MoLIB
Modul Latihan Intervensi Berfokus & Terbeza
#24 PLaN
Program Literasi dan Numerasi Sekolah Rendah
NUMERASI
#24 PLaN
#MoLIB-Numerasi
(PINDAAN 1)
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
MALAYSIA
#24 PLaN
#MoLIB-Numerasi
Modul Latihan Intervensi Berfokus & Terbeza - Numerasi
Institut Pendidikan Guru Malaysia,
Kementerian Pendidikan Malaysia.
Diterbitkan oleh:
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 1-3, Blok 2250,
Jalan Usahawan 1,
63000 Cyberjaya Selangor Darul Ehsan
Malaysia
Tel : 03-83126666
Faks : 03-83126655
Web : http://ipgm.moe.edu.my
ISBN
978-968-17720-3-4
© Semua hak cipta terpelihara. Hak cipta Institut Pendidikan Guru
Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia 2020. Semua petikan
daripada penerbitan ini tidak boleh diterbitkan atau disimpan dalam
bentuk yang boleh diperoleh semula atau disiarkan dalam sebarang
bentuk dengan apa cara sekalipun termasuk elektronik, mekanikal,
fotokopi, rakaman atau sebaliknya tanpa mendapat keizinan daripada
penerbit.
September 2020
PANEL PENULIS MoLIB-NUMERASI
PENASIHAT Dr Rusmini binti Ku Ahmad
Dr Jamiah binti Mohamad
PENYELARAS Dr Yazid bin Abdul Manap
KETUA PANEL
PANEL Puan Zaiton binti Arshad
Dr. Yusminah binti Mohd Yusof
PENILAI
MODUL Dr. Fan Siong Peng
REKA BENTUK
& REKA LETAK Dr. Fatimah binti Abd. Kadir
HALAMAN Dr. Hajah Noradzimah binti Abdul Majid
Datin Zaitun binti Othman
Puan Hajah Haniah binti Bachok
Puan Azalina binti Raya
Puan Norilla binti Satari
Puan Nor Aziah binti Badri
Puan Latifah binti Othman
Encik Johnson a/l Savarimuthu
Encik Noorhazainol bin Derahin
Dr Mazlan bin Ismail
Dr Abdul Razak bin Othman
Puan Rubiaton binti Ibrahim
Encik Mohd Kashfi bin Md Zain
Puan Chia Lee Shan
STRATEGI PELAKSANAAN MoLIB-NUMERASI i
▪ Perbincangan bersemuka
▪ Aktiviti individu
▪ Aktiviti berkumpulan
▪ Bimbingan dalam merancang dan melaksanakan aktiviti
▪ Pembentangan dan simulasi
MoLIB Numerasi
ISI KANDUNGAN
MODUL LATIHAN INTERVENSI LITERASI DAN NUMERASI (MoLIB-NUMERASI)
Panel Penulis …i
Isi Kandungan …ii
Kata Alu-aluan …iii
Modul Latihan MoLIB-Numerasi …iv
…. 7
Garis Panduan MoLIB …1
…. 7
01 TOPIK 1 …6
Kerangka Teori
TOPIK 2 …. 7
…14
Pendekatan Pengajaran dan
02
Pembelajaran Berfokus dan Terbeza
Numerasi
03 TOPIK 3 …. 7
…24
Pemetaan antara DSKP dan Bahan
Pengajaran dan Pembelajaran Berfokus
dan Terbeza Numerasi
04 TOPIK 4 …. 7
05 …33
Pelaksanaan Pengajaran dan
Pembelajaran Berfokus dan Terbeza …. 7
Numerasi …86
TOPIK 5
Pembinaan Bahan Pengajaran dan
Pembelajaran Berfokus dan Terbeza
Numerasi
Glosari …97
Penghargaan ...99
MoLIB Numerasi ii
Kata Alu-aluan
Rektor Institut Pendidikan Guru Malaysia
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Institut Pendidikan Guru Malaysia menjadi peneraju dalam melaksanakan
program literasi dan numerasi demi mencapai hasrat kemenjadian murid
menjelang 2025 melalui Inisiatif #24. Program Literasi dan Numerasi
Sekolah Rendah (Inisiatif #24) perlu dilaksanakan secara kemas dan
tersusun bagi menjamin kemenjadian murid dalam penyampaian ilmu dan
kemahiran oleh para guru. Oleh itu, Modul Latihan Intervensi Berfokus dan
Terbeza (MoLIB) dibina untuk membantu para guru bahasa Melayu dan
matematik sekolah rendah dalam menguasai dan melaksanakan
pendekatan pedagogi berfokus dan terbeza. Hal ini bagi membolehkan
penyampaian ilmu dan kemahiran bahasa Melayu dan matematik dapat
disalurkan dengan lebih tepat dan sampai kepada kumpulan sasarannya .
Kumpulan sasaran MoLiB ialah murid-murid Tahun 2 dan
Tahun 3 sekolah rendah pada tahap penguasaan III dalam pentaksiran bilik
darjah (PBD). Murid-murid ini sudah mempelajari kemahiran asas literasi
dan numerasi namun perlu diberikan aktiviti pengukuhan untuk mereka
menguasai kemahiran asas dan seterusnya menyediakan mereka untuk
menguasai tahap penguasaan IV dalam pentaksiran bilik darjah. Bagi
mencapai tujuan ini, para guru bahasa Melayu dan matematik perlu
didedahkan dengan pedagogi berfokus dan terbeza.
Pendekatan pedagogi berfokus dan terbeza mendasari
modul ini. Pedagogi secara umum ditafsirkan sebagai sains dan seni yang
membantu guru mereka bentuk pengajaran untuk memastikan ilmu yang
disampaikan kepada murid dapat diterima dan dimanfaatkan dalam
kehidupan mereka. Pembelajaran bahasa Melayu di sekolah rendah
berfokus pada kemahiran literasi dan aplikasi bahasa (DSKP, 2017:06).
Penguasaan kemahiran asas literasi dan numerasi membolehkan murid-
murid tahap I menguasai kemahiran asas dengan mantap dan seterusnya
mereka berupaya menguasai fasa-fasa tahap kemahiran yang seterusnya.
Institut Pendidikan Guru Malaysia merakamkan setinggi-
tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang
terlibat dalam penggubalan MoLIB. Semoga pelaksanaan MoLIB akan
mencapai hasrat dan matlamat untuk memberdayakan murid-murid
menguasai literasi dan numerasi.
(YBrs. Dr. RUSMINI BINTI KU AHMAD)
Rektor Institut Pendidikan Guru Malaysia
MoLIB Numerasi iii
MODUL LATIHAN INTERVENSI BERFOKUS
DAN TERBEZA (MoLIB-NUMERASI)
KLUSTER : Pendidikan
TAJUK : Pengajaran dan Pembelajaran Berfokus dan Terbeza
Numerasi
TEMPOH : 17 jam
SINOPSIS : Modul ini memberi fokus bagi menyediakan guru
matematik sekolah rendah yang mengajar tahun dua dan tiga
dengan kemahiran pengajaran dan pembelajaran berfokus
dan terbeza numerasi (PdPBT-n). PdPBT-n merupakan suatu
pendekatan PdP (know how) yang membolehkan kurikulum
dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP)
(know what) disampaikan oleh guru kepada murid-murid yang
mempunyai pelbagai keupayaan dan potensi diri. Pendekatan
PdPBT-n merupakan cara alternatif selain daripada
pendekatan lain untuk membolehkan guru mencapai objektif
PdP. Modul ini akan memberi pendedahan kepada guru
dengan kerangka konsep yang menjadi asas dalam
pembentukan model PdPBT-n, mereka juga akan
diperkenalkan dengan cara melaksanakan PdPBT-n secara
praktis dengan berpandukan bahan yang dibina berasaskan
DSKP Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Tahun
Dua dan Tahun Tiga. Mereka juga akan dibimbing untuk
membina bahan menggunakan templat PdPBT-n.
HASIL
PEMBELAJARAN :
Pada akhir kursus ini peserta kursus akan dapat:
1. menjelaskan kerangka teori pengajaran dan
pembelajaran berfokus dan terbeza numerasi.
2. mengaplikasi pengajaran dan pembelajaran berfokus
dan terbeza numerasi berasaskan bahan-bahan.
3. menganalisis kesesuaian DSKP untuk membina
bahan pengajaran dan pembelajaran berfokus dan
terbeza numerasi.
MoLIB Numerasi iv
GARIS PANDUAN MoLIB
Modul Latihan Intervensi Berfokus & Terbeza
01 PENGENALAN
Kemahiran guru dalam merancang pengajaran dan pembelajaran (PdP) memainkan
peranan utama dalam pencapaian murid. Guru yang baik mampu mempelbagaikan
aktiviti bersesuaian dengan pelbagai aras kebolehan muridnya. Guru perlu menguasai
pengetahuan pedagogi yang berfokus dan terbeza dalam merencana pencapaian tahap
penguasaan seseorang murid.
Modul Latihan Intervensi Berfokus dan Terbeza (MoLIB) yang dihasilkan ini boleh
dijadikan rujukan untuk guru merancang PdP bagi mata pelajaran Bahasa Melayu (BM)
dan Matematik sekolah rendah yang berkesan pada tahap 1 . Manakala bagi mata
pelajaran Bahasa Inggeris (BI), guru perlu merujuk Scheme of Work (SoW) seperti yang
terkandung dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) berasaskan
Common European Framework of Reference (CEFR).
Modul ini dibina berdasarkan kemahiran yang terkandung dalam DSKP serta
mengandungi aktiviti dan bahan yang berbeza mengikut pelbagai tahap penguasaan
murid. Modul ini juga mampu membantu guru bukan opsyen untuk dijadikan panduan
dalam melaksanakan PdP.
Pelaksanaan rintis bagi modul ini telah dilaksanakan pada September hingga Oktober
2019 di 54 buah sekolah melibatkan daerah Sepang Selangor, Pitas Sabah dan Julau
Sarawak. Dapatan daripada pelaksanaan rintis berkenaan, usaha menambah baik
MoLIB telah dilaksanakan untuk menjadikan modul ini lebih mudah digunakan.
Sehubungan dengan itu, MoLIB diperluas pelaksanaannya kepada sekolah rendah
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mulai tahun 2020.
Mo Modul
L Latihan
I Intervensi
Berfokus dan Terbeza
B
MoLIB Numerasi | Garis Panduan 1
02 RASIONAL
Berdasarkan kajian, sekolah yang pencapaian akademiknya rendah adalah sekolah yang
kapasiti muridnya ramai dalam satu kelas, murid orang asli/peribumi yang diajar oleh guru
bukan orang asli dan guru bukan opsyen. Guru kurang berkemahiran dalam merancang
aktiviti yang melibatkan murid pelbagai aras tahap penguasaan. Masalah ini berlanjutan
sehingga defisit pembelajaran dibawa ke tahap dua.
03 MATLAMAT
MoLIB dibangunkan sebagai panduan serta rujukan kepada para guru untuk merancang
PdP secara berfokus dan terbeza bagi pelaksanaan yang lebih berkesan.
Ini untuk memastikan guru berkebolehan merancang PdP yang berfokus dan terbeza
bersesuaian dengan pelbagai aras kebolehan muridnya. Selain itu, guru boleh
menjadikan amalan Professional Learning Community (PLC) sebagai gerak kerja dalam
merancang PdP supaya berlaku perkongsian idea dan keberhasilan bersama.
04 OBJEKTIF Tema: Keluarga
Pada akhir pelaksanaan MoLIB ini, guru dapat:
menguasai asas kemahiran merancang PdP yang berkesan berdasarkan
pelbagai aras kebolehan murid (asas, sederhana dan tinggi);
melaksanakan pedagogi yang berfokus dan terbeza dalam mempertingkatkan
tahap penguasaan murid; dan
menjadikan PLC sebagai amalan dalam meningkatkan pengetahuan dalam
merancang PdP.
05 SASARAN SEKOLAH
Pelaksanaan MoLIB melibatkan semua sekolah rendah KPM.
06 SASARAN GURU b. BUKAN OPSYEN c. ASLI/PERIBUMI
a. MURID RAMAI Guru bukan opsyen Guru mata pelajaran
bagi mata pelajaran Bahasa Melayu,
Guru mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan
Bahasa Melayu, Bahasa Bahasa Inggeris dan Matematik Tahap 1
Inggeris dan Matematik Matematik Tahap 1. yang mengajar murid
Tahap 1 yang mengajar orang asli/peribumi.
di kelas yang kapasiti
muridnya ramai.
MoLIB Numerasi | Garis Panduan 2
07 KERANGKA KONSEP Tema: Keluarga
08 GARIS MASA PELAKSANAAN
09 KAEDAH PELAKSANAAN
1 PDP TERBEZA
Melaksanakan PdP berfokus dan terbeza berpandukan DSKP dan MoLIB;
2 SKPMg2 STANDARD 4
Aktiviti yang dirancang dalam RPH berdasarkan cadangan MoLIB dilaksanakan semasa
PdP Bahasa Melayu dan Matematik berasaskan SKPMg2 Standard 4: Pembelajaran
dan Pemudahcaraan (PdPc).
3 PAK-21
Pengurusan PdP menggunakan kerangka konsep Pembelajaran Abad ke-21 (PAK21)
yang terdiri daripada lima elemen, iaitu perancangan pembelajaran, pembelajaran
koperatif dan kolaboratif, kemahiran berfikir, pentaksiran pembelajaran, dan ekosistem
bilik darjah yang positif berdasarkan standard asas PAK21, iaitu komunikasi, kolaboratif,
kreatif dan kritis, serta nilai (4K1N).
MoLIB Numerasi | Garis Panduan 3
10 STRATEGI PELAKSANAAN PdP BERPANDUKANTMeomLIBa: Keluarga
Langkah 1 Menyediakan RPH dengan memilih Standard Pembelajaran (SP) yang
Langkah 2 sesuai merujuk kepada MoLIB.
Langkah 3 Merancang aktiviti PdP berdasarkan aras dalam MoLIB;
a)Guru boleh memilih mana-mana aras yang bersesuaian dengan
tahap murid dalam kelas, atau
b)Guru boleh menggunakan ketiga-tiga aras dalam satu PdP
Menyediakan bahan sokongan PdP berpandukan cadangan aktiviti
MoLIB.
Langkah 4 Melaksanakan PdP secara berfokus dan membuat rumusan atau refleksi
PdP.
11 PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB
Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM)
a)Mengurus, menyelaras dan menilai kebolehlaksanaan modul
b)Mengadakan mesyuarat penyelarasan dengan bahagian-bahagian
KPM dan JPN
c)Merancang dan melaksanakan penataran kepada JPN, PPD dan
sekolah
d)Menganalisis dapatan laporan pelaksanaan MoLIB daripada JPN
Jabatan Pendidikan Negeri (JPN)
a)Membantu KPM merancang dan melaksanakan penataran
kepada PPD dan sekolah
b)Memastikan pelaksanaan mengikut garis panduan yang
disediakan
c)Mengurus, menyelaras dan menilai pelaksanaan peringkat
JPN
d)Memantau pelaksanaan MoLIB secara berkala
e)Menganalisis dapatan laporan pelaksanaan MoLIB daripada
PPD
f)Melaporkan dapatan pelaksanaan MoLIB kepada KPM
MoLIB Numerasi | Garis Panduan 4
Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)
a)Membimbing sekolah melaksanakan MoLIB mengikut garis
panduan yang ditetapkan
b)Menganalisis dapatan semasa sesi bimbingan
c)Memastikan keberkesanan pelaksanaan MoLIB oleh pihak
sekolah
d)Melaporkan pelaksanaan MoLIB kepada pengurusan PPD dan
JPN
e)Membuat tindakan susulan untuk penambahbaikan
Pentadbir Sekolah
a)Memastikan pelaksanaan MoLIB mengikut garis panduan yang
disediakan
b)Membimbing guru melaksanakan PdP berkesan melalui PLC
c)Mencerap PdP guru secara berkala
d)Membincangkan keberkesanan pelaksanaan MoLIB dalam dialog
prestasi
e)Melaporkan pelaksanaan dan keberkesanan pelaksanaan MoLIB
kepada PPD
Guru Mata Pelajaran
a)Merancang dan melaksanakan PdP yang berfokus dan
terbeza
b)Menyediakan bahan sokongan yang bersesuaian
dengan keperluan murid semasa PdP
c)Menambah baik PdP bagi membantu murid yang tidak
mencapai tahap penguasaan minimum
d)Melaksanakan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)
berdasarkan DSKP
12 RUMUSAN
Garis panduan ini menjadi panduan kepada semua pihak yang terlibat melaksanakan MoLIB
dalam PdP murid tahap satu di sekolah rendah. Diharapkan pelaksanaan MoLIB ini akan
dapat memberikan manfaat kepada semua pihak demi membantu meningkatkan
penguasaan berbahasa Bahasa Melayu dan kemahiran Matematik dalam kalangan murid-
murid di sekolah.
MoLIB Numerasi | Garis Panduan 5
1 KERANGKA TEORI 1
JAM
1.1 Pengenalan
1.2 Teori Mendasari Pengajaran dan Pembelajaran Terbeza
1.3 Kerangka Konsep Pengajaran dan Pembelajaran Berfokus
dan Terbeza Numerasi
Objektif
Pada akhir sesi ini, peserta akan dapat:
i. menjelaskan teori yang mendasari PdP Berfokus dan Terbeza (PdPBT)
ii.menghuraikan kerangka konsep Pengajaran dan Pembelajaran Berfokus
dan Terbeza Numerasi (PdPBT-n)
1.1 Pengenalan
Pelaksanaan PdP semakin mencabar pada masa ini. Menurut Tomlinson
(2013), guru-guru menghadapi kesukaran menyampaikan PdP secara
berkesan disebabkan terdapat murid daripada pelbagai latar belakang dalam
sesebuah kelas. Misalnya, murid-murid berbeza dari aspek kebudayaan,
bangsa, bahasa, taraf ekonomi, jantina, pengalaman, motivasi, kecerdasan
mental, minat personal, dan kecenderungan belajar. Guru yang berkualiti
bukan sahaja boleh menyampaikan kandungan dengan berkesan. Mereka
juga perlu memberi perhatian kepada proses PdP agar dapat memenuhi
keperluan murid, dan seterusnya memastikan hasil pembelajaran dapat
dicapai oleh setiap murid. Justeru itu, pendekatan PdPBT diperkenalkan
sebagai salah satu kaedah alternatif bagi meningkatkan keupayaan
pembelajaran murid dalam mata pelajaran Matematik di peringkat sekolah
rendah.
1.2 Teori Mendasari PdPBT
Tomlinson adalah pelopor bagi kaedah PdPBT (1999, 2001, 2006, 2010,
2013). Menurut Tomlinson, setiap guru harus memiliki mindset positif yang
sentiasa memberikan pertimbangan kepada keperluan murid (rujuk Rajah 1).
Terdapat lima elemen dalam prinsip asas PdPBT iaitu; persekitaran yang
menggalakkan dan menyokong pembelajaran, kualiti kurikulum, pentaksiran
yang menjelaskan PdP, PdP bagi pelbagai tahap keupayaan murid, serta
memimpin murid dan mengurus aktiviti rutin.
MoLIB Numerasi | Topik 1 6
1.2.1 Prinsip Asas PdPBT
a. Persekitaran yang menggalakkan dan menyokong pembelajaran
Persekitaran pembelajaran merujuk kepada iklim fizikal dan afektif yang
wujud dalam kelas. Dalam kelas PdPBT-n, guru merancang aktiviti dalam
kelas agar bermanfaat kepada keperluan setiap orang murid. Antara aspek-
aspek yang menjadi asas pegangan guru adalah; yakin bahawa setiap
orang murid berkeupayaan untuk berjaya sekiranya mereka diberi
sokongan, menghormati latar belakang setiap orang murid, memastikan
pelibatan murid yang aktif dalam setiap aktiviti dan sentiasa membuat
refleksi bagi memperbaiki tahap pembelajaran murid.
b. Kualiti kurikulum
Kurikulum merujuk kepada kandungan yang seharusnya guru ajar atau dan
yang seharusnya murid belajar. Kualiti kurikulum pula merujuk kepada sifat
jurang yang wujud antara apa yang seharusnya guru ajar dan apa yang
sepatutnya dipelajari oleh murid. Terdapat tiga ciri-ciri kurikulum yang
berkualiti:
i)mempunyai tujuan yang jelas berkaitan apakah yang murid seharusnya
belajar, faham, dan mendapat hasil di sepanjang proses pembelajaran.
ii)membolehkan murid memahami pengetahuan kandungan, bukannya
sekadar menghafal.
iii)melibatkan murid dalam proses pembelajaran.
Rajah 1: Kerangka Teori Elemen Keberkesanan PdP Berfokus dan Terbeza. 7
MoLIB Numerasi | Topik 1
c. Pentaksiran yang menjelaskan PdP
Guru yang prihatin terhadap kefahaman murid-muridnya, sepatutnya
juga sentiasa mengikuti perkembangan pembelajaran mereka. Mereka
tidak suka melihat murid berasa bosan semasa mengikuti proses PdP.
Oleh itu, pentaksiran boleh digunakan oleh guru bagi menjejaki
perkembangan pembelajaran dan perasaan murid. Maklumat yang
diperolehi menerusi pentaksiran dapat membantu guru mengetahui
jurang pemahaman murid berbanding kriteria kejayaan dalam unit
pembelajaran dan seterusnya menggunakan maklumat itu untuk
merancang PdP seterusnya.
d. PdP pelbagai aras
PdP merujuk kepada bagaimana guru mengajar atau bagaimana
seharusnya murid menimba pengalaman dalam pembelajaran. Menurut
Tomlinson (2011), PdPBT adalah sangat penting kerana setiap murid
diberi peluang menimba pengalaman menerusi pembelajaran yang boleh
memaksimumkan perkembangan akademik mereka.
e. Memimpin kemajuan murid dan mengurus aktiviti rutin
Pengurusan kelas lazimnya dikaitkan dengan kawalan kelas. Dalam
konteks PdPBT, pengurusan kelas merujuk kepada membina
persekitaran kelas supaya PdP dapat berlangsung secara produktif bagi
memacu kemajuan akademik murid di samping mengurus proses dan
aktiviti rutin guru. Dalam kelas PdP terbeza, guru membawa visi dan misi
bagi membolehkan murid belajar secara berkumpulan untuk mencapai
matlamat individu dan kumpulan secara keseluruhan. Menerusi
pengurusan rutin dan proses dalam kelas terbeza, guru membantu murid
memahami, menyumbang, dan terlibat secara langsung bagi mendorong
mereka belajar bersama.
Kelima-lima prinsip asas merupakan
kepercayaan dan amalan yang
seharusnya dimiliki oleh guru yang
berhasrat untuk memulakan kelas
PdPBT. Bagi membolehkan murid
mendapat peluang belajar berdasarkan
keperluan mereka, tiga aspek iaitu
kesediaan, minat, dan kecenderungan
kaedah belajar murid perlu diambil kira
untuk merancang PdP.
MoLIB Numerasi | Topik 1 8
1.2.2 Keperluan Belajar Murid
a. Kesediaan
Tomlinson menyatakan bahawa kesediaan tidak sinonim dengan
keupayaan atau kapasiti untuk belajar. Kesediaan merujuk kepada
student’s proximity dengan objektif pembelajaran (Tomlinson, 2013).
Istilah kesediaan dijajarkan dengan perkembangan minda murid.
Menurut Tomlinson, pengetahuan tentang kesediaan murid
membolehkan guru menyediakan rancangan PdP terbeza yang dapat
membantu murid melakukan perkara yang mereka patut lakukan untuk
berjaya.
b. Minat
Minat memberi motivasi kepada murid untuk belajar. Tomlinson (2013)
mendefinisikan minat sebagai topik atau kemahiran yang boleh
memanfaatkan perkembangan bakat, pengalaman, dan cita-cita
seseorang murid. Minat juga berkaitan dengan idea, kemahiran, atau
kerja yang mempunyai daya tarikan kepada murid.
c. Profil pembelajaran murid
Profil pembelajaran seseorang murid merujuk kepada kecenderungan
belajar yang membolehkan murid belajar dengan lebih berkesan. Setiap
murid mempunyai profil pembelajaran yang berbeza disebabkan oleh
faktor jantina, budaya, persekitaran, biologi, dan konteks belajar tertentu.
Jika guru menyediakan pelbagai cara bagi murid untuk terlibat bersama
seperti melakukan penerokaan dan membuat persembahan kandungan
dapat membina kesedaran dalam diri murid tentang pendekatan belajar
yang manakah paling sesuai bagi mereka.
Pengetahuan guru berkaitan
kesediaan, minat, dan profil
pembelajaran murid
membolehkan mereka
merancang PdPBT. Terdapat
empat elemen PdPBT iaitu
kandungan, proses, produk, dan
persekitaran kelas.
MoLIB Numerasi | Topik 1 9
1.2.3 Elemen Pengajaran dan Pembelajaran Berfokus dan
Terbeza
a. Kandungan
Kandungan merujuk kepada perkara yang sepatutnya dipelajari oleh murid,
atau pengetahuan, idea, dan kemahiran yang perlu dicapai oleh murid.
b. Proses
Proses merujuk kepada cara murid menguasai dan memiliki pengetahuan,
idea, dan kemahiran.
c. Produk
Produk merujuk kepada bagaimana murid boleh menunjukkan apa yang
mereka telah pelajari.
d. Persekitaran kelas
Persekitaran kelas merujuk kepada iklim interaksi dalam kalangan murid-
murid dan guru. Persekitaran juga merangkumi individu, sosial, dan susunan
fizikal dalam kelas.
Cambahan Minda
Mengapakah lima prinsip asas iaitu persekitaran yang menggalakkan dan
menyokong pembelajaran, kualiti kurikulum, pentaksiran yang menjelaskan
PdP, PdP yang dapat memenuhi pelbagai tahap keupayaan murid, dan
memacu murid dan mengurus aktiviti rutin diperlukan bagi membolehkan
seseorang guru melaksanakan PdPBT?
Latihan
1. Senaraikan lima prinsip belajar yang perlu dimiliki oleh seseorang guru
bagi membolehkan mereka melaksanakan PdPBT.
2. Senaraikan tiga keperluan murid yang menjadi sumber input kepada
guru untuk merancang PdPBT.
3. Jelaskan empat elemen yang menjadi tunjang kepada melaksanakan
PdPBT.
10MoLIB Numerasi | Topik 1
1.3 Kerangka Konsep PdPBT-n
Kerangka konsep bagi PdPBT-n dibentuk dengan mengambil kira dua
komponen utama, iaitu Kerangka Kurikulum Matematik Sekolah Rendah dan
tiga elemen PdPBT-n seperti Rajah 2.
Rajah 2: Kerangka Konsep PdPBT-n
a. Kerangka Kurikulum Matematik Sekolah Rendah
Kerangka Kurikulum Matematik Sekolah Rendah terdiri daripada fikrah matematik
sebagai nadi. Fikrah matematik merupakan kualiti murid yang dihasratkan untuk
dilahirkan melalui sistem pendidikan kebangsaan. Terdapat empat komponen
utama yang menyokong fikrah matematik iaitu, sikap dan nilai, kemahiran, proses,
dan bidang pembelajaran.
Sikap dan nilai terdiri daripada nilai matematik dan sikap dan nilai sejagat.
Kemahiran pula terdiri daripada kemahiran matematik, kemahiran menganalisis,
kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran membuat keputusan, kemahiran
berkomunikasi, dan kemahiran menggunakan teknologi.
Proses terdiri daripada lima proses matematik yang saling berkaitan dan
dilaksanakan secara bersepadu merentas kurikulum. Lima proses matematik
yang dimaksudkan adalah penyelesaian matematik, penaakulan, komunikasi
secara matematik, perkaitan, dan perwakilan.
Kandungan matematik pula dirangkumkan mengikut lima bidang pembelajaran
iaitu, Nombor dan Operasi, Sukatan dan Geometri, Perkaitan dan Algebra,
Statistik dan Kebarangkalian, dan Matematik Diskret.
11MoLIB Numerasi | Topik 1
b. Elemen PdPBT-n
Tiga elemen utama dalam PdPBT-n adalah kandungan, proses, dan produk.
Aspek persekitaran yang terdapat dalam teori asal PdPBT tidak dimasukkan
dalam kerangka ini kerana aktiviti interaksi sosial antara murid dengan murid, dan
murid dengan guru sentiasa diambil kira dalam merangka rancangan mengajar
PdPBT-n.
Dalam konteks Malaysia, kandungan bermaksud kurikulum atau sukatan
pelajaran yang terkandung di dalam DSKP Tahun Dua dan Tahun Tiga. Hanya
DSKP Tahun Dua dan Tahun Tiga dipilih dalam melaksanakan PdPBT-n
mengikut ketetapan yang dibuat di bawah Program Literasi dan Numerasi (PLaN)
Inisiatif PPPM #24.
Proses merujuk kepada bagaimanakah murid melakukan fikrah matematik bagi
menguasai dan memiliki pengetahuan, idea, sikap dan nilai dalam bidang
pembelajaran dengan menggunakan kemahiran dan proses merentasi kurikulum.
Cambahan Minda
Mengapakah model asal PdPBT yang diutarakan oleh Tomlinson tidak boleh
digunakan sepenuhnya di Malaysia? Apakah aspek-aspek yang telah
diadaptasi oleh kerangka konseptual PdPBT-n daripada kerangka asal PdPBT
Tomlinson?
Latihan
1. Senaraikan elemen yang terdapat dalam kerangka konsep PdPBT-n.
2. Jelaskan kekuatan dan kelemahan kerangka konsep PdPBT-n.
Rujukan
Tomlinson, C. A. (1999). Differentiated instruction classroom: Responding to
the needs of the learners. USA: ASCD.
Tomlinson, C. A. (2001). How to differentiate instruction in mixed-ability
classrooms. USA: ASCD.
Small, M. (2017). Good questions: Great ways to differentiate mathematics
instruction in the standards-based classroom. Teachers College Press.
Small, M. (2017). Teaching mathematical thinking: tasks and questions to
strengthen practices and processes. Teachers College Press.
12MoLIB Numerasi | Topik 1
1 PELAKSANAAN LATIHAN JURULATIH UTAMA 1
KERANGKA TEORI JAM
TOPIK 1
Kerangka Teori
Isi Kandungan Aktiviti / Strategi Bahan
• Aktiviti Match Mine Jigsaw Puzzle
• Aktiviti Round Table
1.0 Teori Mendasari
PdPBT • Aktiviti Simultaneous Round Table Instrumen
(40 minit) • Aktiviti Think- Pair-Share berkaitan:
• Aktiviti Team Statement ● Kesediaan
Teori Mendasari ● Minat
PdPBT ● Profil
a.Prinsip-prinsip Asas
pembelajaran
PdP Berfokus dan
Terbeza.
b.Keperluan Belajar • Aktiviti Think- Pair-Share • Bahan bacaan
Murid • Aktiviti Team Statement berkaitan
- kandungan
c.Elemen-elemen - proses
PdPBT - produk
- persekitaran
1.1. Kerangka Konsep • Aktiviti Share N Stand PPT Kerangka
PdPBT numerasi konsep
(20 minit)
DSKP Tahun 2 & 3
a.Kerangka Konsep
PdPBT-n
b.Komponen- • Aktiviti Sticky Note
komponen dalam • Aktiviti Paraphrase Passport
Kerangka Konsep
PdPBT-n.
13MoLIB Numerasi | Topik 1
PENDEKATAN PENGAJARAN DAN 1
JAM
PEMBELAJARAN BERFOKUS DAN
2 TERBEZA
2.1 Pengenalan
2.2 Ciri-ciri PdPBT
2.3 Proses PdPBT
2.4 Pelaksanaan PdPBT-n
Objektif
Pada akhir sesi ini, peserta akan dapat:
i. menjelaskan strategi mengurus kelas dalam PdPBT
ii. mengaplikasikan PdPBT berasaskan kesediaan, minat, dan profil pembelajaran
murid
iii.mengaplikasikan PdPBT-n dalam konteks KSSR
2.1 Pengenalan
Pendekatan PdPBT mendapat perhatian ramai terutamanya dalam kalangan
pendidik dan penyelidik. Bahagian ini akan menjelaskan pendekatan PdPBT
dari perspektif cara-cara mengendalikan kelas menggunakan prinsip dan
elemen terbeza. Elemen PdPBT adalah kandungan, proses, dan produk.
Kandungan bermaksud apakah yang sepatutnya dipelajari oleh murid. Proses
pula bermaksud bagaimanakah murid memiliki pengetahuan, idea, atau
kemahiran tersebut. Manakala produk pula merujuk kepada bagaimanakah
murid dapat menunjukkan perkara yang mereka belajar dan ketahui. Keperluan
belajar murid iaitu kesediaan, minat, dan profil pembelajaran murid,
membolehkan guru merancang PdPBT agar murid dapat menimba
pengalaman dari aspek yang bersesuaian dengan kemampuan, personaliti dan
kecenderungan mereka. Dalam konteks PdPBT, input berkaitan murid dan
ketiga-tiga elemen PdPBT mempengaruhi cara pelaksanaan kelas yang
dirancang.
2.2 Ciri-ciri PdPBT
a. Pembelajaran Bermakna
PdPBT mementingkan pembelajaran bermakna dengan cara membantu murid
menjana idea. Setiap murid tidak dipisahkan mengikut tahap pencapaian.
Proses PdP kadang-kadang melibatkan seluruh kelas, kadang-kadang
melibatkan kumpulan kecil, dan kadang-kadang aktiviti individu. Variasi ini
diberikan penekanan agar murid dapat meningkatkan kemahiran dan
kefahaman mereka.
14MoLIB Numerasi | Topik 2
b. Kepelbagaian Aktiviti
Kelas PdPBT perlu mengambil kira pelbagai aktiviti dalam sesuatu masa tertentu.
Guru juga perlu membina asas peribadi dan disiplin murid agar mereka dapat
menimba pengalaman menerusi aktiviti yang dijalankan.
c. Kumpulan Fleksibel
Aktiviti berkumpulan dititikberatkan dalam pelaksanaan PdPBT. Kumpulan
dibentuk secara lebih terbuka dengan menggabungkan murid daripada pelbagai
kesediaan, minat, dan profil pembelajaran murid. Kadang-kadang murid diberikan
pilihan memilih ahli kumpulan mereka sendiri sama ada berdua, bertiga, atau
bilangan tertentu. Oleh itu, guru perlu memastikan tugasan yang diberi mengarah
kepada meningkatkan kemahiran berasaskan keperluan murid.
d. Tugasan Pelbagai
Kelas PdPBT bukan seperti memberikan pakaian yang sama saiz kepada setiap
orang murid yang berbeza saiz fizikal. Tugasan yang pelbagai perlu disediakan
bagi membolehkan murid yang berbeza aras dapat maju ke hadapan. Mereka
juga diberi peluang memilih tugasan yang bersesuaian dengan keperluan yang
dikehendaki.
e. Guru Proaktif
Guru yang proaktif ialah guru yang bertindak sebelum arahan demi memastikan
perancangan PdPBT-n dapat dilaksanakan dengan jaya.
15MoLIB Numerasi | Topik 2
f. Bersifat Kualitatif
Pendekatan berfokus dan terbeza lebih bersifat kualitatif berbanding kuantitatif.
Bilangan tugasan yang banyak dilakukan oleh murid tidak dapat menjamin
mereka lebih memahami berbanding murid yang menjawab sedikit tugasan.
Guru-guru dalam kelas berfokus dan terbeza memberikan lebih tumpuan kepada
penguasaan kefahaman yang diperlukan oleh murid-murid mereka. Oleh itu,
mempelbagaikan kualiti tugasan adalah menjadi keutamaan dalam kelas
berfokus dan terbeza berbanding bilangan tugasan yang harus dilakukan.
g. Pentaksiran Berterusan
Pentaksiran merupakan salah satu komponen paling penting dalam kelas
berfokus dan terbeza. Maklumat berkaitan kemajuan murid boleh diperoleh
menerusi komunikasi lisan secara individu dengan murid, memerhatikan murid-
murid berbincang dalam kumpulan, melakukan kerja, atau memberi penilaian
formal. Aspek yang diberikan penumpuan adalah perkembangan tahap
kesediaan, minat, dan profil pembelajaran murid.
h. Pendekatan Pelbagai
Pengajaran dan pembelajaran terbeza menyediakan sekurang-kurang tiga
elemen kurikulum (a)Kandungan (input) – apakah yang murid harus belajar?
(b)Proses – bagaimanakah murid memahami (making sense) tentang sesuai idea
atau maklumat? dan (3 )Produk (output) – bagaimanakah murid menunjukkan
apa yang telah mereka pelajari?
i. Berpusat Murid
Kelas pengajaran dan pembelajaran berfokus dan terbeza adalah berpusatkan
murid. Setiap orang murid aktif berbincang dan membuat keputusan. Murid-murid
dikehendaki berkongsi peranan dan tanggungjawab dengan ahli kumpulan atau
individu tertentu bagi mencapai keperluan pembelajaran.
16MoLIB Numerasi | Topik 2
Cambahan Minda
PdPBT bukanlah PdP berasaskan individu. Bincangkan.
Latihan
Berikan contoh PdPBT dari aspek berikut:
(a) Pembelajaran bermakna
(b) Kepelbagaian aktiviti
(c) Kumpulan fleksibel
(d) Tugasan pelbagai
(e) Guru proaktif
(f) Bersifat kualitatif
(g) Pentaksiran berterusan
(h) Pendekatan pelbagai
17MoLIB Numerasi | Topik 2
2.3 Proses PdPBT
Tomlinson (2001) mencadangkan sembilan aliran proses bagi
melaksanakan PdPBT seperti yang diilustrasikan dalam Rajah 3.
2.3.1 Guru dan semua murid bersama-sama menerokai topik dan konsep
yang hendak dipelajari.
2.3.2 Murid terlibat dalam pembelajaran secara berkumpulan menggunakan
pelbagai bahan berdasarkan input yang diperoleh daripada aspek
kesediaan, minat, dan profil pembelajaran murid.
2.3.3 Guru dan murid berkongsi maklumat dan saling bersoal jawab antara
satu sama lain.
2.3.4 Murid melakukan tugasan yang disediakan untuk membantu mereka
memahami idea utama dalam pelajaran yang mempunyai pelbagai tahap
kompleksiti.
2.3.5 Murid membincangkan idea utama yang dipelajari dan melaksanakan
aktiviti seterusnya.
2.3.6 Murid berada dalam kumpulan kecil yang dipilih oleh mereka sendiri.
Murid mengaplikasikan prinsip dan idea utama yang dipelajari untuk
menyelesaikan masalah yang diberikan oleh guru.
2.3.7 Murid diperkenalkan dengan kemahiran yang diperlukan untuk
membuat persembahan hasil kerja.
2.3.8 Murid memilih cara melakukan tugasan berdasarkan minat mereka
sendiri. Seterusnya, murid diminta melanjutkan pemahaman konsep
mereka dengan melakukan tugasan tambahan yang dicipta oleh mereka
sendiri.
2.3.9 Murid mendengar pelan pembelajaran individu dan kumpulan,
seterusnya menetapkan kriteria asas untuk berjaya.
18MoLIB Numerasi | Topik 2
Rajah 3: Sembilan Aliran Proses PdPBT yang Diperkenalkan oleh Tomlinson (2001, m.s. 9).
Tomlinson (2001) merumuskan bahawa PdPBT
diibaratkan sebagai pengulangan irama yang
lazimnya berlaku dalam kelas biasa. PdPBT
melibatkan persediaan kelas, mengulang kaji,
berkongsi pelajaran, membuka peluang kepada
individu atau kumpulan kecil menerokai,
memahami konsep (sense-making),
melanjutkan pemahaman, dan penghasilan
produk.
Cambahan Minda
Tomlinson menyatakan bahawa aliran proses PdPBT diibaratkan sebagai
pengulangan irama yang lazimnya berlaku dalam kelas biasa. Berikan
pendapat anda dari aspek kelebihan dan kekurangan proses aliran tersebut.
Latihan
Huraikan perbezaan antara tugasan pengukuhan dan pengayaan dengan
memberikan contoh aktiviti yang sesuai.
19MoLIB Numerasi | Topik 2
2.4 Pelaksanaan PdPBT-n
Pengajaran dan Pembelajaran Berfokus dan Terbeza - Numerasi (PdPBT-n)
merupakan pendekatan yang dibangunkan dengan merujuk dan mengubah suai
idea Tomlinson agar bersesuaian dengan dasar dan polisi KPM, DSKP, budaya,
amalan, dan pentadbiran sekolah dalam PdP matematik.
KPM menerusi PPPM 2013-2025 menitikberatkan kualiti pendidikan dan
kemenjadian murid. Oleh itu, terbeza kandungan, terbeza proses, dan terbeza
produk haruslah disesuaikan dengan mata pelajaran matematik sekolah rendah
dari aspek bidang, nilai, kemahiran, dan standard proses yang ditetapkan agar
murid dapat meningkatkan fikrah matematik pada tahap yang maksimum.
Guru matematik KSSR dicadang melaksanakan PdPBT-n berlandaskan idea
Tomlinson yang komprehensif secara fleksibel dengan mengambil kira beberapa
aspek dalam proses PdP yang disesuaikan dengan amalan lazim dalam kelas
matematik di Malaysia seperti berikut:
a. Pemula
Guru dan semua murid bermula dengan meneroka topik dan konsep yang
hendak dipelajari bersama-sama - set Induksi.
b. Perkembangan
Tugasan 1
Murid terlibat dalam pembelajaran secara berkumpulan menggunakan pelbagai
bahan berdasarkan input yang diperolehi dari aspek kesediaan, minat, dan profil
pembelajaran murid.
Aktiviti 1
Guru dan murid berkongsi maklumat dan saling bersoal jawab antara satu sama
lain.
20MoLIB Numerasi | Topik 2
Tugasan 2
Murid melakukan tugasan yang disediakan untuk membantu mereka memahami
idea utama dalam pelajaran yang mempunyai pelbagai tahap kompleksiti.
Aktiviti 2
Murid membincangkan idea utama yang dipelajari dan melaksanakan aktiviti
seterusnya.
Tugasan 3
Murid berada dalam kumpulan kecil yang dipilih oleh mereka sendiri. Murid
mengaplikasikan prinsip dan idea utama yang dipelajari untuk menyelesaikan
masalah yang diberikan oleh guru.
Aktiviti 3
Murid diperkenalkan dengan kemahiran yang diperlukan untuk membuat
persembahan hasil kerja.
c. Pengukuhan
Murid memilih untuk menyelesaikan lembaran kerja berdasarkan kesediaan, minat,
atau profil pembelajaran mereka sendiri.
d. Pengayaan
Seterusnya, murid diminta melanjutkan pemahaman konsep mereka dengan
melakukan tugasan tambahan yang dicipta oleh mereka sendiri.
e. Penutup
Murid mendengar pelan pembelajaran individu dan kumpulan, seterusnya
menetapkan kriteria asas untuk berjaya.
21MoLIB Numerasi | Topik 2
Cambahan Minda
Proses PdPBT-n perlu diubahsuai daripada cadangan aliran proses PdPBT
yang dikemukakan oleh Tomlinson. Bincangkan.
Latihan
Sejauh manakah aliran proses PdPBT yang diperkenalkan oleh Tomlinson
dapat diadaptasikan dalam kelas matematik sekolah rendah?
Rujukan
Tomlinson, C. A. (2001). How to differentiate instruction in mixed-ability
classrooms. USA: ASCD.
Tomlinson, C. A., & McTighe, J. (2006). Integrating differentiated instruction &
understanding by design: Connecting content and kids. USA: ASCD.
Tomlinson, C. A., & Imbeau, M.B. (2010). Leading and Managing A
Differentiated Classroom. USA: ASCD.
Tomlinson, C.A., & Moon, T.R. (2013). Assessment and Student Success in a
Differentiated Classroom. USA: ASCD.
22MoLIB Numerasi | Topik 2
PELAKSANAAN LATIHAN JURULATIH UTAMA 1
JAM
PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
2BERFOKUS DAN TERBEZA
TOPIK 2
Pendekatan PdPBT-n
Isi Kandungan Aktiviti / Strategi Bahan
A (15 minit) - Aktiviti Team Word- Soalan-soalan
Ciri-ciri Pengajaran dan Web dalam aplikasi
Pembelajaran Terbeza Kahoot.
- Menyenaraikan ciri-ciri pengajaran - Aktiviti Think-Pair-
Share
dan pembelajaran yang
bersesuaian dengan
- Pembelajaran bermakna
- Kepelbagaian aktiviti
- Kumpulan fleksibel
- Tugasan pelbagai
- Guru proaktif
- Bersifat kualitatif
- Pentaksiran berterusan
- Pendekatan pelbagai
B (30 minit) - Aktiviti Showdown Sembilan keping
Proses Pengajaran dan - Aktiviti Kinesthetic kad yang bertulis
Pembelajaran Terbeza aktiviti PdP
- Sembilan langkah PdP terbeza Symbols
Carta aliran sungai
yang dicadangkan oleh Tomlinson Tomlinson
disenaraikan di belakang kad
- Imej aliran sungai diberikan kepada
setiap kumpulan
C (15 minit) - Aktiviti Think-Pair- Rajah daripada
Pengajaran dan Pembelajaran Share bahagian (ii)
Berfokus dan Terbeza Numerasi digunakan bagi
- Langkah-langkah RPH yang menghasilkan RPH
seharian.
bersesuaian dengan model PdP
Tomlinson
23MoLIB Numerasi | Topik 2
PEMETAAN ANTARA DOKUMEN 2 JAM
STANDARD KURIKULUM DAN
3PENTAKSIRAN MATEMATIK DAN
BAHAN PdPBT-n
3.1 Pengenalan.
3.2 Merungkai DSKP melalui pemetaan.
3.3 Aktiviti Minds-on terhadap DSKP dan bahan PdPBT-n.
Objektif
Pada akhir sesi ini, peserta akan dapat:
i. menerangkan DSKP Matematik Tahun 2 dan Tahun 3
ii. merungkai DSKP melalui pemetaan
iii.mencadangkan bahan PdPBT-n yang sesuai untuk menterjemahkan standard
pembelajaran
3.1. Pengenalan
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih
memperkembangkan potensi individu (KPM, 1996) walaupun perkembangan
intelek mereka berbeza. Oleh itu, Program Literasi dan Numerasi Sekolah
Rendah Tahun 2020 (PLaN) di bawah inisiatif PPPM#24, memberi
penekanan kepada PdPBT. Ini memberi peluang kepada murid pelbagai
aras berfikir secara kreatif dan kritis, menarik minat dan memberi motivasi
terhadap pembelajaran mereka melalui aktiviti PdP. PdPBT terdiri daripada
tiga elemen iaitu terbeza kandungan, terbeza proses dan terbeza produk.
Justeru, pada peringkat awal PdPBT, guru terlebih dahulu perlu menguasai
kemahiran melaksanakan pemetaan DSKP terhadap bahan PdPBT-n dan
berupaya merungkai DSKP untuk membantu murid menguasai kemahiran
dalam pembelajaran matematik.
24MoLIB Numerasi | Topik 3
3.2 Merungkai DSKP Melalui Pemetaan
Pembelajaran matematik melalui aktiviti merungkai DSKP dengan tepat,
berupaya menyediakan peluang untuk murid melaksanakan tugasan dengan
lebih menyeronokkan, bermakna, berguna dan mencabar serta
meningkatkan sifat ingin tahu dalam mempelajari sesuatu yang baharu
(KPM, 2017). Pengalaman sedemikian juga dapat meningkatkan minat dan
menjadi daya penggerak murid mempelajari matematik dan mengaplikasikan
pengetahuan dan kemahiran matematik secara berkesan dan bertanggung
jawab dalam kehidupan seharian.
Jelasnya, melalui pemetaan dan merungkai DSKP ini, profesionalisme
keguruan dapat ditingkatkan dan murid pula dapat dibekalkan dengan
kemahiran berfikir bagi menghadapi cabaran semasa melaksanakan
PdPBT-n.
Pemetaan DSKP terhadap bahan PdPBT-n
membantu guru untuk lebih memahami apa
yang perlu diajar dalam kelas dengan
mengeluarkan standard kandungan dan
standard pembelajaran sejajar dengan bahan
PdPBT-n. Jadual 1 menunjukkan pemetaan dan
rungkaian DSKP dalam PdPBT-n
25MoLIB Numerasi | Topik 3
Jadual 1: Pemetaan dan Rungkai DSKP
Kandungan: Mengelaskan bentuk 3D
Melukis bentuk 3D
Menyenaraikan bentuk 3D
Proses : Menjelaskan objek bentuk 3D ikut ciri
Melukis bentuk 3D ikut ciri
Menyenaraikan bentuk 3D ikut ciri
Produk : Jadual bentuk 3D ikut ciri
Objek Bentuk Sisi Ciri-ciri Permukaan
Bucu
Ruangan ‘Catatan’ adalah cadangan aktiviti dan
bahan PdP.yang relevan dengan standard
pembelajaran. Namun demikian, guru boleh
mencadangkan aktiviti dan bahan lain sebagai
alternatif untuk mencapai matlamat PdPBT-n dalam
DSKP.
26MoLIB Numerasi | Topik 3
3.3 Aktiviti Minds-on Terhadap DSKP Dan Bahan PdPBT-n
Aktiviti minds-on terhadap DSKP membolehkan guru memeta dan mencadangkan
kepelbagaian bahan PdPBT-n yang sesuai bagi merangsang pemikiran berstruktur
dan berfokus dalam kalangan murid. Jadual 2 menunjukkan aktiviti minds-on dalam
memetakan DSKP Matematik Tahun 2 terhadap bahan:
Jadual 2: Aktiviti minds-on terhadap DSKP dan bahan
27MoLIB Numerasi | Topik 3
Cambahan Minda
Ceritakan masalah yang dijangka anda hadapi apabila merungkai DSKP
semasa melaksanakan PdPBT-n kelak? Bagaimana anda mengatasi masalah
tersebut?
Latihan
1. Mengapa pemetaan DSKP terhadap bahan diperlukan sebelum pelaksanaan
PdPBT-n?
2. Bagaimanakah anda melihat kepentingan merungkai DSKP untuk membantu
meningkatkan potensi murid dalam PdPBT-n?
Rujukan
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2017). DSKP Matematik Tahun 2.
Bahagian Perkembangan Kurikulum: Putrajaya.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2017). DSKP Matematik Tahun 3.
Bahagian Perkembangan Kurikulum: Putrajaya.
28MoLIB Numerasi | Topik 3
29MoLIB Numerasi | Topik 3
30MoLIB Numerasi | Topik 3
PELAKSANAAN LATIHAN JURULATIH UTAMA 2
JAM
PEMETAAN ANTARA DOKUMEN STANDARD
3 KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN (DSKP)
MATEMATIK DAN BAHAN PdPBT-n
TOPIK 3
Pemetaan antara DSKP Matematik dan Bahan PdPBT-n
Isi Kandungan Aktiviti / Strategi Bahan
DSKP - Peserta diberi penerangan tentang isi Aplikasi Kahoot
(30 minit) kandungan DSKP Matematik Tahun 2.
dan Tahun 3 secara umum. Peserta Power point
DSKP Matematik berbincang dan bersoal jawab tentang DSKP
Tahun 2 dan DSKP.
Tahun 3 Keratan DSKP
- Peserta ditunjukkan bagaimana
Pemetaan pemetaan terhadap DSKP dan
terhadap DSKP merungkai penyataan dalam DSKP
Merungkai DSKP Matematik Tahun 2 dan Matematik
Tahun 3.
- Peserta diberi keratan DSKP untuk
melaksanakan aktiviti pemetaan dan
merungkai. Aktiviti ini dilaksanakan
secara Stand-N-Share dan Windows
Pane.
- Sesi soal jawab.
Operasi Asas - Peserta ditayangkan Video 1. Video 1
Tahun 3
(45 minit) - Peserta dikehendaki melengkapkan https://youtu.be/K
rG7QHXoOxM
Video tajuk Lampiran 2 yang mengandungi perkara-
Operasi Asas Lampiran 1
perkara berikut:- Kertas A4
• Tajuk
• Standard Kandungan
• Standard Pembelajaran
• Bahan
• Merungkai elemen terbeza
PdPBT-n
• Cadangan bahan PdPBT-n lain
yang sesuai
- Peserta mengaplikasikan Round table
dan Whiteboard sharing untuk
melengkapkan Lampiran 1.
- Jawapan peserta dibincangkan
bersama.
31MoLIB Numerasi | Topik 3
Ukuran Panjang - Peserta ditayangkan Video 2. Video 2
(45 minit) https://youtu.be/0
- Peserta dikehendaki mengaplikasikan
Video tajuk Nt-cmGfRA
Ukuran Panjang Team Word Web untuk mengeluarkan
Kertas sebak
idea dan melengkapkan Lampiran 2
Lampiran 2
yang mengandungi perkara-perkara
berikut:
• Tajuk
• Standard Kandungan
• Standard Pembelajaran
• Bahan
• Merungkai elemen terbeza
PdPBT-n
• Cadangan bahan PdPBT-n lain
yang sesuai
- Hasilan peserta dinilai dan dibincangkan
bersama melalui Gallery walk
32MoLIB Numerasi | Topik 3
4 PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN 4 JAM
PEMBELAJARAN BERFOKUS DAN
TERBEZA - NUMERASI
4.1 Pengenalan
4.2 Langkah-langkah Penghasilan Bahan, Penulisan RPH dan
Tugasan Murid PdPBT-n
Objektif
Pada akhir sesi ini, peserta akan dapat:
i. menjelaskan kepentingan pembelajaran terbeza
ii. menghubung kait pembelajaran terbeza dengan Standard 4 SKPMg2
iii. menggunakan tiga elemen pembelajaran terbeza dalam membina RPH
iv. mengadaptasi kerangka pembinaan bahan berfokus dan terbeza kepada
RPH
33MoLIB Numerasi | Topik 4
4.1 Pengenalan
Pelaksanaan PdPBT-n merupakan suatu intervensi yang dihasilkan untuk
guru bagi menyediakan pengajaran berkesan dalam mendepani cabaran
murid yang berbeza aras keupayaan. Melalui intervensi ini, guru akan
memperoleh kandungan, memproses, membina, menjana idea dan
membangunkan bahan pengajaran dan langkah-langkah penilaian.
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Matematik menerusi
penggubalan DSKP bertunjangkan kepada fikrah matematik sebagai nadi.
Fikrah matematik merupakan asas penting kepada pelaksanaan PdP yang
berkualiti di dalam bilik darjah. Kualiti kejayaan ini dapat dicapai melalui
PdPBT-n.
PdPBT-n ini juga menepati tahap kualiti yang termaktub di dalam Standard
4, Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang Kedua, Jemaah Nazir
dan Jaminan Kualiti, KPM.
Tiga elemen PdPBT-n iaitu terbeza kandungan, terbeza proses dan terbeza
Produk. Aplikasi PdPBT-n ini dijelmakan melalui penulisan RPH yang
disediakan oleh guru matematik.
Sebagai panduan dan bimbingan terarah kepada guru matematik, enam
tajuk PdPBT-n disediakan dalam MoLIB. Enam tajuk dipilih merangkumi
tajuk yang terkandung di dalam DSKP Matematik Tahun 2 dan Tahun 3.
Kesemua tajuk dilengkapi dengan templat bahan PdPBT, penulisan RPH
guru yang lengkap dan tugasan murid mengikut aras iaitu aras asas,
sederhana dan tinggi (bergantung kepada PdP), pengukuhan, pengayaan
dan lembaran kerja.
Enam tajuk mengikut tahun yang disediakan:
Tahun 2: i. Mengenal tanda senggatan minit pada muka jam.
ii. Mengukur panjang.
iii.Melukis bentuk asas bagi bentuk dua dimensi.
Tahun 3: i. Menulis nombor dalam angka dan perkataan.
ii. Mengenal pasti pecahan wajar sebagai sebahagian daripada
satu kumpulan.
iii. Menyelesaikan ayat matematik tambah melibatkan dua nilai
wang dan hasil tambahnya hingga RM10 000.
34MoLIB Numerasi | Topik 4
4.2 Langkah-langkah Penghasilan Bahan, Penulisan RPH dan
Tugasan Murid PdPBT-n
i Kerangka iii iv
PdPBT-n
DSKP RPH Tugasan
ii PdPBT-n Murid
Bahan PdPBT-n - Aktiviti Murid
- Lembaran Kerja
Mengikut Aras
- Pengukuhan
- Pengayaan
4.2.1 Langkah-langkah menghasilkan RPH PdPBT-n
1 Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) merupakan
rujukan utama dalam membentuk bahan PdPBT-n.
Melalui kerangka, bahan pengajaran dan pembelajaran berfokus dan
2 terbeza numerasi dibangunkan.
3 Penghasilan bahan PdPBT-n harus mengambil kira kepelbagaian
kecerdasan aras murid (kebiasaannya 3 aras atau 2 aras).
4 Elemen yang ada dalam bahan PdPBT-n ini adalah:
✔Pengetahuan Sedia Ada
✔Kecerdasan Pelbagai
✔Pembelajaran Terbeza (Kandungan, Proses dan Produk)
✔Cadangan Penyampaian (Bahan, Cara Penggunaan Bahan dan
Aktiviti PdP)
5 Maklumat dari bahan PdPBT-n ini dijelmakan dalam Rancangan
Pengajaran Harian (RPH PdPBT-n).
6 RPH yang dirancang memperincikan tugasan murid dalam bentuk
lembaran aktiviti kumpulan atau lembaran kerja, pengukuhan dan
pengayaan yang mana kesemuanya perlu merujuk kepada profil murid.
35MoLIB Numerasi | Topik 4
1CONTOH TAHUN 2 | 6.1.2 Mengukur Panjang
i. DSKP menjadi rujukan utama penghasilan bahan dan RPH terbeza
STANDARD STANDARD CATATAN
KANDUNGAN PEMBELAJARAN
Mengenal unit sentimeter dan meter dengan
6.1 Panjang Murid boleh: memerhati senggatan pada pembaris dan pita
6.1.1 Mengenal unit panjang ukuran.
Menulis ukuran panjang yang diberi dalam
sentimeter dan meter dengan menggunakan
simbol cm dan m.
6.1.2 Mengukur panjang Mengukur dan menandakan jarak dalam unit
cm dan m.
Mengukur dan merekod ukuran panjang objek
dalam unit cm dan m.
Melakar dan melukis garis lurus mengikut
ukuran yang diberi dalam unit cm dan m.
6.1.3 Menganggar panjang Menganggar panjang objek dalam unit
sentimeter dan meter dan bandingkan
anggaran dengan ukuran sebenar.
Maklumat dari DSKP dipetakan kepada Bahan MoLIB dan RPH
Tahun :2
Maklumat asas Bidang Pembelajaran : Sukatan dan Geometri
Dalam Bahan
Tajuk : 6.0 Ukuran dan Sukatan
MoLIB
Standard Kandungan : 6.1 Panjang
Standard Pembelajaran : 6.1.2 Mengukur Panjang
Maklumat asas dalam penulisan Rancangan Pengajaran Harian
Mata Pelajaran: Kelas: 2 Tarikh: Masa:
Matematik Anugerah 2 Mei 2022 9.00 – 10.00 pagi
Bidang Pembelajaran: Tajuk: Standard Kandungan:
Sukatan dan Geometri 6.0 Ukuran dan 6.1 Panjang
Sukatan
Standard Pembelajaran: 6.1.2 Mengukur Panjang
36MoLIB Numerasi | Topik 4
Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran
STANDARD PEMBELAJARAN CATATAN
Murid boleh:
6.1.1 Mengenal unit panjang Mengenal unit sentimeter dan meter dengan memerhati
senggatan pada pembaris dan pita ukuran.
6.1.2 Mengukur panjang Menulis ukuran panjang yang diberi dalam sentimeter
dan meter dengan menggunakan simbol cm dan m.
6.1.3 Menganggar panjang
Mengukur dan menandakan jarak dalam unit cm dan m.
Mengukur dan merekod ukuran panjang objek dalam
unit cm dan m.
Melakar dan melukis garis lurus mengikut ukuran yang
diberi dalam unit cm dan m.
Menganggar panjang objek dalam unit sentimeter dan
meter dan bandingkan anggaran dengan ukuran
sebenar.
Dari catatan Standard Pembelajaran DSKP
kepada kandungan dalam kerangka PdPBT-n
mengikut aras untuk menghasilkan Pengajaran
dan Pembelajaran berfokus dan terbeza.
Kerangka PdPBT-n
ARAS PEMBELAJARAN TERBEZA CADANGAN
PENYAMPAIAN
1 KANDUNGAN PROSES PRODUK Bahan:
Pengetahuan
Sedia Ada: Cara Penggunaan
Bahan:
Kecerdasan
Pelbagai: Aktiviti PdP:
2 Bahan:
Pengetahuan
Sedia Ada: Cara Penggunaan
Bahan:
Kecerdasan
Pelbagai: Aktiviti PdP:
3 Bahan:
Pengetahuan
Sedia Ada: Cara Penggunaan
Bahan:
Kecerdasan
Pelbagai: Aktiviti PdP:
MoLIB Numerasi | Topik 4 37
ii. BAHAN PdPBT-n
Contoh Bahan PdPBT-n
PEMBELAJARAN TERBEZA
ARAS KANDUNGAN PROSES PRODUK CADANGAN PENYAMPAIAN
1 Mengukur dan Mengukur dan Murid menulis Bahan:
Pengetahuan menandakan jarak menulis panjang ukuran panjang Pembaris, pita ukur, buku teks,
Sedia Ada: dalam unit cm dan objek yang diberi setiap objek dalam pensel, pemadam, panjang
Memerhati dan m bermula dengan cm atau m. white board dan panjang kelas.
mengenal sifar.
senggatan Cara Penggunaan Bahan:
pada pembaris Panjang Bimbing murid menjalankan
dan pita aktiviti mengukur objek
ukuran. Buku teks = ……cm menggunakan pembaris dan
White board = …..m pita ukur.
Kecerdasan
Pelbagai: Aktiviti PdPc:
Visual Ruang Murid dibimbing menggunakan
Kinestetik alat mengukur yang sesuai
mengikut objek.
2 Mengukur dan Mengukur 6 objek di Murid merekod Semua ukuran mesti mula dari
Pengetahuan merekod panjang dalam dan di luar dapatan ukuran. sifar (0).
Sedia Ada: sebarang objek bilik darjah dengan Mengambil bacaan secara tepat.
Membanding dengan tepat tepat. OBJEK PANJANG
beza ukuran dalam unit cm dan Bahan:
yang sesuai m. Dari Meja Pembaris, pita ukur, objek-objek
dengan objek. DSKP di persekitaran murid luar dan
Daun dalam kelas (contoh: meja,
Kecerdasan bekas pensel, daun, panjang
Pelbagai: Tinggi parker kereta dan lain-lain).
Logik Kerusi
Matematik Cara Penggunaan Bahan:
Kinestetik Kayu Murid diberi kebebasan memilih
Penyapu 6 objek dalam dan luar bilik
darjah untuk diukur.
Parker Murid merekod dapatan ukuran.
Kereta
Aktiviti PdPc:
3 Melakar, melukis Melukis garis lurus Murid membuat Murid menyediakan jadual untuk
Pengetahuan garis lurus dan gambaran hadapan gambar muka merekod panjang objek.
Sedia Ada: melabel mengikut bangunan sekolah hadapan bangunan Murid mencari objek-objek yang
Murid boleh ukuran yang mengikut ukuran sekolah dan sesuai untuk diukur dalam unit
aplikasi ditetapkan dalam yang diberikan. melabel mengikut cm dan m.
penggunaan unit cm. ukuran yang diberi
unit dalam Panjang Bumbung Bahan:
kehidupan = 20 cm Pembaris dan borang untuk
harian lakaran hadapan bangunan
Panjang Sendeng sekolah.
Kecerdasan Bumbung
Pelbagai: = 7 cm Cara Penggunaan Bahan:
Interpersonal Melakar gambar hadapan
Logik Tinggi Bangunan bangunan sekolah. Ukuran
Matematik = 12 cm bahagian bangunan diberikan.
Spiritual
Kreativiti Panjang Bangunan Aktiviti PdPc:
= 30 cm Murid melukis gambar hadapan
bangunan sekolah mengikut
Tinggi Pintu ukuran yang diberi serta
= 5 cm melabelkan ukuran tersebut.
Lebar Pintu MoLIB | Numerasi 38
= 3 cm
iii. PEMBINAAN RPH PdPBT-n
Mata Pelajaran: Matematik Kelas: 2 Anugerah Tarikh: 2 Mei 2022 Masa: 9.00 – 10.00 pagi
Bidang Pembelajaran: Sukatan dan Tajuk: 6.0 Ukuran dan Standard Kandungan: 6.1 Panjang
Geometri Sukatan
Standard Pembelajaran: 6.1.2 Mengukur Panjang
Pengetahuan Sedia Ada Murid: KESEDIAAN MURID/
A1) Memerhati dan mengenal senggatan pada pembaris dan pita ukuran. MINAT MURID/
A2) Membanding beza ukuran yang sesuai dengan objek.
A3) Murid boleh aplikasi penggunaan unit dalam kehidupan harian. PROFIL PEMBELAJARAN
Objektif Pembelajaran: Pada akhir PdP murid dapat; TERBEZA KANDUNGAN,
A1) Mengukur dan menandakan jarak dalam unit cm dan m bermula dengan sifar. TERBEZA PROSES,
A2) Mengukur dan merekod ukuran panjang objek dalam unit cm dan m dengan tepat. TERBEZA PRODUK
A3) Melakar dan melukis garis lurus mengikut ukuran yang diberi dalam unit cm dan m dengan tepat.
Kriteria Kejayaan: Murid boleh;
1) Mengenal pasti bacaan senggatan pada pembaris atau pita ukuran panjang dalam unit cm dan mm. TERBEZA PROSES,
2) Mengukur jarak panjang bermula dari sifar. TERBEZA PRODUK
3) Menanda, melabel dan membaca ukuran panjang sesuatu objek dalam unit cm dan mm.
ABM/BBM: Pembaris, pita ukur, benang, tali, reben dan objek-objek yang boleh diukur (buku teks, pemadam, papan putih dll).
Aktiviti Catatan
Pemula 1) Kumpul barang dan atur: Pemadam/pensel, buku teks/kasut, tali pinggang Kumpulan Pelbagai Aras
(5 minit) Pelbagai Teknik Penyoalan
atau tali leher. Bandingkan dan nyatakan mana yang lebih panjang.
2) “Show Me”: Pada papan putih mini, murid menulis ukuran panjang (dalam KESEDIAAN MURID
unit m dan cm) yang ditanda oleh guru pada alat pengukur.
(Pentaksiran – Lisan & Penulisan)
Perkembangan: - Murid memilih 1 daripada 3 tugasan yang diberi (aktiviti kumpulan); 3 aktiviti mengikut aras
Aktiviti 1
(20 minit) (A1) Mengukur objek yang diberi dengan tepat. TERBEZA PROSES
Murid dibimbing menggunakan alat mengukur yang sesuai mengikut
objek. 3 aktiviti mengukur yang
Menulis ukuran panjang setiap objek tersebut dalam cm atau m. berbeza
TERBEZA PRODUK
Aktiviti 2 (A2) Mengukur 6 objek di dalam dan di luar bilik darjah dengan tepat. - A1: Mengukur dan menulis
(15 minit) Murid menyediakan jadual untuk merekod panjang objek. ukuran panjang
Murid mencari 6 objek yang sesuai untuk diukur dalam unit cm dan m.
Pengukuhan Murid merekod dapatan ukuran. - A2: Mengukur dan merekod
(15 minit) ukuran panjang dalam
(A3) Melakar dan melukis garis lurus mengikut ukuran yang ditetapkan. jadual
Murid membuat gambar muka hadapan bangunan sekolah dan melabel
mengikut ukuran yang diberi. - A3: Melakar, mengukur dan
melukis ukuran panjang
- Murid berkongsi hasil kerja kumpulan masing-masing.
(Pentaksiran – Pemerhatian, Lisan & Penulisan) KESEDIAAN MURID/
- Secara berpasangan, murid memilih tugasan dalam lembaran kerja yang MINAT MURID/
disediakan:
A1) Melukis garis lurus sepadan dengan ukuran yang diberi. PROFIL PEMBELAJARAN
A2) Mengukur dan menulis panjang setiap gambar objek yang diberi.
A3) Memotong gulungan tali mengikut ukuran yang dinyatakan. Lembaran Kerja
- Murid diberi peluang menjelaskan jawapan tugasan dalam lembaran kerja
(Pentaksiran – Penulisan) TERBEZA PROSES,
Membuat dan menghias bingkai gambar menggunakan tali dan reben. TERBEZA PRODUK
EMK - Kreativiti & Inovasi KESEDIAAN MURID/
Aplikasi kemahiran mengukur MINAT MURID/
PROFIL PEMBELAJARAN
TERBEZA PROSES,
TERBEZA PRODUK
KESEDIAAN MURID/
PROFIL PEMBELAJARAN
Penutup Penutup kognitif – rumusan daripada murid. Exit ticket
(5 minit) Penutupan sosial – guru mengucapkan tahniah kepada murid-murid kerana
dapat menjalankan aktiviti hari ini dengan sangat baik. Kerja Projek
Pengayaan
Eksperimen menanam benih kacang hijau. TERBEZA PROSES,
Merekod tumbesaran biji benih dalam tempoh seminggu selepas benih TERBEZA PRODUK
bercambah.
KESEDIAAN MURID/
MINAT MURID/
PROFIL PEMBELAJARAN
Refleksi PdP hari ini berjalan dengan lancar. Saya sangat/Pada penilaian saya...............................................................
(Kekuatan, ……...../…....….. orang murid dapat menguasai kemahiran ……………………....................................................
Kelemahan &
Penambahbaikan) Hanya ………… orang murid yang belum…………………….............................M....o..L.I.B...|...N...u..m...e..r.a..s..i.......3..9.............
Tindakan susulan yang akan diambil…………………………................................................................................
iv. TUGASAN MURID BAGI PdPBT-n
Lembaran Aktiviti Kumpulan - 3 Aras
A1 A2
- Fikirkan dan kumpulkan 3 objek pendek - Sediakan jadual untuk merekod panjang
dan 3 objek panjang dalam kelas yang bagi 6 objek.
boleh diukur (contoh; pemadam, buku teks, Contoh;
white board dan lain-lain).
OBJEK PANJANG
- Senaraikan objek-objek tersebut. xxx
yyy
Contoh; Panjang zzz
Buku teks = ..........................
White board = ..................... - Ahli kumpulan fikirkan objek-objek (di
dalam dan luar bilik darjah) yang sesuai
- Tulis ukuran panjang objek tersebut dalam untuk diukur dan tulis nama objek tersebut
cm atau m. dalam jadual yang disediakan.
Pastikan semua ukuran bermula dengan 0. - Kira panjang ukuran objek tersebut dalam
Buat ukuran dengan tepat. cm atau m dan isikan dalam jadual yang
sama.
Sila sahkan dengan guru, objek-objek yang
dipilih untuk diukur.
A3
- Anda diminta melakar bahagian hadapan bentuk
asas bangunan sekolah.
- Ukuran bahagian asas bangunan diberikan.
- Hasilkan gambar bahagian asas hadapan
bangunan sekolah mengikut ukuran yang diberi.
Panjang Bumbung = 20 cm
Tinggi Bumbung = 7 cm
Tinggi Bangunan = 12 cm
Panjang Bangunan = 30 cm
Tinggi Pintu = 5 cm
Lebar Pintu = 3 cm
Gambar bangunan sekolah yang dibina hanya
meliputi bumbung, badan bangunan dan pintu sahaja.
MoLIB | Numerasi 40
iv. TUGASAN MURID BAGI PdPBT-n ARAS 1
Lembaran Kerja Kumpulan - 3 Aras
Lembaran Kerja
A1
Tajuk: 6.0 Ukuran dan Sukatan Nama:..............................................................
Standard Pembelajaran: 6.1.2 Mengukur Panjang Kelas :..............................................................
Lukiskan satu garis lurus mengikut ukuran yang diberi dalam kotak yang disediakan;
1) 1 cm
2) 5 cm
3) 9 cm
4) 12 cm
5) 18 cm
MoLIB | Numerasi 41
Lembaran Kerja Kumpulan - 3 Aras ARAS 2
Lembaran Kerja
A2
Tajuk: 6.0 Ukuran dan Sukatan Nama:................................................................
Standard Pembelajaran: 6.1.2 Mengukur Panjang Kelas :................................................................
Ukur dan tuliskan panjang setiap gambar objek di bawah.
.................................... cm
......................................... cm ............................. cm
................................. cm
................................ cm ................................ cm ................................... cm
MoLIB | Numerasi 42