● Tentukan sesuatu objek sebagai tanda supaya anda boleh terus
menghala ke arah yang hendak dituju dengan mudah, misalnya
pokok besar, benda yang ganjil atau batu besar yang berada di
persekitaran.
Langkah-langkah bagi mencari kedudukan sesuatu tempat di atas peta
1. Letakkan peta di atas permukaan yang rata.
2. Tandakan kedua-dua tempat yang hendak dicari bearing sudutnya,
misalnya A dan B.
3. Lukiskan kedudukan arah mata angin utara selatan. Ini dapat
dilakukan dengan melukis garisan yang selari dengan mana-mana
garisan gred yang berhampiran.
4. Sambungkan kedua-dua titik A dan B dengan satu garis lurus.
5. Gunakan jangka sudut bagi mengukur sudut bermula dari utara
mengkut arah pusingan jarum jam sehingga ke garisan yang
menyambungkan kedua-dua titik tersebut.
Aktiviti Penggunaan Kompas
● Mengenal arah mata angin.
● Mencari arah mata angin.
● Mencari arah kiblat.
● Praktikal mencari bearing (arah mata angin).
● Latihan di kawasan sekolah.
● Menggunakan peta.
● Merintis hutan menggunakan kompas.
● Pertandingan mencari bearing di hutan.
● Mencari harta karun.
● Aktiviti orienteering atau pandu arah.
Komunikasi Radio Amatur / UHF VHF
Merupakan salah satu daripada jenis komunikasi yang menggunakan
peralatan radio dan elektronik. Penggunaan radio amatur di dalam bidang
komunikasi amatlah luas kerana dapat digunakan bagi menghubungkan
seorang yang berada sama ada di dalam kawasan atau ke seluruh dunia
dengan menggunakan set radio amatur yang tertentu pada frekuensi yang
tertentu.
Peggunaan radio amatur boleh dibahagikan kepada 4 perkara
1. Aktiviti komunikasi
Pegendali radio amatur akan berpeluang berhubung dengan jutaan
pengguna dunia menggunakan frekuensi tertentu kerana liputanya tidak
terbatas.
Digambar kelihatan angkasawan negara Dr. Sheikh Muzaffar sedang
berkomunikasi menggunakan radio amatur.
2. Aktiviti ujikaji teknikal
Pegendali radio amatur akan berpeluang membina, menguji-kaji dalam
pembuatan radio, antena dan perkara-perkara yang berkaitan dengan
teknikal
3. Perkhidmatan komunikasi semasa kecemasan
Di dalam keadaa darurat peranan radio amatur amat membantu dalam
memberikan kemudahan perhubungan. Contohnya semasa berlaku
bencana alam seperti gempa bumi, tsunami, banjir dan lain-lain
memberikan kemudahan perhubungan komunikasi di antara petugas-
petugas terutama di kawasan pedalaman. Begitu juga semasa
menjalankan operasi SAR mengesan orang yang hilang atau sesat.
4. Memantau (monitoring)
Pegendali radio amatur akan berpeluang memantau frekuensi-frekuensi
didalam dan diluar negara serta stesen angkasa lepas.
Membaca Peta Topo dan Kegunaannya
Peta Topografi adalah peta yang menunjukkan keadaan muka bumi
sesebuah kawasan, selalunya menggunakan garisan kontur dalam peta
moden. Peta topografi mestilah mempunyai garisan lintang dan garisan
bujur dan titik pertemuannya menghasilkan koordinat. Koordinat ialah titik
persilangan antara garisan lintang dan bujur. Peta topografi yang piawai
biasanya menggunakan skala 1:50,000. Skala begini dapat menunjukkan
sesebuah kawasan seluas Putrajaya dengan lebih lengkap dan
sempurna. Peta topografi memiliki beberapa kesamaan dan perbezaan
dengan peta rupa bumi.
Mengesan Tanda dan Simbol
Tanda atau simbol digunakan semasa pengembaraan di dalam hutan
atau mendaki bukit. Kita perlu mempelajari supaya apabila sesat di dalam
hutan, kita boleh memberikan isyarat supaya ahli yang lain boleh
menjejaki dengan mudah. Isyarat boleh dibuat menggunakan batu,
rumput, ranting kayu, lorekkan pada tanah dan sebagainya.
Laporan Pengembaraan
Disediakan Oleh :
-Setiausaha aktiviti
Isi Laporan :
- masa, tempat dan aktiviti
- Lakaran kawasan peta jalan lasak disertakan
- Catatan perjalanan
- Pembagian tugasan ahli
- Gambar-gambar sepanjang aktiviti jalan lasak dan pandu arah
disertakan
CONTOH LAPORAN
Laporan Pengembaraan unit Beruniform Bulan Sabit Merah Malaysia
Pada Perkhemahan Unit
Beruniform IPGKSM tahun 2013
Tarikh : 19 September 2013
Tempat : Pantai Merang
Peserta : Unit BSMM Semester 4, Ambilan Januari 2012
Semasa perkhemahan Unit Beruniform yang lalu, Pasukan Bulan Sabit
Merah dan Badan beruniform yang lain telah menjalani satu Kembara dan
diikuti dengan slot masakan rimba. Setiap badan beruniform mempunyai
laluan masing-masing semasa mengembara Sebelum kembara bermun,
kami diberikan sedikit taklimat oleh pensyarah-pensyarah penasihat
mengenai aspek keselamatan, laluan, serta mereka memberikan tugasan
untuk kami lakukan semasa aktiviti kembara
Bagi kumpulan BSMM laluan kami bermula di kawasan pantai dan
kemudiannya kan bergerak mendaki bukit Merang. Perjalan kami
dianggarkan sejauh 5 km sebelum kami mendaki bukit sekali lagi
peringatan mengenai keselamatan diberikan kepada kami Selain
mendaki bukit dan mengembara, kami telah ditugaskan untuk
mengenalpasti serta mengambil sampel pokok-pokok yang boleh
dijadikan ubat ubatan atau lebih dikenali sebagai herba.
Perjalanan kami agak mencabar dan ianya bermula ketika kami mulakan
perjalanan Bagaikan sudah ditakdirkan pada hari pengembaraan kami,
cuaca panas terik, kebetulan, kebanyakan daripada kami tidak membawa
topi lantas kami menjadikan kain anduh yang kami bawa sebagai alat
untuk melindungi kami dan panahan cahaya matahari yang membahang
daripada membakar kulit kami. Apabila kami mulakan aktiviti menjadi
pula, pendakian agak sukar berikutan laluannya yang licin dan sempit.
Selain itu, terdapat pokok-pokok yang tumbang yang turut menghalang
laluan kami.
\
KHIDMAT
SUKARELAWAN
KHIDMAT KESUKARELAWANAN
Takrif & Makna:
Kerja sukarela atau khidmat sukarela adalah suatu kegiatan yang
dilakukan secara rela hati, tanpa paksaan, ikhlas dan tanpa
mengharapkan balasan yang mendatangkan manfaat kepada sesuatu
pihak yang lain. Kegiatan ini banyak melibatkan perkara yang
kemasyarakatan dan khidmat ini juga dapat memberikan manfaat kepada
golongan / pihak sasaran.
Matlamat kesukarelawanan: (Tujuan jangka panjang)
Membentuk suatu masyarakat, malah peradaban, yang
adil, makmur dan sejahtera.
Perkara-perkara yang boleh memberi makna dalam kita bersukarela:
➢ Rasa kesetiakawanan
➢ Ajaran atau nilai-nilai agama
➢ Keinginan untuk sentiasa menolong atau melakukan kebaikan
➢ Perasaan belas kasihan
Tujuan-tujuan jangka pendek kerja sukarela:
➢ Kasih sayang
➢ Kejasama
➢ Keperihatinan sosial
➢ Persaudaraan / persahabatan
➢ Menjana modal insan & modal sosial
➢ Patriotisme
➢ Pengupayaan masyarakat
➢ Ketahanan nasional
➢ Perpaduan
➢ Nilai-nilai kemanusiaan (universal)
Mengapa kerja sukarela? Memperbaiki perhubungan dalam
masyarakat
Anggota masyarakat yang aktif
menyumbang Menyumbang kepada
pembangunan negara-bangsa
Meningkatkan kualiti hidup
masyarakat
Scenario masa kini:
Pengurusan Para sukarelawan
sukarela lembab kurang
pendedahan asas
yang penting
Kerja sukarela
kurang
sistematik
Tahap kesedaran & Sokongan &
kefahaman komitmen pihak
berkuasa terhad
masyarakat rendah
Bentuk – bentuk kerja sukarela:
Pengalaman Berkongsi Meluangkan
/ kearifan / idea / fikiran masa
kepakaran
BENTUK- Ilmu
Menyumban BENTUK pengetahua
g tenaga KERJA
fizikal SUKARELA n
Kebolehan /
kemahiran
SASARAN:
❖ Individu
❖ Kumpulan - kanak-kanak, pesakit, OKU, mangsa bencana, remaja,
warga tua, pelarian perang, dan lain-lain
❖ Keluarga
❖ Komuniti
❖ Pertubuhan (organisasi)
❖ Alama sekitar
❖ Masyarakat umum
Kaedah:
Khidmat nasihat Bimbingan Kaunseling
Gotong – royong Kerja kumpulan
Motivasi / ransangan
Aneka terapi / proses
pemulihan
Prinsip – prinsip:
1) Sedia berkongsi
2) Tiada pilih kasih
3) Tidak mengharapkan balasan atau ganjaran material
4) Mementingkan pihak sasaran
5) Manusia sebagai sumber utama (dalam kerja sukarela)
6) Setiap orang boleh menyumbang
MINGGU KERJA
BANTUAN KERJA
MASYARAKAT PENYAYANG
HARI PERINGATAN
ALAM SEKITAR
SIMPULAN &
IKATAN
TALI TEMALI
i. Sejarah Tali
Orang Mesir merupakan orang pertama yang menggunakan tali dalam
aktiviti mereka. Tali yang mereka gunakan diperbuat daripada rami yang
halus, dahan kurma, bulu unta dan akar kayu. Kajian yang dilakukan
menunjukkan terdapat kesan penemuan di makam lama Mesir Penduduk
Mesir menggunakan tali lebih kurang 5000 tahun yang lalu (Syed Hasyim,
1983). Setengah-setengah pendapat mengatakan bahawa bangsa
Yunani prasejarah, iaitu seorang dewa Og adalah pembuat tali yang
pertama (Tak joeddin, 1981).
Lagenda tali dan simpulan dihubungkaitkan dengan Raja Iskandar
Zulkarnain dari Mekandonia. Beliau telah diuji kepintarannya dengan
diberikan satu longgokan tali. Beliau gagal mencari hujung tali tersebut
walaupun telah melakukan pelbagai cara. Akhirnya kerana terlalu marah,
beliau telah hilang sabar dan memotong longgokan tali itu dengan
pedangnya sehingga terdapat beberapa hujung tali.
Pada abad-abad pertengahan, tukang tilik dan tukang shir menerapkan
jampi serapah pada simpulan untuk digunakan sabagai azimat. Pengaruh
kepercayaan ini masih lagi terdapat dalam beberapa masyarakat di masa
kini. Setengah-setengah tempat masyarakat Melayu masih mengamalkan
kepercayaan ini.
Tali terdapat dalam pelbagai saiz lilitannya dan digunakan untuk
berbagai-bagai kegunaan. Contohnya tali digunakan untuk mengangkut,
menarik, mengikat dan menyelamat. Ini menunjukkan ketahanan sesuatu
jenis tali berbeza di antara satu sama lain. Umpamanya, tali yang
digunakan untuk mengikat binatang tidak sesuai digunakan untuk
menarik.
Contoh aktiviti rekreasi yang melibatkan penggunaan tali ialah:
1) Aktiviti panjat-mamanjat
2) Aktiviti perkhemahan yang melibatkan pembinaan gadget dan
permainan.
3) Aktiviti menyelamat seperti menurunkan atau menaikan mangsa dari
tebing yang tinggi.
4) Aktiviti ikhtiar hidup seperti memasang jerat.
5) Aktiviti memancing.
DEFINISI SIMPULAN & IKATAN
SIMPULAN
-Menggunakan tali yang kecil dan sederhana saiznya
-Digunakan pada benda, tempat dan masa, mengikat kasut, bungkusan
mahupun memulakan jahitan
IKATAN
-Mengikat kayu, buluh, tiang bendera, menara dan sebagainya
-Memerlukan tali dan objek yang perlu dikat bersama
JENIS-JENIS TALI FIBER ASLI
Tali fiber asli merupakan tali yang diperbuat daripada bahan-bahan
berunsurkan tumbuhan dan haiwan. Contoh tali fiber asli ialah:
Tali belati
• Tali jenis ini selalu digunakan dalam menyelamat walau bagaimanapun
ketuatannya adalah sederhana.
• Mudah didapati dan murah
Manila Hamp
• Fiber ini didapati dari pokok hamp di filipina
• Kekuatan yang sederhana dan digunakan di kebanyakan perlabuhan.
Tali Sisal
• Diperbuat daripada pokok sisal.
• Kekuatan yang sederhana.
• Bersifat licin dan kembang ketika basah.
Tali Jut
• Diperbuat daripada jerami.
• Kekuatan yang sederhana.
• Digunakan dalam kerja harian.
Tali Sabut
• Direrbuat daripada sabut kelapa.
• Kurang kukuh,mudah terapung, ringan.
• Digunakan dalam aktiviti menyalamat di laut.
Tali kapas
• Diperbuat daripada kapas.
• Elastik, mudah rosak, lembut.
• Disapu dengan minyak khas untuk menjaga tali jenis ini.
TALI FIBER TIRUAN (ARTIFICIAL FIBRE)
tali sintetik yang terdin daripada bahan bahan campuran berunsurkan
tumbuhan dan kimia. Contoh tali fiber buatan manusia ialah:
Tali Nilon
• Diperbuat daripada plastik.
• Tidak menyerap air.
• Mudah putus ketika tali panas dan berlaku geseran.
• Sesuai digunakan untuk menyalamat di air.
Tali Polister
• Diperbuat daripada campuran bahan kimia.
• Sejenis tali yang tidak menyerap air.
• Tidak sesuai digunakan untuk menyelamat.
Tali Kernmantle
• Tali ini diperbuat dari tali nylon yang terbahagi dua bahagian yang
dipanggil kern yang disaluti dengan mentle.
• Digunakan untuk melakukan aktiviti menanjat
• Terdapat dua jenis iaitu statik dan dinamik
Penjagaan Tali
Kebanyakkan tali yang diperbuat daripada bahan campuran dan rami
manila mempunyai mutu yang baik. Harga tali terutama jenis ini agak
mahal. Tambahan pula rami yang digunakan untuk membuat tali
mengalami berbagai-bagai masalah. Kita seharusnya menjaga dan
menyimpan tali dengan sempuma. Selepas digunakan, tali hendaklah
dilingkarkan sebelum disimpan di tempat yang tali.dibuka lilitannya dan
ditegangkan
Tali yang basah tidak boleh disimpan. Keadaan ini menyebabkan tali
menjadi cepat reput dan tidak boleh digunakan. Kita tidak boleh menjemur
tali yang basah di bawah panas matahari atau menggunakan kuasa wap.
Sebaliknya ia perlu diudarakan
NOTA SIMPULAN & IKATAN
ENAM JENIS SIMPULAN ASAS
1. Simpul Manuk
2. Simpul Tindih Kasih
3. Simpul Bunga Geti
4. Simpul Balak
5. Simpul Belit
6. Simpul Buku Sila
SIMPUL BUKU SILA
Ikatan Buku Sila digunakan untuk mengikat kain pembalut atau kain
anduh, menyambung tali yang sama besar saiznya dan boleh digunakan
untuk mematikan sebarang ikatan. Ikatan ini direka agar kedua-dua punca
atau hujung tali tersebut senang dibuka semula.
Fungsinya ialah:
Untuk menyambung 2 tali yang sama saiz.
Untuk Mengikat pembalut segi tiga semasa pertolongan cemas.
Teknik
1. Letakkan hujung A dan B di atas satu sama lain.
2. Masukkan hujung A dibawah B.
3. Kemudian, lakukan ikatan yang sama dengan memasukkan B di
bawah.
SIMPUL TINDIH KASIH
Fungsi :
Digunakan untuk membuat tanjul yang tidak boleh menjerut.
Untuk menyelamat orang dengan memasukkan tanjul itu keliling badan
mangsa.
Teknik :
a) Mulakan ikatan dengan membentuk satu bulatan.
b) Kemudian, masukkan hujung tali ke dalam bulatan tersebut.
c) Masukkan hujung tali ke bawah tali dan masukkan kembali ke dalam
bulatan tersebut.
SIMPUL BUNGA GETI
Fungsi :
Menyambung 2 tali yang tidak sama saiz.
Mengikat tali kesuatu tanjul.
Teknik :
a) Mulakan simpul.
b) Kemudian masukkan hujung tali B supaya bersilang untuk membentuk
simpul seperti rajah
c) Seterusnya tarik kedua-dua tali tersebut untuk membentuk simpul.
SIMPUL MANUK
Fungsi :
Digunakan untuk mengikat tali pada tiang atau balak.
Tidak mudah terburai dan kayu dapat ditarik ke tempat yang dikehendaki
dengan selamat.
Juga digunakan semasa memulakan dan mematikan ikatan seraya dan
silang gunting.
Teknik :
a) Mulakan simpul pada kayu.
b) Kemudian, buat satu lagi simpulan di atas simpulan tadi.
c) Tarik hujung tali
LILIT BALAK
Fungsi :
Untuk mengikat hujung tali ke tiang atau pokok dengan mudah.
Agar kayu itu tidak licin dan mudah digerak-gerakkan.
Untuk memulakan ikatan serong.
Teknik :
a) Gunakan tali dengan mengelilingi kayu.
b) Tarik bahagian tali yang panjang supaya menjadi kemas
SIMPUL BELIT
Fungsi:
Digunakan bagi mengikat tali pada tiang
Mengikat tali khemah pada pasaknya
Teknik:
a) Mulakan simpul seperti dalam rajah
b) Kemudian buat dua lengkungan
c) Tarik bahagian B untuk kemaskan simpul
IKATAN
Ikatan digunakan untuk mengikat kayu, buluh, tiang dan papan untuk
membuat jambatan, tiang bendera, menara dan sebagainya.
Kebiasaannya dalam kegiatan unit beruniform, beberapa ikatan
digunakan.
• Ikatan Seraya
-Digunakan untuk mengikat dua batang kayu/dua batang buluh
yang bersilang
-Digunakan apabila dua batang kayu atau buluh bersilang dengan
sudut tepat.
Teknik:
A. Dimulakan dengan simpul manuk.
B. Kemudian dililitkan dengan kemas dan ketat.
C. Seterusnya dililit dicelah kayu.
D. Akhirnya matikan ikatan dengan simpul manuk.
• Ikatan Serong
-Untuk membuat jambatan, menara dan sebagainya. Mulakan
dengan simpulan pengikat balak pada tempat kayu bersilang.
Belitkan membujur kemudian melintang dan matikan dengan
simpulan manok.
-Untuk merapatkan dan mengikat dua batang kayu yang bersilang.
-Digunakan untuk membina jambatan, menara, gejek dan
pioneering.
Teknik:
A. Mulakan dengan lilit balak pada kayu atau buluh yang bersilang.
B. Kemudian belitkan membujur dan melintang.
C. Seterusnya dicelah-celah silang supaya lebih kuat dan kemas.
D. Akhirnya matikan ikat serong dengan menggunakan simpul
manuk.
• Ikatang Lilit Kacang
-Digunakan untuk mengikat kayu atau buluh bagi membuat lantai
sesuatu gadjet.
Teknik :
a) Mulakan dengan memggunakan simpul manuk atau lilit balak.
b) Ikat selang-seli pada buluh lantai dari atas ke bawah tiang
sehingga selesai.
ASAS KAWAD KAKI
PERGERAKAN ASAS KAWAD KAKI
Berkawad adalah asas unutk membentuk disiplin dan tatatertib dalam
pasukan. Perbuatan adalah bertujuan untuk membentuk seseorang ahli
mempunyai tahap disiplin yang tinggi, cergas dan taat perintah.
Kawad kaki mengandungi 5 elemen:
● Kawad statik
● Kawad dinamik
● Kawad asas
● kawad formasi
● Kawalan kehormatan
Kawad Statik dan Diinamik
● Asas kepada pergerakan kawad
● Hanya melibatkan pergerakan statik
● Penting keranan ia merupaka perkara asas pembentukan disiplin
kawad persendirian
Pergerakan Kawad Statik
● Sedia
● Senang diri
● Sedia dari senang diri
● Rehatkan diri
● Masuk baris
● Membetulkan barisan
● Pusing kiri/ kanan
● Menghadap ke hadapan/ belakang
a) Sedia
Hukumannya:
SKUAD...SEDIA
Dengan pantas angkat kaki kanan, peha 45 darjah dan hentak
padat di sebelah kiri supaya terdengar satu bunyi sahaja.
Kedudukannya ialah kedua-dua tumit rapat dan sebaris; hujung
kaki terbuka 30 darjah: kedua-dua lutu bertahan lurus: badan
tegak: timbang keneratan badan antara tapak kaki dengan tumit:
kedua-dua bahu Tarik kebawah dan kebelakang (supaya dada
terbuka tanpa perlu dikeraskan) sama rata: kedua-dua tangan
lurus ke bawah: kedua-dua siku rapat ke badan: pergelangan
tangan lurus:jari-jari genggan: belakang jari rapat ke peha: ibu jari
lurus menghala ke bawah dan rapat kepada telunjuk serta di
belakang sedikit daripada penjahtan seluar: pastikan kepala
memandang terus ke hadapan.
b) Senang Diri
Hukuman:
SENANG….DIRI
Perbuatan:
Dengan pantas angkat kaki kanan, peha 45 darjah dan hentak ke
sebelah kanan sejauh 12 inci. Dalam masa yang sama kedua-dua
tangan ke belakang dan letakkan belakang tangan kanan rapat di
atas tapak tangan kiri, ibu jari bersilang, empat-empat jari
bersusun lurus menuju ke bumi, siku lurus, dan kebertan badan di
atas kedua-dua kaki. Masa angkat kaki kanan, kaki kiri mesti tegap
dan tidak bergerak.
Kesalahan Biasa
I. Siku bengkok
II. Lutut tidak tegap dan tidak dapat bertahan
III. Bukaan kaki kanan tidak cukup 12 inci
IV. Menggerakkan kakikiri menyebabkan rosak lurus barisan
V. Pinggang bengkok sewaktuu mengangkat kaki kanan
VI. Jatuh tumit atau hujung kaki dahulu
VII. Bahu jatuh dan badan mengenjut
c) Rehatkan Diri
Hukuman:
REHATKAN…DIRI
Perbuatan:
Dalam kedudukan senang diri, naikkan tangan dari punggung ke
pinggang dalam satu pergerakan dan rehatkan semua anggota
badan (1, 2, rehat) kedudukan kaki tidak berubah.
Kesalahan Biasa:
I. Kedua kaki bergerak dan menyebabkan hilang lurus barisan
II. Menggeliat dan bercakap-cakap
Ingatan:
- Dalam keadaan “Rehatkan… Diri” skuad dibenarkan untuk
melakukan
pergerakan setakat pinggag sahaja.
- Apabila dapat perintah “Skuad” dengan serta merta balik ke
kedudukan senang diri.
d) Masuk Baris
Arahan masuk baris:
“ Denagr sini semua sekali, apabila mendapat hukuman tid=ga
barisan di hadapan saya, skuad hedaklah sedia, berlari, berbaris
dalam tiga barisan, di hadapan, di tengah-tengah, di mana saya
menghaadap. Faham itu skuad”.
Hukuman:
TIGA BARISAN DI HADAPAN SAYA… GERAK
Perbuatan:
Semua anggota hendaklah bersedia, berlari dengan pantas,
berbaris dalam tiga barisan kira-kira 6 langkah di hadapan ketua/
jurulatih iaitu setiap orang mestilah mengambil tempatnya, barisan
hadapan, barisan tengah dan barisan belakang. Jarak di antara
satu barisan dengan barisan yang lain ialah 30 inci. Jarak di dalam
barisan di antaraseorang dengan yang lain ialah sekadar satu
tangan dan dalam keadaan sedia.
Kesalahan Biasa:
I. Datang berbaris tidak berlari
II. Tidak melakukan perbuatan sedia sebelum lari
III. Bercakap- cakap
IV. Barisan terlalu rapat atau terlalu jauh daripada jurulatih.
e) Membetulkan Barisan
Hukuman:
KE KANAN… LURUS
Perbuatan:
Penanda kanan diam. Yang lain Langkah kaki kanan 6 inci ke
hadapan dan angkat kaki kiri serta hentak disebelah kanan,
kedua-dua tangan lurus dan rapat ke badan. Diam dan kira masa
sendiri (2-1). Kemudian palingkan muka ke kanan: melainkan
anggota yang nombor satu dalam barisan: serentak dnegan itu,
anggota dalam barisan hadapan angkat tangan ke paras bahu
melaluisebelah belakang anggota di kanannya, gari genggam
dalam keadaan ibu jari di kedudukan atas mencecah bahu
anggota di sebelah kanan diam dan kira masa sendiri (2-1) diikuti
dengan hentak kaki kaki (pendek-pendek) sehingga barisan lurus.
Penanda kanan hendaklah diam. Anggota di sebalah kanan
barisab tengah dan baris nelakang hendaklah mengangkat tangan
sekadar menyentuh bahu anggota di hadapannnya. Setiap barisan
ini hendaklah berdiri setenteng dengan anggota-anggota di
hadapan, sesudah barisan lurus, smeua diam dan menunggu
hukuman pandang depan
Hukuman:
LURUSKAN…BARISAN
Perbuatan: Pergerakan seperti di atas juga tetapi tidak perlu
melangkah ke hadapan, Cuma hentakkan kaki kanan dan kiri
bertururt-turut dan terus bergerak betulkan barisan. Apabila
barisan telah lurus, turunkan tangan dan palingkan muka ke depan
dalam masa sendiri. Barisan yengah dan barisan belakag
hendaklaj mengikuti anggota hadapan.
f) Berpusing ke Kanan/ Kiri/ Belakang
Hukumannya:
BERGERAK KE KANAN, KANAN… PUSING
Perbuatan:
Dengan menetapkan kedua-dua lutut lurus, hendaklah berpusing
sebanyak 90 darjah ke kanan, dia atas tumit kanan dan hujunh
kaki kiri dengan mengangkat hujung kaki kanan dan tumit kaki kiri.
Apabila sampai ke hala yang baru tapak kaki kanan terletak atas
bumi menyerong ke kanan dan tumit kaki kiri terangkat. Kedua-
dua lutuut lurus, badan tegak seperti kedudukan sedia. Keberatan
badan di atas kaki kanan. Angkat kaki kiri dan hentak di sebelah
kaki kanan dengan pantas kepada kedudukan sedia.
Kesalahan Biasa;
I. Tangan tidak rapat ke badan
II. Hentak kaki tentang kuda
III. Membongkok
IV. Lutut bengkok
V. Angkat peha melebihi 45 darjah
g) Menghadap Kehadapan/ Belakang
Hukumannya:
MENGHADAP KE BELAKANG.. BELAKANG PUSING
MENGHADAP KE HADAPAN … BELAKANG PUSING
Perbuatan:
dengan mentepakan kedua-dua lutut lurus, hendaklah berpusing
180 darjah mengikut pusingan jam (ikut bahu kanan), dia atas
tumit kaki kanan dan hujunh kaki kiri dengan mengangkat hujung
kaki kakanan dan tumit kaki kiri. Apabila sampai ke hala yang baru
tapak kaki kanan terletak atas bumi menyerong ke kanan dan
tumit kaki kiri terangkat. Kedua-dua lutut lurus, badan tegak seperti
kedudukan sedia. Keberatan badan di atas kaki kanan. Angkat
kaki kiri dan hentak di sebelah kaki kanan dengan pantas kepada
kedudukan sedia.
Kesalahan Biasa:
I. Tangan tidak rapat
II. Hentak kaki tending kuda
III. Membongkok
IV. Angkat paha melebihi 45 darjah
V. Badan melonjak ketika berpusing
Kawad Formasi
Kawad formasi melibatkan pergerakan Kawad Asasdan juga
pergerakan bukan Kawad Asas yang diselitkan dengan pelbagai
unsur gerak yang menarik.
Kawad formasi dipelajari untuk menghasilkan kepelbagaian gerak
kawad yang unik.
● Unsur Gerak
● Keindahan Gerak
● Kekayaan gerak formasi
● Unsur penghayatan
● Unsur suara
● Gerakan penutup
Syarat- syarat Kawad Formasi
● Tidak boleh memberi isyarat pergerakan atau bunyi seperti
hentak kaki, up, atau psst, sama ada oleh individu dalam
platun atau luar platun, bagi mengendalikan platun.
● Isyarat memulakan formasi dibenarkam daripada ketua
platun sahaja.
● Unsur suara
o Insur suara yang dibenarkan dalam platun adalah BUKAN
bertujuan untuk memberikan hukuman/ arahan kawad
formasi
o Contoh unsur suara yang dibenarkan iailah seperti
teriakan slogan secara serentak atau berkumpulan.
● Ketua skuad boleh masuk dalam persembahan formasi
● Pergerakan setiap formasi hendaklah menghadap ke
hadapan dan perlu dimulakan dan ditamatkan dengan 3
barisan rakan ke kanan lurus
● Pergerakan hormat (tabik) hanya untuk hormat sahaja iaitu
mengikuti prosedur tabik yang sah dalam disiplin kawad kaki.
Contoh seperti tabik sambil melompat atau dengan sebelah
kaki atau seumpamanya tidak dibenarkan sama sekali.
ASAS
PERTOLONGAN
CEMAS
ASAS PERTOLONGAN CEMAS
• Pengertian Pertolongan Cemas:
Pertolongan atau bantuan segera yang bersifat sementara diberikan
kepada mangsa yang mengalami kemalangan atau kecederaan dengan
segala kemudahan yang terdapat di tempat kejadian sebelum ketibaan
bantuan perubatan atau sebelum mangsa mendapat rawatan perubatan
yang sempurna.
• Objektif
a. Menyelamat nyawa
b. Mengelak mangsa cedera lebih serius
c. Mengurangkan kesakitan
d. Menguruskan pemindahan ke hospital
• Tujuan dan Prinsip
Rawatan sementara waktu yang diberikan kepada mangsa; sebelum
tibanya bantuan perubatan.
• Tujuan- tujuan Pertolongan Cemas
a) Membantu menyelamatkan nyawa mangsa.
b) Mengelakkan mangsa dari kecederaan yang lebih teruk.
c) Membantu mengurangkan kesakitan atau kesengsaraan mangsa
• Prinsip Pertolongan Cemas
Prinsip-prinsip penting yang patut anda patuhi apabila memberi
pertolongan
cemas:
1. Bertindak segera, 3. Hentikan darah jika 5. Jangan gerakkan
cekap dan penuh berdarah pesakit melainkan
keyakinan perfus
2. Longgarkan 4. Kurangkan kejutan 6. Dapatkan rawatan
pakaian jika perlu dan tenangkan pesakit segera jika keadaan
teruk atau
mencemaskan
berhubung dengan
doktor di klinik atau
rumah sakit yang
terdekat.
• Jenis Anduh Contoh
Jenis Anduh
Anduh Besar
Anduh Kecil
Anduh Pergelangan Tangan
Anduh Menaik
• Jenis Balutan Anduh Contoh
Jenis Balutan Anduh
ANDUH LENGAN.
1. Bucu atas kain anduh hendaklah diletakkan pada
siku lengan yang tercedera.
2. Kemudian ikatan buku sila diikat pada atas bahu.
3. Bucu atas kain anduh yang diletakkan pada siku tadi
boleh dipinkan atau dilipat ke bahagian dalam untuk
lebih kemas.
ANDUH LUTUT
1. Lipat sedikit kain anduh dan letakkannya (seperti
gambarajah di bawah) di atas lutut yang tercedera.
2. Tarik kedua-dua hujung kain anduh melintasi bawah
lutut kemudian ikatkan buku sila pada atas bahagian
lutut
3. Tutup ikatan tersebut dengan bucu atas kain anduh
untuk lebih kemas.
ANDUH KEPALA.
1) Lipatkan sedikit kain anduh tersebut dan letakkannya
pada atas dahi mangsa dan biarkan bucu atas kain
anduh berada di belakang kepala.
2) Pegang kedua-dua hujung kain anduh dan silang ke
belakang kepala
kemudiandibawa ke dahi dan diikat buku sila.
3) Lipat kain lebihan di belakang untuk lebih kemas.
ANDUH TAPAK KAKI
1. Letakkan tapak kakiyang tercedera di atas kain
anduh, kemudian tarik dan letakkan bucu atas kain
anduh di atas kaki.
2. Silangkan kedua-dua bucu hujung kain anduh di atas
dan bawah.
3. Ikatan buku sila kemudiannya diikat pada atas
pergelangan tangan.
4. Ikatan buku sila diikat pada belakang tumit jika
terdapat kecerderaan pada bahagian kaki yang mesti
dibalut.
ANDUH PERGELANGAN TANGAN
1. Letakkan tapak tangan yang tercedera di atas kain
anduh, kemudian tarik dan letakkan bucu atas kain
anduh di atas tangan
2. Silangkon kedua-dua bucu hujung
kain anduh di atas dan bawah.
3. Ikatan buku sila kemudian diikat pada atas
pergelangan tangan.
• Pertolongan Cemas
1. Melengkapkan satu kotak Pertolongan Cemas
persendirian dan mengetahui penggunaan bahan-bahan
yang ada di dalamnya.
2. Mengetahui cara-cara mengambil suhu badan dan
denyutan nadi untuk tindakan dan rawatan selanjutnya.
3. Memberi pertolongan cemas dan bertjndak apabila
menghadapi keadaan tertentu seperti:
o Luka
o Terseliuh
o Muntah-muntah
o Terbakar
o Melecur
o Perut masuk angin
o Sengatan serangga
o Sawan
o Tidak sedar diri.
• Pemulihan Pernafasan
Terdapat 5 cara-cara yang mudah apabila melakukan CPR iaitu
DRABC. DRABC membawa maksud:
DANGER RESPONSE AIRWAY BREATHING CIRCULATION
(BAHAYA) (TINDAK (SALURAN (PERNAFASAN) (PEREDARAN
BALAS) PERNAFASAN) DARAH)
•Situasi • Tindak batas • Melihat dada
bergnatung pesakit. • Teknik mangsa • Tiada
pada • Kejutkan "angkat dahu •Medekatkan pemafasan
•tempat pesakit. tepuk dan angkat pipi saya ke normal,
kejadian. bahu dan kepala" . hidung dan mulakan
• Mengasingkan bertanya •Periksa Iidah mulut mangsa. tekanan di
mangsa "Kamu okey?" ada • Lihat, rasa dada mangsa
darpada menggangu dan dengar
perkara pernafasannya pernafasan
bahaya . selama 10
minit.
RUJUKAN
Nuraina & Tengku. (2021). MPU3062, Retrieved from
file:///C:/Users/user/Downloads/TAJUK%202%20PPIM.PDF
NurLyana Ezani„ {2019. Jun 6).: Carta Organisasj Kategori Pangkat,
Retrieved from ezadayana.wogspot.com:
https://ezadayana.blogspot.com/2019/06/puteri-islam-carta
organisasi-puteri.html
Rais Wahab. (2013. Feb 24), Pergerakan Puteri Islam. Retrieved from
slideshare.net https://www.slideshara.net/tokumong/pergerakan-
puteri-islam
Siti Mastura. (2018, Julai 25). 354541861 pengenalan-dan-sejarah-ppim.
Retrieved from
slideshare.net:https://www.slideshare.net/SitiMastura3/354541861
pengenalandansejarahppim
SK Kolapis. (n.d.). SENARAI TANGGUNGJAWAB GURU
PEMIMPIN/PENASIHAT.
https://saidi90107.tripod.com/sitebuildercontent/sitetbuilderfiles/put
eriislam.pdf
Unit Kokurikulum SK Tasik Damai. (2012, Januari 10) BUKU LOG PPIM.
Retrieved from Unitkokosktd.bbogspot.com:
http://unitkokosktd.blogspot.com/2012/01/buku-log ppim.html