The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Dikendalikan oleh :
Kakitangan Perpustakaan Cawangan Keningau

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Perpustakaan Cawangan Keningau, 2021-02-10 04:11:48

Kompilasi Ulasan Buku November 2020 Perpustakaan Cawangan Keningau

Dikendalikan oleh :
Kakitangan Perpustakaan Cawangan Keningau

Keywords: Sabah,Sejarah,Kesihatan,Etnik,Budaya,Tumbuh-tumbuhan,Sains,Pendidikan,Motivasi,Psikologi,Am,History,Health,Resepi,education,Novel

Perpustakaan Negeri Sabah

Cawangan Keningau

Ulasan Buku
November 2020

Oleh
Kakitangan

Perpustakaan Cawangan Keningau

ULASAN BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU

Tajuk : Hindari Kanser Dengan Antioksidan.
Penulis : Norman.M Norawi.
Penerbitan : Kuala Lumpur : True Wealth Sdn Bhd.
Muka surat : 87 ms
Pengkelasan : MAN 616.07 NOR

Buku Hindari Kanser Dengan Antioksidan ditulis Lim Norman.M Norawi
menyatakan antioksidan yang mampu mehalang penularan
kanser.Antioksidan dalam tubuh manusia adlah molekul-molekul yang
berupaya menetang radikal bebas dan melindungi sel-sel normal daripada
kerosakkan oleh radikal bebas.Radikal bebas didifeniskan sebagai molekul
tidk stabil bercas negatif yang terbentuk daripada tindak bals oksigen dengan
molekul tersebut

Antara kandungan buku yang dibincangkan iaitu pengenalan kepada
antioksidan ,pelbagai antioksidan dan bagaimana formula pencegahan kanser
melalui antioksidan

Selain itu dihuraikan secara terperinci antikosidan yang diperolehi
daripada sayuran dan buahan yang terdiri daripada pelbagai vitamin dengan
pelbagai fungsi.Sebagai contoh menurut satu kajian,warga jepun mempunyai
antara kadar penghidap penyakit jantung terendah di dunia disebabkan oleh
pemakanan mereka yang kaya dengan antioksidan seperti sayur-
sayuran,ikan,suhi dan teh hijau.

Kanser telah mula didokumentasikan sejak dari zaman Mesir
lagi.Punca nya telah lama mula dikaitkan dengan faktor pemakanan sejak
dari zaman tersebut.Pada zaman Romawi lama,seorang penulis bernama cato
telah mencadangkan kobis yang ditumbuk lumat sebagai rawatan
kanser.Dengan penemuan-penemuan vitamin-vitamin di zaman moden juga
dinyatakan sebagai rawatan kanser.Namun,sejak wujudnya rawatan
kimioterapi dan radioterapi,vitamin dan antioksidan semakin dilupakan
sehinggalah sekarang

Buku ini terdapat dalam koleksi Perpustakaan Cawangan Keningau dan
keterangan lanjut sila berhubung atau berjumpa dengan kakitangan kaunter
untuk bantuan selanjutnya.

Diulas oleh,
Lawrance Bin Angansuk
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau

Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

ULASAN BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU

Tajuk : Terapi Mujarab Menjana Pemikiran Positif
Penulis : Muhammad Aulia
Penerbitan : Kuala Lumpur : Ar-Risalah Product Sdn Bhd..
Muka surat : 193 ms
Pengkelasan : MAN 153.4 AUL

BukuTerapi Mujarab Menjana Pemikiran Positif ditulis Muhammad Aulia
menyatakan Adakah kita sedari bahawasanya kita adalah insan terpilih
setelah melalui seleksi alam ketika air kehidupan (mani) disemburkan.
Berjuang bermati¬matian mengalahkan saingan yang juga ingin menjadi
'sang juara' seperti kita. Lahir ke dunia tanpa perasaan takut dan akal
fikiran di mana semuanya dapat kita ceduk dan pelajari dalam tempoh kita
membesar menjadi dewasa. Sewaktu menganjak dewasa salah satu perkara
terpenting yang perlu diterapkan adalah 'input' dan pemikiran positif serta
mengelakkan 'input' dan segala perkara negatif masuk ke dalam minda kita.

Antara kandungan buku yang dibincangkan iaitu mengubah pola
pemikiran ,harus memilih,merealisasikan keinginan.pengetahuan dan agama
tentang berfikir positif,dan mulai lah berfikiran secara positif

Berfikir secara positif memliki dampak dan pengaruh besar dalam
kehidupan seseorang.ketika kita memulai berfikiran positif,kekuatan besar
akan dating mengimbangi cara pemikiran kita untuk tetap melakukan hal-
hal baik dengan cara yang baik.dengan berfikirn secara positif kita akan
terhindar dari dampak kehidupan yang buruk.

Dalam hidup,kegagalan memang akan selalu ada.Namun,stigma
bahawa hidup adalah suatu perjalanan takdir haruslah dibuang jauh-jauh
dari alam fikiran.Hidup itu suatu perjuangan yang bererti harus
mengerahkan tenaga danusaha yang mapan.Tanpa perjuanagn dan usaha
yang keras,maka keberhasilan,kejayaan serta kebahagiaan akan selamanya-
lamanya bernang-renang dalam dunia idea semata.Pemikiran positif menjana
kejayaan yang termanis dalam kehidupan.

Diulas oleh,
Lawrance Bin Angansuk
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau

Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

ULASAN BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU

TAJUK BUKU : CROSS STITCH : Jahitan Silang Alas Meja
PENGARANG : Maria Diaz ; Penterjamah: Zulzila Bte Dzulkefli
PENERBIT : QAFF Publications, 2015
MUKASURAT : 111
ACC NUMBER : 0003516211
ISBN NO : 9789675490538
HARGA : RM14.90
JENIS BUKU : Needlework (MAN 746.443 DIA)

Seni jahitan silang pangkah adalah sulaman berhias penuh dengan gambar
yang memperlihatkan kehalusan hasil kerja tangan dan kepakaran. Kreativiti
yang dihasilkan adalah kemas dan unik.

Buku ini mengandungi 26 reka bentuk jahitan silang pangkah yang
boleh memberi inspirasi kepada anda untuk lebih kreatif dan memberi idea-
idea tambahan yang sangat menarik. Di dalam buku ini diajar cara untuk
menjahit silang pangkah untuk membuat berbagai corak. Dengan idea-idea
ini anda boleh menghias kusyen, alas meja dan sebagainya.

Berbagai corak terdapat dalam buku ini antaranya corak bunga, buah-
buahan, binatang, cupcakes dan lain-lain lagi corak. Peralatan yang
digunakan ialah kain alas meja, jarum silang pangkah dan benang pelbagai
warna mengikuti kesuaian anda.

Di ulas oleh:
Mobin Mahadin
Perpustakaan Cawangan Keningau

Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

ULASAN BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU

Tajuk Buku:Di Balik Tabir Kematian
Pengarang:Imam Al-Ghazali (penterjemah Abdul Rosyad Shiddiq)
Penerbit:Pustaka Al-Ehsan
MukaSurat:224ms
No Panggilan:MAN 297.23 GHA
ISBN No: 9789833764778
Harga:33.75
Jenis Buku:Agama

Di buku ini, Imam al-Ghazali merakamkan secara terang perjalanan manusia ke negeri
keabadian itu, yang bermula dari pintu sakaratul maut, lalu alam kubur, proses kiamat
dengan segala huru-haranya, Pengadilan di Padang Mahsyar, dan akhirnya surga-neraka
sebagai terminal akhirnya. Sang guru besar spiritual ini tidak lupa memberi petua dan
wasiat kepada kita semua agar terhindar dari keabadian derita. Dan sebaliknya, agar kita
mampu mencapai puncak-puncak nikmat di negeri abadi tersebut. Nasihat-nasihat itu
tentu berasal dari Al-Qur'an, Sunnah Rasul-Nya, atsar para sahabat, dan para 'arifin yang
hidup sesudah mereka.

Bagi setiap manusia, kematian adalah tempat kembalinya, tanah adalah alas
tidurnya, cacing adalah temannya, malaikat Munkar dan Nakir adalah teman duduknya,
kubur adalah tempat tinggalnya, perut bumi adalah tempat menetapnya, dan kiamat
adalah saat yang ditunggunya. Ia pasti akan dating ke syurga atau ke neraka. Mahu atau
tidakia harus memikirkan tentang kematian, mengingatinya, bersiap diri untuk
menghadapi, merenung, mencurah perhatian dan focus. Ia mesti menganggap dirinya
termasuk orang-orang yang mati dan melihatnya berada di tengah-tengah para penghuni
kuburSegala sesuatu yang akan dating itu pasti samada dekat atau masih jauh ialah
sesuatu yang tidak akan datang.

Kematian bukan akhir dari segalanya, tapi hanyalah pintu untuk masuk ke alam
kehidupan lainnya. Sebuah kehidupan abadi dimana manusia tidak lagi punya hak dalam
memilih jenis kehidupan yang akan ia jalani seperti saat di dunia. Di alam akhirat, ia
hanya bisa menerima keputusan Sang Pengadil: hidup dalam nikmat selamanya atau
sengsara selamanya. Pintu itu adalah sakaratul maut, yang sangat menyakitkan bagi
siapapun, termasuk bagi orang-orang beriman. Dan pintu ini amat menentukan nasib
orang yang melewatinya. Jika ia mampu melaluinya dengan baik, maka kenikmatan abadi
siap menyambutnya. Namun bila sebaliknya, maka azab pedih akan senantiasa menjadi
temannya sejak di alam kubur.

Perjalanan ke akhirat sungguh sudah dekat dan usia tinggal sedikit. Namun
manusia yang masih lalai darinya untuk melakukan persiapan menghadapi kematian

Buku Ini Dapat Dirujuk di Koleksi Pinjaman Dewasa,Tingkat Bawah.Sila Berjumpa
dengan kakitangan kaunter untuk mendapatkan buku ini.

Diulas Oleh,
Masnah Yusof,
Perpustakaan Cawangan Keningau
Oktober 2020

Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

ULASAN BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU

Tajuk Buku:The Tarik Kurang Manis
Pengarang:Abd.Jalil Ali
Penerbit:Group Buku Karangkraf
MukaSurat:304ms
No Panggilan:MAR 306.872 ABD
ISBN No: 978-983-124-334-3
Harga:20.00
Jenis Buku:Umum

Buku TEH TARIK KURANG MANIS adalah kompilasi artikel yang pernah
tersiar dalam majlah Seri Dewi & Keluarga, Pesona, Pengantin dan MIDI
yang kaya dengan ilmu tersirat dan mengupas dalam rempah ratus
kehidupan harian yang penulis sendiri alami, melihat, mendengar dan merasa.

Ada suka, duka, syahdu, lentok, miang, pedas, pahit dan manis. Penulis
mengajak pembaca untuk sama-sama berkongsi pengalaman untuk
mengecap kebahagiaan. Meski berkias, namun dalam maksudnya untuk
membawa pembaca berfikir, menilai dan muhasabah dalam mematangkan
diri sendiri.

Frasa “The Tarik Kurang Manis” yang mempunyai makna tersendiri,
dalam ertikata ada manis, tawar, sakit, suka dan duka sepertimana dalam
kehidupan ibarat ada asam garam, gula dan kopi yang mewarnai sesebuah
kehidupan berumahtangga.

Buku Ini Dapat Dirujuk di Koleksi Rujukan Dewasa,Tingkat 1.Sila Berjumpa
dengan kakitangan kaunter untuk mendapatkan buku ini.

Diulas Oleh,
Masnah Yusof,
Perpustakaan Cawangan Keningau
Oktober 2020

Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

ULASAN BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU

Tajuk Buku: Miso, Tempeh, Natto & Other Tasty Ferments: A Step-by-Step
Guide to Fermenting Grains and Beans
Penulis: Kirsten K. Shockey dan Christopher Shockey
Penerbit: Storey Publishing . 2019.
MukaSurat: 400 muka surat
No Panggilan: EAR 664.024 SHO
ISBN No: 978-1-61212-988-4
Kategori Buku: Masakan, Pemakanan dan mempunyai

Ilustrasi

Pengarang buku makanan terlaris Kirsten dan Christopher Shockey
meneroka dunia makanan probiotik baru dengan Miso, Tempeh, Natto &
Fermentasi Sedap Lain.

Buku panduan ini menawarkan teknik langkah demi langkah yang
mudah diakses untuk memerah kacang dan biji-bijian di dapur rumah.
Merangkumi komponen asas fermentasi kaya protein Asia secara tradisional
untuk merangkumi bukan hanya kacang kedelai dan gandum, tetapi juga
kacang buncis, kacang polong bermata hitam, lentil, barli, sorgum, millet,
quinoa, dan oat.

Fermentasinya menampilkan kombinasi kreatif seperti tempe biji-
bijian kuno, tempe hazelnut – cocoa nib, millji koji, miso kacang merah laut,
dan miso kacang kranberi resepi warisan turun temurun. Setelah kemahiran
penapaian makanan dikuasai, terdapat lebih dari 50 resipi tambahan untuk
menggunakannya dalam bumbu, hidangan, dan pencuci mulut termasuk
natto polenta, tempe perap Thailand, dan coklat miso babka. Bagi peminat
yang terpesona dengan kemungkinan rasa dan manfaat kesihatan dari
penapaian, buku ini membuka dunia kemungkinan baru.

Buku ini sesuai dijadikan panduan pembuatan makanan kering kekacang
melalui proses fermentasi dan mencipta inovasi makanan yang lazat serta
berkhasiat. Ia juga sesuai sebagai bahan bacaan ringan untuk menambah
pengetahuan.

Diulas oleh :
Maslianah Hj.Mohd Shom,
Perpustakaan Negeri SabahCawangan Keningau

Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

ULASAN BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU

Tajuk Buku: Sejarah dan Sistem Kehidupan Tradisional Dusun Kiau
Penulis: Kundayis Labeh dan JUstin Dalansu
Penerbit: 2018. Persatuan Memulihara Warisan Tradisi Dan Alam
Semulajadi Kg.Kiau Nuluh, Kota Belud.
MukaSurat: 81 muka surat
No Panggilan: LHC 305.89928H KUN
ISBN No: 978-967-16368-0-0
Kategori Buku: Sejarah, Etnik, Budaya dan Sosio
Masyarakat Dusun Kiau

Kg.Kiau adalah signifikan dari segi sejarah kerana kampung ini merupakan
tempat persinggahan dan menjalakan kajian tentang keunikan tumbuh-
tumbuhan dan haiwan di kawasan pergunungan oleh ramai pegawai British
sejak tahun 1851. Banyak peristiwa sejarah yang berlaku di Kg.Kiau yang
tidak diketahui umum khususnya orang tempatan sendiri.

Buku ini terbahagi kepada lima bahagian iaitu : Sejarah Kg. Kiau,
sistem kehidupan tradisional, seni budaya, adat istiadat dan pantang larang
serta hutan lindungan komuniti.

Kg.Kiau terletak di lembah Kadamaian telah wujud tidak kurang
daripada 300 tahun lalu. Kehadiran orang Barat semasa menjalankan kajian
dan pendakian Gunung Kinabalu telah memberi impak yang sangat
bermakna kepada penduduk tempatan melalui interaksi yang positif.

Penerbitan buku ini adalah usaha murni Persatuan Memulihara
Warisan Tradisi dan Alam Semulajadi Kg.Kiau Nuluh, Kota Belud
( GOMPITO ). Maklumat dalam buku ini diperolehi melalui penglibatan dan
perbincangan penduduk asal kampung Kiau sendiri. Satu jawatankuasa
rujukan seramai 42 orang telah dibentuk khusus untuk mendapatkan
maklumat dalam proses dokumentasi sejarah dan adat istiadat Dusun Kiau.

Buku ini sesuai dijadikan rujukan kepada pelajar instusi pengajian tinggi di
malaysia khususnya Sabah untuk mengkaji mahupun sebagai bahan bacaan
umum kepada pembaca agar lebih mengenali suku dan budaya etnik Dusun
Kiau.

Diulas oleh :
Maslianah Hj.Mohd Shom,
Perpustakaan Negeri SabahCawangan Keningau

Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

ULASAN BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU

Tajuk Buku: 100 Tip Kuat: Hebat Mental, Spiritual, Fizikal
Penulis: Dr HM Tuah Iskandar al-Haj
Penerbit: 2015. Alaf 21
MukaSurat: 425 muka surat
No Panggilan: MAR 158.1 HMT
ISBN No: 978-967-86-0539-7
Kategori Buku: Motivasi

Anda ada Masalah? Mesti ada. Semua orang ada masalah, tapi jangan
biarkan masalah menyusahkan hidup kita. Luahkan dan dapatkan respons
sebagai remedi mudah.

Buku Dr HM Tuah Iskandar ini insya-ALLAH akan merungkai
masalah dan memberikan tips untuk motivasi anda. Dengan syarat anda
membaca untuk merungkai, bukan membaca untuk menilai.

Oleh itu kosongkan minda, lapangkan dada, terima semua saranan
dengan hati terbuka, kelak anda memperoleh kekuatan di situ. Sebaliknya
jika anda membaca untuk menilai, anda mungkin akan semakin terbelit.

Dalam kehidupan pasti kita tidak akan sunyi daripada masalah.
Bertanyalah kepada yang pakar. Atau berkongsilah dengan seseorang yang
anda percaya. Sekurang-kurangnya ia membina ruang kepada kita untuk
berasa lega. Setelah mendapat jawapan, terpulanglah kepada diri sendiri
sama ada hendak menerima atau membuat pertimbangan.

Yang penting kita telah mengizinkan diri kita untuk berasa lega
daripada masalah yang membelit. Cipta ketenangan dan jernihkan fikiran.
Kita mampu menemukan solusi yang matang dan tepat semasa kita tidak
panik. Sering insan akan menjadi lebih kuat setelah melalui masalah.
Berdamailah dengan keadaan dan berfikir dengan bijak.

Buku ini sesuai untuk semua pembaca sebagai menambah pengetahuan dan
mendapatkan kekuatan serta semangat menghadapi permasalahan. Semoga
menjadi resepi terbaik dan menjadi ubat untuk hati yang tenang.

Diulas oleh :
Maslianah Hj.Mohd Shom,
Perpustakaan Negeri SabahCawangan Keningau

Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

ULASAN BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU

Tajuk Buku: Emily The Cook Book
Penulis: Emily Hyland dan Matthew Hyland
Penerbit : Ballantine Books. New York . 2018.
MukaSurat: 221 muka surat
No Panggilan: EAR 641.5 HYL
ISBN No: 978-1-5247-9683-9
Kategori Buku: Masakan, Pemakanan dan
mempunyai Ilustrasi

Buku ini mempunyai banyak kekuatan, terdapat pelbagai menu hidangan
yang menjadi kegemaran ramai dan akan membuat para pembaca teruja untuk
mencubanya. Bahan yang mudah didapati dan keseronokan untuk mencuba menu
baharu pasti membuat dapur rumah anda lebih hidup dengan aroma menyelerakan.
Buku ini terbahagi kepada beberapa bab seperti berikut:
1. Menu Pinggan Kecil
2. Salad dan Pakaian
3. Alatan dan Bahan Pizza
4. Pai bulat
5. Detroit Pies
6. Burger Emmy
7. Sandwic
8. Pasta
9. Pencuci mulut
10. Koktel
11. Sos, perasa, dan banyak Lagi

Penulis buku ini merupakan pasangan suami isteri dan pemilik sebuah
restoran terkenal di New York City dan Nashville. Buku ini menampilkan lebih
daripada 100 resepi. Sebilangan besar penggemar sanggup menunggu giliran untuk
mendapatkan makanan lazat dari restoran mereka. Tidak perlu ketuhar kayu atau
peralatan yang mewah. Buku ini akan memberi panduan langkah demi langkah
khususnya bagaimana membuat pizza pan Detroit yang ikonik dan menu burger
yang mendahului senarai “Best Burger” New York City.

Buku ini sesuai untuk semua pembaca terutama para pencinta makanan yang
gemar meneroka resepi baharu.

Diulas oleh :
Maslianah Hj.Mohd Shom,
Perpustakaan Negeri SabahCawangan Keningau

Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

ULASAN BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU

Tajuk Buku: Nadia & Kaye Disaster Chef : Simple recipes for cook who can’t
Penulis: Nadia Sawalha dan Kaye Adam
Penerbit : Dorling Kindersley : Penguin random House Company. London .
2018.
MukaSurat: 256 muka surat
No Panggilan: EAR 641.512 SAW
ISBN No: 978-0-2413-3773-8
Kategori Buku: Masakan, Pemakanan dan mempunyai Ilustrasi

Buku ini diilhamkan oleh Nadia dan Kaye berikutan respon penonton yang
menggalakkan di saluran ‘You Tube’ mereka. Pemenang Master Chef selebriti
Nadia Sawalha menunjukkan rakan baiknya yang merupakan seorang tukang
masak Kaye Adams bagaimana untuk menyediakan grub yang lazat dengan cepat
tanpa penampilan makanan yang hebat.

Menganduni 80 resipi dengan ilustrasi gambar dan dilengkapi dengan motto
: "Sekiranya Kaye dapat memasaknya, anda juga boleh memasaknya."

Pilihan untuk makanan utama, hidangan periuk eletrik, hidangan vegetarian,
makanan ringan, lauk, roti dan puding diselang-seli dengan petua dan tip dapur
pakar.

Buku ini sesuai untuk semua pembaca terutama para pencinta makanan yang
gemar meneroka resepi baharu yang ringkas, mudah dan sihat.

Diulas oleh :
Maslianah Hj.Mohd Shom,
Perpustakaan Negeri SabahCawangan Keningau

Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

ULASAN BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU
Tajuk: Balada Air Mata
Penulis : Angela Engkuan
Penerbit: Alaf 21
Bil.Mukasurat: 464
ISBN : 978-983-124-807-2

Kisah seorang gadis yang bernama Kasuma kehilangan ibu sejak dilahirkan.Enam
tahun membesar bersama datuk dan neneknya dari sebelah arwah ibu.Waktu dia
berumur enam tahun ayahnya datang mengambilnya semula sejak itu dia tidak lagi
bertemu datuk dan neneknya.Dia membesar bersama ibu tiri yang kurang senang
dengan kehadirannya.Kehadirannya tidak diterima dengan sepenuh hati.Dia
terpinggir. Setelah meningkat dewasa kesuma pulang semula ke kampong halaman
arwah ibunya.Dia kembali mencari datuk dan neneknya.Mengamit kembali
kenangan ketika dia masih kecil.Mengimbau kembali kawan-kawan yang telah
lama ditinggalkan.

Perasaan benci keluarga tirinya tidak hanya dia tinggal bersama
mereka.Malah adik tirinya sanggup menabur fitnah mengatakan dia melahirkan
anak luar nikah sehingga ayahnya sendiri membencinya dirinya.Kehadirannya di
kampong dan neneknya juga tidak disenangi oleh ayahnya sendiri. Kamal tidak
mahu kesuma terlalu rapatdengan keluarga aruah isterinya.Ada dendam tersemat
di dada.

Kesuma terlalu kasihkan datuk dan neneknya sehingga dia membantah kata-
kata ayahnya.Perkahwinan yang diatur oleh ayahnya juga di tolak mentah-
mentah.Hati telah diserahkan pada sahabat sewaktu kecilnya dahulu.Bermulalah
episod sedih dan duka kesuma dalam meraih kasih seorang ayah dan membalas
kasih sayang datuk dan neneknya yang hanya tinggal berdua.Merasa
bertanggungjawap menjaga mereka.

Kenapa Kamal begitu membenci dan memdendami keluarga bekas
mentuanya? Mampukah Kesuma membersihkan namanya? Mahu kah Kamal
menerima Kesuma kembali setelah apa yang terjadi? Insafkah keluarga tiri
Kesuma setelah apa yang mereka lakukan pada Kesuma ? Adakah kebahagian
untuk Kesuma ? Siapa Adam anak kecil yang menjadi penyebab Kamal membuang
Kesuma? Semua persoalan itu akan terjawap di dalam Balada Cinta .

Bagi Mengetahui cerita Kisah selanjutnya dapatkan buku ini di
Perpustakaan Cawangan Keningau.

Ulasan Buku oleh
Benedict Bin Ramy
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau

Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

ULASAN BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU

Tajuk: Benci Itu Rindu
Penulis : Angela Engkuan
Penerbit: Alaf 21
Bil.Mukasurat: 588
ISBN : 978-983-124-912-3

Novel ini mengisahkan Mariah gadis kampung yang tabah dan cekal
menghadapi liku-liku kehidupan. Dia ditakdirkan lahir dalam keluarga yang
serba kekurangan. Demi kasihnya terhadap keluarga, Mariah sanggup
berkorban waima terpaksa melupakan cita-citanya. Sesungguhnya, takdir itu
tidak pernah teramal. Nasib hidup Mariah berubah tanpa terduga apabila
ditakdirkan bertemu jodoh dengan Azizan.

Sangkanya panas hingga ke petang, rupa-rupanya hujan di tengah hari.
Tatkala mengetahui Azizan berkahwin dengannya atas dasar ingin membalas
dendam, hancur lebur sekeping hati Mariah. Parah luka hatinya bila harga
diri jadi sendaan. Mahligai indah impiannya bergoncang, retak seribu ditiup
ribut kekecewaan.

Dendam Azizan akhirnya bertukar cinta. Dilupakan kisah masa lalu
setelah menyedari hatinya sudah terpaut. Mariah cinta pertamanya. Sungguh
hati lelakinya diburu kekesalan berpanjangan. Sukarnya meleburkan
sekeping hati Mariah yang sudah membeku. Mampukah dia merawat
kelukaan Mariah? Dapatkah Azizan mencantumkan semula keretakan
mahligai cinta mereka?

Bagi Mengetahui cerita Kisah selanjutnya dapatkan buku ini di Perpustakaan
Cawangan Keningau.

Ulasan Buku oleh
Benedict Bin Ramy
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau

Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

ULASAN BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU

TAJUK BUKU : Berubah sikap.

PENGARANG : Suhaida Azmi.

PENERBIT : Melaka, Cipta Publishing, 2015.

MUKASURAT : 96 Muka Surat.

ISBN NO : 978-983-809-496-2

NO KELAS :MTF SUH

HARGA : RM18.10

JENIS BUKU : MALAY TEENAGE FICTION

BUKU siri novel Remaja Melor bertajuk “Berubah Sikap” sesuai sebagai bahan
bacaan kepada golongan remaja sebagai satu idea dan pemberi semangat apa yang
boleh dibuat dalam melalui zaman yang mencabar kini.

Buku “Berubah Sikap” ini menceritakan kehidupan seorang pemuda
bernama Aiman. Aiman, seorang graduan bidang kejuruteraan, anak seorang
peneroka FELDA, anak sulung dalam 4 orang adik beradik. Selepas memegang
segulung ijazah, kini menganggur, sudah banyak tempat Aiman menghantar
permohonan kerja sesuai dengan kelulusannya namun jawapan yang diterimanya
semuanya mengecewakan.

Sementara menunggu dan mencari kerja yang sesuai dengan kelulusan Aiman,
Aiman telah mengikuti kawannya Hafiz yang juga seorang graduan bekerja di
sebuah kilang di Kuala Lumpur.
Namun takdir menentukan nasib Aiman, ayah Aiman disahkan menghidapi
jangkitan paru-paru. Ayah Aiman sempat menyampaikan wasiatnya sebelum
meninggal, agar Aiman mengusahakan tanah wasiat yang terbiar dihujung
kampung, menjaga ibu dan adik-adiknya serta tidak meninggalkan kampung
halaman.

Selepas pemergiaan ayahnya, Aiman kini memikul tanggungjawab sebagai
ketua keluarga serta tanggungjawabnya terhadap memenuhi wasiat ayahnya.
Cabaran Aiman sangat berat dalam memenuhi wasiat ayahnya, tambahan pula
dengan sikap beberapa pemuda yang mempunyai hasad dengki terhadap usaha
Aiman dan cuba memusnahkan segala usaha Aiman.
Berjayakah Aiman menjadi usahawan tani yang berjaya?

Sekiranya anda ingin mengetahui lebih lanjut apa yang ditulis dalam buku
ini, silalah dapatkan buku ini di Perpustakaan Cawangan Keningau untuk
pinjaman dan bacaan.

Semoga maklumat yang diberikan dapat meningkatkan pengetahuan dan
kesedaran serta bermanfaat kepada pembaca.

Diulas oleh,
Beatrice Saili.
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau

Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

ULASAN BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU

TAJUK BUKU : Panduan Diet untuk Golongan Darah AB.

PENGARANG : Budi Sutomo, S. Pd. Dr. Yoanita Ristyaningrum.

PENERBIT : Kuala Lumpur, Synergy Media.

MUKASURAT : 55 Muka Surat.

ISBN NO : 978-967-322-104-2

NO KELAS :MAN 613.2 SUT

HARGA : RM16.60

JENIS BUKU : Pemakanan dan Kesihatan

BUKU siri panduan diet golongan darah bertajuk “Panduan Diet untuk Golongan
Darah AB” sesuai sebagai bahan bacaan kepada semua golongan terutama sekali
mereka yang berdarah golongan AB. Mengandungi 4 bab daftar isi serta
dipaparkan juga pelbagai aneka resepi untuk golongan darah AB.

Ada 4 jenis golongan darah, iaitu A, B, AB dan O. Semua jenis golongan
darah ini mempunyai rhesus, iaitu rhesus positif (Rh+) dan rhesus negetive (Rh-)
Mengikut sistem ABO yang ditemukan melalui kajian doktor Karl Landsteiner dari
Austria pada tahun 1900, darah ditentukan oleh zat/antigen yang terkandung
dalam sel darah merah.

Apa pun jenis golongan darah yang ada dalam tubuh manusia, ia merupakan
satu elimen tubuh yang sangat penting. Darah memainkan fungsi yang sangat
penting sebagai media untuk melawan kuman seperti sel darah putih (leukotis) dan
sebagai pembeku darah (trombosit/platelet).
Salah satu cara yang dapat dilakukan agar darah berada dalam keadaan baik
adalah dengan cara melakukan diet yang sesuai dengan golongan darah.
Kajian yang dilakukan oleh Dr. D’Adamo tentang manafaat diet golongan darah
AB dan telah ditulis dalam buku ini dalam 4 bab berikut.
Bab 1: Hubungan Makanan Dengan Jenis Darah.
Bab 2 : Pengambilan Makanan Golongan Darah AB.
Bab 3: Diet Golongan Darah AB Dengan Menu Seimbang.
Bab 4: Bahan Makanan Untuk Golongan Darah AB.
Bahagian akhir buku ini adalah contoh dan penyediaan aneka resepi sesuai untuk
golongan darah AB yang boleh di cuba.

Sekiranya anda ingin mengetahui lebih lanjut apa yang ditulis dalam buku
ini, silalah dapatkan buku ini di Perpustakaan Cawangan Keningau untuk
pinjaman dan rujukan. Semoga maklumat yang diberikan dapat meningkatkan
pengetahuan dan kesedaran serta bermanfaat kepada pembaca.

Diulas oleh,
Beatrice Saili.
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau

Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

ULASAN BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU

TAJUK BUKU : Barang Kemas Bergaya bagi Penggemar Fesyen
yang Kreatif
PENGARANG
PENERBIT : Dybvik, Tina
MUKASURAT : Institut Terjemahan & Buku Malaysia, 2013.
ACC NUMBER : 31
ISBN NO : 0003331932
HARGA : 9789674300876
JENIS BUKU : RM12.80
: Membuat Perhiasan (MTN745.594DYB)

Buku ini memberi idea bagaimana menjimatkan kos untuk gaya yang terserlah.
Mendapatkan barang kemas baharu ialah cara mudah untuk mengikut gaya terkini.
Buku ini hanya panduan untuk mencipta barang kemas yang unik dengan hasil
kreativiti anda.

Barang kemas ialah aksesori penting untuk menonjolkan gaya anda. Pelajari
cara untuk menghasilkan barang kemas tersendiri dengan klip kertas atau cecincin
kunci. Buat rantai tangan manik untuk dipakai atau diberikan kepada rakan.
Kekalkan kenangan dengan menukarkan barang perhiasan menjadi anting-anting.
Belajar untuk menggunakan apa-apa jua untuk menghasilkan gaya yang menawan!

Menghabiskan masa berjam-jam di pusat beli-belah memang
menyeronokkan, tetapi mengapa membazir masa hanya untuk mencari aksesori
yang sempurna sedangkan anda mampu menghasilkannya sendiri? Ketahui cara
baharu untuk menghasilkan gaya fesyen terkini dalam buku kraf langkah demi
langkah ini. Bahan-bahan yang diperlukan mudah didapati. Kongsilah dengan
keluarga atau teman-teman anda atas hasil yang telah anda cipta….

Diulas oleh,
Mobin Mahadin.
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau

Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

ULASAN BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU

TAJUK BUKU : Kraf Menarik daripada Cakera Padat Lama
PENGARANG : Sirrine, Carol
PENERBIT : Institut Terjemahan Negara Malaysia, 2012.
MUKASURAT : 31
ACC NUMBER : 0003321274
ISBN NO : 9789830687896
HARGA : RM12.80
JENIS BUKU : Plastics craft (Kraft Plastik)

(MTN 745.584 SIR)

Buku ini memberi idea kepada kita bagaimana menggunakan bahan cakera padat
yang tidak lagi digunakan. Buku ini penuh dengan gambar menarik untuk kita
contohi.

Sejak 1983 cakera padat merupakan cara mudah dan murah untuk
menyimpan maklumat. Disebabkan teknoloji sekarang semakin canggih ia tidak
lagi berapa di minati untuk menyimpan maklumat.
Setiap bulan hampir 50 tan cakera padat dibuang ke tapak pelupusan
sampah.Untuk menyelesaikan masalah alam sekitar yang besar ini memerlukan
pemikiran kreatif. Daripada membuang cakera padat kamu yang bercalar ke
dalam tong sampah, kamu boleh kitar semula cakera padat menjadi benda baharu.

Cakera padat lama boleh dijadikan lapik minuman yang menarik. Malah,
bekas cakera padat juga boleh diubah menjadi bingkai gambar yang bergaya.
Bersedialah untuk menyelamatkan alam sekitar dengan menggunakan satu cakera
padat pada satu-satu masa. Cakera padat diperbuat daripada plastik dan disaluti
lapisan logam yang nipis. Pewarna digunakan untuk menghasilkan lapisan
pantulan pelbagai warna. Lapisan pantulan ini mungkin berwarna biru, emas,
ungu, hitam, perak atau putih.

Ambil cakera padat lama dan mari kita mulakan. Tayangkan jam berkilau
kamu. Hasilkan bingkai untuk gambar kesayangan kamu. Pelajari cara membuat
semua projek ini serta banyak lagi dengan menggunakan semula bahan yamg kamu
ada. Siapa tahu, kamu boleh menghasilkan banyak barang dengan hanya
bermodalkan cakera padat lama.

Diulas oleh,
Mobin Mahadin.
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau

Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

ULASAN BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU

Tajuk Buku:Berubah Untuk Berjaya
Pengarang:John C.Maxwell(penterjemah Adlie Syamsudin Samsudin)
Penerbit:PTS Profesional
MukaSurat:120 ms
No Panggilan:MAN 158 MAX
ISBN No: 978-967-369-092-3
Harga:RM16.00
Jenis Buku:Motivasi

How Successful People Think adalah bahan bacaan paling padan dan sesuai bagi
dunia masa kini yang bergerak pntas. Pakar kepimpinan Amerika, John C.
Maxwell mengajar kita cara menjadi lebih kreatif serta masa yang sesuai untuk
kita mempersoalkan pemikiran dan pendapat popular.

Kita juga diajar cara melihat kehidupan dari sudut pandang yang lebih luas
sambil memfokuskan pemikiran bagi mencapai kejayaan. Buku ini
membongkarkan cara menggunakan potensi pemikiran kreatif, membangunkan
idea dan belajar daripada pengalaman. Orang yang pandai berfikir selalunya tahu
bagaimana melakukan sesuatu, sentiasa ada kerja, pandai menyelesaikan masalah,
tidak kekurangan idea yang mampu membangunkan organisasi dan mereka
sentiasa memiliki harapanmasa depan lebih cerah.

Seperti Adolf Hitler yang pernah berkata,”Alangkah baiknya tidak ramai manusia
yang berfikir”.Mereka yang membangunkan proses pemikiran yang baik mampu
mengawal fikiran dan hidup mereka sendiri. Dalam ertikata lain, mereka yang
pandai berfikir selalunya Berjaya.

Semua ini bagi memahami masa depan dengan lebih baik dan seterusnya
menjadi insan yang berjaya. Berpandukan 11 rahsia pemikiran yang lebih efektif,
kita dapat melihat dengan lebih jelas bagi berjaya.

Buku Ini Dapat Dirujuk di ruang Koleksi Pinjaman Dewasa.

Diulas oleh,
Masnah Yusof.
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau

Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

ULASAN BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU

Tajuk:Anugerah Terindah – Sayang Kinabalu
Penulis :Angela Engkuan
Penerbit:Dewan Bahasa dan Pustaka
Bil.Mukasurat:468
ISBN :9789831241523

Buku ni,menceritakan kisah seorang gadis yang bernama Hani Fiqah yang
bertungkus lumus untuk menyara keluarganya yang susah. Selepas kejadian
kemalangan oleh Tengku Daniel.Hani Fiqah menjadi tunggak keluarganya,
menjaga ibu kurang upaya dan membesarkan adik-adiknya yang masih kecil
setelah kehilangan ayah tempat bersandar dan bergantung hidup.

Dalam satu insiden, terjadi pertemuan dan perkenalan Hani Fiqah
dengan Tengku Daniel. Namun, pertempuan tanpa diduga itulah merubah
perjalanan hidup Hani Fiqah.

Tiba-tiba Tengku Daniel melamar. Perasaan Hani Fiqah galau bagaikan
dilanda tsunami. Pada zaman yang serba moden dan canggih ini, dirinya
dilamar seperti zaman dahulukala. Tidak perlu berkawan dan tak perlu
bercinta!

Namun, demi menjaga hati ibu tercinta akhirnya Hani Fiqah reda,
lamaran Tengku Daniel diterima. Pada hari bersejarah dalam hidup Hani
Fiqah, terbongkarlah rahsia Tengku Daniel. Sekeping hati Hani Fiqah
bagaikan kaca jatuh terhempas, pecah berdarai tatkala mengetahui bahawa
lelaki yang menjadi suaminya itu sudah bertunang. Apakah maknanya
perkahwinan itu jika hati suami masih menjadi milik wanita lain?

Semenjak berkenalan dengan Tengku Daniel sehinggalah ke alam
perkahwinan, ada sahaja masalah dan dugaan yang menimpa Hani Fiqah
silih berganti. Macam-macam perkara berlaku, ada baik ada buruk. Benda
yang disangkakan. Siapakan punya angkara?

Meskipun hati sudah ditoreh-toreh, Hani Fiqah berusaha
mempertahankan mahligai yang sudah dibina itu namun nyawanya turut
diincar bahaya! Tapi dendam Tengku Fatin menjadi penghalang kebahagiaan
Hani Fiqah & Tengku Daniel.Apakah kesudahan ikatan perkahwinan Hani
Fiqah dengan Tengku Daniel? Ikutilah kisah selanjutnya dalam Anugerah
Terindah –Sayang Kinabalu.

Diulas oleh,
Benedict Ramy.
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau

Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

ULASAN BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU

Tajuk:Bukan Rahsia Lagi
Penulis :MAYA IRIS
Penerbit:Anaasa Publication
Bil.Mukasurat:453
ISBN :9789670870472

Pertemuan dan percintaan singkat selama 6 bulan di US ketika sama-sama
belajar dalam universiti yang sama meninggalkan kesan yang mendalam
terhadap Insyirah bila sepulangnya Izzat ke tanah air , Izatt terpaksa
memutuskan hubungan dengan Insyirah. Kerana menjaga satu hubungan,
dia melupakan cintanya pada gadis itu. dan Afif Izzat hanya membawa
kenangan indah bersamanya. Kenangan cinta Ain Insyirah!

Tiada berita yg dihantarnya kepada gadis itu dan ini menyebabkan
pelajaran gadis itu merosot. 4 tahun dia cuba melupakan Izzat tapi
sekembalinya ke Malaysia , takdir menemukan mereka kembali dimana
Syirah mendapat kerja di tempat Izzat bekerja , Empat tahun lalu, itulah
gadis yang menjadi pendampingnya. Gadis yang membawa kebahagiaan
dalam hidupnya.Izzat bukan sengaja meninggalkan luka kepada gadis itu ,
tapi demi keluarga dia terpaksa berkorban , apabila berjumpa kembali
Syirah , dia bertekad untuk mengejar kembali Syirah , Syirah mengelak,
kehadiran Mohsin dan Faheem yang mengejar Syirah membuatkan Izzat
rasa tercabar , Syirah juga mengunakan lelaki itu untuk menerbitkan
cemburu di hati Izzat sehingga menyebabkan Izzat menjauhkan diri.

Tetapi apabila Izzat menyepi, Insyirah merindu. Kenapa mesti ada
rindu bila hati kata benci? Kenapa pula hati kata benci jika yang dirindu itu
lelaki yang dicintai?

Bila semua tahu apa yang Izzat sembunyikan, ia bukan rahsia lagi!
Izzat dan Insyirah. Untuk mengetahui cerita Bolehkah cinta mereka menyatu?
baca lah kisah mereka dalam Buku Bukan Rahsia Lagi.

Diulas oleh,
Benedict Ramy.
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau

Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

ULASAN BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU

Tajuk: Sedetik Lara Mekar Di Hati
Penulis : Sara Hezra
Penerbit: Kaseh Aries Publication
Bil.Mukasurat: 526
ISBN : 9789672035251

Buku ini memaparkan kisah percintaan gadis yang bernama Irdina Iman
yang mengharungi percintaan yang dicurangi oleh dua lelaki yang bernama
Nashrul dan Farieth.

Irdina Iman memang 100 % cintakan Nashrul tapi tiba-tiba Nashrul
buat hal yang tak pernah terlintas dalam fikirannya. Ada orang lain yang
lebih memerlukan Nashrul jadi Iman perlu menjauhkan diri dari hidup lelaki
itu walaupun kaki berat untuk melangkah. Aduh, memang macam kena
hempap bongkah batu! Sakit betul rasanya sampai kata-kata cinta menjadi
tawar di hatinya. Bagi iman ucapan cinta yang manis bersemut itu cuma
acah-acah. Sehingga hadirnya Farieth, lagilah cinta itu hilang makna. Boleh
pulak dia bergurau ajak kahwin lepas tu kantoi dia sebenarnya dah jadi
tunangan orang? Nak percayakan Farieth? Memang taklah tapi sehingga
satu ketika, lelaki itu datang bersama cinta yang dia tak mampu nak tolak
lagi.

“Tak mungkin abang cintakan Iman.”-Irdina
“Iman memang tak tahu sebab itu rahsia hati abang.”-Farieth Daniel

Dalam kekalutan mahu memaknakan cinta, Nashrul kembali, mahu
mencantum rasa cinta yang bersisa. Saat hati memerlukan Farieth, lelaki itu
pula pergi bersama limpahan prasangka. Iman ditinggal dalam dilema.
Harusnya bagaimana dia? Menerima kembali Nashrul dan melepaskan
Farieth? Atau memilih Farieth dan melupakan Nashrul? Atau lepas, tinggal
dan bebaskan perasaan yang sekian lama terseksa lalu memilih untuk terus
sendiri ikuti kisah seterusnya cerita Iman dalam dilema perasaan namun
Segalanya memungkinkan dalam Buku Sedetik Lara Mekar dihati.

Diulas oleh,
Benedict Ramy.
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau

Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

ULASAN BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU

Tajuk: KOMPILASI MASAKAN NYONYA
Penulis: Sa’adiah Mohamad
Diterbitkan Oleh: Alaf 21 Sendirian Berhad
Bil. Muka Surat: 64
ISBN: 978-983-124-382-4
Harga:

Buku KOMPILASI MASAKAN NYONYA, Resipi-resipi didalam buku ini telah
disediakan oleh chef Sarji dan Hanidah Shahril.

Dalam buku ini, menghimpunkan 60 jenis resipi istimewa daripada masyarakat
Baba Nyonya di Melaka. Bagaimanapun kini hidangan asli masyarakat yang unik
ini boleh didapati di restoran-restoran yang dikenali sebagai Restoran Peranakan
sahaja. Bagi anda yang ingin menikmati masakan mereka, disini dihidangkan 60
resipi untuk anda cuba di rumah. Pasti menyelerakan dengan rasa pedas dan
masam manis yang diadun dengan ikan, udang, daging, ayam, sayur-sayuran dan
sebagainya. Sama ada direbus, digoreng, dipanggang atau dikukus, hidangan
masakan Nyonya sentiasa menjadi sebutan ramai.

Apa yang pasti, setelah menikmati hidangan utama akan disusuli pula menu
pencuci mulut sama ada sejuk atau panas yang sungguh enak. Bermacam-macam
hidangan pencuci mulut disediakan dalam buku ini, dengan dipenuhi gambar
berwarna-warni yang menarik minat pembaca

Diulas oleh,
Rosni Poin.
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau

Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

ULASAN BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU
Tajuk: Kompilasi Menu Kreatif Si Kecil
Penulis: Nani Saudiar Zakir
Diterbitkan Oleh: GRUP BUKU KARANGKRAF SDN. BHD.
Bil. Muka Surat: 60
ISBN: 978-967-86-0524-3
Harga: RM6.80

Buku KOMPILASI Menu Kreatif Si Kecil ini menyediakan 60 resipi khas
buat anak-anak berumur daripada lingkungan enam bulan sehingga 12 tahun.
Antaranya bubur, puri, aneka nasi goreng, roti, piza, smoothies, sosej, telur
goreng, sanwic telur puyuh dan bento. Buku ini sangat menarik kerana
menyediakan menu kreatif yang dihias cantik, penuh dengan warna-warni
untuk menambat hati si kecil.

Memang tidak dinafikan terdapat anak-anak yang cerewet tentang
makanan dan banyak ragam apabila disuakan dengan makanan yang
dimasak sehingga membuatkan si ibu menjadi pening. Kini, para ibu sudah
tidak perlu bersusah hati menyediakan makanan yang berkhasiat untuk si
manja tersayang. Dengan paparan menu kreatif, enak dan menyelerakan ini
dapat memudahkan tugas ibu di dapur.

Buku Kompilasi Menu Kreatif si kecil ini boleh dijadikan rujukan untuk
menyediakan menu anak tersayang. Selamat mencuba.

Diulas oleh,
Rosni Poin.
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau

Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

ULASAN BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU

Tajuk : Rahsia Tentera Imun
Penulis: Dr. Tauhid Nur Azhar
Diterbitkan Oleh: PTS PUBLICATIONS & DISTRIBUTORS SDN. BHD.
Bil. Muka Surat: 174
ISBN: 978-967-411-270-7
Harga: RM18.20

Buku bertajuk “Rahsia Tentera Imun,” Bagaimana Allah menjaga dan
menyembuhkan tubuh kita dengan tentera-Nya. Allah wujudkan sepasukan
tentera. Tentera luarbiasa yang mempertahankan diri daripada serangan
musuh. Itulah tentera imun. Pasukan yang mempertahankan diri daripada
serangan demi serangan penyakit.

Buku yang di tulis oleh Dr. Tauhid Nur Azhar ini mendedahkan banyak
fakta-fakta menarik. Antaranya adalah, wujudnya kaitan antara iman dan
imun. Semakin hebat iman, semakin memuncak imun. Buku ini membawa
kita kepada ilmu-ilmu yang penuh manfaat. Terpenting, kita memahami
anugerah yang bergelar kesihatan. Sebuah buku yang menyentuh pelbagai
aspek tentera imun, dan dilengkapi dengan gambar-gambar yang
memudahkan pemahaman. Buku ini amat sesuai untuk semua golongan
pembaca.

Kandungan buku ini terbahagi kepada 5 bahagian seperti berikut:

" Pendahuluan: Cara Tuhan Melindungi Tubuh Kita.

Bahagian 1: Sistem Imun: Jabatan Pertahanan Tercanggih:
~ Mengenali Sistem Imun
~ Organ-Organ Utama Sistem Imun
~ Para Tetamu yang Tidak Diundang
~ Mekanisma Sistem Imun Menghadapi Mikrob Patogen
~ Pengurus Sistem Imun

Muka Surat 1

ULASAN BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU

Bahagian 2: Gangguan pada Sistem Imun: Kajian Kes
~ Defisiensi Imun
~ Autoimuniti
~ Hipersensitiviti
~ Kajian Kes
Bahagian 3: Nutrisi untuk Sistem Imun
~ Zat Gizi Pembina Imuniti Tubuh
~ Sumber Nutrisi bagi Memantapkan Sistem Imun Tubuh
~ Bahan Semula Jadi untuk Sistem Imun
Bahagian 4: Cara Memantapkan Sistem Imun
~ Pengurusan Stres
~ Aktiviti Riadah Secara Teratur
~ Jauhi Makanan dan Minuman yang Tidak Baik
~ Konsisten dalam Ibadah
~ Persekitaran yang Baik
~ Mengurus Gaya Hidup
~ Tidur yang Cukup
Bahagian 5: Bual Santai Iman Imun
~ Keluarga Harmoni Memperkuatkan sistem Imun
~ Pengaruh Ketawa kepada Sistem Imun
~ Pengaruh Aktiviti Seksual kepada Sistem Imun
~ Asma dan Vaksin BCG (Bacillus Calmet Guerrin)
~ Pengaruh Probiotik kepada Sistem Imun
~ Tahnik dan Suntikan Vaksin
~ Kesan Negatif Antibiotik kepada Sistem Imun
~ Penyakit Sekali Seumur Hidup
~ Pengaruh Maksiat terhadap Sistem Imun
~ Glosari
~ Senarai Rujukan
~ Biodata Penulis

Diulas oleh,
Rosni Poin.
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau

Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

Muka Surat 2

ULASAN BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU

Tajuk Buku: Gata Festival Budaya Dan Warisan Sipitang
Penulis: Noni Paya
Penerbit: Jawatankuasa Festival Antarabangsa Gata Sipitang.2017
MukaSurat: 67
No Panggilan: LHC 394.269H NON
Kategori Buku: Etnik & Budaya

GATA Sipitang merupakan pesta berteraskan budaya dan diraikan setiap
dua tahun sekali sejak tahun 2003 di Daerah Sipitang. Menampilkan acara
kebudayaan dan warisan seperti permainan rakyat, muzik tradisi, tarian
etnik / suku kaum, makanan dan kuih tradisi, pakaian tradisi dan sebagainya.

GATA adalah singkatan nama bagi Gasing dan Tamu. Kepelbagaian
acara GATA menjadikannya Festival Gasing dan tamu Besar Sipitang.

Buku ini mengandungi 36 tajuk merangkumi tentang latar sejarah awal
GATA dan kupasan mengenai gasing, silat, tarik tali,menyumpit,lansaran,
kuhit, permainan kikit ( Layang-layang ), lumba perahu, tinting, makanan
tradisi masyarakat setempat. Tarian tradisi seperti mangunatip,smarlindang,
adai-adai, tarian Bisaya, tarian kipas Cina. Muzik tradisi seperti,
kulintangan/ sadaman, hadrah/ kompang, bamboo band. Pakaian tradisi dan
rumah tradisi serta catatan ringkas program GATA bagi tahun 2005, 2007,
2009, 2011, 2014 dan 2013.

Buku ini amat sesuai dijadikan rujukan mahupun bacaan ringan untuk
menambah pengetahuan berkaitan sambutan dan budaya masyarakat di
Sipitang.

Diulas oleh,
Maslianah Hj.Mohd Shom.
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau

Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

ULASAN BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU

Tajuk Buku: Pluralisme : Etnisiti Sabah dan Sarawak
Penyunting: Mat Zin Mat Kib, Christina Andin dan Ismail Ali
Penerbit: Universiti Malaysia Sabah.2016
MukaSurat: 369
No Panggilan: MAC 305.899280H PLU
Kategori Buku: Bukan Fiksyen, Sejarah,

Etnik & Budaya

Buku ini merupakan sebuah penghargaan kepada Profesor Ismail Ibrahim,
mantan Dekan Fakulti Psikologi dan Pendidikan di Universiti Malaysia
Sabah. Mempunyai dua tajuk besar yang merangkumi 18 bab . Mengupas
berkaitan etnik di Sabah ( etnik Dusun, Kadazan, Tombonuo, Tatana, Murut
Tahol, Bajau Laut / Pala’u dan Lotud ) dan etnik Sarawak ( Iban, Melayu
Sarawak dan Etnik di Lundu ).

Memaparkan maklumat berkenaan sejarah dan latar belakang etnik
serta kebudayaan kaum yang tersebut di atas. Pembudayaan perahu tradisi
etnik iban di pedalaman Sarawak. Penelitian unsur kepercayaan dan sastera
etnik Kadazan dan Dusun. Amalan tradisi upacara “Moginum Loyob” etnik
Tatana dan “Peraja” dan tolak bala dalam kepercayaan etnik Melayu
Sarawak. Penggunaan sumber asli dan kepakaran lokaliti masyarakat.
Inventori dan kepelbagaian suku Bajau Laut. Rekaan busana tradisional
wanita etnik Lotud. Konsep “Misuli” ( timbal balik ) terhadap hubungan
persahabatan dalam kebudayaan Kadazan-Dusun.

Selain itu, di bahagian kedua buku ini akan mengupas mengenai nilai-
nilai dan hubungan etnik. Kuasa, kepimpinan dan semangat nasionalisma
etnik Bajau Teluk Darvel sebelum perang dunia kedua. Refleksi pilihan raya
negeri Sabah. Faktor yang mempengaruhi tingkah laku pengundi. Etnik
Sabah dan Sarawak setelah setengah abad. Pra dan Pasca produk dasar
Borneonisasi : Konstruksi tokoh elit etnik Melayu Sarawak.

Buku ini amat sesuai dijadikan sumber rujukan ilmiah berkaitan etnik Sabah
dan Sarawak. Selain itu buku ini juga sesuai kepada pembaca yang ingin
mengetahui suku kaum dan kebudayaan masyarakat di Sabah dan Sarawak.

Diulas oleh,
Maslianah Hj.Mohd Shom.
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau

Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

ULASAN BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU

TAJUK BUKU : Kraf Menarik daripada Kadbod dan Kertas

Pembalut

PENGARANG : Jen Jones ; (Penterjemah: Fauziah Ahmad)

PENERBIT : Institut Terjemahan Negara Malaysia, 2012.

MUKASURAT : 31

ACC NUMBER : 0003321389

ISBN NO : 9789830688060

HARGA : RM12.80

JENIS BUKU : Paper work (MTN 745.54 JON)

Buku ini memberi idea kepada kita bagaimana menggunakan bahan kadbod
serta kertas pembalut untuk menghasilkan kraftangan yang menarik.
Pelajari cara membuat semua projek ini serta banyak lagi dengan
menggunakan semula bahan yang kamu ada.

Hadiah yang cantik menjadikan pemberian sesuatu yang menarik dan
menyeronokkan. Kotak dan pembalut hadiah yang kita terima sering
dibuang begitu sahaja. Siapa tahu, kamu boleh menghasilkan banyak barang
dengan hanya bermodalkan kadbod lama dan kertas pembalut terpakai?
Setiap tahun lima juta ( 4.5 juta metrik tan ) bahan buangan di buang di
tapak pelupusan sampah. Kira-kira 80 peratus daripada bahan buangan ini
adalah daripada kertas pembalut dan beg beli-belah. Apa yang tidak baiknya
tentang semua lebihan bahan buangan ini boleh memberi kesan buruk
terhadap alam sekitar.

Buku ini memberi panduan langkah demi langkah dan arahan yang
mudah difahami berserta gambar berwarna yang mudah diikuti. Selamat
berkarftangan.

Diulas oleh,
Mobin Mahadin.
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau

Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

ULASAN BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU

TAJUK BUKU : Kraf Menarik daripada Surat Khabar, Majalah

Dan Surat Lama

PENGARANG : Jen Jones ; (Penterjemah: Noraidah Nordin)

PENERBIT : Institut Terjemahan Negara Malaysia, 2012.

MUKASURAT : 31

ACC NUMBER : 0003321304

ISBN NO : 9789830687902

HARGA : RM12.80

JENIS BUKU : Paper work (MTN 745.54 JON

Buku ini memberi idea dan cara-cara untuk menggunakan bahan yang
terbuang seperti Surat Khabar, Majalah dan surat-surat lama.
Ambil surat khabar serta surat lama dan mari kita mulakan. Hasilkan manik
berwarna-warni daripada kertas dengan rekaan sendiri. Tulis nota untuk diri
sendiri menggunakan buku nota buatan sendiri. Pelajari cara membuat
semua projek ini serta banyak lagi menggunakan semula bahan yang kamu
ada. Siapa tahu, kamu boleh menghasilkan banyak barang dengan hanya
bermodalkan setimbun kertas lama.

Ini lah cara menukar sampah kepada sesuatu yang menarik dan
berharga. Buku ini mempunyai gambar-gambar berwarna sebagai bahan
rujukan untuk anda hasilkan seni yang lebih menarik dan cantik.

Diulas oleh,
Mobin Mahadin.
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau

Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

ULASAN BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU
TAJUK: MEMBAIKI KERETA AUTOMATIK DAN MANUAL
Penulis : Muhammad Fazlur
Penerbit: SynergyMedia.

Buku ‘Soal jawab Membaiki Kereta Automatic dan Manual’ akan
menjawab segala persoalan mengenai kerosakan kereta anda.

Selain itu, buku ini akan membantu pemilik kereta menambah
pengetahuan sekaligus sebagai panduan menjaga kereta dengan mudah.

Dengan pengetahuan yang ada, jika berlaku kecemasan, pemilik
kereta tidak panic dan terburu-buru menghubungi makenik yang kadang-
kadang tidak jujur dan suka mengambil kesempatan keatas pemilik kereta.

Diulas oleh,
Rita Asing.
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau

Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

ULASAN BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU
Tajuk: PENULISAN MEMO DAN MINIT MESYUARAT
Penulis: Hasnah Mohd. Saleh, Normah Mohamad, Isnariah Idris

Buku ‘Penulisan Memo dan Minit Mesyuarat’ ditulis oleh tiga orang penulis
yang berpengalaman di bidang pendidikan, selain merujuk pelbagai
sumber dalam menghasilkan tulisan dalam buku ini.

Buku ini memberi bimbingan, panduan dan rujukan kepada siapa
yang terlibat dalam dalam penulisan Memo dan Minit Mesyuarat.

Penulis juga telah memberi penganalisaan daripada pelbagai aspek
untuk menjelaskan segala kekaburan dalam penulisan memo dan minit
mesyuarat.

Secara umumnya, buku ini membincangkan cara penulisan memo ,
minit mesyuarat dan minit curai yang mudah, selain memberikan
pendedahan tentang pemilihan dan penggunaan Bahasa yang sopan dan
santun.

Diulas oleh,
Rita Asing.
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau

Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

ULASAN BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU

Tajuk Buku: Budaya Usahawan Berjaya
Pengarang: Buerah Tunggak, Hussin Salamon
Penerbit: UTM Press
MukaSurat:163 ms
No Panggilan:MAR 338.04 BUE
ISBN No: 978-783-52-0772-3
Harga:RM30.00
Jenis Buku:Bidang Usahawan, Perniagaan

Buku bertajuk Budaya Usahawan Berjaya merupakan satu buku yang lengkap
dan relevan kepada para usahawan bumiputera untuk dijadikan rujukan. Buku
ini mengandungi lapan bab yang memfokuskan budaya niaga usahawan
bumiputera dengan tumpuan kepada nilai dan etika keusahawanan dikalangan
usahawan bumiputera. Aspek-aspek kajian dalam buku ini merangkumi cirri-ciri
sikap seperti kebebasan, ciri kejujuran, berilmu, berkemahiran dan
akauntabiliti.

Buku ini membincangkan keperluan pencapaian ekonomi dan sosial
menjelang abad ke-21 dalam melahirkan masyarakat usahawan bumiputera
yang berdaya saing dan menghayati nilai dan etika Islam. Begitu juga dalam
konsep pembangunan dan hubung kait dalam budaya dan tamadun yang
mempengaruhi kehidupan masyarakat Melayu serta kesan terhadap budaya
niaga masyarakat Melayu.

Penulis juga memberikan cadangan dalam kepada usahawan Islam agar
pendidikan keusahawanan di Malaysia berasaskan kaedah yang disarankan
dalam ajaran Islam supaya pembangunan usahawan Islam serta keseluruhannya
menepati nilai dan etika menepati ciri-ciri nilai dan etika Islam. Konsep yang
ditekankan ialah konsep kejayaan dalam Islam, kerja sebagai satu ibadah,
kedudukan usahawan dalam Islam dan pembinaan budaya niaga Islam.

Di akhir bab buku ini penulis telah memberi rumusan dan kesimpulan
tentang sebahagian daripada masalah usahawan bumiputera muslim dan
strategi penambahbaikan dan pembangunan usahawan di Malaysia.
Buku Ini Dapat Dirujuk di Koleksi Rujukan Dewasa, Tingkat 1,Perpustakaan
Cawangan Keningau

Diulas oleh,
Masnah Yusof.
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau

Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU

TAJUK BUKU : Buat Duit Dengan FaceBook Dan Instagram

PENGARANG : Miliza Ghazali

PENERBIT : PTS Publishing House Sendirian Berhad, 2016.

MUKASURAT : 81

ACC NUMBER : 0003607904

ISBN NO : 9789674118211

HARGA : RM10.00

JENIS BUKU: Internet Marketing (MAN658.872MIL)

Buku Buat Duit dengan FB & Instagram ini memfokuskan tentang bagaimana kita
dapat memperoleh pendapatan dengan menggunakan platform media sosial.

Penulis buku ini akan menerangkan cara-cara penggunaan FaceBook (FB)
dan Instagram untuk menjana pendapatan. Buku ini juga ada gambar-gambar
sebagai bahan rujukan, ada terdapat 7 bab dalam buku ini.

FB dan Instagram kini bukan lagi sekadar untuk berkongsi pendapat, video-
video viral, serta gambar semata-mata, tetapi boleh dijadikan sebagai tempat
mencari sumber pendapatan. Sekiranya kena pada caranya, FB dan Instagram
mampu memberikan hasil yang lumayan kepada sesiapa sahaja yang bijak
menggunakan medium ini.

Antara topik yang dibincangkan dalam buku ini termasuklah:
Asas Perniagaan Internet
Sasaran Pasaran
Modal
Pendaftaran Perniagaan
Strategi Meningkatkan Followers dan Likes
Selepas Jualan

Potensi bisnes menerusi FB dan Instagram ini begitu besar memandangkan
rata-rata individu di Malaysia malah luar negara memiliki laman sosial ini. Jadi,
apa alasan kita untuk tidak menjana pendapatan menerusi platform yang ada ini?
Saya syorkan buku ini kepada sesiapa yang berminat untuk mempromosikan
barangan mereka. Ini cara paling selamat dan tidak perlu lagi menyewa kedai,
bersesak-sesak dijalanraya cuma duduk saja dari rumah. Semuanya hanya dihujung
jari kita

Diulas oleh,
Mobin Mahadin.
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau

Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU

Tajuk Buku: Happy Days With The Naked Chef
Penulis: Jamie Oliver
Penerbit: Penguin Random House, United Kingdom.2001
MukaSurat: 317
No Panggilan: EAR 641.5 OLI
Kategori Buku: Resepi Makanan dan buku berilustrasi

Jamie Oliver merupakan seorang Chef yang tidak asing lagi dalam bidang
kulinari antarabangsa. Memasak makanan yang ringkas dan menenangkan
bersama edisi baru bukunya yang bertajuk Happy Days with the Naked Chef
yang menarik ini.

Buku masakan ini memberi panduan cara membuat makanan yang
sederhana, tetapi masih penuh dengan rasa dan keseronokan. Jamie
menunjukkan kepada pembaca bahawa hanya dengan sedikit perancangan, kita
mampu untuk membuat makanan yang akan menjadi topik utama untuk
dibincangkan oleh rakan dan keluarga selama bertahun-tahun yang akan
datang.Selain banyak resipi yang lazat, Chef Jamie juga memberi anda beberapa
petua berguna untuk membuat anak-anak teruja dengan makanan, dan
bagaimana menjalani diet yang sihat dan seimbang. Resipi yang akan membuka
selera untuk anda nikmati antaranya:
· Pie Steak
· Focaccia berlapis dengan Keju dan Rocket
· Salad Courgette bersama mint, bawang putih, Cili merah, Lemon dan tambahan
minyak zaitun murni
· Parsnip dan Pancetta Tagliatelle dengan Parmesan dan Mentega
· Pud Lemon Curdy yang indah

Buku ini dibahagi kepada beberapa bab mengenai makanan berasaskan
herba, penyediaan makanan yang pantas, hidangan yang sesuai untuk majlis
kanak-kanak, menu salad mudah, hiasan, pasta, hidangan daging, resepi roti
yang hebat, dan makanan pemanis mulut. Penulis berkongsi resipi serta tips
menyediakan menu lazat dalam masa yang singkat.

Buku ini amat sesuai kepada pembaca mempunyai minat berkaitan
pemakanan dan resepi makanan yang ringkas, sihat dan lazat.

Diulas oleh,
Maslianah Hj.Mohd Shom.
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau

Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU

Tajuk Buku: The Silent Killer
Penulis : Nur Izzah Hani
Penerbit: Bes Q Publication, Shah Alam, Selangor.2017
MukaSurat: 727
ISBN : 978-967-13959-8-1
No Panggilan: MAF NUR
Kategori Buku: Novel Aksi, Romantis dan Remaja

Nur Izzah Hani menampilkan dua watak utama iaitu Hani dan Irfan dalam novel
karyanya ini. Hani dan Irfan, watak yang mempunyai sikap hati kering
dan prankster terhebat. Orang disekeliling menjadi takut dengan mereka. Dua-
dua otak geliga dan selalu berperang hanya kerana jalan kerja add
math dan math tidak sama tapi dapat jawapan sama. Sehingga guru pening
dengan sikap dan ragam mereka.

Namun ada yang ajaib iaitu chemistry mereka berdua sangat kuat. Mereka
sangat rapat sampai susah dipisahkan. Bergaduh teruk macam mana pun mereka
tetap bersama. Sampailah mereka kejinjang perkahwinan. Pelbagai cabaran dan
dugaan yang mereka hadapi bersama-sama. Dugaan terbesar Irfan ketika Hani
lupa ingatan. Kebijakan dan kehebatan dua watak utama dalam novel ini akan
membuatkan pembaca bersemangat dan teruja untuk membaca sehingga
kesudahan kisah.

Nur Izzah Hani merupakan seorang penulis muda berumur 19 tahun
ketika mula berkarya dan menerbitkan sebuah novel pada tahun 2016. Pembaca
dapat merasakan bermacam-macam emosi apabila membaca novel ini. Banyak
pengajaran dan pendekatan Islam yang baik. Kisah percintaan, pengajaran dan
pendekatan digarab dengan seimbang. Kisah percintaan pun bukan macam novel
cinta biasa, ini kisah cinta yang halal.

Melalui penulisannya, beliau menyampaikan mesej secara lembut namun
mendalam maknanya. Contohnya tanggapan seperti berikut, muka baik sesuci
murni belum tentu ada hati yang baik dan muka yang jahat belum tentu juga
punya hati yang jahat. Kadang-kadang kita salah menilai orang sekeliling kita,
mana yang baik dan jahat. Manusia memang tidak boleh mengelak untuk menilai
orang lain. Semua orang dilahirkan baik, cuma jalan kehidupan yang dipilih
akan menentukan masa depan.
"Jangan lemah kerana aku tiada, kuat kerana Allah sentiasa ada."- Nur Izzah
Hani

Buku ini sesuai kepada semua golongan pembaca dewasa.

Diulas oleh,
Maslianah Hj.Mohd Shom.
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau

Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU

TAJUK BUKU : Buat Duit Dengan Pasar Malam
PENGARANG : Johar Seman
PENERBIT : PTS Professional, 2009.
MUKASURAT : 194
ACC NUMBER : 0002974148
ISBN NO : 9789675226649
HARGA : RM12.80
JENIS BUKU : Siri Buat Duit (MAN658.421)

Untuk mereka yang memang berhasrat untuk mula Buat duit dengan Pasar Malam,

memang sesuai jadikan buku ini sebagai salah satu buku panduan dan rujukan awal.

Bisnes pasar malam memang menguntungkan. Bisnes ini dapat dilakukan oleh

sesiapa sahaja dan mempunyai pasaran yang menguntungkan. Pasar malam tidak

memerlukan banyak modal, tetapi menguntungkan terutama bagi mereka yang belum

mantap ekonomi, kurang pengalaman berniaga dan ingin menjadi usahawan yang

berjaya.

Penulis buku ini Encik Johar Seman bertugas sebagai guru di SMK Bersia, Grik,

Perak dan berpengalaman dalam bidang penulisan buku sejak 2004. Beliau menulis

berdasarkan pengalaman sendiri dan rakan-rakan yang menjadi peniaga pasar malam

yang berjaya.

Bisnes pasar malam memang menguntungkan?... Betul ke boleh buat untung kalau

berniaga di pasar malam ni?... Saya rasa dah sampai masa untuk anda ambil tahu tentang

potensi pendapatan dan peluang buat duit apabila berniaga di pasar malam.

Jenis perniagaan yang sesuai untuk diniagakan dipasar malam. Penulis telah

menyenaraikan banyak contoh bisnes yang sesuai dijalankan di pasar malam. Buku ini

memberi panduan untuk anda mencari bisness yang sesuai. Tak perlu lagi susah payah

nak pergi ke satu pasar malam ke satu pasar malam semata-mata untuk dapatkan

idea, nak berniaga apa di pasar malam.

Sebelum nak mulakan sebarang perniagaan, sudah tentu kita perlu tahu apa dia keperluan

asas yang perlu disediakan. Antaranya adalah seperti lesen perniagaan, pengangkutan,

peralatan untuk berniaga dan banyak lagi. Buku ini memberi semua perkara yang

mungkin diperlukan untuk mulakan perniagaan di pasar malam.

Sesiapa yang berniaga di pasar malam, tak kiralah walau di mana letaknya gerai anda,

anda masih lagi ada peluang yang cukup cerah untuk dapat pelanggan. Apa yang

penting, barang yang anda jual itu memang sesuatu yang ada permintaan.

Jadi, buat para usahawan dan bakal usahawan pasar malam, dipersilakan untuk baca buku

ini.

Diulas oleh,
Mobin Mahadin.
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau

Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU
Tajuk : Teknik Pembiakan Tanaman
Penulis : Nasnan Jajuli
Bilangan Muka Surat : 112
ISBN 978 – 983 – 46 – 1449 – 2

Buku ini memperkenalkan teknik – teknik yang boleh digunakan
oleh pembaca untuk mengenal teknik pembiakan tanaman yang betul
ataupun yang sesuai untuk tanaman.

Buku ini merupakan hasil karya Nasnan Jajuli yang merupakan anak
negeri Selangor dan mendapat pendidikan di Universiti Putra Malaysia
dalam bidang pertanian. Beliau telah banyak membuat penyelidikan dan
pemerhatian di Thailand dan juga Indonesia untuk menghasilkan
penulisan beliau ini. Sebanyak 7 teknik pembiakan tanaman yang
dijelaskan oleh penulis secara terperinci iaitu pembiakan tanaman,
pembiakan tanaman secara generatif, pembiakan tanaman secara
vegetatif dan medium tanaman dan teknik tanaman.

Perancangan pemasaran, rancangan kewangan dan juga strategi
pengeluaran bahan tanaman juga turut dijelaskan oleh penulis kepada
para pembacanya. Penulis berharap bahawa buku yang ditulis oleh beliau
dapat membantu para pembaca terutamanya golongan petani supaya
dapat menghasilkan produk tanaman dengan kos yang minimum dan
mampu bersaing di pasaran.

Antara hasil produk yang boleh dikeluarkan serta boleh diniagakan
hasil daripada pembiakan tanaman ini ialah anak benih pokok hiasan,
anak benih tanaman keperluan dapur, anak benih tanaman untuk buah –
buahan, pasu tanaman dan bantyak lagi.

Oleh itu, penulis berharap agar buku ini memberi manfaat kepada
pembaca ataupun para petani bukan sahaja dari segi pengetahuan dalam
pembiakan tanaman malah dalam memulakan perniagaan juga.

Diulas oleh,
Arthur Justine A.
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau

Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU

TajukBuku : 55 Petua Seronok bekerja
Dato' Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah & Ahmad Fadzli Yusof
Pengarang : PTS Millenia Sdn Bhd
176 mukasurat
Penerbit : MAN 658.314
983-3372-09-0
MukaSurat : Rm 23.00

No Panggilan :

ISBN No :

Harga :

"Kita tidak perlu gelisah di tempat kerja. Bergembiralah!"

Tip dan kisah-kisah yang diselitkan dalam buku ini sangat mengesankan dan
membuatkan kita tersenyum senang. Tidak semestinya tersenyum kerana lucunya
tetapi kisahnya mengundang senyuman. Tidak terhad kepada kisah Islamik sahaja,
turut diceritakan eksperimen-eksperimen barat mengenai 'human behavior' ini.

Buku ini adalah himpunan idea-idea bagaimana rasa seronok di tempat
kerja.Seronok bekerja bukan bermakna kerja berseronok. Berseronok bukan kerja
kita. Kerja kita adalah menyelesaikan tanggungjawab dan amanah di tempat kerja.
Tetapi, bagaimanakah hendak menjadikan semua ini seronok?

Keseronokan adalah sesuatu yang 'berjangkit' sebenarnya. Apabila kita
kelihatan gembira dan menggembirakan, orang sekeliling kita akan turut
tersenyum dan terhibur hatinya.

Apabila kita menggembirakan orang di sebelah kita, orang itu akan
terdorong utk menggembirakan orang yang berikutnya. Kuncinya, kita mestilah
berfikiran positif, berkelakuan positif, jaga hati sendiri dan hati sahabat-sahabat
kita. Jangan mementingkan diri sendiri. Ikhlaskan hati. Imarah kan hati dengan
alunan zikir dan selawat. Kawan-kawan suka, Allah pun suka.

Diulas oleh,
Ismail Abas.
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau

Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU

TajukBuku:BUAT DUIT DI KAMPUS
Pengarang:Soolehatulmuthyah
Penerbit: True Wealth Publishing
MukaSurat:123 ms
No Panggilan:MAN 658.314 SOL
ISBN No: 978-967-5428-44-9
Harga:37.60

Buku buat duit di kampus ini memang menarik dengan teknik penceritaan
yang mudah untuk difahami. Berkait rapat dengan tajuk yang diberi ianya
banyak memberi tip dan langkah – langkah untuk menjana duit secara
praktikal dan disesuaikan dengan masa pelajar yang memang agak sibuk
dengan hal – hal pembelajaran.

Apa yang ingin ditampilkan pada buku ini adalah keinginan untuk
para pelajar menjana sendiri wang dan tidak bergantung harap sepenuhnya
pada pada pinjaman pelajaran serta ibubapa masing. Tip –tip dan idea untuk
menjana wang di kampus secara berkesan disediakan kepada mereka yang
ingin mencuba sendiri secara Sambilan dan kebanyakan tip yang disediakan
sdh pernah digunakan sebelum ini

Apa yang disampaikan pada buku ini termasuk tip dan idea adalah
juga merupakan pengalaman peribadi penulis semasa menjadi penuntut.
Pendedahan rahsia individu terkaya dan ternama didunia menjana
pendapatan semasa kecil.

Buku ini memang sesuai untuk dibaca pada semua golongan dengan
pendekatan penulisan serta bahasa yang ringkas dan santai untuk para
penbaca mengorak langkah mudah menjadi pelajar kaya

Diulas oleh,
Ismail Abas.
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau

Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU

TajukBuku : Menjadi Pemimpin Super
Farid Poniman,indrawan Nugroho,Jamil Azzaini
Pengarang : PTS Professional Publishing Sdn Bhd
360
Penerbit : MAN 658.4092 FAR
978-967-369-018-3
MukaSurat : Rm 18.80

No Panggilan :

ISBN No :

Harga :

Buku ini bertujuan mempersiapkan diri kita dengan essential solution halaman
buku ini merangkumi rumusan yang asas bagi kehidupan seharian dan mampu
menjadi panduan yang berguna bagi memperbaiki kualiti kehidupan serta
mencapai kejayaan dan kecemerlangan hidup.

Prinsip kubik Leadership merupakan satu rumusan mudah yang kalau
diikuti langkah demi langkah akan membuahkan kejayaan dan kecemerlangan
dalam hidup, memiliki keyakinan diri, bermotivasi dan semangat yang berterusan
bagi diri dan orang di sekeliling kita.

Terdapat tiga fungsi utama yang dapat digunakan oleh sesiapa pun jua iaitu
peta perjalanan hidup kita dan jalan yang boleh dipilih untuk mencapai kejayaan.
Sebagai alat bantu bagi menghadapi halangan dan cabaran dan peringatan dan
bimbingan mengingatkan kita supaya terus berada di jalan yang benar.

PEMIMPIN adalah individu yang mempunyai kebolehan memimpin individu
lain.

PEMIMPIN BERJAYA terlebih dahulu perlu berjaya memimpin diri sendiri
sebelum berupaya memimpin individu lain.

PEMIMPIN SUPER adalah individu yang berkebolehan memimpin diri sendiri
dan individu lain ke arah kejayaan dunia dan akhirat.

“Pemimpin dilahirkan dan dibentuk. Mereka tampil sebagai pemimpin
melalui berkat usaha, tahap pendidikan, proses pembelajaran, dan bakat kurniaan
Tuhan. Buku Menjadi Pemimpin Super perlu dibaca oleh semua, terutama bakal
pemimpin dan mereka yang sudah menjadi pemimpin.” Parni Hadi, Pengarah
Utama Radio Republik Indonesia.

Diulas oleh,
Ismail Abas.
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau

Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU

Tajuk Buku:Potensi Teknologi Hijau
Pengarang:Fadilah Hanim Mohd
MukaSurat:48 ms
No Panggilan:MTR 628.5 FAD
ISBN No:9789620212272
Harga:RM17.90
Jenis Buku:Inovasi Pertanian

Buku bertajuk Potensi Teknologi Hijau adalah salah satu siri dalam “Meneroka
Inovasi Masa Hadapan” yang mengkaji sejauhmana potensi pelbagai bidang
baharu masa hadapan yang dapat menjana pulangan ekonomi yang lumayan.Ini
adalah kerana inovasi dalam ilmu pengetahuan berupaya menjana kekayaan
sesebuah negara dan membolehkan negara kita membuat persiapan awal dalam
menceburi bidang ekonomi industri pertanian.

Teknologi hijau adalah aplikasi sains alam sekitar untuk memulihara sumber dan
alam semulajadi bagi menangani impak negative aktiviti manusia. Teknologi hijau
adalah teknologi rendah karbon dan lebih mesra alam berbanding dengan teknologi
sedia ada.

Terdapat 10 tajuk berkaitan teknologi hijau bermula dari pengenalan
teknologi dan aplikasi teknologi hijau yang digunakan akan memberi banyak
manfaat terutama dalam meningkatkan taraf ekonomi , kaedah lebih efisien,murah
dan pada masa yang sama meminimumkan kesan negatif kepada alam
sekitar.Peningkatan kualiti hidup rakyat dengan jaminan kualiti alam sekitar lebih
mapan kerana pencemaran udara, air, bunyi telah menjejaskan kualiti hidup
rakyat sekiranya berterusan.
Buku ini disediakan dalam bentuk warna warni, penggunaan bahasa yang mudah
difahami,sisipan glosari, gambar berkaitan, glosari dan di akhiri latihan.

Buku Ini Dapat Dirujuk di Seksyen Rujukan Maklumat, Tingkat 1, Perpustakaan
Cawangan Keningau,Rak Koleksi MTR ( Malay Teenage Reference )

Diulas oleh,
Masnah Yusof.
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau

Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU

Tajuk: Aneka Sajian Sushi
Penulis: Sisca Susanto
Diterbitkan Oleh: Synergy Media
Bil. Muka Surat: 40
ISBN: 978-967-322-293-3
Harga: RM10.70

Sushi merupakan hidangan khas orang Jepun berupa bebola nasi yang berperisa,
dibuat dari nasi Jepun dengan gabungan makanan laut segar, sayuran atau telur.
Makanan ini digemari oleh ramai orang kerana bentuknya yang cantik, rasanya yang
sedap sekaligus sihat.

Terdapat tiga jenis sushi. Sushi yang digabungkan dengan makanan laut disebut Nigiri
Sushi. Makanan laut yang boleh digunakan adalah udang, salmon salai/segar, hirisan tuna,
kekapis (scallop) dan abalon. Manakala nasi yang digulung dan dilapisi nori disebut Maki.
Ada juga hidangan yang disebut Temaki, berbentuk seperti lempeng dan bahagian
dalamnya diisi dengan nasi, timun, telur dan sosej, yang sesuai dengan selera kita.

Didalam buku Aneka Sajian Sushi yang ditulis oleh Sisca Susanto ada menyertakan
Tips-tips yang penting dan resepi utama untuk membuat nasi sushi dan sos dalam setiap
hidangan sushi.
Tipsnya seperti berikut:
1.Nasi Sushi – beras Jepun yang sangat lembut.
2.Cuka Beras (Rice Vinegar) – dihasilkan dari penapaian beras.
3.Nori – kepingan hitam nipis yang diperbuat dari rumpai laut.
4.Pes Wasabi – pes berwarna hijau, diperbuat dari lobak Jepun, rasanya sangat pedas.
5.Mirin – arak beras yang manis, berbentuk cecair yang berwarna putih kekuningan dan
beraroma tajam.
6.Sake – arak beras hasil dari penapaian beras putih dan mengandungi alkohol.
7.Kombu – sejenis tumbuhan laut, berwarna hijau kecoklatan, digunakan untuk
menyedapkan rasa air rebusan daging dalam hidangan Jepun.
8.Makishu (Tikar Buluh) – digunakan untuk menggulung sushi.
9.Timun Jepun – berwarna hijau gelap dan berbentuk agak besar, rasanya tidak jauh
bezanya dengan timun tempatan.
10.Bayam – bayam Jepun, digunakan untuk mempelbagaikan isi maki.
11.Aburage – kulit tauhu Jepun yang berbentuk kantung dan boleh diisi dengan nasi sushi.
12.Salmon Roe – telur ikan salmon, lazimnya ditaburkan diatas nasi sushi sebelum
dibungkus dengan nori.
13.Daikon Radish – adalah lobak Jepun
14.Kek ikan (Fish Cake)
15.Jejari Ketam

Diulas oleh,
Rosni Poin,
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau

Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU

Tajuk: KOMPILASI Masakan KETAM
Penulis: Elana Khamis
Diterbitkan Oleh: ALAF 21 SENDIRIAN BERHAD.
Bil. Muka Surat: 60
ISBN: 978-983-124-517-0
Harga: RM5.50

Buku KOMPILASI Masakan KETAM, disediakan oleh Elana Khamis.
Buku ini mengandungi 60 resepi mudah masakan ketam yang boleh anda
cuba. Setiap resepi dipaparkan dengan bahasa yang mudah dan gambar yang
menarik.

Ketam adalah antara makanan laut yang lazat dan digemari ramai.
Spesis makanan laut yang memiliki cangkerang keras ini mempunyai isi yang
lembut dan manis ia merupakan lauk yang enak untuk dimakan bersama nasi,
mi dan juga pasta. Ketam juga terkandung dalam beberapa jenis.
Antaranya ketam berkulit lembut, ketam nipah dan ketam bunga. Seperti
makanan laut yang lain, ketam juga kaya dengan kalsium dan protein.

Ketam juga boleh dimasak dalam pelbagai cara. Tidak kira sama ada ia
digoreng, digulai, dipanggang, dibakar atau pun direbus, keenakan isi ketam
tetap terasa. Dengan adanya buku ini anda boleh mempelbagaikan hidangan
ketam untuk seisi keluarga tersayang.

Didalam buku Kompilasi Masakan Ketam ini, banyak resepi yang
menarik dan enak untuk anda cuba, salah satu resepinya ialah Ketam Masak
pindang, Ketam Masak Air Daun Kunyit, Ketam Kukus Pegaga, Sup Ketam
Asparagus, Ketam Tumis, Ketam Lemak Bunga Kantan, Tom Yam Ketam,
Ketam Nanas, Asam Ketam Siam, Ketam Lembut Sos Tomato, Ketam Masak
Kamyong, Ketam Goreng Cili dan banyak lagi yang tersedia didalam buku
ini.

Diulas oleh,
Rosni Poin,
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau

Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU

Tajuk Buku:Sayang,Marilah Makan
Pengarang:Dr.Zahara Abdul Manaf,Nurul Hidayah Whakiddin
Penerbit:Telaga Biru
MukaSurat:224 ms
No Panggilan:MAR 641.5622 SAY
ISBN No:9783881574
Harga:20.00
Jenis Buku:Kesihatan,Pemakanan Anak Kecil

Buku “Sayang,Marilah Makan” adalah buku yang sesuai untuk ibu bapa
atau bakal ibu bapa dalam membantu menghadapi masalah anak cerewet
makan dan sentiasa menghadapi pelbagai kerenah dalam memujuk si kecil
untuk makan. Buku ini juga diharapkan dapat memberi panduan lengkap
untuk ibu bapa dalam penyediaan makanan yang betul dan berkhasiat untuk
si kecil.

Dalam buku ini terdapat sebanyak 66 resepi yang pelbagai,menarik dan
berkhasiat serta mempunyai elemen kanak-kanak untuk menarik perhatian
si kecil yang cerewet untuk menikmati makanan. Maklumat kandungan
nutrient dan keistimewaan serta khasiat setiap hidangan juga disertakan
untuk rujukan para ibu bapa.

Buku ini juga menyediakan teknik komunikasi dengan anak yang
boleh dijadikan panduan untuk berkomunikasi dengan anak ketika makan.
Carta pertumbuhan kanak-kanak serta panduan penggunaan juga disertakan
dalam buku ini dalam membantu ibu bapa menentukan tahap pertumbuhan
anak-anak mereka.

Buku Ini Dapat Dirujuk di Koleksi Rujukan Dewasa, Tingkat 1,
Perpustakaan Cawangan Keningau

Diulas oleh,
Masnah Yusof,
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau

Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU

Tajuk Buku: Ringkasan Sahih Bukhari
Penulis : Imam Al-Bukhari
Penerbit: Sri Saujana Marketing, Selangor.2013
MukaSurat: 962
ISBN : 9789670482101
Kategori Buku: Bukan Fiksyen, Agama slam
dan Ilmiah.

Kitab Sahih Bukhari adalah salah satu kitab yang menjadi rujukan dalam khazanah
Islam sepanjang Zaman. Sebagai warisan bersejarah, kitab ini menjadi sangat
penting disebabkan semua hadith yang tercantum di dalamnya adalah memiliki
darjat sahih.

Kitab ini mengandungi 957 bab termasuk bab pertama mengupas perihal
permulaan wahyu. Mempunyai 38 bahagian kitab seperti berikut :

1. Kitab Iman 2. Kitab Ilmu 3. Kitab Wuduk 4. Kitab Mandi Janabat

5. Kitab Haid 6. Kitab Tayamum 7. Kitab Solat

8. Kitab Waktu-waktu Solat 9. Kitab Azan

10. Kitab Jamaah dan Kepimpinan 11. Kitab Sifat Solat

12. Kitab Jumaat 13. Solat Khauf 14. Kitab Solat Hari Raya

15. Kitab Witir 16. Kitab Istisqaa 17. Kitab Gerhana

18. Kitab Sujud Al-Quran 19. Kitab MengQasar Solat

20. Kitab Solat Tahajud 21. Kitab Solat Sunah

22. Kitab Jenazah 23. Kitab Zakat 24. Kitab Haji

25. Kitab Keutamaan Madinah 26. Kitab Puasa

27. Kitab Solat Tarawih 28. Kitab I’Tikaf

Buku ini sesuai dijadikan sumber rujukan ilmiah khususnya umat Islam dan semua
golongan pembaca dewasa dan pelajar institusi tinggi yang sedang mahupun ingin
mendalami Islam.

Diulas oleh,
Maslianah Hj.Mohd Shom,
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau

Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU

Tajuk Buku: Rahsia Panjang Umur
Pengarang : Muhammad Arif
Penerbit : A.R Risalah Product SDN BHD
Muka Surat: 147 Muka Surat
No Panggilan: MAR 571.897 Muh
ISBN No: 978-967-0268-53-8
Harga Buku: Rm11.00

Buku yang bertajuk Rahsia Panjang Umur sememang nya sangat menarik
untuk dibaca.buku ini menampilkan tips-tips sihat agar panjang umur dan
menjalani hidup yang lebih bermakna.Buku ini juga memberikan tip-tip yang
sangat berguna untuk kita dalam menjaga serta memastikan kesihatan kita
pada tahap yang terbaik.

Para pembaca didedahkan kepada beberapa rahsia bagaimana
mengamalkan dan mengekalkan kesihatan disamping penjagaan yang
semaksimanya.beberapa kunci kejayaan hidup ditampilkan dalam buku
ini.Setiap dari kita semestinya berharap untuk memiliki umur yang panjang
agar dapat menikmati keindahan dunia pemberian Tuhan,kebahagiaan dan
kesenangan.

Menerusi pembacaan kepada buku ini,kita akan lebih memahami
secara mendalam keperluan dan pendisiplinan diri dalam mengharungi liku-
liku kehidupan yang penuh ranjau ini.Buku ini amat sesuai dibaca oleh
semua lapisan masyarakat dari kanak-kanak,remaja dan dewasa
khususnya.Apatah lagi,dengan susunan ayat,penulisan dan bahasa yang
ringkas serta mudah difahami.

Diulas oleh,
Lawrance Angansuk,
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau

Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU

TAJUK BUKU : NOTA WASIAT
PENGARANG : Md. Ghazali Ibrahim
PENERBIT : Kuala Lumpur: Must Read, 2009.
MUKASURAT : 92
ACC NUMBER : B03087305D
ISBN NO : 9789834451905
HARGA : RM17.01
JENIS BUKU : Wills (Islamic law)

Sudahkah anda membuat nota wasiat? Kita sebagai umat Islam seharusnya
mengambil berat akan hal ini. Sebuah buku yang perlu ada untuk mengetahui asas-
asas wasiat. Ia satu ilmu pengetahuan yang perlu ada pada setiap manusia
terutamanya meninggalkan harta yang banyak. Hal ini kerana, untuk menghindar
dari masalah di kemudian hari. Berlaku pergaduhan, perpecahan keluarga,
putusnya silaturrahim dan pelbagai lagi kesan negatif.

Wasiat terbahagi kepada 3 jenis wasiat iaitu Wasiat Sedekah Jariah, Wasiat
Nasihat (Pesanan), Wasiat Wasi (Pengamanahan).Dengan adanya surat wasiat ini,
maka kekalutan untuk pihak waris membuat tuntutan dapat dielakkan dan masa
yang diambil untuk urusan ini adalah singkat berbanding jika tidak membuat
wasiat secara bertulis. Hal ini kerana terdapat pelbagai prosedur untuk membuat
tuntutan harta jika surat wasiat tidak dibuat. Maka untuk memudahkan waris kita,
eloklah kita membuat perancangan awal untuk membuat surat wasiat.

Kematian tidak mengenal jantina, usia, pangkat dan darjat. Maka marilah
kita membuat persediaan. Uruslah harta kita dengan sempurna berlandaskan
syariat Islam. Jadikanlah buku ini sebagai koleksi rujukan kita bersama.

Penulis buku ini pernah menuntut ilmu pengajian Islam di Pakistan, Mesir,
Jordan dan Baghdad dalam tempoh hampir 10 tahun (1987-1998). Pernah
berkhidmat sebagai Eksekutif Dakwah & Latihan serta Eksekutif Penyelidikan &
Pembangunan Syarie di Pusat Zakat Selangor (MAIS) lebih kurang 5 tahun (1999-
2004).

Tiga tahun berkecimpung dalam bidang Faraid & Pusaka dan telah memberi
banyak ceramah dan penerangan berkenaan isu Faraid & Pusaka samada dalam
bentuk bengkel/kursus/seminar dan lain-lain dan telah melatih 600 orang
Perunding Pusaka dan telah menyiapkan lebih 1500 Surat Wasiat Pentadbiran
Pusaka.

Tidak rugi untuk memiliki buku ini kerana ia turut menyertakan draf contoh
untuk menulis wasiat. Membaca buku ini memberi kita ilmu yang boleh
menyelamatkan waris-waris kita dan juga memastikan harta yang bakal kita
tinggalkan akan diterima oleh waris kita.

Diulas oleh,
Mobin Mahadin,
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau

Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU

TAJUK BUKU : SIRI TANAMAN BUNGA-BUNGAAN DALAM LANDSKAP

“ORKID”

PENULIS : NOR AIN MOHD REJAB

PENERBIT : DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA

MUKASURAT : 105

NOMBOR KELAS : MAN 635.9344 NOR

NOMBOR AKSESI : 0003573187

ISBN : 9789836259714

KATEGORI BUKU: BUKAN FEKSYEN BAHASA MALAYSIA

Buku bertajuk siri tanaman bunga - bungaan dalam landskap iaitu bunga orkid ini boleh
dijadikan panduan kepada peminat bunga orkid. Buku ini mengandungi tujuh bab yang
membincangkan perihal bunga orkid seperti jenis - jenis bunga orkid, cara penanaman bunga
orkid dalam landskap, kesesuaian tanah dan banyak lagi informasi bunga orkid yang boleh
diperolehi dalam buku ini. Bunga Orkid ini tergolong dalam family Orchidacea dan boleh
ditemui hampir di seluruh dunia kecuali kawasan lembah dan gurun.

Bunga Orkid ini terdiri daripada pelbagai jenis dan spesies yang tumbuh di kawasan
tertentu mengikut kesesuaian pertumbuhannya. Jenis - jenis orkid boleh dikenali dengan
melihat bentuk fizikal pokok seperti bunga, akar, daun dan batangnya. Bentuk, ukuran dan
warna bunga adalah bahagian yang selalunya digunakan untuk mengenali jenis - jenis bunga
orkid tersebut. Dalam buku ini ada dinyatakan bahawa bunga orkid ini terbahagi kepada dua
jenis iaitu Simpodial dan Monopodial. Orkid Simpodial merupakan sejenis orkid yang boleh
tumbuh diatas pokok ataupun diatas tanah. Pokok orkid jenis ini akan berbunga apabila
pokoknya sudah cukup matang, selain itu orkid simpodial mempunyai batang seakan - akan
bebawang yang tumbuh pada rumpun. Terdapat beberapa jenis bunga orkid simpodial seperti

Dendrobium, Oncidium dan Cattleya. Manakala jenis bunga orkid yang kedua dikenali
dengan orkid monopodial, orkid jenis ini tumbuh sehala yang berakhir dengan pengeluaran
bunga. Walaupun hidupnya secara epifit, bunga orkid ini boleh ditanam di dalam pasu
ataupun di atas tanah yang tidak lembah. Sesetengah bunga orkid monopodial boleh hidup di
tempat yang panas dan sesetengahnya pula tidak tahan panas. Diantara bunga orkid jenis
monopodial ialah seperti archanis,vanda,aranthera,renanthera,phalaenopsis,mokara,ascocenda
dan aranda. Jenis - jenis bunga orkid ini juga boleh dibahagi kepada tiga kumpulan mengikut
pertumbuhannya iaitu pertama orkid terrestrial yang tumbuh diatas tanah, jenis orkid kedua
yang tumbuh pada pokok lain dan jenis yang ketiga dikenali dengan saprofit orkid yang
tumbuh pada bahan organik. Selain sifat pertumbuhan orkid ini, dalam buku ini penulis turut
mengupas mengenai tabiat pertumbuhan orkid, kriteria pemilihan bunga orkid, kesesuaian
kawasan tanah, penjagaan dan pengurusan bunga orkid tersebut.

Bahasa yang digunakan dalam buku ini mudah difahami dan amat sesuai dibaca oleh
semua golongan masyarakat terutama sekali mereka yang meminati bunga orkid ini. Buku ini
ada dalam koleksi buku di Perpustakaan Cawangan Keningau.

Diulas oleh,
Jacquline J.Angian,
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau

Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU

TAJUK BUKU : SERANGAN JANTUNG

PENULIS : BAHRIN SAMAH

PENERBIT : ALAF 21 SENDIRIAN BERHAD

MUKASURAT : 209

NOMBOR KELAS : MAN 616.120654 BAH

NOMBOR AKSESI : B03046908H

ISBN : 9789831244180

KATEGORI BUKU : BUKAN FEKSYEN BAHASA MALAYSIA

Buku ini membincangkan punca,langkah - langkah pencegahan serta kaedah merawat dua
jenis penyakit kardiovaskular yang mengancam nyawa manusia iaitu serangan jantung dan
strok jenis ischemic. Serangan jantung dan strok merupakan dua jenis penyakit yang saling
berkait dan amat ditakuti oleh masyarakat. Menurut penulis berdasarkan badan kesihatan
sedunia kedua - dua penyakit ini berada di tempat teratas dalam kategori penyakit yang
menyebabkan kematian.

Strok yang dibincangkan dalam buku ini ialah strok yang dikenali sebagai strok
ischemic berpunca daripada bekalan darah yang terputus. Strok ini terjadi kerana terdapat
halangan yang berlaku dalam arteri, arteriol atau kapilari. Manakala serangan jantung
menurut penulis berlaku apabila otot jantung tidak menerima bekalan darah secukupnya.
Selain itu gumpalan - gumpalan darah beku juga boleh menyebabkan arteri, arteriol dan
kapilari tersumbat, apabila salah satu keadaan tersebut berlaku maka otot jantung akan
menerima bekalan darah yang berkurangan. Dalam perubatan moden dan perawatan
tradisional penulis berpendapat bahawa penyakit kardiovaskular ini sebagai manifestasi gaya
hidup yang tidak seimbang. Faktor yang menyebabkan kedua - dua keadaan ini biasanya
disebabkan kurang bersenam,obesiti,kencing manis,tabiat pemakanan termasuk mengambil
makanan berlemak. Setiap factor dikaitkan dengan pembentukan atau enapan berlemak dalam
arteri koronari atau arteri karotid ini menyebabkan peningkatan tekanan darah dan kelikatan
darah. Dalam buku ini penulis ada memetik pendapat seorang pakar biokimia Amerika
syarikat iaitu Dr.Mary Enig mengatakan bahawa penyakit jantung bukanlah sejenis penyakit
tetapi merupakan gabungan pelbagai jenis penyakit dari punca yang berbeza.

Diantara punca penyakit jantung adalah Atherosclerosis iaitu satu masalah
kardiovaskular, ia adalah masalah jantung koronari atau arteri koronari yang berlaku pada
arteri jantung. Penulis turut menyatakan bahawa kebanyakkan orang takut mengambil
makanan yang mengandungi kolesterol kerana ianya akan meningkatkan kolesterol dalam
darah. Pelbagai persoalan timbul berkaitan dengan pengambilan makanan berlemak yang
disifatkan penyumbang kepada peningkatan paras kolesterol yang menyebabkan terjadinya
serangan jantung dan strok ini. Persoalan-persoalan mengenai dengan lemak tepu dan
kolesterol,hipotesis lipid, kelemahan hipotesis lemak tepu dan kolesterol turut dikupas secara
terperinci dalam buku ini. Dalam kontek pengambilan suplemen dan herba yang sesuai untuk
tujuan pencegahan masalah jantung dan strok turut dibincangkan oleh penulis dalam buku ini.

Oleh itu buku ini sangat baik di baca oleh semua lapisan masyarakat bagi menambah
pengetahuan mengenai dengan masalah serangan jantung dan strok ini bak kata pepatah
mencegah lebih baik daripada mengubati.

Diulas oleh,
Jacquline J.Angian,
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau

Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU

TAJUK BUKU : MENDORONG KREATIVITI KANAK - KANAK

PENULIS : ABDULLAH HASSAN & AINON MOHD

PENERBIT : PTS MILLENNIA SDN BHD

MUKASURAT : 97

NOMBOR KELAS : MAN 153.42 ABD

NOMBOR AKSESI : B02413443 J

ISBN : 9799833372828

KATEGORI BUKU : BUKAN FIKSYEN BAHASA MALAYSIA

Bakat kreativiti kanak - kanak dapat dikembangkan walaupun mereka belum pandai menulis dan

membaca. Buku bertajuk Mendorong Kreativiti Kanak - Kanak hasil karya Abdullah Hassan dan

Ainon Mohd , mengandungi dua bahagian dan setebal 97 mukasurat boleh dijadikan bahan

rujukan untuk para ibubapa dan juga para guru pra sekolah. Bahagian 1 buku ini

membincangkan mengenai teori dan pendekatan iaitu berkaitan dengan kemahiran berfikir sama

ada dikalangan kanak- kanak ataupun para ibubapa dan juga para guru. Disamping itu bahagian

pertama penulis turut membincangkan bahan - bahan latihan yang membolehkan kanak - kanak

berlatih melakukan proses - proses berfikir seperti melihat pada sesuatu perkara dan membuat

senarai pola - pola yang dapat dilihat, mengemukakan pertanyaan - pertanyaan dan mencipta

jawapan pada pertanyaan berkenaan. Selain itu kanak - kanak juga dilatih menukar ciri - ciri

yang sedia ada pada sesuatu perkara untuk mencipta pola - pola baharu, melihat pada satu arah

dan membuat senarai semua perkara yang dilihat pada arah itu dan juga proses mencipta

hubungan - hubungan baharu antara dua perkara yang sebelum ini tidak ada perkaitan

diantaranya. Pada peringkat latihan ini kanak- kanak dikehendaki melihat bahan latihan dan

berfikir menggunakan proses - proses yang telah dinyatakan itu. Setiap bahan latihan tidak ada

jawapan yang betul ataupun salah. Namun demikian bahan latihan yang dikongsikan dalam buku

ini tidak semua diminati oleh kanak - kanak ataupun ada bahan latihan yang tidak sesuai keadaan

tempatan, justeru itu penulis menggalakkan para guru dan ibubapa mencipta bahan latihan

mengikut kesesuaian latar belakang kanak-kanak tersebut. Bagi membantu para ibubapa dan

guru untuk menyediakan bahan latihan penulis turut memberi enam panduan dalam pemilihan

bahan latihan salah satunya ialah mengunakan berbagai jenis bahan untuk mengelakkan rasa

bosan dan lima panduan lagi boleh dirujuk dalam buku ini.

Penulis turut membincangkan kesukaran mengajar yang dihadapi oleh para guru ataupun

ibubapa seperti masalah perbincangan diantara kanak-kanak dengan para guru atau ibubapa,

proses mengajar juga satu masalah yang akan dihadapi oleh para guru dan ibubapa bagaimana

cara untuk memulakan sesi belajar berfikir ini dan masalah pengiktirafan semua kemelut ini ada

jawapannya di dalam buku ini. Disamping berfikir penulis turut membincangkan berkenaan

dengan kemahiran bertanya di kalangan kanak-kanak kerana kemahiran bertanya mempunyai

fungsi penting di dalam proses mengajar berfikir. Bagi menggalakkan kanak-kanak supaya mahir

bertanya para guru dan ibubapa perlu melakukan beberapa perkara dan perkara - perkara

tersebut ada kupasannya di dalam buku ini. Bahagian kedua buku ini penulis memberi panduan

berkenaan dengan penyediaan bahan latihan dan terdapat 13 aktiviti berkaitan dengan bahan

latihan tersebut boleh diperolehi dalam buku ini. Oleh itu buku ini amat sesuai dijadikan bahan

rujukan bukan saja untuk para ibubapa dan guru malah untuk semua lapisan masyarakat dan

bahasa yang digunakan adalah mudah difahami.

Diulas oleh,
Jacquline J.Angian,
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau

Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau


Click to View FlipBook Version