The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Modul Pendidikan Moral Tahun 4 - Membalik Buku Halaman 1-50 _ AnyFlip

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by profcomot, 2024-04-14 21:42:36

Modul Pendidikan Moral Tahun 4 - Membalik Buku Halaman 1-50 _ AnyFlip

Modul Pendidikan Moral Tahun 4 - Membalik Buku Halaman 1-50 _ AnyFlip

MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KSSR TAHUN 4 46 TEMA: SAYA DAN JIRAN Rasa Sayang Rasa sayang eh Rasa sayang sayang eh x2 Eh lihat jiran manis Rasa sayang sayang eh Dua tiga kucing berlari Manakan sama si kucing belang Salam hormat sentiasa diberi Adab berjiran mesti dijulang Rasa sayang eh Rasa sayang sayang eh 2X Eh lihat jiran manis Rasa sayang sayang eh Negara kita negara Malaysia Jiran hidup aman makmur sentiasa Kunjung-mengunjung amalan mulia Buah tangan jangan dilupa Rasa sayang eh Rasa sayang sayang eh 2X Eh lihat jiran manis Rasa sayang sayang eh Lampiran 2 5.0 BERADAB SOPAN DAN BERBUDI PEKERTI MULIA TERHADAP JIRAN


MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KSSR TAHUN 4 47 TEMA: SAYA DAN JIRAN PENILAIAN Arahan: Isikan jawapan yang sesuai. 1. Nyatakan perlakuan yang tidak bersopan yang ditunjukkan oleh budak lelaki seperti dalam gambar di atas. __________________________________________________________________________ 2. Berikan dua perlakuan bersopan yang sepatutnya ditunjukkan oleh budak lelaki dalam gambar di atas. __________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________ Lampiran 3 5.0 BERADAB SOPAN DAN BERBUDI PEKERTI MULIA TERHADAP JIRAN


MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KSSR TAHUN 4 48 TEMA: SAYA DAN JIRAN Arahan: Lengkapkan lagu ’Rasa Sayang’ di bawah dengan jawapan yang betul. Rasa sayang eh Rasa sayang sayang eh Eh lihat _____________ manis Rasa sayang sayang eh Dua tiga _______________ berlari Manakan sama si kucing ______________ Salam hormat sentiasa _________________ ________________ bersama mesti __________________ Rasa sayang eh Rasa _____________ sayang eh Eh lihat jiran manis Rasa sayang sayang eh Negara kita negara ____________ Jiran hidup aman makmur sentiasa Kunjung-mengunjung amalan ______________ _________________ jangan dilupa Rasa sayang eh Rasa sayang sayang eh Eh lihat jiran manis Rasa sayang sayang eh • sayang • belang • jiran • diberi • kucing • mulia • Malaysia • dijulang • buah tangan • Adab Lampiran 4 5.0 BERADAB SOPAN DAN BERBUDI PEKERTI MULIA TERHADAP JIRAN


MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KSSR TAHUN 4 49 TEMA: SAYA DAN JIRAN Arahan: Susun semula rangkap pantun bagi melengkapkan lagu ’Rasa Sayang’ di bawah. Rasa sayang eh Rasa sayang sayang eh Eh lihat jiran manis Rasa sayang sayang eh ___________________________________ ___________________________________ ____________________________________ ____________________________________ Manakan sama si kucing belang Adab bersama mesti dijulang Salam hormat sentiasa diberi Dua tiga kucing berlari ____________________________________ ____________________________________ ____________________________________ ____________________________________ Negara aman makmur sentiasa Buah tangan jangan dilupa Negara kita negara Malaysia Kunjung-mengunjung amalan mulia Rasa Sayang Rasa sayang sayang x2 Hei lihat jiran manis Rasa sayang Eh Lampiran 5 5.0 BERADAB SOPAN DAN BERBUDI PEKERTI MULIA TERHADAP JIRAN


MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KSSR TAHUN 4 50 TEMA: SAYA DAN JIRAN PENGENALAN Nilai hormat merupakan cara menghargai dan memuliakan seseorang serta menghormati peraturan institusi sosial. Modul ini berkaitan amalan hormat terhadap jiran, mengenal pasti cara menghormati jiran dan kepentingannya. Guru hendaklah memastikan ketiga-tiga domain iaitu penaakulan moral, emosi moral dan perlakuan moral ini dikembangkan bersama dengan nilai hormat dalam aktiviti yang dijalankan. Tajuk: Marilah Hormat Jiran Masa: 60 minit Bahan Bantu Belajar: Klip video, kad imbasan, teks perbualan, lembaran kerja dan peta minda. Standard Pembelajaran: 6.1, 6.3, 6.5 Objektif Pembelajaran: Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat: i. Memberikan dua contoh perlakuan menghormati jiran. ii. Menghuraikan dua kelebihan menghormati jiran. iii. Membuat simulasi berkaitan perlakuan menghormati jiran. 6.0 HORMATI JIRAN


MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KSSR TAHUN 4 51 TEMA: SAYA DAN JIRAN Strategi Pengajaran: Langkah Pengajaran Catatan Set Induksi (5 minit) i) Murid menonton klip iklan perayaan yang menekankan hubungan sesama jiran. https://www.youtube.com/watch?v=ZdYdPdCMW5s ii) Murid bersoal jawab dan mengaitkan nilai hormat berdasarkan klip iklan tersebut. Langkah 1 (10 minit) i) Murid meneliti kad imbasan yang ditampal pada papan putih. ii) Murid mengkaitkan kad imbasan dengan contoh perlakuan menghormati jiran. iii) Murid melakukan simulasi berkaitan dengan perlakuan menghormati jiran. Langkah 2 (15 minit) i) Murid membaca teks perbualan yang diedarkan dan membincangkan perlakuan menghormati jiran secara kumpulan (Lampiran 1). ii) Murid membincangkan contoh perlakuan hormat dan tidak hormat terhadap jiran dengan menghasilkan teks perbualan dalam situasi yang berlainan dan melakonkannya. Kreativiti Langkah 3 (15 minit) i) Guru menerangkan tentang aktiviti Think-Pair-Share. ii) Murid menjalankan aktiviti Think-Pair-Share untuk menghuraikan kelebihan menghormati jiran (Lampiran 2). iii) Murid membentangkan dapatan mereka di hadapan kelas. Pemikiran kritis Penilaian (10 minit) i) Murid menandakan perbuatan yang betul dalam situasi yang diberikan (Lampiran 3). Minta maaf Terima kasih Apa khabar Sila masuk 6.0 HORMATI JIRAN


MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KSSR TAHUN 4 52 TEMA: SAYA DAN JIRAN Aktiviti Pemulihan i) Murid melengkapkan lembaran kerja yang disediakan (Lampiran 4). Aktiviti Pengayaan i) Murid melengkapkan peta minda berpandukan petikan yang diberi (Lampiran 5). Peta pemikiran Rumusan (5 minit) i) Murid dibimbing dalam merumuskan tentang tajuk pembelajaran dengan menekankan kepentingan amalan menghormati jiran. 6.0 HORMATI JIRAN


MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KSSR TAHUN 4 53 TEMA: SAYA DAN JIRAN Arahan: Baca teks perbualan di bawah dengan teliti. Pemuda: Selamat pagi, adik. Keluarga saya baru berpindah ke Taman Sri Limau. Boleh saya tahu, di mana rumah Pengerusi Persatuan Taman Sri Limau? Muthu: Saya tak tahu. Kamu tanya orang lain. Ah Chong: Muthu, kita patut menghormati jiran dengan memberi bantuan yang munasabah. Janganlah kita bersikap angkuh terhadap jiran kita. Muthu: Minta maaf, encik. Kami akan membawa encik ke rumah Pengerusi Persatuan Taman Sri Limau. Pemuda: Terima kasih adik kerana menghormati saya. Lampiran 1 6.0 HORMATI JIRAN


MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KSSR TAHUN 4 54 TEMA: SAYA DAN JIRAN Aktiviti Think-Pair-Share 1. Murid dikehendaki memikirkan topik atau soalan yang diberi secara individu. 2. Murid diminta berbincang dengan rakan atau pasangan. 3. Mereka perlu berkongsi maklumat atau hasil perbincangan dengan pasangan lain. Contoh aktiviti Think-Pair-Share i. Teliti situasi di atas secara individu. ii. Fikirkan contoh perlakuan menghormati jiran yang kehilangan anggota keluarga. iii. Kongsikan jawapan anda dengan rakan anda dan seterusnya membincangkan kelebihan amalan menghormati jiran seperti dalam situasi di atas. iv. Bentangkan hasil perbincangan anda dalam bentuk peta minda. Lampiran 2 Anda dan kawan anda Manjit merupakan jiran lebih 10 tahun. Nenek Manjit Singh telah meninggal dunia. 6.0 HORMATI JIRAN


MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KSSR TAHUN 4 55 TEMA: SAYA DAN JIRAN PENILAIAN Arahan: Tandakan ( √ ) pada tindakan yang betul berdasarkan situasi di bawah yang menunjukkan sikap menghormati jiran anda. 1. Jiran anda mengunjungi keluarga anda. Tindakan 1: Menonton televisyen sambil memanggil emak. ( ) Tindakan 2: Menjemput sambil bersalaman dengan jiran. ( ) 2. Jiran anda menegur perbuatan anda yang merosakkan peralatan permainan di taman. Tindakan 1: Berhenti perbuatan merosakkan itu lalu berjanji tidak mengulanginya. ( ) Tindakan 2: Memarahi jiran dan teruskan perbuatan tersebut. ( ) 3. Rakan-rakan di kawasan kejiranan anda sering mengejek amalan agama Thinesh. Tindakan 1: Anda menasihati rakan supaya menghormati amalan keagamaan jiran anda. ( ) Tindakan 2: Anda turut mengejek amalan keagamaan Thinesh. ( ) 4. Jiran anda menjemput keluarga anda untuk menghadiri majlis perkahwinan anak mereka. Tindakan 1: Anda memenuhi jemputan jiran dan membawa buah tangan. ( ) Tindakan 2: Anda tidak menghiraukan jemputan jiran anda. ( ) 5. Jiran anda baru pulang dari hospital setelah mendapatkan rawatan penyakit kencing manis. Tindakan 1: Saya akan melawat jiran untuk bertanya khabar. ( ) Tindakan 2: Saya tidak menziarahi beliau kerana tiada masa. ( ) Lampiran 3 6.0 HORMATI JIRAN


MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KSSR TAHUN 4 56 TEMA: SAYA DAN JIRAN PEMULIHAN Arahan: Tuliskan (Ya) pada pernyataan yang menghormati jiran dan (Tidak) pada pernyataan yang tidak menghormati jiran. Bil Pernyataan Ya / Tidak Catatan 1 Sentiasa bergaul mesra dengan jiran. 2 Menggunakan bahasa yang sopan semasa berbual dengan jiran. 3 Mencaci upacara keagamaan jiran. 4 Memberi salam kepada orang tua yang melalui perkarangan rumah. 5 Memenuhi jemputan ke majlis keramaian jiran. 6 Menolak bantuan jiran yang ikhlas menghulurkan bantuan. 7 Menerima juadah yang diberikan oleh jiran ketika sambutan Hari Deepavali. 8 Tidak suka terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan di taman perumahan. 9 Membunyikan hon dengan kuat ketika jiran mengadakan upacara sembahyang. 10 Meletakkan kereta di perkarangan rumah jiran tanpa kebenaran. Lampiran 4 6.0 HORMATI JIRAN


MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KSSR TAHUN 4 57 TEMA: SAYA DAN JIRAN PENGAYAAN Arahan: Lengkapkan peta minda di bawah berpandukan petikan yang diberikan. MENGHORMATI JIRAN Lampiran 5 6.0 HORMATI JIRAN Masyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan etnik. Mereka menganuti pelbagai agama. Masyarakat Malaysia juga mengamalkan pelbagai budaya dan pantang larang dalam kehidupan harian. Bagi hidup bersatu padu, rakyat harus menghormati kepelbagaian agama, bangsa, bahasa dan budaya. Maka amalan menghormati perlulah bermula daripada jiran. Cara Menghormati Jiran Kepentingan


MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KSSR TAHUN 4 58 TEMA: SAYA DAN JIRAN Tajuk: Hormat Sesama Jiran Masa: 60 minit Bahan Bantu Belajar: Video, peta minda, lembaran kerja dan gambar. Standard Pembelajaran: 6.2, 6.3, 6.5 Objektif Pembelajaran: Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat: i. Menghuraikan tiga cara menghormati jiran. ii. Mengkaji dan menyatakan tiga kelebihan menghormati jiran. iii. Menghormati jiran dalam kehidupan harian. Strategi Pengajaran: Langkah Pengajaran Catatan Set Induksi (5 minit) i) Murid menonton klip video tentang amalan hormat terhadap jiran. https://www.youtube.com/watch?v=QY3UiY6cpj8 ii) Murid mengaitkan video tersebut dengan nilai hormat terhadap jiran. Langkah 1 (10 minit) i) Murid meneliti peta minda yang diedarkan (Lampiran 1). ii) Murid membincangkan cara menghormati jiran. iii) Murid menyatakan pelbagai cara menghormati jiran. Peta pemikiran Langkah 2 (15 minit) i) Murid membincangkan situasi dalam kumpulan. ii) Murid membentangkan hasil perbincangan mereka di hadapan kelas. iii) Murid melakonkan cara menghormati jiran secara kumpulan dan mengekspresikan perasaan apabila dapat menghormati jiran. Komunikasi Keluarga Lim dijemput untuk menghadiri majlis perkahwinan anak keluarga Raju. Bincangkan cara menghormati keluarga Raju dalam majlis. tersebut. 6.0 HORMATI JIRAN


MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KSSR TAHUN 4 59 TEMA: SAYA DAN JIRAN Langkah 3 (10 minit) i) Guru menerangkan tentang aktiviti Hot Seating (Kerusi Panas) kepada murid. ii) Murid menjalankan aktiviti Hot Seating untuk menghuraikan kelebihan menghormati jiran (Lampiran 2). Hot Seating (PAK21) Penilaian (15 minit) i) Murid menggariskan jawapan yang betul (Lampiran 3). Aktiviti Pemulihan i) Murid memadankan gambar dengan pernyataan yang betul (Lampiran 4). Aktiviti Pengayaan i) Murid melengkapkan ayat yang diberi dengan jawapan yang sesuai (Lampiran 5). Rumusan (5 minit) i) Murid dibimbing dalam merumuskan tentang tajuk pembelajaran tentang cara menghormati jiran. 6.0 HORMATI JIRAN


MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KSSR TAHUN 4 60 TEMA: SAYA DAN JIRAN Arahan: Teliti peta minda di bawah. Lampiran 1 Cara Menghormati Jiran Tidak mengganggu ketenteraman Bersalam Menjaga kebersihan persekitaran 6.0 HORMATI JIRAN Bertegur sapa


MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KSSR TAHUN 4 61 TEMA: SAYA DAN JIRAN Penerangan tentang Hot Seating (Kerusi Panas) 1. Seorang murid dipilih tampil di hadapan kelas. 2. Dia bertindak untuk menyatakan pandangan atau menjawab soalan daripada rakan-rakan berkaitan dengan tajuk yang dibincangkan. Contoh soalan: Apakah kelebihan menghormati jiran? Contoh jawapan: Kelebihan menghormati jiran 1. Mengeratkan hubungan di antara jiran. 2. Mewujudkan suasana muhibah. 3. Boleh mendapatkan pertolongan. Lampiran 2 6.0 HORMATI JIRAN


MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KSSR TAHUN 4 62 TEMA: SAYA DAN JIRAN PENILAIAN Arahan: Gariskan jawapan yang betul. 1. Jika melakukan kesalahan terhadap jiran kita patut meminta (maaf, duit) kepadanya. 2. Ketika bercakap dengan jiran kita patut menggunakan kata-kata yang (sopan, kurang sopan). 3. Jangan (menghina, menjaga) jiran yang kurang upaya. 4. Kita patut menjalin hubungan (baik, buruk) dengan jiran supaya dapat menghormati antara satu sama lain. 5. Jika jiran menziarahi rumah kita, kita harus (menyambut dengan mesra, bermasam muka). 6. Kita perlu (senyap, ceria) ketika menziarahi upacara pengebumian jiran. 7. Keluarga Tan sentiasa (memenuhi, menolak) undangan jiran ke majlis demi menghormati jiran mereka. 8. Jika berjumpa dengan jiran di luar rumah, Ali sentiasa (bertanya khabar, tidak menghiraukan) tentang mereka. 9. Demi menghormati sumbangan rakan kejiranan, kita harus mengucapkan (tahniah, takziah) atas kejayaan mereka. 10.Ali berasa (gembira, sedih) apabila dapat menghormati jiran dengan memberi salam kepada mereka. Lampiran 3 6.0 HORMATI JIRAN


MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KSSR TAHUN 4 63 TEMA: SAYA DAN JIRAN PEMULIHAN Arahan: Padankan gambar dengan pernyataan. Lampiran 4 Beri hadiah hari lahir kepada jiran 6.0 HORMATI JIRAN Menghadiri Sambutan Tahun Baharu Cina jiran Memberitahu jiran semasa ke luar negeri Bersalam dengan jiran


MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KSSR TAHUN 4 64 TEMA: SAYA DAN JIRAN PENGAYAAN Arahan: Lengkapkan ayat dengan jawapan yang sesuai. 1. Ketika menghadiri majlis keramaian di kawasan kejiranan, saya akan mematuhi ____________ yang ditetapkan. 2. Ali berasa bangga perlakuan adiknya ______________ dengan jirannya apabila menziarahinya. 3. Apabila jiran saya menegur saya, saya akan menerima ________________ . 4. Saya akan menghormati __________ atau ______________ jiran saya. 5. Kita sepatutnya tidak ___________ amalan keagamaan jiran kita. 6. Saya akan mengurangkan bunyi radio atau televisyen apabila jiran mengerjakan ________ . 7. Amalan saling menghormati antara jiran akan mengeratkan ________________________ . 8. Saya akan berasa gembira apabila __________ jiran yang pulang dari kerja. Lampiran 5 6.0 HORMATI JIRAN menyapa mengejek bersopan-santun hubungan silaturahim agama peraturan solat tegurannya kepercayaan


MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KSSR TAHUN 4 65 TEMA: SAYA DAN JIRAN Nilai kasih sayang merupakan kepekaan dan perasaan cinta yang lahir daripada hati yang ikhlas. Modul ini berkaitan amalan kasih sayang terhadap jiran, mengenal pasti cara mengasihi jiran dan kepentingannya. Guru hendaklah memastikan ketiga-tiga domain iaitu penaakulan moral, emosi moral dan perlakuan moral ini dikembangkan bersama dengan nilai kasih sayang dalam aktiviti yang dijalankan. Tajuk: Sayangi Jiran Masa: 1 jam Bahan Bantu Belajar: Kertas mahjung, kertas A4 dan pen marker. Standard Pembelajaran: 7.2, 7.3, 7.5 Objektif Pembelajaran: Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat: i. Menghuraikan dua cara menyayangi jiran. ii. Merumuskan dua kebaikan menyayangi jiran. iii. Melakonkan cara menyayangi jiran. 7.0 SAYANGI JIRAN


MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KSSR TAHUN 4 66 TEMA: SAYA DAN JIRAN Strategi Pengajaran: Langkah Pengajaran Catatan Set Induksi (5 minit) i) Murid mendengar cerita ringkas daripada guru. ii) Murid menjawab soalan spontan daripada guru berdasarkan cerita tersebut. Langkah 1 (10 minit) i) Murid secara kumpulan membincangkan cara menyayangi jiran dalam bentuk peta minda (Lampiran 1). ii) Ketua setiap kumpulan membentangkan hasil perbincangan. Pemikiran kritis Langkah 2 (15 minit) i) Setiap kumpulan menampalkan kertas mahjung di dinding atau sudut di dalam kelas. ii) Setiap kumpulan mencatat hasil kumpulan lain di samping mencari persamaan dan perbezaan. iii) Setiap kumpulan memilih satu kumpulan lain dan membina peta buih berganda untuk mencari persamaan dan perbezaan pendapat (Lampiran 2). Langkah 3 (15 minit) i) Murid memilih tiga cara menyayangi jiran hasil daripada perbincangan kumpulan. ii) Secara berpasangan, murid menyatakan kebaikan dari setiap cara yang dipilih. iii) Setiap pasangan melakonkan salah satu cara menyayangi jiran. Aktiviti Penilaian (10 minit) i) Murid melengkapkan lembaran kerja berkaitan kasih sayang terhadap jiran (Lampiran 3). Aktiviti Pemulihan i) Murid dibimbing memadankan cara kasih sayang terhadap jiran dengan kebaikan yang boleh diperolehi (Lampiran 4). Aktiviti Pengayaan i) Murid menulis karangan ringkas berkenaan dua cara menyayangi jiran dan kebaikan melaksanakannya (Lampiran 5). Kreativiti Rumusan (5 minit) i) Murid dibimbing dalam merumuskan tajuk pembelajaran dengan menekankan kasih sayang terhadap jiran dan kebaikan yang boleh diperolehi. 7.0 SAYANGI JIRAN


MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KSSR TAHUN 4 67 TEMA: SAYA DAN JIRAN Arahan: Bincangkan cara menyayangi jiran. Lampiran 1 7.0 SAYANGI JIRAN


MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KSSR TAHUN 4 68 TEMA: SAYA DAN JIRAN Arahan: Lengkapkan peta buih berganda ini dengan jawapan yang sesuai. Idea Kumpulan 1 Idea Kumpulan 2 Lampiran 2 7.0 SAYANGI JIRAN


MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KSSR TAHUN 4 69 TEMA: SAYA DAN JIRAN PENILAIAN Arahan: Lengkapkan ayat dengan jawapan yang betul. 1. Ah Chong telah jatuh daripada tangga. Kakinya telah luka. Amin telah membantu Ah Chong dengan _______________ lukanya dengan segera. 2. Muthu bangun lewat dan terlepas bas sekolah. Jirannya Boon Tat telah _____________ Muthu ke sekolah dengan keretanya. 3. Jeevan kehabisan wang sakunya untuk perbelanjaan sekolah. Jirannya Ahmad ________________ wang kepada Jeevan. 4. Pak Cik Hamid meminta jirannya Kaliamah untuk membelikan surat khabar. Kaliamah ________________ surat khabar untuk Pak Cik Hamid di kedai berhampiran rumahnya. 5. Ali, Maran dan Kassim merupakan jiran yang saling menyayangi antara satu sama lain. Mereka sentiasa bermain ________________ di taman permainan setiap petang. 6. Keluarga Pak Mat sering menziarahi jirannya yang uzur apabila berkesempatan. Amalan ini telah mengeratkan _______________ di antara keluarga Pak Mat dan jirannya. 7. Balan sering peka terhadap keperluan keluarga Cheong yang mempunyai banyak anak. Dia selalu memberikan makanan lebihan untuk mereka. Perbuatan ini telah meningkatkan ________________ di antara mereka. Lampiran 3 7.0 SAYANGI JIRAN


MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KSSR TAHUN 4 70 TEMA: SAYA DAN JIRAN PEMULIHAN Arahan: Padankan cara kasih sayang terhadap jiran di bawah dengan kebaikan yang boleh diperolehi daripadanya. Membantu anak jiran yang jatuh daripada tangga Haiwan peliharaan jiran selamat Membantu jiran yang tua mengangkat barang Membantu jiran meringankan masalah kewangan Mengutip derma untuk jiran yang susah Mengurangkan risiko mendapat kecederaan di taman permainan Menjaga haiwan peliharaan jiran semasa ketiadaan mereka Anak jiran dapat dirawat dengan segera Menjaga keselamatan anak jiran yang bermain di taman permainan Mengurangkan beban kerja jiran Lampiran 4 7.0 SAYANGI JIRAN


MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KSSR TAHUN 4 71 TEMA: SAYA DAN JIRAN PENGAYAAN Arahan: Bina satu karangan ringkas berkaitan dua cara menyayangi jiran dan kebaikannya. Contoh: Saya selalu membantu jiran saya menjaga anak beliau semasa bermain di taman permainan. Kami selalu bermain bersama. Kebaikan yang diperolehi oleh saya ialah hubungan saya dengan jiran menjadi lebih erat dan saya menganggap anak beliau seperti adik saya sendiri. _______________________________________________________________________ _______________________________________________________________________ _______________________________________________________________________ _______________________________________________________________________ _______________________________________________________________________ _______________________________________________________________________ _______________________________________________________________________ _______________________________________________________________________ _______________________________________________________________________ _______________________________________________________________________ _______________________________________________________________________ _______________________________________________________________________ _______________________________________________________________________ Lampiran 5 7.0 SAYANGI JIRAN


MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KSSR TAHUN 4 72 TEMA: SAYA DAN JIRAN Tajuk: Mari Sayangi Jiran Masa: 1 jam Bahan Bantu Belajar: Gambar situasi, keratan situasi, borang pemarkahan dan lembaran kerja. Standard Pembelajaran: 7.1, 7.4, 7.5 Objektif Pembelajaran: Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat: i. Memberikan dua contoh perlakuan menyayangi jiran. ii. Mengekspresikan perasaan apabila dapat menyayangi jiran. iii. Menunjukkan perlakuan nilai kasih sayang terhadap jiran. Strategi Pengajaran: Langkah Pengajaran Catatan Set Induksi (5 minit) i) Murid menonton klip video bertajuk ’Semangat Kejiranan’ yang mengisahkan Jiran Ah Seng menerusi Youtube. ii) Murid menyatakan perlakuan menyayangi jiran yang terdapat dalam klip video tersebut. Cth: menjaga kucing kesayangan jiran Langkah 1 (10 minit) i) Murid menyenaraikan contoh perlakuan kasih sayang terhadap jiran berdasarkan gambar yang ditunjukkan (Lampiran 1). Cth: 1. Memberikan bantuan dengan ikhlas jika diperlukan. 2. Prihatin terhadap kebajikan jiran. ii) Murid berkongsi pengalaman mereka mengenai perlakuan menyayangi jiran mereka. Langkah 2 (15 minit) i) Murid secara kumpulan diberikan situasi untuk dilakonkan (Lampiran 2). ii) Setiap kumpulan perlu membincangkan: 1. Watak lakonan. 2. Situasi yang sesuai. 3. Dialog lakonan. Kreativiti 7.0 SAYANGI JIRAN


MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KSSR TAHUN 4 73 TEMA: SAYA DAN JIRAN Langkah 3 (15 minit) i) Setiap kumpulan melakonkan situasi yang telah dibincangkan. ii) Kumpulan yang lain menilai lakonan dengan menggunakan borang pemarkahan yang disediakan (Lampiran 3). iii) Guru membuat ulasan dan memberikan penghargaan kepada murid. Borang pemarkahan Aktiviti Penilaian (10 minit) i) Murid menjawab lembaran kerja yang diberikan dengan menandakan perlakuan menyayangi jiran (Lampiran 4). Aktiviti Pemulihan i) Murid membina peta minda berkenaan perasaan yang boleh wujud jika mengamalkan nilai kasih sayang terhadap jiran (Lampiran 5). Peta pemikiran Aktiviti Pengayaan i) Murid membina peta minda berkaitan perlakuan menyayangi jiran (Lampiran 6). Peta pemikiran Rumusan (5 minit) i) Murid dibimbing dalam merumuskan tajuk pembelajaran dengan menekankan amalan kasih sayang terhadap jiran dan perasaan yang boleh diperolehi daripada amalan tersebut. Lampiran 1 7.0 SAYANGI JIRAN


MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KSSR TAHUN 4 74 TEMA: SAYA DAN JIRAN Ceritakan contoh perlakuan menyayangi jiran. 7.0 SAYANGI JIRAN Lampiran 1


MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KSSR TAHUN 4 75 TEMA: SAYA DAN JIRAN Arahan: Lakonkan situasi-situasi berikut. Jiran anda menjemput anda untuk menghadiri sambutan hari jadi anak mereka. Rumah jiran anda telah terbakar. Anda dan rakan-rakan membantu mengelolakan derma kilat untuk membantu jiran tersebut. Anda ternampak seorang jiran yang tua pulang dari pekan. Beliau sedang membawa banyak barang. Di taman permainan kanak-kanak, anda dan rakan-rakan telah ternampak seorang anak jiran menangis disebabkan jatuh dari buaian. Lampiran 2 7.0 SAYANGI JIRAN


MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KSSR TAHUN 4 76 TEMA: SAYA DAN JIRAN BORANG PEMARKAHAN KUMPULAN NAMA KUMPULAN JALAN CERITA 30M DIALOG 20M PERANAN WATAK 30M KERJASAMA 20M JUMLAH 100M Disediakan oleh, ….…………………………………………. ( ) Kumpulan ________________ Lampiran 3 7.0 SAYANGI JIRAN


MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KSSR TAHUN 4 77 TEMA: SAYA DAN JIRAN PENILAIAN Arahan: Tandakan ( / ) pada pernyataan yang berkaitan perlakuan menyayangi jiran. BIL PERNYATAAN ( / ) 1 Tan Choon selalu membantu nenek jiran untuk membersihkan halaman rumah. 2 Encik Amid selalu tidak menghiraukan warga emas yang tinggal di sebelah rumahnya. 3 Encik Nathan menghulurkan sumbangan wang untuk majlis pengebumian jiran. 4 Manjit sering membantu jirannya Puan Koh untuk membelikan barang-barang runcit. 5 Puan Radha tidak menyukai haiwan peliharaan jiran lalu menghalau dari memasuki halaman rumahnya. 7.0 SAYANGI JIRAN Lampiran 4


MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KSSR TAHUN 4 78 TEMA: SAYA DAN JIRAN PEMULIHAN Arahan: Nyatakan perasaan apabila dapat mengamalkan nilai kasih sayang terhadap jiran anda. Lampiran 6 Bangga Perasaan apabila dapat mengamalkan nilai kasih sayang terhadap jiran. Lampiran 5 7.0 SAYANGI JIRAN


MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KSSR TAHUN 4 79 TEMA: SAYA DAN JIRAN PENGAYAAN Arahan: Senaraikan perlakuan menyayangi jiran. 7.0 SAYANGI JIRAN Membantu jiran menyiram pokok bunga Perlakuan Menyayangi Jiran


MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KSSR TAHUN 4 80 TEMA: SAYA DAN JIRAN PENGENALAN Nilai keadilan adalah tindakan dan keputusan yang tidak berat sebelah. Modul pengajaran ini menyatakan contoh tindakan yang adil, kebaikan bersikap adil, kesan jika tidak bertindak adil dan mengamalkan tindakan yang adil terhadap jiran. Guru hendaklah memastikan ketiga-tiga domain iaitu penaakulan moral, emosi moral dan perlakuan moral ini dikembangkan bersama dengan nilai keadilan dalam aktiviti yang dijalankan. Tajuk: Bersikap Adil Terhadap Jiran Masa: 1 jam Bahan Bantu Belajar: Video, gambar, penanda buku dan lembaran kerja. Standard Pembelajaran: 8.1, 8.2, 8.4 Objektif Pembelajaran: Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat: i. Memberikan tiga contoh tindakan yang adil terhadap jiran. ii. Menjelaskan tiga kebaikan bersikap adil terhadap jiran. iii. Mengekspresikan perasaan apabila bertindak adil terhadap jiran. iv. Mengamalkan keadilan terhadap jiran. 8.0 TINDAKAN YANG ADIL TERHADAP JIRAN


MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KSSR TAHUN 4 81 TEMA: SAYA DAN JIRAN Strategi Pengajaran: Langkah Pengajaran Catatan Set Induksi (5 minit) i) Murid mendengar cerita teladan `Bangau dan Musang 3D Animation’. https://www.youtube.com/watch?v=1tdE6-8zdRs ii) Murid menjalankan aktiviti sumbang saran berkaitan tindakan adil terhadap jiran. `Bangau dan Musang 3D Animation’ Langkah 1 (15 minit) i) Murid menceritakan tindakan adil terhadap jiran berdasarkan pengalaman sedia ada secara bergilir-gilir dan menyatakan perasaan yang dialami semasa dan selepas melaksanakan tindakan adil. Langkah 2 (25 minit) i) Murid secara berkumpulan membincangkan kebaikan bersikap adil terhadap jiran dan menulisnya pada papan putih mini. ii) Murid mempersembahkan hasil perbincangan di hadapan kelas. iii) Murid menghasilkan penanda buku berkaitan kebaikan bersikap adil terhadap jiran mengikut kreativiti masing-masing (Lampiran 1) dan menyerahkan kepada jiran mereka tanpa pilih kasih. Kreativiti Aktiviti Penilaian (10 minit) i) Murid melengkapkan lembaran kerja berkaitan bersikap adil sebagai seorang jiran (Lampiran 2 ). Aktiviti Pemulihan i) Murid mencari perkataan tersembunyi berkaitan sikap adil terhadap jiran (Lampiran 3). Aktiviti Pengayaan i) Murid menulis karangan berkaitan bersikap adil dalam kalangan jiran (Lampiran 4). Kreativiti Rumusan (5 minit) i) Murid dibimbing merumuskan tajuk pembelajaran dengan menekankan tindakan dan kebaikan bersikap adil terhadap jiran. 8.0 TINDAKAN YANG ADIL TERHADAP JIRAN


MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KSSR TAHUN 4 82 TEMA: SAYA DAN JIRAN PENANDA BUKU Lampiran 1 8.0 TINDAKAN YANG ADIL TERHADAP JIRAN DISENANGI JIRAN MENJADI CONTOH DIHORMATI JIRAN HIDUP HARMONI


MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KSSR TAHUN 4 83 TEMA: SAYA DAN JIRAN PENILAIAN Arahan: Lengkapkan ayat berikut dengan jawapan yang betul. menjemput membantu berkongsi tindakan layanan adil 1. Saya dan keluarga memberi ____________ yang adil kepada semua jiran. 2. Saya _________________ peralatan di taman permainan dan bermain secara bergilirgilir. 3. Saya ______________ semua jiran ke majlis hari lahir saya setiap tahun. 4. Saya ________________pengerusi taman mengagihkan air mineral secara adil kepada peserta gotong-royong. 5. Apabila kita bersikap ______________ terhadap semua jiran, kita akan disayangi dan dihormati. 6. ____________________ yang adil ialah hasil daripada sikap yang tidak berat sebelah. Lampiran 2 8.0 TINDAKAN YANG ADIL TERHADAP JIRAN


MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KSSR TAHUN 4 84 TEMA: SAYA DAN JIRAN PEMULIHAN Arahan: Cari perkataan tersembunyi berkaitan sikap adil terhadap jiran. U J I P E R S A H A B A T A N T S H U P L B N V X F D I Q Z A Z T Q H P V A C N M I N E J S X Y W A A B E X D T B D G I R C U E R S N B A N G G A T R E V O R M D M I D S E L K U A B E R K O N G S I L R U A Y A L B R C N F L O L A C T N C M K N G A I G K U Q E Y R K S N J M H P T H J G E M B I R A K Lampiran 3 8.0 TINDAKAN YANG ADIL TERHADAP JIRAN GEMBIRA PERSAHABATAN N TINDAKAN JIRAN BERKONGSI ADIL BERSATU BANGGA HARMONI ERAT


MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KSSR TAHUN 4 85 TEMA: SAYA DAN JIRAN PENGAYAAN Arahan: Tulis karangan pendek berkaitan bersikap adil di kalangan jiran. __________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________ Lampiran 4 8.0 TINDAKAN YANG ADIL TERHADAP JIRAN


MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KSSR TAHUN 4 86 TEMA: SAYA DAN JIRAN Tajuk: Adil Terhadap Jiran Masa: 1 jam Bahan Bantu Belajar: Gambar situasi, kertas mahjung, pen marker, peta pelbagai alir, kad situasi dan topeng muka ekspresi. Standard Pembelajaran: 8.1, 8.3, 8.4, 8.5 Objektif Pembelajaran: Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat: i. Memberikan dua contoh tindakan adil terhadap jiran. ii. Menghuraikan dua kesan jika tidak bersikap adil. iii. Mengekspresikan perasaan jika berlaku sikap tidak adil terhadap jiran. iv. Menunjukkap sikap adil terhadap jiran. Strategi Pengajaran: Langkah Pengajaran Catatan Set Induksi (5 minit) i) Murid menilai gambar situasi yang ditunjukkan oleh guru (Lampiran 1). ii) Murid memberikan contoh lain berkenaan sikap adil terhadap jiran. Langkah 1 (20 minit) i) Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan. ii) Setiap kumpulan akan bergerak di beberapa tempat di dalam kelas dan membincangkan kesan jika tidak bersikap adil menerusi aktiviti Hentian Bas (Lampiran 2). iii) Setiap kumpulan akan merekodkan hasil perbincangan mereka. iv) Wakil kumpulan akan membentangkan hasil dapatan daripada perbincangan yang telah dijalankan. Hentian Bas (PAK21) Langkah 2 (10 minit) i) Murid memilih tiga situasi berdasarkan aktiviti Hentian Bas tadi. ii) Murid membina Peta Pelbagai Alir menunjukkan kesan atau akibat jika tidak bersikap adil terhadap jiran (Lampiran 3). iii) Murid boleh merujuk kepada maklumat Hentian Bas yang masih dipamerkan. Peta pemikiran Hentian Bas (PAK21) Langkah 3 (10 minit) i) Murid dipilih secara rawak dan membacakan kad situasi yang diberi (Lampiran 4). ii) Murid mengekspresikan perasaan mereka menggunakan topeng yang disediakan oleh guru dan seterusnya melakonkan tindakan kepada situasi tersebut melalui cara mono acting. Kreativiti 8.0 TINDAKAN YANG ADIL TERHADAP JIRAN


MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KSSR TAHUN 4 87 TEMA: SAYA DAN JIRAN Aktiviti Penilaian (10 minit) i) Murid melengkapkan ayat dengan jawapan yang betul tentang sikap keadilan terhadap jiran (Lampiran 5). Aktiviti Pemulihan i) Murid menggariskan jawapan yang betul (Lampiran 6). Aktiviti Pengayaan i) Murid menjawab soalan berdasarkan gambar situasi yang diberi (Lampiran 7). Rumusan (5 minit) i) Murid dibimbing dalam merumuskan tajuk pembelajaran dengan menekankan kesan bersikap tidak adil terhadap jiran. 8.0 TINDAKAN YANG ADIL TERHADAP JIRAN


MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KSSR TAHUN 4 88 TEMA: SAYA DAN JIRAN Lampiran 1 8.0 TINDAKAN YANG ADIL TERHADAP JIRAN


MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KSSR TAHUN 4 89 TEMA: SAYA DAN JIRAN Contoh situasi untuk aktiviti Hentian Bas (Bus Stop). Terdapat beberapa orang kanak-kanak bermain buaian di taman permainan terlalu lama tanpa menghiraukan kanak-kanak lain yang ingin bermain. Jiran selalu membuang sampah tanpa mengikut jadual pungutan sampah di kawasan kejiranan anda sehinggakan sampah bersepah diselerakkan oleh anjing-anjing liar. Jiran selalu mengelak dari bersama-sama menjalankan aktiviti kejiranan seperti gotong-royong dan acara keramaian. Lampiran 2 8.0 TINDAKAN YANG ADIL TERHADAP JIRAN


MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KSSR TAHUN 4 90 TEMA: SAYA DAN JIRAN Arahan: Lengkapkan peta pelbagai alir dengan jawapan yang sesuai. Lampiran 3 8.0 TINDAKAN YANG ADIL TERHADAP JIRAN TIDAK BERSIKAP ADIL TERHADAP JIRAN Mengunjungi rumah jiran yang disukai sahaja Jiran akan berkecil hati


MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KSSR TAHUN 4 91 TEMA: SAYA DAN JIRAN Arahan: Baca kad situasi tentang tindakan adil terhadap jiran. Ekspresikan emosi kamu menggunakan topeng muka yang disediakan oleh guru. 1. Gembira 2. Sedih 3. Marah 4. Puas hati Lampiran 4 8.0 TINDAKAN YANG ADIL TERHADAP JIRAN Saya akan memberikan buah tangan kepada jiran yang saya suka sahaja. Saya akan memberikan giliran bermain buaian kepada anak jiran di taman permainan. Saya bersama abang memasang radio dengan kuat tanpa menghiraukan jiran yang sedang sakit tenat.


MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KSSR TAHUN 4 92 TEMA: SAYA DAN JIRAN PENILAIAN Arahan: Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul. setimpal hakim perselisihan harmoni bantuan membenarkan kematian bahasa 1. Semasa Pertandingan Memasak anjuran Rukun Tetangga di kawasan perumahan saya, __________ telah memberikan markah dengan adil. 2. Usun bertindak adil semasa menyelesaikan _________________ faham antara jiran. 3. Arun _____________ halaman rumahnya digunakan oleh kedua-dua jirannya apabila mereka ingin memasang khemah semasa kenduri atau majlis keraian. 4. Penggunaan _________ yang sesuai dan mudah difahami oleh jiran merupakan bentuk keadilan dalam pergaulan. 5. Samy mengenakan caj perkhidmatan membaiki kereta yang __________ kepada semua jirannya. 6. Kejadian rumah terbakar yang menimpa jiran saya telah menarik perhatian semua jiran tetangga untuk menghulurkan ____________ mengikut keperluan dan kemampuan masing-masing. Lampiran 5 8.0 TINDAKAN YANG ADIL TERHADAP JIRAN


MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KSSR TAHUN 4 93 TEMA: SAYA DAN JIRAN PEMULIHAN Arahan: Gariskan jawapan yang betul berdasarkan gambar situasi yang diberi. 1. May Ling menyertai (semua / sebahagian) sambutan perayaan yang diadakan oleh jiran-jirannya. 2. Tugasan gotong-royong diagihkan secara (adil / berat sebelah) antara jiran. 3. Pak Abu telah menghadiahkan aiskrim kepada (salah seorang / kedua-dua) anak jirannya. Lampiran 6 8.0 TINDAKAN YANG ADIL TERHADAP JIRAN


MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KSSR TAHUN 4 94 TEMA: SAYA DAN JIRAN PENGAYAAN Arahan: Jawab soalan berikut berdasarkan gambar situasi yang diberi. 1. Apakah yang sedang dilakukan oleh Fardien bersama-sama jiran-jirannya? _______________________________________________________________________ 2. Bagaimakah cara mereka mengamalkan sikap adil dalam aktiviti tersebut? _______________________________________________________________________ 3. Nyatakan dua kesan apabila sikap adil dapat diamalkan sesama jiran. a. _____________________________________________________________________ b. _____________________________________________________________________ Lampiran 7 8.0 TINDAKAN YANG ADIL TERHADAP JIRAN


MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN MORAL KSSR TAHUN 4 95 TEMA: SAYA DAN JIRAN PANEL KAWAL MUTU 1. Than Chew Keok Unit Pendidikan Sivik dan Pendidikan Moral, Bahagian Pembangunan Kurikulum 2. Velusamy a/l Kuppusamy Unit Pendidikan Sivik dan Pendidikan Moral, Bahagian Pembangunan Kurikulum 3. Leong Hooi Li Unit Pendidikan Sivik dan Pendidikan Moral, Bahagian Pembangunan Kurikulum


Click to View FlipBook Version