PENGURUSAN &
PENTADBIRAN
PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN
PENDAFTARAN AHLI DAN KUMPULAN
a. Borang Kebenaran Ibu bapa
Sebelum didaftarkan, kebenaran daripada ibubapa perlu diperolehi.
b. Borang Ahli
Guru Pemimpin perlu mengedarkan Borang Ahli kepada pelajar untuk
diisi dan
kemudian disampaikan kepada Jawatankuasa Perhubungan Negeri
untuk
mendapatkan Nombor Pendaftaran. Keratan borang hendaklah
dikembalikan kepada
sekolah.
c. Pendaftaran Pensyarah/Guru Pemimpin dan Ahli Tidak Beruniform
Guru-guru Pemimpin dan ahli-ahli tidak beruniform perlu mendaftar
dengan
menggunakan Borang Permohonan Menjadi Ahli (Tidak Beruniform).
Borang
hendaklah disahkan oleh Perhubungan Negeri dan keratan hendaklah
dihantar ke ibu
Pejabat PPIM.
PEMBAHAGIAN AHLI MENGIKUT PASUKAN DAN MENAMAKAN
KUMPULAN
a. Jumlah ahli setiap pasukan tidak melebihi 40-50 orang dan terdiri
daripada beberapa
kumpulan.
b. Setiap kumpulan adalah terdiri daripada 10-15 orang.
c. Nama setiap kumpuian adalah terpulang kepada sekolah berkenaan.
d. Nama setiap pasukan hendaklah ditentukan oleh negeri masing-
masing mengikut
format berikut.
Contohnya:
Pada tahun 1988, Sekolah Seri Puteri Kuala Lumpur menubuhkan PPIM
dengan
ahlinya seramai 85 orang.
KUASA PENGANJUR
● Memaklumkan pendaftaran tahunan.
● Menyelia dan mengawal kemajuan unit pengakap di sekolahnya.
● Salah seorang dari dua penurun tandatangan rasmi bagi akaun
simpanan atau
semasa untuk Pergerakan Puteri Islam Malaysia.
● Mengesahkan penyata akaun unit yang telah disediakan.
STRUKTUR UNIT
PENGERUSI ● Mempengerusikan setiap mesyuarat.
● Meneliti minit mesyuarat dan memastikan
segala keputusan mesyuarat adalah
wajar dan mengikut agenda yang
ditetapkan.
● Menjalankan tugas yang diarah oleh guru
penasihat dari semasa ke semasa.
NAIB PENGERUSI ● Bertanggungjawab menjalankan tugas
Pengerusi semasa ketiadaannya.
● Bertanggungjawab membantu Pengerusi
menyelia tugas AJK Persatuan.
● Menjalankan tugas yang diarah oleh guru
penasihat dari semasa ke semasa.
SETIAUSAHA ● Mengurus surat menyurat.
● Mencatat minit mesyuarat atau laporan.
● Menyimpan fail atau dokumen berkaitan
dengan persatuan.
NAIB SETIAUSAHA ● Membantu Setiausaha menjalankan
BENDAHARI segala tugas dan tanggungjawabnya.
AJK ● Bekerjasama dengan Setiausaha.
● Menjalankan tugas-tugas lain yang
diarahkan dari semasa ke semasa.
● Bekerjasama dengan Bendahari
Kehormat dalam menyediakan
Peruntukan Tahunan dan Penyata
Kewangan.
● Bertanggungjawab terhadap hal-hal
kewangan persatuan.
● Membuat penyata dan menyimpan kira-
kira berkenaan kewangan persatuan.
● Menasihati Jawatankuasa Persatuan
dalam pengawasan kewangan dana
audit.
● Menyediakan laporan perbelanjaan dan
dibentangkan semasa mesyuarat agung.
● Membantu menjalankan tugas dalam
segala program dan aktiviti yang
dilaksanakan dengan sebaik mungkin.
● Menjalankan tugas-tugas lain yang
diarahkan.
PENGURUSAN BUKU LOG/ FOLIO/ LAPORAN AKTIVITI
CARA MENULIS CATATAN/ AKTIVITI
1. Tarikh/ hari:
2. Masa:
3. Tempat:
4. Tahap: puteri bongsu/ puteri kecil
5. Aktiviti/ catatan:
1. Tatacara perjumpaan:
a) Pengenalan PPIM
• Membaca ikrar dan menyalin di dalam buku log
• Menyalin suluh kata ppim
• Melukis logo ppim
b) Pendidikan rohani ceramah/ tayangan video
• Sumber makanan
• Adab semasa makan
• Makanan seimbang
• Doa sebelum dan selepas makan
c) Kesihatan dan Pembangunan diri:
• Mencatat dan mengelaskan makanan
• Menampal gambar
d) Pesanan guru pemimpin tentang aktiviti minggu seterusnya
e) Tatacara Penutup:
• Membaca tasbih kafarah dan membaca surah Al asr
• Berselawat sambil bersalam
TANGGUNGJAWAB PEMIMPIN
Pengerusi
● Menjadi pengerusi mesyuarat, bertanggungjawab untuk
memastikan segala
mesyuarat dan aktiviti dijalankan mengikut perlembagaan.
Setiausaha
● Menjalankan urusan persatuan mengikut perlembagaan,
menyimpan minit dan surat,
menulis laporan mingguan, menyimpan segala rekod dan
menyediakan laporan
tahunan persatuan.
Bendahari
● Bertanggungjawab dalam hal kutipan kewangan persatuan,
apabila ada kutipan
berlaku, beliau perlu menyerahkan wang dan senarai nama ahli
terlibat kepada Guru Penasihat.
Pensyarah Pemimpin/ Ketua Guru Pemimpin/ Guru Pemimpin
● Perlu membeli atau mendapatkan:
a) Buku Perlembagaan
b) Bendera PPIM
c) Kaset lagu PPIM
d) Lencana Pemimpin dan Puteri
e) Kad Ahli
f) Uniform -Kain merah jambu
g) Buku Panduan Pemimpin
h) Buku Pengurusan dan Pentadbiran PPIM
i) Sukatan Pelajaran
● Menyediakan Keperluan Asas
a) Buku/ Rekod Pendaftaran Ahli (Nama dan butir-butir peribadi)
b) Buku/ Rekod Kehadiran Pasukan
c) Buku/ Rekod Yuran Ahli
d) Buku/ Akaun (Penyata Kewangan)
Lain-lain Keperluan:
a) Fail-fail/ Buku Stok/ Cop-cop
PAKAIAN SERAGAM AHLI DAN PEMIMPIN
TAKWIM
KRAF
PERKHEMAHAN
KRAF PERKHEMAHAN
1.0 Pengenalan:
i. Konsep Khemah
a. Khemah ialah tempat perlindungan sementara yang selamat dan
mempunyai kemudahan asas yang minima.
b. Maksud tempat perlindungan ialah sebarang jenis dan bentuk tempat
perlindungan, sama ada yang diperbuat daripada kanves, nilon,
dedaunan, buluh atau mungkin juga daripada kayu dan batu. Yang
penting, tempat perlindungan tersebut mampu memberikan perlindungan
daripada hujan, panas, angin dan juga kesejukan.
c. Berkhemah pula ialah penghidupan di luar bangunan, sama ada di
halaman atau di belakang rumah, di dalam hutan, di pantai, di bukit, di
gunung dan sebagainya. Dahulu, berkhemah merupakan satu keperluan
untuk hidup.
d. Berkhemah berkait rapat dengan ikhtiar hidup secara individua tau
berkumpulan. Berkhemah bermakna anda menerima atau memikul
beberapa tanggungjawab terhadao pengurusan peralatan, makanan, dan
perlindungan di samping melibatkan diri dalam aktiviti yang berkaitan
dengan perkhemahan.
e. Berkhemah merupakan salah satu cabang ilmu yang menguji
kemampuan mental dan fizikal untuk menggunakan sumber-sumber yang
terhad dengan kemudahan yang terhad. Aktiviti berkhemah akan menguji
setakat mana kesanggupan kita menghadapi kekurangan &
ketidakselesaan.
ii. Konsep Kraf Perkhemahan
a. Kraf perkhemahan merupakan kemahiran asas yang perlu dipelajari
untuk menghadapi cabaran alam sekitar dan alam semula jadi dalam
kegiatan luar atau perkhemahan.
b. Pengetahuan dalam kraf perkhemahan adalah penting dan digunakan
apabila individu melakukan akitiviti perkhemahan atau pengembaraan.
iii. Rasional
a. Melatih diri untuk menjadi lebih mahir dan berkeyakinan dalam
menghadapi cabaran alam semula jadi dan habitatnya
b. Memupuk perasaaan cinta terhadap alam semula jadi dan mensyukuri
akan ciptaan-Nya dan
c. Mengamalkan nilai-nilai murni dan menghayati akan keindahan alam
flora dan fauna yang terdapat di muka bumi ini.
iv. Objektif
a. Menggalakkan ahli PPIM untuk mengaplikasikan kemahiran dan teknik
kraf perkhemahan dalam aktiviti luar atau aktiviti perkhemahan
b. Mendedahkan ahli PPIM untuk memahami akan habitat dan alam
semula jadi serta mengetahui cara-cara untuk hidup apabila berada di
dalam hutan atau tapak perkhemahan
c. Memberikan kesedaran kepada ahli PPIM tentang kepentingan
menjaga alam sekitar dengan cara yang betul dan berkesan.
2.0 Pengurusan dan Penjagaan Khemah
i. Jenis-jenis khemah
a. Ridge tent:
Mempunyai tiang yang melintang di
sepanjang bumbung. Diperbuat daripada
material nylon yang ringan supaya mudah dibawa dan dilipat.
b. Dome tent:
Berbentuk gelembung dan menggunakan material
yang sesuai dan fleksibal. Ringan, mudah dibawa
dan sesuai digunakan untuk berkelah atau
perkhemahan seperti di sekolah dan sebagainya.
c. Frame tent:
Khemah jenis besar yang biasa digunakan untuk
perkhemahan keluarga. Rangka khemah akan
dipasang dahulu dan kanvas dipasang kemudian.
d. Bell tent:
Mempunyai satu tiang tinggi di puncak khemah.
Khemas jenis ini sudah jarang digunakan dan
digantikan dengan khemah jenis “DOME”.
e. Shelter
Shelter sukar untuk dibina dan memerlukan kemahiran yang tinggi.
Shelter boleh dilindungi daripada serangga, panas, hujan, angin, salji dan
suhu sejuk. Boleh menyembunyikan diri daripada musuh bahaya
(i) Jenis-jenis shelter
(a) Phonco-Lean-To
Mudah dan cepat dibina. Diikat pada dua batang pokok.
Shelter tertutup pada satu bahagian sahaja. Pastikan
shelter tidak menghala atah angin.
(b) Phonco Tent
Mudah dibina. Diikat antara dua batang pokok. Shelter
tertutup pada dua bahagian, kiri dan kanan.
(c) One man Shelter
Mudah dibina dan terhalang dari rintangan angin. Saiz
yang kecil menjadikan ia lebih sejuk dan nyaman.
(ii) Pengurusan dan Keselamatan Khemah:
a. Ubat nyamuk tidak dibenarkan dipasang di dalam atau terlalu hampir
dengan khemah.
b. Khemah bukan sebagai tempat menjemur atau menyidai pakaian.
c. Tidak dibenarkan memasak di dalam khemah
d. Digalakkan makan di luar khemah untuk mengelakkan semut atau
binatang lain dari memasuki khemah
e. Pastikan khemah ditutup jika tiada orang di dalamnya.
f. Pastikan di luar dan dalam khemah sentiasa berkeadaan bersih dan
kemas
g. Merokok adalah dilarang sama sekali di dalam khemah
h. Pastikan khemah yang dipasang adalah kukuh dan selamat untuk
digunakan
(iii) Penjagaan Khemah:
a. Sentiasa melindungi pancang khemah dan pastikan tiang atau pancang
khemah berada dalam keadaan baik. Letakkan sedikit pelincir untuk
memudahkan, memasukkan dan mengeluarkan tiang atau pancang
b. Letakkan juga pelincir pada zip untuk mengelakkan zip jem dan susah
untuk dibuka
c. Jangan menyimpan makanan di dalam khemah untuk mengelakkan
daripada binatang mencari dan merosakkan khemah anda dalam usaha
mencari makanan tersebut
d. Saranan yang penting sentiasa bersihkan khemah anda setiap kali
selepas trip atau setelah menggunakannya, dan pastikan anda
memeriksa setiap kotoran dan sampah sarap yang tertinggal
e. Sebelum menyimpan pastikan yang khemah anda betul-betul kering
f. Sekiranya khemah anda basah, elakkan dari menekan, menarik, atau
dengan apa cara sekali pun untuk mengelakkan daripada terkoyak.
g. Jangan menggunakan lilin, mancis atau pembakaran terbuka
berdekatan dengan khemah
h. Sentiasa menggunakan peralatan yang menggunakan kuasa beteri di
dalam khemah dalam usaha mengelak kejadian tidak diingini berlaku.
3.0 Tujuan dan Faedah Membuat Gajet
i. Gajet ditakrifkan sebagai perkakasan atau peralatan atau perabot,
seperti pagar, pintu, kerusi, katil, rak barang, ampaian dan sebagainya
yang terdapat di rumah. Gajet-gajet ini diperbuat daripada kayu dengan
menggunakan paku, gam dan sebagainya supaya kelihatan kemas dan
cantik serta sesuai dengan situasi tempat.
ii. Berdasarkan situasi di rumah, gajet juga amat diperlukan dalam aktiviti
perkhemahan kerana satu tapak perkhemahan boleh diibaratkan seperti
sebuah rumah yang memerlukan pintu, pagar, kerusi atau bangku,
ampaian, rak kasut, rak kasut, rak dapur dan seumpamanya.
iii. Bezanya, gajet-gajet dalam aktiviti perkhemahan diperbuat daripada
buluh atau batang kayu yang disambung atau diikat menggunakan tali
dengan simpulan dan ikatan yang tertentu. Simpulan dan ikatan ini amat
penting agar gajet-gajet yang dibina menjadi kukuh dan selamat
digunakan. Sebaik-baik gajet perkhemahan ialah gajet yang dibina tanpa
menggunakan sebarang paku.
iv. Gajet-gajet ini dikenali sebagai kraf kayu atau wood craft. Gajet penting
dalam aktiviti luar kerana ia mempunyai pelbagai fungsi. Antaranya:
a. Menggantikan perkakasan dan perabot di rumah
b. Memudahkan pengurusan tempat atau kawasan perkhemahan
c. Menjadikan aktiviti perkhemahan lebih tersusun, teratur dan
menyeronokkan
v. Tujuan mendirikan gajet adalah untuk:
a. Mempraktikkan ilmu simpulan dan ikatan yang telah dipelajarinya
secara teori dan amali dalam sesi perjumpaan mingguan
b. Membina semangat kekitaan, kerjasama,
bertanggungjawab dan semangat bergotong-royong dalam
kalangan ahli Sekawan/ Patrol dalam suasana yang ceria
dan menyeronokkan.
vi. Terdapat beberapa faedah mendirikan gajet. Antaranya:
a. Mewujudkan suasana yang tenteram, selesa, lapang dan selamat
b. Menjimatkan kos
c. Alam sekitar menjadi bersih dan nyaman
d. Barangan dan peralatan mudah disimpan dan diambil
e. Menambahkan pengetahuan dan pengalaman
f. Memanfaatkan sumber alam persekitaran dengan sebaik mungkin
vii. Kaedah mendirikan gajet:
a. Ringkas dan praktikal dengan penggunaan bahan dan peralatan yang
minimum
b. Senang dibina dalam jangka masa yang pendek serta boleh serba guna
c. Menggunakan bahan dan alat yang ada di persekitaran atau yang
dibekalkan tanpa memerlukan kos yang tinggi
d. Menggunakan simpulan dan ikatan yang betul dan kemas
e. Susun atur mendirikan gajet di tempat yang sesuai di dalam kawasan
perkhemahan
f. Jenis dan bilangan sesuai dengan bilangan peserta dan keluasan tapak.
viii. Bahan-bahan untuk mendirikan gajet:
a. Sebelum sesebuah gajet dibina, beberapa peralatan dan bahan perlu
disediakan terlebih dahulu. Peralatan dan bahan ini bergantung kepada
jenis-jenis gajet yang dibina.
b. Antara peralatan dan bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat
sesebuah gajet (mengikut kesesuaian) ialah:
(i) parang
(ii) gergaji
(iii) tali, sama ada tali rafia, rami atau manila, rotan, dawai atau akar
(iv) buluh, sama ada yang lurus, bulat atau yang telah dibelah (boleh juga
buluh terpakai)
(v) kayu yang berukuran diameter di antara 10cm hingga 18 cm
(vii) ranting dan dahan pokok, sama ada yang lurus atau yang bercabang
(viii) tin-tin kosong
(ix) batu-bata
(x) olastik
(xi) zink
(xii) papan
(xiii) kad manila
(xiv) dedaunan
4.0 Jenis-jenis Gajet dan Kegunaannya
i. Gajet perlu didirikan mengikut kesesuaian kerana terdapat pelbagai
jenis gajet boleh dibinakan sepanjang aktiviti perkhemahan dijalankan.
Namun gajet perlu didirikan pada waktu yang lapang atau pada waktu
yang telah ditetapkan di dalam jadual perkhemahan.
ii. Antara gajet yang boleh dibina ialah:
a. Tiang bendera
b. Pagar
c. Pintu gerbang
d. Papan kenyataan
e. Ampaian
f. Pangkin, tempat duduk dan meja
g. Rak kasut
h, Rak dapur
i. Rak barang
j. Lubang basah dan lubang kering (tempat buangan sampah)
k. Gajet dapur
l. Alas atau rak untukmeletak beg pakaian
m. Menara kawalan
ii. Tiang bendera
a. Tiang bendera didirikan dengan menggunakan kayu atau
buluh, tali dan bendera. Pelbagai bentuk boleh dihasilkan untuk
membuat tiang bendera. Walau bagaimanapun,
penghasilannya adalah bergantung kepada sumber bahan yang ada.
b. Terdapat 2 jenis tiang bendera didirikan dalam aktiviti perkhemahan.
Satu berupa tiang bendera utama yang didirikan di hadapan kawasan
lapang atau tapak perhimpunan yang digunakan untuk mengibarkan
bendera Malaysia, bendera negeri dan bendera PPIM, manakala satu lagi
berupa tiang bendera yang digunakan untuk mengibarkan bendera
Sekawan atau Patrol di dalam kawasan perkhemahan Sekawan atau
Patrol itu sendiri.
iv. Pagar:
a. Gajet pagar amat penting dibina untuk menentukan keluasan kawasan
perkhemahan Sekawan atau Patrol. Gajet pagar didirikan dengan
menggunakan kayu atau bulu yang dipacak mengelilingi kawasan
khemah kemudian diikat atau dihadang dengan tali untuk menjadi pagar.
b. Pagar tifak perlu dibina terlalu tinggi. Sebaik-baiknya ketinggian pagar
yang dibina sekitar satu meter sahaja. Untuk memastikan pagar menjadi
kukuh, jarak pancangan kayu atau buluh hendaklah agak rapat sekitar
dua meter antara satu pancangan.
c. Sekawan atau Patrol yang kreatif akan menghiasi pagar mereka
dengan pelbagai corak atau gaya agar pagar kelihatan kemas, menarik
dan cantik.
KEDUDUKAN / PLAN PERKHEMAHAN
v. Pintu gerbang:
a. Gajet pintu gerbang merupakan satu daripada gajet yang amat
penting dibina dalam aktiviti perkhemahan. Selain sebagai pintu masuk
ke dalam kawasan perkhemahan, pintu gerbang yang baik akan
berperanan sebagai pusat kawalan, di samping sebagai tempat untuk
memasang bendera Sekawan / Patrol.
b. Pembinaan pintu gerbang seharusnya bersesuaian dengan bilangan
hari dan bahan yang ada. Jika tempoh perkhemahan agak lama dan
bahan untuk mendirikan gajet pintu gerbang banyak, seharusnya pintu
gerbang yang didirikan agak besar dan cantik.
c. Antara bahan dan peralatan yang diperlukan untuk membuat
gajet pintu gerbang ialah:
(i) beberapa batang kayu atau buluh pelbagai ukuran
(ii) tali, sama ada rami, jut atau rafia
(iii) cangkul, parang dan gergaji
(iv) tangga (jika ada)
vi. Papan kenyataan:
a. Gajet ini dibuat untuk mempamerkan beberapa kenyataan atau
maklumat berkaitan ahli Sekawan atau Patrol, pengumuman pemimpin,
pelan atau gambar rajah kawasan perkhemahan Sekawan/Patrol dan
maklumat-maklumat lain yang berkaitan.
b. Saiz papan kenyataan yang ingin dibuat bergantung kepada keperluan
dan sumber bahan yang ada. Bagi memastikan agar maklumat yang
dipamerkan itu terlindung daripada hujan dan matahari, kreativiti PPIM
amat diperlukan untuk menyediakan bumbung atau perlindungan yang
bersesuaian bagi papan kenyataan berikut.
c. Antara bahan yang diperlukan ialah kayu atau buluh, tali, marker dan
bahan-bahan lain yang sesuai.
PELBAGAI CONTOH PAPAN KENYATAAN
vii. Ampaian:
a. Gajet ampaian boleh dihasilkan dalam pelbagai bentuk bergantung
kepada kreativiti pembuatnya. Walau bagaimanapun, gajet ampaian yang
baik ialah gajet yang didirikan tanpa bergantung kepada pokok atau
batang-batang pokok yang hidup.
b. Oleh itu, gajet ampaian digalakkan didirikan di kawasan lapang,
khususnya kawasan yang terdedah kepada cahaya matahari dan angin
di bahagian belakang kawasan khemah kumpulan.
c. Antara bahan yang diperlukan untuk membuat gajet ampaian ialah kayu
atau buluh, kayu bercabang, kayu atau buluh pancang dan tali atau dawai.
ANTARA CONTOH GAJET AMPAIAN
viii. Pangkin, tempat duduk dan meja:
a. Gajet ini dibuat untuk 2 fungsi. Pertama, sebagai meja makan dan
kedua, sebagai meja persidangan atau perbincangan Sekawan/Patrol.
b. Kebiasaannya gajet ini didirikan di bahagian belakang kawasan
khemah kumpulan, iaitu berdekatan dengan khemah dapur. Ada juga
kumpulan yang membuat gajet tersebut di bahagian hadapan atau
kawasan halaman khemah kumpulan.
CONTOH GAJET PANGKIN / MEJA/ TEMPAT DUDUK
ix. Rak kasut:
a. Gajet rak kasut dibina untuk meletakkan kasut-kasut ahli kumpulan
dalam kawasan perkhemahan tersebut. Tempat yang paling sesuai untuk
membina rak kasut ialah berhampiran dengan khemah ahli, khususnya
berdekatan dengan pintu khemah.
b. Gajet rak kasut dibina dengan menggunakan beberapa batang bulu
atau kayu berukuran antara suku hingga satu meter dan diikat dengan tali
menggunakan simpulan danikatan yang sesuai.
CONTOH GAJET RAK KASUT
x. Rak dapur atau tempat memasak:
a. Rak atau gajet dapur atau tempat memasak merupakan antara gajet
yang paling penting yang perlu dibuat. Rak dapur boleh dibuat secara
paling ringkas, yakni tanpa bumbung atau boleh juga dibuat dengan
berbumbung.
b. Gajet dapur yang paling ringkas ialah gajet dapur bergantung yang
biasanya digunakan untuk memasak air. Manakala untuk memasakh
makanan pula, gajet yang paling ringkas ialah yang didirikan di atas tanah
dengan menggunakan batu atau tungku. Antara bahan yang diperlukan
untuk membuat gajet dapur ringkas ialah kayu bercabang, kayu lurus atau
buluuh, batu bata, dawai, tanah kering dan kawasan berbukit.
GAJET RAK DAPUR/ TEMPAT MEMASAK
xi. Rak barangan dapur:
a. Gajet ini saiznya agak besar dan agak rumit juga untuk membuatnya.
Gajet atau rak ini digunakan sebagai tempat membasuh pinggan
mangkuk yang dilengkapi dengan baldi air atau besen, tuala kecil, sabun,
dan air. Untuk menjimatkan ruang, gajet atau rak ini boleh dibuat secara
bertingkat-tingkat.
CONTOH RAK BARANGAN DAPUR
xii. Rak penyimpanan makanan:
a. Gajet ini dibuat berdasarkan kegunaannya. Sekiranya terdapat pokok
di dalam kawasan khemah kumpulan, maka gajet jenis bergantung sesuai
digunakan. Sekiranya tiada pokok dalam kawasan khemah berkenaan,
gajet jenis bertingkat berbentuk kon boleh dibuat.
b. Gajet tempat menyimpan makanan yang baik ialah dihasilkan bersama
penutup yang diperbuat daripada plastic atau dedaun kering yang
dianyam. Antara bahan yang diperlukan ialah kayu atau buluh yang
dibelah dua atau empat, tali, dan plastic atau dedaun kering yang
bersesuaian.
CONTOH RAK MENYIMPAN MAKANAN
xii. Tempat buangan sampah basah (sisa makanan) dan sampah kering:
a. Gajet ini juga amat penting dibuat untuk menjaga akan kebersihan
kawasan khemah. Gajet buangan sampah basah dan sampah kering
boleh dibina di atas seperti gambar rajah di bawah atau dengan cara
mengorek lubang di tanah.
b. Demi menjaga kebersihan, pastikan gajet ini dibina di bahagian
belakang berdekatan dengan rak dapur dan ditutup sentiasa untuk
mengelakkan lalat dan serangga lain
mengerumuni atau berkumpul dalam
tempat sampah.
CONTOH LUBANG KERING DAN LUBANG BASAH
IKHTIAR HIDUP
IKHTIAR HIDUP
1.0 Pengenalan
- Ikhtiar hidup atau lebih dikenali sebagai survival boleh diertikan sebagai
suatu situasi atau keadaan genting serta mengalami kesukaaran dalam
usaha untuk meneruskan kehidupan, terutamanya semasa mengikuti
aktiviti perkhemahan di dalam hutan, bukit dan gunung.
- Oleh itu, ikhtiar hidup merupakan keupayaan atau sesuatu usaha yang
dilakukan untuk terus hidup atau daya usaha yang diutamakan dalam
proses kelangsungan hidup. Dalam konteks aktiviti luar, ikhtiar hidup
merupakan satu usaha atau ikhtiar yang harus dilakukan oleh sesorang
supaya dia terus hidup semasa menghadapi ancaman semasa menjalani
aktiviti luar seperti perkhemahan.
- Situasi ikhtiar hidup ialah apabila berlakunya gejala-gejala seperti yang
berikut:
i. Kehabisan bekalan makanan dan minuman
ii. Ancaman binatang buas
iii. Sesat di dalam hutan
iv. Masalah perlindungan
- Ikhtiar hidup terpaksa dilakukan kerana kelalaian manusia itu sendiri,
sama ada pada peringkat perancangan, persiapan ataupun semasa
pelaksanaan aktiviti. Selain itu, kurang pengetahuan, pengalaman dan
kemahiran juga boleh menyebabkan situasi ikhtiar hidup.
- Oleh itu, setiap individu yang ingin mengadakan atau menyertai aktiviti
luar perlulah mendalami ilmu dan kemahiran tentang perkhemahan agar
situasi ikhtiar hidup akan dapat dielakkan. Pelbagai cabaran dan risiko
akan sentiasa dilalui speanjang aktiviti luar dilaksanakan.
- Prinsip ikhtiar hidup:
▪ Keselamatan:
o Keutamaan hendaklah diberikan kepada soal keselamatan
nyawa. Ini dapat dilakukan dengan menjauhkan diri daripada
melakukan perkara-perkara yang boleh membahayakan
keselamatan. Misalnya elakkan daripada memakan tumbuh-
tumbuhan yang tidak diketahui puncanya, sama ada boleh
dimakan atau tidak walaupun dalam keadaan yang sangat
lapar. Masalah ikhtiar hidup akan menjadi leboh rumit jika soal
keselamatan diri dan nyawa diabaikan.
▪ Usaha:
o Dalam situasi ikhtiar hidup, pelbagai usaha hendaklah
dilakukan dari semasa ke semasa sebagai ikhtiar bagi
mengatasi masalah yang sedang dihadapi. Sikap berdiam diri
dan berseram kepada nasib atau takdir semata-mata tanpa
usaha itu gagal maka hendaklah berusaha dengan cara yang
lain pula asalkan usaha tersebut tidak menjejaskan faktor
keselamata. Semakin banyak usaha yang dilakukan semakin
banyak peluang yang akan muncul untuk mengatasi segala
rintangan dan risiko yang dihadapi.
▪ Kawalan diri:
o Dalam situaso ikhtiar hidup,kawalan diri sangat penting
dilakukan supaya segala keputusan dan tindakan dapat
memberikan hasil yang positif. Tanpa kawalan diri, perasaan
cemas dan panik serta hilang pertimbangan akan
menyebabkan seseorang itu bertindak secara terburu-buru
tanpa berfikir. Keadaan ini pasti akan menambahkan lagi
kerumitan terhadap masalah yang sedang dihadapi.
▪ Kerjasama:
o Jika dalam pasukan atau kumpulan, kerjasama yang erat dan
berterusan dalam pasukan atau kumpulan amat penting untuk
diberikan keutamaan agar segala kerumitan dan kesulitan
dapat diatasi secara bersama. Kesepakatan membawa
berkat. Jika tiada kesempatan, segala masalah sukar diatasi.
i. Masakan Solar:
a. Masakan solar merupakan satu cara penyediaan makanan tanpa
menggunakan peralatan dapur dan hanya menggunakan cahaya
matahari sebagai sumber tenaga pembakar.
b. Kaedah memasak menggunakan tenaga solar mempunyai banyak
kebaikan. Antaranya ialah:
- Satu cara untuk mendidik ahli supaya sentiasa melindungi alam
sekitar yang semakin terancam
- Mengurangkan pencemaran pembakaran bahan api
- Mengurangkan bahaya gas dan kebakaran
- Salah satu ikhtiar hidup jika kehabisan bekalan gas / bahan bakar
untuk memasak makanan
c. Cuaca yang sesuai ialah semasa musim panas terik
d. Bahan-bahan yang diperlukan ialah:
- aluminium foil
- periuk memasak nipis yang telah disembur cat aerosol hitam
- kertas kadboard yang tebal atau kotak besar yang kosong
- gam/glue
- pelekat kertas / paper binding tape
- plastic lut sinar
- tali rapia
- tiga batu kecil di bawah periuk semasa memasak
ii. Masakan Rimba
a. Masakan rimba atau backwoodsman iaitu satu cara memasak
makanan semasa di dalam hutan tanpa menggunakan periuk atau lain-
lain peralatan memasak.
b. Memasak dengan kaedah ini adalah lebih sukar berbanding kaedah
masakan solar namun ianya boleh menjadai aktiviti yang menyeronokkan
sebagai salah satu ikhtiar hidup semasa berkhemah
c. Pelbagai bahan boleh digunakan sebagai bekas untuk memasakh
seperti buluh, kerajang aluminium, tanah, buah contoh kelapa dan lain-
lain.
d. Kegunaan buluh semasa perkhemahan:
- buluh sangat penting untuk membuat gajet, pioneering dan projek
penerokaan
- bekas makanan / minuman
- memasak makanan
e. Masakan rimba menggunakan buluh:
- pilih ruas buluh yang nipis dan besar saiznya
- pastikan buluh yang dipilih tidak retak
- basuh bahagian dalam buluh hingga bersih
- sediakan bahan yang hendak dimasak dalam buluh
contoh nasi atau lauk
- jika memasak nasi di dalam buluh, pastikan sukatan air
adalah sama banyak dengan sukatan beras
- masak nasi atau lauk dengan kaedah yang dtunjukkan dalam rajah
1.
iii. Membuat perangkap
a. Perangkap atau jerat dibina untuk memerangkap dan menangkap
haiwan atau binatang ketika kehabisan makanan semasa menyertai
kegiatan perkhemahan di dalam hutan. Terdapat beberapa jenis
perangkap dan jerat yang digunakan antaranya:
- perangkap atau jerat pelanduk
- perangkap atau jerat ayam hutan
- perangkap atau jerat hempap dan jerut
- perangkap kurungan
b. Perangkap atau jerat pelanduk:
- Mudah untuk dibuat kerana ia hanya memerlukan beberapa bahan
sahaja. Bahan-bahan yang perlu disediakan ialah:
o kayu pelentik
o tali pesawat yang kuat dengan ukuran panjang yan sesuai
o kayu cabang berbentuk “Y” yang ditajamkan kedua-dua belah
hujungnya
o kayu pesawat
o alat pemijak
- Tali jerut atau alas pemijak perlu ditutup dengan menggunakan
daun-daun. Daun-daun juga digosok ke tengkuk dan tubuh untuk
menyembunyikan bau badan
c. Perangkap atau jerat ayam hutan:
- Jerat jenis ini mempunyai mekanisme yang sama dengan jerat
simbat dan jerat sentak yang dibuat bagi memerangkap buruk ruak-
ruak. Di antara bahan-bahan yang digunakan ialah:
o sebatang kayu lentik dengan ukuran panjang yang sesuai
o dua batang kayu yang bercabang
o tali pesawat
o dua batang kayu Pelepas
o sebatang kayu pesawat (kayu pembingkas) sepanjang 5 cm
o beberapa batang kayu pemijak
- Namun begitu, car aini kurang popular kerana badan ayam mungkin
akan tersekat oleh kayu lengkung yang digunakan
d. Perangkap atau jerat hempap dan jerut
- Perangkap atau jerat hempap biasanya dibuat untuk mencederakan
haiwan atau binatang. Perangkap jenis ini mudah dibuat dan dapat
dilihat dengan jelas. Beberapa jenis bahan yang perlu disediakan
ialah:
o tali pesawat yang cukup kuat dan mempunyai panjang yang
sesuai
o umpan
o tali pemberat tambahan
o batang kayu penghempap
o dua batang kayu penghalang hadapan
o dua batang kayu penghalang belakang
o kayu pesawat
o dua batang kayu Pelepas
o beberapa batang kayu pemijak
- Perangkap atau jerat hempap akan memastikan kaki haiwan terjerut
serta dihempap oleh batang kayu. Namun begitu, masalah yang
timbul ialah mendapatkan kayu Pelepas dan kayu pesawat yang
kuat serta dapat menampung berat kayu penghempap serta kayu
pemberat tambahan.
e. Perangkap atau jerat kurungan:
- Perangkap kurungan digunakan untuk membolehkan kita
menangkap haiwan hidup-hidup. Sungguhpun begitu car aini
kurang popular dan tidak praktis kerana ia mengambil masa yang
agak lama untuk disiapkan serta banyak membazirkan tenaga.
Bahan yang diperlukan bagi membuat perangkap jenis ini ialah:
o batang-batang kayu yang secukupnya untuk dijadikan
dinding, kayu alang, pintu dan sebagainya
o umpan
o gelang rotan
o kayu pesawat
o tali pesawat
- Tiang-tiang perangkap hendaklah ditanam ke dalam tanah bagi
memastikan perangkap atau jerat tidak terbalik akibat dirempuh
binatang liar.
KEBUDAYAAN
KEBUDAYAAN
TUJUAN
Melahirkan ahli kadet yang tahu menyanyikan lagu-lagu rasmi Negara
dan negeri mengikuti protokol yang betul.
Menanamkan semangat patriotik dan cintakan Negara semasa
menyanyikan lagu patriotik.
Memastikan ahli kadet tahu menyanyikan dan menghayati seni kata lagu
KRS dengan baik.
PELAKSANAAN AKTIVITI
Panduan Mengajar Nyanyian
Lagu yang baik mempunyai ciri-ciri seperti frasa dan ayat lagu yang
pendek, mudah difahami, lagu yang berulang perkataan dan melodinya.
Melodi, irama dan lirik yang menarik senang diingati.
Para jurulatih perlu tahu menyanyikan lagu dan lirik lagu yang dipilih
sebelum mengajar kepada para kadet.
Nyanyikan berulang kali untuk para kadet mendengarkannya.
Nyayika lagu dengan pic yang senderhana tidak terlalu tinggi atau terlalu
rendah.
Para jurulatih perlu bernyayi dalam keadaan menghadap para kadet
supaya mereka dapat memperhatikan cara jurulatih bernyanyi.
Nyanyian jurulatih dan para kadet perlu jelas dan tepat nada serta
sebutannya walaupun menggunakan bahasa lain atau dialek daerah
Nyanyian / Lagu Perkhemahan
Puteri Lembaga Islam Riang Gembira
Tetap Taat Kepada Allah Dan Raja
Berkorban Untuk Agama Dan Negara
Dunia Akhirat Mendapat Bahagia
Berusaha Mencari Pengetahuan
Berbakti Membuat Kebajikan
Belajar Mencapai Kemajuan
Bersemangat Penuh Keimanan
Puteri Lembaga Islam Riang Gembira
Tetap Taat Kepada Allah Dan Raja
Berkorban Untuk Agama Dan Negara
Dunia Akhirat Mendapat Bahagia
Permainan
API UNGGUN
Api uggun adalah api yang dinyalakan di tempat terbuka.
Api unggun dinyalakan saat malam hari.
Cara membuat iaitu dengan membakar kayu-kayu kering. Kayu-kayu
tersebut dapat kita kumpulkan dari guguran ranting pohon sekitar.
Kumpulan kayu tersebut dibentuk menyerupai lingkaran kecil. Setelah
dibakar, duduklah bersama mengelilingi api unggun itu.
ICE BREAKING
Bertujuan untuk membantu kumpulan untuk memulakan proses
membentuk diri mereka ke dalam pasukan.
Permulaan perbualan biasanya dibentangkan sebagai permainan untuk
"memanaskan” kumpulan dengan membantu ahli-ahli mengenali antara
satu sama lain.
Mereka sering memberi tumpuan kepada berkongsi maklumat peribadi
seperti nama, hobi dan lain-lain.
PERMAINAN TRADISIONAL
Pertandingan permainan tradisional seperti ‘Batu Seremban’ dan
‘Congkak’ diadakan.
Semua peserta melibatkan diri dengan pertandingan.
SARANG GAGAK
Permainan ini terdiri daripada 3 orang.
Pemain mesti berpusing supaya punggung saling berhadapan dan
memaut lengan untuk membentuk bulatan 3 orang.
Setelah berada dalam bulatan ini, mereka mesti berpusing perlahan
dalam satu bulatan.
Sekiranya mereka tidak dapat menjumpai sarang burung gagak, mereka
akan keluar.
Malam Kebudayaan
Definisi :Merupakan acara kemuncak yang terdapat pelbagai aktiviti bagi
tujuan menghibur.
Tujuan adalah untuk mengurangkan rasa bosan selepas penat
berkhemah.
TARIAN BOLLYWOOD
Pakaian bertemakan bollywood.
Penggunaan alat muzik gitar dan sebagainya.
Tarian yang disertai oleh semua ahli kumpulan.
TARIAN TRADISIONAL
Pilihan muzik tradisional yang sesuai dan menarik.
Contoh tarian tradisional : Inang, Joget, Endang, Sumazau dan
sebagainya.
Berpakaian mengikut tema tarian.
SKETSA CERITA RAKYAT
Sketsa cerita rakyat yang berunsur teladan.
Boleh diselitkan dengan lawak jenaka.
Contoh: Si Tanggang, Batu Belah Batu Bertangkup, Bawang Putih
Bwang Merah.
NYANYIAN KUMPULAN
Pilihan melodi lagu yang terkini dan terkenal.
Aktiviti diadakan secara berkumpulan semua ahli terlibat.
Dengan bantuan alat muzik dan sebagainya.
JALAN LASAK &
PANDU ARAH
JALAN LASAK & PANDU ARAH
Pengenalan
Jalan Lasak merupakan aktiviti berjalan atau berlari sejauh 10 km hingga
25 km di mana individu akan bergerak secara berkumpulan. Trek yang
dilalui melibatkan pelbagai bentuk muka bumi samada jalan raya atau
kawasan denai yang kering atau berlumpur. Aktiviti ini dapat memberikan
perspektif baru untuk kumpulan sasaran dalam dalam meningkatkan
ketahanan fizikal dan mental serta semangat kerjasama dalam pasukan.
Kumpulan sasaran juga akan membawa bersama bebanan bagi
menambahkan lagi cabaran dalam pelaksanaan aktiviti ini. Untuk pelatih
kursus asas, aktiviti ini dilaksanakan sebelum Rutin Bravo.
Tujuan
● Menguji tahap kekuatan mental dan fizikal kumpulan sasaran
● Memupuk semangat setia kawan dan kerjasama (team building
dalam kalangan kumpulan sasaran
● Untuk melatih kecekapan pancaindera (tanda, simbol dsb)
● Melatih kesabaran dan ketabahan dalam kesusahan
● Memberikan pengalaman baharu
● Mendisiplinkan diri untuk patuh kepada arahan
● Mewujudkan pengurusan aktiviti pandu arah dengan berkesan
● Melaksanakan aktiviti yang terancang mengikut prosedur
pengendalian aktiviti
Matlamat
● Membina ciri-ciri sosial yang baik.
● Kebolehan berkomunikasi dalam keadaan tegang.
● Membina jati diri yang tinggi serta semangat berpasukan yang jitu.
● Membentuk sikap kepimpinan dan pengikut yang baik leadership
dan followership.
Peraturan dan Persediaan
1. Kebenaran
● Sebelum kita memulakan sesuatu aktiviti perkhemahan,
perkara yang amat penting sekali ialah memohon kebenaran.
Kebenaran daripada ibu bapa ataupun penjaga adalah perlu
dan kita harus memaklumkan mengenai aktiviti serta
tujuannya kepada mereka ataupun orang yang terdekat
dengan kita.
2. Persediaan Alatan
● Titik kawalan (control point)
● Suatu tanda kedudukan yang telah ditentukan diatas peta
yang perlu dilawati oleh peserta.
● Biasanya merupakan ciri-ciri muka bumi atau ciri-ciri buatan
manusia yang jelas.
● Titik kawalan bukanlah "check-point" kerana ia tiada penjaga
dititik.
❖ Penanda Kawalan
● Tujuannya bagi membantu peserta tiba ke destinasi yang
betul.
● Suatu objek yang diperbuat daripada kain berwarna merah
muda dan putih sebagai tanda yang diletakkan di Titik
kawalan (dalam lingkungan 10m).
● Mempunyai kod kawalan tersendiri dan penebuk lubang
(puncher) yang unik.
❖ Kad Kawalan
● Setiap peserta perlu membawa bersama-sama kad kawalan
ketika menyertai acara sebagai bahan bukti atau pengesahan.
● Dalam kad ini akan dicatatkan nama peserta serta masa
bermula (start time) dan tersedia petak-petak untuk ditebuk
apabila sampai di titik kawalan nanti.
● Kad ini perlu diserahkan kepada penjaga masa di garisan
penamat untuk mencatat masa penamat.
❖ Peta Utama
● Peta yang telah ditandakan dengan landasan dan disertakan
dengan keterangan kawalan
● Landasan ini akan disediakan oleh Perancang Landasan
❖ Keterangan Kawalan
● Keterangan asas sebagai panduan titik-titik (control
description) kawalan berkenaan. Butir-butir yang disenaraikan
adalah siri titik kawalan, kod kawalan dan keterangan
mengenai kedudukan titik kawalan.
● Di peringkat antarabangsa, keterangan tidak ditulis dalam
bentuk 'teks' tetapi dalam bentuk kod/gambar rajah.
❖ Landasan
● Landasan adalah panduan arah perjalanan dari permulaan
titik kawalan ke titik kawalan yang lain hingga ke penamat.
Landasan ini akan dilukis di atas peta utama dan akan disalin
oleh peserta kemudiannya.
● Tanda yang berkenaan landasan adalah :
➔ Titik permulaan ditandakan dengan tiga segi.
➔ Titik kawalan dengan tanda bulatan.
➔ Titik penamat dengan tanda 2 bulatan bertindih.
➔ 'Leg' adalah perjalanan diantara 2 titik kawalan.
Prosedur Jalan Lasak dan Pandu Arah
Sebelum Aktiviti
1.Persiapan landasan
2.Taklimat pemimpin kepada ahli-ahli
3.Semakan alatan dan logistik
4.Semakan peralatan kecemasan
Semasa Aktiviti
1.Semua ahli berkumpul di tempat permulaan aktiviti
2.Pihak bertugas berada di setiap stesen sebelum ahli dilepaskan
3.Ketua aktiviti memberi taklimat kepada ahli
4.Ahli diberikan peralatan/keperluan pandu arah
5.Kumpulan pertama dibawa ke lokasi permulaan dahulu
6.Ahli memulakan aktiviti mengikut prosedur yang ditetapkan
7.Membaca kompas, mengira jarak dan membuat catatan
8.Ahli diminta bergerak mengikut kemahiran dan kefahaman sendiri
secara berkumpulan
Selepas Aktiviti
1.Pemimpin mengumpulkan semua ahli dan memastikan bilangannya
mencukupi
2.Pemimpin mengenal pasti tahap kesihatan dan kecergasan ahli
3.Semua alatan hendaklah dikembalikan
4.Sesi renungan / refleksi
5.Bersalaman antara pemimpin dan ahli
6.Semua barang disimpan di stor
7.Laporan aktiviti disediakan
Membaca Kompas / Global / Positioning Satellite (GPS)
Kompas
● Untuk menentukan arah.
● Dijadikan panduan asas bagi ahli- ahli pengembara menentukan
hala tuju di dalam hutan.
● Kompas hendaklah digunakan dengan teliti bagi mendapatkan arah
yang tepat
Kompas Bearing Sudut
● Diukur mengikut arah pusingan jarum jam dan jumlah sudutnya
ialah 360 darjah.
Kompas mata angin 16
● Berpandukan empat mata angin yang utama.
Perkara-perkara penting semasa guna kompas
● Memeriksa bearing kompas (arah yang hendak dituju) bagi
memastikan arah yang betul dan tepat.