The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PENGURUSAN MAKMAL DAN BENGKEL [BBP30103]

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by masradimudin89, 2022-06-25 02:41:37

JURNAL

PENGURUSAN MAKMAL DAN BENGKEL [BBP30103]

PENGURUSAN MAKMAL DAN BENGKEL (BBP 30103)

BAB 4
PENYUSUNAN BAHAN DAN PERALATAN

Mohamad Fahd Bin Haris1, Aqmal Redza Bin Abd Rahman2, Aqmal Nur Hakimi
Bin Abd Rahman3, Mirayshan A/L R. Selvarajoo4, Muhammad Hazwan Bin

Bahanin5, Fatin Amira Binti Mohd Sahrudin6, Anis Sufyah Binti Mohd Yusouf7

Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional,
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Parit Raja, 86400, Batu Pahat, Johor,

Malaysia

[email protected],
[email protected],
[email protected],
[email protected],
[email protected],
[email protected],
[email protected]

ABSTRAK: Kemahiran pengurusan makmal dan perlulah dititiberatkan oleh
seseorang yang telah diamanahkan dan dipertanggungjawabkan sebagai seorang
pemimpin atau sebagai pendidik. Tajuk ini ialah mengenai penyusunan peralatan dan
bahan di dalam bengkel atau makmal. Ianya bertujuan supaya pelajar atau bakal warga
pendidik mempelajari serta mengenalpasti penyusunan peralatan dan bahan di dalam
bengkel dengan tepat. Secara keseluruhannya, pengurusan makmal dan bengkel ini
perlulah di pelajari dengan mendalam supaya kita dapat memperolehi ilmu serta ianya
juga sebagai langkah awal untuk mengelakkan bahaya atau perkara yang tidak
sepatutnya berlaku di makmal atau bengkel.

Kata Kunci: Pengurusan Makmal Dan Bengkel, Peralatan, Bahan,
Penyusunan,Pendidikan

44

PENGURUSAN MAKMAL DAN BENGKEL (BBP 30103)

4.1 Pengenalan Kepada Penyusunan Peralatan Dan Bahan

Pengurusan makmal dan bengkel merupakan pengurusan yang melibatkan
perancangan dan pengendalian yang betul dan sistematik serta mengikut SOP di
makmal dan bengkel. Makmal dan bengkel adalah tempat yang sangat penting bagi
kerja kerja penyimpanan, mengendalikan kerja dan lain lain. Ia juga boleh menjadi
suatu tempat yang merbahaya jika salah tata tertibnya. Terdapat beberapa bab dibawah
subjek pengurusan bengkel dan salah satunya ialah penyusunan peralatan dan bahan.

Penyusunan peralatan dan bahan termasuk dalam topik penyusunan,
penyimpanan dan pengendalian ataupun dipanggil penstoran iaitu proses dimana untuk
memastikan stok atau bahan dalam keadaan selamat atau tersusun. Di dalam makmal
atau bengkel, bahan dan peralatan haruslah mempunyai tempat yang tersendiri kerana
terdapat sesetengah peralatan atau bahan itu sangat merbahaya kepada manusia.

Sistem penstoran yang baik mempunyai empat prinsip asas iaitu pembahagian
dan penggunaan ruang yang optimum dan ergonomik, menggunakan sistem inventori
yang sistematik, mengambil kira keperluan kerja pemunggahan masuk dan keluar dan
bahan disimpan secara sistematik dan teratur serta ianya juga disusun berdasarkan
jenis, saiz, ciri, kegunaan dan sifat.

Penstoran ini terbahagi kepada dua subtopik iaitu penyusunan bahan dan juga
penyusunan peralatan. Bagi penyusunan bahan, ianya perlu melalui proses perekodan,
penyimpanan, tindakan yang perlu dilakukan, pengeluaran, kawalan serta keselamatan
dan konsep penyusunan peralatan industri pula merujuk kepada mesin-mesin, alat-alat,
pengangkutan alat-alat yang membantu perkhidmatan serta kedudukan ruang-ruang.

Oleh itu, apa yang boleh kita dapati ialah pergerakan keluar masuk item perlu
direkodkan kualiti serta kuantitinya, stor perlu sentiasa mempunyai stok yang optimum
supaya tidak berlaku stok berlebihan atau pembaziran, penggunaan ruang stor perlu
dijimatkan dan penstoran menuntut satu kaedah kawalan berstrategik bagi memastikan
industry terlibat tidak akan menanggung implikasi negatif dari segi kewangannya.

Secara tuntasnya, penyusunan peralatan dan bahan perlu diambil serius bagi
memastikan keadaan persekitaran bengkel berada dalam tahap yang baik. Selain itu,
bahan atau barangan perlu ditadbir secara berkesan selaras dengan fungsi penstoran
itu sendiri. Jika terdapat sebarang kesilapan atau kecuaian di dalam mentadbirnya akan
memberi impak kepada kos sebenar penghasilan keluaran

45

PENGURUSAN MAKMAL DAN BENGKEL (BBP 30103)

4.2 Penyusunan Peralatan Dan Bahan

Sesebuah makmal dan bengkel perlulah dirancang dan disusun dengan baik. Ini bagi
memastikan bengkel mencapai maklumat yang dikehendaki selaras dengan keperluan
semasa dan masa hadapan. Tiada kaedah yang khusus bagi membentuk jenis susun atur
mesin dan peralatan bagi semua bengkel atau makmal. Susun atur sebenarnya
bergantung kepada faktor saiz ruang makmal, kuantiti mesin dan peralatan, bentuk dan
jenis keluaran atau perkhidmatan, kuantiti kerja dan pelbagai lagi. Kecekapan dan
produktiviti makmal atau bengkel dapat dipertingkatkan melalui penyesuaian yang
selari dengan keperluan makmal atau bengkel. Susun atur yang baik akan dapat
mewujudkan suasana yang bersih dan kemas seterusnya meningkatkan lagi kecekapan
pekerja.

4.3 Pengurusan Alatan Tangan dan Mesin

Menurut Sharifah, et. al., (2013) pengurusan dan penyelenggaraan alat tangan dan
mesin merupakan aspek utama yang harus dikuasai oleh Ketua Panitia. Ini kerana di
bengkel sudah pastinya mempunyai alatan dan mesin yang akan digunakan oleh guru
dan pelajar. Pengetahuan dan kemahiran guru-guru KHB terhadap tugas-tugas
mengurus dan menyelenggara pelbagai alatan dan mesin merangkumi kerja seperti
mengendali dan membaik pulih alatan dan mesin, menyusun atur dan mengemas
alatan dan mesin, menyimpan dan sebagainya. Menurut Yahya (1989),
penyelenggaraan adalah satu proses yang perlu dilakukan terhadap peralatan dan
mesin bagi menentukan jangka hayatnya selain daripada selamat digunakan. Ini
bermakna setiap alatan dan mesin yang digunakan di bengkel KHB seharusnya
diperiksa secara berjadual kerana kesemua alatan dan mesin ini boleh membawa
kepada kemalangan jika tidak dikendalikan dengan betul dan sesuai. Dapatan kajian
yang dijalankan oleh Asnul & Nurul (2011) dan Samsul (2001), berkenaan aspek
pengurusan peralatan dalam sesebuah bengkel mendapati pengetahuan seseorang
pengurus tentang keadaan peralatan termasuk dari segi kuantiti, penyelenggaraan,
cara mengendalikan dan cara penyimpanannya termasuk tatacara merekod di dalam
buku atau kad-kad stok agar sentiasa dalam keadaan sempurna dan selamat sangat
penting dikuasai oleh Pengurus Bengkel dalam usaha menjadikan bengkel sebuah
tempat yang kondusif untuk PdP. Peralatan yang tidak sempurna akan menjejaskan
proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bengkel

46

PENGURUSAN MAKMAL DAN BENGKEL (BBP 30103)

4.4 Pengurusan Bahan dan Penyusunan Bahan

Menurut Safa et al. (2014) definisi pengurusan bahan adalah suatu proses
yang melibatkan aktiviti perancangan dan pengawalan bagi memastikan
bahan-bahan yang akan digunakan itu tepat, mencukupi, berkualiti dan
sedia ada apabila diperlukan. Pengurusan bahan juga merupakan proses
merancang, menyimpan, membeli dengan kaedah dan prinsip yang betul
dan berkesan. la juga bertujuan untuk mengawal kualiti, kuantiti bahan
mengikut keperluan penggunaan dan penempatan simpanan bahan
(Kasim, Numba, Dan Dainty, 2005). Donyavi (2009) menyatakan bahawa
pengurusan bahan adalah sebuah sistem perancangan dan pengawalan
untuk memastikan agar kualiti dan kuantiti bahan dan peralatan yang
betul dan cukup ditentukan tepat pada masanya. Kajian dari Kulkarni et
al., (2017) menyatakan objektif pengurusan bahan pembinaan ialah untuk
penggunaan modal yang berkesan, mengurangkan pelaburan inventori,
meningkatkan perolehan inventori, bertindak balas dengan perubahan
harga pasaran bahan yang terkini dan memastikan semua jabatan
melakukan perkhidmatan yang terbaik terhadap pengurusan bahan.
Menurut Mahavidyalaya et al. (2011), objektif pengurusan bahan
pembinaan ialah untuk mencapai perancangan bahan yang cekap,
menjalankan aktiviti pembelian, pengambilan dan penerimaan.
Kesimpulannya pengurusan bahan adalah penting bagi memastikan
perancangan dan kawalan yang melibatkan penggunaan bahan adalah
teratur mengikut skop kerja yang ingin dilakukan agar keselamatan dapat
dipelihara.

4.5 Ciri-Ciri Susun Atur Makmal Yang Baik

Bagi meningkatkan lagi keberkesanan sesuatu bentuk susun atur mesin dan
peralatan di dalam sesebuah makmal, ada beberapa ciri-ciri umum yang
boleh diambil kira sebelum sesuatu bentuk susun atur di tentukan. Susun
atur yang baik bagi sesebuah makmal hendaklah mempunyai ciri-ciri
seperti kelenturan maksimum bagi susun aturmesin dan peralatan makmal

47

PENGURUSAN MAKMAL DAN BENGKEL (BBP 30103)

ialah satu bentuk susun atur yang boleh diubah suai kedudukannya
memenuhi keperluan keadaan yang bertukar. Penggunaan isi padu yang
maksimum bagi ruang yang diperuntukkan bagi mesin dan peralatan
makmal. Susun atur mesin dan peralatan juga mestilah berada di dalam
kedudukan yang mudah untukmendapatkannya bagi aktiviti makmal.

Seterusnya, ruang yang ada di dalam makmal perlu mempunyai darjah
penglihatan yang tinggi. Kedudukan semua tenaga kerja dan bahan gunaan
mesti mudah dilihat dan tidak ada tempat tersorok atau terlindung.
Kedudukan mesin dan peralatan makmal juga perlu berada di tahap yang
sederhana agar tidak merumitkan kerja menyelenggara. Elakkan bunyi
yang terlalu bising, pada suhu ambien, tidak terlalu panas atau sejuk, tidak
kelam kabut atau berbau yang boleh mengganggu tumpuan tenaga kerja
dan sekiranya berlaku, maka pencegahan perlu dilaksanakan. Akhir sekali,
tahap, amalan dan sistem sokongan bagi keselamatan dan kesihatan di
dalam makmal perlu maksimum. Sentiasa bersedia bagi sebarang
kemungkinan.

4.6 Penyimpanan Barang Dan Peralatan
Penyimpanan bahan atau barang makmal perlu dilakukan dengan teliti
dengan mengikut amalan yang telah ditetapkan oleh makmal.
Penyimpanan perlu menepati objektif untuk memastikan barang yang
diterima itu tidak rosak. Tindakkan juga perlu dilakukan semasa proses
penyimpanan.

4.7 Prinsip-Prinsip Penyimpanan Peralatan

Prinsip penyimpanan iaitu butiran peralatan mesti diletakkan kembali
dalam kotak asalnya. Selain itu, kotak harus diletak tarikh menerimanya.
Kedudukan karton seharusnya tidak diletakkan terus diatas lantai bagi
mengelakkan banjir dan mudah rosak dan karton seharusnya tidak disusun
bertingkat terlalu tinggi bagi mengelakkan kerosakan karton yang
dibawahnya kerana menerima tekanan tinggi. Jika kotak dibuka dan
sebahagian sahaja digunakan, maka label harus diubah mengikut yang
sepatutnya. Selepas itu, peralatan kaca yang tidak disimpan dalam kotak,

48

PENGURUSAN MAKMAL DAN BENGKEL (BBP 30103)

boleh disimpan di atas rak logam dan dipisahkan dengan pemisah tegak
untuk mengasingkan peralatan tersebut mengikut kumpulan yang
munasabah. Peralatan kaca mudah pecah oleh itu tidak boleh menerima
semula peralatan kaca di dalam stok setelah dikeluarkan kecualiatas sebab-
sebab tertentu seperti peralatan kompleks ataupun mahal. Selain itu,
barangan plastik pakai buang amnya mempunyai hayat simpanan yang
lebih panjang terutamanya politena atau poliprolena, sebaliknya politena
akan menjadi rosak dengan cepat sekiranya terdapat wap pelarut organik
dan menjadi cukup rapuh sekiranya menjadi retak jika terhentak,
sungguhpun disimpan dalam karton penghantaran. Disamping itu, banyak
barangan pakai buang diperolehi didalam kotak nyahkuman. Barang
seperti ini mestilah dikeluarkan dalam keadaan asalnya dan tidak harus
dibuka
didalam stor. Pencemaran yang terjadi bukan sahaja merosakkan uji kaji, tetapi dalam
kes picagari, jarum dan sebagainya boleh menyebabkan jangkitan kuman. Barang
pakai buang biasanya diperbuat daripada kertas seperti kertas tisu dan topeng muka
menjadi rosak dengan cepat apabila keadaan lembap dan oleh kerana bahan ini
disimpan dalam kuantiti yang banyak, ada baiknya disediakan satu kawasan khas
penyimpanannya.

4.8 Bengkel, Makmal Dan Lapangan
Peralatan merujuk kepada mesin-mesin, loji-loji, alat-alat pengangkutan alat- alat yang
membantu perkhidmatan serta kedudukan ruang-ruang (Mimi Haryani, 2020). Dalam
penyimpanan bahan, konsep peralatan bahan tersebut memainkan peranan di dalam
menentukan tempat penyimpanan bahan itu.

Jadual 3.0 Jenis Bahan dan Tempat Penyimpanan Yang Betul

Jenis Barang Tempat Penyimpanan
Bilik kering
Barang tidak tahan lembab
(transforma & lensa kamera) Bilik hawa dingin
Ruang bersiling
Ubat-ubatan
Cat-cat dan tayar

49

PENGURUSAN MAKMAL DAN BENGKEL (BBP 30103)

Barang yang tahan kepada cuaca Di tempat lapang dan berpagar
panas & hujan
Disimpan dalam bekas standard bagimemudahkan
Barang tercerai pengeluaran.
Barang yang tidak boleh dibungkus seperti alat
Simen-simen dan kayu perkakas disusun atau ditindan dengan baik untuk
Barang-barang berat mengelak daripada berkarat dan rosak.
Barang berharga & menarik
Di ruang kering yang mempunyai laluan angin

Diletakkan paras rak paling bawah untukkeselamatan

Dalam almari atau tempat berkunci

4.9 Penyimpanan Barang Berdasarkan Tarikh Luput

Jadual 3.1 Penyimpanan Barang Berdasarkan Tarikh Luput

Menanda Tarikh Luput Tarikh luput dicatat di kotak, bekas atau bungkusan
Tempoh barang
Senarai Barang Semua arang bertarikh luput hendaklah disenarikan

Kod Warna Tag biru dikepilkan pada Kawalan Stok
Sistem MDKD Menggunakan Sistem MDKD
Penyediaan Buku Daftar menggunakan Kew.300-Q.
Penyelenggaraan Buku
Daftar 6 bulan sebelum tamat tempoh hendaklah dicatatkandi
ruangan khas

4.10 Prinsip-Prinsip Penyimpanan Peralatan

Prinsip-prinsip penyimpanan peralatan prinsip yang harus dirujuk bagi tujuan
penyimpanan peralatan. Sebagai satu peraturan umum, barangan berat haruslah
disimpan berhampiran paras lantai dan barangan yang lebih ringan pada rak yang lebih
tinggi (kurangkan risiko kerja berat, meminimumkan risiko kecederaan). Peralatan
yang mempunyai bahagian dan alat tambahan yang boleh ditanggalkan dapat
menimbulkan masalah kerana terdapat kecenderungan untuk bahagian dan sesetengah

50

PENGURUSAN MAKMAL DAN BENGKEL (BBP 30103)

bahagian kecil tidak mudah dikenal pasti dan mungkin dibuang. Selain itu, lebih baik
sekiranya semua alat tambahan yang begitu disimpan didalam kotak atau beg dan
dilekatkan pada peralatan berkenaan. Bahan-bahan ini juga dikesani oleh haba,
kelembapan dan pencemaran kimia serta sinaran daripada sumber ion daripada
radioaktif dan elektrik. Disamping itu, bahan fotografi dan fotokopi amnyamempunyai
hayat penyimpanan yang terhad dan oleh itu harus dikeluarkan mengikutgiliran. Filem
fotografi, terutamanya bahan warna, menjadi rosak dengan cepat padasuhu tinggi dan
juga dalam persekitaran lembap. Pengilang utama akan memberikan panduan tentang
penyimpanan barangankeluaran mereka dalam cuaca tropika
4.11 Penggunaan Peralatan Kerja Di Lapangan

Semua peralatan kerja yang dibawa keluar adalah di bawah tanggungjawab
sepenuhnya pegawai atau kakitangan penjaga dan peralatan kerja perlu digunakan
dengan berhemah mengikut manual. Sekiranya terdapat sebarang kerosakan, laporkan
segera kepada pegawai bertanggungjawab. Peralatan yang berbahaya seperti parang
haruslah diguna dan disimpan dengan selamat bagi mengelakkan kecederaan kepada
orang lain. Tempat penyimpanan peralatan kerja pula sebaiknya yang berkunci dan
tidak terdedah kepada bahaya dan kecurian.

4.12 Penyimpanan Bahan Kimia

Hal penting yang perlu dipertimbangkan dalam penyimpanan bahan kimia diantaranya
adalah mestilah meliputi aspek pemisahan (segregation), tahap peningkatan risiko
dalam suatu bahaya (multiple hazards), pelabelan (labeling), raung penyimpanan
(storage facilities), bekas sekunder (secondary containment), bahan kimia yang luput
(outdate chemicals), inventori (inventory), dan maklumat bagi suatu bahaya (hazard
information). Penyimpanan bahan kimia berdasarkan sifat fizik dan sifat kimianya
terutama tahap suatu bahan bertindak dalam apabila berada dalam suatu situasi. Bahan
kimia yang tidak boleh disimpan dengan bahan kimia lain, harus disimpan secara
khusus dalam bekas yang terasing daripada bekas yang lain. Hal ini adalah kerana bagi
mencegah sumber yang boleh mengakibatkan bahaya kepada bahan kimia seperti api,
gas beracun, ledakan dan degradasi kimia. Penyimpanan bahan kimia tersebut harus
berdasarkan tingkat risiko bahayanya yang paling tinggi. Misalnya benzena memiliki
sifat mudah terbakar dan toksik. Sifat mudah terbakar dikenal pasti sebagai sifat yang

51

PENGURUSAN MAKMAL DAN BENGKEL (BBP 30103)

pada bahan kimia yang memiliki risiko lebih tinggi daripada bahan kimia yang lain.
Oleh disebabkan itu penyimpanan benzena harus ditempatkan pada tempat
penyimpanan zat cair flammable daripada disimpan pada kabinet bahan toksik.

4.13 Ciri Ciri Bahan Kimia

Identifikasi bahan kimia merupakan suatu cara untuk mempelajari ciri-ciri bahan
tersebut dengan memahami label bahan kimia, bentuk, warna, bau, dan sifatnya. Cara
mudah mengidentifikasi bahan kimia dapat dilakukan dengan cara mempelajari
informasi yang tertera pada label. Beberapa ciri bahan kimia adalah seperti:
4.13.1 Explosive (Mudah Meledak)
Ledakan pada bahan yang terdapat pada bahan kimia ini boleh terjadi kerana beberapa
penyebab, misalnya kerana terdapat pemanasan, gesekan, reaksi dengan bahan kimia
yang lain atau kerana adanya sumber percikan api.

4.13.2 Oxidizing (Mudah Teroksidasi)
Bahan kimia yang bersifat mudah meruap dan mudah terbakar melalui oksida
(oxidizing). Penyebab terjadinya kebakaran adalah kerana akibat reaksi bahan tersebut
dengan udara yang panas atau percikan api.

4.13.3 Flammable (Mudah Terbakar)
Merupakan bahan bersifat mudah terbakar (flammable). Bahan mudah terbakar
terbahagi kepada 2 jenis iaitu Extremely Flammable (amat sangat mudah terbakar) dan
Highly Flammable (sangat mudah terbakar). Bahan dengan label ExtremelyFlammable
memiliki titik mudah terbakar pada suhu 0 darjah dan titik takat mendidihpada suhu 35
darjah Bahan ini umumnya berbentuk gas pada suhu normal dan disimpan dalam
tabung kedap udara bertekanan tinggi. Bahan dengan label Highly Flammable
memiliki titik mudah terbakar pada suhu 21 darjah Celsius dan takat didih pada suhu
yang tak terbatas. Pengaruh kelembapan pada terbakar atau tidaknya bahan ini sangat
besar.

4.13.4 Toxic (Beracun)
Keracunan yang diakibatkan bahan kimia tersebut bersifat kronik dan boleh

52

PENGURUSAN MAKMAL DAN BENGKEL (BBP 30103)
mengakibatkan kematian pada tahap yang tinggi. Hal ini berlaku kerana proses
keracunan itu terjadi jika bahan kimia itu yang meruap melalui udara memasuki
melalui mulut, pernafasan (inhalasi) atau melalui kontak dengan kulit. Beberapa
contoh bahan kimia bersifat racun misalnya arsen triklorida dan merkuri klorida.
4.13.5 Corrosive (Menghakis)
Bahan bersifat menghakis dan dapat merusak jaringan kehidupan. Ciri utama bahan
dengan sifat ini umumnya boleh dilihat dari tingkat asidnya. PH dari bahan bersifat
menghakis lazimnya berada pada kitaran <2 atau >11.5. Bahan kimia ini boleh
menghakis permukaan kulit jika disentuh secara langsung misalnya seperti sulphur

53

PENGURUSAN MAKMAL DAN BENGKEL (BBP 30103)

chloroxide.

4.14 Pensyaratan Tempat Menyimpan Bahan Kimia
Bahan kimia perlu disimpan dalam bekas yang kedap dan rapi dan mempunyai label
kemasan yang telah ditetapkan kerana label kemasan memberikan maklumat mengenai
simbol bahaya. Jika bekas lain digunakan mestilah mempunyai label yang sama yang
berupaya melindungi label dari pengaruh bahan kimia dan haruslah dilapisi dengan
lembaran plastik jernih. Label ini harus terlihat jelas dan ditulis dengan tulisan yang
kekal. Bekas dan botol untuk penyimpanan bahan kimia harus dibuat dari bahan yang
kuat, biasanya sering digunakan plastik atau gelas. Penyimpanan bahan kimia yang
sangat sensitif cenderung berubah membentuk peroksida yang berbahaya. Jika botol
plastik digunakan harus mengira bahawa bahan mungkin akan rosak akibat pengaruh
cahaya matahari atau berinteraksi dengan cahaya dan haba daripada matahari. Botol
seperti ini harus berulang kali dipastikan dan bahan kimia dipindahkan pada bahan
yang lain, jika diperlukan. Perhatian khusus harus dilakukan pada kemungkinan
perpindahan pelarut organik melalui dinding botol plastik.

Bahan kimia harus ditempatkan pada tempat penyimpanan secara tertutup
seperti dalam kabinet, loker, dan sebagainya. Tempat penyimpanan harus bersih, kering
dan jauh dari sumber panas atau terdedah pada sinaran matahari. Di samping itu tempat
penyimpanan harus dilengkapi dengan ventilasi yang menuju ruang cerobong asap atau
bersasar ke luar ruangan. Bahan kimia cair yang berbahaya harus disimpan dalam bekas
sekunder seperti baki plastik untuk mencegah timbulnya bahaya apabila bocor/pecah.
bekas sekunder yang diperlukan harus didasarkan atas ukuran bekas yang langsung di
isi bahan kimia, bukan atas dasar julat bahan cair yang ada dalam bekasnya. Ukuran
bekas bahan primer yang perlu disediakan wadah sekundernya iaitu cairan radioaktif
ketika bekas berukuran ³ 250 ML dan semua cairan berbahaya lain untuk bekas ³ 2,5 L.

Bekas bahan kimia dan lokasi penyimpanan harus diberi label yangjelas. Label
bekas harus mencantumkan nama bahan, tingkat bahaya, tanggal diterima dan dipakai.
Tempat penyimpanan perlu mempunyai tempat penyimpanan yang tersendiri seperti
kelompok bahan tersebut diberi label dengan warna berbeza. Misalnya warna merah
untuk bahan flammable, kuning untuk bahan oksidator, biru untuk bahan toksik, putih
untuk bahan menghakis dan hijau untuk bahan yang bahayanya rendah

54

PENGURUSAN MAKMAL DAN BENGKEL (BBP 30103)

4.15 Langkah Penyimpanan & Pengendalian Bahan Kimia

Langkah paling penting dalam penyimpanan dan pengendalian bahan kimia adalah
langkah untuk menjaga keselamatan semua pengguna. Berikut merupakan langkah-
langkah yang boleh diambil kepada sesiapa yang terlibat secara langsung kepada
bahan kimia iaitu:

i. Merekod semua pengambilan bahan kimia.
ii. Senarai bahan kimia perlulah dikemaskini secara berkala.
iii. Bahan kimia yang kurang perlu haruslah disimpan dalam stor ataudilupuskan

jika perlu.
iv. Bahan kimia yang disimpan di dalam makmal haruslah dilebalkandengan jelas
v. Penyimpanan bahan kimia yang mudah terbakar haruslah dijauhkandari suhu

yang panas atau tinggi.
vi. Penyimpanan bahan kimia haruslah diletakkan di tempat yang mudahdicapai

dan mudah dialihkan.
vii. Penggunaan peti sejuk biasa untuk menyimpan bahan kimia yangmudah

terbakar haruslah dielakkan.
viii. Elakkan pemanasan secara terus, ketukan atau geseran kepada mana-mana

bahan kimia.
ix. Bahan kimia haruslah tidak dihidu dan penggunaan harus dalam kuantiti yang

kecil atau bersesuaian dengan kerja yang akan dijalankan.
x. Sentiasa memakai PPE apabila mengendalikan bahan kimia.
xi. Penggunaan kebuk wasap haruslah dilakukan jika melibatkan penggunaan

bahan kimia yang boleh menghasilkan wap, debu atau asap yang boleh
mengancam nyawa seseorang dan mencemarkan udara makmal.

4.16 Pengenalan Keselamatan Alam Sekitar

Terdapat beberapa piawaian pengurusan seperti ISO 9001 untuk Sistem Kualiti, ISO
14001 untuk Alam Sekitar Sistem Pengurusan, dan OHSAS 18001 untuk Pengurusan
Keselamatan dan Kesihatan Sistem. Kepercayaan bersama di kalangan profesional
dalam piawaian antarabangsa adalah bahawa sistem ini akhirnya harus diselaraskan
dalam beberapa cara (Ziebell, 1999). Oleh itu, konstruk bagi kajian ini adalah
keselamatan alam sekitar ini dapat dimaksudkan dengan panduan, dasar dan amalan

55

PENGURUSAN MAKMAL DAN BENGKEL (BBP 30103)

yang dikuatkuasakan untuk memastikan persekitaran sekeliling bebas daripada bahaya
yang akan menjamin keselamatan dan kesejahteraan pekerja dan pekerja, penduduk
berhampiran operasi industri, serta pencegahan kerosakan alam sekitar secara tidak
sengaja (Kot et. al., 2019). Kawasan sekitar termasuk kemudahan industri, kawasan
kerja dan makmal hendaklah bersatu dalam perlindungan bersama (Yusliza et. al.,
2020).

Keselamatan alam sekitar merupakan isu penting untuk sebarang aktiviti
perindustrian kerana kecuaian dan ketidakpatuhan akan meningkatkan risiko yang
mengakibatkan kecederaan, penyakit dan permasalahan alam sekitar secara tidak
sengaja (Ari dan Yilmaz,2017).

4.17 Pernyataan Masalah dalam Alam Sekitar

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, kemerosotan alam sekitar akan mengancam
kehidupan generasi yang datang (Chakraborty et al., 2017). Tingkah laku mesra alam
telah menjadi topik hangat kerana kebimbangan alam sekitar daripada tingkah laku
peribadi yang tidak bertanggungjawab meningkat. Dari segi kelestarian alam sekitar
isu alam sekitar seperti kehilangan biodiversiti, kemerosotan sumber semula jadi,
pemanasan global dan pencemaran alam sekitar semakin dibincangkan dalam
persidangan, seminar, forum dan juga dialog masyarakat umum (Yusliza et al. 2020).
Awal Januari hingga 31hb Pada Oktober 2019, Jabatan Alam Sekitar telah menerima
sebanyak 9,681 laporan mengenai pencemaran alam sekitar seperti pencemaran air,
udara, tanah dan sisa. Tempahan, bunyi bising, kebocoran minyak, dan lain-lain jika
pencemaran ini lebih teruk perlahan-lahan memusnahkan keadaan alam.

Oleh hal yang sedemikian, tujuan projek ini adalah untuk mengenal pasti
keselamatan terhadap alam sekitar. Tinjauan kesusasteraan saintifik juga
menyerlahkan pelbagai jenis biologi, fizikal dan faktor kimia yang berkaitan dengan
kesan terhadap alam sekitar. Kesan permasalahan alam sekitar pada ekosistem daratan
bermula dengan tindak balas organisma biotik individu, yang berbeza antara spesies
dan bergantung kepada kepekatan bahan pencemar, tempoh pendedahan, peringkat
pembangunan, pemakanan, iklim, serangga dan penyakit
4.18 Tujuan Kajian Terhadap Alam Sekitar.

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mencapai objektif kursus dalam pengurusan

56

PENGURUSAN MAKMAL DAN BENGKEL (BBP 30103)

makmal mengikut spesifikasi bagi mencapai objektif dengan jayanya iaitu dalam
kursus BBP30103 Pengurusan Makmal & Bengkel dalam subtopik keselamatan alam
sekitar. Penulisan ini adalah penting untuk meningkatkan lagi taraf kualiti dalam
penjagaan terhadap alam sekitar dan meningkatkan tahap kesedaran terhadap
pentingnya keselamatan alam sekitar.

4.19 Profesional Keselamatan

Menurut Antonsen (2009), ramai pekerja hari ini yang berpindah ke pekerjaan
keselamatan dan kesihatan dari bidang lain bagi mempelajari prinsip keselamatan dan
kesihatan semasa bekerja dimana menjadi tonggak dalam pengurangan kemalangan.
Berdasarkan kajian lepas daripada Fahrizi (2012), ada yang belajar keselamatan
melalui program pendidikan selepas menyertai bidang tersebut kerana kurangnya
kesedaran terhadap keselamatan. Pada pandangan Selamat (2016), ramai yang
memulakan kerjaya keselamatan dan kesihatan kemudiannya belajar dalam program
khusus kerana ianya adalah hal yang sangat penting untuk mengelakkan pelbagai
masalah. Terdapat banyak pakar yang berbeza dalam bidang keselamatan dan
kesihatan ini. Hal ini dapat dibezakan melalui seorang profesional keselamatan ialah
“seorang individu yang sangat pakar, berpengetahuan, berkemahiran dan pencapaian
pendidikan, telah mencapai status profesional dalam bidang keselamatan.

4.20 Pengurusan Keselamatan Alam Sekitar

Pengurusan kesihatan dan keselamatan persekitaran ialah tugas yang disiapkan oleh
pengurus yang bertauliah setelah selesai kerja kursus yang bertanggungjawab untuk
meminimumkan risiko yang ditimbulkan kepada pekerja dan alam sekitar (Mohd
Faizal, 2008). Tugas bagi pengurus kesihatan dan keselamatan ini adalah memeriksa
kemudahan, mengenal pasti potensi bahaya dan mengambil sampel bahan berbahaya
dan sisa untuk menilai tahap bahaya yang mereka hadapi kepada kesihatan pekerja
mahupun persekitaran (Wahida et.al., 2004). Matlamat utama pengurus kesihatan dan

57

PENGURUSAN MAKMAL DAN BENGKEL (BBP 30103)

keselamatan adalah untuk melindungi orang ramai dan alam sekitar (Callicot, 2000).
Dalam konstruk melalui kajian ini, pengurus perlulah memastikan pematuhan

terhadap peraturan dan piawaian keselamatan, dan mengenal pasti bahan yang
berpotensi berbahaya. Pemilihan ini dibuat untuk meningkatkan keselamatan tempat
kerja dan meminimumkan kesan alam sekitar. Jika kemalangan berlaku, pengurus
kesihatan dan keselamatan mesti menyiasat kejadian itu dan mencari jalan untuk
mencegah berulangnya kemalangan yang serupa. Secara umumnya, pengurus
kesihatan dan keselamatan akan mempunyai Ijazah Sarjana, pengalaman di tempat
kerja dan telah menamatkan latihan kesihatan dan keselamatan persekitaran.

4.21 Strategi Pencegahan Berlaku Kemudaratan Kepada Alam Sekitar

Strategi Pencegahan Alam Sekitar ialah perlakuan berasaskan populasi yang
mengubah konteks di mana individu membuat keputusan (Rosmidzatul, 2008). Hal ini
adalah penting kerana mereka mempunyai potensi untuk mengubah persekitaran
sedemikian rupa sehingga memaksa sejumlah besar individu membuat pilihan yang
sihat terhadap alam sekitar.

Strategi alam sekitar yang direka untuk mengurangkan berlaku kemudaratan
kepada alam sekitar seperti meningkatkan kesedaran melalui pendidikan (pendidikan),
mengesan dan memantau (penjejakan dan pemantauan) serta menggubal undang-
undang, peraturan dan dasar yang mengurangkan akses kepada permasalahan alam
sekitar. Selain itu, menguatkuasakan dasar, undang-undang dan peraturan baharu dan
sedia ada (penguatkuasaan) dan mengubah suai pelbagai aspek persekitaran sosial dan
fizikal (pelbagai komponen harus dititikberatkan).

Kebimbangan alam sekitar yang boleh berlaku disebabkan oleh pencemaran
air, perubahan iklim, pemanasan global, penebangan hutan & pembalakan, jejak
karbon bertambah serta pengubahsuaian genetik. Dari segi udara pula meliputi
pencemaran dan kesan, isu udara dalaman seperti asbestos, penyelidikan dan data
kualiti udara serta pelepasan gas rumah hijau. Dari segi perubahan iklim adalah kesan
perubahan iklim, mengurangkan impak anda, data, laporan, alatan dan penunjuk
utama. Bahan kimia dan toksik juga memberi kebimbangan iaitu bagaimana
mengendalikan tumpahan, bahan kimia yang lebih selamat, tsca dan juga pangkalan
data. Maklumat khusus lokasi seperti keadaan di negeri atau komuniti anda dan
kemudahan berdekatan atau tapak pembersihan perlu dititikberatkan. Dengan

58

PENGURUSAN MAKMAL DAN BENGKEL (BBP 30103)

memastikan alam sekitar yang lebih terjamin, kehidupan lebih hijau boleh dilakukan
dengan adanya tenaga lestari, pilihan pengangkutan awam, sisa makanan dan kitar
semula serta rumah dan perniagaan.

4.22 Kesimpulan

Aspek penyusunan peralatan dan bahan di bengkel, makmal dan lapangan merupakan
faktor yang paling penting ditekankan semasa melakukan kerja-kerja amali dan
sebagainya bagi keselamatan pengguna. Kesedaran terhadap keselamatan bengkel,
makmal dan di lapangan perlu ditanamkan kepada setiap tenaga pengajar dan pelajar
supaya sikap mementingkan keselamatan ini dapat diamalkan. Aspek keselamatan
perlu dititikberatkan dan diberikan perhatian utama kerana ia merupakan ciri penting
yang mesti diamalkan dalam pengajaran dan pembelajaran di bengkel, makmal dan
lapangan pada setiap masa. Hal ini kerana agar tidak berlakunya lagi perkara-perkara
yang tidak di ingini berlaku seperti kecederaan terhadap fizikal dan kemalangan.
Kemalangan dapat dielakkan sekiranya pelajar sentiasa mematuhi langkah-langkah
keselamatan yang diterapkan oleh tenaga pengajar.

Kesedaran mengutamakan keselamatan dan kesihatan bukan hanya pada diri
sendiri malah juga terhadap rakan sekeliling yang sama-sama bekerja, terhadap
persekitaran dan harta benda di bengkel dan makmal. Kesedaran mengenai
keselamatan dan kesihatan akan timbul sekiranya pelajar itu sendiri mengambil berat
untuk memahami dan mengetahui akan kegunaan alatan kelengkapan dan bahan yang
ada di dalam bengkel. Keselamatan di bengkel dan makmal akan lebih rumit jika
jumlah pelajar terlalu ramai dan menggunakan ruang yang banyak atau kemudahan
peralatan yang sedia ada dalam satu masa. Ruang bengkel dan makmal yang sempit
serta jumlah pelajar yang ramai akan memburukkan lagi suasana melakukan aktiviti,
amali dan sebagainya. Disebabkan ruang yang sempit ia dapat gangguan emosi,
suasana yang tidak teratur boleh berlaku dan keadaan yang panas.

Sikap setengah pihak yang tidak ambil berat tentang amalan keselamatan dan
sikap acuh tak acuh terhadap tugas dapat mendatangkan bahaya kepada diri dan orang
lain. Pelajar perlu diterapkan terhadap amalan keselamatan bagi memupuk dari awal
mengenai keselamatan agar amalan yang positif sentiasa tersemat pada jiwa meraka.
Dengan ini, hasil kerja di bengkel dan makmal dapat dipertingkatkan dan dapat
suasana aktiviti dan amali berjalan dengan selamat. Meremehkan aspek keselamatan

59

PENGURUSAN MAKMAL DAN BENGKEL (BBP 30103)
akan mengakibatkan kemalangan, kehilangan nyawa dan kerosakan harta benda di
dalam bengkel. Malahan, sesebuah institusi yang terlibat kemalangan akan buruk serta
memberi kesan terhadap kelancaran operasi bengkel berkenaan. Selain itu juga,
kerugian berpunca dari kecuaian terpaksa di tanggung akibat kerosakan dan
tanggungan kos perubatan.

Oleh yang demikian, perlaksanaan aktiviti dan amali yang diikuti di bengkel,
makmal dan lapangan adalah merupakan pendedahan awal kepada pelajar sebelum
mereka menempuh ke alam pekerjaan yang sebenar kelak bagi mengelakkan berlaku
kemalangan dan sentiasa berwaspada. Walaupun pelbagai pihak telah membuat
pelaksanaan kepentingan keselamatan didedahkan kepada mereka ia tidak menjamin
keselesaan seratus peratus semasa menjalankan amali di bengkel dan makmal. Hal ini
kerana kemahiran, pengetahuan dan amalan serta suasana juga antara faktor yang
penting dalam pelaksanaan kepentingan keselamatan dan kesihatan. Dengan
pendedahan awal di alam persekolahan dapat membiasakan pelajar untuk lebih
bersedia apabila keluar bekerja dalam situasi yang sebenar kelak.

60

PENGURUSAN MAKMAL DAN BENGKEL (BBP 30103)

BAB 5
PENYIMPANAN DAN PENGENDALIAN

Zaidi Suffian, N. R.1, Abdul Ghani, N.2, Md Saffee, N. M. A.3, Azmi, N. A.S.4, Abu
Hashim, Z. H.5, Ismail, N. A.6, Hassan, N. I.7

Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional,Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, 86400 Batu
Pahat, Johor, Malaysia

Email1:[email protected] Email2:[email protected] Email3:[email protected]
Email4:[email protected] Email5:[email protected] Email6:[email protected]
Email7:[email protected]

ABSTRAK: Pengurusan makmal dan bengkel merupakan perkara asas yang perlu
dipelajari oleh individu-individu yang terlibat dengan makmal atau bengkel. Tidak
ketinggalan juga kepada pelajar, pengurusan makmal dan bengkel ini perlu diketahui
supaya apabila pelajar keluar ke industri untuk bekerja, pelajar memperolehi prosedur-
prosedur bekerja di dalam makmal atau bengkel. Hal ini kerana, jika pelajar
memperolehi pengurusan makmal dan bengkel ini bahaya di tempat kerja dapat
dielakkan dan dikurangkan. Tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk mengenalpasti
pengurusan penyimpanan dan pengendalian peralatan dan bahan dalam makmal dan
bengkel yang wajib diketahui dan dipelajari oleh pelajar semasa berada di institusi
tinggi. Dalam kajian ini, akan dilakukan penerangan tentang penyimpanan bahan dan
peralatan, konsep peralatan dan bahan, teknik-teknik kuantitatif dan pengurusan
pengoperasian.

Kata Kunci: Pengurusan Makmal dan Bengkel, Pengurusan Penyimpanan dan
Pengendalia

61

PENGURUSAN MAKMAL DAN BENGKEL (BBP 30103)

5.1 Pengenalan

Pengurusan bengkel melibatkan perancangan dan pengendalian bengkel yang meliputi
proses-proses menyediakan kemudahan asas, penyusunan ruang untuk peralatan utama,
penyusunan perabot di dalam ruang kerja, kedudukan stor, laluan keselamatan dan
penggunaan warna di dalam bengkel. Pengurusan bengkel juga melibatkan pengurusan
alatan dan bahan yang meliputi pengurusan, pemilihan dan kawalan alatan
(perancangan pembelian alat, pemilihan alatan dan kelengkapan, spesifikasi alatan;
kaedah penyusunan dan penyimpanan alat; dan kawalan alatan).
Penyimpanan bahan merupakan satu proses di dalam memastikan bahan-bahan yang
dikenali sebagai stok atau aset berada dalam keadaan yang teratur dan selamat.
Penyimpanan bahan juga akan memastikan segala bahan yang bahaya tidak bercampur
dengan bahan yang lain agar tidak berlaku perkara yang tidak diinginkan.
Pengendalian merupakan proses mengelola, mengawal, mengarah semua perkara yang
berkaitan dengan program pengajaran pembelajaran di dalam kelas/bengkel/makmal.
Di samping itu, proses pengendalian bahan melibatkan pergerakan, perlindungan,
penyimpanan, dan kawalan bahan. Proses pengendalian ini berlaku di lantai kedai
perkilangan, pergudangan, pengedaran, dan juga dalam pelupusan bahan. Ini adalah
mengapa pengendalian bahan adalah proses penting dalam setiap kemudahan.

5.2 Penyimpanan Bahan dan Peralatan
Penyimpanan bahan adalah merupakan satu proses yang memastikan bahan-bahan
yang dikenali sebagai stok atau aset yang berada dalam keadaan yang teratur dan
selamat (Emi Aryani, 2010). Terdapat empat kaedah yang digunakan dalam
menyimpan bahan dan peralatan, antara empat kaedah penyimpanan tersebut adalah
menggunakan ruangan simpanan secara ekonomik supaya segala aset dan stok berada
dalam keadaan yang muat secara keseluruhan didalam ruang penyimpanan. Kaedah ini
juga termasuk menyusun barangan dengan cara yang teratur. Bahan dan peralatan
harus disimpan secara teratur mengikut saiz, berat dan bentuk agar bahan dan
peralatan yang disimpan tidak mudah rosak dan terjejas dalam apa jua keadaan. Bahan
dan peralatan juga perlu disusun dengan baik supaya tidak menghalang kerja-kerja
pemunggahan. Kerja pemunggahan berlaku apabila bahan dan peralatan baru masuk
kedalam stor atau penyusunan semula mengikut tarikh stok dan lain-lain. Kaedah yang

62

PENGURUSAN MAKMAL DAN BENGKEL (BBP 30103)

terakhir perlu dilakukan adalah menyusun bagi memudahkan pengeluaran mengikut

sistem Masuk-Dahulu-Keluar-Dahulu (MDKD). MDKD harus diberi keutamaan,
supaya aset dan stok yang disimpan tidak rosak atau tamat tarikh luputnya sebelum
digunakan.

5.3 Penyimpanan Bahan dan Peralatan Mengikut Kategori
Menyimpan bahan dan peralatan secara amnya bergantung kepada jenis-jenis dan
ruang stor yang wujud atau ada, tertakluk kepada perkara-perkara berikut iaitu ruang
stor hendaklah dibahagikan kepada seksyen atau kumpulan barang seperti Seksyen
Bahan Kimia, Alat Ganti, Alat Tulis, Alatan Makmal dan sebagainya. Di setiap lokasi
hendaklah ditentukan mengikut susunan penyimpanan dengan memberi kod lokasi
penyimpanan bahan dan peralatan seperti berikut:-

Kategori Gudan BR Ting Pe Lokasi Stok
stor g/
ar ak kat ta B-01-RB03-
seksye 02-01
n is k
B-01-RB03-
Stor Pusat Gudan 01 R 02 01 02-01

gB B

03

Stor Seksye 01 R 02 01

Utama nB B

03

Bagi singkatan dan nama yang dilabel/digunakan pada jadual diatas mempunyai
maksud tersendiri iaitu gudang/seksyen yang merupakan tempat/lokasi penyimpanan
stok samada mengikut kategori, jenis atau mana-mana yang sesuai. Baris adalah
tempat penyimpanan stok yang disusun berbaris. Kod baris bermula daripada nombor
1. Rak merupakan jenis tempat penyimpanan stok seperti rak besi (RB), rak kayu
(RK), palet kayu (PK), Kabinet besi (KB) dan lain-lain.

Kod rak bermula dengan 1. Bagi tingkat rak yang bermula daripada bawah dan ke atas

dengan kod 1. Petak adalah lokasi stok yang ditempatkan di setiap tingkat dan yang

terakhir lokasi stok, merupakan gabungan gudang/seksyen, baris, rak, tingkat danpetak.

Setiap lokasi stok hendaklah dilabelkan kod lokasi penyimpanan stok danperihal stok
63

PENGURUSAN MAKMAL DAN BENGKEL (BBP 30103)

tersebut. Stok juga memerlukan cara penyimpaan yang berbeza-beza berdasarkan
kepada jenis, bahan kandungan atau pembuatannya yang ditetapkan dalam manual
penggunaan hendaklah dipatuhi bagi mengekalkan kualiti stok.

5.4 Konsep Peralatan dan Bahan

Setiap makmal dan bengkel pasti mempunyai peralatan dan bahan yang tersendiri.
Bahan dan peralatan yang terdapat di bengkel atau makmal adalah tanggungjawab
seseorang ketua bengkel untuk menjaganya. Dalam sesebuah makmal juga, jika
terdapat peralatan dan bahan, semestinya cara pengendalian dan operasinya
difahamkan oleh semua yang menggunakan bengkel tersebut. Kekurangan
pengetahuan mengenai sesuatu pengendalian operasi atau risiko-risiko terlibat adalah
salah satu punca kemalangan (Straser, 1980). Menurut beliau seseorang mestilah
faham betul-betul operasi suatu kerja yang harus dibuat dan berpengetahuan tentang
risiko-risiko yang mungkin berlaku semasa mengendalikan operasi berkenaan.
Kenyataan ini telah disokong oleh laporan International Labour Office 1980 yang
menyatakan kebanyakkan kemalangan melibatkan peralatan dan mesin adalah
disebabkan kelemahan pekerja sendiri, cuai semasa membuat kerja, pemilihan
peralatan atau mesin yang tidak sesuai untuk sesuatu kerja tertentu (Roger, 2006).
Konsep bagi peralatan dan bahan merupakan peralatan industri adalah merujuk kepada
mesin-mesin, loji-loji, alat-alat pengangkutan alat-alat yang membantu perkhidmatan
serta kedudukan ruang-ruang. Didalam penyimpanan bahan, konsep peralatan bahan
tersebut memainkan peranan di dalam menentukan tempat penyimpanan bahan itu.
Untuk menguruskan penyimpanan bahan mengikut tempat dan jenis bahan ianya
adalah dibahagikan mengikut kategori.

5.5 Jenis Bahan dan Tempat Penyimpanan Yang Betul.
Setiap bahan yang berada di bengkel perlu diuruskan tempat penyimpanannya dengan
betul. Ini adalah untuk menjaga keselamatan individu-individu yang berkerja di dalam
makmal atau bengkel. Jika bahan tidak diuruskan dengan baik banyak perkara yang
tidak diingin akan berlaku seperti kemalangan, kesihatan dan sebagainya. Menurut
Heinrich (1980), kemalangan boleh terhasil akibat daripada kaitan dengan faktor-faktor
seperti persekitaran sosial, kesalahan manusia, tindakan tidak selamat,kemalangan dan

64

PENGURUSAN MAKMAL DAN BENGKEL (BBP 30103)

kecederaan. Jadi pengurusan bahan dengan betul juga menyumbang untuk menjaga
keselamatan semua orang yang terlibat dalam makmal dan bengkel.

Jenis Barang Tempat Penyimpanan
Barang tidak tahan lembab Bilik kering
(Transforma & lensa kamera)
Ubat-ubatan Bilik hawa dingin

Cat-cat dan tayar Ruang bersiling
Di tempat lapang dan berpagar
Barang yang tahan kepada cuaca
panas & Disimpan dalam bekas standard bagi
memudahkan pengeluaran.
hujan
Barang tercerai

Barang yang tidak boleh dibungkus

seperti alat perkakas disusun atau

ditindan dengan baik untuk mengelak

dari berkarat dan

Simen-simen dan kayu rosak.
Di ruang kering yang mempunyai
laluan

Barang-barang berat angin.
Diletakan paras rak paling bawah
untuk

Barang berharga & menarik keselamatan.
Dalam almari atau tempat berkunci

Jadual 1: Jenis bahan dan tempat penyimpanan

5.6 Penyimpanan Barang berdasarkan Tarikh luput
Setiap barang yang digunakan di bengkel juga mempunyai tarikh luput tersendiri.
Tujuan Tarikh luput disetiap barang dilakukan adalah untuk melindungi setiap pekerja
dan pengguna daripada bahaya kesihatan. Seperti contoh sesuatu barang untuk
melakukan produk itu telah luput tarikh, penghasilannya tidak seperti biasa atau

65

PENGURUSAN MAKMAL DAN BENGKEL (BBP 30103)

hasilnya menjejaskan keselamatan dan kesihatan orang yang menggunakannya. Di
bawah merupakan jadual penyimpanan barang berdasarkan tarikh luput. Setiap barang
perlu diuruskan mengikut tarikhnya.

Menanda Tarikh Luput Tempoh Tarikh luput dicatat di kotak, bekas
atau
Senarai Barang
bungkusan barang.
Kod Warna
Sistem MDKD Semua barang bertarikh luput
Penyelenggaraan Buku Daftar
hendaklah

disenaraikan.
Teg biru dikepilkan pada kawalan stok

Menggunakan sistem MDKD

Penyediaan Buku Daftar menggunakan
Kew.

300-Q

5

6 bulan sebelum tamat tempoh
hendaklah

dicatatkan di ruangan khas
Jadual 2 : Penyimpanan barang mengikut tarikh luput

5.7 Penyimpanan Bahan Kimia dan Bahan Mudah Terbakar.
Penyimpanan bahan-bahan kimia hendaklah dilakukan dengan tepat dan baik. Ini
adalah untuk mengelakkan kemungkinan berlaku kemalangan yang berbahaya. Berikut
adalah antara prosedur yang perlu diikuti didalam penyimpanan bahan kimia:
i Klorid kapur, soda api, karbon tetra klorid, kaliam hidroksid, kuperam
sulfat, ammonia klorid disimpan di tempat dingin dan kering.
ii Bekas dialas dengan platform kayu.
iii Bahan kimia berlainan jenis disimpan dalam bekas berasingan.

Jenis Bahan Kimia Tempat Penyimpanan
Minyak Petrol & Disel Simpan jauh dari bangunan stor & jika
boleh
tangka bawah tanah.

66

PENGURUSAN MAKMAL DAN BENGKEL (BBP 30103)

Bahan Mudah Terbakar Cecair, gas, asid & kimia yang mudah

terbakarhendaklah disimpan

di bangunan berasingan,

lengkap dengan alat pencegah kebakaran.

Tanda Pengenalan Bekas-bekas diberi tanda pengenalan

secukupnya.

Jadual 3: Penyimpanan Bahan kimia dan bahan mudah terbakar

5.8 Teknik-teknik Kuantitatif
Kaedah kuantitatif merupakan analisis yang berasaskan data bagi memastikan sesuatu
sistem dapat beroperasi secara sistematik dan tersusun. Dalam penyimpanan dan dan
pengendalian bahan didalam sesuatu bengkel dan makmal kaedah kuantitatifdigunakan
untuk merekodkan pergerakan keluar-masuk item serta kuantiti dan kualiti item yang
terdapat dalam bengkel dan makmal. Teknik-teknik kuantitatif merangkumi beberapa
aspek seperti perolehan, perekodan, penerimaan, penyimpanan, pengeluaran, kawalan,
pemeriksaan dan verifikasi stok, serta keselamatan (Kawalan Dalam Pengurusan,
2022).

5.9 Perolehan

Perolehan merupakan satu kaedah atau prosedur untuk mendapatkan bekalan atau stok
makmal daripada pembekal. Proses perolehan adalah melalui proses pembeliansecara
pesanan, sebut harga, atau tender. Oleh itu, sebelum bahan diperolehi perlaksanaan
aktiviti yang melibatkan pesanan kuantiti atau anggaran setepat yang boleh perlu
dihitungkan supaya stok bahan akan sentiasa mencukupi. Tujuan suatu perolehan
bahan dilakukan dengan terperinci dan sistematik ini adalah untuk memastikan
makmal atau industri dapat berfungsi melalui perancangan teliti.

5.10 Perekodan

Rekod adalah merangkumi apa sahaja maklumat yang tercatat atau yang direkodkan
(recorded information) berhubung dengan semua tugas atau kerja harian yang
dilakukan oleh pengurus bahan. Kerja-kerja perekodan ini perlu dilakukan dengan
segera bagi mengelakkan berlakunya pertindanan bekalan bahan,mengatasi masalah

67

PENGURUSAN MAKMAL DAN BENGKEL (BBP 30103)

kekurangan tempat menyimpan rekod, dan untuk memudahkan pencarian semula
rekod. Sektor awam atau swasta mempunyai sistem atau panduan perekodan tersendiri
dengan piawan yang ditetapkan. Kerja perekodan akan melibatkan pengisian borang
bagi setiap bekalan. Oleh itu, pengisian borang adalah mengikut beberapa perkara
iaitu, daftar harta modal, daftar iventori, daftar stok bekalan pejabat, dan daftar
pergerakan harta modal dan iventori.
5.11 Penerimaan

Penerimaan bermaksud menerima bekalan bahan atau barang dari pembekal.
Penerimaan bahan dilakukan secara teliti untuk mengelakkan daripada risiko kerugian.
Terdapat beberapa langkah semasa proses penerimaan dari pembekal. Langkah-
langkah semasa penerimaan tersebut adalah:

i Pastikan semua dokumen perolehan dan serahan diserahkan dan disemak
secara teliti.
ii Pastikan kuantiti bekalan disemak dan dihitung mengikut perincian pesanan.
iii Membuat akuan terima setelah kuantitinya, spesifikasinya dan keadaan bekalan
dipastikan seperti yang tercatat dalam pesanan.
iv Maklumkan secara bertulis kepada pegawai atasan dengan kadar yang segera
jika bekalan tidak menepati spesifikasi pesanan.
v Rekodkan dalam baucer penerimaan bagi setiap bekalan yang dikembalikan
kepada pembekal
vi Lengkapkan dokumen pusat seperti kad kawalan stok/ kad petal/ lejar di
pejabat dalam kadar segera.

5.12 Penyimpanan

Penyimpanan bahan atau barang makmal perlu dilakukan dengan teliti dengan
mengikut amalan yang telah ditetapkan oleh makmal. Selain itu, penyimpanan perlu
menepati objektif untuk memastikan barang yang diterima itu tidak rosak. Seterusnya,
tindakkan juga perlu dilakukan semasa proses penyimpanan. Antara tindakan yang
perlu dilakukan adalah seperti:

i Sediakan carta lokasi bagi stok agar kerja pengesanan dapat dilakukan.

ii Ruangan bagi menempatkan stok wajar digunakan secara maksimum dan

teratur.

68

PENGURUSAN MAKMAL DAN BENGKEL (BBP 30103)

iii Lakukan kerja melabel pengenalan pada setiap petak atau rak.
iv Lakukan pembahagian ruang stor dan kerja melabel mengikut jenis dan
pengkelasan barangan.
v Sistem pergerakkan bahan atau barangan dalam stor makmal sewajarnya
dilakukan secara masuk dahulu.

5.13 Pengeluaran
Pengeluaran merupakan kaedah atau prosedur terkawal yang digunakan untuk
mendapatkan bekalan atau stok makmal. Ia boleh didapati melalui proses pembelian
secara pesanan, sebut harga atau tender. Proses pembelian ini akan dilakukan oleh
juruteknik atau jurutera yang bertugas. Ini bertujuan untuk memastikan makmal dapat
berfungsi dengan sempurna melalui perancangan yang teliti. Ia melibatkan pesanan
dalam kuantiti atau anggaran setepat yang boleh untuk memastikan stok sentiasacukup
bagi makmal dalam tempoh tertentu.

5.14 Kawalan
Kawalan merujuk kepada proses memantau nilai kuantiti bahan yang terdapat di
makmal dan bengkel. Ini bertujuan untuk memastikan bahan sentiasa mencukupi.

Semua barang yang terdapat di bengkel dan makmal hendaklah direkodkan ke dalam
buku atau kad kawalan stok. Setiap item yang direkodkan dalam kad kawalan
haruslam mempunyai nombor siri terkawal yang perlu didaftarkan oleh pegawai stor.
Seterusnya stok haruslah dipantau dari masa ke semasa serta kad pusingan stok perlu
dikira atau diaudit setiap tahun dan membuat penilaian terhadap kecekapan kerja
penstoran. Dan langkah terakhir dalam teknik kawalan, perlu dilakukan pemeriksaan
dan verifkasi stok dari masa ke semasa bagi memastikan objektif kawalan sentiasa
tercapai.

5.15 Pemeriksaan dan verikasi stok
69

PENGURUSAN MAKMAL DAN BENGKEL (BBP 30103)

Objektif verifikasi stor adalah seperti untuk memastikan ketepatan rekod dan fizikal
stok, memastikan pelarasan stok diambil tindakan, memastikan stok usang atau tidak
boleh guna atau rosak atau tidak bergerak atau hampir luput tempoh penggunaan
diambil tindakan pelupusan; dan yang terakhir adalah untuk memastikan kehilangan
stok diambil tindakan hapus kira.

5.16 Keselamatan

Keselamatan amat penting dalam memastikan keadaan bahan yang terdapat di bengkel
mahupun makmal tidak hilang atau rosak. Terdapat beberapa langkah atau kaedah
yang perlu dilakukan untuk menjaga keselamatan bahan seperti,

i.Pasang sistem cegah kecurian atau pasang jeriji keselamatan pada pintu-pintudan
tingkap stor

ii.Stor dikawal seorang pengawal terlatih dan bertugas mengikut jadual
iii.Rekod daftar aset sentiasa dikemas kini
iv.Guna sistem/pas keselamatan bagi individu yang terlibat dengan stor danlakukan

pemeriksaan mengejut
v.Keseluruhan bangunan stor perlu dipagar dan bina bangunan dengan strukturyang

kuat
vi.Stor dilengkapi dengan alat pemadam api dan kakitangan stor dilatih untuk

menggunakannya
vii.Susun secara yang teratur dan sesuai bagi tujuan pengesanan dan kawalan
viii.Pastikan sekeliling kawasan stor dipasang lampu bagi kawalan di waktu malam

5.17 Pengurusan Pengoperasian

Menurut Henry Fayol (1916), terdapat 14 prinsip umum dalam sesebuah pengurusan
iaitu pembahagian kerja, pihak berkuasa, disiplin, kesatuan perintah, kesatuan hala
tuju, kepentingan kolektif daripada kepentingan individu, imbuhan, pemusatan,
rantaian skala, pesanan, ekuiti, kestabilan tempoh kakitangan, inisiatif, dan Esprit de
Corps. Pengurusan pengoperasian adalah aspek utama dalam bahagian pengurusan
dimana ia bertanggungjawab terhadap pengeluaran produk atau perkhidmatan. Ia
boleh didefinisikan sebagai satu sistem pengurusan yang menghasilkan produk atau

70

PENGURUSAN MAKMAL DAN BENGKEL (BBP 30103)

perkhidmatan. Skop pengurusan operasi mengandungi pelbagai aspek dalam sesebuah
organisasi. Ia merangkumi pelbagai aktiviti -aktiviti yang saling berkait antara satu
sama lain yang merupakan fungsi-fungsi pengoperasian. Aktiviti harus dikendalikan
oleh seorang pengurus operasi yang bertanggungjawab membuat sebarang keputusan.

Antara aktiviti yang perlu dilakukan dalam skop pengurusan operasi ialah pengurus
operasi perlu merekabentuk produk yang akan dihasilkan dan sebelum menghasilkan
sati rekabentuk sesuatu produk, organisasi perlu menilai kemampuan dari aspek
pengoperasian, tahap teknologi dan kehendak pengguna. Selain itu, pengurusan kualiti
jugaharus dititiberatkan oleh pengurusan operasi untuk menjamin produk yang
dihasilkan serta perkhidmatan yang ditawarkan mencapai tahap kualiti dan kepuasan
pengguna di samping dapat mengamalkan beberapa aspek pengurusan seperti
Pengurusan Kualiti Keseluruhan (TQM), JIT (just-in-time) dan Kawalan Proses
Berstatik (SPC). Menurut Ichniowski et al. (1996), beberapa organisasi telah
ditemukan berjaya dalam melaksanakan program kualiti dimana ia mendapati bahawa
program pengurusan kualiti lebih baik jika dibandingkan dengan sistem kerja
tradisional.

Di samping itu, bagi tujuan operasi ia perlu melibatkan aktiviti merekabentuk
susunatur yang melibatkan penyusunan mesin dan fasiliti. Penentuan bagi saiz
sesebuah fasiliti perlu dilakukan supaya sesuatu matlamat yang ditetapkan organisasi

dapat dicapai. Ia sangat penting supaya organisasi dapat meningkatkan tahap
penggunaan serta kecekapan sesuatu peralatan dan mesin. Kelebihan bersaing dapat
menjadi salah satu pengurusan inventori, perancangan material dan JIT (just-in-time)
yang cekap dimana inventori perlu dirancang, dipesan dan disimpan dengan baik
kerana ia boleh mengurangkan kos operasi disamping dapat meningkatkan kecekapan
pengoperasianorganisas
Menurut Chudley (1981), penyelenggaraan didefinisikan sebagai satu kerjayang perlu
dilaksanakan untuk memelihara atau memulihkan setiap bahagian bangunan kepada
satu standard piawaian yang boleh diterima pakai. Setiap organisasi selalunya
mempunyai pengurusan pengoperasian yang berterusan dan lancer. Justeru,
pengurusan yang baik sangat penting bagi membolehkan sesuatu penghasilan produk
dapat dilakukan secara berterusan, jumlah yang tinggi dan gangguan yang kurang.

71

PENGURUSAN MAKMAL DAN BENGKEL (BBP 30103)

Penghasilan produk yang berkualiti sangat penting bagi penyelenggaraan yang efektif.
Sistem penjadualan pekerja dan kerja juga sangat penting bagi memastikan sesuatu
pengoperasian berjalan dengan lancar seiring dapat meningkatkan kecekapan sesebuah
organisasi. Akhir sekali, pengurus operasi juga hendaklah membuat sesuatu keputusan
berkenaan dengan persekitaran tempatkerja serta kadar produktiviti pekerja. Banyak
faktor yang perlu diambil kira mengenai persekitaran tempat kerja antanya ialah
keselamatam di tempat kerja, alam sekitar serta kemahiran dan latihan yang diperlukan
untuk melakukan sesuatu pekerjaan.

5.1 Kesimpulan
Kesimpulannya, keselamatan makmal dan bengkel penting dan wajib dititikberatkan
oleh setiap individu. Dungan menitikberatkan keselamatan makmal dan bengkel kita
dapat mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku. Adalah bagus subjek ini
diadakan pada institusi serba sedikit dapat menerapkan nilai-nilai yang baik dan
berguna kepada pelajar apabila mereka bekerja di industri dan sebagainya. Akta
Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHA) ini kebiasaannya menjadi keutamaan
kepada orang yang terlibat dengan industri. Akta ini diwujudkan adalah untuk
memupuk dan mengalakkan kesedaran keselamatan dan kesihatan dikalangan pekerja
serta menghasilkan organisasi dan langkah keselamatan kesihatan yang berkesan.
Melalui akta ini juga kita dapat lihat ada beberapa agensi yang terlibat antaranya ialah
Majlis Negara bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan (MNKKP),
Institusi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan (NIOSH), Lembaga

Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan Pertubuhan Keselamatan
Sosial (PERKESO). Selain daripada akta ini, akta keselamatan makmal dan bengkel
juga merupakan akta yang melibatkan pekerja, kesihatan tenaga pekerja, keperluan
tenaga kerja, kemalangan dan sebagainya,
Melalui kerja laporan berkumpulan ini juga serba sedikit telah memberikan
pemahaman dan penjelasan mengenai subjek ini. Tugasan yang diberikan telah diagih
dan daripada tugas ini semua ahli kumpulan dapat mempelajari tajuk ini secara tidak
langsung. Disini didapati bahawa penyimpanan dan pengendalian peralatan dan bahan
juga mempunyai cara-caranya. Dalam mengendalikan peralatan dan bahan,
keselamatan juga perlu dititikberatkan serta dalam pengendalian ini juga terdapat

72

PENGURUSAN MAKMAL DAN BENGKEL (BBP 30103)

langkah-langkah yang mesti dipatuhi. Bukan itu sahaja, dalam mengurus serta

menyimpan peralatan dan bahan ianya juga meliputi teknik-teknik, pengurusan

pengoperasian dan konsep. Disini dapat membuka minda pelajar-pelajar semua

bahawa setiap pekerjaan itu perlu difikirkan langkah keselamatan, langkah kerugian,

langkah kerosakkan dan sebagainya yang berkaitan. Melalui tajuk ini juga pelajar

boleh tahu bagaimana untuk menguruskan peralatan dan bahan tanpa terjadinya satu

kerosakkan, melalui tajuk ini juga terdapat penerangan bagaimana mengendalikan

jenis-jenis peralatan dan bahan yang sensitif atau lebih jelas mudah berlaku

kerosakkan apabila tidak berjaga-jaga.

73

PENGURUSAN MAKMAL DAN BENGKEL (BBP 30103)

BAB 6
PENYELENGGARAAN
Hawa Athirah Abdul Wahab, Fatin Farhana Khairuddin,Nabilah Sahri, Nurul Nadhirah

Latif, Norhaslina Azmi

Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional,
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Parit Raja, 86400 , Batu Pahat,

Johor,
Malaysia
Corresponding author:
[email protected]
[email protected]
[email protected]
[email protected]
[email protected]

74

PENGURUSAN MAKMAL DAN BENGKEL (BBP 30103)
ABSTRAK

Penyelenggaraan adalah aktiviti yang perlu dilakukan secara berterusan untuk
memastikan fungsi sesuatu peralatan dan mesin dapat berfungsi secara
normal.Penyelenggaraan mesin dan peralatan adalah aktiviti yang perlu dilakukan
memandangkan peralatan dan mesin itu sering digunakan.Aktiviti ini merangkumi
aspek fizikal dan maya dimana peralatan dan mesin tersebut akan beroperasi dengan
lebih baik dan mempunyai jangka hayat yang lebih lama berbanding perlatan dan
mesin yang tidak diselenggara.Selain itu,dengan melaukan aktiviti penyelenggaraan
juga dapat mengelakkan pembaziran kerana tidak perlu membeli alat ganti yang
lain.Penyelengaraan juga boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu penyelengaraan
terancang dan juga penyelengaraan tidak terancang.Penyelengaraan terancang meliputi
pencegahan dan pembaikan.Penyelengaraan diperlukan kerana ia dapat menjaga harta
benda,kegunaan yang berterusan,keselamatan pengguna dan juga ekonomi.Disamping
itu,penyelengaraan juga dapat dklasifikasikan kepada beberapa bahagian iaitu
penyelengaraan pencegahan,penyengaraan rutin dan juga penyengaraan
kecemasan.Penyelengaraan adalah aktiviti yang dilaksanakan supaya mesin dan
peralatan sentiasa berupaya untuk beroperasi dalam melakukan kerja dan
penyelengaraan yang berterusan juga dapat mewujudkan mesin dan peralatan yang
sentiasa berada dalam keadaan baik,efisyen dan selamat digunakan tanpa sebarang
masalah.

75

PENGURUSAN MAKMAL DAN BENGKEL (BBP 30103)
ABSTRACT
Maintenance is an activity that needs to be done continuously to ensure the function of
a piece of equipment and machines can function normally. Maintenance of machines
and equipment is an activity that needs to be done since the equipment and machines
are often used. operate better and have a longer lifespan than equipment andmachines
that are not maintained. In addition, by carrying out maintenance activities can also
avoid waste because there is no need to buy other spare parts. Maintenance can also be
divided into two parts, namely planned maintenance and also unplanned maintenance.
Planned maintenance includes prevention and repair. Maintenance is required because
it can maintain property, continuous use, consumer safety and also the economy. In
addition, maintenance can also be classified as there are several partsnamely preventive
maintenance, routine maintenance and also emergency maintenance. Maintenance is an
activity performed so that machines and equipment are always able to operate in doing
work and continuous maintenance can also create machines and equipment that are
always in good condition, efficient and safe used without any problems.

76

PENGURUSAN MAKMAL DAN BENGKEL (BBP 30103)

6.1 Pengenalan Penyelenggaraan

Penyelanggaraan adalah suatu aktiviti yang melaksanakan pemulihara, menjaga,
mengendali, kemudahan, kelengkapan, perkhidmatan dan persekitarannya. Oleh itu,
penyelanggaraan yang baik ia boleh menyakinkan sesuatu aset dimana dapat
memberikan kualiti yang memuaskan sebagai contoh terdekat mengendali mesin yang
rosak. Penyelenggaraan sebagaimana dinyatakan dalam Kamus Dwibahasa Oxford
Fajar Edisi kedua, (1997), bermaksud “memelihara”, “mempertahankan” atau
“membaiki sesuatu”. Berdasarkan Piawaian British (BS3811) mendefinasikan
penyelengaraan sebagai gabungan semua tindakan pentadbiran teknikal yang berkaitan
bertujuan untuk mengekalkan satu perkara atau mengembalikan kepada keadaan
sesuatu sistem atau elemen bangunan itu boleh melaksanakan fungsi yang diperlukan
oleh pengguna bangunan.

Penyelenggaraan ini juga terdiri daripada pelbagai bahagian atau komponen yang
boleh menyebabkan kehausan, kerosakan dan menyebabkan prestasi jentera
berkurangan, bergantung kepada tempoh dan cara penggunaan sesuatu jentera tersebut
(Sufian Hasim, 2004). Bahagian yang boleh menyebabkan prestasi penyelenggaraan
lemah ia perlu menjalani penyelenggaraan yang berbentuk pelarasan atau penggantian
komponen bagi mengekalkan prestasinya.

Oleh itu, cara ini sekali gus menunjukkan penyenggaraan yang memberi kesan
memerlukan suatu pendekatan yang lebih strategi yang bagus. Aset yang tidak akan
memberi pulangan ia hanya dilakukan terhadapanya apabila timbul kerosakan yang
tidak serius ini akan menyebabkan jangka masa suatu jentera atau mesin akan menjadi
singkat (Umaimah Mokhtar, 2020). Secara tuntasnya, penyelenggaraan hendaklah
dibuat sesuatu strategi untuk meningkatkan kualiti sesebuah jentera atau mesin.

6.2 Tujuan Penyelenggaraan

Penyelenggaraan adalah bertujuan untuk :-

i. Memastikan aset (jentera/mesin) berjalan dengan lancer secaraberterusan
dan selamat digunakan.

77

PENGURUSAN MAKMAL DAN BENGKEL (BBP 30103)

ii. Memelihara dan memastikan jangka masa penggunaan jentera atau
sesuatu produk adalah langkah yang berkesan untuk mengurangkan pembaziran.
iii. Mewujudkan suasana kerja yang kondusif serta produktif.
iv. Menerapkan kualiti yang tinggi sesuatu perkerjaan atau penghasilan
produk yang baik.
v. Menjimatkan kewangan dan masa yang proses sesuatu penyelenggaraan.

6.3 Konsep Pengurusan Penyelenggaraan

Matlamat pengurusan penyelenggaraan memastikan peralatan/mesin aplikasi sentiasa
berada dalam keadaan produktif. Kerja penyelenggaraan melibatkan penyelarasan
pelbagai sumber yang berkaitan dan perlu diuruskan secara sistematik dan berkesan.
Kejayaan atau kegagalan penyelenggaraan bergantung kepada keberkesanan pengurus
(Aqila Hussin, 2020). Pengurusannya haruslah menepati seperti keperluan
penyelenggaraan yang baik, memastikan semua komponen dan peralatan berfungsi dan
ia perlu dijaga dan disenggarakan mengikut penentuan dan piawian yg ditetapkan.

6.4 Definisi pengurusan Penyelenggaraan

Penyelenggaraan ialah bertindak dan hasil daripada mengekalkan atau mengekalkan. Ini
kata kerja (mengekalkan) mempunyai beberapa kegunaan malah ia boleh merujuk
kepada mengekalkan atau melestarikan sesuatu untuk meneruskan apa
yang sedang dilaksanakan atau untuk menyelesaikan keperluan material tersebut (Jaidi
Ahmad, 2021). Konsep yang biasa digunakan dengan rujukan prosedur pencegahan dan
pembaikan yang dijalankan di bangunan dan mesin supaya mereka berada dalam
keadaan terus berlari. Penyelenggaraan menyiratkan pemeliharaan dan pemulihan
unsur-unsur.Ia dipanggil penyelenggaraan pencegahan kepada orang yang
berorientasikan teruskan kemudahan dan perkhidmatan mekanisme. Untuk ini, semakan
dilakukan terhadap peralatan yang beroperasi (M.R.M. Rahman, 2017). Tujuan
penyelenggaraan pencegahan adalah untuk meminimumkan risiko kegagalan dan ini
boleh dicapai dengan menggantikan bahagian yang dipakai atau telah dipak

78

PENGURUSAN MAKMAL DAN BENGKEL (BBP 30103)

6.5 Keperluan Penyelenggaraan

Setiap penyelenggaraan memerluakan kos,peralatan dan laporan. Di bawah adalah
keperluan yang perlu dipatuhi seperti menyediakan senarai aset yg memerlukan
penyelenggaraan. Amenyediakan senarai aset yg memerlukan penyelenggaraan dikenal
pasti dan direkodkan dalam borang aset penyelenggaraan dan kenalpasti dan senaraikan
kos yg perlu dibuat secara berkala sebaik sahaja tamat tempoh jaminan. (Hartmut &
Viswanath, 2015). Selain itu, merancang Penyelenggaraan. Merancang penyelenggaraan
ini adalah setelah aset yg memerlukan penyelenggaraan disenaraikan, satu program
penyelenggaraan hendaklah dirancang dan disediakan. Seterusnya, melaksanakan
Program Penyelenggaraan. Pelaksanakan program adalah perlu mengikut jadual kecuali
sesuatu aset diperlukan dengan segera. Dalam masa yang sama, peralatan yg
memerlukan penyelengaran perlu dikenalpasti dan senaraikan dalam borang
penyelenggaraan. Kaedah perolehan bagi kerja-kerja tersebut mestilah mengikut kepada
peraturan perolehan sedia ada dan program penyelenggaraan hendaklah dirancang dan
disediakan. Setelah mendapat kelulusan, dokumen perjanjian perlu disertakan. Ia bagi
tujuan bayaran, laporan penyelenggaraan (service/maintenance report/work oder) dari
Sistem Pengurusan Aset kewangan (Financial Asset Management Systems/FAMS)
perlu dikemukakan bersama-sama invois dari pihak pembekal dan disahkan oleh staf
bertanggungjawab yg menentukan kerja- kerja tersebut. Disamping itu, konsep
penyelenggaraan juga perlu merekodkan
Penyelenggaraan. Ia bertujuan setiap penyelenggeraan yg dilaksanakan hendaklah
direkodkan dalam FAMS dengan format daftar penyelenggaraan harta model bagi
menunjukkan latarbelekang penyelenggaraan yg telah dibuat dan pergerakan kos.
Justeru pada akhir konsep ini menitikberatkan, menilai Program Penyelenggaraan. Ia
kerana dapat menentukan matalamat program penyelengaran tercapai , dapat
memastikan penyelenggaraan yg dijalankan berkualiti, bersesuaian dan munasabah dari
segi kos dan masa, mengenalpasti penyelenggaraan yang seterusnya dan dapat
membantu pihak pengurusan membuat keputusan tindakan yg sesuai ke atas aset
berkenaan. Menyelia dan memantau penyelenggaraan oleh pihak swast

79

PENGURUSAN MAKMAL DAN BENGKEL (BBP 30103)

6.6 Persediaan Penyelenggaraan

Kerja-kerja penyelenggaraan hendaklah dilakukan bagi setiap aset. Ia bertujuan untuk
mengenalpasti bebanan kerja iaitu kerja lebih masa atau bantuan sementara diperlukan
(Khadijah Chamili, 2017). Ia juga berfungsi sebagai asas bagi menyediakan arahan
kerja mengikut jadual dan bajet penyelenggaraan.

1. Perintah Kerja (Work Order).

a) Perintah kerja adalah maklumat seperti tentang apa, di mana, bila, berapalama,
dan oleh siapa penyelenggaraan akan dijalankan.

b) Terdapat 2 (dua) jenis perintah kerja seperti:-
i. Pesanan kerja disediakan daripada data inventori (ciri-ciri fizikal) dan
penyata tugas. Sebagai contoh, satu arahan kerja boleh mengandungi tugas-tugas
penyelenggaraan mingguan untuk mesin/peralatan.
ii. Perintah kerja yg boleh mengandungi tugas berbeza untuk
penyelenggaraan bulanan aset yg sama.

c) Garis panduan Am bagi menyediakan perintah kerja adalah seberti berikut:-
i. Bermula dengan apa-apa aset di dalam simpanan, memeriksa data
inventori dan penyata tugas untuk menentukan tugas yg bersesuaian untuk
aset tertentu.
ii. Senaraikan nama aset, bilangan aktiviti penyelenggaraan dan arahan kerja
bernombor, dan lain-lain arahan kerja kosong.
iii. Mengira masa yg diperlukan untuk menyelesaikan tugas-tugas individudan
jumlah masa untuk semua tugas.

2. Bajet Penyelenggaraan (Maintenance Budget).

a) Bajet penyelanggaran adalah unjuran kos berdasarkan kos
buruh,peralatan,bahan dan lain-lain (seperti kontrak) yg diperlukan untuk
80

PENGURUSAN MAKMAL DAN BENGKEL (BBP 30103)

b) melakukan semua kerja.

i. Belanjawan Tahunan: selepaas kos dikira untuk satu arahan kerja, proses
ini diulangi untuk arahan kerja yg tinggal untuk mendapatkan jumlah kos
yg diperlukan untuk mengekalkan aset.

ii. Penyelia penyelengaraan bertanggung jawab memantau perbelanjan
sebnar.

iii. Mengemas kini dengan menggunakan kadar buruh ramalan, dan kos bahan
dan kontrak perkhimatan. Bajet yg dikemaskini akan digunakan untuk
menentukan operasi dan penyelenggaraan aset fizikal.

6.7 Spesifikasi Penyelenggaraan

6.7.1 Penyediaan spesifikasi

a. Dapatkan sumber rujukan sebelum menyediakan perkhimatan, di antaranya ialah:
Maklumat tapak

b. Operasi dan penggunaan semasa
c. Punca utiliti (jika perlu)
d. Penggunaan bahan
e. Manual pembaikan
f. Manual penyelenggaraan
g. Keperluan dan fungsi jabatan
h. Kadar harga semasa
i. Senarai alat ganti
j. Anggaran kos
k. Contoh jabatan/agensi lain

6.7.2 Spesifikasi penyelenggaraan

i.Lokasi
ii.Penerangan umum
iii.Spesifikasi perkhidmatan
iv.Jadual penyelenggaraan

81

PENGURUSAN MAKMAL DAN BENGKEL (BBP 30103)

v.Spesifikasi peralatan

6.8 Standard Operating Procedures (Sop) Penyelenggaraan

Kesalahan dalam melaksanakan sesuatu perkerjaan akan berlaku apabila perkerjaan
tersebut tidak dirancang dengan baik. Oleh itu, kita mesti perlu prosedurtetap yg bersifat
standard sehingga siap.
6.8.1 Tujuan Standard Operating Procedures (Sop)
i. Menjadikan sistem kerja yg cekap dan konsisten
ii. Mengurangkan kerosakan dan kelalaian menggunakan mesin
iii. Memastikan penggunaan sesuatu mesin atau peralatan lebih berkesan
iv. Menunjukkan cara bagaimana hendak menggunakan sesuatu beralatan atau
mesin.

6.8.2 Standard Operating Procedures (Sop)

i. Sederahana: langkah-langkah ringkas dan hanya memerlukan sedikitisi dan
dokumenuntuk menulis SOP.

ii. Hirariki: langkah-langkah yg teroerinci dan panjang flowchart berisibanyak
keputusan-keputusan dan pertimbangan.

6.9 Jenis-Jenis Penyelenggaraan
Kerja penyelenggaraan secara berkala seperti mencuci,melencirkan,membaiki dan
menggantikan bagi komponen- komponen. Pelan penyelenggeraan pencegahan adalah
sangat penting supaya peralatan berfungsi pada tahap yg tinggi

82

PENGURUSAN MAKMAL DAN BENGKEL (BBP 30103)

i. Program PM yg berkesan perlu terdiri daripada:
ii. Senarai semak tugas-tugas perkhimatan dilaksanakan.
iii. Tempoh perkhimatan untuk melaksanakan tugas.
iv. Kemudahan peralatan dengan jurutenik profesional yg terlatih.
v. Penjedualan dan penyimpanan rekod, samada manual atauelektronik.

Membangunkan senarai semak PM dan Program PM yg berkesan perlu disertakan
dengan dokumen-dokumen penting termasuk senarai tugas.

i. Maintenance Prevention
ii. Corrective Maintenance
iii. Breakdown Maintenance

Penyelenggaraan kerosakan adalah penyelenggaraan dilakukan ke atas peralatan yang
rosak dan tidak boleh digunakan. Ia boleh sama ada dirancang atau ia boleh menjadi
tidak dirancang (M. Prawiro, 2020). Contoh penyelenggaraan yang dirancang
dijalankan untuk penyelenggaraan kegagalan, manakala contoh penyelenggaraan yang
tidak dirancang termasuk penyelenggaraan pembetulan dan penyelenggaraan reaktif
(tindak balas yang cepat). Penyelenggaraan kerosakan boleh menjadi lebih mahal
daripada penyelenggaraan pencegahan. Peraturan Am kerja penyelenggaraan Sebelum
melakukan kerja:

a) Buat kajian apa yg perlu dilakukan, samada meneliti rajah mesin berkenaanatau

menentukan cara bahagian hendak merombak. Jangan merombak lebih dari yg

dikehendaki.
▪ Jangan gunakan paksaan semasa merombak.
▪ Ball bearing hendaklah dipegang dengan cermat.
▪ Paksaan semasa memasang atau mengeluarkannya hendaklah denganalat

tertantu. Perhatikan seal bearing tidak rosak.
▪ Berjaga-jaga semasa mengangkat bahagian mesin dari terpijak dan


retak

83

PENGURUSAN MAKMAL DAN BENGKEL (BBP 30103)

6.10 Penyelenggaraan Mesin Dan Peralatan

Kombinasi antara semua proses teknikal yang menghubungkan sistem penyelenggaraan
mesin dan peralatan yang bertujuan untuk menjadikan mesin dan peralatan dalam
sesebuah sistem dapat berfungsi mengikut perancangan yang telah dijadualkan oleh
pihak yang bertanggungjawab. Selain itu, ia adalah untuk mengesan,
membaiki dan mencegah kerosakkan yang berlaku pada mesin atau peralatan supaya ia
dapat berfungsi dengan sempurna.

6.11 Jenis Penyelenggaraan
6.11.1 Penyenggaraan pembaikkan dan kerosakkan.

Pembaikkan dilakukan setelah berlakunya kerosakkan pada mesin dan peralatan. Ia
adalah proses yang melibatkan pembaikpulih dan menggantikan peralatan secara
keseluruhan atau separa (Hafizi Zakaria, 2020).

6.11.2 Penyenggaraan pencegahan

Proses pencegahan dilakukan sebelum berlakunya kerosakkan. Penyelenggaraan adalah
seperti pembersihan, mencuci, menukar bahagian yang perlu dan sebagainya (Ahmad
Fauzi A.Wahab, 2001). Ianya sesuai apabila purata masa antara kerosakkan dapat
ditentukan dengan tepat. Kos kerosakkan yang mahal dan adanya sistem pengesanan.
6.12 Penyelenggaraan Mesin

Penyelenggaraan mestilah dilakukan mengikut jadual yang telah dibuat agar
keselamatan semasa menggunakan mesin lebih terjaga untuk mengelakkan sebarang
risiko yang tidak diingini berlaku. Oleh itu, senarai dibawah adalah antara perkara
yang perlu ada untuk penyelenggaraan mesin.
i. Memastikan persekitaran kawasan kerja selamat untuk melakukan pekerjaan.

84

PENGURUSAN MAKMAL DAN BENGKEL (BBP 30103)

ii. Setiap mesin mestilah diselenggarakan sebelum digunakan sebelum
kerosakkan bertambah teruk.
iii. Menyenaraiakan senarai Langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk
menjalankan sesebuah mesin.
iv. Mesin haruslah diuji dan dilaraskan pada masa-masa yang telah ditetapkanoleh
pengeluar.
v. Pelinciran pada mesin mestilah diperiksa setiap kali sebelum menggunakanya.
vi. Periksa alat keselamatan yang disediakan pada mesin
vii. Semua mesin mestilah dibersihkan setiap kali habis digunakan.

6.13 Penyelenggaraan Peralatan

Menurut (Hamiltin & Norizan Ahmad, 2001), penyelenggaraan peralatan dilakukan
untuk memeastikan semua peraltan dalam keadaan baik dan menjalankan pembaikpulih
apabila ia gagal berfungsi atau gagal beroperasi. Antara perkara yang perlu dilakukan
adalah untuk menjadikan peralatan dapat digunakan semua tanpa sebarang masalah.
i. Membolehkan peralatan yang rosak diperbaiki agar dapat digunakan semula
dalam keadaan baik.
ii. Mencegah kerosakan peralatan lebih teruk dan memastikan peraltan boleh
digunakan dengan selamat.
iii. Mengurangkan kos pembaikkan dengan menggunakan produk yang berkualiti.
iv. Mengurangkan iventori peralatan.

6.14 Penyelenggaraan Bahan

Pengurusan makmal dan bengkel sangat penting bagi sesebuah institusi mahupun
industri bagi memastikan ia sentiasa berada dalam keadaan yang teratur dan selamat
serta dapat digunakan untuk kegunaan pelajar (International Facility management
Association, 2004). Makmal dan bengkel perlu diselenggara dengan sempurna supaya
berada dalam keadaan yang kondusif untuk kegunaan pembelajaran dan pengajaran
serta perlu memenuhi aspek keselamatan yang ditetapkan

85

PENGURUSAN MAKMAL DAN BENGKEL (BBP 30103)

6.15 Pengurusan Inventori Dan Stok

Mengikut pekeliling Perbendaharaan Bil. 5 (2007) menyatakan bahawa aset-aset
kerajaan hendaklah dikendalikan dengan cekap, mahir dan juga teratur supaya dan
mengelakkan daripada pembaziran, menjimatkan kos, dapat mencapai jangka hayat
yang tekah ditetapkan, untuk mencegah penyalahgunaan bahan dan alatan serta dapat
mengelakkan daripada berlaku sesuatu kehilangan. Seharusnya, setiap ketua bengkel
dan makmal mempunyai pengetahuan untuk merekod dan mengumpul maklumat
berkaitan dengan bahan serta peralatan yang terdapat di bengkel dan makmal seperti
kerusi, meja kerja, alatan tangan, mesin-mesin, kipas dan lampu. Menurut Maziah
Ismail (2001), ia bertujuannya itu mewujudkan satu data yang lengkap, tepat dan
sentiasa dikemaskini di samping dapat memudahkan pengesanan dan pemantauan serta
membolehkan untuk penyelenggaraan, pelupusan dan penggantian. Kerja-kerja merekod
di makmal dan bengkel melibatkan rekod stok bahan kekal, stok bahan habisguna, rekod
keselamatan penggunaan bengkel, rekod penggunaan bahan dan alatan dan rekod
pinjaman.

6.16 Penyimpanan Bahan

Bahan-bahan kimia yang digunakan sama ada organik atau tidak organik hendaklah
dipisahkan dari bahan dan peralatan yang lain kerana bahan kimia yang beracun,
higroskopik dan mudah menghakis. Bahan kimia seperti ini mestilah perlu semak stok
kerana bahan mudah rosak jika tidak digunakan dalam tempoh yang lama.Jika terdapat
stok bahan yang lama, gunakan stok yang lama dahulu. Setiap bahan perlu memeriksa
tarikh penerimaan setiap botol mestilah ditulis dengan terang. Bahan kimia yang tidak
organik perlu disimpan berasingan daripada bahan kimia organik. Botol hendaklah
dilabel mengikut nama logam dan disusun mengikut abjad di dalam almari tertutup.
Mestilah disimpan di dalam almari untuk mengelakkan daripada dihinggapi habuk.
Untuk bahan kimia organic, pengudaraan yang baik yang penting kerana bahan ini
adalah cecair meruap, beracun dan mudah terbakar (Zuhairi Abd. Hamis, 2004).
Terdapat juga penyimpanan bahan di stor. Terdapat dua jenis stor yangdigunakan iaitu
stor utama dan stor agihan. Stor utama digunakan untuk menyimpan semua alatan dan

86

PENGURUSAN MAKMAL DAN BENGKEL (BBP 30103)

bahan pengajaran dan terletak di bahagian belakang bangunan. Bahan dari stor tidak
diagihkan kepada individu tetapi diagihkan kepada stor di setiap makmal. Stor tersebut
mestilah besar dan mempunyai pencahayaan yang baik. Stor agihan ialah stor
penyimpanan bahan yang diagihkan kepada pelajar di makmal (Yik & Lai, 2005).

6.17 Rekod Stok Diuruskan
Menurut Horner (1997), setiap bahan dan peralatan perlu didaftarkan dalam Buku
Rekod Penerimaan Peralatan dan Bahan di dalam Makmal. Stok akan direkodkan
berdasarkan jenis-jenis stok. Barang yang telah direkodkan akan ditulis sama ada
menggunakan pen merah atau pen hitam sahaja. Apabila barang tersebut ditulis
menggunakan warna pen merah, bermaksud barang tersebut telah direkodkan dan
disimpan dalam stok utama. Pen hitam atau biru bermakna barang tersebut telah
diagihkan kepada setiap makmal. Barang barang tersebut diagihkan berdasarkanborang
permohonan stok yang dilakukan.

6.18 Prosedur Pelupusan Dan Hapus Kira Bahan

Pelupusan merupakan satu proses dimana aset dari milikan, simpana serta rekod
dikeluarkan mengikut kaedah yang ditetapkan. Perlu di isikan borang Perakuan
Pelupusan KEW PA 16, borang laporan Lembaga Pemeriksa KEW PA 17, borang sijil
Penyaksian Pemusnahan Aset KEW PA 18 dan borang Laporan Tahunan Pelupusan
Aset. Pelbagai kaedah pelupusan boleh diguna pakai dan kuasa melulus menetapkan
kaedah pelupusan. Kaedah musnah adalah secara ditanam, dibakar, dibuang atau
ditenggelamkan. Aset yang dilupuskan adalah berdasarkan justifikasi. Antaranya tidak
boleh dibaiki, using, rosak dan tidak boleh digunakan, telah tamat tempoh penggunaan,
tiada alat ganti, tiada pembekal, tidak lagi diperlukan atau melebihi keperluan (Borhan
Abu Samah dan Abdul Halim Hadi, 2006).

6.19 Kesimpulan
Penyelenggaraan ialah satu fungsi yang perlu dititikberatkan dan diberi keutamaan. Ini
kerana, kerja penyelenggaraan yang dilakukan hendak mengekalkan kualiti yang baik
dan menjimatkan masa dan kos dalam segi penambahbaikan. Ia akan menjadi perkara

87

PENGURUSAN MAKMAL DAN BENGKEL (BBP 30103)
yang penting dalam sesebuah organisasi atau pembangunan untuk hari ini dan masa
akan datang. Ia memberi kesan yang mendalam dan manfaat kepada masyarakat
sekeliling. Pelaksaan penyelenggaraan yang sistematik akan melibatkan mengurangkan
pergunaan kewangan dan mengekalkan jangka masa yang panjang kepada ekonomi.
Menurut Zakaria et al. (2002), kepentingan penyelenggaraan bangunan bukan sahaja
untuk memanjangkan jangka hayat sesuatu sistem atau peralatan tetapi ia juga mampu
mencegah sebarang kemalangan atau penyakit dari berlaku. Oleh itu penyelenggaraan
bangunan harus meliputi ciri-ciri keselamatan secara menyeluruh bagi menjamin
keselamatan pengguna. Daripada itu, kita dapat mengetahui bahawa penyelenggaraan
yang baik akan menyelamatkan banyak pihak dan memberi kesan yang positif dari segi
keselamatan dan ketahanan sesuatu produk dan cara penyelenggaraan (Abdul Hakim
Mohammed & Wan Min Wan Mat, 2002)

88

PENGURUSAN MAKMAL DAN BENGKEL (BBP 30103)

BAB 7
PENGURUSAN ASET

Ts. Mohd Safiee Idris1,a,,Ahmad Ruslih1, b, Akmal Akif 1,c Farhan Izzuddin1, d,
Zunnurain Jasman1, e, Zulfadhli Jamaludin 1, f, Neil Burney 1, g Syahrul Ridzuan 1,h

1Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional,
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Parit Raja, 86400 , Batu Pahat, Johor, Malaysia

a) Corresponder author : [email protected]
b) [email protected]
c) [email protected]
d) [email protected]
e) [email protected]
f) [email protected]
g) [email protected]
h) [email protected]

Abstrak. This report focuses on Asset Management in the subject of Laboratory
Management. This report discusses the contents related to Procurement Procedures, Asset
Management Procedures and Disposal Procedures. A discussion conducted by seven
students found that each of the procedures emphasized is a mandate in the management
of the laboratory for each educational institution or industry. Asset management, broadly
defined, refers to any system in which goods of value to an entity or group are monitored
and maintained. In addition, good procurement planning by taking into account the
allocation obtained by the school will be able to avoid waste. All assets must be given an
identification mark by labeling, painting, embossing to show the Malaysian Government
Rights (HKM) mark and the name of the Ministry/Department in a place that is easily
visible and appropriate on the asset.

Keywords : Laboratory Management, Assets, Management, Educational Institutio

89

PENGURUSAN MAKMAL DAN BENGKEL (BBP 30103)

7.1 Pengenalan

Pengurusan aset, ditakrifkan secara umum, merujuk kepada sebarang sistem di mana
barangan yang mempunyai nilai bagi entiti atau kumpulan dipantau dan diselenggarakan.
Ia boleh dipakai bagi kedua-dua aset nyata dan konsep tidak nyata seperti harta
intelektual dan nama baik (“goodwill”). Pengurusan aset merupakan proses sistematik
bagi mengoperasi, mengekalkan, dan menaik taraf aset secara kos efektif, (“American
Association of State Highway and Transportation Officials” 2014). Pandangan lain
mengenai pengurusan aset dari segi konsep kejuruteraan adalah: Amalan pengurusan aset
supaya pulangan terbesar dicapai (konsep ini sangat berguna bagi aset penghasil seperti
loji dan peralatan); dan proses yang membina sistem kemudahan yang dipantau dan
dikekalkan, dengan matlamat menyediakan perkhidmatan yang sebaik mungkin kepada
pengguna (sesuai untuk aset-aset infrastruktur awam) (OSHA, 2016).

7.2 Tatacara Perolehan

Pengurus sekolah dan guru yang diberi tanggungjawab sepenuhnya terhadap semua
perolehan dan perbelanjaan yang dilakukan daripada bajet persekolahan. Mereka juga
hendaklah memahami dan mematuhi peraturan-peraturan yang ada bagi menentukan satu
sistem perolehan yang teratur dan sempurna, memastikan pengurusan perbelanjaan dibuat
dengan cekap dan berkesan, memastikan pengurusan perolehan mematuhi kehendak
undang-undang dan peraturan-peraturan sedia ada dan mengelakkan daripada dikenakan
tindakan saman akibat kecuaian dan kelemahan dalam urusan perolehan. Selain itu,
perancangan perolehan yang baik dengan mengambil kira peruntukan yang diperoleh
oleh pihak sekolah akan dapat mengelakkan pembaziran. Sebelum membuat pembelian
Pengurus Sekolah dinasihatkan untuk melakukan perancangan iaitu memastikan baki
peruntukan di akaun bank mencukupi dengan mengambil kira tanggungan yang belum
dibayar sebelum melakukan pesanan dan pembelian. Menentukan kuantiti yang hendak
dibeli dengan mengambil kira keperluan murid, guru dan kakitangan sekolah berdasarkan
perkara berikut iaitu, stok yang masih ada, kegunaan purata sebulan, kekerapan
penggunaan dan tarikh barangan akan dibekalkan. Pembelian barangan juga akan
memberi faedah pada sekolah dan perlu memastikan ahli jawatankuasa pengurusan
kewangan. (Miskan, Abdul, Hussin, Mohd, Ismail et al, 2018

90

PENGURUSAN MAKMAL DAN BENGKEL (BBP 30103)

Di samping itu, Ketua bidang/panitia mata pelajaran perlu membuat permohonan
pembelian kepada Pengurus Sekolah menggunakan borang Nota Minta untuk tujuan
kawalan pembelian yang lebih berkesan dan mematuhi pekeliling pembelian harta modal
yang sedang berkuat kuasa. Iaitu menggunakan peruntukan sekolah ada tidak melebihi
RM 10,000 adalah dibenarkan bagi peringkat sekolah. Bagi atas RM 10,0000 perlu
dapatkan kelulusan ketua Pusat Tanggungjawab. Bagi peruntukan Pusat Sekolah dan
Guru ialah sekolah memerlukan harta modal yang dibeli tidak melebihi RM10,000
setahun atau 30 peratus daripada jumlah peruntukan atau lebih rendah. Terdapat
pematuhan prosedur perolehan dan pembelian iaitu dari segi bekalan yang tersedia di
dalam kontrak pusat hendaklah dibeli terus daripada pembekal yang disenaraikan dalam
kontrak pusat. Seterusnya, sekolah dibenarkan membeli di luar daripada kontrak Pusat
sekiranya jumlah pesanan itu adalah tidak mencapai had pesanan minimum yang
ditetapkan dalam Pekeliling Kontrak Perbendaharaan bagi barangan berkenaan.
Bekalan/perkhidmatan yang tidak disenaraikan dalam kontrak pusat, pembelian
hendaklah dibuat daripada pembekal yang mengenakan harga yang berpatutan dan
berkualiti tertakluk kepada nilai bekalan atau perkhidmatan tersebut. (Yusoff, R.M, 2018)

Walaubagaimanapun, di dalam kaedah perolehan atau pembelian alatan dan bahan
pertama sekali, menentukan kuantiti yang dibeli dengan mengambil kira keperluan murid,
guru dan barangan akan dibekalkan dan kekerapan penggunaan. Kedua, ketua bidang
mata pelajaran dan panitia perlu menggunakan borang sebelum melakukan sebarang
pembelian. Ketiga, bekalan perkhidmatan yang terdapat dalam kontrak pusat hendaklah
dibeli terus kepada pembekal. Keempat, semua pembelian hendaklah dibuat dengan
menggunakan borang pesanan sekolah. Kecuali pembayaran yang dibeli secara runcit.
Jika diluluskan ia akan dimasukan ke dalam sistem dan invois perlu diserahkan kepada
pejabat bagi melakukan pembayaran. (Yusoff, R.M, 2018)

Malah, di dalam penerimaan bekalan, proses ini adalah untuk memastikan setiap
barang-barang stor yang diterima menepati spesifikasi yang ditetapkan, menentukan
kualiti dan kuantiti sebenar mengikut pesanan dan memastikan barang-barang stor
diterima dalam keadaan yang baik, sempurna dan selamat digunakan. Rekod penerimaan
perlu dilakukan dan oleh itu penerima hendaklah menyemak barang-barang tersebut
berdasarkan pesanan kerajaan, nota hantaran, bil serahan, invois atau sebarang dokumen

91

PENGURUSAN MAKMAL DAN BENGKEL (BBP 30103)

penghantaran yang sah. Pengesahan hanya boleh dilakukan apabila telah ada kepastian
barang telah lengkap diterima. Setiap penerimaan perlu direkod ke dalam kad petak, kad
kawalan stok dan sistem SPS. Penyelenggara perlu mencetak akuan penerimaan sebagai
rekod penerimaan stok daripada pembekal. Semua rekod penerimaan perlu difailkan di
fail khas penerimaan barang. Pemulangan barang-barang yang belum guna, barang yang
telah dikeluarkan dari stor tetapi belum digunakan dan hendak dikembalikan ke Stor
hendaklah dimasukkan sebagai stok biasa. (Nodin et, 2010)

Dalam perolehan terdapat beberapa prinsip yang ditekankan iaitu akauntabiliti awam,
diurus secara telus, nilai faedah yang terbaik, saingan terbuka serta adil dan saksama.
Sistem perolehan bagi kerajaan terbahagi kepada dua iaitu berpusat (centralised) iaitu
melalui Kementerian Kewangan dan tidak berpusat (decentralised) (Pekeliling
Perbendaharaan Malaysia, 2022).

Terdapat tiga jenis perolehan iaitu bekalan, perkhidmatan dan kerja. Kaedah perolehan
pula adalah melalui Panjar Wang Runcit, Kontrak Pusat, Perolehan Terus ( Pembelian
Terus), Sebut Harga, Tender, Perolehan Darurat, Perolehan secara gotong-royong,
Perolehan melalui pelanjutan/perubahan kontrak, melalui penggunaan kontrak jabatan
lain, rundingan terus, perolehan melalui perunding, serta perolehan melalui Jabatan
Teknik (JKR & JPS) (Kementerian Kewangan, 2022).

Perancangan Perolehan bermula dengan agensi hendaklah mengemukakan senarai

perolehan yang akan dipelawa bagi satu-satu tahun itu kepada Ketua Agensi masing-

masing pada bulan Disember tahun sebelumnya. Senarai perolehan hendaklah termasuk

kategori perolehan (bekalan/perkhidmatan/kerja), peruntukan kewangan dan tarikh tender

yang akan dipelawa serta dijangka untuk dibentangkan dalam mesyuarat Lembaga

Perolehan. Agensi hendaklah membuat perancangan perolehan bagi mengawal kos dan

menangani masalah dalam melaksanakan sesuatu perolehan. Amalan untuk

menghabiskan peruntukan di penghujung tahun adalah tidak dibenarkan.(Pekeliling

Perbendaharaan Malaysia, 2022).

92

PENGURUSAN MAKMAL DAN BENGKEL (BBP 30103)

Dalam Pekeliling Perbendaharaan Malaysia (2022), agensi perlu memberi perhatian
kepada perkara-perkara berikut dalam perancangan perolehan seperti menyediakan
carta/jadual proses iaitu Jadual Umum untuk semua perolehan yang hendak dilaksanakan
untuk tahun berkenaan dan seterusnya Jadual pelaksanaan khusus untuk setiap perolehan.
Seterusnya, menjalankan kajian pasaran/ sumber perolehan/ bekalan di pasaran tempatan
untuk menentukan sama ada barangan terdapat di pasaran tempatan (product availability)
dan mendapatkan anggaran harga pasaran. Dalam hal ini, trend harga pembelian dalam
urusan perolehan sama ada oleh Agensi tersebut atau agensi lain boleh dijadikan sebagai
panduan. Selain Itu, mengambil kira dasar-dasar/peraturan khusus Kerajaan dan dasar-
dasar semasa dan Penyediaan spesifikasi dan penyediaan dokumen dokumen berkaitan
bagi melaksanakan dasar dan peraturan antaranya barangan/bekalan hendaklah dari
buatan tempatan. Barangan import hanya dibenarkan jika ia tidak boleh diperoleh dari
sumber dalam negeri.

7.3 Tatacara Pengurusan Aset

(Menurut pekeliling perbendaraan, 2022) Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan
(TPA) adalah tatacara bagi menguruskan Harta Modal dan Inventori. Aset bermaksud
harta benda kepunyaan atau milikan atau di bawah kawalan Kerajaan yang dibeli atau
yang disewa beli dengan wang Kerajaan, yang diterima melalui sumbangan atau hadiah
atau diperolehi melalui proses perundangan. Aset Alih bermaksud aset yang boleh
dipindahkan dari satu tempat ke satu tempat yang lain termasuk aset yang dibekalkan atau
dipasang bersekali dengan bangunan. Aset Alih terbahagi kepada dua (2) kumpulan
iaitu:-

7.3.1 Harta Modal

Aset Alih yang harga perolehan asalnya RM1,000 (Ringgit Malaysia Satu Ribu) dan ke
atas setiap satu. Aset Alih yang memerlukan penyelenggaraan secara berjadual tanpa
mengira harga perolehan asal. Penyelenggaraan secara berjadual merujuk kepada aset

93


Click to View FlipBook Version