PELAN INDUK KECEMERLANGAN IAB 2017-2021
PIK 2 Okt.indd 1 1
02/10/2018 18:58:15
Penerbit
Institut Aminuddin Baki
Kementerian Pendidikan Malaysia
Kompleks Pendidikan Nilai
71760 BANDAR ENSTEK
NILAI, NEGERI SEMBILAN
Tel: 06-7979200
http://iab.moe.edu.my
e-mel: [email protected]
Urusan Penerbitan oleh
Jabatan Penerbitan dan Dokumentasi
Pusat Dokumentasi dan Sumber Pendidikan
Institut Aminuddin Baki
Kementerian Pendidikan Malaysia
ISBN 978-967-0504-68-1
©Institut Aminuddin Baki 2018
@Hak cipta terpelihara.
Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukarkan
ke dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang alat, sama ada dengan cara elektronik, gambar serta
rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada Pengarah, Institut Aminuddin Baki terlebih
dahulu.
Pengurus Penerbitan
Pn. Marina binti Abas
Alamat Pencetak
OCEAN PRESTIGE SDN BHD
No. 10, Jalan Angsana 2,
Taman Pinggiran Golf
70400 SEREMBAN,
NEGERI SEMBILAN
PIK 2 Okt.indd 2 02/10/2018 18:58:17
PELAN INDUK KECEMERLANGAN IAB 2017-2021
JAWATANKUASA PENULIS
PELAN INDUK KECEMERLANGAN IAB
INSTITUT AMINUDDIN BAKI 2017-2021
PENAUNG
YBrs. Dr. Haji Zainal Aalam bin Hassan
Pengarah
Institut Aminuddin Baki
(sehingga 18 Oktober 2017)
PENASIHAT
Pn. Mistirine binti Radin
Timbalan Pengarah (Khidmat Latihan)
En. Mazlan binti Samsudin
Timbalan Pengarah (Khidmat Profesional)
(mulai 15 Oktober 2017)
PENYELARAS
YBrs. Dr. Marzita binti Abu Bakar
Ketua Pusat Pembangunan Dasar, Inovasi dan Organisasi
SIDANG PENGARANG
Pn. Norihan binti Mohamed Naim En. Hazlan bin Ali
Pendaftar En. Arshad bin Mohd Noor
Pn. Nooraini binti Kamaruddin
Pn. Hajah Nor Asiah binti Ibrahim YBrs. Dr. Zarina binti Md Yasin
Pusat Pentaksiran dan Kepimpinan Pendidikan Tn. Haji Mohd Radzi bin Bainan
En. Mahathir Fansuri bin Azizan
YBrs. Dr. Zaharian bin Zainuddin En. Amalludin bin Sufian
Pusat Pengurusan Teknologi
Pn. Mariza binti Alias
En. Mazlan bin Samsudin Pn. Noor Azimah binti Abdul Aziz
Pusat Konsultansi dan Pembangunan Organisasi Pn. Norfadzlianawaty binti M Fathel
YBrs. Dr. Shuhaida binti Shamsudin
Pendidikan
(sehingga 14 Oktober 2017) PEGAWAI RUJUK
En. Mu’ti bin Ahmad Pelan Induk Kecemerlangan IAB
Pusat Pembangunan Pengurusan Pendidikan En. Muhamad Bustaman bin Abdul Manaf
YBrs. Dr. Norlaila binti Kuslan Pengupaya
Pusat Penyelidikan, Penilaian dan Teknologi YBrs. Dr. Faridah binti Yakob
Pembangunan Master Trainer
Maklumat Komunikasi Tn. Haji Ismail bin Ibrahim @ Mat Isa
Pn. Wan Azmiza binti Wan Mohamed Pembangunan Organisasi
Pusat Kepimpinan Komunikasi dan Pengurusan En. Ahmad Termizi bin Mohd Yusof
Pejabat Pembangunan Individu
Tn. Haji Mustaffa Kamal bin Osman Pn. Nor’Amimah binti Omar
Pusat Pasukan Petugas Pendidikan Kenegaraan
Tn. Haji Nik Mohd Fakhruddin bin Nik Ab Rahman Pn. Hajar binti Muhamad
Pusat Dokumentasi dan Sumber Pendidikan Penyelidikan dan Pembangunan
YBrs. Dr. Haji Abdul Razak bin Manaf En. Md. Rahaimi bin Abdul Rashid
Pengarah IAB Cawangan Genting Highlands
Jaringan dan Kolaboratif
En. Mohd Zanal bin Dirin En. Tajulashikin bin Jumahat
Pengarah IAB Cawangan Utara Pengurusan Pengetahuan
YBrs. Dr. Abang Hut bin Abang Engkeh Tn. Haji Paridon bin Haji Sahid
Pengarah IAB Cawangan Sarawak
KETUA EDITOR
En. Lew Yeok Leng
Pengarah IAB Cawangan Sabah Pn. Maryati binti Athan
EDITOR
3
Pn. Marina binti Abas
Pn. Thilagam a/p Gurusamy
Pn. Nor Ishsan binti Ab. Razak
PIK 2 Okt.indd 3 02/10/2018 18:58:24
PELAN INDUK KECEMERLANGAN IAB 2017-2021
4 02/10/2018 18:58:37
PIK 2 Okt.indd 4
PELAN INDUK KECEMERLANGAN IAB 2017-2021
Ringkasan Eksekutif
Pada tahun 2016, IAB telah melaksanakan kajian semula Premier Centre IAB (2011-2016) termasuklah
semakan kurikulum modul-modul latihan secara menyeluruh dalam usaha untuk membangunkan Pelan
Induk Kecemerlangan (PIK) baharu. IAB telah mengambil kira PIK (2017 – 2021) ini adalah berdasarkan
standard pendidikan antarabangsa, peningkatan aspirasi negara, kompleksiti tugas pemimpin pendidikan,
harapan ibu bapa dan komuniti serta perubahan trend cara hidup dan keperluan pendidikan masa kini
agar dapat mempersiapkan pemimpin pendidikan menghadapi keperluan abad ke-21, TN50 dan cabaran
pembangunan latihan pendidikan dalam Revolusi Industri Ke-4.
IAB memperoleh input daripada pelbagai sumber seperti laporan penyelidikan, Laporan Jemaah Nazir dan
Jaminan Kualiti (JNJK), laporan pendidikan antarabangsa seperti UNESCO dan OECD. Selain itu input
dalaman dalam bentuk analisis keperluan latihan Bahagian Sumber Manusia KPM (BPSM), Unit Latihan
Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah, data keperluan pembangunan kompetensi
individu pemimpin sekolah (KOMPAS) serta maklum balas daripada komuniti dan NGO dalam merangka
pelan kecemerlangan organisasi.
Pembinaan PIK (2017-2021) ini juga melibatkan penyertaan 745 staf ikhtisas dan staf bukan ikhtisas
IAB termasuk IAB Induk Bandar Enstek, IAB Cawangan Genting Highlands, IAB Cawangan Utara, IAB
Cawangan Sabah dan IAB Cawangan Sarawak, melalui kajian analisis keperluan, beberapa mesyuarat,
bengkel, retreat staf dan sebagainya. PIK (2017-2021) dibangunkan bagi menilai prestasi semasa IAB
dalam mengambil kira objektif dan pencapaian untuk mencapai visi IAB sebagai pusat latihan pengurusan
dan kepimpinan pendidikan yang terbilang yang dapat memenuhi aspirasi sistem pendidikan negara.
Pelan ini berasaskan kepada tiga Bidang Keberhasilan Utama atau Key Result Area (KRA) iaitu Latihan
dan Pembangunan, Master Trainer dan Pusat Rujukan. Tiga bidang keberhasilan utama ini pula
disokong oleh enam subbidang Keberhasilan Utama atau Sub-Key Result Area (Sub-KRA) yang terdiri
daripada Pembangunan Individu, Pembangunan Organisasi, Pembangunan Master Trainer, Pengurusan
Pengetahuan, Jaringan dan Kolaboratif serta Penyelidikan dan Pembangunan. Pengupaya menjadi
pemangkin bagi menggerakkan tiga Bidang Keberhasilan Utama dan enam subbidang dalam Pelan
Kecemerlangan ini. Gabungan daripada kesemua elemen utama dalam Pengupaya iaitu Pengurusan
Kewangan, Pengurusan Infrastruktur, Pengurusan Infostruktur dan Pengurusan Sumber Manusia akan
memastikan Pelan Induk Kecemerlangan IAB mencapai hasrat yang dicita-citakan.
Pelan Induk Kecemerlangan IAB (2017 – 2021) ini perlu difahami dengan jelas dan akan menjadi rujukan
lengkap seluruh warga IAB. Di dalamnya terkandung roadmap Pelan Kecemerlangan IAB bagi tempoh
2017 – 2021, Kaedah Pengukuran KPI, kamus data dan inisiatif setiap subbidang Keberhasilan Utama.
DR. MARZITA BINTI ABU BAKAR
Ketua Pusat
Pusat Pembangunan Dasar dan Inovasi Organisasi
PIK 2 Okt.indd 5 5
02/10/2018 18:58:42
PELAN INDUK KECEMERLANGAN IAB 2017-2021
Sebagai institusi latihan kepimpinan dan pengurusan pendidikan terulung
negara, IAB memikul tanggungjawab yang besar bagi melaksanakan
harapan dan amanah Kementerian Pendidikan Malaysia untuk
memastikan pemimpin berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah.
6 02/10/2018 18:58:49
PIK 2 Okt.indd 6
PELAN INDUK KECEMERLANGAN IAB 2017-2021
TIMBALAN KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA
(PEMBANGUNAN PROFESIONALISME KEGURUAN)
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Salam Sejahtera dan Salam Negaraku Malaysia
Syabas dan tahniah kepada Institut Aminuddin Baki atas kejayaan menerbitkan buku Pelan Induk
Kecemerlangan 2017-2021. Segala puji dan syukur kerana dengan rahmat dan kurnia-Nya buku ini dapat
diterbitkan. Diharapkan buku ini dapat dijadikan rujukan utama berkaitan hala tuju dan KPI IAB menjelang
tahun 2021 bagi menyahut cabaran dalam merealisasikan agenda transfomasi negara seperti yang digariskan
oleh Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
Sebagai institusi latihan kepimpinan dan pengurusan pendidikan terulung negara, IAB memikul tanggungjawab
yang besar bagi melaksanakan harapan dan amanah Kementerian Pendidikan Malaysia untuk memastikan
pemimpin berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah selaras dengan Anjakan Ke-5 PPPM. IAB
berhadapan dengan pelbagai dugaan dan cabaran bagi memastikan latihan yang dilaksanakan kekal relevan
serta mampu merealisasikan matlamat transformasi pendidikan negara. Idea dan pemikiran baharu sentiasa
diimplementasikan bagi melestarikan sistem latihan agar memberi impak positif dalam menzahirkan pemimpin
berprestasi tinggi.
Bagi pihak Kementerian Pendidikan Malaysia, segala usaha dan sumbangan warga IAB dalam penerbitan
buku ini amatlah dihargai dan disanjung tinggi.
DR. HJ. ZAINAL AALAM BIN HASSAN
Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
(Pembangunan Profesionalisme Keguruan)
Kementerian Pendidikan Malaysia
PIK 2 Okt.indd 7 7
02/10/2018 18:58:55
PELAN INDUK KECEMERLANGAN IAB 2017-2021
Barisan kepimpinan di semua peringkat hendaklah memainkan
peranan utama bagi menterjemahkannya dalam bentuk tindakan.
Segala bentuk tindakan hendaklah diikuti dengan pemantauan,
penilaian dan penambahbaikan yang berterusan.
8 02/10/2018 18:59:07
PIK 2 Okt.indd 8
PELAN INDUK KECEMERLANGAN IAB 2017-2021
PENGARAH
INSTITUT AMINUDDIN BAKI
Salam sejahtera dan Salam Negaraku Malaysia
Segala puji dan syukur kerana dengan rahmat dan kurnia-Nya buku Pelan Induk Kecemerlangan IAB bagi
tempoh 2017 – 2021 telah disiapkan mengikut seperti mana yang dirancang.
Saya mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua yang terlibat atas usaha gigih untuk menyediakan
dan menerbitkan buku Pelan Induk Kecemerlangan IAB. Buku Pelan Induk Kecemerlangan IAB mempunyai
matlamat untuk merealisasikan visi dan misi Institut Aminuddin Baki selari dengan Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 ke arah melaksanakan transformasi sistem pendidikan negara
untuk tempoh 15 tahun akan datang. Bagi memastikan kejayaan matlamat ini, seluruh warga Institut
Aminuddin Baki mestilah melaksanakan dan menghayati kandungan Pelan Induk Kecemerlangan
IAB sebaik mungkin. Barisan kepimpinan di semua peringkat hendaklah memainkan peranan utama
bagi menterjemahkannya dalam bentuk tindakan. Segala bentuk tindakan hendaklah diikuti dengan
pemantauan, penilaian dan penambahbaikan yang berterusan. Justeru, seluruh warga Institut Aminuddin
Baki mesti mempunyai iltizam yang tinggi untuk merealisasikan Pelan Induk Kecemerlangan IAB dan
terus memberikan perkhidmatan yang terbaik serta menghadapi segala cabaran yang mendatang dengan
cara yang bijaksana. Saya berasa amat yakin bahawa kualiti perkhidmatan Institut Aminuddin Baki
mampu dipertingkatkan jika semua warga institut ini mempunyai azam dan komitmen yang tinggi dalam
melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang menghulurkan bantuan kepakaran, buah
fikiran, tenaga dan masa untuk melahirkan Pelan Induk Kecemerlangan IAB bagi tempoh 2017–2021 ini.
Adalah diharapkan dokumen ini akan memberi manfaat kepada semua yang terlibat.
MISTIRINE BINTI RADIN
Timbalan Pengarah (Khidmat Latihan)
Menjalankan Tugas Pengarah
Institut Aminuddin Baki
PIK 2 Okt.indd 9 9
02/10/2018 18:59:18
PIK 2 Okt.indd 10 02/10/2018 18:59:26
KANDUNGAN
KANDUNGAN Muka surat
5
Perkara 6
12
Ringkasan Eksekutif
14
Kata Alu-Aluan 15
16
1.0 Pengenalan 17
1.1 Visi dan Misi 18
1.2 Fungsi IAB 19
1.3 Nilai Perkhidmatan 21
1.4 Dasar Kualiti IAB 24
1.5 Piagam Pelanggan 27
29
2.0 Kronologi Pelan Induk Kecemerlangan IAB 32
2.1 Proses Pembinaan Pelan Induk Kecemerlangan IAB 34
2.2 Pelan Induk Kecemerlangan IAB 2017 – 2021 37
2.3 Bidang Keberhasilan Utama 41
2.4 Ikon Bidang Keberhasilan Utama
47
3.0 Sub Bidang Keberhasilan Utama Pelan Induk Kecemerlangan IAB
3.1 Pembangunan Individu 51
3.2 Pembangunan Organisasi
3.3 Pembangunan Master Trainer 72
3.4 Penyelidikan dan Pembangunan
3.5 Jaringan dan Kolaboratif
3.6 Pengurusan Pengetahuan
4.0 Pengupaya
5.0 Roadmap - Pelan Induk Kecemerlangan Institut Aminuddin Baki
2017-2021
6.0 Kaedah Pengukuran - Petunjuk Prestasi Utama (Key Performance
Indicator (KPI)
7.0 Kamus Data dan Inisiatif - Subbidang Keberhasilan Utama
(Sub-KRA)
Penghargaan
PIK 2 Okt.indd 11 02/10/2018 18:59:30
PELAN INDUK KECEMERLANGAN IAB 2017-2021
1.0 PENGENALAN
IAB sebagai sebuah institusi latihan pengurusan dan kepimpinan pendidikan diberi mandat untuk
membangunkan keupayaan pengurus dan pemimpin pendidikan di semua peringkat KPM bagi menghasilkan
organisasi pendidikan yang berkualiti selaras dengan aspirasi negara untuk menjadi negara maju mengikut
acuan sendiri.
1.1 Visi Dan Misi
Visi - Pusat pembangunan kepimpinan pendidikan yang
Misi - terbilang
Membangun keupayaan kepimpinan pendidikan bagi
menghasilkan organisasi berkualiti
1.2 Fungsi
1. Latihan dan Pembangunan
2. Konsultasi
3. Penyelidikan
4. Penerbitan
5. Pentaksiran
6. Pasukan Pemikir
1.3 Nilai Perkhidmatan
1. Intergriti
2. Profesionalisme
3. Budaya Permuafakatan
4. Organisasi Pembelajaran
5. Prestasi Tinggi
6. Inovasi
1.4 Dasar Kualiti
1. Institut Aminuddin Baki (IAB) komited untuk memberikan perkhidmatan yang cemerlang,
cekap dan berkesan bagi memenuhi kehendak pelanggan dalam pengurusan dan
kepimpinan pendidikan melalui program latihan yang berkualiti.
2. IAB juga memastikan peraturan dan undang-undang yang sedang berkuat kuasa dipatuhi
serta memenuhi kehendak pelanggan.
3. Dasar kualiti ini menyediakan asas untuk mewujudkan, menyemak semula objektif
kualiti serta komitmen pengurusan untuk peningkatan Sistem Pengurusan Kualiti yang
berterusan.
4. Dasar kualtii ini disebarkan, difahami dan diaplikasikan oleh keseluruhan warga IAB serta
dikaji semula untuk memastikan kesesuaiannya berterusan.
12 02/10/2018 18:59:37
PIK 2 Okt.indd 12
PELAN INDUK KECEMERLANGAN IAB 2017-2021
1.5 Piagam Pelanggan
1. Melaksanakan sekurang-kurangnya 98% program latihan yang didaftarkan dalam dokumen Program
Latihan IAB pada tahun berkenaan;
2. Memastikan sekurang-kurangnya 82% peserta kursus berpuas hati dengan pengendalian program
latihan IAB;
3. Memastikan sekurang-kurangnya 82% peserta yang mengikuti program latihan berpuas hati dengan
pengendalian sesi latihan oleh Pensyarah IAB dan Pensyarah Jemputan;
4. Memaklumkan pelanggan tentang kelulusan sesuatu kursus yang dipohon sekurang-kurangnya empat
minggu (4) sebelum kursus bermula;
5. Memastikan prasarana latihan dan semua keperluan serta peralatan latihan berfungsi dengan baik
dan dalam keadaan siap sedia untuk digunakan dalam tempoh satu (1) hari sebelum kursus bermula;
6. Menjalankan sekurang-kurangnya sembilan (9) penyelidikan dan pembangunan setahun;
7. Menghasilkan sekurang-kurangnya sepuluh (10) penerbitan setahun;
8. Menjalankan sekurang-kurangnya enam (6) program konsultasi termasuk khidmat pasukan pemikir
setahun;
9. Menghasilkan indeks keperluan latihan dan pembangunan profesional pemimpin sekolah bagi setiap
negeri setiap tahun;
10. Memastikan sekurang-kurangnya 82% peserta kursus berpuas hati dengan perkhidmatan sajian dan
penginapan;
11. Menyediakan perkhidmatan perpustakaan pada setiap hari bekerja mulai: 8.15 pagi hingga 4.45
petang;
12. Memastikan semua staf IAB mendapat peluang untuk mengikuti latihan sekurang-kurangnya 7 hari
setahun;
13. Memastikan semua pertanyaan dan aduan pelanggan mengenai pengurusan perkhidmatan di IAB
adalah menepati tempoh-tempoh berikut:
i. akuan penerimaan dalam tempoh 1 hari bekerja daripada tarikh maklum balas diterima
ii. keputusan/jawapan kepada pengadu bagi kes mudah adalah dalam tempoh 7 hari bekerja
iii. keputusan/jawapan kepada pengadu bagi kes sederhana adalah dalam tempoh 15 hari bekerja
iv. keputusan/jawapan kepada pengadu bagi kes kompleks adalah dalam tempoh 365 hari bekerja
PIK 2 Okt.indd 13 13
02/10/2018 18:59:38
PELAN INDUK KECEMERLANGAN IAB 2017-2021
2.0 KRONOLOGI PELAN INDUK KECEMERLANGAN IAB
Perancangan Pelan Lanskap Premier Pelan Induk
Strategik IAB Kecemerlangan IAB Center IAB Kecemerlangan
Pelan Pembangunan IAB bermula pada tahun 2003 dengan dokumen Perancangan Strategik IAB 2003-
2010. Dalam tempoh tersebut, IAB memberi fokus kepada 7 matlamat strategik dan menumpukan kepada
usaha untuk memantapkan fungsi IAB.
Pada tahun 2009, IAB membuat semakan semula pelan pembangunan organisasi meskipun Perancangan
Strategik IAB 2003-2010 belum berakhir. Ini adalah kerana IAB memberi fokus kepada 5 bidang keberhasilan
utama yang baharu untuk pengurusan latihan yang lebih mantap.
Lanskap Premier Centre IAB 2012-2016 pula memperbaharui misi dan visi IAB. Dalam Lanskap Premier
Centre tersebut, IAB menyenaraikan 3 bidang keberhasilan utama dan 6 subbidang keberhasilan.
Pelan Induk Kecemerlangan IAB 2017-2021 meneruskan kecemerlangan Lanskap Premier Centre IAB
2012-2016 dengan memberi fokus kepada pembangunan kompetensi dalam latihan dan memperkasakan
domain Pengupaya sebagai sokongan kepada bidang keberhasilan utama.
14 02/10/2018 18:59:43
PIK 2 Okt.indd 14
PELAN INDUK KECEMERLANGAN IAB 2017-2021
2.1 Proses Pembinaan Pelan Induk Kecemerlangan
Mandat pembangunan Pelan Induk Kecemerlangan 2017-2021 bermula pada Januari 2017 dalam Mesyuarat
Pengurusan IAB. Seterusnya, Pasukan Task Force ditubuhkan untuk memastikan Pelan Induk Kecemerlangan
(PIK) IAB direalisasikan.
Pada peringkat permulaan, analisis keperluan (TNA) PIK dijalankan ke atas semua warga IAB untuk meninjau
hasrat dan keperluan setiap individu. Keputusan TNA dianalisis dan dijadikan kerangka pembinaan PIK.
Dalam tempoh Mei hingga Julai 2017, beberapa siri makmal selari telah diadakan untuk memperincikan hala
tuju PIK. Beberapa bengkel dan mesyuarat penyelarasan PIK berlangsung pada Ogos dan September 2017
bagi menyelaras setiap aspek yang dicadangkan.
Penataran PIK kepada warga IAB dilaksanakan dalam Program Retreat di IAB Cawangan Genting Highlands
pada bulan Ogos 2017 untuk mendapatkan maklum balas dan komitmen bersama. Ini diikuti dengan bengkel-
bengkel pemurnian PIK sepanjang November dan Disember yang bertujuan untuk menambah baik pelan
perancangan.
Usaha untuk mendokumentasi dan menerbitkan PIK pula bermula sejak awal tahun 2018 sebelum dilancarkan
sepenuhnya pada bulan April 2018.
PIK 2 Okt.indd 15 15
02/10/2018 18:59:48
PELAN INDUK KECEMERLANGAN IAB 2017-2021
2.2 Pelan Induk Kecemerlangan IAB 2017 – 2021
Rajah 1: Pelan Induk Kecemerlangan IAB
Pelan Induk Kecemerlangan IAB 2017–2021 ini mengukuhkan tradisi kecemerlangan IAB dalam bidang
Kepimpinan dan Pengurusan Pendidikan (Educational Leadership & Management – ELM) melalui tiga
Bidang Keberhasilan Utama iaitu Latihan dan Pembangunan, Master Trainer dan Pusat Rujukan.
Gambaran sinergi tiga bidang keberhasilan utama ini dijelmakan seperti dalam Rajah 2. Pelaksanaan
Pelan Induk Kecemerlangan IAB ini diharapkan dapat menghasilkan pemimpin pendidikan yang kompeten
dan berwibawa.
16 Rajah 2: Sinergi Bidang Keberhasilan Utama Pelan Induk Kecemerlangan IAB
PIK 2 Okt.indd 16 02/10/2018 18:59:59
PELAN INDUK KECEMERLANGAN IAB 2017-2021
2.3 Bidang Keberhasilan Utama
Latihan dan Pembangunan
Membangun dan meningkatkan keupayaan kepimpinan pendidikan melalui dua Sub-bidang Keberhasilan
Utama iaitu Pembangunan Individu (Individual Development) dan Pembangunan Organisasi (Organizational
Development).
Rajah 3: Latihan dan Pembangunan
Master Trainer
Membangun jurulatih profesional dalam bidang kepimpinan dan pengurusan pendidikan melalui dua inisiatif
Pembangunan Master Trainer iaitu Pembangunan Profesional (Professional Development) serta Pentaksiran
dan Pensijilan (Assesment and Certification).
Pusat Rujukan
Menjadi pusat rujukan kepimpinan dan pengurusan pendidikan melalui tiga Sub bidang Keberhasilan Utama
iaitu Penyelidikan dan Pembangunan, Jaringan dan Kolaboratif serta Pengurusan Pengetahuan.
PIK 2 Okt.indd 17 Rajah 4: Konsep Pusat Rujukan Pelan Induk Kecemerlangan IAB
17
02/10/2018 19:00:06
PELAN INDUK KECEMERLANGAN IAB 2017-2021
2.4 Ikon Bidang Keberhasilan Utama
Bidang Keberhasilan Subbidang Pengupaya
Utama Keberhasilan Utama
Latihan dan Pembangunan Individu Persekitaran Yang
Pembangunan Pembangunan Organisasi Kondusif
Master Trainer Pembangunan Master Trainer
Pengurusan
Kewangan
Penyelidikan dan Pembangunan Pengurusan Sumber
Manusia
Pusat Rujukan Jaringan dan Kolaboratif
Pengurusan Pengetahuan
Infostruktur
18 02/10/2018 19:00:10
PIK 2 Okt.indd 18
PELAN INDUK KECEMERLANGAN IAB 2017-2021
PIK 2 Okt.indd 19 19
02/10/2018 19:00:19
PIK 2 Okt.indd 20 02/10/2018 19:00:26
PELAN INDUK KECEMERLANGAN IAB 2017-2021
3.1 Pembangunan Individu
Pembangunan Individu (ID) merujuk kepada proses pembangunan profesionalisme individu dalam organisasi
untuk peningkatan kompetensi dalam bidang pengkhususan masing-masing yang ditunjukkan di tempat
kerja selepas mengikuti sebarang program ID (Amin Senin, 2008). Program ID di Institut Aminuddin Baki
dirancang dan dilaksanakan secara sistematik dan berfokus bagi meningkatkan kompetensi pemimpin
pendidikan dalam bidang kepimpinan dan pengurusan pendidikan.
Kumpulan sasaran program pembangunan individu dikategorikan kepada empat kumpulan iaitu kumpulan
pelaksana, pemimpin pelapis, novis dan senior. Kumpulan pemimpin pelapis merujuk kepada pemimpin
yang berada di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat
Pendidikan Daerah (PPD), kolej dan sekolah. Pemimpin pelapis seperti Timbalan Pengarah, Ketua Sektor,
Ketua Penolong Pengarah, Timbalan PPD, Timbalan Pengarah Kolej, Guru Penolong Kanan, Guru Kanan
Mata Pelajaran dan Ketua Panitia atau jawatan yang setara.
Manakala kumpulan pemimpin novis terdiri daripada Pengarah, Ketua PPD, Pengetua dan Guru Besar yang
baharu dilantik ke jawatan hakiki. Kumpulan pemimpin senior pula adalah mereka yang telah lama menjawat
jawatan sebagai pemimpin pendidikan sama ada di sekolah, KPM, JPN, PPD, IPGM, Kolej Matrikulasi dan
Kolej Vokasional.
Kumpulan pelaksana pula merupakan pegawai yang bertugas di KPM, JPN, PPD, Kolej Matrikulasi, Kolej
Vokasional dan sekolah yang telah dipilih untuk mengikuti kursus tertentu bagi meningkatkan kompetensi
masing-masing dalam membantu mereka melaksanakan tanggungjawab mereka dengan lebih berkesan.
Kumpulan pelaksana seperti Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N19, Pembantu Tadbir (Kewangan)
Gred W19, Pembantu Makmal Gred C19, Penyelia Asrama Gred N19, Pembantu Pengurusan Murid N19,
Tukang K2 Gred R11, Tukang K3 Gred R9, Pembantu Kenderaan Gred R3, Pembantu Am Pejabat Gred N1,
Pekerja Am Gred R1 dan lain-lain yang setara.
Program Pembangunan Individu Untuk Pemimpin Pelapis
Program pembangunan individu untuk pemimpin pelapis adalah:
i) Program Kelayakan Profesional Kepimpinan Pendidikan Kebangsaan - NPQEL 2.0
National Professional Qualification for Educational Leader - NPQEL 2.0
Program Kelayakan Profesional Kepimpinan Pendidikan Kebangsaan NPQEL 2.0 (National Professional
Qualification for Educational Leaders - NPQEL 2.0) merupakan program latihan NPQEL baharu setelah
kurikulum NPQEL terdahulu disemak semula. Kurikulum NPQEL 2.0 digubal khusus untuk memenuhi
sasaran utamanya iaitu menyediakan Pengetua dan Guru Besar (PGB) novis yang berprestasi tinggi.
Justeru aktiviti pembelajaran, pendedahan dan pengalaman dalam kurikulum NPQEL 2.0 adalah bertujuan
untuk mencungkil penguasaan kompetensi kepimpinan pendidikan peserta dengan ilmu pengetahuan yang
tepat, membangunkan jalinan hubungan yang mantap dengan pihak berkepentingan, serta belajar dan
membangun melalui pengalaman tugas sebenar.
PIK 2 Okt.indd 21 21
02/10/2018 19:00:31
PELAN INDUK KECEMERLANGAN IAB 2017-2021
Kompetensi bakal PGB dibangunkan melalui pendekatan 70:20:10 yang selari dengan pembelajaran
andragogi peserta NPQEL 2.0 yang telah mempunyai pengalaman dan pengetahuan asas dalam
pengurusan sekolah. Melalui pendekatan ini, 70% adalah pembelajaran berasaskan tugasan, 20%
pembelajaran sosial (social learning) dan 10% melalui kerja kursus dan kuliah.
Kurikulum NPQEL 2.0 dijajarkan kepada tiga fasa pada setiap ambilan iaitu aktiviti sebelum latihan
(pra kursus), semasa latihan dan selepas latihan. Dalam fasa pra kursus, tiga minggu sebelum kursus
bersemuka, peserta perlu menguasai 10 kompetensi pemimpin sekolah berbentuk latihan interaktif dalam
talian. Latihan pra kursus bertujuan menyediakan peserta dengan pengetahuan asas berkaitan pengurusan
sekolah.
Semasa sesi bersemuka, kompetensi peserta dibangunkan melalui pembentangan individu/kumpulan
berdasarkan pelbagai isu kepimpinan pendidikan, Bicara Ilmu, Protokol dan Etiket Sosial serta Amalan
Kecergasan Eksekutif. Latihan bersemuka diperkukuh dengan amali Lawatan Penandaarasan Kepimpinan
di institusi swasta, Jalinan Pintar Korporat dan Ulasan Buku. Calon PGB turut melaksanakan latihan amali
selama 7 minggu melalui program Perantisan 1 dan Perantisan 2. Semua aktiviti dalam tiga fasa latihan
(pra, semasa dan selepas) akan ditaksir. Peserta perlu mencapai sasaran sekurang-kurangnya tahap 4
bagi setiap kompetensi yang ditaksir.
ii) Kursus Kepimpinan Pemimpin Pertengahan - LCML
Leadership Course for Middle Leaders - LCML
Kursus Kepimpinan Pemimpin Pertengahan (LCML) adalah antara kursus pemimpin pelapis yang direka
bentuk untuk membangunkan kompetensi pemimpin pertengahan bagi memastikan proses pembelajaran
dan pemudahcaraan (PdPc) berkualiti dan berkesan berlaku dalam bilik darjah. Pemimpin pertengahan
merupakan pengantara dan orang yang berada antara golongan pengurusan tertinggi dan pasukan guru
dalam organisasi mereka (Fleming, 2000).
LCML merupakan kursus untuk membangunkan kompetensi pemimpin pertengahan di sekolah bagi
mencapai anjakan kelima Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 iaitu memastikan
pemimpin berprestasi tinggi di setiap sekolah dan organisasi pendidikan. Pemimpin pertengahan memainkan
peranan penting sebagai pengantara bagi pengurusan tertinggi dan guru serta staf di bawah kawalan
mereka. Sasaran peserta kursus LCML adalah Ketua Panitia bagi sekolah rendah dan Guru Kanan Mata
Pelajaran bagi sekolah menengah.
Pemimpin pertengahan perlu memiliki kompetensi antaranya kemahiran komunikasi, proaktif, berorientasi
pencapaian, kerja sepasukan, kreativiti dan inovasi, berfokuskan kurikulum, membangun kapasiti,
perkongsian ilmu, menyelesai masalah dan mengurus perubahan. Mereka perlu menguasai kompetensi
tersebut sebagai bantuan untuk mengurus kendiri, mengurus tugas utama dan mengurus pasukan serta
berupaya menjalankan peranan sebagai pemimpin pertengahan di sekolah dan organisasi masing-masing
(Wooldridge, Schmid & Floyd (2008), Nonaka & Takeuchi (1995), Mintberg (2009) dan Bongani Mbokazi
et. Al (2004).
iii) Kursus Pembangunan Profesionalisme Berterusan – CPD
Continous Professional Development – CPD
IAB menyedia dan melaksanakan pelbagai Kursus Pembangunan Profesionalisme Berterusan (CPD)
untuk pemimpin novis dan senior. Pemimpin pendidikan berpeluang mengikuti Program Pembangunan
Profesionalisme Berterusan (CPD) yang dilaksanakan secara berpusat sama ada di IAB Induk dan semua
cawangan IAB dalam bidang pengurusan dan kepimpinan pendidikan. Kursus CPD diklasifikasi sebagai
kursus berimpak tinggi yang berfokus kepada pembangunan kompetensi individu yang berkaitan dengan
pengurusan dan kepimpinan pendidikan yang menjadi keperluan utama para pemimpin pendidikan.
Kompetensi-kompetensi yang diperlukan ini diperoleh melalui analisis ke atas Instrumen Kompetensi
22
PIK 2 Okt.indd 22 02/10/2018 19:00:31
PELAN INDUK KECEMERLANGAN IAB 2017-2021
Pemimpin Sekolah (KOMPAS) yang diisi oleh pemimpin sekolah pada setiap tahun. Kursus-kursus ini juga
dilaksanakan mengikut zon dan daerah yang berdekatan dengan pemimpin sekolah bagi mengurangkan
jangka masa mereka berada di luar sekolah di samping itu IAB turut menyediakan kursus-kursus secara
dalam talian.
Rajah 5: Kajian keperluan KOMPAS (IAB, 2018)
Rajah 6: Fokus Latihan IAB Mengikut Kluster Pemimpin
PIK 2 Okt.indd 23 23
02/10/2018 19:00:50
PELAN INDUK KECEMERLANGAN IAB 2017-2021
3.2 Pembangunan Organisasi
Kompetensi pemimpin institusi pendidikan adalah penentu kepada pencapaian misi
KPM iaitu “Melestarikan sistem pendidikan yang berkualiti untuk membangunkan
potensi individu bagi memenuhi aspirasi negara”, selaras dengan visi KPM “Berkualiti, Insan Terdidik,
Negara Sejahtera”. Selaras dengan misi ini, Anjakan Ke-5 dalam PPPM 2013-
2025, memastikan kepimpinan berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah.
Selepas kualiti guru, kualiti kepimpinan sekolah merupakan faktor berasaskan sekolah yang kedua
terpenting dalam menentukan keberhasilan murid. Kejayaan organisasi pendidikan di Malaysia bukan
sahajar daripada kejayaan akademik, tetapi juga dilihat daripada kemampuan pemimpin sekolah
menterjemahkan keberhasilan murid dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial sebagaimana
yang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Selain kualiti guru, kualiti kepimpinan sekolah
merupakan faktor berasaskan sekolah yang penting dalam menentukan keberhasilan murid. Kejayaan
organisasi pendidikan di Malaysia bukan sahaja dari aspek kejayaan akademik, tetapi juga dilihat
daripada kemampuan pemimpin sekolah menterjemahkan keberhasilan murid dari segi jasmani, emosi,
rohani, intelek dan sosial sebagaimana yang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Pemimpin berprestasi tinggi yang ditempatkan di sekolah perlu terlebih dahulu dilatih bersiap siaga
dengan pengetahuan dan kompentesi-kompetensi yang relevan dengan keperluan Revolusi Industri
Keempat supaya sekolah dapat membimbing pelajar selari dengan zamannya. Selari dengan hasrat ini,
latihan, konsultasi dan penyelidikan yang dilaksanakan oleh IAB perlu relevan, kompeten dan memenuhi
keperluan dan harapan pemimpin pendidikan. Latihan yang berterusan dan disusuli oleh konsultasi dan
penyelidikan yang berkaitan dapat membangunkan pemimpin-pemimpin pendidikan yang berprestasi
tinggi yang berperanan sebagai nakhoda dalam melaksanakan transformasi pendidikan yang sealiran
dengan keperluan semasa.
Latihan dalam pembangunan organisasi dilaksanakan dengan tujuan meningkatkan prestasi organisasi
melalui proses perubahan organisasi yang sistematik dan dilaksanakan dalam persekitaran kerja.
Program latihan pembangunan organisasi memberikan fokus utama kepada peningkatan tahap prestasi
organisasi dan hubungkaitnya dengan perkembangan potensi individu. Antara latihan pembangunan
organisasi yang dilaksanakan di IAB ialah, Program Pembangunan Prestasi Sekolah atau School
Performance Development Programme (SPeeD-uP) dan Program Pembangunan Organisasi atau
Organisational Development Programme (PrOD), latihan coaching dan mentoring untuk pegawai School
Improvement Partner (SIP+) dan pegawai School Improvement Specialist Coach (SISC+).
Kerangka latihan pembangunan organisasi yang dianjur oleh IAB berfokus kepada pengurusan strategik
pembangunan sekolah. Peringkat awal latihan peserta membuat muhasabah dan pertimbangan tentang
status quo sekolah dan dipandu melihat potensi-potensi yang ada dalam persekitaran sekolah termasuk
sumber manusia, persekitaran pembelajaran, sarana ibu bapa dan komuniti. Pelbagai aktiviti dalam
latihan yang dapat membugar daya fikir peserta diolah untuk membawa peserta melihat arah dan haluan
mereka mambawa organisasi yang mereka pimpin dan urus ke tingkat yang lebih baik.
Dasar-dasar KPM seperti Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia dijadikan landasan supaya
perancangan dan pelan tindakan yang hendak dibuat untuk penambahbaikan organisasi selari dengan
kemajuan sekolah yang digariskan oleh Kementerian Pendidikan. Peserta turut dibengkelkan tentang
24 02/10/2018 19:00:52
PIK 2 Okt.indd 24
PELAN INDUK KECEMERLANGAN IAB 2017-2021
penggunaan Standard Kompetensi Pendidikan Malaysia gelombang 2 (SKPMg2) sebagai standard yang
dapat membantu mereka mengurus dan memimpin sekolah selari dengan misi dan visi kementerian.
Peserta yang mengikuti latihan-latihan pembangunan organisasi IAB juga akan didedahkan dengan alat
dan strategi seperti analisis SWOT, Matriks TOWS, gambarajah Ishikawa dan analisis Pareto sebagai
rangsangan dalam membina kemahiran dan kompetensi mereka terutama dalam membuat keputusan
dan mengurus perubahan.
Peserta juga didedahkan dengan model-model pengurusan dan kepimpinan sebagai sandaran mereka
meneraju organisasi yang dipimpin. Antara pengetahuan yang dititik beratkan adalah tentang pelbagai
gaya kepimpinan, trait, kualiti kepimpinan serta pendekatan-pendekatan pengurusan dan kepimpinan
yang bersifat transformatif untuk membantu peserta membuat perubahan kepadan organisasi yang
mereka pimpin dan urus.
Kemahiran pemimpin melaksanakan bimbingan dan mentoring turut dititik berat dalam latihan
pembangunan organisasi IAB. Peserta didedahkan pelbagai kemahiran bimbingan sebagai satu
pendekatan interaksi dengan warga organisasi dalam membuka mata mereka tentang hala tuju, realiti,
pilihan-pilihan yang ada serta tindakan yang dapat dilaksanakan dalam membangun organisasi secara
bersama-sama. Pendekatan bimbingan dan mentoring dapat membantu pemimpin sekolah mengenali
bakat dan potensi untuk membina pasukan kerja yang mantap dalam membangun organisasi secara
sepadu.
Pendekatan latihan dan pembangunan sedia ada sering dilaksanakan secara berpusat. Pendekatan
latihan sebegini memisahkan pemimpin pendidikan daripada konteksnya lalu menghasilkan jurang dan
masalah yang menghalang peningkatan prestasi organisasi pendidikan tersebut. Pendekatan
pembangunan organisasi dalam konteks organisasi merupakan suatu strategi yang mengandaikan
organisasi sebagai unit perubahan. Untuk memastikan keberkesanan pembangunan organisasi,
perancangan dan pelaksanaannya perlu dibangunkan dari dalam organisasi tersebut sendiri. Program
pembangunan organisasi IAB mengambil kira data dan fakta sebenar peserta untuk memastikan
pendekatan pembangunan organisasi yang dirancang relevan dari segi konteks, persekitaran dan
keperluan komuniti.
PIK 2 Okt.indd 25 25
02/10/2018 19:00:52
PELAN INDUK KECEMERLANGAN IAB 2017-2021
Rajah 7: Hubungan langsung dan tidak langsung pelanggan dan pemegang taruh
26 02/10/2018 19:01:03
PIK 2 Okt.indd 26
PELAN INDUK KECEMERLANGAN IAB 2017-2021
3.3 Master Trainer
Program Master Trainer (MT) adalah merupakan salah satu daripada subbidang Keberhasilan Utama bagi
IAB. Program ini terbuka kepada semua Pensyarah IAB dan Pegawai KPM. Tujuan utama program ini
adalah untuk menghasilkan trainer dan coach yang bertauliah dan mempunyai kompetensi yang ditetapkan
dalam bidang latihan dan bimbingan kepimpinan pendidikan. Secara umumnya, terdapat dua kategori
utama MT iaitu dalam bidang:
1. Latihan: Inisiatif latihan dan pembangunan bagi meningkatkan kapasiti individu dalam bidang
pengurusan dan kepimpinan;
2. Bimbingan: Inisiatif membimbing dan memberi khidmat konsultasi untuk meningkatkan keupayaan
individu dan organisasi melalui pendekatan pembangunan organisasi iaitu keupayaan pengurus dan
pemimpin pendidikan merubah organisasi dengan menggembleng sumber dalaman organisasi itu
sendiri.
Kerangka Master Trainer IAB
Program MT IAB adalah bertujuan untuk melahirkan trainer dan coach yang bertauliah, kompeten dan
berupaya melaksanakan program latihan dan pembangunan bagi pengurus dan pemimpin pendidikan.
Kerangka pengoperasian program MT adalah seperti rajah di bawah:
Rajah 8: Kerangka Program Master Trainer
Menurut kerangka ini, terdapat dua bidang utama MT iaitu trainer dan coaching. Pengetahuan asas yang
diperlukan bagi semua MT ialah Nilai dan Etika Master Trainer, Asas Pembelajaran dan Pembangunan dan
Ilmu Kepimpinan dan Pengurusan Pendidikan.
Setiap pengamal profesional yang terdiri daripada pensyarah IAB dan pegawai KPM boleh memohon untuk
ditauliahkan dalam mana-mana kategori MT sama ada training atau coaching setelah memenuhi prasyarat
yang ditetapkan. Latihan dan pembangunan profesional sama ada melalui inisiatif organisasi ataupun
inisiatif individu pada dasarnya untuk memberi pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan. Seterusnya
melayakkan permohonan untuk ditauliahkan dalam mana-mana bidang yang diingini. Untuk melayakkan
mana-mana jurulatih ditauliahkan sebagai MT, satu program pentaksiran MT perlu dijalani bagi mengukur
tahap pengetahuan dan kemahiran bagi mencapai standard kompetensi yang ditetapkan.
Proses latihan dan pembangunan MT secara berterusan dan pengalaman yang diperoleh dapat
memberikan peluang kepada setiap MT untuk mencapai pentauliahan MT yang lebih tinggi, iaitu Certified
Master Trainer mahu pun Certified Master Coach. Dalam konteks yang sama, MT yang sudah ditauliahkan
dalam komponen trainer boleh memohon untuk ditauliahkan dalam bidang coaching supaya pengetahuan
dan kemahiran dapat dipertingkatkan.
PIK 2 Okt.indd 27 27
02/10/2018 19:01:12
PELAN INDUK KECEMERLANGAN IAB 2017-2021
Keluwesan sebegini membolehkan IAB menghasilkan MT yang mempunyai dwi kepakaran dalam
komponen trainer dan coach bagi melatih dan membangun pengurus serta pemimpin pendidikan. Ini
juga akan menggalakkan budaya pembangunan profesional secara berterusan dibangunkan di samping
memberi kebebasan kepada mana-mana individu untuk memilih hanya satu bidang kepakaran MT sahaja
terutama bagi mereka yang berkhidmat di luar IAB khususnya pegawai di KPM, JPN, PPD dan sekolah.
Pembangunan Master Trainer
Bagi merealisasikan pensijilan MT IAB, program latihan berasaskan pertumbuhan untuk membangunkan
profesional trainer dan coach dalam bidang pembangunan individu dan pembangunan organisasi
diwujudkan. Program latihan pembangunan profesional kejurulatihan membantu pensyarah IAB dan
pemimpin pendidikan bagi meningkatkan kompetensi mengikut keperluan secara terancang dan berterusan.
Penyertaan dalam program latihan profesional kejurulatihan ini merupakan prasyarat am bagi kelayakan
pensijilan MT. Setiap kumpulan akan mengikuti program yang berbeza sesuai dengan kompetensi dan
pengalaman masing-masing. Pembinaan kapasiti trainer dan coach dilaksanakan melalui dua pendekatan
iaitu inisiatif organisasi dan inisiatif individu.
Inisiatif individu lebih menjurus kepada usaha-usaha pada peringkat individu pensyarah untuk sentiasa
meningkatkan kompetensi mereka bagi membolehkan mereka mencapai tahap MT yang lebih tinggi. Inisiatif
ini bertujuan untuk membangunkan MT yang dapat menghayati konsep pembelajaran sepanjang hayat dan
membugarkan konsep komuniti pembelajaran profesional. Inisiatif ini dijalankan bagi membolehkan mereka
menjadi pakar dalam mana-mana satu kompetensi kepimpinan sekolah. Inisiatif organisasi pula merujuk
kepada latihan pembangunan kejurulatihan terancang yang ditawarkan oleh IAB bagi melengkapkan
keperluan asas pengetahuan dan kemahiran berasaskan kurikulum latihan Master Trainer.
Pentaksiran
Pentaksiran adalah komponen utama dalam pensijilan MT. Calon yang memohon untuk ditaksir akan dinilai
oleh satu kumpulan Panel Pentaksir yang terlatih dan bertauliah. Panel Pentaksir menyediakan laporan
pentaksiran untuk dikemukakan kepada Lembaga Pengajian IAB bagi penilaian akhir pentauliahan.
Tempoh Sah Laku Pentauliahan
Bagi mempastikan pengetahuan dan kompetensi MT sentiasa bertambah dan terkini, seseorang MT
hendaklah memperbaharui sijil pentauliahannya selepas satu tempoh masa yang ditetapkan. Syarat
ini diwujudkan bertujuan memastikan setiap MT sentiasa kompeten dalam bidang pentauliahan yang
dimilikinya dan untuk menggalakkan pembangunan profesional berterusan. Bagi melaksanakan perkara
ini, setiap MT perlulah menyenggara satu portfolio pembangunan dan pencapaian kendiri.
Pentauliahan Panel Pentaksir Master Trainer
Kualiti pentaksiran MT amat bergantung kepada kompetensi panel pentaksir. Oleh itu bagi memastikan
pentaksiran MT mematuhi standard dan prosedur yang ditetapkan, kompetensi panel pentaksir perlu
dibangunkan. Bagi pensyarah IAB dan pegawai KPM yang telah ditauliahkan MT mereka akan ditawarkan
untuk menjadi Panel Pentaksir Master Trainer Bertauliah. Sebelum ditauliahkan sebagai Panel Pentaksir
Master Trainer Bertauliah mereka perlu mengikuti Bengkel Panel Pentaksir Master Trainer dengan jayanya,
yang dikendalikan oleh Jabatan Pentaksiran Master Trainer.
Melalui pentaksiran dan pentauliahan panel pentaksir MT kepada Pensyarah IAB dan Pegawai KPM
maka hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menjadikan IAB menjadi sebagai Pelan Induk
Kecemerlangan IAB dalam bidang latihan dan pembangunan dan pewujudan Badan Penganugerahan Sijil
Kejurulatihan Profesional (Master Trainer) dalam bidang pengurusan dan kepimpinan pendidikan dapat
direalisasikan.
28
PIK 2 Okt.indd 28 02/10/2018 19:01:12
PELAN INDUK KECEMERLANGAN IAB 2017-2021
3.4 Penyelidikan dan Pembangunan
Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) merupakan satu aktiviti sistematik yang berkaitan dengan menjana,
memaju, menyebar luas dan mengaplikasi ilmu yang merangkumi bidang asas dan gunaan. Dalam konteks
organisasi, penyelidikan dan pembangunan merupakan satu aspek penting yang perlu diberi perhatian
bagi memastikan hasil keluaran (produk) dan perkhidmatan yang ditawarkan dapat terus ditingkatkan.
Dengan adanya penyelidikan dan pembangunan, kualiti perkhidmatan dan operasi pengurusan organisasi
dapat ditambah baik. Sehubungan dengan itu, penyelidikan turut memberi manfaat kepada organisasi
untuk jangka masa panjang.
Di Institut Aminuddin Baki (IAB), penyelidikan dan pembangunan bertujuan untuk memperkaya ilmu
penyelidikan, membangunkan kompetensi pensyarah dalam bidang penyelidikan dan membudayakan
amalan pengurusan dan kepimpinan pendidikan berasaskan penyelidikan yang berkualiti. Secara
terperinci, tujuan penyelidikan dan pembangunan di IAB adalah untuk:
1. Memberi maklumat kepada pengamal dan penggubal dasar pendidikan;
2. Membangun model watan dalam bidang pengurusan dan kepimpinan pendidikan;
3. Memperkaya tubuh ilmu bidang pengurusan dan kepimpinan pendidikan; dan
4. Membudayakan amalan pengurusan dan kepimpinan berasaskan penyelidikan.
Peranan Penyelidikan dan Pembangunan
Peranan penyelidikan dan pembangunan IAB adalah untuk:
1. Menjadikan IAB sebagai pusat rujukan bidang kepimpinan dan pengurusan pendidikan di peringkat
institusi, kebangsaan dan antarabangsa; dan
2. Memupuk budaya penyelidikan dalam kalangan pensyarah IAB melalui latihan, konsultasi, aktiviti
penyelidikan, pendokumentasian dan penyebaran hasil penyelidikan.
Fungsi Penyelidikan dan Pembangunan
Fungsi penyelidikan dan pembangunan IAB adalah untuk:
1. Merancang dan melaksanakan program latihan penyelidikan;
2. Merancang dan mengawal selia aktiviti penyelidikan;
3. Menyebarluaskan produk penyelidikan; dan
4. Membangunkan kepakaran dan kompetensi pensyarah.
Jenis Penyelidikan
Terdapat enam jenis penyelidikan yang dijalankan di IAB (Rajah 9) iaitu:
1. Penyelidikan dan Pembangunan Asas: Kajian untuk meneroka, membina teori atau menyambung
penyelidikan sebelumnya;
2. Kajian Keperluan Latihan: Kajian untuk mengenal pasti keperluan latihan pelanggan IAB;
3. Kajian Dasar: Kajian terhadap dasar sedia ada atau meneroka keperluan untuk menggubal dasar
baharu bagi tujuan penambahbaikan;
4. Kajian Penyelidikan Watan: Penyelidikan dan pembangunan dalam bidang kepimpinan dan pengurusan
pendidikan yang bersifat pribumi, bersifat gunaan, menghasilkan teori dan model dan hak cipta
terpelihara IAB.
PIK 2 Okt.indd 29 29
02/10/2018 19:01:14
PELAN INDUK KECEMERLANGAN IAB 2017-2021
5. Kajian Tindakan: Kajian yang melibatkan proses sistematik untuk tujuan menambah baik cara
pengoperasian sesuatu perkara dalam aspek pendidikan; dan
6. Kajian Keberkesanan Program: Kajian untuk menilai keberkesanan, impak atau keberhasilan sesuatu
program.
Rajah 9: Jenis Penyelidikan
Objektif
Dua objektif penyelidikan dan pembangunan IAB adalah untuk memperkasa IAB sebagai pusat rujukan
penyelidikan dan membangunkan model watan bidang pengurusan dan kepimpinan pendidikan. Bagi
mencapai objektif berkenaan, inisiatif yang akan dilaksanakan adalah seperti berikut:
1. Menyediakan dasar penyelidikan;
2. Membangunkan kompetensi pensyarah;
3. Memperkasa peranan mentor penyelidikan;
4. Menjalin kolaborasi dengan pihak IPG/IPTA/IPTS;
5. Memberi pengiktirafan kepada penyelidik;
6. Menyediakan platform perkongsian ilmu penyelidikan;
7. Melaksanakan promosi penyelidikan;
8. Mempromosi Model Watan IAB; dan
9. Mewujudkan komuniti penyelidikan.
30 02/10/2018 19:01:28
PIK 2 Okt.indd 30
PELAN INDUK KECEMERLANGAN IAB 2017-2021
Peranan Jawatankuasa Teknikal Penyelidikan dan Pembangunan (JKTPP)
Bagi mencapai objektif yang ditetapkan, JKTPP dipertanggungjawab untuk menjamin kualiti penyelidikan dan
pembangunan IAB. Peranan jawatankuasa ini adalah untuk:
1. Membina kapasiti pensyarah secara berterusan dalam bidang penyelidikan dan pembangunan;
2. Membimbing aktiviti penyelidikan yang dijalankan;
3. Memberi khidmat nasihat kepada penyelidik untuk mendapatkan pembiayaan penyelidikan daripada
pihak luar;
4. Menyediakan keperluan asas penyelidikan;
5. Memastikan setiap pusat dan cawangan menghasilkan sekurang-kurangnya satu penyelidikan setahun;
6. Menggalakkan hasil penyelidikan dibentangkan dalam majlis ilmu untuk perkongsian;
7. Membimbing pensyarah menerbit dan menyebarluaskan hasil penyelidikan; dan
8. Menggalakkan jaringan dan kolaborasi penyelidikan dengan pihak luar.
PIK 2 Okt.indd 31 31
02/10/2018 19:01:28
PELAN INDUK KECEMERLANGAN IAB 2017-2021
3.5 Jaringan dan Kolaboratif
Dalam usaha melangkah ke hadapan, IAB berhasrat meningkatkan jaringan dan kolaboratif di peringkat
kebangsaan dan antarabangsa dalam bidang kepimpinan dan pengurusan pendidikan. Perkongsian ilmu
melalui jaringan kerjasama dan program kolaboratif ini dapat mencetuskan idea-idea baru dalam kalangan
pengamal dan pemikir pendidikan di rantau ini. Jaringan dan kolaboratif ini boleh dicapai melalui beberapa
inisiatif iaitu mempelbagai aktiviti pemasaran, memperluaskan peluang untuk meningkatkan kompetensi
dalam pengurusan dan kepimpinan pendidikan dengan agensi/negara luar dan memperkukuhkan
pengiktirafan IAB sebagai pakar rujuk dalam pelbagai pengkhususan dalam bidang pengurusan dan
kepimpinan pendidikan.
Pelbagai usaha telah dilaksanakan untuk memantapkan IAB sebagai pusat latihan yang berwibawa. Justeru
itu, jaringan kerjasama pemimpin pendidikan perlu ditingkatkan untuk menjayakan program jaringan dan
kolaboratif IAB. Usaha yang akan dilaksanakan ialah menjalinkan hubungan baharu serta memperkukuhkan
jaringan yang sedia ada antara IAB dengan pelbagai agensi dan juga individu dari dalam atau luar negara.
Program kolaboratif dapat dilaksanakan secara bersama mengikut keperluan yang berfokus kepada
bidang pengurusan dan kepimpinan pendidikan. Antara program yang boleh dilaksanakan ialah kerjasama
dengan pelbagai agensi di dalam dan luar negara melalui program seperti khidmat konsultasi, latihan,
seminar, kolokium dan lain-lain bagi meningkatkan prestasi organisasi atau individu.
Di samping itu, program pengantarabangsaan akan digiatkan lagi dengan penyertaan gabungan badan
profesional peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Bagi mencapai matlamat IAB sebagai Pusat
Kecemerlangan, IAB perlu menjadi pusat rujukan dalam bidang pengurusan dan kepimpinan pendidikan.
Oleh itu, sebagai satu inisiatif merealisasikan hasrat ini, IAB akan terus diperkenalkan ke peringkat
antarabangsa melalui aktiviti-aktiviti promosi dan pemasaran. Di samping inisiatif-inisiatif yang terancang
dan berfokus yang lain, diharapkan IAB berupaya mempergiatkan jaringan dan kolaboratif di dalam dan
luar negara. Usaha ini akan dapat mengukuhkan peranan IAB dalam bidang pengurusan dan kepimpinan
pendidikan sebagai pusat rujukan utama di rantau ini.
32 02/10/2018 19:01:31
PIK 2 Okt.indd 32
PELAN INDUK KECEMERLANGAN IAB 2017-2021
Definisi
Jaringan dan kolaboratif merujuk kepada hubungan antara dua pihak yang berkongsi maklumat, kepakaran
dan perkhidmatan bagi mengukuhkan jaringan dan bekerjasama bagi mendapat faedah bersama dalam
bidang pengurusan dan kepimpinan pendidikan. Jaringan dan kolaboratif boleh berlaku melalui pelbagai
program atau aktiviti dari dalam atau luar negara. Program atau aktiviti boleh dilaksanakan melalui kerjasama
antara institusi dengan institusi atau institusi dengan individu.
Objektif Jaringan dan Kolaboratif
1. Peningkatan kerjasama dalam bidang pengurusan dan kepimpinan pendidikan.
2. Memperkasakan IAB sebagai hub pendidikan dalam bidang pengurusan dan kepimpinan pendidikan.
Inisiatif
1. Meningkatkan dan mempelbagaikan aktiviti pemasaran.
2. Memperluaskan peluang untuk meningkatkan kompetensi dalam pengurusan dan kepimpinan pendidikan
dengan agensi/negara luar.
3. Memperkukuhkan pengiktirafan IAB sebagai pakar rujuk dalam pelbagai pengkhususan
Penyelidikan
Usahasama IIEP-IAB
(Jan – Apr 2017)
The Implications of
Demographic Transitions for
Educational Planning
Resource Management in
Countries in Asia
(17-20 Oktober 2017) JALINAN
Lawatan
Penandaarasan JARINGAN Seminar Polisi
Delegasi Ethiopia
(17 Oktober 2017) 2017 ANTRIEP
Lawatan Deligasi Pakistan (3-5 Mei 2017)
Penyertaan seramai 53
peserta (30 peserta
antarabangsa) yang
terdiri daripada
pegawai pengurusan
tertinggi
Lawatan
Penandaarasan
Delegasi Vietnam
(13 Julai 2017)
SEAMEO RETRAC Asia Leadership
Roundtable 2017
Governing Board
Meeting (5-8 Mac 2017)
(21-23 Sept 2017)
Rajah 10: Jaringan dan Kolaboratif IAB 2017
PIK 2 Okt.indd 33 33
02/10/2018 19:01:33
PELAN INDUK KECEMERLANGAN IAB 2017-2021
3.6 Pengurusan Pengetahuan
Pengurusan Pengetahuan ditakrifkan sebagai satu disiplin yang mempromosikan pendekatan bagaimana
mengenalpasti, mengurus dan berkongsi harta maklumat dalam sesebuah organisasi. Harta maklumat
organisasi berbentuk pangkalan data, dokumen, polisi dan peraturan organisasi serta pakar-pakar dan
pekerja-pekerja yang berpengetahuan dan berpengalaman (Gartner Group Inc.1996)
Menurut McShane dan Glinow (2006) Pengurusan Pengetahuan adalah kegiatan yang berstruktur untuk
penambahbaikan sesebuah organisasi melalui perkongsian maklumat serta penggunaan maklumat yang
betul. Penentu kejayaan organisasi dalam menguruskan maklumat mesti berasaskan kepada modal intelek
yang merangkumi persaingan modal insan, modal berstruktur dan modal perhubungan.
Antara manfaat daripada Pengurusan Pengetahuan adalah:
1. Menangani kehilangan kepakaran menerusi peralihan anggota organisasi;
2. Mengelak keperluan mencipta semula proses atau produk sedia ada;
3. Memudahkan pelaksanaan proses inovasi bagi meningkatkan pengetahuan baharu dalam organisasi;
dan
4. Mengurangkan risiko kehilangan aset pengetahuan organisasi
Oleh itu, Pengurusan Pengetahuan merupakan usaha strategik IAB sebagai pusat rujukan kepada amalan
pengurusan dan kepimpinan pendidikan yang terbaik.
Kerangka Konsep SubKRA Pengurusan Pengetahuan
Kerangka konsep SubKRA Pengurusan Pengetahuan IAB disesuaikan daripada Kerangka Pengurusan
Pengetahuan IFAD, Asian Institute of Technology, Thailand.
Kerangka ini mengandungi lima (5) aktiviti asas iaitu;
1. Penghasilan pengetahuan,
2. Pengumpulan dan penyimpanan pengetahuan,
3. Pengemaskinian pengetahuan,
4. Perkongsian pengetahuan
5. Penyelarasan
- Portal IAB
Rajah 11: Model Pengurusan Pengetahuan IAB, diadaptasi daripada kerangka konsep IFAD, Asian Institute Technology Thailand
34 02/10/2018 19:01:36
PIK 2 Okt.indd 34
PELAN INDUK KECEMERLANGAN IAB 2017-2021
Dalam konteks IAB, penghasilan pengetahuan bertujuan untuk memperkayakan sumber pengetahuan di
samping dapat memenuhi keperluan dalam konteks semasa. Penghasilan sumber pengetahuan dapat
dilakukan dengan merancang dan membangunkan modul untuk program latihan, modul e-pembelajaran,
mendokumen hasil penyelidikan, penerbitan buku dan jurnal, membangunkan dan menghasilkan manuskrip
dalam pelbagai bidang. Selain daripada itu, anggota IAB boleh melibatkan diri dalam sesi-sesi perbincangan
dalam kalangan jaringan komuniti serta melalui seminar, persidangan dan bengkel-bengkel samada yang
dianjurkan oleh IAB atau pihak yang lain.
Pengetahuan yang dihasilkan akan dikumpul dan disimpan secara sistematik bagi tujuan memelihara
aset organisasi. Aset pengetahuan boleh diakses untuk dijadikan bahan rujukan oleh pihak-pihak yang
memerlukan. Aset pengetahuan yang disimpan akan sentiasa dikemaskini bagi memastikan pengetahuan
tersebut sentiasa relevan.
Bagi memastikan pengetahuan terus berkembang, pengetahuan akan disebar luas dan dikongsikan
bagi kegunaan pihak yang memerlukan. Perkongsian ini bertujuan untuk menggalakkan akses terbuka,
meningkatkan komunikasi ilmiah menerusi aktiviti Profesional Learning Community (PLC), Community
of Practice (COP) dan seterusnya akan meningkatkan visibility dan prestij organisasi. Penyebaran dan
perkongsian pengetahuan dapat dilakukan melalui dokumen bercetak dan akses pengguna kepada
repositori, pangkalan data, portal IAB dan Sistem Pengurusan Pembelajaran (LMS) IAB. Bagi memastikan
berlakunya aliran pengurusan pengetahuan yang berkesan, penyelarasan perlu dilakukan oleh semua pihak
yang bertanggungjawab.
Objektif
Pengurusan Pengetahuan melibatkan komitmen strategik untuk meningkatkan keberkesanan organisasi,
serta meningkatkan penambahan peluang. Matlamat Pengurusan Pengetahuan adalah untuk meningkatkan
keupayaan organisasi untuk melaksanakan proses terasnya dengan lebih cekap. Davenport et al. (1998),
menerangkan empat objektif utama Pengurusan Pengetahuan dalam:
1. Membina repositori pengetahuan
2. Meningkatkan aset pengetahuan
3. Meningkatkan persekitaran pengetahuan
4. Mengurus pengetahuan sebagai aset
Kunci Pengurusan Pengetahuan adalah untuk mengumpul aset intelektual bagi manfaat organisasi.
Pengurusan Pengetahuan adalah penting kerana pertama, untuk menambah nilai kepada proses dan operasi
organisasi, ke arah mempercepat perubahan serta inovasi dan kedua, bagi memberikan kelebihan daya
saing untuk organisasi.
PIK 2 Okt.indd 35 35
02/10/2018 19:01:36
PELAN INDUK KECEMERLANGAN IAB 2017-2021
36 02/10/2018 19:01:39
PIK 2 Okt.indd 36
PELAN INDUK KECEMERLANGAN IAB 2017-2021
PIK 2 Okt.indd 37 37
02/10/2018 19:01:55
PELAN INDUK KECEMERLANGAN IAB 2017-2021
4.0 PENGUPAYA
Pengupaya merupakan keupayaan, kekuatan dan sumber yang menyumbang kepada kejayaan program
atau projek entiti. Pengupaya juga merupakan pemacu yang akan membantu organisasi mencapai
matlamat yang disasarkan.
Aspek-aspek penting dalam Pengupaya ialah persekitaran kerja yang kondusif atau infrastruktur, pengurusan
kewangan, pengurusan sumber manusia termasuk pembangunan sumber manusia dan infostruktur.
Persekitaran yang Kondusif
Pengupaya bertanggungjawab untuk mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif. Persekitaran yang
kondusif bermakna kemudahan dan perkhidmatan asas yang optimum, selamat dan mencukupi untuk
IAB melaksanakan tugas utamanya iaitu latihan, konsultasi, pentaksiran, penulisan dan penerbitan,
penyelidikan dan pasukan pemikir.
Pengurusan Kewangan
Pengurusan kewangan merupakan kaedah yang mana dana/peruntukan diuruskan untuk membiayai
perbelanjaan awam untuk memastikan fungsi utama sesuatu organisasi dapat bergerak seperti yang
dirancang. Proses-proses yang terlibat adalah perancangan atau pembidaan, pembentukan dan
pelaksanaan dasar kewangan seperti perolehan, perbelanjaan dan perakaunan. Pada dasarnya, Unit
Kewangan dan Akaun di bawah Pendaftar IAB bertanggungjawab untuk menguruskan kewangan secara
cemerlang mengikut peraturan. Pihak Pendaftar akan menyelaras dan mengawal perbelanjaan kewangan
IAB untuk memastikan semua KPI tercapai. Dua KPI telah digariskan bagi memastikan pengurusan
kewangan yang cemerlang.
Pengurusan Sumber Manusia
Maksud pengurusan sumber manusia ialah strategi menguruskan sumber manusia agar berupaya untuk
menjalankan tugas secara cekap dan berkesan serta mampu mencapai objektif organisasi. Sumber
manusia di IAB terdiri dari 3 kumpulan yang penting iaitu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan, Pegawai
Kumpulan Pelaksana dan Anggota Kumpulan Pelaksana. Ketiga-tiga kumpulan ini perlu bekerjasama,
berganding bahu, berkompetensi dan mempunyai motivasi yang tinggi untuk melaksanakan tugas dan
tanggungjawab mereka di IAB.
Infostruktur
Infostruktur merupakan salah satu komponen penting dalam latihan dan merupakan komunikasi penting
antara IAB dengan pelanggannya. Elemen-elemen penting dalam infostruktur ini adalah seperti berikut:
1. Komunikasi dan rangkaian serta pusat data
2. Mereka bentuk, membangunkan melaksanakan, penyenggaraan dan sokongan sumber
3. Merancang pembangunan dan pelaksanaan sistem aplikasi
4. Mengurus dan melaksanakan pembangunan sistem aplikasi baharu
5. Menaik taraf dan menyenggara sistem aplikasi, dan
6. Mengurus penyediaan data kepada agensi luar dan dalam
Sebagai rumusan Pengupaya telah menggariskan 5 objektif seperti ketetapan berikut:
1. Peningkatan persekitaran kerja yang kondusif
2. Pemantapan pengurusan kewangan yang cemerlang
3. Pemantapan kualiti pengurusan sumber manusia (kecekapan dan keberkesanan)
4. Peningkatan kualiti pembangunan sumber manusia secara holistik (kompetensi dan motivasi secara
keseluruhan)
5. Peningkatan kualiti infostruktur
38
PIK 2 Okt.indd 38 02/10/2018 19:01:57
PELAN INDUK KECEMERLANGAN IAB 2017-2021
Keberhasilan (Outcome)
IAB beriltizam untuk membangunkan keupayaan pemimpin pendidikan dalam kepimpinan dan pengurusan
pendidikan. Pemimpin pendidikan di KPM termasuklah pemimpin di Bahagian KPM, pegawai pendidikan di
JPN, PPD, Pengetua dan PGB di sekolah dan semua pemimpin pertengahan di Bahagian KPM dan sekolah.
Dalam memastikan usaha ini, IAB komited untuk:
1. Membangunkan kewibawaan pensyarah sebagai tenaga pengajar yang pakar dan juga jurulatih sumber
manusia
2. Mengeratkan hubungan IAB dengan komuniti dengan mengadakan persidangan/seminar berkaitan
dengan pendidikan
3. Meningkatkan kuantiti dan kualiti produk penyelidikan dan pembangunan dalam bidang kepimpinan dan
pengurusan kepimpinan
4. Meningkatkan jaringan dan kolaboratif dalam bidang kepimpinan dan pengurusan pendidikan,
5. Meningkatkan kualiti dan kuantiti penerbitan dalam bidang kepimpinan dan pengurusan pendidikan
untuk menjadikan IAB sebagai pusat rujukan.
Pembangunan kapasiti pemimpin pendidikan membolehkan mereka dapat memberi sokongan, bimbingan
dan coaching serta dapat mengenal pasti pemimpin pendidikan yang berpotensi untuk menerajui jabatan agar
lebih bersedia dengan ilmu dan kemahiran dalam instruksional. Pengurusan dan kepimpinan instruksional
yang cekap dan berkesan perlu diamalkan dan dibudayakan oleh semua warga KPM.
Pemimpin pendidikan yang berjaya dilihat daripada pencapaian dalam kalangan pemimpin pertengahan
pendidikan khususnya peringkat ketua unit dan guru-guru di sekolah. Impak daripada pembangunan kapasiti
pemimpin pendidikan membolehkan sekolah mampu untuk menjalankan aktiviti sekolah berjalan dengan
lancar.
Kemampuan dan kebolehan pemimpin pendidikan untuk mengurus dengan cekap dan berkesan,
membolehkan para guru dapat bersedia dalam pengajaran dan pembelajaran dan ini dapat menyumbang
kepada pencapaian potensi penuh murid dengan pendidikan seimbang untuk mencapai Aspirasi Murid
seperti yang dihasratkan di dalam PPPM.
10,393 • PENGARAH BAH.KPM (36)
• PENGARAH JPN (16)
• KPPD (142)
• PGB (10,199)
Rajah 12: Pembangunan Kapasiti Pensyarah dengan Keberhasilan (outcome)
PIK 2 Okt.indd 39 39
02/10/2018 19:01:57
“Sebuah organisasi yang matang terdiri daripada individu yang mempunyai
kompetensi yang pelbagai di mana setiap individu mempunyai keupayaan,
kepakaran, kemahiran dan pengetahuan yang berbeza-beza. Sehubungan itu,
dalam konteks ini IAB berperanan untuk meningkatkan kompetensi pemimpin
pendidikan menerusi latihan yang komprehensif. Segala usaha perlu digembleng
bersama bagi mencapai matlamat ini. Seluruh warga IAB diseru untuk bersama-
sama melibatkan diri secara aktif, memberi sumbangan dan komitmen yang jitu
serta saling melengkapi dalam melaksanakan sesuatu tugasan dengan harmoni
bagi mencapai misi dan visi yang dihasratkan. Sesungguhnya, keupayaan
membangunkan organisasi akan dapat ditingkatkan melalui latihan yang berkesan”
En. Mazlan bin Samsudin
Timbalan Pengarah (Khidmat Profesional)
PIK 2 Okt.indd 40 02/10/2018 19:02:04
PIK 2 Okt.indd 41 02/10/2018 19:02:10
PIK 2 Okt.indd 42 02/10/2018 19:02:38
PIK 2 Okt.indd 43
PELAN INDUK KECEMERLANGAN IAB 2017-2021
KPI STRATEGIK
Petunjuk Prestasi Sasaran Pertanggung
Utama jawaban
Objektif Pemilik KPI TOV Inisiatif
2016
2017 2018 2019 2020 2021
KEBERHASILAN UTAMA : LATIHAN & PEMBANGUNAN
SUB KRA : PEMBANGUNAN INDIVIDU
OB1: Peningkatan KPI1: Peratus maklum Meningkatkan KJ JPES
kualiti penyampaian balas kepuasan
pensyarah dalam sesi pelanggan yang kompetensi pensyarah Semua KJ Induk dan
latihan mencapai tahap
minimum 82% KP PPP Cawangan
terhadap sesi latihan
86% 90% 92% 94% 96% 100% UPP
OB2: Peningkatan KPI1: Peratus peserta Meningkatkan KJ JPPPEP
kompetensi peserta yang mencapai
bagi kursus teras piawaian kompetensi kompetensi kepimpinan UPP
yang ditetapkan
KP PKKomPP NA NA 100% 100% 100% 100% dan pengurusan
pendidikan di KPM
melalui kursus NPQEL
KEBERHASILAN UTAMA : LATIHAN & PEMBANGUNAN
SUB KRA : PEMBANGUNAN ORGANISASI
OB1 : Peningkatan KPI1 : Peratus 1. Melaksanakan aktiviti Pusat Konsultasi dan
pencapaian institusi institusi pendidikan
pendidikan yang yang berpuas hati peningkatan prestasi Pembangunan Organisasi
menyertai program terhadap
IAB perkhidmatan institusi pendidikan Pendidikan
konsultasi dalam
program IAB yang 2. Meningkatkan (PKPOP)
disertai
KP PKPOP prestasi pelajar dan Pusat Kepimpinan
sekolah melalui
NA 90% 94% 98% 100% 100% perkhidmatan Komunikasi &
konsultasi berterusan Pengurusan Pejabat
(PKKomPP)
IAB Cawangan Sabah dan
Sarawak
02/10/2018 19:02:49 43
PIK 2 Okt.indd 44 44
PELAN INDUK KECEMERLANGAN IAB 2017-2021
KEBERHASILAN UTAMA : MASTER TRAINER
SUB KRA : PEMBANGUNAN MASTER TRAINER
KPI1: Peratus 1. Mengukuhkan 1. Jabatan Pembangunan
pensyarah yang
ditauliahkan mana- Ketua Pusat kompetensi pensyarah Staf (Induk &
mana kategori Pentaksiran
sebagai Master Kepimpinan 33% 50% 60% 70% 80% 90% sebagai Master Trainer Cawangan)
Trainer Pendidikan 2. Membangunkan 2. Jabatan Pentaksiran
KPI2: Bilangan Ketua Pusat kompetensi pegawai Master Trainer
pegawai KPM yang Pentaksiran
OB1: Penginstitusian ditauliahkan mana- Kepimpinan KPM sebagai Master 1. Pejabat Pendaftar –
IAB sebagai badan mana kategori Pendidikan Trainer Unit Perhubungan
pentauliahan Master sebagai Master
Trainer Trainer Ketua Pusat TB TB 5 25 45 65 2. Jabatan Pentaksiran
KPI3: Bilangan Pentaksiran Master Trainer
pentaksir Master Kepimpinan
Trainer yang Pendidikan Jabatan Pentaksiran
bertauliah
KP PPTMK Pemimpin Sekolah
1. Mengukuhkan 1. Jabatan Pentaksiran
kompetensi pensyarah Master Trainer
TB TB 10 20 30 40 sebagai panel pentaksir Jabatan Pentaksiran
Pemimpin Sekolah
Master Trainer
KEBERHASILAN UTAMA : PUSAT RUJUKAN
SUB KRA : PENYELIDIKAN DAN PEMBANGUNAN
OB1: Pemerkasaan KPI1: Bilangan 1. Menyediakan dasar Jabatan Penyelidikan
IAB sebagai pusat penyelidikan
rujukan penyelidikan penyelidikan Pendidikan (JPP),
dalam bidang KPI2: Bilangan aktiviti 20 20 22 24 26 28 2. Melaksanakan promosi Semua Jabatan
pengurusan dan perkongsian ilmu
kepimpinan penyelidikan 3. Memperkasa peranan Penyelidikan Cawangan.
pendidikan (ELM)
Mentor Penyelidik
4. Menyediakan platform Jabatan Penyelidikan
Pendidikan (JPP), Pejabat
perkongsian ilmu
Pendaftar
penyelidikan
5. Menjalinkan kolaborasi Semua Jabatan
Penyelidikan Cawangan.
KP PPTMK TB 30 33 36 39 42 dengan pihak
IPG/IPTA/IPTS
6. Membangunkan
kompetensi pensyarah
7. Memberi pengiktirafan
kepada pensyarah
OB2: Pembangunan KPI1: Bilangan model 1. Mempromosikan Jabatan Penyelidikan
model watan bidang watan dihasilkan
pengurusan dan Model Watan IAB Pendidikan (JPP),
kepimpinan
pendidikan melalui KP PPTMK 1 1 1 1 1 1 2. Mewujudkan komuniti Semua Jabatan
penyelidikan
penyelidikan Penyelidikan Cawangan.
02/10/2018 19:02:52
PIK 2 Okt.indd 45
PELAN INDUK KECEMERLANGAN IAB 2017-2021
KEBERHASILAN UTAMA : PUSAT RUJUKAN
SUB KRA JARINGAN DAN KOLABORATIF
OB1: Peningkatan KPI1 : Bilangan 1. Meningkatkan dan 1. Jabatan Perhubungan
kerjasama dalam program kolaboratif
bidang pengurusan dilaksanakan mempelbagaikan Antarabangsa Induk
dan kepimpinan
pendidikan. aktiviti pemasaran. dan Cawangan, Unit
Perhubungan.
6 7 8 9 10 11 2. Unit Perhubungan –
Pejabat Pendaftar
3. Semua Pusat dan
Cawangan IAB
4. Semua Pusat dan
KP PPDIO Cawangan IAB
OB2: Memperkasakan KPI1: Bilangan pakar 1. Memperluaskan
IAB sebagai hub mengikut
pendidikan dalam pengkhususan/negara peluang untuk 1. Jabatan Pentaksiran
bidang pengurusan dalam bidang
dan kepimpinan pengurusan dan meningkatkan Pemimpin Pendidikan
pendidikan. kepimpinan
pendidikan . kompetensi dalam 2. JKHA Induk dan
ELM dengan Cawangan
5 7 9 11 13 15 agensi/negara luar.
Memperkukuhkan
pengiktirafan IAB
sebagai pakar rujuk
dalam pelbagai
pengkhususan
KEBERHASILAN UTAMA : PUSAT RUJUKAN
SUB KRA : PENGURUSAN PENGETAHUAN
OB1 : Peningkatan KPI1 :Bilangan bahan 1. Meningkatkan muat Ketua Pusat, Pengarah
bahan teks digital teks digital
dalam repositori naik bahan daripada Cawangan, Pegawai
berkaitan kepimpinan
dan pengurusan pelbagai jenis bahan. Perpustakaan
pendidikan
KP PDSP 50 55 60 65 70 75 2. Promosi peningkatan
KP PPT
bahan teks digital
dalam kalangan
pensyarah
KPI2 : Bilangan bahan Mengurus rakaman JeP Induk dan Cawangan
audio visual digital
aktiviti IAB
50 60 70 80 90 100
02/10/2018 19:02:55 45
PIK 2 Okt.indd 46 46
PELAN INDUK KECEMERLANGAN IAB 2017-2021
OB2 : Peningkatan KPI1 : Bilangan bahan 1. Meningkatkan Jabatan Penerbitan dan
bahan terbitan IAB terbitan IAB dalam
dalam bidang bidang pengurusan penghasilan bahan Dokumentasi Induk dan
pengurusan dan kepimpinan
kepimpinan pendidikan terbitan secara Cawangan
pendidikan
cetakan atau digital
KP PDSP 15 17 19 21 23 25 melalui galakan
menulis dalam
kalangan pensyarah
melalui kursus/
bengkel penulisan dan
penerbitan
PENGUPAYA : PENGURUSAN INFRASTRUKTUR, PENGURUSAN KEWANGAN, PENGURUSAN SUMBER MANUSIA DAN PENGURUSAN INFORSTRUKTUR
OB1: Peningkatan KPI1: Tahap Pendaftar Meningkatkan tahap Pendaftar dan semua
persekitaran kerja kepuasan bekerja kepuasan kerja Ketua Pusat, Pengarah
yang kondusif warga IAB 85% 85% 85% 85% 85% 85% Cawangan
OB2: Pengurusan KPI1: Indeks Memantapkan Seksyen Kewangan IAB,
Kewangan yang akauntabiliti
cemerlang Pengurusan Pengurusan Kewangan Pejabat Pendaftar dan
Kewangan IAB
Pendaftar TB 3 3 4 4 4 yang Cemerlang Pengarah Cawangan
OB3: Peningkatan KPI1: Peratus latihan Timbalan Pengarah 100 100 100 100 100 100 Meningkatkan KP PPDIO,
Kualiti Pembangunan yang dilaksanakan Khidmat Profesional TB TB 85 88 90 92 kompetensi PPP dan Pendaftar,semua KP dan
Sumber Manusia bagi meningkatkan AKP/PKP Pengarah Cawangan
secara holistik (ASK) kompetensi PPP, PKP Timbalan Pengarah
dan AKP Khidmat Profesional Membangunkan Pelan KP PPT, Pendaftar,
OB4: Peningkatan Pembangunan ICT Pengarah Cawangan,
kualiti infostruktur KPI1: Peratus Skor Unit ICT
Kepuasan Pelanggan Membangunkan Pelan
(warga IAB) Komunikasi Media
berpuashati berkaitan Tahunan
sistem infostruktur
IAB
02/10/2018 19:02:59
PIK 2 Okt.indd 47 02/10/2018 19:03:09
PELAN INDUK KECEMERLANGAN IAB 2017-2021
KAEDAH PENGUKURAN PETUNJUK PRESTASI UTAMA (KPI)
Subbidang KPI Korporat Kaedah Pengukuran KPI
Keberhasilan Utama
OB1: KPI1:Peratus maklum balas kepuasan OB1: KPI1: Penilaian akhir kursus melalui borang BK09 dan
Pembangunan pelanggan yang mencapai tahap minimum BK10
Individu 82% terhadap sesi latihan
OB2: KPI1: Pencapaian peserta dalam 10 kompetensi yang
OB2:KPI1:Peratus peserta yang mencapai ditetapkan Garis Panduan Pentaksiran NPQEL minimum
piawaian kompetensi yang ditetapkan tahap 4
Subbidang KPI Korporat Kaedah Pengukuran KPI
Keberhasilan Utama
OB1: KPI1: Dapatan tinjauan maklumbalas konsultasi
OB1: KPI1: Peratus institusi pendidikan secara online (INSYST) selepas tamat program konsultasi.
yang berpuas hati terhadap perkhidmatan
Pembangunan konsultasi dalam program IAB yang disertai
Organisasi
Subbidang KPI Korporat Kaedah Pengukuran KPI
Keberhasilan Utama
OB1: KPI1: Peratus pensyarah yang ditauliahkan setelah
OB1: KPI1: Peratus pensyarah yang mencapai salah satu standard mana-mana kategori Master
ditauliahkan mana-mana kategori Master Trainer
Trainer
Master Trainer OB1: KPI2: Bilangan pegawai KPM yang OB2: KPI2: Bilangan pegawai KPM yang ditauliahkan mana-
ditauliahkan mana-mana kategori Master mana kategori Master Trainer
Trainer *** Pegawai KPM ialah SIP+ dan SISC+
OB1: KPI3: Bilangan pentaksir Master OB2: KPI3: Bilangan pentaksir mana-mana kategori Master
Trainer yang bertauliah Trainer yang bertauliah (Certified Master Trainer / Certified
Master Coach)
48 02/10/2018 19:03:11
PIK 2 Okt.indd 48
PELAN INDUK KECEMERLANGAN IAB 2017-2021
KAEDAH PENGUKURAN PETUNJUK PRESTASI UTAMA (KPI)
Subbidang KPI Korporat Kaedah Pengukuran KPI
Keberhasilan Utama
OB1: KPI1: Bilangan penyelidikan OB1: KPI1: Bilangan penyelidikan, artikel, dan kertas konsep yang
dijalankan oleh pensyarah IAB sama ada di peringkat organisasi,
kebangsaan atau antarabangsa
Penyelidikan dan OB1: KPI2: Bilangan aktiviti OB1: KPI2: Bilangan aktiviti perkongsian ilmu penyelidikan (kursus
Pembangunan perkongsian ilmu penyelidikan / bengkel / seminar / kolokium / PLC) di peringkat dalam dan luar
organisasi (daerah / negeri / kebangsaan / antarabangsa) secara
individu dan/atau kolaboratif
OB2: KPI1: Bilangan model OB2: KPI1: Bilangan model watan yang dihasilkan melalui
watan dihasilkan penyelidikan yang telah dilaksanakan
Subbidang KPI Korporat Kaedah Pengukuran KPI
Keberhasilan Utama
OB1: KPI1: Bilangan program OB1: KPI1: Peningkatan bilangan program kolaboratif
Jaringan dan Kolaboratif kolaboratif dilaksanakan dilaksanakan.
OB2: KPI1: Bilangan pakar OB2: KPI1: Peningkatan bilangan pakar mengikut
mengikut pengkhususan/negara pengkhususan/negara dalam bidang kepimpinan dan
dalam bidang pengurusan dan pengurusan pendidikan.
kepimpinan pendidikan.
Subbidang KPI Korporat Kaedah Pengukuran KPI
Keberhasilan Utama OB1: KPI1: Bilangan bahan teks digital yang dimuat naik
OB1: KPI2: Bilangan bahan audio visual yang dimuat naik
Pengurusan OB1: KPI1: Bilangan bahan teks digital OB2: KPI1: Bilangan bahan terbitan IAB
Pengetahuan yang dimuat naik
OB1: KPI2: Bilangan bahan audio visual
digital
OB2: KPI1: Bilangan bahan terbitan IAB
dalam bidang pengurusan dan kepimpinan
pendidikan
PIK 2 Okt.indd 49 49
02/10/2018 19:03:14
PELAN INDUK KECEMERLANGAN IAB 2017-2021
KAEDAH PENGUKURAN PETUNJUK PRESTASI UTAMA (KPI)
Subbidang KPI Korporat Kaedah Pengukuran KPI
Keberhasilan OB1: KPI1: Tahap kepuasan pekerja berada pada skala 4
OB1: KPI1 : Tahap kepuasan bekerja warga
Utama IAB
OB2: KPI1 : Indeks Akauntabiliti Pengurusan OB2: KPI1 : Berdasarkan indeks akauntabiliti yang dicapai oleh
PENGUPAYA Kewangan IAB setiap cawangan.
OB3: KPI1 : Peratus latihan yang OB3: KPI1 : Peratus pelaksanaan latihan (Seminar/
dilaksanakan bagi meningkatkan kompetensi Persidangan/Kursus/Bengkel
PPP, PKP dan AKP
OB4: KPI1 : Peratus Skor Kepuasan OB4: KPI1 : Menggunakan borang kajian secara online yang
Pelanggan (warga IAB) berpuashati berkaitan akan diedarkan kepada warga IAB pada November setiap
sistem infostruktur IAB tahun.
50 02/10/2018 19:03:18
PIK 2 Okt.indd 50