Komuniti Berwawasan Komuniti merupakan sekumpulan masyarakat yang tinggal di suatu tempat atau kawasan. Mereka saling berinteraksi, bantu-membantu dan bekerjasama bagi mewujudkan perhubungan yang baik dan selamat. Saling menghormati dapat mewujudkan keharmonian dalam masyarakat. Menyertai aktiviti kemasyarakatan dapat mengukuhkan perpaduan dan kemesraan. Kunjung-mengunjungi pada hari perayaan dapat mengeratkan perhubungan dan persefahaman. Peranan Komuniti dalam Mengekalkan Perpaduan dan Kesejahteraan 94
Masyarakat bertanggungjawab menjaga kesihatan dan keselamatan. Ini dapat mewujudkan suasana persekitaran yang aman dan sejahtera. Menjaga harta benda awam supaya sentiasa berkeadaan baik dan selamat digunakan. Mengadakan kempen kebersihan bagi mengelakkan situasi yang mengancam kesihatan dan keselamatan. Prihatin terhadap masalah sekeliling dan bekerjasama menjaga keselamatan dan kesejahteraan. • Bimbing murid mengenal pasti peranan keluarga dalam masyarakat. • Minta murid menamakan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan. • Bincangkan kepentingan kejiranan dalam masyarakat dengan murid. 7.2.1 7.2.2 7.2.3 Hubungi nombor talian 999 sekiranya berlaku kecemasan atau kemalangan. KBAT Bagaimanakah kamu menjaga keselamatan tempat tinggal kamu? NOTA GURU Pengaruh Komuniti dalam Menjaga Kesihatan dan Keselamatan 95
Urus dengan Bijak Peti pertolongan cemas ialah tempat menyimpan bahan dan alatan yang digunakan untuk memberikan pertolongan. Penggunaan bahan dan alatan tersebut membantu mengurangkan kesakitan dan kecederaan yang lebih teruk. Bahan dan alatan Fungsi Gunting Menggunting kain pembalut dan plaster. Kapas Membersihkan luka. Pad steril Menutup luka bagi mencegah jangkitan bakteria. Cecair antiseptik Mencuci anggota yang luka untuk mencegah jangkitan bakteria. Losen kalamina Mengurangkan rasa gatal pada anggota yang dijangkiti. Pita pelekat Melekatkan hujung balutan. Penganduh Menyokong anggota yang cedera atau patah. Pembalut Menutup luka bagi mencegah jangkitan bakteria. Kain anduh Menyokong anggota yang terseliuh, patah dan luka. Plaster Menampal luka kecil. Krim antiseptik Disapu pada anggota yang luka untuk mencegah jangkitan bakteria. Kain kasa Membersihkan luka, mengeringkan dan membalut luka. 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 Kandungan di dalam peti pertolongan cemas perlu diperiksa dari semasa ke semasa untuk memastikan bahan dan alatan sentiasa selamat digunakan. 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 1 12 Alatan di dalam Peti Pertolongan Cemas 96
Bantu Mula Merawat Menggunakan Bahan Alternatif Gunakan bahan alternatif sekiranya tiada peti pertolongan cemas. • Bimbing murid mengenal pasti nama dan fungsi bahan serta alatan di dalam peti pertolongan cemas. • Minta murid mencadangkan cara lain mendapatkan bantuan kecemasan. 7.3.1 7.3.2 7.3.3 Tali leher Baju Tali pinggang Tali NOTA GURU Payung Menghentikan Pendarahan Tekan luka dengan pad steril. Balutkan luka dengan kain kasa. Kemaskan balutan dengan pita pelekat. 1 2 3 1 2 3 Merawat Luka Kecil Cuci luka menggunakan air yang bersih. Sapukan cecair antiseptik menggunakan kapas. Lap kering dengan kain kasa dan sapu krim antiseptik. Tampalkan plaster. 1 2 3 4 1 2 3 4 Selendang 97
PENGUKUHAN 1. Jelaskan simptom sakit perut dan cirit-birit akibat dijangkiti penyakit bawaan makanan. 2. Nyatakan dua cara pencegahan penyakit bawaan makanan dan penyakit bawaan air. a. .................................................................................................. .................................................................................................. b. .................................................................................................. .................................................................................................. 3. Namakan dua aktiviti yang dapat mewujudkan hubungan masyarakat yang baik. a. .................................................................................................. .................................................................................................. b. .................................................................................................. .................................................................................................. 4. Saras terjatuh dan mendapat luka kecil di kakinya. Terangkan cara-cara bantu mula pada kecederaan Saras diberikan. a. ..................................................... b. ..................................................... c. ..................................................... d. ..................................................... Cirit-birit Sakit perut • Perbanyak halaman untuk diedarkan kepada murid. NOTA GURU 98
UNIT KELUARGA DINAMIK Salman sedang mengadakan perbincangan bersama anggota keluarganya tentang aktiviti yang akan diadakan bersempena dengan Hari Keluarga. Cadangkan aktiviti yang sesuai untuk bersama-sama keluarga kamu. 99
Asertif merupakan keupayaan individu menyatakan keinginan, perasaan dan fikiran kepada orang lain melalui dua cara, iaitu verbal dan bukan verbal. Minda Sihat • Bimbing murid memberikan respons secara verbal dan bukan verbal mengikut situasi. • Minta murid memberikan contoh luahan verbal dan bukan verbal. 8.1.1 8.1.2 NOTA GURU Secara Verbal Menegur kawan yang memotong barisan ketika membeli di kantin sekolah. 3 Secara Bukan Verbal 3 Tersenyum apabila setuju. 1 Bersuara dengan tenang dan jelas apabila berucap. 2 Bertanya pendapat orang lain dengan fikiran terbuka. 2 Menundukkan kepala apabila ditegur. Reka cipta topeng muka mengikut situasi yang menggambarkan tindakan asertif secara verbal dan bukan verbal. INOVASI KREATIF 1 Fokus apabila mendengar luahan kawan. 100
Kemahiran asertif dapat membantu kita dalam membuat keputusan yang lebih bijak. Kesannya kita akan dihargai dan saling menghormati antara satu sama lain. Luahan Bermakna INFORMASI Cara membina kemahiran asertif: • Nyatakan perkara yang kamu lihat dan rasa. • Luahkan kemahuan kamu. • Elakkan konflik untuk keselamatan diri. Kebolehan menyatakan pendapat secara terbuka. 1 Kebolehan mempertahankan hak. 2 Kebolehan meluahkan perasaan. 3 Saya cadangkan cuti sekolah nanti kita pergi bercuti ke Pulau Langkawi. Amir kurang setuju.Cuti nanti, kita pulang ke kampung. Lagipun, sudah lama kita tidak menziarahi datuk dan nenek. Saya tidak bersalah cikgu! Hakimi ada pada hari kejadian. Saya suka awak. • Bimbing murid memahami kepentingan menyatakan sesuatu secara verbal dan bukan verbal. 8.1.3 8.1.4 NOTA GURU Saya pun suka awak tapi sebagai seorang kawan. 101
Shahril dan Helma mengalami pelbagai perkembangan dari aspek mental, emosi dan sosial ketika remaja. Mereka perlu menyesuaikan diri dengan perubahan yang dihadapi dalam kalangan anggota keluarga. Perisai Teguh • Bimbing murid mengenal pasti perubahan yang bakal berlaku kepada remaja. • Bimbing murid untuk memahami dengan lebih jelas perubahan situasi yang berlaku dalam kalangan anggota keluarga. 8.2.1 NOTA GURU Kepimpinan Remaja Lebih Terserlah Peka akan Perubahan Mental, Emosi dan Sosial Kebolehan Remaja Menyelesaikan Masalah 102
Setiap remaja mempunyai peranan terhadap diri dan keluarga. Hubungan yang sihat dengan keluarga dapat menjauhkan serta menyelamatkan diri remaja daripada gejala sosial yang negatif. Remaja Gemilang • Bimbing murid mengenal pasti peranan remaja. • Minta murid senaraikan peranan remaja dalam kehidupan harian. 8.2.2 Peranan Remaja dalam Institusi Kekeluargaan Menghormati nasihat anggota keluarga. Menjalankan tanggungjawab terhadap keluarga. Berkongsi dan berbincang masalah dengan ibu bapa. Memaklumkan aktiviti harian kepada ibu bapa. Meluangkan masa melakukan aktiviti kekeluargaan. NOTA GURU 103
Setiap anggota keluarga memainkan peranan penting bagi mewujudkan keluarga yang harmoni. Hubungan kekeluargaan yang baik dapat mengukuhkan institusi kekeluargaan. Jalinan Kasih Peranan Remaja terhadap Adik-beradik • Memotivasikan adik-adik sekiranya mereka kurang bermotivasi. • Memberikan pertolongan kepada adik-adik sekiranya mereka memerlukan bantuan. Peranan Remaja terhadap Ibu Bapa • Menghadiahkan kejayaan. • Mendoakan kebaikan untuk ibu bapa. 8.2.3 • Bimbing murid mengenal pasti kepentingan peranan remaja. • Bimbing murid menyenaraikan kepentingan peranan remaja untuk diri sendiri, dan keluarga. NOTA GURU Peranan Remaja terhadap Datuk dan Nenek • Hormat-menghormati. • Meluangkan masa bersama-sama. 104
PENGUKUHAN Tandakan (P) dalam kotak yang disediakan pada tingkah laku asertif. ` Pilih tingkah laku yang positif dalam proses perubahan mental, emosi dan sosial seorang remaja. Yang berikut ialah anggota keluarga Aina. Nyatakan peranan setiap ahli dalam mencapai keharmonian dan kebahagiaan dalam keluarganya. Ayah Aina : Ibu Aina : Abang Aina : Aina : Adik Aina : 2 1 • Perbanyak halaman untuk diedarkan kepada murid. Bertanggungjawab Kepimpinan Merokok Ponteng sekolah Degil Hormat-menghormati Aina Ayah Aina Adik Aina Ibu Aina Abang Aina Bertolak ansur Berdikari Buli rakan NOTA GURU 3 105
TAHUN PENDIDIKAN DAN PENDIDIKAN (Masalah Pembelajaran) TAHUN PENDIDIKAN DAN PENDIDIKAN (Masalah Pembelajaran) BTK146001 RM22.00