The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by cikguwahi, 2023-04-11 15:26:20

FULL GRAFIK TAKTIL_TERKINI

FULL GRAFIK TAKTIL_TERKINI

i


ii TEKNIK PENGAJARAN MURID BERKEPERLUAN PENDIDIKAN KHAS KETIDAKUPAYAAN PENGLIHATAN


iii #mengupayakompetensiguru INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA


iv #mengupayakompetensiguru Modul Latihan Guru Pendidikan Khas KPM Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia. Diterbitkan oleh: INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA Kementerian Pendidikan Malaysia Aras 1-3, Blok 2250, Jalan Usahawan 1, 63000 Cyberjaya Selangor Darul Ehsan Malaysia Tel : 03-83126666 Faks : 03-83126655 Web : http://ipgm.moe.ed


v


vi ISBN © Hak cipta Institut Pendidikan Guru Malaysia Semua hak cipta terpelihara. Hak cipta Kementerian Pendidikan Malaysia 2021. Semua petikan daripada penerbitan ini tidak boleh diterbitkan semula atau disimpan dalam bentuk yang boleh diperolehi semula atau disiarkan dalam sebarang bentuk dengan apa cara sekalipun termasuk elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman atau sebaliknya tanpa mendapat keizinan daripada penerbit. Disember 2021


vii BAB 1 PENGENALAN GRAFIK TAKTIL • Definisi Grafik Taktil • Konsep Grafik Taktil • Jenis Grafik Taktil • Tujuan dan Objektif Grafik Taktil BAB 2 CARA PEMBINAAN GRAFIK TAKTIL • Prasyarat Pembina Grafik Taktil • Prinsip Umum Penghasilan Grafik Taktil • Prinsip Untuk Melabel Grafik Taktil • Prinsip Penyusunan Petunjuk • Ciri-Ciri Grafik Taktil Yang Berkesan BAB 3 PERALATAN DAN BAHAN MEMBINA GRAFIK TAKTIL • Peralatan yang digunakan untuk membina Grafik Taktil • Bahan yang boleh digunakan untuk membina Grafik Taktil • Mesin Thermoform BAB 4 STRATEGI PENGAJARAN GRAFIK TAKTIL • Membaca Grafik Taktil PANEL PENGGUBAL MODUL 1 KATA-KATA ALUAN 5 7 10 23 35 ISI KANDUNGAN MUKA SURAT


viii BAB 5 CONTOH – CONTOH GRAFIK TAKTIL PENUTUP 51 RUJUKAN PENGHARGAAN 52 53 40


1 PANEL PENGUBAL MODUL PENASIHAT 1 Dr. Rosli bin Yaacob Rektor, Institut Pendidikan Guru Malaysia Hjh. Salmah binti Jopri Pengarah, Bahagian Pendidikan Khas PENASIHAT 2 YBrs. Tuan Haji Rozaini bin Ahmad Timbalan Rektor Kanan, Institut Pendidikan Guru Malaysia Pn. Jamilah binti Kadir Timbalan Pengarah, Bahagian Pendidikan Khas Dr. Yazid bin Abdul Manap Timbalan Rektor, Pusat Pembangunan Latihan Dr. Zanariah binti Ibrahim Ketua penolong Pengarah, Pusat Pembangunan Latihan Penyelaras Modul Zaiton binti Arshad Pusat Pembangunan Latihan, IPGM Reka Bentuk dan Susun Atur Siti Nor Haslinda binti Megat Hasan IPG Kampus Perempuan Melayu IPGK Perempuan Melayu


2 Ketua Panel : Modul Latihan Intervensi MBK Dengan Sokongan Maksimum Encik Arman bin A.Sani IPG Kampus Ilmu Khas Ketua Panel : Modul Latihan Membraille dan Membaca Braille Puan Norimah binti Matsom IPG Kampus Ilmu Khas Ketua Panel : Modul Latihan Orientasi dan Mobiliti Encik Arman bin A.Sani IPG Kampus Ilmu Khas Ketua Panel : Modul Latihan Membina Grafik Taktil Dr, Najihah binti Shuib IPG Kampus Perempuan Melayu


3 MODUL : LATIHAN MEMBINA GRAFIK TAKTIL 1. Suzana binti Aziz Bahagian Pendidikan Khas, Putrajaya 2. Dr. Kway Eng Hock Universiti Pendidikan Sultan Idris 3. Dr. Mohd Norazmi bin Nordin Universiti Kebangsaan Malaysia 4. Muhammad Yusuf bin Mongijal Lembaga Peperiksaan, KPM, Kuala Lumpur 5. Yusnita binti Asman SMK Kg Jawa, Selangor 6. Wahidah binti Abd Rahman SMPK Vokasional Indahpura, Johor 7. Muhammad Ismail bin Salleh SMK Datin Onn Jaafar, Johor 8. Zamri bin Ishak Maktab Sultan Abu Bakar, Johor 9. Siti Nor Idayu binti Mohd Nassir SMK Munshi Sulaiman, Johor 10. Norasikin binti Mohamad Noah SMK Munshi Sulaiman, Johor 11. Muhammad Aizuddin bin Abd Ghani SK Ayer Keroh, Melaka 12. Adlina binti Awang SK Ayer Keroh, Melaka 13. Shazlin binti Sulaiman SMK Batang Melaka, Melaka 14. Siti Farisah binti Yahya SK Pendidikan Khas Melaka, Melaka 15. Abdul Halim bin Mohd Nasa SMK Tunku Ampuan Durah, Negeri Sembilan 16. Mohd Israfi bin Sayati IPGK Perempuan Melayu, Melaka 17. Hj Mustafa bin Jantan IPGK Perempuan Melayu, Melaka 18. Mazmi binti Maarof IPGK Perempuan Melayu, Melaka 19. Zizawati binti Fauzi IPGK Perempuan Melayu, Melaka 20. Khadijah binti Amat@Kamarudin IPGK Perempuan Melayu, Melaka 21. Muhammad Faunizan bin Mohd Rani IPGK Perempuan Melayu, Melaka


4 KATA-KATA ALUAN Bismillahirrahmahnirrahim Assalamulaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat Sejahtera. Institut Pendidikan Guru Malaysia telah diberikan tanggungjawab sebagai peneraju bagi menghasilkan modul untuk rujukan guru-guru Pendidikan Khas Kementerian Pendidikan Malaysia. Sebanyak empat modul telah dibangunkan iaitu Modul Latihan Intervensi MBK Dengan Sokongan Maksimum, Modul Latihan Kemahiran Membraille dan Membaca Braille, Modul Latihan Orientasi dan Mobiliti dan Modul Latihan Membina Grafik Taktil. Modul yang dapat dijadikan bahan sokongan ini adalah di bawah inisiatif #34: Peningkatan Akses dan Kualiti Pendidikan Bagi Murid Berkeperluan Khas. Kumpulan sasaran bagi kegunaan empat modul ini ialah guru-guru yang mengajar murid ketidakupayaan penglihatan, ketidakupayaan pendengaran, ketidakupayaan fizikal, ketidakupayaan pelbagai, dan ketidakupayaan pembelajaran di Program Sekolah Pendidikan Khas, Program Pendidikan Khas Integrasi dan Program Pendidikan Inklusif di peringkat sekolah rendah hingga sekolah menengah. Penyediaan empat modul ini bermatlamat membangunkan kompetensi guru-guru pendidikan khas dan guru kelas inklusif mewujudkan akses dan keterlibatan murid berkeperluan pendidikan khas dalam pendidkan. Moga modul ini dapat menyemarakkan keiltizaman guru mendidik Murid Berkeperluan Khas demi mencapai hasrat Falsafah Pendidikan Negara. Institut Pendidikan Guru Malaysia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih terutama kepada Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas, Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu dan Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman. Tidak dilupakan juga kepada semua panel yang amat berdedikasi. Semoga penghasilan enam modul ini akan dapat mencapai hasrat dan matlamat untuk meningkatkan kompetensi guru dan dapat memberdayakan Murid keperluan Khas. Sekian, terima kasih. Dr. Rosli bin Yacob Rektor, Institut Pendidikan Guru Malaysia REKTOR INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA


5 KATA-KATA ALUAN Bismillahirrahmahnirrahim Assalamulaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat Sejahtera. Setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah Modul Grafik Taktil ini akhirnya terhasil demi kebaikan guru-guru pendidikan khas seterusnya Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) Ketidakupayaan Penglihatan. Tiada lah wujudnya modul ini tanpa komitmen pelbagai pihak yang terlibat dalam pembinaan Modul Grafik Taktil 2022. Di kesempatan ini saya mengambil peluang menzahirkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua panel penggubal yang terlibat. Setinggi-tinggi penghargaan turut diberikan kepada semua insan yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung yang terdiri daripada para guru, pegawai Bahagian Pendidikan Khas, Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia, para pensyarah Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu Melaka dan Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas Cheras. Modul Grafik Taktil ini mengandungi pengenalan grafik taktil, cara pembinaan grafik taktil, peralatan dan bahan membinanya serta strategi pengajaran yang bersesuaian sebagai panduan kepada guru-guru. Hal ini selaras dengan hasrat Pelan Pembangunan #34 iaitu memperkasakan akses kepada pendidikan serta meningkatkan potensi MBPK ke arah kehidupan bermakna untuk kesejahteraan diri keluarga dan komuniti pendidikan khas. Akhir kata, saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pihak dan semoga penerbitan modul yang seumpama ini dapat memberi manfaat kepada ummah. Sekian, terima kasih. Dr. Najihah binti Shuib Institut Pendidikan Guru Kampus Perempuan Melayu Melaka KETUA PANEL PENGUBAL


6 BAB 1: PENGENALAN GRAFIK TAKTIL GRAFIK TAKTIL Grafik secara asasnya memberikan maklumat yang sangat penting kepada kanak-kanak yang dapat melihat. Melalui grafik, kanak-kanak dapat memahami cerita dan perkara yang ingin disampaikan. Keperluan itu juga adalah sangat penting dan bermakna kepada kanak-kanak buta atau yang mengalami masalah penglihatan (Hasty, 2005). Bagi maksud tersebut, penggunaan grafik taktil dapat membantu dalam menyediakan ruang pembelajaran kepada Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) ketidakupayaan penglihatan. Secara asasnya, grafik taktil ialah alat input sentuhan yang membolehkan kanak-kanak buta atau cacat penglihatan meneroka peta, gambar atau graf yang tidak berdasarkan perkataan (Airth, 2015). Grafik taktil ialah salah satu bahan bantu mengajar yang dihasilkan menggunakan pelbagai tekstur dan boleh disentuh oleh individu ketidakupayaan penglihatan. Grafik taktil dirujuk sebagai modaliti deria haptik, iaitu persepsi dan manipulasi grafik serta menyampaikan maklumat melalui sentuhan (Washington University, 2022). Grafik ini merangkumi gambar sentuhan, gambar rajah sentuhan, peta sentuhan dan graf sentuhan, ialah imej yang menggunakan permukaan yang dinaikkan supaya orang cacat penglihatan dapat merasainya melalui sentuhan (Sheryl, 2022). Ia digunakan untuk menyampaikan maklumat seperti peta, lukisan, graf dan gambar rajah. Definisi Grafik Taktil Konsep Grafik Taktil


7 Dalam penyampaian pendidikan bagi MBPK ketidakupayaan penglihatan, grafik taktil ini digunakan dalam buku teks Braille, buku rujukan dan bahan bacaan lain untuk menyampaikan kandungan dalam peta, carta, reka letak bangunan, rajah skema dan imej rajah geometri, sepertimana murid tipikal. Grafik taktil selalunya dibina secara manual atau menggunakan teknologi dengan pelbagai aplikasi perisian. Antara gambar, rajah dan jadual yang sering digunakan oleh MBPK Ketidakupayaan Penglihatan terutamanya di sekolah ialah: ● Gambar atau rajah pelan, ilustrasi ● Graf seperti graf bar, graf garis, carta pai ● Carta seperti carta organisasi, carta alir dan peta ● Bentuk muka bumi, jalinan pengangkutan dan petempatan ● Garis masa ● Kartun atau karikatur ● Foto ● Jadual Bagi gambar yang boleh dihuraikan sepenuhnya dalam bentuk teks tidak perlu disediakan dalam bentuk grafik taktil. Jenis Grafik Taktil


8 • memahami perbezaan di antara visual dan persepsi taktil • memahami konsep, komponen dan kebolehbacaan sesuatu grafik taktil • mengenal pasti maklumat kritikal dalam cetakan grafik untuk disertakan • mengenali ciri-ciri dalam grafik cetakan yang perlu ditinggalkan • memahami penggunaan serta kaedah dalam penyampaian label dan kekunci braille • merancang penghasilan grafik taktil • mempermudahkan dan membuat modifikasi • bekerja dengan pelbagai media, bahan, alat khusus, perisian dan peralatan yang berbeza • mencipta lukisan garisan bertingkat yang mudah kepada kompleks, termasuk perwakilan garisan tunggal dan pelbagai, carta, graf dan peta • menganalisis grafik taktil yang telah siap Tujuan dan Objektif Pembinaan Grafik Taktil


9 BAB 2: CARA PEMBINAAN GRAFIK TAKTIL Pembina grafik taktil memerlukan kemahiran khusus untuk menghasilkan sebuah grafik taktil yang berkesan. Ini kerana MBPK ketidakupayaan penglihatan hanya berupaya mengesan keluasan yang terhad pada satu-satu masa dan akan menggabungkan maklumat bagi mendapat gambaran keseluruhan. Prasyarat Pembina Grafik Taktil


10 Prasyarat yang perlu dipatuhi oleh pembina grafik taktil: a) Pembina grafik taktil perlu mengetahui persepsi dan memahami cara pengamatan pengguna ketidakupayaan penglihatan. MBPK ketidakupayaan penglihatan tidak boleh mentafsir gambar dan menghubungkaitkan grafik dengan pengalaman mereka tanpa latihan. Simbol yang mewakili maklumat persekitaran dan bahan pembelajaran perlu diajar kepada murid. b) Pembina grafik taktil perlu mengetahui langkah MBPK ketidakupayaan penglihatanmembaca grafik taktil secara sistematik: (i) Grafik taktil diimbas secara keseluruhan terlebih dahulu (ii) Diperincikan dari satu bahagian ke bahagian yang lain (iii) Gambaran grafik taktil secara keseluruhan diperoleh selepas menggabung jalin semua maklumat. c) Pembina grafik taktil perlu membuat perancangan sebelum membina grafik taktil. d) Pembina grafik taktil perlu menguasai bidang atau mata pelajaran berkaitan dengan grafik taktil yang bakal dihasilkan. Rujukan kepada guru mata pelajaran perlu dibuat oleh pembina grafik taktil sekiranya wujud keraguan atau kurang pengetahuan tentang grafik taktil yang hendak dihasilkan. e) Kreativiti pembina grafik taktil akan menghasilkan gambar rajah timbul yang berkesan. f) Pembina grafik taktil boleh menggunakan format borang perancangan pembinaan grafik taktil. g) Bahan grafik taktil yang telah dihasilkan, perlu dibaca pruf (proof read) oleh pengguna.


11 Borang Perancangan Pembinaan Grafik Taktil Kawasan Maklumat Tekstur/ Bahan Garisan Maklumat Tekstur/ Bahan Simbol Titik Maklumat Tekstur/ Bahan Label dan Petunjuk Maklumat Tekstur/ Bahan Tajuk Grafik: ____________________________ Muka surat: _____________ Teks atau mata pelajaran: ________________________________________


12 Grafik Cetak Carta Pai Contoh Pengisian Borang Perancangan Pembinaan Grafik Taktil Maklumat Tekstur/ Bahan Melayu Kertas pasir India Kertas beralun Cina Jaring Lain-lain Benang Contoh Perancangan Pembinaan Grafik Taktil


13 Grafik taktil yang telah dibina


14 Prinsip Umum Penghasilan Grafik Taktil Grafik taktil tidak semestinya disediakan sama seperti grafik asal atau bahan maujud. Maklumat yang terkandung dalam grafik taktil perlu jelas dan senang ditafsir oleh pengguna. Pemilihan kaedah yang bersesuaian adalah perlu untuk menghasilkan grafik taktil yang berkesan. Grafik taktil hendaklah mesra pengguna. Format penyediaan grafik taktil dan bahan yang digunakan hendaklah selaras dan tekal dalam setiap set buku teks, modul, bahan bacaan tambahan, soalan ujian dan peperiksaan. Jika grafik taktil perlu disediakan lebih daripada satu muka surat, hendaklah disediakan secara berhadapan dan berturutan. Helaian grafik taktil perlu diletakkan bersebelahan dengan helaian teks. Dua grafik taktil yang berlainan perlu disusun secara menegak pada muka surat yang sama walaupun grafik asal disusun secara bertentangan. Pastikan terdapat ruang kosong di antara dua grafik pada satu muka surat yang sama, sebagai contoh grafik perbandingan. O1 O2 O3 O4 O6 O5


15 Grafik taktil perlu dibina di tengahtengah kertas salinan pendua (master copy). Tinggalkan ruang kosong dengan lebar sekurangkurangnya 2.5 cm di sekeliling kertas pendua tersebut supaya penyalinan dengan mesin Thermofom dihasilkan dengan sempurna. Bingkai tidak perlu di sekeliling grafik taktil. Grafik taktil yang terlalu rumit perlu dipermudahkan. Namun tidak boleh lari daripada matlamat asal penggunaan grafik tersebut. Elemen yang tidak relevan perlu diabaikan dan beri penekanan kepada maklumat yang lebih penting. Elemen pengganggu boleh ditambah dalam rajah untuk menguji kebolehan dan pengetahuan MBPK menjawab soalan yang berkaitan dan pembina grafik taktil perlu merujuk kepada guru mata pelajaran. Perubahan dari segi saiz objek tertentu dan susunan boleh dibuat jika ini dapat menjelaskan lagi maklumat yang ingin disampaikan. Rajah keseluruhan harus disediakan dahulu, untuk memberi gambaran dan rujukan kedudukan ciri-ciri tertentu apabila diasingkan kepada beberapa bahagian atau lapisan. O8 O9 10 O7 11


16 Grafik taktil harus mempunyai nombor atau tajuk yang ditulis di bahagian atas sama ada di tepi kiri atau tengah, mengikut orientasi tersebut. Tajuk ini sebaik-baiknya didahului dengan menyatakan jenis grafik. Contoh: Graf Bar, Carta Pai, Garis Masa. Nota penjelasan dan petunjuk perlu ditulis di bahagian atas, diikuti dengan grafik taktil berkenaan. Jika kekurangan ruang, satu muka surat yang mengandungi catatan ini harus dikepilkan secara bersebelahan dengan grafik taktil tersebut. 15 16 Rajah 3D boleh diubah kepada 2D. Pilih sudut pandangan yang sesuai. Walau bagaimanapun, sesetengah grafik matematik, teknikal dan lain-lain perlu dikecualikan dan dibina mengikut grafik 3D asal. Pembina grafik taktil harus memeatikan tiada kesan gam dan lain-lain sisa bahan tertinggal di atas kertas pendua. Ini bagi mengelakkan sisa tersebut timbul semasa proses penyalinan dan akan dianggap sebahagian daripada rajah. Semua grafik taktil harus disertakan dengan nota penjelasan jika tidak terdapat dalam teks. Contoh: ‘Rajah berikut menunjukkan ...’ 12 13 14


17 Label dapat menjimatkan masa pengguna dan hanya label yang panjang perlu digantikan dengan huruf serta diterangkan dalam petunjuk. Huruf-huruf tunggal yang digunakan sebagai label hendaklah ditulis menggunakan sekurangkurangnya dua sel. Kod Braille juga boleh dipendekkan jika tidak menimbulkan sebarang kekeliruan. Elakkan menampal label di atas elemen pada grafik taktil kerana ‘kotak’ label yang terbentuk selepas proses Thermoform akan mengelirukan pengguna. Label perlu ditulis berdekatan dengan bahagian berkenaan tanpa menggunakan garis label. Sekiranya garis label digunakan, pastikan bahawa tekstur garis label tidak terlalu menonjol dan berbeza daripada tekstur garisan lain dalam rajah tersebut. Anak panah tidak boleh digunakan sebagai garis label dan garis label harus mengufuk, dengan panjang di antara 2 cm hingga 4 cm. Label perlu ditulis pada kertas salinan pendua (master copy) sebelum membina grafik taktil. Prinsip untuk Melabel Grafik Taktil Contoh: a ;a (titik 5,6 dan titik 1), C ,C (titik 6 dan titik 1,4). Contoh: RM5.00 (rm#E00) ditulis rm5 sahaja (rm#E)


18 Prinsip Penyusunan Petunjuk Tekstur kawasan bermula dari bahagian atas gambar rajah atau 01 mengikut kepentingan kawasan 02 03 04 05 Tekstur garisan bermula dari ciri bergarisan di bahagian atas rajah atau mengikut kepentingan ciri. Simbol titik bermula dari simbol di bahagian atas rajah. Simbol huruf atau singkatan mengikut susunan abjad Simbol nombor mengikut susunan menaik.


19 Ciri-Ciri Grafik Taktil yang Berkesan Garisan, titik, kawasan, ketebalan dan penggunaan jenis tekstur dapat dibezakan dengan jelas. Grafik taktil hendaklah sebesar dua tapak tangan pengguna dan mudah dibaca. Tidak terlalu banyak maklumat yang dimasukkan ke dalam grafik taktil yang penting agar pengguna dapat mengesan dan memahami elemen utama dengan mudah. Grafik asal dalam bentuk 3D diubah menjadi 2D dalam bentuk grafik taktil. Situasi bergambar tidak boleh dihasilkan dalam bentuk grafik taktil sebaliknya hendaklah dihurai dalam bentuk teks braille. Pengecualian pula hanya boleh dibuat bagi sesetengah grafik sahaja mengikut keperluan dan kesesuaian mata pelajaran Label pada setiap perkara hendaklah ditulis dengan jelas dan seragam. Secara umum, bahan yang digunakan bagi mewakili ciri-ciri utama perlu lebih menonjol dari segi ketebalan dan tekstur. Grafik taktil hendaklah mengandungi maklumat yang relevan dengan kehendak soalan dalam tugasan, ujian atau peperiksaan. Ciri-Ciri Grafik Taktil Yang Berkesan


20 Contoh Grafik Cetak: Graf Contoh Grafik Taktil yang Berkesan


21 Contoh Grafik Taktil


22 BAB 3: PERALATAN DAN BAHAN MEMBINA GRAFIK TAKTIL Terdapat pelbagai peralatan dan bahan yang boleh digunakan untuk menghasilkan grafik taktil. Perkara paling penting yang perlu dititik beratkan ialah daripada segi aspek dalam pemilihan peralatan dan bahan yang sesuai dengan fungsi. Hal ini kerana aspek pemilihan peralatan dan bahan yang sesuai akan dapat memastikan penghasilan grafik taktil yang seragam dan bermakna. Selain itu, grafik taktil yang digunakan oleh individu ketidakupayaan penglihatan terdiri daripada garisan, titik dan kawasan yang divariasikan dengan pelbagai tekstur, bentuk dan ketebalan. PERALATAN FUNGSI GAMBAR Alat Memotong dan Menggunting i) Gunting Alat memotong dan menggunting bahan pengajaran seperti gambar rajah timbul, jadual dan lain-lain bahan grafik taktil. ii) Pemotong (Box Cutter) Alat memotong kertas pendua (master copy) Peralatan yang Digunakan untuk Membina Grafik Taktil


23 iii) Pemotong Dawai Alat memotong dawai dan benang iv) Pemotong Berputar (Rotary Cutter) Alat memotong bentuk bulatan v) Set Alatan Mengukir (Carving Tool Set) Alat memotong bahan-bahan pengajaran seperti gambar rajah timbul, jadual dan lain-lain bahan grafik taktil vi) Penebuk Lubang Menebuk lubang bahan vii) Papan / Alas Pemotong (Cutting Mat) Alas memotong bahan-bahan penghasilan grafik taktil Alat Melukis dan Mengukur i) Set Geometri Braille Membuat garisan menegak & garisan condong


24 ii) Pembaris Flexible (Curve Line Ruler) Mengukur garisan lurus dan garisan melengkung iii) Roda Surih Alatan menimbulkan garisan iv) Pelapik Getah Alas yang digunakan bersama roda surih untuk menimbulkan garisan Alat pemegang dan pembentuk i) Penyepit Menyepit bahan grafik taktil ii) Playar Alat untuk memegang, membentuk, membengkok bahan grafik taktil


25 Mesin Thermoform Mesin yang digunakan untuk menambah bilangan salinan master copy dengan menggunakan kertas braillon BAHAN PEMBINAAN GRAFIK TAKTIL GAMBAR Benang, Tali dan Dawai Bahan yang Boleh Digunakan untuk Membina Grafik Taktil


26 Garisan Roda Surih (Superwheel) Susunan Manik Kertas Pasir dan Potongan Kadbod


27 Butang Manik Tebukan Kad dan Kertas Pasir


28 Kertas Beralun (Corrugated Board) Kain Kasa dan Jaring Kad Bod, Kertas Pasir dan Kertas Kad yang dicetak timbul


29 Mesin Thermoform Mesin Thermoform


30 Bahagian-bahagian Mesin Thermoform i) Suis Menghidup dan mematikan mesin ii) Bingkai Pengapit Mengapit kertas braillon dengan master copy iii) Set Pemanas (Heater) Membekalkan haba untuk membentukkan grafik taktil iv) Tombol atau Pemegang Memegang untuk menaik dan menurunkan bingkai


31 v) Pelaras Suhu Melaraskan suhu yang diperlukan. vi) Penentu Masa Melaraskan masa yang diperlukan untuk membentuk grafik taktil. vii) Suis Set Semula Pam (Rest Pump) Menyedut udara keluar daripada bahagian bawah untuk mewujudkan ruang vakum.


32 Langkah Menggunakan Mesin Thermoform dalam Penghasilan Grafik Taktil 1. Hidupkan suis ON pada mesin thermoform. 2. Laraskan timer dan suhu mengikut kesesuaian. 3. Letakkan master copy diikuti dengan kertas brailon di bahagian atas screen manifold. 4. Turun dan kuncikan bingkai pengapit serta tarik set pemanas. 5. Biarkan mengikut ketetapan masa dan tekan butang reset pump. 6. Buka semula set pemanas dan keluarkan grafik taktil. 7. Akhir sekali, tekan butang untuk off heat, off timer dan tutup suis mesin.


33 Beberapa kaedah boleh digunakan untuk menghasilkan grafik taktil seperti ditunjukkan di bawah ini. Pembina grafik taktil perlu dilengkapkan dengan peralatan dan perkakasan bagi menghasilkan grafik taktil yang berkesan. Kaedah-kaedah bagi penghasilan grafik taktil adalah seperti: a) Penggunaan kertas mikrokapsul ialah untuk mencetak, menyalin atau melukis gambar/rajah/jadual dengan menggunakan bahan berkarbon. Bagi menghasilkan cetakan, kertas mikrokapsul dimasukkan ke dalam mesin fuser/image enhancer untuk menghasilkan grafik taktil. b) Penggunaan Perisian Pemprosesan Grafik Taktil. Alat ini hanya digunakan bagi grafik taktil yang mudah dan tidak kompleks kerana tekstur titik-titik yang dihasilkan adalah sama. c) Kaedah gunting dan tampal (cut & paste) menjadi pilihan utama bagi menghasilkan grafik taktil yang lebih jelas dan berkualiti. Ia dihasilkan menggunakan pelbagai bahan yang berbeza tekstur yang dipanggil master copy. Master copy tersebut digunakan untuk menghasilkan salinan grafik taktil menggunakan mesin Thermoform. Contoh Grafik Taktil yang Berkesan


34 BAB 4: STRATEGI PENGAJARAN GRAFIK TAKTIL Pemahaman konsep asas adalah penting untuk membaca grafik taktil. Sebahagian daripada ini termasuk jauh, dekat, di sebelah, di atas, di bawah, bertindih, bersilang, berserenjang dan selari. Ia juga penting untuk mempunyai kemahiran persepsi taktikal asas penjejakan, diskriminasi antara simbol yang serupa dan perbandingan. (Willings, 2019). Namun begitu, individu ketidakupayaan penglihatan perlu diberikan pendedahan serta kemahiran tertentu dalam membaca grafik taktil. Pendedahan dan kemahiran tersebut boleh diajarkan kepada individu ketidakupayaan penglihatan dengan strategi seperti dalam Rajah 1. Rajah 1: Strategi Pengajaran Grafik Taktil


35 Bagi menjelaskan setiap strategi, berikut diperincikan langkah yang boleh dijalankan untuk pengajaran grafik taktil: 1. Name the Item. Apabila dibentangkan dengan grafik taktil bagi item tertentu, berikan peluang kepada pelajar untuk menamakan item tersebut. 2. Match. Berikan pelajar pelbagai grafik taktil untuk diterokai. Seterusnya, berikan pelajar satu grafik taktil dan galakkan mereka memilih grafik lain untuk mencari padanan.


36 3. Mazes. Buat maze grafik taktil dan minta pelajar untuk bermula pada permulaan dan ikuti laluan hingga ke penamat. 4. Sequence. Buat barisan bagi bentuk dalam corak secara tersusun. Galakkan pelajar untuk mengenal pasti langkah-langkah seterusnya secara berturutan. 5. Tactile Coloring Page. Berikan pelajar lukisan taktil dan galakkan pelajar mewarna dalam grafik taktil.


37 6. Dot to Dot. Cipta aktiviti titik ke titik dengan nombor atau huruf dan galakkan pelajar menyambungkan titik tersebut mengikut turutan. 7. Follow the Path. Cipta grafik taktil mengikut aktiviti laluan. Minta pelajar untuk mengikut setiap laluan dan tentukan pada grafik taktil atau perkataan yang pelajar akan sampai. Minta pelajar mengikut laluan lain untuk menentukan di mana mereka akan tiba. 8. Spot the Difference. Berikan pelajar dua grafik sentuhan yang serupa. Minta pelajar untuk mengenal pasti perbezaan antara dua grafik. 9. Object Hunt. Buat grafik taktil yang merangkumi pelbagai objek. Galakkan pelajar untuk mencari kedudukan bagi semua item tersebut. 10.Tactile Puzzles. Cipta grafik taktil berbentuk gambar bagi sesuatu tema. Potong gambar kepada beberapa bahagian dan minta pelajar untuk mencantumkannya semula. VIDEO TACTILE COLORING


38 Berikut ialah contoh cara membaca grafik taktil. Cara 1 Sentuh keseluruhan grafik taktil Cara 2 Sentuh grafik taktil dari atas ke bawah Cara 3 Sentuh grafik taktil dari atas ke bawah, kiri ke kanan, bawah ke atas, kiri ke kanan dan atas ke bawah. Contoh Grafik Taktil yang Berkesan


39 Berikut adalah beberapa contoh grafik taktil. 1. Keratan Rentas Lidah Gambar Foto Master Copy Grafik Taktil • Bahagian yang berbeza rasa pada lidah menggunakan tekstur yang berbeza seperti berikut: Rasa pahit – kertas tebal yang ditimbulkan Rasa masam – kertas pasir Rasa Manis – Kertas tebal Rasa Masin – Jaring Hijau • Petunjuk diletakkan pada bahagian tepi grafik BAB 5: CONTOH-CONTOH GRAFIK TAKTIL


40 2. Gambarajah Ven Gambar Foto Master Copy Grafik Taktil • Semua garisan yang bertindih atau bertemu perlu dilekap atas satu sama lain supaya terdapat titik pertemuan atau persilangan yang jelas • Semua label perlu ditaip • Kawasan yang bertindih perlu ditanda dengan tekstur yang berbeza bagi melambangkan kawasan persilangan 3.Graf Bar Gambar Foto Master Copy Grafik Taktil • Jika Graf Bar mempunyai lebih dari satu jenis data, petunjuk tekstur bar yang berbeza perlu ditulis sebelum graf bar, mengikut susunan pada graf ( kiri ke kanan atau atas kebawah) • Tekstur bar mesti berbeza daripada tekstur paksi • Bagi graf bar yang ringkas boleh juga dihasilkan menggunakan titik-titik braille


41 4. Kartun, karikatur dan gambar Contoh 1: Gambar • Memerihalkan gambar secara ringkas tanpa memberi ulasan terperinci. • Jika gambar melibatkan perbualan, nyatakan perbualan dalam bentuk dialog. Contoh : Penerangan dalam teks braille sahaja Contoh 2: Kartun Sumber: Kartun Majalah Pelita Bahasa • Grafik taktil tidak perlu dibuat • Tulis nama kartun dan penulis kartun • Beri penerangan ringkas bagi setiap gambar kartun


42 5. Alat-alat Ukuran Termometer l Tanda angka diabaikan dan simbol negatif boleh disingkatkan jika tiada ruang. Ini perlu dinyatakan dalam nota penjelasan l Semua senggatan perlu ditaip di luar termometer di sebelah kiri manakala sukatan atau label ditaip di sebelah kanan l Jika pengguna diminta membaca suhu pada termometer, termometer perlu dibesarkan supaya sukatan kecil boleh dibaca. Dalam kes ini, julat suhu yang ditunjukkan pada termometer boleh dikurangkan. l Senggatan bagi sela suhu tertentu (contoh 10 atau 5 darjah) perlu lebih panjang daripada tanda sukatan lain yang ditunjukkan. Contoh: Pembesaran dan bacaan nilai alat silinder penyukat l Gambar mata digantikan dengan label “pemerhati/aras pandangan mata/mata”. l Guna roda surih untuk membina garisan putus-putus bagi aras pandangan mata l Garisan dan bingkai untuk menunjukkan pembesaran rajah tidak diperlukan l Ini digantikan dengan satu anak panah untuk menunjukkan bahagian yang dibesarkan l Nota peperiksaan disertakan. Contoh, “pembesaran yang menunjukkan panas air dan senggatan”. Senggatan halus pada rajah asal diabaikan jika tidak berkenaan. 6. Ukuran Jika ukuran panjang atau sudut perlu dibuat murid, saiz, panjang, dan ketinggian rajah perlu diubah suai supaya pembaris, jangka lukis, atau jangka sudut Braille yang sedia ada boleh digunakan. Contoh, jika unit ukuran terkecil pada pembaris Braille ialah 0.50cm, maka, panjang garisan yang hendak diukur perlu diubah suai supaya genap kepada 0.50cm


Click to View FlipBook Version