28 kemas-serak✅
29 garau-lunak✅
30 parau-merdu✅
PASANGAN KATA GANDA BERENTAK/BERIMA
1 comot-momot
2 herot-berot
3 kacau-bilau/balau
4 desas-desus
5 kotak-katik
6 gelap-gelita
7 terang-benderang
8 saudara-mara
9 lintang-pukang
10 kusut-masai
11 compang-camping
12 bukat-likat
13 porak-peranda
14 hiruk-pikuk
15 riuh-rendah
Perkataan seperti
> kalangan
> kumpulan
> rombongan
> gerombolan
> barisan
> deretan
> jemaah
> sekawan
> rangkaian
> gugusan
dan banyak lagi perkataan seperti ini merupakan perkataan yang sudah terkandung makna
`banyak’, yakni melibatkan lebih daripada satu orang, benda, perkara dan sebagainya.
Kita selalu tersilap kerana menggandakan perkataan-perkataan yang mengikutnya.
Contohnya:
1. … sekawan burung-burung …❎
… sekawan burung … ☑
2. ... sekumpulan pelajar-pelajar sekolah rendah … ❎
... sekumpulan pelajar sekolah rendah … ☑
3. Senarai nama-nama peserta ...❎
Senarai nama peserta ... ☑
FORMULA TATABAHASA
Jom, pilih jawaban yang persis!
Tandakan sama ada (✔) atau ( X )
1. pecahan
1. dua setengah kilogram ( )
2. dua kilogram setengah ( )
3. tiga setengah minit ( )
4. tiga minit setengah ( )
5. lima liter suku ( )
6. tiga suku jam ( )
7. tiga jam suku ( )
2. ayat pasif (kata ganti nama Pertama, Kedua & Ketiga)
1. Roti itu dimakan oleh saya. ( )
2. Roti itu saya makan. ( )
3. Roti itu kamu makan. ( )
4. Roti itu dimakan olehnya. ( )
5. Roti itu mereka makan. ( )
6. Roti itu dimakan oleh mereka. ( )
3. membuat / berbuat
1. Jangan membuat bising. ( )
2. Jangan berbuat bising. ( )
3. Jangan bising. ( )
4. berbuat begitu ( )
5. membuat begitu ( )
6. berbuat demikian ( )
4. antara / di antara )
1. Antara hobi saya termasuklah membaca buku. ( )
2. Di antara Siti dengan Ziana Zain, siapakah lebih terkenal? (
3. Rumahku terletak di antara tingkat satu dengan tingkat tiga. ( )
4. Fatihah duduk di antara Julia dengan Mariam. ( )
5. Antara alat tulis yang dibelinya ialah pensel, pembaris dan pena. ( )
5. di dalam / dalam
1. di dalam ingatannya ( )
2. dalam peperiksaan ( )
3. di dalam bilik ( )
4. dalam mesyuarat ( )
5. di dalam hatinya ( )
6. ialah / adalah
1. Ramli ialah abang saya. ( )
2. Ramli adalah abang saya. ( )
3. Mesyuarat itu adalah dari pukul 08:00 pagi hingga 10:00 pagi. ( )
4. Punca pencemaran adalah seperti pembuangan toksik oleh pihak kilang. ( )
5. Hobi saya adalah bermain catur. ( )
7. ________ jangan
1. Harap jangan merokok. ( )
2. Sila jangan merokok. ( )
3. Tolong jangan merokok. ( )
4. Usah jangan merokok. ( )
5. Jangan / Usah merokok. ( )
8. meN- … -i / meN- … -kan
1. menasihati Ali ( )
2. menasihatkan Ali ()
3. menghidangkan tetamu ( )
4. menghidangkan nasi lemak ( )
5. menaiki bendera ( )
6. menaikkan bendera
9. di- … -i / di- … -kan
1. Pingat kecemerlangan dihadiahkan kepada Fatimah. ( )
2. Fatimah dihadiahkan pingat kecemerlangan. ( )
3. Fatimah dihadiahi pingat kecemerlangan. ( )
4. Menteri itu dianugerahkan pingat kebesaran. ( )
5. Pingat kebesaran dianugerahkan kepada menteri itu. ( )
10. memper / memper- … -kan
1. memperdalamkan lubang itu ( )
2. memperdalam lubang itu ( )
3. mendalamkan lubang itu ( )
4. memperkatakan hal itu ( )
5. memperkata hal itu ( )
6. mempermain hatinya ( )
11. memperisterikan / memperisteri / memperhambakan
1. Pak Abu memperisterikan gadis desa. ( )
2. Pak Abu memperisteri gadis desa. ( )
3. Pak Abu memperisterikan anak lelakinya dengan gadis desa. ( )
4. Pak Abu memperisteri anak lelakinya dengan dengan gadis desa. ( )
5. Pak Abu mempersuamikan anak daranya dengan pemuda desa. ( )
6. Hang Jebat memperhambakan dirinya kepada Sultan Melaka. ( )
12. meN- … -kan
1. Nurul membuatkan ibu secawan teh. ( )
2. Nurul membuat ayah secawan teh. ( )
3. Kakak menjahitkan ibunya sepasang baju kurung. ( )
4. Kakak menjahit ibunya sepasang baju kurung.( )
5. Kakak menjahit sepasang baju kurung untuk ibunya. ( )
13. kata bilangan ber dan -an
1. berpuluh tahun ( )
2. berpuluh-puluh tahun ( )
3. beribu-ribu penonton ( )
4. beribu penonton ( )
5. ribuan penonton ( )
14. kata bilangan ke
1. kedua-dua anaknya ()
2. kedua anaknya ( )
3. anaknya yang kedua ( )
4. ketiga-tiga ekor kucing itu ()
5. ketiga-tiga kucing itu ( )
15.kata bilangan
1. semua murid-murid ()
2. semua murid ( )
3. para murid ( )
4. semua kanak-kanak ( )
5. banyak budak ( )
16. ramai / banyak ()
1. Ramai pelanggan di pasar raya itu. ( )
2. Banyak pelanggan di pasar raya itu. ( )
3. Ramai orang menonton konsert nasyid itu. ( )
4. Orang ramai menonton konsert nasyid itu.
5. Ustaz Aqil Hayy mempunyai banyak peminat. ( )
6. Singapura ialah bandar perniagaan yang ramai. ( )
7. Encik Ramli pun hanya ramai dalam hati sendiri. ( )
17. meN-…-kan / ber
1. Cikgu Norida menceritakan tentang pengalamannya. ( )
2. Cikgu Norida menceritakan pengalamannya. ( )
3. Cikgu Norida bercerita tentang pengalamannya. ( )
4. Hambali sentiasa memikirkan masalah dirinya. ( )
5. Hambali sentiasa berfikir masalah dirinya. ( )
18. kata bantu dalam ayat pasif kata ganti 1
1. Wau itu akan saya buat. ( )
2. Wau itu saya akan buat. ( )
3. Surat itu telah saya tulis. ( )
4. Surat itu saya telah tulis. ( )
5. Orang gila itu pernah kamu lihat? ( )
19. sebab / kerana / oleh sebab / oleh kerana
1. Jalil tidak datang ke sekolah sebab demam. ( )
2. Jalil tidak datang ke sekolah kerana demam. ( )
3. Jalil tidak datang ke sekolah oleh sebab demam. ( )
4. Jalil tidak datang ke sekolah oleh kerana demam. ( )
5. Oleh sebab demam, Jalil tidak datang ke sekolah. ( )
20. kata ganti ia
1. Saya ada seekor kucing. Ia bernama Si Comel. ( )
2. Saya ada seekor kucing yang bernama Si Comel. ( )
3. Kamus itu sangat mahal. Ia berharga RM60.00. ( )
4. Bersikap rajin amat penting kerana ia menjamin kejayaan. ( )
5. Kereta Savvy buatan Malaysia. Ia sangat murah. ( )
21. ayat pasif
1. Kuih itu dimakan oleh bapa. ( )
2. Kuih itu dimakan bapa. ( )
3. Kuih itu bapa makan. ( )
4. Kuih itu termakan oleh bapa. ( )
5. Kuih itu termakan bapa. ( )
6. Kuih itu kena makan oleh bapa. ( )
7. Kuih itu kena makan bapa. ( )
8. Pencuri itu tertangkap polis. ( )
9. Pencuri itu kena tangkap polis. ( )
10. Dia basah kuyup kerana kehujanan. ( )
11. Saya tertarik dengan keindahan tasik itu. ( )
12. Saya tertarik oleh keindahan tasik itu. ( )
22. Tanda - (sengkang @ sempang)
1. 1950an ( )
2. 1950-an ( )
3. 1950 - an ( )
4. lima puluhan ( )
5. lima puluh an ( )
6. antidadah ( )
7. pro-Israel ( )
8. pro-kerajaan ( )
8. prokerajaan ( )
23. lain
1. masalah-masalah lain ( )
2. lain-lain masalah ( )
3. perkara-perkara lain ( )
4. lain-lain perkara ( )
5. hal-hal lain ( )
6. masalah lain ( )
7. perkara lain ( )
8. hal lain ( )
24. akan
1. menyayangi akan anaknya ( )
2. sayang akan anaknya ( )
3. sayangkan anaknya ( )
4. merindui ibunya ( )
5. rindu akan anaknya ( )
25. saling
1. Daud dan Arif saling kejar-mengejar. ( )
2. Daud dan Arif saling mengejar. ( )
3. Daud dan Arif kejar-mengejar. ( )
4. Perompak dan anggota polis itu saling menembak. ( )
5. Perompak dan anggota polis itu tembak-menembak. ( )
26. kata ganda bagi imbuhan pinjaman
1. juru-juruterbang ( )
2. juruterbang-juruterbang ( )
3. olahragawan-olahragawan ()
4. olah-olahragawan ( )
5. anak angkat-anak angkat ( )
6. anak-anak buahnya ( )
27. kata ganda bagi kata nama
1. guru-guru besar ( )
2. guru besar-guru besar ( )
3. guru besar-besar ( )
4. alat-alat tulis ( )
5. alat tulis-alat tulis ( )
28. kata penguat bebas
1. sangat cantik ( )
2. cantik sangat ( )
3. amat kejam ( )
4. kejam amat ( )
5. bijak sungguh ( )
6. sungguh bijak ( )
29. sekali
1. KLCC tertinggi sekali. ( )
2. KLCC tertinggi. ( )
3. KLCC tinggi sekali. ( )
4. KLCC paling tinggi sekali. ( )
5. KLCC tinggi sekali. ( )
30. ku / kau / mu
1. Buku itu telah kuambil. ( )
2. Buku itu telah kumengambil. ( )
3. Ke mana kaupergi tadi? ( )
4. Itu adik kau? ( )
5. Kau sakitkah? ( )
31. kah
1. Siapakah nama saudari? ( )
2. Siapa nama saudari? ()
3. Nama saudari siapa? ()
4. Nama saudari siapakah? ( )
5. Yang manakah basikal kamu? ( )
6. Cikgu Ali sudah datangkah? ( )
7. Cikgu Ali sudah datang? ( )
8. Sudah datangkah Cikgu Ali? ( )
32. baharu / baru
1. Abu Bakar memakai baju baharu. ( )
2. Abu Bakar memakai baju baru. ( )
3. Dia baru sampai pagi tadi. ( )
4. Pengantin baru itu baru sampai dengan kereta baru. ( )
5. Baru-baru ini, terdapat kes ragut di desa saya. ( )
33. apa / apa-apa / mana / mana-mana / bila-bila / siapa-siapa
1. Saya tidak tahu apa yang berlaku. ( )
2. Saya tidak tahu apa-apa yang berlaku. ( )
3. Kami tidak ke mana-mana semalam. ( )
4. Kami tidak ke mana semalam. ( )
5. Datanglah ke rumah saya bila ada masa. ( )
34. ber-…-kan / ber
1. Pengemis itu tidur bertilamkan surat khabar lama. ( )
2. Pengemis itu tidur bertilam surat khabar lama. ( )
3. Pengemis itu tidur bertilamkan dengan surat khabar lama. ( )
4. Pelayar itu mencari jalan berpandukan peta. ( )
5. Ayah tidur berbantalkan dengan lengan. ( )
35. belaka
1. Baju itu murah-murah belaka. ( )
2. Baju-baju itu cantik-cantik belaka. ( )
3. Mereka bijak-bijak belaka. ()
4. Mereka bijak belaka. ()
36. daripada … kepada / dari … ke
1. Markah Bahasa Melayunya telah meningkat dari 80% ke 90%. ( )
2. Markah Bahasa Melayunya telah meningkat daripada 80% kepada 90%. ( )
3. Harga petrol telah naik daripada RM1.00 kepada RM1.10 seliter. ( )
4. Harga petrol telah naik dari RM1.00 kepada RM1.10 seliter. ( )
5. Jarak dari Tapah ke Slim River ialah 50km. ( )
37. boleh / dapat
1. Kamu boleh balik setelah menyiapkan kerja itu. ( )
2. Selepas kakinya sembuh, dia boleh menunggang basikal. ( )
3. Dia boleh menjawab soalan itu dengan tepat. ( )
4. Dia dapat menjawab soalan itu dengan tepat. ( )
5. Apabila membaca surat khabar, kita boleh mengetahui pelbagai berita terkini. ( )
38. kata bantu
1. Saya belum pernah makan durian. ( )
2. Adik Lily masih belum bersekolah. ( )
3. Karim masih sedang menulis surat. ( )
4. Yati sudah pernah melawat Jepun. ( )
5. Kok sedang hendak ke pasar. ( )
39. sekalian ()
1. Para hadirin sekalian, ()
2. Hadirin sekalian, ()
3. Hadirin yang dihormati,
4. Hadirin yang dihormati sekalian, ( )
5. Tuan-tuan dan puan-puan, ()
6. Hadirin yang saya hormati, ()
7. Hadirin yang saya hormati sekalian, ( )
40. hanya / sahaja
1. Lamin berada di Ipoh hanya seminggu sahaja. ( )
2. Lamin berada di Ipoh hanya seminggu. ( )
3. Lamin berada di Ipoh seminggu sahaja. ( )
4. Hanya Shi Mei yang lulus ujian itu. ( )
5. Shi Mei sahaja yang lulus ujian itu. ( )
6. Hanya Shi Mei sahaja yang lulus ujian itu. ( )
41. Frasa (hukum D-M)
1. alat penghawa dingin ( )
2. alat hawa dingin ( )
3. alat pendingin hawa ( )
4. alat penyaman udara ( )
42. Ejaan
1. nasionalisma ()
2. nasionalisme ()
3. plasma ( )
4. plasme ( )
5. patriotisme ( )
43. kata ganti kami sekeluarga / kami semua / kita
1. Saya dan keluarga akan berkelah di Teluk Batik. ( )
2. Kami sekeluarga akan pergi esok. ( )
3. Saya dan keluarga akan berkelah di Teluk Batik. ( )
4. Kami akan pergi esok. ( )
5. Kami semua akan berkelah di Teluk Batik. ( )
6. Kami akan berkelah di Teluk Batik. ( )
7. Kita semua haruslah bekerjasama. ( )
44. kata ganti di / ke
1. Mereka sudah sampai di Tapah. ( )
2. Mereka sudah sampai ke Tapah. ( )
3. Apabila mereka tiba di tepi pantai, mereka pun membina khemah. ( )
4. Apabila mereka tiba ke tepi pantai, mereka pun membina khemah. ( )
5. Kami akan pergi ke sana sebentar lagi. ( )
6. Kami membuang sampah di dalam tong sampah. ( )
45. kata kerja khusus
1. menengok televisyen ( )
2. menonton televisyen ( )
3. memotong getah ( )
4. menoreh getah ( )
5. menggantung baju di ampaian ( )
46. manakala / sementara
1. Ibu menanak nasi sementara kakak saya menyiang ikan. ( )
2. Ibu menanak nasi manakala kakak saya menyiang ikan. ( )
3. Azmi membaca buku sementara menunggu bapanya pulang. ( )
4. Sementara menunggu bapanya pulang, Azmi membaca buku. ( )
8. Danny menyapu sampah manakala Halim mencuci tandas. ( )
47. atas / di atas
1. Terima kasih atas pertolongan saudara. ( )
2. Terima kasih di atas pertolongan saudara. ( )
3. Tahniah di atas kejayaan kamu. ()
4. Buku kamu ada di atas meja itu. ()
5. Burung berterbangan di atas awan. ( )
48. kata tanya dalam ayat penyata
1. Saya tidak tahu siapa namanya. ( )
2. Saya tidak tahu namanya. ( )
3. Polis akan menangkap siapa yang mencuri. ( )
4. Saya tidak tahu di mana Cikgu Azizi tinggal. ( )
5. Saya tidak tahu tempat tinggal Cikgu Azizi . ( )
49. kata nafi tidak / bukan
1. Dia bukan abang saya. ( )
2. Komputer ini bukan berat.( )
3. Soalan ini bukan sukar. ( )
4. Soalan ini tidak sukar. ( )
5. Gillian tidak suka bermain bola sepak. ( )
50. mempunyai / terdapat / ada
1. Sekolah saya mempunyai sebuah padang. ( )
2. Sekolah saya terdapat sebuah padang. ( )
3. Sekolah saya ada sebuah padang. ()
4. Semua serangga mempunyai enam kaki. ( )
5. Saya mempunyai empat orang anak. ( )
51. untuk / bagi / demi
1. Itulah satu pengalaman indah untuk saya.( )
2. Itulah satu pengalaman indah bagi saya. ( )
3. Bagi saya, itulah satu pengalaman indah. ( )
4. Pasukan tentera berjuang demi untuk negara. ( )
5. Asrama itu adalah bagi murid tingkatan satu. ( )
52. kata singkatan
1. tak mau = ________________
2. tak tau = ________________
3. nak pi = ________________
4. mak saya = ________________
5. tuk saya = ________________
6. dah tau = ________________
7. kak saya = ________________
8. tak nak = ________________
9. keta tu = ________________
10. mai sini = ________________
53. adakah / apakah
1. Adakah kamu sakit? ( )
2. Apakah kamu sakit? ( )
3. Apakah nama haiwan itu? ( )
4. Adakah yang ada di dalam kotak itu? ( )
5. Apakah yang terjadi? ( )
54. dan sebagainya / dan lain-lain lagi
1. Nelayan itu mendapat banyak ikan seperti ikan pari, ikan parang dan sebagainya. ( )
2. Nelayan itu mendapat banyak ikan seperti ikan pari, ikan parang dan lain-lain lagi. ( )
3. Kamus, buku rujukan, buku cerita dan lain-lain lagi ada di dalam perpustakaan itu. ( )
4. Kamus, buku rujukan, buku cerita dan sebagainya ada di dalam perpustakaan itu. ( )
5. Buah-buahan tidak bermusim adalah seperti nanas, ciku, pisang dan lain-lain lagi. ( )
55. kata adjektif raya
1. pasar raya ( )
2. pasaraya ( )
3. bandar raya ( )
4. Bandaraya Kuala Lumpur ( )
5. Bandar Raya Kuala Lumpur ( )
6. Bandaraya Ipoh ( )
7. pilihanraya ( )
8. jalan raya ( )
9. hari raya ( )
10. lebuhraya ( )
56. hukum D-M goreng
1. Saya suka goreng pisang. ( )
2. Saya suka pisang goreng. ( )
3. Tolong goreng pisang itu. ( )
4. Goreng pisang itu digoreng oleh ibu saya. ( )
5. Saya suka menggoreng pisang. ( )
57.kata sendi kepada / ke
1. memberitahu kepada Cikgu Siti ( )
2. memberitahu Cikgu Siti ( )
3. melancong ke Kuala Lumpur ()
4. melaporkan kepada pihak polis ( )
58. kata penguat ter
1. Dia tersangat nakal. ( )
2. Dia sangat ternakal. ( )
3. Baju itu amat termahal. ( )
4. Baju itu amat mahal. ( )
5. Baju itu termahal. ( )
59. kata sendi berpasangan ke … ke / untuk ... untuk / di … di
1. Saya tidak tahu sama ada dia ke Ipoh atau ke Johor. ( )
2. Saya tidak tahu sama ada dia ke Ipoh atau Johor. ( )
3. Hadiah ini adalah untuk ibu bukan ayah. ( )
4. Hadiah ini adalah untuk ibu bukan untuk ayah. ( )
5. Kami tidak pasti sama ada kakak kamu ada di kantin atau perpustakaan.
60. se … / se ... se
1. dari masa ke semasa ( )
2. dari semasa ke semasa ( )
3. dari masa ke masa ( )
4. dari hari ke hari ()
5. dari hari ke sehari ()
61. kata bilangan setengah / sesetengah
1. Setengah orang tidak suka akan durian. ( )
2. Sesetengah orang tidak suka akan durian. ( )
3. Setengah-setengah orang tidak suka akan durian. ( )
4. Setengah-tengah orang tidak suka akan durian. ( )
5. Setengah daripada sebuku roti itu dimakan Arif. ( )
62. beberapa / berapa
1. Beberapa orang murid telah menyertai kursus itu. ( )
2. Beberapa murid telah menyertai kursus itu. ( )
3. Berapa orang murid telah menyertai kursus itu. ( )
4. Berapa orang muridkah telah menyertai kursus itu? ( )
5. Beberapa hari yang lalu, saya tidak sihat. ( )
63. hukum D-M
1. bas mini ()
2. mini bas ( )
3. sos cili ( )
4. cili sos ( )
5. Aminah Kedai Jahit ()
64. hukum D-M
1. ayam telur ( )
2. telur ayam ( )
3. ayam daging ( )
4. daging ayam ( )
5. telur kuning ( )
6. kuning telur ( )
65. Kata Nama Am @ Kata Nama Khas
1. Bahasa Melayu ( )
2. bahasa Melayu ( )
3. berbahasa Melayu ( )
4. berBahasa Melayu ( )
66. bahasa pasar
1. bapa kereta ( )
)
2. kereta bapa ( )
)
3. saya punya wang (
4. saya punya abang (
67. kata ganda separa + ber- … -an
1. dedaun berguguran ()
2. daun berguguran ( )
3. lelayang bergantungan ( )
4. layang-layang bergantungan ( )
5. kekacang bertaburan ( )
68. kata sendi selain )
1. Selain daripada mengaji, dia juga terpaksa mengulang kaji hari ini. (
2. Selain dari mengaji, dia juga terpaksa mengulang kaji hari ini. ( )
3. Selain mengaji, dia juga terpaksa mengulang kaji hari ini. ( )
4. Kita mestilah rajin. Selain itu, kita haruslah berani. ( )
5. Kita mestilah rajin. Selain dari itu, kita haruslah berani. ( )
69. KKT menghiaskan / menghiasi / mengotori / mengotorkan
1. Mereka sedang menghiaskan pentas itu. ( )
2. Mereka sedang menghiasi pentas itu. ( )
3. Pelbagai bunga menghiaskan pentas itu. ( )
4. Pelbagai bunga menghiasi pentas itu. ( )
5. Adik mengotori lantai itu. ( )
70. penjodoh bilangan ()
1. se__________ pemadam ()
2. se__________ tali leher ()
3. se__________ jam dinding ()
4. sepuluh butir telur ayam ()
5. lima buah rumah-rumah
71. kata penegas sahaja, juga, lagi
1. Rumah saya rumah batu juga. ( )
2. Rumah saya juga rumah batu. ( )
3. Gadis itu tersenyum sahaja. ( )
4. Gadis itu sahaja tersenyum. ( )
5. Haji Ali ke Makkah lagi. ( )
72. kata penguat + kata ganda berentak
1. Rambut Afiqah sangat kusut-masai. ( )
2. Rambut Afiqah kusut-masai. ( )
3. Suasana di pasar malam itu sungguh riuh-rendah. ( )
4. Suasana di pasar malam itu riuh-rendah.( )
5. Jalan raya ke Cameron Highlands bengkang-bengkok. ( )
73. kata jamak berkali-kali / berulang kali
1. Ali menggeleng-geleng kepalanya berkali-kali kerana tidak bersetuju. ( )
2. Ali menggeleng-geleng kepalanya kerana tidak bersetuju. ( )
3. Ali menggeleng kepalanya berkali-kali kerana tidak bersetuju. ( )
4. Ramli mengangguk-angguk berulang kali. ( )
5. Ramli mengangguk berulang kali. ( )
74. ejaan dia / dai
1. diari ( )
2. dairi ( )
3. dailek ( )
4. dialek ( )
5. dailog ( )
6. dialog ( )
75. kata sendi di / pada
1. Ada setompok darah di bajunya. ( )
2. Ada setompok darah pada bajunya. ( )
3. Doktor membalut luka pada kakinya. ( )
4. Doktor membalut luka di kakinya. ( )
5. Jangan bersandar di dinding itu. ( )
76. ayat songsang
1. Sedang membaca buku murid itu. ( )
2. Tertidur Mawi di situ. ( )
3. Sungguh besar sekolah itu. ( )
4. Ke Makkah lagi Haji Ali. ( )
5. Ke Ipoh Cikgu Haslina pagi tadi. ( )
77. menjalani / menjalankan
1. Doktor Tan sedang menjalankan pembedahan itu. ( )
2. Doktor Tan sedang menjalani pembedahan itu. ( )
3. Tan sedang menjalani pembedahan itu. ( )
78. kata ganti di / beliau
1. Ketua Kelas 3 Arif ialah Ali. Dia baik hati. ( )
2. Ketua Kelas 3 Arif ialah Ali. Beliau baik hati. ( )
3. Amalina murid terbaik SPM. Dia memang rajin. ( )
4. Amalina murid terbaik SPM. Beliau memang rajin. ( )
5. Amalina murid terbaik SPM. Ia memang rajin. ( )
79. frasa Guru Besar / guru besar
1. Bapa saya Guru Besar. ( )
2. Bapa saya Guru Besar di SK Gunung Rapat. ( )
3. Semua guru besar sedang bermesyuarat. ( )
4. Semua guru penolong kanan sedang bermesyuarat. ( )
5. Guru Penolong Kanan Kokurikulum sekolah saya baik hati. ( )
80. kata bilangan + penjodoh bilangan
1. sebahagian orang murid ( )
2. sebahagian murid ()
3. segala ekor binatang ( )
4. segala binatang ()
5. setiap orang rakyat ()
81. kata hubung agar / supaya / jika / sekiranya
1. Saya berdoa agar supaya Fatin berjaya. ( )
2. Saya berdoa supaya Fatin berjaya. ( )
3. Saya berdoa agar Fatin berjaya. ( )
4. Jika sekiranya saya terlupa, tolong hubungi saya. ( )
5. Jika saya terlupa, tolong hubungi saya. ( )
6. Sekiranya saya terlupa, tolong hubungi saya. ( )
82. kata panggilan
1. Itu Pak Cik Azizi. ( )
2. Itu pak cik Azizi. ( )
3. Itu Cikgu Azizi. ( )
4. Itu pak cik Azizi. ( )
83. kata panggilan penegas ()
1. Para pelajar yang dikasihi, … ()
2. Hadirin yang dihormati, … ()
3. Murid yang saya kasihi, … ()
4. Hadirin yang saya hormati, …
84. penulisan judul / tajuk
1. Lawatan Sambil Belajar Ke Kota Bharu ( )
2. Lawatan sambil belajar ke Kota Bharu ( )
3. Lawatan Sambil belajar ke Kota Bharu ( )
4. Lawatan sambil Belajar ke Kota Bharu ( )
5. Lawatan Sambil belajar ke kota bharu ( )
6. Lawatan Sambil belajar ke Kota bharu ( )
7. Lawatan sambil Belajar ke Kota bharu ( )
85. darjah penghabisan kata adjektif
1. Ali ialah murid yang terpandai di kelasnya. ( )
2. Ali ialah murid yang paling pandai di kelasnya. ( )
3. Suara penyanyi itu teramat merdu. ( )
4. Kulit penceramah itu sungguh gelap sekali. ( )
5. Bisa gigitannya sungguh amat pedih. ( )
6. Suara pemidato itu sangat lantang nian. ( )
7. Ahli perniagaan itu amat terkenal benar. ( )
FUNGSI –nya DALAM AYAT
Dalam Tatabahasa Dewan (1993), -nya merupakan kata ganti nama diri orang ketiga yang
diletakkan pada akhir kata sahaja. Ganti nama diri ketiga, -nya digunakan apabila kita tidak
mahu menyebut nama orang yang kita bercakap tentangnya sekali atau berulang-ulang kali.
Sebagai contoh:
1. Saya amat simpati akan dirinya.
(Saya sangat simpati akan Aina.)
2. Saya memarahi Ahmad kerana dia telah memecahkan pasunya yang mahal itu.
(Saya memarahi Ahmad kerana dia telah memecahkan pasu dia yang mahal itu.)
Fungsi –nya juga dapat digantikan dengan dia atau beliau. Sebagai contoh:
3. Hantar beg itu kepadanya.
(Hantar beg itu kepada dia/beliau.)
4. Doktor Aliff telah menghantar surat peletakan jawatan kepada majikannya.
(Doktor Aliff telah menghantar surat peletakan jawatan kepada majikan beliau.)
Penggunaan –nya yang merujuk kepada Tuhan, ditulis dengan huruf besar dan didahului oleh
tanda sempang (-). Penggunaannya terdapat dalam doa, seperti; 5. “Hanya kepada-Nya
tempat aku mengadu dan bermohon.”
Fungsi –nya sebagai kata tugas dalam Tatabahasa Dewan terdiri daripada kata penekan dan
kata pembenda. –nya sebagai kata penekan memberikan penegasan kepada kata yang
bergabung dengannya. –nya jenis ini juga digolongkan sebagai –nya penegas. Misalnya:
6. Sesungguhnya, budak itu telah difitnah sebelum ini.
7. Pokok kelapa itu nampaknya akan tumbang.
8. Bahawasanya, tuntutan saman itu perlu diteruskan bagi membersihkan nama baik kita.
Kata pembenda menurut Tatabahasa Dewan ialah bentuk kata yang menjadikan sesuatu
perkataan yang bukan daripada kata nama sebagai kata nama. Sebagai contoh –nya sebagai
kata pembenda yang hadir pada akhir kata sifat itu mengubahkan kata sifat itu menjadi kata
nama.
Contohnya:
9. Bukan kepalang rindunya kepadaku.
10. Dia menolak batang kelapa itu dengan kuatnya.
Fungsi –nya pada akhir kata nama membawa makna milik. Contohnya:
11. Kunci keretanya telah hilang.
12. Rumah di atas puncak bukit itu rumahnya.
Penggunaan –nya dalam ayat berfungsi sebagai objek kata kerja transitif.
13. Lebai Musa telah menutupnya dengan papan.
14. Moin telah mengecatnya setelah didesak oleh ibunya.
15. Halim menumbuknya beberapa kali.
Perkataan –nya juga digunakan untuk merujuk kepada perkataan atau perkara yang
dinyatakan sebelumnya. Pada mulanya, Ahmad hanya mengharapkan dia lulus sahaja dalam
peperiksaan itu.
Namun, harapannya bertukar apabila melihat abangnya telah memperoleh ijazah kelas
pertama. Fungsi –nya dapat pula merujuk kepada penyertaan. –nya membawa makna
‘berserta’ atau ‘bersamasama’.
16. Siapakah yang belajar dengannya semalam.
17. Ridzuan sedang bergurau dengannya di depan rumah.
-nya juga menunjukkan manfaat. Ada pihak lain yang mendapat manfaat daripada sesuatu
perbuatan.
18. Sudin menghadiahkan jam tangan yang mahal kepadanya.
19. Ibu memasakkan bubur untuk tetamunya.
Penanda wacana juga menggunakan –nya.
20. Kita mestilah berfikir semasak-masaknya apabila membuat pilihan. Seandainya, kita
salah membuat pilihan, maka musnahlah impian kita.
21. Kesimpulannya, semua pihak perlulah bekerjasama untuk menjayakan wawasan negara.
Kesilapan dalam penggunaan –nya.
1. Kata ganti diri ketiga ia dan nya tidak boleh digabungkan menjadi ‘ianya’.
Contoh:
a. Penagihan dadah dalam kalangan pelajar perlu dibanteras segera kerana
bimbang ianya akan menular. (X)
b. Penagihan dadah dalam kalangan pelajar perlu dibanteras segera kerana
bimbang perbuatan itu akan menular. (√)
2. Ayat yang hendak dipasifkan, bentuk –nya harus digantikan dengan kata atau frasa
nama yang utuh. Binaan ayat tidak dapat diterima, jika –nya tidak digantikan. Rujuki ayat
22 dan 24 di bawah ini.
22. Nya telah ditutup oleh Lebai Musa dengan papan (X)
23. Lubang telah ditutup oleh Lebai Musa dengan papan. (√)
24. Nya telah dicat oleh Moin setelah didesak oleh ibunya. (X)
25. Bilik telah dicat oleh Moin setelah didesak oleh ibunya. (√)
26. Nya ditumbuk oleh Halim beberapa kali. (X)
27. Ahmad ditumbuk oleh Halim beberapa kali. (√)
TOPIK 6 : KATA ADJEKTIF
Kata adjektif ialah kata yang berfungsi untuk menerangkan keadaan atau sifat bagi sesuatu
kata nama atau frasa nama.
Kata adjektif boleh dikenal pasti apabila sesuatu kata itu boleh menerima kata
penguat. Kata penguat ada tiga jenis, iaitu kata penguat hadapan yang hadir sebelum kata
adjektif, kata penguat belakang yang hadir selepas kata adjektif, dan penguat bebas yang
hadir sebelum atau selepas kata adjektif.
Kata Penguat Hadapan Kata Penguat Belakang Kata Penguat Bebas
terlalu, paling, agak, sekali, benar, nian, betul amat, sangat, sungguh
begitu
Contoh ayat: Contoh ayat: Contoh ayat:
• Pokok di belakang • Kelakuan budak- • Pakaian pemuda
rumah budak itu nakal sekali. itu amat kemas.
Rahman terlalu rendang.
• Rumah di atas bukit • Pakaian pemuda itu
• Masakan itu cantik betul. kemas amat.
ibunya paling sedap.
• Pemandangan di situ • Sungai itu
• Lukisan indah nian. dalam sangat.
itu agak cantik.
• Sungai
itu sangat dalam.
1. Frasa Adjektif yang diperluas.
Frasa adjektif yang diikuti oleh frasa sendi apabila diperluas. Contoh
: Saya gemar lagu-lagu Melayu Asli. (X)
Saya gemar akan lagu-lagu Melayu Asli. (√)
Kami benci sikapnya itu. (X)
Kami benci akan sikapnya itu. (√)
2. Bentuk Kata Adjektif
• Kata adjektif tunggal – terdiri daripada satu perkataan. Contohnya : terang, pendek,
gemuk.
• Kata adjektif terbitan - kata adjektif yang menerima imbuhan awalan, sisipan,
akhiran dan apitan.
• Kata adjektif ganda – bermaksud makna keadaan sifat yang menyeluruh (besar-besar,
cantikcantik.)
• Kata adjektif majmuk – rangkaian 2 kata dasar atau lebih yang membawa makna
tertentu. (merah jambu, hijau daun)
3. Kata Adjektif Terbitan
i. Imbuhan Awalan teR-
Awalan ter- pada kata adjektif berfungsi sebagai penjelasan
keadaan perbandingan atau keadaan ‘paling’.
Contoh:
Ali ialah murid yang terkecil di kelas itu. (paling kecil)
Alan ialah murid yang terkacak di kelas itu. (paling kacak)
• Apabila kata adjektif sudah berawalan ‘ter’ maka tidak perlu disertai oleh kata
penguat yang lain.
Contoh:
Zainal mendapat markah paling terbaik. (X)
Zainal mendapat markah terbaik. (√)
Ali mendapat markah paling baik. (√)
• Jika kata adjektif berawalan ter- digunakan, kata penguat belakang tidak boleh hadir.
Contoh :
Stadium inilah yang terbesar sekali. (X)
Stadium inilah yang terbesar. (√)
ii. Imbuhan Awalan se-
Awalan ‘se-‘ dapat menerbitkan kata adjektif yang berfungsi sebagai memberikan
pengertian
‘sama dengan’.
Contoh:
Warna baju itu semerah darah. (sama merah dengan)
Gadis itu secantik bidadari. (sama cantik dengan)
Kata adjektif awalan ‘se-‘ membawa makna ‘sama dengan’ maka tidak perlu diikuti dengan
kata sendi ‘dengan’ Contoh:
Kereta baharunya tidak secantik dengan kereta abang saya. (X)
Kereta baharunya tidak secantik kereta abang saya. (√)
iii. Apitan ke-...-an
Apitan ke-...-an dapat menerbitkan kata adjektif yang mendukung makna menyerupai
sifat atau sama seperti. Oleh itu, penggunaan kata ‘seperti’ sebelum kata adjektif apitan ‘ke-
...-an’ adalah salah.
Contoh:
Matanya seperti kemerah-merahan akibat kurang tidur. (X)
Matanya kemerah-merahan akibat kurang tidur. (√)
Pertuturan pemuda itu seperti kearaban selepas pulang dari Jordan. (X) Pertuturan pemuda
itu kearaban selepas pulang dari Jordan. (√)
Apabila kata adjektif mengalami penggandaan, maka kata nama tidak boleh digandakan lagi
untuk menunjukkan maksud jamak.
Contoh:
Barang-barang yang dijual di kedai itu murah-murah belaka. (X)
Barang yang dijual di kedai itu murah-murah belaka. (√)
Rumus Penggunaan Kata Adjektif dan Kata Penguat.
Rumus Ayat Contoh
sangat Rumah di atas bukit itu sungguh besar
amat + kata adjektif + √ sekali.
sekali sungguh
ter- + kata adjektif √ Razman merupakan murid
yang terpandai di dalam kelasnya.
paling + kata adjektif
√ Bangunan itu paling tinggi di Malaysia.
paling + ter- + kata adjektif X Dialah paling tercantik.
paling + kata X Nora paling ayu sekali.
adjektif + sekali
Darjah Penghabisan
i. se + kata adjektif + gandaan + kata nama Contoh:
a. Setinggi-tinggi gunung, tinggi lagi hasrat kami.
b. Sebijak-bijak budak itu, akhirnya tertipu juga.
c. Faridlah sebaik-baik sahabat yang pernah saya kenali.
ii. ter + kata adjektif Contoh:
a. Aminlah murid yang terpandai di dalam kelas ini.
b. Liza antara gadis yang tercantik di kampong ini.
c. Jambatan Pulau Pinang ialah jambatan yang terpanjang di Asia.
iii. paling + kata adjektif Contoh:
a. Antara adik-beradiknya, Fifilah yang paling cerdik.
b. Kita mesti mencari jalan penyelesaian yang paling baik.
c. Menara Berkembar Petronas ialah bangunan yang paling tinggi di Malaysia.
iv. kata adjektif + sekali Contoh:
a. Perniagaan Encik Sulaiman maju sekali.
b. Sedap sekali ayam goreng ini.
c. Suasana di dalam dewan ini meriah sekali.
v. ter + amat, sangat + kata adjektif Contoh:
a. Raja itu teramat baik terhadap rakyat baginda.
b. P. Ramlee seorang seniman agung yang teramat masyhur.
c. Kek yang tersangat lazat ini pernah saya makan.
d. Shamimi tersangat baik sehingga kami begitu sayang kepadanya.
a. amat, sungguh, sangat + kata adjektif + sekali Contoh:
a. Peserta larian itu amat cergas sekali.
b. Kain songket di kedai itu sungguh halus sekali.
c. Suara penyanyi itu sangat merdu sekali.
Kesilapan kata penguat darjah penghabisan.
SALAH BETUL
paling terbaik sekali baik sekali
paling terbaik paling baik
paling tercantik sekali cantik sekali
paling tercantik paling cantik
paling termasyhur paling masyhur
paling masyhur sekali masyhur sekali
paling terpandai sekali pandai sekali
terindah sekali terindah
terpandai sekali terpandai
tertinggi sekali tertinggi
terendah sekali Terendah
TOPIK 3 : KATA BILANGAN
1. Maksud:
Kata bilangan ialah kata yang digunakan untuk menghitung sesuatu frasa nama :
orang, binatang, benda atau perkara.
2. Contoh Kata bilangan
Jenis Kata Bilangan Contohnya
Kata bilangan tentu Satu, dua, tiga, dan seterusnya Contoh ayat:
Dua ekor kambing.
1. Menunjukkan bilangan
yang tertentu.
2. Boleh diikuti oleh
penjodoh bilangan
Kata bilangan tak tentu. Beberapa, segala, seluruh, sekalian,
(Menunjukkan bilangan yang setengah-setengah, dan sebagainya.
tidak tentu) Contoh ayat: Segala maklumat akan
dikumpulkan.
Kata bilangan pecahan. Suku, setengah, separuh, tiga suku, dan
sebagainya.
(Menunjukkan bilangan
berbentuk pecahan) Contoh ayat: Hanya sepertiga ibu bapa
murid tahun enam yang hadir ke majlis itu.
Kata bilangan pisahan. Setiap, tiap-tiap.
(Menunjukkan bilangan yang Contoh ayat: Setiap orang dikehendaki
berpisah) membayar yuran sekolah dengan segera.
Kata bilangan himpunan. Kedua-dua, ketiga-tiga, berpuluh-puluh,
berminggu-minggu, berbulan-bulan, dan
(Menunjukkan sesuatu sebagainya.
bilangan secara himpunan)
Contoh ayat: Kebun Pak Abu menghasilkan
berpuluh-puluh bakul durian setiap tahun.
Kata bilangan tingkat. Pertama, kedua, ketiga, dan seterusnya.
(Menunjukkan giliran atau Contoh ayat: Abu mendapat tempat ketiga
urutan dalam sesuatu jumlah) sahaja dalam peraduan lukisan.
3. Kesilapan kata bilangan:
a. Tidak meletakkan penjodoh bilangan pada kata nama konkrit yang dibilang
menggunakan kata bilangan tentu.
SALAH BETUL
Tiga motosikal itu berjenama Tiga buah motosikal itu berjenama
Honda. Honda.
Dua ribu telur ayam telah direbus Dua ribu biji telur ayam telah
untuk majlis kenduri. direbus untuk majlis kenduri.
Seratus calon telah menghadiri Seratus orang calon telah
seminar UPSR. menghadiri seminar UPSR.
b. Menggandakan kata nama konkrit yang dibilang dengan kata bilangan tentu yang
membawa maksud jamak (banyak).
SALAH BETUL
Tiga puluh meja-meja di dalam Tiga puluh meja di dalam bilik
bilik darjah kami telah rosak. darjah kami telah rosak.
Empat pekerja-pekerja kilang Empat pekerja kilang terbunuh
terbunuh dalam kemalangan jalan dalam kemalangan jalan raya.
raya.
Lapan ratus pelancong- Lapan ratus pelancong asing
pelancong asing diraikan dalam diraikan dalam majlis yang gilang-
majlis yang gilang-gemilang. gemilang.
c. Menggunakan penjodoh bilangan bagi kata nama konkrit yang dibilang dengan
kata bilangan tak tentu kecuali kata bilangan tak serupa – beberapa.
SALAH BETUL
Amran membeli beberapa buku Amran membeli beberapa buah
cerita. buku cerita. (Tatabahasa Dewan m.s
197)
Para orang peniaga di pasar malam Para peniaga di pasar malam diseru
diseru agar mengutamakan agar mengutamakan kebersihan.
kebersihan.
Sesetengah buah bas persiaran Sesetengah bas persiaran
beroperasi secara haram. beroperasi secara haram.
d. Menggandakan kata nama konkrit yang dibilang dengan kata bilangan tak tentu.
SALAH BETUL
Kebanyakan guru-guru Kebanyakan guru hadir dalam
hadir dalam mesyuarat kurikulum mesyuarat kurikulum sekolah.
sekolah.
Semua surat-surat telah dihantar Semua surat telah dihantar kepada
kepada para tetamu. para tetamu.
Sebahagian daripada pekerja- Sebahagian daripada pekerja warga
pekerja warga asing masuk ke asing masuk ke negara ini secara
negara ini secara haram. haram.
e. Menggunakan kata singkatan kata bilangan himpunan dalam ayat.
SALAH BETUL
Kedua buah pulau di negara ini Kedua-dua buah pulau di negara ini
mempunyai batu karang yang paling mempunyai batu karang yang paling
cantik di dunia. cantik di dunia.
Antara kedua tugas, yang manakah Antara kedua-dua tugas, yang
lebih mudah? manakah lebih mudah?
Berbagai isu-isu dibincangkan Berbagai-bagai isu dibincangkan
dalam mesyuarat Persatuan Ibu dan dalam mesyuarat Persatuan Ibu dan
Bapa. Bapa.
f. Tidak meletakkan penjodoh bilangan pada kata nama konkrit yang dibilang
dengan kata bilangan himpunan.
SALAH BETUL
Ketiga-tiga anak Pak Halim Ketiga-tiga orang anak Pak Halim
menuntut di luar negara. menuntut di luar negara.
Beratus-ratus sate dihidangkan Beratus-ratus cucuk
untuk pelancong dari Jepun. sate dihidangkan untuk pelancong
dari Jepun.
Beribu-ribu cakera padat tiruan Beribu-ribu keping cakera
dirampas dalam operasi pihak padat tiruan dirampas dalam operasi
berkuasa. pihak berkuasa.
g. Penggunaan kata bilangan tak tentu yang sudah membawa maksud jamak.
SALAH BETUL
Para-para petugas di pameran buku Para-para petugas di pameran buku
sedia memberikan bantuan kepada sedia memberikan bantuan kepada
pengunjung. pengunjung.
*Para tidak seharusnya digunakan untuk merujuk kepada golongan yang tidak dihormati
seperti penjahat, pengganas, pengemis, penagih dan penipu.
h. Tidak menggunakan kata bilangan himpunan yang betul.
SALAH BETUL
Berbagai acara diadakan dalam Berbagai-bagai acara diadakan
karnival jualan murah. dalam karnival jualan murah.
Tiap pelanggan yang berkunjung ke Tiap-tiap pelanggan yang
restoran itu pasti berpuas hati berkunjung ke restoran itu pasti
dengan layanan mesra pekerjanya. berpuas hati dengan layanan mesra
pekerjanya.
i. Penjodoh bilangan tidak perlu digunakan untuk menghitung sesuatu kata nama
ukuran, kata nama waktu dan kata nama abstrak yang tertentu.
Peringatan: Kata nama konkrit yang membawa maksud orang seperti mayat tidak
perlu didahului oleh penjodoh bilangan.
SALAH BETUL
Peserta pertandingan pidato diberi Peserta pertandingan pidato diberi
masa lima buah minit sahaja. masa lima minit sahaja.
Beberapa buah bahagian rumah Beberapa bahagian rumah pangsa
pangsa itu telah retak. itu telah retak.
Tiga orang mayat mangsa lemas Tiga mayat mangsa lemas dijumpai
dijumpai terdampar di pantai. terdampar di pantai.
j. Kata bilangan tentu tidak boleh didekatkan dengan kata bilangan.
SALAH BETUL
Harga daging itu lapan setengah Harga daging itu lapan
ringgit sahaja. ringgit setengah sahaja.
Saya menunggu awak sudah dua Saya menunggu awak
setengah jam. sudah dua jam setengah.
TOPIK 3 : KATA BILANGAN
1. Maksud:
Kata bilangan ialah kata yang digunakan untuk menghitung sesuatu frasa nama :
orang, binatang, benda atau perkara.
2. Contoh Kata bilangan
Jenis Kata Bilangan Contohnya
Kata bilangan tentu Satu, dua, tiga, dan seterusnya Contoh ayat:
Dua ekor kambing.
1. Menunjukkan bilangan
yang tertentu.
2. Boleh diikuti oleh
penjodoh bilangan
Kata bilangan tak tentu. Beberapa, segala, seluruh, sekalian,
(Menunjukkan bilangan yang setengah-setengah, dan sebagainya.
tidak tentu) Contoh ayat: Segala maklumat akan
dikumpulkan.
Kata bilangan pecahan. Suku, setengah, separuh, tiga suku, dan
sebagainya.
(Menunjukkan bilangan
berbentuk pecahan) Contoh ayat: Hanya sepertiga ibu bapa
murid tahun enam yang hadir ke majlis itu.
Kata bilangan pisahan. Setiap, tiap-tiap.
(Menunjukkan bilangan yang Contoh ayat: Setiap orang dikehendaki
berpisah) membayar yuran sekolah dengan segera.
Kata bilangan himpunan. Kedua-dua, ketiga-tiga, berpuluh-puluh,
berminggu-minggu, berbulan-bulan, dan
(Menunjukkan sesuatu sebagainya.
bilangan secara himpunan)
Contoh ayat: Kebun Pak Abu menghasilkan
berpuluh-puluh bakul durian setiap tahun.
Kata bilangan tingkat. Pertama, kedua, ketiga, dan seterusnya.
(Menunjukkan giliran atau Contoh ayat: Abu mendapat tempat ketiga
urutan dalam sesuatu jumlah) sahaja dalam peraduan lukisan.
3. Kesilapan kata bilangan:
a. Tidak meletakkan penjodoh bilangan pada kata nama konkrit yang dibilang
menggunakan kata bilangan tentu.
SALAH BETUL
Tiga motosikal itu berjenama Tiga buah motosikal itu berjenama
Honda. Honda.
Dua ribu telur ayam telah direbus Dua ribu biji telur ayam telah
untuk majlis kenduri. direbus untuk majlis kenduri.
Seratus calon telah menghadiri Seratus orang calon telah
seminar UPSR. menghadiri seminar UPSR.
b. Menggandakan kata nama konkrit yang dibilang dengan kata bilangan tentu yang
membawa maksud jamak (banyak).
SALAH BETUL
Tiga puluh meja-meja di dalam Tiga puluh meja di dalam bilik
bilik darjah kami telah rosak. darjah kami telah rosak.
Empat pekerja-pekerja kilang Empat pekerja kilang terbunuh
terbunuh dalam kemalangan jalan dalam kemalangan jalan raya.
raya.
Lapan ratus pelancong- Lapan ratus pelancong asing
pelancong asing diraikan dalam diraikan dalam majlis yang gilang-
majlis yang gilang-gemilang. gemilang.
c. Menggunakan penjodoh bilangan bagi kata nama konkrit yang dibilang dengan
kata bilangan tak tentu kecuali kata bilangan tak serupa – beberapa.
SALAH BETUL
Amran membeli beberapa buku Amran membeli beberapa buah
cerita. buku cerita. (Tatabahasa Dewan m.s
197)
Para orang peniaga di pasar malam Para peniaga di pasar malam diseru
diseru agar mengutamakan agar mengutamakan kebersihan.
kebersihan.
Sesetengah buah bas persiaran Sesetengah bas persiaran
beroperasi secara haram. beroperasi secara haram.
d. Menggandakan kata nama konkrit yang dibilang dengan kata bilangan tak tentu.
SALAH BETUL
Kebanyakan guru-guru Kebanyakan guru hadir dalam
hadir dalam mesyuarat kurikulum mesyuarat kurikulum sekolah.
sekolah.
Semua surat-surat telah dihantar Semua surat telah dihantar kepada
kepada para tetamu. para tetamu.
Sebahagian daripada pekerja- Sebahagian daripada pekerja warga
pekerja warga asing masuk ke asing masuk ke negara ini secara
negara ini secara haram. haram.
e. Menggunakan kata singkatan kata bilangan himpunan dalam ayat.
SALAH BETUL
Kedua buah pulau di negara ini Kedua-dua buah pulau di negara ini
mempunyai batu karang yang paling mempunyai batu karang yang paling
cantik di dunia. cantik di dunia.
Antara kedua tugas, yang manakah Antara kedua-dua tugas, yang
lebih mudah? manakah lebih mudah?
Berbagai isu-isu dibincangkan Berbagai-bagai isu dibincangkan
dalam mesyuarat Persatuan Ibu dan dalam mesyuarat Persatuan Ibu dan
Bapa. Bapa.
f. Tidak meletakkan penjodoh bilangan pada kata nama konkrit yang dibilang
dengan kata bilangan himpunan.
SALAH BETUL
Ketiga-tiga anak Pak Halim Ketiga-tiga orang anak Pak Halim
menuntut di luar negara. menuntut di luar negara.
Beratus-ratus sate dihidangkan Beratus-ratus cucuk
untuk pelancong dari Jepun. sate dihidangkan untuk pelancong
dari Jepun.
Beribu-ribu cakera padat tiruan Beribu-ribu keping cakera
dirampas dalam operasi pihak padat tiruan dirampas dalam operasi
berkuasa. pihak berkuasa.
g. Penggunaan kata bilangan tak tentu yang sudah membawa maksud jamak.
SALAH BETUL
Para-para petugas di pameran buku Para-para petugas di pameran buku
sedia memberikan bantuan kepada sedia memberikan bantuan kepada
pengunjung. pengunjung.
*Para tidak seharusnya digunakan untuk merujuk kepada golongan yang tidak dihormati
seperti penjahat, pengganas, pengemis, penagih dan penipu.
h. Tidak menggunakan kata bilangan himpunan yang betul.
SALAH BETUL
Berbagai acara diadakan dalam Berbagai-bagai acara diadakan
karnival jualan murah. dalam karnival jualan murah.
Tiap pelanggan yang berkunjung ke Tiap-tiap pelanggan yang
restoran itu pasti berpuas hati berkunjung ke restoran itu pasti
dengan layanan mesra pekerjanya. berpuas hati dengan layanan mesra
pekerjanya.
i. Penjodoh bilangan tidak perlu digunakan untuk menghitung sesuatu kata nama
ukuran, kata nama waktu dan kata nama abstrak yang tertentu.
Peringatan: Kata nama konkrit yang membawa maksud orang seperti mayat tidak
perlu didahului oleh penjodoh bilangan.
SALAH BETUL
Peserta pertandingan pidato diberi Peserta pertandingan pidato diberi
masa lima buah minit sahaja. masa lima minit sahaja.
Beberapa buah bahagian rumah Beberapa bahagian rumah pangsa
pangsa itu telah retak. itu telah retak.
Tiga orang mayat mangsa lemas Tiga mayat mangsa lemas dijumpai
dijumpai terdampar di pantai. terdampar di pantai.
j. Kata bilangan tentu tidak boleh didekatkan dengan kata bilangan.
SALAH BETUL
Harga daging itu lapan setengah Harga daging itu lapan
ringgit sahaja. ringgit setengah sahaja.
Saya menunggu awak sudah dua Saya menunggu awak
setengah jam. sudah dua jam setengah.
KATA GANTI NAMA DIRI
1. Maksud :
Kata yang digunakan untuk menggantikan nama orang.
2. Jenis: Terbahagi kepada 3 jenis:
a. Kata Ganti Nama Diri Pertama (penutur).
b. Kata Ganti Nama Diri Kedua (pendengar)
c. Kata Ganti Nama Diri Ketiga (pihak / orang yang diceritakan halnya)
3. Bilangan penutur / pendengar:
a. Tunggal (seorang)
b. Jamak (lebih daripada seorang)
4. Golongan pengguna:
a. Masyarakat Moden
b. Masyarakat Melayu Lama (klasik)
5. Contoh Kata Ganti Nama Diri
a. Kata Ganti Nama Diri Pertama – menggantikan nama diri orang yang bertutur.
Kata Ganti Diri Penggunaannya
Pertama
aku (tunggal) Digunakan apabila bercakap dengan kawan biasa atau
dengan Tuhan (keakraban)
saya (tunggal) Digunakan apabila bercakap dengan seseorang yang
baru dikenali atau dalam suasana rasmi.
hamba (tunggal) Digunakan untuk membahasakan diri sendiri pada
zaman dahulu.
patik (tunggal) Digunakan oleh rakyat apabila bercakap dengan raja
atau sultan.
beta (tunggal) Digunakan oleh raja atau sultan apabila bertitah kepada
rakyat.
kami (tunggal) Digunakan pada diri orang yang berkata serta temannya
apabila bercakap dengan orang kedua.
kita (tunggal) Digunakan pada diri sendiri dengan menyertakan diri
orang kedua.