The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Mempelajari tentang sejarah awal negara dengan kewujudan kerajaan-kerajaan Awal di Kepulauan Melayu terutama di Tanah Melayu & Kemerdekaan Negara

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sjamilah1195, 2022-12-21 05:12:01

1.1 Sejarah Awal Negara & 1.2 Kemerdekaan

Mempelajari tentang sejarah awal negara dengan kewujudan kerajaan-kerajaan Awal di Kepulauan Melayu terutama di Tanah Melayu & Kemerdekaan Negara

Keywords: 1.1,Kemerdekaan

DPP C4
 setiap proses pilihan raya harus diadakan daripada peringkat Majlis Bandaran, Negeri

dan sehinggalah ke peringkat Majlis Perundingan Persekutuan.

1.2.4.2 Kerjasama melalui penubuhan parti politik

Bagi merealisasikan perpaduan kaum, beberapa buah parti politik telah ditubuhkan. Antaranya seperti
Independence Of Malaya Party (IMP) dan Parti Negara. British, IMP dan Parti Negara telah mengadakan
Konferensi Nasional pada bulan Februari 1954. UMNO, MCA dan MIC pula telah bekerjasama
menubuhkan Parti Perikatan melalui usaha Tunku Abdul Rahman. Persatuan Islam Se-Malaya (PAS)
juga pada peringkat awal cuba bekerjasama dengan UMNO dalam Konvension Nasional pada bulan
Ogos 1954. Konferensi Nasional dan Konvensi Nasional menjadi medan perbincangan pelbagai parti
politik untuk mencari penyelesaian bagi merealisasikan perpaduan kaum. Persidangan itu juga telah
membincangkan kepentingan mengadakan pilihanraya.

Page 51 of 61


DPP C4
1.2.4.3 Penyatuan kaum melalui pendidikan
Sistem pendidikan di Tanah Melayu sebelum merdeka bersifat perkauman dengan kewujudan sekolah
vernakular Melayu, vernakular Tamil,vernakular Cina dan sistem aliran Inggeris. Perbezaan 5 aliran ini
menyebabkan perbezaan politik, ekonomi dan sosial sehingga menyulitkan usaha perpaduan etnik.
Justeru beberapa siri Laporan Pelajaran telah dikeluarkan antaranya ialah Laporan Pelajaran yang
mencadangkan pewujudan Sistem Pendidikan Kebangsaan yang seragam di semua sekolah dengan
penggunaan sukatan pelajaran dan bahasa kebangsaan yang sama.

Hasilnya lahirlah Laporan Barnes 1951 sebagai asas untuk menyeragamkan sistem pendidikan di
Tanah Melayu. Laporan Barnes mencadangkan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah
rendah manakala bahasa Inggeris di sekolah menengah. Laporan Feen-Wu 1951 telah menolak
cadangan tersebut sebaliknya menuntut bahasa Mandarin sebagai bahasa pengantar di sekolah Cina.
Seterusnya lahirlah Ordinan Pelajaran 1952 yang menerima cadangan Laporan Barnes. Laporan Razak
1956 juga menerima cadangan Laporan Barnes tetapi lebih bertolak ansur. Laporan Barnes
membenarkan bahasa vernakular diguna pakai setelah 10 tahun merdeka tetapi sebelum itu, semua
sekolah wajib menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Hasil persetujuan tersebut maka
semangat perpaduan mula disemai pada peringkat sekolah. Seperti yang dijanjikan, selepas 10 tahun
mencapai kemerdekaan, sekolah vernakular kembali dibenar menggunakan bahasa vernakular masing-
masing.
1.2.4.4 Penubuhan Sistem Ahli (Member System) 1951
Penubuhan Sistem Ahli dicetuskan oleh Dato’ Onn Jaafar dan disokong oleh British dan Raja-raja Melayu.
Sistem Ahli merupakan kabinet bayangan yang diperkenalkan untuk melatih orang Melayu dan kaum lain
dalam pentadbiran Tanah Melayu serta meneruskan semangat perpaduan. Keahlian awal terdiri daripada
3 pemimpin UMNO, 1 pemimpinMCA, 1 pemimpin MIC dan 4 pegawai British. Pelantikan dibuat
Pesuruhjaya Tinggi British dengan persetujuan Majlis Raja-Raja. Ahli-ahlinya berperanan seperti menteri
yang memegang portfolio-portfolio tertentu.

Page 52 of 61


DPP C4

Keahlian seterusnya telah bertambah kepada 10 orang.

Page 53 of 61


DPP C4

1.2.4.5 Kelonggaran syarat kerakyatan Persekutuan
1. Memberi taraf kewarganegaraan kepada golongan imigran supaya mereka mencurahkan taat setia

sepenuhnya kepada Persekutuan Tanah Melayu serta mengelakkan pengaruh Parti Komunis
Malaya.
2. Kelonggaran syarat dibuat pada 2 peringkat iaitu peringkat Persekutuan dan peringkat negeri.
3. Pada peringkat persekutuan, syarat kerakyatan dilonggarkan melalui 3 cara iaitu :

Page 54 of 61


DPP C4

4. Pada peringkat negeri, syarat kerakyatan dilonggarkan melalui 2 cara iaitu :
 Secara kuat kuasa undang-undang
i. Orang Asli di negeri-negeri Melayu.
ii. Melayu yang dilahirkan di negeri Melayu.
iii. Bukan Melayu yang dilahirkan di negeri itu dan salah seorang daripada ibu bapa
dilahirkan di Persekutuan Tanah Melayu.
 Secara permohonan
i. Mencapai umur 21 tahun,
ii. Dilahirkan di negeri itu,
iii. Berkelakuan baik,
iv. Mengangkat sumpah setia kepada Raja
v. Melepaskan kewarganegaraan asal.

5. Kelonggaran syarat kerakyatan ini mezahirkan kewujudan masyarakat majmuk di Tanah Melayu.
1.2.4.6 Kerjasama etnik melalui penubuhan Parti Perikatan

Page 55 of 61


DPP C4

Penyatuan UMNO, MCA dan MIC dalam Parti Perikatan telah menzahirkan perpaduan antara etnik.
Dengan mendapat sokongan British, Parti Perikatan telah berjaya mewujudkan suasana politik yang
stabil dan dapat menjaga kepentingan ekonomi persekutuan Tanah Melayu. Dalam Pilihan Raya
Majlis Perundangan Persekutuan (MPP) Tahun 1955, Parti Perikatan telah menggunakan manifesto yang
sama.

1.2.5 Rundingan Kemerdekaan

Page 56 of 61


DPP C4

Pada bulan Ogos 1955, Tunku Abdul Rahman sebagai pemimpin Parti Perikatan menghantar satu
memorandum kepada Pejabat Tanah Jajahan British di London untuk merundingkan soal kemerdekaan
Tanah Melayu. Memorandum itu diserahkan kepada Setiausaha Negara bagi Tanah Jajahan British, Alan
Lennox-Boyd. Dalam memorandum itu, Parti Perikatan meminta dua perkara iaitu:

i) Pemberian kerajaan sendiri secepat mungkin.
ii) Penubuhan sebuah suruhanjaya bebas untuk menggubal perlembagaan baru Tanah Melayu.

Raja-raja Melayu memberi persetujuan untuk meminda Perlembagaan Persekutuan bagi
membolehkan usaha ke arah kemerdekaan. Mereka juga meminta supaya rundingan kemerdekaan tidak
diadakan dengan wakil-wakil Parti Perikatan sahaja, tetapi turut melibatkan wakil raja-raja Melayu. Pada
bulan November 1955, wakil raja-raja Melayu dan Parti Perikatan berunding terlebih dahulu untuk
mencapai kata sepakat tentang beberapa perkara asas seperti:

i. Kawalan Kewangan.
ii. Perlantikan rakyat tempatan untuk mengetuai jabatan-jabatan kerajaan.
iii. Keselamatan dalam negeri dan penggubalan perlembagaan.

Dalam rundingan itu, Tunku Abdul Rahman memberi jaminan bahawa kedudukan raja-raja Melayu
sebagai raja berperlembagaan tidak akan terjejas selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Pada 1
Januari 1956, Rombongan Kemerdekaan bertolak ke London. Rombongan itu terdiri daripada empat
orang wakil raja-raja Melayu dan empat orang wakil Parti Perikatan. Rombongan itu bertolak ke London
dengan tujuan untuk berunding dengan kerajaan British bagi mendapat kemerdekaan Tanah Melayu
(Ruslan Zainuddin:2005).

Page 57 of 61


DPP C4

Nama Jawatan

i. Dato’ Haji Abdul Wahab bin Abdul Aziz (Ketua) Menteri Besar Perak

Dato’ Panglima Bukit Gantang).

ii. Dato’ Nik Ahmad Kamil Haji Nik Mahmud Menteri Besar Kelantan

iii. Dato’ Muhammad Seth bin Muhammad Said Menteri Besar Johor

iv. Abdul Aziz bin Haji Abdul Majid Menteri Besar Selangor

Abdul Kadir bin Shamsuddin selaku setiausaha rombongan

Wakil Raja-Raja Melayu dalam Rombongan Kemerdekaan 1956

Rundingan kemerdekaan Tanah Melayu di London dipengerusikan oleh Setiausaha Negara bagi
Tanah Jajahan British, Alan Lennoxz Boyd. Rundingan itu yang diadakan mulai 18 Januari hingga 8
Febuari 1956 berjaya mencapai beberapa persetujuan iaitu:

i. Kerajaan British bersetuju memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957
seperti tarikh yang diminta oleh Tanah Melayu. Selepas merdeka, Tanah Melayu akan terus kekal
dalam lingkungan Komanwel dengan mengamalkan sistem pemerintahan secara demokrasi.

ii. Rakyat tempatan akan mengambil alih jawatan-jawatan penting seperti Menteri Pertahanan,
Menteri Dalam Negeri, Menteri Kewangan dan Menteri Perdagangan.

iii. Pihak British dibenarkan menempatkan tenteranya di Tanah Melayu.

iv. Sebuah badan bebas dibentuk bagi menggubal perlembagaan baharu Tanah Melayu.

Nama Jawatan
Ketua Menteri
1. Tunku Abdul Rahman Putra (Ketua) Menteri Pelajaran
2. Dato’ Abdul Razak bin Dato’ Hussien Menteri Tanah dan Galian
3. Dr. Ismail bin Dato’ Abdul Rahman Menteri Pengangkutan
4. Kolonel Hau Shek Lee (H.S.Lee)

T.H. Tan ( Setiausaha Parti Perikatan) selaku setiausaha rombongan

Wakil Parti Perikatan
dalam Rombongan
Kemerdekaan 1956

1.2.5.1 Penubuhan
Suruhanjaya Reid

Page 58 of 61


DPP C4

Pada bulan 1956, sebuah suruhanjaya dibentuk untuk merangka Perlembagaan Persekutuan Tanah
Melayu. Suruhanjaya itu dinamakan Suruhanjaya Reid dengan dipengerusikan oleh Lord Reid dan
dianggotai (Britain), Sir William McKell (Australia), Hakim B. Malik (India) dan Hakim Abdul Hamid
(Pakistan). Suruhanjaya Reid membuat beberapa tinjauan untuk mendapatkan pandangan daripada
pelbagai pihak iaitu orang perseorangan, pertubuhan politik, kesatuan sekerja dan persatuan yang
mewakili kepentingan golongan tertentu dalam masyarakat (Ruslan Zainuddin:2005). Suruhanjaya itu juga
menerima 131 memorandum secara bertulis daripada pelbagai pihak termasuk memorandum Parti
Perikatan dan raja-raja Melayu. Memorandum Perikatan merupakan satu bentuk pakatan murni, hasil
rundingan dan tolak ansur antara UMNO, MCA dengan MIC yang mewakili tiga kaum terbesar di Tanah
Melayu.`Pakatan murni’ itu mengandungi dua perkara penting iaitu mengekalkan empat unsur tradisional
dalam perlembagaan;

“…bahasa Melayu, agama Islam, institusi beraja dan kedudukan istimewa orang
Melayu serta hak untuk menjadi warganegara berasaskan prinsip jus soli kepada
kaum bukan Melayu (Ruslan Zainuddin:2005)”

Suruhanjaya Reid mengadakan 118 mesyuarat antara bulan Jun sehingga Oktober 1956 untuk
mengkaji dan mengambil kira pandangan serta maklum balas daripada semua pihak. Pada bulan Mei
1957, sebuah Jawatankuasa Kerja ditubuhkan yang terdiri daripada 11 orang ahli untuk menyemak dan
mengkaji Laporan Reid.

SURUHANJAYA REID

Keanggotaan Tujuan

Pengerusi: Mengubal satu
Lord Reid (Britain) perlembagaan baharu

Ahli-ahli Suruhanjaya: bagi Persekutuan
Sir Ivor Jennings (Britain) Tanah Melayu yang
Sir William McKell (Australia)
merdeka
Hakim B. Malik (India) Page 59 of 61

Hakim Abdul Hamid (Pakistan)


DPP C4

Keanggotaan dan bidang tugas Suruhanjaya Reid
1.2.5.2 Ciri-ciri Perlembagaan 1957
Terdapat empat ciri utama dalam struktur kerajaan yang dicadangkan, iaitu:

1. Ketua Negara bagi Persekutuan Tanah Melayu ialah Yang di-Pertuan Agong (YDPA) yang dipilih
daripada kalangan sembilan orang raja Melayu. Baginda memegang jawatan itu untuk tempoh
lima tahun.

2. Ketua kerajaan bagi Persekutuan Tanah Melayu ialah Perdana Menteri yang dilantik dalam
kalangan parti yang mempunyai suara terbanyak dalam Dewan Rakyat. Perdana Menteri akan
menubuhkan kabinet yang menjadi badan tertinggi dalam mengubal dasar-dasar kerajaan.

3. Sebuah badan perundangan di peringkat persekutuan, iaitu Parlimen yang terdiri daripada Dewan
Rakyat dan Dewan Negara. Dewan Rakyat mempunyai 104 orang ahli yang dipilih melalui pilihan
raya untuk tempoh selama lima tahun. Dewan Negara mengandungi 38 orang ahli dan mereka
berkhidmat enam tahun.

4. Ketua perlembagaan di peringkat negeri ialah raja atau gabenor. Setiap negeri mempunyai Majlis
Undangan Negeri yang dipilih melalui pilihan raya untuk tempoh lima tahun. Pentadbiran negeri
diketuai oleh seorang Menteri Besar atau Ketua Menteri. (Nazaruddin Mohd Jali : 2004)

Cadangan soal pemberian taraf kewarganegaraan pula dibuat berasaskan perkara-perkara berikut:
a) Mereka yang telah menjadi warganegara Persekutuan sebelum hari merdeka.
b) Semua orang yang dilahirkan di Tanah Melayu pada atau selepas hari merdeka.
c) Mereka yang berumur 18 tahun ke atas yang dilahirkan di Persekutuan dan telah bermastautin
selama lima daripada tujuh tahun yang terdahulu, boleh bertutur dalam bahasa Melayu dan
mengangkat sumpah taat setia.
d) Mereka yang berumur 21 tahun ke atas yang dilahirkan di luar Persekutuan tetapi telah
bermastautin selama lapan daripada 12 tahun yang terdahulu dan boleh bertutur dalam bahasa
Melayu serta mengangkat sumpah taat setia.
e) Pemilikan dua kerakyatan tidak dibenarkan kecuali bagi mereka yang memiliki kerakyatan
Komanwel.

Cadangan peruntukan tentang bahasa adalah :
i. Bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan di Tanah Melayu. Pembelajaran dan penggunaan
bahasa-bahasa asing yang lain secara umumnya tidak dilarang.
ii. Bahasa Inggeris boleh digunakan dalam persidangan Majlis Mesyuarat Undangan dan mahkamah
atau lain-lain urusan rasmi dalam tempoh 10 tahun selepas merdeka. (Ruslan Zainuddin : 2004)

Dalam soal berhubung agama Islam dan kedudukan istimewa orang Melayu, terdapat 2

Page 60 of 61


DPP C4

peruntukan iaitu :

1. Agama Islam dijadikan agama rasmi Persekutuan tetapi agama-agama lain boleh diamalkan

dengan bebas di mana-mana tempat dalam Persekutuan.

2. Kedudukan istimewa orang Melayu dijamin oleh perlembagaan, iaitu berhubung dengan
pemberian tanah di kawasan simpanan, kuota dalam perkhidmatan awam dan perkhidmatan lain
serta keutamaan dalam pemberian biasiswa, lesen perniagaan dan lain-lain bantuan kerajaan.
(Ruslan Zainuddin : 2004)

Page 61 of 61


Click to View FlipBook Version