The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nisasalleh052, 2022-09-25 11:16:48

BUKU LOG PPIM

BUKU LOG PPIM

SLAID



LEMBARAN KERJA

NAMA :
KELAS :
TARIKH :

ARAHAN : Padankan jawapan yang betul.

29.0 KHIDMAT KESUKARELAWANAN

Takrif & Makna:
Kerja sukarela atau khidmat sukarela adalah suatu kegiatan yang dilakukan secara
rela hati, tanpa paksaan, ikhlas dan tanpa mengharapkan balasan yang
mendatangkan manfaat kepada sesuatu pihak yang lain. Kegiatan ini banyak
melibatkan perkara yang kemasyarakatan dan khidmat ini juga dapat memberikan
manfaat kepada golongan / pihak sasaran.
Matlamat kesukarelawanan: (Tujuan jangka panjang)
Perkara-perkara yang boleh memberi makna dalam kita bersukarela:

• Rasa kesetiakawanan
• Ajaran atau nilai-nilai agama
• Keinginan untuk sentiasa menolong atau melakukan kebaikan
• Perasaan belas kasihan
Tujuan-tujuan jangka pendek kerja sukarela:
• Kasih sayang
• Kejasama
• Keperihatinan sosial
• Persaudaraan / persahabatan
• Menjana modal insan & modal sosial
• Patriotisme
• Pengupayaan masyarakat
• Ketahanan nasional
• Perpaduan
• Nilai-nilai kemanusiaan (universal)

Mengapa kerja sukarela?

Senario masa kini:

Bentuk – bentuk kerja sukarela:

SASARAN:
• Individu
• Kumpulan - kanak-kanak, pesakit, OKU, mangsa bencana, remaja, warga tua,
pelarian perang, dan lain-lain
• Keluarga
• Komuniti
• Pertubuhan (organisasi)
• Alama sekitar
• Masyarakat umum

Kaedah:

Prinsip – prinsip:

1. Sedia berkongsi
2. Tiada pilih kasih
3. Tidak mengharapkan balasan atau ganjaran material
4. Mementingkan pihak sasaran
5. Manusia sebagai sumber utama (dalam kerja sukarela)
6. Setiap orang boleh menyumbang

MINGGU KERJA BANTUAN KERJA MASYARAKAT
PENYAYANG

HARI PERINGATAN ALAM SEKITAR

SLAID

LEMBARAN KERJA

NAMA :
KELAS :
TARIKH :

ARAHAN : Sila nyatakan jawapan anda

1. Apakah tujuan jangka pendek kerja sukarela?

i. ……………………………………………………………
ii. ……………………………………………………………
iii. ……………………………………………………………

2. Nyatakan tiga bentuk kerja sukarela

i. ……………………………………………………………
ii. ……………………………………………………………
iii. ……………………………………………………………

30.0 PERGERAKAN ASAS KAWAD KAKI

Berkawad adalah asas unutk membentuk disiplin dan tatatertib dalam pasukan. Perbuatan
adalah bertujuan untuk membentuk seseorang ahli mempunyai tahap disiplin yang tinggi,
cergas dan taat perintah.

Kawad kaki mengandungi 5 elemen:

• Kawad statik
• Kawad dinamik
• Kawad asas
• kawad formasi
• Kawalan kehormatan

Kawad Statik

• Asas kepada pergerakan kawad
• Hanya melibatkan pergerakan statik
• Penting keranan ia merupaka perkara asas pembentukan disiplin kawad persendirian

Pergerakan Kawad Statik

• Sedia
• Senang diri
• Sedia dari senang diri
• Rehatkan diri
• Masuk baris
• Membetulkan barisan
• Pusing kiri/ kanan
• Menghadap ke hadapan/ belakang
Sedia
a. Hukumannya:
SKUAD...SEDIA
Dengan pantas angkat kaki kanan, peha 45 darjah dan hentak padat di sebelah kiri
supaya terdengar satu bunyi sahaja. Kedudukannya ialah kedua-dua tumit rapat dan
sebaris; hujung kaki terbuka 30 darjah: kedua-dua lutu bertahan lurus: badan tegak:
timbang keneratan badan antara tapak kaki dengan tumit: kedua-dua bahu Tarik
kebawah dan kebelakang (supaya dada terbuka tanpa perlu dikeraskan) sama rata:
kedua-dua tangan lurus ke bawah: kedua-dua siku rapat ke badan: pergelangan
tangan lurus:jari-jari genggan: belakang jari rapat ke peha: ibu jari lurus menghala ke

bawah dan rapat kepada telunjuk serta di belakang sedikit daripada penjahtan seluar:
pastikan kepala memandang terus ke hadapan.

b. Senang Diri
Hukuman:
SENANG….DIRI

Perbuatan:
Dengan pantas angkat kaki kanan, peha 45 darjah dan hentak ke sebelah kanan
sejauh 12 inci. Dalam masa yang sama kedua-dua tangan ke belakang dan letakkan
belakang tangan kanan rapat di atas tapak tangan kiri, ibu jari bersilang, empat-empat
jari bersusun lurus menuju ke bumi, siku lurus, dan kebertan badan di atas kedua-dua
kaki. Masa angkat kaki kanan, kaki kiri mesti tegap dan tidak bergerak.

Kesalahan Biasa
I. Siku bengkok
II. Lutut tidak tegap dan tidak dapat bertahan

III. Bukaan kaki kanan tidak cukup 12 inci
IV. Menggerakkan kakikiri menyebabkan rosak lurus barisan
V. Pinggang bengkok sewaktuu mengangkat kaki kanan
VI. Jatuh tumit atau hujung kaki dahulu
VII. Bahu jatuh dan badan mengenjut

c. Rehatkan Diri
Hukuman:
REHATKAN…DIRI

Perbuatan:
Dalam kedudukan senang diri, naikkan tangan dari punggung ke pinggang dalam satu
pergerakan dan rehatkan semua anggota badan (1, 2, rehat) kedudukan kaki tidak
berubah.

Kesalahan Biasa:
I.Kedua kaki bergerak dan menyebabkan hilang lurus barisan
II.Menggeliat dan bercakap-cakap

Ingatan:

- Dalam keadaan “Rehatkan… Diri” skuad dibenarkan untuk melakukan
pergerakan setakat pinggag sahaja.

• Apabila dapat perintah “Skuad” dengan serta merta balik ke kedudukan senang
diri.

d. Masuk Baris
Arahan masuk baris:
“Dengar sini semua sekali, apabila mendapat hukuman tid=ga barisan di hadapan
saya, skuad hedaklah sedia, berlari, berbaris dalam tiga barisan, di hadapan, di
tengah-tengah, di mana saya menghaadap. Faham itu skuad”.

Hukuman:
TIGA BARISAN DI HADAPAN SAYA… GERAK

Perbuatan:
Semua anggota hendaklah bersedia, berlari dengan pantas, berbaris dalam tiga
barisan kira-kira 6 langkah di hadapan ketua/ jurulatih iaitu setiap orang mestilah
mengambil tempatnya, barisan hadapan, barisan tengah dan barisan belakang. Jarak
di antara satu barisan dengan barisan yang lain ialah 30 inci. Jarak di dalam barisan
di antaraseorang dengan yang lain ialah sekadar satu tangan dan dalam keadaan
sedia.

Kesalahan Biasa: daripada jurulatih.
I. Datang berbaris tidak berlari
II. Tidak melakukan perbuatan sedia sebelum lari

III. Bercakap- cakap
IV. Barisan terlalu rapat atau terlalu jauh

e. Membetulkan Barisan
Hukuman:
KE KANAN… LURUS

Perbuatan:
Penanda kanan diam. Yang lain Langkah kaki kanan 6 inci ke hadapan dan angkat

kaki kiri serta hentak disebelah kanan, kedua-dua tangan lurus dan rapat ke badan.
Diam dan kira masa sendiri (2-1). Kemudian palingkan muka ke kanan: melainkan
anggota yang nombor satu dalam barisan: serentak dnegan itu, anggota dalam
barisan hadapan angkat tangan ke paras bahu melaluisebelah belakang anggota di
kanannya, gari genggam dalam keadaan ibu jari di kedudukan atas mencecah bahu
anggota di sebelah kanan diam dan kira masa sendiri (2-1) diikuti dengan hentak kaki
kaki (pendek-pendek) sehingga barisan lurus.
Penanda kanan hendaklah diam. Anggota di sebalah kanan barisab tengah dan baris
nelakang hendaklah mengangkat tangan sekadar menyentuh bahu anggota di
hadapannnya. Setiap barisan ini hendaklah berdiri setenteng dengan anggota-
anggota di hadapan, sesudah barisan lurus, smeua diam dan menunggu hukuman
pandang depan

Hukuman:
LURUSKAN…BARISAN

Perbuatan: Pergerakan seperti di atas juga tetapi tidak perlu melangkah ke hadapan,
Cuma hentakkan kaki kanan dan kiri bertururt-turut dan terus bergerak betulkan
barisan. Apabila barisan telah lurus, turunkan tangan dan palingkan muka ke depan
dalam masa sendiri. Barisan yengah dan barisan belakag hendaklaj mengikuti
anggota hadapan.

f. Berpusing ke Kanan/ Kiri/ Belakang

Hukumannya:
BERGERAK KE KANAN, KANAN… PUSING

Perbuatan:
Dengan menetapkan kedua-dua lutut lurus, hendaklah berpusing sebanyak 90 darjah
ke kanan, dia atas tumit kanan dan hujunh kaki kiri dengan mengangkat hujung kaki
kanan dan tumit kaki kiri. Apabila sampai ke hala yang baru tapak kaki kanan terletak
atas bumi menyerong ke kanan dan tumit kaki kiri terangkat. Kedua-dua lutuut lurus,
badan tegak seperti kedudukan sedia. Keberatan badan di atas kaki kanan. Angkat
kaki kiri dan hentak di sebelah kaki kanan dengan pantas kepada kedudukan sedia.

Kesalahan Biasa;

I. Tangan tidak rapat ke badan
II. Hentak kaki tentang kuda
III. Membongkok
IV. Lutut bengkok
V. Angkat peha melebihi 45 darjah

g. Menghadap Kehadapan/ Belakang

Hukumannya:
MENGHADAP KE BELAKANG.. BELAKANG PUSING
MENGHADAP KE HADAPAN … BELAKANG PUSING

Perbuatan:
dengan mentepakan kedua-dua lutut lurus, hendaklah berpusing 180 darjah mengikut
pusingan jam (ikut bahu kanan), dia atas tumit kaki kanan dan hujunh kaki kiri dengan
mengangkat hujung kaki kakanan dan tumit kaki kiri. Apabila sampai ke hala yang baru
tapak kaki kanan terletak atas bumi menyerong ke kanan dan tumit kaki kiri terangkat.
Kedua-dua lutut lurus, badan tegak seperti kedudukan sedia. Keberatan badan di atas
kaki kanan. Angkat kaki kiri dan hentak di sebelah kaki kanan dengan pantas kepada
kedudukan sedia.

Kesalahan Biasa:
I. Tangan tidak rapat
II. Hentak kaki tending kuda

III. Membongkok
IV. Angkat paha melebihi 45 darjah
V. Badan melonjak ketika berpusing

SLAID

LEMBARAN KERJA

31.0 ASAS PERTOLONGAN CEMAS
• Pengertian Pertolongan Cemas:

Pertolongan atau bantuan segera yang bersifat sementara diberikan kepada mangsa yang
mengalami kemalangan atau kecederaan dengan segala kemudahan yang terdapat di tempat
kejadian sebelum ketibaan bantuan perubatan atau sebelum mangsa mendapat rawatan
perubatan yang sempurna.

• Objektif

a. Menyelamat nyawa

b. Mengelak mangsa cedera lebih serius

c. Mengurangkan kesakitan

d. Menguruskan pemindahan ke hospital

• Tujuan dan Prinsip

Rawatan sementara waktu yang diberikan kepada mangsa; sebelum tibanya bantuan
perubatan.

• Tujuan- tujuan Pertolongan Cemas

a) Membantu menyelamatkan nyawa mangsa.

b) Mengelakkan mangsa dari kecederaan yang lebih teruk.

c) Membantu mengurangkan kesakitan atau kesengsaraan mangsa

• Prinsip Pertolongan Cemas

Prinsip-prinsip penting yang patut anda patuhi apabila memberi pertolongan

cemas:

1. Bertindak segera, cekap 3. Hentikan darah jika 5. Jangan gerakkan pesakit

dan penuh keyakinan berdarah melainkan perfus

2. Longgarkan pakaian jika 4. Kurangkan kejutan dan 6. Dapatkan rawatan segera

perlu tenangkan pesakit jika keadaan teruk atau

mencemaskan berhubung

dengan doktor di klinik atau

rumah sakit yang terdekat.

• Jenis Anduh Contoh
Jenis Anduh

Anduh Besar

Anduh Kecil

Anduh Pergelangan Tangan

Anduh Menaik

• Jenis Balutan Anduh Contoh

Jenis Balutan Anduh
ANDUH LENGAN.

1. Bucu atas kain anduh hendaklah diletakkan pada siku lengan yang
tercedera.
2. Kemudian ikatan buku sila diikat pada atas bahu.
3. Bucu atas kain anduh yang diletakkan pada siku tadi boleh dipinkan
atau dilipat ke bahagian dalam untuk lebih kemas.

ANDUH LUTUT
1. Lipat sedikit kain anduh dan letakkannya (seperti gambarajah di
bawah) di atas lutut yang tercedera.
2. Tarik kedua-dua hujung kain anduh melintasi bawah lutut kemudian
ikatkan buku sila pada atas bahagian lutut
3. Tutup ikatan tersebut dengan bucu atas kain anduh untuk lebih
kemas.

ANDUH KEPALA.
1) Lipatkan sedikit kain anduh tersebut dan letakkannya pada atas dahi
mangsa dan biarkan bucu atas kain anduh berada di belakang kepala.
2) Pegang kedua-dua hujung kain anduh dan silang ke belakang
kepala
kemudiandibawa ke dahi dan diikat buku sila.
3) Lipat kain lebihan di belakang untuk lebih kemas.

ANDUH TAPAK KAKI
1. Letakkan tapak kakiyang tercedera di atas kain anduh, kemudian
tarik dan letakkan bucu atas kain anduh di atas kaki.
2. Silangkan kedua-dua bucu hujung kain anduh di atas dan bawah.
3. Ikatan buku sila kemudiannya diikat pada atas pergelangan tangan.
4. Ikatan buku sila diikat pada belakang tumit jika terdapat kecerderaan
pada bahagian kaki yang mesti dibalut.

ANDUH PERGELANGAN TANGAN
1. Letakkan tapak tangan yang tercedera di atas kain anduh, kemudian
tarik dan letakkan bucu atas kain anduh di atas tangan
2. Silangkon kedua-dua bucu hujung
kain anduh di atas dan bawah.
3. Ikatan buku sila kemudian diikat pada atas pergelangan tangan.

• Pertolongan Cemas
1. Melengkapkan satu kotak Pertolongan Cemas persendirian dan
mengetahui penggunaan bahan-bahan yang ada di dalamnya.
2. Mengetahui cara-cara mengambil suhu badan dan denyutan nadi untuk
tindakan dan rawatan selanjutnya.
3. Memberi pertolongan cemas dan bertjndak apabila menghadapi keadaan
tertentu seperti:
o Luka
o Terseliuh
o Muntah-muntah
o Terbakar
o Melecur
o Perut masuk angin
o Sengatan serangga
o Sawan
o Tidak sedar diri.

• Pemulihan Pernafasan
Terdapat 5 cara-cara yang mudah apabila melakukan CPR iaitu DRABC. DRABC
membawa maksud:

DANGER RESPONSE AIRWAY BREATHING CIRCULATION

(BAHAYA) (TINDAK (SALURAN (PERNAFASAN) (PEREDARAN
BALAS) PERNAFASAN) DARAH)
•Situasi • Tindak batas • Melihat dada
bergnatung pesakit. • Teknik mangsa • Tiada
pada • Kejutkan "angkat dahu •Medekatkan pemafasan
•tempat pesakit. tepuk dan angkat pipi saya ke normal,
kejadian. bahu dan kepala" . hidung dan mulakan
• Mengasingkan bertanya •Periksa Iidah mulut mangsa. tekanan di
mangsa "Kamu okey?" ada • Lihat, rasa dada mangsa
darpada menggangu dan dengar
perkara pernafasannya pernafasan
bahaya . selama 10
minit.

SLAID



LEMBARAN KERJA

32.0 TAKWIM DAN RANCANGAN AKTIVITI

RUJUKAN

Nuraina & Tengku. (2021). MPU3062. Retrieved from

file:///C:/Users/user/Downloads/TAJUK%20MINGGU%202%20PPIM.pdf

Nurlyana Ezani. (2019, Jun 6). PUTERI ISLAM (UB) : Carta Organisasi & Kategori

Pangkat. Retrieved from ezadayana.blogspot.com:

https://ezadayana.blogspot.com/2019/06/puteri-islam-carta-organisasi-puteri.html

Rais Wahab. (2013, Feb 24). Pergerakan puteri islam. Retrieved from slideshare.net:

https://www.slideshare.net/tokumong/pergerakan-puteri-islam

Siti Mastura. (2018, Julai 25). 354541861 pengenalan-dan-sejarah-ppim. Retrieved from

slideshare.net: https://www.slideshare.net/SitiMastura3/354541861-

pengenalandansejarahppim

SK Kolapis. (n.d.). SENARAI TANGGUNGJAWAB GURU PEMIMPIN\PENASIHAT.

Retrieved from

https://saidi90107.tripod.com/sitebuildercontent/sitebuilderfiles/puteriislam.pdf

Unit Kokurikulum SK Tasik Damai. (2012, Januari 10). BUKU LOG PPIM. Retrieved from

unitkokosktd.blogspot.com: http://unitkokosktd.blogspot.com/2012/01/buku-
logppim.html


Click to View FlipBook Version