Giliran Kumpulan : ( ) BORANG PENGHAKIM
SEKOLAH-SEKOLAH
Kategori : BP (Rendah/Menengah) / BL KEMENTERIAN PELA
LAGU PERTAMA
BAHAGIAN LIRIK
Perkara di Hakimi Markah Catatan/Komen
Tema T
20 Markah 2
Kejelasan mesej K
30 markah 3
Kesinambungan isi K
30 markah 3
Bahasa B
20 markah 2
Markah penuh lagu 1 : 100 M
M
Markah diperolehi : _______ _
Tandatangan Hakim : ………………………………………… T
(
(Nama : )
11
MAN LIRIK TERBAIK Tarikh : ………………………….
PENDIDIKAN KHAS Tempat : ………………………….
AJARAN MALAYSIA
K ( 100 MARKAH )
LAGU KEDUA
Perkara di Hakimi Markah Catatan/Komen
Tema
20 Markah
Kejelasan mesej
30 markah
Kesinambungan isi
30 markah
Bahasa
20 Markah
Markah penuh lagu 2 : 100 200
Markah diperolehi :
_______
JUMLAH : ______
Tandatangan Hakim : ……………………………………………….
(Nama : )
12
BORANG PENGH
SEKOLAH-SEKO
KEMENTERIAN P
Giliran Kumpulan : ( )
Kategori : BP (Rendah/Menengah) / BL BAHAGIAN SUARA ( 1
LAGU PERTAMA
Perkara di Hakimi Markah Catatan/Komen Suara
Solo
Kualiti ton
20 Markah
Ketepatan pic, nada, tempo
dan frasa
30 markah
Sebutan
10 markah
Dinamik
20 markah
Keseimbangan/ harmoni
20 markah
Markah penuh lagu 1 : 100 Markah suara solo : _____
Markah diperolehi : _______
Tandatangan Hakim : ……………………………………………
(Nama : )
11
HAKIMAN SOLO TERBAIK Tarikh :………….…………… Suara
OLAH PENDIDIKAN KHAS Tempat : ……………………… Solo
PELAJARAN MALAYSIA Markah Catatan/Komen
100 MARKAH )
LAGU KEDUA
Perkara di Hakimi
Kualiti ton
20 Markah
Ketepatan pic, nada, tempo
dan frasa
30 markah
Sebutan
10 markah
Dinamik
20 markah
Keseimbangan/ harmoni
20 markah
Markah penuh lagu 2 : 100 200
Markah diperolehi : _______ JUMLAH _______
Tandatangan Hakim : ……………………………………………
(Nama : )
13
GARIS PANDUAN
PROGRAM SAHSIAH CEMERLANG
PENDIDIKAN KHAS KEBANGSAAN
114
MODUL PELAKSANAAN AKTIVITI SAHSIAH
CEMERLANG MURID BERKEPERLUAN KHAS
(MURID MORAL)
BAHAGIAN PENDIDIKAN KHAS
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
115
1. PENDAHULUAN
Kertas ini dikemukakan oleh Unit Pengurusan Pendidikan Islam dan Moral, Cawangan
Program Pendidikan Khas, Bahagian Pendidikan Khas untuk memaklumkan tentang Program
Sahsiah Cemerlang Murid Berkeperluan Khas ( MBK) yang terlibat dengan Pendidikan Moral
2. LATAR BELAKANG
Program Sahsiah Cemerlang Murid Pendidikan Khas ini akan mula dilaksanakan pada tahun
ini, ia akan melibatkan murid Pendidikan Moral MBK di sekolah menengah di PPKI dan
SPK.Seramai 200 orang peserta melibatkan murid MBK dan guru Pendidikan Moral dalam
program ini. Program ini dapat membentuk jati diri murid MBK. Diantara program
kecermerlangan yang diadakan ialah pertandingan kuiz, mendeklamasi sajak, ceramah
motivasi, Latihan dalam kumpulan dan berbagai-bagai aktiviti yang akan meningkatkan
keyakinan diri murid MBK.
3. ISU-ISU
1. Murid MBK Pendidikan Moral, amat kurang terlibat dengan aktiviti akademik dan ko
akademik peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.
2. Peningkatan kemahiran akademik murid MBK yang terlibat dengan Pendidikan Moral.
3. Bagi menjayakan plan tranfomasi pendidikan melalui pendidikan kerohanian dalam PPPM.
4. MATLAMAT
Bagi meningkatkan kemahiran murid MBK dalam bidang kerohanian melalui program
kecemerlangan akademik dan aktiviti pemantapan sahsiah. Ia akan melahirkan modal insan
yang syumul dan berakhlak mulia.
5. OBJEKTIF
1. Untuk memberi peluang kepada MBK Pendidikan Moral meningkatkan potensi diri mereka
melalui aktiviti kecemerlangan diri.
2. Melahirkan murid MBK Pendidikan Moral yang berkeyakinan diri yang tinggi
3. Bagi mengurangkan masalah gejala sosial bagi murid MBK
4. Untuk melahirkan MBK yang yang berakhlak mulia.
6. STRATEGI PELAKSANAAN
1. Ceramah motivasi oleh guru-guru pakar dalam bidang Pendidikan Moral
2. Mengadakan pertandingan kuiz pendidikan moral dan kenegaraan
3. Mengadakan pertandingan deklimasi sajak
4. Mengadakan bengkel dan kumpulan perbincangan
116
7. ANGGARAN KOS
Mengikut keperluan negeri penganjur
8. TARIKH
Mengikut negeri yang ditetapkan
9. TEMPAT
Di cadangkan oleh JPN ( Tuan rumah)
10. CADANGAN PERASMI
Pengarah Bahagian Pendidikan Khas atau wakil ( ketetapan penganjur)
11. PENUTUP
Program Sahsiah Cemerlang ini merupakan sebahagian daripada usaha Kementerian
Pendidikan Malaysia melahirkan pembangunan modal insan yang seimbang. Program ini
akan banyak membantu MBK meningkatkan pembangunan akademik dan membantu
mengembangkan potensi diri mereka.
SENARAI JAWATANKUASA KERJA
PENAUNG : Pengarah Bahagian Pendidikan Khas
PENASIHAT : Timbalan Pengarah Cawangan Program
Pendidikan Khas Kpm
PENGERUSI : Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri
TIM. PENGERUSI : Tim Pengarah / Ketua Sektor Pendidikan
Swasta / Pendidikan Khas Jpn Negeri .
SETIAUSAHA :
Ketua Unit Pendidikan Khas Negeri
BENDAHARI : Pegawai Jpn Negeri
AJK : PDD / Pengetua / Guru Besar
JAWATAN KUASA KECIL (cadangan) 5. JK Data / Maklumat pencapaian murid
1. JK Pendaftaran 6. JK Jamuan
2. JK Persiapan tempat 7. JK Dokumentasi
3. JK Fasilitator
4. JK Keselamatan murid
117
PERATURAN
PROGRAM SAHSIAH CEMERLANG
MURID PENDIDIKAN KHAS
(Murid pendidikan moral)
KEMENTERIAN PENDIDIKAN
MALAYSIA
UNIT PENGURUSAN PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL
BAHAGIAN PENDIDIKAN KHAS
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
118
PERTANDINGAN DEKLAMASI SAJAK PROGRAM SAHSIAH CEMERLANG
PENDIDIKAN KHAS
5. Garis Panduan Deklamasi Sajak
5.1 Vokal
Suara – Bagi mendeklamasikan sajak patriotik, suara memainkan peranan yang penting.
Aspek ini adalah untuk menaikkan semangat patriotik di kalangan pendengar. Calon mesti
memastikan suara yang besar, lantang dan jelas. Keseluruhan markah ditentukan oleh
kesesuaian suara bagi puisi jenis ini.
5.2 Intonansi.
Turun naik suara. Peserta dapat mengawal tinggi rendah/panjang pendek suara berdasarkan
maksud puisi. Kebolehan dan kecerdikan peserta mengawal intonansi menentukan markah
baik atau sebaliknya. Kebolehan menggunakan jeda, patah-patah perkataan dan hentian yang
betul diambil kira.
5.3 Nada
Bunyi suara yang melahirkan atau membayangkan sesuatu perasaa, sikap, aliran atau rentak
puisi. Nada dalam deklamasi mengikut ‘mood’ sesebuah puisi. Peserta yang dapat mengikut
‘mood’ dan nada bagi setiap baris, bait atau rangkap mampu memperoleh markah yang tinggi.
5.4 kelancaran
kelancaran bererti peserta dapat mendeklamasi sajak dari awal tanpa tersekat-sekat atau
terhenti atau terlupa. Sekiranya peserta teringgallebih dua perkataan, markah bagi bahagian
ini akan kurang kerana kesilapan ini mungkin mengubah maksud puisi tersebut.
5.5 Mimik muka
Peserta berjaya meniru, mengajuk gaya, cara setiap sifat dan perasaan dala puisi.
Contoh : Kalau terdapat perkataan yang membawa maksudmarah, sudah pasti peserta
memperlihatkan wajah yang marah bukannya tersenyum. Mimik muka amat penting
bagi peserta berkomunikasi dengan penonton untuk menyuarakan maksud puisi.
5.6 Penghayatan
Peserta dapat mengalami dan merasai mesej sajak dalam batin, mengalami dan merasai, dan
dapat meresap ke dalam jiwa. Kesimpulannya, peserta mesti berada dalam puisi tersebut.
Penghayatan dapat dirasai oleh penonton daripada keseluruhan sajak yang dideklamasikan.
5.7 Bahasa Tubuh
Penggunaan anggota badan bagi menyokong, menguatkan maksud kata lagi bait dalam
deklamasi. Penggunaan anggota betul dan tepat amat penting untuk menarik minat penonton.
5.8 Penampilan
Penampilan diri sebenar amat penting selain kostium, cara deklamasi, berdiri dan bergerak
amat penting juga. Hakim turut mengambil kira seawall langkah pertama peserta berjalan di
pentas. Di sini, disiplin pentas, disiplin diri, pengawalan pentas dan pengawalan pembesar
suara dianggap penting.
119
6. SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN
6.1 Penyertaan terbuka kepada murid-murid kategori Bermasalah Pembelajaran Tingkatan satu
(1) hingga lima (5) di Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) dan Sekolah Menengah
Pendidikan Khas (SMPK).
6.2 Setiap negeri dibenarkan menghantar seorang murid lelaki dan seorang murid perempuan
yang bukan beragama Islam bagi kategori yang dipertandingkan.
6.3 Semua penyertaan hendaklah disertakan butiran diri peserta yang lengkap dan disahkan oleh
pengetua bagi sekolah berkenaan.
6.4 Peserta dibenarkan memakai kostum atau pakaian yang bersesuaian dengan tema serta
bentuk deklamasi.
6.5 Setiap peserta hanya dibenarkan untuk memilih teks sajak yang disediakan oleh pihak
penganjur sahaja
6.6 Peserta perlu mengisi maklumat diri yang lengkap dan hendaklah dikemukakan kepada pihak
urus sdetia selewatnya-lewatnya sebelum pertandingan.
7. SYARAT DEKLAMASI SAJAK
7.1 Deklamasi sajak yang dimaksudkan adalah penyampaian SAJAK (bukan menyanyi sajak)
7.2 Sajak yang dideklamasikan dalam pertandingan ini adalah berdasarkan kepada sajak yang
dikemukakan pilihan daripada Bahagian Pendidikan Khas Kementerian Pendidikan Malaysia.
7.3 Sajak hendaklah dideklamasikan dalam bahasa Melayu sahaja.
7.4 Urus setia sayembara akan memilih empat (4) panel penilai bebas. Aspek yang akan dinilai ke
atas setiap peserta merangkumi aspek Teknik, Gaya, Nada, dan Suara.
7.5 Perlakuan yang kurang sopan semasa di atas pentas adalah dilarang.
7.6 Keputusan menentukan kedudukan tempat pertama, kedua dan ketiga dan seterusnya akan
berdasarkan kiraan agreget daripada kedudukan yang telah diberikan oleh semua juri.
Keputusan panel penilai adalah muktamad.
8. ASPEK PENILAIAN
8.1 Teknik
8.1.1 Teknik adalah gerakan kreatif deklamator. Gerakan ini mungkin sedikit sahaja tetapi
ketara.
8.1.2 Penilai terhadap aspek teknik tertumpu kepada keberkesanan gerakan kreatif ini.
8.1.3 Sebagai contoh, ada penyajak akan melangkah setapak ke hadapan dan berundur
setapak ke belakang juga pada tempat sesuai. Terdapat pula penyajak yang bermula
dengan tunduk dan kemuadian bangun. Gerakan-gerakan begini, jika sesuai
(khususnya bersesuaian dengan puisi yang dideklamasikan), membantu menjadikan
persembahan lebih berkesan.
120
8.2 Gaya
8.2.1 Gaya berkait rapat dengan keyakinan penyajak. Terdapat tiga penyebab yang
menjadikan penyajak kurang bermaya. Pertama, penyajak tidak cukup berani
berhadapan dengan khalayak. Kedua, walaupun berani berhadapan dengan khalayak,
penyajak tidak tahu tentang seni pentas, dan ketiga, tingkat hafalannya tidak cukup.
Hal ini membawa kepada penyajak yang tidak meyakinkan.
8.2.2 Gaya termasuklah olahan/bahasa tubuh, gerak tangan dan sebagainya yang
bersesuaian dengan sajak yang dideklamasikan.
8.2.3 Mimik muka juga adalah gaya. Mimic muka hendaklah sesuai dengan tema dan isi
sajak yang dideklamasikan.
8.2.4 Pergerakan mata penyajak juga diambil kira sebagai gaya mata orang pentas. Yang
yakin/berani akan memandang ke atas atau memandang ke bawah.
8.3 Nada
8.3.1 Nada yang dimaksudkan ialah nada yang ada dalam sajak. Terdapat beberapa nada
yang popular seperti patriotik, marah, sinis, sedih, romantic dan sebagainya.
8.3.2 Pengucapan sajak perlu digandingkan dengan intonansi yang tepat iaitu turun naik
dan tinggi rendah suara untuk dipadankan dengan maksud sajak. Jeda (tempat
berhenti) juga perlu difahami betul-betul oleh penyajak untuk menjelaskan maksud
sajak.
8.4 Suara
8.4.1 penyajak perlu mahir mengeluarkan suara yang sesuai dengan sajak dan dapat
dipaparkan melalui permainan kualiti suara. Penyajak boleh merendahkan suara,
mensederhanakan suara dan meninggikan suara pada tempat-tempat yang sesuai.
8.4.2 Penerbitan suara yang dibuat-buat akan menyebabkan deklamasi sajak kurang
bermutu.
9. PENILAIAN ASPEK LAIN SECARA UMUM
9.1 Konsep penghayatan
Kejayaan penyajak mengemukakan teknik, gaya, nada dan suara yang bersesuaian dengan
sajak yang dideklamasikan adaalh kejayaannya dalam penghayatan sajak itu.
9.2 Kelemahan dan Pemotongan Markah
Markah yang diberikan untuk aspek-aspek yang dinyatakan di atas akan muktamad jika tiada
kelemahan dalam deklamasi. Markah akan dipotong jika terdapat kelemahan-kelemahan
seperti yang dinyatakan di bawah. Jumlah markah yang akan dipotong tertakluk kepada
kelemahan tersebut:
5.1.1 Salah atau lemah sebutan
Jika kata ‘lembayong’ disebut ‘lembayon’, ‘azimat disebut ‘azimak’, ‘pinta’ disebut ‘pinte’ dan
seumpamanya. Markah akan dipotong tidak lebih daripada tiga markah. Sebutan salah yang
berulang akan dipotong sekali sahaja.
121
5.1.2 Ketersasulan
Perkataan tertentu yang tersalah sebut dan diulang bagi tujuan pembetulan. Markah akan
dipotong tidak lebih 3 markah bagi setiap kali tersasul.
5.1.3 Tersalah Perkataan
Pemotongan markah akan dibuat sekiranya perkataan yang telah disebut membawa
kepada perubahan makna keseluruhan sajak markah akan dipotong sehingga 10
markah. Jika perkataan yang ‘tidak’ atau ‘telah’ disebut tidak menyebabkan makna
keseluruhan sajak berubah markah akan dipotong hanya 1 markah.
5.1.4 Tertinggal Bahagian Tertentu
Tertinggal satu baris akan dipotong 1 markah. Tertinggal satu rangkap akan dipotong
tidak lebih daripada 3 markah.
10. BORANG PENYERTAAN :
6.1. Setiap kumpulan hendaklah menghantar borang penyertaan sebagaimana borang
SCPK/1
6.2. Borang penyertaan Peringkat Kebangsaan yang lengkap dan disahkan hendaklah
sampai kepada pihak urusetia pada masa yang ditetapkan.
7. PERSEMBAHAN .
7.1. Segala aktiviti penyajak di pentas bermula daripada naik hinggalah turun dari
pentas adalah dianggap sebagai satu persembahan teknik.
7.2. Hanya pergerakan kecil yang bersesuaian dengan lagu yang disampaikan dan tidak
keterlaluan dibenarkan. Markah akan dipotong bagi pergerakan yang keterlaluan.
7.3. Iringan muzik setiap persembahan secara langsung (live) atau Penggunaan minus
one dibenarkan.
7.5. Iringan muzik boleh mempengaruhi pemarkahan.
7.6. Setiap peserta dilarang sama sekali memperkenalkan nama/identity dalam apa bentuk
sekalipun.
7.7. Mana-mana peserta yang melanggar syarat-syarat di atas, boleh dibatalkan
penyertaannya.
8. Masa
8.1 Setiap kumpulan diberi masa 8 minit untuk mempersembahkan sajak.
8.2 Masa dikira bermula apabila peserta mula naik ke pentas dan berakhir berdasarkan
peserta turun pentas.
8.3 Markah akan dipotong jika persembahan kurang dari 4 minit atau melebihi masa 8
minit yang telah ditetapkan.
122
9. Pakaian Peserta
9.1 Pakaian Peserta
9.1.1 Peserta digalakkan memakai pakaian seragam sekolah dan yang bersesuaian
dengan majlis. Sandal atau selipar tidak dibenarkan sama sekali.
10. PEMARKAHAN
Cara Penghakiman
10.1 Penghakiman deklamasi sajak dibahagikan kepada empat bahagian dengan pecahan
markah seperti berikut :
Bil Perkara Markah
1 Teknik 25
2 Gaya/Persembahan 25
3 Nada 25
4 Suara 25
Jumlah 100
10.2 Pertandingan deklamasi sajak ini dihakimi oleh satu jemaah hakim seramai 4 orang
dengan diketuai oleh seorang hakim sajak yang dilantik.
Bil Perkara Jum.Hakim
1 Teknik 1
2 Gaya/Persembahan 1
3 Nada 1
4 Suara 1
Jumlah 4
11. PENENTUAN KEPUTUSAN
11.1 Penyajak Terbaik
11.1.1. Penyajak yang mendapat markah tertinggi akan diisytiharkan sebagai Johan.
11.1.2. Penyajak yang mendapat markah kedua tertinggi akan diisytiharkan sebagai
Naib Johan dan begitulah seterusnya.
11.1.3. Sekiranya terdapat persamaan dari segi markah, penilaian akan dirujuk kepada
:
Pertama : Suara
Kedua : Nada
Ketiga : Gaya
11.1.4. Sekiranya masih sama, penilaian akan dirujuk kepada elemen Keberkesanan
Teknik.
11.1.5. Sekiranya masih sama, Jemaah Hakim akan bersidang dan membuat
keputusan.
11.1.6. Keputusan hakim adalah MUKTAMAD.
123
12. HADIAH PERTANDINGAN PERINGKAT KEBANGSAAN :
12.1. Hadiah Kategori Menengah (BP) Lelaki
11.2.1. Johan, Naib Johan dan Ketiga. (BP)
11.2.2. Tiga belas hadiah saguhati (BP)
12.2. Hadiah Kategori Menengah (BP) Perempuan
11.3.1. Johan, Naib Johan dan Ketiga (BP)
11.3.2. Tiga belas hadiah saguhati (BP)
13. BANTAHAN PESERTA
13.1. Sebarang bantahan hendaklah dikemukakan secara bertulis kepada Pengerusi
Jemaah Hakim menggunakan Borang Bantahan Rasmi (Borang SCPK/2) yang
disediakan.
13.2. Sebarang bantahan hendaklah disertakan dengan bukti dan saksi.
13.3. Sebarang bantahan hendaklah diterima oleh Pengerusi Jemaah Hakim sebelum
keputusan diumumkan.
13.4 Setiap bantahan hendaklah disertakan dengan wang pertaruhan sebanyak RM 300.00
(Tiga Ratus Sahaja) secara tunai. Wang pertaruhan tidak akan dikembalikan
sekiranya bantahan ditolak.
13.4. Semua bantahan akan dibincangkan di dalam mesyuarat Jemaah Hakim dan
keputusan selepas mesyuarat adalah MUKTAMAD.
13.5 Bantahan yang diterima selepas keputusan diumumkan tidak akan dilayan.
13. PENGHAKIMAN DAN PEMARKAHAN
Kelancaran 25 markah
Gaya 25 markah
Nada 25 markah
Suara 25 markah
124
Borang SCPK/1
SAHSIAH CEMERLANG PENDIDIKAN KHAS
SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
PERINGKAT KEBANGSAAN
BORANG PERTANDINGAN DEKLAMASI SAJAK
Peserta :
3. BERMASALAH PEMBELAJARAN MENENGAH
A. Maklumat Peserta
1. Nama peserta :
______________________________________________________________
2. No. Kad Pengenalan :
________________________________________________________
3. Nama Sekolah :
_____________________________________________________________________________
4. Alamat Sekolah :
_____________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
5. Nama Guru Pengiring :
_______________________________________________________
6. No Telefon Guru Pengiring : _____________________ email : ____________________
7. No. Telefon Sekolah:________________________________________________________
125
4. Pengesahan Pengetua
Saya akui bahawa maklumat yang dinyatakan di atas adalah benar.
Tandatangan Pengetua & Cop Rasmi Sekolah
____________________________________ ________________________________
( ) cop rasmi sekolah
126
Borang SCPK/2
SAHSIAH CEMERLANG PENDIDIKAN KHAS
SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
PERINGKAT KEBANGSAAN
BORANG BORANG BANTAHAN RASMI
B O R A N G B A N T A H A N R A SMI
4. Tarikh : ................................
5. Acara* : BERMASALAH PEMBELAJARAN MENENGAH
Nama Pembantah : .........................................................................................................
No. Kad Pengenalan : .....................................................................................................
Tempat Bertugas : ............................................................................................................
Jawatan Dalam Kontigen Negeri : ................................................................................
Kontigen : ..........................................................................................................................
Aduan / Bantahan :
............................................................................................................................................
............................................................................................................................................
............................................................................................................................................
............................................................................................................................................
............................................................................................................................................
Tandatangan Pengadu Tandatangan Ketua Kontigen
............................................................ .....................................................
() ()
*potong yang tidak berkenaan
127
PERTANDINGAN KUIZ PERDANA PROGRAM SAHSIAH CEMERLANG
PENDIDIKAN KHAS
1. SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN
1.1 Penyertaan terbuka kepada murid-murid kategori Bermasalah Pembelajaran Tingkatan
satu (1) hingga lima (5) di Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) dan Sekolah
Menengah Pendidikan Khas (SMPK).
1.2 Setiap negeri dibenarkan menghantar empat (4) orang peserta terbuka kepada lelaki dan
perempuan yang bukan beragama Islam bagi kategori yang dipertandingkan.
1.3 Semua penyertaan hendaklah disertakan butiran diri peserta yang lengkap dan disahkan
oleh pengetua bagi sekolah berkenaan.
1.4 Pakaian peserta dikehendaki memakai pakaian seragam sekolah.
1.5 Peserta perlu mengisi maklumat diri yang lengkap dan hendaklah dikemukakan kepada
pihak urus sdetia selewatnya-lewatnya sebelum pertandingan.
1.6 Setiap peserta adalah dilarang membawa sebarang bahan bercetak atau sebarang bentuk
bahan yang boleh membantu peserta dalam pertandingan.
2. SYARAT KUIZ PERDANA
a. Setiap kumpulan terdiri daripada empat orang ahli termasuk seorang simpanan.
b. Pertandingan kuiz akan dijalankan dalam dua peringkat.
i. Peringkat Saringan (ujian bertulis)
ii. Peringkat akhir (ujian lisan)
c. Markah tertinggi peringkat saringan akan layak masuk kepusingan akhir.
d. Empat kumpulan terbaik akan layak masuk ke pusingan akhir.
e. Pertandingan pusingan akhir dijalankan sebanyak 4 pusingan
i. Pusingan pertama ( Bahagian Mengenal Gambar)
ii. Pusingan Kedua (Bahagian padanan)
iii. Pusingan Ketiga (Bahagian Nilai murni)
iv. Pusingan Kempat (Bahagian Umum)
f. Soalan penulisan dan lisan akan disediakan oleh Panel Penyediaan Soalan Bahagian
Pendidikan Khas Kementerian Pendidikan Malaysia.
g. Soalan bertulis akan dikemukakan sebanyak 25 soalan dan perlu dijawab dalam masa 30
minit. Peserta perlu menjawab semua soalan yang diberikan.
h. Kuiz lisan Jurukuiz akan membaca soalan sebanyak dua kali sebelum para peserta
dibenarkan menjawab soalan.
i. Setiap jawapan yang betul akan diberi 3 markah, jawapan yang kurang tepat diberi 1
markah mengikut penilaian juri dan jawapan yang salah 0 markah.
128
j. Setiap jawapan yang betul akan diberi 3 markah manakala jawapan yang betul oleh
pembantu diberi 1 markah.
k. Para peserta dibenarkan berbincang atau memberi jawapan kepada peserta yang sedang
menjawab.
l. Pemenang dikira berdasarkan kumpulan yang mendapat jumlah markah tertinggi.
m. Sekiranya terdapat markah yang sama di antara kumpulan yang bertanding, soalan
tambahan akan diberikan.
5. MASA
a. Masa untuk menjawab soalan individu diperuntukan selama 10 saat.
b. Loceng akan dibunyikan setelah masa tamat.
6. PENGHAKIMAN
a. Kuiz Dikendalikan Oleh 1 orang
a. Ketua Hakim 2 orang
b. Hakim juri 1 orang
c. Jurukuiz 1 orang
d. Penjaga masa 1 orang
e. Pencatat
b. soalan akan dibaca oleh juru kuiz.
c. markah jawapan akan ditentukan oleh hakim juri.
d. Keputusan jawapan akan diumumkan oleh juru kuiz.
e. Markah akan dicatat oleh pencatat di papan markah.
f. Keputusan juri adalah muktamad.
129