The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Dikendalikan oleh :
Kakitangan Perpustakaan Cawangan Keningau

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Perpustakaan Cawangan Keningau, 2021-02-10 04:11:48

Kompilasi Ulasan Buku November 2020 Perpustakaan Cawangan Keningau

Dikendalikan oleh :
Kakitangan Perpustakaan Cawangan Keningau

Keywords: Sabah,Sejarah,Kesihatan,Etnik,Budaya,Tumbuh-tumbuhan,Sains,Pendidikan,Motivasi,Psikologi,Am,History,Health,Resepi,education,Novel

ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU

TAJUK BUKU : PENYEDIAAN DIRI KE ARAH PEMBENTUKAN MODAL INSAN

PENULIS : AHMAD MARZUKI ISMAIL

PENERBIT : KARISMA PUBLICATION SDN.BHD

MUKASURAT : 127

NOMBOR KELAS : MAN 158.1 AHM

NOMBOR AKSESI : B02778699D

ISBN : 9789831953136

KATEGORI BUKU : BUKAN FIKSYEN BAHASA MALAYSIA

Penyediaan Diri Ke Arah Pembentukan Modal Insan adalah hasil karya Ahmad Marzuki Ismail,

di lahirkan di Ipoh Perak. Beliau pernah diamanahkan sebagai guru disiplin, guru jadual waktu,

guru kelas dan guru penyelaras dalam kurikulum. Buku setebal 127 halaman ini mengandungi

lima bab dan penulis telah menghuraikan beberapa cara untuk setiap pelajar belajar

mengembangkan potensi diri dan perlu melatih diri agar sentiasa berfikir sebelum melakukan

sesuatu tindakan. Sekiranya latihan tersebut dipraktikkan sepanjang masa dalam dan luar

sekolah, para pelajar akan dapat mencari sesuatu, mencetus perkara baru, menjawab persoalan

dan mencari jalan penyelesaian setiap masalah yang dihadapi. Penulis telah membahagikan

pembelajaran mengembangkan potensi diri ini kepada beberapa bahagian. Dalam buku ini penulis

turut membincangkan secara umum berkaitan dengan dasar-dasar kerajaan seperti wawasan

2020,pelan integrity nasional,rancangan Malaysia ke 9 dan juga peranan pelajar untuk memahami

dasar-dasar tersebut. Setiap pelajar diingatkan agar tidak sekali - kali mengabaikan diri sendiri

tetapi seharusnya setiap pelajar perlu meluangkan masa untuk memahami diri sendiri kerana

tanpa memahami diri sendiri matlamat hidup tidak akan tercapai. Menurut penulis lagi untuk

mengelakkan diri kita ketinggalan jauh daripada pelajar-pelajar yang cemerlang maka kita perlu

mengambil langkah bijak dalam perkara ini. Justeru itu dengan adanya kefahaman diri sendiri

langkah - langkah yang wajar dapat bergerak seiring dengan rakan - rakan lain. Penulis turut

memberi penekanan aspek kepentingan, proses dan matlamat dalam mendidik diri sendiri dengan

berdasarkan contoh-contoh yang sering berlaku di dalam dan di luar sekolah. Setiap pelajar perlu

mencari jalan cara untuk mendidik diri sendiri dan penulis mengingatkan para pelajar agar tidak

memaksa diri tetapi lebih kepada meningkatkan pengorbanan supaya dapat melipatgandakan

usaha yang sedia ada.

Manakala dalam proses membimbing kita harus menitikberatkan kaedah kita dalam

memimpin diri sendiri untuk menyokong usaha-usaha yang telah dilakukan dalam mendidik diri

sendiri. Kekuatan membimbing diri sendiri ialah diri kita sendiri yang membuat keputusan dan

menyelesaikan sesuatu masalah yang kita hadapi. Aspek mengurus diri sendiri turut ditekankan

oleh penulis dalam buku ini,umumnya aspek ini sering dikaitkan dengan kejayaan dan

kecemerlangan, ianya adalah lanjutan daripada pembinaan kecenderungan diri. Setiap pelajar

harus meningkatkan penampilan dan persembahan diri tanpa mengira suasana disamping itu

setiap pelajar juga harus berfikiran terbuka dengan melakukan perkara positif, berdikari dalam

meningkatkan keupayaan serta kebolehan diri agar segala yang dipelajari dapat membantu diri

para pelajar lebih cemerlang atau berjaya dalam kehidupan. Kita perlu membina ikrar dan

prinsip untuk memajukan diri, Menurut penulis memahami, mendidik, membimbing dan

mengurus diri sendiri adalah penting sebelum diri kita mengenalpasti bentuk sokongan dan

dorongan yang diperlukan. Oleh itu buku ini sesuai dijadikan bahan rujukan kepada pelajar, para

guru dan ibubapa.

Diulas oleh,
Jacquline J.Angian,
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau

Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU

TAJUK BUKU : PENGURUSAN STRES

PENULIS : DR.MAZLAN ARIS

PENERBIT : SASBADI SDN.BHD

MUKASURAT : 188

NOMBOR KELAS : MAN 155.9042 MAZ

NOMBOR AKSESI : 0003587113

ISBN : 9789835982750

KATEGORI BUKU : BUKAN FEKSYEN BAHASA MALAYSIA

Dr. Mazlan Aris penulis buku bertajuk Pengurusan Stres mengajak masyarakat memahami stress
dan teknik mengawal stress ini. Buku ini setebal 188 mukasurat dan mengandungi enam bab dan
setiap bab ada perincian yang dikupas oleh penulis. Dalam buku ini penulis menjelaskan secara
teori dan praktikal mengenai pengurusan stres ini, disamping itu penulis turut memberikan
panduan bagi memahami fenomena stres secara nyata, jelas dan mendalam. Penulis juga ada
membincangkan stres dari perspektif teori Kaunseling dan Psikoterapi, banyak teori dinyatakan
untuk melihat stres dari sudut pandangan yang berbeza. Terdapat juga pandangan daripada ahli
kognitif, kemanusiaan, tingkah laku dan spiritual, menurut penulis pemahaman terhadap
pandangan ahli Psikologi dan Psikoterapi amat penting agar stress dapat dilihat dari aspek - aspek
yang lebih holistik. Pandangan - pandangan tersebut boleh dijadikan teori asas untuk mengkaji
fenomena stress dalam penyelidikan. Dalam buku ini juga penulis turut mengupas mengenai
fenomena stres berdasarkan modal - modal yang relevan dan sekaligus menjadi panduan kepada
penyelidik bagi mengukuhkan asas permasalahan penyelidikan mereka tentang stres.

Punca - punca stres kehidupan turut dikupas secara terperinci oleh penulis termasuk punca
stres dari aspek peristiwa kehidupan, kelahiran, kematian, perkhawinan, pekerjaan,
pengangguran, kebosanan , personaliti dan spiritual. Selain itu dalam buku ini turut menekankan
memberi tumpuan kepada stres dan perkembangan manusia. Penulis turut membincangkan
denganteliti dan terperinci berkenaan dengan stres di kalangan kanak - kanak sehingga usia lanjut.
Aspek lain yang penting di mana penulis ada membincangkan dengan jelas dan secara praktikal
berkaitan pengurusan stress ini dengan memperkenalkan dua belas teknik pengurusan stress.
Teknik - teknik yang dibincangkan ini boleh digunakan secara berterusan ataupun dengan
bantuan guru bimbingan, kaunseling dan kaunselor. Pemantapan kesihatan diri juga amat
perlu agar bukan stress yang mengawal kita tetapi kita yang mengawal stres tersebut. Jika kita
dapat memahami maksud stres sebenarnya maka kita dapat menggunakan stress ini sebagai
pendorong meneruskan kehidupan baik. Sekiranya kita membuat persepsi stress itu dari sudut
negative makanya kita akan berhadaapan pelbagai masalah tetapi jika kita memandang stress itu
dari sudut positif makanya kita akan menjadi seorng yang berjaya. Penghasilan buku ini juga
dapat membantu memantapkan minda, emosi, tingkah laku dan spiritual agar stress boleh
dijadikan rakan yang dapat memacu kita mengharungi kehidupan dengan lebih selesa. Justeru itu
buku ini amatlah sesuai dijadikan bahan rujukan lengkap kepada penyelidik bidang kaunseling,
psikologi, kesihatan ataupun pendidikan dan mereka yang meminati bidang pengurusan stres.

Diulas oleh,
Jacquline J.Angian,
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau

Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU

TAJUK BUKU: ASPEK - ASPEK PSIKOLOGI DALAM MEMBINA MOTIVASI & ESTIM

KENDIRI ATLET

PENULIS : MOHD SOFIAN OMAR FAUZEE

PENERBIT : KARISMA PUBLICATIONS SDN BHD

MUKASURAT : 147

NOMBOR KELAS : MAN 796.01 MUH

NOMBOR AKSESI : B02106295

ISBN : 9789831950609

KATEGORI BUKU : BUKAN FIKSYEN BAHASA MALAYSIA

Aspek - aspek psikologi dalam membina motivasi dan estim kendiri atlet merupakan hasil karya
Mohd Sofian Omar Fauzee dengan ketebalan 147 mukasurat dan mengandungi enam bab. Penulis
mengajak para jurulatih, pelajar dan atlet untuk sama-sama memahami konsep kejurulatihan
melalui aspek - aspek psikologi. Terdapat dua sumber psikologi sukan yang ditekankan oleh
penulis dalam buku ini iaitu sukan kompetitif dan sukan rekreasi. Dalam sukan kompetitif strategi
coping bagi menyelesaikan masalah - masalah tekanan diperkenalkan. Coping lebih dikenali
sebagai alat penghubung situasi tekanan yang kritikal di dalam pertandingan dan juga latihan,
selain itu coping juga diistilah sebagai perubahan koginitif dan kesungguhan dalam tingkah laku
bagi menguruskan permintaan yang spesifik secara dalaman dan luaran. Meskipun coping adalah
bidang kajian yang baru untuk bidang psikologi sukan tetapi tajuk ini telah menarik minat ramai
pakar psikologi. Latihan Imageri juga dibincangkan dalam buku ini, berdasarkan dapatan kajian
- kajian yang telah dijalankan oleh ahli psikologi seperti Marten menyatakan program latihan
yang disertakan dengan intervensi latihan-latihan mental terutamanya latihan mental imageri
telah membuktikan bahawa imageri adalah teknik yang sangat efektif dan signifikan untuk
meningkatkan prestasi dan pencapaian seseorng atlet itu.

Dalam bab tiga dan empat penulis ada membincangkan berkenaan halangan - halangan
untuk bermotivasi dan cara membentuk keyakinan diri dan kepentingannya. Terdapat banyak
garis panduan telah disarankan bagi meningkatkan motivasi di kalangan atlet namun terdapat
juga halangan dialami oleh para atlet dan juga jurulatih. Diantara factor yang sering dikaitkan
dengan halangan - halangan untuk bermotivasi adalah seperti kekecewaan, kurang keyakinan diri,
sasaran terlalu tinggi, kecederaan dan peranan jurulatih. Terdapat empat sumber untuk
meningkatkan keyakinan diri yang turut dibincangkan oleh penulis dalam buku ini. Seorang ahli
korporat dan pakar motivasi barat bernama Ivan Burnett mengatakan satu cara untuk memberi
keyakinan pada siri sendiri ialah dengan menghormati diri kita serta menganggap diri kita adalah
penting. Oleh itu kita harus mengurus diri kita sendiri dengan sebaik mungkin bukan hanya pada
aspek fizikal sahaja tetapi juga pada aspek mental dan emosi. Manakala dalam dua bab terakhir
buku ini penulis ada membincangkan tentang sukan rekreasi yang berkisar tentang bagaimana
dengan senaman dan latihan fizikal mampu untuk membentuk estim kendiri dan mengurangkan
depresi seseorang atlet tersebut. Oleh yang demikian keenam-enam bab yang telah dikupas
terperinci oleh penulis ini penting kerana menggabungkan sukan kompetitif dan rekreasi dan
sesuai sebagai bahan rujukan kepada jurulatih, atlet dan umum demi untuk mempertingkatkan
keilmuan dalam sukan terutamanya melibatkan faktor psikologi. Buku ini juga dapat membantu
jurulatih dan atlet dalam mempelbagaikan teknik latihan mental yang lebih berkesan.

Diulas oleh,
Jacquline J.Angian,
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau

Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU

TAJUK BUKU : PSIKOLOGI & KAUNSELING REMAJA.

PENULIS : PROF.DR.MOHAMED HATTA SHAHAROM.

PENERBIT : PTS PUBLICATION & DISTRIBUTORS SDN.BHD.

MUKASURAT : 136

NOMBOR KELAS : MAN 158.30835 MUH

NOMBOR AKSESI : B02296577E

ISBN : 9789831927809

KATEGORI BUKU : BUKAN FEKSYEN BAHASA MALAYSIA

Psikologi dan kaunseling remaja merupakan adalah hasil karya Prof. DR. Mohamed
Hatta Shaharom yang diterbitkan pada 4 Januari 2003. Beliau merupakan ketua
Jabatan Psikiatri, Fakulti Perubatan UKM dan Presiden Pertubuhan Jamaah Isiah
Malaysia (JIM). Sewaktu menulis buku ini beliau mempunyai dua orang anak yang
sedang melangkah ke alam remaja dan beliau mengakui bahawa sangat banyak
pengalaman yang telah dipelajari oleh beliau dalam mengharungi alam keibubapaan
pada peringkat remaja anak pertama dan keduanya.

Dalam buku ini, beliau telah membawa penulis untuk mengenali remaja dan
menurut beliau zaman remaja bermula dari umur 12 tahun dan berakhir pada 18
tahun. Alam remaja merupakan peralihan antara zaman kanak – kanak dan zaman
dewasa. Di fasa ini, remaja akan mengalami beberapa perubahan seperti perubahan
psikologi yang mana remaja akan mengharungi cabaran antara ‘identiti’ dan
‘kekeliruan peranan’ dalam diri mereka. Remaja juga akan mengalami perubahan
fizikal iaitu di mana terdapat perubahan yang berkaitan dengan hormon dan
perkembangan biologi di dalam tubuh. Pada zaman remaja jugalah ramai remaja
yang akan mudah terpengaruh dengan pengaruh luar dan rakan sebaya.

Terdapat tiga fasa yang dapat dibahagikan pada zaman remaja iaitu fasa
permulaan remaja, fasa pertengahan remaja dan fasa penghujung remaja. Penulis
juga menerangkan beberapa panduan bagi membaca ibubapa atau pembaca supaya
dapat berinteraksi dengan anak remaja mereka seperti bersedialah untuk menyentuh
kesemua aspek kehidupan remaja misalnya sekolah, kelab sukan dan juga rakan –
rakannya. Penulis turut menekan bahawa antara alam yang mudah menarik perhatian
para remaja adalah alam percintaan dan pada masa ini lah pengetahuan dan
pendidikan seks amat penting bagi mencegah penyakit yang boleh berjangkit melalui
hubungan seksual secara bebas dalam kalangan remaja. Penulis juga menyatakan
bahawa antara faktor – faktor utama yang menentukan kerjaya masa depan remaja
adalah keluarga dan rakan sebaya. Sebelum memilih kerjaya, remaja wajarlah
mendapatkan segala maklumat yang berkaitan dengan kerjaya tersebut supaya dapat
membuat keputusan dengan baik.

Justeru itu diharapkan agar masyarakat terutama sekali para remaja mendapat
manfaat ataupun panduan dari pembacaan buku ini.

Diulas oleh,
Jacquline J.Angian,
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau

Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU

TAJUK BUKU : MEMBENTUK SIKAP CEMERLANG

PENULIS : MOHD.SOFIAN OMAR FAUZEE & RAHIM ABDULLAH

PENERBIT : UTUSAN PUBLICATIONS & DISTRIBUTORS SDN.BHD

MUKASURAT : 107

NOMBOR KELAS : MAN 158.1 MUH

NOMBOR AKSESI : B02667087C

ISBN : 9789676118837

KATEGORI BUKU : BUKAN FEKSYEN BAHASA MALAYSIA

Membentuk sikap cemerlang mengandungi empat bab ini merupakan hasil penulisan Mohd
Sofian Omar Fauzee dan Rahim Abdullah. Mohd Sofian Omar Fauzee merupakan pensyarah di
Universiti Putra Malaysia. Beliau mendapat Ijazah Sarjana dan Ijazah Sarjana Muda dalam
bidang Pendidikan Jasmani di Eastern New Mexico University dan beliau mendapatkan sijil
Ph.D di Leeds Metropolitan University,United Kingdom dalam bidang Sport and Exercise
Physcology. Buku ini terhasil melalui pengalaman beliau menulis buku – buku psikologi, sukan
dan motivasi. Manakala, Rahim Abdullah pula memiliki ijazah sarjana dalam pentadbiran
perniagaan pengkhususan Pengurusan Perniagaan Antarabangsa daripada Woodbury University,
Los Angeles, California, U.S.A, beliau merupakan pensyarah Pengurusan Pengedaran
Antarabangsa dan Pengurusan Antarabangsa di Jabatan Pengurusan dan Pemasaran dan kini
beliau bertugas di Jabatan Hospitaliti dan Rekreasi, Universiti Putra Malaysia.

Permulaan buku ini membincangkan impian membentuk keinginan untuk berjaya.
Penulis menyatakan bahawa setiap mimpi, harapan dan impian akan menjadi realiti jika kita
meletakannya di hadapan secara konsisten, membiarkan ketakutan di belakang dan menolak
semua halangan jauh dari sisi kita. Ramai pembaca yang takut untuk menghadapi kegagalan
namun penulis berkata bahawa kejayaan jauh dari kegagalan. Penulis juga akan menerangkan
membina keyakinan diri untuk kecemerlangan. Keyakinan diri berkaitan dengan emosi yang
positif, memperbaiki konsentrasi serta menggurangkan gangguan mental. Antara kaedah
untuk membina keyakinan diri adalah memperbaiki kesilapan, jangan terlalu merendahkan diri,
fikirkan kejayaan, jangan pedulikan gangguan pemikiran negatif, ambil tindakan,hindarkan
perasaan takut dan peroleh keyakinan, sisihkan perkara yang remeh temeh dan utamakan
penampilan diri. Konsentrasi juga ada dibincangkan di dalam buku ini. konsentrasi membawa
maksud kemampuan atau kebolehan melalui tabiat dan latihan yang ditetapkan untuk
meletakkan fikiran kita terhadap sesuatu perkara.

Faktor – faktor yang mempengaruhi konsentrasi, latihan meningkatkan konsentrasi dan
cita – cita dan keinginan juga ada diselitkan di dalam buku ini. Disamping itu penulis turut
membincangkan tolenrasi membentuk kerja berpasukan yang mantap yang mana tolenrasi
membawa maksud kepada sikap sabar, tasamuh, kesabaran atau bersabar dan tahan derita atau
menanggung kesusahan menurut Kamus Dewan Dwi Bahasa 1995. Secara keseluruhannya buku
membentuk sikap cemerlang ini merupakan sebuah buku yang banyak memberi informasi serta
panduan kepada pembaca untuk membentuk sikap yang cemerlang.

Diulas oleh,
Jacquline J.Angian,
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau

Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU

TAJUK BUKU : PEMAKANAN UNTUK PESAKIT DIABETES

PENULIS : RUZITA ABD. TALIB

PENERBIT : DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA

MUKASURAT : 53

NOMBOR KELAS : MAN 616.4620654 RUZ

NOMBOR AKSESI : B01793499I

ISBN : 9789836270306

KATEGORI BUKU : BUKAN FEKSYEN BAHASA MALAYSIA

Pemakanan untuk pesakit diabetes adalah sebuah buku hasil karya Ruzita Abd. Talib. Buku
ini mengandungi tiga bab mengenai dengan Diabetes, Komposisi makanan dan Pemilihan
makanan yang sesuai untuk pesakit diabetes ini. Dalam buku ini ada dijelaskan asas
penjagaan pemakanan khusus untuk individu yang mengalami diabetes. Penekanan diberi
kepada cara untuk mencapai pemakanan yang sihat. Diabetes mellitus merupakan keadaan
apabila glukosa dalam darah melebihi aras normal, ini berpunca daripada ketidakupayaan
tubuh untuk mencerna dan menukarkan makanan keseluruhan kepada tenaga. Lazimnya
makanan yang dimakan ditukar kepada glukosa dan bahan tersebut seterusnya akan
digunakan oleh sel di dalam tubuh sebagai sumber tenaga. Menurut penulis diabetes melitus
bukanlah penyakit berjangkit dan sehingga kini penyakit ini tidak dapat dipulihkan tetapi
sekadar dapat dikawal. Justeru itu satu cara paling berkesan untuk mengawalnya adalah
dengan mengamalkan pemakanan yang sesuai.

Terdapat tiga jenis diabetes yang dibincangkan dalam buku ini iaitu pertama diabetes
bersandarkan insulin, kedua diabetes yang tidak bersandarkan insulin dan ketiga diabetes
ketika mengandung. Beberapa tanda awal yang dikenalpasti menunjukkan seseorang itu
menghidap penyakit diabetes iaitu seseorng itu kelihatan letih dan tidak bermaya disebabkan
tubuhnya kekurangan glukosa, lebih kerap membuang air kecil, kerap rasa dahaga,kerap
rasa lapar,berat badan menurun dengan tiba-tiba, jangkitan di kulit dan salur
kencing,penglihatan kabur dan luka lambat sembuh. Rawatan yang terdapat pada masa kini
tidak dapat menyembuhkan penyakit ini tetapi hanya sekadar membantu mengawal penyakit
sahaja. Oleh itu langkah pertama adalah untuk mengawal aras glukosa darahnya agar berada
dalam lingkungan normal dan seseorang individu itu memahami keadaan kesihatan serta
persekitaran mereka.Makanya individu yang mengalami diabetes perlu mengambil makanan
yang berkhasiat dan seimbang dengan tepat serta mengelakkan pertambahan berat badan.

Pesakit diabetes boleh menjadikan piramid makanan yang telah disediakan oleh pihak
kementerian kesihatan Malaysia sebagai panduan untuk memilih makanan harian. Pemilihan
makanan berdasarkan piramid makanan tersebut secara tidak langsung menjamin
pengambilan makanan yang sihat dan seimbang. Selain itu panduan tersebut dapat
membantu pesakit merancang dan menyediakan hidangan yang lazat dan rendah lemak.
Bahasa yang digunakan dalam buku ini mudah difahami dan sesuai untuk bacaan setiap
lapisan masyarakat bagi menambah informasi berkenaan dengan penyakit diabetes ini.

Diulas oleh,
Jacquline J.Angian,
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau

Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU

TAJUK BUKU : CUBA BUAT KRAF KERTAS

PENULIS : ROHANIDA MAT HASSAN

PENERBIT : UTUSAN PUBLICATION & DISTRIBUTORS SDN.BHD

MUKASURAT : 73

NOMBOR KELAS : MAN 745.54 ROH

NOMBOR AKSESI : 0003591270

ISBN : 9789676127365

KATEGORI BUKU : BUKAN FEKSYEN BAHASA MALAYSIA

Buku bertajuk cara buat kraf kertas mengandungi tiga bab utama mengenai kraf kertas
merupakan hasil karya Rohanida Mat Hassan yang berasal dari Kubang Kerian, Kelantan dan
dilahirkan pada 25 April 1982. Beliau merupakan seorang pencinta kraf dan melalui medium
internet iaitu facebook dan blog, beliau telah memulakan langkahnya dalam memasarkan kraf-
kraf yang telah dihasilkan olehnya. Produk kraf yang sering dihasilkan oleh beliau adalah
daripada kraf kertas. Beliau lebih dikenali atau berdiri atas nama Qistina Kreatif dan telah
menjual pelbagai jenis barangan siap seperti jam dinding berhias, hiasan dinding, hiasan album
gambar, bingkai gambar berhias, kad pop up dan aksesori kanak – kanak. Qistina juga menjual
barangan kraf untuk pelangganya dan selain menerima tempahan pelanggan.

Dalam buku ini, penulis telah menerangkan beberapa jenis kraf yang boleh dijadikan
sebagai bahan rujukan oleh para pembaca yang juga mempunyai minat yang sama seperti Puan
Rohanida iaitu membuat kraf kertas.Terdapat tiga hasil kraf yang dikongsikan oleh penulis
dalam buku ini iaitu kraf foam sheet, kad pop up dan kraf quilling. Kraf foam sheet merupakan
salah satu produk yang terbaik untuk menghasilkan sebarang bentuk rekaan kraf kerana
harganya yang murah,tahan lama serta terdapat pelbagai warna. Meskipun tekstur kraf foam
sheet ini lembut dan tebal berbanding kertas lain namun foam sheet mudah dilukis dan
digunting mengikut bentuk yang dikehendaki. Foam sheet ini nipis dan sangat fleksibel. Pada
masa ini kad ucapan buatan tangan lebih eksklusif dan kreatif,dan lebih menarik kad ucapan
yang dihasilkan mengikut perkembangan semasa dan menarik dengan adanya lakaran tulisan
atau bentuk yang timbul ketika kad dibuka. Kraf seumpama ini dikenali sebagai kad pop up.
Kad pop up juga boleh dijadikan sebagai hadiah hari lahir,pertunangan,perkhawinan dan
sebagainya. Manakala kraf quilling ini bermaksud kraf kertas yang digulung,dibentuk dan
dicantum menjadi satu hasil kreatif. Kraf ini menggunakan peralatan khas yang dipanggil
slotted quilling tool bagi menggulung dan membentuknya menjadi bunga,daun dan lain-lain
bentuk yang bersesuaian. Apa yang lebih menarik lagi penulis menggunakan gambar rajah
sebagai panduan kepada para pembaca untuk membuat kraf kertas dan ini juga sekaligus
memudahkan pembaca supaya dapat menghasilkan kraf kertas dengan senang. Bukan itu
sahaja, penulis juga turut menerangkan sedikit sebanyak maklumat yang berkaitan dengan
kertas kraf supaya para pembaca lebih memahami apa yang berkaitan dengan kertas kraf.

Secara keseluruhannya, buku yang dihasilkan oleh penulis ini dapat membantu dan
mengembangkan lagi kreativiti para pembaca dalam menghasilkan kraf kertas yang kreatif.
Penghasilan buku ini dapat memberi manfaat dan menambah idea - idea kreatif kepada para
pembaca untuk berkraf dan sesuai sebagai bahan rujukan untuk semua lapisan masyarakat.

Diulas oleh,
Jacquline J.Angian,
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau

Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU

Tajuk Buku:The Power Of Focus
Pengarang:Jack Canfield,Mark Victor
MukaSurat:408 ms
No Panggilan:MAR 158.1 CAN
ISBN No:
Harga:RM26.30
Jenis Buku:Motivasi

Buku bertajuk The Power Of Focus adalah buku yang sangat sesuai untuk
kita samada sebagai seorang ketua, pemilik syarikat, menjalankan
perniagaan dan diri sendiri dalam menjalani kehidupan. Sekiranya anda
masakini menjalankan perniagaan, kita masih ada ruang untuk mencari ilmu
dalam buku ini walaupun satu idea yang mampu meledakkan kejayaan kita
ataupun menolong kita mengelak daripada berada dalam zon selesa.

Pembaca akan belajar dan aplikasi strategi, mencapai sasaran dalam
perniagaan, personal dan kewangan secara konsisten malahan akan akan
mencapai keputusan yang tidak dijangkakan. Secara spesifiknya, pembaca
disarankan perlu fokus, kuat dan supaya dapat memaksimumkan
pendapatan dalam masa sama dapat menikmati gaya hidup yang lebih sihat
dan bahagia.

Teknik dan belajar asas yang kuat serta berdaya tahan untuk
menghadapi masa hadapan untuk pembaca buku ini. Di samping itu,
pembaca akan tahu bagaimana untuk mendapatkan ketenangan jiwa dalam
bidang kewangan menggunakan kaedah yang terbukti berkesan daripada
beberapa orang jutawan. Meja bufet idea disediakan untuk menolong
memupuk dan memperkayakan hubungan pembaca. Perkongsian kisah
kejayaan supaya pembaca terdedah kisah sebenar disamping teori dan
falsafah akan membantu pembaca mengelakkan musibah dalam kehidupan,
menjimatkan masa, wang, tenaga dan stress yang tidak diperlukan.

Buku Ini Dapat Dirujuk di ruang rujukan tingkat 1, Koleksi MAR 158.1 CAN

Diulas oleh,
Masnah Yusof,
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau

Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU

Tajuk Buku: The Genus Schefflera in Sabah, Malaysia Borneo
Penulis: Aida Shafreena Ahmad Puad, David G.Frodin dan Todd J.Barkman
Penerbit: Natural History Publications ( Borneo ) dan Penerbit Universiti
Malaysia Sarawak.2018
MukaSurat: 231
No Panggilan: LHC 580.9H AID
Kategori Buku: Sains tumbuh-tumbuhan dengan ilustrasi

Melalui buku ini, penulis menerangkan tentang 32 keluarga Schefflera,
termasuk 29 spesies yang terdapat di Kepulauan Borneo Sabah, Malaysia.
Menurutnya karya yang ada sebelum ini hanya menyebut nama tujuh spesies
Schefflera di Sabah namun tiada yang memberikan gambaran terperinci
mengenai spesies tumbuhan unik ini sejak 100 tahun terakhir ini.

Oleh itu, buku ini diterbitkan berdasarkan kajian yang dijalankan oleh
penulis bersama rakan pengkaji terhadap spesies ini dengan harapan agar
buku ini akan memberikan manfaat ilmiah mengenai genus schefflera
khususnya dan flora Sabah secara umumnya. Buku ini memuatkan
penghitungan spesies Schefflera di Sabah, sejarah dan latar belakang secara
sistematik genus dan semulajadinya Sabah.

Selain itu, buku ini memaparkan banyak ilustrasi menarik berkenaan
spesies yang telah dirakamkan sepanjang kajian agar pembaca yang
membaca buku ini dapat melihat dan mengenali ciri khas spesies ini. Buku ini
juga turut mengandungi peta pergerakan kajian yang mendokumentasikan
kejadian setiap spesies dan kepelbagaiannya.

Pembukuan kajian ini akan menjadi nilai tambah yang tidak ternilai
untuk perpustakaan botani dan pengamal atau pengkaji tumbuhan herba di
seluruh dunia terhadap Schefflera dari Borneo.

Buku ini amat sesuai dijadikan sumber rujukan berkaitan spesies
Schefflera di Sabah. Selain itu buku ini juga sesuai kepada pembaca
mempunyai minat berkaitan tumbuh-tumbuhan unik yang hanya terdapat di
Sabah.

Diulas oleh,
Maslianah Hj.Mohd Shom,
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau

Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU

TAJUK BUKU : 50 KREATIVITI FOTO Wedding dengan Photoshop

PENGARANG : Hasnan Hanif

PENERBIT : SAM Synergy Media Sdn Bhd

MUKASURAT : 176

ACC NUMBER : 0003682860

ISBN NO : 9789674441227

HARGA : RM23.70

JENIS BUKU : Photography -Digital techniques

Bagaimana cara memproses dan mengubah suai foto secara digital yang
hebat itu?
Buku ini akan membantu anda untuk memahami cara-cara mengolah foto
dengan menggunakan perisian Photoshop.

Foto Pra Perkahwinan dan majlis pernikahan akan bertambah
menarik jika diberikan sentuhan digital, misalnya efek-efek khusus yang
dramatik, pengubahan warna yang lebih emosional atau proses meletakkan
objek-objek tertentu yang mengindahkan foto. Kini, foto asal tanpa sentuhan
digital semakin ditinggalkan. Tambahan pula, proses mengubah suai gambar
secara digital mudah dilakukan dengan bantuan perisian Adobe Photoshop.

Buku "50 Kreatif Foto Wedding Dengan Photoshop", terdapat pelbagai
efek digital yang dapat memberi inspirasi kepada anda semasa mengedit
foto majlis perkahwinan . Anda akan mempelajari teknik-teknik mengubah
warna yang dramatik serta banyak lagi yang pasti memukau pandangan
mata anda.

Bacalah, fahamilah, praktikkanlah dan lontarkan kreativiti anda untuk
menghasilkan foto berkualiti setanding karya jurufoto profesional. Semoga
buku ini dapat memberikan inspirasi kepada anda dalam mengedit dan
mengindahkan foto kenangan untuk bakal pengantin.

Diulas oleh,
Mobin Mahadin,
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau

Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU

TAJUK BUKU : JANA DUIT Dengan Membayar Hutang

PENGARANG : Anuar Haniff & DR. Mohd Nizal Haniff

PENERBIT : Kuala Lumpur: Telaga Biru, 2014.

MUKASURAT : 99

ACC NUMBER : 0003366046

ISBN NO : 9789673881475

HARGA : RM12.80

JENIS BUKU : Money Management

Bagi anda yang mempunyai bebanan hutang buku ini amat sesuai dijadikan
panduan kepada kita dalam mengurus kewangan supaya tidak terperangkap dalam
jerat bebanan hutang yang berpanjangan.

Kenapa anda perlu membaca buku ini. Ilmu pengetahuan tentang hutang ini
amat penting lebih-lebih lagi masalah ekonomi dan kewangan yang kian mencabar
pada masa ini. Tip yang dimuatkan dalam buku ini sangat berguna dan
memberikan inspirasi untuk menjana dana simpanan dan pelaburan untuk jangka
masa panjang.

Antara pengajaran penting yang anda bakal pelajari daripada membaca
buku ini adalah:-

• Mengenali fenomena hutang/riba yang akan menentukan keberkatan serta
ketenangan kehidupan kita di dunia mahupun di akhirat.

• Tahu membezakan antara hutang baik dengan hutang tidak baik.
• Kelebihan-kelebihan mempunyai bebanan hutang yang minimal.
• Perancangan Hutang Hayat (PHH) yang merangkumi teknik-teknik

penjimatan ribuan ringgit berkaitan pinjaman pendidikan/PTPTN,
kenderaan, perkahwinan serta perumahan.
• Langkah-langkah praktikal untuk mengurangkan bebanan hutang.
• Langkah-langkah membebaskan diri daripada ‘Kaya Hutang’.
• Langkah-langkah kewangan untuk menyuburkan serta memberkatkan
harta/aset anda.

Oleh itu, bebaskan diri anda daripada fenomena ‘Kaya Hutang’ sambil
menjana pendapatan mencecah ribuan ringgit! Sekarang terpulanglah kepada
anda semua untuk mempraktikkan langkah-langkah mengurangkan bebanan
hutang seperti mana yang telah diterangkan dan dihuraikan dalam buku ini. Moga
kita dijauhi dari istilah ‘Kaya Hutang’. Jauhi lah ungkapan ‘Biar Papa Asal
Bergaya’.

Diulas oleh,
Mobin Mahadin,
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau

Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU

TAJUK : TUMBUHAN PENYEMBUH PENYAKIT

PENULIS : SYED MAHADZIR SYED IBRAHIM

PENERBIT : GREEN DOME PUBLICATION SDN BHD

MUKASURAT : 252

NOMBOR KELAS : MAN 615.321 SYE

NOMBOR AKSESI : 0003587955

ISBN : 9789670728131

KATEGORI BUKU : BUKAN FIKSYEN

BAHASA MALAYSIA

Misteri keajaiban alam ciptaan tuhan : Tumbuhan penyembuhan penyakit ini
adalah hasil penulisan Syed Mahadzir Syed Ibrahim yang dicetak pada tahun 2015.
Permulaan buku ini adalah membincangkan beberapa jenis tumbuhan berkhasiat
yang telah dsebut dalam Al-Quran misalnya kurma, halia, buah tin dan buah zaitun.
Penulis juga turut menyertakan beberapa ayat daripada Al-Quran antaranya ialah
Rasulullah pernah bersabda “Tidaklah sesuatu penyakit diturunkan melainkan
Allah Swt juga menyertakan ubat-ubatnya”.

Menurut penulis teknik perubatan telah wujud sejak zaman dahulu. Mereka
memanfaatkan tanaman yang ada untuk dijadikan sebagai ubat – ubatan. Terdapat
beberapa tokoh yang berperanan dalam perubatan setelah dunia perubatan
berkembang pesat. Awal penggunaan ubat dilakukan secara empirik dari
tumbuhan yang didasarkan oleh pengalaman dan seterusnya seorang ahli kimia
dari Sweden, Paracelsus berpendapat bahawa untuk membuat ubat memerlukan
pengetahuan mengenai kandungan zat aktifnya. Pada 459 – 370 SM. Hippocrates
telah dikenali sebagai ‘bapa kedoktoran’ dalam perubatannya kerana telah
menggunakan sebanyak 200 jenis tumbuhan.

Terdapat dua jenis ubat iaitu ubat semulajadi dan ubat kimia. Ubat
semula jadi merujuk kepada ubat yang terdapat di alam sama ada berasal dari
tumbuhan mahupun haiwan. Penulis telah menyenaraikan lebih daripada 80 jenis
tumbuhan yang mampu merawat penyakit dan diselitkan juga kegunaan dan
khasiat yang terdapat pada tumbuh – tumbuhan tersebut. Secara keseluruhannya,
penulis berharap agar pembaca dapat meningkatkan pengetahuan mereka
mengenai tumbuh – tumbuhan yang mempunyai khasiat tersendiri dan boleh
digunakan sebagai ubat. Penulis juga berharap agar buku ini dapat memberi
manfaat kepada para pembaca dalam menjalani kehidupan seharian kerana
tumbuhan merupakan sahabat manusia dan manfaatnya telah dijadikan oleh Allah
swt untuk kepentingan manusia.

Diulas oleh,
Arthur J.Angian,
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau

Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU

Tajuk Buku: Belajar Berfikir
Pengarang:Ainon Mohd & Abdullah Hassan
Penerbit:PTS Publications & Distributors Sdn Bhd
MukaSurat:267ms
No Panggilan:MAR 153.42 AIN
ISBN No:9799831922889
Harga:29.00
Jenis Buku:Komunikasi

Buku ini sesuai dijadikan sebagai bahan rujukan utama yang
digunapakai oleh pelajar atau pensyarah dalam kursus kemahiran berfikir di
institusi pengajian tinggi tempatan. Oleh itu terpulanglah kepada para
pelajar dan pensyarah menggunakan kreativiti dalam pengajaran topik-topik
yang terkandung dalam buku ini kepada para pelajar. Matlamat
diperkenalkan kursus berfikir pada peringkat kolej dan universiti adalah
sebagai pendekatan kepada para pelajar yang bukan setakat mempunyai
ilmu pengetahuan akademik tetapi mempunyai kemahiran menggunakan
pengetahuan yang ada pada mereka secara kreatif bagi mencipta pelbagai
idea, penyelesaian masalah secara berkesan, membuat keputusan terbaik
yang kesemuanya memerlukankemahiran berfikir secara praktikal.

Kandungan buku Belajar Berfikir ini mengupas dua perkara berbeza
iaitu ilmu pengetahuan tentang berfikir dan apa yang diperkatakan
kemahiran berfikir. Berdasarkan dua perbezaan ini dapatlah ditafsirkan
bahawa seseorang individu yang tahu banyak tentang sesuatu subjek tetapi
beliau sendiri tidak mampu menerbitkan idea-idea kreatif, seperti seseorang
individu yang tahu bannyak teori-teori berkenaan mekanisma operasi sebuah
enjin kereta tetapi beliau tidak mahir memandu kereta.

Di akhir buku ini dapatlah dibuat kesimpulan bahawa individu yang
cemerlang dalam pelajaran hingga ke peringkat lebih tinggi tidak menjamin
kejayaan ditempat kerja, sekiranya tidak mengaplikasi kemahiran berfikir
secara kritis dan kreatif, pandai menyelesaikan masalah di tempat kerja dan
tahu bagaimana hendak membuat keputusan dengan betul dan bijak.

Buku Ini Dapat Dirujuk di koleksi rujukan dewasa, tingkat 1,Perpustakaan
Cawangan Keningau

Diulas oleh,
Masnah Yusof,
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau

Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU

Tajuk Buku: Maaf Cakap 2:Mengurus Perasaan Agar Tidak Perasan
Pengarang:Norden Mohamed
Penerbit:Alaf 21
MukaSurat:365ms
No Panggilan:MAR 158.1 NOR
ISBN No:9789678605120
Harga:21.30
Jenis Buku:Motivasi

Buku Maaf Cakap 2 , Mengurus Perasaan Agar Tidak Perasan ini adalah
himpunan artikel-artikel yang boleh dibaca santai. Dibahagikan kepada enam
bahagian iaitu Motivasi, Sosial, Sumber Manusia, Bisnes, Dunia Akhbar dan
Minda.

Buku ini adalah pandangan dan teguran oleh penulis terhadap
kesilapan cara pemikiran dan juga cara bertindak kita. Oleh itu sebagai
pembaca buku ini, kita akan dapat merasakan ahawa itulah petanda yang
kita sebagai manusia ciptaan Allah yang serba kekurangan dan memerlukan
bimbingan dan teguran dalam menjalani kehidupan.

Justeru itu ketia membaca buku ini, ia memberikan suatu hidangan
rohani dan minda yang disampaikan oleh penulis dalam bahasa yang santai
dan ringkas. Sentuhan penulis dalam mendekati pembaca dapat memberikan
santapan minda dalam setiap halaman dan topik yang diutarakan. Maka kita
sebagai manusia perlulah bijak mengendalikan perasaan dan memahami diri
sendiri agar jangan terlalu mengikut rasa hati. Begitu juga jangan perasan
yang kita sentiasa salah hingga maruah kita dipijak orang. Cinta dan benci
adalah ‘state of mind’ iaitu suatu perasaan yang sentiasa naik dan turun dan
berubah-ubah.

Buku Ini Dapat Dirujuk di koleksi rujukan dewasa, tingkat
1,Perpustakaan Cawangan Keningau

Diulas oleh,
Masnah Yusof,
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau

Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU

TAJUK BUKU : Buat Duit Dengan Pasar Malam
PENGARANG : Johar Seman
PENERBIT : PTS Professional, 2009.
MUKASURAT : 194
ACC NUMBER : 0002974148
ISBN NO : 9789675226649
HARGA : RM12.80
JENIS BUKU : Siri Buat Duit (MAN658.421)

Untuk mereka yang memang berhasrat untuk mula Buat duit dengan Pasar Malam,

memang sesuai jadikan buku ini sebagai salah satu buku panduan dan rujukan awal.

Bisnes pasar malam memang menguntungkan. Bisnes ini dapat dilakukan oleh

sesiapa sahaja dan mempunyai pasaran yang menguntungkan. Pasar malam tidak

memerlukan banyak modal, tetapi menguntungkan terutama bagi mereka yang belum

mantap ekonomi, kurang pengalaman berniaga dan ingin menjadi usahawan yang

berjaya.

Penulis buku ini Encik Johar Seman bertugas sebagai guru di SMK Bersia, Grik,

Perak dan berpengalaman dalam bidang penulisan buku sejak 2004. Beliau menulis

berdasarkan pengalaman sendiri dan rakan-rakan yang menjadi peniaga pasar malam

yang berjaya.

Bisnes pasar malam memang menguntungkan?... Betul ke boleh buat untung kalau

berniaga di pasar malam ni?... Saya rasa dah sampai masa untuk anda ambil tahu tentang

potensi pendapatan dan peluang buat duit apabila berniaga di pasar malam.

Jenis perniagaan yang sesuai untuk diniagakan dipasar malam. Penulis telah

menyenaraikan banyak contoh bisnes yang sesuai dijalankan di pasar malam. Buku ini

memberi panduan untuk anda mencari bisness yang sesuai. Tak perlu lagi susah payah

nak pergi ke satu pasar malam ke satu pasar malam semata-mata untuk dapatkan

idea, nak berniaga apa di pasar malam.

Sebelum nak mulakan sebarang perniagaan, sudah tentu kita perlu tahu apa dia keperluan

asas yang perlu disediakan. Antaranya adalah seperti lesen perniagaan, pengangkutan,

peralatan untuk berniaga dan banyak lagi. Buku ini memberi semua perkara yang

mungkin diperlukan untuk mulakan perniagaan di pasar malam.

Sesiapa yang berniaga di pasar malam, tak kiralah walau di mana letaknya gerai anda,

anda masih lagi ada peluang yang cukup cerah untuk dapat pelanggan. Apa yang

penting, barang yang anda jual itu memang sesuatu yang ada permintaan.

Jadi, buat para usahawan dan bakal usahawan pasar malam, dipersilakan untuk baca buku

ini.

Diulas oleh,
Mobin Mahadin.
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau

Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU

Tajuk Buku: Ensiklopedia Ibu Hamil
Pengarang:Ustazah Asiah bt.Haji Din,Puan Haiza Noor
MukaSurat: 720ms
No Panggilan:MAR 618.2 ENS
ISBN No: 9789670398945
Harga:RM59.80
Jenis Buku: Kesihatan

Buku bertajuk Ensiklopedia Ibu Hamil adalah buku paling lengkap yang
mengandungi pelbagai nasihat, tunjuk ajar mudah yang amat diperlukan bagi
setiap ibu hamil atau akan hamil, terutama dalam hal agama dan perubatan.

Buku ini ada 44 bab,bermula dengan memberikan panduan sebelum
melangkah ke alam berumah tangga, kehamilan, perkembangan bayi dalam
kandungan, bersalin,akikah dan memberikan nama yang baik untuk si bayi.

Panduan sepanjang hamil dengan memberikan panduan amalan agama
kepada si ibu dan bayi dengan memperbanyakkan mengingati Allah s.w.t,
memohon keampunan, taubat,banyak melakukan ibadat, kebajikan serta
memperbanyakkan bacaan al-Quran sepanjang kehamilan.

Di akhir bab 40-44 buku ini diberikan himpunan nama-nama indah, nama
yang bersandarkan asmaul husna, senarai nama yang penting dalam sejarah Islam
dan nama sesuai dalam Islam.

Buku ini sesuai untuk kaum muslimah yang sudah berumahtangga, sedang
mengandung dan bakal pengantin baru.

Buku ini dapat dirujuk dalam Koleksi Rujukan Dewasa MAR 618.2 ENS

Diulas oleh,
Masnah Yusof.
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau

Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU

Tajuk Buku:PROGRAM HOMESTAY Dan Pembangunan Komuniti Luar Bandar
Di Malaysia
Pengarang:Jabil Mapjabil
MukaSurat: 257ms
No Panggilan:MAR 647.9409m PRO
ISBN No:9789670474816
Harga:RM26.30
Jenis Buku:Pembangunan Komuniti

Buku bertajuk PROGRAM HOMESTAY dan pembangunan Komuniti Luar
Bandar di Malaysia adalah kompilasi artikel tentang pembangunan dan peranan
program homestay sebagai salah satu strategi dalam membangunkan komuniti luar
Bandar di Malaysia.

Program homestay menjadi salah satu produk pelancongan yang mendapat
perhatian khususnya dalam agenda ekonomi Negara dalam Rancangan Malaysia
ke-9.

Buku ini terdiri daripada 12 bab. Artikel disumbangkan oleh para pensyarah
dan penyelidik daripada beberapa institut pengajian tinggi awam di Malaysia.
Kesemua bab ini dapat dibahagikan kepada dua skop utama iaitu pembangunan
program homestay dalam konteks Malaysia iaitu pembangunan program homestay
dalam konteks Malaysia dan kajian kes terpilih di beberapa negeri di Malaysia.

Buku ini banyak memberikan manfaat kepada mereka yang ingin membuat
kajian terutama mahasiswa dan sangat sesuai dirujuk oleh pelbagai pihak untuk
mengetahui dengan lebih lanjut tentang perkembangan, pencapaian dan
perlaksanaan homestay di Malaysia.

Buku ini dapat dirujuk dalam Koleksi Rujukan Dewasa MAR 647.9409m PRO

Diulas oleh,
Masnah Yusof.
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau

Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

ULASAN RINGKAS BUKU PERPUSTAKAAN CAWANGAN KENINGAU

TAJUK BUKU : THE FINAL CHAPTER - Hari-Hari Terakhir Dunia

PENGARANG : JERRY D. GRAY ; Penterjemah: Fatimah Rodhiah

Mohd Yusof

PENERBIT : PTS Publishing House Sendirian Berhad, 2015.

MUKASURAT : 206

ACC NUMBER : 0003465605

ISBN NO : 9789673662821

HARGA : RM18.50

JENIS BUKU : Agama (Islam)

Sebuah karya epik dan luar biasa yang ditulis oleh penulis mega best seller. Penulis bukan

saja mengajak anda untuk memahami dan meyakini tentang kiamat, tetapi menjelaskan

dengan jelas berkaitan tanda-tanda kiamat sebagaimana yang diramalkan oleh Rasulullah

SAW dengan tanda-tanda yang ada pada zaman sekarang.

Penulis juga menyatakan di akhir zaman, Nabi Isa a.s. akan turun ke dunia dan

membunuh Dajjal. Dia akan mengikuti Imam Mahdi dan shalat berjamaah serta

menunjukkan bahwa satu-satunya jalan hidup yang benar adalah Islam. Setelah itu, Masa

Keemasan (Golden Age) akan datang membawa kemakmuran, kedamaian, dan kebahagiaan

di bumi ini selama kurang lebih 50 tahun.

Semakin banyak para pemimpin dengan iluminati yang misinya adalah mempersiapkan

dunia ini untuk kedatangan Dajjal. Dajjal akan datang dalam waktu kurang dari 10 tahun.

Sebelum kedatangan meraka ada lebih baik mulai mempersiapkan jiwa anda dari sekarang

sebelum terlambat.

Ada dua tanda kedatangan Imam Mahdi, pertama adalah gerhana bulan di hari

pertama di bulan Ramadhan, dan kedua adalah gerhana matahari di tengah bulan

Ramadhan.

Buku ini mempunyai Lapan Bab:

1. Permulaan Akhir Zaman

2. Pelbagai Keajaiban

3. Imam Mahdi Memimpin Dunia

4. Kawalan Sihir

5. Nabi Isa Penyelamat Yang DiJanjikan

6. Dajjal

7. Genderang Peperangan

8. Illuminati membenci Semua Orang Islam

Dunia sekarang semakin hampir menuju akhir zaman. Pelbagai tanda dan petunjuk

semakin jelas kelihatan. Kejahatan puak pembela Dajal mula memimpin konspirasi

kemusnahan. Adakah kita sudah bersedia menentang kejahatan dengan kebenaran? Ataupun

masih terbuai dengan keseronokan dunia dan tipu daya syaitan? Apabila Dajal datang

membawa segala kesenangan dan mengaku sebagai Tuhan, hanya iman yang dapat

memandu kita. Hanya iman juga yang dapat membezakan di mana pengakhiran kita, syurga

ataupun neraka. Sudah bersediakah kita…. Sebuah buku terbaik yang wajib anda miliki.

Diulas oleh,
Mobin Mahadin
Perpustakaan Negeri Sabah
Cawangan Keningau

Buku ini tersedia dalam koleksi Perpustakaan Negeri Sabah Cawangan Keningau

Untuk pertanyaan sila hubungi :
Peti Surat 174 ,89008 Keningau SABAH.

Tel:087336097/336096 (Operator )
Seksyen Perkhidmatan Pembaca : 087 -

331752
Seksyen Rujukan Maklumat : 087-

331769
Unit Hypermedia : 087-331760

Fax: 087-338022

Bantu like & Share .
Sila klik link berikut :

https://www.facebook.com/perpustakaancawangankeningausabah

TERIMA KASIH !


Click to View FlipBook Version