The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-68068821, 2021-10-03 22:06:58

Buku tazkirah

Buku tazkirah

Ucapan Aluan Tazkirah

‫بـسـم اللـه الــرحـمـن الـرحـيـم‬
‫الـ ًحـ ْمـ ُد لِ ْلـ ِه َر ِب الْـ َعـالَـ ِمـ ْيـ َن َو ِبـ ِه نَـ ْسـ َتـ ِعـ ْيــ َن‬
‫َو الـــ َّصـل َا ُة َو الـ َّسـل َا ُم َعـل َـى َا ْشـ َر ِف ال َأنْـ ِبـيـَـا ِء‬
‫َو الْـ ُمـ ْر َسـ ِلـ ْيـ َن َو َعـلَـى َاِلـَـ ِه َو َصــ ْحـ ِبـ ِه َأ ْجـ َمـ ِعـ ْيـ َن‬
‫َر ِب ا ْشـ َر ْح ِِْل صـ ْد ِري َو يَـ ِسـ ْر ِلـ ْي َأ ْمـ ِر ْي َو أ ْحـلُـ ْل ُعـ ْقـ َدة ًً ِم ْن ِلـ َسـا ِن يَـ ْفـ َقـ ُهـ ْوا قَـ ْوِلـي‬

‫ال َّسـل َا ُم َعـلَـ ْيُُ ْك َو َر ْْ َحـ ُة اللِه َوبَ َركـ ُتـ ُه‬

Terima kasih pengacara majlis,
Yang dihormati Puan Pengetua, Puan Penolong Kanan, Penolong Kanan
HEM, Penolong Kanan Kokurikulum, Guru-Guru Kanan, rakan guru
seperjawatan seterusnya anak didik, pelajar-pelajar sekalian.
Bersyukur kita kepada Allah swt kerana telah memanjangkan usia kita dan
kita dapat bersua pada hari ini.
Pada pagi ini saya ingin berkongsi ilmu dengan warga sekolah khususnya
sekelian yang ada di dalam perhimpunan ini untuk menyampaikan sedikit
tazkirah.

TAZKIRAH 1: KEWAJIBAN MENUNTUT ILMU
Sabda Rasululluh saw :

Menuntut ilmu wajib bagi setiap orang Islam.
Ilmu itu penting dan manusia sangat memerlukan dan berhajat kepadanya.
Ilmu dipelajari sejak dari buaian sehinggalah hingga ke liang lahad. Islam
menyuruh kita menuntut ilmu hingga ke negeri China. Kita disuruh menuntut
ilmu yang halal ke merata tempat Kita disuruh menuntut ilmu fardhu ain iaitu
ilmu agama dan juga ilmu fardhu kifayah seperti matematik, Sains, Geografi
dan lain-lain lagi..

Seseorang yang berilmu sudah tentu akan mencapai
kecemerlangan hidup. Kita akan bebas daripada belenggu kejahilan dan
kemunduran.

Untuk kali ini saya bacakan Nasihat imam Al-Ghazali tentang ilmu
pengetahuan:
“ Belajarlah ilmu pengetahuan, kerana belajar semata-mata kerana Allah
merupakan tanda taqwa, mencarinya adalah ibadat, mentelaahnya
adakah tasbih, menyelidikinya adalah jihad, mengajarkannya kepada yang
tidak mengetahui adalah sedekah dan meyampaikan kepada ahlinya
adalah kebaktian.”

Kata Imam Al- Ghazali lagi,
“Ilmu adalah kawan di waktu sunyi, petunjuk jalan agama, pendorong
ketabahan di kala kekurangan dan kesukaran.”
“Allah meninggikan sesuatu kaum kerana ilmu yang mereka miliki, Allah
jadikan mereka pemimpin, penghulu dan pembimbing yang diikuti
petunjuknya..
Mereka dicontohi, ditirui dan diteladani.”
Kesimpulannya. fahamilah nasihat-nasihat Imam Al-Ghazali di atas mudah-
mudahan kita mendapat pertunjuk hidup di dunia dan di akhirat. Sekian.

Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya,
‘Duduk bersendirian lebih baik dari mendekati orang yang fasiq,
bergaul dengan orang yang soleh lebih baik dari duduk bersendirian’

(Hadis Riwayat Hakim)

TAZKIRAN 2 : KELEBIHAN ORANG BERILMU

Firman Allah swt dalam surah Al-Mujadalah ayat 58

Bermaksud: Dan apabila diminta kamu bangun maka bangunlah,
supaya Allah mengangkatkan orang yang beriman diantara kamu dan orang
yang diberikan ilmu pengetahuan, beberapa darjat dan Allah maha
mengetahui apa yang kamu kerjakan

Orang yang berilmu akan dihormati oleh masyarakat manakala
orang yang tidak berilmu akan dipandang rendah dan tidak akan dimuliakan
oleh Allah

Untuk itu, hari ini saya paparkan kata-kata Saidina Ali r.a tentang
kelebihan ilmu pengetahuan daripada harta benda.

− Ilmu itu pusaka Anbiyak manakala harta itu pusaka Qarun
− Ilmu memelihara kita tetapi harta kita memeliharanya
− Ilmu banyak kawan tetapi harta banyak lawan (seteru)
− Ilmu dibelanja, akan bertambah manakala harta dibelanja

berkurang.
− Ilmu tidak payah dijaga daripada dicuri tetapi harta sukar dijaga

kerana bimbang dicuri.
− Ilmu diseru dengan nama mulia tetapi harta diseru dengan

nama cela
− Ilmu disyafaat di hari Kiamat tetapi harta dihisab
− Ilmu tidak binasa kerana lama tetapi harta sebaliknya
− Ilmu menjadi penerang hati tetapi harta menjadi keras hati

− Ilmu mendakwa menjadi hamba tetapi harta mendakwa menjadi
tuan.

Akhir kata hayatilah apa-apa yang telah disebut tadi, mudah-
mudahan kehidupan kita bahagia di dunia dan di akhirat . Sekian.

Rasullullah s.a.w. bersabda maksudnya.
‘Sesiapa yang membaca surah Yasin dengan ikhlas kerana Allah
maka diampunkan dosa-dosanya yang lalu, maka bacakanlah pada

orang yang akan mati (telah mati)’’
(Hadis Riwayat Baihaqi)

TAZKIRAH 3,: KEBERSIHAN DIRI

Rasulullah saw telah bersabda ‘’ bahawa Allah itu baik dan sukakan
yang baik, bersih sukakan yang bersih-bersih. Baik hati sukakan orang
yang baik hati serta pemurah sukakan orang yang pemurah. Oleh sebab itu
jagalah kebersihan barang-barang kamu dan janganlah kamu menyerupai
cara hidup orang Yahudi.

Hidup baik, rukun damai, sihat dan segar itu adalah suatu yang
unggul dan telah menjadi idaman manusia seluruhnya. Peraturan dan
undang-undang di cipta oleh manusia untuk mencapai matlamat tersebut.
Al-Quran diturunkan oleh Allah swt telah memberi garis panduan yang baik
dan lengkap untuk tujuan itu. Kita dituntut untuk mengikutnya. Sesiapa yang
mengikutnya akan mendapat pembalasan yang sewajarnya di akhirat nanti.

Antara jalan untuk mendapat kebaikan itu ialah berkehidupan baik
dengan cara menjaga diri supaya bersih samada badan, pakaian dan
tempat tinggal atau lain-lainnya. Allah sendiri bersifat baik dan sukakan
kepada orang yang baik dan bersih sebagaimana firmannya dalam surah
Al-Baqarah ayat 222

Bermaksud : “Allah S.W.T.suka kepada orang yang bertaubat dan Allah
S.W.T.suka kepada orang yang bersih”.

Hadis ini juga melarang orang-orang Islam berkelakuan kotor dan
jahat dengan mengikuti cara hidup orang Yahudi .

Oleh itu kita hendalah bercita-cita untuk hidup baik dan berusaha
menjaga diri supaya menjadi bersih, baik hati dan pemurah semoga hidup
kita dalam kebaikan dan diredai oleh Allah. Sekian .

Sabda Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud;
‘’5 jenis dosa yang ada tebusannya iaitu syirik kepada Allah,
membunuh tanpa hak, memfinah terhadap orang mukmin, lari
dari barisan peperangan dan sumpah palsu untuk mengambil

hak orang lain.’
(Hadis Riwayat Ahmad)

TAZKIRAH 4

MAKAN MAKANAN HALAL

Firman Allah S.W.T. dalam Surah Al-Baqarah ayat 172

Ayat di atas bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman!, Makanlah
daripada benda-benda yang baik ( yang halal ) yang telah Kami berikan
kepada kamu”,

Makanan dan minuman adalah sebahagian daripada keperluan hidup
manusia. Kita perlu mengambil makanan yang mengandungi pelbagai
jenis zat yang terdiri daripada karbohidrat, protin dan vitamin.

Pengambilan makanan yang halal, seimbang dan berkhasiat dapat
membantu pertumbuhan badan dan melindungi diri daripada diserang oleh
penyakit. Makanan dan minuman mestilah daripada sumber yang halal
kerana ia memberi kesan kepada pembinaan fizikal kita.

Umat Islam dilarang melibatkan diri dengan minuman arak dan begitu
juga dengan ketagihan dadah. Kedua-dua makanan dan minuman itu
adalah diharam oleh Allah dan sesiapa yang terlibat dengan keduanya
bererti telah melakukan dosa besar.

Sebab kita disuruh makan makanan yang halal,
- Kerana ia dapat membina fizikal kita ke arah sihat sejahtera
- Dapat membina minda kita ke arah memikir perkara yang waras
- Kita inginkan supaya doa kita di makbul oleh Allah.
- Hidup kita berperaturan, ada maruah dan ada imej seorang muslim

sejati.
- Hati kita tenang, hidup kita harmoni, aman dan damai dan

Kesan buruk yang akan menimpa kepada seseorang jika terlibat
dengan makanan yang haram, seperti arak

Mereka sukar menerima ilmu. Hati menjadi liat untuk menerima
hidayah Allah. Doa mereka payah diterima oleh Allah. Mereka hidup dalam
keadaan tidak tenteram. Mereka sering mendapat penyakit. Mereka lalai
menjalankan tanggungjawab kepada Allah, diri dan keluarga.
Kesimpulannya jauhilah diri kita daripada perkara yang dibenci Allah,
mudah- mudahan kita mendapat rahmat dariNya. Sekian.

Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud;
‘’Kamu akan dapati sejahat-jahat manusia itu ialah mereka yang

bermuka dua, datang ke sini dengan satu muka dan ke sana
dengan muka yang lain.’’

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

TAZKIRAH 5

TANGGUNGJAWAB MENGHORMATI GURU

Guru adalah orang yang mengajarkan kita dengan berbagai-bagai
ilmu pengetahuan dan mendidik kita menjadi orang yang berguna pada
masa akan datang. Walau bagaimana tingginya pangkat atau kedudukan
seseorang itu mereka adalah bekas seorang pelajar yang tetap terhutang
budi kepada gurunya yang pernah mendidiknya pada masa dahulu.

Oleh itu Islam mengajar kita supaya menghormati guru dan
memuliakannya sebagaimana kita memuliakan ibu bapa kita.kerana
merekalah menyampaikan ilmu kepada kita untuk kebahagiaan di dunia dan
di akhirat. dan pengganti ibu bapa kita bila di sekolah.
Sabda Rasulullah saw

Maksudnya: Sesiapa yang memuliakan orang alim (guru) sesungguhnya
dia memuliakan TuhanNya.

Cara beradab menghormati guru
− Menurut perintah dan melaksanakan arahan mereka dan

meningglkan perkara-perkara yang melanggar disiplin sekolah
− Memberi tumpuan sepenuhnya bila guru mengajar.
− Belajar bersungguh-sungguh sehingga mencapai kejayaan

cemerlang.
− Mengucap salam setiap kali bertemu guru
− Bercakap dengan penuh sopan santun dan tidak bersikap kasar

dengan guru
− Manis muka dan ceria menerima teguran dan nasihat guru
− Menghargai ilmu yang diberi oleh guru
− Memberi pertolongan ketika mereka memerlukan
− Bertanya khabar apabila bertemu guru di luar kawasan sekolah.

− Menziarahi guru bila hari perayaan atau ketika guru sakit
− Ucapkan tahniah bila guru mendapat kejayaan dan ucapkan tahziah

bila ditimpa musibah.
Akhir kata marilah kita menghayati amalan tersebut mudah-mudahan kita
adalah antara orang yang mulia di sisi Allah swt . Sekian

Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud;
‘‘Sesiapa yang mahu diluaskan rezekinya dan ditundakan
ajalnya maka hendaklah ia menyambungkan hubungan

kekluargaan.’’
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

TAZKIRAH 6
ADAB MEMBERI SALAM

Salam merupakan satu aspek penting dalam pergaulan sesama
muslim. Ia adalah satu ucapan penghormatan yang diucapkan setiap kali
bertemu dengan orang Islam sama ada kita mengenali ataupun tidak.
Sabda Rasulullah S.A.W.

Maksudnya:” seorang sahabat pernah bertanya kepada Rasulullah
S.A.W. “Apakah sifat Islam yang paling baik? Jawab Baginda: Menjamu
makan dan mengucap salam kepada sesiapa yang engkau kenal atau tidak
kenal.”
Sebab kita digalakkan supaya memberi salam ialah

Kerana Ia dapat merapatkan pergaulan. Dapat menguatkan
perpaduan dan sillatur-rahim sesama Islam .

Terdapat beberapa adab salam yang digalakkan kita
mengamalkannya, Antarannya ialah;

− Memberi salam dengan suara yang sedertaha tinggi sekadar untuk
didengar oleh orang yang kita tujukan salam itu atau orang terdekat
jika mereka ramai.

− Orang yang sedikit memberi salam kepada orang yang ramai.
− Memberi salam di tempat yang bersih. Di dalam tandas tidak

diharuskan memberi salam.
− Mengucap salam setiap kali bertemu dan berpisah dan disertai

berjabat tangan.
− Wajib menjawab salam dengan lafaz yang sama atau lafaz yang

lebih baik lagi.
− Orang yang baru datang seharusnya mengucapkan salam terlebih

dahulu.

Budaya ini hendaklah kita latih di mana-mana sahaja kita berada bukan
sahaja disekolah. Mudah-mudahan amalan kita diredhai Allah S.W.T.
.Sekian .

Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud;
‘‘Sesiapa yang ditanya tentang sesuatu ilmu lalu
disembunyikannya, maka orang itu pada hari akhirat kelak

akan dikekang dengan kekangan api neraka.’’
(Hadis Riwayat Abu Daud dan Tarmizi”

TAZKIRAH 7

KEPENTINGAN MENUTUP AURAT

Allah S.W.T. memerintahkan orang yang beriman lelaki dan
perempuan supaya menjaga kehormatan diri serta memelihara aurat
mereka.
Sebagaiman firiman Allah swt Surah At-Taubah ayat 31

.Bermaksud: “ dan katakanlah kepada orang-orang perempuan yang
beriman, suaya mereka menyekat pandangan mereka dan memelihara
kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan
tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka
menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka.

Allah S.W.T. telah menetapkan batas-batas aurat perempuan .
Aurat perempuan yang wajib ditutup bila bersama dengan lelaki bukan
muhram ialah seluruh tubuh badan kecuali muka dan dua tapak tangan.
Aurat lelaki dengan perempuan muhram ialah antara pusat dengan lutut.

Sebab kita disuruh oleh Islam supaya menutup aurat.
− Dapat mengelak daripada berlaku perkara jenayah dan
maksiat
− Dapat menjaga kehormatan diri sebagai muslim sejati.
− Dapat membentuk peribadi mulia, beradab tinggi
− Hidup kita diberkati Allah
− Hati kita tenang dan aman damai

Untuk itu sebagai seorang pelajar Islam yang mempunyai peribadi
muslim sewajarlah bila berada di sekolah memakai pakaian yang menutup
aurat baik semasa pembelajaran di kelas, semasa Pendidikan Jasmani,
sukan, semasa menghadiri dan melaksanakan aktiviti kokurikulum.

Amalan ini hendaklah dihayati sepanjang hayat kita. Mudah-mudahan
dapat menjadi contoh teladan kepada generasi akan datang. Sekian.

Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud;
‘‘Sesiapa yang membaca 100 ayat dari al-Quran pada satu

malam maka akan dicatat pahalanya seperti pahala solat
semalaman.’’

(Hadis Riwayat Ahmad)

TAZKIRAH 8
KITA SEMUA AKAN MATI
Semua kita akan mati sebagaimana firman Allah swt dalam surah Ali Imran
ayat 185

Bermaksud: Tiap-tiap yang hidup pasti akan merasai mati.
Manusia yang paling bijak di sisi Allah bukannya mereka yang

mempunyai Sarjana Muda atau Kedoktoran dalam bidang Perakaunan,
Komputer atau Kejuruteraan tapi mereka yang sentiasa mengingati mati.

Kita hendaklah sedar dan ingat bahawa Izrail tidak mengenal
tempat untuk melaksanakan tugasnya . Ajal maut ditangan Allah. Tidak
kira usia kita muda atau tua dan kita tetap akan dijemputNya. Tapi waktunya
tidak siapa yang tahu

Baginda Rasullullah S.A.W pernah bersabda:
‘’ Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu
kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan
kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya
sehingga sampai kelutut.

Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk
menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka
keluar.

Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik
rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar.

Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan
menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang
dikatakan saat nazak orang itu." Pada saat itu tidak ada apa yang dapat

menolong kita kecuali amal dan kiriman doa saja yang akan mengiringi kita
untuk menemuiNya.

Untuk itu tingkatkan iman dan takwa kita kepada Allah, amal
kebajikan dan sedekah jariah kerana perkara tersebutlah sahaja yang
dapat memberi pertolongan kepada kita semasa sakaratul maut.. Sekian .

Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud;
‘‘Sesiapa yang membaca surah al-Waqiah pada setiap
malam maka ia tidak akan menderita kemiskinan untuk

selamanya.’’
(Hadis Riwayat al-Baihaqi dan Mas’ud)

TAZKIRAH 9
PERSAUDARAAN DAN PERPADUAN DALAM ISLAM

Pengertian hadis
‘’Bandingan orang-orang mukmin tentang cinta- mencintai, kasih

mengasihi dan saling hubung mesra mereka sama seperti satu badan .
Apabila satu anggota daripadanya mengadu sakit maka berajak-ajaklah
semua anggota badan itu sama-sama berjaga malam dan menanggung
derita.’’

Hadis yang saya bacakan tadi mengajar kita hidup dalam masyarakat.
Perhubuangan umat Islam d antara satu sama lain adalah sangat erat sekali
seperti satu tubuh badan. Ini bermakna setiap individu mempunyai
tanggungjawab bersama terhadap saudaranya, rakannya, jirannya, ahli
masyarakatnya. Sekiranya sesuatu kemalangan atau kesusahan menimpa ke
atas mereka maka menjadi tanggungjawab ke atasnya untuk membantu bagi
meringankan kesusahan tersebut.

Aspek-aspek yang menjadi asas perpaduan masyarakat mengikut hadis
ialah kita hendaklah saling cinta mencintai di antara setiap individu muslim Kita
juga hendaklah kasih mengasihi dan saling faham memahami dan berhubung
mesra antara mereka.

Kesan negatif jika kita abaikan pengajaran hadis tersebut. Antaranya
ialah:

− Lahirlah individu yang mengamalkan sikap mementingkan diri sendiri.
Mereka tidak ada hubungan baik dan kemesraan di antara satu sama
lain.

− Lahirlah sifat-sifat keji dalam diri individu tersebut seperti sifat dengki
mendengki, hasut menghasut, menfitnah, mengacum mengadu, angkuh
dan sombong serta bangga dan sebagainya. Tidak ada persefakatan di
kalangan mereka.

Oleh itu kita hendaklah hidup bersatu padu, faham memahami, dan
bantu membantu. Amalkan sifat-sifat mulia untuk mencapai kehormonian
hidup.Hidup harmoni aman dan damai akan diberkati Allah di dunia dan di
akhirat. Sekian .

Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud;
‘‘Sesiapa yang mengasihi sesama manusia nescaya ia

tidak akan dikasihi oleh Allah.’’
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

TAZKIRAH 10
TUJUH DOSA BESAR

Sabda Rasulullah saw: Hendaklah kamu jauhi tujuh perkara yang
membinasakan. Mereka bertanya apa dia wahai Rasulullah? Jawab
baginda, menyekutui Allah, melakukan perbuatan sihir, membunuh seseong
manusia yang dlarang oleh Allah melainkan dengan cara yang dibenarkan,
memakan harta riba, memakan harta anak yatim, cabut lari daripada medan
peperangan dan menuduh perempuan-perempuan yang baik melakukan
zina.

Dalam hadis tersebut telah menyebutkan tujuh perkara yang
membinasakan iaitu menjadi dosa besar jika melakukannya. Iaitu

− melakukan perbuatan syirik.
− Mengamalkan perbuatan sihir,
− Membunuh orang lain dengan sengaja
− Memakan harta riba
− Makan harta anak yatim
− Lari dari medan peperangan iaitu
− Menuduh perempuan soleh melakukan zina.
Kesemua larangan tersebut adalah untuk menjamin wujudnya
keharnonian dan kesejahteraan di dalam sesebuah masyarakat Islam. Kita
disuruh hidup saling bantu membantu, bersefahaman, bertimbangrasa dan
mempunyai sifat peribadi yang baik serta keimanan yang teguh kepada
Allah swt.

Kalau perkara itu tidak ditegah maka sudah tentu akan
menimbulkan kesan-kesan negatif dalam masyarakat seperti penindasan,
permusuhan dan pergaduhan yang akhirnya menyebabkan measyarakat
Islam berpecah belah dan porak peranda. Keharmonian dan kesejahteraan
tidak akan tercapai dalam masyarakat.

Oleh itu peliharalah hubungan baik diantara kita mudah-mudahan kita
mendapat keredaan Ilahi. Sekian

Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud;
‘‘ Hendaklah kamu memperbanyakkan mengingati Mati.’’

(Hadis Riwayat At-Tarmizi)

TAZKIRAH 11

DUNIA INI SEBAGAI TEMPAT PERSINGGAHAN UNTUK KE HARI
AKHIRAT

Maksudnya: Daripada Abdullah bin Umar r.a berkata Rasulullah
saw telah memegang bahuku, seraya bersabda ‘’ jadikanlah diri kamu di
atas dunia ini sebagai seorang perantau atau pengembara. Ibnu Umar
berkata : Apabila kamu berada pada waktu petang, janganlah tunggu
menjelangnya waktu pagi. Apabila kamu berada pada waktu pagi
janganlah kamu tunggu menjelangnya waktu petang. Gunakanlah peluang
untuk beramal semasa kamu sihat untuk persediaan ketika kamu sakit
dan semasa kamu hidup untuk persediaan matimu.

Intisari hadis ini. Rasulullah saw saw memberi pendidikan supaya
kita menganggap dunia ini sebagai tempat persinggahan untuk menuju ke
alam akhirat. Kehidupan kita seumpama seorang perantau yang singgah di
suatu tempat mengambil bekalan bagi perjalanan yang jauh. Oleh itu
hendaklah kita mengisi masa sihat dengan akitiviti yang berfaedah. Sebagai
seorang muslim kita wajib menghargaii masa dan tidak melengah-
lengahkan urusan yang baik. Seorang perantau tidak boleh leka dengan
keseronokan di tempat persinggahan sehingga lupa kepada matlamat yang
lebih penting atau distinasi yang dituju.

. Sebaik-baik bekalan untuk hari akhirat ialah takwa Iaitu
melaksanakan segala perintah Allah dan meninggalkan segala tegahannya.

Kita hendaklah sentiasa ikhlas kepada Allah swt dalam solat, puasa dan
ibadat haji, ikhlas dalam hubungan kita sesama manusia dan ikhlas juga
kita dengan alam sekeliling kita.

Untuk itu kita hendaklah tingkatkan ilmu pengetahuan, amal ibadat,
amal kebajikan untuk menjadi umat yang bertawa kepada Allah. Sekian.

Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud;
‘‘ Sesungguhnya Allah s.w.t ke atas kamu dari mensia-sia

harta benda (sendiri/awam).’’
(hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

TAZKIRAH 12
RAHSIA KADATANGAN HARI KIAMAT

Surah al-A’raf ayat 187

Mereka bertanya tentang hari kiamat ‘’Bilakah masa datangnya ‘’
Katakanlah sesungguhnya pengetetahuan mengenainya hanyalah di sisi
tuhanku, tidak sesiapa yang dapat menerangkan kedatangannya pada
waktunya melain Dia.’’

Kiamat ialah hari akhir atau hari penghabisan bagi alam ini segala
isi kandungannya hancur lebur dan rosak binasa dan alam ini akan
digantikan dengan alam baru yang dinamakan Alam Akhirat.

Tidak siapa yang tahu bila datangnya hari kiamat melainkan Allah
swt. Kita hanya dikhabarkan dengan tanda-tandanya sahaja.

Di antara tanda-tanda kecil kiamat akan berlaku ialah perempuan
lebih ramai daripada lelaki. Kejahatan dan maksiat berlaku secara
berleluasa. Perbuatan zina dilakukan secara terang-terangan. Orang yang
tidak arif dalam bidang agama telah menjadi ketua agama. Huru-hara,
perang dan gempa bumi berlaku sana sini.

Di dalam al-Quran telah disebutkan tanda-tanda hampirnya berlaku
hari kiamat antaranya ialah keluarnya Yakjud dan makjud. Keluar Dajal dan
Dabah. Matahari terbit dari sebelah barat. Turunnya Nabi Isa as. Ayat-al-
Quran hilang dari mushaf. Kabus meliputi alam 40 hari 40 malam.

Allah merahsiakan waktu berlakunya hari kiamat. Antara sebabnya
ialah supaya kita sentiasa tingkatkan keimanan kepada Allah swt. Kita

sentiasa membuat amal ibadat, amal kebajikan, amalan sunat, membaca Al-
Quran dan berzikir selalu. Kita sentiasa menjauhkan diri daripada melakukan
perkara kejahatan dan maksiat. Kesemua amalan tersebut adalah
persediaan kita untuk menghadapi hari kiamat.

Akhir kata dari saya, marilah kita memohon hidayat dari Allah dan
memohon keampunan daripada Nya serta memohon dimasukkan ke dalam
syurga di hari akhirat nanti. Sekian

Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud;
‘‘ Sebaik-baik jiran di sisi Allah s.w.t. ialah orang yang paling

baik hubungannya dengan jiran tetangga’’
(Hadis Riwayat At-Tarmizi)

TAZKIRAH 13
IMAN DAN TAKWA UKURAN KEMULIAAN SESEORANG DI SISI ALLAH SWT

Surah al-Hujrat ayat 13.

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan
kamu daripada lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu
berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan
beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-
mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu,
(bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha
Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya

Manusia pada asalnya daripada satu rumpun, satu bapa, dan ibu
iaitu Nabi Adam a.s. dan Hawa. Kemudian keturunan tadi berkembang ke
merata negeri dan pelosok dunia. Ini menjadikan manusia berbagai-bagai
bangsa, bahasa bertuturan dan mempunyai tubuh badan yang mempunyai
saiz yang berbeza-beza serta perbezaan wana kulit.

Tujuan Allah menjadikan manusia berbagai bangsa ialah untuk
berkenal-kenalan antara satu sama lain dan merapatkan hubungan
sillaturrahim. Selain daripada itu, mereka dapat saling mempelajari
pengetahuan dan pengalaman serta peradaban yang dimiliki oleh sesuatu
bangsa itu.

Untuk itu Allah melarang kita bersifat tamak, hasad dengki, riak,
takbur dan lain-lain penyakit sosial yang menyebabkan manusia saling
mencurigai dan bergaduh yang membawa kepada huru-hara.

Manusia yang paling mulia di sisi Allah swt ialah orang yang
beriman dan orang yang paling bertakwa. Harta kekayaan dan keturunan

bukanlah ukuran kemuliaan di sisi Allah. Setiap manusia hendaklah saling
bekerjasama antara satu sama lain berlandaskan ajaran Islam yang
syumul. Akhir kata dari saya, tingkatkan iman dan takwa kita kepada
Allah mudah-mudahan kita adalah di antara orang yang mulia di sisi Allah.
Sekian

Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud;
‘‘ Sesungguhnya Allah telah mengharamkan syurga atas
setiap orang yang beramal dengan riak (untuk dilihat dan

dipuji). ’’
(Hadis Riwayat An-Naim dan Addailami)

TAZKIRAH 14
KEADAAN ALAM DAN MANUSIA BILA KIAMAT BERLAKU

Kita wajib percaya bahawa suatu hari nanti alam ini akan hancur
dan rosak binasa apabila sampai waktunya. Kita wajib juga percaya bahawa

Allah swt akan mengadakan suatu alam baru yang kelak abadi iaitu alam
Akhirat. Di sini saya paparkan gambaran alam ketika kiamat berlaku.

Peristiwa ini telah digambarkan oleh Allah di dalam al-Quran surah Al Infitar
ayat 1 hingga 4.

‘’ Apabila langit terbelah, dan apabila bintang-bintang bertaburan, lautan
menjadi bergelombang dan kubur-kubur terbongkar.

Dan dalam surah al-Haj Allah swt berfirman yang bererti :
‘Wahai umat manusia, bertaqwalah kepada Tuhan kamu! Sesungguhnya
gempa hari kiamat itu suatu perkara yang amat besar. Pada hari yang kamu
dapati, tiap-tiap ibu penyusu akan melupakan anak yang disusukannya, dan
tiap-tiap perempuan yang mengandung akan gugur anak yang
dikandungnya; dan engkau akan melihat manusia mabuk, padahal mereka
sebenarnya tidak mabuk, tetapi azab Allah amatlah berat, mengerikan.

Oleh itu sebagai seorang muslim kita hendaklah sentiasa bersedia
untuk menghadapi hari kiamat. Kita hendaklah sentiasa bertakwa kepada
Allah swt, membuat amal ibadat dan amal kebajikan. Membuat apa yang
disuruh dan meninggalkan segala larangannya.

Allah sentiasa melihat apa yang kita lakukan samada dalam terang
atau dalam gelap. Allah bersifat Maha Mengetahui ke atas sekian alam ini.
Untuk itu marilah kita berdoa memohon hidayah dari Allah, dan keampunan
daripadaNya untuk diri kita, ibu bapa , dan ke atas semua muslim muslimat
baik yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia. Sekian.

Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud;
‘‘ Janganlah kamu mengadap ke kiblat dan jangan pula
membelakanginya ketika hendak membuang air besar/lkecil
tetapi hendaklah mengadap ke Timur atau ke Barat. ’’

(Hadis Riwayat Abu Daud)

TAZKIRAH 15
HARI ASYURA.

Hari Asyura adalah hari ke 10 Muharam. Hari itu penuh dengan
sejarah penting. Apabila disebut hari Asyura maka ramailah yang
terbayangkan bubur asyura, satu juadah tradisi yang disediakan oleh kaum

ibu pada setiap tahun khususnya pada bulan Muharam. Walaupun begitu
pada hakikatnya hari Asyura atau 10 Muharam adalah merupakan hari yang
banyak menyimpan peristiwa-peristiwa penting yang perlu diketahui oleh
orang-orang Islam dan sebagai iktibar dalam kehidupan harian.

Peristiwa pertama ialah, Allah swt menerima taubat Nabi Adam dan
Hawa. Kedua-duanya telah melakukan kesalahan kerana mendekati pohon
larangan di syurga akibat termakan pujukansyaitan laknatullahu alaihi.
Peristiwa kedua ialah, Nabi Nuh a.s bersama-sama pengikutnya yang
beriman telah selamat daripada banjir besar. Mereka selamat mendarat di
atas Gunung Judi.

Peristiwa ketiga ialah, Nabi Yunus a.s dikeluarkan daripada perut
ikan. Setelah berada di dalamnya beberapa hari (setengah riwayat
mengatakan 40 hari) sebagai kifarat kerana meninggalkan kaumnya yang
kafir sebelum mendapat izin daripada Allah swt.

Peristiwa seterusnya ialah Nabi Ibrahim a.s telah diselamatkan oleh
Allah swt daripada api. Unggunan api yang menjulang tinggi itu menjadi
sejuk dan selamatlah baginda daripada angkara kezaliman Raja Namrud.

Peristiwa Nabi Ayub telah disembuhkan daripada penyakitnya oleh
Allah swt. . Baginda amat sabar menerima ujian berupa berbagai jenis
penyakit dan harta bendanya habis. Ujian itu dialaminya selama tujuh tahun.
Akhirnya penyakitnya sembuh bertepatan dengan 10 Muharam.

Pada 10 Muharam juga Nabi Musa a.s dan pengikutnya terlepas
daripada ancaman Firaun dan tentera-tenteranya. Nabi Musa a.a dan
pengikutnya berjaya menyemberangi laut Merah manakala orang kafir mati
lemas tenggelam dalam air laut.

Demikianlah antara peristiwa-peristiwa penting yang berlaku pada 10
Muharam. Sekian.

Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud;
‘‘Malam dan siang itu adalah seperti dua kenderaan, oleh

kerana itu pergunakanlah kesempatan yang ada pada
keduanya untuk menyampaikan kamu kepada akhirat.

(Hadis Riwayat Ibn ‘Adi)

TAZKIRAH 16
NASIHAT LUQMAN KEPADA ANAKNYA
Hari saya mengingatkan kembali apa yang difirman oleh Alllah swt dalam
surah Luqman ayat 12 hingga 16 tentang nasihat Luqman kepada anaknya.

Mudah-mudahan setelah disebutkan kembali dapat diambil iktibar untuk kita
bersama.

Ayat 13: Allah swt melarang kita menyekutukan Nya. Sebagaimana
firmanNya, ‘’ Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, Hai
anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah , sesunggunnya
mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar.

Ayat 14 Allah mewajibkan kita menghormati kedua ibu bapa
sebagaimana firmanNya,” Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada
kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung
kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir
menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua
tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua
ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk
menerima balasan).

Ayat 15 Allah mewajibkan kita bergaul baik dengan kedua ibu bapa .
‘’Dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan
denganKu sesuatu yang tidak ada pengetahuan tentang itu, maka
janganlah engkau taat kepada mereka; dan bergaullah dengan mereka di
dunia dengan cara yang baik. Dan ikutlah jalan orang-orang yang kembali
kepadaKu (dengan tauhid dan amal-amal yang soleh). Kemudian kepada
Akulah tempat kembali kamu semuanya, maka Aku akan menerangkan
kepada kamu segala yang kamu telah kerjakan.

Ayat 16 Allah swt menyatakan bahawa segala sesuatu perkara yang
kita lakukan walau sekecil mana pun akan dihisab oleh Allah swt di hari
akhirat nanti.
‘’ (Luqman menasihati anaknya dengan berkata): "Wahai anak
kesayanganku, sesungguhnya jika ada sesuatu perkara (yang baik atau

yang buruk) sekalipun seberat bijih sawi, serta ia tersembunyi di dalam batu
besar atau di langit atau pun di bumi, sudah tetap akan dibawa oleh Allah
(untuk dihakimi dan dibalasNya); kerana sesungguhnya Allah Maha Halus
pengetahuanNya; lagi Amat Meliputi akan segala yang tersembunyi.
Hanya ini saja yang ingin saya ingatkan untuk diri saya dan diri sekelian
yang ada di sini. Sekian.

Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud;
‘‘ Tidak dihalalkan bagi seseorang muslim memulaukan
saudaranya yang muslim melebihi 3 hari 3 malam. Jika

melebihi dari tarikh itu lalu ia pun mati maka ia akan
dimasukkan ke dalam neraka. .’’

(Hadis Riwayat Abu Daud dan Annasai’i)

TAZKIRAH 17
FITNAH ADALAH AMALAN KEJI
Firman Allah swt dalam surah Al-Ahzab ayat 58

.
Dan orang-orang yang mengganggu serta menyakiti orang-orang lelaki yang
beriman dan orang-orang perempuan yang beriman dengan perkataan atau
perbuatan yang tidak tepat dengan sesuatu kesalahan yang dilakukannya,
maka sesungguhnya mereka telah memikul kesalahan menuduh secara
dusta, dan berbuat dosa yang amat nyata.

Perbuatan fitnah adalah amalan keji. Fitnah ialah membawa suatu
khabar yang buruk atau aib daripada seseorang kepada seseorang yang
menyakitkan hati. Fitnah juga bermaksud membuka sesuatu hal atau
sesuatu keadaan yang tidak disenangi kita membukakannya oleh yang
bersangkutan, baik oleh yang mengatakan mahupun oleh yang dikatakan
atasnya.

Sebab berlakunya perbuatan fitnah memfitnah ialah
- ada niat atau kata-kata jahat yang didorong oleh nafsu dan
perasaan hasad dengki
- Wujud dari sifat cemburu dan rasa rendah diri terhadap
kesenangan orang lain.
- Satu penyakit jiwa yang tidak senang atau tidak rela orang lain
berada dalam keadaan aman
- Tidak takut kepada azab daripada Allah swt di hari akhirat nanti.

Akibat-akibat atau kesan daripada perbuatan fitnah :ialah Sabda
Rasulullah saw yang bermaksud : Tidak masuk syurga tukang-tukang
fitnah. Ia memutuskan hubungan sillaturrahim di antara sesama
manusia.dan membawa kepada pergaduhan serta porak peranda

masyarakat. Rasulullah saw menyebut bahawa Fitnah itu itu lebih dahsyat
daripada membunuh.

Untuk mengelak daripada perbuatan fitnah kita hendaklah sentiasa
bersihkan diri daripada sifat hasad dengki, iri hati dan berniat jahat terhadap
orang lain yang tidak bersalah. Elakkan diri daripada suka mengumpat dan
membuat tuduhan palsu serta mendengar cerita keburukan orang lain.
Sekian .

Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud;
‘‘ Andainya kamu bertawakkal kepada Allah dengan
bersungguh-sungguh, nescaya Allah akan memberi rezeki
kepada kamu seperti mana burung yang keluar pagi dengan
perut kosong dan pulang waktu senja dengan perut

kenyang.’’
(Hadis Riwayat At-Tarmizi)

TAZKIRAH 18
PERBUATAN MENIPU ADALAH DOSA BESAR.

Menipu bererti memberitahu sesuatu yang berlainan dengan yang
sebenarnya Amalan ini sangat dimurkai Allah swt . Perbuatan menipu

adalah mendapat dosa besar dan mendapat balasan neraka di akhirat
nanti.Rasulullah saw amat benci kepada seseorang yang bersifat menipu
atau bohong.
Sabda Rasulullah saw :

‘’ tidak ada akhlak yang paling dibenci Rasulullah saw lebih daripada
bohong. Apabila beliau melihat seseorang bohong dari segi apa saja, maka
orang itu tidak keluar daripada hati Rasulullah saw , sehingga beliau tahu
bahawa orang itu telah bertaubat.’’

. Orang yang mengamalkan sikap menipu dianggap sebagai orang
munafik. Tanda-tanda orang munafik ialah kalau berbicara dia sering
berdusta, bila berjanji dia selalu mungkiri, jika diberi kepercayaan dia
mengkhianati. Mereka suka membuat fitnah, dan suka melontarkan tuduhan-
tuduhan bohong atau palsu.

Menipu merupakan perosakkan perhubungan di kalangan ahli
masyarakat dan menghilangkan kepercayaan di antara satu sama lain. Ia
menghapuskan semangat setiakawan dan tolong menolong antara ahli
masyarakat. Mereka yang menipu itu mempunyai sifat mementing diri sendiri
dan sanggup menganiayai orang lain. Sifat ini amat dibenci oleh
masyarakat.

.Oleh itu kita hendaklah bersifat benar dan jujur. Sifat tersebut adalah
nilai yang sangat dihargai, Rasulullah saw pernah mengatakan bahawa
kejujuran itu pintu gerbang syurga (boleh membawa seseorang ke jalan

syurga) manakala pemipuan atau pendustaan adalah pintu gerbang ke arah
neraka.

Kita umat Islam hendaklah sentiasa bersifat benar dan jujur. Kita
hendaklah jujur dalam hubungan kita dengan Allah, hubungan kita sesama
manusia dan hubungan dengan alam sekitar sekeliling kita. Hasilnya hidup
kita diberkati. Masyarakat menyayangi kita. Kita mendapat kejayaan
cemerlang di dunia dan di akhirat. Sekian

Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud;
‘‘ Orang yang bijak ialah mereka yang dapat menguasai
hawa nafsunya dan beramal untuk mati sedangkan orang
yang lemah ialah mereka yang menurut hawa nafsunya dan

hanya bercita-cita saja untuk berjaya di akhirat..’’
(Hadis Riwayat At-Tarmizi)

TAZKIRAH 19
AMALAN BERFAEDAH UNTUK BEKALAN HARI AKHIRAT

Terjemahan hadis ; Daripada Abu Hurairah r.a berkata bahawa
Rasulullah saw bersabda : Apabila mati seorang anak Adam itu, maka
terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara ; iaitu sedekah jariah
atau ilmu yang boleh diambil manfaat dengannya atau anak soleh yang
akan mendoakan kebaikan kedua ibu bapanya.

Tiap-tiap yang hidup tetap akan mati walau di mana kita berada
sebagaimana firman Allah dalam surah an-Nisak ayat 78 bermaksud ; Mati
tetap akan menemui kamu sekali kamu berda dalam sebuah bilik yang
teguh.

Bagi manusia mati mengandungi erti yang sangat besar, kerana
dengan mati segala amalan yang dilakukan semasa di dunia ini akan
diperhitungkan dan seterusnya akan di balas dengan sewajarnya samada
yang baik atau yang jahat. Sebanyak mana amalan yang dlakukan maka
sebanyak itulah balasan dan ganjaran yang akan diterimanya kelak.

Dalam hadis yang telah dibacakan menerangkan bahawa amalan
seseorang akan terhenti dan tidak ada lagi selepas ianya mati, Kecuali ada
tiga punca sahaja yang boleh menolongnya iaitu :

− Sedekah jariah dan derma ikhlas untuk kebaikan yang berkekalan
seperti mendirikan masjid dan sebagainya.

− Ilmu yang memberi manfaat yang telah diajarnya kepada orang lain.
Seperti ilmu agama Islam dan sebagainya

− Anak soleh yang akan mendoakan untuk keselamatan kedua ibu
bapanya. Seperti meminta keampunan dan rahmat kepada ibu
bapanya dan sebagainya.
Tegasnya orang Islam mestilah menyediakan sebanyak-banyak

amalan untuk bekalan hari akhirat. Kita hendaklah melakukan perkara-
perkara kebajikan kerana semuanya itu dapat menolong kita setalah mati
nanti. Sekian

Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud;
‘‘ Sesiapa yang mengerjakan solat untuk dilihat orang dan
menguranginya apabila bersendirian maka itu bererti satu

penghinaan kepada Tuhannya’’
(Hadis Riwayat Attabrani dan Baihaqi)

TAZKIRAH 20
ADAB-ADAB DI TEPI JALAN RAYA

Makdud hadis:
‘’Rasulullah saw bersabda: Jauhilah kamu daripada menduduki di

tepi-tepi jalanraya. Sahabat-sahabat bertanya: apa salahnya kami duduk
bercakap-cakap di tempat kami sendiri. Sabda Nabi lagi: Jika kamu duduk
juga maka berilah hak jalan. Mereka itu bertanya lagi, Apakah dia hak jalan
itu. Jawab baginda; Kamu lindungkan pandangan, dan jangan ganggu
orang lalu lalang, dan jawab salam serta suruh membuat kebaikan dan
tegahkan perkara mungkar.

Perbuatan berkumpul ramai di tepi tepi jalan raya memerthati kan
orang lalu lalang dan sebagainya itu adalah satu tabiat yang sangat
digemari ramai khususnya di kalangan orang-orang yang tidak bersopan.
Perbuatan sedemikian tidak di ingini oleh Islam kerana ianya boleh
membawa kepada keadaan tidak baik seperti mengganggu orang lalu lalang
serta menimbulkan prasangka prasangka buruk.

Hadis tersebut menceritakan peristiwa Rasulullah saw menegur
sahabat-sahabat yang melakukan perbuatan sedemikian, serta
mengingatkan mereka supaya menjauhinya. Baginda mengajar adab
kesopanan yang perlu dilakukan jika berada di tepi-tepi jalan raya.
Antaranya ialah

− Jangan memandang kepada orang-orang yang lalu lalang itu dengan
pandangan pamandangan tertentu yang boleh menimbulkan
prasangka-prasangka buruk.

− Jangan membuat perkara-perkara yang boleh mengganggu lalu
lalang dan sebagainya

− Mesti menjawab salam bila di beri salam
− Bersedia mengambil sebarang langkah untuk menyuruh berbuat

makruf dan menegah perkara-perkara mungkar.

Demikianlah adab-adab dan peraturan baik yang diajar oleh Rasulullah saw
dan patut di patuhi oleh setiap orang orang Islam supaya pergaulan hidup
mereka menjadi baik dan diredai Allah.. Sekian.

Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud;
‘‘ Memberi senyuman kepada saudaramu adalah

sedekah.”.’’
(Hadis Riwayat Bukhari, Tarmizi dan Ibn Majah)

TAZKIRAH 21
KEKAYAAN YANG SEJATI

Terjemahan ayat di atas, daripada Abu Hurairah r.s daripada Nabi saw.
Baiginda bersabda : Bukan kekayaan sebenar kerana ada memiliki banyak
harta benda, tetapi kekayaan itu ialah kaya hati dan jiwa.

Ramai orang mengejar kekayaan, dan yang di kejar itu ialah kekayaan
harta benda dan harta yang banyak. Islam tidak menghalang umat-umatnya
mengejar kekayaan harta. Islam tidak menganggap kekayaan harta itu
sebagai suatu yang paling bernilai kerana kekayaan harta benda itu
mungkin jadi lenyap dalam masa yang singkat sahaja, sedangkan di sana
ada lagi satu kekayaan yang boleh jadi kekal dan paling bernilai iaitu
kekayaan hati dan kaya budi.

Dalam hadis tadi, Rasulullah saw dengan tegas menyatakan bahawa
kekayaan sebemar pada pandangan Islam ialah kekayaan jiwa dan kaya
budi. Kekayaan ini tidak akan hilang dan tidak ada siapa yang boleh
merampas daripada tuannya. Maka kekayaan inilah yang patut dimiliki oleh
setiap orang Islam. Dengan adanya kekayaan ini dalam diri, kehidupan
akan menjadi senang dan disukai oleh ramai, tidak akan timbul perasaan
tamak haloba dan iri hati kepada orang lain.

Orang yang kaya hati ialah mereka yang merasa puas hati dengan
rezeki yang didapatinya dan tidak pula berputus asa untuk
menambahkannya. Manakala kaya budi pula ialah orang yang tidak bakhil
menderma hartanya pada jalan kebaikan.

Oleh itu kita hendaklah pupukkan diri kita dengan sifat-sifat peribadi
yang mulia kerana kaya peribadi dan budi bahasa adalah kekayaan yang
paling kekal. Sekian

Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud;
‘‘ Sesungguhnya bagi tiap-tiap umat itu ada ujian dan ujian

bagi umatku ialah harta benda.’
(Hadis Riwayat Tarmizi)

TAZKIRAH 22
MENGUMPAT ADALAH DOSA BESAR.

Mengumpat adalah perbuatan keji dan dosa besar. Sebagaimana firmannya
dalam surah Al-Hujurat ayat 13

Bermaksud” dan janganlah setengah kamu mengumpat
setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan
daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat)
maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-
larangan yang tersebut) danbertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya
Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.

Memandangkan betapa buruk dan hinanya mengumpat, ia disamakan
seperti memakan daging saudara seagama. Manusia waras tidak sanggup
memakan daging manusia, inikan pula daging saudara sendiri.

Mengumpat ialah menceritakan atau menyebut keburukan atau
kekurangan seseorang kepada orang lain. Mengumpat berlaku sama ada
disedari atau tidak. Perbuatan itu termasuk apabila menyebut atau
menceritakan keburukan biarpun tanpa menyebut nama pelakunya tetapi
diketahui atau difahami oleh orang yang mendengarnya.

Dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa yang tidak
akan diampunkan oleh Allah biarpun pelakunya benar-benar bertaubat.
Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang yang
diumpatkannya.. Selagi orang yang diumpat nya tidak mengampunkan,
maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasan nya diakhirat.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: Awaslah daripada mengumpat
kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang
melaku kan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya.

Oleh yang demikian, kita wajib berusaha mengelakkan diri daripada
melakukannya. Oleh itu perbanyakkanlah zikir supaya dapat menghindarkan
diri daripada mengumpat. Sekian.

Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud;
‘‘ Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada rupa paras dan

kecantikan kamu tetapi ia melihat kepada niat dan
keikhlasan hati kamu’’
(Hadis Riwayat Muslim)

TAZKIRAH 23
KISAH BERKAT DI SEBALIK MEMBACA BISMILLAH

Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya
seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan
tidak mahu berbuat kebaikan. Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah
setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu
sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap
isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya.

Suaminya berkata sambil mengejak, "Asyik Bismillah, Bismillah.
Sekejap-sekejap Bismillah." Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia
berdoa kepada Allah S.W.T. supaya memberikan hidayah kepada
suaminya. Suatu hari suaminya berkata : "Suatu hari nanti akan aku buat
kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu."

Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia
memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan
duit ini." Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang
selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh
isterinya. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit
tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang
rumahnya.

Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya
dan berkata, "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau
dahulu untuk disimpan."

Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan
diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia
menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca,
"Bismillahirrahmanirrahiim." Ketika itu Allah S.W.T. menghantar malaikat

Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu kepada
suaminya kembali.

Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku
segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan
mula mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila
dia hendak memulakan sesuatu kerja. Oleh itu mulakan sesuatu kerja atau
perbuatan itu dengan membaca Bismillah mudah-mudahan kita mendapat
pertunjuk dari Allah swt. Sekian.

Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud;
‘‘ Sesiapa yang pada petang harinya berasa letih dari amal

usaha yang dilakukan kedua tangannya sendiri maka ia
pada petang itu (sebenarnya ) telah diampunkan dosanya.’’

(Hadis Riwayat At-Tabrani)

TAZKIRAH 24
AZAN

Lidah kita kelu di saat kematian. Kematian pasti menjelma. Hanya
masa dan waktunya yang tidak kita. Ketahui. Cuba kita amati. mengapa
kebanyakan orang yang nazak (hampir ajal) tidak dapat berkata apa-apa,
lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya menahan kesakitan
sakaratul maut.

Diriwayatkan sebuah hadis yang bermaksud : "Hendaklah kamu
mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika
maut menghampirinya."

Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan
berkata apa-apapun semasa azan berkumandang. Sebagai orang Islam kita
wajib menghormati azan. Jika lagu kebangsaan berkumandang, kita diajar
agar berdiri tegak dan diamkan diri. Mengapakah azan berkumandang kita
tidak boleh mendiamkan diri.

Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan
lidahnya ketika nazak. Kita tidak dapat mengucapkan kalimah lailahaillallah
yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya
dicabut Allah menjanjikan syurga untuknya.

Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon
kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu walaupun nyawa sedang dicabut.
"Ya...Allah, anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi
mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah Laillahaillallah semasa
sakaratul maut menghampiri kami...." Sekian

TAZKIRAH 25
KATA - KATA HIKMAH KHULAFA' UR RASYIDIN

Sayydina . Abu Bakar r.a. Berkata :
Orang yang bakhil itu tidak akan terlepas daripada salah satu daripada 4
sifat yang membinasakan, iaitu:

− Ia akan mati dan hartanya akan diambil oleh warisnya, lalu
dibelanjakan bukan pada tempatnya.

− Hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim.
− Hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat dan akan

dipergunakan untuk kejahatan pula.
− Adakalanya harta itu akan dicuri dan dipergunakan secara

berfoya-foya pada jalan yang tidak berguna”

Sayiyidina. Umar Al Khattab ra. berkata :
− Orang yang banyak ketawa itu kurang wibawanya.
− Orang yang suka menghina orang lain, dia juga akan dihina.
− Orang yang menyintai akhirat, dunia pasti menyertainya.
− Barangsiapa menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan

dirinya akan terjaga
Saydina Othman Ibnu Affan ra. berkata :
Antara tanda-tanda orang yang bijaksana itu ialah:

− Hatinya selalu berniat suci, lidahnya selalu basah dengan
zikrullah

− Kedua matanya menangis kerana penyesalan (terhadap dosa)
− Segala perkara dihadapainya dengan sabar dan tabah
− Mengutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia‫ز‬

Sayidina. Ali Karramallahu Wajhah berkata :
− Tiada kebaikan bagi pembaca al-Qur'an tanpa
mengambil pangajaran daripadanya.
− Tiada kebaikan bagi orang yang berilmu tanpa memiliki sifat
warak (memelihara diri dan hati- hati dari dosa).
− Tiada kebaikan mengambil teman tanpa saling sayang-
menyayangi.

Untuk itu ambillah pengajaran daripada nasihat tersebut mudah-mudahan
kita mendapat keredaan Allah swt. Sekian
.

Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud;
‘‘ Sinarilah rumah kamu dengan mengerjakan solat dan

membaca al-Quran.’’
(Hadis Riwayat Al-Baihaqi)

TAZKIRAH 26
HAMBA BERTAKWA

BERKATA Ibnu Abbas r.a bahawasanya RasuluLlah s.a.w telah
bersabda :
ALlah telah berfirman :

" Berkata Daud tatkala dia berkata-kata kepada Tuhannya : Ya
Tuhanku! Siapakah di antara hamba-hambaMu yang paling Engkau cintai,
supaya aku mencintainya dengan sebab cintaMu itu?

Berfirman Tuhan: Wahai Daud! Orang yang paling Kucintai di antara
hamba-hambaKu ialah yang bertakwa hatinya, suci kedua-dua belah
tangannya, tidak menyusahkan orang lain dan tidak membuat fitnah ke sana
ke mari, gunung-ganang akan berubah namun dia tetap begitu juga, dia
mencintaiKu serta menarik hamba-hambaKu untuk mencintaiKu.

Berkata Daud: Ya Tuhanku! Sesungguhnya Engkau mengetahui
bahawasa nya aku ini mencintaiMu dan mencintai orang yang mencintaiMu,
tetapi bagaimana dapat aku menarik hamba-hambaMu untuk mencintaiMu.
Berfirman Tuhan: Ingatkanlah mereka kepada segala macam nikmatKu,
segala macam ujianKu dan segala macam seksaanKu.

"Wahai Daud! Sesungguhnya tiada seorang hamba yang menolong
orang
yang teraniaya atau berusaha untuk melepaskannya dari penganiayaannya,
melainkan Allah akan menetapkan kedua-dua tapak kakinya pada hari
semua tapak kaki akan tergelincir."
( Riwayat Baihaqi dan Ibnu Asakir )


Click to View FlipBook Version