The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Transformasi Pendidikan Pahang, Jabatan Pendidikan Negeri Pahang

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by MADAM IZZUL, 2024-05-29 07:07:13

TRANSFORMASI PENDIDIKAN PAHANG

Transformasi Pendidikan Pahang, Jabatan Pendidikan Negeri Pahang

Keywords: TPP JPN PAHANG

TUKO KALER KUNING TUKO KALER KUNING


Pemacu Aspirasi Pendidikan Negeri Pahang CEKAP CEPAT CERMAT EANINGFUL EASURABLE ALLEABLE


FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.


© Jabatan Pendidikan Negeri Pahang 2021 Hak cipta terpelihara, tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, gambar dan isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan apa juga cara sama ada elektronik, fotokopi, mekanikal, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Jabatan Pendidikan Negeri Pahang. Transformasi Pendidikan Negeri Pahang Editor: Haji Abdul Rahim bin Mohd Yunus Rohana binti Moin Jalilah binti Salim Ahmad Zafiru bin Mat Yassin Haji Ahmad Bushra bin Abdul Rahman Mohd Zulfakar Ali bin Muda Shamdzul bin Ahmad Mat Ganti bin Mansor Reka Bentuk Grafik: Mohd Zulfakar Ali bin Muda Haji Ahmad Bushra bin Abdul Rahman Dicetak Oleh: Perkasa Ummah Enterprise B60 Jalan IM 7/1 Bandar Indera Mahkota 25200 KUANTAN Pahang


Pemacu Aspirasi Pendidikan Pahang


Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam Transformasi Pendidikan Pahang, Alhamdulillah, rakaman kesyukuran yang teramatnya kepada Allah SWT kerana dengan izin serta limpah kurnia-Nya, buku Transformasi Pendidikan Pahang (TPP) dapat direalisasikan penerbitannya. Penulisan buku ini bertujuan untuk memberikan penerangan tentang hala tuju pendidikan negeri Pahang bagi tempoh 10 tahun (2021-2030) akan datang. Penghasilan transformasi ini sangat signifikan lebih-lebih lagi apabila sistem pendidikan kita akan memasuki fasa terakhir gelombang ketiga Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Berkewajaranlah langkah proaktif ini dilaksanakan sejajar dengan pemikiran bijak pandai yang menyatakan bahawa apabila mengingini kejayaan, janganlah hanya mengira anak-anak tangga tetapi panjatlah anak-anak tangga itu satu persatu. Bagi mencapai aspirasi yang diimpikan dalam persekitaran yang semakin berdaya saing ini, Jabatan Pendidikan Negeri Pahang tidak terkecuali dan semestinya mengorak langkah sederap agar transformasi ini menjadi tunjang kepada pengukuhan visi dan aspirasi sistem pendidikan Malaysia. Pengetua, guru besar, guru-guru, ibu bapa dan komuniti memainkan peranan untuk menjayakan transformasi ini kerana seikat bagai sirih, serumpun bagai serai, seliang bagai buluh. Iltizam dan kerjasama semua pihak menjadi sinergi agar CITra Pahang ini menjadi realiti yang membanggakan kita warga Pahang. Akhir kata, setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Jawatankuasa Transformasi Pendidikan Pahang serta semua pihak yang memberikan sumbangan sama ada secara langsung atau sebaliknya atas inisiatif yang padu untuk menghasilkan Transformasi Pendidikan Pahang. Besarlah harapan kita semua agar usaha murni ini memperoleh rahmah dan barakah daripada Allah SWT. Sekian, terima kasih. SEULAS BICARA Transformasi Pendidikan Pahang yang bertunjangkan CITra Pahang (Change, Innovation, Transformation) dengan slogan Cekap, Cepat, Cermat diharapkan dapat memacu kecemerlangan pendidikan di negeri Pahang yang pada akhirnya nanti akan memberikan impak kepada kemenjadian murid secara holistik.


HAJI ZAIMI BIN ABU BAKAR Pengarah Pendidikan Pahang SEULAS BICARA “Transformasi Pendidikan Pahang bersifatkan 3M iaitu Meaningful (bermakna), Measurable (boleh ukur) dan Malleable (mudah olah) menjadi pemacu dalam memenuhi aspirasi pendidikan Negeri Pahang berfokuskan kemenjadian murid yang holistik”


DEFINISI LOGO T terbentuk daripada 2 P yang diapit bersama: T = Transformasi, P (merah) = Pendidikan, P (biru) = Pahang Merah: Futuristik Biru: Profesionalisme dalam pendidikan negara Gabungan Biru + Merah: Transformasi Putih: Sistem pendidikan yang bermutu tinggi dan membentuk insan yang berkualiti serta berilmu mulia Kuning: Di bawah naungan Sultan Gading: Melambangkan identiti Pahang


PENGURUSAN TERTINGGI Haji Zaimi bin Abu Bakar Pengarah Pendidikan Pahang Jabatan Pendidikan Negeri Pahang Mohammad Rosli bin Abdul Rahman Timbalan Pengarah Pendidikan Sektor Pembangunan Murid Haji Abdul Rahim bin Mohd Yunus Timbalan Pengarah Pendidikan Sektor Pembelajaran Hajah Asiah binti Hamzah Timbalan Pengarah Pendidikan Sektor Perancangan dan Pengurusan PPD Abdul Mu’ti bin Ahmad Timbalan Pengarah Pendidikan Sektor Pengurusan Sekolah


PENGURUSAN TERTINGGI Haji Ishak bin Othman Ketua Penolong Pengarah Kanan Sektor Pendidikan Islam Datin Sri Kamariah binti Mohamad Ketua Penolong Pengarah Kanan Sektor Pendidikan Khas Norliza binti Mohamed Ali Ketua Penolong Pengarah Kanan Sektor Sumber Manusia Haji Yaakub bin Md. Salleh Ketua Penolong Pengarah Kanan Sektor Pentaksiran dan Peperiksaan Amilia Suraya binti Muhamad Arif Ketua Penolong Pengarah Kanan Sektor Infrastruktur dan Perolehan


Razahidi bin Abdul Hayet Ketua Penolong Pengarah Kanan Sektor Pengurusan Haji Abdullah bin Abu Ketua Penolong Pengarah Sektor Sumber Teknologi Pendidikan Norasila binti Mohd Zain Ketua Penolong Pengarah Sektor Pengurusan Maklumat Khairul Azlan bin Mohd Yusof Ketua Penolong Pengarah Sektor Integriti Mohd Asri bin Ahmad Ketua Kaunselor Pendidikan Negeri Sektor Psikologi dan Kaunseling PENGURUSAN TERTINGGI


KUMPULAN PEMIKIR TPP Haji Zaimi bin Abu Bakar Pengarah Pendidikan Pahang Jabatan Pendidikan Negeri Pahang Haji Abdul Rahim bin Mohd Yunus Timbalan Pengarah Pendidikan Sektor Pembelajaran Rohana binti Moin Ketua Penolong Pengarah Kanan Sains dan Matematik Sektor Pembelajaran Baharum bin Haji Samat Pegawai Pendidikan Daerah Bera Haji Yaakub bin Md. Salleh Ketua Penolong Pengarah Kanan Sektor Pentaksiran dan Peperiksaan Saruchi bin Sawal Ketua Penolong Pengarah Kanan Pendidikan Swasta Sektor Pengurusan Sekolah


KUMPULAN PEMIKIR TPP Mohd Sham Salleh bin Mohd Rashidi Penolong Pengarah Sektor Perancangan dan Pengurusan PPD Haji Shaiful-Azizi Sukri bin Mohd Kassim School Improvement Partners+ (SIPartners+) Pejabat Pendidikan Daerah Kuantan Ismail bin Husin School Improvement Partners+ (SIPartners+) Pejabat Pendidikan Daerah Jerantut Hajah Haniza binti Hashim Pengetua SMK (P) Methodist Kuantan Ahmad Zafiru bin Mat Yassin Ketua Penolong Pengarah Sains dan Matematik Sektor Pembelajaran Hiruddin bin Mohit Ketua Penolong Pengarah Kanan Prasekolah dan Sekolah Rendah Sektor Pengurusan Sekolah


STRUKTUR ORGANISASI


PENDIDIKAN NEGERI PAHANG


CITra Change + Innovation + Transformation = CITra Pahang Logo CIT: Digabungkan menjadi bentuk kunci Kuning: Di bawah naungan Sultan Putih: Sistem pendidikan yang bermutu tinggi dan membentuk insan yang berkualiti serta berilmu mulia Bentuk gajah: Mewakili Pahang Merah: Futuristik


ISI KANDUNGAN RINGKASAN EKSEKUTIF MATLAMAT ASPIRASI MODEL 10 FOKUS UTAMA ONE PAGE MANAGEMENT TOOL (OPMT) : TRANSFORMASI PENDIDIKAN PAHANG BIBLIOGRAFI TPP : 4 Aspirasi Sistem TPP : 7 Aspirasi Murid Model Murid Model Guru Model Pemimpin Model Sekolah Transformasi Murid #1 Pemerkasaan Potensi dan Bakat Murid Transformasi Guru #2 Pemantapan Kebitaraan Guru Transformasi MLT #3 Peningkatan Kualiti dan Keberkesanan MLT Transformasi SLT #4 Peningkatan Kualiti dan Keberkesanan SLT Transformasi Bilik Darjah #5 Pembudayaan Pengajaran dan Pembelajaran Bermakna dan Menyeronokkan Transformasi Sekolah #6 Pemugaran Sekolah Berwatak Transformasi Kolej/Pusat Tingkatan 6 #7 Pemugaran Kolej/Pusat Tingkatan 6 Sebagai Pilihan Utama Transformasi PPD #8 Pemacu Transformasi Pendidikan Transformasi JPN #9 Peneraju Transformasi Pendidikan Transformasi PIBKS #10 Pemantapan Hubungan dan Sokongan 1 4 68 69 11 12 16 22 26 32 38 44 50 56 62 7 8 9 10 5 6


Transformasi Pendidikan Pahang (TPP) (2021 – 2030) Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 merupakan dokumen strategik hala tuju pendidikan yang holistik. PPPM 2013-2025 berhasrat mengoptimumkan kemenjadian murid melalui peningkatan kualiti sistem pendidikan. Dalam merealisasikan Gelombang 3 PPPM (2021-2025), semua sekolah, guru dan pengetua/guru besar (PGB) perlu menunjukkan prestasi melebihi standard minimum. Oleh itu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan memberikan tumpuan kepada meningkatkan keluwesan operasi untuk memupuk budaya kepimpinan rakan setugas bagi pembangunan kecemerlangan profesional. Kementerian juga akan menganjakkan kebanyakan sekolah kepada model pengurusan berasaskan sekolah dan membangunkan model kejayaan sekolah berdasarkan inovasi dalam pengajaran. Matlamat Kementerian adalah untuk membangunkan sistem pengekalan kemajuan kendiri yang mampu untuk mencetuskan inovasi dan meningkatkan pencapaian yang lebih tinggi. RINGKASAN EKSEKUTIF Sehubungan dengan itu, Jabatan Pendidikan Negeri Pahang (JPNP) komited untuk meningkatkan prestasi pendidikan negeri secara menyeluruh dengan menghasilkan Transformasi Pendidikan Pahang (TPP) sebagai satu wadah penambahbaikan yang mengambil kira pelbagai cabaran semasa. TPP ini bersifat meaningful (bermakna), measureable (boleh ukur) dan malleable (mudah olah) kepada semua peringkat yang terlibat iaitu sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan JPNP. Pemacu Aspirasi Pendidikan Negeri Pahang 1


TPP merupakan pemangkin hala tuju pendidikan bermakna bagi mendepani perubahan dan keperluan mendatang berasaskan model setempat yang merujuk aspirasi sistem dan aspirasi murid dalam PPPM 2013-2025. TPP juga ialah suatu inisiatif strategik untuk menterjemah gerak kerja pengurusan, seiring dengan Fokus & Gerak Kerja KPPM 2020; Bersama-sama Melangkah Lebih Jauh, Fokus & Gerak Kerja KPPM 2019; Naratif Baharu Amalan Pendidikan, dan Fokus & Gerak Kerja Profesional KPPM 2018; Melangkah ke Hadapan. RINGKASAN EKSEKUTIF Matlamat TPP berfokus kepada kemenjadian murid: ● Pencapaian minimum murid Pahang (sekurang-kurangnya Tahap Penguasaan 3 dalam Pentaksiran Bilik Darjah, Melepasi Tahap Minimum dalam UPSR, Layak Mendapat Sijil dalam SPM, Lulus Penuh Semua Mata Pelajaran dalam STPM dan ‘Maqbul’ (Lulus) dalam STAM); ● Kemenjadian murid Pahang yang holistik; ● Kesediaan mendepani IR4.0 dan IR5.0 (murid Pahang berkemahiran serta pemikir yang mempunyai nilai sahsiah yang tinggi); dan ● Kesediaan bekerja dan berdaya saing (mempunyai bina upaya insan dan kebolehpasaran). TPP memberikan gambaran jelas tentang: ● TPP: Aspirasi Sistem; ● TPP: Aspirasi Murid; ● Model Murid Pahang; ● Model Guru Pahang; ● Model Pemimpin Sekolah Pahang; dan ● Model Sekolah Pahang. 2 Pemacu Aspirasi Pendidikan Negeri Pahang


● Murid ● Guru ● MLT ● SLT ● Bilik Darjah ● Sekolah ● Kolej/Pusat Tingkatan 6 ● PPD ● JPN ● Pelibatan Ibu Bapa, Komuniti dan Swasta Fokus utama TPP merangkumi 10 Transformasi: RINGKASAN EKSEKUTIF Pendekatan nilai dalam tindakan diberikan penekanan dengan memperkenalkan slogan “cekap, cepat dan cermat” bagi meningkatkan profesionalisme, integriti dan kualiti kerja. Keberkesanan transformasi yang diharapkan melalui formula: Change + Innovation + Transformation = CITra Pahang TPP akan melalui 3 fasa tempoh pelaksanaan: ● Fasa I: Fasa Permulaan; ● Fasa II: Fasa Pemantapan; dan ● Fasa III: Fasa Penerusan. Usaha untuk merealisasikan TPP ini akan menghadapi cabaran yang menuntut warga pendidikan negeri Pahang agar memantapkan ilmu dan kemahiran, kesiapsiagaan, kesefahaman, kepantasan bertindak dan kebijaksanaan membuat keputusan. Diharapkan TPP ini akan menjadi panduan bagi membentuk kefahaman yang menyeluruh kepada semua warga pendidikan negeri Pahang. Kerjasama dan sokongan padu daripada semua pihak amatlah dituntut bagi memastikan agenda memartabatkan pendidikan negeri Pahang menjadi realiti. Pemacu Aspirasi Pendidikan Negeri Pahang 3


MATLAMAT 4 Pemacu Aspirasi Pendidikan Negeri Pahang


TPP: ASPIRASI SISTEM Pemacu Aspirasi Pendidikan Negeri Pahang 5


TPP: ASPIRASI MURID 6 Pemacu Aspirasi Pendidikan Negeri Pahang


MODEL MURID CIRI MODEL MURID Pemacu Aspirasi Pendidikan Negeri Pahang 7


MODEL GURU CIRI MODEL GURU 8 Pemacu Aspirasi Pendidikan Negeri Pahang Multiteaching Skills


MODEL PEMIMPIN CIRI MODEL PEMIMPIN Pemacu Aspirasi Pendidikan Negeri Pahang 9


MODEL SEKOLAH CIRI MODEL SEKOLAH 10 Pemacu Aspirasi Pendidikan Negeri Pahang


10 FOKUS UTAMA TRANSFORMASI MURID GURU MLT SLT BILIK DARJAH SEKOLAH KOLEJ/PUSAT TINGKATAN 6 PPD JPN PIBKS Pemacu Aspirasi Pendidikan Negeri Pahang 11


INISIATIF #1: PEMERKASAAN POTENSI DAN BAKAT MURID TRANSFORMASI MURID 12 Pemacu Aspirasi Pendidikan Negeri Pahang


TRANSFORMASI MURID Setiap murid mempunyai sifat unik dari segi perkembangan afektif dan kognitif, kematangan sosial, keupayaan, motivasi, aspirasi, minat dan potensi. Potensi yang berkaitan dengan bakat manusia menjadi salah satu aspek daripada fitrah manusia dan menjadi ukuran kebolehan manusia dalam melakukan sesuatu aktiviti. Menurut Mok Soon Sang (2008) potensi manusia yang ditonjolkan mempunyai tahap yang berbeza kerana bukan semua individu mempunyai peluang untuk mempertingkatkan potensi mereka dalam alam kehidupan. Secara ringkasnya potensi manusia yang terpendam boleh dicungkil agar menjadi kebolehan nyata melalui didikan dan strategi yang sesuai. Mengapa Diperlukan? Murid sebagai individu mempunyai kehendak dan keperluan asas seperti keselamatan, kasih sayang, bermasyarakat dan kehendak penyempurnaan kendiri. Selain itu, setiap murid memiliki kekuatan dan potensi diri. Potensi dan bakat seseorang itu sangat menunjang masa depannya tetapi banyak individu belum mengetahui potensi diri masing masing. Berdasarkan Transformasi Pendidikan Pahang terdapat empat strategi yang menjadi tunjang kepada pembentukan dalam usaha memperkasakan potensi dan bakat murid bagi mencapai kejayaan yang dihasratkan menjelang 2030 iaitu: 1. Meningkatkan Bina Upaya Insan Strategi ini dapat meningkatkan bilangan murid yang mempunyai pengetahuan, berkemahiran, berfikiran kreatif dan kritis, menghayati agama, mengamalkan budaya, adab dan nilai murni serta stabil emosi. Merekalah yang bakal menerajui negara ini pada masa akan datang. Oleh yang demikian, strategi ini merupakan elemen yang penting kerana murid yang berjaya dalam pembentukan peribadi dan hal-hal pengetahuan menjadi elemen penting dalam pembentukan peneraju masa hadapan. Bakat dan Potensi Individu Adalah Berbeza Meningkatkan Bina Upaya Insan Melahirkan Pemimpin Masa Hadapan Membudayakan Murid yang Sebati Teknologi Merealisasikan Pendemokrasian Pendidikan Peningkatan Bina Insan 1 2 3 4 Pemacu Aspirasi Pendidikan Negeri Pahang 13


2. Melahirkan Pemimpin Masa Hadapan Strategi yang kedua ini ialah melahirkan murid yang dapat memimpin diri sendiri, keluarga, masyarakat, organisasi dan negara serta boleh membuat keputusan, mempunyai hala tuju, berkeyakinan dan futuristik. Pembentukan pemimpin masa hadapan yang baik sangat penting dan perlu diambil perhatian yang serius kerana negara harus diterajui oleh barisan pemimpin yang terbilang. 3. Membudayakan Murid yang Sebati Teknologi 4. Merealisasikan Pendemokrasian Pendidikan Melalui strategi ini, setiap murid diberi peluang dan hak yang sama untuk mendapatkan pendidikan serta kemudahan yang disediakan tanpa mengira status ekonomi, sosial, jantina, kaum, agama dan lokaliti. Kesemua strategi ini dilaksanakan serentak bagi menghasilkan pemerkasaan murid yang dihasratkan dengan kerjasama daripada pihak guru, sekolah, PPD dan JPN. Pelaksanaan untuk mencapai objektif inisiatif ini adalah melalui strategi yang disenaraikan di atas dan dilaksanakan di sekolah-sekolah seluruh Negeri Pahang dengan menerapkan nilai atau 13 ciri Model Murid iaitu: TRANSFORMASI MURID Pembentukan Pemimpin Masa Hadapan Sebati Teknologi Peluang dan Hak Mendapatkan Pendidikan 14 Pemacu Aspirasi Pendidikan Negeri Pahang Melalui strategi ini, murid dapat menjiwai dan mengamalkan elemen teknologi yang baik dalam kehidupan serta dapat menghasilkan inovasi yang memberikan manfaat kepada diri sendiri dan masyarakat. Pemupukan dan usaha melahirkan pemimpin masa hadapan ini perlu dilakukan dari peringkat sekolah lagi.


Apakah Bentuk Kejayaan? Pelaksanaan TPP ini melahirkan murid mengikut acuan Pendidikan Pahang. Peningkatan bina upaya insan dalam strategi yang pertama ini bertujuan membentuk jati diri murid yang memartabatkan nilai agama. Penghayatan beragama sangat penting kepada semua manusia kerana semua agama mengajarkan nilai-nilai moral yang seterusnya membentuk manusia yang berakhlak baik/mulia. Selain itu, strategi ini juga melahirkan murid yang celik Al-Quran melalui pelaksanaan Program Riadhul Quran bagi murid yang beragama Islam. Peningkatan bina upaya insan ini dapat direalisasikan melalui kejayaan minda yang pelbagai menerusi aktivitiaktiviti kokurikulum yang dilaksanakan. Melahirkan pemimpin masa hadapan yang futuristik, menguasai teknologi terkini, mahir pelbagai bahasa Kejayaan juga boleh diukur melalui pencapaian murid dalam menghasilkan inovasi baru dalam kehidupan dan pembelajaran. Kebolehan murid dalam menyampaikan pemikiran secara kreatif dan kritis juga menguasai pelbagai kemahiran ialah kayu ukur kepada pencapaian inisiatif ini. Kesan hala tuju kepada pengukuran pencapaian inisiatif ini bergantung kepada peluang dan hak yang sama rata dicapai oleh semua murid tanpa mengira lokaliti sekolah, status ekonomi dan kaum serta status sosial. TRANSFORMASI MURID Celik Al-Quran Penghasilan Inovasi Warisan Budaya Pahang Penghayatan Beragama Pemacu Aspirasi Pendidikan Negeri Pahang 15 serta mempunyai jati diri warisan budaya Pahang digambarkan melalui pencapaian strategi yang kedua.


INISIATIF #2: PEMANTAPAN KEBITARAAN GURU TRANSFORMASI GURU 16 Pemacu Aspirasi Pendidikan Negeri Pahang


TRANSFORMASI GURU Mengapa Diperlukan? Untuk memastikan keberkesanan pendidikan, faktor asas yang paling penting ialah barisan hadapan yang kompeten. Guru merupakan barisan hadapan/ pelaksana yang bertanggungjawab dalam memastikan keberhasilan pendidikan terutama kemenjadian murid. Pendidikan Pahang memerlukan guru-guru yang kompeten dan komited untuk memastikan kemenjadian murid yang dihasratkan dalam PPPM dapat direalisasikan dan hasrat ini memerlukan penambahbaikan kualiti PdP dalam menyediakan murid-murid untuk menghadapi persaingan global. Justeru, JPN Pahang melalui TPP komited untuk memaksimumkan potensi guru, khususnya menerusi Inisiatif #2 – Pemantapan Kebitaraan Guru. Inisiatif ini menghasratkan guru-guru Pahang menjadi guru-guru yang unggul, bersahsiah, berkemahiran tinggi dan berdaya saing dalam mendepani perubahan. Strategi dan usaha berterusan dirancang secara teliti untuk memastikan semua warga yang terlibat dalam pendidikan Pahang terus komited untuk meletakkan kualiti sistem terutama kualiti guruguru Pahang pada tahap yang membanggakan. Strategi Pelaksanaan: Bersahsiah Unggul Berkemahiran Tinggi Berdaya Saing Pemantapan Kebitaraan Guru Memperkasakan Keterampilan Guru Meningkatkan Kualiti PdP Guru Membudayakan PdP Digital 1 2 3 Membudayakan PLC Membudayakan Kajian Tindakan 4 5 Kemenjadian Murid Melalui PPPM Pemacu Aspirasi Pendidikan Negeri Pahang 17


1. Memperkasakan Keterampilan Guru Pengukur kejayaan kepada strategi ini dapat dilihat apabila lebih ramai guru yang kompeten dalam pelbagai aspek dapat ditonjolkan. Kemunculan guruguru ikon/adiwira Pahang menjadi eviden pada pemerkasaan keterampilan guru. Selain pengiktirafan, JPN juga mensasarkan kebitaraan guru-guru dirai dan dikongsi dengan 2. Meningkatkan Kualiti PdP Guru Guru yang baik/hebat/cemerlang dapat melaksanakan pembelajaran bermakna dan berkesan melalui penggabungjalinan kaedah pedagogi supaya dapat membangunkan KBAT murid. Guru perlu berubah kepada pembelajaran yang berpusatkan murid iaitu melalui amalan PAK21 yang berteraskan 4K1N (komunikasi, kolaboratif, kritis, kreatif dan nilai) melalui kaedah PdP berkesan dan bermakna berfokuskan kepada kemenjadian murid. 3. Membudayakan PdP Digital Mendepani norma baharu sekarang, pendidikan memerlukan guru yang berkemahiran untuk mengintegrasikan teknologi dalam PdP. Guru-guru perlu mempunyai kemahiran untuk mengaplikasikan teknologi digital dalam usaha mereka untuk menyampaikan ilmu kepada murid. Perkara ini dilihat sangat perlu dalam suasana norma baharu apabila pandemik COVID-19 yang sedang melanda sekarang memerlukan pelaksanaan PdP secara dalam talian dan juga pengajaran dan pembelajaran di rumah. TRANSFORMASI GURU Guru Adiwira Portal Pembelajaran Pahang KBAT Kemenjadian Murid PAK21 4K1N Pembudayaan PdP Digital 18 Pemacu Aspirasi Pendidikan Negeri Pahang TPP berhasrat untuk menghasilkan guru-guru yang berketerampilan, berkompetensi tinggi, berpengetahuan luas, cekap dan berkeyakinan. seluruh warga pendidikan Pahang melalui kolokium atau Portal Pembelajaran Pahang.


Dalam memulakan budaya PdP Digital ini, guru-guru yang berkemahiran akan berkongsi kepakaran mereka dan seterusnya menjadikan platform perkongsian ini sebagai langkah mula untuk mereka membangunkan kapasiti dan potensi mereka. 4. Membudayakan PLC Antara amalan pembangunan profesionalisme yang mudah untuk dipraktikkan ialah PLC iaitu aktiviti berkolaboratif secara berterusan untuk meningkatkan kualiti PdP guru. PLC dilihat sebagai satu platform yang mana guru-guru boleh berkongsi kemahiran dan pada masa yang sama saling membantu untuk menyelesaikan masalah dihadapi dalam proses pengajaran mereka. Amalan perkongsian PLC yang berimpak seharusnya dibudayakan di sekolahsekolah. Perkongsian Amalan Terbaik PLC ini kemudiannya boleh dijadikan perkongsian pada peringkat daerah dan negeri. 5. Membudayakan Kajian Tindakan Dalam proses mendidik, guru sentiasa berhadapan dengan isu dan masalah yang memerlukan mereka bertindak. Justeru, keperluan untuk guru memiliki ilmu berkenaan kajian tindakan sangat penting. Kajian tindakan merupakan proses mengenal pasti isu dan masalah serta penyelesaian menggunakan intervensi berfokus secara berterusan. Seseorang guru perlu menjadi pemimpin instruksional di dalam kelas kerana mereka perlu menyelesaikan masalah atau isu yang berlaku dalam PdP mereka. Kajian tindakan seharusnya menjadi teras kerja guru secara tekal. Keberhasilan kajian tindakan mereka seharusnya dikongsi supaya dapat membantu rakanrakan lain. TRANSFORMASI GURU Aktiviti Kolaboratif Berterusan Pembudayaan Kajian Tindakan Pemacu Aspirasi Pendidikan Negeri Pahang 19 Integrasi Teknologi dalam PdP Usaha ini seterusnya menggalakkan lebih ramai lagi rakan guru untuk sama-sama memantapkan pengintegrasian teknologi dalam PdP.


Apakah Bentuk Kejayaan? Transformasi Pendidikan Pahang (TPP) dapat menginspirasikan semakin ramai guru-guru Pahang meraih kecemerlangan pada peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Di antara nama-nama yang telah menerima pengiktirafan global termasuklah cikgu Samuel Isaiah dan cikgu Noorjahan Sultan. Cikgu Samuel Isaiah telah menerima anugerah Guru Adiwira PAK21 2019 dan tersenarai dalam kumpulan sepuluh finalis terbaik Global Teacher Prize tahun 2020. Terdahulu, cikgu Noorjahan Sultan telah tersenarai dalam kumpulan 50 finalis terbaik Global Teacher Prize tahun 2016. Di samping itu, kreativiti dan inovasi cikgu Noorjahan Sultan terbukti apabila beliau memenangi anugerah Pearson ELT Teacher kategori Asia dan Oceania tahun 2018. Cikgu Mohd Huzaire juga telah menempa nama bagi guru kurang upaya apabila dinobatkan sebagai Tokoh Guru Kurang Upaya dalam Sambutan Hari Guru Kebangsaan 2010. Dalam bidang kokurikulum, cikgu Mohamad Sahaimi bin Zainal telah diiktiraf sebagai Jurulatih Cemerlang Pusat Kokurikulum Kebangsaan tahun 2018 dan 2019. Beliau juga adalah Guru Adiwira Pahang 2019 dan telah menerima Anugerah Ikon Kokurikulum Pahang 2020. TRANSFORMASI GURU 20 Pemacu Aspirasi Pendidikan Negeri Pahang Ketokohan Cikgu Samuel Isaiah Kreativiti dan Inovasi Cikgu Noorjahan TOKOH GURU KURANG UPAYA Kecekalan Cikgu Mohd Huzaire ANUGERAH GURU ADIWIRA Keperibadian dan Inisiatif Cikgu Mohamad Sahaimi


Masih ramai lagi guru Pahang yang telah menerima anugerah atau memimpin kejayaan sekolah di peringkat global dan kebangsaan. Kebitaraan dan keterampilan seperti inilah yang dihasratkan oleh TPP, demi memperkukuh masa depan anak-anak di masa hadapan. TPP dikatakan berjaya apabila kualiti PdP guru mencerminkan kecemerlangan yang sejajar dengan skor SKPMg2. Guru-guru membudayakan PdP digital dan menjadikan PLC sebagai platform perkongsian dan percambahan inovasi mengajar. TPP mahu melihat guru-guru membudayakan Kajian Tindakan sebagai kajian akademik yang berupaya merungkaikan isu prestasi pembelajaran anak-anak didik. TRANSFORMASI GURU Pemacu Aspirasi Pendidikan Negeri Pahang 21 Guru Berkebolehan dan Multiteaching Skills Penghayatan Model Guru TPP Keterampilan dan Kebitaraan Guru dalam Pelbagai Bidang dan Peringkat


INISIATIF #3: PENINGKATAN KUALITI DAN KEBERKESANAN MLT TRANSFORMASI PASUKAN PEMIMPIN PERTENGAHAN (MIDDLE LEADERSHIP TEAM-MLT) 22 Pemacu Aspirasi Pendidikan Negeri Pahang


Mengapa Diperlukan? Middle Leadership Team (MLT) adalah pasukan pemimpin pertengahan yang terdiri daripada Guru Kanan Mata Pelajaran (GKMP) dan Ketua Panitia (KP) di sekolah. Mereka adalah perantara barisan pentadbir yang berada di atas dan guru-guru yang berada di akar umbi. Sebagai barisan pemimpin yang paling hampir dengan guru-guru dalam bilik darjah, MLT memainkan peranan yang sangat penting dalam menterjemah strategi dan hasrat pemimpin atasan (SLT) kepada guru-guru. Seterusnya MLT berkolaboratif dengan guru-guru di bawah bidang/panitia masing-masing dalam melaksanakan tindakan yang bersesuaian untuk mencapai hasrat ini. MLT melaksanakan dua tugas hakiki yang sangat penting iaitu mengajar dengan cemerlang di dalam bilik darjah dan mengurus bidang/panitia dengan baik. Oleh itu, seorang MLT perlu mempunyai kualiti kepimpinan dan instruksional yang cemerlang dalam menjalankan tugasnya di sekolah seterusnya menjadi model kepada guru-guru dalam aspek kepimpinan dan juga pengajaran dan pembelajaran. Sesuai dengan peranan dan fungsi tugas sedemikian rencam, MLT perlu dibekalkan pelbagai kemahiran yang sesuai supaya mereka boleh melaksanakan tugas (execute) dengan lebih berkesan. MLT dalam kepimpinan sekolah sangat penting kerana menurut Harvey (2002) “sekolah sangat memerlukan seorang pemimpin yang mempunyai visi yang jelas tetapi akhirnya pemimpin pertengahan yang melaksanakan visi tersebut". Hal ini disokong juga oleh Maxwell dalam 3600 Leader yang menyatakan 99% kepimpinan berlaku bukan daripada pihak atasan, tetapi datang daripada peringkat pertengahan organisasi. Oleh itu, MLT adalah sangat penting dalam mencapai visi dan misi sekolah menuju kecemerlangan. Apakah Bentuk Kejayaan? Setiap sekolah seharusnya mempunyai barisan MLT yang berkualiti iaitu mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang tinggi serta terkini. MLT juga perlu mempunyai karisma dan personaliti yang boleh diteladani serta berupaya untuk membimbing guruguru dengan berhemah berdasarkan pengalaman untuk mencapai kecemerlangan sekolah. MLT Guru Pemimpin atasan Kitaran Hubungan MLT 1 2 3 Mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang tinggi dan terkini Mempunyai karisma dan personaliti yang boleh dicontohi dan diteladani Membimbing guru-guru dengan berhemah berdasarkan pengalaman K U A L I T I MLT TRANSFORMASI PASUKAN PEMIMPIN PERTENGAHAN (MIDDLE LEADERSHIP TEAM-MLT) Pemacu Aspirasi Pendidikan Negeri Pahang 23


MLT yang berprestasi tinggi dapat melaksanakan peranan yang menonjolkan personaliti, pengalaman, pengetahuan, kemahiran dan keupayaan dalam melaksanakan tugasnya untuk: Memperkasakan Kemahiran Instruksional Sesuai dengan peranan dan fungsi tugas yang rencam, MLT perlu memperkasakan kemahiran instruksional yang ada supaya mereka boleh melaksanakan tugas (execute) dengan lebih cemerlang. Bagi membantu MLT mencapai potensi penuh dalam memikul tanggungjawab sebagai pemimpin instruksional, mereka dibimbing dan dibantu oleh SISC+. MLT diberikan latihan khusus dalam aspek yang berkait rapat dengan tugas utama mereka iaitu pengajaran dan pembelajaran dan juga bimbingan dan pementoran. Ianya bertujuan untuk memastikan mereka dapat melaksana PdPc yang berkualiti dan berkesan, seterusnya berupaya membimbing guruguru dalam panitia/bidang masing-masing. Mengukuh Karisma Kepimpinan Seseorang pemimpin berkarisma perlu berupaya untuk menggerakkan subordinat (guru) untuk bertindak, malahan mampu menjadi suri teladan kepada organisasinya. Karisma kepimpinan ini tidak hadir semata-mata melalui bakat tetapi boleh diasah dan dibentuk. Oleh itu, MLT perlu melengkapkan diri dengan menguasai isu profesional berkaitan kepimpinan, kurikulum, pedagogi, pentaksiran dan ilmu terkini serta menguasai kepelbagaian bahasa. Oleh itu, mereka dapat mengangkat diri mereka untuk menjadi suri teladan dan seterusnya merangsang guru-guru untuk bekerja dengan lebih cemerlang. Bagi mencapai matlamat ini maka setiap MLT diberikan latihan/bengkel/kursus berkaitan dengan kepimpinan, pengurusan bidang/panitia dan ilmu terkini seperti teknologi digital. Mengupaya dan mengekalkan kualiti guru melalui kepimpinan kurikulum Menganalisis data bagi mengenal pasti kelemahan murid Melaksanakan intervensi yang tepat untuk sesuatu isu Melaksanakan pencerapan PdP Merangka latihan peningkatan kemahiran bidang masingmasing Membimbing dan melaksanakan pentaksiran kerja buat guru dan hasil kerja murid Memantap dan mengekalkan kelestarian peranan dan fungsi bidang melalui kolaborasi dengan bidang-bidang lain melalui perkongsian amalan terbaik 1 2 3 4 5 6 7 SISC+ MLT Bimbingan dan Pementoran Kurikulum Kepelbagaian bahasa Pentaksiran dan ilmu terkini Pedagogi MLT Penguasaan MLT TRANSFORMASI PASUKAN PEMIMPIN PERTENGAHAN (MIDDLE LEADERSHIP TEAM-MLT) 24 Pemacu Aspirasi Pendidikan Negeri Pahang


Meningkatkan Keupayaan dalam Perekayasaan Perkongsian Amalan Terbaik Perekayasaan ialah proses menerapkan unsur-unsur ilmu, budaya dan sebagainya dalam perancangan, mekanisme kerja sebagai asas melaksanakan sesuatu tugasan. Pemikiran yang kreatif dan inovatif ialah kunci utama untuk merekayasa sesuatu tugas. Dalam usaha memastikan MLT berupaya merekayasa perkongsian amalan terbaik di sekolah, mereka dilatih dan dibimbing untuk membudayakan kajian tindakan di peringkat sekolah seterusnya boleh menyebarluaskan amalan terbaik dalam kalangan rakan-rakan guru pada pelbagai peringkat. Meningkatkan Akauntabiliti Terhadap Potensi Pencapaian Kemenjadian Murid MLT bertanggungjawab atas kecemerlangan murid secara menyeluruh dengan melihat perkembangan MLT mesti berupaya menganalisis dan menginterpretasi data bagi memastikan intervensi yang dirancang adalah tepat dan dapat menyelesaikan isu secara berfokus. Key Performance Indicators (KPI) Menjelang 2030, 100% MLT di negeri Pahang akan mempunyai kualiti dari aspek kepimpinan instruksional serta pengajaran dan pembelajaran. Bagi mencapai KPI ini, semua pihak perlu memainkan peranan masing-masing secara tuntas. JPN dan PPD memberikan latihan dan bimbingan kepada MLT secara hands on dan minds on. Latihan ini memastikan semua MLT menerima ilmu dan kemahiran yang diperlukan untuk melaksanakan tugas mereka. SLT di sekolah pula memastikan MLT telah menguasai ilmu dan kemahiran yang diberi dan melihat sejauh mana aspek ini telah diaplikasikan dalam kerja buat seharian. Bimbingan daripada SISC+, SIPartners+ dan Pegawai di peringkat PPD dilakukan secara berterusan. Perkongsian Amalan Terbaik Dialog Prestasi 100% 2030 Kualiti MLT TRANSFORMASI PASUKAN PEMIMPIN PERTENGAHAN (MIDDLE LEADERSHIP TEAM-MLT) Pemacu Aspirasi Pendidikan Negeri Pahang 25 pelbagai potensi murid. Kebolehan dan keberkesanan pengurusan bidang/panitia merupakan salah satu faktor penyumbang kepada kejayaan murid dalam pembelajaran. Bagi memastikan kecaknaan MLT terhadap keperluan dan potensi murid, maka MLT perlu memahami dan melaksanakan Dialog Prestasi Guru-Murid dan Dialog Prestasi Panitia/Bidang.


TRANSFORMASI PASUKAN PEMIMPIN SEKOLAH (SCHOOL LEADERSHIP TEAM-SLT) 26 Pemacu Aspirasi Pendidikan Negeri Pahang INISIATIF #4: PENINGKATAN KUALITI DAN KEBERKESANAN SLT


School Leadership Team (SLT) merupakan barisan hadapan yang menjadi nadi pengurusan dan penggerak perjalanan sesebuah sekolah. Mereka terdiri daripada Pengetua atau Guru Besar dan semua penjawat Penolong Kanan di sekolah-sekolah. Untuk tujuan meningkatkan kualiti dan keberkesanan SLT serta penentuan take off value (TOV), data yang digunakan ialah skor Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2 (SKPMg2), markah penilaian akhir prestasi dalam Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP), Laporan Audit Kewangan Sekolah dan jumlah aduan sekolah yang diterima. Inisiatif #4 TPP ini dikhususkan bagi meningkatkan kualiti dan keberkesanan SLT. Di bawah inisiatif ini terdapat empat strategi untuk mencapai tujuan tersebut: Memperkukuh Kepimpinan Instruksional dan Kepimpinan Transformasi 1 Memperkukuh Karisma Kepemimpinan 2 Meningkatkan Keupayaan Kepimpinan dan Pengurusan 3 Mempertingkatkan Pematuhan SKPMg2 4 Alat Pengurusan Sekolah Penggerak Hadapan Sekolah Instrumen Penilaian Pemacu Aspirasi Pendidikan Negeri Pahang 27 TRANSFORMASI PASUKAN PEMIMPIN SEKOLAH (SCHOOL LEADERSHIP TEAM-SLT)


Mengapa Diperlukan? Faktor utama penentu kecekapan dan kejayaan sesebuah sekolah bergantung pada kualiti dan keberkesanan barisan/pasukan kepimpinan sekolah. Menurut Fred M. Hechinger (1989), pengarang akhbar New York Time, tidak pernah ada sekolah yang cemerlang dipimpin oleh orang yang lemah. Tidak ada sekolah yang lemah dipimpin oleh pemimpin yang cemerlang. Tetapi ada sekolah yang lemah melonjak dengan cemerlang kerana dipimpin oleh pemimpin yang cemerlang. Dalam hal ini, barisan Penolong Kanan dan Pengetua/Guru Besar yang merupakan pasukan kepemimpinan sekolah atau SLT memainkan peranan yang signifikan dalam menterjemahkan pernyataan misi kepada realiti. Mereka jugalah yang memastikan sesuatu tugas serta tanggungjawab dijalankan dan mencapai sasaran yang ditetapkan. Justeru, mereka perlu memiliki kualiti kepimpinan instruksional, karisma kepemimpinan dan dalam aspek pengurusan membudayakan setiap elemen dalam SKPMg2. Apakah Bentuk Kejayaan? Kejayaan peningkatan kualiti dan keberkesanan SLT dapat dilihat apabila berlaku penguasaan pengetahuan, kemahiran dan perubahan sikap SLT dalam kepemimpinan dan pengurusan organisasi. SLT seharusnya mengimplementasi kepimpinan instruksional dan transformasi, memiliki karisma kepemimpinan, mempunyai keupayaan memimpin dan mengurus serta membudayakan SKPMg2 sebagai alat pengurusan yang utama. Di samping itu, peratus peningkatan calon yang layak memohon dan lulus pentaksiran NPQEL juga merupakan bentuk kejayaan yang dapat dilihat. Pemimpin Sekolah Berkualiti Peningkatan Calon Layak dan Lulus NPQEL 28 Pemacu Aspirasi Pendidikan Negeri Pahang TRANSFORMASI PASUKAN PEMIMPIN SEKOLAH (SCHOOL LEADERSHIP TEAM-SLT) Kecemerlangan Kepimpinan Keupayaan Memimpin


Apakah Penentuan Kualiti dan Keberkesanan? Ukuran kualiti SLT ditentukan melalui peningkatan skor dalam SKPMg2 khususnya dalam Standard 1 dan Standard 2 bagi PGB dan Standard 3 untuk GPK. Manakala kualiti karisma diukur dengan berlakunya perubahan personaliti, keterampilan SLT serta anugerah yang diterima sebagai pengiktirafan. Bimbingan Tiga Peringkat JPN/PPD/Sekolah untuk Perubahan ke Arah Kecemerlangan Kesedaran berkaitan Kepimpinan Instruksional dan Kepimpinan Transformasi sangat perlu diberikan kepada SLT bagi merancang hala tuju dan memimpin ke arah kecemerlangan. Model Kepimpinan Instruksional dengan corak kepimpinan berfokus dan terancang adalah sesuai untuk tujuan TPP dan model ini selaras dengan SKPMg2 khususnya Standard 1. Manakala, model Kepimpinan Transformasi pula dapat mendorong SLT untuk meneraju perubahan, membina wawasan baharu dan menginstitusikan perubahan. Program berbentuk latihan dan bimbingan perlu dilaksanakan bagi membantu SLT untuk mencetuskan idea dan kaedah baru dalam meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan berkemampuan mengaplikasikannya dalam pengurusan di sekolah. Bagi menjayakannya, ketigatiga peringkat iaitu JPN, PPD dan sekolah perlu terlibat secara langsung. Peningkatan Profesionalisme SLT Berterusan Penentu Kualiti SLT Model Kepimpinan Instruksional Model Kepimpinan Transformasi S L T Model Kepimpinan SLT Pemacu Aspirasi Pendidikan Negeri Pahang 29 TRANSFORMASI PASUKAN PEMIMPIN SEKOLAH (SCHOOL LEADERSHIP TEAM-SLT) Bimbingan dan Latihan SLT


Modul Karisma Beridentiti Modul beridentiti Pahang dijadikan kayu ukur untuk membina keterampilan karisma SLT. Standard ini juga digunakan sebagai alat untuk menentu tahap kualiti kepimpinan dan pengurusan dalam kalangan SLT. Bagi memastikan SLT sentiasa berada di landasan yang tepat, maka bimbingan dilaksanakan secara berterusan dan berkala. Pengukuhan kepimpinan dan pengurusan SLT akan menerima pengiktirafan melalui Anugerah KARISMA Pendidikan Pahang. Profiling: Perancangan Penggantian Kepimpinan Pangkalan data SLT dibangunkan agar dapat mengatasi isu ketandusan kepimpinan berkualiti. Untuk tujuan ke arah pemilihan yang berfokuskan kepada kecekapan kepimpinan, JPN memperkenalkan proses perancangan penggantian. Proses ini untuk mengenal pasti dan melatih calon yang berpotensi tinggi bukan sahaja layak memohon untuk berkursus, malah lulus dengan jayanya dalam penilaian NPQEL. Jabatan Pendidikan Negeri Pahang DATA Sumber Kepimpinan Berterusan TRANSFORMASI PASUKAN PEMIMPIN SEKOLAH (SCHOOL LEADERSHIP TEAM-SLT) 30 Pemacu Aspirasi Pendidikan Negeri Pahang Modul Beridentiti Pahang Kualiti Kepimpinan SLT Pangkalan Data SLT Jabatan Pendidikan Anugerah Negeri Pahang KARISMA


Pembudayaan SKPMg2 Teras Kualiti SKPMg2 perlu dijadikan rujukan dan panduan dalam mengurus organisasi. Sehubungan dengan itu, SLT perlu memiliki integriti yang tinggi, memahami dan menguasai, seterusnya membudayakan SKPMg2 sebagai alat pengurusan utama untuk sekolah mencapai standard kualiti yang ditetapkan. Skor dalam setiap standard dalam SKPMg2 perlu diteliti setiap tahun untuk tujuan penambahbaikan. Bagi merealisasikan keadaan ini SLT bukan sahaja diterapkan dengan nilai-nilai cermat, cekap dan berintegriti, malah dibimbing oleh JPN/PPD/SIPartners+ dalam mentafsir dan membudayakan SKPMg2 di sekolah. TRANSFORMASI PASUKAN PEMIMPIN SEKOLAH (SCHOOL LEADERSHIP TEAM-SLT) Pemacu Aspirasi Pendidikan Negeri Pahang 31 Pembudayaan SKPMg2 SLT Berintegriti Tinggi


Click to View FlipBook Version