The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-68068821, 2021-10-03 22:06:58

Buku tazkirah

Buku tazkirah

Huraiannya:
Orang yang dikasihi ALlah SWT itu mestilah berakhlak yang mulia

dan menurut contoh-contoh akhlak dan budi pekerti yang ditunjuk di dalam
al-Quran. Nabi Muhammad s.a.w dipuji oleh ALlah s.w.t di dalam firmanNya
sebagai seorang yang mempunyai akhlak dan budi pekerti yang luhur. Kita
sebagai pengikutnya wajib mencontohinya dalam serba-serbi agar kita
dikasihi Allah s.w.t., sebagaimana baginda sendiri sangat dikasihiNya.

Dalam soal jawab antara Nabi Daud a.s dengan Tuhan tentang

bagaimana

sifat orang yang sangat dikasihi olehNya, Tuhan berfirman: Mestilah dia

bertakwa hatinya. Yakni menjalankan segala perintah Tuhan dan menjauhi

segala laranganNya sebagai tugas yang utama secara ijmali. Sekian

terima kasih

Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud;
‘‘ .Sesungguhnya Allah menyukai sikap berhemah lembut

dalam semua urusan’’

TAZKIRAH 27
FITNAH WANITA

Allah telah menentukan bahawa ada perkara tertentu yang menarik
perhatian di antara lelaki dan wanita. Dan untuk itu, Allah juga yang
mengatur bentuk hubungan yang perlu dilakukan, agar di antara mereka
tidak timbulperkara-perkara yang tidak diingini. Walaupun demikian, ramai
jugamanusia yang melanggar batas-batas tersebut sehingga mereka
tertundukmalu kerana keterlanjuran yang mereka lakukan. Lelaki yang tidak
mampumengawal dirinya daripada daya tarik yang ada pada wanita, pasti
mudah untuk melakukan perkara-perkara yang menjadi larangan Allah
Taala.

Apabila membicarakan tentang fitnah wanita, bukan bermakna wanita
itu
jahat dan sukakan keburukan. Tetapi apa yang dimaksudkan ialah
keadaanmereka itu mampu menjadikan lelaki lupa daratan dan apabila
usaha pencegahan tidak dilakukan, akan berlakulah perkara-perkara yang
tidakdiingini. Ini sudah pasti apabila lelaki yang berkenaan tidakberhati-hati.
Bagaikan binatang ternak yang memakan rumput berdekatandengan
padang larangan, adalah mudah bagi binatang itu memasuki kawasan
tersebut.

Fitnah ini boleh berlaku dalam dua keadaan, iaitu sebelum kedua
jenis ini berkahwin dan ketika atau selepas lelaki dan wanita ini bernikah.
Sebelum bernikah, Islam menentukan adanya mahram dan yang bukan
mahram. Antara lain, adalah untuk memudahkan manusia mengetahui
orang yang dibolehkan mereka berhubung atau bergaul secara bebas dan
yang tidak boleh berbuat demikian. Perlanggaran pada ketentuan ini akan
mengakibatkan perkara mungkar yang berlaku.

Kebiasaannya manusia melakukan sesuatu yang tidak baik secara
berperingkat-peringkat sesuai dengan bentuk kemungkaran itu. Bermula
dari dosa kecil seperti melihat, bercakap-cakap (berdua-duaan),
berpegangan dan bersentuhan kulit dan akhirnya melakukan dosa besar.
Orang yang berzina sebenarnya tidak ada harganya di sisi Allah, kecualilah
dia bertaubat. Mengatasi masalah zina tidak dapat diatasi hanya dengan
menyediakan rumah-rumah kebajikan bagi mereka yang telah terlanjur. Apa
yang utama ialah memberi kefahaman kepada mereka tentang panduan
agama dalam masalah ini dan dalam masalah kehidupan yang lain. Islam
dalam masalah ini, memperuntukkan hukuman yang berat kepada penzina,
kerana mereka telah bersungguh-sungguh untuk memulakannya.

Setelah berkahwin pula, seorang suami kadangkala tidak berupaya
memimpin dengan baik dan sempurna. Ketenangan yang sepatut dikecapi
semasa bernikah, hanya menjadi impian kosong. Bernikah dengan wanita
pilihan hati rupanya tidak seindah namanya. Sebabnya ialah proses dan
matlamat perkahwinan tidak menjejaki apa yang telah digariskan oleh Allah.
Kecantikan yang menjadi dasar pilihan itu rupanya bagaikan memetik
mawar yang berduri yang tidak ada wanginya yang harum.

"Hai orang yang beriman, sesungguhnya di antara isteri-isterimu dan
anak-anakmu ada yang menjadi musuh bagimu, maka berhati-hatilah kamu
terhadap mereka. Dan jika kamu memaafkan dan tidak memarahi serta
mengampuni (mereka) maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi
Maha Penyayang ." (At-Taghaabun : 14)

Keadaan ini sebenar bukan suatu yang merendah-rendahkan wanita.
Andaikata mereka mendapat pendidikan yang baik serta memahami
tuntutan agama dalam perkara-perkara yang dihadapi, mereka justeru
menjadi pendorong yang digigih. Sesuai dengan kejadian mereka

seumpama daripada tulang rusuk yang bengkuk, kepemimpinan yang baik
daripada pihak lelaki akan mampu membawa mereka ke jalan yang lurus.

Jika demikian gambaran keadaan fitnah yang dihadapi melalui
wanita, tentu
lebih hebat keadaannya bilamana wanita itu aktif dalam perkara-perkara
sumbang. Kalau dalam masjid dan dalam rumah tangga keadaan boleh
menjadi tidak tenteram kerana kurang fahamnya wanita terhadap sesuatu,
tentulah lebih mencabar jikalau keadan ini digiatkan bila berada di luar
masjid dan rumahtangga.

Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud;
‘‘ Wahai hamba Allah, hendaklah kamu berubat kerana
sesungguhnya Allah tidaklah menimpakan sesuatu penyakit
melainkan ia menyediakan ubatnya kecuali satu penyakit

iaitu tua..’’
(Hadis Riwayat Ahmad)

TAZKIRAH 28
PESANAN RASULULLAH SAW SEBELUM TIBANYA RAMADAN.2

Saya bacakan pesanan Rasulullah saw untuk diri saya dan diri sekelian
yang ada di sini.
Salaman ra. meriwayatkan bahawa pada akhir bulan Syakban, Rasulullah
saw memberi khutbah kepada kami semua;

1. ‘’Wahai manusia, telah datang sekarang satu bulan yang mulia
(agung),
bulan diberkati yang mana di dalamnya terdapat satu malam yang
tersangat besar kelebihannya daripada seribu bulan.

2. ‘’Inilah bulan di mana Allah mewajibkan siang harinya untuk
berpuasa. Dan dia menjadikan Terawikh sebagai sunnah di malam
itu. ‘’

3. ‘’Barangsiapa yang ingin mendekatkan diri kepada Allah dengan
melakukan apa sahaja amalan baik, kepadanya diganjari sebanyak
amalan fardu yang dilakukan pada masa-masa yang lain.’’

4. ‘’Barangsiapa yang melakukan satu amalan fardhu kepadanya
akan diganjari sebanyak tujuh puluh amalan fardhu yang dilakukan di
masa-masa lain. Sesungguhnya ini adalah sebuah bulan kesabaran
dan ganjaran bagi kesabaran yang sejati ialah Jannah. Ini juga bulan
simpati terhadap saudara saudaramu. ‘’

5. ‘’Ini ialah bulan di mana rezeki bagi orang yang benar benar
beriman ditambah.
Barangsiapa memberi makan pada orang berpuasa sebagai
pembuka puasa semasa matahari terbenam kepadanya adalah

keampunan terhadap dosa dosanya dan pembebasan daripada api
Jahannam dan untuknya ganjaran adalah sama dengan orang yang
diberi makan tanpa mengurangkan pahala orang itu sedikitpun.’’

Untuk hari ini hanya ini saja yang dapat saya sampaikan dan akan
disampai lagi beberapa pesanan baginda untuk kita umat Islam yang akan
menyambut tibanya bulan Ramadan. Sekian

Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud;
‘‘ Apabila manusia membaca ayat Sajadah kemudah sujud
terhindarlah syaitan dan menangis seraya berkata, ‘Disuruh
anak Adam sujud iaitu mereka sujud dan balasannya ialah
syurga, aku juga diperintahkan untuk sujud tetapi aku engkar

maka balasannya ialah neraka jahanam.’’
(Hadis Riwayat Muslim)

TAZKIRAH 29
PESANAN RASULULLAH SAW SEBELUM TIBANYA RAMADAN.

Untuk hari ini saya sambung lagi tentang pesanan Rasululullah saw
sebelum tibanya bulan Ramadan. Sambungan tazkirah sebelumnya.
1. Para sahabat Rasulullah saw berkata: Wahai Rasulullah, tidak semua

daripada kami mempunyai sesuatu untuk diberikan kepada orang yang
berpuasa itu bagi membuka puasanya. ‘’ Rasulullah saw menjawab,
‘’Allah mengurniakan ganjaran yang sama ini kepada dia yang telah
memberi kepada orang yang berpuasa hanya dengan sebiji tamar atau
seteguh air atau sekali sisipan susu.
‘’ Inilah bulan yang pada permulaannya membawakan kerahiman
Allah, pada pertenganannya memperoleh keampunanNYa dan di
akhrinya mendapat kebebasan daripada api neraka Janhannam.
2. Di dalam bulan ini kamu hendaklah melakukan terus sebanyak-banyak
akan empat perkara, iaitu dua daripadanya untuk mendapat keredhaan
Allah manakala yang dua lagi tanpanya kamu tidak dapat
melakukannya.
Dua yang dapat menyukakan Tuhanmu ialah kamu hendaklah
bersaksi bahawa tiada Tuhan selayaknya disembah melainkan Allah (
bacalah

‫ ) لا الـه الا الله‬dan berbanyak-banyaklah beristighfar (memohon
keampunan daripada Allah dengan membaca ‫اسـتـغـفـر الله‬

Manakala dua perkara yang tanpanya kamu tidak dapat melakukannya
ialah hendaklah kamu memohon pengharapan kepada Allah swt untuk
memasuki syurga meminta perlindungan daripada api neraka
Jahannam. Dan barangsiapa memberikan air kepada seseorang yang
berpuasa sebagai minuman (berbuka puasa) , Allah akam
membenarkannya meminum dariapda telagaku yang mana di tidak

akam merasa dahaga sehingglah di masuk ke dalam syurga .
Demikianlah pesanan Rasulullah saw kepada kita semua iaitu

umatnya yang amat disayangi, mudah-mudahan kita mendapat keberkatan
dan keredaan dan mendapat ganjaran syurga serta dilindungkan daripada
api neraka. Sekian

Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud;
‘‘ Tiada seorang muslim apabila ia terpandang pada wanita
lalu ia pejamkan matanya melainkan Allah akan memberikan

padanya rasa lazat beribadah dalam hatinya.’’
(Hadis Riwayat Ahmad dan At-Tabrani)

TAZKIRAH 30
KELEBIHAN ORANG YANG BERPUASA 1

Pelajar-pelajar sekelian,
Untuk hari ini saya bercakap tentang dua kelebihan orang yang berpuasa.
1. Orang yang berpuasa mendapat dua kegembiraan bila bulan puasa
Sebagaimana sabda Rasulullah saw

‫ َف ْر َحةُ ِح ْي َن يُـ ْف َطـ ُر َو َف ْر َحةُ ِح ْي َن َيـ ْلـ ِقى َربِـ ِه‬:‫للـ ّصـا ِئ ُم فَ ْر َحـتَا ِن‬

Bagi orang yang berpuasa itu mempunyai dua kegembiraan. Pertama
:kegembiraan ialah ketika berbuka puasa dan satu lagi ialah kegembiraan
ketika bertemu dengan Tuhannya.

Kegembiraan masa berbuka puasa itu bermaksud hilangnya lapar dan
dahaga ketika berbuka puasa dan mereka gembira kerana sempurna
ibadat puasanya .

Kegembiraan yang kedua ialah gembira bertemu Allah swt orang yang
berpuasa akan mendapat balasan daripada Allah kerana ibadat puasa
yang dilakukannya.

2. Orang yang berpuasa diberi keistimewaan ketika memasuki syurga.
Hanya orang yang berpuasa sahaja boleh memasuki syuga melalui pintu
Ar-Rayyan. Mereka yang melalui pintu ini tidak akan dahaga dan lapar
selama-lamanya.

Sebagaimana Sabda Rasulullah saw
‘’Bahawasanya di dalam syurga ada satu pintu yang dinamakan dengan Ar-
Rayyan, diserukan baginya segala orang yang berpuasa masuklah
daripadanya maka barangsiapa daripada orang yang berpuasa masuklah

dan barangsiapa masuk melaluinya nescaya tiada dahaga selama-
lamanya.

Akhir kata dari saya, patuhkanlah perintah Allah, laksanakan ibadat
puasa dengan ikhlas. Mudah-mudahan kita mendapat keberkatan dan
keampunan dari Allah swt. Sekian

Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud;
‘‘ Orang yang sangat dibenci oleh Allah ialah mereka yang

suka bermusuh-musuhan.’’
Hadis Riwayat Bukhari)

TAZKIRAH 31
KELEBIHAN ORANG YANG BERPUASA 2

Tazkirah kali ini masih lagi tentang kelebihan orang yang berpuasa.

1. Bau mulut orang yang berpuasa di sisi Allah itu lebih harum daripada kasturi.

Sabda Rasulullah saw

‫َو َلـ ُخـلُـ ْو ُف فَـ ِم ِِ الـ ّصـا ِئ ِم اَ ْطـ َيـ ُب ِعـ ْنـدَ الل ِه ِمـ ْن ر ْيـ ِح‬
‫المـٍـ ْسـ ِك‬

Bermaksud” Mulut orang yang berpuasa berbau harum lebih harum
daripada bau kasturi.
Itulah kelebihan dan keistimewaan ke atas orang yang berpuasa di sisi
Allah di akhirat nanti.

4. Ibadati puasa adalah satu cara untuk menghalang diri seseorang
daripada api neraka. Kerana orang yang berpuasa dapat memelihara
diri daripada terjerumus ke dalam kancah maksiat yang membawa
kepada perbuatan dosa besar.

Sabda Rasulullah saw

‫الـ ّصـو ُم ُجــنَّـةُ ِمـ َن الـنَّـار‬

Maksudnya :Puasa itu dinding daripada neraka

Untuk itu kita hendaklah taat kepada perintah Allah dengan melakukan
ibadat puasa. Ibadat puasa menjadikan kita seorang yang bertakwa dan
bersyukur kepada Allah swt. Ia dapat membentuk peribadi muslim yang
mulia.

Akhir kata saya sudahi tazkirah hari dengan ucapan terima kasih.

Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud;
‘‘ Sesungguhnya Allah sangat suka kepoada hambanya
yang mengucapkan Tahjmid (al hamdulillah sesudah makan

dan minum.’’
(Hadi Riwayat Bukhari)

TAZKIRAH 32
KEISTIMEWAAN MALAM LAILATUL QADAR.

Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam
Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia
kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik
daripada seribu bulan. Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan
izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan
berlakunya pada tahun yang berikut); Sejahteralah Malam (yang berkat) itu
hingga terbit fajar!

Malam Lailaturqadar adalah malam diturunkan al-Quran. Pada malam
itu Malaikat Jiril turun di bumi membawa perutusan dan mengucapkan
selamat serta mandoakan kesejahteraan kepada orang yang beribadat
kepada Allah swt.

Sebahagian besar ulamak mengatakan bahawa Lailaturqadar ialah
salah satu malam daripada sepuluh malam terakhir bulan Ramadan.

Malam lailaturqadar banyak keistimewaan dan kelebihannya. Di
antaranya ialah

- ia adalah satu malam yang lebih baik daripadan seribu malam
- Pada malam tersebut diberi rahmat yang lebih besar oleh Allah swt

kepada orang yang beribadat kepadanya.

- Malam diampunkan segala dosa dosa yang telah dilakukan bagi
orang yang bangun malam dan berdoa memohon keampunan
dengan penuh keimanan dan keinsafan.

- Setiap doa yang dipohonkan pada malam itu akan dimakbulkan olah
Allah swt.

Oleh itu kita digalak melakukan amalan sunat seperti Qiamullail, solat
hajat, berzikir sepanjang malam, beriktikaf dalam masjid, berdoa memohon
keampunan dan membaca al-Quran. Mudah-mudahan mendapat rahmat
dan kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat.

Rasulullah s.a.w. bersabda bermaksud;
‘‘ Tidaklah harus orang yang tidak tahu itu diam dalam
ketidaktahuannya (kebodohan) dan tidaklah harus orang
yang berilmu itu diam dengan ilmunya (tidakmengajar) .’’

(Hadis Riwayat At-Tabrani)

‫‪Doa‬‬

‫الَّلـ ُهـ َّم ا ْفـتَـ ْح َعـلَـ ْيـنَـا‬
‫ِح ْكـ َمـتـَ َك َوانـ ُشـ ْر َعـلَـ ْيـنَـا‬
‫ِمـ ْن َخـ َزا ِئـ ِن َر ْحـ َمـتِـ َك يَـا‬

‫اَ ْر َحـ َم ال َّرا ِحـ ِمـ ْيـ َن‬

‫أَ ْمـص ِـر ْد ِْير َوي‬ ‫َر ّ ِب ا ْشـ َر ْح ِل ْي‬
‫َو يَــ ِّسـ ْر ِلـ ْي‬
‫أ ْحـلُـ ْل ُعـ ْقـدَةً ِم ْن ِلـ َســاني‬
‫يَـ ْفـقَـ ُهـ ْوا قَـ ْو ِلـي‬

Disusun oleh Puan Hajah Ramlah binti Idris
Guru Cemerlang Pendidikan Islam
SMK Pulau Nyior, Jitra, Kedah Darul Aman

ISI KANDUNGAN

ISI KANDUNGAN

Tazkirah Tajuk Tazkirah 1
Aluan ucapan 2
1. Kewajiban menuntut ilmu 4
2. Kelebihan orang berilmu 6
3. Kebersihan diri 8
4. Makan makanan halal 10
5. Tanggungjawab menghormati guru 12
6. Adab memberi salam 14
7. Kepentingan menutup Aurat 16
8. Kita Semua Akan Mati 18
9. Persaudaraan dan perpaduan dalam Islam 20
10. Tujuh Dosa besar 22
11. Dunia sebagai tempat persinggahan untuk ke hari akhirat 24
12. Rahsia kadatangan hari kiamat 26
13. Iman dan takwa ukuran kemuliaan seseorang di sisi Allah swt 28
14. Keadaan alam dan manusia bila kiamat berlaku 30
15. Hari Asyura 32
16. Nasihat Luqman kepada anaknya 34
17. Fitnah adalah amalan keji 36
18. Perbuatan menipu adalah dosa besar. 38
19. Amalan berfaedah untuk bekalan hari akhirat 40
20. Adab-adab di tepi jalan raya 42
21. Kekayaan yang sejati 44
22. Mengumpat adalah dosa besar 46
23. Kisah berkat di sebalik membaca bismillah 48
24. Azan 49
25. Kata-kata hikmah Khulafa’ Ur Rasyidin 51
26. Hamba bertakwa 53
27. Fitnah Wanita 56
28. Pesanan Rasulullah saw sebelum tibanya Ramadan 58
29. Pesanan Rasulullah saw sebelum tibanya Ramadan 60
30. Kelebihan orang yang berpuasa 1 62
31. Kelebihan orang yang berpuasa 2 64
32. Keistimewaan malam Lailatul Qadar 66
Doa

ii

PENERBIT

UNIT DAKWAH
MAJLIS TINDAKAN DAKWAH
SMK PULAU NYIOR, JITRA, KEDAH DARUL AMAN

CETAKAN PERTAMA 2005

Hak Cipta Terpelihara.
Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian
artikel, dan isi kandungan buku ini dalam bentuk apa jua bentuk
dan dengan apa jua cara sama ada secara elektronik, fotokopi,
elektronik, rakaman atau cara lain selebum mendapat izin

bertulis daripada penerbit MTD SMKPN.

i





PRAKATA
Al-hamdulillah syukur kepada Ilahi kerana saya dapat menyusun dan
menerbitkan buku ‘Tazkirah’ . Sebarang kekurangan dari segi isi buku
ini adalah datangnya daripada kelemahan saya.

Buku ini diterbitkan bertujuan untuk mengisi program dakwah sekolah.
Koleksi “Tazkirah” yang disusun dalam buku ini boleh disampaikan
kepada pelajar dan warga sekolah semasa perhimpunan mingguan
sekolah atau bila-bila sahaja sebagai santapan rohani. Penerbitan ini
sedikit sebanyak dapat menampung keperluan bahan-bahan bacaan
berkaitan dengan Islam. Diharapkan ia dapat menyebarkan ilmu dan
kefahaman Islam serta menyumbang saham dalam usaha dakwah dan
tarbiyah Islamiah. Kejayaan usaha dakwah dan tarbiah tidak mungkin
berkesan melalui langkah bersendirian . Untuk itu sokongan semua pihak
amat diharapkan untuk menyampaikan hasrat tersebut. Semoga segala
usaha kita diberkati Allah dan dipimpinNya ke jalan yang benar.
Sekian, terima kasih

Daripada
Hajah Ramlah binti Idris
Guru Cemerlang Pendidikan Islam
(Ketua Panitia Pendidikan Islam)
SMK Pulau Nyior, Jitara, Kedah

i

41


Click to View FlipBook Version