The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by cikguwahi, 2023-04-11 15:26:20

FULL GRAFIK TAKTIL_TERKINI

FULL GRAFIK TAKTIL_TERKINI

43 7. Rajah Sinar • Bingkai tidak perlu disertakan. • Rajah 3D diubah suai kepada 2D. • Gunakan tekstur yang berbeza untuk menggambarkan sinaran yang bersilang (seperti benang dengan saiz yang berbeza). • Gunakan bahan yang tidak menonjol untuk petak (golekan roda surih, kad nipis) • Bezakan garis sinar (lebih menonjol), paksi utama, dan garis ukuran. • Garis putus-putus boleh dibina dengan menggunakan roda surih. • Gantikan mata anak panah pada hujung garis ukuran. • Bezakan objek dengan imej. • Titik fokus perlu jelas. • Dalam situasi ini, kanta/prisma tidak boleh dibina dengan benang (guna kad). • Mata anak panah garis sinar berbentuk “V”. Gambar Foto Grafik Taktil


44 8. Elektrik dan Elektronik • Litar elektrik pandangan 3D perlu diubah suai kepada pandangan 2D. • Wayar penyambung menggunakan benang atau dawai bunga (tekstur licin, melengkung) • Komponen dalam litar elektrik mestilah mengikut simbol antarabangsa yang telah ditetapkan. • Bagi Ammeter, Voltmeter, Galvanometer, Motor, gunakan kertas tebal berbentuk bulat dengan huruf-huruf A, V, G, M yang bersesuaian digunakan. • Bagi perintang, gunakan mounting board, kertas pasir, benang yang lebih kasar digunakan untuk wayar penyambung dalam litar. • Bagi perintang boleh laras, gunakan benang untuk anak panah condong ke atas. • Bagi mentol, bulatan kertas tebal denagn benang/dawai diguanakn untuk membentuk di atasnya. • Bagi sel/bateri, kad tebal atau benang/dawai (yang lebih tebal dari wayar penyambung litar) diguanakn membuat garisan Panjang dan garisan pendek. Jarakkan di antara satu sama lain supaya mudah dikesan. • Gunakan label atas kad segiempat tepat sebagai label untuk mewakili alat elektrik lain (contoh: kipas, loceng) yang disambungkan kepada litar. • Bagi LED, selain menggunakan garisan kad tebal dan wayar juga boleh digunakan untuk membentuk symbol dalam litar elektrik. • Bagi kapasitor berkutub/tanpa kutub, tekstur yang berbeza digunakan untuk kapasitor berkutub dan tekstur yang sama juga digunakan bagi kapasitor tanpa kutub. • Bagi suis, bahan yang digunakan untuk membina garisan hendaklah lebih tebal daripada wayar penyambung dan manik kecil atau kertas pasir untuk membentuk bulatan kecil.


45 9. Susunan Radas • Bagi rajah yang mengandungi banyak radas, sesetengah radas boleh diabaikan jika ini tidak mengganggu pemahaman murid dan matlamat rajah itu. Contoh. Kaki retort, tungku kaki tiga, permukaan meja, blok dan lain-lain boleh diabaikan. • Penunu Bunsen digantikan dengan menggunakan anak panah bermata segi tiga bersama perkataan “panaskan/haba” di bawahnya. • Simbol cecair tidak ditonjolkan. Gunakan roda surih untuk menghasilkan garisan putusputus. • Bagi rajah yang mengandungi banyak radas: i. Radas boleh dibina dengan membentuk Kawasan objek tersebut daripada kad tebal atau kertas pasir halus di atas kad. Contoh: bagi kelalang bulat dan kelalang kon menggunakan kad tebal yang berbeza ketebalan (mounting board, kad manila), termometer menggunakan kertas pasir sederhana. ii. Jika radas dalam satu susunan dibina dengan garisan, saiz tali atau benang yang digunakan boleh divariasikan supaya radas boleh dibezakan. 10. Penggunaan Anak Panah Bentuk dan bahan anak panah yang digunakan dalam grafik taktil seperti siratan makanan, carta kitaran dan proses perlu konsisten. Gambar-gambar haiwan dan tumbuhan dalam siratan makanan boleh diwakili oleh kad segi empat yang berlabel. Walau bagaimanapun, rajah haiwan, tumbuhan dan lain-lain berbentuk 2D dan berlabel, boleh dibina untuk murid tahap rendah, supaya dapat menarik minat mereka meneroka grafik taktil. 11. Struktur Organ/Sistem/Organisma Rajah rumit yang menunjukkan pertindihan ciri-ciri boleh diasingkan kepada beberapa bahagian atau lapisan. Contoh, rajah yang menunjukkan kedua-dua sistem otot dan sistem saraf boleh diasingkan kepada 2 lapisan, iaitu yang menunjukkan sistem otot dan sistem saraf. Rajah rumit yang bersudut berpandangan 3D perlu diubah suai kepada beberapa grafik taktil pandangan 2D daripada perspektif yang dapat memberi maklumat yang bermakna.


46 12. Peta dan Peta Topografi Peta yang mengandungi banyak ciri perlu diasingkan mengikut: a. Bahagian: Contoh: Bahagian utara dan selatan, bahagian barat dan timur. b. Lapisan: Contoh: Peta pertama menunjukkan ciri fizikal, peta kedua menunjukkan sempadan politik, ibu kota dan bandar utama, dan lain-lain lagi. • Peta topografi asal yang lengkap dibuat terlebih dahulu sebagai asas rujukan. Kemudian, satu atau lebih peta mengandungi ciri-ciri relevan boleh dibina untuk menjawab beberapa soalan tertentu. • Nota penjelasan disertakan untuk menerangkan pembahagian yang dilakukan. Contoh, “ Peta topografi ini telah dibahagikan kepada tiga lapisan. Semua lapisan menunjukkan jalan air. Lapisan pertama menunjukkan grid, penempatan, bangunan dan jalinan pengangkutan. Lapisan kedua menunjukkan kontur dan kawasan penanaman … “ • Ciri kawasan (tumbuhan asal, penanaman, perlombongan) ditunjukkan dengan menggunakan bahan yang mempunyai tekstur atau ketebalan yang berlainan. • Kekalkan singkatan untuk pandang darat budaya yang ditunjukkan dalam peta topo.


47 Pandang Darat Budaya • Singkatan untuk pandang darat budaya Bil Perkataan Singkatan Simbol Braille 1 Balai polis Bp Bp 2 Sekolah SEk SEk 3 Pejabat Pos PP PP 4 Klinik Kn Kn 5 Hospital Hosp Hosp 6 Balai Raya Br Br 7 Kedai kd kd • Gunakan simbol yang disediakan bagi menyelaras dan meringkaskan simbol-simbol dalam peta topo. • Bingkai bagi peta topo mesti dibina, tetapi bagi peta yang lain, pembinaan bingkai mengikut keperluan dan kesesuaian. Tekstur bingkai mesti berlainan daripada tekstur dalam peta topo tersebut. • Mata angin diletakkan di bahagian atas sebelah kanan peta. • Skala ditulis pada muka surat bersebelahan sebelum petunjuk jika tiada ruang pada muka surat peta. Namun jika terdapat ruang yang mencukupi, skala dan petunjuk perlu diletakkan pada bahagian atas sebelum peta. • Skala perlu diubah suai mengikut saiz grafik taktil yang dibina. Abaikan skala jika tiada pengukuran diperlukan. • Garisan grid boleh diabaikan jika tidak berkaitan. • Kawasan air perlu dibezakan dengan darat (lorekan roda surih). Gunakan tekstur yang tidak menonjol. • Saiz simbol pada petunjuk mestilah sama dengan saiz simbol pada peta. • Ketebalan simbol bahagian atas rumah ibadat hendaklah berukuran sekurangkurangnya 6mm. Manakala simbol bahagian bawah sekurang-kurangnya 4mm.


48 • Simbol petempatan hendaklah ditunjukkan dengan segiempat berukuran 4X4mm. • Bagi simbol pantai berpasir, gunakan manik yang terkecil atau golekan roda surih. • Bagi simbol kontur, gunakan sekurang-kurangnya dua garisan kontur. Ketebalan saiz benang yang digunakan perlu berlainan daripada ciri-ciri lain yang berdekatan. • Simbol bagi menunjukkan tasik, gunakan titik 1.4 yang ditulis di atas kertas master copy. • Abaikan simbol yang tidak berkaitan dengan soalan atau tidak diperlukan dalam objektif PdP.


49 Hasil Pertanian • Pada keadaan tertentu, simbol bergambar hasil pertanian hendaklah ditunjukkan bergantung kepada keperluan. • Sempadan kawasan hasil pertanian perlu ditunjukkan secara mengufuk dengan jelas. • Singkatan ditulis tanpa didahului dengan titik enam. Simbol bagi hasil pertanian boleh ditukar kepada huruf braille seperti yang disenaraikan di bawah Hasil Pertanian Perkataan Simbol Braille nenas nn nn kelapa Kl Kl kopi kp kp Kelapa sawit ks ks getah gt gt Lada hitam lh lh koko ko ko teh th th tebu tb tb padi pd pd jagung jg jg abaka ab ab sekoi se se kapas ka ka Kacang tanah kc kc gandum gd gd Kacang soya ky ky kertau kr kr rumput rp rp


50 Hasil mineral Jika terdapat hasil mineral dalam peta topo, singkatan berikut boleh digunakan : Hasil Mineral Perkataan Simbol Braille Bijih timah bt bt bauksit bo bo petroleum pt pt emas Titik 5, e ⠐e tungsten ts ts Arang batu ar ar tembaga tm tm Bijih besi be be zink zi zi kuprum ku ku kromium km km Gas asli ga ga permata pr pr uranium ur ur plumbum pl pl perak pk pk mika mk mk nikel nk nk mangan mg mg


51 Gambar Foto Master Copy Grafik Taktil Contoh Grafik Taktil: Peta Topografi


52 PENUTUP Modul Teknik Pengajaran MBPK Ketidakupayaan Penglihatan ini dibina untuk menyedia keperluan pembelajaran bagi memastikan mereka mendapat pendidikan yang adil dan sama dengan murid di arus perdana. Grafik Taktil merupakan salah satu bahan bantu mengajar yang dihasilkan menggunakan pelbagai tekstur dan boleh disentuh oleh MBPK Ketidakupayaan Penglihatan. Oleh yang demikian, dengan terhasilnya modul ini akan dapat membantu ramai pihak yang terlibat dengan MBPK Ketidakupayaan Penglihatan khususnya kepada guru-guru sebagai rujukan dan panduan dalam menghasilkan bahan pengajaran kepada MBPK Ketidakupayaan Penglihatan.


53 RUJUKAN Airth, M. (2015). Strategies for Teaching with Braille & Tactile Graphics. Didapati pada 31 Mac 2022, daripada https://study.com/academy/lesson/strategies-for-teachingwith-braille-tactile-graphics.html Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2016). Kemahiran Asas Individu Ketidakupayaan Penglihatan TAHUN 2 Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran. Kementerian Pendidikan Malaysia Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2017). Kemahiran Asas Individu Ketidakupayaan Penglihatan TAHUN 3 Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran. Kementerian Pendidikan Malaysia Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2018). Kemahiran Asas Individu Ketidakupayaan Penglihatan TAHUN 4 Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran. Kementerian Pendidikan Malaysia Bahagian Pendidikan Khas. (2014). Garis Panduan Pembinaan Grafik Taktil. Mashi Publication Hasty, L. (2005). Teaching Tactile Graphics. Didapati pada 31 Mac 2022, daripada https://www.perkinselearning.org/videos/webcast/teaching-tactile-graphics (terbaru) Majlis Kebangsaan Bagi Orang Buta, Malaysia. (2020), Kod Braille Bahasa Melayu Pindaan 2020. Sylog Print Systems Sheryl, B. (2022). What are tactile graphics? Retrieved from https://www.washington.edu/doit/what-are-tactile-graphics on 16 August 2022. Suzana, A., Fawzi, F. Y., Jais, I., (2022). Buku Teks Kemahiran Asas Individu Ketidakupayaan Penglihatan Tahun 2 (Edisi Pindaan 2022). Kementerian Pendidikan Malaysia: Kuala Lumpur Willings, C. (2019). Tactile Graphics Instruction. Didapati pada 31 Mac 2022, daripada https://www.teachingvisuallyimpaired.com/tactile-graphics-instruction.html


54 PENGHARGAAN Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung sepanjang pembinaan Modul Grafik Taktil ini. Segala tenaga, idea dan komitmen yang dicurahkan amat dihargai.


Click to View FlipBook Version