa ragamu dan Cintailah jiranmu seperti kamu mencintai diri sendiri Perayaan Utama Perayaan Huraian Upacara Eukaris Perhimpunan suci atau makan malam terakhir yang menghidangkan roti serta wine sebagai tanda perpaduan antara pengabut Kristian dan Jesus Krismas Memperingati kelahiran Nabi Isa mengikut kepercayaan mereka. Menurut kepercayaan mereka nabi Isa merupakan anak kepada Allah S.W.T yang mengorbankan dirinya bagi menebus dosa warisan yang diturunkan dari satu generasi kepada generasi sejak zaman Nabi Adam a.s dikeluarkan dari syurga. Dalam perayaan ini mereka akan memberi hadiah. Sambutan digereja, hiasan pokok krismas lampu hiasan daun misteletioe, holi dan lakonan kelahiran Jesus. Good Friday Memperingati peristiwa tuhan mereka disalib dan mereka percaya bahawa Jesus Christ telah dihidupkan semula oleh tuhan paa hari Ahad yang berikutnya. 10


PENGAJIAN MALAYSIA ( SIJIL ) ________________________________________________________________________________________________________ BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 2 3.3.4 Kepercayaan Animisme Animisme bermaksud : kepercayaan bahawa setiap benda mempunyai semangat (roh) • Iban : awalnya Pagan - Dipengaruhi unsur fahaman Hindu-Buddha - kepercayaan pada upacara ‘Miring’ - jampi serapah untuk menolak bala - Sangat patuh pada Pantang Larang – ‘Mali’ - Percaya pada Tafsiran Mimpi – aktiviti harian di batalkan jika berminpi buruk • Malanau : awalnya Pagan - Percaya pada kuasa ghaib dan luar biasa - Bumi ada 3 lapisan: atas, pertengahan, bawah - Terdapat unsur baik dan jahat - Percaya pada makhluk halus : Jin, Ipok, Amok, Tow, dan During - Menggunakan Khidmat dukun atau bomoh Kepercayaan Animisme di Sarawak Kadazan - Dusun - Percaya wujud surga Neraka - Pagan – percaya org yang mati, Rohnya di bawa ke Gunung Kinabalu - Amalan pemujaan – Kaamatan (pesta Menuai)- meraikan kesyukuran dan mengucap terima kasih - Upacara dilakukan oleh Bobohizan (bomoh perempuan) - Dikenali juga upacara halau penyakit atau Popodulik Bajau - mempunyai kuasa luar biasa - Percaya konsep Tulah- malapetaka apabila melanggar adat dan peraturan Kepercayaan Animisme di Sabah 11


PENGAJIAN MALAYSIA ( SIJIL ) ________________________________________________________________________________________________________ BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 2 3.4 Islam dan Masyarakat Kepelbagaian Malaysia merupakan sebuah negara berbilang bangsa, agama, budaya dan bahasa. Oleh itu, timbul persoalan tentang cara Malaysia menguruskan agama dan masyarakatnya yang terdiri daripada pelbagai budaya dan kepercayaan. Konsep masyarakat berbilang kaum dalam Islam dapat dilihat dalan firman Allah yang meksudnya: Wahai manusia, sesungguhnya kami mmencipta kamu dari lelaki dan perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenali. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah iallah orang yang paling bertaqwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mendengar. (Surah al-Hujurat 49:13) . Maksud disebalik firman tersebut ialah Allah tidak menjadikan manusia itu sia-sia melainkan untuk mereka saling kenal-mengenali antara satu sama lain. Semasa zaman Nabi Muhammad SAW, baginda mengiktiraf kepelbagaiaana banagsa dan agama. Pengiktirafan ini dapaat dilihat dalam ppengasasan negara Islam di Madinah yang meraikan masyarakat Kristian dan Yahudi dalam Perlembagaan Madinah.Melalui Perlembagaan Madinah merekka telah mendapat layanan yang baik, bebas mengamalkan 12


PENGAJIAN MALAYSIA ( SIJIL ) ________________________________________________________________________________________________________ BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 2 3.41 Asas Hubungan Dalam Islam Asas Huraian Berkenal-kenalan / Al-Taaruf • Manusia dijadikan Allah – Paras rupa dan warna kulit berlainan supaya saling mengenali • Permusuhan tidak mendatangkan keuntungan • Masyarakat Malaysia - pelbangai bangsa dan agama perlu berkenal-kenalan • Untuk elak salah faham dan prejudis kaum Persaudaraan / Al-Ukhwah • Manusia dijadikan Allah – paras rupa dan warna kulit berlainan supaya saling mengenali • Permusuhan tidak mendatangkan keuntungan • Masyarakat Malaysia - pelbangai bangsa dan agama perlu berkenal-kenalan • Untuk elak salah faham dan prejudis kaum • Saling Berkerjasama / Al- Ta’awun • Manusia tidak boleh hidup berseorang. • Islam – kerjasama melampaui batas dan sempadan agama • Tidak mengira keturunan dan status seseorang • Malaysia- mewujudkan masyarakat penyayang dan harmoni Saling Memahami / Al- Tafahum • Setiap manusia atau masyarakat itu perlu memahami antara satu sama lain • Mengelakkan berlakunya prasangka buruk- boleh menyebabkan permusuhan dan perbalahan • Malaysia isu agama – akibat cetek pengetahuan berlaku konflik apabila menyentuh soal sensitivity kaum dan agama kaumlain timbul sikap Prejudis iaitu prasangka buruk terhadap agama lain Saling Berkasihsayang / Al-Mahabbah • Sifat berkasih sayang adalah satu anugerah dari Allah • Mengikat hubungan dalam kalangan masyarakat • Mengelak dari perasaan dengki, benci, permusuhan dan lain-lain • Semua perlu ada perasaan kasih sayang tanpa mengira bangsa dan keturunan Jamin – Menjamin / AL- Tadhamun • Mempunyai perasaan untuk melindungi antara satu sama lain • Membantu ketika dalam kesusahan • Malaysia- islam agama rasmi- agama lain tetap boleh dipraktikan di Malaysia • di beri tempat dalam sisitem pemerintahan, peluang untuk menjalankan perniagaan dan sebagainya. 13


PENGAJIAN MALAYSIA ( SIJIL ) ________________________________________________________________________________________________________ BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 2 Kesimpulan 1. Setiap manusia perlu beragama kerana tanpa agama kehidupan seseorang umpama tidak berkemudi dan tiada haluan 2. Setiap agama adalah berbeza maka ajarannya juga adalah berbeza. 3. Agama memandu manusia kea rah kebaikan, jadi berpeganglah kepada jaran agama agar agama hidup sesuatu masyarakat tidak tersasar Self Assessment 1. Apakah agama rasmi Persekutuan? 2. Nyatakan hubungan-hubungan dalam Islam 3. Apakah perayaan yang disambut oleh orang India dan jelaskan setiap perayaan tersebut 4. Nyatakan enam asas hubungan dalam Islam dan maysarakat kepelbagaian Bibliography 1. Bahagian Kemahiran Dan Teknikal MARA. Modul Pengajian Malaysia 1 (2016). 2. Mardiana dan Hasnah Hussin. 2014. Pengajian Malaysia. Shah Alam: Oxford Fajar. 3. Nazri Muslim. 2015. Islam dan Melayu: Tiang Seri Hubungan Etnik di Malaysia. Bangi: Penerbit UKM. 14


PENGAJIAN MALAYSIA (SIJIL) BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL  ŝ UNIT 4 UNIT 4 : ISLAM DI MALAYSIA Course Rationale Objektif ini bertujuan untuk melahirkan pelajar yang memahami peranannya dalam proses pembinaan negara bangsa dan bersemangat patriotik dalam menghadapi cabaran pembangunan Course Synopsis Kursus ini menghuraikan tentang proses pembinaan negara bangsa dan semangat patriotik dalam menghadapi cabaran pembangunan. Kursus ini memberi fokus tentang pengenalan kepada masyarakat Malaysia, pembinaan negara bangsa, Islam di Malaysia, sejarah dan politik, jentera pentadbiran, dan dasar-dasar kerajaan. Learning Outcomes After completing the course, students should be able to: 1. Menyatakan faktor-faktor campur tangan British di Tanah Melayu. 2. Menerangkan reaksi awal masyarakat tempatan terhadap penjajahan British. 3. Menyatakan perjuangan melalui persatuan dan akhbar. 4. Menjelaskan kesan penjajahan British di Tanah Melayu. 5. Menerangkan penubuhan dan reaksi orang Melayu terhadap Malayan Union. 6. Menjelaskan tentang penubuhan Persekutuan Tanah Melayu. 7. Menerangkan ancaman Parti Komunis Malaya dan langkah - langkah mengatasinya. 8. Menghuraikan proses-proses untuk mencapai kemerdekaan. 9. Menghuraikan faktor-faktor pembentukan Malaysia. 10. Menjelaskan reaksi negara-negara jiran terhadap pembentukan Malaysia 11. Menerangkan proses-proses pembentukan Malaysia. . 12. Menyatakan takrif dan peranan perlembagaan. 13. Menjelaskan unsur-unsur tradisi perlembagaan. 14. Melaksanakan tugasan yang diamanahkan, mampu berkerja dalam kumpulan dan dapat berkomunikasi dengan baik dalam menghasilkan tugasan serta sesi pembentangan


Click to View FlipBook Version