The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nisasalleh052, 2022-09-25 11:16:48

BUKU LOG PPIM

BUKU LOG PPIM

Melaka Pahang Penang

Sarawak Selangor Terengganu

Perak Perlis Sabah

23.0 ISTIADAT-ISTIADAT RASMI PERTUBUHAN
• TATACARA PERJUMPAAN

Ketua Kumpulan Ketua Puteri Ketua Pasukan /
melakukan latihan memberi arahan :- Ketua Kumpulan
Kawad Kaki Asas.
-Kekuatan Pasukan melapor:-

- Lapor - PASUKAN ( Nama
Pasukan ) 45 CUKUP

Ketua Puteri berkawad Ketua Puteri
menemui Ketua Guru
Pemimpin / Guru Pemimpin. ( Pusing pandang
menghadap tiang
- Ucapkan salam sambil bendera.Pasukan
bersalaman dan mohon sudah bersedia )
memulakan tatacara

Guru menjawab Ketua Puteri
– SILAKAN membalas

– TERIMA KASIH
PUAN

Ketua Puteri balik ke Ketua Puteri Pembaca Doa
hadapan barisan memanggil keluar dan
untuk menjalankan PEMBACA DOA
Tatacara memberi arahan:
Perjumpaan
i) UP

ii) AL-FATIHAH
(dibaca serentak)

iii) Membaca Doa
Perjumpaan.

iv) Memberi arahan:
UP ( bawa tangan
turun ke sisi )

v) Bacaan Asmaul
Husna

vi) Pembaca Doa
beredar balik ke
dalam barisan

MENAIKKAN LAFAZ IKRAR PEMIMPIN MEMBERI
BENDERA PUTERI TAKLIMAT ATAU
TUGASAN
- Ketua Puteri - Ketua Puteri
memanggil PENAIK memberi arahan: - Pemimpin datang ke
BENDERA. UP (Semua Puteri hadapan Puteri
serentak
- Penaik bendera ikat tali mengangkat - Ketua Puteri
pada tiang bendera tangan untuk melaporkan :
bacaan ikrar yang
- Puteri ditengah diketuai oleh Ketua " KAMI , PASUKAN
memberi Arahan : SIAP - Puteri) SERAMAI…SIAP
undur selangkah ke SEDIA UNTUK
belakang - Ketua Puteri MENERIMA ARAHAN
memberi arahan: PUAN BARIS, SENANG
- Ketua Puteri memberi UP (Turun tangan DIRI"
arahan : LAGU PUTERI ke sisi)
MULA - Guru Pemimpin
memberi salam dan
- Penaik Bendera (Puteri menyampaikan taklimat
Tengah) memberi atau aktiviti yang akan
arahan supaya kembali dijalankan.
ke dalam barisan
- Ketua Puteri memberi
- Puteri yang terakhir arahan keluar baris
sampai akan sebut –
SIAP - Puteri mengambil
peralatan untuk pergi ke
tempat aktiviti

• TATACARA PENUTUPAN

Puteri-puteri berbaris dalam 3 Latihan Kawad Kaki Asas
barisan - Ketua Puteri memberi arahan

- Setiap Pasukan mengandungi 30-
45 orang

- Setiap Kumpulan mengandungi 10-
15 orang

Melapor

- Ketua Puteri memberi arahan:
KEKUATAN PASUKAN/
KUMPULAN

-PASUKAN(nama Pasukan) 45
CUKUP PASUKAN

Ketua Puteri menghadap tiang
bendera

- Guru berjalan ke hadapan Ketua
Puteri

- Beri ucapan salam

- Salam dijawab serentak

AMANAT PEMIMPIN LAGU PUTERI ACARA TURUN
BENDERA
- Selepas salam - Semua dalam
dijawab,Ketua Puteri keadaan - Ketua Puteri
melapor : menghadap mengarahkan 'Penurun
bendera Bendera' bersedia.
"Pasukan ( nama - Ketua Puteri
Pasukan) seramai memberi arahan : - Tiga orang Penaik
(sebut bilangan) "LAGU PUTERI Bendera diikuti oleh 3
orang sedia MULA" orang lagi berkawad
mendengar amanat menuju ke hadapan tiang
puan" bendera

- Guru Pemimpin - Orang Pertama (Penaik)
membuat ulasan berdiri di hadapan,orang
mengenai aktiviti hari kedua berdiri di belakang,
berkenaan ke kanan sedikit. Kedua-
dua buka ikatan bendera
- Setiausaha atau
Bendahari membuat - Bendera diregangkan di
pengumuman atau kawasan lapang di
sebarang bentuk hadapan tiang.
pesanan Aktiviti akan
datang -Orang pertama pegang
bahagian kepala bendera
- Ketua Puteri
meminta izin - Orang kedua pegang
memulakan tatacara ekor bendera
penutupan
- Bendera dilipat mengikut
ACARA SERAH kiraan ketua
BENDERA
BACAAN DOA BERSALAM-
- Keenam-enam PENUTUP SALAMAN
Penurun Bendera
berdiri menghadap - Ketua Puteri - Guru Pemimpin lain
Ketua Puteri memanggil : memulakan bersalam
PEMBACA DOA berdiri disebelah Ketua
- Pembawa Bendera Pemimpin diikuti oleh
Malaysia, Bendera - Pembaca Doa Ketua Puteri.
Negeri dan Bendera keluar ke hadapan,
Puteri melangkah ke Ketua Puteri dan - Ketua Pasukan diikuti
hadapan serahkan Pembaca Doa oleh semua Puteri
bendera kepada Ketua pandang Menghadap Pasukan Satu dan
Puteri secara bergilir. perbarisan seterusnya Pasukan
yang lain.
- Ketua Puteri - Pembaca Doa
menyerahkan membaca Doa - Pemimpin memberi
kesemua bendera Penutup, Tasbih pesanan contoh : jalan
kepada Ketua Guru Kifarah dan diakhiri berhati-hati
Pemimpin dengan Surah Al-
Asr. - Acara dimulai dengan
barisan belakang
- Pembaca doa seorang demi seorang
kembali ke tempat hingga sampai kepada
asal dan pasukan Ketua Kumpulan, terus
keluar baris kepada Guru Pemimpin
dan akhir sekali Ketua
Guru Pemimpin

• TATACARA MAJLIS RASMI

TATACARA PERMULAAN MAJLIS

- Para Pemimpin dan ahli mengambil tempat sebelum ketibaan
VIP

- Sewaktu ketibaan VIP semua yang berada di dewan berdiri
sambil berselawat hingga VIP sampai ke tempat duduk.

- Hadirin termasuk peserta duduk selepas VIP duduk ditempat
yang dikhaskan.

- Pengacara memulakan majlis

- Majlis dimulakan dengan tatacara perjumpaan iaitu bacaan
Asmaul Husna dan Lagu Puteri

- Semua yang hadir diminta berdiri untuk menyempurnakan
Tatacara Majlis.

- Apabila selesai,tetamu khas duduk diikuti dengan semua hadirin.

- Pengacara meneruskan majlis dengan menjemput Pembaca Doa

Tatacara Majlis Rasmi

TATACARA PENUTUPAN MAJLIS

- Pengacara merakamkan terima kasih
- Seterusnya majlis ditutup dengan bacaan Tasbih Kafarah dan

Surah Al-Asr
- Hadirin membaca dalam keadaan duduk
- Pengacara mempersilakan tetamu ke jamuan, pameran atau

sebagainya
- Sebelum bersurai hadirin bersalam-salaman

SLAID

24.0 ISTIADAT BENDERA
• Cara Melipat Bendera

Melipat bendera perlulah mengikut arahan dan kiraan
daripada Ketua Puteri

KIRAAN 1

Lipat dua,kemudian
regang semula

Setelah selesai , orang KIRAAN 2
pertama pegang yang
bendera di tangan kanan Lipat dua lagi,kemudian
perlu meletakkannya ke regang semula

sisi

KIRAAN 5 KIRAAN 3
Lipat Kepas ( 3 kali) Ekor bendera
dicantumkan ke kepala

bendera

KIRAAN 4
Bahagian ekor
dicantumkan lagi ke
kepala bendera

25.0 IKATAN DAN SIMPULAN
• Jenis – jenis simpulan:

SIMPUL MANUK

• Ikatan simpul manuk biasanya Teknik simpul manuk:
digunakan sebagai permulaan ikatan
ketika mula mengikat ada kayu atau - Mulakan simpul pada kayu.
sebagainya. - Kemudian, buat satu lagi simpulan di

• Tidak mudah terburai dan kayu atas simpulan tadi.
dapat ditarik ke tempat yang - Tarik hujung tali
dikehendaki dengan selamat.

SIMPUL BUKU SILA - Ikatan buku sila digunakan untuk mengikat
kaun oembalut luka atau kain anduh,

menyambung tali yang sama besar saiznya
dan digunakan untuk mematikan sebarang

ikatan.
- Ikatan ini direka agar kedua – dua punca

atau hujung tali tersebut senang dibuka
semula.

Teknik Simpul Buku Sila:
- Letakkan hujung A di atas hujung B.

- Masukkan hujung A dibawah B.
- Kemudian lakukan ikatan yang sama

dengan memasukkan B di bawah.

SIMPUL TINDIH KASIH

Simpulan Tindih Kasih digunakan Teknik Simpul Tindih Kasih:
untuk membuat gegelung tali yang
tidak terjerut atau mengikat leher - Mulakan ikatan dengan membentuk
satu bulatan.
binatang supaya tidak terjerut.
- Kemudian masukkan hujung tali ke
Jenis ikatan ini digunakan dalam kerja dalam bulatan tersebut.
– kerja menyelamat seperti
- Masukkan hujung tali ke bawah tali
menyelamatkan mangsa yang terjatuh dan masukkan Kembali ke dalam
ke dalam sungai. bulatan tersebut.

SIMPUL BUNGA GETI - Ikatan bunga geti digunakan bagi
menyambungkan tali yang tidak sama besar

saiznya. Sebagai contohnya,
menyambungkan tali perahu dengan tali

kapal.
- Menyambung dua tali yang tidak sama

saiz.

Teknik Simpul Bunga Geti:
- Mulakan simpul dan masukkan hujung tali

B supaya bersilang untuk membentuk
simpul.

- Kemudian tarik kedua – dua tali tersebut
untuk membentuk simpul.

SIMPUL BALAK

Simpulan balak adalah ikatan Teknik Simpul Balak:
sementara untuk menurunkan atau
menarik beban seperti tongkol kayu - Menggunakan tali mengelilingi kayu.

dan sebagainya. - Tarik bahagian tali yang panjang
supaya menjadi kemas.

SIMPUL BUNGA GETI Bagi mengikat tali pada tiang untuk
mematikan ikatan ke pokok atau ke pacang
kerana cara begini mudah dibuka atau tidak

mudah tanggal ikatannya.

Teknik Simpul Belit:

• Jenis – jenis ikatan:

Ikatan Seraya: Ikatan Serong

• Digunakan • Untuk
untuk mengikat merapatkan dan
kayu, atau tiang
bagi membuat mengikut dua
jambatan, gajet, batang kayu
menara, tiang
bersilang.
bendera dan lain –
lain.

Ikatan Lilit Kacang.

Digunakan untuk mengikat
batang – batang kayu atau
bukuh bagi membuat lantai

untuk sesuatu projek.

Dimulakan dengan simpul
manuk dan diakhiri dengan

simpul manuk juga.

IKATAN SERAYA IKATAN LILIT
KACANG

IKATAN SERONG

SLAID

LEMBARAN KERJA
NAMA : __________________________________________________________
KELAS : ______________
TARIKH: _____________

ARAHAN:
Sila nyatakan nama dan fungsi berikut:

BIL RAJAH NAMA SATU FUNGSI
1

_______________________
______________ _______________________

2

______________ _______________________
______________ _______________________

2

______________ _______________________
______________ _______________________

26.0 KEMAHIRAN PERKHEMAHAN
26.1. 1 Pengenalan Kraf Perkhemahan:

i. Konsep Khemah

a. Khemah ialah tempat perlindungan sementara yang selamat dan mempunyai kemudahan
asas yang minima.

b. Maksud tempat perlindungan ialah sebarang jenis dan bentuk tempat perlindungan, sama
ada yang diperbuat daripada kanves, nilon, dedaunan, buluh atau mungkin juga daripada
kayu dan batu. Yang penting, tempat perlindungan tersebut mampu memberikan
perlindungan daripada hujan, panas, angin dan juga kesejukan.

c. Berkhemah pula ialah penghidupan di luar bangunan, sama ada di halaman atau di
belakang rumah, di dalam hutan, di pantai, di bukit, di gunung dan sebagainya. Dahulu,
berkhemah merupakan satu keperluan untuk hidup.

d. Berkhemah berkait rapat dengan ikhtiar hidup secara individua tau berkumpulan.
Berkhemah bermakna anda menerima atau memikul beberapa tanggungjawab terhadao
pengurusan peralatan, makanan, dan perlindungan di samping melibatkan diri dalam aktiviti
yang berkaitan dengan perkhemahan.

e. Berkhemah merupakan salah satu cabang ilmu yang menguji kemampuan mental dan
fizikal untuk menggunakan sumber-sumber yang terhad dengan kemudahan yang terhad.
Aktiviti berkhemah akan menguji setakat mana kesanggupan kita menghadapi kekurangan &
ketidakselesaan.

ii. Konsep Kraf Perkhemahan

a. Kraf perkhemahan merupakan kemahiran asas yang perlu dipelajari untuk menghadapi
cabaran alam sekitar dan alam semula jadi dalam kegiatan luar atau perkhemahan.

b. Pengetahuan dalam kraf perkhemahan adalah penting dan digunakan apabila individu
melakukan akitiviti perkhemahan atau pengembaraan.

iii. Rasional

a. Melatih diri untuk menjadi lebih mahir dan berkeyakinan dalam menghadapi cabaran alam
semula jadi dan habitatnya

b. Memupuk perasaaan cinta terhadap alam semula jadi dan mensyukuri akan ciptaan-Nya
dan

c. Mengamalkan nilai-nilai murni dan menghayati akan keindahan alam flora dan fauna yang
terdapat di muka bumi ini.

iv. Objektif

a. Menggalakkan ahli PPIM untuk mengaplikasikan kemahiran dan teknik kraf perkhemahan
dalam aktiviti luar atau aktiviti perkhemahan

b. Mendedahkan ahli PPIM untuk memahami akan habitat dan alam semula jadi serta
mengetahui cara-cara untuk hidup apabila berada di dalam hutan atau tapak perkhemahan

c. Memberikan kesedaran kepada ahli PPIM tentang kepentingan menjaga alam sekitar
dengan cara yang betul dan berkesan.

26.1. 2 Pengurusan dan Penjagaan Khemah

Jenis Khemah Contoh

Ridge tent:

Mempunyai tiang yang melintang di
sepanjang bumbung. Diperbuat daripada
material nylon yang ringan supaya mudah
dibawa dan dilipat.

Dome Tent:

Berbentuk gelembung dan menggunakan
material yang sesuai dan fleksibal. Ringan,
mudah dibawa dan sesuai digunakan untuk
berkelah atau perkhemahan seperti di
sekolah dan sebagainya.

c. Frame tent:

Khemah jenis besar yang biasa digunakan
untuk perkhemahan keluarga. Rangka
khemah akan dipasang dahulu dan kanvas
dipasang kemudian.

Bell tent:

Mempunyai satu tiang tinggi di puncak
khemah. Khemas jenis ini sudah jarang
digunakan dan digantikan dengan khemah
jenis “DOME”.

Shelter

Shelter sukar untuk dibina dan memerlukan
kemahiran yang tinggi. Shelter boleh
dilindungi daripada serangga, panas, hujan,
angin, salji dan suhu sejuk. Boleh
menyembunyikan diri daripada musuh
bahaya.

(i) Jenis-jenis shelter

(a) Phonco-Lean-To

Mudah dan cepat dibina. Diikat pada dua
batang pokok. Shelter tertutup pada satu
bahagian sahaja. Pastikan shelter tidak
menghala atas angin.

(b) Phonco Tent

Mudah dibina. Diikat antara dua batang
pokok. Shelter tertutup pada dua bahagian,
kiri dan kanan.

(c) One man Shelter

Mudah dibina dan terhalang dari rintangan
angin. Saiz yang kecil menjadikan ia lebih
sejuk dan nyaman.

(ii) Pengurusan dan Keselamatan Khemah:

a. Ubat nyamuk tidak dibenarkan dipasang e. Pastikan khemah ditutup jika tiada orang
di dalam atau terlalu hampir dengan di dalamnya.
khemah.

b. Khemah bukan sebagai tempat menjemur f. Pastikan di luar dan dalam khemah

atau menyidai pakaian. sentiasa berkeadaan bersih dan kemas

c. Tidak dibenarkan memasak di dalam g. Merokok adalah dilarang sama sekali di

khemah dalam khemah

d. Digalakkan makan di luar khemah untuk h. Pastikan khemah yang dipasang adalah
mengelakkan semut atau binatang lain dari kukuh dan selamat untuk digunakan
memasuki khemah

(iii) Penjagaan Khemah:

a. Sentiasa melindungi pancang khemah e. Sebelum menyimpan pastikan yang
dan pastikan tiang atau pancang khemah khemah anda betul-betul kering
berada dalam keadaan baik. Letakkan
sedikit pelincir untuk memudahkan,
memasukkan dan mengeluarkan tiang atau
pancang

b. Letakkan juga pelincir pada zip untuk f. Sekiranya khemah anda basah, elakkan
mengelakkan zip jem dan susah untuk dari menekan, menarik, atau dengan apa
dibuka

cara sekali pun untuk mengelakkan daripada
terkoyak.
c. Jangan menyimpan makanan di dalam g. Jangan menggunakan lilin, mancis atau
khemah untuk mengelakkan daripada pembakaran terbuka berdekatan dengan
binatang mencari dan merosakkan khemah khemah
anda dalam usaha mencari makanan
tersebut
d. Saranan yang penting sentiasa bersihkan h. Sentiasa menggunakan peralatan yang
khemah anda setiap kali selepas trip atau menggunakan kuasa beteri di dalam
setelah menggunakannya, dan pastikan khemah dalam usaha mengelak kejadian
anda memeriksa setiap kotoran dan sampah tidak diingini berlaku.
sarap yang tertinggal

26.1. 3 Tujuan dan Faedah Membuat Gajet

i. Gajet ditakrifkan sebagai perkakasan atau peralatan atau perabot, seperti pagar, pintu,
kerusi, katil, rak barang, ampaian dan sebagainya yang terdapat di rumah. Gajet-gajet ini
diperbuat daripada kayu dengan menggunakan paku, gam dan sebagainya supaya kelihatan
kemas dan cantik serta sesuai dengan situasi tempat.
ii. Berdasarkan situasi di rumah, gajet juga amat diperlukan dalam aktiviti perkhemahan
kerana satu tapak perkhemahan boleh diibaratkan seperti sebuah rumah yang memerlukan
pintu, pagar, kerusi atau bangku, ampaian, rak kasut, rak kasut, rak dapur dan seumpamanya.

iii. Bezanya, gajet-gajet dalam aktiviti perkhemahan diperbuat daripada buluh atau batang
kayu yang disambung atau diikat menggunakan tali dengan simpulan dan ikatan yang
tertentu. Simpulan dan ikatan ini amat penting agar gajet-gajet yang dibina menjadi kukuh dan
selamat digunakan. Sebaik-baik gajet perkhemahan ialah gajet yang dibina tanpa
menggunakan sebarang paku.

iv. Gajet-gajet ini dikenali sebagai kraf kayu atau wood craft. Gajet penting dalam aktiviti luar
kerana ia mempunyai pelbagai fungsi. Antaranya:
a. Menggantikan perkakasan dan perabot di rumah
b. Memudahkan pengurusan tempat atau kawasan perkhemahan
c. Menjadikan aktiviti perkhemahan lebih tersusun, teratur dan menyeronokkan

v. Tujuan mendirikan gajet adalah untuk:

a. Mempraktikkan ilmu simpulan dan ikatan yang telah dipelajarinya secara teori dan amali
dalam sesi perjumpaan mingguan

b. Membina semangat kekitaan, kerjasama, bertanggungjawab dan semangat bergotong-
royong dalam kalangan ahli Sekawan/ Patrol dalam suasana yang ceria dan menyeronokkan.

vi. Terdapat beberapa faedah mendirikan gajet. Antaranya:

a. Mewujudkan suasana yang tenteram, d. Barangan dan peralatan mudah disimpan

selesa, lapang dan selamat dan diambil

b. Menjimatkan kos e. Menambahkan pengetahuan dan
pengalaman

c. Alam sekitar menjadi bersih dan nyaman f. Memanfaatkan sumber alam persekitaran
dengan sebaik mungkin

vii. Kaedah mendirikan gajet:

a. Ringkas dan praktikal dengan d. Menggunakan simpulan dan ikatan yang
penggunaan bahan dan peralatan yang betul dan kemas
minimum

b. Senang dibina dalam jangka masa yang e. Susun atur mendirikan gajet di tempat

pendek serta boleh serba guna yang sesuai di dalam kawasan

perkhemahan

c. Menggunakan bahan dan alat yang ada di f. Jenis dan bilangan sesuai dengan
persekitaran atau yang dibekalkan tanpa bilangan peserta dan keluasan tapak.
memerlukan kos yang tinggi

viii. Bahan-bahan untuk mendirikan gajet:

a. Sebelum sesebuah gajet dibina, beberapa peralatan dan bahan perlu disediakan terlebih
dahulu. Peralatan dan bahan ini bergantung kepada jenis-jenis gajet yang dibina.

b. Antara peralatan dan bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat sesebuah gajet
(mengikut kesesuaian) ialah:

(i) Parang (iv) Buluh, sama ada (viii) Tin-tin kosong (xi) Zink
yang lurus, bulat
atau yang telah
dibelah (boleh juga
buluh terpakai)

(ii) Gergaji (v) Kayu yang (ix) Batu-bata (xii) Papan
berukuran diameter
di antara 10cm
hingga 18 cm

(iii) Tali, sama ada (vii) Ranting dan (x) Plastik (xiii) Kad manila
(xiv) Dedaunan
tali rafia, rami atau dahan pokok, sama

manila, rotan, dawai ada yang lurus atau

atau akar yang bercabang

26.1. 4 Jenis-jenis Gajet dan Kegunaannya

i. Gajet perlu didirikan mengikut kesesuaian kerana terdapat pelbagai jenis gajet boleh
dibinakan sepanjang aktiviti perkhemahan dijalankan. Namun gajet perlu didirikan pada waktu
yang lapang atau pada waktu yang telah ditetapkan di dalam jadual perkhemahan.

ii. Antara gajet yang boleh dibina ialah:

a. Tiang bendera e. Ampaian i. Rak barang m. Menara kawalan

b. Pagar f. Pangkin, tempat j. Lubang basah dan

duduk dan meja lubang kering -

(tempat buangan

sampah)

c. Pintu gerbang g. Rak kasut k. Gajet dapur -

d. Papan kenyataan h. Rak dapur l. Alas atau rak untuk -
meletak beg pakaian

ii. Tiang bendera

a. Tiang bendera didirikan dengan menggunakan kayu atau buluh,
tali dan bendera. Pelbagai bentuk boleh dihasilkan untuk membuat
tiang bendera. Walau bagaimanapun, penghasilannya adalah
bergantung kepada sumber bahan yang ada.

b. Terdapat 2 jenis tiang bendera didirikan dalam aktiviti perkhemahan. Satu berupa tiang
bendera utama yang didirikan di hadapan kawasan lapang atau tapak perhimpunan yang
digunakan untuk mengibarkan bendera Malaysia, bendera negeri dan bendera PPIM,
manakala satu lagi berupa tiang bendera yang digunakan untuk mengibarkan bendera
Sekawan atau Patrol di dalam kawasan perkhemahan Sekawan atau Patrol itu sendiri.

iv. Pagar:

a. Gajet pagar amat penting dibina untuk menentukan keluasan kawasan perkhemahan
Sekawan atau Patrol. Gajet pagar didirikan dengan menggunakan kayu atau bulu yang
dipacak mengelilingi kawasan khemah kemudian diikat atau dihadang dengan tali untuk
menjadi pagar.

b. Pagar tifak perlu dibina terlalu tinggi. Sebaik-baiknya ketinggian pagar yang dibina sekitar
satu meter sahaja. Untuk memastikan pagar menjadi kukuh, jarak pancangan kayu atau buluh
hendaklah agak rapat sekitar dua meter antara satu pancangan.

c. Sekawan atau Patrol yang kreatif akan menghiasi pagar mereka dengan pelbagai corak
atau gaya agar pagar kelihatan kemas, menarik dan cantik.

KEDUDUKAN / PLAN PERKHEMAHAN

v. Pintu gerbang:

a. Gajet pintu gerbang merupakan satu daripada gajet yang amat penting
dibina dalam aktiviti perkhemahan. Selain sebagai pintu masuk ke dalam
kawasan perkhemahan, pintu gerbang yang baik akan berperanan sebagai
pusat kawalan, di samping sebagai tempat untuk memasang bendera
Sekawan / Patrol.

b. Pembinaan pintu gerbang seharusnya bersesuaian dengan bilangan hari dan bahan yang
ada. Jika tempoh perkhemahan agak lama dan bahan untuk mendirikan gajet pintu gerbang
banyak, seharusnya pintu gerbang yang didirikan agak besar dan cantik.

c. Antara bahan dan peralatan yang diperlukan untuk membuat gajet pintu gerbang ialah:

i. Beberapa batang kayu atau buluh iv. Tangga (jika ada)
pelbagai ukuran

ii. Tali, sama ada rami, jut atau rafia v. Papan Kenyataan

iii. cangkul, parang dan gergaji -

a. Gajet ini dibuat untuk mempamerkan beberapa kenyataan atau maklumat berkaitan ahli
Sekawan atau Patrol, pengumuman pemimpin, pelan atau gambar rajah kawasan
perkhemahan Sekawan/Patrol dan maklumat-maklumat lain yang berkaitan.
b. Saiz papan kenyataan yang ingin dibuat bergantung kepada keperluan dan sumber bahan
yang ada. Bagi memastikan agar maklumat yang dipamerkan itu terlindung daripada hujan
dan matahari, kreativiti PPIM amat diperlukan untuk menyediakan bumbung atau
perlindungan yang bersesuaian bagi papan kenyataan berikut.
c. Antara bahan yang diperlukan ialah kayu atau buluh, tali, marker dan bahan-bahan lain
yang sesuai.

PELBAGAI CONTOH PAPAN KENYATAAN
vii. Ampaian:
a. Gajet ampaian boleh dihasilkan dalam pelbagai bentuk bergantung kepada kreativiti
pembuatnya. Walau bagaimanapun, gajet ampaian yang baik ialah gajet yang didirikan
tanpa bergantung kepada pokok atau batang-batang pokok yang hidup.
b. Oleh itu, gajet ampaian digalakkan didirikan di kawasan lapang, khususnya kawasan yang
terdedah kepada cahaya matahari dan angin di bahagian belakang kawasan khemah
kumpulan.
c. Antara bahan yang diperlukan untuk membuat gajet ampaian ialah kayu atau buluh, kayu
bercabang, kayu atau buluh pancang dan tali atau dawai.

ANTARA CONTOH GAJET AMPAIAN

viii. Pangkin, tempat duduk dan meja:
a. Gajet ini dibuat untuk 2 fungsi. Pertama, sebagai meja makan dan kedua, sebagai meja
persidangan atau perbincangan Sekawan/Patrol.
b. Kebiasaannya gajet ini didirikan di bahagian belakang kawasan khemah kumpulan, iaitu
berdekatan dengan khemah dapur. Ada juga kumpulan yang membuat gajet tersebut di
bahagian hadapan atau kawasan halaman khemah kumpulan.

CONTOH GAJET PANGKIN / MEJA/ TEMPAT DUDUK
ix. Rak kasut:
a. Gajet rak kasut dibina untuk meletakkan kasut-kasut ahli kumpulan dalam kawasan
perkhemahan tersebut. Tempat yang paling sesuai untuk membina rak kasut ialah
berhampiran dengan khemah ahli, khususnya berdekatan dengan pintu khemah.
b. Gajet rak kasut dibina dengan menggunakan beberapa batang bulu atau kayu berukuran
antara suku hingga satu meter dan diikat dengan tali menggunakan simpulan danikatan yang
sesuai.

CONTOH GAJET RAK KASUT

x. Rak dapur atau tempat memasak:
a. Rak atau gajet dapur atau tempat memasak merupakan antara gajet yang paling penting
yang perlu dibuat. Rak dapur boleh dibuat secara paling ringkas, yakni tanpa bumbung atau
boleh juga dibuat dengan berbumbung.
b. Gajet dapur yang paling ringkas ialah gajet dapur bergantung yang biasanya digunakan
untuk memasak air. Manakala untuk memasakh makanan pula, gajet yang paling ringkas ialah
yang didirikan di atas tanah dengan menggunakan batu atau tungku. Antara bahan yang
diperlukan untuk membuat gajet dapur ringkas ialah kayu bercabang, kayu lurus atau buluuh,
batu bata, dawai, tanah kering dan kawasan berbukit.

GAJET RAK DAPUR/ TEMPAT MEMASAK

xi. Rak barangan dapur:
a. Gajet ini saiznya agak besar dan agak rumit juga untuk membuatnya. Gajet atau rak ini
digunakan sebagai tempat membasuh pinggan mangkuk yang dilengkapi dengan baldi air
atau besen, tuala kecil, sabun, dan air. Untuk menjimatkan ruang, gajet atau rak ini boleh
dibuat secara bertingkat-tingkat.

CONTOH RAK BARANGAN DAPUR

xii. Rak penyimpanan makanan:
a. Gajet ini dibuat berdasarkan kegunaannya. Sekiranya terdapat pokok di dalam kawasan
khemah kumpulan, maka gajet jenis bergantung sesuai digunakan. Sekiranya tiada pokok
dalam kawasan khemah berkenaan, gajet jenis bertingkat berbentuk kon boleh dibuat.
b. Gajet tempat menyimpan makanan yang baik ialah dihasilkan bersama penutup yang
diperbuat daripada plastic atau dedaun kering yang dianyam. Antara bahan yang diperlukan
ialah kayu atau buluh yang dibelah dua atau empat, tali, dan plastic atau dedaun kering yang
bersesuaian.

CONTOH RAK MENYIMPAN MAKANAN
xii. Tempat buangan sampah basah (sisa makanan) dan sampah kering:
a. Gajet ini juga amat penting dibuat untuk menjaga akan kebersihan kawasan khemah. Gajet
buangan sampah basah dan sampah kering boleh dibina di atas seperti gambar rajah di
bawah atau dengan cara mengorek lubang di tanah.
b. Demi menjaga kebersihan, pastikan gajet ini dibina di bahagian belakang berdekatan
dengan rak dapur dan ditutup sentiasa untuk mengelakkan lalat dan serangga lain
mengerumuni atau berkumpul dalam tempat sampah.

CONTOH LUBANG KERING DAN LUBANG BASAH

SLAID

LEMBARAN KERJA
NAMA : __________________________________________________________
KELAS : ______________
TARIKH: _____________
ARAHAN:
Namakan jenis ‘shelter’ tersebut.

BIL JENIS SHELTER
1

2,

3

26.2 IKHTIAR HIDUP

26.2. 1 Pengenalan

- Ikhtiar hidup atau lebih dikenali sebagai survival boleh diertikan sebagai suatu situasi atau
keadaan genting serta mengalami kesukaaran dalam usaha untuk meneruskan kehidupan,
terutamanya semasa mengikuti aktiviti perkhemahan di dalam hutan, bukit dan gunung.

- Oleh itu, ikhtiar hidup merupakan keupayaan atau sesuatu usaha yang dilakukan untuk terus
hidup atau daya usaha yang diutamakan dalam proses kelangsungan hidup. Dalam konteks
aktiviti luar, ikhtiar hidup merupakan satu usaha atau ikhtiar yang harus dilakukan oleh
sesorang supaya dia terus hidup semasa menghadapi ancaman semasa menjalani aktiviti
luar seperti perkhemahan.

- Situasi ikhtiar hidup ialah apabila berlakunya gejala-gejala seperti yang berikut:

i. Kehabisan bekalan makanan dan iii. Sesat di dalam hutan
minuman

ii. Ancaman binatang buas iv. Masalah perlindungan

- Ikhtiar hidup terpaksa dilakukan kerana kelalaian manusia itu sendiri, sama ada pada
peringkat perancangan, persiapan ataupun semasa pelaksanaan aktiviti. Selain itu, kurang
pengetahuan, pengalaman dan kemahiran juga boleh menyebabkan situasi ikhtiar hidup.

- Oleh itu, setiap individu yang ingin mengadakan atau menyertai aktiviti luar perlulah
mendalami ilmu dan kemahiran tentang perkhemahan agar situasi ikhtiar hidup akan dapat
dielakkan. Pelbagai cabaran dan risiko akan sentiasa dilalui speanjang aktiviti luar
dilaksanakan.

- Prinsip ikhtiar hidup:

• Keselamatan:
o Keutamaan hendaklah diberikan kepada soal keselamatan nyawa. Ini dapat
dilakukan dengan menjauhkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang
boleh membahayakan keselamatan. Misalnya elakkan daripada memakan
tumbuh-tumbuhan yang tidak diketahui puncanya, sama ada boleh dimakan
atau tidak walaupun dalam keadaan yang sangat lapar. Masalah ikhtiar hidup
akan menjadi leboh rumit jika soal keselamatan diri dan nyawa diabaikan.

• Usaha:
o Dalam situasi ikhtiar hidup, pelbagai usaha hendaklah dilakukan dari semasa
ke semasa sebagai ikhtiar bagi mengatasi masalah yang sedang dihadapi.
Sikap berdiam diri dan berseram kepada nasib atau takdir semata-mata tanpa
usaha itu gagal maka hendaklah berusaha dengan cara yang lain pula asalkan
usaha tersebut tidak menjejaskan faktor keselamata. Semakin banyak usaha
yang dilakukan semakin banyak peluang yang akan muncul untuk mengatasi
segala rintangan dan risiko yang dihadapi.

• Kawalan diri:
o Dalam situaso ikhtiar hidup,kawalan diri sangat penting dilakukan supaya
segala keputusan dan tindakan dapat memberikan hasil yang positif. Tanpa
kawalan diri, perasaan cemas dan panik serta hilang pertimbangan akan
menyebabkan seseorang itu bertindak secara terburu-buru tanpa berfikir.
Keadaan ini pasti akan menambahkan lagi kerumitan terhadap masalah yang
sedang dihadapi.

• Kerjasama:
o Jika dalam pasukan atau kumpulan, kerjasama yang erat dan berterusan
dalam pasukan atau kumpulan amat penting untuk diberikan keutamaan agar
segala kerumitan dan kesulitan dapat diatasi secara bersama. Kesepakatan
membawa berkat. Jika tiada kesempatan, segala masalah sukar diatasi.

i. Masakan Solar:

a. Masakan solar merupakan satu cara penyediaan makanan tanpa menggunakan peralatan
dapur dan hanya menggunakan cahaya matahari sebagai sumber tenaga pembakar.

b. Kaedah memasak menggunakan tenaga solar mempunyai banyak kebaikan. Antaranya
ialah:

- Satu cara untuk mendidik ahli supaya sentiasa melindungi alam sekitar yang
semakin terancam
- Mengurangkan pencemaran pembakaran bahan api
- Mengurangkan bahaya gas dan kebakaran
- Salah satu ikhtiar hidup jika kehabisan bekalan gas / bahan bakar untuk memasak
makanan

c. Cuaca yang sesuai ialah semasa musim panas terik

d. Bahan-bahan yang diperlukan ialah:

• aluminium • kertas • pelekat • tali rapia
foil kadboard kertas / paper
yang tebal binding tape • tiga batu kecil
• periuk atau kotak di bawah
memasak besar yang • plastic lut periuk
nipis yang kosong sinar semasa
telah memasak
disembur cat • gam/glue
aerosol hitam

ii. Masakan Rimba

a. Masakan rimba atau backwoodsman iaitu satu cara memasak makanan semasa di dalam
hutan tanpa menggunakan periuk atau lain-lain peralatan memasak.

b. Memasak dengan kaedah ini adalah lebih sukar berbanding kaedah masakan solar
namun ianya boleh menjadai aktiviti yang menyeronokkan sebagai salah satu ikhtiar hidup
semasa berkhemah

c. Pelbagai bahan boleh digunakan sebagai bekas untuk memasakh seperti buluh, kerajang
aluminium, tanah, buah contoh kelapa dan lain-lain.

d. Kegunaan buluh semasa perkhemahan:

• buluh sangat penting untuk membuat gajet, pioneering dan projek penerokaan
• bekas makanan / minuman
• memasak makanan

e. Masakan rimba menggunakan buluh:

• pilih ruas buluh yang nipis dan besar saiznya
• pastikan buluh yang dipilih tidak retak
• basuh bahagian dalam buluh hingga bersih
• sediakan bahan yang hendak dimasak dalam buluh contoh nasi atau lauk
• jika memasak nasi di dalam buluh, pastikan sukatan air

adalah sama banyak dengan sukatan beras
• masak nasi atau lauk dengan kaedah yang dtunjukkan

dalam rajah 1.

iii. Membuat perangkap

a. Perangkap atau jerat dibina untuk memerangkap dan menangkap haiwan atau binatang
ketika kehabisan makanan semasa menyertai kegiatan perkhemahan di dalam hutan.
Terdapat beberapa jenis perangkap dan jerat yang digunakan antaranya:

• perangkap atau jerat pelanduk
• perangkap atau jerat ayam hutan
• perangkap atau jerat hempap dan jerut
• perangkap kurungan

b. Perangkap atau jerat pelanduk:

• Mudah untuk dibuat kerana ia hanya memerlukan beberapa bahan sahaja. Bahan-
bahan yang perlu disediakan ialah:
o kayu pelentik
o tali pesawat yang kuat dengan ukuran panjang yan sesuai
o kayu cabang berbentuk “Y” yang ditajamkan kedua-dua belah hujungnya
o kayu pesawat
o alat pemijak

• Tali jerut atau alas pemijak perlu ditutup dengan menggunakan daun-daun. Daun-
daun juga digosok ke tengkuk dan tubuh untuk menyembunyikan bau badan

c. Perangkap atau jerat ayam hutan:

• Jerat jenis ini mempunyai mekanisme yang sama dengan jerat simbat dan jerat sentak
yang dibuat bagi memerangkap buruk ruak-ruak. Di antara bahan-bahan yang
digunakan ialah:
o sebatang kayu lentik dengan ukuran panjang yang sesuai
o dua batang kayu yang bercabang
o tali pesawat
o dua batang kayu Pelepas
o sebatang kayu pesawat (kayu pembingkas) sepanjang 5 cm
o beberapa batang kayu pemijak

• Namun begitu, car aini kurang popular kerana badan ayam mungkin akan tersekat
oleh kayu lengkung yang digunakan

d. Perangkap atau jerat hempap dan jerut

• Perangkap atau jerat hempap biasanya dibuat untuk mencederakan haiwan atau
binatang. Perangkap jenis ini mudah dibuat dan dapat dilihat dengan jelas. Beberapa
jenis bahan yang perlu disediakan ialah:
o tali pesawat yang cukup kuat dan mempunyai panjang yang sesuai
o umpan
o tali pemberat tambahan
o batang kayu penghempap
o dua batang kayu penghalang hadapan
o dua batang kayu penghalang belakang
o kayu pesawat
o dua batang kayu Pelepas
o beberapa batang kayu pemijak

• Perangkap atau jerat hempap akan memastikan kaki haiwan terjerut serta dihempap
oleh batang kayu. Namun begitu, masalah yang timbul ialah mendapatkan kayu
Pelepas dan kayu pesawat yang kuat serta dapat menampung berat kayu
penghempap serta kayu pemberat tambahan.

e. Perangkap atau jerat kurungan:

• Perangkap kurungan digunakan untuk membolehkan kita menangkap haiwan hidup-
hidup. Sungguhpun begitu car aini kurang popular dan tidak praktis kerana ia
mengambil masa yang agak lama untuk disiapkan serta banyak membazirkan tenaga.
Bahan yang diperlukan bagi membuat perangkap jenis ini ialah:
o batang-batang kayu yang secukupnya untuk dijadikan dinding, kayu alang,
pintu dan sebagainya
o umpan
o gelang rotan
o kayu pesawat
o tali pesawat

• Tiang-tiang perangkap hendaklah ditanam ke dalam tanah bagi memastikan
perangkap atau jerat tidak terbalik akibat dirempuh binatang liar.

SLAID

LEMBARAN KERJA
NAMA : __________________________________________________________
KELAS : ______________
TARIKH: _____________
ARAHAN:
Sila warnakan gambar situasi perkhemahan tersebut.

Nyatakan contoh ikhtiar hidup yang boleh dilakukan ketika berada di dalam hutan
• _________________________________________
• _________________________________________
• _________________________________________
• _________________________________________

27.0 KEBUDAYAAN

• Nyanyian/ Lagu Perkhemahan
Puteri Lembaga Islam Riang Gembira
Tetap Taat Kepada Allah Dan Raja
Berkorban Untuk Agama Dan Negara
Dunia Akhirat Mendapat Bahagia

Berusaha Mencari Pengetahuan
Berbakti Membuat Kebajikan
Belajar Mencapai Kemajuan

Bersemangat Penuh Keimanan

Puteri Lembaga Islam Riang Gembira

Tetap Taat Kepada Allah Dan Raja
Berkorban Untuk Agama Dan Negara

Dunia Akhirat Mendapat Bahagia

SLAID

LEMBARAN KERJA
ARAHAN : Senaraikan contoh permainan.

1. …………………………………….

2. …………………………………………
3. …………………………………………
4. …………………………………………

ARAHAN : Nyatakan definisi malam kebudayaan.
• …………………………………………………………….
…………………………………………………………….

28.0 JALAN LASAK & PANDU ARAH
• Pengenalan

Jalan Lasak merupakan aktiviti berjalan atau berlari sejauh 10 km hingga 25 km di mana
individu akan bergerak secara berkumpulan. Trek yang dilalui melibatkan pelbagai bentuk
muka bumi samada jalan raya atau kawasan denai yang kering atau berlumpur. Aktiviti ini
dapat memberikan perspektif baru untuk kumpulan sasaran dalam dalam meningkatkan
ketahanan fizikal dan mental serta semangat kerjasama dalam pasukan. Kumpulan sasaran
juga akan membawa bersama bebanan bagi menambahkan lagi cabaran dalam pelaksanaan
aktiviti ini. Untuk pelatih kursus asas, aktiviti ini dilaksanakan sebelum Rutin Bravo.

• Tujuan

o Menguji tahap kekuatan mental dan fizikal kumpulan sasaran
o Memupuk semangat setia kawan dan kerjasama (team building dalam kalangan

kumpulan sasaran
o Untuk melatih kecekapan pancaindera (tanda, simbol dsb)
o Melatih kesabaran dan ketabahan dalam kesusahan
o Memberikan pengalaman baharu
o Mendisiplinkan diri untuk patuh kepada arahan
o Mewujudkan pengurusan aktiviti pandu arah dengan berkesan
o Melaksanakan aktiviti yang terancang mengikut prosedur pengendalian aktiviti

• Matlamat

o Membina ciri-ciri sosial yang baik.
o Kebolehan berkomunikasi dalam keadaan tegang.
o Membina jati diri yang tinggi serta semangat berpasukan yang jitu.
o Membentuk sikap kepimpinan dan pengikut yang baik leadership dan followership.

• Peraturan dan Persediaan
1. Kebenaran

• Sebelum kita memulakan sesuatu aktiviti perkhemahan, perkara yang amat
penting sekali ialah memohon kebenaran. Kebenaran daripada ibu bapa
ataupun penjaga adalah perlu dan kita harus memaklumkan mengenai aktiviti
serta tujuannya kepada mereka ataupun orang yang terdekat dengan kita.

2. Persediaan Alatan
• Titik kawalan (control point)

• Suatu tanda kedudukan yang telah ditentukan diatas peta yang perlu dilawati
oleh peserta.

• Biasanya merupakan ciri-ciri muka bumi atau ciri-ciri buatan manusia yang
jelas.

• Titik kawalan bukanlah "check-point" kerana ia tiada penjaga dititik.
❖ Penanda Kawalan

• Tujuannya bagi membantu peserta tiba ke destinasi yang betul.
• Suatu objek yang diperbuat daripada kain berwarna merah muda dan putih

sebagai tanda yang diletakkan di Titik kawalan (dalam lingkungan 10m).
• Mempunyai kod kawalan tersendiri dan penebuk lubang (puncher) yang unik.
❖ Kad Kawalan
• Setiap peserta perlu membawa bersama-sama kad kawalan ketika menyertai

acara sebagai bahan bukti atau pengesahan.
• Dalam kad ini akan dicatatkan nama peserta serta masa bermula (start time)

dan tersedia petak-petak untuk ditebuk apabila sampai di titik kawalan nanti.
• Kad ini perlu diserahkan kepada penjaga masa di garisan penamat untuk

mencatat masa penamat.
❖ Peta Utama

• Peta yang telah ditandakan dengan landasan dan disertakan dengan
keterangan kawalan

• Landasan ini akan disediakan oleh Perancang Landasan
❖ Keterangan Kawalan

• Keterangan asas sebagai panduan titik-titik (control description) kawalan
berkenaan. Butir-butir yang disenaraikan adalah siri titik kawalan, kod kawalan
dan keterangan mengenai kedudukan titik kawalan.

• Di peringkat antarabangsa, keterangan tidak ditulis dalam bentuk 'teks' tetapi
dalam bentuk kod/gambar rajah.

❖ Landasan
• Landasan adalah panduan arah perjalanan dari permulaan titik kawalan ke titik
kawalan yang lain hingga ke penamat. Landasan ini akan dilukis di atas peta
utama dan akan disalin oleh peserta kemudiannya.
• Tanda yang berkenaan landasan adalah :
➢ Titik permulaan ditandakan dengan tiga segi.
➢ Titik kawalan dengan tanda bulatan.
➢ Titik penamat dengan tanda 2 bulatan bertindih.
➢ 'Leg' adalah perjalanan diantara 2 titik kawalan.

• Prosedur Jalan Lasak dan Pandu Arah

Sebelum Aktiviti

1. Persiapan landasan
2. Taklimat pemimpin kepada ahli-ahli
3. Semakan alatan dan logistik
4. Semakan peralatan kecemasan

Semasa Aktiviti

1. Semua ahli berkumpul di tempat permulaan aktiviti
2. Pihak bertugas berada di setiap stesen sebelum ahli dilepaskan
3. Ketua aktiviti memberi taklimat kepada ahli
4. Ahli diberikan peralatan/keperluan pandu arah
5. Kumpulan pertama dibawa ke lokasi permulaan dahulu
6. Ahli memulakan aktiviti mengikut prosedur yang ditetapkan
7. Membaca kompas, mengira jarak dan membuat catatan
8. Ahli diminta bergerak mengikut kemahiran dan kefahaman sendiri secara

berkumpulan

Selepas Aktiviti

1. Pemimpin mengumpulkan semua ahli dan memastikan bilangannya mencukupi
2. Pemimpin mengenal pasti tahap kesihatan dan kecergasan ahli
3. Semua alatan hendaklah dikembalikan
4. Sesi renungan / refleksi
5. Bersalaman antara pemimpin dan ahli
6. Semua barang disimpan di stor
7. Laporan aktiviti disediakan
• Membaca Kompas / Global / Positioning Satellite (GPS)

Kompas

• Untuk menentukan arah.
• Dijadikan panduan asas bagi ahli- ahli pengembara menentukan hala tuju di dalam

hutan.
• Kompas hendaklah digunakan dengan teliti bagi mendapatkan arah yang tepat

Jenis Kompas Contoh

Kompas Bearing Sudut
• Diukur mengikut arah pusingan
jarum jam dan jumlah sudutnya ialah 360
darjah.

Kompas mata angin 16

• Berpandukan empat mata angin yang
utama.

❖ Perkara-perkara penting semasa guna kompas

• Memeriksa bearing kompas (arah yang hendak dituju) bagi memastikan arah
yang betul dan tepat.

• Tentukan sesuatu objek sebagai tanda supaya anda boleh terus menghala ke
arah yang hendak dituju dengan mudah, misalnya pokok besar, benda yang
ganjil atau batu besar yang berada di persekitaran.

❖ Langkah-langkah bagi mencari kedudukan sesuatu tempat di atas peta

1. Letakkan peta di atas permukaan yang rata.
2. Tandakan kedua-dua tempat yang hendak dicari bearing sudutnya, misalnya A

dan B.
3. Lukiskan kedudukan arah mata angin utara selatan. Ini dapat dilakukan dengan

melukis garisan yang selari dengan mana-mana garisan gred yang berhampiran.
4. Sambungkan kedua-dua titik A dan B dengan satu garis lurus.
5. Gunakan jangka sudut bagi mengukur sudut bermula dari utara mengkut arah

pusingan jarum jam sehingga ke garisan yang menyambungkan kedua-dua titik
tersebut.

❖ Aktiviti Penggunaan Kompas

• Mengenal arah mata angin.
• Mencari arah mata angin.
• Mencari arah kiblat.
• Praktikal mencari bearing (arah mata angin).
• Latihan di kawasan sekolah.
• Menggunakan peta.
• Merintis hutan menggunakan kompas.
• Pertandingan mencari bearing di hutan.
• Mencari harta karun.
• Aktiviti orienteering atau pandu arah.

• Komunikasi Radio Amatur / UHF VHF

- Merupakan salah satu daripada jenis komunikasi yang menggunakan peralatan radio dan
elektronik. Penggunaan radio amatur di dalam bidang komunikasi amatlah luas kerana dapat
digunakan bagi menghubungkan seorang yang berada sama ada di dalam kawasan atau ke
seluruh dunia dengan menggunakan set radio amatur yang tertentu pada frekuensi yang
tertentu.

- Penggunaan radio amatur boleh dibahagikan kepada 4 perkara:

Perkara Gambar

1. Aktiviti komunikasi

Pegendali radio amatur akan berpeluang
berhubung dengan jutaan pengguna dunia
menggunakan frekuensi tertentu kerana
liputanya tidak terbatas.

Di gambar kelihatan angkasawan negara
Dr. Sheikh Muzaffar sedang berkomunikasi

menggunakan radio amatur

2. Aktiviti ujikaji teknikal -
-
Pegendali radio amatur akan berpeluang
membina, menguji-kaji dalam pembuatan
radio, antena dan perkara-perkara yang
berkaitan dengan teknikal

3. Perkhidmatan komunikasi semasa
kecemasan

Di dalam keadaa darurat peranan radio
amatur amat membantu dalam memberikan
kemudahan perhubungan. Contohnya
semasa berlaku bencana alam seperti
gempa bumi, tsunami, banjir dan lain-lain
memberikan kemudahan perhubungan
komunikasi di antara petugas-petugas
terutama di kawasan pedalaman. Begitu
juga semasa menjalankan operasi SAR
mengesan orang yang hilang atau sesat.

4. Memantau (monitoring)

Pegendali radio amatur akan berpeluang
memantau frekuensi-frekuensi didalam dan
diluar negara serta stesen angkasa lepas.

• Membaca Peta Topo dan Kegunaannya

Peta Topografi adalah peta yang menunjukkan keadaan muka bumi sesebuah kawasan,
selalunya menggunakan garisan kontur dalam peta moden. Peta topografi mestilah
mempunyai garisan lintang dan garisan bujur dan titik pertemuannya menghasilkan koordinat.
Koordinat ialah titik persilangan antara garisan lintang dan bujur. Peta topografi yang piawai
biasanya menggunakan skala 1:50,000. Skala begini dapat menunjukkan sesebuah kawasan
seluas Putrajaya dengan lebih lengkap dan sempurna. Peta topografi memiliki beberapa
kesamaan dan perbezaan dengan peta rupa bumi.

• Mengesan Tanda dan Simbol

Tanda atau simbol digunakan semasa pengembaraan di dalam hutan atau mendaki bukit. Kita
perlu mempelajari supaya apabila sesat di dalam hutan, kita boleh memberikan isyarat supaya
ahli yang lain boleh menjejaki dengan mudah. Isyarat boleh dibuat menggunakan batu,
rumput, ranting kayu, lorekkan pada tanah dan sebagainya.



• Laporan Pengembaraan
Disediakan Oleh:
-Setiausaha aktiviti
Isi Laporan
- Masa, tempat dan aktiviti
- Lakaran kawasan peta jalan lasak disertakan
- Catatan perjalanan
- Pembagian tugasan ahli
- Gambar-gambar sepanjang aktiviti jalan lasak dan pandu arah disertakan

Contoh laporan

Laporan Pengembaraan unit Beruniform Bulan Sabit Merah Malaysia Pada Perkhemahan
Unit Beruniform IPGKSM tahun 2013

Tarikh : 19 September 2013

Tempat : Pantai Merang

Peserta : Unit BSMM Semester 4, Ambilan Januari 2012

Semasa perkhemahan Unit Beruniform yang lalu, Pasukan Bulan Sabit Merah dan Badan
beruniform yang lain telah menjalani satu Kembara dan diikuti dengan slot masakan rimba.
Setiap badan beruniform mempunyai laluan masing-masing semasa mengembara Sebelum
kembara bermun, kami diberikan sedikit taklimat oleh pensyarah-pensyarah penasihat
mengenai aspek keselamatan, laluan, serta mereka memberikan tugasan untuk kami lakukan
semasa aktiviti kembara

Bagi kumpulan BSMM laluan kami bermula di kawasan pantai dan kemudiannya kan bergerak
mendaki bukit Merang. Perjalan kami dianggarkan sejauh 5 km sebelum kami mendaki bukit
sekali lagi peringatan mengenai keselamatan diberikan kepada kami Selain mendaki bukit

dan mengembara, kami telah ditugaskan untuk mengenalpasti serta mengambil sampel
pokok-pokok yang boleh dijadikan ubat ubatan atau lebih dikenali sebagai herba.

Perjalanan kami agak mencabar dan ianya bermula ketika kami mulakan perjalanan Bagaikan
sudah ditakdirkan pada hari pengembaraan kami, cuaca panas terik, kebetulan, kebanyakan
daripada kami tidak membawa topi lantas kami menjadikan kain anduh yang kami bawa
sebagai alat untuk melindungi kami dan panahan cahaya matahari yang membahang
daripada membakar kulit kami. Apabila kami mulakan aktiviti menjadi pula, pendakian agak
sukar berikutan laluannya yang licin dan sempit. Selain itu, terdapat pokok-pokok yang
tumbang yang turut menghalang laluan kami.


Click to View FlipBook Version