MODUL PENGAJARAN PENGAJIAN AM SEMESTER 3
LANGKAH 1 : Baca soalan. Teliti carta pai. Kemudian, jawab soalan berikut:
1 Apakah kehendak soalan?
a) Perubahan jumlah nilai pelaburan asing.
b) Faedah/Kebaikan yang diperoleh Malaysia.
2 Senaraikan nama negara yang melabur di Malaysia.
a) Amerika Syarikat c) Singapura
b) Taiwan d) China
3 Namakan tahun pelaburan dilakukan oleh negara-negara di atas.
a) 2009 b) 2010
5 Pindahkan maklumat dalam carta pai ke dalam jadual di bawah:
Negara % Tahun 2009 % Tahun 2010
Nilai Pelaburan Asing Nilai Pelaburan Asing
Amerika Syarikat 45.0 74.3
China 3.1 (RM juta) 4.0 (RM juta)
Singapura 38.2 2 347.1 13.7 11 732.5
Taiwan 13.7 161.7 8.0
100.0 1 992.4 100.0 631.6
Jumlah 714.6 2 163.3
5 215.8 1 263.3
15 790.7
4 Sekarang, bolehkah anda kenal pasti jawapan soalan ini?
PILIH SATU : POLA PERUBAHAN/POLA BANDINGAN/GABUNGAN/KADAR PERUBAHAN
JAWAPAN : KADAR PERUBAHAN TETAPI SOALAN TIDAK MAHU PERATUS SEBALIKNYA JUMLAH
NILAI, MAKA JAWAPANNYA IALAH:
a) Fokus kehendak soalan ialah “PERUBAHAN JUMLAH NILAI PELABURAN ASING”.
b) Perubahan jumlah pelaburan dari tahun 2009 ke tahun 2010 : meningkat (BUKAN POLA
MENINGKAT, TETAPI MASIH DIGUNAKAN FORMULA b - a ÷ a X 100)
c) Perubahan terbesar dan perubahan terendah mengikut negara : NT = AS dan NR = Singapura
(INI BUKAN POLA BANDINGAN TETAPI PERUBAHAN MAKA FORMULA DIGUNA IALAH
b - a ÷ a X 100)
Ulasan : Soalan ini asalnya ialah Kadar Perubahan. Alasannya,
(1) data asal dalam carta pai ialah peratus, dan
(2) dalam soalan tidak ada kata kunci menunjukkan pola perubahan atau pola bandingan.
(3) Walau bagaimanapun, soalan ini memerangkap pelajar dengan perkataan “PERUBAHAN JUMLAH
NILAI PELABURAN ASING”, maknanya soalan ini tidak mahu jawapan dalam peratusan, tetapi
sebaliknya dalam nilai mutlak.
(4) Satu lagi perangkap soalan ini ialah Taiwan. Nilai perubahannya adalah negatif, maka bererti nilai
ini BUKAN NR.
(5) Itulah sebabnya Singapura mempunyai perubahan NR.
5 BAGAIMANAKAH ANALISIS DATA DIBUAT UNTUK JADUAL DI ATAS?
LANGKAH 1 : ANALISIS DATA DALAM JADUAL DENGAN FOKUS KEPADA KEHENDAK SOALAN
a) Kehendak soalan ialah PERUBAHAN JUMLAH PELABURAN.
b) AD mestilah dikira dengan menggunakan formula b - a ÷ a X 100
c) Pertama, AD untuk perubahan JUMLAH dalam jadual.
d) Kedua, AD untuk perubahan mengikut negara.
51
MODUL PENGAJARAN PENGAJIAN AM SEMESTER 3
LANGKAH 2 : PERUBAHAN JUMLAH NILAI PELABURAN ASING DARI TAHUN 2009 KE 2010
a) Kenal pasti PERUBAHAN JUMLAH dulu, iaitu meningkat dari tahun 2009 (RM5 215.8 juta) kepada
tahun 2010 (RM15 790.7 juta), iaitu perubahan meningkat sebanyak RM10 574.9 juta atau
202.7%.
b) Kenal pasti PERUBAHAN TERTINGGI (NT = Amerika Syarikat) dan PERUBAHAN TERENDAH
(NR + Singapura) mengikut negara.
Negara Tahun 2009 (a) Tahun 2010 (b) Pola (b – a) (b-a)÷a X 100
(%)
Amerika Jumlah Jumlah
Syarikat % Pelaburan % Pelaburan
China
Singapura (RM juta) (RM juta)
Taiwan
45.0 2 347.1 74.3 11 732.5 ↑ 9385.4 399.9
Jumlah
3.1 161.7 4.0 631.6 ↑ 469.9 290.6
38.2 1 992.4 13.7 2 163.3 ↑ 170.9 8.6
13.7 714.6 8.0 1 263.3 ↓ -548.7
100.0 5 215.8 100.0 15 790.7 ↑ 10574.9 - 76.8
202.7
LANGKAH 3 : MENULIS JAWAPAN
1 Apakah kehendak soalan? Apakah format jawapannya?
a) Perubahan jumlah nilai pelaburan asing.
b) Faedah/Kebaikan yang diperoleh Malaysia.
c) Format jawapan : 2 + 2
i. 2 IDEA + AD
ii. 2 IDEA + AP
CONTOH RANGKA JAWAPAN:
PERUBAHAN JUMLAH NILAI PELABURAN ASING
IDEA 1 : Jumlah perubahan pelaburan asing menunjukkan meningkat
2010 2009 Perubahan ↑ % Perubahan
15 790.7 5 215.8 10 574.9 202.7
IDEA 2 : Perubahan pelaburan asing mempunyai perubahan terbesar
Negara 2010 2009 Perubahan ↑ % Perubahan
399.9
Amerika Syarikat 11 732.5 2 347.1 9 385.4
IDEA 3 : Perubahan pelaburan asing mempunyai perubahan terendah
Negara 2010 2009 Perubahan ↑ % Perubahan
8.6
Singapura 2 163.3 1 992.4 170.9
FAEDAH DIPEROLEH MALAYSIA
IDEA 4 : Peluang pekerjaan bertambah
IDEA 5 : Pendapatan negara meningkat
IDEA 6 : Taraf hidup rakyat meningkat
IDEA 7 : Produktiviti negara bertambah
52
MODUL PENGAJARAN PENGAJIAN AM SEMESTER 3
CONTOH JAWAPAN:
Carta pai menunjukkan jumlah pelaburan asing dari negara terpilih ke Malaysia pada tahun
2009 dan tahun 2010.
Perubahan pelaburan asing bagi jumlah keseluruhan ke Malaysia menunjukkan meningkat.
Pada tahun 2009 pelaburan asing dari negara-negara terpilih ialah RM5 215.8 juta meningkat pada
tahun 2010 menjadi RM11 732.8 juta. Perubahan meningkat sebanyak RM5 359.1 juta atau 102.74%.
Perubahan pelaburan asing yang meningkat paling besar ialah dari Amerika Syarikat. Pada tahun
2009 pelaburan Amerika Syarikat ialah RM2 347.1 juta telah meningkat kepada RM11 732.5 juta pada
tahun 2010. Perubahan meningkat sebanyak RM9 385.4 juta atau 399.9%.
Perubahan pelaburan asing yang meningkat paling kecil ialah dari Singapura. Pada tahun 2009
pelaburan Singapura ialah RM1 992.4 juta telah meningkat kepada RM2 163.3 juta pada tahun 2010.
Perubahan meningkat sebanyak RM170.9 juta atau 8.6%.
Pelaburan asing yang meningkat ke Malaysia memberi kebaikan dari segi penyediaan peluang
pekerjaan yang bertambah. Hal ini berlaku kerana pertambahan pelaburan bererti syarikat menambah
luas perniagaannya, misalnya membuka kilang baru. Pembukaan kilang baru akan menambah
pekerjaan kepada penduduk tempatan. Kesannya masalah pengangguran dan kemiskinan dapat
dikurangkan.
Kebaikan meningkat pelaburan asing ialah meningkatkan taraf hidup penduduk. Menambah
pelaburan bererti pulangan syarikat banyak dan kedudukannya kukuh. Ini membolehkan pekerja
memperoleh kadar gaji yang tetap dan tambahn bonus tahunan. Keadaan upah begini menyebabkan
pendapatan boleh belanja penduduk semakin bertambah malah boleh ditabungkan. Pendapatan
boleh belanja besar menyebabkan lebih banyak barang dan perkhidmatan boleh dilakukan oleh
penduduk dan seterusnya meningkatkan taraf hidup.
Rumusannya, pelaburan asing amat diperlukan oleh Malaysia untuk membolehkan negara
mencapai taraf negara maju. Manfaatnya akan banyak dinikmati oleh penduduk.
53
MODUL PENGAJARAN PENGAJIAN AM SEMESTER 3
LATIHAN INDIVIDU DI RUMAH
Arahan :
1 Soalan ini BERBEZA daripada soalan dalam Aktiviti Bersama Guru : Tafsir Carta Pai/Graf.
2 Baca dan fahami kehendak soalan sebelum menulis rangka jawapan.
3 Kenal pasti kehendak soalan dan format jawapan.
4 Tulis rangka jawapan sebelum menulis jawapan.
5 Hantar jawapan anda sebelum jam 7.00 pagi esok.
Berdasarkan maklumat dalam carta di bawah, ulaskan nilai kemasukan pelaburan asing dari
negara terpilih ke Malaysia pada tahun 2009 dan tahun 2010 dan kemukakan kesan negatif yang
akan diperoleh Malaysia.
MALAYSIA: KEMASUKAN PELABURAN ASING DARI NEGARA TERPILIH PADA TAHUN 2009 DAN TAHUN 2010
Amerika Syarikat Amerika Syarikat
45.0% 64.3%
China Taiwan Taiwan
3.1% 13.7% 18.0%
Singapura China Singapura
38.2% 4.0% 13.7%
2009: RM8 215.8 juta 2010: RM18 790.5 juta
(Disesuiakan daripada Laporan Ekonomi 2010/2011.
Kementerian Kewangan Malaysia)
54
MODUL PENGAJARAN PENGAJIAN AM SEMESTER 3
LATIHAN TAMBAHAN
Berdasarkan maklumat dalam graf di bawah, bandingkan kedudukan harga barangan makanan asas
antara Malaysia dengan negara serantau berasaskan kadar tukaran wang pada 3 Mei 2011.
Mengapakah terdapat harga barangan makanan asas tertentu yang lebih rendah di Malaysia?
MALAYSIA : HARGA BARANGAN MAKANAN ASAS NEGARA SERANTAU BERASASKAN KADAR
TUKARAN PADA 3 MEI 2011
Harga Barangan 40 12 15.6
(RM/kg) 9.03
15.95 6.5
45 2.8 2.1 3.5 2.7 2.05 2.67
40 Singapura Thailand Indonesia
Daging Tempatan
35 Beras Tepung Gandum
30
25 21.78
20
15
10 8.3
5 1.8 1.35
0
Malaysia
Ayam
(Sumber : Disesuaikan daripada Zulkifli Jalil,
Harga Barang di Malaysia Masih Rendah,
Utusan Malaysia, 3 Mei 2011)
55
MODUL PENGAJARAN PENGAJIAN AM SEMESTER 3
LAKARAN
MASA : 2 WAKTU
HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir sesi pembelajaran pelajar dapat :
1. memahami proses mentafsir soalan berbentuk lakaran.
2. memahami proses membina rangka jawapan bagi soalan berbentuk lakaran.
3. menulis jawapan soalan berbentuk lakaran dengan betul dan tepat.
AKTIVITI
1 Kuliah
2 Aktiviti Individu
oooOOOOooo
SOALAN
Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam gambar rajah di bawah, huraikan faktor-faktor
penyebab pemanasan global dan kesannya terhadap alam sekitar.
Fenomena Pemanasan Global
56
MODUL PENGAJARAN PENGAJIAN AM SEMESTER 3
LANGKAH 1 : Baca soalan. Teliti lakaran. Kemudian, jawab soalan-soalan berikut:
a) i. Apakah tajuk gambar rajah di atas? ………………………………………………………………………………
ii. Takrifkan apa yang anda faham tentang fenomena tersebut.
………………………………………………………………………………………………………………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………………………
b) i. Nyatakan dua kehendak soalan dalam lakaran di atas.
1 ………………………………………………………………………………………………………………………………..
2 ………………………………………………………………………………………………………………………………..
c) Berdasarkan lakaran rajah di atas, senaraikan faktor dan kesan yang terdapat di dalam gambar
rajah.
FAKTOR KESAN
LANGKAH 2 : Menulis jawapan
TIPS:
Format penulisan jawapan seperti berikut:
a) Pendahuluan
b) Empat Isi
c) Rumusan
Contoh jawapan:
Gambar rajah menunjukkan fenomena pemanasan global. Terdapat beberapa faktor penyebab
berlaku pemanasan global. Di samping itu, ditunjukkan juga kesan-kesn terhadap alam sekitar akibat
pemanasan global.
Peningkatan gas rumah hijau merupakan salah satu sebab berlaku fenomena pemanasan global.
Gas rumah hijau terdiri daripada gas karbon monoksida dan karbon dioksida. Gas ini dihasilkan
daripada pertambahan bilangan kenderaan dan kawasan perindustrian. Kuantiti gas rumah hijau
yang banyak akan mewujudkan satu lapisan karbon di atmosfera yang membenarkan bahangan
matahari sampai ke permukaan bumi, tetapi menghalang bahangan bumi bebas ke angkasa.
Bahangan yang terperangkap di atmosfera ini akan meningkatkan suhu udara dan mewujudkan
fenomena pemanasan global.
TUGASAN DI RUMAH
ARAHAN :
Salin semula contoh jawapan di atas. Kemudian, anda perlu menyambung jawapan ini di helaian
kertas kajang dan hantar mengikut arahan guru.
57
MODUL PENGAJARAN PENGAJIAN AM SEMESTER 3
CARTA ALIR
MASA : 2 WAKTU
Hasil pembelajaran :
1 Mengenal pasti dua jenis rajah, iaitu carta alir dan gambar rajah.
2 Memahami dua kaedah untuk menjawab soalan berdasarkan carta alir.
3 Memahami cara menjawab soalan berdasarkan gambar rajah.
AKTIVITI
1 Kuliah
2 Aktiviti Individu
CARTA ALIR PROSES
1 Carta alir proses merujuk kepada rajah yang menggambarkan alir kerja (workflow) atau proses
yang menunjukkan langkah-langkah proses di dalam kotak-kotak yang dihubungkan dengan
anak panah.
2 Terdapat 2 kaedah untuk mengenali soalan berbentuk carta alir proses, iaitu
a) perkataan “proses” atau “langkah-langkah” terdapat dalam soalan.
b) alir arah anak panah bermula dari satu titik (biasanya dari atas) menuju ke titik akhir (biasanya
di bawah) dan sepanjang aliran maklumat proses berlaku (rujuk rajah di bawah).
MULA : PROSES 1
PROSES 2
PROSES 3
TAMAT : PROSES 4
58
MODUL PENGAJARAN PENGAJIAN AM SEMESTER 3
IDEA
MENTAFSIR CARTA ALIR PROSES
LANGKAH 1 : KENAL PASTI 4 IDEA DALAM CARTA ALIR.
Idea 1 : Perancangan
Idea 2 : Pelaksanaan
Idea 3 : Pemantauan
Idea 4 : Pelaporan
LANGKAH 2 : TELITI DAN CATAT KOTAK-KOTAK BERSAMBUNG DENGAN IDEA.
KOTAK
BERSAMBUNG
Idea 1 : Perancangan
Kotak bersambung : Penggubalan Misi Sekolah Lestari
Pembentukan Pelan Tindakan Strategik
Idea 2 : Pelaksanaan
Kotak bersambung : Pengurusan
Kurikulum
Kokurikulum
Penghijauan
(Kandungan dalam kotak bersambung merupakan huraian idea yang wajib ditulis dalam jawapan)
Idea 3 : Pemantauan
Idea 4 : Pelaporan
Ulasan : Idea 3 dan 4 tiada kotak bersambung. Huraian idea boleh dijana dengan bantuan “..six
honest serving men”, iaitu what, why, when, who, how dan where.
Idea Huraian
Pemantuan - apakah proses pemantauan?
- bagaimanakah pemantauan dibuat?
Pelaporan - siapakah terlibat dengan proses pemantauan
- bilakah pemantauan dibuat?
- kenapakah pemantauan dilakukan?
- di manakah pemantauan dilakukan?
- apakah proses pelaporan?
- siapakah yang membuat pelaporan?
- bilakah pelaporan dibuat dan dihantar/bentang?
- kenapakah pelaporan perlu dibuat?
NOTA KAKI :
1. Satu soalan satu ayat.
2. Mestikah diguna kesemua...ikut kesesuaian.
59
MODUL PENGAJARAN PENGAJIAN AM SEMESTER 3
TIPS:
1 Jawapan yang ditulis mesti ditulis MENGIKUT URUTAN, iaitu dimulakan perbincangan tentang
perancangan, pelaksanaan, pemantauan dan pelaporan. Ini dinamakan Kaedah A-Z.
2 Jawapan tidak ikut urutan atau salah satu isi tidak ditulis dianggap KESELURUHAN JAWAPAN
SALAH.
LANGKAH 3 : MENULIS JAWAPAN
Soalan
Berdasarkan carta alir di bawah, huraikan strategi pelaksanaan Sekolah Lestari-Anugerah Alam
Sekitar di peringkat sekolah.
Jawapan
Carta aliran menunjukkan empat peringkat pelaksanaan sekolah lestari-anugerah alam
sekitar peringkat sekolah.
Peringkat pertama ialah perancangan. Setiap sekolah yang ingin menyertai program
sekolah lestari-anugerah alam sekitar perlulah melakukan dua aspek dalam perancangan, iaitu
menggubal misi sekolah lestari dan membentuk pelan tindakan strategik. Misi sekolah lestari perlulah
mengandung hala tuju yang hendak dicapai. Sementara pelan tindakan startegik pula merupakan
senarai program dan langkah-langkah melaksanakan program tersebut untuk mencapai matlamat
yang ditetapkan di dalam misi. Pelan tindakan ini mestilah melibatkan semua bahagian di dalam
sekolah, iaitu pengurusan sekolah, kurikulum, kokurikulum dan program penghijauan sekolah.
LATIHAN SUSULAN
Salin semula jawapan di atas ke kertas kajang. Kemudian sambungan jawapan anda dengan
memasukan idea 2, 3 dan 4. Jangan lupa untuk memasukkan perenggan kesimpulan. Hantar
mengikut arahan guru.
60
MODUL PENGAJARAN PENGAJIAN AM SEMESTER 3
CARTA ALIR BUKAN PROSES
Carta alir bukan proses ialah rajah yang mewakili suatu model yang ditunjukkan dengan
menggunakan kotak-kotak yang berhubungan dengan anak panah, tetapi tidak menunjukkan
suatu alir kerja (workflow) atau proses.
AKTIVITI
Soalan
Berdasarkan rajah di bawah, jelaskan faktor-faktor yang melahirkan seorang usahawan.
Model Kelahiran Usahawan
61
MODUL PENGAJARAN PENGAJIAN AM SEMESTER 3
LANGKAH 1 : Baca soalan dan teliti carta alir. Kemudian, jawab soalan berikut:
Bil Soalan Catat Jawapan Anda Di sini
(a) Apakah yang dikehendaki Faktor-faktor melahirkan
oleh soalan? usahawan
(b) Berapa faktorkah a) DORONGAN
melahirkan usahawan dalam b) SITUASI
carta aliran? Nyatakan.
LANGKAH 2 : Menulis rangka jawapan.
1 Catatkan idea yang terdapat bagi setiap faktor
FAKTOR DORONGAN FAKTOR SITUASI
• Pengalaman negatif • Nilai dan sikap
• Tempoh peralihan • Kebolehlaksanaan
• Pengaruh luaran • Aktiviti
• Pengaruh dalaman
Nota kaki : Catatan tambahan dalam kotak bagi setiap idea ialah huraian perlu dikembangkan. Selain
daripada itu ditolak.
2 Pilih 2 idea dari setiap faktor.
LANGKAH 3 : Menulis jawapan
1 Format penulisan jawapan seperti berikut:
a) Pendahuluan
b) Empat Idea
c) Rumusan
LATIHAN KENDIRI
Arahan :
1 Berdasarkan perbincangan di atas, pilih dua faktor dorongan dan dua faktor situasi.
2 Catat rangka huraian bagi setiap idea.
3 Tulis jawapan yang lengkap dengan pendahuluan, 4 idea dan rumusan.
62
MODUL PENGAJARAN PENGAJIAN AM SEMESTER 3
CATATAN GURU :
63
MODUL PENGAJARAN PENGAJIAN AM SEMESTER 3
LATIHAN PENGUKUHAN 1
ARAHAN : Baca dengan teliti soalan di bawah dan jawab soalan-soalan berikutnya.
Berdasarkan jadual di bawah, ulaskan bilangan kematian mengikut punca utama kematian antara
tahun 2002 hingga tahun 2005. Pada pandangan anda, mengapakah bilangan kematian bagi sakit
tua dan kemalangan berbeza?
Malaysia: Bilangan Kematian mengikut Punca Utama Kematian Antara
Tahun 2002 dan Tahun 2005
Punca Kematian 2002 2005 Jumlah
Penyakit 2214 2638 4852
Sakit Tua 1237 1052 2289
Kemalangan 25 423 30 057 55 480
Bencana alam 235 137 372
Penyalahgunaan dadah 3336 3249 6585
Jumlah 32 445 37 133 72 120
1 Berapakah bahagian soalan ini? Berapakah idea AD dan idea AP?
Jawapan : [1] atau [2] Jawapan : [4 + 0] atau [2 + 2]
2 Apakah jawapan yang dikehendaki oleh soalan?
A Pola perubahan C Pola gabungan
B Pola bandingan D Kadar perubahan
3 Apakah fokus soalan ini?
1 Bilangan kematian mengikut punca utama kematian.
2 Sebab bilangan kematian bagi sakit tua dan kemalangan berbeza.
4 Apakah tempoh yang ditetapkan dalam soalan?
Jawapan : Tahun 2002 hingga tahun 2005
5 Berapakah idea yang boleh dihasilkan daripada jadual di atas?
1 Bandingan vertikal ada 2 idea, iaitu
a) NT tahun 2002 hingga 2004 vs NR tahun 2002 hingga 2005
b) NT vs NR jumlah
2 Bandingan horizantal ada 3 idea, iaitu
a) Tahun 2002 > tahun 2005
b) Tahun 2005 > tahun 2002
c) Jumlah tahun 2005 > Jumlah tahun 2002
6 Lengkapkan jadual di bawah :
IDEA 1 : BV AYAT IDEA
Fokus Tempoh Idea Bukti
Bilangan kematian mengikut NT : kemalangan
punca utama kematian 2002 - 2005 Jumlah NT vs NR NR : bencana alam
64
MODUL PENGAJARAN PENGAJIAN AM SEMESTER 3
Idea NT AYAT HURAIAN Selisih
Jumlah kemalangan : 55 480 % NR % 55 448
76.93 bencana alam : 372 23.07
Idea 2 : BH AYAT IDEA AYAT HURAIAN
Fokus :
Tempoh :
Idea :
Bukti :
7 Apakah 2 idea AP untuk soalan bahagian 2?
LATIHAN PENGUKUHAN 2
Berdasarkan maklumat dalam jadual di bawah, huraikan pola pengeluaran minyak sawit
dunia dari tahun 2000 hingga tahun 2010.
MALAYSIA: PENGELUARAN MINYAK SAWIT DUNIA
DARI TAHUN 2000 HINGGA TAHUN 2010
Negara Tahun 2000 Tahun 2005 Tahun 2010 POLA
(`000 tan) ('000 tan) ('000 tan)
Indonesia 7 050 14 100 22 100 ↑
Malaysia 10 842 14 962 16 994 ↑
Thailand 525 700 1380 ↑
Nigeria 1740 1800 1285 ↑↓
Papua New Guinea 336 310 500 ↓↑
Brazil 108 161 250 ↑
Columbia 524 473 353 ↓
Lain-lain 1742 1246 996 ↓
Jumlah 22867 33752 43858 ↑
(Disesuaikan daripada Statistics on Commodities 2011,
Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi,
Putrajaya, Malaysia)
ANALISIS SOALAN
Bentuk Jawapan : Pola perubahan
Fokus Soalan : Pola pengeluaran minyak sawit dunia
Tempoh : Tahun 2000 hingga tahun 2010
Format Jawapan : 4 + 0
IDEA 1 AYAT IDEA Idea Bukti
Tahun ↑ Jumlah
Fokus
Pola pengeluaran minyak sawit dunia 2000 - 2010 Selisih %
20 991 91.80
Bukti Pola AYAT HURAIAN
Jumlah Tahun
↑ 2000
2010 22 867
43 858
65
MODUL PENGAJARAN PENGAJIAN AM SEMESTER 3
IDEA 2
AYAT IDEA Idea Bukti
Fokus Tahun ↑ Indonesia
Pola pengeluaran minyak sawit dunia Malaysia
2000 - 2010 Selisih Thailand
15 050
AYAT HURAIAN (Pilih satu bukti sahaja) Brazil
Bukti Pola Tahun %
Indonesia
↑ 2000 7 050 213.46
2010 22 100
IDEA 3 AYAT IDEA Idea Bukti
Tahun ↓ Columbia
Fokus Lain-lain
Pola pengeluaran minyak sawit dunia 2000 - 2010 Selisih
- 171 %
AYAT HURAIAN (Pilih satu bukti sahaja) - 32.63
Bukti Pola Tahun
Colombia
↓ 2000 524
2010 353
IDEA 4 AYAT IDEA Idea Bukti
Tahun ↑↓ Nigeria
Fokus ↓↑ Papua NG
Pola pengeluaran minyak sawit dunia 2000 - 2010
Selisih %
AYAT HURAIAN (Pilih satu bukti sahaja) 60 3.45
- 28.61
Bukti Pola Tahun - 515
Nigeria
↑ 2000 1740
2005 1800
↓ 2010 1285
LATIHAN PENGUKUHAN 3
Berdasarkan maklumat dalam jadual di bawah, huraikan kadar inflasi di negara-negara Asia
terpilih dari tahun 2006 hingga tahun 2009 dan kesan inflasi yang dihadapi oleh sesebuah negara.
(2013)
MALAYSIA: KADAR INFLASI DI NEGARA-NEGARA ASIA TERPILIH
DARI TAHUN 2006 HINGGA TAHUN 2009
Negara Kadar inflasi (%)
Tahun 2006 Tahun 2007 Tahun 2008 Tahun 2009
China 1.5 4.8 5.9 -0.7
Indonesia 13.1 6.3 9.8 4.8
Malaysia 3.6 2.0 5.4 0.6
Thailand 4.6 2.2 5.5 -0.9
Singapura 1.0 2.1 6.6 0.6
(Disesuaikan daripada Laporan Tahunan Bank Negara Malaysia 2010)
66
MODUL PENGAJARAN PENGAJIAN AM SEMESTER 3
ANALISIS SOALAN
Bentuk Jawapan : KADAR PERUBAHAN (Bukit : perkataan “…kadar inflasi…”)
Fokus Soalan : Inflasi negara-negara Asia terpilih
Kehendak Soalan : a) Kadar Inflasi (AD)
b) Kesan Inflasi (AP)
Format Jawapan : 2 (AD) + 2 (AP)
ULASAN MPM
KEHENDAK SOALAN
Soalan ini menghendaki calon menghuraikan kadar inflasi di negara-negara Asia terpilih dari tahun
2006 hingga tahun 2009. Soalan ini juga menghendaki calon menyatakan kesan inflasi yang dihadapi
oleh sesebuah negara. Ramai calon hanya memperoleh markah untuk bahagian kedua soalan, iaitu
berkaitan kesan inflasi yang dihadapi oleh sesebuah negara.
KELEMAHAN CALON :
1 Calon tidak memahami maksud "negatif' berkaitan inflasi, iaitu maksud `negatif sebagai bagi
calon ialah kedudukan yang paling rendah.
2 Calon juga lemah dalam aspek memindahkan maklumat.
3 Calon tidak melakukan analisis terhadap data yang dikemukakan dalam soalan secara
keseluruhan.
JAWAPAN
A ANALISIS DATA (AD)
Analisis data bagi kadar inflasi di negara-negara Asia terpilih dari tahun 2006 hingga tahun 2009 ialah
IDEA 1 perubahan* kadar inflasi tidak konsisten (Indonesia, Malaysia dan Thailand).
IDEA 2 bandingan vertikal bagi TAHUN (2006 - 2009) :
a) negara dengan kadar inflasi tertinggi Indonesia (2006 – 2009) dan
b) negara dengan kadar inflasi terendah Singapura (2006 dan 2007), Malaysia (2008)
dan Malaysia dan Singapura (2009).
IDEA 3 negatif inflasi, iaitu negara dengan kadar inflasi ada negatif ATAU deflasi CHINA (2009) dan
THAILAND (2009)
*BENTUK JAWAPAN KADAR PERUBAHAN INI TIDAK PERLU ADA PENGIRAAN ATAU MENGUNAPAKAI
FORMULA POLA PERUBAHAN [ b – a / a X 100]
B : ANALISIS PENGETAHUAN (AP)
Aspek kesan inflasi yang dihadapi oleh sesebuah negara pula, jawapannya ialah
1 peningkatan harga barangan berterusan,
2 berlaku pertambahan kos pengeluaran,
3 menjejaskan pertumbuhan ekonomi negara,
4 menjejaskan jumlah eksport negara, dan
5 kos hidup meningkat.
67
MODUL PENGAJARAN PENGAJIAN AM SEMESTER 3
IDEA 4 : Nilai paling kecil antara atau pada tahun 2007 dan 2008, iaitu Vietnam (2007) dan Indonesia
(2008).
B ANALISIS PENGETAHUAN
1 Menawarkan tenaga kerja yang murah dan terlatih,
2 Mempromosikan peluang pelaburan,
3 Menyediakan infrastruktur yang baik,
4 Memastikan situasi politik yang stabil
5 Mengamalkan tadbir urus baik,
6 Menggubal dasar pelaburan, dan
7 Menawarkan pinjaman kewangan tempatan yang fleksibel.
LATIHAN PENGUKUHAN 5
Berdasarkan maklumat dalam jadual di bawah, huraikan perubahan pola tangkapan rakyat
Malaysia mengikut jantina di luar negara berkaitan dengan kes pengedaran dadah bagi tahun 2011
dan tahun 2012. Berikan faktor-faktor berlakunya jenayah tersebut. (2015)
TANGKAPAN RAKYAT MALAYSIA MENGIKUT JANTINA DI LUAR NEGARA
BERKAITAN DENGAN KES PENGEDARAN DADAH BAGI
TAHUN 2011 DAN TAHUN 2012
Tahun 2010 Tahun 2012
Negara Lelaki Perempuan Lelaki Perempuan
(orang) (orang) (orang) (orang)
Brunei 10 1 3 0
China 7 15 5 3
Indonesia 40 9 20 1
New Zeland 9200
Singapura 18 3 50 0
Thailand 17 1 30 7
Negara-negara lain 4 7 6 1
Jumlah 105 38 114 12
(Disesuaikan daripada Utusan Malaysia
10 November 2012)
ANALISIS SOALAN
Bentuk Jawapan : Hubung kait (pola perubahan) antara lelaki dengan perempuan
Fokus Soalan : Perubahan pola tangkapan rakyat Malaysia mengikut jantina di luar negara
berkaitan dengan kes pengedaran dadah
Kehendak Soalan : a) Perubahan pola tangkapan mengikut jantina
b) Faktor berlaku jenayah pengedaran dadah di luar negara
Format Jawapan : 2 AD + 2 AP
KELEMAHAN CALON
1 Ramai calon menghuraikan maklumat berkaitan dengan tangkapan rakyat Malaysia mengikut
jantina lelaki dan wanita secara berasingan, sedangkan soalan menghendaki calon menghuraikan
maklumat berkaitan dengan tangkapan rakyat Malaysia mengikut jantina lelaki dan wanita
secara bersama.
2 Calon tidak menulis data pada tahun dan unit ‘orang’ dengan lengkap pada jawapan.
3 Calon tidak mengemukakan peratus perubahan dalam huraian data.
4 Ada calon menjawab soalan ini secara perbandingan, dan bukannya secara pola perubahan.
5 Ada calon yang mengemukakan idea yang tidak relevan ketika menjawab soalan bahagian 2.
68
MODUL PENGAJARAN PENGAJIAN AM SEMESTER 3
LATIHAN PENGUKUHAN 4
Berdasarkan maklumat dalam jadual di bawah, bandingkan aliran masuk Pelaburan
Langsung Asing (FDI) ke negara terpilih antara tahun 2007 dengan tahun 2008, dan huraikan
bagaimana sesebuah negara dapat meningkatkan FDI ke negara tersebut. (2014)
ALIRAN MASUK PELABURAN LANGSUNG ASING (FDI) KE NEGARA
TERPILIH ANTARA TAHUN 2007 DENGAN TAHUN 2008
Negara Tahun (RM juta)
2007 2008 % Perubahan
Kesatuan Eropah 899.6 518.3 -42.4
Amerika Syarikat 271.2 316.1 16.6
India 25.1 41.6 65.7
Jepun 22.5 24.4 8.4
Singapura 31.6 22.7 -28.2
Thailand 11.2 10.1 -9.8
Indonesia 6.9 7.9 14.5
Vietnam 6.7 8.1 20.9
Malaysia 8.4 8.1 -3.6
(Disesuaikan daripada Laporan Ekonomi 2009/2010, Kementerian Kewangan Malaysia)
ANALISIS SOALAN
Bentuk Jawapan : BANDINGAN HORIZONTAL (kata kunci “dengan”)
Fokus Soalan : Aliran masuk FDI
Kehendak Soalan : a) bandingkan FDI antara tahun 2007 DENGAN tahun 2008.
b) langkah-langkah meningkatkan FDI.
Format Jawapan : 2 (AD) + 2 (AP)
KELEMAHAN CALON
1 Calon kemukakan pola perubahan dan bukannya pola bandingan.
2 Terdapat calon yang membuat perbandingan mengikut tahun, iaitu tahun 2007 dengan tahun
2008.
3 Ada juga calon yang membuat perbandingan nilai FDI sesebuah negara dengan rujukan kepada
negara dan bukannya kepada tahun.
4 Terdapat calon yang salah faham dengan maksud FDI kerana beranggapan aliran FDI dari
Malaysia ke luar negara.
JAWAPAN
A ANALISIS DATA
Jawapan yang sepatutnya berkaitan dengan membandingkan aliran masuk Pelaburan Langsung
Asing (FDI) ke negara terpilih antara tahun 2007 dengan tahun 2008 ialah
IDEA 1 : Nilai tahun 2007 lebih tinggi daripada nilai tahun 2008, iaitu melibatkan Kesatuan Eropah,
Singapura, Thailand, dan Malaysia;
IDEA 2 : Nilai tahun 2008 lebih tinggi daripada nilai tahun 2007, iaitu melibatkan negara Amerika
Syarikat, India, Jepun, Indonesia, dan Vietnam;
IDEA 3 : Nilai paling besar atau paling tinggi antara atau pada tahun 2007 dan 2008, iaitu Kesatuan
Eropah; dan
69
MODUL PENGAJARAN PENGAJIAN AM SEMESTER 3
IDEA 4 : Nilai paling kecil antara atau pada tahun 2007 dan 2008, iaitu Vietnam (2007) dan Indonesia
(2008).
B ANALISIS PENGETAHUAN
1 Menawarkan tenaga kerja yang murah dan terlatih,
2 Mempromosikan peluang pelaburan,
3 Menyediakan infrastruktur yang baik,
4 Memastikan situasi politik yang stabil
5 Mengamalkan tadbir urus baik,
6 Menggubal dasar pelaburan, dan
7 Menawarkan pinjaman kewangan tempatan yang fleksibel.
LATIHAN PENGUKUHAN 5
Berdasarkan maklumat dalam jadual di bawah, huraikan perubahan pola tangkapan rakyat
Malaysia mengikut jantina di luar negara berkaitan dengan kes pengedaran dadah bagi tahun 2011
dan tahun 2012. Berikan faktor-faktor berlakunya jenayah tersebut. (2015)
TANGKAPAN RAKYAT MALAYSIA MENGIKUT JANTINA DI LUAR NEGARA
BERKAITAN DENGAN KES PENGEDARAN DADAH BAGI
TAHUN 2011 DAN TAHUN 2012
Tahun 2010 Tahun 2012
Negara Lelaki Perempuan Lelaki Perempuan
(orang) (orang) (orang) (orang)
Brunei 10 1 3 0
China 7 15 5 3
Indonesia 40 9 20 1
New Zeland 9200
Singapura 18 3 50 0
Thailand 17 1 30 7
Negara-negara lain 4 7 6 1
Jumlah 105 38 114 12
(Disesuaikan daripada Utusan Malaysia
10 November 2012)
ANALISIS SOALAN
Bentuk Jawapan : Hubung kait (pola perubahan) antara lelaki dengan perempuan
Fokus Soalan : Perubahan pola tangkapan rakyat Malaysia mengikut jantina di luar negara
berkaitan dengan kes pengedaran dadah
Kehendak Soalan : a) Perubahan pola tangkapan mengikut jantina
b) Faktor berlaku jenayah pengedaran dadah di luar negara
Format Jawapan : 2 AD + 2 AP
KELEMAHAN CALON
1 Ramai calon menghuraikan maklumat berkaitan dengan tangkapan rakyat Malaysia mengikut
jantina lelaki dan wanita secara berasingan, sedangkan soalan menghendaki calon menghuraikan
maklumat berkaitan dengan tangkapan rakyat Malaysia mengikut jantina lelaki dan wanita
secara bersama.
2 Calon tidak menulis data pada tahun dan unit ‘orang’ dengan lengkap pada jawapan.
3 Calon tidak mengemukakan peratus perubahan dalam huraian data.
4 Ada calon menjawab soalan ini secara perbandingan, dan bukannya secara pola perubahan.
5 Ada calon yang mengemukakan idea yang tidak relevan ketika menjawab soalan bahagian 2.
70
MODUL PENGAJARAN PENGAJIAN AM SEMESTER 3
JAWAPAN
Analisis Data : Pola perubahan - hubung kait
1 Jumlah keseluruhan menunjukkan tangkapan meningkat bagi lelaki manakala menurun bagi
perempuan,
2 Pola tangkapan menurun bagi kedua-dua jantina di Indonesia, China, Brunei, dan New
Zealand,
3 Pola tangkapan meningkat bagi kedua-dua jantina di Thailand, dan
4 Pola tangkapan meningkat bagi lelaki dan menurun bagi perempuan di Singapura dan negara-
negara lain.
Analisis Pengetahuan : Faktor-faktor berlakunya jenayah ialah
1 mendapat habuan/ganjaran/keuntungan yang besar,
2 wujud sindiket dadah antarabangsa,
3 jerat cinta siber,
4 pengaruh teknologi,
5 kenaifan/mudah mempercayai,
6 kemiskinan, dan
7 lemah penguatkuasaan.
LATIHAN PENGUKUHAN 6
Berdasarkan maklumat dalam jadual di bawah, buat analisis terhadap statistik pembantu
rumah warga asing yang melarikan diri daripada majikan mengikut warganegara terpilih dari tahun
2010 hingga tahun 2013. Jelaskan usaha-usaha yang dilakukan oleh kerajaan untuk mengurangkan
masalah pembantu rumah warga asing melarikan diri daripada majikan. (2016)
MALAYSIA: STATISTIK PEMBANTU RUMAH WARGA ASING YANG MELARIKAN DIRI DARIPADA
MAJIKAN MENGIKUT WARGANEGARA TERPILIH DARI TAHUN 2010 HINGGA TAHUN 2013
Tahun 2010 2011 2012 2013 Jumlah
Warganegara (orang) (orang) (orang) (orang) (orang)
Indonesia 17 538 16 240 12 336 9 025 55 139
Myanmar 2 56 8 21
India 25 33 46 49 153
Vietnam 42 74 69 48 233
Filipina 450 738 1126 1160 3474
Thailand 11 12 18 7 48
Sri Lanka 86 137 156 113 492
Jumlah 18 154 17 239 13 757 10 410 59 560
(Disesuaikan daripada Mohd. Termizi Che Anuar dan Norhidayu Mohd. Hassan.
"Majikan Malaysia Rugi Lebih RM1 Bilion"
dlm. Utusan Malaysia, 25 April 2014)
ANALISIS SOALAN
Bentuk Jawapan : Pola gabungan
Fokus Soalan : Statistik pembantu rumah warga asing yang melarikan diri daripada majikan
mengikut warganegara terpilih
Kehendak Soalan : a) Pembantu rumah warga asing yang melarikan diri daripada majikan (AD)
b) Usaha kerajaan
Format Jawapan : 2 AD + 2 AP
71
MODUL PENGAJARAN PENGAJIAN AM SEMESTER 3
KELEMAHAN CALON
1 Calon berjaya mengemukakan dua idea analisis data dan dua idea langkah penyelesaian
masalah, namun jawapan kurang tepat.
2 Analisis data calon lebih berfokus kepada jumlah keseluruhan dan tidak dikategorikan mengikut
warganegara.
3 Terdapat juga calon yang menganalisis mengikut tahun.
4 Jawapan langkah penyelesaian, kebanyakan idea yang dikemukakan tidak relevan atau tidak
jelas dan lebih kepada bersifat umum.
5 Kecuaian calon ialah salah kira peratus, tidak menyebut perkataan ‘pembantu rumah’ dalam
jawapan, dan mengemukakan data yang tidak lengkap.
IDEA ANALISIS DATA IDEA AP : USAHA
1 Jumlah keseluruhan : Jumlah NT vs Jumlah 1 Penetapan gaji minimum.
2 Mengutamakan kebajikan.
NR mengikut warganegara 3 Mengadakan kursus atau latihan.
2 Pola meningkat sepanjang empat tahun. 4 Mengetatkan peraturan pengambilan
3 Pola menurun sepanjang empat tahun.
4 Pola tidak konsisten sepanjang empat pembantu rumah warga asing.
tahun.
LATIHAN PENGUKUHAN 7
Berdasarkan maklumat dalam jadual di bawah, huraikan jumlah pengguna internet daripada
jumlah penduduk di negara-negara ASEAN terpilih pada tahun 2012. Huraikan juga masalah yang
dihadapi oleh Malaysia dalam memajukan Teknologi Maklumat dan Komunikasi. (2015)
BILANGAN PENGGUNA INTERNET BAGI SETIAP SERATUS ORANG
PENDUDUK DI NEGERA-NEGARA ASEAN TERPILIH PADA TAHUN 2012
Negara Bilangan pengguna Internet bagi Jumlah penduduk Jumlah pengguna
setiap seratus orang penduduk (ribu orang) internet (orang)
Malaysia 65.8 29 239.9 19,239,854
Myanmar 1.1 52 797.3 580,770
Thailand 26.5 66 785.0 17,698,025
Vietnam 39.5 90 795.8 35,864,341
(Disesuaikan daripada http://www.unicef.org/statistics/indexs_countrystat.html/
yang dicapai pada 13 Mei 2014)
ANALISIS SOALAN
Bentuk Jawapan : BANDINGAN
Fokus Soalan : Jumlah pengguna internet daripada jumlah penduduk di negara-negara ASEAN
terpilih
Tempoh : 2012
Kehendak Soalan : a) Jumlah pengguna internet
b) Masalah memajukan TMK di Malaysia
Format Jawapan : 2 AD + 2 AP
KELEMAHAN
1. Ramai calon yang menjawab soalan ini tidak berupaya membuat analisis yang betul.
2. Kegagalan calon menulis ‘setiap satu ratus penduduk’ atau ‘setiap seratus penduduk’ menjadi
punca jawapan calon lemah dan seterusnya menyebabkan calon hilang markah.
72
MODUL PENGAJARAN PENGAJIAN AM SEMESTER 3
3. Kelemahan calon pula dikesan pada bahagian pertama soalan, iaitu menghuraikan jumlah
pengguna internet daripada jumlah penduduk di negara-negara ASEAN terpilih pada tahun 2012.
CARA KIRA UNTUK DAPATKAN JUMLAH PENGGUNA INTERNET:
Pengguna : 65.8 setiap 100 orang penduduk
Jumlah penduduk : 29 239.9 ribu orang (29 239 900 orang)
(65.8 ÷ 100) X 29 239 900 = ________________________
JAWAPAN
IDEA AD
1 Paling banyak/ramai jumlah pengguna Internet ialah Vietnam.
2 Paling kurang jumlah pengguna Internet ialah Myanmar.
3 Jumlah pengguna Internet mengikut negara, iaitu Malaysia, Myanmar, Thailand, dan Vietnam.
IDEA AP : Masalah memajukan Teknologi Maklumat dan Komunikasi :
1. kos perbelanjaan yang tinggi,
2. kadar penduduk celik komputer yang rendah,
3. tahap teknologi ICT yang masih rendah,
4. kurang sumber tenaga mahir dalam ICT, dan
5. masalah capaian.
73
MODUL PENGAJARAN PENGAJIAN AM SEMESTER 3
CATATAN PELAJAR :
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………..
74
MODUL PENGAJARAN PENGAJIAN AM SEMESTER 3
MODUL
PENGAJARAN 2
MALAYSIA
DAN
HUBUNGAN LUAR
75
MODUL PENGAJARAN PENGAJIAN AM SEMESTER 3
UNIT 1 HUBUNGAN DIPLOMATIK
DASAR LUAR
Dasar luar negara merujuk kepada matlamat, rancangan dan tindakan kerajaan berkaitan dengan
hubungan diplomatik dengan negara-negara lain bagi mempengaruhi keadaan antarabangsa yang
berada di luar kawalan supaya kepentingan, keamanan dan keselamatan negara terjamin.
HUBUNGAN DIPLOMATIK
Hubungan diplomatik ialah cara dan kebijaksanaan kerajaan melakukan hubungan dengan negara
lain untuk memenuhi keperluan politik dan keperluan ekonomi. Keperluan politik bertujuan untuk
mengekalkan kedaulatan dan menjamin keselamatan negera. Keperluan ekonomi pula bertujuan
untuk menjamin sumber pendapatan, sama ada dari segi memasarkan barangan ataupun
mendapatkan bahan mentah.
OBJEKTIF DASAR LUAR
1 Melindungi kepentingan nasional di arena serantau dan global.
2 Menjaga dan mempertahankan kemerdekaan, kedaulatan dan keselamatan Malaysia.
3 Mempertahankan prinsip menghormati kemerdekaan dan kedaulatan sesebuah wilayah melalui
dasar tidak campur tangan dalam hal ehwal dan masalah dalaman negara lain.
4 Menangani perkembangan dan cabaran politik, ekonomi, keselamatan dan sosial di pentas
dunia.
5 Memupuk hubungan baik dan mengeratkan kerjasama dengan negar-negara lain melalui sikap
positif dan menjaga kepentingan negara-negara membangun supaya dapat dipertahankan di
peringkat antarabangsa.
PRINSIP DASAR LUAR MALAYSIA
1 Prinsip berbaik-baik dan berkerjasama dengan mana-mana negara tanpa mengira pegangan
ideologinya.
2 Prinsip rundingan atau perbincangan meja bulat dan menolak kekerasaan dan paksaan untuk
menyelesaikan masalah atau konflik.
3 Prinsip hidup bersama secara aman dan harmoni tanpa campur tangan hal ehwal dalaman
negara lain.
BENTUK HUBUNGAN DIPLOMATIK
1 Diplomasi dua hala (bilateral diplomacy) merupakan hubungan antara dua negara sahaja dan
memdatangkan manfaat ke atas kedua-duanya, contoh hubungan Malaysia - Indonesia dan
Malaysia – Amerika Syarikat.
2 Diplomasi pelbagai hala (multilateral diplomacy) merujuk hubungan tiga atau lebih pihak,
terutama kerajaan dari pelbagai negara, misalnya penlibatan kerajaan Malaysia dalam pelbagai
pertubuhan seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Pertubuhan Persidangan Islam
(OIC), Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM), Komanwel, ASEAN, Kumpulan 8 Negara
Membangun (D8), Protokol Kyoto dan Persidangan Perubahan Cuaca Paris (Paris Agreement on
Climate Change).
76
MODUL PENGAJARAN PENGAJIAN AM SEMESTER 3
KEPENTINGAN HUBUNGAN DIPLOMATIK
1 Menjamin kedaulatan, keselamatan dan keamanan negara, serantau dan global.
2 Meningkatkan dan menjana perkembangan ekonomi negara, serantau dan global.
3 Membuka peluang untuk meningkatkan kualiti pendidikan.
4 Membolehkan berlaku perpindahan teknologi.
5 Menangani isu keganasan antarabangsa dan jenayah rentas sempadan.
6 Menangani masalah migrasi antarabangsa yang melibatkan pelarian politik dan pendatang tanpa
izin.
7 Membolehkan kemasukan pekerja asing mengikut keperluan dan saluran undang-undang.
8 Mengharumkan nama negara melalui usaha menangani isu-isu antarabangsa.
FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI DASAR LUAR
FAKTOR GEOPOLITIK DAN GEOSTRATEGIK
1 Antara ciri geopolitik dan geostrategik yang mempengaruhi dasar luar Malaysia ialah;
a) Malaysia mempunyai sempadan laut yang strategik seperti Lautan Hindi dan Lautan Pasifik.
b) Malaysia terletak di tengah-tengah rantau Asia Tenggara.
c) Malaysia bersempadan dengan hampir semua negara di rantau ini.
d) Malaysia mempunyai pantai yang panjang.
e) Malaysia terlindung daripada tiupan angin monsun dan berada di luar lingkaran Api Pasifik.
2 Kedudukan ini menarik kuasa asing dan negara jiran untuk datang berdagang atau mengadakan
hubungan persahabatan, maka Malaysia perlu mempunyai dasar hubungan diplomatik yang
terbuka dan mewujudkan hubungan dengan baik dengan pelbagai negara.
FAKTOR SEJARAH
1 Perkembangan sejarah Malaysia turut mempengaruhi dasar luar, antaranya ialah
a) pengalaman pahit apabila dijajah oleh Portugis, Belanda, Inggeris dan Jepun.
b) ancaman komunis.
c) konfrantasi Indonesia dan Filipina.
2 Pengalaman tersebut membantu negara untuk merangka jenis perhubungan dengan negara
luar, misalnya;
a) pada awal kemerdekaan Malaysia bersikap pro Barat dan anti komunis,
b) selepas 1970-an Malaysia mula mengadakan hubungan dengan pelbagai negara, termasuk
blok komunis.
c) berperanan penting dalam hubungan serantau dalam ASEAN
d) berpegang dengan konsep berkecuali.
FAKTOR EKONOMI
1 Perhubungan antarabangsa diadakan untuk meningkatkan kerjasama ekonomi dengan Amerika
Syarikat, Britain dan negara Eropah.
2 Malaysia kaya dengan bahan mentah yang banyak seperti bijih timah dan getah.
3 Selepas tahun 1990-an, minyak telah menjadi bahan mentah yang paling penting dalam
pembangunan negara.
4 Menggalakkan para pelabur untuk melabur dalam negara. Mengadakan perdagangan bebas dan
pasaran luar negara.
FAKTOR PENDUDUK DAN SAIZ NEGARA
1 Penduduk negara ini yang terdiri daripada masyarakat berbilang kaum menyebabkan hubungan
luar mudah dengan negara China, India dan Indonesia, misalnya bagi mendapatkan lebih
banyak tenaga kerja.
77
MODUL PENGAJARAN PENGAJIAN AM SEMESTER 3
2 Jumlah penduduk bersaiz kecil akan mengurangkan keupayaan pertahanan negara, namun
masalah ini diatasi dengan mengadakan hubungan antarabangsa, misalnya kerjasama latihan
ketenteraan dan perkongsian maklumat intelegensia.
FAKTOR DASAR BERKECUALI
1 Dasar berkecuali bermaksud Malaysia tidak memihak kepada mana-mana blok sama ada
bersifat ekonomi, ideologi ataupun ketenteraan.
2 Salah satuprinsip dasar berkecuali ialah tidak campur tangan dalam hal ehwal negara lain.
3 Malaysia juga mengadakan hubungan persahabatan dengan semua negara tanpa mengira
ideologi.
FAKTOR AGAMA (NEGARA ISLAM)
1 Malaysia menjadi ahli Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan D-8.
2 Hubungan dengan negara Islam membolehkan Malaysia terlibat dalam membincangkan isu
berkaitan agama dan merancang pembangunan umat Islam secara global.
3 Membolehkan Malaysia menjadi Hub Halal.
FAKTOR PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU
1 Malaysia menyokong Piagam Pertubuhan Bangsa¬bangsa Bersatu untuk menjaga keamanan
dunia, melindungi hak manusia dan menguatkuasakan undang-undang antarabangsa.
2 Membolehkan Malaysia dapat menyuarakan pendapat, bantahan dan memberi bantuan secara
kolektif terhadap keadilan dan keamanan negara dunia.
3 Membolehkan Malaysia membantu dan melindungi negara miskin dan lemah.
FAKTOR KEPIMPINAN
1 Sejak kemerdekaan faktor kepemimpinan turut mempengaruhi dasar luar Malaysia.
2 Tunku Abdul Rahman menjadikan dasar luar negara anti komunis dan pro barat kerana
wujudnya ancaman komunis dan Malaysia masa itu belum mampu dari segi ketenteraan.
3 Tun Razak membawa Malaysia menuju ke arah sikap berkecuali dan mula berbaik-baik dengan
semua negara, termasuk blok komunis. Dasar ini diteruskan oleh Tun Hussien Onn.
4 Dinamika dasar luar terserlah semasa Malaysia dipimpin oleh Tun Dr. Mahathir, terutama dalam
bidang ekonomi misalnya Dasar Pandang Ke Timur, pembentukan D8 dan Pembangunan Segi
Tiga.
FAKTOR BEKAS TANAH JAJAHAN BRITISH
1 Malaysia menjadi anggota Komanwel dan menyokong segala usaha dan meneruskan hubungan
dengan Britain dan negara-negara Komanwel.
78
MODUL PENGAJARAN PENGAJIAN AM SEMESTER 3
EVOLUSI DASAR LUAR MALAYSIA
TUNKU ABDUL RAHMAN (1957–1969)
- baru merdeka.
- anti komunis dan pro Barat.
- hubungan rapat dengan negara Komanwel.
- menentang dasar apartied di Afrika Selatan.
- kerjasama serantau ASA (1960), MAPHILINDO (1963) dan ASEAN (1967).
- Pembentukan Malaysia
TUN ABDUL RAZAK (1970–1976)
- anggota Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) kerjasama dengan negara Islam lain.
- anggota NAM dan bermula kerjasama pelbagai hala.
- sikap : berkecuali, keharmonian dan kebebasan bersama dan jauhkan diri dari kuasa besar
(ZOPFAN).
- mula berhubung dengan negara-negara komunis, terutamanya China.
TUN HUSSEIN ONN (1976–1981)
- berasaskan kerjasama dalam ASEAN.
- Sidang Kemuncak ASEAN I di Malaysia
- menandatangani Perjanjian Persahabatan dan Kerjasama di Bali pada tahun 1976.
- Sikap : tegas ke atas kebebasan, kekecualian dan kedudukan yang sama dengan kuasa utama
dunia.
TUN DR. MAHATHIR MOHAMMAD (1981 – 2003) :
- lebih banyak berorientasikan ekonomi.
- juru bicara negara membangun dalam isu alam sekitar, hak asasi dan demokrasi..
- mengukuhkan hubungan Kerjasama Selatan-selatan.
- Antartika sebagai warisan bersama dunia.
- Dasar Pandang ke Timur (LEP 1.0).
- perpaduan Islam :
- mempengerusikan OIC.
- menjadi tuan rumah Sidang Kemuncak OIC ke-10.
- tuan rumah Ekspo OIC Pertama.
- membentuk D-8.
- keamanan dan keselamatan antarabangsa :
- Malaysia menganggotai Majlis Keselamatan PBB (UNSC)
- peranan sebagai pengaman di beberapa buah negara seperti Kemboja, Somalia, Bosnia,
Kosovo, Namibia dan Timur Leste.
- menentang sikap pilih kasih, berat sebelah dan tindakan pintas di luar lingkungan PBB.
- keganasan antarabangsa :
- kerjasama antarabangsa serantau yang kukuh untuk membanteras keganasan,
menentang kuat menyalahkan agama atau kaum,
- menyarankan pelbagai aspek pendekatan dalam membanteras keganasan termasuk
mengenal pasti dan menghapuskan penyebabnya,
- menjadi tuan rumah Mesyuarat Menteri-menteri Luar OIC berkenaan keganasan pada
2002.
- menubuhkan SEARCCT yang memberikan tumpuan utama kepada latihan dan pembinaan
keupayaan.
- membuka Sempadan Baru :
- mengadakan hubungan dua hala secara aktif dengan negara Afrika, Amerika Latin dan
79
MODUL PENGAJARAN PENGAJIAN AM SEMESTER 3
Eropah Timur, terutamanya dalam perdagangan, pelaburan dan pemindahan teknologi
dengan semangat Kerjasama Selatan-Selatan.
- membuka Perwakilan Diplomatik dan lanjutan kepada Program Kerjasama Teknikal
Malaysia (MTCP) di negara ini.
- berorientasikan ekonomi :
- Kerjasama Ekonomi Asia Timur (daripada EAEG kepada EAEC kepada ASEAN +3).
- Kerjasama Pembangunan Serantau – Konsep Segi Tiga Pertumbuhan, seperti, IMTGT,
IMSGT, BIMP-EAGA.
- Kumpulan G-15 (G15) – pelaksanaannya dimulakan oleh Malaysia.
- diplomasi ekonomi :
- pelaburan ke luar negara dengan prinsip ‘makmurkan jiran anda’,
- Kerjasama Selatan-Selatan,
- MIGHT,
- Dialog Antarabangsa Langkawi (LID),
- Dialog Antarabangsa Afrika Selatan (SAID).
TUN ABDULLAH AHMAD BADAWI (2003 – 2009) :
- Respons pragmatik dalam menyahut cabaran geopolitik dan ekonomi semasa.
- Keteguhan sebagai lanjutan dinamik kepada dasar sedia ada.
- Pengerusi Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM) , OIC dan ASEAN.
- Malaysia sebagai contoh terkemuka sebuah negara Islam yang bertoleransi dan progresif –
Islam Hadhari
DATO’ SERI MOHD NAJIB TUN RAZAK (3 April 2009 hingga 2018) :
- menekankan kepada dasar luar yang lebih proaktif dan dinamik.
- kerjasama serantau, terutama dengan ASEAN, OIC, NAM dan sebagainya.
- menekankan peri penting dalam menjalinkan hubungan dua hala (diplomasi dua hala) dengan
Negara¬-negara yang merupakan negara ‘trading partner' dengan Malaysia, terutamanya dalam
bidang ekonomi, seperti China, Jepun, Singapura, Amerika Syarikat dan sebagainya.
- dasar luar negara kukuh bagi membantu mewujudkan ekonomi yang mantap, dinamik dan
mudah pulih, antara langkahnya:
a) Dasar Pandang Ke Timur (LEP 2.0)
b) Pelaburan Keluar Negara – Makmurkan Jiran Anda
c) Penswastaan Malaysia
d) Kerjasama Selatan-Selatan
e) Program Kerjasama Teknikal Malaysia (MTCP)
f) Dialog Antarabangsa Langkawi
TUN DR. MAHATHIR MOHAMMAD (2018 hingga kini) :
- lawatan ke Jepun : kredit yen dan Dasar Pandang Ke Timur 2.0
80
MODUL PENGAJARAN PENGAJIAN AM SEMESTER 3
UNIT 2 HUBUNGAN PERINGKAT SERANTAU : ASEAN
PENDAHULUAN
1 Peringkat serantau yang dimaksudkan ialah wilayah Asia Tenggara yang terdiri daripada negara-
negara Myanmar, Thailand, Laos, Kemboja, Vietnam, Malaysia, Singapura, Indonesia, Brunei DS,
Filipina dan Timor Leste.
2 Pada 8 Ogos 1967 di Bangkok, Thailand Persatuan Negara-negara Asia Tenggara atau ASEAN
ditubuhkan dengan lima negara pengasas; Indonesia, Malaysia, Filipina, Singapura dan Thailand
melalui satu perjanjain dikenali sebagai Deklarasi Bangkok.
3 Kini semua negara di Asia Tenggara menyertai ASEAN dengan Timor Leste berstatus pemerhati.
TUJUAN-TUJUAN ASEAN
1. Untuk mengekalkan dan meningkatkan keamanan, keselamatan dan kestabilan dan seterusnya
memperkukuh nilai yang berorientasikan keamanan di rantau ini;
2. Untuk meningkatkan ketahanan serantau dengan menggalakkan kerjasama politik, keselamatan,
ekonomi dan sosio-budaya yang lebih erat;
3. Untuk mengekalkan Asia Tenggara sebagai Zon Bebas Senjata Nuklear dan bebas dari segala
senjata pemusnah besar-besaran yang lain;
4. Untuk memastikan bahawa rakyat dan Negara-Negara Anggota ASEAN hidup dengan aman di
kalangan rakyat seluruh dunia dalam persekitaran yang adil, demokratik dan penuh harmoni;
5. Untuk mewujudkan suatu pasaran dan pusat operasi pengeluaran tunggal yang stabil, makmur,
berdaya saing yang tinggi dan berintegrasi dari segi ekonomi dengan kemudahan berkesan bagi
perdagangan dan pelaburan yang terdapat di dalamnya pengaliran bebas barangan,
perkhidmatan dan pelaburan; memudahkan pergerakan ahli perniagaan, ahli profesional, bakat
dan tenaga kerja; dan aliran modal yang lebih bebas;
6. Untuk mengurangkan kemiskinan dan merapatkan jurang pembangunan di dalam ASEAN melalui
bantuan bersama dan kerjasama;
7. Untuk memperkukuh demokrasi, meningkatkan pemerintahan yang baik dan kedaulatan
undang-undang, dan untuk menggalakkan dan melindungi hak asasi manusia dan kebebasan
asasi, dengan mengambil kira hak dan tanggungjawab Negara-Negara Anggota ASEAN;
8. Untuk bertindak balas dengan berkesan, menurut prinsip keselamatan yang menyeluruh,
terhadap segala bentuk ancaman, jenayah rentas negara dan cabaran rentas sempadan;
9. Untuk menggalakkan pembangunan yang berterusan supaya dapat memastikan perlindungan
alam sekitar di rantau ini, keberterusan sumber aslinya, pemeliharaan warisan budayanya dan
kualiti hidup rakyatnya yang tinggi;
10. Untuk membangunkan sumber tenaga manusia melalui kerjasama yang lebih rapat dalam
bidang pendidikan dan pembelajaran sepanjang hayat, dan dalam bidang sains dan teknologi,
bagi memperkasakan rakyat ASEAN dan bagi memperkukuh Komuniti ASEAN;
11. Untuk meningkatkan kesejahteraan dan kehidupan rakyat ASEAN dengan memberikan mereka
akses yang saksama kepada peluang-peluang bagi pembangunan insan, kebajikan sosial dan
keadilan;
12. Untuk memperkukuh kerjasama dalam membina persekitaran yang selamat, terjamin dan bebas
dadah bagi rakyat ASEAN;
13. Untuk menggalakkan ASEAN yang berorientasikan rakyat dengan mendorong semua sektor
masyarakat di dalamnya untuk turut serta dalam, dan mendapat manfaat dari, proses integrasi
dan pembangunan komuniti ASEAN;
14. Untuk menggalakkan suatu identiti ASEAN melalui rangsangan kesedaran yang lebih besar
terhadap kepelbagaian budaya dan warisan rantau ini; dan
15. Untuk mengekalkan keutamaan dan peranan proaktif ASEAN sebagai daya penggerak utama
dalam hubungan dan kerjasamanya dengan rakan-rakan luarnya dalam reka bentuk serantau
yang terbuka, telus dan merangkumi.
81
MODUL PENGAJARAN PENGAJIAN AM SEMESTER 3
PRINSIP ASEAN
1 menghormati kemerdekaan, kedaulatan, kesamarataan, keutuhan wilayah dan identiti nasional
semua Negara Anggota ASEAN;
2 komitmen bersama dan tanggungjawab kolektif dalam meningkatkan keamanan, keselamatan
dan kemakmuran serantau;
3 menolak pencerobohan dan ancaman atau penggunaan kekerasan atau perbuatan lain dengan
apa jua cara yang bertentangan dengan undangundang antarabangsa;
4 pergantungan pada penyelesaian pertikaian secara aman;
5 tidak campur tangan dalam hal ehwal dalaman Negara-Negara Anggota ASEAN;
6 menghormati hak tiap-tiap Negara Anggota untuk memerintah negaranya sendiri bebas dari
campur tangan luar, perbuatan subversif dan paksaan;
7 meningkatkan perundingan tentang perkara-perkara yang menyentuh dengan seriusnya
kepentingan bersama ASEAN;
8 mematuhi kedaulatan undang-undang, pemerintahan yang baik, prinsip demokrasi dan kerajaan
berperlembagaan;
9 menghormati kebebasan asasi, menggalakkan dan melindungi hak asasi manusia, dan
menggalakkan keadilan sosial;
10 mendukung Piagam Bangsa-Bangsa Bersatu dan undang-undang antarabangsa, termasuk
undang-undang kemanusiaan antarabangsa, yang ditandatangani oleh Negara-Negara Anggota
ASEAN;
11 mengelak dari mengambil bahagian dalam apa jua dasar atau aktiviti, termasuk penggunaan
wilayahnya, yang dijalankan oleh mana-mana Negara Anggota ASEAN atau Negara bukan ASEAN
atau mana-mana pelaku bukan Negara, yang mengancam kedaulatan, keutuhan wilayah atau
kestabilan politik dan ekonomi Negara-Negara Anggota ASEAN;
12 menghormati budaya, bahasa dan agama rakyat ASEAN yang berlainan, sambil menitikberatkan
nilai bersama mereka dengan semangatkesepakatan dalam kepelbagaian;
13 keutamaan ASEAN dalam hubungan luar politik, ekonomi, sosial dan budaya sambil terus terlibat
secara aktif, memandang ke luar, merangkumi dan tidak mengamalkan diskriminasi; dan
14 mematuhi aturan-aturan perdagangan pelbagai pihak dan rejim berasaskan aturan-aturan
ASEAN bagi melaksanakan dengan berkesan komitmen ekonomi dan pengurangan secara
berperingkat-peringkat ke arah penghapusan semua sekatan terhadap integrasi ekonomi
serantau dalam ekonomi yang berteraskan pasaran.
KERJASAMA POTITIK
1 Kerjasama dalam bidang politik dan keselamatan menjadi agenda utama ASEAN pada peringkat
awal penubuhannya. Antara agenda penting ASEAN yang melibatkan isu-isu politik dan
keselamatan ialah:
• ZOPFAN (Zon Aman, Bebas dn Berkecuali) 1971.
• Perjanjian Berbaik-baik dan Kerjasama Asia Tenggara (TAC) 1976.
• Deklarasi Konkord ASEAN 1976.
• Forum Serantau ASEAN (ARF) 1994.
• Perjanjian Zon Bebas Senjata Nuklear Asia Tenggara 1995.
2 Untuk menjamin kestabilan politik dan keamanan negara serantau, konsep ZOPFAN telah
diwujudkan melalui Deklarasi Kuala Lumpur pada 27 November 1971. Matlamat penubuhan
ZOPFAN adalah seperti berikut:
(a) Memeliharakeamanan dan kestabilan politik di Asia Tenggara dengan mengelakkan campur
Langan daripada mana-mana pihak luar seperti Rusia, Amerika Syarikat dan China dalam hal-hal
rantau ini.
(b) Menyediakan saluran untuk menyelesaikan pertikaian yang berlaku di Asia Tenggara secara
aman dan bukan dengan menggunakan kekerasan.
(c) Mengelakkan penglibatan dalam pertikaian antara kuasa besar.
82
MODUL PENGAJARAN PENGAJIAN AM SEMESTER 3
(d) Memberi peluang kepada negara anggota untuk menentukan nasib sendiri.
3 Zon Bebas Senjata Nuklear (SEANWFZ) dibentuk pada 16 Disember 1987 untuk memastikan
kawasan ASEAN bebas daripada ancaman senjata nuklear.
4 ASEAN mengamalkan pendirian bersama dalam isu politik seperti pencerobohan Vietnam di
Kemboja, iaitu tentera Vietnam harus berundur dari Kemboja dan rakyatnya diberi peluang untuk
menentukan nasib negara mereka sendiri.
KERJASAMA EKONOMI
1 Kerjasama ekonomi dari tahun 1967 hingga 1976 boleh dikatakan lembap kerana tiada aktiviti
dijalankan pada peringkat ASEAN. Kerjasama ekonomi bermula setelah beberapa perjanjian seperti
Perjanjian Persahabatan dan Kerjasama (Treaty of Amity and Cooperation) dan Perisytiharan
Pakatan ASEA N (Declaration of ASEAN Concord) ditandatangani pada tahun 1976 di Bali
semasa Mesyuarat Ketua- ketua Kerajaan ASEAN pertama.
2 Antara kerjasama ekonomi negara-negara anggota ASEAN adalah seperti berikut:
(a) Melaksanakan projek-projek perindustrian seperti:
(i) Projek Baja Urea ASEAN di Indonesia
(ii) Projek Baja Urea ASEAN di Malaysia
(iii) Projek Fabrikasi Tembaga ASEAN di Filipina
(iv) ProjekVaksin Hepatitis B ASEAN di Singapura
(v) Projek Garam Batuan-Abu Soda ASEAN di Thailand
(b) Mengadakan Skim Pelengkapan Perindustrian ASEAN, misalnya dalam bidang automotif.
(d) Mewujudkan Peraturan Perdagangan Istimewa 1977 untuk Meningkatkan perdagangan
antara negara anggota. Keistimewaan yang diberikan termasuk kontrak kuantiti jangka
panjang, perolehan istimewa ole:entiti kerajaan, pelonggaran langkah-langkah bukan tarif
dan peluasan tarif istimewa.
(e) Mengadakan kerjasama dalam sektor kewangan
(i) Majlis Perbankan ASEAN (ASEAN Banking Council) telah ditubuhkan untuk
menyelaraskan kegiatan bank-bank perdagangan di rantaL ASEAN.
(ii) Syarikat Kewangan ASEAN ditubuhkan untuk memberikan kemudahan kewangan kepada
negara-negara yang terlibat dalam projek-proje usaha sama ASEAN.
(f) Mengadakan kerjasama dalam bidang komunikasi
(i) Pemasangan kabel laut ASEAN untuk menghubungkan semua negara anggota.
(ii) Mengasskan Skim Pertukaran Berita Televisyen.
(iii) Mengiktiraf lesen pemandu di rantau ASEAN.
(g) Mengadakan kerjasama dalam sektor makanan dan pertanian
(i) Penubuhan Pusat Perancangan Pembangunan Pertanian ASEAN sebagai bank data atau
pusat maklumat mengenai masalah pertania
(ii) Penubuhan Plant Quarantine Training Centre and Institute di Serdang
(iii) Penubuhan ASEAN Centre for Development of Agricultural Cooperation di Indonesia.
(h) Mengadakan dialog dengan negara-negara maju.
(i) Mewujudkan Kawasan Pertumbuhan Segi Tiga yang menggalakkan per bangunan dalam
bidang perdagangan, pelancongan, pengangkutan dan perhubungan seperti:
(i) IMT-GT (Pertumbuhan Segi Tiga Indonesia-Malaysia-Thailand)
(ii) IMS-GT (Pertumbuhan Segi Tiga Indonesia-Malaysia-Singapura
(iii) BIMP-EAGA (Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur Brunei-Indone Malaysia- Filipina)
83
MODUL PENGAJARAN PENGAJIAN AM SEMESTER 3
KERJASAMA SOSIAL DAN KEBUDAYAAN
1 Tabung Kebudayaan ASEAN diwujudkan untuk mengeratkan hubungan antara negara ASEAN
melalui aktiviti kebudayaan. Antara kegiatan kebudayaan yang diadakan ialah Pesta Filem ASEAN,
Pesta Lagu ASEAN dan Bengkel. Lukisan dan Muzik bagi kaum belia.
2 Penubuhan Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia (MABBIM)
(a) Ditubuhkan pada 4 November 1985 bagi menggantikan Majlis Bahasa Brunei Darussalam-
Indonesia-Malaysia (MBIM)
(b) Diusahakan oleh sebuah urusetia di setiap negara (Malaysia, Indone- dan Brunei
Darussalam) yang bersidang dua kali setahun.
(c) Tujuan penubuhan adalah seperti berikut:
(i) Mengembangkan bahasa Melayu supaya menjadi bahasa yang setaraf. dengan bahasa
moden yang lain.
(ii) Meningkatkan semangat persaudaraan antara negara anggota.
(iii) Meningkatkan peranan bahasa Melayu sebagai alat perhubung yang lebih luas.
3 Pembentukan Perubuhan Menteri-menteri Pendidikan Asia Tenggara (SEAMEO)
(a) Pusat Kajian Bahasa Inggeris di Singapura (RELC)
(b) Pusat Pembaharuan dan Teknologi di Filipina (INNOTECH)
(c) Pusat Pendidikan Serantau bagi Pendidikan Sains dan Matematik (RECSAM) di Pulau Pinang
SUMBANGAN MALAYSIA DALAM ASEAN
1 Menandatangani Deklerasi Kuala Lumpur pada November 1971
2 Memberi kata sepakat mengisytiharkan negara-negara ASEAN sebagai Zon Aman, Bebas dan
Berkecuali (ZOPFAN)
3 Mengatasi masalah pencerobohan Vietnam ke atas Kampuchea.
4 Turut serta dalam mesyuarat bagi membentuk kerajaan Demokratik Campuran Kampuchea.
5 Membuat keputusan ASEAN ialah Zon Bebas Senjata Nuklear.
6 Mengisytiharkan larangan menggunakan perairan dan pelabuhannya untuk mana-mana kapal
yang mengangkut bahan atau senjata nuklear.
7 Bekerjasama dalam projek perindustrian, contohnya projek baja urea.
8 Menyertai kerjasama ekonomi melalui AFTA.
9 Mengemukakan idea mewujudkan Perundingan Ekonomi Asia Timur (EAEC) bagi memperluaskan
kerjasama ekonomi yang melibatkan China, Jepun dan Korea Selatan.
10 Menghadiri siri perbincangan tentang kerjasama ASEAN + 3.
11 Memberikan kerjasama dalam bidang pendidikan dengan menyertai Pertubuhan Menteri-
Menteri Pelajaran ASEAN (SEAMEO).
12 Membina Pusat Serantau untuk Sains dan Matematik (RECSAM) di Pulau Pinang.
13 Mengadakan kerjasama dalam bidang kebudayaan dan sosial seperti mengadakan festival
kebudayaan dan kesenian.
14 Bersama-sama menubuhkan Tabung Kebudayaan ASEAN.
15 Mengadakan pertukaran rancangan televisyen dan radio.
16 Menganjurkan Sukan SEA.
17 Menjalinkan kerjasama menyertai Tahun Melawat ASEAN 1992.
84
MODUL PENGAJARAN PENGAJIAN AM SEMESTER 3
ASEAN DAN FORUM ANTARABANGSA
EAEG/EAEC
1 EAEG atau East Asia Economic Group diutarakan oleh Malaysia pada tahun 1990 sebagai satu
forum untuk membincangkan masalah ekonomi bersama. Kemudian dijenamakan semula
sebagai EAEC atau East Asia Economic Caucus.
2 Objektifnya ialah meningkatkan kerjasama ekonomi, memperkenal dan mempertahankan
perdagangan bebas, memecut pertumbuhan ekonomi, memperkenalkan sifat kedaerahan
terbuka (open regionalism) dan menyumbang kepada sistem perdagangan multilateral.
3 Pada tahun 1995, ASEAN menerima konsep EAEC dengan mengesahkan penglibatannya.
4 Negara yang terlibat dalam forum ekonomi ini ialah semua negara ASEAN, Jepun, Korea Selatan
dan China.
5 Forum ini mendapat bantahan dari Amerika Syarikat dan Australia serta tidak wujud
kesepakatan antara ahli, misalnya Korea Selatan tidak bersetuju Jepun mengepalai forum ini,
Jepun pula terpaksa menjaga hubungannya dengan Amerika Syarikat dan China tidak bersetuju
Taiwan dimasukkan ke dalam forum ini. Akibatnya forum ini menemui jalan buntu.
ASEAN + 3
1 Pada tahun 1997 Malaysia mencadangkan pembentukan ASEAN + 3 sebagai alternatif kepada
EAEC. Ini adalah kerana ASEAN + 3 lihat lebih memberikan kesan yang mendalam dalam proses
pembentukan Komuniti Asia Timur.
2 ASEAN + 3 masih mengekalkan keahliannya dalam EAEC, namun kerjasama ASEAN + 3
diperluaskan kepada kerjasama dalam bidang:
a) politik dan keselamatan, k) alam sekitar dan pembanguan lestari,
b) jenayah antara benua, l) promoasi pembangunan kumpulan
istimewa,
c) perdagangan dan pelaburan, m) mengurangkan kadar kemiskinan,
d) kewangan n) hubungan internet
e) pelancongan o) budaya dan hubungan
f) makanan, pertanian, perikanan dan perhutanan p) pendidikan
g) perlombongan q) sains dan teknologi
h) perusahaan kecil dan sederhana r) kesihatan awam dan
i) teknologi maklumat dan komunikasi s) pengurusan bencana alam.
j) tenaga
EAS (EAST ASIAN SUMMIT)
1 Keahlian ASEAN + 3 diperluaskan dengan memasukkan Australi, New Zeland dan India.
2 Pada tahun 1999, dalam Sidang Kemuncak Tidak Rasmi ASEAN di Manila, Filipina, kesepakatan
dicapai untuk menubuhkan Forum Kerjasama Asia Timur atau EAS.
3 Penubuhan EAS bersetuju dengan tiga resolusi berikut, iaitu;
a) mempercepatkan proses pembentukan Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA).
b) penggunaan menggunakan mata wang bersama.
c) penubuhan Dana Kewangan Asia Timur (EMF).
85
MODUL PENGAJARAN PENGAJIAN AM SEMESTER 3
ASIA-EUROPE MEETING (ASEM)
1 Sidang Kemuncak ASEM pertama diadakan di Bangkok pada tahun 1996.
2 Sidang ini menjadi forum untuk mengukuhkan hubungan dan kerjasama pelbagai bentuk negara
anggota yang terdiri daripada Kesatuan Eropah (EU), ASEAN, China, Jepun dan Korea Selatan.
3 Terdapat tiga teras utama yang menjadi komponen perbincangan ASEM, iaitu;
a) teras politik,
b) teras ekonomi, dan
c) teras sosial, budaya dan pendidikan.
4 ASEM dianggap sebagai wadah untuk mewujudkan hubungan yang lebih erat antara Asia dan
Eropah di semua peringkat supaya tercapai keseimbangan politik dan ekonomi dunia.
5 Persidangan ini melibatkan pelbagai peringkat, iaitu ketua-ketua negara dan menteri-menteri
luar anggota secara timbal-balik.
ASEAN REGIONAL FORUM (ARF)
1 ARF ditubuhkan pada Julai 1993 di Singapura. Pada Juali 1994 mesyuarat pertama diadakan di
Bangkok.
2 Objektif :
i Mewujudkan dialog dan konsultasi yang membina berkaitan dengan isu-isu politik dan
keselamatan.
ii Melakukan sumbangan yang signifikan terhadap membina kepercayaan dan diplomasi dalam
rantau Asia Pasifik.
3 Pencapaian
"despite the great diversity of its membership, the forum had attained a record of
achievements that have contributed to the maintenance of peace, security and
cooperation in the region."
4 Ahli
Malaysia, Australia, Bangladesh, Brunei Darussalam, Kemboja, Kanada, China, Korea Selatan,
European Union, India, Indonesia, Jepun, Laos, Mongolia, Myanmar, New Zealand, Pakistan,
Papua New Guinea, Filipina, Korea Utara, Russia, Singapore, Sri Lanka, Thailand, Timor-Leste,
Amerika Syarikat, dan Viet Nam.
86
MODUL PENGAJARAN PENGAJIAN AM SEMESTER 3
KOMUNITI ASEAN 2025
DEKLARASI KUALA LUMPUR 2015
1 Deklarasi Kuala Lumpur 2015 merupakan satu perakuan anggota ASEAN terhadap dokumen Hala
Tuju ASEAN 2025 atau Komuniti ASEAN 2025.
2 “ASEAN 2025: Melangkah Maju Bersama” merupakan dokumen pengganti Hala Tuju
Masyarakat ASEAN (2009-2015) yang telah berakhir pada 31 Desember 2015.
3 Dokumen ini merefleksikan langkah-langkah strategis untuk membentuk satu komuniti ASEAN
dalam tempoh 10 tahun.
4 Dokumen “ASEAN 2025: Melangkah Maju Bersama” terdiri dari 5 (lima) dokumen iaitu:
a. Deklarasi Kuala Lumpur Mengenai “ASEAN 2025: Melangkah Maju Bersama”
b. Visi Masyarakat ASEAN 2025
c. Pelan Tindakan Komuniti Politik-Keselamatan ASEAN 2025
d. Pelan Tindakan Komuniti Ekonomi ASEAN 2025
e. Pelan Tindakan Masyarakat Sosial-Budaya ASEAN 2025
4 Deklarasi Kuala Lumpur ini ditandatangani oleh para pemimpin ASEAN pada Sidang Kemunck
ASEAN ke-27, sekaligus mengesahkan Visi Komuniti ASEAN 2025 dan Tiga Tonggak Pelan
Tindakan Komuniti ASEAN 2025.
5 Dokumen ini turut didokong oleh 4 matlamat utama dalam Piagam ASEAN 2007, iaitu
a menghormati kemerdekataan, kedaulatan dan keutuhan wilayah negara anggota.
b menyelesaikan pertikaian secara aman (di meja rundingan).
c tidak campur tangan dalam hal ehwal dalam negara anggota.
d hak untuk hidup tanpa gangguan dari luar.
KOMUNITI POLITIK-KESELAMATAN ASEAN (APSC)
1 Komuniti Politik-Keselamatan ASEAN (APSC) terdiri daripada 3 ciri utama;
a) Pemerintahan berasaskan kepada norma dan nilai yang dikongsi bersama oleh komuniti (A
Rules-based Community of Shared Values and Norms)
b) Rantau yang padu, aman, stabil dan berdaya tahan dengan kerjasama dalam
tanggungjawab serta keselamatan secara menyeluruh (A Cohesive, Peaceful, Stable and
Resilient Region with Shared Responsibility for Comprehensive Security).
c) Rantau yang dinamik dan terbuka dalam dunia yang semakin saling berhubung dan saling
bergantung (A Dynamic and Outward Looking Region in an Increasingly Integrated and
Interdependent World).
2 Ketiga-tiga ciri ini dilaksanakan melalui 6 badan sektoral berikut ;
a) Persidangan Menteri Luar Negeri ASEAN (ASEAN Foreign Ministers Meeting/AMM).
b) Persidangan Menteri Pertahanan ASEAN (ASEAN Defense Ministers Meeting/ADMM).
c) Persidangan Menteri Undang-undang ASEAN (ASEAN Law Ministers Meeting/ALAWMM).
d) Persidangan Peringkat Menteri Berhubung Jenayah Rentas Negara (ASEAN Ministerial
Meeting on Transnational Crime/AMMTC).
e) Forum Serantau ASEAN (ASEAN Regional Forum/ARF).
f) Suruhanjaya Kawasan Bebas Senjata Nuklear Asia Tenggara (Southeast Asian Nuclear
Weapon-Free Zone Commission /SEANWFZ).
3 Kerjasama Bidang Politik mencakupi 8 perkara berikut:
a) meningkatkan tadbir urus baik (good governan).
b) meningkatkan prinsip-prinsip demokrasi.
c) meningkatkan keamaan dan kestabilan kawasan.
d) menjamin pelaksanaan SEANWFZ.
e) meningkatkan kerjasama maritim ASEAN.
f) mewujudkan penyelesaian konflik secara aman.
g) memperkuat sentralisasi ASEAN.
87
MODUL PENGAJARAN PENGAJIAN AM SEMESTER 3
h) meningkatkan hubungan dengan pihak luar.
4 Kerja sama Bidang Keselamatan mencakupi 5 perkara berikut:
a) mewujudkan kayu ukur membina kepercayaan anggota ASEAN (Confidence Building
Measures/CBM).
b) penguatan proses Forum Serantau (ARF).
c) menangani isu keselamatan bukan tradisional seperti perlanunan, perompakan terhadap
kapal, cetak rompak dan penyeludupan.
d) meningkatkan tindakan kerjasama terhadap kecemasan/darurat dan bencana alam.
e) meningkatkan ketulusan dan kefahaman terhadap dasar pertahanan dan persepsi
keselamatan.
5 Kerja sama Bidang Perundangan mencakup 7 perkara berikut:
a) pencegahan dan pemberantasan rasuah.
b) meningkatkan dan melindungi Hak Asasi Manusia (HAM).
c) mengembangkan undang-undang untuk memerangi penyalahgunaan.
d) membentuk kerjasama mendepani jenayah rentas sempadan.
e) mengesahkan Konvensyen ASEAN tentang Tindak Balas terhadap keganasan (ASEAN
Convention on Counter Terrorism).
f) membentuk kerjasama dalam isu ekstradisi.
g) mengesahkan Perjanjian Tentang Bantuan Undang-undang Bersama Berkaitan Jenayah
(Treaty on Mutual Legal Assistance in Criminal Matters/MLAT).
6 Isu-isu keselamatan yang masih dalam pembahasan ada 5, iaitu:
a) Pindaan Protokol Ketiga dalam Perjanjian Persahabatan dan Kerjasama (Third Protocol to
amend the Treaty of Amity and Cooperation/TAC) dan rancangan penyertaan Kesatuan
Eropah, Kanada dan Turki dalam TAC.
b) penyelesaian masalah-masalah hukum yang tertunda (pending legal issues) dalam Piagam
ASEAN.
c) menyiapkan konsep Kesefahaman tentang Kegiatan SEANWFZ (Memorandum on Activities
under the SEANWFZ) untuk dibincang semula dalam Persidangan PBB tentang Perjanjian
Mengawal Penggunaan Nuklear (UN Review Conference on Nuclear Non-Proliferation
Treaty).
d) membahaskan tindakan pelbagai pihak di Laut China Selatan untuk diwujudkan satu
deklarasi bersama (Declaration on the Conduct of Parties to the South China Sea/DOC).
e) Program Tindakan ASEAN tentang Jenayah Rentas Negara (ASEAN Work Programme on
Transnational Crime); dan menjadikan Bantuan Undang-udang Bersama (Mutual Legal
Assistance) sebagai satu Perjanjian ASEAN.
KOMUNITI EKONOMI (AEC)
1 Komuniti Ekonoimi mengandungi lima ciri yang saling berkait dan bertindak secara bersama,
iaitu;
a) Ekonomi Bersepadu dan Bersama (Integrated and Cohesive Economy).
b) ASEAN Berdaya Saing, Inovatif dan Dinamik (Competitive, Innovative, and Dynamic
ASEAN).
c) Meningkatkan Kesinambungan dan Kerjasama Sektoral (Enhanced Connectivity and
Sectoral Cooperation)
d) ASEAN Berdaya Tahan, Terangkum, Berorientasikan Penduduk dan Berpusat Penduduk (A
Resilient, Inclusive, People-Oriented, and People-Centred ASEAN)
e) ASEAN Global (Global ASEAN).
2 Kelima-lima ciri ini cuba dicapai melalui visi (matlamat) AEC berikut;
i. Create a deeply integrated and highly cohesive ASEAN economy that would support
sustained high economic growth and resilience even in the face of global economic shocks
and volatilities;
88
MODUL PENGAJARAN PENGAJIAN AM SEMESTER 3
ii. Engender a more equitable and inclusive economic growth in ASEAN that narrows
the development gap, eliminates if not reduces poverty significantly, sustains high
growth rates of per capita income, and maintains a rising middle class;
iii. Foster robust productivity growth through innovation, technology and human resource
development, and intensified regional research and development that is designed for
commercial application to increase ASEAN’s competitive edge in moving the region up the
global value chains (GVCs) into higher technology and knowledge-intensive
manufacturing and services industries;
iv. Promote the principles of good governance, transparency, and responsive regulatory
regimes through active engagement with the private sector, community-based
organisations, and other stakeholders of ASEAN;
v. Widen ASEAN people-to-people, institutional, and infrastructure connectivity through
ASEAN and sub-regional cooperation projects that facilitate movement of capital as well as
skilled labour and talents;
vi. Create a more dynamic and resilient ASEAN, capable of responding and adjusting to
emerging challenges through robust national and regional mechanisms that address
food and energy security issues, natural disasters, economic shocks, and other emerging
trade-related issues as well as global mega trends;
vii. Incorporate a sustainable growth agenda that promotes a science-based use of, and support
for, green technology and energy;
viii. Promote the use of the ASEAN Protocol on Enhanced Dispute Settlement Mechanism
(EDSM) and develop other approaches to speed up economic dispute resolution;
ix. Reinforce ASEAN centrality in the emerging regional economic architecture by
maintaining ASEAN’s role as the centre and facilitator of economic integration in the East
Asian region; and
x. Work towards a common position and enhance ASEAN’s role and voice in global economic
fora.
KOMUNITI SOSIAL-BUDAYA ASEAN
1 Komitmen utama pembentukan Komuniti Sosial-Budaya ialah usaha untuk meningkatkan kualiti
hidup penduduk melalui kerjasama aktiviti yang berteraskan kepada berorientasikan manusia,
berpusatkan manusia, mesra alam dan guna pakai pembangunan lestari untuk menghadapi
cabaran baru dan sedang muncul dalam ASEAN.
2 Komitmen kedua ialah mewujudkan peluang yang seluas-luasnya daripada tindakan bersama
dalam pembangunan insan, pembangunan mampan dan berdaya tahan melalui kerjasama dalam
pelbagai bidang : maklumat dan budaya, pendidikan, belia dan sukan, kesihatan, pembangunan
dan kebajikan sosial, wanita dan gender, hak kanak-kanak dan wanita, buruh, perkhidmatan
awam, pembangunan luar bandar dan pembasmian kemiskinan, alam sekitar, jerebu rentas
sempadan, pengurusan bencana dan bantuan kemanusiaan.
3 Untuk mencapai usaha ini, langkah-langkah berikut akan diambil;
a) mewujudkan komuniti yang komited, cakna dan mempunyai rasa tanggungjawab sosial
untuk memberi manfaat kepada penduduk ASEAN dengan didokong oleh prinsip-prinsip
tadbir urus baik (good governance)
b) mewujudkan komuniti terangkum yang berusaha membentuk kualiti hidup yang tinggi,
peluang yang mudah diperoleh dan melindungi hak asasi wanita, kanak-kanak, belia, warga
emas, orang kurang upaya, buruh asing, kumpulan terpinggir dan kumpulan yang lemah.
c) mewujudkan komuniti mampan yang menggalakkan pembangunan sosial dan melindungi
alam sekitar melalui mekanisme yang berkesan untuk memenuhi keperluan penduduk
semasa dan akan datang.
89
MODUL PENGAJARAN PENGAJIAN AM SEMESTER 3
d) mewujudkan komuniti mempunyai berdaya tahan dengan berpegang kepada kekuatan dan
keupayaan untuk menyesuaikan diri dan bertindak balas terhadap pelbagai kelemahan sosial
dan ekonomi, bencana, perubahan iklim dan cabaran baru.
e) mewujudkan komuniti yang dinamik dan harmonis serta sedar dan bangga dengan jati diri,
budaya dan warisan diri.
90
MODUL PENGAJARAN PENGAJIAN AM SEMESTER 3
UNIT 3 HUBUNGAN PERINGKAT GLOBAL
PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU (PBB)
PENGENALAN
1 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau PBB ialah sebuah pertubuhan antarabangsa yang
dibentukkan di San Francisco, California pada 24 Oktober 1945 selepas Perang Dunia II.
2 Keahliannya terbuka kepada semua negara di seluruh dunia. Kini jumlah ahlinya ialah 193 buah
negara. Malaysia menyertai PBB pada 17 September 1957.
3 Matlamat-matlamat utamanya adalah untuk mengelakkan perulangan pertikaian yang hebat,
menegaskan hak asasi manusia yang utama, menjamin rasa hormat akan undang-undang
antarabangsa, serta memperbaiki taraf hidup penduduk di seluruh dunia.
4 PBB kini beroperasi di New York yang merupakan ibu pejabat sejak 1946.
PIAGAM PBB
Berikut ialah mukadimah bagi Piagam PBB:
KAMI RAKYAT PERTUBUHAN BANGSA BERSATU BERAZAM
1 untuk menyelamatkan generasi-generasi yang berikut daripada kesengsaraan peperangan, yang
dua kali dalam penghidupan kami, telah membawa kesedihan yang tidak terkatakan kepada
manusia, dan
2 untuk menegaskan semula keyakinan kepada hak-hak asasi manusia, kepada maruah dan nilai
manusia, kepada hak-hak kesamarataan lelaki dan perempuan serta negara-negara besar dan
kecil, dan
3 untuk mewujudkan keadaan yang mana keadilan dan rasa hormat kepada kewajipan yang
tertimbul daripada persetiaan-persetiaan dan sumber undang-undang yang lain dapat
dipeliharakan, dan
4 untuk mempromosikan kemajuan sosial dan taraf hidup yang lebih baik dalam kebebasan yang
lebih luas, dan untuk tujuan ini
5 akan mengamalkan toleransi dan hidup bersama-sama dalam keamanan dengan satu sama lain
sebagai jiran-jiran yang baik, dan
6 akan menyatukan kekukuhan kami untuk memeliharakan keamanan dan keselamatan
antarabangsa, dan
7 akan memastikan, melalui penerimaan prinsip-prinsip dan institusi kaedah-kaedah, bahawa kuasa
bersenjata tidak akan digunakan, kecuali untuk kepentingan umum, dan
8 akan menggunakan jentera antarabangsa bagi mempromosikan kemajuan ekonomi dan sosial
untuk semua manusia,
STRUKTUR ORGANISASI
Piagam PBB menguntukkan enam alat yang utama, iaitu:
1 Perhimpunan Agung
2 Majlis Keselamatan
3 Majlis Ekonomi dan Sosial
4 Majlis Peramanahan
5 Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ)
6 Sekretariat
AKIVITI-AKTIVITI PBB
Kegiatan-kegiatan PBB terdiri daripada 7 bidang yang utama:
1 Persidangan antarabangsa
2 Tahun-tahun antarabangsa dan yang berkaitan
91
MODUL PENGAJARAN PENGAJIAN AM SEMESTER 3
3 Kawalan dan pelucutan senjata
4 Penjagaan keamanan
5 Hak asasi manusia
6 Bantuan kemanusian dan perkembangan antarabangsa
7 Persetiaan dan undang-undang antarabangsa.
SENARAI BADAN PBB
Badan-badan lain yang merupakan agensi khas dalam PBB, walaupun tidak dinyatakan dalam
piagamnya ialah :
• Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO)
• Bank Antarabangsa untuk Pemulihan dan Pembangunan (IRBD) (termasuk Perbadanan
Kewangan Antarabangsa dan
• Persatuan Pembangunan Antarabangsa)
• Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO)
• Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO)
• Pertubuhan Kelautan Antarabangsa (IMO)
• Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)
• Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU)
• Tabung Kanak-kanak PBB (UNICEF)
• Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan PBB (UNESCO)
• Kesatuan Pos Sedunia (UPU)
• Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)
• Pertubuhan Harta Intelektual Sedunia (WIPO)
• Pertubuhan Meteorologi Sedunia (WMO).
PERANAN MALAYSIA DALAM PBB
1 Pada 17 September 1957, Malaysia (dulu Tanah Melayu) telah menjadi ahli Majlis Perhimpunan
Agung PBB.
2 Malaysia juga telah menjadi ahli UNESCO, FAO dan WB, WHO dan ILO.
3 Malaysia memberi bantuan tentera bersama tentera pengaman dunia dalam Perang Saudara di
Congo (Republik Zaire), 1960-1963, Namibia, 1989-1990, Iran-Iraq, 1988-1991, Somalia 1992 dan
Bosnia-Herzegovina, 1992.
4 Malaysia telah menyertai Misi Pemerhati PBB di Liberia, Sierra Leone, Iraq-Kuwait dan
Pentadbiran PBB di Timor-Timur atas Timor Leste (UNTAET).
5 PBB telah melantik Malaysia sebagai Anggota Majlis Keselamatan bagi penggal 1999-2000.
6 Pegawai Malaysia dilantik menjadi Utusan Khas PBB ke Myanmar dan menjadi Pengarah Pejabat
Hal Ehwal Angkasa Lepas PBB.
7 PBB juga telah melantik Malaysia sebagai Anggota Suruhanjaya Hak Asasi Manusia PBB (2001-
2003).
8 Malaysia telah membeli beberapa bon yang dikeluarkan oleh PBB sebanyak $600 juta untuk
menyelesaikan masalah kewangan.
9 Kerajaan Malaysia memberi bantuan kepada pegawai kesihatan WHO untuk menghapuskan
penyakit berbahaya seperti malaria, cirit-birit dan deman denggi.
10 Malaysia menubuhkan Pusat Daya Pengeluaran Negara membantu meninggikan taraf perusahaan
negara selaras dengan kehendak ILO.
11 Malaysia telah menandatangani perjanjian pada tahun 1967 di Kuala Lumpur untuk meningkatkan
pengeluaran makanan dalam negara dengan bantuan FOA.
12 Malaysia mendapat bantuan UNESCO memajukan pelajaran, pembangunan luar bandar dan
membina Maktab Teknik di Ipoh.
92
MODUL PENGAJARAN PENGAJIAN AM SEMESTER 3
13 Bank Dunia memberi bantuan dalam Rancangan Malaysia Lima Tahun. 14 Membantu mangsa
tsunami di Acheh dari bulan Disember 2004 hingga Februari 2005 bersama-sama pertubuhan
sukarela sedunia.
14 Menyarankan agar benua Antartika menjadi warisan dunia yang menjadi hak milik semua
negara.
15 Tan Sri Razali Ismail menjadi pengerusi Perhimpunan Agung PBB.
SUMBANGAN MALAYSIA KEPADA PBB
1. Menyelesaikan konflik antarabangsa
a Pada tahun 1960, Malaysia menyertai pasukan pendamai untuk menamatkan perang saudara
di Congo.
b Pada tahun 1989, Malaysia mewakili pasukan pengaman PBB ke Namibia untuk membantu
negara tersebut mencapai kemerdekaan.
c Pada tahun 1990, Malaysia menghantar pasukan pemerhati ke sempadan Iran-Iraq ; dan
Kampuchea serta pasukan pengaman ke Bosnia.
d Malaysia menentang Dasar Aparteid di Afrika Selatan dan mahu Benua Antartika menjadi
warisan dunia dan hak milik semua negara.
2. Dari segi ekonomi
a Malaysia menjadi ahli Bank Dunia (Bank Antarabangsa) yang ditubuhkan oleh PBB pada tahun
1945.
b Bank ini ditubuhkan untuk membantu negara-negara sedang membangun dari segi kewangan,
dan menyusun semula pembangunan ekonomi negara tersebut.
c Kemasukan pelabur-pelabur asing diharap dapat membasmi kemiskinan dan menyediakan
peluang pekerjaan.
d Malaysia menggunakan Bank Dunia dalam menjayakan rancangan Lembaga Pembangunan
Kemajuan Tanah (FELDA) dan membangunkan prasarana pendidikan dan penyelidikan.
3. Dari segi sosial
a Malaysia berpendidrian teguh memerangi gejala penyalahgunaan dadah. Hasil usul Malaysia,
satu persidangan antarabangsa diadakan di Vienna (Austria) pada Jun 1987 dengan Perdana
Menteri sebagai Yang Dipertua persidangan.
b Malaysia bekerjasama dengan menyertai beberapa agensi PBB seperti:
i Kerjasama dalam bidang pengeluaran makanan melalui agensi Pertubuhan Makanan dan
Pertanian (FAO).
ii Kerjasama dalam bidang perubatan dan kesihatan melalui Pertubuhan Kesihatan Dunia
(WHO).
iii Kerjasama dalam bidang sains dan teknologi melalui pertubuhan Pendidikan dan Budaya
Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO)
c Malaysia menjadi ahli Majlis Keselamatan PBB bagi tahun 1965, 1989, dan 1999.
d Tan Sri Razali Ismail dilantik sebagai wakil khas PBB menjadi pengerusi Perhimpunan Agung
PBB dan dalam menyelesaikan konflik politik negara Myanmar.
e Malaysia menjalankan usaha menyelesaikan masalah Palestin dengan menganjurkan
persidangan antarabangsa tentang Palestin di Kuala Lumpur.
93
MODUL PENGAJARAN PENGAJIAN AM SEMESTER 3
KOMANWEL
Latarbelakang
1 Negara-Negara Komanwel atau Komanwel sahaja merupakan satu persatuan secara sukarela yang
melibatkan negara-negara berdaulat yang ditubuhkan atau pernah dijajah oleh pihak British
kecuali Mozambique (bekas jajahan Portugis) dan Rwanda (bekas jajahan Belgium).
2 Komanwel ditubuhkan pada tahun 1931 hasil idea Lord Rosebury.
3 Pertubuhan ini dianggotai oleh 49 buah Negara termasuk Malaysia.
4 Ratu British, iaitu Ratu Elizabeth II diikhtiraf sebagai Ketua Komanwel.
Tujuan Penubuhan Komanwel
1 Mengeratkan perhubungan dan perpaduan dalam kalangan negara anggota.
2 Membentuk persepaduan di bawah satu pertubuhan dan bekerjasama dalam pelbagai bidang di
kalangan negara anggota.
3 Menjaga kebajikan negara-negara ahli untuk memajukan negara anggota.
4 Memberikan kemudahan dan layanan yang baik daripada kerajaan Britain terutama untuk pasaran
barangan negara anggota Komanwel di Britain.
5 Pakar-pakar dalam pelbagai bidang dapat berbincang untuk meningkatkan lagi kepakaran negara
anggota.
6 Memberikan kemudahan pendidikan kepada negara anggota melalui Rancangan Pelajaran
Komanwel.
Faedah Malaysia Menyertai Komenwel
1 Apabila Malaysia menyertai Komanwel, Malaysia dapat memeterai perjanjian pertahanan dengan
Britain yang juga melibatkan Australia dan New Zealand.
2 Ketiga-tiga negara (Britain, Australia, New Zealand) membantu Malaysia semasa konfrantasi
Indonesia.
3 Malaysia menyertai Perjanjian Pertahanan Lima Negara. Melalui perjanjian ini Britain secara
automatik akan membantu Malaysia jika diserang musuh.
4 Negara Britain banyak menanam modal di Malaysia dalam sector ekonomi perlombongan dan
perladangan.
5 Melalui Rancangan Colombo pelajar Malaysia mendapat biasiswa untuk melanjutkan pelajaran ke
Britain, Australia dan New Zealand.
6 Eksport Malaysia ke negara komanwel dikenakan cukai yang rendah.
7 Berpeluang menganjurkan Sukan Komanwel 1998, iaitu temasya kedua terbesar selepas Sukan
Olimpik.
Peranan Malaysia
1 Menyuarakan rasa tidak puas hati dan tentangan terhadap dasar apartheid di Afrika Selatan.
2 Menyokong sepenuhnya sekatan ekonomi terhadap Afrika Selatan, ketika dasar apartheid
dijalankan oleh orang kulit putih.
3 Menyeru negara maju supaya memberi perhatian kepada Komanwel.
4 Pada tahun 1989, Malaysia telah menganjurkan CHOGM di Kuala Lumpur. Malaysia telah
membangkitkan isu alam sekitar dan hak asasi manusia dengan mengeluarkan Deklarasi Langkawi
mengenai alam sekitar.
5 Malaysia telah memberikan maklumat tentang benih pokok getah dan cara menanam
getah kepada Sri Lanka.
6 Malaysia turut memberi biasiswa kepada pelajar Britain, India, New Zealand dan lain-lain
Negara untuk belajar di negara kita.
94
MODUL PENGAJARAN PENGAJIAN AM SEMESTER 3
PERGERAKAN NEGARA BERKECUALI (NAM)
Latar Belakang
1 Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM) mula ditubuhkan sebaik sahaja 25 buah Negara-
negara berkecuali beserta 3 buah negara pemerhati menghadiri persidangan pertama iaitu
Persidangan Ketua-ketua Negara atau Kerajaan Negara-negara Berkecuali (NAM) di Belgrade,
Yugoslavia bermula pada 1-6 September 1961.
2 Pergerakan ini diasaskan oleh Presiden Tito (Yugoslavian), Presiden Nasser (Egypt) dan Perdana
Menteri Nehru (India) dan disokong sepenuhnya oleh Presiden Indonesia iaitu Soekarno dan
Presiden Ghana iaitu Nkrumah.
3 NAM diasaskan di Bandung, Indonesia pada tahun 1955 walaupun istilah ‘berkecuali’ datangnya
dari idea Perdana Menteri India, Jawaharlal Nehru dalam ucapannya di Colombo, Ceylon (Sri
Lanka).
4 Pergerakan ini terbentuk hasil daripada Perang Dingin (Cold War) yang berlaku pada lewat tahun
1940-an sehingga awal tahun 1990-an.
5 Tujuan penubuhan NAM setelah diisytiharkan dalam Pengisytiharan Havana 1979 ialah untuk
memastikan kemerdekaan, kedaulatan, integriti dan keselamatan negara-negara berkecuali
dalam memerangi imperialisme, kolonisme, neo-kolonisme, pemisahan bangsa, perkauman dan
pencerobohan dari bangsa asing, pekerjaan dan di\ominasi terhadap kuasa serta kumpulan
politik.
6 Di Colombo, Nehru memperkenalkan 5 tonggak asas dalam menjalin hubungan antarabangsa di
mana ia turut dikenali sebagai ‘Panchseel’ iaitu:
• Hormati integri kawasan;
• Saling tidak menceroboh antara Negara;
• Saling tidak mencampuri urusan hubungan tempatan;
• Mewujudkan saling kesamaan dan menguntungkan;
• Mewujudkan keamanan.
7 Pada bulan April tahun berikutnya, satu persidangan telah diadakan di Bandung dan dinamakan
Persidangan Bandung. Prinsipal ‘Panchseel’ telah mula diperkembangkan dan disinilah
bermulanya pembentukan konsep pengecualian. Konsep ini menyarankan negara-negara anggota
tidak terlibat dalam Konfrontasi Ideologi Timur-Barat semasa Perang Dingin. Secara tidak langsung
negara-negara anggota akan berusaha untuk mencapai kemerdekaan, pembangunan ekonomi
dan pembasmian kemiskinan.
Prinsip (Dasa Sila Bandung)
1 Menghormati hak asasi manusia serta prinsip Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).
2 Menghormati kedaulatan dan keutuhan wilayah semua negara.
3 Mengiktiraf persamaan ras dan negara samada kecil atau besar.
4 Tidak campur tangan dalam hal ehwal negara lain.
5 Menghormati hak setiap negara mempertahankan dirinya secara bersendirian atau
berkumpulan selaras dengan piagam PBB.
6 Tidak mengenakan tekanan terhadap negara lain.
7 Mengelakkan ugutan pencerobohan atau kekerasan terhadap kedaulatan wilayah atau
kebebasan politik sebarang negara.
8 Menyelesaikan pertikaian antara negara dengan cara aman.
9 Menggalakkan kepentingan dan kerjasama bersama.
10 Menghormati keadilan dan tanggungjawab antarabangsa
Tujuan Penubuhan
1 Memupuk kerjasama yang erat di kalangan negara anggota.
2 Menjadi forum untuk negara anggota menyuarakan pendirian berhubung isu-isu semasa.
95
MODUL PENGAJARAN PENGAJIAN AM SEMESTER 3
3 Mengelakkan negara-negara kecil terlibat dalam peperangan ideologi.
4 Memperjuangkan hak dan kepentingan Negara-negara sedang membangun.
5 Mengubah haluan perjuangan NAM daripada hal-hal politik kepada isu-isu ekonomi.
6 Meningkatkan muafakat dan kesepakatan di kalangan anggota NAM melalui rundingan.
7 Meninggikan keupayaan ekonomi dan daya saing NAM supaya pertubuhan ini dihormati.
Peranan dan Sumbangan Malaysia
1 Pada sidang kemuncak ketujuh di New Delhi tahun 1984, Malaysia melalui usul membela
kepentingan negara- negara sedang membangun tentang isu Palestin, kerjasama ekonomi, dan
isu benua Antartika.
2 Sidang Kemuncak Kelapan di Harare (Zimbabwe) Malaysia mencadangkan Dasar Aparteid di
Afrika Selatan dihapuskan.
3 Pada tahun 1989, Malaysia menerima penghormatan sebagai Naib Presiden melalui sidang
kemuncak NAM di Belgrade, Yugoslavia.
4 Malaysia dilantik menjadi ahli kumpulan 16 melalui isu kerjasama politik negara anggota.
5 Pada tahun 2003 Malaysia menjadi tuan rumah pada sidang kemuncak NAM ke-13
• Terdapat 63 negara ahli, 31 ketua negara, 32 ketua kerajaan.
• Berjaya menarik dua negara anggota baru, Timur Leste dan Pulau Catalina.
• Berjaya menganjurkan satu mesyuarat tidak rasmi OIC.
• Usaha menghidupkan NAM.
6 Mengeluarkan pernyataan bersama tentang kedudukan Palestin dan serangan Amerika Syarikat
terhadap Iraq.
KERJASAMA SELATAN SELATAN
Latarbelakang
1 Kerjasama Selatan-Selatan bermaksud usaha mengadakan kerjasama teknikal dan ekonomi antara
Negara Selatan dan mengukuhkan hubungan dengan negara maju.
2 Ditubuhkan pada tahun 1978 oleh PBB, namun pada penghujung 1990an pengaruh dalam
pembangunan negara anggota mula dirasai..
3 Negara Selatan merujuk negara membangun dari Asia, Amerika Latin dan Negara Kepulauan
Pasifik.
4 Ciri-Ciri Negara Selatan ialah
• pernah dijajah oleh kuasa Barat
• masih bergantung kepada negara maju dalam pemasaran bahan mentah
• tidak mempunyai kepakaran
• tidak mempunyai modal untuk memproses bahan mentah menjadi barang siap
• dibebani syarat perdagangan yang tidak adil
• harga bahan mentahnya dikawal oleh negara maju
• menanggung kadar faedah yang tinggi terhadap pinjaman yang diberikan
Objektif
1 Mengurangkan pergantungan kepada negara maju.
2 Mengelakkan penguasaan Barat terhadap ekonomi dunia dan ketidakseimbangan ekonomi.
3 Mengeratkan hubungan antara Negara Selatan untuk meningkatkan kemajuan ekonomi.
4 bekerjasama dalam bidang kewangan, perindustrian, sains dan teknologi.
Peranan Malaysia
1 Menubuhkan Suruhanjaya Selatan-Selatan
2 Menubuhkan Kumpulan 15 (G15)
3 Mengadakan sidang kemuncak G15 yang pertama di Kuala Lumpur pada 1990
96
MODUL PENGAJARAN PENGAJIAN AM SEMESTER 3
4 Menagadakan kerjasama dalam bidang sains dan teknologi
5 Menubuhkan Pusat Pertukaran Data Pelaburan Perdagangan dan Teknologi Selatan di Kuala
Lumpur
6 Menubuhkan Sistem Keistimewaan Perdagangan Global
7 Menubuhkan kemudahan kredit dan mekanisme kewangan pembiayaan perdagangan.
SURUHANJAYA SELATAN SELATAN
1 Ditubuhkan pada tahun 1987 atas dasar kurang berkesannya pencapaian Dialog Utara-Selatan.
2 Objektif penubuhan Suruhanjaya ini ialah
a) Membentuk kerjasama ekonomi dan teknikal yang efisen antara negara anggota.
b) Mengurangkan kebergantungan keterlaluan dengan negara maju.
c) Meningkatkan produktiviti dan membantu mengatasi maslah hutang dengan negara lain.
3 Pencapaian Suruhanjaya Selatan-Selatan
a) Pemberian sumbangan kepada kewangan kepada negara-negara membangun
b) Penubuhan Kumpulan 15 (G15) yang terdiri daripada Negara Malaysia, Algeria, Argentina,
Brazil, India, Jamaica, Indonesia, Mesir, Mexico, Nigeria, Peru, Senegal, Venezuala,
Yugoslavia dan Zimbabwe.
c) Penubuhan Pusat Pertukaran Data Pelaburan Perdagangan dan Teknologi Selatan (SITTDEC)
di Kuala Lumpur.
KUMPULAN 15 (G15)
1 Ditubuhkan pada September 1988 dalam Sidang Kemuncak NAM di Balgrade, Yugoslavia dan
mengandung negara-negara dari Amerika Selatan, Afrika dan Asia.
2 G15 merupakan forum informal yang ditubuhkan untuk mewujudkan kerjasama dan memberi
maklum balas kepada kumpulan antarabangsa lain seperti World Trade Organization dan G8.
3 Fokus kerjasama G15 ialah dalam bidang pelaburan, perdagangan dan teknologi.
4 Sidang Kemuncak Pertama diadakah di Kuala Lumpur pada Jun 1990.
5 Kejayaan Persidangan G-15 adalah seperti berikut:
a) Talian Maklumat Perdagangan (Trade Information Network-TIN) ditubuhkan.
b) Sistem Perdagangan Islam Sedunia (Global System of Trade Prefences-GSTP) dikukuhkan.
c) Menubuhkan pusat Pertukaran Data Pelaburan dan Teknologi Selatan (SITTDEC) di Kuala
Lumpur.
d) Mengadakan forum perniagaan dan pelaburan negara Selatan dengan bantuan PBB.
e) Mengadakan pameran perdagangan.
f) Bersetuju membentuk sistem perdagangan antarabangsa.
g) Meluluskan Mekanisme Kewangan Pembiayaan Perdagangan.
h) Mengadakan mesyuarat Kumpulan Pakar bagi Pertukaran Maklumat (EINEP)
97
MODUL PENGAJARAN PENGAJIAN AM SEMESTER 3
PERTUBUHAN NEGARA-NEGARA ISLAM (OIC)
Latarbelakang
1 Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) ditubuhkan pada 25 September 1969 (12 Rejab 1389H)
bersempena Persidangan Dunia Islam pertama di Rabat, ibu negara Maghribi
2 Penubuhannya adalah reaksi terhadap memuncaknya serangan ganas terhadap Masjid Al-Aqsa
oleh puak Zionis akibatnya mendorong para pemimpin Islam menubuhkan sebuah pertubuhan
antarabangsa bagi memperjuangkan kepentingan umat Islam dalam segenap bidang di seluruh
dunia.
Objektif
1 Memupuk perpaduan dalam kalangan negara anggota;
2 Menyelaras kerjasama dalam kalangan negara anggota dalam bidang ekonomi, sosial, budaya,
saintifik dan pelbagai bidang lain;
3 Berusaha menghapuskan perbezaan kaum, penindasan dan penjajahan dalam sebarang bentuk;
4 Mengambil langkah perlu bagi menyokong usaha kea rah melahirkan keamanan dan keselamatan
berasaskan keadilan;
5 Meningkatkan perjuangan umat Islam bagi memelihara maruah, kemerdekaan dan hak mereka;
6 Mewujudkan suasana yang mendorong lahirnya kerjasama dan kesefahaman di kalangan negara
anggota dan dengan negara lain.
Peranan
1 Tunku Abdul Rahman dipilih sebagai Setiausaha Agung OIC yang pertama
2 Malaysia menjadi perantara dalam menyelesaikan peperangan Iran-Iraq
3 Memberi sokongan kepada rakyat Palestin mendapatkan semula tanah air
4 Menjadi tuan rumah persidangan OIC pada 1974 dan 2003
5 Menganjurkan persidangan menentang pengganas di kalangan negara Islam pada 2002
6 Menawarkan biasiswa kepada pelajar dari negara OIC yang belajar di Universiti Islam
Antarabangsa Malaysia (UIAM)
7 Mengsyorkan penggunaan dinar emas dalam kalangan negara Islam dalam urusan perdagangan
8 Malaysia menjadi pengerusi pasukan petugas OIC-CERT iaitu pasukan tindak balas untukmenjaga
keselamatan teknologi (ICT) negara-negara anggota pada Jun 2006.
9 Persidangan pertama di Kuala Lumpur pd November 2006 - membentuk kesepakatan bahawa
kerjasama erat diperlukan bagi mengkaji aplikasi zakat sebagai sumber kewangan kepada
Organisasi Zakat Antarabangsa.
10 Malaysia antara negara peneraju industri halal - berkongsi kepakaran dalam industri makanan
halal dgn negara-negara OIC. Kepakaran Malaysia dlm membangunkan standard dan sijil
kelayakan halal dijadikan penanda aras - membangunkan Standard Halal Antarabangsa oleh
Pakatan Halal Antarabangsa
12 Forum Ekonomi Islam Sedunia (WIEF) : Mengumpulkan tokoh-tokoh ekonomi, intelektual dan
pemimpin ternama dari dunia Islam dan Barat. Tujuannya mewujudkan wadah bagi membincang
dan menerapkan idea untuk membangunkan ekonomi ummah.
Faedah
1 Mendapat pinjaman daripada Bank Pembangunan Islam bagi melaksanakan projek untuk rakyat
2 Mendapat bantuan untuk menubuhkan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
3 Mendapat penghormatan negara anggota lain kerana serius dalam memperjuangkan hak dan
kebajikan negara Islam
4 Ketokohan pemimpin Malaysia terserlah melalui dasar Malaysia yang mengutamakan keamanan
dan kesejahteraan.
98
MODUL PENGAJARAN PENGAJIAN AM SEMESTER 3
KUMPULAN LAPAN NEGARA MEMBANGUN (D8)
Latar Belakang
1 D8 ditubuhkan pada tahun 15 Jun 1997 melalui Deklarasi Istanbul.
2 Keahliannya terdiri daripada Malaysia, Indonesia,Turki, Iran, Mesir, Bangladesh, Pakistan dan
Nigeria.
Matlamat
Matlamat ialah mengalakkan kerjasama sosioekonomi dan pembangunan perdagangan dalam
kalangan negara anggota.
Objektif
a) Mengalakkan perdagangan antara negara anggota
b) Mempelbagai dan mewujudkan peluang baharu dalam perdagangan
c) Membaiki proses pembuatan keputusan pada peringkat antarabangsa
d) Meningkatkan taraf hidup rakyat negara anggota
e) Membasmi kemiskinan
f) Menambah peluang pekerjaan
g) Kemajuan teknologi
Prinsip Kerjasama Pembangunan Sosioekonomi
a) Keamanan bukan konflik (Peace instead of conflict).
b) Dialog bukan konfrantasi (Dialogue instead of confrontation).
c) Berkerjasama bukan eksploitasi (Cooperation instead of exploitation).
d) Keadilan bukan pilih kasih (Justice instead of double-standard).
e) Kesamaan bukan diskriminasi (Equality instead of discrimination).
f) Demokrasi bukan kuku besi (Democracy instead of oppression).
Peranan Malaysia
a) Menjadi tuan rumah Sidang Kemuncak Kali Ke-6
b) Berkongsi pengetahuan mengenai konsep dan aplikasi takaful dengan negara anggota lain
c) Memperkenalkan produk baharu berkenaan perbankan, insurans dan kewangan
d) Menggesa semua negara anggota memainkan peranan yang lebih aktif dalam menghadapi
cabaran globalisasi dan kelembapan ekonomi dunia semasa Sidang Kemuncak Ketiga
Kumpulan D8 melalui Deklarasi Kaherah.
KUMPULAN EKONOMI ASIA PASIFIK (APEC)
Latar Belakang
1 Ditubuhkan tahun 1989 di Canberra, Australia oleh 12 negara, iaitu Australia, Brunei Darussalam,
Kanada, Indonesia, Jepun, Korea, Malaysia, New Zealand, Filipina, Singapura, Thailand dan
Amerika Syarikat.
2 Tahun 1994 Deklarasi Bogor termeteri sebagai visi APEC, iaitu mewujudkan suasana ekonomi
yang bersifat bebas dan terbuka melalui perdagangan dan pelaburan strategik di kawasan Asia
Pasifik pada tahun 2010 untuk ekonomi industri hingga tahun 2020 bagi mengembangkan
ekonomi serantau.
Objektif
1 To Sustain the growth and development of the region for the common good its peoples and, in
this way, to contribute to the growth and development of the world economy.
99
MODUL PENGAJARAN PENGAJIAN AM SEMESTER 3
2 To enhance the positive gains, both for the region and the world economy,resulting from
increasing economic interdependence,including by encouraging the flow of goods, services,
capital and technology.
3 To develop and strengthen the open multilateral trading system in the interest of Asia-Pacific
and all other economies.
4 To reduce barriers to trade in goods and services and investment among participants in a
manner consistent with GATT principles, where applicable, and without detriment to other
economies.
Prinsip
1 The principle of mutual benefit, talking into account the differences in the stages of economic
development and in the socio-political systems, and giving due consideration to the needs of
developing economies.
2 A commitment to open dialogue and consensus-building, with equal respect for the views of all
participants. (From the Seoul APEC Declaration of 1991)
Fokus Kerjasama
1 Liberalisasi perdagangan dan pelaburan : Di bidang ini, APEC bekerja untuk mengurangi tarif dan
menghapus hambatan lain untuk mewujudkan perdagangan bebas.
2 Kemudahan perdagangan : APEC bertujuan mewujudkan kemudahan interaksi perdagangan
antara negara-negara anggota dengan mengurangi kos perdagangan, berkongsi maklumat
perdagangan, dan meningkatkan hubungan import-eksport.
3 Kerjasama ekonomi dan teknik (ECOTECH) : Program ini memberikan kesempatan bagi negara-
negara anggota untuk meningkatkan latihan dan pendidikan dalam perdagangan antarabangsa.
Manfaat
1. APEC merupakan forum yang fleksibel untuk membahas isu-isu ekonomi antarabangsa.
2. APEC merupakan forum konsolidasi menuju era perdagangan terbuka dan selaras dengan prinsip
perdagangan multilateral
3. Peningkatan peranan swasta dan penduduk menuju liberalisasi perdagangan supaya aliran
barangan dan perkhidmatan antara anggota berlaku dengan lebih lancar, misalnya melalui
pelaksanaan APEC Business Travel Card (ABTC) dan mengurangkan kekangan kastam.
4. Peningkatan modal insan melalui projek-projek APEC.
5. Sumber meningkatkan potensi ekonomi perdagangan dan pelaburan.
6. APEC sebagai forum untuk bertukar dan berkongsi pengalaman.
7. Menjaga dan mempromosikan kepentingan-kepentingan negara anggota dalam konteks
ekonomi antarabangsa.
SIDANG KEMUNCAK ASIA TIMUR (EAS)
1 Ditubuhkan di Kuala Lumpur, Malaysia pada 14 Disember 2005.
2 Keahlian : 10 negara ASEAN, China, Jepun, Korea Selatan, India, Australia dan New Zealand,
Amerika Syarikat dan Rusia dimasukkan pada tahun 2011.
3 Matlamat EAS adalah untuk menjadikan rantau ini aman, makmur dan maju bagi tiga bilion
penduduk serta mengimbangi kuasa negara-negara anggota dalam bidang ekonomi dan
ketenteraan melalui usaha-usaha mewujudkan Komuniti Asia Timur (EAC).
5 Matlamat utama EAC (juga merupakan matlamat EAS) ialah :
a) Untuk mengelakkan konflik dan meningkatkan keamanan dalam kalangan negara-negara
Asia Timur.
b) Untuk meningkatkan perdagangan, pelaburan, kewangan dan pembangunan di rantau Asia
Timur.
100