93 NOTA GURU Pembersihan Bekas Najis Burung Baji Bimbing murid mengamalkan langkah keselamatan dan kebersihan semasa menjalankan aktiviti. Guru menerangkan penggunaan sangkar sementara kepada murid. 1.1.3 Sediakan alatan dan bahan. Bancuh ubat pembasmi kuman. Cuci bekas najis dengan menggunakan berus sabut. Lap bekas najis yang telah dicuci. Pasang bekas najis pada sangkar. 4 5 3 1 2 Pembersihan Bekas Najis
94 Periksa keselamatan dan kebersihan sangkar. Isikan sekoi ke dalam bekas makanan. Letakkan bekas makanan ke dalam sangkar. Projek Mini Pemeliharaan Burung Baji Kasih sayang Nilai Murni Sediakan alatan dan bahan. 3 1 2 4 Tulang sotong (cuttlefish bone), iaitu sejenis makanan yang diberikan kepada burung, dapat membekalkan kalsium bagi menguatkan tulang, rahang, paruh dan cangkerang telur burung baji. TAHUKAH KAMU? 94
95 NOTA GURU Tuang air ke dalam bekas minuman. Titiskan tiga titik vitamin haiwan ke dalam air dan kacau perlahan-lahan. Letakkan bekas minuman ke dalam sangkar. Bimbing murid melakukan langkah pemeliharaan haiwan dengan betulnya. Pastikan murid mengamalkan etika keselamatan dan kebersihan. Bimbing murid menggunakan vitamin haiwan dengan betulnya. 1.1.1 1.1.2 1.1.3 Masukkan burung baji ke dalam sangkar. 5 6 7 8 Vitamin haiwan perlulah dicampurkan di dalam air minuman setiap kali air minuman itu ditukar. TAHUKAH KAMU? 95 NOTA GURU
96 Mengapakah kita perlu mencuci akuarium secara berkala? PEMELIHARAAN HAIWAN KESAYANGAN DI AIR Kenali haiwan kesayangan di air. Wah, cantiknya ikan-ikan laga ini! Semuanya berwarna-warni. Ya, memang cantik. Kamu boleh pilih mana-mana ikan yang kamu sukai. 96 MAKLUMAT DAN KEMAHIRAN IKAN LAGA KURA-KURA
97 NOTA GURU Bimbing murid membaca maklumat di atas. Bersoal jawab dengan murid tentang haiwan pemeliharaan di air yang lain. 2.1.1 Kura-kura hidup di gurun, padang rumput, hutan, paya, sungai dan laut. TAHUKAH KAMU? Berhati-hati semasa memegang kura-kura kerana kukunya yang tajam boleh mengakibatkan kecederaan. PANDUAN KESELAMATAN Ayah, rupa-rupanya udang juga boleh dipelihara di dalam akuarium. Betul, Amar. Terdapat udang hiasan yang boleh dipelihara. 97 NOTA GURU IKAN EMAS UDANG HIASAN
98 Kenali alatan dan bahan bagi pemeliharaan haiwan kesayangan di air. akuarium Penggunaan garam biru dan air rendaman daun ketapang dapat merawat ikan laga yang sedang sakit. TAHUKAH KAMU? tempat tinggal ikan laga batu hiasan bahan hiasan di dalam akuarium 98
99 NOTA GURU sauk ikan span pelet ikan laga rumpai tiruan antiklorin Berbincang dengan murid tentang alatan dan bahan untuk memelihara haiwan kesayangan di air. Bersoal jawab dengan murid tentang ikan laga. 2.1.2 Apakah penyakit yang sering dilihat pada ikan laga? alat untuk mengalihkan ikan laga makanan ikan laga bahan untuk menyingkirkan klorin di dalam air alat untuk membersihkan akuarium ikan laga untuk dipelihara bahan hiasan di dalam akuarium 99 NOTA GURU
100 Etika Keselamatan dan Kebersihan Mari amalkan. 1 3 4 2 Pakai pakaian yang sesuai semasa melakukan aktiviti pembersihan. Pakai apron semasa melakukan aktiviti pembersihan. Pakai sarung tangan getah semasa melakukan aktiviti pembersihan. Pakai pelitup muka yang sesuai semasa melakukan aktiviti pembersihan. AKTIVITI Bina peta buih tentang kepentingan mengamalkan etika keselamatan dan kebersihan. 100
101 NOTA GURU Bimbing murid menyatakan kepentingan mengamalkan etika keselamatan dan kebersihan semasa menjalankan aktiviti. 2.1.3 5 8 Gunakan span untuk mencuci akuarium. Cuci alatan dan bahan secara berhati-hati. Keringkan alatan yang sudah dicuci. Simpan alatan di tempat yang sesuai seperti rak, almari dan sebagainya. 6 7 101 NOTA GURU
102 Projek Mini Pemeliharaan Ikan Laga Apakah langkah-langkah rawatan yang perlu diberikan kepada ikan laga yang sedang sakit? Susun bahan hiasan ke dalam akuarium dengan telitinya. Sediakan alatan dan bahan. Letakkan akuarium di atas rak. 102 1 2 6 Telur dan anak ikan laga dijaga oleh ikan laga jantan dan bukannya ikan laga betina. TAHUKAH KAMU?
103 NOTA GURU Berhati-hati semasa mengalihkan ikan laga ke dalam akuarium. PANDUAN KESELAMATAN Bimbing murid membaca label pada cecair antiklorin sebelum menggunakannya. Bimbing murid melakukan aktiviti pemeliharaan ikan laga secara teratur dan selamat. Bimbing murid meletakkan akuarium di tempat yang sesuai. 2.1.2 2.1.3 Masukkan air ke dalam akuarium dengan cermatnya sehingga paras yang bertanda. Titiskan tiga titik cecair antiklorin ke dalam akuarium dan kacau permukaan air secara perlahan-lahan. 103 NOTA GURU 3 4 Masukkan ikan laga ke dalam akuarium dengan cermatnya. 5 Berdikari Nilai Murni
104 NOTA GURU PRODUK BURUNG PUYUH DAN IKAN LAGA Ketahui produk burung puyuh. 3.1.1 Guru boleh menunjukkan produk burung puyuh kepada murid untuk meningkatkan pemahaman tentang produk burung puyuh. Bersoal jawab dengan murid tentang produk burung puyuh. burung puyuh • disejuk beku dan dijual sisa buangan atau najis • dijadikan sebagai baja organik telur burung puyuh • dibungkus untuk dijual anak burung puyuh • diternak dan dijual MAKLUMAT DAN KEMAHIRAN
105 NOTA GURU Ketahui produk ikan laga. Bersoal jawab dengan murid tentang spesies ikan laga. Bimbing murid mengenal pasti ikan laga jantan dan ikan laga betina. 3.1.1 Produk ikan laga Cara pembiakan ikan laga ikan laga jantan Pelihara anak ikan laga selama dua bulan sebelum dijual. anak ikan laga ikan laga betina EMK Keusahawanan Ikan laga jantan dan betina yang telah matang diletakkan di dalam balang berasingan secara bersebelahan selama seminggu bagi sesi penyesuaian. Ikan laga jantan dan betina diletakkan di dalam bekas yang sama selama satu hingga tiga hari. Asingkan ikan laga betina apabila telur mula dikeluarkan dan biarkan ikan laga jantan menjaga telur selama empat hingga lima hari. Asingkan ikan laga jantan apabila anak ikan mula berenang secara bebas. 1 2 4 5 3
106 NOTA GURU 3.1.1 3.1.2 Bimbing murid membuat perancangan aktiviti jualan. Tentukan produk yang hendak dijual. Sediakan alatan dan bahan serta tapak jualan. Jual produk dan rekodkan hasil jualan. Tentukan tarikh dan masa jualan. Buat promosi produk jualan. Simpan alatan dan bahan serta bersihkan tapak jualan. Mari rancang aktiviti jualan produk di sekolah. PERANCANGAN AKTIVITI JUALAN PRODUK 1 4 5 2 3 6 MAKLUMAT DAN KEMAHIRAN
107 NOTA GURU MEREKODKAN HASIL JUALAN Teliti jadual di bawah. Bimbing murid merekodkan hasil jualan. Bimbing murid melakukan simulasi. 3.1.4 Untung = Harga jual – Harga kos Contoh: Harga jual telur burung puyuh = RM2.50 per pek Harga kos telur burung puyuh = RM1.50 per pek Untung = RM2.50 – RM1.50 Jumlah untung = RM1.00 per pek Cara mengira untung: Bil. Produk Harga per pek/ bungkus (RM) Kuantiti jualan Jumlah (RM) 1 Burung puyuh mentah 5.00 40 ekor 200.00 2 Anak burung puyuh 2.00 10 ekor 20.00 3 Telur burung puyuh 2.50 50 bungkus 125.00 4 Baja organik 6.00 15 bungkus 90.00 Jumlah jualan 435.00 Bil. Produk utama Harga per ekor (RM) Kuantiti jualan Jumlah (RM) 1 Ikan laga 7.00 17 ekor 119.00 2 Anak ikan laga 2.50 15 ekor 37.50 Jumlah jualan 156.50 Kerjasama Nilai Murni
108 Projek Jualan Haiwan Kesayangan Lihat gambar dan ceritakan. Rupa-rupanya banyak spesies ikan laga. Wah, cantiknya ikan laga ini! Ada pelbagai warna. TARIKH : 4 APRIL 20 GERAI INFORMASI Spesies Ikan Laga Malaysia IKAN LAGA BIL PRODUK JUALAN HARGA 1 INDUK IKAN LAGA RM7.00 3 AKUARIUM RM4.50 5 RUMPAI HIASAN RM2.50 2 ANAK IKAN LAGA RM2.30 4 BATU HIASAN RM2.50 6 MAKANAN IKAN RM3.00 MASA : 8:00 PAGI - 12:00 TENGAH HARI TEMPAT : DATARAN ILMU SK PERMATANG
109 NOTA GURU NOTA GURU Bimbing murid melaksanakan aktiviti jualan. Minta murid berkongsi pengalaman menghadiri karnival jualan. 3.1.3 Amri, apakah yang ada di dalam kotak putih ini? Kami menyimpan daging burung puyuh mentah di dalam kotak berisi ais ini untuk mengekalkan kesegarannya, Nisa. Kerajinan Nilai Murni BURUNG PUYUH BIL PRODUK JUALAN HARGA 1 DAGING MENTAH RM7/ekor 2 ANAK BURUNG PUYUH RM4/ekor 3 BAJA ORGANIK RM6/bungkus 4 TELUR BURUNG PUYUH RM2.50/pek
110 NOTA GURU MERBUKKU SAYANG PEMULIHAN Langkah-langkah 1.1.1 1.1.2 1.1.3 Bimbing murid melakukan aktiviti ini dengan betulnya. Bimbing murid memilih haiwan yang hendak dipelihara mengikut kesesuaian tahap murid. Sediakan alatan dan bahan. Tuang air ke dalam bekas minuman. Masukkan burung merbuk ke dalam sangkar. Burung merbuk sedia untuk dipelihara. Isikan sekoi ke dalam bekas makanan. Titiskan tiga titik vitamin haiwan ke dalam air dan kacau perlahan-lahan. Letakkan bekas makanan ke dalam sangkar. Letakkan bekas minuman ke dalam sangkar. Berhati-hati semasa mengendalikan burung merbuk. PANDUAN KESELAMATAN 1 4 6 2 5 7 3 8
111 NOTA GURU JUALAN TELUR BURUNG PUYUH Langkah-langkah Sediakan alatan dan bahan. Bersihkan kotoran pada telur dengan kain pengelap. Tampalkan label produk pada sarang telur plastik. Susun telur di dalam sarang telur plastik. Telur burung puyuh sedia untuk dijual. Ketip sarang telur plastik dengan pengokot. Bimbing murid membungkus telur dengan cermatnya. 3.1.1 Berhati-hati semasa menjalankan aktiviti membungkus telur burung puyuh. PANDUAN KESELAMATAN 1 PENGUKUHAN 2 5 3 6 4
112 NOTA GURU AKUARIUM SAYA PENGAYAAN Berhati-hati semasa menggunakan alatan yang tajam. PANDUAN KESELAMATAN Langkah-langkah Sediakan alatan dan bahan. Buka penutup balang dan letakkannya pada bongkah kayu. Tutup balang dengan kemasnya. Susun rumpai dan batu hiasan di dalam balang. Tebuk lubang udara dengan menggunakan paku. Akuarium yang telah siap. 1 2 4 5 3 6 2.1.2 Bimbing murid mengamalkan etika keselamatan semasa melakukan aktiviti ini. Galakkan murid menggunakan kreativiti mereka untuk menghasilkan akuarium sendiri dengan menggunakan bahan kitar semula.
UJI MINDA PENILAIAN A. Tandakan ( ) pada alatan dan bahan untuk memelihara ikan laga. B. Tulis hasil produk burung puyuh. 113
114 NOTA GURU C. Tulis enam langkah perancangan aktiviti jualan. D. Senaraikan empat kepentingan mengamalkan etika keselamatan dan kebersihan. 1 2 3 4 Halaman ini boleh diperbanyak. Jawapan Uji Minda
Dengan ini, SAYA BERJANJI akan menjaga buku ini dengan baiknya dan bertanggungjawab atas kehilangannya, serta mengembalikannya kepada pihak sekolah pada tarikh yang ditetapkan. Nombor Perolehan: ______________________________ Tarikh Penerimaan: ______________________________ BUKU INI TIDAK BOLEH DIJUAL Skim Pinjaman Buku Teks Sekolah _______________________________________ Tahun Darjah Nama Penerima Tarikh Terima
KEMAHIRAN HIDUP ASAS BTK966001 RM24.20