The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Transformasi Pendidikan Pahang, Jabatan Pendidikan Negeri Pahang

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by MADAM IZZUL, 2024-05-29 07:07:13

TRANSFORMASI PENDIDIKAN PAHANG

Transformasi Pendidikan Pahang, Jabatan Pendidikan Negeri Pahang

Keywords: TPP JPN PAHANG

INISIATIF #5: PEMBUDAYAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERMAKNA DAN MENYERONOKKAN TRANSFORMASI BILIK DARJAH Membudayakan Pembelajaran Berpusatkan Murid Menyediakan Kelas yang Kondusif Memantapkan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Membitarakan Kokurikulum dan Pendidikan Luar 32 Pemacu Aspirasi Pendidikan Negeri Pahang


Mengapakah Diperlukan? Asas kejayaan sistem persekolahan bergantung kepada kemahiran yang murid mesti tahu, faham, dan mampu lakukan. Namun, itu sahaja tidak mencukupi bagi menghadapi ekonomi yang sentiasa berubah pada masa ini. Abad ke-21 menuntut agar setiap murid kompeten dan menguasai subjek-subjek teras dan tema abad ke-21 serta disokong oleh kemahiran kerjaya dan kehidupan, kemahiran pembelajaran dan inovasi serta kemahiran maklumat, media dan teknologi. Sebaiknya, murid perlu ada keupayaan menaakul, membuat unjuran, dan mengaplikasikan pengetahuan secara kreatif dalam suasana baharu yang berlainan. Penguasaan kemahiran-kemahiran ini amat bermakna sebagai pengupaya mobiliti sosial dalam abad ke-21. Justeru, anak-anak hari ini perlu melalui pengalaman Pembelajaran Abad Kedua Puluh Satu (PAK21), diberi perhatian khusus melalui Pembelajaran Terbeza (Differentiated Learning) dan seterusnya disokong dengan Pendidikan Teradun (Blended Learning). Semua bentuk PdP ini pula perlu dilakukan berpaksikan Pembelajaran Bermakna (Meaningful/ Deep Learning). Kelas yang kondusif, pembelajaran yang berpusatkan murid, Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) yang mantap serta kebitaraan kokurikulum dan pendidikan luar merupakan elemen-elemen yang sangat perlu bagi memastikan PdP bermakna dan menyeronokkan. Penguasaan Kemahiran PAK21 PAK 21 Kerangka PAK21 TRANSFORMASI BILIK DARJAH Pemacu Aspirasi Pendidikan Negeri Pahang 33 Pembelajaran Holistik


Apakah Bentuk Kejayaan? 1. Memastikan pembelajaran berlaku dalam persekitaran (kelas) yang kondusif, membudayakan pembelajaran yang berpusatkan murid, memantapkan PBD melalui amalan PAK21 yang berteraskan 4K1N (kritis, kreatif, kolaboratif, komunikasi serta nilai). 2. Membitarakan kokurikulum dan pendidikan luar bermula dengan pematuhan kepada lima Dasar Utama Kokurikulum Kebangsaan. Kokurikulum perlu menjadi sebahagian kurikulum dan menyokong PdP. Seterusnya Hall of Fame kebitaraan kokurikulum Pahang diwujudkan dan menjadi platform yang mengabadikan senarai anugerah/pencapaian cemerlang kokurikulum/kejayaan bagi sekolah, guru dan murid Pahang pada peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa. Menentukan Aras Pembelajaran Bermakna dan Menyeronokkan Kaji selidik digunakan sebagai penentu nilai mula (Take Off Value – TOV) pengesanan status pelaksanaan pembelajaran bermakna dan menyeronokkan. Maklum balas tentang sesi PdP digunakan untuk tujuan penambahbaikan. Jawatankuasa Kurikulum Sekolah mengumpul maklumat berkenaan dan merancang peningkatan frekuensi dan kualiti PdP bermakna dari semasa ke semasa. Di samping itu, data PBD, ujian dan peperiksaan juga boleh membantu menentukan keberhasilan pembudayaan PdP bermakna dan menyeronokkan. Standard Asas PAK21 Platform Pencapaian Kokurikulum Dasar Utama Kokurikulum Kebangsaan Pembudayaan PdP Bermakna dan Menyeronokkan TRANSFORMASI BILIK DARJAH 34 Pemacu Aspirasi Pendidikan Negeri Pahang


Pembelajaran Teradun (PTa), Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) yang Menyeluruh dan Meliputi Perkembangan teknologi dan pandemik Covid-19 memerlukan guru-guru melaksanakan PTa dan PdPR kepada murid di semua peringkat dari prasekolah hingga Tingkatan 6. PTa dan PdPR yang dilaksanakan juga perlu bercirikan pembelajaran bermakna. Membitarakan Kokurikulum dan Pendidikan Luar Pengetua dan Guru Besar melalui Jawatankuasa Kurikulum juga perlu memastikan bahawa kokurikulum dilaksanakan dengan mematuhi lima Dasar Utama Kokurikulum Kebangsaan: Seterusnya, semua murid, guru dan sekolah digalakkan menyertai semua jenis pertandingan yang tidak bertentangan dengan Akta Pendidikan 1996 bagi tujuan mewujudkan kebitaraan dalam kurikulum dan kokurikulum. Pelibatan PIBKS juga merupakan satu kaedah integrasi yang sangat dialu-alukan. Pelaksanaan kegiatan kokurikulum ialah apa-apa kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses PdP dalam bilik darjah yang memberikan murid-murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang dipelajari Kegiatan kokurikulum ialah sebahagian daripada Kurikulum Kebangsaan Penyertaan murid dalam kokurikulum adalah wajib Penyertaan semua guru adalah wajib Penyertaan beramai-ramai 1 2 3 4 5 Inisiatif Pelaksanaan PdPR Kebitaraan Kokurikulum TRANSFORMASI BILIK DARJAH Pemacu Aspirasi Pendidikan Negeri Pahang 35


Menggunakan Kepakaran Dalaman, PLC, Jaringan dan Jalinan Pembinaan kemahiran dalam pedagogi dan kokurikulum menggunakan sumber dalaman daripada sekolah, PPD, JPN atau PIBKS merupakan satu pendekatan ‘menang-menang’ yang baik. Sementara itu, PLC merupakan platform yang paling sesuai untuk berkongsi kemahiran dan kepakaran dalam kalangan guru. Sekolah boleh membuat ketetapan sendiri mengenai sumber dan bentuk latihan untuk mempertingkatkan kemahiran para pendidik. Bagi membangunkan kemahiran, jalinan dan jaringan dengan organisasi pendidikan sama ada di dalam atau di luar negeri juga boleh dilaksanakan secara dalam talian. Bahagian-bahagian di KPM banyak mempunyai sumber dalam talian. Semua guru telah diberi kata laluan (ID) bagi mengakses Portal Digital Education Learning Initiative Malaysia - DELIMa. Portal dalam talian ini hendaklah dimanfaatkan sepenuhnya dalam usaha merealisasikan Inisiatif #5. P I B K S S E K O L A H J P N PPD Perkongsian Kemahiran dalam Kalangan Guru Inisiatif Pembelajaran Digital Jaringan dan Jalinan Organisasi Pendidikan TRANSFORMASI BILIK DARJAH 36 Pemacu Aspirasi Pendidikan Negeri Pahang


Menyediakan Sistem Pelaporan PBD JPN Data awal PBD direkodkan oleh guru dalam sebarang bentuk yang boleh dikemukakan apabila diminta. Di sekolah, pelaporan PBD disimpan dalam komputer induk dan bersifat off-line. JPN Pahang menyediakan tapak pengumpulan data PBD secara dalam talian supaya status PBD semua murid dapat diketahui dengan segera. Semua sekolah diminta membuat pengisian data Tahap Penguasaan Keseluruhan (TPK) individu murid sebanyak dua kali setahun (Jun dan November). Sekolah juga diminta membuat analisis dan mengambil tindakan intervensi yang bersesuaian supaya semua murid mencapai sekurang-kurangnya Tahap Penguasaan 3 (TP3). Hall of Fame JPN Pahang Senarai kebitaraan murid, guru dan sekolah diwujudkan bagi merekodkan pencapaian murid, guru dan sekolah pada peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa. Kebitaraan ini termasuklah dari segi akademik, pasukan beruniform, persatuan, sukan, pertandingan dan pengiktirafan. Hall of Fame bertujuan menjadi mercu tanda aras dan suri teladan pencapaian terbilang bagi murid, guru dan sekolah Pahang. Mercu Tanda Aras dan Suri Teladan Sistem Pelaporan PBD TRANSFORMASI BILIK DARJAH Pemacu Aspirasi Pendidikan Negeri Pahang 37 Pelibatan dalam Kokurikulum


TRANSFORMASI SEKOLAH INISIATIF #6: PEMUGARAN SEKOLAH BERWATAK 38 Pemacu Aspirasi Pendidikan Negeri Pahang


Mengapa Diperlukan? Dalam penetapan fokus dan gerak kerja Bersamasama Melangkah Lebih Jauh (Dr. Habibah binti Abdul Rahim, 2020), telah menetapkan tiga sasaran utama iaitu murid, guru dan pemimpin sekolah. Bidang tumpuan pula berfokuskan kepada penyertaan murid, pembelajaran murid, kualiti guru, kualiti pemimpin sekolah dan pentaksiran. Program strategik yang menyokong dan meningkatkan akauntabiliti turut dijadikan fokus utama bagi memastikan sasaran ini tercapai. Jika diterjemahkan, kemenjadian murid dan keberhasilan sekolah merupakan indikator penting bagi menonjolkan kejayaan gerak kerja ini. Sekolah yang berwatak mempunyai karakter dan keistimewaan tersendiri untuk menarik minat murid dan warga kerja datang ke sekolah. Setiap warga sekolah berasa bangga apabila menyebutkan nama institusi mereka. Rasa kecintaan, kebersamaan dan kesepunyaan menebal dalam setiap warga sekolah, komuniti mahupun agensi luar. Kejayaan bukan dinilai dari aspek akademik semata-mata malahan mencakupi juga non-akademik. Tujuan bersekolah bukan semata-mata untuk mendapatkan sijil tetapi juga kemahiran sosial yang boleh digunakan sebagai pelantar kerjaya masa hadapan. Pembangunan Teknologi Seiring dengan Pembangunan Sahsiah Insani Berwatak Pahang: Lima kemahiran telah digariskan sebagai standard kemahiran dalam pelaksanaan Revolusi Industri 4.0 dan 5.0 iaitu: Pemimpin Sekolah Guru Murid Sasaran Utama Penetapan Fokus dan Gerak Kerja Bidang Tumpuan Penyertaan Murid Pembelajaran Murid Kualiti Guru Kualti Pemimpin Sekolah Pentaksiran Sekolah Berwatak AKADEMIK NON-AKADEMIK Pemikiran kritis dan penyelesaian masalah Teknologi maklumat dan analisis data Kerja sepasukan dan kolaboratif Kreativiti dan inovasi Multitasking 1 2 4 3 5 Pemacu Aspirasi Pendidikan Negeri Pahang 39 TRANSFORMASI SEKOLAH Bertepatan dengan hasrat ini, setiap sekolah seharusnya mempunyai karakter dan watak tersendiri sebagai entiti ‘magnetik’ mempercepatkan kemenjadian dan keberhasilan organisasi.


Kemahiran-kemahiran ini dilihat selaras dengan empat model yang diwujudkan dalam pemugaran sekolah berwatak iaitu model sekolah, model murid, model guru dan model pemimpin. Penggabungjalinan keempat-empat model ini sudah pasti membentuk watak sekolah yang mempunyai identiti tersendiri. Dalam konteks Inisiatif #6 Transformasi Pendidikan Pahang, watak sekolah dibugarkan kembali berasaskan identiti negeri Pahang dengan mengetengahkan CITra jati diri Pahang dalam kepelbagaian konteks seperti keunikan setempat, warisan budaya, kesenian, kebahasaan, ketokohan, makanan tradisional, pakaian tradisi dan sebagainya. Secara keseluruhannya, Pemugaran Sekolah Berwatak dimaksudkan sebagai pembaikan semula atau proses pembaharuan dengan bersungguhsungguh institusi pendidikan rendah dan menengah yang menonjolkan keperibadian unggul beridentitikan negeri Pahang. Apakah Bentuk Kejayaan? Bagi memastikan kejayaan Inisiatif #6, lapan strategi telah ditetapkan iaitu: Meningkatkan Budaya Kerja Strategik dan Perkongsian Amalan Terbaik Melalui strategi ini, fokus diberikan kepada pembudayaan kajian tindakan dan pembangunan profesionalisme keguruan. Kedua-dua perkara ini amat penting untuk mewujudkan budaya kerja yang strategik dalam organisasi. Analisis data menunjukkan hanya 55 sekolah daripada 740 sekolah di seluruh negeri Pahang yang telah menjalankan kajian tindakan secara kitaran lengkap (Sumber: SPLKPM, 2020). Sekiranya amalan kajian tindakan ini dibudayakan, pelbagai isu dan permasalahan dalam PdP dan kepimpinan dapat diselesaikan melalui pemilihan intervensi yang sesuai. Model Sekolah Model Murid Model Pemimpin Model Guru Sekolah Berwatak Warisan Budaya Pahang Meningkatkan budaya kerja strategik dan perkongsian amalan terbaik Mengoptimumkan pembelajaran dalam talian Memperkasakan pengurusan asrama Mempertingkatkan persekitaran mesra OKU Membangunkan kepakaran dalaman Mengoptimumkan pelaksanaan PBD Memperkasakan STEM dan TVET Membina jaringan dan jalinan 1 2 3 4 5 6 7 8 40 Pemacu Aspirasi Pendidikan Negeri Pahang TRANSFORMASI SEKOLAH


Bagi guru-guru baharu dalam tempoh 1-5 tahun pula diberikan kursus-kursus pembinaan profesionalisme beridentitikan Pahang sebagai agen transformasi di sekolah. Mengoptimumkan Pembelajaran dalam Talian Pandemik COVID-19 yang melanda negara telah menuntut satu pemikiran dan kelaziman cara kerja baharu yang seharusnya diterima oleh semua pihak. Pelbagai isu yang timbul apabila segelintir murid tidak mempunyai peranti untuk mengikuti pembelajaran secara dalam talian. Guru-guru pula tidak terdedah dengan strategi baharu PdP berasaskan digital. Lantaran itu, modul pembelajaran dalam talian diwujudkan bertujuan memberikan pendedahan dan melatih guru-guru dengan kepelbagaian kaedah dan teknik yang boleh digunakan dalam PdP berasaskan digital. Penekanan juga diberikan kepada guru-guru yang dikategorikan sebagai ‘Buta Digital’ dengan memberikan latihan berterusan kepada mereka. Kesedaran guru terhadap disiplin ilmu sibergogi ini pasti meningkatkan tahap keberkesanan PdP secara dalam talian. Memperkasakan Pengurusan Asrama Buku Panduan Pengurusan Asrama Kementerian Pendidikan Malaysia telah menetapkan Band 1 hingga Band 7 sebagai standard pengukuran kecemerlangan tahap pengurusan asrama di sekolah-sekolah berasrama. Melalui strategi ini, fokus diberikan untuk meningkatkan bilangan Band 1 sebagai pengurusan asrama yang cemerlang. Untuk itu, Bengkel Pemantapan Pengurusan Asrama diberikan kembali kepada PGB, GPK HEM, Warden dan Penyelia bagi menambah baik pengurusan sedia ada. Mempertingkatkan Persekitaran Mesra OKU Pengajaran berkesan dan pembelajaran bermakna perlu diberikan kepada semua murid tanpa mengira latar sosial mahupun keadaan murid. Murid-murid yang dikategorikan sebagai Orang Kelainan Upaya (OKU) juga perlu mendapat pendidikan yang adil seperti murid-murid aliran normal. Setiap sekolah yang mempunyai murid Pendidikan Khas, sewajarnya menyediakan persekitaran kondusif bagi mengelakkan kelompok ini berasa tersisih. Empat kemudahan asas mesra OKU yang telah digariskan Kementerian Pendidikan Malaysia ialah kemudahan tandas, parkir, tanjakan aras dan susur lantai. Norma Baru PdP dalam Talian Kualiti Pengurusan Asrama Persekitaran Kondusif Pendidikan Khas Pemacu Aspirasi Pendidikan Negeri Pahang 41 TRANSFORMASI SEKOLAH Sebagai pengiktirafan dan penghargaan, satu anugerah telah diwujudkan di peringkat JPN iaitu Anugerah Seri Permai yang diberikan kepada pengurusan asrama yang berjaya mencapai standard kualiti yang telah ditetapkan. Anugerah Seri Permai


Dalam merealisasikan Inisiatif #6 ini, PIBKS diberikan peranan penting agar tanggungjawab menyediakan kemudahan ini tidak diberikan kepada pihak sekolah semata-mata. Program “Moh Lah Kita” dilaksanakan dalam usaha memupuk kebersamaan komuniti dan agensi luar. Membangunkan Kepakaran Dalaman Setiap organisasi khususnya sekolah mempunyai potensi dan kekuatan tersendiri yang kadang kala tidak disedari pihak kepimpinan. Selain mengenal pasti kekuatan sumber dalaman, pelaksanaan Professional Learning Community (PLC) perlu dijadikan medium utama untuk membina keyakinan dan kecenderungan amalan perkongsian strategik dalam kalangan warga sekolah. Pihak Jabatan Pendidikan Negeri membantu melaksanakan Training of Trainers (ToT) berfokuskan PLC bagi memugarkan kembali amalan ini. Setiap Middle Leadership Team (MLT) memainkan peranan untuk menyebar luas amalan ini di peringkat sekolah bagi memastikan setiap sekolah mempunyai sumber rujukan kepakaran sendiri di sekolah masingmasing. Sebagai pengiktirafan dan penghargaan, Anugerah Gading Bersilang diberikan kepada ikon guru yang berjaya mencapai kriteria ditetapkan. Mengoptimumkan Pelaksanaan PBD Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) merupakan pentaksiran yang berterusan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran bagi mendapatkan maklumat tentang perkembangan, kemajuan, kebolehan dan pencapaian murid. PBD berlaku secara formatif dan sumatif. Semua sekolah membuat pengisian data Tahap Penguasaan Keseluruhan (TPK) individu murid sebanyak dua kali setahun (Jun dan November) dan menganalisis serta mengambil tindakan intervensi supaya semua murid mencapai sekurang-kurangnya Tahap Penguasaan 3 (TP3). Amalan Perkongsian Strategik Pemerkasaan PBD 42 Pemacu Aspirasi Pendidikan Negeri Pahang TRANSFORMASI SEKOLAH Dalam memastikan Inisiatif #6 ini tercapai dengan berkesan, peranan pemimpin sekolah dijadikan sasaran utama. Pemugaran melalui bengkel dan khidmat bantu berterusan diberikan berfokuskan pengamalan 4P (Pementoran, Pengesanan, Pemantauan dan Penyelarasan).


Memperkasakan STEM dan TVET STEM dan TVET merupakan penawaran subjek dalam menyediakan kepelbagaian kemahiran berasaskan Sains dan Teknologi kepada murid-murid. Kepesatan Revolusi Industri 4.0 dan 5.0 juga perlu diselarikan dengan kemahiran multitasking yang diajarkan dalam pendidikan. Kemahiran ini bukan sekadar penerimaan ilmu di dalam kelas, malah mampu menyediakan pelantar kerjaya masa depan kepada murid. Bagi menarik minat murid, beberapa strategi telah dirancang merangkumi pemantapan pedagogi dan sibergogi, penambahan kekerapan aktiviti program berasaskan STEM secara berterusan dan mengadakan lawatan pra-STEM ke lapangan yang bersesuaian. Membina Jaringan dan Jalinan Kejayaan dan keberkesanan sesebuah sekolah bukan sekadar bergantung kepada kekuatan dalaman sahaja, malah PGB, selaku pemimpin sekolah perlu mempunyai sinergi dan mewujudkan perkongsian pintar dengan pihak luar bagi mempercepat proses keberhasilan sekolah dicapai. Jaringan dan jalinan pintar ini bukan sahaja bermatlamatkan kemenjadian murid dan keberhasilan sekolah tetapi pada masa yang sama mengajak pihak luar untuk sama-sama membina watak sekolah yang beridentitikan lokaliti. Bagi sekolah yang telah benar-benar menonjolkan identiti berwatak Pahang, Anugerah Mangga Tunggal diberikan sebagai pengiktirafan. Keperluan Revolusi Industri 4.0 dan 5.0 Pelantar Sumber Kemahiran Perkongsian Pintar Pemimpin Sekolah Pemacu Aspirasi Pendidikan Negeri Pahang 43 TRANSFORMASI SEKOLAH


TRANSFORMASI KOLEJ/PUSAT TINGKATAN 6 INISIATIF #7: PEMUGARAN KOLEJ/PUSAT TINGKATAN 6 SEBAGAI PILIHAN UTAMA 44 Pemacu Aspirasi Pendidikan Negeri Pahang


Mengapa Diperlukan? Penjenamaan semula institusi pengajian Tingkatan 6 telah berlaku mulai tahun 2013 dengan mentransformasikan sistem pengurusan dan pentadbiran, infra dan info struktur, imej dan anjakan minda, sistem pengajian daripada terminal kepada modular (semester) serta sistem meritokrasi. Namun begitu impaknya terhadap perwatakan (character), kepimpinan (leadership) dan kebolehpasaran (marketability) tidak menunjukkan keberhasilan kerana beberapa isu dan cabaran yang dihadapi. Transformasi Pendidikan Pahang (TPP) bertindak untuk memugarkan peranan kolej/pusat Tingkatan 6 sebagai pilihan utama di peringkat pengajian lepasan menengah atau peringkat tertiari. Terdapat empat strategi dalam konteks pemugaran kolej/pusat Tingkatan 6 sebagai pilihan utama di negeri Pahang: Keempat-empat strategi ini terangkum dalam konsep baharu pemugaran Pusat Tingkatan Enam (PTE) Pahang yang berwatak iaitu; Executive, Leadership, Character dan Marketability yang menjadi slogan PTE iaitu “PAHANG ELCM”. Apakah Bentuk Kejayaan? 1. Wujudnya watak fizikal dan persekitaran eksekutif (executive) yang jelas bagi kolej/pusat Tingkatan 6 sehingga menjadikan institusi ini sebagai pilihan bagi kelangsungan pembelajaran ke institusi pengajian tinggi. Mewujudkan kolej/pusat Tingkatan 6 berwatak Memperkasa peranan kolej penginapan Membina watak dan kepimpinan pelajar Menjayakan kolej/pusat Tingkatan 6 sebagai saluran utama ke IPTA (universiti awam) 1 2 3 4 Tingkatan 6 Sebagai Pilihan Utama Persekitaran Eksekutif Tingkatan 6 Slogan PTE Executive Leadership Character Marketability Pemacu Aspirasi Pendidikan Negeri Pahang 45 TRANSFORMASI KOLEJ/PUSAT TINGKATAN 6


2. Kolej penginapan berfungsi sebagai pusat bina upaya kepimpinan (leadership) kepada penghuni dengan kemahiran insaniah (soft skills) yang diperlukan di era Revolusi Industri 4.0 dan 5.0 (IR4.0 & IR 5.0). 3. Watak (character) pelajar Tingkatan 6 dapat dibina khususnya dari segi kepimpinan untuk menjadikan pelajar Tingkatan 6 yang berketerampilan tinggi dari segi kemahiran insaniah (soft skills) dan dapat melahirkan pelajar Tingkatan 6 yang bakal menjadi pemimpin pelapis pada masa hadapan. Watak ini terbina berasaskan 15 ciri soft skills dan 13 ciri model pelajar Pahang. Rujuk jadual di bawah; 15 Ciri Kemahiran Insaniah (Soft Skills) 13 Ciri Model Pelajar Pahang 1. Kemahiran Berkomunikasi – Pelbagai Bahasa 2. Kemahiran Kepimpinan 3. Kemahiran Keusahawanan 4. Kemahiran Bekerjasama dalam Kumpulan 5. Kemahiran Mengurus Organisasi 6. Kemahiran Silang Budaya 7. Kemahiran Pengurusan Masa 8. Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) – Critical & Creative Thinking 9. Kemahiran Menyelesaikan Masalah 10. Kemahiran Menyelidik Secara Saintifik 11. Kemahiran IoT (Internet of Thing) – Kemahiran Digital 12. Kemahiran Inovasi 13. Kemahiran Hands On (Melaksanakan kerja amali/praktikal) 14. Kemahiran Integriti/Amanah dan Bertanggungjawab 15. Kemahiran Kemudahlenturan (Flexibility) dan Multitasking 1. Generasi Celik Al-Quran 2. Generasi Usahawan 3. Penguasaan Teknologi 4. Penghayatan Perpaduan 5. Futuristik 6. Warisan Budaya Pahang 7. Generasi Membaca 8. Sihat dan Selamat 9. Mahir Pelbagai Bahasa 10. Kreatif, Inovatif dan Kritis 11. Versatil 12. Penghayatan Beragama 13. Pelbagai Kemahiran Jadual: 15 Ciri Kemahiran Insaniah (Soft Skills) dan 13 Ciri Model Pelajar Pahang Kemahiran Insaniah Revolusi IR4.0 dan 5.0 Kemahiran Komunikasi Multitasking Pengurusan Masa Kemahiran Hands On Kerja Berkumpulan Kemahiran Menyelidik Kemahiran Mengurus Kemahiran Inovasi 46 Pemacu Aspirasi Pendidikan Negeri Pahang TRANSFORMASI KOLEJ/PUSAT TINGKATAN 6 Pembinaan Watak


4. Peningkatan kebolehpasaran (marketability) pelajar-pelajar lepasan STPM negeri Pahang yang diterima masuk ke universiti awam menarik keyakinan dalam kalangan pelajar lepasan SPM untuk memilih pembelajaran di Tingkatan 6 sebagai saluran utama untuk meneruskan pengajian ke IPTA. Mewujudkan Kolej/Pusat Tingkatan 6 Berwatak Penampakan fizikal yang unik di premis pembelajaran Pusat Tingkatan Enam (PTE) membezakannya dari premis aliran perdana di manamana institusi sekolah. Persekitaran yang memperlihatkan elemen berorientasikan institusi pengajian tinggi ditonjolkan untuk mewujudkan suasana kehidupan di kampus. Penggunaan simbol, label, logo universiti serta namanama tokoh akademik secara terancang di persekitaran premis mampu memberi kesan psikologi kepada semua pelajar. Elemen watak Pahang adalah suatu aspek yang diwujudkan di persekitaran premis sebagai menzahirkan transformasi perwatakan premis PTE. Memperkasa Peranan Kolej Penginapan Kolej penginapan berperanan bukan sekadar tempat rehat dan rumah kedua kepada penghuni, malah dioperasikan sebagai pusat komuniti yang memiliki keupayaan melatih dan membangunkan potensi para penghuni dengan melakukan penambahbaikan kepada kemudahan infrastruktur dan infostruktur. Kebolehpasaran Pelajar Tingkatan 6 Pusat Tingkatan 6 Berorientasi IPTA Persekitaran Berwatak Penambahbaikan Kolej Penginapan TRANSFORMASI KOLEJ/PUSAT TINGKATAN 6 Pemacu Aspirasi Pendidikan Negeri Pahang 47


Perubahan susun atur ruang penginapan, menaik taraf kemudahan, mengoptimumkan penggunaan ruang, melaksanakan pemilihan wakil penghuni secara bersistematik membantu pelajar secara langsung dalam libat urus pengurusan yang menzahirkan dimensi baharu kepada peranan kolej penginapan. Selain itu, usaha melaksanakan aktiviti jaringan dan jalinan dengan kolej kediaman di IPTA perlu dilakukan. Langkah-langkah berikut perlu diberi perhatian; Membina Watak dan Kepimpinan Murid Pelaksanaan 15 ciri kemahiran insaniah (soft skills) pelajar Tingkatan 6 diimplementasikan secara jelas dan menyeluruh sepanjang tempoh di Tingkatan 6. Pelajar diterampilkan sebagai pengurus acara (event manager) bagi aktiviti di kolej/pusat Tingkatan 6 sebagai latihan kepimpinan. Selain itu, perkongsian secara langsung dengan personaliti pelbagai peringkat sama ada tokoh akademik, belia, ahli korporat dan pemimpin masyarakat berlaku dalam skala yang besar kepada pelajar Tingkatan 6 untuk memperkukuh pengetahuan dan pengalaman sebagai pemimpin. Program bual bicara seperti “Executive Talk” boleh menjadi pemangkin kepada dimensi ini. Menjayakan Kolej/Pusat Tingkatan 6 Saluran Utama ke IPTA Mengubah suai konsep dorm kepada bilik penginapan Menyediakan bilik pembelajaran yang selesa dilengkapi dengan kemudahan komputer dan internet, buku-buku rujukan, koleksi jurnal, bahan penyelidikan, laporan kerja kursus dan sebagainya Menyediakan perpustakaan maya (e-Library) Menyediakan kemudahan seperti gimnasium mini, teater mini, sudut/ruang pidato dan kemudahan logistik untuk aktiviti riadah Menyediakan ruang keusahawanan dan lain-lain yang menjurus kepada aktiviti memperkasa bakat dan kepimpinan murid Meningkatkan kemudahan mesra OKU Peluang Tingkatan 6 ke IPTA Kompetensi Pelajar Tingkatan 6 TRANSFORMASI KOLEJ/PUSAT TINGKATAN 6 48 Pemacu Aspirasi Pendidikan Negeri Pahang Lepasan STPM menjadi salah satu laluan untuk menyambung pengajian di peringkat ijazah pertama di IPTA.


Usaha untuk menjadikan Tingkatan 6 sebagai saluran pilihan utama ke IPTA dilakukan sebagai keperluan kepada masyarakat. Oleh yang demikian, pelaksanaan operasi pembelajaran, kejelasan terhadap prosedur pemilihan ke IPTA menerusi sistem meritokrasi perlu difahami dengan jelas sama ada murid, guru, pentadbir mahupun ibu bapa/penjaga. Keperluan penambahbaikan infra fizikal dan infrastruktur menyokong budaya pengajaran dan pembelajaran baharu berasaskan pelantar maya dan digital. Selain itu, aspek komunikasi secara terbuka, profesional dan bermakna antara guru dan pelajar membolehkan peningkatan pencapaian dalam peperiksaan seterusnya meningkatkan Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) bagi membolehkan pelajar melepasi tahap pemilihan memasuki IPTA. Kefahaman secara jelas kepada sistem Tingkatan 6 dapat mewujudkan budaya pembelajaran yang menarik dan pelbagai untuk menjadikan Tingkatan 6 sebagai saluran utama ke IPTA. Kejelasan Prosedur ke IPTA Pembudayaan Pembelajaran Digital Tingkatan 6 Peningkatan Nilai PNGK STPM PNGK TRANSFORMASI KOLEJ/PUSAT TINGKATAN 6 Pemacu Aspirasi Pendidikan Negeri Pahang 49 Komunikasi Berkesan Guru-Pelajar UNIVERSITI


TRANSFORMASI PPD INISIATIF #8: PEMACU TRANSFORMASI PENDIDIKAN 50 Pemacu Aspirasi Pendidikan Negeri Pahang


TRANSFORMASI PPD Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) merupakan penggerak sinergi yang menguruskan perkara berkaitan pendidikan di daerah. Jabatan ini diterajui oleh seorang Pegawai Pendidikan Daerah dan 4 orang Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah. Mengapa Diperlukan? Gelombang 3 PPPM (2021-2025) memberi keluwesan kepada PPD dan sekolah untuk mentadbir organisasi masing-masing mengikut kesesuaian dan isu setempat. Program Transformasi Daerah atau District Transformation Programme (DTP) telah menggariskan peranan PPD dalam menterjemahkan dan menyampaikan semua dasar dan aspirasi dengan lebih efektif, bersistematik tanpa kecairan kerana organisasi ini berada paling hampir dengan sekolah. Justeru, ciri-ciri kepimpinan yang bersifat proaktif, futuristik, berintegriti dan bijaksana perlu dibangunkan sesuai dengan peranan mereka sebagai pengamal autonomi di PPD atau di sekolah. Barisan kepimpinan PPD yang berwibawa adalah sandaran utama bagi memastikan kejayaan sesuatu perubahan dalam organisasi. Usaha mentransformasi organisasi memerlukan pemimpin yang dihormati yang mampu memacu pelaksanaan proses transformasi dan mendapat kepercayaan serta sokongan daripada pihak yang berkepentingan. Selain itu, para guru memerlukan bimbingan, pemantauan dan penilaian berterusan terutama bagi melaksanakan hala tuju DTP. Maka, pemerkasaan PPD boleh membantu meningkatkan kecekapan dan keberkesanan sesuatu program yang ingin dilaksanakan bagi mencapai aspirasi pendidikan. Mempertingkat Kualiti Pendidikan Sekolah-sekolah dalam Kawalan PPD 11 Anjakan : Gelombang 3 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia Pemacu Aspirasi Pendidikan Negeri Pahang 51


TRANSFORMASI PPD Apakah Bentuk Kejayaan? Salah satu faktor kejayaan kritikal kepada transformasi daerah adalah sokongan bimbingan dan pementoran kepada guru melalui pegawai School PPD seharusnya berupaya untuk memberi sokongan terus dalam bentuk intervensi bersasar, bimbingan dan pementoran kepada pemimpin sekolah serta lebih proaktif menguruskan prestasi sekolah bagi memastikan peningkatan keberhasilan murid. Watak PPD lebih menyerlah dengan kebitaraan dan imej tersendiri serta penghasilan inovasi yang memacu pendidikan bertaraf dunia. Transformasi PPD secara tidak langsung memberi impak kepada kemenjadian sekolah. Sekolah berkualiti merupakan langkah konkrit untuk mencapai matlamat pendidikan negara. Kualiti sekolah bergantung kepada gaya pentadbiran seseorang guru besar atau pengetua bagi mencorakkan iklim sekolah yang harmoni, mantap dan bertenaga. Sebagai asasnya, iklim persekolahan adalah berhubung rapat dengan disiplin dan peraturan sekolah sedia ada serta perasaan kekitaan murid-murid dan kakitangan dalam sekolah. Oleh itu, PPD perlu memastikan kualiti sekolah di daerah berada pada landasan yang betul ke arah membentuk masyarakat/warga Pahang yang lebih toleran, hormat-menghormati serta bersedia mendepani peradaban global masa kini. Transformasi PPD melalui Inisiatif #8, Pemacu Transformasi Pendidikan secara tidak langsung menyumbang kejayaan DTP. Pengupayaan pegawai dan anggota kumpulan pelaksana (AKP) dapat diperkasakan di semua peringkat agar dapat melaksanakan tugas dengan penuh kreatif, inovatif selain perlu berkaliber, berdedikasi dan berintegriti sama ada dari aspek kepimpinan, organisasi dan keberhasilan. Fenomena Kewujudan ‘Kilang Pintar’ INDUSTRI 4.0 dan 5.0 Mendepani Peradaban Global Memperkasa Keupayaan Pegawai dan AKP 52 Pemacu Aspirasi Pendidikan Negeri Pahang Inovasi dalam Pengajaran Transformasi kepimpinan dan pengurusan dilihat sangat perlu supaya PPD terus relevan untuk bersama-sama kepimpinan sekolah dalam menyediakan murid-murid ke arah Revolusi Industri 4.0 dan 5.0. Improvement Specialist Coaches+ (SISC+) dan membantu pemimpin sekolah melalui School Improvement Partners+ (SIPartners+). Sokongan PPD Penjaminan Kualiti Sekolah Pengupayaan Pegawai dan AKP


TRANSFORMASI PPD Menjelang tahun 2023, JPN Pahang mensasarkan penarafan kecemerlangan di semua PPD berada pada tahap melebihi keseluruhan standard (Tahap 5) dan secara tidak langsung menghasilkan pendidikan yang lebih berkualiti di seluruh negeri Pahang. Bagaimana Untuk Dicapai Pejabat Pendidikan Daerah perlu dilihat dengan lebih jelas sebagai pemacu transformasi pendidikan. Transformasi Pendidikan Pahang melalui inisiatif ini menggariskan 5 strategi utama untuk membawa pendidikan Pahang ke tahap yang lebih cemerlang iaitu: Strategi 1: Meningkatkan PPD Berwatak Peranan PPD yang dinamik memerlukan barisan kepimpinan dan pegawai yang lebih efisien dan efektif. Pendekatan kerja di PPD tidak lagi boleh dianggap sebagai satu rutin (business as usual), sebaliknya memerlukan pelan perancangan yang mampan dan menyeluruh serta mengekalkan identiti Pahang. Impak strategi ini semestinya melahirkan PPD yang cemerlang dan berwatak. Strategi 2: Memperkasakan Kepimpinan dan Pengurusan Berkesan Dalam usaha melaksanakan transformasi ini, PPD berperanan memimpin, menerajui dan menjalin kerjasama dengan semua sektor/agensi yang menyediakan perkhidmatan pendidikan dan pihak berkepentingan untuk melonjakkan mutu pendidikan di daerah. Sasaran 2023 Meningkatkan PPD Berwatak Memperkasakan Kepimpinan dan Pengurusan Berkesan Mengamalkan Perundingan dan Konsultasi Memberikan Khidmat Kepakaran kepada Sekolah Mencapai PKPPD Tahap 5 1 2 3 4 5 Kepimpinan Dinamik Pengupayaan Kepimpinan Berkesan Pemacu Aspirasi Pendidikan Negeri Pahang 53


TRANSFORMASI PPD Strategi ini berhasrat untuk mengupayakan kepimpinan PPD (Pegawai Pendidikan Daerah dan barisan Timbalan PPD) dalam pengurusan dan pengoperasian pendidikan supaya lebih berinovatif, mampu berdiri dengan sendiri bersesuaian dengan cabaran pendidikan masa kini. Selaku pengamal autonomi, kepimpinan PPD seterusnya dapat mengadakan pelan penggantian kepimpinan yang sistematik untuk menyediakan barisan pemimpin daerah yang berkualiti. Akhirnya, PPD dan sekolah-sekolah Pahang akan diketuai oleh pemimpin, pengetua dan guru besar yang proaktif, berintegriti dan membudayakan amalan kerja cerdik, cekap, cepat dan cermat (4C). Strategi 3: Mengamalkan Perundingan dan Konsultasi Proses perundingan dan konsultasi yang berkesan oleh PPD akan memperlihatkan korelasi antara kualiti sekolah dan kemenjadian murid secara menyeluruh. JPN memainkan peranan penting dalam memastikan kemahiran perundingan dan konsultasi pegawai sentiasa dibangunkan. Kemahiran rundingan dan konsultasi yang dimiliki oleh pegawai membantu PPD dan sekolah ke arah jalinan dan jaringan yang lebih luas. Strategi 4: Memberikan Khidmat Kepakaran kepada Sekolah PPD sebagai rakan strategik kepada pembangunan daerah menjadi penggerak sinergi bersama golongan profesional secara lebih efektif dan kreatif dalam memajukan pendidikan. Bimbingan dan Pementoran BIMBINGAN 4C Cekap Cepat Cerdik Cermat Ciri Model Pemimpin Pelan Penggantian Kepimpinan Sistematik 54 Pemacu Aspirasi Pendidikan Negeri Pahang Kemahiran Rundingan dan Konsultasi


TRANSFORMASI PPD PPD seharusnya mampu menyediakan keperluan latihan secara terancang serta mengoptimumkan penggunaan sumber dalam pengurusan organisasi. Strategi ini memastikan sekolah sentiasa diberikan bimbingan dan khidmat kepakaran secara berterusan dalam semua aspek (pengurusan, kualiti pengajaran dan kemenjadian murid). Strategi 5: Mencapai Penarafan Kecemerlangan Pejabat Pendidikan Daerah (PKPPD) Tahap 5 DTP melalui Penarafan Kecemerlangan PPD bertujuan mengupayakan kepimpinan dan organisasi ke arah kecemerlangan, meningkatkan kompetensi kepimpinan dan organisasi melalui penerapan proses kerja mengikut konsep POLC (Planning, Organizing, Leading and Controlling) dan PDCA (Plan, Do, Check and Action). JPN seterusnya mengetengahkan budaya kerja cemerlang PPD dalam satu platform perkongsian amalan terbaik serta menzahirkan penghargaan sebagai motivasi ke arah kepimpinan organisasi yang unggul. Melalui inisiatif ini, Pejabat Pendidikan Daerah mampu mempertingkatkan kualiti pendidikan sekolahsekolah dan seterusnya menyumbang kepada kemenjadian murid yang holistik. Pembudayaan Kerja Cemerlang PPD Motivasi Kepimpinan Organisasi Pemacu Aspirasi Pendidikan Negeri Pahang 55 POLC Perkongsian Kepakaran Bersama Sekolah Strategi ini, berhasrat membimbing PPD untuk menterjemahkan dimensi PKPPD ke dalam fungsi tugas dan kerja buat pegawai dan AKP. Kesannya budaya kerja strategik menjadi teras dan amalan pegawai dan AKP secara tekal. Budaya Kerja Strategik


TRANSFORMASI JPN INISIATIF #9: PENERAJU TRANSFORMASI PENDIDIKAN Membudayakan Kepimpinan dan Pengurusan Berkesan Melestarikan Persekitaran Bekerja yang Kondusif Memperkukuh Jaringan dan Jalinan Memberikan Khidmat Sokongan Kepakaran kepada PPD Memperkukuh Integriti dan Kompetensi Personel 56 Pemacu Aspirasi Pendidikan Negeri Pahang


Jabatan Pendidikan Negeri adalah peneraju yang menguruskan perkara yang berkaitan pendidikan di seluruh Negeri Pahang. Jabatan ini diterajui oleh seorang Pengarah dan 4 orang Timbalan Pengarah. Mengapa Diperlukan? Inisiatif #9 berhasrat menyokong transformasi fungsi dan peranan JPN selari dengan objektif PPPM. JPN sebagai peneraju transformasi pendidikan di negeri memerlukan barisan pemimpin yang berwibawa (cerdik, cekap, cepat dan cermat) bagi merealisasikan kejayaan sesuatu perubahan dalam organisasi. Kepemimpinan pendidikan di JPN perlu bersedia ke arah penyesuaian tugas yang lebih menumpu kepada penyelarasan dan penyampaian sesuatu dasar atau program dan bertindak sebagai penghubung antara KPM dan PPD. Peranan sebegini memerlukan setiap barisan pegawai di JPN untuk bersikap proaktif, bijaksana, efisien dan efektif. Pemimpin pendidikan perlu menyediakan set minda positif bagi mewujudkan persekitaran kondusif yang menyokong serta memberikan motivasi kepada semua yang dipimpin dalam organisasi. Gaya kepimpinan yang mantap membolehkan perubahan kepada pembangunan pendidikan serta dapat meningkatkan tahap kecekapan warga pendidikan ke arah mencapai matlamat. Kualiti kepimpinan hendaklah selaras dengan kepimpinan dalam abad ke-21 yang menepati kepada keperluan IR4.0 dan IR5.0. Kepakaran dalam diri pemimpin perlu dibina dan disebarluaskan supaya organisasi dapat menyumbang kepada pencapaian kualiti tinggi dalam pengurusan. Pemacu Aspirasi Pendidikan Negeri Pahang 57 TRANSFORMASI JPN CERDIK CEKAP CEPAT CERMAT Kualiti Pemimpin Pendidikan Pemimpin Berwibawa Penghubung Kepimpinan Pemikiran Kepimpinan Positif


Keupayaan membina jaringan dan jalinan serta membuat perkongsian dua hala tentang amalan terbaik atau kepakaran memberikan motivasi kepimpinan kepada semua pemimpin yang terlibat adalah amat penting. Kajian tentang kepuasan pegawai Jabatan Pendidikan Negeri Pahang dan Pejabat Pendidikan Daerah di negeri Pahang pada tahun 2020 (Sumber: Kajian Kepuasan Pegawai JPN Pahang, 2020) menunjukkan keperluan dalam perubahan kepimpinan berkesan. Justeru, keupayaan sebagai peneraju dalam transformasi pendidikan negeri ini perlu diperkasakan bagi menjamin pengurusan yang berkesan. Apakah Bentuk Kejayaan? Jabatan Pendidikan Negeri Pahang perlu menyediakan kemudahan serta peluang peningkatan keupayaan kepada anggotanya. Antara ialah: Bentuk Pelaksanaan Keupayaan pegawai diperkukuh dengan memberikan latihan/bengkel/kursus serta amalan perkongsian terbaik dalam kalangan pegawai. Sehubungan dengan itu, objektif transformasi haruslah disebarkan secara lebih jelas kepada semua ahli organisasi supaya dapat difahami/dihayati bagi mencapai visi dan aspirasi Transformasi Pendidikan Pahang. Memastikan semua pegawai supaya sentiasa berintegriti dan membina kompetensi mereka Bersedia berkongsi kepakaran dengan pihak-pihak lain terutamanya Pejabat Pendidikan Daerah Memperkukuh jaringan dan jalinan Menyediakan persekitaran yang menyokong ahlinya Menyediakan kemudahan latihan kepimpinan dan pengurusan TRANSFORMASI JPN 58 Pemacu Aspirasi Pendidikan Negeri Pahang Jalinan Kepimpinan dan Perkongsian Amalan Kajian Kepuasan Pegawai Pemerkasaan Peneraju Kejelasan Objektif, Visi dan Misi


Perancangan dan inisiatif ini menekankan kekuatan peribadi pegawai, kecekapan, kualiti dan kelestarian serta kejayaan yang dapat dilihat dalam tempoh tertentu. Oleh itu, inisiatif ini amat bergantung kepada individu (pegawai) untuk menggunakan ilmu yang diberikan serta tahu dan boleh meningkatkan standard kualiti diri, menyemarak dan menyokong untuk membangun kompetensi diri ke arah kecemerlangan. Strategi berikut perlu digerakkan secara intensif bagi memastikan transformasi JPNP dapat dijayakan. Membudayakan Kepimpinan dan Pengurusan Berkesan Sebagai peneraju, kemampuan optimum kepimpinan amat diperlukan bagi memastikan pelaksanaan yang sistemik dan sistematik berlaku di peringkat daerah dan di sekolah. Pelaksanaan semua bentuk tindakan dan aktiviti yang sistemik dan sistematik mampu melahirkan pasukan kerja yang cemerlang. Pemimpin diberikan latihan yang secukupnya mengikut bahagian masing-masing. Transformasi yang menyeluruh memerlukan penambahbaikan dalam keupayaan melaksanakan program-program yang menyokong dasar KPM. Peranan dan tanggungjawab setiap pegawai JPN perlu difahami oleh semua pihak bagi memastikan mereka berperanan di tempat yang betul dan Membudayakan memenuhi tanggungjawab yang diamanahkan. kepimpinan dan pengurusan berkesan Melestarikan persekitaran bekerja yang kondusif Memperkukuh jaringan dan jalinan Memberikan khidmat sokongan kepakaran kepada PPD Memperkukuh integriti dan kompetensi personal Kepimpinan dan Pengurusan Berkesan TRANSFORMASI JPN Pemacu Aspirasi Pendidikan Negeri Pahang 59 Pegawai Berinisiatif Budaya Kerja Sistemik dan Sistematik


Melestarikan Persekitaran Bekerja yang Kondusif Kepimpinan organisasi perlu memastikan persekitaran yang kondusif dari segi sokongan fizikal dengan kemudahan bekerja yang baik, selamat dan selesa, selain faktor hubungan sosial yang menyokong ke arah organisasi pintar dan sentiasa belajar (learning organization). Sehubungan dengan itu, komunikasi yang baik dalam kalangan kepimpinan JPNP juga akan memastikan tugas dan kerja buat organisasi dilaksanakan dengan cekap, cepat dan cermat. Memperkukuh Jaringan dan Jalinan Jaringan dan jalinan dalam kalangan warga pendidikan dan bukan pendidikan di dalam dan di luar negara mampu menyokong peneraju ke arah pendidikan global. Maka, pegawai JPNP perlu diberi kursus/latihan dalam kepimpinan kolaboratif, kemahiran perundingan dan konsultasi serta perkongsian amalan terbaik. Memberikan Khidmat Sokongan Kepakaran kepada PPD Antara bentuk kejayaan JPN ialah memberi khidmat sokongan kepada PPD kerana apabila kepakaran dikongsi bersama PPD dan disebarkan ke sekolah maka semua pemimpin pendidikan dapat diperkasakan. Persekitaran Kerja Kondusif 60 Pemacu Aspirasi Pendidikan Negeri Pahang TRANSFORMASI JPN Jaringan dan Jalinan dalam Pendidikan Ekosistem Kondusif Sektor Awam Perkongsian Kepakaran dan Sokongan


Penekanan diberikan untuk bersama-sama memanfaatkan data, mengenal pasti isu dan merencana intervensi yang tepat dengan keperluan setempat. Ini adalah selaras dengan Anjakan 6: Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 iaitu Mengupaya JPN, PPD dan Sekolah untuk menyediakan penyelesaian khusus berasaskan keperluan. Memperkukuh Integriti dan Kompetensi Personal Apabila integriti pegawai JPNP ditingkatkan, maka semakin berkesan tugas yang dilaksanakan dan kurang pula individu yang terpengaruh dengan nilai yang negatif. Pegawai juga tidak mengambil kesempatan untuk kepentingan peribadi, mesra, taat dengan tugas, memanfaatkan masa dan menjadi contoh. Integriti sangat penting dalam membentuk keperibadian mulia dan berhemah tinggi. Integriti yang dihayati dan diamalkan dalam diri pegawai mampu melahirkan budaya kerja yang cemerlang dalam sesebuah organisasi. Pembangunan kompetensi personal yang terancang dan sistematik akan membantu mencapai hasrat KPM untuk kemajuan kendiri yang mampu mencetus inovasi dan pemikiran kreatif. Mengenal pasti Isu dan Merencana Intervensi Peningkatan Kualiti dan Kecemerlangan Melalui TPP Pemacu Aspirasi Pendidikan Negeri Pahang 61 TRANSFORMASI JPN Peneguhan Integriti dan Kompetensi


TRANSFORMASI PELIBATAN IBU BAPA, KOMUNITI DAN SWASTA INISIATIF #10: PEMANTAPAN HUBUNGAN DAN SOKONGAN 62 Pemacu Aspirasi Pendidikan Negeri Pahang


Sekolah merupakan sebuah organisasi yang dinamik, terbuka dan kompleks. Hubungan dan kerjasama di antara guru, ibu bapa, komuniti dan swasta adalah sangat diperlukan ke arah meningkatkan kualiti pencapaian sekolah secara keseluruhan. Anjakan ke-9 dalam PPPM (2013-2025) menggariskan bahawa pembelajaran berlaku melangkaui kawasan sekolah dan boleh berlaku di rumah serta komuniti. Justeru, sekolah mesti bersedia dan bersikap terbuka bagi memastikan hubungan kerjasama antara sekolah dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta dapat direalisasikan. Pelibatan Ibu Bapa, Komuniti dan Swasta (PIBKS) adalah merujuk kepada kerjasama, kolaborasi serta khidmat bantu yang diberikan dalam usaha untuk memastikan peningkatan dalam akademik, sahsiah, disiplin dan kokurikulum murid di sekolah. Fokus utama inisiatif ini adalah mengenal pasti kelebihan pelbagai pihak yang berbeza dalam usaha untuk memperkasakan pendidikan berkualiti, meningkatkan akses serta memastikan kemenjadian murid secara holistik dapat dicapai. Jalinan PIBKS Anjakan ke-9 dalam PPPM (2013-2025) PIBKS dalam Kemenjadian Murid Kemenjadian Murid Secara Holistik Pemacu Aspirasi Pendidikan Negeri Pahang 63 TRANSFORMASI PELIBATAN IBU BAPA, KOMUNITI DAN SWASTA


Mengapakah Diperlukan? Pelibatan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta tidak hanya tertumpu kepada aspek akademik sematamata malah ia turut dikembangkan dalam aspek sahsiah, sukan dan juga infrastruktur. Oleh itu, usaha yang dilaksanakan oleh pihak sekolah bersama-sama dengan ibu bapa, komuniti dan swasta amatlah diperlukan dalam usaha mencapai matlamat yang dihasratkan. Jabatan Pendidikan Negeri Pahang melalui inisiatif ini akan memastikan bahawa ibu bapa, komuniti dan sektor swasta sebagai rakan strategik dalam pendidikan. Tumpuannya adalah untuk menggunakan kelebihan dari pelbagai pihak supaya dapat melengkapi dan mengimbangi penyampaian pendidikan agar lebih berkualiti, bersepadu, cekap dan berkesan. Oleh itu, keutamaan kini adalah melakukan anjakan daripada sistem sekolah kepada sistem pembelajaran dengan pelibatan ibubapa, komuniti dan sektor swasta sebagai rakan dalam membantu pencapaian kemenjadian murid. Pelibatan semua pihak yang berkepentingan ini akan mewujudkan ekosistem pembelajaran dengan memperkukuh sistem penyampaian pengajaran akademik, kemahiran dan nilai yang diajar kepada murid di sekolah. Melalui inisiatif ini juga dapat meningkatkan kesedaran ibu bapa, komuniti dan sektor swasta tentang peranan mereka dalam sistem pendidikan. Kepelbagaian Perkongsian dan Sumbangan PIBKS Pendidikan Berkualiti dan Berkesan Anjakan Sistem Pembelajaran Melibatkan PIBKS Pengukuhan Ekosistem Pembelajaran 64 Pemacu Aspirasi Pendidikan Negeri Pahang TRANSFORMASI PELIBATAN IBU BAPA, KOMUNITI DAN SWASTA


Bimbingan oleh JPN/PPD kepada sekolah untuk melaksanakan proses pelibatan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta diperkemas supaya jaringan dan jalinan ini dapat ditingkatkan. Dalam usaha untuk meningkatkan keberkesanan pelibatan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta, PIBG memainkan peranan yang besar dalam menyokong Apakah Bentuk Kejayaan? Bagi memastikan kejayaan Inisiatif #10 ini, 4 strategi telah ditetapkan iaitu: 1. Memperluas Jalinan dan Jaringan Kerjasama 2. Mengoptimumkan Perkongsian Kepakaran Ibu Bapa, Komuniti dan Swasta dalam Aktiviti Sekolah 3. Meningkatkan Keberkesanan Pelibatan Ibu Bapa, Komuniti dan Swasta 4. Meningkatkan Peranan Penting Guru dan Sekolah dalam Komuniti 1. Memperluas Jalinan dan Jaringan Kerjasama Melalui strategi ini, fokus diberikan kepada PGB dan YDP PIBG sekolah dengan membimbing mereka melalui aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan dalam usaha untuk memastikan sekolah terlibat dengan jalinan dan jaringan kerjasama dengan agensi-agensi lain. Inisiatif ini membantu pihak pengurusan sekolah agar lebih kreatif dan inovatif serta berupaya mengadakan aktiviti jaringan dan jalinan yang berimpak tinggi demi peningkatan kemenjadian murid sama ada dari segi akademik, sahsiah dan rohani dalam mendepani cabaran dunia global masa kini. Bimbingan JPN/PPD dalam Pengukuhan Jalinan PIBKS PIBKS PIBG Mengupayakan PIBKS Jalinan dan Jaringan Pelbagai Agensi Aktiviti Jaringan dan Jalinan Berimpak Tinggi Pemacu Aspirasi Pendidikan Negeri Pahang 65 serta meningkatkan peranan guru dan sekolah dalam komuniti bagi mengupayakan peranan Kumpulan Penggerak Pelibatan Ibu Bapa, Komuniti dan Swasta (KPPIBKS) Negeri Pahang. TRANSFORMASI PELIBATAN IBU BAPA, KOMUNITI DAN SWASTA


2. Mengoptimumkan Perkongsian Kepakaran Ibu Bapa, Komuniti dan Swasta dalam Aktiviti Sekolah Pelibatan ini adalah berlaku secara langsung atau tidak langsung semasa pelaksanaan aktiviti di dalam bilik darjah atau aktiviti sekolah. Pelibatan personal yang berjaya dalam bidang tertentu juga diperlukan supaya murid mendapat manfaat dan meningkatkan motivasi mereka. Melalui strategi kedua, ibu bapa dan komuniti boleh berkongsi kepakaran mereka dengan pihak sekolah. Contohnya terlibat sebagai Sukarelawan di dalam Kelas (SdK) iaitu membantu guru secara sukarela dalam mata pelajaran semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan di dalam bilik darjah. Manakala peranan sektor swasta adalah merujuk kepada perkongsian kepakaran contohnya motivasi, kewangan, khidmat nasihat dan infrastruktur. Seiring dengan Gelombang ke-3 PPPM (2021-2025), inisiatif ini menggalakkan lebih banyak inovasi dan kreativiti daripada sektor swasta. Kualiti pembelajaran murid dapat diperkukuh seterusnya kualiti sekolah dan kemenjadian murid dapat dipertingkatkan. 3. Meningkatkan Keberkesanan Pelibatan Ibu Bapa, Komuniti dan Swasta Pelibatan ibu bapa dalam menyokong pembelajaran secara berterusan, memberi kesan positif terhadap perkembangan dan pembentukan moral serta sahsiah murid. Sokongan pembelajaran dari rumah memastikan kesinambungan PdP dalam bilik darjah dapat diteruskan oleh ibu bapa. Pengukuhan dan pengayaan pembelajaran sama ada kerja rumah, kerja projek, kerja kursus serta lain-lain tugasan yang diberikan oleh guru dapat dipantau dan dibantu oleh ibu bapa di rumah. Kesannya, mutu pembelajaran dan pencapaian akademik murid akan bertambah baik. Peningkatan Motivasi Murid Perkongsian Kemahiran dan Kepakaran Peningkatan Kualiti Sekolah Melalui Inovasi Pendidikan 66 Pemacu Aspirasi Pendidikan Negeri Pahang Sokongan Pembelajaran di Rumah TRANSFORMASI PELIBATAN IBU BAPA, KOMUNITI DAN SWASTA


Komuniti setempat merupakan salah satu faktor yang membentuk ekosistem yang merangsang pembelajaran murid. Oleh itu, pihak sekolah perlu mewujudkan kerjasama yang erat dengan komuniti setempat. Persekitaran ekosistem yang positif dapat merangsang kemenjadian murid seterusnya membantu pembangunan disiplin dan sahsiah, pembangunan kokurikulum, sukan serta infrastruktur di sekolah. 4. Meningkatkan Peranan Penting Guru dan Sekolah dalam Komuniti Pada masa kini, guru bukan hanya menyampaikan ilmu pengetahuan semata-mata tetapi turut menanam sikap, nilai dan sahsiah yang sempurna. Melalui strategi ini, dapat dilihat peranan penting guru dan sekolah dalam komuniti sebagai agen sosialisasi. Guru dan warga sekolah sangat dihormati dan dipandang tinggi oleh komuniti setempat. Kegagalan warga sekolah mendidik masyarakat boleh merosakkan kepentingan murid, masyarakat atau negara. Persekitaran Pembelajaran Positif Pemacu Aspirasi Pendidikan Negeri Pahang 67 TRANSFORMASI PELIBATAN IBU BAPA, KOMUNITI DAN SWASTA Guru Pembentuk Nilai dan Sahsiah Guru Pembentuk Masyarakat Hadapan Sekolah dan Guru Sebagai Pembina Masyarakat Hadapan


68


BIBLIOGRAFI 1. Amin Senin (2018) Melangkah ke Hadapan, Kementerian Pendidikan Malaysia 2. Dr Habibah Abdul Rahim (2020) Bersama-sama Melangkah Lebih Jauh, Kementerian Pendidikan Malaysia 3. Fred M. Hechinger, Education Editor of The New York Times 4. Garis Panduan Standard Kualiti Pengurusan Asrama (SKPA)(2015), Kementerian Pendidikan Malaysia 5. Harvey, M., Speier, C. and Novicevic, M. 2002. “The Evolution of Strategic Human Resource Systems And Their Application In A Foreign Subsidiary Context.” Asia Pacific Journal of Human Resources 6. J. Maxwell ( 2005) The 360 Degree Leader, Published by Thomas Nelson, Inc. 7. Kit PLC Professional Learning Community (2019), Kementerian Pendidikan Malaysia 8. Manual Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (2020), Kementerian Pendidikan Malaysia 9. Mok Soon Sang (2008), Psikologi Pendidikan Dan Pedagogi Murid dan Alam Belajar, Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd., Selangor 10. Panduan Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah Edisi ke-2 (2019), Kementerian Pendidikan Malaysia 11. Panduan Pelaksanaan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dalam Pengajaran dan Pembelajaran (2016), Kementerian Pendidikan Malaysia 12. Panduan Standard Kualiti Pendidikan Malaysian Gelombang 2 (SKPMg2) (2017), Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti 13. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, Kementerian Pendidikan Malaysia (2013) 14. Prosedur Operasi Standard Sistem Pengurusan Sekolah (2015), Kementerian Pendidikan Malaysia 15. Sarana Ibu Bapa, Inisiatif Ibu Bapa, Komuniti dan Sektor Swasta, Kementerian Pendidikan Malaysia 16. Sarana Sekolah, Inisiatif Ibu Bapa, Komuniti dan Sektor Swasta, Kementerian Pendidikan Malaysia 69


GLOSARI 4P Pementoran, Pengesanan, Pemantauan dan Penyelarasan. AKP Anggota Kumpulan Pelaksana. Band Standard Pengukuran Kecemerlangan Pengurusan Asrama. Bitara Perihal atau sifat tidak ada taranya atau bandingannya; ketiadalawanan; ketiadatandingan; ketiadabandingannya; ketiadatandingannya; dll. (terjemahan dan padanan kata "kebitaraan" dalam bahasa Inggeris ialah uniqueness; niche; incomparable; peerless; inimitable; matchless; surpassing; fabulosity; incredibility; idiosyncrasy; speciality; singularity; distinction; feature; absence unmatchable; etc.). Covid-19 Penyakit berjangkit yang disebabkan oleh virus korona. DELIMA Digital Educational Learning Initiative Malaysia. Digital Teknologi ‘berkomputer’, Internet dan aplikasi-aplikasi. Dll. Dan lain-lain. Dsb. Dan sebagainya. DTP District Transformation Programme / Program Transformasi Daerah. e-PIBKS Pelaporan e-PIBKS pelibatan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta. Fikrah (Arab) daya berfikir atau pemikiran. Futuristik Berkenaan idea yang mengarah (menuju) ke masa hadapan. GPK Guru Penolong Kanan. HEM Hal Ehwal Murid.


GLOSARI Holistik Bersepadu, menyeluruh, bukan sekadar menyentuh aspek-aspek tertentu sahaja. Dalam pendidikan, holistik bermaksud meliputi aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. Iltizam 1. Keterlibatan secara bersungguh-sungguh dan penuh tanggungjawab dalam melaksanakan sesuatu; komitmen. 2. Penyataan berupa persetujuan (perjanjian) yang menyebabkan seseorang (sesuatu pihak) terikat (berazam) untuk melakukan sesuatu. IPTA Institusi Pengajian Tinggi Awam. IR4.0 (Industrial Revolution 4.0 ) IR4.0 ialah nama yang diberi kepada trend automasi dan pertukaran data yang terlibat dalam teknologi pembuatan. Turut digelar sebagai Revolusi Industri Keempat. Revolusi yang dimaksudkan di sini ialah fenomena kewujudan "kilang pintar". "Kilang Pintar" ialah kilang atau perusahaan yang disokong oleh beberapa teknologi terkini seperti Cyber Physical Sistem (CPS), Internet Of Things (IOT), Cloud Computing dan Cognitive Computing. IR5.0 (Industrial Revolution 5.0) Revolusi Industri 5.0 berpusat kepada kerjasama antara manusia dengan mesin; kecerdasan manusia bekerjasama secara harmoni dengan pemahaman kognitif (congnitive computing) dan Kecerdasan Buatan (Artificial Intelligence – AI). Nilai-nilai kemanusiaan bergabung dengan kecerdasan buatan (AI) bagi melestarikan kehidupan. JERI Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek. JPN Jabatan Pendidikan Negeri. Karisma Kualiti (daya kepimpinan, daya penarik) atau sifat-sifat tertentu seseorang yang menjadikannya berupaya mempengaruhi atau menjadi perangsang kepada khalayak ramai. KBAT Kemahiran Berfikir Aras Tinggi. Kejeleketan Melekat. Dari segi hubungan memberikan maksud erat dan sentiasa bersama-sama secara rapat/saling membantu atau saling menyokong. Keeratan hubungan (yang sukar dipisahkan) dalam sesuatu kelompok.


GLOSARI Kesepunyaan Mempunyai sikap mendukung dan menjayakan sesuatu program/inisiatif sebagai sebahagian daripada milik setiap anggota sesuatu organisasi. Perancangan strategik korporat misalnya melibatkan seluruh warga organisasi supaya perkongsian hala tuju ini akan mewujudkan rasa keterlibatan bersama-sama dalam kalangan anggota organisasi korporat tersebut. Proses merencana dan menyusun atur hala tuju sesebuah organisasi yang berkaitan dengan syarikat atau perbadanan bertujuan supaya semua individu berasa terlibat dan menjayakannya sebagai milik bersama. Tindakan menetapkan haluan organisasi yang akan menjadi panduan kepada anggotanya untuk mencapai kejayaan seperti yang diharapkan. Kebiasaannya perancangan strategik korporat melibatkan tempoh masa antara tiga hingga lima tahun yang merupakan jangka masa sesuai untuk mencapai hala tuju berkenaan. Perancangan strategik korporat perlu mengupas persoalan berikut supaya setiap anggotanya berasa terlibat: (i) Apakah yang ingin dicapai oleh organisasi korporat; (ii) Bagaimana hasrat ataupun harapan tersebut boleh dicapai; (iii) Bilakah hasrat tersebut akan tercapai; dan (iv) Untuk siapakah semua ini dilaksanakan. Kompeten 1. Cekap, layak, dapat melaksanakan tugas dengan sempurna. 2. Berhak (berkuasa) melakukan atau memutuskan sesuatu. Komuniti Kumpulan orang yang tinggal di dalam sesuatu kawasan. Sesuatu kelompok komuniti juga boleh dikategorikan mengikut profesion (perubatan, keguruan, agama dsb.) atau mengikut aktiviti ekonomi yang dijalankan (peniaga, usahawan dsb.). Kondusif Sesuai, baik dan berkesan untuk membantu pencapaian objektif pelajaran. Persekitaran, kemudahan, keselesaan, bahan bantu mengajar, alat bantu mengajar, kaedah mengajar yang sesuai semuanya membentuk persekitaran yang selesa/sesuai dalam membantu murid-murid mencapai objektif pelajaran. Konsultasi Proses runding cara berasaskan data bagi mencapai kata sepakat tentang tindakan (intervensi) seterusnya untuk penambahbaikan. KPI Key Performance Indicators / Petunjuk Prestasi Utama. KPM Kementerian Pendidikan Malaysia. LMS Layak Mendapat Sijil (SPM). Sekurang-kurangnya mendapat Gred E bagi kedua-dua mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Sekiranya semua mata pelajaran lain cemerlang/lulus tetapi mata pelajaran Bahasa Melayu dan/atau Sejarah gagal maka calon Tidak Layak Mendapat Sijil (TLMS) SPM.


GLOSARI MBK Murid Berkeperluan Khas merupakan murid-murid yang perlu diberikan tumpuan yang lebih khusus. Kategori murid MBK adalah seperti yang berikut: ● Masalah pendengaran; ● Masalah penglihatan; ● Masalah pertuturan dan bahasa; ● Masalah mental/terencat akal; ● Masalah fizikal dan kesihatan; ● Masalah pembelajaran; ● Masalah emosi dan tingkah laku; dan ● Masalah pintar cerdas. MLT Middle Leadership Team (Pasukan Pemimpin Pertengahan): Ketua Bidang dan Ketua Panitia. MTM1 Menguasai Tahap Minimum (UPSR), mendapat sekurang-kurangnya gred D dalam kertas mata pelajaran yang diambil. MTM2 Melepasi Tahap Minimum; memperoleh sekurang-kurangnya gred D bagi kesemua kertas yang diambil dalam UPSR. Bagi murid Sekolah Kebangsaan ada 6 kertas – Bahasa Melayu Kefahaman, Bahasa Melayu Penulisan, Bahasa Inggeris Kefahaman, Bahasa Inggeris Penulisan, Matematik dan Sains. Murid Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina)/(Tamil) boleh mengambil kertas Bahasa Cina/Tamil Kefahaman dan Bahasa Cina/Tamil Penulisan, menjadikan keseluruhannya 8 kertas. NPQEL National Professional Qualification for Educational Leaders / Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan. OKU Orang Kelainan Upaya. PAK21 Pembelajaran Abad ke-21. PBD Pentaksiran Bilik Darjah. PBD merupakan pentaksiran yang berterusan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran bagi mendapatkan maklumat tentang perkembangan, kemajuan dan kebolehan serta pencapaian murid. PBD mengukur dan mengutamakan kemajuan setiap murid dari semasa ke semasa sesuai dengan perkembangan penyampaian kurikulum. PBD dapat membantu para guru untuk membuat diagnostik secara individu/menyeluruh bagi menentukan langkah-langkah seterusnya untuk membantu murid menguasai/meningkatkan penguasaan sesuatu kemahiran. Tahap Penguasaan (TP) dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) merupakan satu bentuk pernyataan pencapaian yang menunjukkan perkembangan pembelajaran murid. Terdapat enam Tahap Penguasaan yang menunjukkan aras penguasaan yang disusun secara hierarki dan digunakan untuk tujuan rujukan pencapaian murid bagi setiap mata pelajaran. Tahap penguasaan ini mengambil kira pengetahuan, kemahiran dan nilai yang ditetapkan dalam kurikulum.


GLOSARI Pernyataan umum mengenai tahap-tahap penguasaan adalah seperti yang berikut: PdPR Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah. Pembelajaran Bermakna Maklumat yang dipelajari difahami sepenuhnya dan boleh dikaitkan/dihubungkan dengan pembelajaran terdahulu dan menambahkan lagi pemahaman lanjut. Pembelajaran Terbeza Murid belajar secara optimum mengikut aras atau situasi murid. Pembelajaran Terbeza mengambil kira tahap pembelajaran murid, kecenderungan serta kemampuan pembelajaran. Pemimpin Instruksional Pemimpin sekolah (Pengetua/Guru Besar) yang bertindak mengikut tiga domain berikut: i. Mendefinisikan misi sekolah; ii. Mengurus program instruksional (pengajaran dan pembelajaran); dan iii. Mewujudkan iklim pembelajaran positif. Pemimpin Instruksional mengutamakan 11 elemen berikut: 1. Merangka matlamat sekolah; 2. Menyampaikan matlamat sekolah; 3. Penyeliaan dan penilaian instruksional; 4. Menyelaras kurikulum; 5. Memantau kemajuan murid; 6. Mengawal waktu instruksional; 7. Membudayakan perkembangan profesional; 8. Mengekalkan ketampakan; 9. Menyediakan ganjaran kepada guru; 10. Penguatkuasaan standard akademik; dan 11. Menyediakan insentif kepada murid. Pemugaran Proses atau tindakan untuk membaiki/memulihkan/menyegarkan kembali sesuatu kefahaman/kaedah kerja. TP1 Murid tahu perkara asas atau boleh melakukan kemahiran asas atau memberikan respons terhadap perkara yang asas. TP2 Murid menunjukkan kefahaman dengan menjelaskan sesuatu perkara yang dipelajari dalam bentuk komunikasi. TP3 Murid menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran atau tugasan pada suatu situasi. TP4 Murid menggunakan pengetahuan dan melaksanakan sesuatu kemahiran atau tugasan iaitu mengikut prosedur atau secara analitik dan sistematik. TP5 Murid menggunakan pengetahuan dan melaksanakan sesuatu kemahiran atau tugasan pada situasi baharu dengan mengikut prosedur atau secara analitik dan sistematik serta tekal dan bersikap positif. TP6 Murid berupaya menggunakan pengetahuan dan kemahiran sedia ada untuk digunakan pada situasi baharu secara analitik, sistematik, bersikap positif, kreatif dan inovatif dalam penghasilan idea baharu serta boleh dicontohi.


GLOSARI Pencapaian Minimum Takat penguasaan kemahiran terendah yang diiktiraf sebagai mencukupi untuk lulus. Pendidikan Teradun Kaedah pembelajaran yang menggabungkan teknik pengajaran bersemuka dan/atau tidak bersemuka dengan menggunakan medium yang sesuai bagi menghasilkan PdP yang berkesan. Peralihan Satu rancangan khusus di sekolah menengah yang berfungsi sebagai perantaraan demi tujuan melicinkan proses peralihan bahasa pengantar daripada bahasa ibunda di sekolah rendah kepada Bahasa Malaysia di sekolah menengah kebangsaan dan sekolah menengah jenis kebangsaan. PGB Pengetua dan Guru Besar. PIBG Persatuan Ibu Bapa dan Guru. PIBKS Pelibatan Ibu Bapa, Komuniti & Swasta. Inisiatif #9 dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM 2013-2025) yang bertujuan meningkatkan pelibatan ibu bapa, komuniti dan pihak swasta untuk bekerjasama dengan sekolah bagi mempertingkatkan akademik dan memperkasa kepakaran serta menyokong keperluan kewangan sekolah. PKPPD Penarafan Kecemerlangan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD). PPD dinilai dari aspek kepimpinan, organisasi dan keberhasilan serta ditentusahkan (verifikasi) pelaksanaannya oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH), Kementerian Pendidikan Malaysia untuk memberikan penarafan Tahap 1 – 5 (Tahap 5 – terbaik) kepada PPD. PKPPD bertujuan mempertingkatkan, memperkasakan PPD dari segi akauntabiliti, kualiti pentadbiran, pengurusan, perkhidmatan dan khidmat bantu. PLC Komuniti Pembelajaran Profesional (Professional Learning Community). Sekumpulan guru yang komited dan berkolaboratif secara berterusan untuk meningkatkan kualiti guru dalam merealisasikan kemenjadian murid. PLC berteraskan tiga konsep: Focus – penekanan kepada kepentingan data, intervensi berfokus dan pemantauan berterusan. Improve – mempercepat proses pembetulan dan penambahbaikan. Share – Perkongsian pengalaman, kepakaran dan amalan terbaik. PNGK Purata Nilai Gred Keseluruhan. PPD Pejabat Pendidikan Daerah. PPPM Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia. PTE Pusat Tingkatan Enam.


GLOSARI Rekayasa Penerapan unsur-unsur ilmu, budaya dsb. dalam perancangan, mekanisme kerja dll. sebagai asas melaksanakan sesuatu (reengineering). Sebati Teknologi (Amat) sesuai atau mesra, bersatu padu (sehingga sukar memisahkan atau mengasingkannya); sebati teknologi – mesra sehingga sukar dipisahkan daripada menggunakan teknologi (sama ada digital atau sebarang bentuk teknologi yang dominan (global) relevan dengan sesuatu masa itu. Simbiotik Hubungan yang erat, saling bergantung (dan, mungkin memberikan faedah antara satu sama lain). SIPartners+ School Improvement Partners+. SISC+ School Improvement Specialist Coaches+. SKPMg2 Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2. Standard yang diguna pakai untuk menentukan prestasi: i. Kepimpinan; ii. Pengurusan Organisasi; iii. Pengurusan Kurikulum, Kokurikulum dan Hal Ehwal Murid; iv. Pembelajaran dan Pemudahcaraan; dan v. Kemenjadian Murid. SLT School Leadership Team: Pengetua/Guru Besar dan Guru-guru Penolong Kanan. SPLKPM Sistem Pengurusan Latihan Kementerian Pendidikan Malaysia. SPM Sijil Pelajaran Malaysia. STAM Sijil Tinggi Agama Malaysia. STEM Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik. (Science, Technology, Engineering and Mathematics). Mulai tahun 2020, muridmurid Tingkatan 4 boleh memilih belajar mata pelajaran elektif STEM mengikut pakej tertentu. STPM Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia.


GLOSARI TOT Training of Trainers / Latihan Untuk Jurulatih. TOV Take Off Value. TPK Tahap Penguasaan Keseluruhan. TPP Transformasi Pendidikan Pahang. TS25 Transformasi Sekolah 2025. Program TS25 memantapkan kepimpinan sekolah serta memaksimumkan potensi guru dan murid menerusi peningkatan kualiti pembelajaran dan pengajaran serta mengukuhkan pelibatan ibu bapa, komuniti dan swasta demi kemenjadian murid. Program Transformasi Sekolah 2025 ialah satu usaha ke arah melahirkan modal insan unggul melalui: ● Persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan; ● Pelibatan pembelajaran murid yang aktif lagi bermakna; ● Kepimpinan yang berkualiti serta berwawasan; ● Guru yang kompeten dan beraspirasi tinggi; dan ● Komitmen komuniti yang padu. Menjelang tahun 2025, semua sekolah KPM akan selesai menjalani transformasi menjadi Sekolah TS25 melalui latihan tersusun secara berperingkat. TVET Technical, Vocational, Education and Training. Mulai tahun 2020, murid-murid Tingkatan 4 boleh memilih belajar mata pelajaran elektif TVET mengikut pakej tertentu. Versatil Serba boleh. Boleh menyesuaikan diri dengan pelbagai situasi (dan tugasan). YDP Yang Dipertua.


JAWATANKUASA 1 JAWATANKUASA INDUK JAWATANKUASA PELAKSANA JAWATANKUASA INISIATIF JAWATANKUASA KERJA 2 3 4 EDITOR 5


Penaung YAB Menteri Besar Pahang Dato’ Sri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail, SSAP., SUMW., DSAP., DIMP., SMP., AMP. Penasihat 1 YB Setiausaha Kerajaan Pahang Dato’ Sri Dr. Sallehuddin bin Ishak, SSAP., SIMP., DIMP., JSM., PJK. Penasihat 2 YB Dato' Sri Syed Ibrahim bin Syed Ahmad, SSAP., DIMP., AMP., AMN. Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Negeri Pahang Pengerusi Tuan Haji Zaimi bin Abu Bakar Pengarah Pendidikan Pahang Timbalan Pengerusi Puan Hajah Asiah binti Hamzah Timbalan Pengarah Pendidikan Sektor Perancangan dan Pengurusan PPD Naib Pengerusi 1 Tuan Haji Abdul Rahim bin Mohd Yunus Timbalan Pengarah Pendidikan Sektor Pembelajaran Naib Pengerusi 2 Encik Abdul Mu’ti bin Ahmad Timbalan Pengarah Pendidikan Sektor Pengurusan Sekolah Naib Pengerusi 3 Encik Mohamad Rosli bin Abdul Rahman Timbalan Pengarah Pendidikan Sektor Pembangunan Murid Setiausaha Puan Rohana binti Moin Ketua Penolong Pengarah Kanan Sektor Pembelajaran Penolong Setiausaha 1 Tuan Haji Rujhan bin Zakaria Penolong Pengarah Sektor Perancangan dan Pengurusan PPD Penolong Setiausaha 2 Encik Mohd Norhasani bin Kasim Penolong Pengarah Sektor Pembelajaran Ahli Jawatankuasa Tuan Haji Ishak bin Othman Ketua Penolong Pengarah Kanan Sektor Pendidikan Islam YBhg. Datin Sri Kamariah binti Mohamad Ketua Penolong Pengarah Kanan Sektor Pendidikan Khas Tuan Haji Yaakub bin Md. Salleh Ketua Penolong Pengarah Kanan Sektor Pentaksiran dan Peperiksaan Puan Norliza binti Mohamed Ali Ketua Penolong Pengarah Kanan Sektor Sumber Manusia Puan Amilia Suraya binti Muhamad Arif Ketua Penolong Pengarah Kanan Sektor Infrastruktur dan Perolehan Encik Razahidi bin Abdul Hayet Ketua Penolong Pengarah Kanan Sektor Pengurusan Tuan Haji Abdullah bin Abu Ketua Penolong Pengarah Sektor Sumber Teknologi Pendidikan Encik Khairul Azlan bin Mohd Yusof Ketua Penolong Pengarah Sektor Integriti Puan Norasila binti Mohd Zain Pegawai Teknologi Maklumat Sektor Pengurusan Maklumat Encik Mohd Asri bin Ahmad Ketua Kaunselor Pendidikan Negeri Sektor Psikologi dan Kaunseling Tuan Haji Misnan bin Haji Mohd Damin Pegawai Pendidikan Daerah Bentong Encik Baharum bin Haji Samat Pegawai Pendidikan Daerah Bera Tuan Haji Halim bin Salleh Pegawai Pendidikan Daerah Cameron Highlands YBhg. Dr. Azman bin Uzir Pegawai Pendidikan Daerah Jerantut Tuan Haji Miftah bin Haji Surif Pegawai Pendidikan Daerah Kuantan Encik Amin Nollah bin Lateh Pegawai Pendidikan Daerah Lipis Tuan Haji Ahmad Nahran bin Haji Ishak Pegawai Pendidikan Daerah Maran Tuan Haji Mohd Razali bin Mustafar Pegawai Pendidikan Daerah Pekan Encik Nor Ahmad bin Abdul Rahim Pegawai Pendidikan Daerah Raub Encik Ahmad Zamri bin Md Isa Pegawai Pendidikan Daerah Rompin Tuan Haji Wan Abdul Hamid bin Haji Wan Mohammad Pegawai Pendidikan Daerah Temerloh JAWATANKUASA INDUK


Pengerusi Puan Hajah Asiah binti Hamzah Timbalan Pengarah Pendidikan Sektor Perancangan dan Pengurusan PPD Timbalan Pengerusi Tuan Haji Abdul Rahim bin Mohd Yunus Timbalan Pengarah Pendidikan Sektor Pembelajaran Naib Pengerusi 1 Encik Abdul Mu’ti bin Ahmad Timbalan Pengarah Pendidikan Sektor Pengurusan Sekolah Naib Pengerusi 2 Encik Mohamad Rosli bin Abdul Rahman Timbalan Pengarah Pendidikan Sektor Pembangunan Murid Setiausaha Puan Rohana binti Moin Ketua Penolong Pengarah Kanan Sektor Pembelajaran Penolong Setiausaha 1 Tuan Haji Rujhan bin Zakaria Ketua Penolong Pengarah Sektor Perancangan dan Pengurusan PPD Penolong Setiausaha 2 Encik Mohd Norhasani bin Kasim Penolong Pengarah Sektor Pembelajaran JK Kewangan Encik Razahidi bin Abdul Hayet Sektor Pengurusan Puan Norliza binti Mohamed Ali Sektor Sumber Manusia Puan Amilia Suraya binti Muhamad Arif Sektor Infrastruktur dan Perolehan JK Latihan/Bimbingan YBhg. Datin Sri Kamariah binti Mohamad Sektor Pendidikan Khas Puan Norliza binti Mohamed Ali Sektor Sumber Manusia JK Makmal Puan Hajah Asiah binti Hamzah Sektor Perancangan dan Pengurusan PPD Tuan Haji Abdul Rahim bin Mohd Yunus Sektor Pembelajaran JK Penilaian/Pemantauan/Penjaminan Kualiti/Review/Kajian Impak Puan Hajah Asiah binti Hamzah Sektor Perancangan dan Pengurusan PPD Tuan Haji Yaakub bin Md. Salleh Sektor Pentaksiran dan Peperiksaan JK Penerbitan & Pendokumentasian Encik Mohamad Rosli bin Abdul Rahman Sektor Pembangunan Murid Tuan Haji Abdullah bin Abu Sektor Sumber Teknologi Pendidikan JK Perhubungan & Promosi Encik Abdul Mu’ti bin Ahmad Sektor Pengurusan Sekolah Encik Khairul Azlan bin Mohd Yusof Sektor Integriti JK Wacana Ilmiah Encik Mohamad Rosli bin Abdul Rahman Sektor Pembangunan Murid Tuan Haji Ishak bin Othman Sektor Pendidikan Islam JAWATANKUASA PELAKSANA


INISIATIF #1: PEMERKASAAN POTENSI DAN BAKAT MURID Pemegang Inisiatif: Abdullah Sani bin Haji Abdul Rahman Ketua Penolong Pengarah Kanan Sektor Pengurusan Sekolah, JPN Pahang Konsultan: Ismail bin Hussain School Improvement Specialist Coaches+ (SISC+) Pejabat Pendidikan Daerah Jerantut Ahli Makmal: Hajah Norazizah binti Kamarudin Kaunselor Pendidikan Negeri Jabatan Pendidikan Negeri Pahang Mohd Affendey bin Mohd Saad Timbalan PPD, Sektor Pembangunan Murid Pejabat Pendidikan Daerah Temerloh Asmawi bin Daud Ketua Penolong Pengarah Sektor Pembangunan Murid, JPN Pahang Muhamad Sapiee bin Meon Ketua Penolong Pengarah Sektor Pembangunan Murid, JPN Pahang Mohamed Danial bin Abu Samah Ketua Penolong Pengarah Sektor Pendidikan Islam, JPN Pahang INISIATIF #2: PEMANTAPAN KEBITARAAN GURU Pemegang Inisiatif: Jalilah binti Salim Ketua Penolong Pengarah Sektor Pembelajaran, JPN Pahang Konsultan: Ahmad Zafiru bin Mat Yassin Ketua Penolong Pengarah Sektor Pembelajaran, JPN Pahang Ahli Makmal: Saiful Baheran bin Abdul Manaf Timbalan Pendidikan Daerah (Sektor Perancangan) Pejabat Pendidikan Daerah Bentong Kamil Hakimi bin Abdul Lahak @ Abdul Hak Penolong Pegawai Pendidikan Daerah (Sektor Perancangan) Pejabat Pendidikan Daerah Rompin Mek Nah binti Bakar School Improvement Specialist Coaches+ (SISC+) Pejabat Pendidikan Daerah Lipis Annzuleedia binti Mohamad School Improvement Specialist Coaches+ (SISC+) Pejabat Pendidikan Daerah Pekan INISIATIF #3: PENINGKATAN KUALITI DAN KEBERKESANAN MLT Pemegang Inisiatif: Masrinawati binti Mohd. Arifin Penolong Pengarah Sektor Pembelajaran, JPN Pahang Konsultan: Rohana binti Moin Ketua Penolong Pengarah Kanan Sektor Pembelajaran, JPN Pahang Ahli Makmal: Haji Noor Azhari bin Yahya School Improvement Partners+ (SIPartners+) Pejabat Pendidikan Daerah Kuantan Abdul Nasser bin Mohd Yatib Timbalan Pendidikan Daerah (Sektor Pembelajaran) Pejabat Pendidikan Daerah Bentong Mat Janudin bin Jamrin School Improvement Partners+ (SIPartners+) Pejabat Pendidikan Daerah Kuantan Razananahidah binti Jamaludin School Improvement Specialist Coaches+ (SISC+) Pejabat Pendidikan Daerah Temerloh INISIATIF #4: PENINGKATAN KUALITI DAN KEBERKESANAN SLT Pemegang Inisiatif: YBhg. Datin Sri Kamariah binti Mohamad Ketua Penolong Pengarah Kanan Sektor Pendidikan Khas, JPN Pahang Konsultan: Haji Shaiful-Azizi Sukri bin Mohd Kassim School Improvement Partners+ (SIPartners+) Pejabat Pendidikan Daerah Kuantan Ahli Makmal: Norani binti Mohd Ludin School Improvement Partners+ (SIPartners+) Pejabat Pendidikan Daerah Bentong Haji Wan Muhamad Azan bin Wan Jaafar Unit Pengurusan Bakat, Sektor Sumber Manusia, JPN Pahang Haji Rosli bin Abdul Mubin Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah (Pembelajaran) Pejabat Pendidikan Daerah Jerantut Ali bin Alias School Improvement Partners+ (SIPartners+) Pejabat Pendidikan Daerah Raub INISIATIF #5: PEMBUDAYAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERMAKNA DAN MENYERONOKKAN Pemegang Inisiatif: Ahmad Zafiru bin Mat Yassin Ketua Penolong Pengarah Sektor Pembelajaran, JPN Pahang Konsultan: Baharum bin Haji Samat Pegawai Pendidikan Daerah Pejabat Pendidikan Daerah Bera Ahli Makmal: Abdul Kamaludin bin Abdul Hamed Ketua Penolong Pengarah Kanan Sektor Pembelajaran, JPN Pahang YBhg. Dr. Nasarudin bin Abdullah School Improvement Specialist Coaches+ (SISC+) Pejabat Pendidikan Daerah Temerloh Norazizi bin Fain School Improvement Specialist Coaches+ (SISC+) Pejabat Pendidikan Daerah Pekan Norzaini Azlina binti Zainudin @ Zaidun Penolong Pengarah Sektor Pembangunan Murid, JPN Pahang JAWATANKUASA INISIATIF


Click to View FlipBook Version