The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by shamsudin md sarif, 2019-07-19 05:07:07

AKNC 2019

AKNC 2019

Keywords: AKNC

UiTM NEGERI SEMBILAN 22

Rajah 3.2: Ringkasan carta alir permohonan penganjuran program oleh persatuan/kelab pelajar

Daripada masa ke semasa, BHEP juga telah merangka penambahbaikan daripada aspek proses
kelulusan kertas kerja. Semua persatuan/kelab pelajar digalakkan untuk merancang dan
menyerahkan kertas kerja penganjuran aktiviti untuk semester berikutnya ketika cuti semester
sedang berlangsung.
3.2 Kebaikan/Ganjaran Kepada Pelanggan
Bagi memastikan penglibatan pelanggan secara menyeluruh, UiTMCNS telah mengenalpasti
ganjaran yang akan diperoleh bagi setiap pelanggan dalaman dan luaran, seperti yang
dinyatakan di dalam Rajah 3.3.

UiTM NEGERI SEMBILAN 23

Rajah 3.3: Senarai kebaikan/ganjaran kepada pelanggan

3.3 Keperluan Pelanggan
Secara amnya, keperluan pelanggan akan dikenalpasti berdasarkan kepada maklumbalas atau
aduan yang diterima, serta ketetapan yang dibuat oleh pihak Universiti. Untuk tahun 2018,
UiTMCNS telah menggunapakai pelbagai instrumen untuk memperoleh maklumat keperluan
pelanggan seperti di Rajah 3.4 (seperti merujuk lampiran borang maklum balas, video temu bual,
minit mesyuarat dan laporan akhir program JELAJAH ANAK BANGSA SIRI III: RAYA AIDILADHA
DI BUMI KAMPUCHEA & KEMBARA BUMI VIETNAM, talking circle PPKAS, rekod penerimaan
penganjuran aktiviti pelajar)

Rajah 3.4 : Kaedah Penentuan Keperluan Pelanggan

Melalui mekanisma ini, UiTMCNS dapat memastikan segala keperluan pelanggan dalaman dan
luaran dipenuhi dengan sebaiknya, melalui pemantauan BHEP secara berkala bagi membina
graduan yang dinamik di pasaran kerja kompetitif dan menjadi pilihan utama majikan.

UiTM NEGERI SEMBILAN 24

3.4 Penglibatan Pelanggan

Dalam merangka setiap aktiviti, UiTMCNS sentiasa memastikan keterlibatan pelanggan
bersesuaian dengan objektif aktiviti yang dianjurkan. Untuk kemantapan bakat kepimpinan,
pelanggan turut mengikuti Kursus Pengurusan Organisasi(seperti merujuk Lampiran jemputan
penceramah Kursus Pengurusan Organisasi, Sijil penyertaan dan tentatif Kursus Pengurusan
Organisasi, Keterangan Inovasi dalam Organisasi, laporan akhir program JELAJAH ANAK
BANGSA SIRI III: RAYA AIDILADHA DI BUMI KAMPUCHEA & KEMBARA BUMI VIETNAM,
surat lantikan penasihat program dan lantikan fasilitator program Kepimpinan Pewaris Bangsa).
Peranan yang dimainkan oleh setiap pelanggan dalam proses perancangan dan pelaksanaan
sesuatu program dirangkumkan dalam Jadual 3.1.

Jadual 3.1: Perancangan dan Pelaksanaan Penglibatan Pelanggan

KATEGORI PELANGGAN PERANCANGAN PELAKSANAAN

Pelajar  Pemetaan aktiviti  Penyertaan ahli majlis tertinggi bagi

PELANGGAN persatuan/kelab selaras setiap persatuan/kelab di dalam
DALAMAN Kursus Pengurusan Organisasi (KPO)
dengan KPI BHEP. pada setiap tahun.

 Penetapan persatuan/kelab  Salah satu agenda KPO, pelajar

sebagai penggerak utama terlibat dalam Bengkel Pemantapan
Kertas Kerja Berimpak Tinggi.
untuk penganjuran program.
 Pelajar terlibat sebagai AJK/peserta

bagi setiap program anjuran
persatuan/kelab.

 Penyediaan laporan akhir penganjuran

program.

Staf  Staf terlibat sebagai penasihat

 Pelantikan penasihat untuk persatuan / pegawai pengiring.

memberi bimbingan kepada  Staf menjadi fasilitator dalam melatih

para pelajar bagi pelajar dari aspek kepimpinan melalui

mengendalikan sesuatu program Kem Survival Anak Bangsa

program. anjuran BHEP.

 Pemetaan aktiviti BHEP  Membantu BHEP dalam

selaras dengan KPI UiTMCNS mengenalpasti pelajar yang berpotensi

2018. untuk dikembangkan bakatnya ke

peringkat yang lebih tinggi.

 Membuat saringan awal terhadap

kualiti penganjuran sesuatu program,

melalui kertas kerja yang dirangka oleh

pelajar.

 Membuat saringan awal bagi

pemilihan pelajar yang terbaik

sebelum dicalonkan ke peringkat lebih

tinggi seperti pencalonan Anugerah

Tokoh Siswa (ATS).

PELANGGAN Masyarakat  Penetapan golongan sasar  Mengenalpasti komuniti sasaran
LUARAN bagi sesuatu program. melalui agensi-agensi kerajaan dan

NGO.

Rentetan daripada perancangan BHEP yang sistematik ini, UiTMCNS telah berjaya melahirkan
tokoh-tokoh pelajar yang mempunyai bakat dan sifat kepimpinan yang tinggi dalam pengendalian
sesuatu program seperti yang telah disenaraikan seperti di Kriteria 7: Hasil.

UiTM NEGERI SEMBILAN 25

3.5 Pemantauan Maklumbalas Dan Aduan

Bagi memastikan sesuatu program yang dirancang dapat dijalankan dengan jayanya, UiTMCNS
telah menjalankan pemantauan dalam meningkatkan kualiti program seperti yang tertera di dalam
Jadual 3.2 (rujuk lampiran laporan post-mortem dan borang maklum balas Program Jelajah Anak

Bangsa Siri III: Raya Aidiladha Di Bumi Kampuchea & Kembara Bumi Vietnam, media sosial
Facebook, Instagram dan Whatsapp group GPMS, rekod penghantaran laporan akhir dan email

tarikh audit gerak kerja BHEP).

Jadual 3.2: Senarai pelan pemantauan dan proses penambahbaikan mengikut kategori pelanggan

Kategori Pelan Pemantauan Pelaksanaan dan proses penambahbaikan

 Memastikan setiap persatuan/kelab  Persatuan/kelab akan mengadakan
post mortem bersama AJK pelaksana
pelajar menyediakan dan bagi membincangkan permasalahan
dan cadangan penambahbaikan
menghantar laporan akhir program program yang telah dilaksanakan.

Pelajar kepada BHEP dalam tempoh 2  Menganalisa borang keberkesanan
program yang telah diisi oleh pelajar
Pelanggan minggu selepas program berakhir. yang terlibat sebagai peserta.
dalaman
 Menggunakan beberapa medium  Persatuan/kelab telah mewujudkan dan
menggunakan media sosial sebagai
perantara bagi mendapatkan medium komunikasi sesama ahli
persatuan/kelab serta penasihat.
aduan/maklum balas pelajar seperti

facebook, Instagram, dan whatsapp.

 Memastikan penasihat  Penasihat persatuan/kelab disarankan
untuk menghadiri mesyuarat aktiviti
persatuan/kelab memantau bagi mengetahui gerak kerja sesuatu
program.
perancangan dan perjalanan setiap
 Penasihat persatuan/kelab perlu
Staf aktiviti yang dianjurkan oleh menyemak setiap laporan akhir
program yang disediakan oleh pelajar
Pelanggan Masyarakat persatuan/kelab pelajar sebelum dihantar ke BHEP.
luaran
 Memberi peringatan kepada  Staf BHEP merekod penghantaran
laporan akhir program sebagai bukti
persatuan/kelab untuk menghantar pelaksanaan program.

laporan akhir program  BHEP telah diaudit oleh pasukan audit
dalam pada 23 Oktober 2018 bagi
 UiTMCNS menjalankan audit memastikan segala proses kerja
mengikut piawaian yang telah
dalaman pada setiap tahun. ditetapkan oleh UiTMCNS.

 Menggunakan beberapa medium  Cadangan dan komen daripada
pelanggan luaran diperoleh melalui
perantara bagi mendapatkan komunikasi tidak formal di media sosial.

aduan/maklum balas pelanggan

luaran melalui facebook,

Instagram,dan whatsapp

Borang maklum balas dan temu bual bersama pelanggan luar telah dilakukan setelah
tamat program. Setiap aduan dan maklum balas yang diterima daripada setiap kategori
pelanggan akan diteliti, dianalisa dan dibincangkan bersama di antara penasihat
persatuan/kelab dan AJK pelaksana program bagi tujuan penambahbaikan dan
dilaporkan di dalam Laporan Akhir Aktiviti seperti yang dinyatakan dalam Rajah 3.2.

UiTM NEGERI SEMBILAN 26
3.6 Hasil Tindakan Dan Inovasi
Berdasarkan kepada petunjuk prestasi utama, UiTMCNS telah menerapkan beberapa elemen
inovasi bagi pembudayaan amalan terbaik di antara pihak pengurusan dengan pelanggan seperti
yang disenaraikan dalam Rajah 3.5.

Rajah 3.5: Senarai inovasi UiTMCNS bagi tahun 2018

Melalui inovasi ini, pelbagai program bercorak kepimpinan telah berjaya dianjurkan oleh
persatuan/kelab pelajar sepanjang tahun 2018, sekaligus memastikan bidang tujahan
pembangunan pelajar daripada aspek kepimpinan ini dapat direalisasikan sejajar dengan visi
UiTM menghasilkan graduan yang berdaya saing di peringkat tempatan dan global di masa
hadapan.

UiTMCNS

AKNC 2019

PENGUKURAN, ANALISIS DAN
KEPIMPINAN PENGETAHUAN

UiTM NEGERI SEMBILAN 27

4.0 PENGUKURAN, ANALISIS DAN KEPIMPINAN PENGETAHUAN

Hasil analisis data yang tepat dan sahih merupakan elemen yang amat penting dalam mengukur
kecekapan dan keberkesanan sesuatu system pengurusan. Data dan maklumat yang diperolehi
dari pelan perancangan strategik, perlu diukur dan dianalisa secara efektif. Selain itu, data yang
diperolehi akan dinilai secara terperinci dan berkala bagi memastikan pihak kepimpinan
UiTMCNS dapat melakukan penambahbaikan dalam menyokong pencapaian kampus agar
sentiasa berada pada tahap yang memberansangkan dan selari dengan perancangan UiTMCNS.

4.1 Pengukuran, Analisis, Dan Penambahbaikan Pencapaian

4.1a(1) Pengukuran Kriteria

UiTMCNS mengukur pencapaian untuk setiap petunjuk prestasi utama pada setiap bahagian
melalui data dan maklumat agar mencapai objektif pelan perancangan strategik. Pihak
pengurusan akan menyemak data dan maklumat yang diterima sebelum mengambil langkah
yang seterusnya. Setelah semakan dijalankan, penambahbaikan yang berterusan perlu
dilaksanakan bagi mengatasi kelemahan sedia ada. Tindakan dan semakan ini perlu bagi
memastikan wujud keseimbangan terhadap keperluan pelajar dan pihak berkepentingan. Oleh
yang demikian, UiTMCNS sentiasa mengambil tindakan proaktif bagi memastikan pelan
perancangan strategik yang ditetapkan tercapai.

Analisis pengukuran pencapaian oleh bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) adalah penting untuk
diintegrasikan dan akan dibawa ke Bengkel Pensejajaran Semula Pelan Perancangan Strategik
2016-2020 (BPSPPS). Mesyuarat BPSPPS akan diadakan setahun sekali bagi tujuan
penambahbaikan serta membincang dan menilai semula keberkesanan sistem pengurusan
secara menyeluruh melalui mekanisma pengukuran seperti penyediaan laporan petunjuk
pencapaian. Hal ini membolehkan BHEP dapat menyumbang kepada pembangunan pelajar
secara lebih menyeluruh.

Bagi tahun 2018, terdapat 94 persatuan/kelab yang berdaftar di BHEP UiTMCNS dan 112 orang
pensyarah terlibat sebagai penasihat persatuan/kelab. Setiap persatuan/kelab ini masing-masing
menjalankan pelbagai aktiviti yang merangkumi beberapa kategori seperti akademik/Ilmiah,
khidmat masyarakat/sosial, kreatif/Inovasi, sukan/rekreasi, kerohanian, kebudayaan dan warisan
serta keusahawanan. Senarai lengkap persatuan/kelab serta keberkesanan aktiviti program
kepimpinan pelajar boleh dilihat di Jadual 7.7 melalui bilangan pelajar yang terlibat.

UiTM NEGERI SEMBILAN 28

Rajah 4.1: Petunjuk Pencapaian Serta Sasaran Perancangan Strategik Teras 3

Pemilihan dan pengumpulan data adalah berdasarkan kepada perkhidmatan yang diberikan
kepada pelanggan. Pelanggan utama yang dikenal pasti ialah pelajar. Antara perkhidmatan
utama yang diberikan kepada pelajar adalah seperti Rajah 4.2.

Rajah 4.2: Perkhidmatan Utama kepada Pelajar

UiTM NEGERI SEMBILAN 29

Maklumat aktiviti yang dijalankan di UiTMCNS dikumpul untuk menjana pencapaian pelan
perancangan strategik yang disasarkan berdasarkan aktiviti dan pertandingan yang disertai.

Selain itu, kepimpinan pelajar juga dilihat dan diukur melalui Program MahasiswaGemilang
(PROMAG) dan Anugerah Kelab dan Persatuan Cemerlang (AKPC) di bawah Unit Kepimpinan
Pelajar (UKP), BHEP UiTMCNS. AKPC merupakan kayu ukur dalam penganugerahan Anugerah
Tokoh Siswa (ATS) kepada pelajar. Persatuan/kelab akan dinilai dari segi pembangunan dan
kepimpinan pelajar mengikut kategori anugerah seperti yang disenaraikan pada Jadual 7.3.
Lanjutan daripada ATS UiTMCNS, pemenang yang terpilih akan mewakili kampus sebagai calon
bagi ATS UiTM SeMalaysia. PROMAG diperkenalkan bertujuan untuk melahirkan dan memupuk
ciri-ciri kepimpinan dalam kalangan pelajar. Tiga modul utama yang terlibat iaitu Modul Ikon,
Modul Professional Dan Modul Survival. Hasil daripada kedua-dua inisiatif ini, maka UiTMCNS
dapat menghasilkan championstudent.

BHEP telah menggunakan templat aktiviti yang merangkumi data-data seperti senarai persatuan
dan kelab yang terlibat, kategori aktiviti, ringkasan aktiviti dan tempat aktiviti dijalankan.

Pejabat Bendahari bertanggungjawab dalam mengurus semua data kewangan termasuk
peruntukan berkaitan aktiviti pelajar. Borang permohonan tuntutan hendaklah diserahkan kepada
pejabat bendahari selewat-lewatnya dua minggu selepas program dijalankan. Permohonan yang
Berjaya akan dimaklumkan melalui emel rasmi UiTM kepada penasihat kelab dan persatuan.
Penasihat seterusnya memaklumkan kepada pelajar mengenai status permohonan tersebut.

Data dan maklumat mengenai senarai persatuan/kelab serta peruntukan tabung ini penting bagi

memastikan setiap proses dapat dipantau serta berjalan lancar dan seterusnya menyumbang
kepada pencapaian UiTMCNS. Peruntukan yang diluluskan kepada aktiviti persatuan/kelab

menunjukkan komitmen pengurusan dalam menghasilkan championstudent. Maklumat hasil
pencapaian disebarluas kepada warga kampus dan pihak berkepentingan bagi membantu dalam
pengurusan kewangan akan datang.

4.1a(2) Data Perbandingan

Bagi memenuhi keperluan inovasi kerja, data perbandingan merupakan satu mekanisma yang
tepat dalam membuat keputusan. Perbandingan peringkat dalaman UiTMCNS dilakukan setiap
tahun untuk melihat pencapaian aktiviti pembangunan pelajar dari setiap persatuan dan kelab
dalam menyertai program kepimpinan pelajar.

Pencapaian UiTMCNS secara menyeluruh dapat dilihat melalui sumber maklumat pesaing
terhampir. Data perbandingan penting untuk tujuan semakan petunjuk prestasi utama bagi
menilai pencapaian semasa dan pencapaian UiTMCNS. Data-data ini membantu mengenal pasti
jurang dan peluang penambahbaikan pada masa hadapan. Rajah 4.3 menunjukkan peningkatan
calon Anugerah Tokoh Siswa dari 11 calon pada tahun 2016 kepada 23 calon bagi tahun 2018.

UiTM NEGERI SEMBILAN 30

Rajah 4.3: Bilangan penyertaan Anugerah Tokoh Siswa

4.1a(3) Data Pelajar Dan Pihak Berkepentingan
Bagi mengukur tahap kepuashatian pelajar dan pihak berkepentingan, mekanisma kaji selidik
digunakan di UiTMCNS. Mekanisma ini penting sebagai alat pengukuran terhadap kepuashatian
pelajar dan pihak berkepentingan. Selain itu, keberkesanan ‘Report Monitoring System’ dapat
digambarkan melalui Rajah 4.4.

Rajah 4.4: Keberkesanan ‘Report Monitoring System’

Oleh itu, BHEP memainkan peranan penting dan bertanggungjawab secara langsung bagi
memastikan data yang dikumpul dianalisa dengan efisien. BHEP berperanan untuk memastikan
data-data penting setiap program kepimpinan yang dilaksanakan dan pertandingan yang disertai
oleh pelajar dikumpul dan dianalisa bagi mengenal pasti jurang kekuatan dan kelemahan tadbir
urus kampus dalam memenuhi keperluan pelajar.

UiTM NEGERI SEMBILAN 31

Pertandingan inovasi bertemakan “Fearless Innovation Redefine” yang dianjurkan oleh pihak
Fakulti Pengurusan Perniagaan di Kampus Seremban dengan kerjasama BHEP menunjukkan

peningkatan bilangan pelajar yang terlibat pada tahun 2018 berbanding tahun 2017 iaitu dari 521
orang pelajar kepada 605 orang pelajar. Bilangan pelajar terlibat dalam pertandingan “Fearless
Innovation Redefine” boleh dirujuk pada Rajah 7.7.

4.1a(4) Keanjalan Sistem Pengukuran

Audit Dalam secara berterusan dijalankan untuk memastikan keberkesanan sistem pengukuran
pencapaian yang dilaksanakan. Audit Dalam dijalankan secara berkala oleh pasukan Audit Dalam
yang terlatih yang diketuai oleh Ketua Sistem Audit (KSA) mengikut piawaian pengauditan yang
telah ditetapkan. Bagi memastikan prosedur pengurusan pelajar berjalan lancar, BHEP turut
terlibat dalam proses pengauditan. Setiap penemuan ketidakpatuhan audit semasa atau
sebelumnya, tindakan pembetulan atau penambahbaikan perlu dilakukan segera jika terdapat
penurunan atau peningkatan terhadap penemuan tersebut.

UiTMCNS juga memastikan pengukuran pencapaian sejajar dengan hala tuju kampus melalui
mesyuarat dan laporan yang disemak secara berkala seperti di Rajah 4.5. Sebagai contoh,
Mesyuarat Anugerah Tokoh Siswa turut dilakukan sekali setiap tahun bagi memilih calon-calon

yang layak untuk dianugerahkan sebagai tokoh siswa setiap tahun. Semakan berkala penting
bagi membolehkan segala ketidakpatuhan dan penemuan yang ditemui dapat ditambahbaik pada

masa akan datang. Petunjuk Prestasi Utama yang ditetapkan perlu selaras dengan keperluan
operasi dan tadbir urus bagi memastikan gerak kerja yang dijalankan dapat dilaksanakan dalam
persekitaran yang kondusif.

Rajah 4.5: Mesyuarat dan Laporan yang dijalankan secara berkala di UiTMCNS

Pengukuran yang dilakukan oleh BHEP melalui mesyuarat Tabung Amanah Pelajar (TAP) bagi
membincangkan perkara melibatkan belanjawan termasuk peruntukan bagi setiap aktiviti pelajar
yang akan dijalankan pada setiap semester serta pengurusan kewangan yang melibatkan
bayaran dan perolehan.

UiTM NEGERI SEMBILAN 32

Bagi memastikan kualiti yang terdapat di dalam pelajar dinilai, pengukuran pencapaian individu
juga turut dijalankan. Anugerah Tokoh Siswa merupakan anugerah yang dipertandingkan pada

setiap tahun bagi memilih calon-calon pelajar yang mempunyai pencapaian yang terbaik dalam
kedua-dua aspek akademik dan kokurikulum di bawah nama persatuan dan kelab yang

ditubuhkan di UiTMCNS. Pelajar yang dipilih menjadi tokoh kebiasaannya merupakan pelajar
yang cemerlang di dalam keputusan peperiksaan dan dalam masa yang sama turut aktif
menceburkan diri dalam persatuan atau kelab. Pelajar turut dinilai berdasarkan kepada sifat

kepimpinan yang ada dalam diri calon tersebut. Selain dari itu, Program Mahasiswa Gemilang
(PROMAG) terdiri dari 3 modul utama seperti Rajah 4.6.

Rajah 4.6: Program Mahasiswa Gemilang (PROMAG)

Peserta PROMAG terdiri dari ahli majlis tertinggi persatuan/kelab bagi menerapkan nilai-nilai
kepimpinan yang ada dalam diri pelajar-pelajar tersebut. Setiap modul yang dijalankan
melibatkan seramai 25 orang pelajar bagi kampus Seremban dan Kuala Pilah manakala bagi
kampus Rembau seramai 220 orang pelajar terlibat bagi 5 siri modul yang dijalankan pada tahun
2018. Hasil daripada penyertaan pelajar dalam PROMAG ini menunjukkan peningkatan calon
ATS sebanyak 23 penyertaan pada tahun 2018 berbanding 12 penyertaan pada tahun 2017 dan
11 penyertaan pada tahun 2016.

4.1b Analisa Pencapaian Dan Semakan
Analisa pencapaian dibentangkan dalam BPSPPS yang dijalankan sekali setahun. Data dianalisa
dengan menggunakan kaedah deskriptif perbandingan pencapaian semasa dengan indikator
pengukuran yang ingin dicapai. Dengan menggunakan kaedah ini, kelemahan dan masalah yang
dihadapi dapat dikenalpasti.

Dalam menganalisa sasaran pencapaian BPSPPS, mekanisma analisa frekuensi dan deskriptif
seperti carta garis dan carta bar untuk melihat tahap, tren dan perbandingan pencapaian
digunapakai. Analisa pencapaian semasa dan pencapaian terdahulu turut dilaksanakan untuk
menilai daya saing UiTMCNS. Selain itu, data seperti statistik pelajar yang terlibat dalam aktiviti
program kepimpinan seperti program mahasiswa gemilang (PROMAG) digunakan untuk
membuat analisa perbandingan. Merujuk rajah 7.??? (kak rafizan) terdapat peningkatan terhadap

UiTM NEGERI SEMBILAN 33

bilangan program kepimpinan yang dijalankan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa
bermula dari tahun 2016 sehingga tahun 2018.

Analisis jurang turut dilaksanakan dengan melihat pencapaian bagi setiap keterlibatan pelajar
dalam program kepimpinan. Hasil analisa menunjukkan purata pencapaian pelajar dalam
program kepimpinan mencapai Petunjuk Prestasi Utama yang disasarkan. Log tindakan
penyelesaian akan dikeluarkan sebagai panduan pelaksanaan aktiviti atau tindakan susulan
dalam memastikan sasaran pada tahun berikutnya dapat dicapai secara optimum.

4.1c Penambahbaikan Pencapaian

Semakan pencapaian UiTMCNS melalui mesyuarat BPSPPS dijalankan bagi mengenalpasti
penambahbaikan dan inovasi yang perlu dilakukan. Ia adalah berdasarkan kepada sasaran
pencapaian serta amalan terbaik dan cemerlang bagi merealisasikan Pelan Perancangan
Strategik berdasarkan Petunjuk Prestasi Utama yang telah ditetapkan.

4.1c(1) Perkongsian Amalan Terbaik

Kolaborasi antara BHEP UiTMCNS dan persatuan serta kelab membantu dalam menggerakkan
dan melaksanakan proses penambahbaikan Petunjuk Prestasi Utama seperti perkongsian
amalan terbaik melalui sesi perkongsian oleh alumni UiTMCNS iaitu mantan Yang Dipertua Majlis
Perwakilan Pelajar (MPP), Omar Mokhtar bin A Manap dan penerima Anugerah Tokoh Siswa
2017 iaitu Muhammad Hail Haris bin Muhammad Hakim seperti Rajah 4.7.

Rajah 4.7: Perkongsian Amalan Terbaik Melalui Alumni UiTMCNS dan penerima Anugerah Tokoh Siswa 2017.

UiTM NEGERI SEMBILAN 34

4.1c(2) Pencapaian Masa Hadapan

Proses penambahbaikan, pembetulan dan pencegahan dilaksanakan selepas proses analisa dan
semakan bagi mengenal pasti kelemahan UiTMCNS. Contohnya, dalam usaha meningkatkan
tadbir urus pembangunan pelajar, pihak BHEP telah mengguna pakai templat aktiviti untuk
memastikan dokumen yang tepat berkaitan aktiviti pembangunan pelajar. Audit Dalam yang
dijalankan secara berkala dikeseluruhan sistem UiTMCNS di BHEP membantu dalam
meningkatkan dokumentasi terhadap aktiviti pembangunan pelajar UiTMCNS. Berdasarkan
kepada Laporan Audit Dalam yang telah dijalankan, tindakan pembetulan dilaksanakan.
Tindakan pencegahan turut dilakukan dimana setiap wakil persatuan dan kelab perlu menghadiri
Kursus Pengurusan Organisasi (KPO) dan dibawah unit kepimpinan pada setiap semester.
Kursus ini memberi pendedahan berkenaan prosedur pengurusan aktiviti seperti penyediaan
kertas kerja, peruntukan kewangan dan laporan akhir aktiviti.

4.1c(3) Penambahbaikan Berterusan Dan Inovasi

Program Mahasiswa Gemilang (PROMAG) disokong sepenuhnya agar ianya akan diteruskan
pada masa akan datang bagi menerap nilai-nilai kepimpinan dalam diri pelajar. Program ini
membantu melahirkan pelajar yang layak untuk dicalonkan menjadi Tokoh Siswa UiTMCNS.
Proses pemilihan calon bagi Anugerah Tokoh Siswa adalah seperti Rajah 4.8.

Rajah 4.8: Proses Pemilihan Calon Anugerah Tokoh Siswa

Melalui penambahbaikan proses yang dijalankan dan peranan yang dimainkan oleh BHEP, maka
UiTMCNS telah berjaya menobatkan Nurul Norhazirah Binti Suziman yang merupakan pelajar
dari Kampus Seremban sebagai Tokoh Siswa 2018.

4.2 Kepimpinan Maklumat Dan Pengetahuan
4.2a(1) Data Maklumat Dan Pengurusan Ilmu
UiTMCNS amat menitikberatkan ciri-ciri data iaitu ketepatan masa dan kebolehpercayaan. Untuk
menjamin ketepatan masa dalam pengurusan data. Laporan akhir setiap aktiviti yang telah
dijalankan oleh persatuan hendaklah dihantar mengikut masa yang telah ditetapkan oleh BHEP.

UiTM NEGERI SEMBILAN 35

Penerimaan laporan perlu disemak dan disahkan oleh Pegawai BHEP yang telah ditetapkan
sebelum disimpan di bilik simpanan fail.

4.2a(2) Kaedah Analisis

UiTMCNS menguruskan serta mengaplikasikan pencapaian maklumat kerana ia amatlah penting
bagi memastikan aliran maklumat dicapai dan diterima secara keseluruhan. Antara yang telah
dilaksanakan adalah proses penyebaran maklumat secara berperingkat dan berterusan bagi
memastikan setiap maklumat disebarkan ke peringkat bahagian, unit seterusnya kepada pelajar
melalui proses penyebaran maklumat seperti Rajah 4.9.

Rajah 4.9: Proses Penyebaran Maklumat

4.2a(3) Pengurusan Pengetahuan
Kursus Pengurusan Organisasi (KPO) diwajibkan kepada AJK tertinggi bagi setiap
persatuan/kelab (Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari) di UiTMCNS. Ia
adalah mekanisma yang diadakan untuk memantau pelaksanaan aktiviti program berjalan secara
efektif. AJK tertinggi didedahkan dengan tatacara prosedur pengurusan aktiviti persatuan/kelab
seperti Rajah 4.10.

UiTM NEGERI SEMBILAN 36

Rajah 4.10: Tatacara prosedur pengurusan aktivit persatuan/kelab

tinggi di peringkat antarabangsa telah berjaya dikelolakan dengan gembelingan tenaga
Persatuan GPMS UiTM Kampus Seremban dan Persatuan Bahasa Arab UiTM Kampus Kuala
Pilah dalam program Jelajah Anak Bangsa Siri III:Raya Aidiladha Di Bumi Kampuchea dan
program Kembara Bumi Vietnam pada 20-24 Ogos 2018.

UiTMCNS

AKNC 2019

FOKUS KEPADA SUMBER MANUSIA

UiTM NEGERI SEMBILAN 37

5.0 SUMBER MANUSIA

BIDANG TUMPUAN: PENGURUSAN DAN PEMBANGUNAN PELAJAR (KEPIMPINAN
PELAJAR)

5.1 Penglibatan Sumber Manusia

Bagi menjayakan bidang tumpuan yang telah direncanakan, penglibatan sumber manusia secara
optimum merupakan salah satu aspek yang diberi perhatian oleh UiTMCNS. Sumber manusia
yang terlibat dalam membangun kan kepimpinan pelajar tersebut adalah staf akademik yang
terdiri daripada pensyarah, serta staf bukan akademik iaitu staf daripada bahagian-bahagian dan
unit-unit yang berkaitan seperti BHEP, BHEA dan PJIM & A. Ini adalah bertepatan dengan objektif
Kualiti 5 UiTMCNS iaitu memastikan 75% staf melibatkan diri dalam aktiviti pelajar dan
kemasyarakatan.

Dalam konteks ini, pihak pengurusan UiTMCNS telah memastikan kerterlibatan sumber manusia
dengan menyusun struktur pengurusan Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) supaya sesuai
dengan matlamat utama mereka iaitu menjalankan dua fungsi teras, iaitu pembangunan dan
kepimpinan pelajar serta dalam menyediakan kemudahan dan perkhidmatan kepada pelajar.
Selain daripada BHEP, Bahagian Hal Ehwal Akademik (BHEA) juga merupakan tunggak utama
dalam memainkan peranan di dalam perkara yang berkaitan hal ehwal pelajar. Antara peranan
yang dimainkan, adalah dalam merancang, mengurus, memantau, serta mengendali kan aktiviti-
aktiviti kelab dan persatuan, MDS, MPP, Pilihan Raya Kampus, tabung-tabung amanah, urusan
PTPTN, hal ehwal berkaitan dengan akademik pelajar khususnya dalam memastikan penglibatan
pelajar terhadap aktiviti yang berkaitan samada di dalam mahupun di luar kampus yang
dianjurkan oleh agensi luar dapat di laksanakan dengan jayanya. Bagi memastikan pelaksanaan
tersebut berjaya direalisasikan, maka Sumber manusia UiTMCNS samada staf akademik dan
bukan akademik juga turut terlibat di dalam agenda tersebut sebagai penasihat program,
penasihat persatuan pelajar/kelab dan pegawai pengiring. (Rujuk jadual 4.1-tidak wujud).

5.2 Pengoptimuman Kepakaran Sumber Manusia

Bagi memastikan sumber manusia terlibat secara optimum, dorongan sentiasa diberikan kepada
keseluruhan sumber manusia agar melibatkan diri sebagai penasihat kelab dan persatuan
pelajar, penasihat majlis atau jawatan kuasa tertinggi serta pengiring bagi aktiviti
pelajar.Pencalonan sebagai penasihat juga dibuat oleh KPP dan Penyelaras Program dengan
mengambil kira pengalaman serta kepakaran seseorang calon sekiranya terdapat kekosongan
jawatan sebagai penasihat. Sebagai contoh, Persatuan Bahasa Inggeris dinaungi oleh pensyarah
APB, Gerakan Pengguna Siswa dinaungi oleh pensyarah Fakulti Pengurusan Perniagaan
manakala Majlis Sukan Pelajar dinaungi oleh pegawai sukan UiTMCNS.

Walaupun penglibatan majoriti tenaga kerja terutamanya sebagai penasihat adalah secara suka
rela, namun pihak UiTMCNS menitik beratkan pengalaman serta kepakaran calon bagi
memastikan setiap penasihat yang dilantik dapat menyumbang ke arah memperkasa kan
kepimpinan pelajar. Penasihat mempunyai pengalaman sebagai fasilitator dan penceramah
dalam beberapa program kepimpinan pelajar seperti Program Kepimpinan Pewaris Bangsa,
Program Kepimpinan Profesionalisme dan “Leader in Action”. Melalui pengalaman dan
kepakaran, fungsi penasihat dapat dioptimumkan sejajar dengan objektif utama iaitu penglibatan
sumber manusia secara komprehensif.Fokus penglibatan kepakaran sumber manusia tidak
hanya tertumpu kepada staf akademik dan bukan akademik tetapi juga melibatkan pelajar. Oleh
itu, bagi memastikan ahli jawatan kuasa tertinggi kelab dan persatuan yang terdiri daripada
pelajar mempunyai kepakaran dalam penulisan kertas kerja, jenis dana yang ditawarkan

UiTM NEGERI SEMBILAN 38

mengikut jenis program serta tempoh permohonan dan kelulusan program, satu inisiatif telah
diambil iaitu melalui penganjuran Kursus Pengurusan Organisasi (KPO) sebanyak dua kali
setahun diadakan.

Rajah 5.1: Penglibatan dan pengoptimaan kepakaran Sumber Manusia

Selain itu juga dalam memastikan, perancangan yang dibuat berjaya dijalankan, maka
pihak BHEP telah menyediakan program tambahan seperti Program Mahasiswa Gemilang yang
bertujuan untuk menghasil kan pelajar yang berketrampilan dalam bidang kepimpinan. Rajah 5.1
menunjukkan proses penglibatan dan pengoptimaan kepakaran Sumber Manusia dalam pelbagai
inisiatif.

Disamping itu, pihak BHEP turut memastikan Sumber manusia adalah terdiri dari Staf yang
mempunyai sijil yang diiktiraf oleh organisasi yang berkaitan, khususnya yang mampu
memainkan peranan penting dalam penghasilan ke arah bidang tumpuan. Antara staf yang boleh
dijadikan contoh adalah Dr Sheikh Ahmad Izaddin bin Sheikh Mohd Ghazali merupakan Ketua
penyelaras Unit Kepimpinan Pelajar (UKP), selain daripada itu beliau juga merupakan penasihat
bagi persatuan dalaman yang telah mendapat sijil Pengamal Asas NLP, di mana sijil yang terima
itu merupakan sijil yang telah dikeluarkan oleh organisasi yang di iktiraf oleh pihak Kementerian
Pendidikan Tinggi (Rujuk Rajah 5.2). Dengan kepakaran yang ada berserta dengan sijil
kelayakan yang diiktiraf, maka kepakaran dan kemampuan beliau mampu melahirkan lebih ramai
pelajar yang berketrampilan dalam aspek kepimpinan.

UiTM NEGERI SEMBILAN 39

Rajah 5.2: Sijil NLP

5.3 Tahap Kepuasan Hati Dan Aduan Sumber Manusia Terhadap Persekitaran Dan Sistem
Kerja

Kepuasan hati pelanggan merupakan tunggak kepada kejayaan sesebuah organisasi.Menyedari
hal ini, pihak UiTMCNS sentiasa melakukan yang terbaik bagi memastikan tahap kepuasan hati
pelanggan iaitu pelajar berada di tahap maksimum. Pihak UiTMCNS mengambil berat akan
aduan-aduan yang dilaporkan oleh pelanggan. Seterusnya, tindakan yang sewajarnya akan
diambil bagi menyelesaikan masalah secepat yang mungkin dan memastikan aduan yang sama
tidak lagi berulang. Jadual di bawah merumuskan tindakan penyelesaian yang diambil oleh pihak
UiTMCNS terhadap maklum balas sumber manusia dan tindakan dalam menguruskan risiko-
risiko dalam sistem kerja.

Jadual 5.1: Tindakan Terhadap Maklumbalas / Risiko Sumber Manusia

RISIKO / TINDAKAN
MAKLUMBALAS

Kekurangan Unit kepimpinan pelajar mewujudkan akaun media sosial bagi
memperkenalkan pucuk pimpinan MPP yang baharu.
hebahan
kepimpinan MPP
yang baharu

Melalui akaun media sosial yang diwujudkan, semua pelajar dapat
mengenali pucuk pimpinan mereka dan seterusnya mengemukakan

sebarang permasalahan atau aduan secara terus kepada pucuk
pimpinan yang telah dilantik.

UiTM NEGERI SEMBILAN 40

Ketiadaan Melibatkan pelajar secara langsung dalam pengurusan kampus.
penglibatan
pelajar dalam
pengurusan
kampus

Laporan: Mesyuarat Ketua-Ketua unit BHEP Bil 17

Pihak UiTMCNS dengan berbesar hati telah menjemput wakil

kepimpinan pelajar sebagai ahli dalam mesyuarat bersama ketua-ketua
unit BHEP. Penglibatan pelajar secara langsung dalam mesyuarat

tersebut dapat membuka ruang kepada pucuk pimpinan pelajar dalam
mengemukakan sebarang permasalahan kepada pihak pengurusan.
Pihak UiTMCNS percaya bahawa jalan penyelesaian “win-win situation”

dapat dicapai sekiranya kedua-dua pihak iaitu pelajar dan organisasi
berbincang secara terbuka berkenaan permasalahan atau aduan yang

dikemukakan oleh pelajar di dalam mesyuarat tersebut. Nilai
kepimpinan pelajar juga dapat diterapkan melalui pengalaman pelajar
menyertai mesyuarat bersama pihak pengurusan.

Staf kurang Menggunakan aplikasi Whatsapp sebagai medium untuk
responsif mengemukakan sebarang isu oleh pelajar atau staf UiTMCNS. Staf
BHEP sentiasa bersedia memberikan respon terhadap isu yang
dibangkitkan oleh pelajar atau staf UiTMCNS. Melalui aplikasi tersebut,
respon dapat diberikan dengan lebih pantas dan efektif.

Laporan: Mesyuarat Ketua-Ketua unit BHEP Bil 17

Bantuan Pihak UiTMCNS telah mengambil inisiatif untuk meminda kekerapan
kewangan tabung pemberian bantuan kewangan tabung kebajikan kepada sekali setiap
kebajikan semester. Langkah ini diambil bukan sahaja kerana untuk

memotivasikan para pelajar tetapi juga untuk meningkat kan prestasi
dan pembangunan pelajar.

Laporan: Mesyuarat Ketua-Ketua unit BHEP Bil 17

UiTM NEGERI SEMBILAN 41

Tidak menghantar Laporan aktiviti yang telah diadakan dihantar ke Unit Korporat untuk
dinilai sama ada aktiviti tersebut mempunyai impak yang tinggi untuk
laporan aktiviti dihebahkan kepada media.

untuk tujuan

hebahan kepada

unit korporat

Format laporan Format laporan di selaraskan di semua kampus di mana semua jenis
kemalangan akan dilaporkan tetapi laporan kesihatan hanya dibuat
kesihatan dan
untuk kes-kes yang melibatkan penahanan di wad sahaja.
kemalangan Hanya seorang staf sahaja dilantik untuk menguruskan laporan
kesihatan, kemalangan dan musibah supaya tidak berlaku
pelajar yang tidak
percanggahan maklumat dan format laporan.
setara antara

kampus

Laporan: Mesyuarat Ketua-Ketua unit BHEP Bil 17

5.4 Tindakan Yang diambil Bagi Memastikan Persekitaran Kerja Dan Sistem Kerja Yang
Kondusif
Persekitaran tempat kerja dan sistem kerja yang kondusif merupakan salah satu komponen
penting yang menyumbang kepada peningkatan kualiti pekerjaan dan produktiviti organisasi.
Perkara ini secara tidak langsung dapat membantu meningkat kan pembangunan pelajar. Tidak
menafikan kenyataan ini, pihak UiTMCNS sentiasa berusaha bagi memastikan persekitaran
tempat kerja dan sistem kerja berada pada tahap yang baik. Antara tindakan yang diambil bagi
memastikan persekitaran kerja dan sistem kerja yang kondusif adalah seperti berikut:
1. Menerapkan amalan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) bagi memperkukuh kan
budaya organisasi berprestasi tinggi dan inovatif.
2. Menyediakan ruang yang selesa untuk pelajar berurusan.
Cth:- Student Lounge mempunyai kemudahan Wifi dan TV di ruang menunggu di BHEP

Rajah 5.3: Student Lounge dengan Kemudahan Wifi dan TV

UiTM NEGERI SEMBILAN 42

3. Menyediakan sudut informasi bagi menyampai kan maklumat-maklumat penting kepada
pelajar.

Rajah 5.4: Sudut Informasi di BHEP

4. Sahsiah rupa diri staf juga merupakan elemen penting dalam mewujudkan suasana kerja
yang kondusif. Oleh itu, pihak UiTMCNS sentiasa memastikan sahsiah rupa diri staf berada
dalam keadaan baik.Sebagai contoh, staf unit sukan dan kokurikulum di nasihatkan untuk
memakai pakaian pejabat jika tiada aktiviti luar.

5.5 Inovasi Yang Terhasil Daripada Tindakan Yang Dinyatakan Di Atas

UiTMCNS telah menjalankan beberapa usaha untuk menghasilkan inovasi supaya menghasilkan
produk yang lebih baik melalui pengubahsuaian dan penambahbaikan. Di UiTMCNS, beberapa
inovasi di dalam pembangunan sumber manusia telah dijalankan. Antara inovasi yang terhasil
dari perlaksanaan proses pengurusan Sumber Manusia adalah penubuhan Jawatankuasa
Tatatertib dan Jawatankuasa Sahsiah Rupa Diri. Jawatankuasa ini telah diwujudkan pada (tarikh)
serta dianggotai oleh staf Akademik, Jawatankuasa tatatertib HEP yang dilantik oleh Naib
Canselor UiTM.

Selain itu, terdapat juga usaha lain yang telah di laksanakan oleh pihak pengurusan Sumber
Manusia bagi memastikan penghasilan inovasi ini dapat dijayakan. Antaranya adalah
menjalankan Program Mahasiswa Gemilang dan juga pengenalan ‘Report Monitoring System’
dalam memantau semua program yang telah dijalankan. Kesan daripada wujudnya “Report
Monitoring System” ini, segala aktiviti yang telah lulus dapat dipantau akan keberlangsungnya
dan keberkesanan aktiviti dengan jayanya, serta keberkesanan program juga dapat di catat.
Disamping itu juga, pengenalan terhadap penggunaan QR code (Rujuk Rajah 5.5) telah diguna
pakai bagi memudahkan sumber manusia menjalankan tugas harian kearah meningkatkan
kepimpinan pelajar mahupun staf seperti penghasilan QR code dalam proses pengendalian
peperiksaan akhir dan juga maklum balas kepuasan pelanggan terhadap semua program yang
telah dijalankan. Penggunaan QR code ini memberi banyak impak positif terutama menyahut
cabaran kerajaan dalam “Go Green Campaign” untuk mengurang kan penggunaan kertas.
Tambahan pula, ia mendidik pelajar dan juga staf supaya mempunyai sifat tanggung jawab dalam
memberi maklum balas kepuasan pelanggan dalam waktu yang lebih fleksibel.

UiTM NEGERI SEMBILAN 43

Rajah 5.5: Majlis Pelancaran Penggunaan QR Code 2018 oleh VC UiTM

5.6 Penghargaan Dan Pengiktirafan Kepada Sumaber Manusia
UiTMCNS menghargai setiap jasa dan sumbangan yang diberikan oleh setiap warga kerjanya.
Rektor selaku Pengerusi Panel Pembangunan Sumber Manusia memperakukan pegawai dan
staf yang menunjukkan prestasi yang tinggi dan memberikan sumbangan yang bermakna kepada
UiTMCNS melalui penghargaan berikut:

Antara sumber manusia yang telah mendapat penghargaan dan pengiktirafan tersebut adalah
seperti:

1. En. Mohd Zulhilmi atas Anugerah Tokoh Sukan UiTMCNS 2018
2. En. Nasir Janeiro, Anugerah Staff Berjasa di majlis Anugerah Sukan Peringkat UiTM

2018.
3. Ts. Dr. Sheikh Ahmad Izaddin Sheikh Mohd Ghazali (Penasihat Terbaik) di majlis

Anugerah Tokoh Siswa 2018 UiTMCNS 2018.

Rajah 5.6: Staf Menerima Anugerah 2018

UiTM NEGERI SEMBILAN 44

Jadual 5.1: Fungsi Teras Unit-unit Terlibat

PENDEKATAN PERLUASAN PEMBELAJARAN INTEGRASI

Anugerah Staf yang berprestasi tinggi dan Meningkatkan moral dan motivasi di Telah dilaksanakan setiap
Perkhidmatan layak menerima APC kalangan staf kampus di seluruh kampus
Cemerlang
UiTMCNS.
Surat/Sijil
Penghargaan Memberikan penghargaan berupa Mewujudkan rasa kesepunyaan dan Telah dilaksanakan setiap
surat atau sijil di atas penglibatan kesetiaan terhadap organisasi. kampus di seluruh kampus
dan komitmen yang diberikan. UiTMCNS.

Anugerah Tokoh Terdapat anugerah kepimpian Menyuntik semangat kepada pelajar Telah dilaksanakan setiap
dan sumber manusia untuk terus
Siswa kepada Pelajar dan juga Penasihat menghasikan momentum yang kampus di seluruh kampus
terbaik. UiTMCNS.
Kelab/Persatuan.

Kenaikan Pangkat Pensyarah dan staf yang telah Meningkatkan tahap prestasi serta Telah dilaksanakan setiap
layak memohon diperakukan dan motivasi kerja staf yang efisien serta
disokog oleh Panel Pembangunan penghasilan produktiviti yang lebih kampus di seluruhkampus
UiTMCNS.
Sumber Manusia. berkualiti.

Rajah 5.7: Kenaikan pangkat staf ke DM52

UiTM NEGERI SEMBILAN 45

5.7 Tindakan Pengurusan Kepada Maklumbalas Sumber Manusia

Bagi memastikan kelancaran dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik oleh staf di dalam
sumber manusia, pihak pengurusan UiTMCNS telah menyediakan kaedah yang berkesan
apabila terdapat sebarang maklumbalas daripada sumber manusia. Antara lain, kaedah tersebut
ialah melalui maklumbalas yang dibuat oleh staf menggunakan WhatsApp dan apabila makluman
tersebut diberikan maka pihak pengurusan akan terus mengambil tindakan yang sewajar nya
dalam menyelesaikan isu yang dibangkitkan. Disertakan dibawah, contoh yang dinyatakan
berkaitan dengan maklumbalas berkenaan.

Rajah 5.8: Maklumbalas staf

UiTMCNS

AKNC 2019

FOKUS OPERASI

46

UiTM NEGERI SEMBILAN

6.0 TUMPUAN OPERASI

BHEP sentiasa berusaha dalam membantu UiTMCNS dalam melahirkan graduan yang
mempunyai Kemahiran Insaniah (KI) yang tinggi dan berpersonaliti unggul untuk memenuhi
keperluan global. Salah satu aspek yang dititik beratkan adalah pembangunan kepimpinan

pelajar. Ini kerana kepimpinan merupakan teras keempat di dalam perancangan strategik
UiTMCNS. Kepimpinan di kalangan pelajar ini memfokuskan kepada aktiviti pembangunan nilai-

nilai kepimpinan dari pihak pelajar. Jadual 6.1 menunjukkan kerangka proses-proses utama
pengoperasian pembangunan pelajar (kepimpinan).

Jadual 6.1: Kerangka Proses-Proses Utama Pengoperasian Pembangunan Pelajar (Kepimpinan)

SUMBER PERANCANGAN PELAKSANAAN DAN KEBERHASILAN OUTPUT
PROSES UTAMA PEMANTAUAN

· RMK11 – UiTM · AKTIVITI KELAB/ · BORANG C (LAPORAN · AKTIVITI KELAB/PERSATUAN
· PPS (2016 – PERSATUAN AKTIVITI KELAB/ PERINGKAT KEBANGSAAN DAN

2020) · PELAN INISIATIF PERSATUAN) ANTARABANGSA
· INDIKASI · LAPORAN · ANUGERAH MOTIVATOR

PRESTASI BHEP PERANCANGAN PERINGKAT KEBANGSAAN
STRATEGIK · ANUGERAH WACANA ILMU

· LAPORAN INDIKASI PERINGKAT UiTMCNS
BHEP

. MESYUARAT-
MESYUARAT UTAMA

BHEP

6.1 Operasi
BHEP UiTMCNS sentiasa memastikan semua aktiviti dan program yang berteraskan kepimpinan
pelajar berjalan dengan lancar dan memberikan impak kepada pelajar. Semua aktiviti dan
program yang dirancang perlulah mematuhi Manual Pengurusan Aktiviti Pelajar Universiti
Teknologi MARA (Edisi Kedua), pekeliling-pekeling UiTM, garis panduan semasa serta arahan
atau makluman oleh BHEP UiTM yang disampaikan melalui TRHEP dan pegawai-pegawai BHEP
di UiTMCNS. Disamping itu, Jawatankuasa Pengurusan Risiko UiTMCNS bertanggungjawab
mengawal selia aspek risiko berkaitan operasi.

6.1.1 Perancangan dan Pelaksanaan
Aktiviti dan program berunsurkan kepimpinan pelajar di UiTMCNS bermula dengan strategi input
dan proses bagi menghasilkan output seperti mana yang ditunjukkan dalam Jadual 6.2.

47

UiTM NEGERI SEMBILAN

Jadual 6.2: Struktur Operasi BHEP UiTMCNS

✓ Mesyuarat ✓ Menyediakan kertas kerja ✓Aktiviti Peringkat
✓ Sesi Perbincangan
✓ Komunikasi Media Sosial ✓ Memohon kelulusan program Kebangsaan dan
dan belanjawan
Antarabangsa

✓ MPP ✓ Menyemak kertas kerja ✓Bengkel Program Berimpak
✓ BHEP Tinggi
✓ Meluluskan program dan
aktiviti. ✓Aktiviti dan program
berimpak tinggi
✓ Peruntukan kewangan yang
diperolehi diputuskan oleh
Mesyuarat Tabung Amanah
Pelajar

V Kelab dan persatuan ✓ Program Jelajah Anak Bangsa ✓Anugerah Pemimpin
berdaftar di bawah BHEP
Siri III: Raya Aidiladha Di Kelab/Persatuan.

Bumi Kampuchea dan ✓Johan Pertandingan

Vietnam Motivator Ikon Inspirasi

✓ Pertandingan Motivator Ikon Varsity

Inspirasi Varsity ✓Anugerah Pemimpin

✓ Program Bual Bicara bersama Wacana Intelek

YB

Bagi memastikan hasil program yang dilaksanakan berimpak tinggi, BHEP telah menggabungkan
beberapa program yang mempunyai objektif yang hamper sama. Antara program yang
digabungkan adalah program yang dicadangkan oleh Persatuan Bahasa Arab dari Kampus Kuala
Pilah dan GPMS dari Kampus Seremban. Gabungan program ini menghasilkan satu program di
peringkat antarabangsa iaitu Program Jelajah Anak Bangsa Siri III: Raya Aidiladha Di Bumi
Kampuchea dan Vietnam yang dipimpin oleh Pemenang Anugerah Tokoh Siswa UiTMCNS
2018 iaitu Nurul Norhazirah Suziman.

Program ini Berjaya mendapatkan peruntukan sebanyak RM 12,000 daripada UiTMCNS (RM
6000 bagi setiap kampus). Selain itu, program ini Berjaya mengumpulkan dana sebanyak RM
21,070 bagi melaksanakan program berunsurkan kemasyarakatan di bumi Kampuchea dan
Vietnam.

6.1.2 Pemantauan
BHEP UiTMCNS mengambil langkah proaktif untuk memastikan setiap aktiviti dan program yang
dijalankan mengikut landasan yang betul dengan menggunapakai ‘Report Monitoring System’.

48

UiTM NEGERI SEMBILAN

Rajah 6.1: Proses Report Monitoring System

Laporan yang dihantar mengambilkira keberkesanan program yang direkodkan di dalam Borang
C di mana penganjur program perlu menganalisa maklumbalas daripada peserta.

6.1.3 Pengurusan Tindakan Kawalan Keselamatan dan Pencegahan
Tindakan kawalan dari aspek keselamatan dan pencegahan juga telah dilaksanakan. Antara
langkah-langkah yang diambil adalah semua peserta yang menyertai Program Jelajah Anak
Bangsa Siri III: Raya Aidiladha di Bumi Kampuchea dan Vietnam diwajibkan mengambil insuran
diri. Selain itu, penganjur juga mengambil inisiatif untuk mewujudkan AJK keselamatan. Fungsi
AJK keselamatan ini adalah untuk memastikan keadaan semasa program terkawal dan
memastikan First Aid Kit dibawa sepanjang program berlangsung.

6.1.4 Penambahbaikan dan Inovasi
Beberapa strategi penambaikan dan inovasi telah dilakukan di dalam proses kerja bagi mencapai
hasil kerja yang maksimum. Rajah 6.2 Penambahbaikan dan inovasi di dalam proses kerja yang
telah dilaksanakan.

49

UiTM NEGERI SEMBILAN

Rajah 6.2: Penambahbaikkan dan inovasi di dalam proses kerja

6.2 Initiatif
6.2.1 AKPC
AKPC merupakan satu inisiatif yang dilakukan oleh bahagian Hal Ehwal Pelajar UiTMCNS bagi
memberi pengiktirafan kepada kelab/ persatuan yang menaikkan nama UiTMCNS. Selain itu,
projek ini dijalankan bagi meningkatkan motivasi kepada ahli kelab/ persatuan serta mewujudkan
persaingan sihat antara kelab/ persatuan. Projek AKPC memfokuskan kepada kelab/persatuan
yang menganjurkan program atau aktiviti yang mempunyai impak tinggi.

Rajah 6.3: Model PDCA bagi inisiatif AKPC

50

UiTM NEGERI SEMBILAN

6.2.2 Program Mahasiswa Gemilang (PrpMaG)

PROMAG berteraskan kepada enam (6) elemen di dalam Lonjakan Pertama, Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (PPPM), Holistik, Keusahawanan, Graduan
Seimbang. Enam (6) elemen tersebut adalah aspek etika dan kerohanian, kemahiran memimpin,
identity nasional, kemahiran bahasa, kemahiran berfikir dan pengetahuan. Hasil gabungan 6
elemen tersebut maka terbentuklah graduan yang seimbang antara akhlak dan ilmu dalam
menghasilkan kebolehpasaran graduan UiTM.

Enam (6) fokus utama program adalah Kepimpinan Pewaris Bangsa (Unit Kepimpinan Pelajar),
Modul Celik Fikir/Finishing School/UiTMNegeri Sembilan Motivator Competititon (Unit
Kerjaya/Kaunseling), Penawaran ruang niaga pelajar (Unit Pengurusan Kolej & NR), Mental
Health Programme (Unit Kesihatan), PODIUM (Unit Sukan) dan Anugerah Kelab dan Persatuan
Cemerlang, AKPC (Unit Pentadbiran AM/ Unit KepimpinanPelajar).

Rajah 6.4: Model PDCA bagi inisiatif ProMAG

6.3 Pembangunan Kepimpinan Pelajar BHEA
Selain BHEP, BHEA juga turut terlibat secara langsung di dalam pembangunan kepimpinan
pelajar. Hasil dari pensejajaran konstruktif yang dilakukan berdasarkan hasil pembelajaran,
elemen kepimpinan, komunikasi dan skil social juga diukur di dalam pengajaran dan
pembelajaran. Secara tidak langsung, atribut kepimpinan di kalangan pelajar dapat diterapkan.
Senarai kursus yang menerapkan elemen kepimpinan ini disenaraikan di kriteria 7.

UiTMCNS

AKNC 2019

HASIL DAN PENCAPAIAN

UiTM NEGERI SEMBILAN 51

7.0 HASIL DAN PENCAPAIAN

7.1 Hasil Dari Pelaksanaan Strategi

Objektif Hasil Pencapaian
Penyertaan Meningkat
Objektif 14 program yang disertai oleh 359 pelajar 35
Perancangan 3 Johan, 1 Naib Johan, 1 Top 20 21 25 9
16
Strategik Finalist
PROGRAM 4 program Kebangsaan
1 program Antarabangsa
MAHASISWA
GEMILANG
(PROMAG)

Objektif 14 kategori di pertandingkan di UiTMCNS. Rajah 7.1: Bilangan Program Kepimpinan Pelajar
Rujuk Jadual 7.4: Senarai Pemenang. 2016-2018
Perancangan
Strategik Purata HPNG Meningkat
AKPC

Objektif Rajah 7.2 Purata HPNG Pemenang AKPC 2016-
Perancangan 2018
Strategik
Teras AIM dan Anugerah Tokoh Siswa – ???
Kepimpinan
Tercapai
a. 40 Bilangan 52 aktiviti kesukarelawanan kolabrasi .
program dengan industri telah dijalankan. Tercapai
kesukarelawanan
mahasiswa secara (Rujuk Lampiran x) Tercapai
kolaborasi bersama
industri. 60 aktiviti UCE telah dijalankan.
(Rujuk Lampiran y)
b. 34 Bilangan
penganjuran 7 aktiviti kesukarelawanan dan
program kemasyarakatan telah dijalankan.
berteraskan (Rujuk Jadual 7.6)
University
Community
Engagement (UCE)

c. Bilangan
program
kesukarelawanan
mahasiswa secara

UiTM NEGERI SEMBILAN 52

kolaborasi bersama 3 aktiviti Khidmat Kepakaran Tercapai
masyarakat. Kemasyarakatan telah dijalankan.

d. 2 Bilangan (Rujuk Lampiran z)
Program Khidmat
Kepakaran
Mahasiswa-
Masyarakat yang
dianjurkan setahun

Objektif Kualiti 2016 – 75% Tercapai %Pengl %Pengl
ke 4 2017 – 78% ibatan ibatan
2018 – 82% %Pengl staf… staf…
75% Staf terlibat ibatan
dengan aktiviti staf…
kemasyarakatan &
pelajar .

2016 2017 2018

Rajah 7.3 – Graf keterlibatan staf dalam aktiviti
kemasyarakatn dan pelajar

7.1.1 Objektif Perancangan Strategik

Bagi mencapai objektif/sasaran yang ditetapkan dalam Pelan Perancangan Strategik UiTMCNS
2016-2020, beberapa inisiatif strategik telah dirancang. Antara inisiatif strategik yang di
senaraikan dalam Pelan Perancangan Strategik UiTMCNS 2016-2020 yang menjurus ke arah
pembangunan pelajar dan kepimpinan adalah Program Mahasiswa Gemilang (PROMAG)
dan Anugerah Kelab dan Persatuan Cemerlang (AKPC) yang telah dipertanggungjawabkan
pelaksanaannya kepada Bahagian HEP UiTMCNS.

A. Program Mahasiswa Gemilang (PROMAG)
Dalam tahun 2018, sebanyak 14 program yang menjurus ke arah kepimpinan pelajar di bawah
Unit Kepimpinan Pelajar (UKP) telah dijalankan di UiTMCNS yang merangkumi pelajar di ketiga
tiga kampus (Jadual 7.1).

Jadual 7.1: Program Pembangunan Pelajar di bawah ProMag di UiTMCNS

Kampus Nama Program Objektif Hasil Sasaran
Pembelajaran (LO)

K Pilah 1) Program Kepimpinan Pewaris Bangsa (PKPB) Bagi Diploma Kepimpinan Profesional 25 pelajar
Seremban Semester Nov 2015-April 2016

2) PKPB Kepimpinan Survival Bangsa 25 pelajar
3) Academic Visit Universitas Airlangga 2018 (PPKAS) Kemahiran Soial 2 pelajar

1) Program Kepimpinan Pewaris Bangsa (PKPB) Bagi Diploma Kepimpinan Profesional 25 pelajar
Semester Nov 2015-April 2016

2) PKPB Kepimpinan Survival Bangsa 2 pelajar

3)Jelajah Anak Bangsa Siri III: Raya Aidiladha Di Bumi Kampuchea & Kepimpinan dan 25 pelajar

UiTM NEGERI SEMBILAN 53

Kembara Bumi Vietnam Tanggungjawab Sosial

4) Program Penyiaran MC243 FKPM bersama Institut Seni Denpasar, Kepimpinan dan Komunikasi 30 pelajar
Bali; Universiti Telkom & Universiti Padjajaran Bandung.

Rembau 1) 5 Siri Program Kepimpinan Pewaris Bangsa Survival-2, Professional-1, 220
2) University Motivator Competition (UMAC) Ikon-2 pelajar
3) Bintang Motivator
4) Pertandingan Motivator Ikon Inspirasi Varsity 2018 5
5) Intervarsity Young Motivator Competition (IMAC) 2018
6) International Broadcasting Academic Exchange 2.0 (IBAE2.0)
Bangkok
7) Academic Cultural Exchange 1.0 (ACE) Hatyai

Selain dari program tersebut, terdapat pelbagai program di

bawah Bahagian HEA dan Fakulti yang secara tidak
langsung turut memberi impak dalam mengasah bakat
kepimpinan pelajar seperti penganjuran program di

peringkat universiti, kebangsaan serta antarabangsa
(Jadual 7.2 dan Jadual 7.3).

Dari jumlah tersebut, 4 adalah program kepimpinan pelajar
di peringkat Kebangsaan dan 5 program penglibatan pelajar dalam program kepimpinan di
peringkat Antarabangsa.

Jadual 7.2: Pencapaian Pelajar Peringkat Kebangsaan 2018

Jadual 7.3: Penglibatan Pelajar dalam Program Kepimpinan Peringkat Kebangsaan & Antarabangsa 2018

UiTM NEGERI SEMBILAN 54

Bilangan/Peringkat Kebangsaan Antarabangsa

Program 1) University Motivator 1) Jelajah Anak Bangsa Siri III: Raya
Competition (UMAC) Aidiladha Di Bumi Kampuchea &
Kembara Bumi Vietnam
2) Bintang Motivator
2) Academic Visit Universitas Airlangga
3) Pertandingan Motivator Ikon 2018 (PPKAS)
Inspirasi Varsity 2018
3) International Broadcasting Academic
4) Intervarsity Young Motivator Exchange 2.0 (IBAE2.0) Bangkok
Competition (IMAC) 2018
4) Academic Cultural Exchange 1.0
(ACE) Hatyai

Rajah 7.4: Bilangan Program Kepimpinan 5) Seoul Borderless Knowledge Quest
Peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa 2& Exploration 2018

B. Anugerah Kelab dan Persatuan Cemerlang (AKPC)

Sehubungan itu, AKPC telah mula di perkenalkan dalam tahun 2016 dan terkini sebanyak 14

kategori AKPC telah dipertandingkan dan pencalonan pemenang bagi setiap kategori adalah
terdiri dari pelajar di ketiga-tiga kampus di UiTMCNS iaitu Kampus Kuala Pilah, Seremban dan
Rembau (rujuk Jadual 7.4). Hasil dari anugerah AKPC ini telah membuktikan UiTMCNS

telah berjaya menggilap mahasiswa yang bukan sahaja cemerlang dari segi aspek
akademik tetapi secara keseluruhannya berjaya meningkatkan bilangan pelajar UiTMCNS

yang aktif dalam pelbagai aktiviti kepimpinan.

Jadual 7.4: Anugerah Kelab & Persatuan Cemerlang (AKPC) Tahun 2018

BIL KATEGORI ANUGERAH PEMENANG KAMPUS

1 Anugerah Pemimpin Kolej Nor Ain Binti Othman Kampus Rembau

Kediaman & Non-resident (NR)

2 Anugerah Pemimpin Non- Muhammad Shafiq Bin Kampus Rembau

resident Amirullah

3 Anugerah Pemimpin Nurul Norhazirah Binti Kampus Rembau

Fakulti/Kelab/Persatuan Suzaiman

4 Anugerah Majlis Perwakilan Siti Nur Adni Sai'di Kampus Kuala

Pelajar Pilah

5 Anugerah Pemimpin Badan Nur Najihah Binti Abdul Manan Kampus Kuala

Beruniform Pilah

6 Anugerah Pemimpin Program Hairul Azmi Bin Md Noor Kampus Rembau

Keusahawanan

7 Anugerah Pemimpin Program Nur Farzana Binti Azlan Kampus Kuala

Kebudayaan Pilah

9 Anugerah Pemimpin Program Aimi Shairah Binti Md Shah Kampus Seremban

Sukan

10 Anugerah Pemimpin Program Afrina Binti Romzi Kampus Rembau

Wacana Intelek

11 Anugerah Kelab/Persatuan Nurul Norhazirah Binti Kampus Seremban

Terbaik Suzaiman

12 Anugerah Pemimpin Program Nurul Norhazirah Binti Kampus Seremban

Antarabangsa Suzaiman

13 Anugerah Pemimpin Program Nur Syafiqah Idzreen Binti Kampus Kuala

Sukarelawan Mohd Azam Pilah

14 Anugerah Khas Tokoh Siswa Nurul Norhazirah Binti Kampus Seremban

UiTM NEGERI SEMBILAN 55

Suzaiman

Prestasi akademik barisan pemimpin pelajar juga adalah berada dalam tahap baik dan
menunjukkan peningkatan daripada tahun 2016 hingga 2018.Majoriti pemimpin pelajar berjaya
menamatkan pengajian dengan purata HPNG melebihi 3.00 (Rajah 7.2).Ciri ini penting untuk

memenuhi permintaan industri yang mahukan pelajar yang “holistics” seimbang dari segi
akademik dan bukan akademik.

Kecemerlangan akademik pelajar ini tidak
hanya tertumpu kepada barisan

kepimpinan pelajar sahaja tetapi dikongsi
bersama keseluruhan graduan Ijazah

Sarjana Muda UiTMCNS yang telah
menunjukkan peningkatan dalam
pencapaian HPNG melebihi 3.5 pada

peperiksaan Semester Sep 2018 - Jan
2019 berbanding Semester Mac - Julai

2018. Graduan Ijazah Sarjana Muda
UiTMCNS juga mendapat peratusan
yang lebih tinggi berbanding UiTM

P.Pinang dan UiTM Sabah (rujuk Rajah

7.5).

Secara tidak langsung pencapaian ini teRlaajahh 7m.5:ePnerybuanmdinbgaannPgenckaepbaiaonleHhPNpGasPaelraajanr Begrgrraadduuatan
UiTMCNS.Dalam tahun 2018, 44.7% siswazah UiTMMeCleNbihSi 3.y5aMnegngiktuetlCaahwabngearnjaUiyTaM mendapat
pekerjaan (rujuk Jadual 7.5). Secara perbandingan, statistik menunjukkan peratus siswazah
yang berjaya mendapat pekerjaan adalah lebih tinggi berbanding dua cawangan UiTM yang lain
(rujuk Rajah 7.6)

Jadual 7.5: Perbandingan Kebolehpasaran (GE) Graduan
UiTM Mengikut Cawangan 2018

CAWANGAN/KAMPUS Bekerja% Belum
Bekerja%
UiTM Negeri Sembilan 44.79
UiTM Sarawak 36.14 39.77
UiTM Terengganu 39.59 43.3

44.11

Rajah 7.6: Perbandingan Kebolehpasaran Graduan UiTM
Mengikut Cawangan/Kampus 2018

Selain itu inisiatif strategik untuk mencapai objektif bidang tumpuan melahirkan pelajar yang
berinovasi telah terhasil daripada aktiviti yang telah dijalankan oleh pihak fakulti Pengurusan
Perniagaan di Kampus Seremban dan BHEP yang melibatkan aktiviti pertandingan inovasi
‘Fearless Innovation Redefine’ menunjukkan peningkatan dalam penglibatan pelajar pada
tahun 2018 berbanding tahun 2017 seperti dalam rajah 7.7.

UiTM NEGERI SEMBILAN 56

TAHUN BIL

2018 605

2017 521

Rajah 7.7: Bilangan pelajar terlibat di dalam pertandingan ‘Fearless Innovation Redefine’.

Dalam tahun 2018, penglibatan pelajar dan staf dalam pelbagai aktiviti persatuan/Kelab yang

merangkumi beberapa kategori seperti akademik/Ilmiah, khidmat masyarakat/sosial,
kreatif/Inovasi, sukan/rekreasi, kerohanian, kebudayaan dan warisan serta keusahawanan

adalah sejajar dengan objektif strategik bidang tumpuan UiTMCNS iaitu pembangunan pelajar
melalui kepimpinan dan melahirkan championstudent. Atribut Graduan yang mula

diperkenalkan dalam Pelan Malaysia Blueprint merangkumi 6 elemen iaitu ethics and spirituality,
leadership skills, national identity, language proficiency, thinking skills, knowledge. Jadual 7.6
menunjukkan terdapat sekurang-kurangnya 40 senarai persatuan/kelab yang berdaftar di BHEP

UiTMCNS dan seramai 60 orang pensyarah terlibat sebagai penasihat persatuan/kelab.

Jadual 7.6: Senarai Persatuan/Kelab yang Berdaftar di UiTMCNS

Bil Persatuan Penasihat

1 Kelab Bermotosikal Mahasiswa Penasihat : En. Muhammad Fuad B. Abdul Karim

2 Kelab Fotografi Penasihat : Dr Wan Zumusni Bt. Wan Mustapha
3 Kelab Usahawan Muda Penasihat : En. Md Nizam Bin Udin

4 Persatuan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Penasihat I : Pn Rodhiah Bt Amzah
Penasihat II : Mohd Elfee B. Rashid
Penasihat III : Cik Nor Hidayah Bt Ismail

5 Kelab Fasilitator Pelajar (Kefajar) Penasihat I : En. Suhaimi B. Hj. Abd Samad
Penasihat II : En. Mohd Syahril Ibrahim

6 Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Penasihat : En. Mohd Ikram Mohd Nor Rizan
7 Persatuan Briged Sukarelawan
Penasihat I: Cik Nur Fitri Hidayah Bt. Basri
Penasihat Ii : Puan Norani Binti Amit

8 Persatuan Simectra (Kebudayaan) Tiada

9 Persatuan Pemangkin Evolusi Rakan Siswa (Peers) Penasihat I : Puan Norfarhana Bt. Zulkifli

10 Persatuan Art Deen Penasihat I : Ustazah Izwaniyati Bt. Ibrahim
Penasihat II : Ustaz Nasif Sidquee Bin Pauzi

11 Persatuan Commaps Penasihat I : En. Muhammad Luqman Sapinien
Penasihat Ii : En. Mohd Najir Tokachil

12 Kelab “Instats3” Penasihat I: Cik Zainatul Anna Melisa Md Yasin
Penasihat II : Puan Noor Aisyah Binti Idris

13 Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Penasihat : En. Bashir Ahmad B. Shabir Ahmad

14 Persatuan Intellectual Student Affairs (I-Saf) Penasihat I : Ustaz Ahmad Faiz Bin Haji Ahmad
Ubaidah
Penasihat II : Ustazah Izwaniyati Bt. Ibrahim
Penasihat III : Ustazah Nor Saadah Binti Musa

UiTM NEGERI SEMBILAN 57

15 Persatuan Waris Adat Perpatih Penasihat I: Prof. Madya Mohammad Nor Othman
16 Kelab Debat & Pidato Penasihat II : Pn. Hazlina Bt Mohd Padil

17 Kelab 1 Malaysia For Youth (1m4u) Penasihat I : Pn. Zarina Bt Mohd Zain
Penasihat II : Cik Siti Hajar Bt Zambri
Penasihat III Pn. Amalia Qistina Binti Abdullah
Penasihat IV : En. Abdul Fattah Bin Abdul Ghani

Penasihat I: En. Mohd Nasrul Ashraf Bin Abdul
Malik
Penasihat II :Cik Siti Aishah Binti Mohd Shafie

18 Persatuan Jawatankuasa Perwakilan Komander Penasihat : En. Aminudin B. Yaakob
Kesatria (Jpkk)

19 Persatuan Pembimbing Rekreasi Luar Uitm (Perlu) Penasihat : Encik Mohd Shariman Bin Shafie

20 Faculty Of Sport Science & Recreation Club (Fosrec) Penasihat I : Prof. Madya Dr. Rozita Abdul Latif
Penasihat II : En. Mohd Faridz Bin Haji Ahmad

Penasihat III : En. Muhamad Safiq Bin Saiful Annur

21 Seremban Actuarial Science Committee (Sasscom) Penasihat I : Cik Nur Haidar Binti Hanafi
Penasihat II : En. Muhammad Hilmi Samian

22 Persatuan Gabungan Siswazah Serantau (Gss) Penasihat : Dr. Wan Zumusni Wan Mustapha

23 Persatuan Artificial Intelligence (Aintel) Penasihat : Prof. Madya Dr. Dianne Cheong Lee Mei

24 Persatuan Institut Pemimpin Muda (Ipm) Penasihat I: Pn. Nur Hidayah Mohd Razali

25 Kelab Ragbi Penasihat : Dr. Mazlan Ismail

26 Persatuan Student Association Of Southeast Asian Penasihat : En. Mohd Mohiyuddin Zulqarnain Mohd

Affairs (Sasea) Nasir

27 Kelab Fieldwork Support Society (Fss) Penasihat I : Pn. Nuralina Bt. Azlan
Penasihat II : Pn. Nurul Aini Bt. Abdul Wahab

28 Persatuan Majlis Sukan Pelajar Penasihat : En. Mohd Razif Hadzri Shahidan Hadzri

29 Persatuan Tennis Fun Club Penasihat : En. Mohd Razif Hadzri Shahidan Hadzri

30 Kelab Prosis Penasihat: Dr. Nur Asyhraff Mohd Noor

31 Persatuan Diploma Pentadbiran Korporat (Dicad) Penasihat : Pn. Hjh. May Sapura Mohd Shazilli

32 Persatuan Bola Sepak Mahasiswa Uitm Kampus Penasihat: En. Mohamad Nassir Iman
Seremban 3

33 Persatuan Pencak Silat Uitm Kampus Seremban 3 Penasihat: En. Muhammad Zulqarnain Mohd Nasir

34 Persatuan Badminton Penasihat: En. Abdullah Yahya
35 Persatuan Computing Society Penasihat : En. Mohd Najir Tokachil
36 Kelab Askar Wataniah
Penasihat I :Pn. Rosnani Bt Abdullah
PenasihatII :En. Abdul Rahman Bin Mohamad Gobil

PenasihatI : En. Muhamad Affandi Bin Ahmad
Penasihat II : Dr. Mazlan Ismail

UiTM NEGERI SEMBILAN 58

37 Persatuan Diploma In Public Administration (Dipac) Penasihat: En. Mohd Idham Mohd Yusof

38 Sekretariat Mahasiswa Fakulti (Smf) Penasihat: Prof. Madya Norhayati Binti Mohd Salleh

39 Ecofriendstar Club Penasihat : Dr. Nor Hafizah Mohamed Harith

40 Corporate Administration Student Society (Cass) Penasihat : Julizaerma Mohamad Khudzari

Rajah 7.8: Tokoh Siswa dan Penasihat Terbaik 2018

Jadual 7.7: Senarai aktiviti GPMS sepanjang tahun 2018

Aktiviti GPMS 2018 Peserta Sumbangan Ahli

1 BUAL BICARA BERSAMA ALUMNI GPMS : 9 MAC 2018, UiTM Kampus 80 ORG 3 orang Alumni

Seremban GPMS

2 MALAM INDUKSI : 15 MAC 2018 100 org
UiTM Kampus Seremban

3 SEMINAR KECEMERLANGAN UPSR & SPM : 6 – 8 APRIL 2018, 250 pelajar 15 pelajar GPMS
Bersama Yayasan Felcra

4 A LIGHT OF HOPE: EYES OF THE HEART : 13 APRIL 2018 40 orang
KL Braille Resources, Kuala Lumpur
5 orang GPMS
5 Agensi Antidadah
Kebangsaan Seremban 21 – 22 APRIL 2018
Tadom Hill, Banting.

6 PROGRAM SANTAI BOWLING TERTUTUP : 1 MEI 2018 8 orang GPMS
Ampang Bowl, Seremban Prima

7 NO ONE HAS EVER POOR BY GIVING : 16 MEI 2018 100 pelajar

UiTM Kampus Seremban

8 RAUDHAH RAMADAN : 17 MEI 2018 30 orang GPMS

Pertubuhan Anak Yatim Darul Aminan

(PAYDA).

9 PROGRAM IFTAR BERSAMA PERTUBUHAN BAITUL MAHABBAH : 19 30 orang GPMS

MEI 2018 Pertubuhan Baitul Mahabbah di Seremban 2

10 PARLIMEN MAHASISWA PENGGAL KETIGA SIRI 2 : 19 – 20 MEI 2018 2 orang GPMS

11 A LIGHT OF HOPE : AUTISME-AU SOME AWARENESS : 25 MEI 2018 15 orang GPMS

National Autism Society of Malaysia

(NASOM) di Melaka.

12 MALAM SEMARAK PERJUANGAN : ANUGERAH TOKOH SRIKANDI 10 orang GPMS
2018 : 20 JULAI 2018

13 JELAJAH SIRI ANAK BANGSA III : KEMBARA AIDILADHA DI BUMI 30 orang GPMS
KAMPUCHEA & VIETNAM : 20 – 24 OGOS 2018

UiTM NEGERI SEMBILAN 59

14 aktiviti Jadual 7.7 adalah contoh senarai aktiviti GPMS
GPMS
sepanjang tahun 2018 yang telah berjaya
148 champion melahirkan tokoh siswa 2018 yang cemerlang iaitu
students saudari Nurul Norhazirah Binti Suzaiman dan
570 jumlah
peserta penasihat persatuan/Kelab Terbaik Cik Nor
Hidayah Ismail serta turut menyumbang

kepada memenuhi sasaran Perancangan
Strategik Teras 3 iaitu sekurang-kurangnya 4

aktiviti kesukarelawanan telah dijalankan oleh
mahasiswa UiTMCNS bersama masyarakat.
(rujuk jadual 4.2).

7.1.2 Risiko AKPC
Risiko yang boleh menjejaskan pelaksanaan atau kejayaan pencapaian objektif dan inisiatif
strategik (pengurusan dan pembangunan pelajar dan kepimpinan pelajar), serta perancangan
untuk mengatasi risiko dalam bidang tumpuan tersebut telah dibincangkan (rujuk Kriteria 2).
Dalam mengatasi risiko terutamanya sumber kewangan, tenaga kerja, masa serta ruangan yang
terhad, para pelajar diminta untuk menjalankan program secara usahasama sekiranya terdapat
beberapa program yang mempunyai objektif yang sama. Dalam tahun 2018, beberapa program
kepimpinan pelajar dan khidmat masyarakat oleh pelajar telah dijalankan secara usahasama bagi
tujuan penjimatan kos, tenaga kerja dan ruang. Pelaksanaan program secara usahasama ini
dapat menjimatkan kos berbanding pelaksanaan program secara berasingan.

Di samping itu juga, bagi mengatasi risiko sumber kewangan, tenaga kerja, masa serta ruang,
UiTMCNS telah mengambil pendekatan proaktif dengan memastikan program kepimpinan yang
dijalankan memberi tumpuan dan keutamaan kepada masyarakat sekitar kampus (rujuk
Lampiran 7-1). Hasil daripendekatan ini memberi impak yang lebih berkesan dalam menjalin
hubungan yang lebih erat di kalangan pelajar, warga kampus UiTMCNS dan masyarakat
setempat, dengan penggunaan kos yang lebih minima.

Bengkel pemantapan kertas kerja yang berimpak tinggi dilaksanakan bagi mengatasi risiko
penganjuran program yang tidak menjurus kepada objektif strategik.Hasil dari inisiatif
tersebut telah dapat memastikan hanya program yang berkualiti, berimpak tinggi dan memenuhi
keperluan objektif strategik dipertimbangkan untuk kelulusan (rujuk Lampiran 7.1).

Bagi mengatasi risiko kelewatan kelulusan program, pelajar diminta menyiapkan kertas kerja
program mereka satu semester lebih awal (rujuk Lampiran 7.1), untuk semakan sebelum
diproses. Inisiatif ini juga dapat mengelakkan aktiviti akademik pelajar terganggu terutamanya
pada waktu yang menghampiri minggu peperiksaan. Hasil inisiatif ini telah dapat mengurangkan
bilangan permohonan kelulusan program yang lewat diproses.

Bagi mengatasi risiko kekurangan kepakaran dalaman di kalangan pelajar bagi program
kepimpinan pelajar, UiTMCNS telah mengambil inisiatif untuk menjalankan saringan melalui
pencalonan pelajar dalam Anugerah Kelab Persatuan Cemerlang (AKPC) yang bertujuan
mengenal pasti pelajar yang berpotensi untuk ditonjolkan ke peringkat yang lebih tinggi. Hasil dari
proses saringan ini, dalam tahun 2018 seorang mahasiswa UiTMCNS telah berjaya dipilih

UiTM NEGERI SEMBILAN 60

sebagai Tokoh Siswa iaitu saudari Nurul Norhazirah Binti Suzaiman, yang menjadi contoh
terbaik mahasiswa bukan sahaja segi akademik, sahsiah diri tetapi juga mampu bergaul dengan
masyarakat diperingkat dalam dan luar negara. (rujuk Lampiran 7.2).

7.2 Hasil dari Tumpuan Pelanggan

Penumpuan dan perhatian penuh terhadap hubungan dua hala atau integrasi yang mantap dan
berterusan antara pihak UiTMCNS bersama pelanggannya terbahagi kepada dua kategori
pelanggan iaitu pelanggan dalaman yang merangkumi kumpulan pelajar dan staf manakala
pelanggan luaran yang melibatkan kumpulan masyarakat, industri, media massa dan
Kementerian Belia dan Sukan pula memainkan peranan yang penting bagi memastikan misi dan
visi UiTMCNS dapat dicapai. Maklumbalas pelanggan yang berterusan adalah aspek yang
penting bagi memberikan perkhidmatan yang terbaik dan penambahbaikan yang berterusan
dalam memastikan kepuasan pelanggan dapat dicapai. Oleh itu UiTMCNS amat menitikberatkan
hasil impak inisiatif tersebut melalui maklumbalas daripada pelanggan. Hasil maklumbalas
dibincangkan melalui aspek berikut:

7.2.1 Keberkesanan penglibatan pelanggan

Hasil daripada pembahagian kumpulan pelanggan yang telah dikenal pasti, dua projek inisiatif
kampus yang diletakkan di bawah BHEP telah digariskan di dalam Dokumen Perancangan
Strategik UiTMCNS 2016-2020. Dua projek inisiatif tersebut adalah Program Mahasiswa
Gemilang (ProMaG) dan Anugerah Kelab dan Persatuan Cemerlang (AKPC). Tanggal 20-24
Ogos 2018, Persatuan GPMS UiTMCNS, telah menjalankan aktiviti antarabangsa
berunsurkan pengongsian kepakaran kemasyarakatan. Program yang bertempat di Kemboja
dan Vietnam ini telah disertai seramai 31 orang pelajar UiTMCNS. Program ini telah menarik
minat orang luar untuk membantu golongan yang tidak berkemampuan. Hasilnya, GPMS telah
berjaya mengumpul dengan sumbangan dari warga UiTMCNS sebanyak 19 ekor lembu
yang telah berjaya dikorbankan di Kemboja & Vietnam. GPMS juga telah mendapat perhatian
orang luar apabila ada yang memberi sumbangan untuk membina pam air sebanyak 6 buah
yang bernilai keseluruhan RM6,000. Hasilnya, pelajar yang terlibat dalam program ini bukan
sahaja berjaya melonjakkan nama di persada antarabangsa malahan impak daripada program
ini telah berjaya membentuk championstudent dalam menghasilkan ramai pelajar-pelajar yang
bercirikan kepimpinan. Hal ini terbukti apabila Nurul Norhazirah Suziman bukan sahaja berjaya
menunjukkan ciri-ciri kepimpinan dengan membuka minda masyarakat yang lebih luas malahan
hasil daripada aktiviti tersebut berjaya membuatkan beliau merangkul penerima Anugerah
Pemimpin Kelab/Persatuan bersempena dengan Anugerah Tokoh Siswa UiTMCNS, melalui
program Kembara Aidiladha di Bumi Kemboja dan Vietnam. Hasil daripada program ini telah
membuktikan teras ke 4: kepimpinan iaitu satu projek antarabangsa inisiatif utama berkaitan
kepimpinan pelajar berjaya dicapai. Sila rujuk rajah 2.2: hubungan di antara teras utama dan
inisiatif utama perancangan strategik UiTMCNS. Kejayaan penglibatan daripada program
antarabangsa ini telah membuktikan bakat kepimpinan terutamanya apabila para pelajar yang
terlibat bukan sahaja didedahkan dengan prinsip kepimpinan malahan prestasi pelajar yang
berjaya merangkul anugerah juga membuktikan championstudent yang menjadi asas utama
bagi sebuah universiti.

UiTM NEGERI SEMBILAN 61

Jadual 7.8: Senarai dan Pencapaian Tokoh Pelajar

TOKOH PELAJAR PENCAPAIAN

Muhammad Zaki bin Zainal Abidin Telah menyertai beberapa program berbentuk motivasi dan
menerima beberapa anugerah seperti :
· Johan Bintang Motivator di Universiti Sultan Azlan Shah
pada 1 Disember 2018.
· Top Ten Intervarsity Young Motivator Competition 2018
(IMAC) di Universiti Utara Malaysia pada 4-7 Oktober 2018.
· Johan University Motivator Competition (UMAC) di
UiTM Shah Alam pada 21-23 September 2018.
· Johan Pertandingan Motivator Ikon Inspirasi Varsity di
Universiti Malaya pada 21 April 2018.

Afrina Romzi · Penerima Anugerah Pemimpin Wacana Intelek
bersempena dengan Anugerah Tokoh Siswa UiTMCNS,
melalui program temubual bersama Y.B. Khairy Jamaluddin
selaku mantan Menteri Belia dan Sukan pada Istiadat

Konvokesyen UiTM ke-89.

Nurul Norhazirah Suzaiman · Penerima Anugerah Pemimpin Kelab/Persatuan
bersempena dengan Anugerah Tokoh Siswa UiTMCNS,
melalui program Kembara Aidiladha di Bumi Kemboja dan
Vietnam pada 20 - 24 Ogos 2018 anjuran Persatuan GPMS dan
Persatuan Bahasa Arab.

Seterusnya, kolaborasi program berkaitan universiti dengan pihak luar juga memainkan peranan
yang penting dalam memastikan keberkesanan kepimpinan dalam diri pelajar mahupun staf. Hal

ini terbukti apabila jaringan yang terbina ini mampu memupuk ukhuwah serta jalinan kerjasama
yang lebih terbuka dalam memenuhi kehendak pasaran semasa di mana ianya turut menekankan
hubungan kerjasama dua hala. Hasilnya, objektif antara staf dalam manual kualiti ke 4 yang

memperuntukkan 75% penglibatan staf telah berjaya tercapai melalui indikator penghasilan

projek kerjasama pelajar dan penglibatan staf terhadap penyertaan menjadi penasihat kepada
kelab di mana daripada 40 kelab seramai 60 orang pensyarah telah melibatkan diri.

40 kelab Promag
60 + AKPC

pensyarah

Masya
rakat

Rajah 7.9: Keratan akhbar penglibatan dalam aktiviti pemantapan kepimpinan

UiTM NEGERI SEMBILAN 62

Rajah 7.10: Penglibatan pensyarah dalam kelab/persatuan

Rajah 7.11: Diagram program beserta impak

Penghasilan aktiviti-aktiviti kesukarelawanan yang telah terhasil juga telah menampakkan hasil
di mana dalam mencapai teras kepimpinan championstudent indikator yang telah ditetapkan
turut telah berjaya dicapai dengan jayanya. Kejayaan berjaya memenuhi indikator ini
membuktikan betapa penekanan universiti dalam memastikan penglibatan pelajar mahupun staf
kepada aktiviti-aktitivi baik dari dalam atau luar universiti adalah peranan yang penting.
Penglibatan ini dapat memastikan para pelajar dan staf memenuhi kehendak pasaran universiti
sendiri.
Hasil daripada impak program luar terutama daripada kepimpinan pelajar dan penglibatan staf
universiti sendiri dalam menghasilkan championstudent turut membuahkan hasil apabila

UiTM NEGERI SEMBILAN 63

melihatkan kejayaan terhasilnya hubungan luar terutama terhadap senarai industri yang telah
melakukan hubungan kerjasama dengan UiTMCNS (Rujuk Rajah 7.12). Kejayaan hubungan luar
ini membuktikan bahawa organisasi luar berminat untuk melakukan kerjasama bersama dengan
pihak universiti kerana nilai kepimpinan dari pelajar terutama daripada program-program yang
dianjurkan berjaya membentuk nilai pemimpin dalam diri para pelajar. Lanjutan daripada
penghasilan kerjasama antara pihak universiti dan industri luar memberikan impak yang positif
baik kepada universiti mahupun pelajar. Kepercayaan industri luar untuk bekerjasama dengan
universiti memberikan nilai tambah yang baik kepada program-program universiti di masa akan
datang.

Rajah 7.12: Senarai Industri/Mou yang terlibat dengan UiTMCNS

7.3 Hasil dari Tumpuan Sumber Manusia

7.3.1 Keberkesanan penglibatan Sumber Manusia

Indikator utama yang ditetapkan oleh UITMCNS terhadap keberkesanan penglibatan tenaga
kerja dalam pembangunan pelajar yang berteraskan komitmen yang tinggi telah membuahkan
hasil yang berimpak tinggi.

Pengurusan sumber manusia adalah penting kepada kejayaan sesebuah organisasi. Penglibatan
tenaga sumber manusia mampu menjadi rakan kongsi strategik bagi memantapkantujuan utama
kearah mencapai matlamat dan objektif utama pengurusan sumber manusia di UiTMCNS
terutamanya dalam memastikan keperluan sumber manusia selaras dengan matlamat yang telah
disasarkan.

Oleh itu, UiTMCNS memastikan semua penglibatan sumber manusia samaada tenaga akademik
ataupun bukan akademik yang diterajui oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) khususnya dan
Bahagian Hal ehwal Akademik (BHEA) amnya dalam meningkatkan penarafan dan pengiktirafan
pelajar UiTMCNS ini dalam melahirkan pelajar yang dinamik, berdaya saing dan kompetitif.
Sepanjang tahun 2018, persatuan pelajar dan kelab yang masih bergiat aktif menunjukkan
peningkatan yang sangat memberangsangkan berbanding tahun sebelumnya. Ini membuktikan
bahawa penglibatan sumber manusia di UiTMCNS amat menggalakkan seiring dengan
keperluan pengesahan jawatan dan kenaikan pangkat. Rajah 7.13 menunjukkan bilangan
persatuan/kelab pelajar di UiTMCNS yang bergiat aktif seiring dengan kesungguhan sumber
manusia sebagai penasihat.

UiTM NEGERI SEMBILAN 64

Rajah 7.13: Bilangan persatuan/kelab

Selain itu, keberkesanan penglibatan sumber manusia di UiTMCNS juga dapat dilihat daripada
program anjuaran TAPA dibawah BHEA yang mana staff
akademik berperanan dalam melaksanakan program/lawatan
akademik selaras dengan keperluan silibus. Rajah 7.14
menunjukkan perbandingan bilangan program/lawatan
akademik yang telah dilaksanakan pada 2017 dan 2018 di
UiTMCNS.

Rajah 7.14: Perbandingan bilangan
program/lawatan akademik

Penglibatan sumber manusia di UiTMCNS dapat dilihat dari penglibatan Neuro Linguistic
Program (NLP). Seramai 9 orang pengamal asas NLP bersijil di UiTMCNS (Rujuk Rajah
7.15). Kepakaran pengamal asas NLP dapat diterapkan bersama program pelajar yang
memberi kesan terhadap keterampilan pemimpin yang berkualiti tinggi seperti bengkel Anugerah
Tokoh Siswa. Di dalam program tersebut, salah seorang pengamal asas NLP iaitu Dr Sheikh
Ahmad Izaddin Bin Sheikh Mohd Ghazali telah membuat sesi perkongsian mengenai ciri-ciri
pemimpin berkualiti yang mana memberi impak terhadap calon-calon tokoh siswa. (rujukan
kertas kerja bengkel anugerah tokoh siswa).

Rajah 7.15: Pengamal Asas NLP Bersijil

UiTM NEGERI SEMBILAN 65

Penglibatan staf akademik di dalam Program Akademik Pelajar di peringkat kebangsaan dan
juga antarabangsa bagi tahun 2018 juga amat membanggakan di UiTMCNS seperti Rajah 7.16.

Rajah 7.16: Program Akademik Pelajar

7.3.2 Kepuasan Hati
Bagi menghargai staf akademik dan bukan akademik, UiTMCNS juga telah menganugerahkan
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan juga kenaikan pangkat bagi staf akademik dan bukan
akademik. Rajah 7.17 di bawah menunjukkan perbandingan bilangan penerima Anugerah
Perkhidmatan Cemerlang bagi tahun 2016, 2017 dan 2018.

Selain daripada Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, staff akademik juga menerima kenaikan
pangkat seiring dengan kepakaran bagi bidang masing-masing. Rajah di bawah menunjukkan
bilangan kenaikan pangkat staf akademik UiTMCNS.

Rajah 7.17: Anugerah Perkhidmatan Cemerlangdan Bilangan Kenaikan Pangkat Staf bagi tahun 2016 - 2018

UiTM NEGERI SEMBILAN 66

Modul Kepimpinan Survival

Bangsa siri 2/2018 telah berjaya

membentuk 20 pelajar menjadi

pemimpin dan mempunyai jati diri

yang kuat menurut 85% pelajar

dengan Indeks Penilaian

Program sebanyak 4.24/5.

88%pelajar mengatakan jati diri

dan sifat kepimpinannya meningkat

selepas menghadiri modul ini dan

mengatakan ianya berkesan.

Rajah 7.18: Gambar Aktiviti Kepimpinan Persatuan

Begitu juga dengan Modul Kepimpinan Ikon siri 2/2018 untuk 20 pelajarmendapat Indeks
Kepuasan Program – 4.25 dari skala 5. 89% daripada peserta mengatakan program ini
berkesan dan berjaya menaikkan jati diri dan sifat kepimpinan peserta.

7.4 Hasil dari Proses

UiTMCNS sentiasa komited dalam menzahirkan aspirasi Melonjak Profil Global UiTM bagi
melahirkan championstudent. Keberkesanan inisiatif yang telah dilaksanakan dengan
menekankan aspek ketinggian kualiti untuk mencapai graduan yang cemerlang dan kolabrasi
yang mampu memberi sumbangan yang berimpak tinggi kepada masyarakat mengikut Amanat
Tahun Baru 2018. Sistem penilaian yang bersistematik diamalkan bagi menilai prestasi dan pada
masa yang sama berusaha untuk penambahbaikan berterusan di seluruh kampus. Penilaian ini
dibuat berdasarkan pencapaian visi, misi, objektif, nilai dan piagam pelanggan yang telah
digariskan oleh pihak pengurusan UiTMCNS.

7.4.1 Pencapaian Prestasi Operasi

a. Hasil dari Penambahbaikan & Inovasi di dalam proses kerja

Sejajar dengan misi UiTMCNS untuk meningkatkan penglibatan pelajar dalam program
kepimpinan, banyak aktiviti yang telah berjaya dianjurkan oleh pelajar dan juga pensyarah
dengan berkolaborasi bersama pihak-pihak luar. Pelaksanaan proses-proses utama bagi
penganjuran program aktiviti pelajar di UiTMCNS diperincikan dalam Kriteria 1 hingga 6.
Di antara proses-proses tersebut termasuk proses yang melibatkan sokongan daripada pihak
pengurusan, proses pelaksanaan program kepimpinan pelajar, proses tindakan pencegahan
risiko serta proses penambahbaikan dan inovasi.

Analisa menunjukkan terdapat peningkatan dalam bilangan program serta bilangan pelajar yang
terlibat dalam program kepimpinan pelajar yang telah dijalankan di UiTMCNS dari tahun 2016
hingga 2018 (Jadual 7.9 dan Rajah 7.4).

UiTM NEGERI SEMBILAN 67

Jadual 7.9: Bilangan Program Kepimpinan Pelajar

Bilangan/Tahun 2016 2017 2018

Program 211 154 267
Pelajar terlibat 870 1226 1602

Tren bilangan penganjuran program kepimpinan pelajar bagi seluruh kampus UiTMCNS dari
tahun 2016 sehingga 2018 adalah meningkat dengan bertambahnya bilangan persatuan dan
aktiviti persatuan. Di samping program kepimpinan pelajar anjuran Hal Ehwal Pelajar (HEP),
terdapat juga program kepimpinan di bawah Hal Ehwal Akademik (HEA) melalui kursus-kursus

di dalam kurikulum program akademik. Pensejajaran konstruktif yang dibuat oleh fakulti ke atas
kod-kod kursus yang mempunyai hasil pembelajaran (CLO-MQA LO 6) kepimpinan seperti di
Jadual 7.x. Selain itu, persatuan atau kelab-kelab lain juga turut membuat aktiviti bercorak
kepimpinan untuk ahlinya.

Rajah 7.19: Penganjuran Program dan Persatuan

Peningkatan bilangan penganjuran program ini adalah selari dengan kewujudan produk inovasi
untuk pemantauan program pelajar oleh BHEP melalui Report Monitoring System (RMS) yang
mula diimplementasi pada tahun 2018. Pelbagai program kepimpinan, yang melibatkan pelajar
telah berjaya dianjurkan oleh persatuan-persatuan dalaman, Jawatankuasa Perwakilan Pelajar
(MPP,JPK,JPNR,SMF) yang dianjurkan dan sekaligus dipantau oleh HEP UiTMCNS dan
bahagian/unit selain BHEP di sepanjang tahun 2018 melalui ‘RMS’.

Jadual 7.10: Jenis Program dan Pelaporan Yang diterima

UiTMCNS 2016 2017 2018

Program Kepimpinan 52 30 56

Program Kemasyarakatan 46 66 38

Program NLP 2 23

Program Antarabangsa 0 12
66% 78% 83%
%Pelaporan Aktiviti

Dibuat


Click to View FlipBook Version