DPP C4
KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI
MARA PASIR MAS
INFORMATION SHEET
PROGRAMME DUA20032/62 SEM 2
SESSION PENGAJIAN MALAYSIA SHEET NO. LP01
COD/COURSE WEEK 1
NO. OF STUDENTS 2 JAM VENUE
DURATION SITI JAMILAH BT YUSOF
LECTURER
UNIT UNIT 1: SEJARAH & POLITIK
SUB-UNIT :
1.1 Latar belakang sejarah awal negara
1.2 Kemerdekaan
LEARNING Pada akhir p&p pelajar dapat :
OUTCOME 1. Menyatakan latarbelakang kerajaan Melayu Melaka.
2. Menjelaskan wujudnya proses pendudukan kuasa asing di negara ini yang
berlaku akibat kemasukan kuasa asing yang silih berganti.
3. Membincangkan proses Tanah Melayu mencapai kemerdekaan.
Page 1 of 61
DPP C4
UNIT 1.0 : SEJARAH DAN POLITIK
1.1 LATAR BELAKANG SEJARAH AWAL NEGARA
1.1.1 Sejarah Awal Tanah Melayu
Sejarah awal negara ini telah pun bermula sejak beribu-ribu tahun dahulu. Penemuan-penemuan
arkeologi membuktikan beberapa kawasan di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak telah didiami manusia
sejak zaman prasejarah lagi. Di Malaysia, kewujudan zaman paleolitik dikenal pasti telah berlaku lebih
kurang 35 ribu tahun dahulu. Antara petempatan awal manusia adalah di Kota Tampan, Perak, Gua Niah
di Sarawak dan Tingkayu di Sabah. Perkembangan masyarakat dari zaman Paleolitik ke zaman Mesolitk,
zaman Logam hingga zaman Proto sejarah memperlihatkan pembangunan tamadun yang pesat di tanah
air sejak sebelum masihi hinggalah abad sepuluh yang pertama. Perkembangan ini terus berlaku pada
abad-abad seterusnya yang menyaksikan perkembangan kebudayaan berasaskan kepercayaan dengan
kemasukan pengaruh Buddha, Hindu dan kemudiannya Islam.
1.1.2 Kerajaan-Kerajaan Melayu Lama
1.1.2.1 Asal Usul Kerajaan Melayu
a) Gangga Negara (Kurun-2 hingga Kurun-11)
Gangga Negara dipercayai merupakan kerajaan Melayu Hindu yang hilang dan ada disebut dalam
Sejarah Melayu yang kini merangkumi Beruas, Dinding dan Manjung yang pada masa kini terletak di
negeri Perak, Malaysia. Raja Gangga Shah Johan dipercayai sebagai salah seorang raja yang
memerintah Gangga Negara. Para penyelidik mempercayai bahawa kerajaan ini berpusat di Beruas dan
runtuh selepas serangan oleh Raja Rajendra Chola I dari Coromandel, India Selatan antara tahun 1025
dan 1026. Menurut sebuah lagi catatan sejarah Melayu, Hikayat Merong Mahawangsa yang juga dikenali
sebagai Hikayat Kedah, Gangga Negara mungkin telah diasaskan oleh anak Merong Mahawangsa, Raja
Ganjil Sarjuna dari Kedah, yang dikatakan keturunan Iskandar Agung atau keluarga diraja Khmer tidak
lewat dari abad ke-2.
Jabatan Muzium Negara telah mengkaji kerajaan Gangga Negara dari pelbagai sudut termasuk
tradisi lisan yang terdapat di negeri Perak. Pihak muzium Beruas telah ditugaskan untuk membuat
penyelidikan dari sudut arkeologi. Kerajaan Gangga Negara meliputi Beruas dan Dinding/Manjung. Artifak-
artifak arca Buddha abad ke-5 dan ke-6 Masihi yang dijumpai di Beruas menunjukkan kewujudan kerajaan
Gangga Negara ini yang berpusat di Beruas. Pengasas Kerajaan Gangga Negara ialah Raja Ganjil
Sarjuna dari Kedah.
Page 2 of 61
DPP C4
Pendapat lain mengatakan Kerajaan Gangga Negara dibuka oleh Raja Khmers dari Kemboja.
Menurut kajian lain menyatakan bahawa Kerajaan Gangga Negara wujud tidak lewat pada abad ke-2
Masihi. Kerajaan Gangga Negara ini dipercayai terletak di daerah Dinding (Manjong) di kawasan Selatan
Gunung Bubu (1657 meter ) arah timur Bukit Segari di tepi Sungai Dendang. Pendapat ini juga menyebut
kemungkinan pusat Kerajaan Gangga Negara berubah-ubah. Dengan menggunakan jumpaan artifak-
artifak purba dan pengaliran cabang Sungai Perak, kerajaan ini dipercayai pernah berpusat di Pangkalan
(Ipoh), Lembah Kinta, Tanjung Rambutan, Bidor dan Sungai Siput.
Kewujudan Kerajaan Gangga Negara dan kemudiannya Kerajaan Melayu Beruas tidak dapat
dinafikan oleh penyelidik sejarah pada hari ini. Kedua-dua kerajaan tua yang dikatakan pernah bertapak di
bumi Beruas bukanlah suatu kisah dongeng ataupun mitos semata-mata. Hal ini berikutan beberapa
peninggalan kesan sejarah mengenainya yang masih wujud di beberapa kawasan negeri Perak amnya
dan Beruas khususnya.
b) Beruas
Penyelidikan pertama mengenai kerajaan Beruas dimulakan oleh Kolonel James Low pada tahun 1849
dan satu abad kemudian oleh HG Qlaritch-Males. Menurut Jabatan Antikuiti dan Muzium, kedua
penyelidik bersetuju bahawa kerajaan Gangga Negara memang wujud tetapi tidak dapat ditentukan
tapaknya secara tepat. Selama beberapa tahun, penduduk kampung telah membongkar artifak, termasuk
nisan dengan tulisan yang menunjukkan bahawa Beruas mungkin merupakan titik mula penyebaran Islam
di Semenanjung Malaysia. Kebanyakan artifak yang dipercayai wujud semenjak kerajaan kuno, kini
dipamerkan di Muzium Beruas bertarikh abad ke-5 dan ke-6. Artifak yang dipamerkan termasuk meriam
128 kg, pedang, keris pitis, ketulan timah, tembikar dari kerajaan Dinasti Ming dan pelbagai era, dan
tempayan besar. Melalui artifak ini, telah dijangkakan bahawa Pangkalan (Ipoh), Lembah Kinta, Tanjung
Rambutan, Bidor dan Sungai Siput merupakan sebahagian kerajaan Beruas. Penemuan artifak turut
memperlihatkan bahawa pusat kerajaan mungkin telah berpindah beberapa kali. Gangga Negara
dinamakan Beruas selepas Islam bertapak di sana.
c) Langkasuka (kurun-2 hingga kurun-14)
Langkasuka juga dikenali sebagai Lang-ya-shiu, Lang-chia-shu (China), Langasyuka (Arab) dan
Ilangasoka (inkripsi Tangore). Mengikut catatan pelawat-pelawat China yang mengadakan hubungan
diplomatik dengan negeri-negeri Asia Tenggara pada abad ke-2 Masihi, “Lang-ya-shiu” atau Langkasuka
(Paul Wheatley 1961, 387-412) sudah pun wujud ketika itu. Berpandukan catatan tersebut ahli-ahli sejarah
Eropah percaya bahawa negeri Langkasuka yang terletak di pantai timur Semenanjung Tanah Melayu
antara Senggora (Songkhla) dan Kelantan itu adalah lokasi asal negeri Patani. Langkasuka ialah sebuah
kerajaan Hindu Melayu silam yang terletak di Semenanjung Tanah Melayu. Kerajaan ini bersama-sama
dengan Kerajaan Kedah Tua berkemungkinan merupakan kerajaan yang paling awal di Tanah Melayu.
Mengikut satu sumber, kerajaan ini diasaskan pada kurun ke-2 Masihi. Lagenda orang Melayu mendakwa
bahawa Langkasuka diasaskan di Kedah, tetapi kemudian berpindah ke Pattani. Persoalan Langkasuka
bertukar menjadi Patani masih belum dapat dipastikan oleh para pengkaji sejarah kerana tidak ada
Page 3 of 61
DPP C4
sebarang cacatan sejarah yang jelas mengenainya.
d) Kerajaan Patani
Negeri Patani memiliki sejarah yang cukup lama, jauh lebih lama daripada sejarah negeri-negeri lain di
Semenanjung Tanah Melayu seperti Melaka, Johor dan Selangor. Sejarah lama Patani merujuk kepada
kerajaan Melayu tua pengaruh Hindu-India bernama Langkasuka sebagaimana dikatakan oleh seorang
ahli antropologi sosial di Prince of Songkla University di Patani, Seni Madakakul. Beliau menyatakan
bahawa Langkasuka itu terletak di Patani dan pendapat beliau ini didukung oleh sejarawan lain seperti
Prof. Zainal Abidin Wahid, Mubin Shepard, Prof. Hall dan Prof. Paul Wheatly. Lebih jauh dari itu, seorang
pengkaji sejarah, Sir John Braddle, menegaskan bahawa kawasan timur Langkasuka meliputi daerah
pantai timur Semenanjung, dari Senggora, Patani, Kelantan sampai ke Terengganu, termasuk juga
kawasan sebelah utara negeri Kedah (M. Dahlan Mansoer, 1979).
Dalam buku sejarah negeri Kedah, yakni Hikayat Merong Mahawangsa, ada menyebut bahawa
negeri Langkasuka terbahagi kepada dua: Sebahagian terletak di negeri Kedah iaitu terletak di kawasan
tebing sungai Merbok. Sebahagian yang lain terletak di sebelah timur Kedah, iaitu di pantai Laut China
Selatan. Dalam hal ini, Prof. Paul Wheatly tanpa ragu-ragu mengatakan bahawa Langkasuka terletak di
Patani sekarang. Pendapat beliau dikuatkan dengan penemuan kepingan batuan purba peninggalan
kerajaan Langkasuka di daerah Jerang dan Pujud (nama-nama kota pada masa itu). Paul Wheatly turut
menjelaskan bahawa kerajaan Langkasuka menguasai jalan perdagangan timur-barat melalui Segenting
Kra dan kekuasaannya meliputi kawasan semenanjung sehingga ke Teluk Benggala. Kerajaan Melayu
Langkasuka wujud sehingga menjelang abad ke-13 dan diganti oleh Kerajaan Melayu Patani. Ada
pendapat pengkaji sejarah yang mengatakan Jerang atau Djere merupakan ibukota Langkasuka. Asal
usul orang Patani menurut para antropologi berasal dari suku Jawa-Melayu, Pada ketika itu, suku inilah
yang mula-mula mendiami Tanah Melayu. Kemudian berdatangan pedagang Arab dan India yang
melakukan persemendaan (perkahwinan) sehingga menurunkan keturunan Melayu Patani di selatan Thai
sekarang. Tanah Melayu telah didatangi pedagang dari Arab, India dan China sejak sebelum Masihi.
Seorang pengembara China menyebut bahawa ketika kedatangannya ke Langkasuka pada tahun 200
Masihi, beliau mendapati negeri itu telah lama dibuka.
Patani adalah sebuah kerajaan yang termaju di Semenanjung Tanah Melayu dan sebuah
pelabuhan yang penting sejak kurun ke-8 Masihi. Hal ini kerana Teluk Langkasuka (Teluk Patani
sekarang) sangat sesuai dijadikan tempat kapal-kapal dagang berlabuh dan berlindung daripada ribut
tengkujuh. Namun begitu, persoalan Langkasuka bertukar menjadi Patani masih belum dapat dipastikan
oleh para pengkaji sejarah kerana tidak ada sebarang cacatan sejarah yang jelas mengenainya.
d) Pan Pan (kurun-3 hingga urun-5)
Pan Pan ialah sebuah kerajaan Hindu kecil yang dipercayai wujud pada kurun ketiga hingga ketujuh
masihi dan terletak di suatu kawasan di Kelantan atau Terengganu, Malaysia. Tidak banyak yang
Page 4 of 61
DPP C4
diketahui tentang kerajaan ini. Dipercayai bahawa kerajaan ini ditakluk oleh empayar yang lebih besar
iaitu Srivijaya. Semasa Dinasti Utara dan Selatan pada tahun 529, 533, 534, 535 dan 571, Kerajaan Pan
Pan pernah menghantar ufti ke China. Antaranya pada tahun 616 dan 637 kerajaan Pan Pan pernah
menghantar ufti kepada Dinasti Tang
e) Srivijaya (kurun-7 hingga kurun-14)
Srivijaya (juga disebut Sri Vijaya atau Sriwijaya ) ialah sebuah empayar maritim Melayu purba yang
berpusat di Sumatera dan Semenanjung Tanah Melayu yang banyak mempengaruhi Asia Tenggara. Bukti
terawal kewujudannya adalah dari abad ke-7; apabila seorang sami Buddha dari China, I-Tsing, ada
menulis tentang lawatannya selama 6 bulan ke Srivijaya pada tahun 671. Batu Bersurat Kedukan Bukit
bertarikh 683 masihi yang ditemui di Palembang, Sumatera juga ada menyebut tentang Srivijaya.
Kerajaan ini runtuh sepenuhnya pada abad ke-13 disebabkan pelbagai faktor. Antaranya ialah
kebangkitan kerajaan Jawa Majapahit. Dari abad ke-8 hingga abad ke-11, Srivijaya adalah pusat
perkembangan agama Buddha yang utama di kepulauan Melayu. Dalam Bahasa Sanskrit, sri (शशशश)
bermaksud "seri" atau "sinar" dan "vijaya" (शशशश) bermaksud "kejayaan" atau "kemenangan".
Selepas kejatuhan Srivijaya, kerajaan itu dilupakan sepenuhnya dan ahli sejarah tidak pernah
menganggap ada kerajaan bersatu sebesar Srivijaya yang pernah wujud di kepulauan Asia Tenggara.
Kewujudannya pertama kali diakui secara rasmi pada tahun 1918, oleh ahli sejarah berbangsa Perancis,
Georges Coedès. Kebesaran raja Srivijaya digambarkan melalui catatan Arab yang mensifatkannya
sebagai ‘raja di gunung’ dan ‘maharaja di pulau’. Kedua-dua gelaran itu menggambarkan kebesaran raja
yang mempunyai kuasa sakti, berkuasa multak, dan bersifat ketuhanan. Raja Srivijaya memerintah secara
multak dan dibantu oleh menteri yang menjadi perantaraan raja dengan rakyat.
Akibat dari kekacauan yang berlaku di pesisir pantai China ketika zaman kejatuhan Dinasti Tang,
bukan hanya aktiviti perdagangan orang Arab dan Parsi dengan China terjejas teruk, malah Srivijaya juga
menerima kesan besar daripadanya. Walaupun Srivijaya masih menguasai laluan perdagangan di Selat
Melaka dan pesisir utara Semenanjung Tanah Melayu, perdagangan dan kekayaannya mula merosot
pada penghujung kurun ke-9 dan awal kurun ke-10. Menjelang tahun 925 masihi, tiada lagi komuniti
pedagang asing di China. Kekacauan dan pelanunan semakin menjadi-jadi selama beberapa dekad
berikutnya di sepanjang pesisir selatan China. Pada penghujung kurun ke-10, perdagangan dengan Asia
Selatan dan Asia Tenggara mula pulih dengan peranan Dinasti Song Selatan di China, bagaimanapun hal
itu menimbulkan persaingan yang serius antara Srivijaya dengan Kerajaan Medang di Jawa Timur dan
Wangsa Chola di India selatan. Ketiga-tiga kerajaan bersaing merebut laluan perdagangan dengan China
yang baru pulih.
Berakhirnya Kerajaan Srivijaya tidak bermakna tamatnya tradisi pemerintahan istana Melayu.
Beberapa percubaan untuk menghidupkan kembali Srivijaya telah dilakukan oleh waris-waris diraja
Srivijaya yang menjadi pelarian di negeri-negeri yang masih setia sebagai jajahan Srivijaya. Pada tahun
1293, Majapahit yang merupakan pengganti kerajaan Singhasari menguasai sebahagian besar Sumatera.
Page 5 of 61
DPP C4
Putera Adityawarman diberi tanggungjawab memerintah Sumatera pada tahun 1347 oleh pemerintah
ketiga Majapahit, Tribhuwana Wijayatunggadewi. Satu pemberontakan yang berlaku pada tahun 1377
berjaya dipatahkan oleh Majapahit. Pada tahun 1324, Sang Nila Utama yang mendakwa dari keturunan
diraja Srivijaya di Banten, bersama para pengikut dan tenteranya yang terdiri dari orang laut, telah
menubuhkan Kerajaan Singapura Lama di Temasik. Menurut Sejarah Melayu dan ahli sejarah China,
Wang Ta Yuan, orang Siam menyerang kerajaan Singapura di antara tahun 1330 hingga 1340, namun
berjaya dikalahkan. Serangan Majapahit pada penghujung abad ke-14 bagaimanapun berjaya
menundukkan kerajaan ini, dan rajanya yang terakhir, Parameswara terpaksa melarikan diri ke
Semenanjung Tanah Melayu.
Parameswara kemudiannya mengasaskan Kesultanan Melayu Melaka pada tahun 1402.
Kesultanan Melayu Melaka akhirnya menggantikan kedudukan Srivijaya sebagai kuasa politik Melayu
yang utama di Kepulauan Melayu. Walaupun Kesultanan Melaka jatuh pada tahun 1511, Melaka kekal
menjadi suatu prototaip institusi: satu paradigma tata urus negara dan satu titik rujukan budaya Melayu
untuk negeri-negeri pengganti seperti Kesultanan Johor (1528–kini), Kesultanan Perak (1528–kini) dan
Kesultanan Pahang (1470–kini).
e) Kedah Tua
Kerajaan Kedah Tua merupakan salah satu kerajaan awal terkenal yang terletak di Semenanjung Tanah
Melayu. Kedah Tua juga dikenali sebagai Kataha, Kadaram, Sai, Kalah, Kalah Bar dan Kalagram. Menurut
catatan I-Tsing dari negara China, Kedah Tua juga disebut sebagai Cheh-Cha. Kerajaan Kedah Tua
diasaskan pada abad ke-5. Pada peringkat awal, Sungai Mas merupakan pelabuhan utama tetapi
kemudian dipindah ke Lembah Bujang. Kedah Tua dipengaruhi oleh agama Buddha dan seterusnya diikuti
oleh agama Hindu. Pengaruh Hindu-Buddha ini boleh dibuktikan melalui peninggalan candi yang terletak
di Lembah Bujang.
Gunung Jerai telah menjadi petunjuk atau panduan kepada pedagang luar untuk singgah di
pelabuhan Lembah Bujang ataupun di Sungai Mas. Pelabuhan Kedah Tua telah menjadi tempat
pertukaran barang, tempat persinggahan dan tempat membaiki kapal pelayar dan pedagang dari Arab,
India, Sri Lanka, Parsi dan Eropah sebelum mereka meneruskan perjalanan mereka ke Timur. Pelabuhan
ini juga menjadi pusat perdagangan pelbagai hasil tempatan yang dikumpul oleh penduduk tempatan
seperti bijih timah, emas, beras, lada hitam, gading, damar, rotan, tanduk dan sebagainya. Walaupun
Kedah Tua adalah sebuah kerajaan samudera tetapi kerajaan ini juga menjadi pengeluar padi terkenal
kerana dikurniakan tanah pamah yang rata dan luas.
Kerajaan Kedah Tua mencapai zaman kegemilangan semasa pemerintahan Sultan al-Mutawakil
(847-861). Hal ini dapat dibuktikan melalui penemuan wang perak pada zaman Sultan al-Mutawakil, manik
yang dibawa dari negara India dan barangan kaca dari Timur Tengah.
1.1.2.2 Kerajaan-kerajaan Melayu Selepas Kerajaan Melayu Lama
Page 6 of 61
DPP C4
a) Kerajaan Melaka
Parameswara mangkat pada tahun 1414 dan takhta diwarisi anaknya, Sultan Megat Iskandar Shah 1414-
1424. Megat Iskandar kemudiannya digantikan oleh putera baginda, Sri Maharaja, yang kemudiannya
mengambil gelaran "Sultan Muhammad Shah, Melaka" (1424-1444). Kemangkatan Sultan Mahmud Syah
dalam tahun 1444, telah digantikan oleh putera bongsunya dari isteri kedua baginda Puteri Rokan, Raja
Ibrahim. Disebabkan pemerintah sebenarnya adalah sepupu Puteri Rokan, orang-orang besar Melaka
tidak setuju dan telah membunuh Raja Ibrahim dan dimakamkan dengan gelaran "Sultan Abu Syahid".
Kekanda Raja Ibrahim, Raja Kassim anak isteri pertama Tun Wati, menaiki takhta pada tahun1445
dengan memakai gelaran “Sultan Muzaffar Syah" (1445-1456). Baginda menaiki takhta dan
mengisytiharkan Islam sebagai agama rasmi negeri. Pendakwah-pendakwah Islam dihantar oleh
banginda ke seluruh Kepulauan Melayu seperti Jawa, Borneo dan Filipina.
Sebahagian besar penduduk Asia Tenggara pada ketika itu beragama Hindu. Semasa
pemerintahan Sultan Muzaffar Syah, pihak Siam telah membuat dua serangan ke atas Melaka. Serangan
pertama diketuai oleh Awi Chakra melalui darat pada tahun 1445, tetapi berjaya ditewaskan oleh Tun
Perak dan Tun Hamzah (Tok Bongkok) tidak jauh dari Muar. Pada tahun 1456, Siam sekali lagi
melancarkan serangan kedua pada 1456 yang diketuai oleh Awi Dichu melalui laut, dan juga berjaya
dipatahkan oleh Tun Perak. Selepas dua kekalahan di darat dan laut ini, Siam tidak lagi mencuba untuk
menyerang empayar Melayu Melaka. Tun Perak telah dijadikan bendahara dengan gelaran "Bendahara
Paduka Raja". Beliau berkhidmat di bawah empat sultan dan merupakan tulang belakang kepada
perkembangan Melaka ke mercu kekuasaannya di Kepulauan Melayu.
Sultan Melaka Tempoh memerintah
Parameswara
(Raja Iskandar Shah) 1400 – 1414
Sultan Megat Iskandar Shah
Sultan Muhammad Shah 1414 – 1424
Sultan Abu Syahid 1424 – 1444
Sultan Muzaffar Shah 1444 – 1446
1446 – 1456
Page 7 of 61
DPP C4
Sultan Mansur Shah 1456 – 1477
Sultan Alauddin Riayat Shah 1477 – 1488
Sultan Mahmud Shah 1488 – 1511
b) Kerajaan Johor
Sejarah Johor sudah pun bermula pada tahun 801 Masihi sebagai suatu petempatan perdagangan yang
penting. Semasa abad ke-14, kawasan itu menjadi wilayah tanggungan empayar Majapahit sehingga
muncul pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka (1400-1511) yang menyaksikan Johor menjadi pula
menjadi salah sebuah jajahan pemerintahan Melaka. Pada tahun 1511, Melaka dikuasai oleh pihak
Portugis dan Sultan Mahmud Shah , Sultan Melaka ketika itu, melarikan diri ke Pahang dan kemudiannya
ke Banten di Johor.
Kesultanan Johor ditubuhkan oleh Sultan Alauddin Riayat Shah II, anakanda Sultan Mahmud
Shah pada tahun 1528. Wilayah jajahan kerajaan ini ialah Johor, Riau, wilayah yang terBanteng dari
sungai Klang hingga ke Linggi dan Tanjung Tuan, Muar, Batu Pahat, Singapura, Pulau Tinggi dan pulau-
pulau lain di Pantai Timur Semenanjung Tanah Melayu serta Kepulauan Karimun, Bintan, Bulang, Lingga,
Bungaran, Kota Baru, Kampar dan Siak di Sumatera. Pada tahun 1946, negeri Johor menjadi sebahagian
daripada Malayan Union. Dua tahun kemudian, Johor menyertai Persekutuan Tanah Melayu dan
seterusnya Malaysia pada tahun 1963.
c) Kerajaan Perak
Page 8 of 61
DPP C4
Bukti awal wujudnya penempatan di Perak adalah berdasarkan penemuan-penemuan arkeologi.
Beberapa artifak purba telah pernah ditemui di kawasan-kawasan seperti Kota Tampan dan Gua Badak di
Lenggong, Gua Kerbau di Sungai Siput dan Gunung Churau di Ipoh. Selain itu, terdapat juga catatan di
dalam naskhah Sejarah Melayu tentang kewujudan kerajaan tua di Perak seperti Beruas dan Dinding.
Pernah juga disebut sebuah negeri bernama ‘Gangga Negara’ yang dipercayai wujud pada abad ke-5
atau ke-6 di kawasan Beruas atau Manjung, Perak.
d) Kerajaan Pahang
Pahang Darul Makmur mempunyai pelbagai nama. Penulis Cina menggelarnya sebagai Pang-Hang,
Peng-Heng, Pang-Heng, Pong-Fong, Phe-Hang, Pang-Kang dan lain-lain. Di dalam buku yang berjudul
Chu-Fan-Chi yang diterbitkan pada 1225, Choa Ju-Kua mengatakan bahawa antara negeri yang diserang
oleh San-Fo-Chi ialah sebuah negeri yang digelar Peng-Keng, iaitu Pahang. Rekod lain termasuklah buku
yang ditulis oleh Fei Shin (1436), dan buku Nagarakertagama yang ditulis oleh Mpu Prapanca (1365).
Pada zaman itu, orang Arab dan orang Eropah menggelar Pahang sebagai Pam, Pan, Phang,
Paam, Poa, Paon, Phamm, Paham, Fanhan, Phang, dan Pahagh. Ahli sejarah G.R Tibbets pernah
mengulas sebuah cerita yang ditulis oleh Al-Masudi, ahli sejarah dan ahli geografi Arab yang juga dikenali
sebagai "Herodotus Arab". Tibbets percaya bahawa Fanjab yang disebut di dalam buku itu ialah Pahang.
Bagaimanapun beliau berpendapat bahawa nama Fanhan atau Panghang/Panhang adalah lebih tepat
berbanding dengan Fanjab. Sesetengah orang mengatakan bahawa nama 'Pahang' berasal daripada
salah satu bahasa orang asli Thailand yang membawa pengertian 'bijih'. Orang asli tersebut tinggal di
kawasan ini dan membuka banyak kawasan pelombongan, khususnya di Sungai Lembing. Menurut
Page 9 of 61
DPP C4
sebuah cerita Melayu lama pula, sebatang pokok 'mahang' raksasa (keladi besar) yang tumbuh
berhampiran Sungai Pahang jatuh menyeberangi sungai itu dan berdasarkan kejadian itu maka lahirlah
nama negeri Pahang.
Pahang juga dikenali sebagai 'Inderapura' atau 'Pahang Inderapura', dengan Pekan menjadi
bandar diraja yang terkenal pada suatu ketika. Bagi Kesultanan Melayau Melaka, Pahang dikenali sebagai
'Pura'. Ahli arkeologi telah melakukan banyak penyelidikan dan kerja ekskavasi di beberapa tempat di
Pahang. Tapak arkeologi yang popular di Pahang termasuklah gua, gunung, tebing sungai, dan kawasan
pelombongan yang lama, serta sebilangan ruang terbuka. Antara artifak yang ditemui ialah alat batu,
tembikar, dan alat gangsa, serta alat besi.
Tapak arkeologi yang terkenal di Pahang termasuk:
Kota Tongkat, Kota Gelanggi (berhampiran Jerantut),
Tersang (Kuala Lipis), Nyong, Kampung Batu
Pasir Garam, dan Kampung Pagi (titik pertemuan Sungai Tembeling dengan Sungai Pahang);
Gua Kecil (Raub);
Gunung Senyum, Bukit Chintamanis (Karak),
Gunung Tongkat, Gunung Kecil, Gunung Bama,
Gunung Kota Gelanggi, dan Bukit Jong;
Banyak alat pertanian telah ditemui di bawah tanah, termasuklah kepala lembing, pisau, sabit,
cangkul, dan alat besi lain yang luar biasa. Artifak itu ditemui di sebilangan tempat, termasuk tebing
Sungai Lembing, Teluk Lubuk Puai, dan Bukit Jong (di tebing Sungai Lipis). Ahli arkeologi mempercayai
bahawa alat itu dibuat oleh orang pada zaman batu terakhir, iaitu Zaman Neolitik.
e) Kerajaan Negeri Sembilan
Nama Negeri Sembilan itu terhasil apabila terbentuknya sebuah negeri yang berasaskan gabungan
sembilan buah negeri atau kawasan. Negeri-negeri tersebut asalnya adalah Sungai Ujong, Naning,
Rembau, Jelebu, Johol, Klang, Jelai, Ulu Pahang dan Segamat. Namun begitu, kawasan seperti Klang
kemudian telah diserahkan kepada Selangor, Jelai dan Ulu Pahang diberikan kepada Pahang sementara
Segamat diberikan kepada Johor. Kemudiannya, sembilan kawasan lain terkumpul di dalam Negeri
Page 10 of 61
DPP C4
Sembilan iaitu Sungai Ujong, Rembau, Jelebu, Johol, Ulu Muar, Inas, Gunung Pasir, Terachi dan Jempol.
Kawasan-kawasan tersebut telah digabungkan menjadi Negeri Sembilan (Hari ini, hanya terdapat tujuh
daerah sahaja dalam Negeri Sembilan, iaitu Jelebu, Jempol, Kuala Pilah, Seremban, Port Dickson,
Rembau dan Tampin.)
f) Kerajaan Selangor
Asal-usul Selangor juga boleh dilihat berdasarkan penemuan-penemuan arkeologi yang membuktikan
negeri ini telah didiami manusia sekurang-kurangnya 2000 tahun dahulu. Antara alatan yang pernah
dijumpai adalah gendang dan loceng gangsa di Klang dan Sungai Lang, Kuala Langat. Tulang mawas
turut ditemukan di Klang. Tapak-tapak pra- sejarah lain adalah seperti di Jenderam Hilir, Gombak, Batu
Caves, Ampang, Bukit Kuda, Bukit Jati dan Bukit Badak.
Selangor berada di bawah taklukan Melaka pada abad ke-15. Catatan dalam naskhah Sejarah
Melayu membuktikan dakwaan ini dengan menyebut nama-nama tempat seperti (Kuala) Selangor, Klang,
Jeram, Jugra dan Morib. Apabila Melaka ditewaskan Portugis dan kesultanannya berpindah ke Johor,
Selangor turut menjadi wilayah taklukan Johor. Sehingga abad ke-18, Selangor kekal di bawah kuasa dan
pengaruh Kerajaan Johor.
Pada bulan Mei 1745, Daeng Chelak, iaitu salah seorang daripada opu (gelaran bangsawan
Bugis) Bugis lima bersaudara yang bertapak dan berpengaruh dalam pentadbiran Johor pada abad ke-18
telah mangkat. Beliau meninggalkan dua orang putera yang kemudian menjadi tokoh yang masyhur dalam
politik Negeri-Negeri Melayu, iaitu Raja Haji dan Raja Lumu.
Semasa Selangor di bawah taklukan Johor, pentadbiran Selangor diuruskan oleh seorang
pemangku raja iaitu Daeng Lakani (Suliwatang), Raja Said (anak Daeng Marewah) dan satu badan yang
terdiri daripada orang tua-tua. Pengasasan Kesultanan Selangor berlaku apabila pada tahun 1766, Raja
Lumu telah ditabalkan sebagai Sultan Selangor yang pertama bergelar Sultan Salahuddin Riayat Syah.
Tindakan Raja Lumu ini dikatakan kerana beliau ingin mendapatkan kedudukan yang baik
Page 11 of 61
DPP C4
memandangkan abangnya Raja Haji telah menjadi Yamtuan Muda Johor. Oleh itu, untuk mengelakkan
Selangor daripada terus-menerus dikawal oleh Johor dan menjadi pemerintah yang berdaulat, beliau
telah merancang untuk menjadi Sultan Selangor. Dengan perlantikan Raja Lumu yang bergelar Sultan
Salahuddin Shah, maka bermulalah keluarga kesultanan baru di Selangor yang kekal hingga hari ini.
g) Kerajaan Terengganu
Sejak abad ke-13, peranan Terengganu sebagai pelabuhan perdagangan telah terbukti melalui catatan
pengembara-pengembara asing. Pengembara Cina yang menulis pada tahun 1525M menyebut nama
pelabuhan di pantai timur Semenanjung Tanah Melayu sebagai ÂTong-Ya-NongÊ. Dalam peta lakaran
Ptolemy pada abad ke-12 pula menyebut pelabuhan di Kuala Terengganu iaitu ÂPerimoulaÊ dan ÂKoleÊ
di Kemaman. Penemuan Batu Bersurat Terengganu di Kuala Berang yang bertarikh 702H (1303M)
membuktikan pula penerimaan Islam di Terengganu telah bermula selewat-lewatnya pada abad ke-14.
Apa yang jelas ialah Tun Zainal Abidin Ibn Tun Habib Abdul Majid adalah pengasas Kesultanan
Terengganu iaitu pada abad ke-18. Baginda adalah keturunan keluarga bendahara dari Johor. Perlantikan
Tun Zainal Abidin sebagai Sultan Terengganu ini telah membawa kepada kemunculan keluarga
pemerintah berdaulat di Terengganu pada abad ke-18
h) Kerajaan Kedah
Dari segi penemuan arkeologi, negeri Kedah merupakan negeri yang tertua didiami di Tanah Melayu.
Antara tapak-tapak penempatan awal itu adalah di kawasan sekeliling Gunung Jerai seperti dataran
Lembah Sungai Merbok dan Sungai Muda. Kedah juga wujud dalam catatan-catatan asing dengan
beberapa nama. Penulis Arab dan Parsi menyebutnya sebagai ‘Kilah’ atau ‘Kalah’ atau ‘Qalha’.
Sementara catatan Sanskrit menyebutnya sebagai ‘Kataha’ atau ‘Kadara’ dan catatan Tamil yang
menyebut Kedah sebagai ‘Kadaram’ atau ‘Kalagam’.
Page 12 of 61
DPP C4
Sebuah sumber Melayu tempatan yang boleh dimanfaatkan dalam melihat sejarah Kedah adalah :
i. Al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah menyatakan pemerintah-pemerintah awal Kedah adalah
dari Gumrun Parsi yang memakai gelaran Maharaja bermula dengan Maharaja Durbar Raja;
dan
ii. Hikayat Merong Mahawangsa mendakwa pemerintahan Kedah diasaskan oleh raja yang
datang dari Rom bernama Raja Merong Mahawangsa. Menurut hikayat ini lagi, raja yang
ketujuh daripada dinasti ini yang bernama Raja Phra Ong Mahawangsa sebagai raja Kedah
pertama memeluk Islam dan memakai gelaran Sultan Muzaffar Syah.
Sejarah negeri Kedah telah melalui beberapa episod pemerintahan misalnya pernah ditewaskan
oleh Aceh, diduduki kuasa Siam juga dipindahkan ke tangan British melalui Perjanjian Bangkok pada
tahun 1909. Namun begitu, peristiwa-peristiwa tersebut tidak memutuskan warisan kesultanan tersebut
sehinggalah hari ini.
i) Kerajaan Kelantan
Bukti awal kewujudan penempatan dan pelabuhan di Kelantan, boleh dikenal pasti melalui catatan-catatan
pengembara asing. Antaranya ialah:
a. Catatan sejarah daripada Dinasti Tang (618-907M) ada menyebut tempatan yang bernama ‘Ko-lo’
atau ‘Ko-lo Fu-sha-lo’ yang berkemungkinan besar merujuk kepada Kelantan.
b. Tulisan Cina yang lain pula ada menyebut Kelantan itu dengan ‘Ho-lan-tan’ atau ‘Kou-lo-tan’.
Sejarah awal pemerintahan di Kelantan menunjukkan negeri ini pernah ditadbir oleh dinasti
Jembal sebelum beralih kepada dinasti kesultanan yang bertakhta hingga ke hari ini. Selain itu, kewujudan
negeri Kelantan boleh didapati melalui teks klasik Melayu seperti:
i. Hikayat Seri Kelantan
ii. Riwayat Kelantan
Kedua-dua teks ini menyatakan bahawa negeri Kelantan pernah diperintah oleh raja perempuan iaitu
Puteri Saadong dan Cik Siti Wan Kembang. Biarpun begitu, dinasti Jembal yang bertakhta di Kelantan
berakhir pada tahun 1721 dengan kemangkatan Sultan Omar. Hal ini demikian kerana, walaupun Sultan
Omar mempunyai putera, namun selepas kemangkatan baginda, takhta diberikan kepada menantunya,
Long Bahar yang juga merupakan warisan keluarga diraja Patani. Keturunan dinasti Jembal hilang terus
Page 13 of 61
DPP C4
penguasaan terhadap Kelantan apabila Long Bahar mangkat kerana puteranya dengan puteri Kelantan
(Raja Pah) tidak dilantik sebagai pengganti baginda sebaliknya puteranya bernama Long Sulaiman iaitu
anak hasil perkahwinan dengan Puteri Patani ditabalkan sebagai pemerintah Kelantan.
1.1.3 Kesultanan Melayu Melaka (1402 – 1511)
Kesultanan Melayu Melaka merupakan kesultanan Melayu tertua dalam sejarah Malaysia dan merupakan
warisan kerajaan Sriwijaya yang berpusat di Palembang, Sumatera Tenggara. Kesultanan Melayu Melaka
muncul antara abad ke-7 hingga abad ke-13 Masihi diasaskan oleh Parameswara antara tahun 1400
hingga tahun 1403. Pada masa ini, Kerajaan Melayu Melaka telah muncul sebagai sebuah empayar yang
terkenal di alam Melayu. Kerajaan ini dikatakan mencapai kemuncak kegemilangannya pada zaman
pemerintahan Sultan Mansur Syah (1456-1477). Antara faktor-faktor yang memunculkan Melaka sebagai
kerajaan yang unggul dan gemilang pada waktu ini ialah :
i. Faktor Geografi
ii. Faktor Ekonomi
iii. Faktor Politik dan Pentadbiran
1.1.3.1 Melaka sebagai Sebuah Kerajaan Agung
Kerajaan Melayu Melaka yang mencapai zaman kegemilangan pada kurun ke-15 Masihi terkenal di
seluruh dunia sebagai:
i) Sebuah empayar yang besar dan kukuh dari segi pemerintahan, ketenteraan, kawalan jajahan
dan undang-undang Empayar Melaka dikatakan meliputi hampir keseluruhan Semenanjung
Tanah Melayu, sebahagian timur Sumatera dan Kepulauan Riau Lingga.
Page 14 of 61
DPP C4
ii) Pusat perdagangan dunia Melaka menjadi pusat pertembungan semua saudagar Timur dan
Barat, misalnya dari Negara China, India, Timur Tengah, Asia Timur dan Kepulauan Melayu.
iii) Pusat penyebaran agama Islam Melaka menjadi tumpuan pendakwah-pendakwah kerana Islam
diisytiharkan sebagai agama rasmi dan dianuti oleh sultan serta rakyatnya.
iv) Pusat penyebaran ilmu pengetahuan Istana Melaka berperanan sebagai pusat pengembangan
bahasa, kebudayaan dan kesusasteraan.
1.1.3.1 Pemerintahan Kerajaan Melaka
Kedudukan paling tinggi dalam sistem pemerintahan awal di Melaka ialah raja atau ‘Yang di-Pertuan’.
Apabila pemerintah kerajaan Melaka memeluk Islam, pemerintahnya digelar ‘Sultan’ dan ‘Syah’. Ramai
sarjana sejarah bersetuju bahawa Sultan Iskandar Syah (Parameswara) merupakan pemerintah Melaka
pertama yang memeluk Islam. Sistem pemerintahan ini disebut ‘raja mutlak’ yang bermaksud kedudukan
dan hak raja tidak boleh dipersoal dan diganggu gugat. Kuasa dan hak raja berkait rapat dengan
beberapa konsep yang menjadi fahaman dan amalan masyarakan pada waktu itu, iaitu konsep ‘taat setia’,
‘derhaka’, ‘daulat’, ‘tulah’ dan ‘nobat’. Konsep-konsep ini juga berkait rapat dengan protokol diraja yang
melibatkan alat kebesaran dan bahasa istana. Antara bahasa istana yang digunakan seperti ‘titah’, ‘patik’,
‘murka’, ‘kurnia’ dan ‘anugerah’. Istilah-istilah lain pula seperti ‘bersiram’, ‘gering’, ‘berangkat’ dan
‘mangkat’.
Melaka dikenali sebagai sebuah kerajaan yang mempunyai pentadbiran yang tersusun sepanjang
tempoh kekuasaannya. Sultan mempunyai perkenan melantik para pembesar yang berfungsi sebagai
pentadbir, pelaksana undang-undang dan peraturan, menghakimi perbicaraan, mengawal keselamatan,
mentadbir hal ehwal pelabuhan, merancang hubungan antarabangsa serta melaksanakan protokol dan
adat istiadat istana. Raja dibantu oleh sebuah organisasi yang tersusun dengan hierarki dan fungsi
masing-masing. Sistem ini dipanggil ‘Sistem Pembesar Empat Lipatan’.
Kesultanan Melayu Melaka telah melaksanakan undang-undang berasaskan Islam iaitu Hukum
Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka. Undang-undang ini diwarisi sejak turun-temurun, sama
ada dalam bentuk lisan atau tulisan. Kedua-dua undang-undang ini menerima banyak pengaruh atau
unsur-unsur adat tempatan dan Hindu. Nama lain bagi Hukum Kanun Melaka ialah Risalat Hukum Kanun
dan Undang-undang Darat Melaka. Naskhah asal hukum kanun ini mengandungi 19 fasal, kemudian
bertambah kepada 22 fasal dan seterusnya bertambah kepada 44 fasal. Undang-undang Laut Melaka
juga dikenali sebagai Adat Pelayaran Melaka, Hukum Undang-undang Laut dan Kitab Peraturan
Pelayaran. Ia mengandungi 24 bab. Undang-undang ini diadakan untuk mengatur kehidupan masyarakat
Melaka pada waktu itu, sama ada di darat atau di laut.
Sistem pentadbiran kerajaan Melaka amat berkait rapat dengan peranan yang dimainkan oleh
empat orang pembesar utama, iaitu Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung dan Laksamana.
Daripada sistem empat orang menteri utama ini, wujud pula golongan pentadbir lain yang tidak kurang
Page 15 of 61
DPP C4
pentingnya seperti syahbandar sebagai pegawai pelabuhan, hulubalang besar sebagai panglima perang,
ulama, mandulika, tentera, mantra, Seri Bija Diraja, Bentara Chetria, orang kaya dan bangsawan yang lain
mewakili pembesar lapan, pembesar enam belas dan pembesar 32. Corak pentadbiran sebegini
membentuk sistem kebangsawanan di Melaka. Selain kerabat diraja, sistem ini melahirkan dua golongan
masyarakat iaitu golongan pemerintah dan golongan diperintah. Secara keseluruhannya, sistem
pentadbiran kerajaan Melaka adalah berdasarkan wilayah. Wilayah pemerintahan empayar Melaka
terbahagi kepada empat kategori utama, iaitu:
(a) Kota Melaka
(b) Wilayah-wilayah pegangan/pemakanan
(c) Wilayah-wilayah taklukan
(d) Jajahan-jajahan takluk
Kota Melaka ditadbir di bawah pusat pentadbiran utama. Wilayah-wilayah pegangan merujuk
kawasan yang dipertanggungjawabkan kepada para pembesar tertentu untuk mentadbirnya, sekali gus
memperoleh nafkah dari wilayah-wilayah tersebut. Pentadbiran di wilayah-wilayah kecil pula
dipertanggungjawankan kepada penghulu-penghulu yang dilantik. Mereka ini digelar ‘Mandulika’. Wilayah-
wilayah yang dimaksudkan ialah Klang, Jeram, Selangor dan lain-lain. Sementara itu, jajahan-jajahan
takluk Melaka pula meliputi kerajaan-kerajaan di Tanah Melayu sendiri seperti Selangor, Kedah, Perak,
Pahang, Kelantan dan lain-lain. Selain itu, jajahan juga meliputi Inderagiri, Bengkalis, Rokan, Rupat,
Banten, Lingga dan kawasan-kawasan lain di Sumatera dan Kepulauan Riau Lingga. Wilayah-wilayah ini
diberi autonomi untuk mengekalkan pentadbiran tempatan tetapi dengan pengawasan daripada kerajaan
Melaka. Wilayah-wilayah jajahan ini juga perlu membayar sejumlah cukai yang ditentukan.
1.1.3.2 Melaka Sebagai Sebuah Kerajaan Agung
Kerajaan Melayu Melaka menjadi terkenal di seluruh dunia sebagai sebuah empayar yang luas dan kukuh
dari segi pemerintahan, ketenteraan, kawalan jajahan dan undang-undang. Empayar Melaka dikatakan
meliputi hampir keseluruhan Semenanjung Tanah Melayu, sebahagian Timur Sumatera dan Kepulauan
Riau Lingga. Melaka pernah menjadi pusat perdangangan dunia. Hal ini kerana kedudukannya yang
strategik dan menjadi pusat pertembungan semua saudagar dari timur dan Barat misalnya dari negara
China, India, Timur Tengah, Asia Timur dan Kepulauan Melayu. Selain itu, kegiatan perdagangan yang
pesat turut menggalakan penyebaran agama Islam di Melaka dan akhirnya Melaka menjadi pusat
penyebaran agama Islam. Justeru, Melaka menjadi tumpuan pendakwah-pendakwah kerana Islam
diisytiharkan sebagai agama rasmi dan dianuti oleh sultan serta rakyatnya. Melaka juga berkembang
menjadi pusat penyebaran ilmu pengetahuan kerana mendapat galakan daripada pihak Istana. Melaka
berperanan sebagai pusat pengembangan bahasa, perundangan, kebudayaan dan kesusasteraan.
1.1.3.3 Kegemilangan Melaka
Pada tahun 1459, Sultan Mansur Shah (1459 - 1477) menaiki takhta. Disebabkan kedudukannya yang
strategik, Melaka menjadi sebuah pangkalan luar yang penting bagi kapal-kapal. Bagi mengeratkan
hubungan diplomatik dengan Melaka, Maharaja China telah menganugerahkan anaknya Puteri Hang Li
Page 16 of 61
DPP C4
Po dengan tujuan untuk dikahwinkan dengan Sultan Mansur Shah. Untuk menyambut Hang Li Po, Sultan
Mansur Shah juga menghantar Tun Perpatih Putih dengan segolongan pengiring ke negeri China untuk
mengiringnya. Hang Li Po tiba di Melaka pada tahun 1458 bersama-sama 500 orang pengiring. Salah satu
kesan kebudayaan yang berpunca daripada peristiwa ini ialah wujudnya kelompok kaum Peranakan, iaitu
hasil daripada perkahwinan campur antara pendatang Cina dengan penduduk tempatan. Kaum
Peranakan ini juga dikenali sebagai Baba dan Nyonya pada hari ini. Semasa pemerintahan Sultan Mansur
Shah, empayar Melaka mencapai kemuncak kuasanya dan terdiri daripada Semenanjung Malaysia,
Singapura dan sebahagian besar Sumatera. Pesaing utama Melaka ialah Siam di utara dan Majapahit di
selatan. Majapahit kemudiannya tumbang pada kurun ke-15. Siam pula telah menyerang Melaka
sebanyak tiga kali tetapi kesemua cubaan serangan tersebut gagal.
1.1.3.4 Kejatuhan Melaka
Kegemilangan Melaka terserlah semasa pemerintahan Sultan Mansur Syah (1456 – 1477). Namun,
pengaruh kerajaan Melaka didapati semakin merosot pada akhir abad ke-15, terutama semasa
pemerintahan Sultan Mahmud Syah. Antara faktor yang menyumbang kepada kemerosotan kerajaan ini
ialah :
i) Ketiadaan pemimpin yang cekap dan adil
Ketiadaan pemimpin yang cekap bermula daripada zaman pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Syah.
Baginda mempunyai sikap yang amat berbeza dengan ayahandanya, Sultan Mansor Syah yang sangat
gagah, berani dan tegas. Sultan Alauddin, walaupun merupakan seorang yang berani dan tegas, namun
bersikap lembut dan tidak suka akan kekerasan. Oleh itu, tidak banyak perluasan wilayah berlaku pada
zaman baginda. Ini menyebabkan banyak wilayah-wilayah jajahan cuba membebaskan diri dan
membentuk autonomi masing-masing.
Pada tahun 1488, Sultan Mahmud Shah mewarisi Melaka yang telah mencapai kemuncak kuasa
dan merupakan pusat dagangan yang unggul di Asia Tenggara. Sayangnya bendahara Tun Perak,
pencipta keunggulan Melaka ketika itu telah tua, begitu juga dengan Laksamana Hang Tuah. Sultan
Mahmud bukan seorang pemerintah yang cekap. Di bawah pentadbirannya, Melaka sering dilanda
rancangan jahat dan amalam pilih kasih oleh baginda sendiri. Sultan Mahmud menjadi mangsa keadaan.
Ayahandanya Sultan Alauddin Riayat Shah mangkat pada ketika usia Sultan Mahmud masih muda.
Baginda menaiki takhta ketika masih kanak-kanak. Justeru baginda tidak dapat berperanan sebagai
pemerintah yang cekap dan adil.
Sementara itu dari segi pembesar pula, bendahara-bendahara yang menggantikan Tun Perak
didapati tidak secergas dan sebijaksana beliau. Misalnya, adik Tun Perak iaitu Tun Perpatih Putih yang
menggantikan beliau merupakan seorang yang pemboros. Demikian juga Tun Mutahir yang lebih memberi
tumpuan kepada keinginan menambahkan kekayaan berbanding mengutamakan pentadbiran kerajaan.
Selain daripada bendahara, dari segi pertahanan ketenteraan dan kepahlawanan, ketiadaan pahlawan-
Page 17 of 61
DPP C4
pahlawan yang handal seperti Hang Tuah dan Tun Hamzah telah melemahkan lagi aspek pertahanan
kerajaan
ii) Pemerintah yang zalim
Walaupun agama Islam menjadi anutan dan disebarkan secara meluas di Melaka, pegangan dan
amalannya dalam kalangan pembesar dan rakyat terlalu nipis dan tidak dihayati sepenuhnya. Justeru itu,
banyak berlaku kezaliman, ketidakadilan dan penindasan. Fenomena ini menyebabkan kegiatan rasuah
yang berleluasa dalam kalangan pembesar-pembesar kerana terlalu mengejar kekayaan.
iii) Rakyat berpecah-belah
Nipisnya semangat perpaduan dalam kalangan rakyat mengundang kepada kemerosotan Melaka.
Pembesar dan rakyat hidup berpuak-puak, misalnya wujud puak tua (kumpulan Sultan Mahmud) dan puak
muda (kumpulan Sultan Ahmad) yang tidak bersefahaman. Demikian juga, wujud pertelingkahan antara
kaum India-Muslim dengan kaum Melayu.
iv) Pedagang mengalihkan tumpuan perdagangan ke tempat lain
Sikap tidak adil pembesar yang mengenakan cukai tinggi kepada pedagang-pedagang menyebabkan
mereka menjadi marah dan mula mencari pelabuhan lain seperti Aceh, Bentan, Patani dan Brunei untuk
menjalankan kegiatan perdagangan mereka.
v) Kekuatan tentera dan pertahanan yang lemah
Kerajaan Melaka masih belum maju dari segi ketenteraan, strategi perang dan juga senjata. Tentera
Melaka masih lagi mengamalkan kaedah lama, iaitu menggunakan senjata tradisional seperti keris,
pedang dan tombank bagi menghadapi peperangan. Pihak Portugis pula menggunakan senjata yang lebih
canggih iaitu senapang, peluru dan meriam.
vi) Faktor luaran
Penemuan jalanan laut melalui Tanjung Harapan di selatan Afrika oleh Bartholomew Diaz pada tahun
1488 menyaksikan bermulanya aktiviti penjelajahan kuasa Eropah ke Timur. Penemuan Tanjung Harapan
pada tahun 1488 menyebabkan kuasa-kuasa Barat mula berminat dengan tapak-tapak perdagangan di
kawasan timur. Pihak Portugis telah menyerang Melaka pada tahun 1509 dan 1511. Pada masa itu,
Melaka tidak mempunyai kubu yang kuat di samping sukar menandingi alat-alat senjata angkatan Portugis
yang lebih canggih dan moden. Melaka akhirnya jatuh ke tangan Portugis pada tahun 1511, iaitu kepada
angkatan Portugis yang dipimpin oleh Alfonso de Alburqueque.
1.1.3.5 Kesinambungan Pengaruh Kesultanan Melayu Melaka
a) Negeri Johor
Setelah Melaka jatuh ke tangan Portugis, Sultan Ahmad Syah dan ayahandanya Sultan Mahmud Syah
serta pengikut-pengikut mereka telah berundur dari Melaka ke selatan. Sultan Mahmud Syah
bersemayam di Batu Hampar sementara Sultan Ahmad pula membuat kubu di Pagoh. Mereka bersiap
Page 18 of 61
DPP C4
sedia bagi melancarkan serangan untuk merampas semula Melaka dari tangan Portugis. Rancangan
Sultan Ahmad bagaimanapun berjaya dikesan oleh Portugis, menyebabkan Sultan Ahmad dan Sultan
Mahmud kemudian berundur hingga ke Pahang. Setelah beberapa tahun di sana, kedua-dua keluarga
diraja ini pergi pula ke Bentan. Di Bentan, mereka bersemayam di Kopak. Sultan Ahmad mangkat di
Kopak dan dimakamkan di Bukit Batu. Justeru itu, baginda digelar Marhum Bukit Batu.
Dengan kemangkatan Sultan Ahmad, ini bermakna Sultan Mahmud mengambil alih semula teraju
Kesultanan Melayu Melaka yang sebelum ini telah dilepaskan. Sehubungan dengan kemangkatan Sultan
Ahmad juga, Sultan Mahmud melantik puteranya hasil perkahwinan baginda dengan puteri dari Kelantan,
iaitu Puteri Onang Kening. Putera tersebut yang bernama Raja Muzaffar telah dilantik sebagai pengganti
baginda dan bergelar Raja Muda.
Namun begitu, apabila isteri Sultan Mahmud yang lain (Raja Fatimah) selamat melahirkan
seorang putera bernama Raja Ali, kedudukan Raja Muzaffar telah dirampas. Atas permintaan Raja
Fatimah, Sultan Mahmud telah menabalkan Raja Ali sebagai Sultan Muda. Sultan Mahmud bersemayam
di Bentan hampir 13 tahun, iaitu dari tahun 1513 hingga 1526. Dalam tempoh ini juga, Portugis telah
beberapa kali menyerang Bentan, iaitu pada tahun 1521,1523 dan 1524.
Walaupun Sultan Mahmud bersemayam lama di Bentan, ini tidak bermakna baginda berjaya
mendirikan sebuah kerajaan yang tetap dan kukuh. Baginda kemudian berundur ke Kampar, Sumatera
apabila diserang Portugis pada Oktober 1526. Di Kampar, baginda bersemayam di istana Kampar, milik
saudara baginda, almarhum Sultan Munawar Syah, sekali gus menerajui pemerintahan Kampar. Sultan
Mahmud mangkat di Kampar pada tahun 1528 yang bergelar Marhum Kampar. Raja Ali ditabalkan
sebagai pengganti Sultan Mahmud dan bergelar Sultan Alauddin Riayat Syah. Sementara Raja Muzaffar
yang disingkirkan tadi membawa diri ke Perak dan ditabalkan sebagai Sultan Perak yang pertama
bergelar Sultan Muzaffar Syah (memerintah hingga 1549).
Sultan Alauddin kemudian berpindah ke Pahang dan mengahwini puteri Pahang, iaitu Puteri
Kesuma Dewi dan berpindah pula ke Johor lalu membuka penempatan yang tetap pada tahun 1528 di
Hujung Tanah. Justeru itulah, beliau disebut sebagai Sultan Johor yang pertama. Pada tahun 1718,
kerajaan Johor diserang dan ditawan oleh Raja Kecil dari Siak. Baginda menabalkan diri sebagai Sultan
Johor yang baru bergelar Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah. Baginda memindahkan pusat pentadbiran dari
Panchur ke Pulau Bentan. Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah berjaya dikalahkan pula oleh putera Sultan
Abdul Jalil IV, iaitu Raja Sulaiman. Raja Sulaiman ditabalkan sebagai Sultan Johor yang seterusnya
bergelar Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah pada tahun 1722. Baginda terus bersemayam di Pulau
Bentan. (Mardiana Nordin, 2000).
Kerajaan Johor banyak mewarisi sistem dan bentuk pentadbiran dari Kerajaan Melaka. Bagi
pentadbiran di peringkat pusat, kedudukan tertinggi dalam kerajaan ialah Sultan, dibantu oleh pembesar-
pembesar utama seperti Bendahara, Temenggung, Penghulu Bendahari, Laksamana dan Syahbandar.
Page 19 of 61
DPP C4
Selain daripada pembesar-pembesar tadi, wujud juga jawatan lain seperti Seri Bija Diraja, Seri
Perdana Menteri, Seri Nara Diraja dan Seri Amar Diraja di samping pembesar agama seperti Kadi dan
Imam. Selain daripada kumpulan pembesar, Sultan juga dibantu oleh kerabat diraja terdekat seperti bakal
sultan atau juga Raja Muda/Sultan Muda. Dari segi bentuk pemerintahan, hierarkinya dapat
diklasifikasikan seperti berikut:
i. Sultan
ii. Kumpulan menteri yang berperanan meneguhkan lagi institusi Kesultanan Johor; dan
iii. Unit Orang Kaya. Dalam kelompok ini wujudnya gelaran-gelaran seperti Dato’ Bendahara,
Paduka Raja, Tuan Pikrama, Laksamana, Temenggung, Seri Bija Diraja, Seri Nara Menteri,
Seri Nara Diraja, Seri Bija Wangsa, Paduka Seri Maharaja, Seri Pikrama Raja, Seri
Mahawangsa dan Maharaja Indera Denda.
Johor telah muncul sebagai pusat perdagangan yang penting sekitar pertengahan abad ke-17 dan
secara tidak langsung sebagai sebuah pusat perdagangan yang utama di Nusantara. Kemampuan tapak
pelabuhan Johor muncul sebagai pelabuhan antarabangsa memang dipengaruhi oleh beberapa faktor,
seperti berikut:
i) Tapak-tapak ibu kota Johor di sepanjang Sungai Johor merupakan kawasan yang
strategik bagi persinggahan pedagang-pedagang dari Timur dan Barat. Sungainya yang
lebar dan dalam membolehkan kapal-kapal besar mampu mudik sehingga jauh ke
pedalaman terutamanya ketika air pasang.
ii) Kemampuan menyediakan gudang dan pasaran yang baik untuk melancarkan aktiviti
perdagangan. Catatan penulis Barat bertarikh 1703M menyebut, Pelabuhan Johor yang
berpusat di Panchor waktu itu menyediakan kemudahan membaiki kapal-kapal dagang.
Pada tahun 1706M, dilaporkan Johor telah membuka tiga buah kilang membaiki kapal.
Antara kemudahan lain yang disediakan di pelabuhan ini adalah seperti gudang-gudang,
pegawai-pegawai terlatih dalam urusan perjalanan perdagangan, cukai kastam yang
berpatutan dan sistem sukat yang tetap.
iii) Johor juga banyak bergantung kepada barang-barang dagangan yang diperolehi dari luar.
Pelabuhan Johor berjaya membekalkan kain-kain dengan corak terbaru dengan harga
yang murah. Di samping itu, di sini juga diperdagangkan emas, kayu gaharu, sarang
burung, gading, kapur barus, bijih timah, rotan, lilin, tembaga, sutera, tembikar, candu
dan pelbagai barang lain yang datang dari merata dunia.
iv) Orang Laut turut berperanan dalam mempengaruhi kepesatan perdagangan di Johor.
Orang Laut inilah yang paling banyak menggalakkan para pedagang berkunjung ke Johor
dalam usaha untuk menghalang pesaing-pesaing ekonomi mereka yang lain.
v) Pelabuhan Johor mendapat faedah yang besar melalui persahabatan mereka dengan
Page 20 of 61
DPP C4
Belanda (terutama apabila membantu Belanda mengusir Portugis dari Melaka).
Sebagaimana Melaka yang mendapat naungan dari China, Johor pula mendapat
perlindungan keselamatan daripada Belanda.
Dalam urusan perdagangan Kerajaan Johor, sebagaimana juga negeri-negeri Melayu yang lain,
wujud jawatan Syahbandar. Syahbandar ini adalah antara empat orang menteri utama di Johor yang
mempunyai tugas-tugas seperti;
i. mengawal pedagang-pedagang yang keluar masuk dari dan ke Johor;
ii. menjadi hakim bagi sebarang perselisihan antara pedagang dan merujuk kepada
mahkamah jika berat kesnya;
iii. memeriksa dan menentukan segala cukai;
iv. memeriksa muatan kapal-kapal dagang dan saiz kapal-kapal tersebut; dan
v. menjaga keselamatan pelabuhan.
Selain itu, perdagangan di Johor dijalankan di bawah satu sistem naungan. (Sistem ini lebih
menonjol pada zaman penguasaan Laksamana Tun Abdul Jamil di Johor). Mengikut sistem ini,
seseorang pedagang, sama ada dari luar atau dalam Johor sendiri mendapat naungan daripada seorang
individu yang berkuasa di dalam kerajaan seperti Bendahara, Raja Indra Bongsu, Temenggung dan
Laksamana.
Secara keseluruhan, kerajaan Johor menjadi pusat perdagangan yang masyhur, pada abad ke-
17, di samping menjadi pusat penyebaran Islam apabila peranan yang dipegang oleh Aceh sebelum ini
semakin merosot. (Mardiana Nordin, 2000
b) Negeri Perak
Pengasasan Kesultanan Perak juga berkaitan dengan Kesultanan Melaka. Apabila Melaka diserang
Portugis pada tahun 1511, Sultan Mahmud dan anakanda baginda, Sultan Ahmad telah berundur ke
Johor dan bergerak ke beberapa buah tapak dalam usaha untuk merampas semula kota Melaka di
samping mengelakkan diri daripada serangan balas oleh Portugis sendiri. Ketika di Bentan dan
bersemayam di Kopak, Sultan Ahmad telah mangkat. Kemangkatan baginda menyebabkan Sultan
Mahmud melantik puteranya dengan puteri Kelantan iaitu Puteri Onang Kening iaitu Raja Muzaffar
sebagai Raja Muda.
Biarpun begitu, apabila isteri baginda yang lain, iaitu Raja Fatimah melahirkan putera, kedudukan
Raja Muzaffar ditarik balik dan Sultan Mahmud melantik pula putera barunya, Raja Ali sebagai Sultan
Muda. Justeru itulah apabila Sultan Mahmud mangkat pada tahun 1528 di Kampar, Raja Ali telah
ditabalkan sebagai Sultan Johor bergelar Sultan Alauddin Riayat Syah. Raja Muzaffar yang berkecil hati
dengan peristiwa ini kemudian telah membawa diri ke Perak dan ditabalkan sebagai Sultan Perak yang
pertama bergelar Sultan Muzaffar Shah. Ini bermakna mulai kurun ke-16, keluarga pemerintah Perak
adalah daripada keturunan Sultan Mahmud Syah, Melaka. Keluarga diraja ini bertahan dalam kerajaan
Page 21 of 61
DPP C4
Perak sehinggalah abad ke-17 apabila keluarga baru muncul dari Pahang untuk memerintah Perak.
Peralihan tampuk pemerintahan ini berlaku kerana melibatkan campur tangan pemerintah Aceh iaitu
Sultan Iskandar Muda Thani. Pada zaman pemerintahan baginda di Aceh, Perak menjadi salah sebuah
negeri yang tunduk di bawah kekuasaannya. Oleh itu baginda telah melantik saudara sepupunya dari
keturunan Kesultanan Melaka-Pahang bernama Raja Sulong sebagai Sultan Perak yang baru dan digelar
Sultan Muzaffar Syah II.
c) Negeri Pahang
Pengasasan Kesultanan Pahang pada abad ke-15 juga berkait rapat dengan Kesultanan Melayu Melaka.
Naskhah Sejarah Melayu menyebut, pada zaman pemerintahan Melaka oleh Sultan Mansur Syah, putera
baginda iaitu Raja Muhammad telah membunuh anak Bendahara Tun Besar kerana bermain sepak raga.
Bola anak Bendahara Tun Besar telah terkena destar baginda. Oleh itu, untuk membalas perbuatan Raja
Muhammad yang zalim itu, Sultan Mansur telah menitahkan baginda dibuang dari Melaka dan dirajakan di
Pahang. Oleh itu, Raja Muhammad menjadi Sultan Pahang yang pertama bergelar Sultan Muhammad
Syah. Baginda kemudian mengahwini puteri Raja Kelantan bernama Mengindera Puteri dan memperolehi
tiga orang putera iaitu Raja Jamil, Raja Ahmad dan Raja Mahmud. Justeru itu, sehingga awal kurun ke-17,
keturunan baginda (Raja Muhammad) menjadi pemerintah Pahang. Keturunan baginda yang memerintah
Pahang berakhir pada tahun 1614 apabila Raja Muda Abdullah, iaitu putera kepada Sultan Abdul Ghafur
mangkat pada tahun tersebut. Implikasinya, takhta Pahang diambil alih oleh keluarga Kesultanan Melaka
Johor iaitu Raja Bujang. Walaupun muncul keluarga baru yang memerintah Pahang, tetapi kedua keluarga
ini sebenarnya dari jurai keturunan yang sama iaitu Kesultanan Melayu Melaka.
1.1.4 Peluasan Kuasa asing di Tanah Melayu
Page 22 of 61
DPP C4
Penjajahan berlaku apabila sebuah negara menguasai negara atau bangsa lain. Hal ini kebiasaanya
terjadi melalui dua cara iaitu menguasai dengan kaedah campur tangan atau menggunakan
kaedah ketenteraan. Negara yang ditakluki menerusi kaedah kekerasan dipanggil kolonial manakala
negara yang ditakluki secara aman dipangil negeri wilayah. Penjajahan yang dilakukan oleh kuasa-kuasa
Eropah selalunya berlandaskan konsep imperialisme. Perkataan imperialisme berasal daripada perkataan
latin iaitu imperium yang merujuk sistem pemerintahan secara perhubungan ekonomi dan politik dengan
negara-negara yang kaya dan berkuasa. Negara-negara ini mengawal dan menguasai wilayah-wilayah
yang lazimnya mundur dan lemah. Penjajah juga menjalankan dasar imperialisme dengan
tujuan untuk mengeksploitasi sumber yang ada di negara berkenaan.
Menurut Wan Abdul Rahman Latif dalam bukunya ‘Sejarah Perkembangan Tamadun Dunia’,
imperialisme ialah suatu fahaman atau kecenderungan dan kegiatan sesebuah masyarakat atau negara
meluaskan penguasaannya terhadap masyarakat atau negara lain. Peluasan kuasa itu disebabkan oleh
faktor-faktor seperti ekonomi, politik, kebanggaan bangsa, tamadun, agama, kekuatan tentera dan
persaingan kuasa dengan negara-negara lain.
Penjajahan merupakan sebuah kisah pensejarahan penting khususnya buat Tanah
Melayu yang menimbulkan pengaruh sehingga terbentuknya negara Malaysia. Sejarah menunjukkan
bahawa Tanah Melayu dijajah kuasa asing, bermula dengan kedatangan mereka pada peringkat awal
sebagai pedagang yang datang berdagang di negeri-negeri Tanah Melayu. Bagaimanapun kesilapan,
kelemahan dan masalah dalaman kerajaan telah diambil peluang oleh penjajah. Tambahan pula kuasa-
kuasa asing memang mempunyai matlamat untuk menawan kawasan-kawasan yang kaya dengan
sumber bahan-bahan mentah (ekonomi), selain untuk mengembangkan agama Kristian.
Page 23 of 61
DPP C4
Dari segi sejarah , negara telah dijajah selama lebih kurang 446 tahun. Bermula dengan kejatuhan
Kerajaan Melayu Melaka ke tangan Portugis pada tahun 1511 dan kemudiannya diikuti penjajahan
Belanda, Inggeris, Jepun dan kembali semula dijajah oleh Inggeris. Siam juga pernah menjajah beberapa
negeri utama di Tanah Melayu. Impaknya penjajahan pasti meninggalkan kesan yang pelbagai,
khususnya yang berkaitan sistem pentadbiran, ekonomi, dan pendidikan. Penjajahan Inggeris dan Jepun
pula turut meninggalkan kesan pada hubungan etnik di negara ini.
1.1.4.1 Penjajahan Portugis
Orang Portugis adalah bangsa Eropah yang pertama datang ke Timur dan tiba ke Melaka dengan tujuan
perdagangan rempah. Permintaan rempah sangat tinggi di Eropah. Rempah selalunya digunakan untuk
mengawet makanan atau menambahkan kelazatannya. Pedagang-pedagang Eropah sanggup belayar
Timur kerana mahu mendapatkan rempah terus dari Kepulauan Melayu. Ketika itu perdagangan rempah
ini dimonopoli oleh saudagar Islam dan Portugis ingin memecahkan monopoli perdagangan rempah yang
dikuasai oleh saudagar Islam sejak sekian lamanya. Tambahan pula, orang Portugis telah lama memusuhi
orang Islam sejak mereka kalah dalam Perang Salib pada kurun ke 12 dan mereka ingin meneruskan
peperangan tersebut dan ingin menghancurkan kerajaan Islam di Timur serta menyebarkan ajaran
Page 24 of 61
DPP C4
Kristian.
Raja Portugal juga menggalakkan rakyatnya melakukan pengembaraan ke seluruh dunia dan
menghantar rombongan untuk mencari jalan laut ke Timur. Pada tahun 1498, Vasco da Gama telah
sampai ke India dan mereka berjaya menakluki Goa dan menjadikannya sebagai pusat operasi di Timur.
Ini diikuti dengan kedatangan rombongan Lopez de Sequeira ke Melaka pada tahun 1509. Melaka masih
menjadi pusat perdagangan dan penyebaran Islam yang terkenal ketika angkatan laut Portugis diketuai
Lopez de Sequira tiba di situ. Ianya telah diarahkan oleh Raja Manuel untuk mendapatkan pangkalan
Portugis di Melaka. Pada mulanya rombongan Portugis itu disambut baik oleh Sultan Mahmud dan
dibenarkan berniaga. Namun keadaan kemudian berubah apabila saudagar Islam dari India telah
menasihatkan bendahara Tun Mutahir supaya berhati-hati dengan orang Portugis yang di anggap musuh
Islam. Bendahara telah memujuk Sultan Mahmud supaya bertindak ke atas orang Portugis. Baginda
akhirnya memerintahkan semua orang Portugis ditangkap dan ditahan termasuk seorang pegawai kanan
rombangan tersebut iaitu Ruy de Araujo. Dalam penangkapan itu, beberapa orang daripada rombangan
itu telah terbunuh dan ada yang dapat melarikan diri ke Goa termasuk ketuanya Lopez de Seqeuira.
Peristiwa tersebut telah memberi sebab dan peluang kepada Portugis untuk menyerang Melaka.
Walaupun Melaka aman dan makmur, beberapa pergolakan dalam istana telah menyebabkan kelemahan
pentadbirannya. Apabila berita penahanan rombongan Portugis di Melaka sampai ke Goa & Lisbon,
Wizurai (wakil/gabenor untuk Raja) Portugis di Goa, Alfonso d’ Albuquerque telah menyiapkan angkatan
perang untuk menyerang Melaka. Raja Portugal menghantar sepasukan tentera laut di bawah pimpinan
Diego Mendez untuk tujuan yang sama dan angkatan tentera ini telah bergabung dengan angkatan
tentera Alfonso menjadi angkatan perang yang besar.
Portugis menyerang Melaka pada tahun 1509 dan 1511 dan dalam tempoh ini Melaka tidak
mempunyai kubu yang kuat di samping sukar menandingi alat-alat senjata Portugis yang lebih canggih
dan moden. Secara keseluruhan, Portugis telah menduduki elaka selama 130 tahun iaitu dari 1511
hinggae 1641. Wizurai (Viceroy) yang bertanggungjawab menyusun sistem pentadbiran Portugis di
Melaka adalah Alfonso d’Albuquerque. Portugis mengamalkan sistem pentadbiran berbentuk ketenteraan.
Ketuanya digelar Kapten Kota Melaka yang dilantik oleh Raja Portugal untuk bertugas selama 3 ke 4
tahun. Beliau dipilih daripada kalangan golongan Fidalgo iaitu golongan bangsawan Portugal.
Seorang Kapten Angkatan Laut juga dilantik, sekali gus sebagai timbalan kepada Kapten Kota. Golongan
tentera diketuai oleh Kapten Jeneral dan dibantu oleh golongan Feitor. Kapten Kota dan timbalannya akan
dibantu oleh Majlis Penasihat terdiri daripada 3 badan utama iaitu:- Hal Ehwal Militer, Majlis Pentadbiran
Sivil dan Kewangan serta Pentadbiran orang tempatan.
Kesan Penjajahan Portugis
Implikasi penaklukan Portugis ke atas Melaka dapat dilihat melalui tiga aspek utama iaitu dari segi politik,
ekonomi dan sosial. Dari segi politik ialah keruntuhan institusi Kesultanan Melayu Melaka.
Page 25 of 61
DPP C4
Kesultanan melayu Melaka merupakan organisasi pemerintahan bangsa Melayu yang pertama. Setelah
menerima serangan yang berterusan daripada tentera Portugis, Sultan Mahmud Syah terpaksa melarikan
diri ke Pulau Banten. Beberapa usaha untuk mengambil semula takhta kerajaan Melayu Melaka
telah dilakukan oleh Sultan Mahmud Syah dan para pengikutnya namun semua usaha tersebut
menemui kegagalan sehinggalah baginda sultan mangkat di Kampar, Sumatera pada tahun 1528.
Seterusnya ialah penubuhan kota A Famosa. Penubuhan kota A Famosa yang
membawa maksud ‘Yang Mahsyur’ ini adalah sebagai langkah oleh pihak Portugis untuk mengukuhkan
kedudukannya di Melaka. Kota tersebut dibina oleh Alfonso de Albuquerque sebagai kubu pertahanan
mereka. Batu bata yang digunakan untuk membina kubu ini diambil di kawasan bukit berhampiran dan
juga menggunakan batu runtuhan masjid serta batu nisan raja-raja Melayu Melaka. Kota ini siap dibina
pada Januari 1512 dan memuatkan rumah pembesar Portugis, peluru-peluru dan bekalan makanan. Di
samping itu, pihak Portugis juga telah menjalinkan hubungan persahabatan dengan Pegu, Jawa, Hindu,
Cina, Siam dan Sumatera. Perkara ini bertujuan untuk memulihkan hubungan perdagangan yang
terjejas akibat perang antara Portugis - Melaka. Setelah itu bermulalah dasar monopoli orang
Portugis terhadap pentadbiran Melaka.
Dari segi ekonomi pula, Portugis telah menjalankan dasar monopoli terhadap aktiviti
perdagangan terutamanya di kawasan perairan Selat Melaka. Kapal-kapal yang melalui Selat Melaka
dikehendaki singgah ke Melaka. Mereka turut mengawal perdagangan eksport kain kapas dan belacu dari
pelabuhan Gujerat dan Koromandel. Cukai juga dikenakan kepada barang-barang yang datang dari China
dan barangan yang datang dari Benggala. Bukan itu sahaja, orang Portugis juga telah berusaha untuk
menguasai perdagangan rempah. Usaha mereka telah menunjukkan hasil apabila mereka
berjaya menempatkan diri di Macau dan menjadi pembawa barang dagangan antara China dengan
Jepun.
Jika dilihat dari aspek sosial, peluasan kuasa oleh Portugis juga berfokus kepada
penyebaran agama Kristian. Pada tahun 1545, Francis Xavier telah datang ke Melaka untuk
menyebarkan agama Kristian katolik. Beliau merupakan seorang mubaligh yang terkemuka di Eropah.
Sebuah gereja juga telah dibina iaitu gereja ‘Our Lady of the Visitation’ . Walau bagaimanpun, usaha
tersebut tidak mendatangkan hasil seperti yang diharapkan oleh mereka. Hal ini kerana, masyarakat
Melayu pada ketika itu tidak berminat dan masih berpegang teguh kepada ajaran Islam yang terlebih
dahulu disebarkan oleh pedagang-pedagang Arab. Sikap taat rakyat tempatan terhadap pemerintah
iaitu golongan sultan menyebabkan mereka sukar untuk menerima ajaran yang dibawa oleh para
mubaligh Kristian
Kemasukan pengaruh Kristian di Melaka telah mewujudkan satu bangsa yang dipanggil kaum
Serani. Kaum ini wujud hasil perkahwinan orang Portugis dengan wanita tempatan. Masyarakat Serani
secara majoritinya beragama Kristian. Bangsa ini masih wujud sehingga hari ini dan menjadi sebahagian
daripada masyarakat majmuk di Malaysia.
Page 26 of 61
DPP C4
1.1.4.2 Penjajahan Belanda
Belanda mula memberi perhatian kepada Kepulauan Melayu pada hujung kurun ke-17 bagi memperolehi
rempah secara langsung dari timur dan bukan melalui orang Portugis. Oleh itu, untuk menguasai gugusan
ini mereka perlu menguasai Melaka yang merupakan tempat strategik. Beberapa percubaan Belanda
untuk mendapatkan Melaka daripada penguasan Portugis berlaku pada tahun 1606, 1608, 1623 hingga
1627 telah gagal. Namun akhirnya orang Belanda dapat menewaskan Portugis selepas enam bulan
Melaka dikepung dan diserang oleh askar Belanda yang dibantu askar Johor terdiri daripada 40 buah
perahu perang bermuatan 1500 orang askar Melayu pimpinan Laksaman Tun Abdul Jamil. Pada 14
Januari 1641 Belanda berjaya menawan dan menguasai Melaka setelah 130 tahun Portugis menduduki
Melaka (1511-1641). Belanda meluaskan perdagangan di Tanah Melayu dengan membuat perjanjian
perdagangan yang biasanya menguntungkan Belanda sahaja. Hal ini menimbulkan penentangan daripada
orang Melayu khususnya dalam kalangan pembesar-pembesar terutamanya di Naning, Perak, Johor, dan
Selangor.
Pedagang Belanda amat berminat untuk berdagang di Kepulauan Melayu ini kerana berminat
untuk bahan-bahan rempah seperti buah pala dan cengkih. Minat ini telah mendorong pedagang-
pedagang Belanda bergabung membentuk Syarikat Bersatu Hindia Timur pada 20 Mac 1602 yang digelar
V.O.C. Tujuan utama penubuhan VOC adalah menguasai perdagangan rempah dan memonopoli
Page 27 of 61
DPP C4
perdagangan bijih timah. Mereka juga bertekad untuk menyingkir Portugis yang sedang bergiat dalam
perdagangan di rantau Melayu. Pada tahun 1619, Belanda telah berjaya menguasai Betawi di Pulau
Jawa. Betawi telah dijadikan pelabuhan perdagangan alternatif kepada pedagang-pedagang dunia selain
Melaka. Untuk memastikan penguasaan Portugis di Asia Tenggara lenyap sama sekali, Belanda telah
beberapa kali melancarkan serangan ke atas Melaka. Akhirnya mereka berjaya menewaskan Portugis
dengan bantuan Kerajaan Johor iaitu kerajaan warisan dari Kesultanan Melayu Melaka pada tahun 1641.
Kerajaan Johor pada ketika tu di bawah pemerintahan Sultan Abdul Jalil, pengganti Sultan
Hammat Shah. Belanda cuba meluaskan pengaruhnya dalam perdagangan di Tanah Melayu dengan
melampaui sempadan Melaka. Pada tahun 1650, Belanda cuba memonopoli perdagangan timah dengan
Perak dengan mengadakan satu perjanjian. Walau bagaimanapun, penduduk tempatan mula menyedari
sikap mereka itu. Persaingan perdagangan antara Johor dengan Belanda semakin sengit biarpun mereka
menjalinkan hubungan selepas kejatuhan Portugis di Melaka. Namun hubungan tersebut akhirnya seolah-
olah ‘retak menanti belah. Keadaan ini akhirnya mencetuskan pertikaian yang melibatkan tindakan
ketenteraan oleh pihak Belanda ke atas Johor pada akhir abad ke 18.
Belanda tatkala menjajah Melaka telah berusaha menguasai perdagangan di Selat Melaka
khususnya bijih timah. Belanda cuba mendapatkan kuasa memonopoli membeli dan menjual bijih timah di
Perak. Belanda cuba mempengaruhi Sultan Perak (Sultan Muzaffar Syah) membenarkan Belanda
memonopoli bijih timah di Perak tetapi hasratnya ditolak. Dengan ini Belanda menemui Sultan Acheh iaitu
Sultanah Tajul Alam Safiatuddin bagi membenarkan Belanda berdagang di Perak. Keadaan ini
menyebabkan Sultan Perak terpaksa menandatangani perjanjian dengan membenarkan Belanda
mendirikan lojinya di Kuala Perak pada 15 Ogos 1650. Perhubungan ini tidak disenangi oleh segolongan
bangsawan Perak terutama Syahbandar dan Temenggung. Mereka menganggap perjanjian tersebut
menghalang kebebasan mereka kerana sebelum ini mereka menjual bijih timah kepada saudagar Cina
dan India denga harga yang tinggi berbanding Belanda yang menawarkan tawaran yang rendah dan tidak
menarik .
Kesan Penjajahan Belanda
Belanda menawan Melaka pada tahun 1641 daripada Portugis. Antara kesan yang ditinggalkan oleh
penjajahan belanda di Tanah Melayu adalah beberapa tinggalan binaan yang dibina semasa penjajahan
pada masa dahulu seperti bangunan Stadhuys,Melaka dan Kota Belanda (Ducth Fort), Pulau Pangkor.
1.1.4.3 Penjajahan British
Page 28 of 61
DPP C4
Pada akhir abad ke-19, British telah berusaha untuk campur tangan secara langsung di negeri-negeri
Melayu. British menggunakan pelbagai alasan untuk campur tangan dalam pentadbiran di Tanah Melayu.
Antaranya ialah melalui pertelingkahan takhta dalam kerajaan Melayu serta sikap talam dua muka mereka
yang kononya menjaga keselamatan akibat pergaduhan yang dicetuskan oleh kongsi gelap Cina. Setelah
berjaya menguasai kerajaan-kerajaan negeri Melayu, British telah memperkenalkan pelbagai dasar yang
bertujuan untuk mengukuhkan kedudukan mereka. Pengenalan Sistem Residen merupakan langkah
British untuk menstabilkan kedudukan mereka di Tanah Melayu.
Keadaan huru-hara di Tanah Melayu sering berlaku disebabkan perang saudara dalam kalangan
pemerintah di negeri-negeri Melayu seperti di Perak, Pahang, Selangor dan Negeri Sembilan.
Perkembangan tersebut menyebabkan para pemodal Eropah mendesak kerajaan British supaya campur
tangan untuk memulihkan keamanan supaya kegiatan perdagangan tidak terjejas. Contohnya, Perak
mengalami masalah perebutan kuasa apabila Raja Ali telah dilantik menjadi sultan setelah kemangkatan
Sultan Jaffar pada tahun 1865. Perebutan kuasa semakin rumit selepas kemangkatan Raja Ali apabila tiga
orang putera menuntut takhta, iaitu Raja Abdullah, Raja Ismail dan Raja Yusof. Malahan masalah di
negeri-negeri Melayu yang lain telah menyebabkan kerajaan British di London mengarahkan Andrew
Clarke supaya terlibat secara langsung untuk menyelesaikan pertikaian raja-raja Melayu.
Selain itu, masalah kongsi gelap Cina antara puak Hai San dengan Gee Hin turut menyumbang
ke arah perubahan dasar campur tangan British di Tanah Melayu. Kedua-dua puak sering terlibat dalam
pergaduhan yang mengakibatkan kegiatan perlombongan bijih timah dan keselamatan terjejas teruk.
Malahan pergaduhan kongsi gelap menyebabkan kemusnahan peralatan perlombongan. Peperangan
penting yang berlaku antara kedua-dua puak kongsi gelap ialah pada tahun 1861, 1865 dan 1872. Perang
yang meletus pada tahun 1861 disebabkan tindakan Hai San menyekat aliran anak Sungai Perak yang
digunakan oleh Gee Hin untuk mengangkut bijih timah. Peperangan tersebut mengganggu kedudukan
perdagangan British. British melalui Kapten Speedy telah mendamaikan kedua-dua puak dengan
Page 29 of 61
DPP C4
mengiktiraf Hai San sebagai pengusaha lombong bijih timah di Larut pada tahun 1873. British ingin
menguasai sumber mineral yang bernilai yang terdapat di Tanah Melayu untuk pasaran antarabangsa.
Selepas meletusnya Revolusi Perindustrian di Eropah, keperluan terhadap bahan mentah begitu
tinggi untuk menampung pengeluaran yang semakin meningkat. Britain amat memerlukan bahan mentah,
terutama bijih timah dan getah. Oleh yang demikian, British di Tanah Melayu telah menguasai sumber-
sumber bahan mentah tersebut. Tanah Melayu yang kaya dengan bahan mineral telah dieksploitasi oleh
British. British menyedari sekiranya Tanah Melayu tidak dikuasai maka Tanah Melayu akan jatuh ke
tangan negara-negara lain dan mereka akan rugi. Selain itu, terdapat desakan daripada para pedagang
British yang menginginkan supaya monopoli terhadap perdagangan bijih timah di Tanah Melayu dikuasai
sepenuhnya oleh British. British telah berjaya meningkatkan pengeluaran bijih timah di Tanah Melayu
untuk memenuhi keperluan perindustrian mengetin makanan.
Campur tangan British secara langsung di Tanah Melayu juga didorong oleh perubahan terhadap
politik antarabangsa, iaitu persaingan antara negara barat untuk meluaskan wilayah. British bimbang
dengan kuasa-kuasa Eropah lain yang turut mahu menguasai Tanah Melayu. Tambahan pada ketika itu
juga, kuasa-kuasa Eropah lain giat mencari kedudukan di Asia Tenggara, contohnya Belanda di
Indonesia, Perancis di Indo-China dan Sepanyol di Filipina. Jerman pula berusaha untuk melebarkan
pengaruhnya di Tanah Melayu sekitar tahun 1871. Keadaan ini membuatkan para saudagar British
mendesak Kerajaan Britain agar campur tangan segera di Tanah Melayu.
Perubahan politik di Britain telah mempengaruhi dasar mereka berkaitan dengan tanah jajahan.
Pada tahun 1874, Parti Konservatif telah berjaya menguasai parlimen England menyebabkan berlaku
perubahan terhadap dasar luarnya. Dasar pentadbiran di Tanah Melayu turut mengalami perubahan.
Andrew Clarke telah didesak supaya menjalankan dasar agresif terhadap penguasaan Tanah Melayu.
Oleh yang demikian, British telah memperkenalkan pelbagai cara untuk mengukuhkan kedudukan di
Tanah Melayu seperti Sistem Residen.
Di samping itu, pihak British telah membangunkan pelbagai infrastruktur pengangkutan untuk
memudahkan perhubungan mereka. Perdagangan antara timur dengan barat semakin cepat dan singkat,
contohnya pembukaan Terusan Suez mampu memendekkan jarak pelayaran para pedagang ke Tanah
Melayu. Selain itu, penciptaan kapal wap turut menyumbang kepada penguasaan British terhadap Tanah
Melayu. Barang dagangan dari Tanah Melayu menjadi mudah diangkut ke negara asal. Dengan ini,
mereka seharusnya menguasai Tanah Melayu sepenuhnya melalui dasar campur tangan secara
langsung. Pihak British di Tanah Melayu juga telah mengubah dasar tidak campur tangan kepada dasar
campur tangan secara langsung akibat pelbagai sekatan oleh pembesar negeri-negeri Melayu. Misalnya,
para saudagar British tidak dibenarkan memonopoli perdagangan bijih timah. Cukai yang dikenakan
terhadap saudagar British juga adalah terlalu tinggi.
Kesimpulannya, pihak Inggeris datang ke Tanah Melayu untuk menjalankan urusan perdagangan.
Page 30 of 61
DPP C4
Oleh sebab Tanah Melayu adalah laluan perdagangan yang baik dan strategik serta mempunyai potensi
ekonomi untuk berkembang, maka pihak Inggeris telah memutuskan untuk menduduki dan
menguasainya. Yang jelas, proses imperialisme British telah mendorong penglibatan Inggeris secara
langsung di negeri-negeri Melayu. Campur tangan British secara langsung di negeri-negeri Melayu telah
mengakibatkan sistem politik dan ekonomi tempatan mengalami perubahan yang ketara. Malahan pihak
British telah berjaya menguasai ekonomi tempatan. Apabila British mula campur tangan di Tanah Melayu
maka bermulalah era penjajahan British ke atas Tanah Melayu.
Kesan Penjajahan British
a) Perubahan pembangunan ekonomi negara
Apabila British menguasai Tanah Melayu, mereka perlu menggandakan pengeluaran hasil tempatan untuk
diperdagangkan bagi tujuan komersial. Kemajuan ekonomi yang pesat telah membawa pelbagai
perubahan di negara kita. Orang Melayu mulai sedar bahawa pendapatan yang banyak boleh terhasil
daripada aktiviti perlombongan bijih timah dan pertanian getah serta tanaman-tanaman lain seperti lada
hitam dan gambir dan sebagainya. Perkembangan ini telah mewujudkan dua bentuk kegiatan pertanian di
negara kita iaitu kegiatan pertanian yang dikuasai oleh pengusaha dan pelabur asing (komersial) dan juga
sara diri yang diusahakan oleh penduduk tempatan.
Namun begitu yang menyedihkan ialah hasil ekonomi ini hanya dimonopoli oleh pelabur-pelabur
barat sedangkan kaum peribumi terus ketinggalan. Berlaku juga ketidakseimbangan dan
ketidakseragaman ekonomi antara wilayah kerana kemajuan berpusat di kawasan pantai barat Tanah
Melayu sahaja tetapi tidak di sebelah Pantai Timur.
b) Perubahan dalam sistem pentadbiran
Segala bentuk pungutan cukai dan hasil negeri yang sebelum ini dikuasai sepenuhnya oleh para
pembesar tempatan diambil alih sepenuhnya oleh pentabiran British. Keadaan ini telah menimbulkan
kemarahan para pembesar tempatan apabila mereka telah hilang peranan dan tidak berkuasa lagi.
Manakala amalan perhambaan telah dihapuskan bagi mengangkat martabat manusia. Pengenalan sistem
residen pula telah mengambil alih peranan sultan/raja Melayu apabila residen yang dilantik berperanan
sebagai penasihat sultan/raja dan segala nasihat yang diberikan oleh residen mesti dituruti dan dipatuhi
oleh sultan/raja kecuali dalam hal ehwal agama Islam dan adat istiadat Melayu. Penguasaan dan
perluasan kuasa British ini menunjukkan berlaku pengubahsuaian dalam corak pentadbiran tradisional
kepada sistem pentadbiran British hampir keseluruhannya.
c) Kemajuan kemudahan asas
Kemajuan yang pesat dalam sektor perlombongan dan getah telah membolehkan kemudahan asas yang
lebih baik disediakan. Sistem jalan raya dan landasan keretapi telah dibina untuk menghubungkan
kawasan perlombongan bijih timah dengan pelabuhan. Pembinaan landasan keretapi dan jalan raya di
negara kita ketika itu hanya tertumpu di kawasan yang mempunyai kepentingan ekonomi kepada British.
Perkembangan perhubungan landasan keretapi dan jalan raya membawa kepada pengenalan sistem
Page 31 of 61
DPP C4
perhubungan lain seperti telegraf, telefon, pos dan radio. Hasil daripada kemudahan ini perhubungan di
dalam negeri menjadi lebih mudah, cepat dan efisien.
d) Kemasukan tenaga buruh secara terancang
Masyarakat majmuk wujud di Tanah Melayu akibat kemasukan imigran Cina dan India. Mereka berhijrah
masuk ke Tanah Melayu secara beramai-ramai untuk memenuhi keperluan buruh di sektor perlombongan
dan perladangan. Kedatangan mereka dilakukan secara terancang. Imigran Cina datang melalui cara-cara
seperti sistem tiket, kredit, persendirian dan Sistem Kangchu untuk bekerja di sektor perlombongan.
Imigran India pula dibawa masuk oleh British melalui sistem buruh kontrak dan Sistem Kangani.
Kedatangan buruh yang begitu ramai menyebabkan berlakunya pertambahan penduduk yang pesat.
Kesan kemasukan beramai-ramai buruh India dan Cina ini telah mewujudkan petempatan baru yang
bercirikan kaum.
e) Perkembangan bandar-bandar baru
Perkembangan pesat perlombongan bijih timah di kawasan-kawasan tertentu seperti Lembah Kinta,
Lukut, Klang dan Sungai Ujong telah menyebabkan wujudnya bandar-bandar baru. Ini ditambah lagi
dengan sikap orang Cina yang suka berniaga menambahkan lagi kepesatan kewujudan bandar tersebut
dengan kegiatan perdagangan. Akibatnya berlakulah ketidakseimbangan tumpuan tempat tinggal dengan
kebanyakan orang Cina tinggal di kawasan bandar, orang India tinggal di estet manakala orang Melayu
terus tinggal di kampong-kampung dan kawasan pesisir pantai.
f) Kewujudan masyarakat majmuk
Sebelum tahun 1800, penduduk di Tanah Melayu terdiri daripada orang Melayu sahaja sebagai penduduk
tempatan. Pada akhir abad ke-19 berlaku kemasukan imigran Cina dan India secara beramai-ramai ke
negara kita. Kemasukan orang Cina dan India disebabkan oleh banyaknya peluang ekonomi yang
terdapat di Tanah Melayu. Mereka mencari kehidupan yang lebih selesa di Tanah Melayu kerana
keperitan hidup di negara asal mereka. British telah membawa masuk orang Cina dan India ke Tanah
Melayu sebagai tenaga kerja di sektor perlombongan dan perladangan. Buruh India juga digunakan dalam
perusahaan getah serta projek-projek pembangunan seperti jalan raya dan keretapi. Kehidupan yang
selesa di Tanah Melayu menyebabkan golongan ini telah menetap secara terus. Situasi ini memberikan
kesan terhadap kehidupan sosio-ekonomi di Tanah Melayu.
Kewujudan masyarakat majmuk telah menyebabkan kehidupan masyarakat menjadi pelbagai dan
rencam. Berlakulah cara kehidupan yang berbeza-beza sama ada dari segi agama, kepercayaan,
kebudayaan, adat, bahasa, kegiatan ekonomi dan petempatan. Lebih merumitkan perbezaan antara kaum
ini ialah pengenalan ‘dasar ‘pecah perintah’ oleh British di Tanah Melayu. Kesannya wujudlah
pengasingan masyarakat. Orang Melayu hidup di kawasan luar bandar seperti kampung dan pesisir pantai
serta terus mengamalkan sistem ekonomi sara diri seperti nelayan, kegiatan pertanian secara kecil-
kecilan dan pegawai-pegawai rendah. Orang Cina bertumpu di kawasan bandar dan menjalankan
kegiatan perdagangan dan perlombongan. Orang India pula tinggal di kawasan-kawasan estet dan ladang
Page 32 of 61
DPP C4
getah bagi menjalankan kegiatan sebagai buruh di sektor perladangan.
Kemasukan imigran Cina dan India juga menyebabkan pertambahan bilangan penduduk Tanah
Melayu dengan begitu pesat. Pada tahun 1870, dianggarkan bilangan penduduk Tanah Melayu adalah
kira-kira 500 000 orang. Kemasukan imigran Cina dan India ke Tanah Melayu telah menyebabkan
pertambahan mendadak jumlah penduduk kepada 3 300 000 orang pada tahun 1921. Pada tahun 1931,
jumlah penduduk bukan Melayu lebih ramai berbanding dengan masyarakat tempatan di Tanah Melayu.
Situasi ini telah melahirkan masyarakat majmuk di negara dengan cara hidup dan amalan budaya yang
jauh berbeza. Imigran Cina yang datang ke Tanah Melayu pula adalah terdiri daripada pelbagai kelompok
yang berbeza dialek, adat dan pengkhususan ekonomi. Malah mereka juga membawa sikap permusuhan
sesama mereka yang telah sedia wujud sejak di negara asal lagi.
g) Perubahan sistem pendidikan
Sebelum kedatangan Inggeris ke Tanah Melayu, pendidikan di Tanah Melayu bersifat tidak formal iaitu
hanya terhad kepada pengajian al-Quran dan ilmu keagamaan. Namun selepas kedatangan Inggeris,
terutamanya pada pertengahan abad ke-19, sistem pendidikan di Tanah Melayu telah mengalami banyak
perubahan dan lebih bersifat perkauman atau vernacular. Hal ini disebabkan kerajaan British tidak pernah
bertindak untuk menyeragamkan sukatan pendidikan dengan pendidikan guru. Akibatnya wujudlah
perbezaan sukatan pelajaran antara kaum. Masyarakat Melayu tidak mendapat pendidikan akademik
yang sempurna seperti mana kaum-kaum lain dan mereka hanya mendapat ilmu kemahiran sahaja.
Pada zaman penjajahan British, wujud 4 jenis aliran sekolah di Tanah Melayu iaitu sekolah
Melayu, sekolah Cina, sekolah Tamil dan sekolah Inggeris. Di sekolah Melayu , terdapat 2 bentuk
persekolahan iaitu sekolah berbentuk keagamaan dan sekular. Sekolah berbentuk keagamaan telah lama
wujud sebelum kedatangan Inggeris. Sekolah ini mengajarkan hal-hal keagamaan dan kelas mengaji al-
Quran. Sekolah ini kurang mendapat tumpuan daripada pihak Inggeris kerana pihak Inggeris mahu
mengekalkan kestabilan dan memastikan kaum Melayu terus tinggal di kampung sebagai petani.
Manakala sekolah Melayu yang bersifat sekular pula diperkenalkan oleh Inggeris melalui sekolah
mubaligh Kristian. Sekolah ini kurang mendapat sambutan daripada orang Melayu kerana bimbang anak-
anak akan terpengaruh dengan agama Kristian.
Imigran Cina dan orang India pula turut membuka sekolah masing-masing. Mereka menggunakan
sistem pendidikan dan silibus yang dibawa dari negara asal mereka. Situasi ini mewujudkan jurang antara
kaum kerana semangat perpaduan melalui pendidikan tidak wujud sama sekali. Keadaan ini telah
menyebabkan wujud perbezaan ras yang amat ketara sehingga menghalang perpaduan kaum di Tanah
Melayu.
Justeru, selepas Tanah Melayu merdeka, sistem pendidikan untuk membentuk perpaduan kaum
telah diwujudkan. Sistem pendidikan tersebut memberikan peluang kepada kanak-kanak daripada semua
kaum untuk menikmati pendidikan nan sama melalui sistem pendidikan nan sama. British turut membuka
sekolah-sekolah untuk melatih anak-anak tempatan bagi pengisian jawatan-jawatan perkeranian dalam
Page 33 of 61
DPP C4
sektor awam dan swasta. Sekolah-sekolah seperti Sekolah King Edward VII Taiping dibuka untuk
memberikan pendidikan bagi membolehkan rakyat tempatan memegang jawatan-jawatan rendah dalam
perkhidmatan kerajaan dan swasta, tetapi tetap tidak mementingkan pelajaran pada peringkat tertinggi.
Maktab Melayu Kuala Kangsar dibuka untuk membolehkan anak-anak bangsawan Melayu mendapat
latihan untuk memegang jawatan-jawatan peringkat pertengahan dalam perkhidmatan kerajaan kolonial
British.
h) Lahirnya semangat patriotisme dalam kalangan orang Melayu
Paling awal penentangan terhadap penjajahan British dilakukan oleh beberapa individu seperti Dato’
Bahaman, Tok Janggut, Mat Kilau, Mat Salleh, Dato’ Maharajalela dan lain-lain lagi. Peringkat kedua
penentangan terhadap penjajahan British dilakukan oleh golongan yang berpendidikan agama, Melayu
dan Inggeris. Pendudukan Jepun juga tidak terkecuali telah menaikkan semangat nasionalisma penduduk
Tanah Melayu untuk menentang penjajah. Pendudukan Jepun (1942-1945) telah memberi keyakinan
kepada penduduk Tanah Melayu bahawa orang Asia mampu menentang orang Barat yang dikatakan kuat
dan berpengaruh. Selain itu, pendudukan Jepun juga memberi impak kepada penduduk Tanah Melayu
untuk berjuang mempertahankan tanah air mealui slogan yang dibawakan oleh tentera Jepun iaitu ‘Asia
untuk orang Asia’.
Sebagai kesan positifnya, orang Melayu mula bersatu. Pada waktu itu orang Melayu tidak
bergaduh atau berkonflik cuma terpisah mengikut semangat kenegerian sahaja. Kebangkitan semangat
nasionalisma menyaksikan tertubuhnya persatuan-persatuan yang bercorak kenegerian seperti Persatuan
Melayu Selangor, Persatuan Melayu Kelantan, Persatuan Melayu Perak, Persatuan Melayu Pahang dan
sebagainya. Dalam hal ini, penjajahan British telah berjaya menyatupadukan seluruh penduduk Tanah
Melayu. Buktinya adalah wujudnya penentangan orang Melayu secara besar-besaran terhadap
pengenalan Malayan Union pada tahun 1946. Ekoran daripada inilah terbentuknya UMNO pada tahun
1946 yang akhirnya menjadi wadah politik bagi majoriti orang Melayu pada tahun 1948.
1.1.4.4 Penjajahan Jepun
Page 34 of 61
DPP C4
Pendudukan Jepun di Tanah Melayu dan Singapura bermula pada 15 Februari 1942 sehingga 12
September 1945 (3 tahun 8 bulan). Penjajahan Jepun adalah kerana desakan perkembangan
perindustrian dan ketenteraan yang berlaku di Jepun. Jepun mengambil tindakan untuk menyerang
negara-negara Asia yang kaya dengan bahan mentah bagi keperluan perindustrian dan ketenteraan
mereka. Walaupun tempoh masa pemerintahan Jepun di Tanah Melayu singkat namun Jepun telah
berjaya menguasai politik, ekonomi, dan sosial Tanah Melayu. Kejayaan ini membawa kesan yang
mendalam terhadap masyarakat di Tanah Melayu.
Dari sudut politik, Jepun telah memperkenalkan pentadbiran tentera di Tanah Melayu di bawah
pengawasan seorang Jeneral. Pentadbiran di Tanah Melayu dibahagikan kepada dua iaitu Negeri-negeri
Selat diperintah oleh seorang Gabenor yang beribu pejabat di Singapura. Nama Singapura diubah kepada
‘Syonan’ yang bermaksud Cahaya Selatan. Semenanjung Tanah Melayu pula diperintah oleh seorang
residen atau Gunseikan. Tanah Melayu dibahagikan kepada lapan wilayah dan setiap wilayah diketuai
oleh seorang Gabenor Jepun.
Semasa memerintah Tanah Melayu, Jepun telah mengembalikan kuasa Sultan yang dirampas
oleh Inggeris tetapi mengehadkan fungsi sultan sebagai ketua negeri yang menjalankan tugas sebagai
ketua agama Islam di negeri masing-masing sahaja. Jepun sebenarnya ingin mengambil hati para sultan
kerana ingin mendapatkan sokongan sultan dan orang-orang Melayu dalam memenuhi hajat tersirat
mereka. Bagi menjaga kemantapan setiap operasi yang dijalankan di Tanah Melayu Jepun membentuk
pasukan keselamatan yang diketuai oleh pegawai Jepun dan anggota perisik tentera iaitu ‘Kempeitai’
untuk mengawal keamanan. Kempeitai sangat kejam dan telah menangkap serta membunuh ramai
penduduk Tanah Melayu, khususnya orang Cina.
Page 35 of 61
DPP C4
Selain itu, pasukan Tekikan turut ditubuhkan dan berfungsi sebagai mata-mata gelap yang
bertugas mencari musuh-musuh yang menyokong Inggeris atau yang menghasut orang Melayu
menentang Jepun. Sebaik-baik sahaja Jepun menawan Tanah Melayu, Jepun bertindak membebaskan
ahli-ahli Kesatuan Melayu Muda (KMM) yang dipenjarakan oleh British. Jepun juga menubuhkan semula
KMM dengan melantik Ibrahim Yaacob sebagai pemimpin utama. Jepun cuba memperalatkan
Ibrahim Yaacob untuk tujuan mendapatkan sokongan dan menyebarkan propaganda anti-British.
Dari sudut ekonomi, sistem ekonomi bebas yang diperkenalkan British sebelumnnya telah ditukar
kepada sistem ekonomi kawalan. Perdagangan dengan dunia luar diputuskan. Jepun tidak menggalakkan
sebarang urusan perdagangan dengan negara-negara luar. Maka hubungan perdagangan Singapura dan
Pulau Pinang dengan dunia Barat terputus. Perniagaan dan perdagangan dalam negeri
dikuasaisepenuhnya oleh pihak Jepun. Jepun hanya berminat mengeksplotasi sumber alam negara kita
bagi kepentingan negaranya. Galian besi dan bauksit dieksplotasi bagi kegunaan industri dan pembuatan
senjata perang.
Oleh sebab pengeluaran barangan makanan seperti beras tidak mencukupi maka Jepun telah
memperkenalkan catuan beras pada tahun 1943. Penduduk Tanah Melayu perlu mendapatkan kupon dari
pejabat kawalan makanan untuk ditukarkan dengan beras. Setiap keluarga hanya dihadkan dua gantang
beras sebulan. Untuk mengatasi kekurangan beras dalam negara Jepun telah bertindak memperkenalkan
rancangan ekonomi pertanian iaitu rancangan tiga tahun sara diri. Selain itu Jepun memperkenalkan padi
Taiwan yang membolehkan penanaman padi dilakukan dua kali setahun. Pihak Jepun juga menggalakan
masyarakat tempatan menanam makanan yang lain seperti ubi kayu, keledek, jagung, sagu dan lada
hitam. Untuk itu, pihak Jepun telah menebang ladang getah dan hutan bagi tujuan penanaman makanan
tersebut. Jepun telah mencetak mata wang Jepun yang dikenali sebagai Wang Pokok Pisang untuk
menambahkan penggunaan mata wang baru.
Dari sudut sosial, pendudukan Jepun di Tanah Melayu menyaksikan penerapan Dasar Niponisasi
(men-Jepunkan Tanah Melayu). Antaranya membezakan layanan terhadap penduduk tempatan. Orang
Melayu, Cina dan India diberikan layanan yang berbeza-beza. Walaupun semua kaum melalui
penyeksaan, penderitaan, kebuluran, ketakutan dan pengangguran, kaum Cina mengalami penderitaan
dan penindasan yang lebih teruk gara-gara permusuhan tradisi antara negara Jepun dengan China
(Perang China-Jepun 1937). Pentadbiran tentera Jepun lebih mengamalkan dasar berbaik-baik dengan
orang Melayu dan India. Layanan yang berbeza ini telah mewujudkan permusuhan kaum antara orang
Cina dengan orang Melayu. Pun begitu, ramai orang Cina, India dan Melayu telah dihantar untuk bekerja
membina jalan keretapi maut di sempadan Thailand-Burma. Beribu-ribu orang kehilangan nyawa semasa
pembinaan projek tersebut.
Dasar Niponisasi juga dilakukan dalam sistem pendidikan dengan aliran-aliran sekolah yang
telah diperkenalkan semasa bawah pemerintahan Inggeris telah ditukar kepada sistem pendidikan
Jepun. Sistem pendidikan Jepun lebih menekankan aspek pembentukan akhlak, disiplin dan taat setia
Page 36 of 61
DPP C4
kepada Maharaja Jepun dan kepatuhan kepada kerajaan Jepun. Selain itu kebudayaan Jepun disebarkan
melalui sistem pendidikan Jepun. Orang tempatan diajar tentang istiadat dan lagu kebangsaan Jepun iaitu
Kamigayo. Lagu ini dinyanyikan pada setiap pagi ketika menghadap matahari terbit.
Kesan penjajahan Jepun
a) Kesan politik
Pendudukan Jepun telah membangkitkan kesedaran politik dalam kalangan orang Melayu. Slogan Jepun
iaitu Asia Untuk Orang Asia telah menambahkan keazaman dan semangat orang Melayu untuk mencapai
kebebasan politik dan kemerdekaan. Semasa pendudukan Jepun orang Melayu diberi jawatan-jawatan
kanan seperti Pegawai Daerah. Pengalaman pentadbiran ini memberikan keyakinan diri kepada orang
Melayu untuk mentadbir negara sendiri. Dalam waktu yang sama, orang Melayu juga sedar bahawa
mereka tidak boleh menaruh harapan kepada British. Mereka harus menentukan nasib mereka sendiri.
Kejayaan Jepun dan kekalahan British telah mengikis kepercayaan bahawa kuasa Barat tidak boleh
dikalahkan. Justeru sikap anti-British semakin menebal dalam kalangan orang Melayu.
Setelah Jepun menubuhkan semula KMM dengan melantik Ibrahim Yaacob sebagai pemimpin
utamanya melalui KMM, gerakan nasionalisme Melayu dihidupkan semula. Secara sulit KMM bergiat
semula dalam menyemarakan sentimen anti-British dalam kalangan orang Melayu. KMM juga bersikap
anti-Jepun. Apabila Jepun mengetahui kegiatan sebenar KMM, KMM dibubarkan dengan segera. Jepun
kemudiannya menubuhkan Pembela Tanahair (PETA). Ahli-ahli Melayu dalam PETA diberi latihan
ketenteraan. Jepun juga membantu menubuhkan Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung (KRIS) yang
dipimpin oleh Ibrahim Yaacob dan Dr. Burhanuddin Al-Helmy. Namun orang Melayu tidak berjaya
mendapatkan kemerdekaan daripada Jepun kerana Jepun telah menyerah kalah kepada British pada
1945. Selain itu Parti Komunis Malaya muncul sebagai kumpulan gerila yang lahir daripada MPAJA
(Malayan People Anti-Japanese Army). MPAJA telah membantu British menyerang pemerintahan Jepun
di Tanah Melayu sehingga British akhirnya berjaya menjajah Tanah Melayu semula. PKM telah
melancarkan pemberontakan bersenjata pada Jun 1948 sehingga mencetuskan darurat.
b) Kesan ekonomi
Ekonomi dan taraf hidup penduduk Tanah Melayu merosot teruk semasa pendudukan Jepun akibat taktik
“Bumi Hangus” yang dilakukan oleh tentera British. Sebelum menyerah kalah kepada Jepun, tentera
British telah meletupkan banyak kemudahan infrastruktur dan sumber ekonomi terutama ladang getah,
lombong bijih timah, telaga minyak di Miri dan pelbagai bangunan pentadbiran kerajaan. Taktik ini bagi
melumpuhkan kegiatan ekonomi di Tanah Melayu dan melambat proses pembangunan semula oleh
Jepun. Tempoh pembangunan semula yang memakan masa membolehkan British melakukan
peranacangan untuk menyerang dan menawan semula Tanah Melayu. Akibatnya daripada taktik bumi
hangus tersebut, Tanah Melayu terputus daripada pasaran-pasaran antarabangsa.
Jepun ketika mentadbir Tanah Melayu gagal membangunkan Tanah Melayu semula dalam
tempoh yang singkat. Kebanyakan perusahaan tempatan diambil alih oleh syarikat besar Jepun iaitu
Page 37 of 61
DPP C4
Mitsui dan Mitsubishi. Kegagalan memulihkan sektor ekonomi Tanah Melayu dengan segera menyaksikan
berlakunya inflasi berikutan kekurangan barang keperluan utama, peningkatan harga barangan dan
pengeluaran mata wang pokok pisang yang tidak terkawal. Tanah Melayu juga mengalami kekurangan
makanan seperti beras.Penduduk terpaksa menanam ubi kayu, keladi dan keledek.
c) Kesan sosial
Sistem pendidikan Jepun cuba menerapkan semangat rajin kepada para penduduk Tanah Melayu,
terutamanya kaum Melayu. Bahasa Jepun dijadikan sebagai bahasa pengantar di semua sekolah dan
nyanyian lagu negara Jepun diwajibkan bagi menyemai perasaan taat setia dan kepatuhan kepada
Maharaja Jepun. Ekoran penindasan oleh Jepun, ramai daripada orang Cina melarikan diri ke pinggir
hutan kerana tidak tertahan dengan penyiksaan tentera Jepun. Mereka mendirikan petempatan dan
menjalankan kehidupan seharian di dalam dan di pinggir-pingir hutan sehingga mewujudkan masalah
setinggan di Tanah Melayu. Ramai antara orang Cina telah menyertai MPAJA. Kaum Melayu dan India
walaupun diberi layanan baik tetapi telah ramai yang dipaksa ke Siam untuk membina Jalan Kereta Api
Maut. Akibatnya ramai yang terkorban kerana tidak dapat menahan seksaan dan jangkitan penyakit.
Penduduk tempatan pula mengalami kebuluran akibat kekurangan bekalan makanan. Bekalan makanan
seperti beras tidak dapat diimport dari Burma dan Siam akibat peperangan. Taraf kesihatan telah merosot
akibat merebaknya pelbagai penyakit tropika seperti beri-beri, taun dan malaria. Ubat-ubatan yang ada
hanya untuk askar Jepun sahaja.
1.2 KEMERDEKAAN
Page 38 of 61
DPP C4
1.2.1 Malayan Union
1.2.1.1 Bibit-bibit Permulaan Penubuhan
British sudah lama merancang pembentukan Liga Malaya atau Kesatuan Malaya sejak tahun 1930-an
lagi. Bahkan kalau dilihat kepada dasar desentralisasi British, itu merupakan langkah pertama memujuk
negeri-negeri di luar negeri-negeri Melayu Bersekutu yang cuba diusahakan sejak tahun 1990.
Penaklukan Tanah Melayu oleh Jepun dalam masa yang singkat (8 Disember 1941 – 31 Januari 1942)
telah mengejutkan pihak British. Tewas kepada Jepun menyedarkan British bahawa penyatuan
pentadbiran dianggap satu bentuk penyelesaian yang munasabah bagi pertahanan Tanah Melayu bagi
masa akan datang. British berpendapat sudah tiba masanya untuk mengubah dasar dan sruktur Tanah
Melayu sebelum berulang kembali peperangan. Justeru rancangan Kesatuan Malaya telah diputuskan
oleh Whitehall. Pada bulan Oktober 1945, kerajaan British menetapkan untuk mengubah tiga dasar utama
Page 39 of 61
DPP C4
sebelum perang iaitu :
(a) Kedaulatan raja-raja.
(b) Autonomi negeri-negeri Melayu.
(c) Hak istimewa orang Melayu.
Pejabat perang dan kolonial juga memutuskan untuk membina Tanah Melayu selepas ditakluk semula
secara ketenteraan dan selepas itu, pentadbiran Tanah Melayu dikekalkan terus di bawah pemerintahan
tentera. Pemerintahan tentera dianggap kaedah paling sesuai untuk memaksa dasar-dasar British ke atas
Tanah Melayu diikuti rakyat tempatan. Bagi merancang langkah-langkah yang perlu diambil, kerajaan
British menubuhkan satu unit khas dikenali sebagai MPU (Malayan Planning Unit).
1.2.1.2 Perancangan Masa Perang
MPU ditubuhkan pada pertengahan tahun 1943 dan diletakkan di bawah Jabatan Timur Jauh, Pejabat
Tanah Jajahan yang dikepalai oleh Sir Edward Gent. Ralph Hone telah dilantik untuk mengetuai MPU.
Pegawai-pegawai yang terlibat dalam unit pengurusan MPU ini antaranya Mckerron, H.C.Willan, Brigadier
A.T Newboult, Kolonel E.V.G. Day dan Kolonel M.C Hay. Victor Purcell pula diberi tugas untuk meneliti hal
ehwal orang Cina. MPU meminta pandangan daripada bekas-bekas pegawai tadbirnya bagi membantu
penyusunan semula pentadbiran Tanah Melayu selepas peperangan. Ramai pegawai British telah
menghantar memorandum (cadangan) kepada MPU.
` Pada peringkat awal, British berpendapat Negeri-negeri Melayu, Negeri-negeri Selat (kecuali
Singapura) dan Borneo British perlu disatukan manakala Singapura diberi status khas. Bagaimanapun
menjelang bulan Mac, 1943, Borneo British dianggap belum bersedia untuk menyertai kesatuan. Pada
bulan Mei 1944, kabinet perang British bersetuju untuk mengubah perlembagaan dan sistem pentadbiran
Tanah Melayu sebelum perang. Matlamatnya untuk mencapai keberkesanan permerintahan dan sebagai
langkah awal ke arah pemerintahan demokratik. British juga menggalakkan penyatuan kaum dalam
pemerintahan sebagai langkah awal berkerajaan sendiri. Namun seorang pegawai British, Ralph Hone,
berpendapat sebelum perlembagaan Malayan Union diperkenalkan, satu perjanjian baru dengan sultan-
sultan diperlukan. Dalam waktu pemerintahan tentera inilah paling sesuai untuk mengugut sultan-sultan
supaya bersetuju dengan penubuhan Malayan Union.
1.2.1.3 Pentadbiran Tentera British (BMA)
Jepun menyerah kalah pada 15 Ogos 1945. Lord Louis Mountbatten, Pemerintah Tertinggi Pihak British
mempunyai kuasa penuh dalam semua bidang dan bertanggungjawab ke atas Tanah Melayu. Tanah
Melayu diletakkan di bawah BMA (British Military Administration). Mejar Jeneral Ralph Hone (bekas ketua
MPU) dilantik sebagai ketua Pegawai Hal Ehwal Awam manakala Brigadier H.C. Willan sebagai
pembantu. BMA ditugaskan untuk mengembalikan kekuasaan British, memelihara undang-undang dan
peraturan, mengendalikan sumber manusia dan kebendaan bagi tujuan pemulihan serta membuat
persediaan ke arah pemerintahan awam. Pentadbiran tentera di Tanah melayu bermula pada bulan
September 1945 hingga Mei 1946. Pada asasnya, pentadbiran ini merupakan organisasi tentera.
Walaupun begitu, terdapat juga penasihat yang terdiri daripada orang awam. Namun sebahagian besar
Page 40 of 61
DPP C4
pentadbir-pentadbir BMA tidak berpengalaman dalam urusan pentadbiran kerajaan. BMA gagal
menangani masalah yang ditinggalkan oleh kesan peperangan. Antara masalahnya :
a) BMA tidak dapat mengawal tentera-tenteranya yang bertindak sewenang-wenangnya dan
melanggar undang-undang.
b) BMA menimbulkan kesulitan rakyat dengan tindakan segeranya mengumumkan wang Jepun tidak
laku. Kesannya rakyat tidak dapat membeli barang keperluan dan memberi tekanan ekonomi
kepada rakyat.
c) BMA gagal mengatasi warisan zaman Jepun seperti pasar gelap, penyeludupan, rasuah dan
sebagainya.
d) Pergaduhan kaum dan balas dendam berlaku secara berleluasa dan BMA gagal mententeramkan
keadaan.
Akibat pelbagai masalah, BMA menyerahkan kuasa kepada kerajaan awam pada bulan April 1946.
Langkah ini diharapkan dapat memberi keyakinan baru di Tanah Melayu.
1.2.1.4 Penubuhan Malayan Union
i) Latar Belakang
Parlimen Inggeris pada 10 Oktober 1945 telah membentangkan satu kertas putih yang isinya adalah
mengenai matlamat British untuk mewujudkan satu sistem pentadbiran baru yang dikenali sebagai
Malayan Union. Dari segi petadbiran, Malayan Union berusaha mewujudkan sebuah kesatuan yang
dikuasai oleh sebuah pemerintah pusat yang kuat. Pentadbirannya tidak lagi tertakluk kepada Singapura
seperti sebelum ini, sebaliknya terus kepada Parlimen British di London. Konsep pentadbiran baru ini
telah menolak tradisi dan sistem politik Melayu.
Kerajaan Malayan Union telah diisytiharkan pada 1 April 1946 di King’s House (Carcosa Seri
Negara) kuala Lumpur. Gabenor pertamanya ialah Sir Edward Gent. Pengisytiharan ini secara rasmi
menggantikan pentadbiran tentera British atau British Military Administration (BMA) yang dijalankan di
Tanah Melayu sejak bulan September 1945. (Nazaruddin Mohd Jali:2004)
ii) Tujuan diperkenalkan Malayan Union
British memperkenalkan Malayan Union berdasarkan beberapa faktor. Antaranya:
a) Memastikan kepentingan British di Tanah Melayu terpelihara, khususnya ekonomi.
Melalui matlamat tersebut, British dapat memastikan sumber tenaga dan pelaburan untuk
memajukan ekonomi negara tidak terbantut.
Page 41 of 61
DPP C4
b) Menyeragamkan sistem pentadbiran dan menjimatkan kos pentadbiran.
Sebelum pendudukan Jepun, pentadbiran Tanah Melayu terbahagi kepada tiga iaitu Negeri-negeri
Selat (NNS), Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NNMB) dan Negeri-negeri Melayu tidak Bersekutu
(NNMTB). Kepelbagaian sistem pentadbiran tersebut telah melibatkan perbelanjaan yang besar.
c) Dakwaan sebagai persediaan kepada Tanah Melayu ke arah membentuk pemerintahan sendiri.
d) Sebagai balasan terhadap orang Melayu yang dikatakan menyokong Jepun semasa pendudukan
Jepun di Tanah Melayu.
e) Mengawal kuasa politik orang Melayu.
f) Membentuk sebuah bangsa Malayan Union supaya golongan pendatang dapat melupakan negara
asal mereka dan menumpukan taat setia kepada Malayan Union. (Nazaruddin Mohd Jali : 2004)
1.2.1.5 Perlembagaan Malayan Union
Rancangan Malayan Union dibincangkan secara serius pada peringkat kebinet oleh kerajaan Parti Buruh
pada bulan Julai 1945. Rancangan kerajaan diumumkan pada bulan Oktober 1945 dan isi kandungannya
dikeluarkan pada 1 Januari 1946. Butir-butir perlembagaan dikeluarkan dalam warta kerajaan “Kertas
Putih 6724” bertarikh 22 Januari 1946. Menurut perlembagaan Malayan Union, Negeri-negeri Melayu,
Pulau Pinang dan Melaka akan disatukan di bawah satu pentadbiran. British berpendapat kesatuan perlu
kerana sebelum ini tiap-tiap negeri menjalankan pentadbiran dengan undang-undang sendiri dan sukar
untuk menyelaraskannnya. Walaupun pemerintahan dipusatkan, kerajaan negeri diberi kuasa
menguruskan hal ehwal tempatan tetapi melalui persetujuan pusat. Ketua pentadbiran kerajaan kesatuan
ialah gabenor dengan dibantu oleh Majlis Eksekutif dan perundangan. Majlis Eksekutif terdiri daripada
lima orang ahli iaitu Ketua Setiausaha, Pegawai Negara, Setiausaha Kewangan dan dua orang lagi ahli
yang akan ditentukan oleh gabenor. Majlis ini juga dianggotai oleh lima orang ahli tidak rasmi.
Majlis perundangan mengandungi dua puluh satu orang ahli tidak rasmi , dan ahli rasmi tidak lebih
daripada dua puluh satu orang. Dengan ini ahli tidak rasmi akan mempunyai majoriti dalam dewan. Ahli-
ahli tidak rasmi akan dilantik mewakili tiga kumpulan kaum utama iaitu;
i. Melayu
ii. Cina
iii. Eropah, India, Eurasian dan sebagainya.
Setiap komponen akan diwakili oleh tujuh orang ahli. Negeri-negeri Melayu pula mempunyai Majlis
Penasihat yang diketuai oleh sultan. Baginda akan melantik ahli-ahli majlis, tetapi mesti mendapat
pengesahan gabenor. Majlis ini akan menasihatkan sultan dalam semua perkara berhubung dengan
agama Islam dan adat istiadat melayu. Bagaimanapun hal ini mesti dirujuk kepada Pesuruhjaya Residen
Page 42 of 61
DPP C4
dan mendapat persetujuan Residen. Majlis Penasihat Pusat yang dipengerusikan oleh gabenor dan
dianggotai oleh sultan-sultan akan membincangkan lebih lanjut tentang hal ehwal agama Islam dan adat
istiadat Melayu. Jelaslas bahawa gabenor memiliki ‘kuasa’ yang selama ini adalah menjadi hak istimewa
raja-raja.
Tanah Melayu mungkin akan diberi kemerdekaan dan Malayan Union kononya dianggap langkah
pertama ke arah itu. Kemerdekaan tidak akan diberi selagi kaum-kaum tidak bersatu. Bagi kepentingan
imigran, pemberian kerakyatan dilonggarkan kepada semua bangsa manakala hak istimewa orang Melayu
ditarik balik. Kewarganegaraan akan diberi atas nama Malayan Union. Mereka yang layak mendapat
kerakyatan :
Mereka yang dilahirkan di Tanah Melayu dan Singpura.
Mereka yang menetap selama 10 tahun daripada 15 tahun yang lalu.
Mereka yang menetap di Tanah Melayu atau Singapura selama 5 tahun.
Rakyat Brtish boleh mendapat kerakyatan Malayan Union tanpa hilang kerakyatan British.
Mereka yang mengangkat sumpah taat setia kepada Malayan Union.
a) Kedudukan Sultan
Sultan yang menaiki tahta sebelum perang dan masih memerintah terdiri daripada sultan Johor, Pahang,
Perak, Selangor dan Negeri Sembilan. Sultan Selangor, Sultan Alam Syah pada mulanya disingkirkan
oleh pemerintaha Jepun dan digantikan dengan Sultan Musaudin. Apabila British kembali, Sultan
Musaudin di buang ke Pulau Cocos dan Sultan Alam Syah dirajakan semula.
Sultan yang menaiki tahta pada masa pemerintahan Jepun terdiri daripada Sultan Ali
(Terengganu), Raja Syed Hamzah (Perlis), Sultan Ibrahim (Kelantan) dan Sultan Badlisyah (Kedah). Pihak
British belum membuat keputusan muktamad tentang kedudukan sultan-sultan yang dilantik semasa
pentadbiran Jepun.
Pihak British mahu menggunakan keadaan ini bagi memastikan sultan-sultan akan
menandatangani perjanjian baru jika mahu kedudukan baginda diiktiraf. Pegawai British yang ditugaskan
untuk mendapatkan tandatangan sultan ialah Sir harold Mc Michael. Sebelum itu, H.C. Willan ditugaskan
untuk bersemuka dengan sultan-sultan bagi mengetahui reaksi awal.
b) Misi Mac Michael
Sir Harold Mac Michael seorang yang berpengalaman luas dan pernah berkhidmat di Sudan, Sub,
Gabenor Wilayah Darfur, Penolong Setiausaha Awam, Gabenor Tangayika (1933-1937) dan
Pesuruhjaya Tinggi Palestin dan Trans-Jordan (1938-1944).
Mac Michael tiba di pelabuhan Kelang pada 11 Oktober 1945 dengan kapal H.M.S Royalist.
Beliau diiringi oleh H.T Bourdillon dan A.T. Newboult. MacMichael dipertanggungjawabkan oleh
Pejabat Tanah Jajahan bagi mendapat perjanjian baru dengan sultan-sultan.
Page 43 of 61
DPP C4
Dengan perjanjian baru, kedaulatan negeri-negeri Melayu akan diserahkan sepenuhnya kepada
British. Setelah itu, barulah British dapat membentuk perlembagaan Kesatuan Malaya Mac
Michael memulakan misinya ke Johor. Pada18 Oktober 1945, Sultan Ibrahim yang dianggap oleh
British sebagai pro-Jepun telah bersetuju untuk menandatangani perjanjian baru. Selepas itu,
Mac Michael telah menghadap semua sultan.
Mac Michael mendapat tentangan daripada beberapa orang sultan terutama Sultan Badlisyah dan
Yam Tuan Besar Tunku Abdul Rahman, Negeri Sembilan.
James Allen berpendapat Malayan Union dirancang kerana sentimen anti-melayu dan sebagai
penghormatan kepada orang cina yang menyokong British semasa perang.
Pandangan ini disetujui oleh beberapa pengkaji yang beranggapan matlamat Malayan Union ke
arah membentuk nasionalisme dan kesedaran Malaya dimana rakyat berbilang kaum akan
memberi taat setia. Dan tentunya juga rancangan ini kerah menjayakan dasar dekolonisasi British.
1.2.2 Ciri-ciri Malayan Union
Page 44 of 61
DPP C4
Page 45 of 61
DPP C4
1.2.3 Kaedah Penentangan Terhadap Malayan
Union
Page 46 of 61
DPP C4
1.2.3.1 Faktor Penentangan
Penubuhan Malayan Union telah menimbulkan penentangan yang hebat terutama dalam kalangan orang
Melayu disebabkan :
i) Perlembagaan Malayan Union digubal tanpa mengambil kira pandangan orang Melayu terlebih
dahulu. Raja-raja Melayu diberi masa yang singkat untuk meneliti kandungan perjanjian Malayan
Union. Mereka tidak di beri peluang lagsung untuk berbincang dengan para pembesar atau Majlis
Mesyuarat Negeri masing-masing.
ii) Persetujuan raja-raja berkenaan penubuhan Malayan Union dianggap tidak sah kerana tidak
mematuhi perlembagaan negeri-negeri Melayu yang memerlukan raja berunding dengan para
pembesar terlebih dahulu sebelum menandatangani sebarang perjanjian dengan kuasa asing.
iii) Sikap Sir Harold Mac Micheal yang menggunakan ugutan untuk menyingkirkan mana-mana raja
yang tidak bersetuju dengan rancangan Malayan Union. Beliau juga bersikap biadap, tidak
menghormati adat resam dan memahami bahasa Melayu serta tiada pengalaman langsung
tentang Tanah Melayu.
iv) Malayan Union menghapuskan kedaulatan dan kuasa politik raja-raja Melayu. Kuasa raja-raja
hanya terbatas kepada hal-ehwal agama Islam dan adat istiadat Melayu sahaja. Kehilangan
kedaulatan dan kuasa politik bermakna raja-raja tidak lagi dapat melindungi hak dan kepentingan
orang Melayu. Sebelum ini raja merupakan orang yang paling tinggi dalam struktur sosial
masyarakat Melayu tradisional. Tidak ada sesiapa pun yang boleh mengatasi raja. Seseorang raja
yang memerintah merupakan seorang pemimpin yang ditaati, dihormati dan disegani oleh
masyarakat Melayu.
v) Malayan Union menawarkan syarat-syarat kerakyatan yang longgar kepada kaum bukan Melayu.
Penerimaan kaum bukan Melayu menjadi warganegara boleh mengancam kedudukan politik
orang Melayu. Terutama apabila kesetiaan kaum bukan Melalyu kepada Tanah Melayu masih lagi
diragui.
Page 47 of 61
DPP C4
vi) Persamaan hak kepada semua rakyat di Tanah Melayu tanpa mengira kaum dianggap
mengancam hak dan kedudukan istimewa orang Melayu. Sebagai penduduk peribumi di Tanah
Melayu, orang Melayu berasakan bahawa mereka perlu menikmati hak dan kedudukan yang
istimewa berbanding dengan kaum lain.
1.2.3.2 Kaedah Penentangan
Justeru orang-orang Melayu telah bersatu dan bangkit dalam bentuk kumpulan bagi menyatakan rasa
tidak puas hati terhadap penubuhan Gagasan Malayan Union orang-orang Melayu telah;
1. mengadakan ceramah, demonstrasi dan perarakan,
2. menerbitkan akhbar seperi Utusan Melayu dan Warta Negara yang menerbitkan pelbagai rencana
menyeru rakyat menolak Malayan Union dan menyuntik semangat nasiponalisma,
3. Bersama-sama sultan memulaukan upacara pengisytiharan Malayan Union dan perlantikan
Gabenor,
4. berkabung selama 7 hari dengan melilitkan kain putih pada songkok,
5. mengadakan Kongres Melayu se-Tanah Melayu. Kongres juga telah membentuk satu
jawatankuasa untuk merangka perlembagaan sebuah pertubuhan yang dapat menentang
Malayan Union dengan lebih berkesan. Ini kemudiannya membawa kepaa Pertubuhan
Kebangsaan Melahu Bersatu (PEKEMBAR) yang kemudiannya dikenali sebagai UMNO,
6. bersama-sama raja-raja Melayu menyampaikan surat bantahan mereka kepada Gammans dan
Rees untuk disampaikan kepada kerajaan British. (Mardiana Nordin : 2011)
7. mendapatkan sokongan pegawai-pegawai British yang pro-Melayu dan tidak menyokong
penubuhan Malayan Union seperti Laurence Guillemard, Andrew Caldecott, R.O Winstedt, Sir
Cecil Clementi, Frank Swettenham dan George Maxwell.
1.2.3.3 Reaksi Kaum Imigran
Kerajaan British tidak segera menerbitkan Kertas Putih Malayan Union. Berita tentang penubuhannya
hanya diketahui melalui siaran radio BBC pada hari Selasa 22 Januari. Berita akhbar dikeluarkan
oleg Reuter. Apabila Kertas Putih dikeluarkan tidak banyak akhbar memberi laporan menyeluruh. Bagi
akhbar cina, berita yang lebih menarik ialah mogok umum yang dilancarkan oleh GLU (General
Labour Union) di Singapura. Mogok ini diilhamkan oleh PKM.
Terdapat dua kumpulan politik cina – kiri dan kanan. Kumpulan kanan kebanyakannya terdiri daripada
ahli-ahli Kuomintang. Sikap mereka dalam kewarganegaraan lebih kepada kerakyatan China. Tanah
Melayu hanya negara kedua. Dua tokoh penting kumpulan ini ialah Tan Kah Kiee dan Aw Boon Hwa.
Kumpulan kiri yang diketuai oleh PKM begitu kuat menentang Kertas Putih Malayan union.
Page 48 of 61
DPP C4
Satu perkara yang tidak disenangi oleh PKM ialah tidak disebut pembentukan kerajaan demokratik
dan hak mengundi. Dalam pada itu, PKM bersetuju secara keseluruhannya konsep Malayan.
Walaupun perjuangan mereka untuk mewujudkan negara merdeka komunis.
PKM menganggap Kertas Putih sebagai rancangan penjajahan baru British. Ini diperteguhkan lagi
dengan pengekalan Singapura sebagai koloni. Aspek lain yang ditentang oleh PKM ialah keahlian
dewan undangan dan eksekutif yang tidak demokratik. PKM mahu diadakan pemilihan umum.
Bantahan-bantahan PKM dianggap oleh British sebagai percubaan awal untuk berjuang secara
perlembagaan. Slogan kerajaan demokratik hanyalah slogan untuk mencapai kekuasaan. PKM
memang berkeyakinan akan menang apabila pilihan raya diadakan.
Terdapat kumpulan kecil dalam masyarakat cina yang moderate menerima Kertas Putih Malayan
Union dan mengkritik beberapa perkara saja. Kumpulan ini menubuhkan Parti Berbilang Kaum iaitu
MDU (Malayan Demikratik Union) pada 21 Disember 1945. Kebanyakan tokohnya berpendidikan
Inggeris. Bagaimanapun MDU akhirnya dipengaruhi oleh komunis dengan kemasukan ahli-ahli PKM
dalam parti ini. MDU menuntut beberapa perkara :
i. Kerajaan sendiri dalam lingkingan komanwel.
ii. Hak mengundi untuk semua rakyat yang berumur 21 tahun dan ke atas .
iii. Pilihan raya bebas dan pembentukan Dewan Undangan.
iv. Persamaan hak untuk semua rakyat “malayan”.
v. Kebebasan penuh untuk berucap, berhimpun dan akhbar.
vi. Reformasi pendidikan.
vii. Meningkatkan taraf hidup rakyat.
1.2.3.4 Terkuburnya Malayan Union
Akibat bantahan orang Melayu, kerajaan British menghantar Kapten L.D. Grammans dan Lt. Col. D.R.
Rees-Williams untuk meninjau keadaan di Tanah Melayu. Setiap tempat yang mereka lawati disambut
dengan tunjuk perasaan anti-Malayan Union. Kerajaan British kemudiannya bersetuju berunding dengan
wakil-wakil sultan dan UMNO dalam usaha merangka satu persekutuan baru. Skim persekutuan baharu
yang dicadangkan akan menamatkan Malayan Union.
1.2.4 Kerjasama Etnik ke arah Kemerdekaan
Kerjasama etnik dalam politik di Tanah Melayu bermula selepas Perang Dunia Kedua. Pelbagai cabaran
yang telah ditempuhi menyaksikan jalinan kerjasama ini ada yang berjaya dan ada yang menemukan jalan
buntu. Keterbukaan berpolitik orang Melayu bermula dengan jalinan kerjasama Pusat Tenaga Rakyat
(PUTERA) dengan All Malayan Council Of Joint Action (AMCJA) pada tahun 1947 dan toleransi
ini telah berjaya melahirkan Perlembagan Rakyat. Walau bagaimanapun cadangan menuntut
kemerdekaan ini ditolak oleh pihak British kerana PUTERA dan AMCJA dikatakan golongan radikal
atau parti politik berhaluan kiri yang sentiasa bertindak agresif terhadap pentadbiran British.
Page 49 of 61
DPP C4
Seterusnya lahir pula kerjasama politik kumpulan moderat iaitu United Malayan National
Organization (UMNO) dengan Malayan Chinese Association (MCA) yang lebih dikenali sebagai
‘PERIKATAN’ pada tahun 1949. Kerjasama antara kaum ini telah memperlihatkan perpaduan dalam
usaha menunutut kemerdekaan Tanah Melayu dan lebih bersifat demokrasi bagi mengelak berlakunya
sebarang pergolakan etnik. Kerjasama ini membuka mata pihak British bahawa orang Melayu
dan kaum-kaum lain boleh bekerjasama dan bertoleransi dalam politik demi memenuhi cita-cita
memperuangkan negera ke arah bekerajaan sendiri demi kepentingan dan tujuan nan sama.
Sesungguhnya usaha ke arah mencapai perpaduan kaum, disusuli usaha kerjasama kaum ke arah
berkerajaan sendiri merupakan titik permulaan dan perintis dalam membawa kepada proses
kemerdekaan Tanah Melayu.
1.2.4.1 Kerjasama peringkat awal
1. Penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara kaum.
Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum atau Community Liason Committee (CLC) ditubuhkan pada
Januari 1949. Tujuannya untuk mewujudkan persefahaman antara kaum. Persefahaman sangat penting
bagi membentuk perpaduan dan mengelakkan sebarang pertelingkahan kaum yang menggagalkan
kerjasama ke arah berkerajaan sendiri.
2. Rundingan CLC – UMNO
CLC telah mengadakan beberapa rundingan dengan UMNO dan berlangsung selama 2 tahun. Dalam
rundingan tersebut, UMNO telah mengemukakan memorandumnya untuk mempertahankan ketuanan
Melayu, namun CLC menolak tuntutan tersebut. Walau bagaimanapun, akhirnya satu kompromi berjaya
dicapai antara UMNO dengan CLC dengan beberapa perkara penting telah dipersetujui. Perkara-perkara
tersebut merangkumi :
kerakyatan Persekutuan bagi bukan Melayu dilonggarkan
orang Melayu diberikan bantuan dari segi ekonomi dan pendidikan
Page 50 of 61