The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Fatrany69, 2022-07-09 10:30:48

Poster Ibadah Haji

Poster Ibadah Haji

Ibadah Haji

Ia merupakan rukun Islam yang kelima.

Ia merupakan ibadah kemuncak dan wajib bagi setiap orang
Islam yang mampu mengerjakannya dan berlaku pada
bulan Zulhijjah setiap tahun di kota Mekah, Arab Saudi.

1-Ihram

Ihram merupakan keadaan kesamaan para pengerja
haji tanpa membezakan darjat dan keturunan dalam
mengerjakan ibadah haji.

Para hujjaj (pengerja haji) memakai kain ihram di mana lelaki *
memakai dua helai kain putih tanpa berjahit. Niat ihram perlu
dilakukan di sempadan haji yang dipanggil 'Miqat' bergantung
arah mereka datang sebelum memulakan ibadah haji.

2-Tawaf

Tawaf ialah ibadah dengan mengeliling Ka'bah sebanyak 7 kali sebagai
mengenang binaan Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail yang
menjadi kiblat solat seluruh umat Islam di dunia.

Tawaf ibadah haji terbahagi kepada 3: *

1.Tawaf Qudum: Dilakukan sebaik sahaja tiba di Mekah.
2.Tawaf Ifadah: Dilakukan selepas melontar di Jamrah dan

Tahallul pada 10 Zulhijjah.
3.Tawaf Wada': Dilakukan sebelum meninggalkan kota Mekah.

(

3- Sa'ie

Ia merupakan ibadah berlari-lari anak antara Bukit Safa dan Bukit

Marwah berhampiran Masjidil Haram sebanyak 7 kali mengenang
peristiwa Siti Hajar, isteri Nabi Ibrahim yang mencari air untuk
anaknya Nabi Ismail.

Ia dilakukan selepas melakukan Tawaf. Sa ayS

Sunat mengangkat kedua-dua tangan ke arah Ka'bah setiap
kali berada di Bukit Safa dan Marwah serta bertakbir 3 kali
dan membaca kalimah tauhid.

4- Wukuf di Arafah

Wukuf bererti berhenti atau berdiri di Padang Arafah antara waktu
Zohor 9 Zulhijjah sehingga waktu Fajar 10 Zulhijjah. Para hujjaj
digalakkan berzikir dan memohon banyak pengampunan dari Allah
semasa Wukuf di Arafah.

*

Padang Arafah mengingatkan para hujjaj tentang peristiwa Nabi
Adam dan Hawa yang diturunkan ke dunia selepas dikeluarkan
dari syurga, kedua-duanya berpisah dan dipertemukan semula.

5-Bermalam di Mina & Mudzalifah

Para hujjaj bermalam di M ina sebelum menuju ke M udzalifah
untuk mengutip anak-anak batu bagi melontar di Jamrah.

Kemudian menuju ke Mudzalifah untuk mengutip anak batu untuk
dilontar di Jamrah

Mina: Para hujjaj bermalam di Mina dengan kebanyakan
J4>GH malamnya sebelum menuju ke Mudzalifah.
Mudzalifah: Para hujjaj disunatkan mengutip anak-anak
batu di Mudzalifah untuk melontar di Jamrah.

5- Melontar Jamrah

Melontar Jamrah menggunakan batu-batu kecil dilontar ke tiga-
tiga dinding yang dipanggil Jamarat di Mina. Ia sebagai
mengenang peristiwa Nabi Ibrahim merejam syaitan dengan
batu yang cuba menghasutnya di tiga Jamrah semasa diuji
Allah untuk mengorbankan anaknya Nabi Ismail.

Terdapat 3 Jamrah:
1. Jamrah Ula
2. Ja* mrah Wusta
3. Jumrah Kubra (Aqabah)

6- Dam & Tahallul

Dam atau denda dikenakan bagi mereka yang mengerjakan ibadah
haji dengan menunaikan umrah terlebih dahulu iaitu dengan
sembelihan seekor biri-biri atau kambing yang dagingnya
diagihkan kepada fakir miskin atau bayaran wang senilainya.

Tahallul ialah keluar dari ihram dengan bercukur atau bergunting
sekurang-kurangnya tiga helai rambut sebagai tanda selesai ibadah haji.

10 Zulhijjah merupakan perayaan terbesar Islam iaitu Aidiladha
selepas Aidilfitri sama ada bagi yang mengerjakan haji atau tidak.

Peta Lokasi Ibadah Haji

‫مكة‬ ‫منى‬
Mekah ‫عرفات‬

‫مزدلفة‬


Click to View FlipBook Version