The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Modul Pendidikan Moral Tahun 4 - Membalik Buku Halaman 1-50 _ AnyFlip

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by profcomot, 2024-04-14 21:42:36

Modul Pendidikan Moral Tahun 4 - Membalik Buku Halaman 1-50 _ AnyFlip

Modul Pendidikan Moral Tahun 4 - Membalik Buku Halaman 1-50 _ AnyFlip

MODUL PENGAJARAN * Bagi tajuk-tajuk terpilih KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (SEMAKAN 2017) PENDIDIKAN MORAL TAHUN 4 BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (SEMAKAN 2017) PENDIDIKAN MORAL TAHUN 4 * Bagi tajuk-tajuk terpilih BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


1 TEMA: SAYA DAN JIRAN ISI KANDUNGAN MUKA SURAT 3.0 TANGGUNGJAWABKU BERSAMA JIRAN Tanggungjawabku Bersama-sama Jiran 1 Tanggungjawab Sebagai Jiran 9 4.0 BERTERIMA KASIH TERHADAP JIRAN Berterima Kasih Amalan Mulia 17 Berterima Kasih Amalan Kita 27 5.0 BERADAB SOPAN DAN BERBUDI PEKERTI MULIA TERHADAP JIRAN Beradab Sopan Terhadap Jiran 36 Perlakuan Beradab Sopan Terhadap Jiran 43 6.0 HORMATI JIRAN Marilah Hormat Jiran 50 Hormat Sesama Jiran 58 7.0 SAYANGI JIRAN Sayangi Jiran 65 Mari Sayangi Jiran 72 8.0 TINDAKAN YANG ADIL TERHADAP JIRAN Bersikap Adil Terhadap Jiran 80 Adil Terhadap Jiran 86 PANEL KAWAL MUTU 95


2 TEMA: SAYA DAN JIRAN


MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KSSR TAHUN 4 1 TEMA: SAYA DAN JIRAN Nilai bertanggungjawab adalah kesanggupan diri seseorang untuk memikul dan melaksanakan tugas serta kewajipan dengan sempurna. Modul pengajaran dan pembelajaran ini menyatakan tanggungjawab yang boleh dilaksanakan terhadap jiran. Guru hendaklah memastikan ketiga-tiga domain iaitu penaakulan moral, emosi moral dan perlakuan moral ini dikembangkan bersama dengan nilai bertanggungjawab dalam aktiviti yang dijalankan. Tajuk: Tanggungjawabku Bersama-sama Jiran Masa: 1 jam Bahan Bantu Belajar: Video, gambar, peta minda, kad situasi dan lembaran kerja. Standard Pembelajaran: 3.1, 3.2, 3.4, 3.5 Objektif Pembelajaran: Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat: i. Memberikan tiga contoh situasi bertanggungjawab terhadap jiran. ii. Menghuraikan tiga cara menjalankan tanggungjawab terhadap jiran. iii. Mengekspresikan perasaan apabila dapat menjalankan tanggungjawab terhadap jiran. iv. Bertanggungjawab terhadap jiran dengan membuat aktiviti berkaitan kebajikan jiran. 3.0 TANGGUNGJAWAB TERHADAP JIRAN


MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KSSR TAHUN 4 2 TEMA: SAYA DAN JIRAN Strategi Pengajaran: Langkah Pengajaran Catatan Set Induksi (5 minit) i) Murid melihat klip video yang ditayangkan oleh guru bertajuk 'Tanggungjawab Individu Terhadap Jiran Untuk Memupuk Semangat Kejiranan’. http://www.1src.com/video/t_8P5JWvTDoLA ii) Murid berbincang tentang tanggungjawab sebagai seorang jiran. Youtube: ’Tanggungjawab Individu Terhadap Jiran Untuk Memupuk Semangat Kejiranan’ Langkah 1 (10 minit) i) Murid meneliti gambar berkaitan tanggungjawab terhadap jiran (Lampiran 1). ii) Murid menerangkan situasi gambar tersebut. iii) Murid menyatakan tiga contoh situasi tanggungjawab terhadap jiran selain daripada gambar di atas. Langkah 2 (15 minit) i) Murid secara berkumpulan menyediakan peta minda berkaitan cara menjalankan tanggungjawab terhadap jiran (Lampiran 2). ii) Murid membentangkan hasil perbincangan dalam kumpulan. iii) Murid menyatakan perasaan apabila dapat menjalankan tanggungjawab terhadap jiran. Peta pemikiran Langkah 3 (15 minit) i) Murid secara berkumpulan membuat simulasi cara menjalankan tanggungjawab terhadap jiran. ii) Guru bersoal jawab bersama murid berkaitan dengan cara menjalankan tanggungjawab terhadap jiran seperti: a. Bagaimanakah cara kamu menunjukkan nilai tanggungjawab sebagai jiran? b. Jelaskan perkara-perkara yang perlu dielak semasa menjalankan tanggungjawab terhadap jiran. Aktiviti Penilaian (10 minit) i) Murid melengkapkan lembaran kerja berkaitan tanggungjawab sebagai seorang jiran (Lampiran 3) beradasakan pengalaman mereka. 3.0 TANGGUNGJAWAB TERHADAP JIRAN


MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KSSR TAHUN 4 3 TEMA: SAYA DAN JIRAN Aktiviti Pemulihan i) Murid menentukan ciri-ciri bertanggungjawab terhadap jiran dalam lembaran kerja yang disediakan (Lampiran 4). Aktiviti Pengayaan i) Murid menulis ayat tentang tanggungjawab terhadap jiran berpandukan gambar (Lampiran 5). Rumusan (5 minit) i) Murid dibimbing merumuskan tajuk pembelajaran dengan menekankan tanggungjawab sebagai seorang jiran.


MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KSSR TAHUN 4 4 TEMA: SAYA DAN JIRAN Arahan: Teliti gambar di bawah. Terangkan perlakuan tanggungjawab terhadap jiran. 3.0 TANGGUNGJAWAB TERHADAP JIRAN Lampiran 1


MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KSSR TAHUN 4 5 TEMA: SAYA DAN JIRAN Arahan: Lengkapkan peta minda di bawah. Cara Menjalankan Tanggungjawab Terhadap Jiran Menyiram pokok bunga jiran semasa ketiadaannya. 3.0 TANGGUNGJAWAB TERHADAP JIRAN Lampiran 2


MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KSSR TAHUN 4 6 TEMA: SAYA DAN JIRAN PENILAIAN Arahan: Lengkapkan ayat di bawah. 1. Jiran kami telah dijangkiti demam denggi. Ibu dan saya telah __ tersebut. 2. Encik Wong telah menjemput kami sekeluarga untuk menghadiri ______________________ anaknya. 3. Sebagai seorang jiran yang bertanggungjawab saya ___ tidak bermoral kepada Pengerusi Persatuan Penduduk. 4. Ibu menasihati saya supaya selalu ____ yang memerlukan bantuan. 5. Siti sentiasa ____________________ kawasan kejiranannya dengan tidak membuang sampah di merata tempat. 6. Saran sentiasa membantu jirannya ______________________ pada waktu malam sekiranya mereka pulang ke kampung. membantu jiran majlis hari lahir menziarahi jiran melaporkan kegiatan 3.0 TANGGUNGJAWAB TERHADAP JIRAN Lampiran 3 memasang lampu menjaga kebersihan


MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KSSR TAHUN 4 7 TEMA: SAYA DAN JIRAN PEMULIHAN Arahan : Tandakan ( √ ) pada ciri-ciri bertanggungjawab terhadap jiran dan ( x ) pada ciri-ciri yang sebaliknya. 1. Menyiram pokok bunga semasa ketiadaan jiran. ( ) 2. Menjaga keselamatan rumah jiran ketika mereka ke luar negeri. ( ) 3. Membiarkan kucing peliharaan jiran kelaparan walaupun telah dipesan oleh jirannya. ( ) 4. Membiarkan anak-anak jiran bermain dan berkeliaran semasa ibu bapa mereka tiada di rumah. ( ) 5. Memberitahu ibu bapa apabila melihat ada pencuri cuba memasuki rumah jirannya. ( ) Lampiran 4 3.0 TANGGUNGJAWAB TERHADAP JIRAN


MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KSSR TAHUN 4 8 TEMA: SAYA DAN JIRAN PENGAYAAN Arahan: Bina ayat lengkap tentang tanggungjawab terhadap jiran berpandukan gambar. 1. __________________________________________________________________________ 2. __________________________________________________________________________ 3.0 TANGGUNGJAWAB TERHADAP JIRAN Lampiran 5


MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KSSR TAHUN 4 9 TEMA: SAYA DAN JIRAN Tajuk: Tanggungjawab Sebagai Jiran Masa: 1 Jam Bahan Bantu Belajar: Peta minda, sampul surat misteri, mobail dan lembaran kerja. Standard Pembelajaran: 3.2, 3.3, 3.5 Objektif Pembelajaran: Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat: i. Menghuraikan tiga cara menjalankan tanggungjawab terhadap jiran. ii. Menyenaraikan tiga kepentingan melaksanakan tanggungjawab terhadap jiran. iii. Melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang jiran. Strategi Pengajaran: Langkah Pengajaran Catatan Set Induksi (5 minit) i) Murid melengkapkan peta minda di hadapan kelas tentang contoh perlakuan bertanggungjawab terhadap jiran (Lampiran 1). Peta pemikiran Langkah 1 (10 minit) i) Murid menjalankan aktiviti main peranan berkaitan cara menjalankan tanggungjawab terhadap jiran (Lampiran 2). ii) Murid menerangkan cara menjalankan tanggungjawab terhadap jiran. Langkah 2 (25 minit) i) Murid membuat sumbang saran tentang kepentingan melaksanakan tanggungjawab terhadap jiran. ii) Murid secara berkumpulan menghasilkan mobail tentang kepentingan melaksanakan tanggungjawab terhadap jiran dan membentangkannya di hadapan kelas (Lampiran 3). Kolaborasi Penilaian (15 minit) i) Murid menjawab soalan berdasarkan silang kata yang diberi (Lampiran 4). Aktiviti Pemulihan i) Murid melengkapkan senarai semak berkaitan tanggungjawab terhadap jiran (Lampiran 5). 3.0 TANGGUNGJAWAB TERHADAP JIRAN


MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KSSR TAHUN 4 10 TEMA: SAYA DAN JIRAN Aktiviti Pengayaan i) Murid menyenaraikan tiga tanggungjawab terhadap jiran dan kepentingannya (Lampiran 6). Rumusan (5 minit) i) Murid dibimbing dalam merumuskan tajuk pembelajaran berkaitan tanggungjawab sebagai seorang jiran. 3.0 TANGGUNGJAWAB TERHADAP JIRAN


MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KSSR TAHUN 4 11 TEMA: SAYA DAN JIRAN Arahan: Lengkapkan peta minda di bawah. Contoh Perlakuan Bertanggungjawab Terhadap Jiran memberi bantuan ketika jiran memerlukannya Lampiran 1 3.0 TANGGUNGJAWAB TERHADAP JIRAN


MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KSSR TAHUN 4 12 TEMA: SAYA DAN JIRAN Arahan: Jalankan aktiviti main peranan berkaitan cara menjalankan tanggungjawab terhadap jiran. Situasi 1: Menjaga Perasaan Jiran Darren memasang radio dengan perlahan walaupun lagu yang sedang berkumandang dalam radio merupakan lagu kegemarannya. Ini kerana dia amat prihatin terhadap jirannya yang baru kematian suami. Situasi 2: Berkunjung ke Rumah Jiran Saya dan keluarga berkunjung ke rumah jiran beragama Buddha yang menjemput kami sekeluarga untuk memeriahkan sambutan Tahun Baharu Cina. Situasi 3: Prihatin Myra membantu jirannya menyapu daun-daun kering di halaman rumah jirannya sehingga bersih ketika jirannya pulang ke kampung. Lampiran 2 3.0 TANGGUNGJAWAB TERHADAP JIRAN


MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KSSR TAHUN 4 13 TEMA: SAYA DAN JIRAN Arahan: Hasilkan mobail tentang kepentingan melaksanakan tanggungjawab terhadap jiran. Lampiran 3 3.0 TANGGUNGJAWAB TERHADAP JIRAN


MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KSSR TAHUN 4 14 TEMA: SAYA DAN JIRAN PENILAIAN Arahan: Lengkapkan silang kata di bawah dengan jawapan yang betul. 6. E 4. 1. N A N 5. K 3. N M L R 2. M G N Melintang 1. Amelia ___________ pakaian di ampaian setelah dipesan oleh jirannya yang sedang bekerja. 2. Jangan _____________ sampah di kawasan rumah jiran. 3. Maryam ditugaskan oleh ibunya untuk _____________ pokok bunga jirannya semasa mereka tiada di rumah. Menegak 4. Prateeba dan ayahya ____________ jirannya yang sakit ke Hospital Ipoh . 5. Najhan akan ______________ semua peralatan pertukangan jirannya selepas menggunakannya. 6. Keshal ________________ kerosakan buaian di taman permainan kepada pengerusi kawasan perumahannya. Lampiran 4 3.0 TANGGUNGJAWAB TERHADAP JIRAN


MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KSSR TAHUN 4 15 TEMA: SAYA DAN JIRAN PEMULIHAN Arahan: Lengkapkan senarai semak berkaitan tanggungjawab terhadap jiran dengan menulis jawapan Ya atau Tidak. BIL AKTIVITI YA/TIDAK 1 Memberi ucapan salam kepada jiran. 2 Membantu menjaga anak jiran di taman permainan. 3 Melaporkan kes kecurian yang dilihat di rumah jiran kepada ibu bapa. 4 Melibatkan diri dalam program kejiranan. 5 Memberi makan kepada haiwan peliharaan jiran semasa jiran pulang ke kampung. 6 Menziarahi jiran yang sakit di hospital. Lampiran 5 3.0 TANGGUNGJAWAB TERHADAP JIRAN


MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KSSR TAHUN 4 16 TEMA: SAYA DAN JIRAN PENGAYAAN Arahan: Senaraikan tiga tanggungjawab terhadap jiran dan kepentingannya. BIL TANGGUNGJAWAB TERHADAP JIRAN KEPENTINGAN 1 Menyalakan lampu di hadapan rumah jiran pada waktu malam semasa ketiadaannya. Mengelakkan rumah jiran dimasuki pencuri. 2 3 4 Lampiran 6 3.0 TANGGUNGJAWAB TERHADAP JIRAN


MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KSSR TAHUN 4 17 TEMA: SAYA DAN JIRAN PENGENALAN Nilai berterima kasih merupakan perasaan dan perlakuan untuk menunjukkan pengiktirafan dan penghargaan terhadap jiran. Modul ini berkaitan amalan berterima kasih terhadap jiran, mengenal pasti kepentingannya dan menganalisis kesan pengabaian amalan ini di samping mengukuhkan lagi amalan berterima kasih dalam kalangan jiran. Guru hendaklah memastikan ketiga-tiga domain iaitu penaakulan moral, emosi moral dan perlakuan moral ini dikembangkan bersama dengan nilai berterima kasih dalam aktiviti yang dijalankan. Tajuk: Berterima Kasih Amalan Mulia Masa: 60 minit Bahan Bantu Belajar: Lembaran kerja, kad situasi, cerita pendek dan peta buih. Standard Pembelajaran: 4.2, 4.3, 4.5 Objektif Pembelajaran: Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat: i. Menjelaskan dua kepentingan berterima kasih terhadap jiran. ii. Meramalkan dua kesan pengabaian amalan berterima kasih terhadap jiran. iii. Mengamalkan sikap berterima kasih terhadap jiran. 4.0 BERTERIMA KASIH TERHADAP JIRAN


MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KSSR TAHUN 4 18 TEMA: SAYA DAN JIRAN Strategi Pengajaran: Langkah Pengajaran Catatan Set Induksi (5 minit) i) Murid mendengar satu cerita pendek bertajuk ’Kerbau dan Buaya’ (Lampiran 1). ii) Murid menjawab soalan-soalan berkaitan cerita pendek (Lampiran 1). iii) Murid mengaitkan cerita pendek dengan nilai berterima kasih terhadap jiran. Komunikasi Langkah 1 (10 minit) i) Murid membentuk kumpulan dan melengkapkan peta buih dengan cara mereka berterima kasih terhadap jiran (Lampiran 2). ii) Murid menjalankan jelajah minda untuk mengetahui cara berterima kasih terhadap jiran. Peta pemikiran Pemikiran kritis Langkah 2 (15 minit) i) Murid diagihkan kepada beberapa kumpulan. ii) Wakil dari setiap kumpulan akan memilih satu situasi berkaitan tentang jiran (Lampiran 3). iii) Wakil setiap kumpulan menyatakan kepentingan sikap berterima kasih terhadap jiran. iv) Murid mengekspresikan perasaan apabila dapat mengucapkan terima kasih kepada jiran. Pemikiran kritis Langkah 3 (15 minit) i) Murid membaca satu situasi yang diedarkan dan berbincang secara berpasangan tentang sikap jiran yang tidak berterima kasih selepas menerima bantuan (Lampiran 4). ii) Murid meramalkan kesan pengabaian amalan berterima kasih sesama jiran dan menghasilkannya dalam bentuk peta minda . iii) Murid melakonkan cara mereka boleh berterima kasih dengan jiran. Pemikiran kritis Penilaian (10 minit) i) Murid melengkapkan lembaran kerja yang disediakan (Lampiran 5). Aktiviti Pemulihan i) Murid menandakan (√) pada pernyataan yang betul dan (x) pada pernyataan yang salah (Lampiran 6). 4.0 BERTERIMA KASIH TERHADAP JIRAN


MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KSSR TAHUN 4 19 TEMA: SAYA DAN JIRAN Aktiviti Pengayaan i) Murid melengkapkan kad situasi berkaitan dengan nilai berterima kasih (Lampiran 7). Rumusan (5 minit) i) Murid dibimbing dalam merumuskan tentang tajuk pembelajaran tentang cara berterima kasih kepada jiran. 4.0 BERTERIMA KASIH TERHADAP JIRAN


MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KSSR TAHUN 4 20 TEMA: SAYA DAN JIRAN \ KERBAU DAN BUAYA Berikut adalah soalan-soalan yang dikemukakan kepada murid: 1. Apakah nilai yang diamalkan oleh kerbau? 2. Apakah nilai yang diamalkan oleh buaya? 3. Mengapakah kita tidak patut bersikap seperti buaya? 4. Apakah sikap yang patut diamalkan oleh buaya? Lampiran 1 Pada suatu hari, seekor buaya tersepit di bawah sebatang kayu balak. Buaya itu menangis teresak-esak. Seekor kerbau membantu mengangkat kayu balak tersebut dan melepaskan buaya yang tersepit. Selepas itu, buaya terus menggigit kaki kerbau yang membantunya. 4.0 BERTERIMA KASIH TERHADAP JIRAN


MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KSSR TAHUN 4 21 TEMA: SAYA DAN JIRAN Arahan: Lengkapkan peta buih di bawah dengan cara-cara berterima kasih terhadap jiran. Lampiran 2 4.0 BERTERIMA KASIH TERHADAP JIRAN Cara-Cara Berterima Kasih Terhadap Jiran


MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KSSR TAHUN 4 22 TEMA: SAYA DAN JIRAN Situasi 1 Seorang jiran yang bekerja sebagai doktor sanggup merawat jirannya ketika kecemasan. Situasi 4 Memberi kad ucapan hari lahir kepada anak jiran yang menyambut hari lahir. Situasi 3 Mengajar anak jiran yang lemah dalam akademik ketika masa lapang. Lampiran 3 Situasi 2 Seorang pekebun sanggup berkongsi hasil tanaman dengan jiran-jirannya. 4.0 BERTERIMA KASIH TERHADAP JIRAN


MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KSSR TAHUN 4 23 TEMA: SAYA DAN JIRAN Situasi SITUASI TIDAK BERTERIMA KASIH KESAN MENGABAIKAN AMALAN BERTERIMA KASIH TERHADAP JIRAN 1. Jiran menghantar anak ke sekolah ketika diminta hantar. 1. 2. Jiran menyiram pokok bunga ketika keluarga anda balik kampung. 2. 3. Tidak memenuhi undangan ke majlis perkahwinan. 3. Lampiran 4 4.0 BERTERIMA KASIH TERHADAP JIRAN Keluarga anda sering membantu jiran anda dalam pelbagai cara. Tetapi jiran anda tidak pernah berterima kasih terhadap keluarga anda. Ramalkan kesan jika kita mengabaikan amalan berterima kasih terhadap jiran.


MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KSSR TAHUN 4 24 TEMA: SAYA DAN JIRAN PENILAIAN Arahan: Isi tempat kosong dengan perkataan yang sesuai. 1. Kita perlu _______________________ atas bantuan yang kita terima. 2. Sikap berterima kasih akan __________________ hubungan sesama jiran. 3. Saya berasa ____________________ apabila jiran mengucapkan terima kasih atas bantuan yang diberikan. 4. Amalan berterima kasih akan menyemai sikap ________________ dengan jiran. 5. Jiran yang tidak mengamalkan amalan berterima kasih akan menimbulkan ______________ sesama mereka. Lampiran 5 4.0 BERTERIMA KASIH TERHADAP JIRAN ketegangan berterima kasih mengeratkan gembira mesra


MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KSSR TAHUN 4 25 TEMA: SAYA DAN JIRAN PEMULIHAN Arahan: Tandakan ( √ ) pada pernyataan yang betul dan ( x ) pada pernyataan yang salah. 1. Sebagai jiran, kita sentiasa berterima kasih kepada jiran yang sering membantu kita. ( ) 2. Rahim sering bercakap buruk tentang rakannya dari satu taman walaupun rakannya sering membantu dalam kerja rumah yang diberikan oleh guru. ( ) 3. Ucapan terima kasih tidak perlu diucapkan kepada kanak-kanak jiran. ( ) 4. Datuk Rahim selalu membelikan buah-buahan untuk keluarga John sebagai penghargaan bantuan ayah mereka yang selalu menghantar ke hospital. ( ) 5. Kita berkongsi makanan ketika sambutan majlis hari keluarga yang diadakan sempena menghargai warga taman perumahan yang berjasa. ( ) Lampiran 6 4.0 BERTERIMA KASIH TERHADAP JIRAN


MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KSSR TAHUN 4 26 TEMA: SAYA DAN JIRAN PENGAYAAN Arahan: Isikan jawapan yang betul. KAD SITUASI 1 Membantu anak jiran menyiapkan Projek Sains Sekolah Bentuk penghargaan i. ______________________________ ii.______________________________ Perasaan _______________________________ KAD SITUASI 2 Jiran membantu anda yang terlibat dalam kemalangan basikal dan mengalami kecederaan Bentuk penghargaan i. ______________________________ ii.______________________________ Perasaan _______________________________ Lampiran 7 4.0 BERTERIMA KASIH TERHADAP JIRAN


MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KSSR TAHUN 4 27 TEMA: SAYA DAN JIRAN Tajuk: Berterima Kasih Amalan Kita Masa: 60 minit Bahan Bantu Belajar: Gambar, peta minda bergambar, keratan akhbar dan lembaran kerja. Standard Pembelajaran: 4.1, 4.2, 4.4 Objektif Pembelajaran: Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat: i. Menyenaraikan dua cara berterima kasih terhadap jiran. ii. Menjelaskan dua kepentingan berterima kasih terhadap jiran. iii. Mengekspresikan perasaan apabila dapat berterima kasih terhadap jiran. Strategi Pengajaran: Langkah Pengajaran Catatan Set Induksi (5 minit) i) Murid meneliti gambar berkaitan amalan berterima kasih terhadap jiran (Lampiran 1). ii) Murid mengaitkan amalan berterima kasih terhadap jiran dalam kehidupan harian. Langkah 1 (10 minit) i) Murid ditunjukkan satu peta minda bergambar tentang aktiviti bersama jiran (Lampiran 2). Cth: Gambar 1 - Membantu jiran dalam persediaan majlis sambutan hari jadi. Gambar 2 - Jiran menjaga kucing peliharaan. Gambar 3 - Menziarahi jiran yang jatuh sakit. Gambar 4 - Membantu jiran baru mengangkat barang. ii) Murid bersoal jawab mengenai gambar-gambar yang ditunjukkan dan menyatakan cara berterima kasih terhadap jiran. iii) Murid melakonkan cara berterima kasih dalam situasi yang ditunjukkan di atas. Peta pemikiran Langkah 2 (15 minit) i) Murid diminta membentuk kumpulan dan diagihkan satu keratan akhbar berkaitan situasi membantu jiran dalam kebakaran. ii) Murid bersoal jawab tentang berita dalam keratan akhbar (Lampiran 3). iii) Dalam kumpulan, murid menulis satu peristiwa (pengalaman) yang membolehkan murid berterima kasih terhadap jiran. iv) Wakil dari setiap kumpulan akan membentangkan hasil kumpulan mereka secara kreatif dengan mengaitkan nilai berterima kasih terhadap jiran. Kreativiti 4.0 BERTERIMA KASIH TERHADAP JIRAN


MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KSSR TAHUN 4 28 TEMA: SAYA DAN JIRAN Langkah 3 (10 minit) i) Murid secara kumpulan melengkapkan peta minda tentang kepentingan berterima kasih (Lampiran 4). ii) Murid membentangkan hasil perbincangan kumpulan di hadapan kelas. Peta pemikiran Penilaian (15 minit) i) Murid melengkapkan lembaran kerja yang disediakan (Lampiran 5). Aktiviti Pemulihan i) Murid menandakan ( √ ) pada pernyataan yang betul dan ( x ) pada pernyataan yang salah (Lampiran 6). Aktiviti Pengayaan i) Murid melengkapkan jadual dengan mengisi cara dan kepentingan amalan berterima kasih (Lampiran 7). Rumusan (5 minit) i) Murid dibimbing dalam merumuskan tentang amalan berterima kasih terhadap jiran dan kepentingannya dalam masyarakat majmuk. 4.0 BERTERIMA KASIH TERHADAP JIRAN


MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KSSR TAHUN 4 29 TEMA: SAYA DAN JIRAN Arahan: Teliti gambar di bawah. Kaitkan gambar tersebut dengan amalan berterima kasih terhadap jiran. Lampiran 1 4.0 BERTERIMA KASIH TERHADAP JIRAN


MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KSSR TAHUN 4 30 TEMA: SAYA DAN JIRAN PETA MINDA BERGAMBAR Gambar 1 - Membantu jiran dalam persediaan majlis sambutan hari jadi. Gambar 2 - Jiran menjaga kucing peliharaan. Gambar 3 - Menziarahi jiran yang jatuh sakit. Gambar 4 - Membantu jiran baru mengangkat barang. Gambar 1 Gambar 2 Gambar 3 Gambar 4 Lampiran 2 Aktiviti Bersama Jiran 4.0 BERTERIMA KASIH TERHADAP JIRAN


MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KSSR TAHUN 4 31 TEMA: SAYA DAN JIRAN KERATAN AKHBAR Lampiran 3 4.0 BERTERIMA KASIH TERHADAP JIRAN


MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KSSR TAHUN 4 32 TEMA: SAYA DAN JIRAN Arahan: Lengkapkan peta minda di bawah dengan jawapan yang sesuai. Lampiran 4 Kepentingan berterima kasih Kepentingan berterima kasih Kepentingan berterima kasih Cara berterima kasih Cara berterima kasih Cara berterima kasih AMALAN BERTERIMA KASIH 4.0 BERTERIMA KASIH TERHADAP JIRAN


MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KSSR TAHUN 4 33 TEMA: SAYA DAN JIRAN PENILAIAN Arahan: Isikan jawapan yang betul. Pada suatu hari, keluarga Ramu terpaksa balik kampung kerana ada kecemasan di kampung. Ketika ketiadaan keluarga Ramu, jirannya Puan Ramlah mengangkat kain jemuran, menjaga kucing peliharaan, menyimpan surat khabar dan menjaga keselamatan rumah jirannya. 1. Senaraikan cara Ramu berterima kasih terhadap bantuan Puan Ramlah. i) _____________________________________________________________________________ ii) _____________________________________________________________________________ iii) _____________________________________________________________________________ 2. Jelaskan kepentingan berterima kasih kepada jiran. i) _____________________________________________________________________________ ii) _____________________________________________________________________________ iii) _____________________________________________________________________________ Lampiran 5 4.0 BERTERIMA KASIH TERHADAP JIRAN


MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KSSR TAHUN 4 34 TEMA: SAYA DAN JIRAN PEMULIHAN Arahan: Tandakan ( √ ) pada pernyataan yang betul dan ( x ) pada pernyataan yang salah. 1. Setiap kali Puan Rani memberikan kuih-muih kepada kami sekeluarga, saya akan mengucapkan terima kasih. ( ) 2. Rahim tidak menghargai sumbangan pengawal keselamatan yang menjaga kawasan perumahannya. ( ) 3. Saya tidak suka ibu menjemput jiran saya ke majlis hari jadi saya walaupun dia sering membantu kami. ( ) 4. Kita harus menghargai ketua kampung yang banyak mengadakan aktiviti kejiranan. ( ) 5. Memberi kad ucapan ketika perayaan adalah satu cara berterima kasih kepada jiran. ( ) Lampiran 6 4.0 BERTERIMA KASIH TERHADAP JIRAN


MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KSSR TAHUN 4 35 TEMA: SAYA DAN JIRAN PENGAYAAN Arahan: Lengkapkan jadual di bawah dengan jawapan yang sesuai. Bil Pernyataan Cara Berterima kasih Kepentingan Berterima kasih 1 Ketua Kampung banyak berjasa demi kebaikan dan kebajikan penduduk kampung. 2 Sejak pasukan keselamatan menjaga keselamatan kawasan perumahan Taman Makmur, tidak lagi berlaku kecurian di kawasan perumahan tersebut. 3 Encik Rahim sering membantu jirannya Encik Chong. Setiap kali keluarga Chong mengadakan majlis bagi menghargai sumbangan beliau. 4 Ketika ayah Selvi dimasukkan ke hospital, jirannya Puan Lim menjaga Selvi dan adiknya yang berada di rumah. 5 Jiran kami, Encik Rosli akan turut memotong rumput di hadapan rumah kami ketika beliau memotong rumput di halaman rumahnya. Lampiran 7 4.0 BERTERIMA KASIH TERHADAP JIRAN


MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KSSR TAHUN 4 36 TEMA: SAYA DAN JIRAN Nilai hemah tinggi merujuk kepada beradab sopan dan berbudi pekerti mulia. Modul pengajaran dan pembelajaran ini menyatakan hemah tinggi yang boleh diamalkan terhadap jiran. Guru hendaklah memastikan ketiga-tiga domain iaitu penaakulan moral, emosi moral dan perlakuan moral ini dikembangkan bersama dengan nilai hemah tinggi dalam aktiviti yang dijalankan. Tajuk: Beradab Sopan Terhadap Jiran Masa: 60 minit/1jam Bahan Bantu Belajar: Kad imbasan/soalan, lembaran arahan kuiz dan loceng masa. Standard Pembelajaran: 5.1, 5.2, 5.3, 5.5. Objektif Pembelajaran: Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat: i. Memberikan tiga contoh berhemah tinggi terhadap jiran. ii. Menjelaskan tiga cara berhemah tinggi terhadap jiran. iii. Menaakul dua kepentingan berhemah tinggi terhadap jiran. iv. Menunjukkan perlakuan yang sopan terhadap jiran. 5.0 BERADAB SOPAN DAN BERBUDI PEKERTI MULIA TERHADAP JIRAN


MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KSSR TAHUN 4 37 TEMA: SAYA DAN JIRAN Strategi Pengajaran: Langkah Pengajaran Catatan Set Induksi (5 minit) i) Murid menjawab soalan-soalan guru seperti berikut: a) Ceritakan perlakuan berhemah tinggi jiran anda. b) Apakah tindakan anda jika jiran anda tidak bersikap hemah tinggi terhadap anda? ii) Murid menyatakan tentang jiran idaman mereka. Langkah 1 (15 minit) i) Murid menjalankan aktiviti ’Hentian Bas’ (Bus Stop) mengenai caracara berhemah tinggi terhadap jiran. ii) Murid secara kumpulan menjelaskan cara-cara berhemah tinggi terhadap jiran. Hentian Bas (PAK21) Langkah 2 ( 12 minit) i) Juru kuiz membacakan arahan kepada murid-murid sebelum murid mengambil bahagian dalam pertandingan kuiz (Lampiran 1). ii) Pertandingan kuiz (Lampiran 2) dijalankan secara kumpulan.Kumpulan yang mendapat markah paling tinggi diberi hadiah. iii) Guru mengulas pencapaian murid dalam pertandingan kuiz tersebut. Langkah 3 (13 minit) i) Murid menjalankan teater forum tentang perlakuan adab sopan berdasarkan situasi kejiranan yang diberikan oleh guru Aktiviti Penilaian (10 minit) i) Murid melengkapkan lembaran kerja berkaitan kepentingan hemah tinggi terhadap jiran (Lampiran 3). Aktiviti Pemulihan i) Murid memadankan frasa dan menyalin semula ayat dengan betul (Lampiran 4). Aktiviti Pengayaan i) Murid membina ayat berpandukan gambar yang diberikan (Lampiran 5). Rumusan (5 minit) i) Murid dibimbing dalam merumuskan tajuk pembelajaran dengan menekankan cara dan kepentingan beradab sopan dan berbudi pekerti mulia terhadap jiran. 5.0 BERADAB SOPAN DAN BERBUDI PEKERTI MULIA TERHADAP JIRAN


MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KSSR TAHUN 4 38 TEMA: SAYA DAN JIRAN Arahan Kuiz 1. Anda dikehendaki mendengar soalan kuiz. 2. Anda perlu mengangkat kad trafik hijau untuk menjawab soalan kuiz. 3. Selepas itu anda dikehendaki menjawab soalan kuiz. 4. Masa menjawab setiap soalan ialah selama 20 saat. 5. Anda dibenarkan berbincang bersama ahli kumpulan dalam jangka masa yang diberikan. 6. Setiap jawapan yang betul akan diberi 5 markah. 7. Kumpulan yang memperolehi markah yang tinggi dikira pemenang. Soalan Kuiz 1. Apakah yang dimaksudkan dengan jiran? 2. Apakah yang kamu perlu lakukan apabila berkunjung ke rumah jiran? 3. Nyatakan satu aktiviti yang sesuai untuk mengeratkan hubungan dengan jiran. 4. Apakah kepentingan berhemah tinggi terhadap jiran? 5. Kita hendaklah ________________ apabila berinteraksi dengan orang lain. a) bersopan b) sombong c) kasar 6. Kita perlu mengucapkan ____________________ apabila menerima bantuan daripada jiran. a) terima kasih b) selamat pagi 7. Semangat kejiranan memupuk sikap saling______________________ sesama penduduk. a) memahami b) memarahi 8. ❖ Berbudi bahasa dalam pertuturan ❖ Saling hormat-menghormati Lampiran 2 Lampiran 1 5.0 BERADAB SOPAN DAN BERBUDI PEKERTI MULIA TERHADAP JIRAN


MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KSSR TAHUN 4 39 TEMA: SAYA DAN JIRAN Ciri-ciri di atas merupakan nilai __________________ a) Kepercayaan kepada Tuhan b) Hemah tinggi c) Tanggungjawab 9. . Pertuturan berhemah ialah: a) Selamat pagi puan. Boleh saya bantu? b) Saya sibuk sekarang. Puan datang esoklah! 10. Nyatakan 3 kebaikan amalan berhemah tinggi dalam perhubungan dengan jiran. a) ____________________________________________________________ b) ____________________________________________________________ c) ____________________________________________________________ Kamu bekerja di bahagian kaunter khidmat pelanggan di sebuah pasar raya. Jiran anda berjumpa dengan anda. 5.0 BERADAB SOPAN DAN BERBUDI PEKERTI MULIA TERHADAP JIRAN


MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KSSR TAHUN 4 40 TEMA: SAYA DAN JIRAN PENILAIAN Arahan: Isikan jawapan yang sesuai. Berdasarkan gambar di atas nyatakan tiga kepentingan berhemah tinggi terhadap jiran. ➢ ________________________________________________________________ ➢ ________________________________________________________________ ➢ ________________________________________________________________ Lampiran 3 5.0 BERADAB SOPAN DAN BERBUDI PEKERTI MULIA TERHADAP JIRAN


MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KSSR TAHUN 4 41 TEMA: SAYA DAN JIRAN Arahan : Padankan frasa dengan betul kemudian salin semula ayat tersebut. 1. 2. 3. 4. 1._______________________________________________________________________________ 2._______________________________________________________________________________ 3._______________________________________________________________________________ 4._______________________________________________________________________________ Ciri-ciri seorang yang berhemah tinggi Apabila jiran memerlukan bantuan kecemasan Semasa menghadiri majlis perkahwinan jiran adalah menggunakan bahasa yang sopan dan berbudi pekerti mulia kita haruslah membantunya sertamerta pertuturan dan tingkah laku yang mulia bersama jiran Kita perlu mengamalkan kita haruslah berbudi bahasa dalam interaksi Lampiran 4 5.0 BERADAB SOPAN DAN BERBUDI PEKERTI MULIA TERHADAP JIRAN


MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KSSR TAHUN 4 42 TEMA: SAYA DAN JIRAN Arahan: Bina ayat berdasarkan gambar di bawah dengan mengaitkan nilai hemah tinggi terhadap jiran. 1. _____________________________________ 2. _____________________________________ 3. ______________________________________ 4. ______________________________________ Lampiran 5 5.0 BERADAB SOPAN DAN BERBUDI PEKERTI MULIA TERHADAP JIRAN


MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KSSR TAHUN 4 43 TEMA: SAYA DAN JIRAN Tajuk: Perlakuan Beradab Sopan Terhadap Jiran Masa: 60 minit/1jam Bahan Bantu Belajar: Lembaran kerja, LCD projektor dan kertas A4. Standard Pembelajaran: 5.1, 5.2,5.5 Objektif Pembelajaran: Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat: i. Memberikan tiga contoh perlakuan beradab sopan terhadap jiran. ii. Menjelaskan tiga cara beradab sopan dan berbudi pekerti mulia terhadap jiran. iii. Mengamalkan perlakuan beradab mulia terhadap jiran. Strategi Pengajaran: Langkah Pengajaran Catatan Set Induksi (10 minit) i) Murid melihat klip video berkaitan hemah tinggi terhadap jiran. https://youtu.be/s_VQdyNoY4c ii) Murid mengaitkan klip video tersebut dengan tajuk yang akan dipelajari. iii) Murid menyenaraikan adab berjiran seperti yang ada dalam klip video. Pemikiran kritis Langkah 1 (5 minit) i) Murid menyenaraikan contoh perlakuan beradab sopan dan berbudi pekerti mulia terhadap jiran. ii) Murid membina peta bulatan berkenaan adab sopan terhadap jiran (Lampiran 1). Peta pemikiran Langkah 2 (10 minit) i) Murid menyanyikan lagu ’Rasa Sayang’ (Lampiran 2). ii) Murid menyenaraikan cara beradab sopan berdasarkan lagu tersebut. Langkah 3 (20 minit) i) Murid dalam kumpulan membina dua rangkap pantun berkenaan hemah tinggi terhadap jiran. ii) Setiap kumpulan mempersembahkan pantun masing-masing dalam nyanyian lagu ’Rasa Sayang’. iii) Murid diminta menceritakan pengalaman sebenar mereka beradab sopan terhadap jiran. Murid lain melakukan refleksi dengan cara memberi cadangan menambah baik perlakuan beradab sopan terhadap jiran. Kreativiti 5.0 BERADAB SOPAN DAN BERBUDI PEKERTI MULIA TERHADAP JIRAN


MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KSSR TAHUN 4 44 TEMA: SAYA DAN JIRAN Aktiviti Penilaian (10 minit) i) Murid melengkapkan lembaran kerja berkaitan hemah tinggi terhadap jiran (Lampiran 3). Aktiviti Pemulihan i) Murid mengisi tempat kosong dan melengkapkan lagu ’Rasa Sayang’ (Lampiran 4). Aktiviti Pengayaan i) Murid mengatur semula rangkap pantun dalam lagu ’Rasa Sayang’ (Lampiran 5). Rumusan (5 minit) i) Guru merumuskan tajuk pembelajaran dengan menekankan cara dan kepentingan berhemah tinggi terhadap jiran dan berbudi pekerti mulia terhadap jiran. 5.0 BERADAB SOPAN DAN BERBUDI PEKERTI MULIA TERHADAP JIRAN


MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KSSR TAHUN 4 45 TEMA: SAYA DAN JIRAN Adab Sopan Terhadap Jiran Memberi salam Mendengar nasihat Berpakaian sesuai dengan majlis Lampiran 1 Menghormati warga emas Berinteraksi dengan sopan Berjabat tangan 5.0 BERADAB SOPAN DAN BERBUDI PEKERTI MULIA TERHADAP JIRAN


Click to View FlipBook Version