PENGAJIAN MALAYSIA (SIJIL) ________________________________________________________________________________________________________ BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 5 ii) Transformasi Sektor Pendidikan Transformasi Sektor Pendidikan menumpu kepada pembangunan modal insan berteraskan nilai murni, berkemahiran dan berpengetahuan berorientasikan keusahawanan. Usaha ini dilaksanakan melalui dua laluan utama iaitu Pendidikan Akademik dan Pendidikan Teknikal & Vokasional untuk mewujudkan pemimpin perniagaan awam, profesional dan graduan cemerlang serta melahirkan global competent technologist, tekchnopreneur and meister craftsman. Laluan pendidikan akademik bermula dari peringkat menengah di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) kepada Pra-universiti di Kolej MARA (KM) dan separa profesional di Kolej Profesional MARA (KPM) serta Kolej Poly-Tech MARA (KPTM). Laluan Pendidikan Teknikal & Vokasional diperkasa dari peringkat sijil di GIATMARA dan Instiitut Kemahiran MARA (IKM). Program Bridging diwujudkan untuk memberi peluang kepada pelajar menyambung pengajian ke peringkat diploma dan Higher National Diploma (HND) di Kolej Kemahiran tinggi MARA (KKTM), German Malaysian Institute (GMI) dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) bagi melahirkan tenaga mahir dalam 12 bidang NKEA. Penajaan ke universiti terkemuka seluruh dunia dilaksanakan bagi kedua-dua laluan tersebut. Transformasi Sektor Pendidikan dilaksanakan melalui empat(4) inisiatif iaitu:- i) Usahasama institusi luar negara melalui program berkembar ii) Pemantapan program latihan industri dalam dan luar negara iii) Program kepimpinan dan insaniah di Institusi pendidikan MARA iv) Program MRSM Antarabangsa iaitu pelaksanaan Program International General Certificate of Secondary Educaion (IGSE) 18
PENGAJIAN MALAYSIA (SIJIL) ________________________________________________________________________________________________________ BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 5 iii) Transformasi Sektor Pelaburan Sektor pelaburan diwujudkan supaya MARA lebih fokus untuk meneroka pelbagai peluang pelaburan termasuk meningkatkan nilai tambah pelaburan ke atas aset MARA. Antara pelaburan yang dikenalpasti adalah dalam bidang hartanah, pendidikan, perkhidmatan dan teknologi. Sektor pelaburan merangka empat(4) inisiatif untuk menjana pendapatan iaitu:- i) Pengukuhan ekuiti melalui peningkatan dana pelaburan. ii) Pengambilalihan syarikat berkepentingan yang tertumpu kepada bank, syarikat media dan pemasaran, hotel dan pusat perubatan. iii) Pembangunan hartanah milik MARA iv) Pelbagaikan perkhidmatan perniagaan seperti dalam industri pengangkutan iv) Transformasi Sektor Pengurusan Sektor Khidmat Pengurusan merupakan pemboleh yang memberi penekanan kepada pengukuhan tahap kompetensi modal insan untuk menjadikan MARA sebagai sebuah organisasi berteraskan keusahawanan untuk penciptaan kekayaan. Antara transformasi sektor khidmat pengurusan ialah:- i) Penstrukturan semula organisasi ii) Pemantapan Urus Tadbir Organisasi iii) Pemantapan Integrated Database iv) Intership & Top Executive Programme( bagi meningkatkan tahap kompetensi modal insan MARA 19
PENGAJIAN MALAYSIA (SIJIL) ________________________________________________________________________________________________________ BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 5 PERANAN DAN SUMBANGAN MARA Secara umumnya peranan dan sumbangan MARA ialah:- i. Mewujud serta menambah bilangan usahawan di kalangan Bumiputera ii. Mengambil bahagian yang aktif dalam perdagangan dan perindustrian tertentu melalui pelaburan dan pengurusan dalam syarikat-syarikat sebagai langkah perlindungan untuk meningkatkan penyertaan Bumiputera dalam dunia perniagaan. iii. Menambah bilangan guna tenaga Bumiputera yang terlatih dalam pelbagai bidang di semua peringkat khususnya untuk keperluan sektor perdagangan dan perindustrian. iv. Menyedia dan memberi kemudahan-kemudahan dan perkhidmatan yang sesuai dan menjadi pemegang amanah yang boleh membantu secara khusus atau umum untuk meningkatkan taraf ekonomi Bumiputera v. Memberi pendidikan dan ilmu berkaitan peluang-peluang perniagaan kepada Bumiputera vi. Memberi kemudahan pinjaman kewangan vii. Membuka pusat-pusat latihan dan kemahiran viii. Memberi khidmat nasihat dan bimbingan kepada Bumiputera dalam sektor perniagaan, perdagangan dan perindustrian ix. Membangunkan kawasan luar bandar contohnya dengan menyediakan kemudahankemudahan seperti premis perniagaan bagi menggalakkan penyertaan Bumiputera dalam perniagaan. x. Membantu meningkatkan pencapaian pegangan ekuiti Bumiputera ke tahap 30% sejajar dengan Dasar Ekonomi Baru. xi. Memberi maklumat, menjalankan penyelidikan dan pembangunan berkaitan demi melonjakkan pencapaian Bumiputera di dalam bidang ekonomi. 20
PENGAJIAN MALAYSIA (SIJIL) ________________________________________________________________________________________________________ BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 5 5.3 KERAJAAN TEMPATAN - Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) diwujudkan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976. - Antara tujuan ia ditubuhkan ialah untuk memberi peluang kepada penduduk tempatan untuk mengambil bahagian dalam pengurusan kawasan-kawasan yang didiami oleh mereka. - Menurut Malcolm W.Norris (1989), kerajaan tempatan di Semenanjung Malaysia merujuk kepada kerajaan di kawasan bandar, luar bandar atau gabungan keduadua kawasan ini dan terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri (Ruslan Zainuddin: 2005). - Kerajaan tempatan berfungsi untuk memberi perkhidmatan perbandaran di kawasan-kawasan yang ditetapkan seperti penjagaan kebersihan am, memungut sampah, kesihatan am, menyediakan sistem tandas dan saluran najis. - Badan yang menyediakan perkhidmatan ini dikenali sebagai penguasa tempatan. - Kerajaan tempatan adalah satu unit yang sah yang mempunyai kuasa untuk mendakwa dan didakwa, membuat kontrak, memiliki harta, mengutip cukai dan sewa, menikmati autonomi kewangan serta membuat undang-undang kecil (bylaws). 21
PENGAJIAN MALAYSIA (SIJIL) ________________________________________________________________________________________________________ BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 5 5.3.1 JENIS-JENIS KERAJAAN TEMPATAN JENIS KERAJAAN TEMPATAN KRITERIA CONTOH Dewan Bandaraya/ Majlis Bandaraya Pusat pentadbiran sesebuah negeri Penduduknya melebihi 300,000 orang Hasil pendapatan melebihi RM 80 juta setahun Mempunyai pusat perniagaan dan perindustrian Mempunyai pusat pengajian tinggi seperti universiti dan maktab DBKL Majlis Bandaraya Ipoh Majlis Bandaraya Johor Bharu Majlis Bandaraya Kuching Selatan Majlis Perbandaran Pusat pentadbiran sesebuah daerah Jumlah penduduk melebihi 100 000 orang Hasil pendapatan melebihi RM11 juta setahun Mempunyai pusat pentadbiran yang tersusun dan teratur Kehendak penduduk adalah lebih tertumpu kepada perkhidmatan bandaran berbanding dengan projekprojek prasarana Majlis Perbandaran Seremban Majlis Perbandaran Taiping MPPJ Majlis Perbandaran Kota Setar 22
PENGAJIAN MALAYSIA (SIJIL) ________________________________________________________________________________________________________ BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 5 5.3.2 FUNGSI KERAJAAN TEMPATAN Terdapat dua prinsip utama yang menetapkan fungsi penguasa tempatan iaitu prinsip ultra-vires dan general competence. Prinsip ultra-vires menetapkan bahawa penguasa tempatan hanya berfungsi mengikut tugas dan tanggungjawab yang ditetapkan oleh undang-undang. Berasaskan prinsip ini, penguasa tempatan di Malaysia berfungsi berpandukan bidang kuasa dan tugas yang disenaraikan oleh undang-undang. Prinsip general competence memberi kuasa kepada penguasa tempatan menjalankan sebarang kegiatan dengan syarat penguasa tempatan itu mampu membiayai kegiatan tersebut. Prinsip ini memberi penguasa tempatan kuasa yang agak luas (Ruslan Zainuddin:2005). Majlis Daerah Sebuah pekan yang biasanya terletak diluar Bandar Jumlah penduduknya kurang daripada 100 000 orang Hasil pendapatan tahunan yang kurang daripada RM 10 juta setahun Kemudahan sistem perhubungan biasanya tidak begitu baik Memerlukan lebih banyak projek prasarana berbanding dengan perkhidmatan bandaran Majlis Daerah Tapah Majlis Daerah Sabak Bernam 23
PENGAJIAN MALAYSIA (SIJIL) ________________________________________________________________________________________________________ BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 5 Pada umumnya, fungsi utama penguasa tempatan di Malaysia adalah seperti berikut: i. Mengawal pembangunan tanah dan bangunan di dalam kawasan pentadbiran masing-masing ii. Memberikan perkhidmatan sanitari dan pembersihan seperti mengutip sampah, mencuci longkang dan memotong rumput iii. Mendirikan klinik dan dispensari awam dengan menetapkan bayaran bagi rawatan iv. Menjaga dan mengawal kesihatan awam v. Menyediakan perumahan awam vi. Membina dan menyenggara kemudahan rekreasi seperti taman awam, padang permainan, kolam renang dan gynamsium vii. Mengurus pasar dan gerai-gerai viii. Menyenggara dan membaiki jalan-jalan awam ix. Membina betung-betung awam x. Membina dan menyenggara parit dan alur air 5.4 SURUHANJAYA 5.4.1.1 SURUHANJAYA TETAP Terbahagi kepada 6 suruhanjaya utama iaitu: a. SURUHANJAYA PILIHAN RAYA - SPR diwujudkan di bawah Seksyen 3, Akta Pilihan Raya 1958 (Akta 19) yang merupakan sebuah badan bebas dan tidak dipengaruhi mana-mana parti politik. - SPR memastikan sesuatu pilihanraya dijalankan dengan adil dan saksama kepada mana-mana parti poltik atau kawasan pengundi bagi memilih wakil yang sesuai untuk ke Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri. 24
PENGAJIAN MALAYSIA (SIJIL) ________________________________________________________________________________________________________ BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 5 - SPR memainkan peranan untuk memelihara, memeriksa, memberi arahan, menyelia dan mengekalkan proses demokrasi di negara ini melalui pilihanraya yang bebas dan adil. Fungsi: i. Membuat kajian dan persempadanan semula bahagian-bahagian Pilihan Raya Parlimen dan Negeri setiap tidak kurang daripada 8 tahun selepas tarikh siapnya urusan kajian dan persempadanan semula yang terdahulu; ii. Menjalankan urusan pendaftaran pemilih dan semakan daftar pemilih; dan iii. Menjalankan pilihan raya umum ke Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri, dan menjalankan pilihan raya kecil sekiranya berlaku kekosongan. Dasar Suruhanjaya Pilihan Raya adalah untuk memelihara, menyelia dan mengekalkan proses demokrasi di negara ini melalui pilihan raya yang bebas dan adil. Adalah menjadi tanggungjawab Suruhanjaya bagi memastikan rakyat dapat memilih wakil-wakil mereka melalui undian yang telus dalam setiap pilihan raya umum atau kecil. Keanggotaan i. Seorang Pengerusi dan Timbalan Pengerusi ii. Lima orang ahli seperti yang terkandung dalam Perkara 114, Perlembagaan Persekutuan iii. Anggota SPR dilantik oleh YDPA atas nasihat Majlis Raja-raja iv. Semasa pelantikan ahli SPR, YDPA perlu memastikan wakil yang dilantik mendapat kepercayaan awam v. Urusetia SPR diketuai oleh seorang Setiausaha (pegawai awam) yang menjadi Ketua Pegawai Pentadbir organisasi 25
PENGAJIAN MALAYSIA (SIJIL) ________________________________________________________________________________________________________ BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 5 b. SURUHANJAYA PERKHIDMATAN AWAM (SPA) Menurut perkara139, bidang kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia meliputi semua orang yang menjadi anggota perkhidmatan awam am Persekutuan, semua orang yang menjadi anggota perkhidmatan awam bersama dan anggota-anggota perkhidmatan awam bagi Melaka dan Pulau Pinang. Fungsi i. Melantik ahli anggota dalam Perkhidmatan Awam Negeri seperti Melaka, Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Perlis secara tetap, sementara, kontrak tukar sementara dan pinjaman ii. Mengesahkan jawatan dalam perkhidmatan dan melanjutkan tempoh percubaan, mengembalikan kakitangan ke jawatan asal atau menamatkan perkhidmatan kerana gagal disahkan dalam jawatan. iii. Menguruskan pemberian taraf berpencen kepada anggota perkhidmatan awam. iv. Membuat pertukaran secara sementara dan meminjam kakitangan antara kementerian dan negeri. v. Menaikkan pangkat kakitangan dalam perkhidmatan dan berfungsi sebagai Lembaga Kenaikan Pangkat. vi. Mengambil tindakan tatatertib bagi kakitangan perkhidmatan. Keanggotaan i. Seorang Pengerusi yang terdiri dari bekas pegawai perkhidmatan awam yang telah bersara tidak lebih daripada 5 tahun ii. Seorang Naib Pengerusi iii. Anggota perkhidmatan awam bagi negeri Melaka dan Pulau Pinang iv. 4 hingga 30 orang ahli ( dilantik oleh YDPA setelah berunding dengan Majlis Raja-raja dan atas nasihat Perdana Menteri) 26
PENGAJIAN MALAYSIA (SIJIL) ________________________________________________________________________________________________________ BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 5 c. SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN (SPP) Menurut Perkara 141A, bidang kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran meliputi semua orang yang menjadi anggota perkhidmatan pelajaran. Fungsi i. Menguruskan hal ehwal pelantikan, pengesahan dalam perkhidmatan, pemberian taraf berpencen, pertukaran perkhidmatan, kenaikan pangkat pegawai-pegawai Perkhidmatan Pelajaran dan anggota-anggota kumpulan sokongan dalam perkidmatan pelajaran. ii. Mengawal tatatertib dan hukuman yang dikenakan atas pegawai-pegawai Perkhidmatan Pelajaran dan anggota-anggota kumpulan sokongan dalam perkhidmatan pelajaran. iii. Membuat perlantikan dalam perkhidmatan perguruan. iv. Meletakkan atau menempatkan para guru yang dikenali sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah dan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Bukan Siswazah. Keanggotaan i. Seorang Pengerusi ii. Seorang Naib Pengerusi iii. Enam belas orang anggota lain 27
PENGAJIAN MALAYSIA (SIJIL) ________________________________________________________________________________________________________ BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 5 d. SURUHANJAYA PERKHIDMATAN POLIS Menurut Perkara 140, bidang kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Polis meliputi semua orang yang menjadi anggota pasukan polis. Fungsi i. Mencadangkan pelantikan, kenaikan pangkat dan pertukaran ahli pasukan polis ii. Mengesahkan dan memasukkan ahli pasukan dalam jawatan tetap dan berpencen iii. Memastikan perjalanan dan penguatkuasaan pihak polis teratur iv. Mempertingkatkan taraf dan memodenkan pasukan polis v. Menjalankan kawalan tatatertib terhadap anggota pasukan polis Keanggotaan 1. Menteri Keselamatan Dalam Negeri yang akan menjadi Pengerusi 2. Ketua Polis Negara ( sebagai pemerintah seluruh pasukan polis) 3. Ketua Setiausaha Kementerian Keselamatan Dalam Negeri (pasukan polis) 4. Seorang anggota Suruhanjaya Perkhidmatan Awam 5. Dua hingga enam orang anggota lain yang dilantik oleh YDPA e. SURUHANJAYA PERKHIDMATAN KEHAKIMAN DAN UNDANG-UNDANG Menurut Perkara 138, bidang kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Undang-undang meliputi semua anggota perkhidmatan kehakiman dan undangundang. 28
PENGAJIAN MALAYSIA (SIJIL) ________________________________________________________________________________________________________ BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 5 Fungsi i. Melantik dan mengesahkan jawatan anggota-anggota perkhidmatan kehakiman dan undang-undang seperti majistret dan kakitangan Jabatan Peguam Negara; ii. Menjalankan kawalan tatatertib terhadap anggota-anggota perkhidmatan kehakiman dan undang-undang seperti majistret dan kakitangan mahkamah. Keanggotaan i. Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam yang akan menjadi Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Undang-undang ii. Peguam Negara atau Peguam Cara Negara iii. Seorang atau beberapa orang anggota lain yang dilantik daripada orang-orang yang menjadi atau yang telah menjadi atau yang berkelayakan menjadi hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan, atau Mahkamah Tinggi. iv. Setiausaha Suruhanjaya Perkhidmatan Awam juga akan menjadi setiusaha Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Undang-undang. f. MAJLIS ANGKATAN TENTERA Menurut Perkara 137, bidang kuasa Majlis Angkatan Tentera meliputi semua orang yang menjadi anggota angkatan tentera Fungsi i. Pemerintahan dan pentadbiran angkatan tentera ii. Menjalankan kawalan tatatertib terhadap anggota angkatan tentera 29
PENGAJIAN MALAYSIA (SIJIL) ________________________________________________________________________________________________________ BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 5 Keanggotaan i. Seorang Pengerusi (Menteri Pertahanan) ii. Seorang wakil YDPA yang dilantik oleh Majlis Raja-raja iii. Dua orang ahli (sama ada tentera atau orang awam yang dilantik oleh YDPA) iv. Seorang Panglima Angkatan Tentera Malaysia iaitu Ketua Turus Angkatan Tentera yang dilantik oleh YDPA v. Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan yang dilantik oleh YDPA vi. Dua orang pegawai kanan Angkatan Tentera Persekutuan yang dilantik oleh YDPA vii. Seorang pegawai kanan masing-masing daripada TLDM dan TUDM yang dilantik oleh YDPA 5.4.1.2 SURUHANJAYA SEMENTARA Suruhanjaya ini bersifat sementara dan ditubuhkan untuk tujuan-tujuan khas seperti menyiasat salah guna kuasa, malapetaka alam, penyelewengan dan seterusnya mengemukakan syor-syor untuk mengatasinya. Keanggotaan i. Pengerusi ii. Dua orang ahli lain Contoh suruhanjaya khas yang pernah diwujudkan ialah: i. Suruhanjaya Gaji Diraja Suffian ii. Suruhanjaya Gaji Aziz (untuk perkhidmatan pelajaran) iii. Suruhanjaya Gaji Harun (untuk perkhidmatan Perundangan dan Kehakiman) 30
PENGAJIAN MALAYSIA (SIJIL) ________________________________________________________________________________________________________ BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 5 iv. Suruhanjaya Diraja tentang Gaji dan Syarat-syarat Perkhidmatan bagi Pihak Berkuasa Tempatan dan pihak Berkuasa Perbadanan, 1973. v. Suruhanjaya Jawatankuasa Sementara Menyiasat Salah Laku Anggota Polis vi. Suruhanjaya Khas Penambahbaikkan Perjalanan dan Pengurusan Polis Diraja Malaysia ditubuhkan pada tahun 2004 atas syor Perdana Menteri Malaysia. KESIMPULAN Sejak penubuhannya banyak pembangunan dan kemajuan telah dicapai oleh MARA. Kekuasaan ekonomi Bumiputera menjadi cabaran masa kini dan agenda utama MARA dalam usaha untuk memastikan Bumiputera mempunyai kedudukan yang sewajarnya. Malah untuk menjamin pendidikan kaum Bumiputera terus berkembang pesat MARA juga bertanggungjawab menyediakan kemudahan-kemudahan pendidikan kepada golongan ini di antaranya adalah pusat-pusat latihan kemahiran, pinjaman kewangan, nasihat dan bimbingan. Soalan Latihan Jawab semua soalan yang diberi. 1. Berikan 4 tugas-tugas Yang Di Pertuan Agung. 2. Senaraikan 4 peranan Perdana Menteri di Malaysia. 3. Nyatakan fungsi-fungsi kerajaan tempatan di Malaysia. 31
PENGAJIAN MALAYSIA (SIJIL) ________________________________________________________________________________________________________ BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 5 Bibliografi 1. Bahagian Kemahiran Dan Teknikal MARA. Modul Pengajian Malaysia 1 (2016). 2. Mardiana dan Hasnah Hussin. 2014. Pengajian Malaysia. Shah Alam: Oxford Fajar. 3. Ruslan Zainuddin, Mohd Mahadee Ismail & Zaini Othman. 2010. Kenegaraan Malaysia. Edisi Kedua. Shah Alam : Oxford Fajar 4. Nazaruddin Haji Mohd Jail, Ma’rof Redzuan, Asnarulkhadi Abu Samah dan Ismail Hj Mohd Rashid.2004. Pengajian Malaysia: Kenegaraan dan Kewarganegaraan. Edisi Kedua. Petaling Jaya. Prentice Hall. 32
PENGAJIAN MALAYSIA (SIJIL) ________________________________________________________________________________________________________ BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL L UNIT 6 UNIT 6 : DASAR-DASAR KERAJAAN Course Rationale Objektif ini bertujuan untuk melahirkan pelajar yang memahami peranannya dalam proses pembinaan negara bangsa dan bersemangat patriotik dalam menghadapi cabaran pembangunan. Course Synopsis Kursus ini menghuraikan tentang proses pembinaan negara bangsa dan semangat patriotik dalam menghadapi cabaran pembangunan. Kursus ini memberi fokus tentang pengenalan kepada masyarakat Malaysia, pembinaan negara bangsa, Islam di Malaysia, sejarah dan politik, jentera pentadbiran, dan dasar-dasar kerajaan. Learning Outcomes Di akhir kursus pelajar dapat: 1. Menerangkan sejarah dan proses politik dalam mencapai kemerdekaaan. 2. Membincangkan perkembangan masyarakat dari aspek sosiobudaya, politik dan ekonomi. 3. Menghuraikan komponen utama sistem dan jentera pentadbiran negara. 4. Menjelaskan dasar-dasar utama kerajaan dan sumbangannya kepada pembangunan negara.
PENGAJIAN MALAYSIA (SIJIL) ________________________________________________________________________________________________________ BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL LL UNIT 6 Original Writers Sandakiah binti Bakar Panel Of Editors Dr. Nazri bin Muslim (Panel MQA) Zalila binti Atan Nor Baiti binti Othman Siti Hawa binti Tukirin Wan Nurli binti Wan Muhammad Syed Zaidi bin Syed Omar Cover Design & Developed by Bahagian Kemahiran dan Teknikal Cawangan Pengajian Majlis Amanah Rakyat Edition, Oktober 2016 This module is permitted for IKM and KKTM use only. Copyright © BKT, Majlis Amanah Rakyat All right reserved. No parts of this work may be reproduced in any form of by any means without the written permission of the Director, Bahagian Kemahiran dan Teknikal , MARA K.L This module is permitted for internal circulation (IKM/KKTM) only Unit Pembangunan Modul Pembelajaran Cawangan Pengajian Bahagian Kemahiran dan Teknikal Tingkat 20, Ibu Pejabat MARA Jalan MARA 50609 Kuala Lumpur Web Page: http://www.mara.gov.my Penasihat Modul Prof. Madya Dr. Hj. Jamaludin bin Hj. Ahmad Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia 43400 Serdang, Selangor
PENGAJIAN MALAYSIA (SIJIL) ________________________________________________________________________________________________________ BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL LLL UNIT 6 INDEKS UNIT CONTENTS PAGES Sinopsis i Credit page Indeks Ii iii 6.0 DASAR-DASAR NEGARA 6.1 Dasar Ekonomi 1 - 6 6.1.1 Dasar Ekonomi Baru 6.1.1.1 Aspek kemiskinan 6.1.1.2 Penyusunan semula Masyarakat 6.1.1.3 Pencapaian DEB 6.1.2 Model Ekonomi Baru 6.2 Dasar Sosial 6 - 15 6.2.1 Wawasan 2020 6.2.2 Pelan Integriti Nasional 6.2.3 1 Malaysia 6.3 Dasar Politik 16 - 25 6.3.1 ASEAN 6.3.2 OIC 6.3.3 PBB Soalan Latihan 25 Bibliografi 26
PENGAJIAN MALAYSIA (SIJIL) ________________________________________________________________________________________________________ BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 6 6.1 DASAR EKONOMI - Ekonomi negara Malaysia telah berkembang dengan pesatnya semenjak negara mencapai kemerdekaan. - Keluaran dalam negara kasar (KDNK) benar Malaysia telah berkembang secara purata 6.5% dalam tempoh 1957 hingga 2005. - Pertumbuhan ekonomi yang mapan ini disumbangkan oleh perubahan struktur ekonomi negara daripada sektor pertanian tradisional kepada sektor ekonomi moden iaitu perindustrian, perkhidmatan dan yang terkini ekonomi berasaskan pengetahuan (k-ekonomi). 6.1.1 DASAR EKONOMI BARU - Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan satu peristiwa hitam dalam sejarah negara kita kerana ia melibatkan pertelingkahan dan rusuhan antara kaum. - Berikutan dengan rusuhan kaum ini, kerajaan telah mengambil tindakan tegas bagi mengkaji semula matlamat, strategi dan program pembangunan negara. - Selepas tahun 1970, program pembangunan negara adalah berasaskan Rukun Negara yang diisytiharkan pada 31 Ogos 1970. - Kerajaan telah membentuk Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang menjadi satu rangka rancangan panjang mencakupi tempoh selama 20 tahun iaitu 1970-1990 (K.Ratnam:1998). Ia melibatkan empat rancangan lima tahun Malaysia yang dimulakan dengan RM2 dan berakhir dengan RM5. UNIT 6.0 : DASAR-DASAR KERAJAAN 1
PENGAJIAN MALAYSIA (SIJIL) ________________________________________________________________________________________________________ BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 6 6.1.1.1 ASPEK KEMISKINAN - Masalah kemiskinan yang melanda negara sebenarnya bukan sahaja tertumpu di kawasan luar bandar, malahan di kawasan bandar. - Kaum Bumiputera yang menguasai sektor pertanian tradisional merupakan kaum yang berada pada kadar kemiskinan. - Antara faktor utama yang dikaitkan dengan kemiskinan di Malaysia ialah: i. Bencana alam yang boleh menyebabkan penyakit dan kerosakan tanaman. ii. Kejatuhan harga barang eksport akibat kemelesetan ekonomi dunia. iii. Saiz isi rumah yang terlalu besar. iv. Pergantungan kepada orang tengah yang selalu mengeksploit. v. Kekurangan input yang dapat meningkatkan pengeluaran. vi. Corak pertanian tradisional, faktor-faktor sosial dan budaya. Secara keseluruhan, pelbagai usaha dipraktikkan untuk membasmi kemiskinan di bawah DEB (Mardiana Nordin:2011) seperti: i. Mewujudkan peluang pekerjaan untuk semua golongan, terutama yang menganggur. OBJEKTIF DEB (Serampang dua mata) Mengurangkan dan membasmi Mengurangkan dan seterusnya membasmi kemiskinan dengan menambah pendapatan dan memperbanyak peluang pekerjaan kepada semua rakyat tanpa mengira kaum. Menyusun semula masyarakat untuk mengurang dan menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi. 2
PENGAJIAN MALAYSIA (SIJIL) ________________________________________________________________________________________________________ BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 6 ii. Menambahkan daya pengeluaran dan pendapatan. iii. Memberi peluang kepada orang yang bekerja di sektor yang rendah daya pengeluarannya berpindah ke sektor yang lebih lumayan. iv. Mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara kaum dan antara kawasan (bandar dan luar bandar). v. Memodenkan kehidupan di luar bandar. vi. Mewujudkan kumpulan perusahaan dan perdagangan Bumiputera. vii. Mengadakan suasana pekerjaan yang menggabungkan berbagai-bagai kaum. viii. Memperbaiki taraf dan kualiti hidup rakyat melalui pelajaran, latihan, kesihatan, kemudahan infrastruktur dan lain-lain. 6.1.1.2 PENYUSUNAN SEMULA MASYARAKAT - Dasar “pecah dan perintah” yang diamalkan oleh British menyebabkan berlakunya tumpuan kaum mengikut fungsi ekonomi tertentu. - Fenomena ini menyukarkan agihan kekayaan negara dan keadilan ekonomi sekaligus menyukarkan perpaduan kaum. - Melalui DEB, kerajaan telah mengadakan usaha-usaha ke arah memperbaiki ketidakseimbangan ekonomi dan menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi. - Dalam usaha dan matlamat kerajaan untuk menyusun semula masyarakat, beberapa strategi utama telah digubal sebagaimana berikut: i. Meninggikan daya pengeluaran dan taraf kehidupan golongan miskin di luar bandar melalui proses memodenkan kawasan-kawasan luar bandar. 3
PENGAJIAN MALAYSIA (SIJIL) ________________________________________________________________________________________________________ BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 6 ii. Membentuk sebuah masyarakat perdagangan dan perindustrian di kalangan Bumiputera dalam semua lapangan dan peringkat kegiatan ekonomi supaya kaum Bumiputera dapat menjadi rakan seperjuangan kepada kaum bukan Bumiputera dalam kegiatan-kegiatan ekonomi moden. iii. Menambahkan hakmilik rakyat dalam pemilikan modal produktif negara termasuklah pemilikan saham dalam sektor syarikat supaya kaum Bumiputera dapat memiliki sekurang-kurangnya 30% saham dalam sektor syarikat, 40% oleh tempatan (bukan bumiputera) dan bakinya rakyat asing. iv. Menyusun semula corak guna tenaga mengikut sektor dan jenis pekerjaan secara berperingkat melalui pertumbuhan ekonomi supaya dapat mencerminkan susunan kaum negara menjelang 1990 (Bushra bt Hj Yusof:tt) 6.1.1.3 PENCAPAIAN DASAR EKONOMI BARU DALAM USAHA UNTUK MENYUSUN SEMULA MASYARAKAT - Semenjak pelancaran DEB, kemajuan yang dicapai agak besar. - Pihak yang bertanggungjawab iaitu pemegang-pemegang amanah telah berjaya membantu meningkatkan produktiviti dan daya pengeluaran Bumiputera dalam semua sektor terutamanya melalui pembiayaan pelaburan, program-program usahawan, dan lain-lain perkhidmatan bantuan. - Antara kejayaan dan pencapaian yang diperoleh dalam usaha ini ialah: i. Peningkatan Dalam Pendapatan Dan Menyusun Kadar Kemiskinan Mengikut Kaum ii. Penyusunan semula corak guna tenaga iii. Penyusunan semula hak milik dalam sektor syarikat iv. Pencapaian-pencapaian lain 4
PENGAJIAN MALAYSIA (SIJIL) ________________________________________________________________________________________________________ BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 6 Dasar Ekonomi berjaya mengubah hampir keseluruhan sistem sosial masyarakat majmuk di Malaysia. DEB berjaya menjalankan strateginya dalam menghadapi realiti “perbezaan etnik” dan dalam usaha mewujudkan keseimbangan dalam pelbagai aspek kehidupan. Tidak dinafikan, hasilnya adalah positif dan ia berjaya mencapai perpaduan nasional melalui falsafahnya, iaitu “Pembangunan Dengan Pengagihan Saksama” . 6.1.2 MODEL EKONOMI BARU - Model Ekonomi Baru ( MEB ) diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 30 Mac 2010. - Ia terbahagi kepada dua fasa. i. Fasa 1 bermula pada 30 Mac 2010. ii. Fasa 2 selepas pembentangan Rancangan Malaysia ke-10 ( RMK-10 ). - Secara formalnya, Dasar Ekonomi Baru sudah lama dihentikan pada tahun 1990 dan digantikan dengan polisi-polisi yang lain. - Model Ekonomi Baru ini berteraskan kepada peningkatan produktiviti pekerja yang bermatlamat membantu mereka meningkatkan pendapatan. Pekerja lebih inovatif dan kreatif disamping lebih masa. - Model Ekonomi Baru merupakan satu model yang menggantikan Dasar Ekonomi Malaysia. Lapan inisiatif yang akan diberikan tumpuan di dalam model ini adalah: 1. Menyuburkan kembali sector swasta untuk menerajui pertumbuhan ekonomi. 2.Membangun tenaga kerja yang berkualiti yang akan mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing. 3. Mewujudkan ekonomi domestic yang berdaya saing. 4. Memperkukuhkan sector awam. 5. Melaksanakan tindakan alternative yang telus mesra pasaran. 6. Membina infrastruktur yang berasaskan pengetahuan. 7. Meningkatkan sumber pertumbuhan. 8. Memastikan pertumbuhan yang mapan. 5
PENGAJIAN MALAYSIA (SIJIL) ________________________________________________________________________________________________________ BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 6 - Model Ekonomi Baru ( MEB ) yang hendak dicapai melalui Program Transformasi Ekonomi ( PTE ) merupakan satu tonggak utama yang akan melonjak Malaysia kearah status Negara maju sejajar dengan matlamat Wawasan 2020. - Antara kesan pelaksanaan Model Ekonomi Baru ( MEB ) dan Program Transformasi Ekonomi ( ETP ) iaitu: 1. model pertumbuhan lepas menjana dekad pencapaian kecemerlangan. 2. membolehkan Malaysia menyediakan kemudahan kesihatan dan pendidikan untuk rakyatnya. 3. membina infrastruktur bertaraf dunia dan pengeksport utama diperingkat global. 4. rakyat lebih kaya dan lebih berpelajaran berbanding generasi terdahulu 6.2 DASAR SOSIAL 6.2.1 DASAR WAWASAN 2020 - Wawasan 2020 dibentangkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir pada tahun 1991. - Wawasan 2020 mengandungi suatu pemikiran dan rangka kerja tentang matlamat Malaysia menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020 (Ruslan Zainudin:2004). - menjelang tahun 2020, Malaysia akan menjadi negara yang benar-benar maju, bersatu, mampu berdikari dan progresif dan makmur. - Rakyat akan menikmati kehidupan yang sempurna dalam masyarakat yang demokratik, bertoleransi, bermoral, adil, mampu bersaing, dinamik dan mempunyai daya ketahanan yang tinggi. - Malaysia akan menjadi negara maju mengikut acuan sendiri tanpa terikut-ikut akan cara dan corak negara maju yang ada sekarang. 6
PENGAJIAN MALAYSIA (SIJIL) ________________________________________________________________________________________________________ BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 6 Objektif i. Objektif utama Wawasan 2020 adalah membentuk Malaysia sebagai sebuah negara maju dalam seluruh aspek kehidupan sama ada dalam bidang ekonomi, politik, sosial, kebudayaan mahupun kemajuan dalam jiwa rakyat Malaysia. ii. Ini bermakna Malaysia bukan sahaja setakat ingin mencapai kemajuan fizikal seperti yang dicapai oleh kebanyakan negara maju, malahan kemajuan yang dihajati meliputi nilai-nilai moral dan etika yang tinggi dalam diri rakyat Malaysia. iii. Diharapkan menjelang tahun 2020, Malaysia berjaya menjadi sebuah negara yang benar-benar maju, bersatu, progresif dan mampu berdikari. iv. Dengan itu, akan lahirlah masyarakat yang bertoleransi, berdaya saing, berdaya tahan, dinamik dan demokratik. v. Bagi mencapai objektif ini, rakyat Malaysia harus mengatasi sembilan cabaran atau rintangan yang digariskan dalam Wawasan 2020. CABARAN DAN STRATEGI PELAKSANAAN WAWASAN 2020 CABARAN CIRI-CIRI STRATEGI PELAKSANAAN 1. Membina bangsa Malaysia yang bersatu padu Mewujudkan rakyat Malaysia yang terdiri daripada rakyat berbilang kaum yang memiliki matlamat untuk melahirkan bangsa Malaysia yang: Menjadikan Malaysia Sekolah Wawasan, iaitu perkongsian kemudahan antara sekolah kebangsaan dengan sekolah jenis kebangsaan 7
PENGAJIAN MALAYSIA (SIJIL) ________________________________________________________________________________________________________ BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 6 sebuah negara aman. Berintegrasi di peringkat negeri. Wujud integrasi kaum. Bekerjasama antara kaum. Setia dan dedikasi terhadap negara. diperkenalkan. Program Khidmat Negara diperkenalkan kepada remaja berumur 18 tahun untuk memupuk semangat patriotik, selain semangat perpaduan. 2. Membina masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan berkeyakinan. Rakyat Malaysia diharapkan: Berjiwa bebas Tenteram Berkeyakinan terhadap keupayaan diri Gagah menghadapi pelbagai cabaran Tidak mengalah kepada sesiapa Memperkenalkan cogan kata ‘Malaysia Boleh’ pada tahun 1990 sebagai pendorong untuk meningkatkan keyakinan diri rakyat. 3. Memupuk dan membina masyarakat demokratik yang matang. Melahirkan masyarakat Malaysia yang: Mengamalkan satu bentuk persefahaman yang matang Mengamalkan demokrasi Majlis Perundingan Ekonomi (MAPEN) yang merupakan forum untuk perbincangan pendapat rakyat berkenaan dasar ekonomi diperkenalkan kerajaan. 4. Mewujudkan masyarakat yang bermoral dan beretika Rakyat Malaysia memiliki: Nilai kukuh dalam agama Nilai moral dan etika yang tinggi Penekanan mata pelajaran Pendidikan Moral dan Pendidikan Islam terhadap pelajar. 8
PENGAJIAN MALAYSIA (SIJIL) ________________________________________________________________________________________________________ BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 6 5. Mewujudkan masyarakat yang matang, liberal dan bertoleransi Mewujudkan masyarakat yang: Liberal dan bertolak ansur Bebas mengamalkan adat dan kebudayaan tersendiri Mementingkan kesetiaan kepada negara kita Program ‘Citrawarna’ yang diadakan setiap tahun menonjolkan kebudayaan negerinegeri berbeza, selain meningkatkan sektor pelancongan. 6. Membina masyarakat yang maju dan saintifik Mewujudkan masyarakat yang: Memiliki daya perubahan tinggi Menyumbang kepada sains dan teknologi masa depan Mengadakan projek mega, iaitu Koridor Raya Multimedia (MSC) bagi menyediakan masyarakat ke arah negara maju. Program Sekolah Bestari, iaitu setiap sekolah dapat dihubungi oleh Rangkaian Kawasan Tampatan (LAN) dan menghubungkan Rangkaian Kawasan Meluas (WAN) ke sekolah lain bertujuan untuk melahirkan celik computer 9
PENGAJIAN MALAYSIA (SIJIL) ________________________________________________________________________________________________________ BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 6 Mata Pelajaran teknologi maklumat untuk peperiksaan SPM) disediakan sebagai langkah mewujudkan lebih banyak sumber tenaga mahir dalam ICT Bidang teknik dan vokasional serta politeknik berteraskan kemahiran ditambah Menggalakkan penyelidikan dan pembangunan (P&P) bagi mempercepatkan usaha kita daripada bergantung pada teknologi luar negara. 7. Mewujudkan masyarakat dan budaya penyayang Mewujudkan masyarakat yang mengutamakan buadaya penyayang, iaitu : Kepentingan masyarakat lebih diutamakan Mementingkan kebajikan semua insan Mempunyai sistem kekeluargaan yang kukuh Rang Undang-Undang Keganasan Rumah Tangga 1955 diluluskan untuk membantu mangsa rumah tangga. 10
PENGAJIAN MALAYSIA (SIJIL) ________________________________________________________________________________________________________ BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 6 Yayasan Penyayang Malaysia (CARE) dan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) menyediakan tempat tinggal dan pembiayaaan untuk anak-anak yatim 8. Menjamin masyarakat yang adil dan saksama ekonominya Masyarakat yang : Melaksanakan pengagihan kekayaan negara secara adil dan saksama Perkongsian dalam bidang ekonomi. Tidak wujud pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi. Tumpuan diberikan kepada pembangunan Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPBB) agar meningkatkan taraf ekonomi mereka memandangkan kebanyakan Bumiputera merupakan golongan yang ketinggalan dari segi sosioekonomi. 9. Memupuk dan membina masyarakat makmur Mewujudkan masyarakat makmur dan mempunyai : Ekonomi berdaya saing Dinamik kental Penggunaan gantian optik oleh Telekom Malaysia untuk memberi perkhidmatan lebih berkesan kepada masyarakat 11
PENGAJIAN MALAYSIA (SIJIL) ________________________________________________________________________________________________________ BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 6 Sistem LRT (Ligh Railway Transit) dan Monorel diwujudkan untuk meningkatkan taraf hidup rakyat 6.2.2 PELAN INTEGRITI NASIONAL (PIN) - Pelan Integriti Nasional (PIN) dan Institut Integriti Malaysia (IIM) dilancarkan secara rasminya oleh Y.A.B. Perdana Menteri Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 23 April 2004. - Ia bertujuan untuk membentuk suatu gerakan nasional secara terancang, sistematik, bersepadu dan berterusan ke arah pembangunan sebuah negara yang berteraskan nilai-nilai murni dan berintegriti tinggi. (Institut Integriti Malaysia:2004) Objektif-objektif khusus PIN adalah seperti berikut: i. Memberi hala tuju serta bimbingan kepada pelbagai sektor supaya mereka dapat bekerjasama dalam usaha besar membina masyarakat yang bersatu padu, berharmoni, berintegriti, bermoral dan beretika. ii. Meningkatkan kesedaran, komitmen dan kerjasama pelbagai sektor dalam usaha peningkatan integriti supaya integriti menjadi budaya masyarakat dan diamalkan dalam semua bidang. iii. Menggalakkan semangat bertanggungjawab di kalangan anggota masyarakat serta mendorong perkembangan masyarakat sivil yang menjunjung prinsip integriti dan bergerak cergas menegakkan integriti. iv. Menyumbang kepada usaha pengukuhan asas moral masyarakat dan negara,dan peningkatan kesejahteraan hidup anggota masyarakat. 12
PENGAJIAN MALAYSIA (SIJIL) ________________________________________________________________________________________________________ BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 6 v. Meningkatkan daya saing dan daya tahan Malaysia dalam usaha menangani cabaran abad ke -21, khususnya cabaran globalisasi dengan lebih berkesan. Sasaran PIN yang utama bagi tempoh lima tahun pertama (2004-2008) adalah seperti berikut: i. Mengurangkan gejala rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa secara berkesan. ii. Meningkatkan kecekapan dalam sistem penyampaian perkhidmatan awam dan mengatasi karenah birokrasi. iii. Meningkatkan tadbir urus korporat dan etika perniagaan. iv. Memantapkan institusi keluarga dan komuniti. v. Meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan masyarakat. STRATEGI PELAKSANAAN PIN mempunyai dua strategi bersifat preventif iaitu: i. Menerapkan nilai-nilai murni di kalangan anggota perkhidmatan awam dan rakyat. ii. Memantapkan lagi proses kerja untuk mengurangkan peluang bagi rasuah dan penyelewengan berlaku. 6.2.3 1 MALAYSIA - 1 Malaysia diperkenalkan pada tahun 2009 oleh Perdana Malaysia yang ke-6 iaitu Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak. - Ia adalah satu gagasan bagi memupuk perpaduan dikalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai-nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia. 13
PENGAJIAN MALAYSIA (SIJIL) ________________________________________________________________________________________________________ BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 6 - Konsep ini bersandarkan satu prinsip iaitu “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”yang bertepatan dengan citarasa rakyat Malaysia dan sejajar dengan peruntukan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan prinsip-prinsip Rukun Negara. - 1Malaysia merupakan penerusan agenda membina negara. Untuk mencapai kemajuan negara, rakyat perlu dimajukan terlebih dahulu. - Perkara ini perlu dimulakan dengan membentuk sikap penerimaan antara kaum yakni membawa kepada perpaduan yang utuh. Apabila perpaduan dicapai, maka urusan pembangunan negara akan berjalan dengan lancar. Justeru, bagi memenuhi hasrat di atas, asas-asas utama 1 Malaysia adalah seperti yang berikut: a) Perpaduan ialah prasyarat dalam usaha merealisasikan aspirasi negara, iaitu mencapai status ‘Negara Maju’ menjelang tahun 2020. b) 1 Malaysia ialah penerusan agenda membina negara. c) Perpaduan sememangnya telah membentuk teras utama dalam hala tuju negara menuju kecemerlangan bermula sejak kemerdekaan dicapai. d) Untuk mecapai kemajuan bagi negara, rakyat perlu dimajukan terlebih dahulu. Perkara ini dimulakan dengan membentuk sikap penerimaan antara kaum, yang membawa kepada perpaduan yang utuh. Apabila perpaduan dicapai, maka urusan pembangunan negara akan berjalan dengan lebih lancar. Pendekatan 1 Malaysia PERPADUA N NEGARA MAJU Aspek 1 Teras-teras perpaduan Aspek 2 Nilai-nilai Aspirasi 14
PENGAJIAN MALAYSIA (SIJIL) ________________________________________________________________________________________________________ BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 6 Aspek 1 : Penerapan Teras-teras Perpaduan Aspek ini menerapkan teras-teras perpaduan sebagai budaya dan amalan semua rakyat Malaysia. Teras perpaduan ini ialah komponen-komponen asas yang menguatkan semangat bersatu padu dalam kalangan rakyat berbilang kaum. Aspek 2 : Penerapan Nilai-nilai Aspirasi Nilai-nilai aspirasi yang digagaskan dalam konsep 1Malaysia ialah nilai-nilai yang perlu ada pada masyarakat progresif dan dinamik yang akan memacu negara kea rah mencapai status negara maju. Nilai-nilai aspirasi akan membantu dalam mewujudkan tenaga kerja yang berdaya maju dan mampu bersaing dalam persekitaran global dan ini seterusnya membantu melonjakkan kedudukan ekonomi negara ke tahap yang lebih kukuh dan mantap. KESIMPULAN Dasar Sosial Negara dicipta berdasarkan keperluan sosial negara. Ini kerana Malaysia yang mempunyai masyarakat yang berbilang bangsa memerlukan dasar-dasar untuk membantu merapatkan perpaduan kaum. Perpaduan kaum yang utuh amat diperlukan di negara ini demi menjamin kestabilan ekonomi, politik dan keamanan negara. Melalui kestabilan yang dicapai kemajuan negara mampu dipacu sepantas yang mungkin untuk menuju ke arah negara maju menjelang tahun 2020. Kemajuan yang dikecapi juga perlu seiring dengan pembangunan sahsiah penduduknya. Pembangunan sahsiah yang terpuji akan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang mencapai tahap kemajuan yang tinggi malah mempunyai rakyat yang berbudi pekerti tinggi. 15
PENGAJIAN MALAYSIA (SIJIL) ________________________________________________________________________________________________________ BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 6 6.3 DASAR POLITIK 6.3.1 PERSATUAN NEGARA-NEGARA ASIA TENGGARA (ASEAN) - Persatuan Negara-negara Asia Tenggara atau lebih dikenali sebagai Association of South East Asian Nations (ASEAN) ditubuhkan pada pada 8 Ogos 1967. - Penubuhan ASEAN diisytiharkan melalui Deklarasi Bangkok yang ditandatangani Oleh Tun Abdul Razak (Timbalan Perdana Menteri Malaysia), Tun Adam Malik (Menteri Luar Indonesia), S. Rajaratnam (Menteri Luar Singapura), Thanat Khoman (Menteri Luar Thailand) dan N. Romas (Setiausaha Luar Filipina) (Mardiana Nordin:2011). - Deklarasi Bangkok 1967 ada menyebut bahawa ASEAN bertujuan untuk memperbaiki kerjasama dalam bidang ekonomi, sosial, budaya, pendidikan, Teknologi dan pentadbiran dan diharapkan dapat mewujudkan keamanan dan kestabilan di rantau Asia Tenggara. - Penyertaan Malaysia dalam ASEAN merupakan satu keutamaan dalam menentukan arah tuju dasar luar negara. - Malaysia mementingkan pengukuhan ASEAN kerana sekiranya kestabilan ASEAN terjejas, ini akan memberi kesan negetif terhadap Malaysia, terutama dari segi politik dan ekonomi. Objektif Penubuhan ASEAN Deklarasi Bangkok telah menggariskan tujuh matlamat penting penubuhan ASEAN iaitu: i. Mempercepatkan pertumbuhan dan perkembangan ekonomi, kemajuan sosial dan pembangunan kebudayaan serantau. 16
PENGAJIAN MALAYSIA (SIJIL) ________________________________________________________________________________________________________ BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 6 ii. Mengekalkan keamanan dan kestabilan kawasan serantau dengan menghormati dan mematuhi peraturan, undang-undang dan keadilan negara-negara kawasan serantau serta mematuhi prinsip Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. iii. Memupuk kerjasama yang aktif dan mengembangkan kepentingan bersama dalam bidang ekonomi, sosial, kebudayaan, teknikal, saintifik dan pentadbiran. iv. Membekalkan bantuan dan kemudahan latihan, penyelidikan dan pembangunan dikalangan negara-negara anggota. v. Mewujudkan kerjasama yang lebih efektif dalam penggunaan sumber yang lebih banyak dalam industri pertanian, memperluaskan perdagangan dan membuat kajian mengenai masalah perdagangan komoditi antarabangsa, meningkatkan kemajuan bidang pengangkutan dan perhubungan serta bekerjasama bagi menaik taraf hidup rakyat negaranegara anggota. vi. Meningkatkan bidang pengajian dan pendidikan yang lebih maju di Asia Tenggara. vii. Mengekalkan kerjasama yang erat dan berfaedah menerusi pertubuhan serantau serta pertubuhan antarabangsa yang telah wujud dan mempunyai matlamat yang sama. Prinsip- Prinsip Utama ASEAN Prinsip-prinsip utama ASEAN digariskan seperti berikut: i. Hormat terhadap kemerdekaan, ketuanan, kesamaan, integriti jajahan dan identiti nasional semua negara. ii. Hak untuk setiap negara untuk memimpin kehadiran nasional bebas daripada campur tangan luar. iii. Penyelesaian perbezaan atau perdebatan dengan aman. 17
PENGAJIAN MALAYSIA (SIJIL) ________________________________________________________________________________________________________ BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 6 iv. Menolak penggunaan ketenteraan. v. Kerjasama efektif antara anggota. Negara-Negara Anggota Dan Tarikh Menyertai ASEAN Sehingga kini, ASEAN dianggotai oleh 10 buah negara iaitu : (1) Malaysia – 8 Ogos 1967 (2) Thailand – 8 Ogos 1967 (3) Indonesia – 8 Ogos 1967 (4) Filipina – 8 Ogos 1967. (5) Singapura – 8 Ogos 1967. (6) Brunei Darussalam – 8 Januari 1984. (7) Vietnam – 28 Julai 1995 (8) Laos – 23 Julai 1997 (9) Myanmar – 23 Julai 1997 (10) Kemboja – 30 April 1999 Kerjasama Dalam Bidang Politik Dan Keselamatan Kerjasama dalam bidang politik dan keselamatan menjadi agenda utama ASEAN pada peringkat awal penubuhannya. Antara agenda penting ASEAN yang melibatkan isu-isu politik dan keselamatan ialah: i. ZOPFAN (Zon Aman, Bebas dan Berkecuali) 1971. ii. Perjanjian Berbaik-baik dan Kerjasama Asia Tenggara (TAC) 1976. iii. Deklarasi Konkord ASEAN 1976. iv. Forum Serantau ASEAN (ARF) 1994. v. Perjanjian Zon Bebas Senjata Nuklear Asia Tenggara (SEANWFZ) 1995. 18
PENGAJIAN MALAYSIA (SIJIL) ________________________________________________________________________________________________________ BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 6 Kerjasama Dalam Bidang Ekonomi Antara kerjasama ekonomi yang dilaksanakan oleh ASEAN ialah: i. Projek Industri ASEAN 1976. ii. Skim Pelengkap Industri ASEAN 1981. Kerjasama Dalam Bidang Sosial Antara kerjasama sosial yang dilaksanakan oleh ASEAN ialah: i. Menganjurkan pesta filem dan pesta lagu ASEAN. ii. Pertunjukan kebudayaan ASEAN dan pertukaran radio dan televisyen. iii. Kerjasama kesusasteraan, sukan dan kesihatan. iv. Setiap negara anggota menyediakan tempat di pusat pengajian tinggi kepada pelajar dari negara anggota yang lain. v. Penubuhan SEAMEO (Pertubuhan Menteri-Menteri Pelajaran Asia Tenggara) untuk memajukan kerjasama dalam bidang pelajaran, sains dan kebudayaan. vi. Kerjasama dalam mengawal penyalahgunaan dadah. vii. Usahasama dalam menjalankan penyelidikan ke atas penyakit-penyakit tropika. viii. Kerjasama dalam bidang pelancongan dengan mengadakan projek-projek pelancongan secara bergilir-gilir di antara anggota ASEAN. 6.3.2 PERTUBUHAN PERSIDANGAN ISLAM (OIC) OIC ditubuhkan pada 25 September 1969 di Rabat, Marocco, sebagai menyahut seruan Almarhum Raja Faysal Ibn Abdul Aziz ke arah penyatupaduan dunia Islam. Ibu pejabatnya terletak di Jeddah, Arab Saudi. Malaysia turut menganggotai OIC dan Tunku Abdul Rahman (bekas Perdana Menteri Malaysia) telah dilantik menjadi Setiausaha Agung OIC yang pertama. 19
PENGAJIAN MALAYSIA (SIJIL) ________________________________________________________________________________________________________ BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 6 Objektif Penubuhan OIC i. Tujuan utama penubuhan OIC ialah untuk mewujudkan kerjasama antara negara- negara angota ke arah memupuk perpaduan umat Islam di dunia. ii. Mengeratkan perpaduan dan kerjasama di kalangan negara anggota khususnya dalam bidang ekonomi, sains, sosial dan kebudayaan. iii. Memperkukuhkan kerjasama bagi memelihara kehormatan, kemerdekaan dan hak bangsa. iv. Menyelesaikan masalah pertelingkahan yang melibatkan negara Islam. v. Menghapuskan sebarang penindasan dan penjajahan bagi mewujudkan keamanan sejagat. Negara Anggota OIC Organisasi ini terdiri daripada gabungan 57 buah negara Islam di seluruh dunia. Kebanyakannya terdiri dari negara Timur Tengah dan Utara Afrika. Terdapat juga ahlinya dari negara Asia Tenggara, Eropah dan Amerika Selatan. (Dr. Ranjit Singh Malhi :2005) Antaranya ialah: 1. Afghanistan 2. Albania 3. Algeria 4. Azerbaijan 5. Bahrain 6. Bangladesh 7. Benin 8. Brunei 9. Burkina Faso 10. Cameroon 11. Chad 12. Comoros 13. Guyana 14. Indonesia 15. Iran 16. Iraq 17. Jordan 18. Kazakhstan 19. Kuwait 20. Kyrgystan 21. Lebanon 22. Libya 23. Malaysia 24. Maldives 25. Pakistan 26. Palestine 27. Qatar 28. Saudi Arabia 29. Senegal 30. Sierra Leone 31. Somalia 32. Sudan 33. Suriname 34. Syria 35. Tajikistan 36. Togo 37. Cote d’ Ivoire 38. Djibouti 39. Egypt 40. Gabon 41. Gambia 42. Guinea 43. Guinea- Bissau 44. Mali 45. Mauritania 46. Morocco 47. Mozambique 48. Niger 49. Nigeria 50. Oman 51. Tunisia 52. Turkey 53. Turkmenistan 54. Uganda 55. UAE 56. Uzbekistan 57. Yemen 20
PENGAJIAN MALAYSIA (SIJIL) ________________________________________________________________________________________________________ BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 6 Program OIC i. Tabung perpaduan Islam yang ditubuhkan selepas Persidangan Kemuncak Islam pada tahun 1974. ii. Pengajian Sejarah Tamadun Islam dan bahasa Arab. iii. Menubuhkan Universiti Islam Antarabangsa di Malaysia. iv. Menubuhkan Universiti Islam di Nigeria. v. Simposium atau seminar antarabangsa seperti, Penerapan Syariah Islam di Islamabad pada tahun 1979, Islam dan Dasar Sosial Dalam Konteks Bentuk Baru Ekonomi Antarabangsa di Geneva pada tahun 1980, Islam dan Jurusalam di Paris pada tahun 1981, Kongres Islam Sedunia di Colombo pada tahun 1982. Strategi OIC i. Pembiayaan pelajaran, kebajikan, penerbitan dan sukan. ii. Pembiayaan pembinaan bangunan, membekalkan bahan bacaan dan alat pendidikan dan menubuhkan ‘fellowship’. iii. Bantuan kepada negara Islam Afrika yang menderita termasuk Chad, Gambia, Guinea, Mali, Maritania, Nigeria, Senegal dan Upper Volta. iv. Kerjasama menyediakan dan menghantar doktor dan petugas perubatan sukarela. v. Menumpukan kepada pembangunan kerohanian dan kebajikan khususnya belia Islam peringkat antarabangsa. vi. Menyokong aktiviti Bank Pembangunan Islam (IDB) dan menubuhkan IDB di Malaysia pada tahun 1995. vii. Bersepadu menyokong perjuangan rakyat Palestin. 21
PENGAJIAN MALAYSIA (SIJIL) ________________________________________________________________________________________________________ BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 6 Peranan Malaysia Dalam OIC i. Malaysia telah memainkan peranan aktif dalam usaha perantaraan bagi menyelesaikan konflik Iran-Iraq melalui OIC. Berikutan pengumuman gencatan senjata antara Iran-Iraq pada bulan Ogos 1988, sepasukan 15 pegawai tentera Malaysia telah menyertai pasukan tentera pemerhati PBB. ii. Malaysia memberi sokongan kuat kepada perjuangan rakyat Palestin dan pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO). Malaysia menjadi tuan rumah pada Persidangan Keserantauan Asia mengenai ‘Persoalan Palestin’ di Kuala Lumpur pada bulan Mei 1983. Dan menyokong hak rakyat Palestin untuk menentukan nasib sendiri, termasuk hak mereka untuk mempunyai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat. iii. Malaysia juga menyokong perjuangan Mujahidin Afghanistan terhadap Rejim Kabul yang dibantu oleh tentera Rusia sejak tahun 1979. Malaysia telah membenarkan Mujahidin Afghanistan membuka pejabat perwakilan di Kuala Lumpur pada tahun 1984. iv. Pembinaan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) di Selangor, telah membantu perkembangan pendidikan tinggi di kalangan negara- negara Islam. v. Mengutuk dasar penghapusan etnik Islam di Bosnia- Herzegovina vi. Menganjurkan Musabaqah al- Quran pada tiap- tiap tahun. vii. Mengadakan program Nida Ul Islam untuk mendakwah Islam ke seluruh dunia. viii. Memberi bantuan kewangan dan kemanusiaan kepada mangsa gempa bumi di Turki dan mangsa peperangan di Chechnya. 22
PENGAJIAN MALAYSIA (SIJIL) ________________________________________________________________________________________________________ BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 6 6.3.3 PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU (PBB) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah ditubuhkan pada 24 Oktober 1945 di San Francisco, Amerika Syarikat. Bilangan negara anggota PBB bertambah kepada 191 buah negara. Matlamat–matlamat utama PBB ialah: i. Mengekalkan keamanan dan keselamatan dunia ii. Menggalakkan kerjasama antarabangsa dalam bidang-bidang ekonomi, sosial dan kebudayaan iii. Melindungi hak-hak asasi manusia tanpa mengira jaum,jantina atau agama. Antara program yang dilaksanakan oleh PBB ialah: i. Majlis Perhimpunan Agung ii. Keselamatan bagi menentukan dan memutuskan isu-isu keselamatan melalui kuasa veto. iii. Majlis Ekonomi dan Sosial PBB bagi meningkatkan taraf hidup. iv. Bantuan kecemasan kepada mangsa peperangan, terutama kanak-kanak. v. Pertubuhan Palang Merah Antarabangsa. Strategi yang digunakan oleh PBB bagi mencapai matlamat yang telah digariskan ialah: i. Persidangan perwakilan negara anggota bagi menyelesaikan masalah pertikaian yang melibatkan negara-negara anggota. ii. Menyelesaikan sebarang isu atau pertelingkahan dunia. iii. Mengadili sebarang pertikaian antarabangsa. iv. Mengendalikan program PBB melalui agensi termasuk Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Pesuruhjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Orang-Orang Pelarian (UNHCR), Rancangan Pembangunan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) dan Tabung Kanak-Kanak BangsaBangsa Bersatu (UNICEF). 23
PENGAJIAN MALAYSIA (SIJIL) ________________________________________________________________________________________________________ BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 6 v. Khemah-khemah pelarian sebagai penempatan pelarian didirikan untuk berlindung, memperoleh makanan, pakaian dan perubatan. vi. Membantu pelarian Vietnam dan Kampuchea dan mendirikan penempatan sementara. Keahlian PBB terbuka kepada semua negara yang merdeka dengan syarat mereka bersetuju menerima Piagam PBB. Badan-badan PBB yang utama ialah: (1) Majlis Perhimpunan Agung (2) Majlis Keselamatan (3) Majlis Amanah (4) Majlis Ekonomi dan Sosial (5) Mahkamah Pengadilan Antarabangsa (6) Sekretariat - Ketua PBB ialah Setiausaha Agung. Setiausaha Agung PBB yang pertama ialah Trygve Lie dari Norway. - Keputusan Perhimpunan Agung mengenai perkara-perkara yang mustahak dibuat berasaskan sokongan 2/3 daripada ahli-ahli yang hadir. - Keputusan mengenai perkara-perkara lain hanya memerlukan sokongan lebih suara. Persekutuan Tanah Melayu menyertai PBB pada tahun 1957 dan meneruskannya selepas pembentukan Malaysia pada 16 September 1963. - Malaysia merupakan penyokongnya yang kuat. Bagi menjamin dan memastikan peranan Malaysia yang aktif dalam PBB, Malaysia melalui Kementerian Luar Negara, khususnya melalui Jabatan Bahagian Politik Pelbagai Hala bertindak merumuskan pendirian dan peranan Malaysia di pertubuhan tersebut (Ruslan Zainudin:2005) - Selaku ahli PBB, Malaysia menyertai secara aktif dalam perbincangan PBB dengan menyuarakan pendirian mengenai pelbagai isu yang mempunyai kepentingan kepada Malaysia dan negara-negara membangun. 24
PENGAJIAN MALAYSIA (SIJIL) ________________________________________________________________________________________________________ BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 6 - Bukti komitmen Malaysia terhadap perkembangan dunia yang aman dan adil ialah penyertaan Malaysia dalam sembilan misi pengaman PBB seperti di Congo, Bosnia-Herzegovina, Angola, Timor Leste dan lain-lain. Selain itu, Malaysia juga telah dilantik untuk menganggotai Majlis Keselamatan PBB dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia PBB. SOALAN LATIHAN Jawab semua soalan yang diberi. 1. Apakah penyebab utama lahirnya Dasar Ekonomi Baru (DEB)? 2. Nyatakan cabaran-cabaran yang dilalui untuk mecapai Wawasan 2020 3. Apakah peranan Malaysia dalam Pertubuhan Negara Islam (OIC)? 25
PENGAJIAN MALAYSIA (SIJIL) ________________________________________________________________________________________________________ BAHAGIAN KEMAHIRAN DAN TEKNIKAL UNIT 6 Bibliografi 1. Bahagian Kemahiran Dan Teknikal MARA. Modul Pengajian Malaysia 1 (2016). Mardiana dan Hasnah Hussin. 2014. Pengajian Malaysia. Shah Alam: Oxford Fajar. 1. INTAN .1991. Malaysia Kita. Kuala Lumpur: Institut Tadbiran Awam Negara. 2. Mohamed Suffian Hashim. 1994. Mengenal Perlembagaan Malaysia. Edisi Kedua. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. 3. Zainal Abidin Wahid. 1979. Sejarah Malaysia Sepintas Lalu. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.ISBN:967-65-8626-9 4. Ruslan Zainuddin, Mohd Mahadee Ismail & Zaini Othman. 2010. Kenegaraan Malaysia. Edisi Kedua. Shah Alam : Oxford Fajar 5. Nazaruddin Haji Mohd Jail, Ma’rof Redzuan, Asnarulkhadi Abu Samah dan Ismail Hj Mohd Rashid.2004. Pengajian Malaysia: Kenegaraan dan Kewarganegaraan. Edisi Kedua. Petaling Jaya. Prentice Hall. 26