MODUL PENGAJARAN PENGAJIAN AM SEMESTER 3
c) Untuk memajukan perlindungan dan kesejahteraan rakyat terutama dalam membantu usaha
serantau untuk melindungi alam sekitar serta tadbir urus baik.
d) Untuk meningkatkan kemakmuran dengan mengalakan kerjasama dalam pendidikan serta
pembangunan modal insan.
e) Untuk memelihara identiti komuniti Asia Timur dengan mengalakan pertukaran idea, dialog
di antara kerajaan serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
6 Terdapat 5 bidang kerjasama dalam EAS, iaitu berikut:
a) alam sekitar dan tenaga.
b) pendidikan
c) kewangan.
d) Isu Kesihatan Global dan Penyakit Berjangkit.
e) bencana alam dan pengurusan bencana.
f) hubungan dengan ASEAN.
SHANGRI-LA DIALOGUE
1 The Shangri-La Dialogue (SLD) is a "Track One" inter-governmental security forum held annually
by an independent think tank, the International Institute for Strategic Studies (IISS).
2 The summit serves to cultivate a sense of community among the most important policymakers in
the defence and security community in the region.
3 Government delegations have made the best out of the meeting by holding bilateral meetings
with other delegations on the sidelines of the conference.
4 Participant : defense ministers, permanent heads of ministries and military chiefs also
legislators, academic experts, distinguished journalists and business delegates.
5 Countries participants : Australia, Brunei, Burma(Myanmar), Cambodia, Canada, Chile, France,
Germany, India, Indonesia, Japan, Laos, Malaysia, Mongolia, New Zealand, Pakistan, China,
Philippines, Russia, South Korea, Sri Lanka, Singapore, Sweden, Thailand, East Timor, United
Kingdom, United States and Vietnam.
DIALOG PERKONGSIAN PINTAR (DIALOG ANTARABANGSA LANGKAWI)
1 Dialog Perkongsian Pintar dimulakan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad pada 1995 di Pulau
Langkawi.
2 Fokus dialog ini ialah mempertemukan pemimpin kerajaan dan swasta dari Malaysia dan negara-
negara Afrika sambil berisytirahat di Langkawi.
3 Dialog ini adalah "dialog pemikir yang menggunakan konsep kumpulan pemikir".
4 Perkongsian pintar dapat merealisasikan transformasi sosio ekonomi menerusi integrasi wilayah
terdiri daripada tokoh-tokoh terkenal dan profesional dalam pelbagai bidang seperti akademik,
teknologi, politik, perkhidmatan awam, industri, buruh, kebudayaan dan media.
5 LID diadakan dengan tujuan :
a) LID menggalakkan berkongsi kepintaran atau perkongsian pintar. Jangan harapkan Barat
kerana mereka ada agenda tersembunyi. Jiran yang baik ialah jiran yang membantu.
b) Membincangkan masalah dunia yang dihadapi bersama di kalangan negara membangun.
c) Merapatkan komunikasi antara Malaysia dengan negara-negara Afrika yang nampaknya
senada dalam isu-isu global dan menghadapi kuasa-kuasa besar.
d) Mempromosikan pulau Langkawi sebagai destinasi pelancongan bertaraf antarabangsa
khususnya dari negara Afrika, misalnya menjadikan Pulau Langkawi sektor pelancongan
sebagai sumber pendapatan.
101
MODUL PENGAJARAN PENGAJIAN AM SEMESTER 3
UNIT 4 ISU ALAM SEKITAR
A PROTOKOL KYOTO
1 Nama rasmi protokol ini ialah '"Kyoto Protocol to the United Nations Framework Convention on
Climate Change (Protokol Kyoto dalam Persidangan Rangka Kerja PBB tentang Perubahan
Iklim)”.
2 Dibentangkan di Kyoto, Jepun pada Disember 1997 dan mula berkuat kuasa pada 16 Februari
2005.
3 Protokol Kyoto diterima sejagat tentang perihal pemanasan global.
4 Negara-negara yang bersetuju berkomitmen:
a) untuk mengurangkan pembebasan gas karbon dioksida dan lima gas rumah kaca lain,
b) bekerjasama dalam perdagangan kontrak pembebasan gas.
5 Objektif : menurunkan kenaikan suhu global antara 0.02 °C dan 0.28 °C setahun sehingga tahun
2050.
B PROTOKOL CARTAGENA (THE CARTAGENA PROTOCOL)
1 Protokol Cartagea merupakan satu perjanjian antarabangsa berkaitan dengan biokeselamatan
(biosafety) sebagai tindakan tambahan terhadap Konvensyen Kepelbagaian Biologikal
(Convention on Biological Diversity) yang berkuat kuasa pada tahun 2003.
2 Objektifnya ialah melindungi kepelbagaian biologi (biological diversity) daripada risiko yang
mungkin diwujudkan oleh pengubahan genetik organisme akibat daripada pemodenan
bioteknologi.
3 Strategi protokol ialah :
a) memastikan setiap produk yang dihasilkan daripada teknologi baru mestilah dilakukan
dengan mematuhi prinsip-prinsip prakeselamatan (precautionary principle).
b) mewujudkan keseimbangan antara keuntungan ekonomi dengan kesihatan awam di negara
sedang membangun.
c) membenarkan negara-negara melarang import barangan yang telah mengalami pengubahan
genetik organisme jika tiada pembuktian saintifik barangan tersebut selamat.
d) mewajibkan pengeksport melabelkan barangan yang mengandung pengubahan genetik
seperti jagung atau kapas.
C PROTOKOL MONTREAL
1 Protokol Montreal atau dikenali juga sebagai Protokol Montreal berkaitan Bahan Menipis
Lapisan Ozon (Montreal Protocol on Substances that Deplete the Ozone Layer) yang dimeterai
lanjutan dari Konvensyen Vienna untuk melindungi Lapisan Ozon (Vienna Convention for the
Protection of the Ozone Layer).
2 Ditandatangani pada 16 September 1987 dan dikuatkuasakan pada 1 Januari 1989.
3 Tujuan protokol ialah melaksanakan usaha-usaha untuk mengurangkan bahan yang boleh
menipiskan llapisan ozon terutama hidrokarbon halogen yang mengandung klorin atau bromin,
dan kloroflorokarbon (CFC).
4 Langkah-langkah mengatasi penipisan lapisan ozon :
a) Penguatkuasaan undang-undang Akta Kualiti Alam Sekitar 1974.
b) Pengurusan strategik : gunat tenaga alternatif, mengurangkan ujian tenaga nuklear,
mengurangkan pembakaran terbuka, menggunakan kaedah tebang reput, guna baja organik
dan teknik kawalan biologi dalam pertanian dan penghutanan semula/perladangan hutan.
c) Pendidikan : kempen, forum, seminar kepentingan menjaga alam sekitar dan pendidikan
melalui subjek di sekolah.
d) Mengurangkan penggunaan CFC dalam pelbagai industri, misalnya agen pembersih dalam
industri elektronik, pendingin dalam alat pendingin udara dan agen pengembang dalam
102
MODUL PENGAJARAN PENGAJIAN AM SEMESTER 3
keluaran foam alat pendingin udara
e) Meningkatkan usaha penyelidikan dan pembangunan dalam mencari bahan ganti
kloroflokarbon (CFC), contoh fungsi CFC dalam industri foam boleh digantikan poliols
lembut, metilen klorida asid formik atau teknik `vacuum expansion', gas helium mungkin
menggantikan fungsi CFC dalam alat pendingin udara sebagai agen pendingin.
f) Kerjasama dan komitmen antarabangsa.
g) Komitmen dan usaha peringkat kerajaan, misalnya menggalakkan dan beri insentif untuk
penyelidikan mencari bahan ganti, mengadakan kempen dan pendidikan untuk
menimbulkan kesedaran awam tentang bahaya dan langkah yang perlu diambil untuk
masalah ini dan menetapkan dasar dan undang-undang bagi mengawal penggunaan bahan
CFC dalam negara.
h) Tindakan atau peranan sebagai pengguna, misalnya penggunaan bahan ganti keluaran CFC
atau halon, tidak membuang sisa barang CFC seperti peti sejuk dan alat pendingin udara
yang rosak merata tempat dan memberi sokongan dan kerjasama kepada kempen 3R.
D PERJANJIAN IKLIM PARIS (PARIS CLIMATE AGREEMENT)
1 Perjanjian Paris merupakan perjanjian bagi menangani pengurangan pembebasan gas rumah
hijau, termasuk penglibatan negara dan kewangan berdasarkan Rangka Kerja Konvensyen PBB
Untuk Perubahan Iklim (UNFCCC).
2 Perjanjian ini melibatkan 195 buah negara (kecuali AS) yang menyatakan persetujuan pada
Disember, 12 2015.
3 Pada Jun 2017, 195 buah negara telah menanda tangani perjanjian ini dan 148 negara telah
mengesahkan persetujuan pelaksanaan pada tahun 2020.
3 Di bawah Perjanjian Paris, setiap negara perlu mengemukakan langkah-langkah untuk
mengurangkan pembebasan gas rumah hijau dan mengangani impak perubahan iklim.
4 Walaupun, Perjanjian ini tidak ada ikatan undang-undang dan tidak akan di denda jika gagal
mencapai matlamat yang disasarkan, namun perjanjian ini menekankan rasa
kebertanggungjawaban negara-negara terlibat untuk melaksanakan perancangan dan mengkaji
semula reka bentuk proses tindakan serta mendorong negara-negara terbabit untuk
meningkatkan usaha setiap 5 tahun.
6 Perjanjian ini juga dilihat menjadi insentif untuk mengurangkan penggunaan tenaga fosil.
Rangka Kerja
Dalam Perjanjian Paris, setiap negara menentukan sendiri sumbangan untuk mengurangkan
pemanasan global. Negara-negara terlibat sendiri menetapkan sasaran dan tarikh sasaran dicapai.
Matlamat
1 Menghalang peningkatan purata suhu dunia di bawah 2°C dan memastikan had peningkatan
suhu tidak melebihi kepada 1.5°C, kerana usaha ini boleh mengurangkan risiko dan impak
daripada perubahan iklim seperti banjir dan kemarau.
2 Meningkatkan usaha untuk mengeimbangi impak perubahan iklim dan mewujudkan
pembangunan berdaya tahan terhadap iklim dan pembebasan gas rumah hijau yang rendah
tanpa mengancam daya pengeluaran makanan.
3 Memastikan aliran kewangan selari dengan usaha merendahkan pembebasan gas rumah hijau
dan pembangunan berdaya tahan iklim.
Untuk mencapai matlamat ini, pembebasan gas rumah hijau perlu dikurangkan pada kadar 40 –
70% pada 2050 dan tahun 2100 bumi mempunyai kadar karbon yang seimbang.
103
MODUL PENGAJARAN PENGAJIAN AM SEMESTER 3
PEMBEBASAN CO2 DARI PEMBAKARAN TENAGA FOSIL DAN PERKILANGAN
PADA TAHUN 2014
Negara Sumbangan (%)
China 30
Amerika Syarikat 15
Kesatuan Eropah 9
India 7
Rusia 5
Jepun 4
Lain-lain 30
E SIDANG KEMUNCAK RIO MENGENAI ALAM SEKITAR DAN
PEMBANGUNAN, 1992
1 Persidangan Tentang Alam Sekitar dan Pembangunan PBB dikenali juga sebagai Sidang
Kemuncak Bumi Rio, Sidang Kemuncak Rio, Persidangan Rioa dan Sidang Kemuncak Bumi
diadakan di Rio de Janeiro, Brazil pada 3 hingga 14 Jun 1992.
2 Isu dibincangkan ialah:
a) sistem pengeluaran barangan terutamanya komponen bertoksik seperti minyak
berplumbam dan bahan buangan beracun, misalnya bahan kimia beradioaktif.
b) sumber tenaga alternatif bagi menggantikan tenaga fosil yang berkaitan dengan perubahan
iklim dunia.
c) sistem pengangkutan untuk mengurangkan pembebasan karbon, kesesakan dalam bandar
dan masalah kesihatn yang dikaitkan dengan pencemaran udara dan asap.
d) penggunaan bekalan air yang semakin meningkat tetapi terhad.
3 Antara kejayaan sidang kemuncak ini ialah
a) perjanjian tentang Konvensyen Perubahan Iklim yang melahirkan Protokol Kyoto, 2005 dan
Perjanjian Paris, 2015.
b) perjanjian untuk tidak melakukan sebarang aktiviti di tanah penduduk asal yang boleh
menyebabkan kemerosotan alam sekitar.
c) edisi pertama tentang Penilaian Kualiti Air (Water Quality Assessments) diterbitkan dalam
Forum Global Rio.
F SIDANG KEMUNCAK BUMI RIO 2012 (UNITED NATIONS CONFERENCE ON
SUSTAINABLE
DEVELOPMENT)
1 Sidang Kemuncak Bumi Rio 2012 atau Persidangan Pembangunan Mapan PBB (United Nation
Conference on Sustainable Development) diadakan pada 13 hingga 22 Jun 2012 di Raio de
Janero, Brazil.
2 Dikenali juga sebagai Rio + 20.
3 Persidangan dihadiri oleh 192 ahli PBB, iaitu 57 ketua negara dan 31 ketua kerajaan, syarikat
sektor swasta, NGO dan kumpulan-kumpulan lain.
TEMA
1 Ekonomi Hijau : Bagiaman ekonomi hijau mencapai pembangunan mapan dan mengeluarkan
penduduk dari kemiskinan serta membantu negara membangun ke arah pembangunan hijau.
2 Kerjasama Antarabangsa : Bagaimana memperbaiki kooridinasi kerjasama antarabangsa untuk
pembangunan mapan melalui satu rangka kerja institusional.
104
MODUL PENGAJARAN PENGAJIAN AM SEMESTER 3
OBJEKTIF
1 Memperbaharui komitmen politik terhadap pembangunan mapan.
2 Menilai jurang perkembangan dan pelaksanaan dari persidangan lalu.
3 Mengutarakan cabaran-cabaran baru dan akan datang.
EKONOMI HIJAU (GREEN ECONOMY)
1 Ekonomi Hijau didefinisikan sebagai kegiatan ekonomi yang bertujuan untuk mengurangkan
masalah dan kesucian alam sekitar serta memacu pembangunan mapan tanpa kemerosotan alam
sekitar (degrading enviroment).
2 Menurut Laporan Ekonomi Hijau UNEP (United Nations Environment Programme, 2011) “menjadi
hijau, ekonomi bukan sekadar cekap, tetapi juga adil. Adil merangkumi pelbagai bidang di
peringkat global dan negara, terutamanya dalam memastikan perhubungan ekonomi meliputi
aspek pembebasan karbon yang rendah, penggunaan sumber yang cekap dan inklusif sosial (that
to be green, an economy must not only be efficient, but also fair. Fairness implies recognising
global and country level equity dimensions, particularly in assuring a just transition to an economy
that is low-carbon, resource efficient, and socially inclusive)."
3 Ekonomi hijau perlu dilaksanakan berdasarkan kepada enam sektor utama, iaitu tenaga boleh
diperbaharui, bangunan hijau, pengangkutan mapan, pengurusan air, pengurusan sisa dan
pengurusan tanah.
4 Ekonomi hijau memerlukan tenaga hijau yang berasaskan kepada tenaga boleh diperbaharui
untuk menggantikan tenaga fosil, termasuklah pemuliharaan tenaga dan penggunaan tenaga
seara cekap.
105
MODUL PENGAJARAN PENGAJIAN AM SEMESTER 3
CATATAN PELAJAR :
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………..
106
MODUL PENGAJARAN PENGAJIAN AM SEMESTER 3
UNIT 5 PENGUKUHAN
PENGUKUHAN 1
• Membangun keupayaan negara-negara membangun melalui perkongsian pengalaman
pembangunan Malaysia di bawah kerangka Kerjasama Selatan-Selatan
1 Pernyataan di atas merujuk kepada
A Rancangan Colombo C Dialog Antarabangsa Langkawi
B Warisan Bersama Dunia D Program Kerjasama Teknikal Malaysia
• Menjadi garis panduan dan pegangan dalam menentukan urns tadbir yang baik dan hak
milik semua
• Membolehkan ASEAN menjadi satu entiti perundangan
2 Pernyataan di atas merujuk kepada persetujuan Malaysia dalam
A Piagam ASEAN C Rangka Kerja Komuniti Ekonomi ASEAN
B Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN D Memorandum Persefahaman Pertumbuhan
Segi Tiga ASEAN
3 Prinsip yang menjadi amalan Malaysia dalam melaksanakan dasar luar adalah
I menghormati kedaulatan setiap negara
II mengutamakan kestabilan ekonomi serantau
III mengadakan hubungan tanpa mengira ideologi
IV meningkatkan kepentingan pertahanan dan ketenteraan
A I dan II C II dan IV
B I dan III D III dan IV
4 Yang manakah pegangan Malaysia dalam mengekalkan hubungan diplomatik?
A Berdaya saing C Sikap keterbukaan
B Status ekonomi D Pegangan ideologi
5 Yang manakah objektif dasar luar negara Malaysia?
A Menjadi peneraju ekonomi serantau
B Mempertahankan keselamatan negara
C Menjadi pejuang politik bagi negara membangun
D Melindungi kepentingan negara di peringkat antarabangsa
6 Yang manakah bentuk kerjasama dalam kalangan anggota ASEAN + 3?
I Kerjasama ketenteraan III Pembentukan blok perdagangan
II Kerjasama saintifik dan teknikal IV Bantuan kewangan dan pakej pinjaman
A I dan II C II dan IV
B I dan III D III dan IV
• Pelaksanaan Kerjasama Pelbagai Hala
• Pembentukan Komuniti Ekonomi, Keselamatan Sosial, dan Kebudayaan
7 Pernyataan di atas merujuk kepada
A Kerjasama Selatan-Selatan C Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
B Pertubuhan Persidangan Islam D Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara
8 Yang manakah pernyataan yang benar tentang Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC)?
I Mengurangkan halangan perdagangan
II Mentadbir perjanjian perdagangan bebas global
III Membangunkan sistem perdagangan multilateral
107
MODUL PENGAJARAN PENGAJIAN AM SEMESTER 3
IV Mewujudkan peraturan perdagangan antarabangsa
A I dan II C II dan IV
B I dan III D III dan IV
• Dialog politik, kerjasama ekonomi, dan interaksi budaya antara benua
• Malaysia pernah mengetengahkan idea bahawa Islam sebagai agama yang tidak
menghalang kemajuan dan pemodenan dalam forum yang disertai
9 Pernyataan di atas merujuk kepada
A Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) C Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS)
B Kumpulan 8 Negara Membangun (D8) D Mesyuarat Asia-Eropah (ASEM)
10 Mengapakah Malaysia berminat dengan Kerjasama Selatan-Selatan?
A Meluaskan pasaran komoditi negara
B Menggalakkan kemasukan sumber manusia
C Membentuk kerjasama ekonomi dan teknikal
D Menjadi jurucakap bagi negara-negara elatan
11 Yang manakah cabaran yang dihadapi oleh negara sedang membangun
A Kemiskinan C Kualiti alam sekitar
B Tenaga kerja D Kawasan pembangunan yang terhad
12 Yang manakah pernyataan yang benar tentang pendirian Malaysia terhadap isu keganasan
antarabangsa?
A Menyelesaikan masalah penduduk Palestin
B Memusnahkan tapak gerakan kegiatan keganasan
C Membenarkan Amerika Syarikat bertindak sebagai kuasa unipolar
D Menyokong penggunaan ketenteraan dalam menangani keganasan,
13 Antara cabaran yang dihadapi Malaysia dan rakan negara anggota ASEAN, seperti
Filipina, Brunei, dan Vietnam ialah masing-masing menuntut seluruh atau sebahagian wilayah di
Kepulauan Spratly. Pihak manakah yang dirujuki untuk menyelesaikan tuntutan bertindih ini?
A Mahkamah Jenayah Antarabangsa
B Mahkamah Keadilan Antarabangsa
C Tribunal Antarabangsa Undang-Undang Laut
D Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
14 Yang nianakah penyelesaian yang diambil oleh Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara
(ASEAN) untuk mengekalkan semangat setia kawan dalam kalangan negara anggota?
A Menubuhkan pakatan ketenteraan
B Menganjurkan forum serantau ASEAN
C Memberikan khidmat nasihat politik kepada negara anggota
D Menyelesaikan masalah domestik negara anggota secara aman
15 Yang manakah cabaran yang dihadapi oleh sektor ekonomi Malaysia di peringkat
antarabangsa?
I Globalisasi III Keganasan antarabangsa
II Kualiti barangan IV Perubahan cuaca yang drastik
A I dan II C II dan IV
B I dan III D III dan IV
108
MODUL PENGAJARAN PENGAJIAN AM SEMESTER 3
PENGUKUHAN 2
1 Yang manakah tindakan yang menggambarkan prinsip hnhungan luar Malaysia?
A Menghantar bantuan ketenteraan ke negara yang bergolak
B Memberi pandangan terhadap sistem kerajaan sesebuah negara
C Menyelesaikan masalah dalaman sesebuah negara secara bersama
D Memberi bantuan kemanusiaan kepada negara yang ditimpa bencana
2 Dasar luar Malaysia dipengaruhi oleh C keadaan keselamatan serantau
A objektif antarabangsa D corak kepimpinan politik serantau
B wawasan pemimpinnya
• Masyarakat penyayang
• Jalinan perpaduan erat dalam kalangan penduduk rantau Asia Tenggara
3 Pernyataan di atas merujuk kepada C Mesyuarat Menteri-Menteri Pelajaran ASEAN
A Projek Perindustrian ASEAN D Memorandum Persefahaman Pembangunan ASEAN Timur
B Komuniti Sosio-Budaya ASEAN
• Mewujudkan kestabilan politik kawasan serantau
• Mewujudkan persekitaran yang selamat
4 Pernyataan di atas merujuk kepada C Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS)
A ASEAN + 3 D Dialog Antarabangsa Langkawi (LID)
B Forum Serantau ASEAN (ARF)
5 Yang manakah matlamat Kumpulan Lapan Negara Membangun (D8)?
A Memperjuangkan pasaran bebas C Menyelesaikan pertikaian politik di Asia Barat
B Memperjuangkan hak asasi manusia D Mewujudkan peluang baru dlm hubungan perdagangan
• Meningkatkan kerjasama dalam isu slam sekitar
• Menyertai misi kemanusiaan dan ketenteraan ke negara yang bergolak
6 Pernyataan di atas merujuk kepada penglibatan Malaysia dalam
A Pertubuhan Negara Komanwel C Pergerakan Negara Berkecuali (NAM)
B Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) D Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)
• Menolak dasar perlindungan dari segi perdagangan yang boleh merencatkan pemulihan ekonomi
dunia
• Menggalakkan kerjasama multilateral
7 Pernyataan di atas dipersetujui oleh Malaysia semasa persidangan di
A Forum Serantau ASEAN (ARF) C Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC)
B Dialog Dialog Antarabangsa Langkawi (LID) D Kumpulan Lapan Negara Membangun (D8)
8 Yang manakah sektor yang dipertanggungjawabkan kepada Malaysia oleh Kumpulan Lapan Negara
Membangun (D8)?
A Pengangkutan C Kewangan dan perbankan
B Tenaga dan mineral D Pertanian dan keselamatan makanan
9 Yang manakah, pendirian Malaysia dalam organisasi antarabangsa?
A Menyetujui amalan perlindungan pasaran
B Memperjuangkan kepentingan negara membangun
C Memberi taraf pemastautin tetap kepada pelarian ekonomi
D Menyokong langkah ketenteraan dalam membanteras jenayah transnasional
109
MODUL PENGAJARAN PENGAJIAN AM SEMESTER 3
• Menggalakkan pertukaran idea dan pendapat
• Memperjelas kebudayaan antara benua
10 Pernyataan di atas merujuk kepada C Mesyuarat Asia-Eropah (ASEM)
A Dialog Antarabangsa Langkawi (LID) D Forum Serantau ASEAN (ARF)
B Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS)
11 Yang manakah yang menjadi isu antara Malaysia dengan negara-negara jirannya?
A Perairan negara C Komoditi perladangan
B Pelaburan asing D Pendatang asing tanpa izin
12 Yang manakah cabaran yang dihadapi oleh Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS)?
I Persaingan antara negara China dengan Jepun
II Tuntutan bertindih, terutamanya di Laut China Selatan
III Perubahan persekitaran antarabangsa yang mencabar
IV Ketidakstabilan politik di beberapa buah negara ASEAN
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV
Membicarakan isu: .
• Pertikaian Pulau Barn Putih dengan Singapura
• Pertikaian Pulau Ligitan dan Pulau Sipadan dengan Indonesia
13 Pertikaian di atas telah diselesaikan melalui
A Mahkamah Jenayah Antarabangsa C Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara
B Mahkamah Keadilan Antarabangsa D Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
14 Yang manakah pendirian Malaysia dalam menangani isu yang melibatkan anggota Pertubuhan Negara-
Negara Asia Tenggara?
I Pertikaian hendaklah diselesaikan melalui perundingan.
II Masalah domestik hendaklah diselesaikan oleh rakyat negara itu sendiri.
III Bantuan ketenteraan hendaklah diberi jika melibatkan keselamatan Malaysia.
IV Negara anggota diberi peluang terlibat sama menyelesaikan masalah negara jirannya.
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV
15 Yang manakah rasional Malaysia menyertai Pertubuhan Perdagangan Sedunia?
A Memperluas dasar perlindungan
B Memperoleh pinjaman pembangunan
C Memperjuangkan pertumbuhan ekonomi yang telus
D Mendapatkan khidmat nasihat pembangunan tenaga buruh
110
MODUL PENGAJARAN PENGAJIAN AM SEMESTER 3
PENGUKUHAN 3
1 Yang manakah dasar luar yang diamalkan oleh Malaysia?
I Memperjuangkan hak negara-negara Selatan
II Menekankan penyelesaian konflik secara rundingan
III Menjaga hubungan dengan negara yang sama ideologi
IV Mengutamakan hubungan dagangan dengan negara-negara Utara
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV
2 Yang manakah objektif dasar luar Malaysia? C Melindungi negara-negara miskin
A Memelihara kedaulatan negara D Mengekalkan penguasaan ekonomi
B Mewujudkan keamanan sejagat
3 Yang manakah alasan Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia yang pertama
mengamalkan dasar luar bercorak pro-Barat?
A Malaysia sebagai anggota pertubuhan negara Komanwel
B Negara Barat merupakan rakan dagang utama negara
C Keupayaan pasukan pertahanan negara yang terhad
D Hubungan akrab dengan negara prodemokrasi
4 Yang manakah kerjasama ekonomi Malaysia dengan negara-negara serantau?
A Forum Serantau ASEAN C Zon Aman, Bebas, dan Berkecuali
B Wilayah Ekonomi Koridor Utara D Segi Tiga Pertumbuhan Indonesia-Malaysia-
Thailand
5 Perisytiharan "Zon Aman, Bebas, dan Berkecuali" oleh ASEAN bertujuan untuk
A menjadikan Asia Tenggara Zon Bebas Senjata Nuklear
B menyelesaikan pertikaian di Asia Tenggara secara rundingan
C mengelakkan campur tangan kuasa-kuasa besar di Asia Tenggara
D menjamin pertumbuhan dan kestabilan ekonomi di Asia Tenggara
Perundingan multilateral yang bertujuan untuk membina keyakinan dalam memelihara
keamanan dan kestabilan
6 Pernyataan di atas merujuk kepada C Sidang Kemuncak Asia Timur
A Mesyuarat Asia-Eropah D Dialog Antarabangsa Langkawi
B Forum Serantau ASEAN
7 Yang manakah yang menunjukkan komitmen Malaysia dalam hubungan antarabangsa?
A Menjadikan ASEAN sebagai tonggak dasar luar negara Malaysia
B Memperjuangkan pasaran terbuka dalam Kerjasama Selatan-Selatan
C Menghantar tentera pemerhati di bawah naungan Pertubuhan Persidangan Islam
D Menyalurkan bantuan kewangan kepada pejuang Palestin dalam menuntut hak mereka
Malaysia memberikan bantuan untuk membangunkan keupayaan negara-negara membangun
melalui perkongsian pengalaman pembangunan.
8 Pemyataan di atas merujuk kepada C Program Kerjasama Teknikal Malaysia
A Rancangan Colombo D Segi Tiga Pertumbuhan Indonesia-Malaysia-Thailand
B Dialog Antarabangsa Langkawi
111
MODUL PENGAJARAN PENGAJIAN AM SEMESTER 3
9 Malaysia menyertai Kerjasama Selatan-Selatan untuk
A menggalakkan kerjasama antara benua
B meluaskan pasaran barangan Malaysia
C menjadi peneraju bagi negara-negara Selatan
D mengatasi masalah ekonomi yang dialami negara-negara Selatan
• Mengelakkan campur tangan negara maju dalam hal ehwal negara lain
• Menghormati hak asasi manusia
10 Pernyataan di atas merujuk kepada sokongan Malaysia dalam
A Pertubuhan Persidangan Islam C Pergerakan Negara-Negara Berkecuali
B Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu D Pertubuhan Negara-Negara Komanwel
11 Yang manakah isu kerjasama yang Malaysia bincangkan dalam ASEAN?
I Pencegahan penyakit AIDS III Peraturan pilihan raya
II Keselamatan makanan IV Membanteras rasuah
A I dan II C II dan IV
B I dan III D III dan IV
12 Yang manakah yang benar tentang pendirian Malaysia dalam isu-isu antarabangsa?
A Menyokong sekatan ekonomi terhadap Iraq
B Menentang kebangkitan puak ekstremis secara kekerasan
C Menyokong penggunaan nuklear untuk tujuan keselamatan
D Menggesa negara maju lebih iltizam dalam menyelesaikan isu alam sekitar global
13 Yang manakah cabaran yang dihadapi oleh Malaysia dalam memajukan teknologi hijau?
I Kos yang tinggi III Tiada sumber tenaga yang mencukupi
II Kurang insentif daripada kerajaan IV Teknologi bergantung kepada negara maju
A I dan III C II dan III
B I dan IV D II dan IV
14 Yang manakah isu yang terangkum dalam Protokol Kyoto?
A Ancaman pencemaran jerebu C Kekurangan bekalan makanan dunia
B Pembebasan gas rumah hijau D Keselamatan makanan yang diubah genetik
Sidang Kemuncak Copenhagen 2009
15 Yang manakah cabaran dalaman yang dihadapi oleh Malaysia dalam usaha untuk mencapai
hasrat persetujuan dalam perkara di atas?
A Kesedaran mengenai hak asasi C Integriti rakyat mengenai alam sekitar
B Kekurangan sumber tenaga manusia D Kelemahan sistem pendidikan negara
112
MODUL PENGAJARAN PENGAJIAN AM DIRI JAWAPAN SEMESTER 3
11 DIRI JAWAPAN
PENILAIAN KENDIRI 12 DIRI JAWAPAN
13 DIRI JAWAPAN
PENGUKUHAN 1 14
15
DIRI JAWAPAN
15 DIRI JAWAPAN
27 11
38 12
49 13
5 10 14
15
PENGUKUHAN 2
DIRI JAWAPAN
DIRI JAWAPAN 11
15 12
27 13
38 14
49 15
5 10
PENGUKUHAN 3
DIRI JAWAPAN
15
27
38
49
5 10
PENCAPAIAN DIRI KOMEN DIRI ANDA
PENGUKUHAN JAWAPAN BETUL
1
2
3
113
MODUL PENGAJARAN PENGAJIAN AM SEMESTER 3
CATATAN PELAJAR :
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………..
114
MODUL PENGAJARAN PENGAJIAN AM SEMESTER 3
MODUL
PENGAJARAN 3
KARANGAN
115
MODUL PENGAJARAN PENGAJIAN AM SEMESTER 3
CATATAN GURU :
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………..
116
MODUL PENGAJARAN PENGAJIAN AM SEMESTER 3
UNIT 1 ANALISIS SOALAN
1.1 ISU, FOKUS DAN KEHENDAK SOALAN
1 Dalam unit ini pelajar dikehendaki menguasai kemahiran analisis soalan karangan dari aspek:
a) isu soalan
b) fokus soalan
c) kehendak soalan
d) format jawapan
2 Isu dalam semester ini terdiri daripada empat perkara:
a) sosial dan budaya
b) politik
c) Ekonomi
d) Sains dan teknologi
3 Fokus soalan ialah cabang kepada isu, iaitu perkara yang menjadi fokus kepada idea dan
huraiannya. Fokus boleh dikenal pasti di dalam soalan. Fokus wajib ditulis dalam ayat idea.
5 Kehendak soalan merujuk kepada idea yang perlu dikenal pasti oleh pelajar. Idea ini mestilah
dikaitkan dengan fokus soalan supaya idea dan huraian memenuhi skema jawapan.
6 Biasanya ada tujuh kehendak soalan yang terdapat dalam soalan, secara tersirat atau tersurat
iaitu
a) punca/sebab,
b) masalah,
c) langkah,
d) kesan (negatif/positif),
e) kebaikan/manfaat/kepentingan,
f) keburukan
g) ciri.
7 Kehendak soalan wajib ditulis dalam ayat idea.
8. Format jawapan merujuk kepada acuan lima idea yang dikehendaki oleh skema. Acuan itu
ialah:
a) 5 + 0 : lima kehendak soalan
b) 1 + 4 : lima kehendak soalan dengan 1 idea wajib
c) 2 + 3 : dua kehendak soalan
d) 3 + 2 : dua kehendak soalan
9 Idea wajib ini biasanya ada dicatatkan dalam soalan dan idea ini boleh juga muncul bagi acuan
2 + 3 atau 3 + 2.
117
MODUL PENGAJARAN PENGAJIAN AM SEMESTER 3
LATIHAN DALAM KELAS (BERKUMPULAN)
Arahan : Baca dan bincang dengan ahli kumpulan untuk mengenal pasti isu, fokus, dan kehendak
soalan serta format jawapan. Kemudian catat di ruangan disediakan di bawah setiap soalan.
1 Masalah yang dihadapi oleh sesebuah negara berjiran ialah pergerakan rakyat melintasi
sempadan tanpa kebenaran yang sah yang seterusnya menimbulkan pelbagai kesan buruk kepada
negara penerima. Bincangkan.
FOKUS : Pergerakan rakyat melintasi sempadan tanpa kebenaran yang sah
KEHENDAK : a) Masalah b) Kesan buruk kepada negara penerima
FORMAT : [5 + 0] / [1 + 4] / [2 + 3] /[3 + 2] (GARIS BAWAH SATU)
2 Selain konflik yang berlaku di negara jiran dan serantau, terdapat ancaman lain yang boleh
menggugat keselamatan Malaysia. Bincangkan.
FOKUS : Ancaman yang boleh menggugat keselamatan Malaysia
KEHENDAK : a) Konflik di negara jiran b) ancaman lain
FORMAT : [5 + 0] / [1 + 4] / [2 + 3] /[3 + 2] (GARIS BAWAH SATU)
3 Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) ditubuhkan untuk mempercepat proses
pembangunan negara anggota dalam pelbagai aspek serta mewujudkan keamanan dan kestabilan
politik di rantau sebelah ini. Bincangkan cabaran yang dihadapi oleh ASEAN dalam usaha untuk
mencapai hasrat tersebut.
FOKUS : Penubuhan ASEAN untuk mempercepat proses pembangunan negara anggota serta
mewujudkan keamanan dan kestabilan politik
KEHENDAK : Cabaran
FORMAT : [5 + 0] / [1 + 4] / [2 + 3] /[3 + 2] (GARIS BAWAH SATU)
4 Malaysia sentiasa berdiri di barisan hadapan dalam menyuarakan keperluan menentang
ancaman kegiatan lanun di perairan negara dan antarabangsa. Huraikan.
FOKUS : Menentang ancaman kegiatan lanun di perairan negara dan antarabangsa
KEHENDAK : Sebab perlu menentang kegiatan lanun
FORMAT : [5 + 0] / [1 + 4] / [2 + 3] /[3 + 2] (GARIS BAWAH SATU)
5 Dalam menarik pelaburan asing, Malaysia tidak boleh mengetepikan kesan buruk yang boleh
datang bersamanya. Huraikan.
FOKUS : Menarik pelaburan asing
KEHENDAK : Kesan buruk
FORMAT : [5 + 0] / [1 + 4] / [2 + 3] /[3 + 2] (GARIS BAWAH SATU)
118
MODUL PENGAJARAN PENGAJIAN AM SEMESTER 3
6 Malaysia sering terlibat dalam misi penghantaran bantuan kemanusiaan kepada mangsa
bencana alam di luar negara. Namun begitu, pelbagai masalah dihadapi oleh Malaysia untuk
menjayakan misi tersebut. Jelaskan.
FOKUS : Misi penghantaran bantuan kemanusiaan kepada mangsa bencana alam di luar negara
KEHENDAK : a) Sebab b) Masalah
FORMAT : [5 + 0] / [1 + 4] / [2 + 3] /[3 + 2] (GARIS BAWAH SATU)
7 Kes wanita Malaysia yang dijadikan sebagai “keldai dadah” oleh sindiket dadah antarabangsa
terus meningkat. Permasalahan ini jika tidak ditangani dengan segera boleh menimbulkan pelbagai
risiko. Bincangkan.
FOKUS : Kes wanita Malaysia yang dijadikan sebagai “keldai dadah” oleh sindiket dadah
antarabangsa terus meningkat
KEHENDAK : a) Sebab b) Risiko
FORMAT : [5 + 0] / [1 + 4] / [2 + 3] /[3 + 2] (GARIS BAWAH SATU)
8 Penemuan dan penajaan tenaga nuklear banyak memberikan faedah kepada manusia.
Namun begitu, pada masa yang sama tenaga ini juga mendatangkan risiko kepada kehidupan
sejagat. Bincangkan.
FOKUS : Penemuan dan penajaan tenaga nuklear
KEHENDAK : a) Faedah b) Risiko (kesan buruk)
FORMAT : [5 + 0] / [1 + 4] / [2 + 3] /[3 + 2] (GARIS BAWAH SATU)
9 Kemiskinan ialah satu fenomena global yang sangat kompleks yang berpunca daripada
pelbagai faktor. Malaysia boleh membantu negara sedang membangun yang lain keluar daripada
belenggu kemiskinan. Bincangkan.
FOKUS : Kemiskinan sebagai fenomen global yang kompleks
KEHENDAK : a) Punca b) Langkah Malaysia
FORMAT : [5 + 0] / [1 + 4] / [2 + 3] /[3 + 2] (GARIS BAWAH SATU)
10 Kegiatan pemerdagangan manusia yang berpunca daripada pelbagai faktor semakin
meningkat sehingga meninggalkan kesan negatif kepada Malaysia. Bincangkan.
FOKUS : Kegiatan pemerdagangan manusia
KEHENDAK : a) Faktor meningkat b) Kesan buruk kepada Malaysia
FORMAT : [5 + 0] / [1 + 4] / [2 + 3] /[3 + 2] (GARIS BAWAH SATU)
119
MODUL PENGAJARAN PENGAJIAN AM SEMESTER 3
1.2 IDEA DAN HURAIAN IDEA
1 Idea ialah perkara yang dikehendaki oleh soalan.
2 Mengenal pasti dan menyenaraikan lima idea mengikut kehendak soalan adalah perkara yang
amat sukar dalam peperiksaan, kerana skema jawapan hanya penggubal dan pemeriksa sahaja
yang tahu. Tiada jalan singkat untuk mengenal pasti idea, selain usaha yang bermula hari ini.
3 Ada dua cadangan untuk mengenal pasti idea, iaitu
a) membaca apa-apa artikel berkaitan dengan isu dan dikongsi dengan rakan
b) menganalisis karangan contoh kemudian dikategorikan mengikut isu.
4 Huraian idea merujuk kepada keupayaan pelajar untuk mengembangkan idea supaya boleh
difahami, maka ayat huraian perlulah pendek dan padat.
5 Menghurai idea boleh dilakukan dengan Kaedah 1H5W. Idea boleh dikembangkan dengan
menanya soalan-soalan. Contoh (berdasarkan kepada nota 3.1 nombor 4):
Isu : Politik
Fokus : “…pembangunan dan kesejahteraan negara ini.”
Kehendak : Kepentingan-kepentingan hubungan diplomatik
Format :5+0
Idea :
1 menjana pendapatan,
2 pemindahan teknologi,
3 sumber tenaga buruh,
4 keselamatan negara,
5 imej negara yang baik di mata dunia,
6 latihan dan pendidikan, peluang pekerjaan,
7 penyelidikan dan pembangunan, dan
8 penyelesaian masalah dalaman negara.
Idea 2 : pemindahan teknologi
a) Apakah teknologi yang boleh dipindahkan?
b) Bagimanakah teknologi itu dipindahkan?
c) Bilakah teknologi boleh dipindahkan?
d) Siapakah yang akan melakukan pemindahan teknologi?
e) Siapakah yang mendapat manfaat daripada pemindahan teknolgoi?
f) Mengapakah teknologi perlu dipindahkan?
g) Bagaimanakah pemindahan teknologi membantu pembangunan/kesejahteraan?
(**TIPS : Bukan semua pertanyaan boleh dijaidkan sebagai huraian, misalnya pertanyaan (b),
(c) dan (f).
7 Latihan di rumah : Pilih satu idea di atas, KECUALI IDEA 2, dan bina seberapa banyak soalan
berdasarkan Kaedah 1H5W. Kemudian tulis huraiannya :
120
MODUL PENGAJARAN PENGAJIAN AM SEMESTER 3
UNIT 2 ANALISIS SOALAN STPM
ANALISIS TAJUK KARANGAN TAHUN 2013 HINGGA 2018
TAHUN NO TAJUK KARANGAN
18 Hubungan yang terjalin antara Malaysia dengan negara lain di peringkat
serantau dan antarabangsa adalah penting kepada pembangunan dan
kesejahteraan negara ini. Bincangkan.
2013 19 Masalah yang dihadapi oleh sesebuah negara berjiran ialah pergerakan (sebab)
rakyat melintasi sempadan tanpa kebenaran yang sah yang seterusnya
menimbulkan pelbagai kesan buruk kepada negara penerima. Bincangkan.
20 Selain konflik yang berlaku di negara jiran dan serantau (idea wajib), terdapat
ancaman lain yang boleh menggugat keselamatan Malaysia. Bincangkan.
18 Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN) ditubuhkan untuk
mempercepat proses pembangunan negara anggota dalam pelbagai aspek
serta mewujudkan keamanan dan kestabilan politik di rantau sebelah ini.
Bincangkan cabaran yang dihadapi oleh ASEAN dalam usaha untuk mencapai
hasrat tersebut.
2013 (U) 19 Malaysia sentiasa berdiri di barisan hadapan dalam menyuarakan keperluan
menentang (sebab) ancaman kegiatan lanun di perairan negara dan
antarabangsa. Huraikan.
20 Dalam menarik pelaburan asing, Malaysia tidak boleh mengetepikan kesan
buruk yang boleh datang bersamanya. Huraikan.
18 Malaysia sering terlibat (sebab) dalam misi penghantaran bantuan
kemanusiaan kepada mangsa bencana alam di luar negara. Namun begitu,
pelbagai masalah dihadapi oleh Malaysia untuk menjayakan misi tersebut.
Jelaskan.
2104 19 Kes wanita Malaysia yang dijadikan sebagai “keldai dadah” oleh sindiket dadah
antarabangsa terus meningkat (faktor). Permasalahan ini jika tidak ditangani
dengan segera boleh menimbulkan pelbagai risiko. Bincangkan.
20 Penemuan dan penajaan tenaga nuklear banyak memberikan faedah kepada
manusia. Namun begitu, pada masa yang sama tenaga ini juga mendatangkan
risiko kepada kehidupan sejagat. Bincangkan.
18 Kemiskinan ialah satu fenomena global yang sangat kompleks yang berpunca
daripada pelbagai faktor. Malaysia boleh membantu (langkah) negara sedang
membangun yang lain keluar daripada belenggu kemiskinan. Bincangkan.
19 Kegiatan pemerdagangan manusia yang berpunca daripada pelbagai faktor
semakin meningkat sehingga meninggalkan kesan negatif kepada Malaysia.
Bincangkan.
2014 (U) 20 Menurut International Medical Products Counterfeiting Taskforce, sekitar tiga
hingga lima peratus ubat dalam pasaran farmaseutikal di Malaysia yang
kebanyakannya dibawa masuk dari luar negara ialah ubat tiruan. Pengambilan
ubat-ubatan ini menimbulkan pelbagai risiko kepada pengguna dan usaha
tertentu perlu diambil untuk membanteras kegiatan pengedarannya di negara
ini. Bincangkan.
121
MODUL PENGAJARAN PENGAJIAN AM SEMESTER 3
TAHUN NO TAJUK KARANGAN
18 Malaysia mendapat banyak manfaat sebagai anggota pertubuhan ASEAN.
Huraikan.
19 Jenayah rentas benua atau jenayah transnasional dikatakan semakin
2015 berleluasa (punca). Malaysia perlu mengambil tindakan (langkah) yang
sewajarnya untuk membanteras jenayah ini.
Bincangkan.
20 Melalui amalan dasar berbaik-baik dengan negara luar, Malaysia mendapat
banyak manfaat dalam bidang ekonomi. Huraikan.
18 Peranan penting Malaysia dalam Pertubuhan ASEAN tidak terhad hanya untuk
mewujudkan kerjasama dalam bidang ekonomi, malah melibatkan kerjasama
dalam pelbagai aspek. Bincangkan
19 Malaysia dikelilingi oleh beberapa buah negara yang tidak mempunyai
2015 (U) kestabilan politik dalaman. Ketidakstabilan politik negara-negara tersebut telah
memberikan kesan tertentu kepada Malaysia. Huraikan
20 Pembangunan teknologi pertahanan melalui pemindahan teknologi dan
perkongsian pintar dengan negara luar memberikan banyak kepentingannya
kepada Malaysia. Huraikan.
2016 18 Malaysia komited terhadap usaha Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)
untuk menjamin keamanan dan keselamatan antarabangsa. Jelaskan usaha-
usaha yang telah dilakukan oleh Malaysia demi menunjukkan komitmennya.
19 Kerajan berhasrat untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat atau hab
pendidikan antarabangsa. Huraikan langkah yang diambil oleh Malaysia untuk
merealisasikan hasrat tersebut.
20 Pelaburan langsung asing menjadi sebahagian daripada pelaburan yang penting
untuk memacu pembangunan negara. Pelbagai aspek diambil kira (faktor) oleh
pelabur untuk membuat pelaburan di Malaysia. Jelaskan.
2016 (U) TIDAK ADA ULANGAN.
2017 18 Malaysia telah menjalin hubungan diplomatik dengan negara luar semenjak
awal kemerdekaan. Bincangkan sebab Malaysia berbuat demikian.
19 Perubahan gaya hidup yang lebih lestari dalam kalangan penduduk Malaysia
diperlukan untuk menangani isu kenaikan harga minyak, kepupusan sumber
asli, dan perubahan iklim. Huraikan.
20 Satu daripada kepentingan hubungan dua hala antara Malaysia dengan negara
luar ialah berlakunya pemindahan teknologi ke dalam negara. Bincangkan
faedah pemindahan teknologi dalam sektor pertanian.
2018 25 Malaysia memperoleh pelbagai manfaat hasil hubungan diplomatik dengan
negara jiran dan serantau. Huraikan.
26 Kestabilan politik di rantau Asia Tenggara penting bagi Malaysia. Oleh itu.
Malaysia perlu memainkan peranan untuk mengekalkan kstabilan dan
keselamatan di rantau ini. Jelaskan.
27 Walaupun kerajaan Malaysia telah menggubal beberapa undang-undang siber,
namun kegiatan jenayah siber masih sukar dibendung. Huraikan.
122
MODUL PENGAJARAN PENGAJIAN AM SEMESTER 3
UNIT 3 LATIHAN PENGUKUHAN
LATIHAN 1
Artis Malaysia sering berdepan dengan pelbagai cabaran dalam dan luar negara. Namun
demikian, mereka gigih berusaha untuk mrngetengahkan kerjaya mereka ke luar negara. Bincangkan.
Artis Malaysia sering berdepan dengan pelbagai cabaran. Cabaran yang mereka hadapi bukan
sahaja di peringkat dalam negara tetapi juga di luar negara. Mereka perlu berusaha dengan gigih untuk
meningkatkan kerjaya mereka hingga ke luar Negara.
Kekurangan modal merupakan cabaran dalaman utama yang perlu dihadapi oleh golongan
artis. Upah artis yang tinggi menimbulkan masalah untuk seseorang pengarah mengambil mereka. Kos
pembikinan filem yang mencecah RM2 juta hingga RM8 juta sememangnya amat tinggi bagi
membiayai para artis dan krew yang terlibat dalam sesebuah penerbitan filem. Selain itu, syarikat
rakaman muzik atau penerbitan filem juga menghadapi kesukaran untuk mendapat pinjaman
daripada institusi kewangan tertentu.
Artis tempatan juga berhadapan dengan masalah kurang mendapat sambutan daripada pihak
luar. Mereka telah mendapat sambutan yang dingin apabila membuat persembahan di luar negara.
Artis luar negara terutama daripada Korea, Amerika Syarikat dan Indonesia telah mendapat sambutan
yang hangat daripada peminat tempatan. Bagi artis Baru Malaysia, mereka terpaksa berusaha keras
mempromosi karya mereka barulah dikenali di negara tersebut, misalnya penyanyi Hafiz, Dafi dan
Stacy.
Walau bagaimanapun, artis Malaysia tetap gigih berusaha untuk mengetengahkan kerjaya
mereka hingga ke luar negara. Terdapat penyanyi Malaysia seperti Siti Nurhaliza dan Vincent Chong
telah mengambil bahagian dalam Pertandingan Lagu-lagu ASIA. Mereka telah dapat mengatasi artis
luar yang lain. Usaha gigih mereka telah membawa kejayaan kepada diri mereka dan juga negara.
Baru-baru ini, penyanyi Shila Amzah telah berjaya menjadi juara dalam pertandingan 'ASIAN WAVE
2012' di China. Hal ini amat membanggakan.
Selain itu, terdapat juga usaha melalui pembikinan filem bersama artis luar. Percubaan
pertama filem tempatan berunsur sejarah seperti filem Hikayat Merong Mahawangsa telah berjaya
memperkenalkan sejarah dan kebudayaan Melayu kepada mata dunia. Filem hasil terbitan anak
tempatan ini iaitu KRU Studios telah mengabungkan barisan artis tempatan dan luar negara. Pada
tahun 2011, filem ini telah berjaya menembusi pasaran antarabangsa dengan nama 'The Malay
Chronicles: Bloodlines' untuk pasaran dunia atau 'Clash of the Empires' untuk pasaran United
Kingdom.
Artis Malaysia juga tidak ketinggalan membuat rakaman dan persembahan lagu di luar negara.
Penyanyi Mizz Nina misalnya telah bersama penyanyi luar negara Colby 0' Donis dalam lagu 'What you
waiting for' pada tahun 2011. Selain itu, pada tahun 2012, penyanyi Yuna telah berjaya membuat
persembahan 'Live your life' dalam Rancangan Conan di stesyen televisyen di Amerika Syarikat
Sebagai kesimpulan, setiap cabaran hendaklah ditangani dengan BIJAK. Seseorang artis juga
perlu berusaha dengan gigih agar dapat dikenali bersaing di peringkat antarabangsa.
123
MODUL PENGAJARAN PENGAJIAN AM SEMESTER 3
LATIHAN 2
Malaysia merupakan sebuah negara anggota ASEAN. Bagi mencapai hasrat penubuhannya,
negara-negara anggota saling bekerjasama dalam pelbagai aspek. Bincangkan bentuk-bentuk
kerjasama yang telah diadakan.
Semangat kerjasama antara Malaysia dengan negara-negara anggota dalam pelbagai aspek
penting untuk mencapai objektif penubuhan ASEAN. Kerjasama yang dilakukan merangkumi aspek
politik, ekonomi dan sosial.
Malaysia memberi kerjasama yang padu dalam politik dan keselamatan serantau. Keamanan
dan keselamatan menjadi teras perjuangan pemimpin kerajaan Malaysia. Dengan itu, Malaysia dan
negara ASEAN lain berpegang pada dasar kawasan Aman, Bebas dan Berkecuali ( ZOPFAN). Mereka
tidak memihak kepada mana-mana kuasa besar sama ada Blok Barat ataupun Blok Timur. Mereka juga
mengambil langkah bebas dan berkecuali.
Selain itu, kerjasama Malaysia dengan ASEAN adalah untuk mewujudkan kawasan Asia
Tenggara sebagai Zon Bebas Senjata Nuklear (SEANWFZ). Melalui prinsip ini, kawasan Asia Tenggara
bebas daripada sebarang ujian senjata nuklear. Secara tidak langsung, negara Malaysia berada dalam
keadaan aman dan sejahtera. Oleh itu, Kerajaan Malaysia dapat menghindari kesan bahaya nuklear
kepada kesihatan seseorang dan seterusnya boleh menjejaskan pembangunan sesebuah negara.
Malaysia juga bekerjasama dalam bidang ekonomi dengan mewujudkan beberapa projek
perindustrian. Projek-projek perindustrian dapat memajukan negara yang terlibat. Projek-projek
tertentu telah diagihkan kepada negara-negara anggota ASEAN. Sebagai contoh, Projek Baja urea
didirikan di Malaysia dan Indonesia, projek fabrikasi di Filipina, Projek Garam Batu Soda di Thailand
dan projek Vaksin Hepititis B di Singapura.
Kerjasama ekonomi juga dilakukan melalui rundingan ekonomi dengan negara Asia Timur iaitu
ASEAN+3. Tiga buah negara tersebut ialah Jepun, Korea dan China. Rundingan ini telah dicadangkan
oleh Malaysia di Singapura pada tahun 1992. Mereka memperjuangkan sistem perdagangan dunia
yang bebas dan terbuka. Di sini , mereka mengadakan forum dan berbincang tentang perkembangan
ekonomi dan menggalakkan perdagangan antara negara anggota.
Malaysia juga mengadakan kerjasama dalam pendidikan di negaranegara ASEAN. Berdasarkan
sejarah, Asia Tenggara didiami oleh rumpun Melayu. Bagi mengeratkan lagi hubungan yang telah lama
wujud, satu majlis Bahasa Melayu diwujudkan. Maka lahirlah Majlis Bahasa BruneiIndonesia-Malaysia
(MBBIM). Peranan majlis ini untuk meningkatkan mutu dan penggunaan Bahasa Melayu sebagai
bahasa perantaraan. Selain itu, para menteri pendidikan telah bersetuju menubuhkan Pertubuhan
Menterimenteri Pendidikan Asia Tenggara (SEAMEO) pada 1965 di Bangkok. Di bawah SEAMEO
beberapa projek dilaksanakan.Sebagai contoh, Pusat Pendidikan Rantau bagi Sains dan Matematik
ditempatkan di Malaysia, Pusat Kajian Bahasa Inggeris (Singapura) dan Projek Inovasi dan Teknologi
di Filipina.
Kerjasama Malaysia dengan negara anggota ASEAN dapat mencapai matlamat penubuhan
ASEAN. Usaha-usaha ini membawa kepada keamanan dan keselamatan serantau serta kennajuan
ekonomi negara anggota ASEAN.
124
MODUL PENGAJARAN PENGAJIAN AM SEMESTER 3
LATIHAN 3
Kepentingan geografi (idea wajib) antara faktor yang diambil kira oleh Malaysia dalam
menentukan dasar luar. Namun, faktor-faktor lain juga tidak diabaikan dalam menentukan
hubungan dan dasar luarnya. Bincangkan.
Kepentingan geografi antara faktor yang diambil kira oleh Malaysia dalam menentukan dasar
luar. Namun, faktor-faktor lain juga tidak diabaikan dalam menentukan hubungan dan dasar luarnya.
Antara faktor yang diambil kira dalam menentukan hubungan dan dasar luar Malaysia ialah
faktor geografi. Malaysia negara yang aman dan makmur serta sentiasa memastikan hubungan
dengan negara jiran terns terjamin. Sebagai contohnya, hubungan diplomatik dengan negara
Indonesia dan Singapura sentiasa diberikan keutamaan. Hubungan baik dengan negara jiran perlulah
sentiasa dijaga dan bantuan sedia dihulur kepada negara-negara jiran yang memerlukan bantuan.
Misalnya, Malaysia menghulurkan bantuan perubatan dan kewangan kepada Indonesia ketika
kejadian tsunami yang berlaku di Acheh pada tahun 2004.
Selain itu, Malaysia turut mengambil kira faktor politik dalam menentukan hubungan luarnya.
Kestabilan politik amat dititikberatkan dan ditekankan dalam membantu kemajuan negara dan
keamanan negara serantau. Malaysia tidak mencampuri hal ehwal dalaman negara-negara lain. Hal
ini penting demi menjaga dan menjamin hubungan baik antara Malaysia dengan negara lain. Di
samping itu, Malaysia juga mengamalkan Dasar Berkecuali untuk menghormati kedaulatan dan
keutuhan wilayah semua negara.
Faktor seterusnya ialah kepentingan domestik. Malaysia amat menitikberatkan dan
menekankan aspek kepentingan domestik negara dalam menentukan hubungan baik dengan negara
luar. Keputusan tentang suatu dasar luar yang dibuat bersama negara-negara anggota perlu
memastikan kebaikan dan kesan positif kepada negara. Sebarang impak negatif terhadap kedaulatan
negara mesti dihindarkan terlebih dahulu sebelum mengadakan dasar dan hubungan luar dengan
negara-negara lain.
Faktor hubungan keagamaan juga dianggap penting dalam menentukan hubungan dasar
luarnya. Selaras dengan pengiktirafan ke atas agama Islam sebagai agama rasmi negara, hubungan
Malaysia dengan negara-negara Islam sentiasa dijaga dengan baik. Kerjasama dan bantuan berupa
kewangan dan barangan diberikan kepada negara-negara Islam yang memerlukannya melalui
Pertubuhan Persidangan Islam (OIC). Di samping itu, melalui Kumpulan Lapan Negara Membangun
(D8), Malaysia menggalakkan kerjasama antara negara dalam urusan perbankan dan insurans Islam.
Tonggak kepimpinan Malaysia juga menjadi elemen dalam menentukan hubungan dan dasar
luarnya. Kepimpinan amat mempengaruhi Malaysia sewaktu membuat keputusan dalam membina
hubungan dan dasar luar negara. Pemimpin negara menentukan keputusan dasar luar negara bagi
menjamin kelangsungan hubungan diplomatik yang dapat memberikan kebaikan kepada keduadua
pihak dan global.
Sebagai kesimpulannya, negara kita mengambil kira pelbagai kepentingan dalam menentukan
hubungan dan dasar luarnya. Faktor-faktor yang diambil kira adalah untuk memastikan kesejahteraan
negara akan sentiasa terpelihara.
125
MODUL PENGAJARAN PENGAJIAN AM SEMESTER 3
LATIHAN 4
Zon, aman, bebas dan berkecuali (ZOPFAN) yang diamalkan oleh ASEAN memang
mendatangkan manfaat kepada rantau Asia Tenggara namun amalan ini berhadapan dengan
pelbagai cabaran. Huraikan.
Zon aman, bebas dan berkecuali (ZOPFAN), yang disarankan oleh Malaysia, telah diterima oleh
Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) melalui Deklarasi Kuala Lumpur pada tahun 1971.
ZOPFAN memang penting kepada ASEAN namun amalan ini jugs berhadapan dengan beberapa
cabaran.
ZOPFAN mewujudkan keamanan dan kestabilan politik di Asia Tenggara. Untuk mencapai
matlamat ini, semua negara anggota ASEAN bersetuju untuk mengelakkan campur tangan politik dan
persaingan ketenteraan kuasa besar dunia seperti Amerika Syarikat, Britain, Perancis, Rusia dan China
di rantau Asia Tenggara. Hal ini penting kerana campur tangan kuasa besar dunia akan menyebabkan
rantau Asia Tenggara terdedah kepada penggunaan kuasa tentera dan nuklear yang boleh
menjejaskan kemajuan rantau ini. Oleh itu, komitmen bersama semua negara anggota ASEAN amatlah
penting supaya dapat membawa kemajuan dan kemakmuran kepada rantau ini.
Selain itu, ZOPFAN memudahkan proses pembangunan serantau. Negara anggota ASEAN boleh
menjalin kerjasama ke arah pembangunan tanpa dipengaruhi oleh pihak lain. Dengan itu, pelbagai
kerjasama ekonomi, sosial dan kebudayaan telah dan sedang dijalankan, misalnya projek ekonomi dan
perbankan ASEAN dan penubuhan Pusat Serantau Sains dan Matematik (RECSAM). Hal ini selaras
dengan matlamat penubuhan ASEAN, iaitu untuk mempercepat pertumbuhan dan perkembangan
ekonomi, sosial dan kebudayaan di rantau ini.
Namun demikian, konsep ZOPFAN berhadapan dengan masalah pencerobohan oleh rakyat
negara serumpun ke Malaysia. Pencerobohan ke Malaysia itu dilakukan oleh rakyat Indonesia,
Thailand dan Myanmar. Kemasukan mereka boleh menjejaskan keselamatan negara kits serta
menggambarkan kelemahan penguatkuasaan. yang lebih membimbangkan dan mengundang
pertikaian ialah wujudnya rangkaian kumpulan militan yang didakwa menggunakan negara anggota
ASEAN tertentu sebagai tempat latihan dan perlindungan. Perkara ini boleh menjejaskan hubungan
dua hala antara Malaysia dengan negara-negara yang terlibat sekiranya tidak ditangani dengan balk.
Di samping itu, terdapat penglibatan kuasa besar asing di rantau ASEAN. Hal ini terjadi
disebabkan oleh terdapat negara anggota ASEAN yang mengamalkan sikap yang berlawanan dengan
konsep zon bebas, aman dan berkecuali (ZOPFAN) yang diamalkan oleh ASEAN. Sebagai contoh,
Singapura dan Filipina membenarkan tentera marin Amerika Syarikat mendirikan pangkalan tentera
lautnya di negara-negara tersebut. Vietnam pula masih dipengaruhi negara China. Terdapat juga
cubaan oleh negara anggota ASEAN sendiri untuk mempengaruhi anggota lain supaya membenarkan
laluan Selat Melaka digunakan untuk membawa bahan nuklear ke negara Jepun. Keadaan seperti ini
mewujudkan persaingan antara kuasa besar yang tertarik oleh kedudukan geostrategik Malaysia di
Selat Melaka.
Bukan itu sahaja, pertikaian sempadan atau wilayah antara negara anggota ASEAN turut
menjejaskan keamanan dan menimbulkan konflik serta pertempuran di sempadan. Konflik bersenjata
berlaku antara Thailand dengan Myanmar di sempadan keduadua bush negara akibat perebutan kuil
purba antara tahun 2011 hingga tahun 2012. Malaysia, Filipina, Vietnam dan Brunei Darussalam juga
bersengketa disebabkan oleh tuntutan masing-masing terhadap Kepulauan Spratly. Filipina turut
terlibat dalam pertikaian yang serius dengan China apabila tentera China melakukan serangan
terhadap kepentingan Filipina di Kepulauan Spratly. Persengketaan ini boleh memberikan peluang
kepada kuasa besar asing untuk campur tangan dengan alasan hendak memelihara kepentingannya
di rantau ini, misalnya Amerika Syarikat menyokong Filipina dan Rusia menyokong Vietnam.
Kesimpulannya, penerimaan konsep ZOPFAN oleh negara anggota ASEAN dan negara kuasa
besar telah mendatangkan manfaat. Hingga kini, rantau Asia Tenggara masih terhindar daripada
pertikaian yang serius.
126
MODUL PENGAJARAN PENGAJIAN AM SEMESTER 3
LATIHAN 5
Kegiatan jenayah siber di Malaysia dan di peringkat antarabangsa semakin meningkat setiap
tahun dan terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhinya. Bincangkan.
Kegiatan jenayah siber merupakan ancaman jenayah yang sering berlaku sejak belakangan ini.
Jenayah siber ini semakin meruncing disebabkan pelbagai faktor dalaman dan luaran yang
mempengaruhinya.
Antara faktor peningkatan kes jenayah siber ialah pertambahan bilangan pengguna Internet
yang berganda. Bilangan pengguna Internet semakin bertambah di seluruh pelosok dunia.
Kebanyakan pengguna Internet menggunakan Internet sehingga melangkaui sempadan antarabangsa.
Pertambahan pengguna ini menyebabkan penjenayah siber mempunyai peluang yang lebih banyak
untuk melakukan jenayah siber secara global seperti penipuan barangan melalui penjualan barangan
di Internet.
Faktor seterusnya ialah perbuatan ingin mencuba. Kebanyakan pengguna Internet di seluruh
dunia terdiri daripada remaja-remaja yang ingin mencuba sesuatu yang baharu. Mereka ingin
mencuba kemahiran dan ilmu-ilmu terkini yang diperoleh sama ada dari Internet atau rakan sebaya
mereka. Mereka menyebarkan pelbagai virus dan menggodam Internet untuk menguji kemahiran
masing-masing dalam mengendalikan Internet.
Kelonggaran penguatkuasaan undang-undang turut menjadi salah satu faktor. Penguatkuasaan
undang-undang terhadap jenayah siber lambat dilaksanakan dan kurang diberikan perhatian. Hal ini
disebabkan penjenayah siber lebih mahir dan cepat menguasai teknologi dan sekaligus dapat
mengelakkan mereka daripada ditangkap. Selain itu, akta jenayah siber sukar dilaksanakan kerana
melangkaui sempadan antarabangsa. Tindakan undang-undang juga tidak boleh dikenakan dengan
sewenang-wenangnya kerana perlu mengikut peraturan dan prosedur tertentu.
Aktiviti sindiket antarabangsa turut mempengaruhi peningkatan jenayah siber sama ada di
Malaysia atau di persada antarabangsa. Sindiket antarabangsa yang wujud kebanyakannya bergerak
secara profesional dan susah dijejaki. Jenayah siber ini dirancang dengan teliti dan baik agar tidak
ditangkap oleh penguatkuasa undang-undang. Pihak sindiket antarabangsa bertindak licik dengan
memerangkap golongan yang mudah terperdaya oleh janji-janji manis. Mereka melakukan
penyamaran sebagai individu yang benar-benar arif tentang sesuatu perkara.
Faktor terakhir ialah kewujudan pelbagai aplikasi Internet. Kemudahan-kemudahan yang boleh
didapati melalui Internet seperti blog, Facebook, dan Twitter dijadikan medium bagi melakukan
jenayah siber. Kemudahan-kemudahan ini digunakan di peringkat antarabangsa oleh semua lapisan
umur dan masyarakat. Kelebihan yang ada pada aplikasi Internet dijadikan oleh pihak yang tidak
bertanggungjawab sebagai platform untuk mengaut keuntungan dengan cepat dan mudah dengan
menggunakan pelbagai tipu helah.
Sebagai kesimpulannya, peningkatan jenayah siber sentiasa memberi kesan negatif kepada
sesebuah negara. Justeru, langkah yang efektif perlu diambil oleh negara kita dan negara serantau
untuk mengekang masalah ini daripada terus meruncing.
127
MODUL PENGAJARAN PENGAJIAN AM SEMESTER 3
LATIHAN 6
Fenomena bencana alam yang semakin kerap berlaku di seluruh dunia banyak meragut nyawa
dan memusnahkan harta benda. Huraikan jenis bantuan kemanusiaan yang boleh diberi untuk
meringankan penderitaan mangsa.
Di dada akhbar, laporan tentang kejadian bencana alam semakin kerap disiarkan. Bencana alam
seperti gempa bumi dan banjir menyebabkan banyak kehilangan nyawa manusia dan kerosakan harta
benda. Sehubungan itu, pelbagai jenis bantuan perlu dihulurkan kepada mangsa bencana alam.
Antara bentuk bantuan yang boleh dihulur adalah seperti bantuan kepakaran menyelamat.
Bantuan jenis ini sering diberi oleh negara-negara yang mempunyai kepakaran menyelamat mangsa
bencana alam seperti negara Jepun, Amerika Syarikat, dan Perancis. Bantuan kepakaran yang
menggunakan teknologi yang tinggi mampu meringankan kesengsaraan mangsa yang terlibat.
Bantuan berupa peralatan untuk mengesan dan menyelamat mangsa merupakan bantuan awal yang
diberikan selepas bencana alam berlaku. Bantuan teknologi seperti penggunaan bot dan jengkaut
contohnya digunakan untuk membantu usaha mencari dan menyelamat mangsa bencana banjir dan
tsunami. Penggunaan alat fiber optik pula digunakan untuk mengesan mangsa di bawah runtuhan.
Sumbangan makanan dan minuman kepada mangsa bencana alam pula merupakan bantuan
segera yang diberikan oleh negara-negara lain termasuklah Malaysia. Bekalan makanan amat
diperlukan oleh mangsa bencana alam untuk mengelakkan berlakunya kebuluran dan penyakit. Hal ini
demikian kerana selepas suatu kejadian bencana alam, biasanya bekalan makanan akan terputus
disebabkan oleh sistem pengangkutan yang terhad. Di samping itu, kawasan pertanian dan
pengeluaran bahan makanan yang musnah teruk akibat suatu bencana alam turut menyebabkan
bekalan makanan tidak mencukupi. Tambahan pula, sumber makanan dan air yang sedia ada mungkin
tercemar dan boleh mengundang pelbagai jenis penyakit yang mudah merebak.
Bekalan ubat-ubatan dan kelengkapan perubatan yang berkaitan merupakan bantuan yang
dihulurkan kepada negara yang mengalami kejadian bencana alam. Ubat-ubatan dan kelengkapan
perubatan penting untuk menyelamatkan dan mengubati mangsa yang tercedera, kehilangan anggota
badan, dan dijangkiti penyakit. Kejadian bencana alam juga menyebabkan penyakit bawaan vektor
akibat pereputan mayat mudah merebak dan memerlukan perhatian yang khusus daripada pakar
perubatan.
Ekoran daripada kejadian bencana alam, ramai mangsa akan kehilangan tempat berlindung.
Justeru itu, bantuan khemah atau tempat perlindungan sementara merupakan bantuan yang sering
diberikan kepada mangsa bencana alam. Tempat penginapan sementara yang disediakan oleh negara
yang mengalami bencana alam adakalanya tidak mencukupi. Mangsa bencana terpaksa tinggal dalam
kesesakan di kawasan perlindungan sementara yang dibekalkan. Selain itu, terdapat juga negara-
negara tertentu yang memberikan bantuan kelengkapan membina semula petempatan rumah
mangsa. Bantuan juga diberikan kepada mangsa yang memerlukan tempat berteduh melalui
perpindahan ke kawasan yang lebih selamat.
Perkhidmatan psikologi dan kaunseling merupakan perkhidmatan kemanusiaan yang diberikan
kepada negara yang mengalami kejadian bencana alam. Mangsa bencana alam terutamanya kanak-
kanak boleh mengalami trauma kerana kehilangan orang tersayang dan kemusnahan harta benda.
Perkhidmatan sokongan moral diberikan kepada mangsa untuk meningkatkan keyakinan diri dan
mengelakkan kemurungan. Sokongan turut diberikan dengan meningkatkan semangat gigih dan juang
untuk meneruskan kehidupan.
Sungguhpun bencana alam memberikan impak yang amat buruk, namun kejadian sedemikian
dapat menyatukan umat manusia. Manusia bergerak dengan semangat kekitaan tanpa mengenal
perbezaan ideologi dan agama.
128
MODUL PENGAJARAN PENGAJIAN AM SEMESTER 3
LATIHAN 7
Kewujudan Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) yang dilaksnakan mulai tahun 2003
banyak kesan positif kepada negara dan masyarakat. Bincangkan.
Kewujudan Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) telah membuka ruang baharu kepada
pengusaha tempatan dalam meluaskan pasaran. Banyak kesan positif daripada perkembangan baharu
perluasan pasaran serantau ini.
Persaingan menguasai pasaran yang terbuka daripada kalangan negara ASEAN akan
mempengaruhi pengeluar untuk meningkatkan mutu barangan atau akan meminimumkan kos.
Keadaan ini mendorong syarikat atau pengeluar barangan lain yang ingin bertahan, bertindak dengan
cara yang sama untuk menguasai pasaran. Persaingan antara pengeluar dalam negara dengan
pengeluar barangan luar akan menguntungkan masyarakat dengan peningkatan mutu, penurunan
harga dan banyak pilihan barangan.
Meningkatkan kecekapan pengeluaran merupakan kesan langsung kepada perjanjian ini. Skala
pengeluaran yang besar akan memaksimumkan penggunaan input pengeluaran termasuk tenaga
buruh, penggunaan jentera dan keupayaan kilang. Industri besar seperti sektor automotif akan
meningkatkan kecekapan bidang, yang seterusnya meningkatkan kecekapan pengeluaran.
Penguasaan pasaran akan meningkatkan skala pengeluaran, seterusnya meningkatkan kecekapan
dalam pengeluaran.
Kemasukan teknologi baharu merupakan satu kesan positif kepada kewujudan kawasan
perdagangan bebas ini. Dalam usaha mempertahankan pasaran, salah satu langkah yang akan diambil
oleh pengusaha adalah dengan mendapatkan teknologi terkini. Kerjasama dengan pengusaha dari
negara ASEAN lain sebagai satu langkah mengekalkan pasaran domestik dan menguasai
pasaran negara ASEAN lain. Kerjasama ini termasuklah pemindahan teknologi dan kepakaran dari luar.
Situasi ini meningkatkan perkembangan ekonomi negara.
Perjanjian ini menyebabkan berlaku perluasan pasaran barangan. Gabungan pasaran antara
negara ASEAN mewujudkan satu skala pasaran baharu yang cukup besar. Kira-kira 250 juta orang
penduduk Indonesia dan 65 juta orang penduduk Thailand merupakan satu pasaran yang terbuka luas
untuk ditakluki oleh pengusaha tempatan. Tiada cukai atau sekatan kemasukan, atau dengan
pengenaan kadar cukai maksimum 5% dapat merangsang pengusaha tempatan meningkatkan
keupayaan dan kapasiti pengeluaran.
Pasaran yang luas merupakan satu tarikan pelaburan AFTA merupakan satu promosi kepada
Pelaburan Langsung Asing (FDI). Gabungan 10 buah negara ASEAN mewujudkan sejumlah 513 juta
orang pengguna merupakan satu kawasan pasaran bersama yang amat besar. Situasi ini menjadikan
AFTA turut mempromosikan wilayah ASEAN sebagai pusat pelaburan antarabangsa yang tentunya
menjadi unsur tarikan kepada pelabuf asing, yang turut mewujudkan tempias kepada Malaysia.
Walaupun pengguna di negara China lebih ramai dengan kos upah yang lebih murah, tetapi daya beli
masyarakat ASEAN yang lebih tinggi memberi ruang daya saing dalam menarik pelabur.
Kesediaan dan kecekapan meminimumkan kesan negatif dan mengeksploitasi kesan positif
daripada kewujudan AFTA akan mendatangkan keuntungan besar kepada negara.
129
MODUL PENGAJARAN PENGAJIAN AM SEMESTER 3
LATIHAN 8
Jiran yang makmur akan mewujudkan keharmonian dalam kehidupan berjiran. Malaysia
mendukung dasar menang-menang dalam menjalinkan hubungan dengan jirannya. Oleh itu, Malaysia
sentiasa bersedia menghulurkan bantuan dan berkongsi kepakaran dan kemahiran. Banyak
keuntungan diperoleh dengan wujudnya jiran yang sejahtera. Bincangkan.
Jiran yang sejahtera akan meningkatkan hubungan dagangan. Kemakmuran berkait dengan
kestabilan ekonomi. Kestabilan ekonomi membawa kepada peningkatan hubungan dagangan
termasuk peningkatan eksport ke negara berkenaan. Kemudahan insfrastruktur dan komunikasi di
negara berkenaan juga akan meningkat dengan wujudnya kemakmuran. Kemakmuran mewujudkan
pakej pelaburan yang memasuki pasaran negara berkenaan. Pembukaan pasaran ini menyediakan
peluang dan potensi pelaburan kepada syarikat Malaysia.
Kemakmuran sesebuah negara juga akan menyekat penghijrahan rakyatnya. Kemakmuran akan
mewujudkan lebih banyak peluang ekonomi dan pekerjaan untuk rakyat sendiri. Rakyat atau sumber
tenaga negara berkenaan lebih diperlukan oleh negara sendiri daripada berhijrah
ke luar. Dengan wujudnya kesejahteraan di negara jiran, Malaysia tidak akan menanggung kehadiran
pekerja asing yang ramai dan mewujudkan batasan kepada majikan yang sering mengutamakan
pekerja asing.
Negara jiran yang makmur juga akan mengurangkan jenayah merentasi sempadan antara dua
negara. Kemakmuran mewujudkan peluang pekerjaan dan peluang ekonomi yang lebih baik. Dengan
ini, jenayah akan menurun termasuk jenayah berat. Sebahagian penjenayah yang menyusup masuk
ke negara kita kerana lari daripada tindakan undang-undang di negara mereka akan berkurang.
Penyeludupan barangan, khususnya melibatkan barang yang tidak cukup di negara jiran kerana
ekonomi yang lembap juga dapat dikurangkan.
Aliran masuk pelancong juga akan menjadi lebih lancar. Kemakmuran negara jiran melancarkan
perjalanan pelancong yang datang dengan pakej melibatkan dua atau lebih negara. Demonstrasi
jalanan `Si Baju Merah' yang pernah berlaku di Thailand telah menjejaskan perjalanan pelancong ke
Malaysia melalui Thailand. Semasa rusuhan jalanan yang berlaku di Thailand, banyak tempahan hotel
di Kuala Lumpur dibatalkan kerana gangguan tersebut atau pelancong membatalkan perjalanan yang
dibuat dalam bentuk pakej. Kemakmuran jiran membantu perjalanan pelancong memasuki keduadua
negara berjiran.
Kemakmuran membolehkan kecaknaan kepada banyak perkara. Jiran yang makmur
meningkatkan kerjasama keselamatan. Kemakmuran jiran meningkatkan persefahaman kerana
kemakmuran mewujudkan kestabilan ekonomi dan sosial. Kawalan sempadan bersama, kaedah
pencegahan penyeludupan, pertukaran maklumat atas kepentingan bersama dapat ditingkatkan.
Sebagai contoh yang jelas, kawalan aktiviti lanun di perairan bersama dapat dilakukan bersama.
Memakmurkan jiran bermakna memperluas kemakmuran yang dinikmati oleh sesebuah negara
ke luar sempadan. Kemakmuran sesebuah negara akan tergugat sekiranya jiran di sekeliling dalam
keadaan konflik dan kemiskinan
130
MODUL PENGAJARAN PENGAJIAN AM SEMESTER 3
LATIHAN 9
Pemanasan global mendatangkan kesan kepada bumi dan manusia. Kebimbangan tentang kesan
pemanasan global menjadi agenda utama dalam pelbagai forum atau persidangan antarabangsa.
Ulas kenyataan ini
Isu pemanasan global sering hangat dibincangkan dalam pelbagai forum dan seminar
antarabangsa yang berkaitan dengan alam sekitar. Fenomena ini perlu ditangani dengan segera
kerana mendatangkan kesan kepada bumi dan hidupan di bumi.
Pemanasan global akan menjejaskan keselesaan hidup manusia. Hal ini terjadi kerana suhu
menjadi panas apabila terdapat lebihan karbon dioksida yang terperangkap di ruang udara. Lebihan
karbon dioksida ini sepatutnya diserap oleh pokok-pokok di hutan melalui fotosintesis. Namun
demikian, penebangan hutan untuk tujuan pembalakan dan pembangunan telah menyebabkan pokok
semakin berkurang. Oleh itu, bumi akan menjadi semakin panas.
Selain itu, pemanasan global boleh menjejaskan kesihatan manusia. Antara masalah kesihatan
tersebut ialah dehidrasi, kekeringan kulit dan gangguan pernafasan. Kepanasan yang melampau boleh
menyebabkan badan manusia kekurangan air, khususnya mereka yang bekerja di bawah matahari
terik. Masalah kekeringan kulit dan kanser kulit juga mungkin terjadi terutamanya apabila lapisan ozon
yang nipis tidak berupaya untuk menapis pancaran ultra ungu dalam cahaya matahari. Keadaan
berjerebu yang bersinonim dengan pemanasan global pula akan menyebabkan gangguan pernafasan
terutamanya kepada golongan penghidap asma.
Di samping itu, pemanasan global turut mengancam khazanah flora dan fauna. Hal ini berlaku
kerana kepanasan yang melampau akan menyebabkan pokok-pokok di hutan menjadi kering lalu mati.
Tanah yang semakin gersang juga tidak dapat mengumpulkan air untuk membantu tumbuhan hidup.
Akibat kemusnahan hutan, binatang akan mati kerana kehilangan habitat dan ketiadaan sumber
makanan. Beberapa ternpat di benua Asia dan benua Afrika sedang mengalarni masalah ini.
Seterusnya, pemanasan global akan meningkatkan paras air laut. Peningkatan paras air laut
berlaku kerana suhu yang panas akan mencairkan bongkah ais di Kutub Utara dan Kutub Selatan.
Akibatnya, kawasan rendah di persisiran akan ditenggelami air laut. Perkara ini akan mengundang
malapetaka kepada negara yang mempunyai banyak kawasan rendah seperti Bangladesh dan
Kepulauan Solomon kerana kawasan rendah itu akan ditenggelami air. Akhirnya, negara-negara
tersebut akan kehilangan pantai kerana dinaiki air laut.
Bukan itu sahaja, pemanasan global turut menjejaskan bekalan sumber makanan manusia.
Pemanasan global akan menyebabkan kebanyakan aktiviti manusia terjejas sama ada secara langsung
atau secara tidak langsung. Sebagai contohnya, aktiviti pertanian akan terjejas sehingga
rnengurangkan bekalan makanan dunia. Sumber makanan laut juga merosot kerana suhu lautan yang
menjadi panas boleh memusnahkan hidupan laut. Kejadian ikan mati di beberapa lautan akhir-akhir
ini didakwa adalah akibat kekurangan bekalan oksigen di dalam laut.
Sebagai kesimpulannya, semua negara mesti berganding bahu untuk menangani fenomena
pemanasan global. Tindakan yang selaras dengan resolusi yang ditetapkan oleh persidangan
antarabangsa seperti Persidangan Bumi Hijau, Deklarasi Langkawi dan Protokol Kyoto harus
dilaksanakan dengan segera.
131
MODUL PENGAJARAN PENGAJIAN AM SEMESTER 3
LATIHAN 10
Fenomena jerebu yang melanda negara setiap tahun membawa pelbagai kesan yang buruk. Demi
memastikan kualiti udara yang baik, langkah-langkah yang berkesan harus diambil untuk menangani
masalah ini. Jelaskan pernyataan ini.
Kualiti udara kebiasaannya akan menurun terutama sekali pada waktu musim kemarau. Langit
kelihatan mendung sepanjang hari akibat debu-debu yang terapung di atmosfera. Kualiti udara yang
kotor membawa kesan buruk. Justeru, langkah berkesan mesti diambil untuk mengurangkan gejala
ini.
Implikasi utama fenomena jerebu adalah dapat menjejaskan kesihatan. Golongan yang paling
berisiko tinggi ialah golongan tua, kanak-kanak, pesakit asma, dan emfiserna, serta penghidap
penyakit jantung. Jerebu mengandungi nitrogen dioksida, sulfur dioksida, ozon dan karbon dioksida
yang boleh mengakibatkan penyakit asma, sakit tekak, selsema, pedih mata, bronkitis, dan
sebagainya. Tambahan pula, bendasing akan merosakkan sistem pernafasan. Bahan plumbum boleh
menyebabkan mutasi kromosom. Bahan hidrokarbon pula boleh menyebabkan penyakit kanser dan
kerosakan otak. Jelaslah di sini bahawa jerebu mendatangkan implikasi negatif kepada kesihatan
manusia.
Di samping itu, jerebu juga dapat menyebabkan hasil dan kualiti sektor pertanian terjejas.
Jerebu menghalang pancaran cahaya daripada sampai ke bumi. Pancaran cahaya yang rendah
mengurangkan dan melambatkan proses fotosintesis tanaman. Oleh itu, tempoh kematangan
tanaman menjadi lebih panjang. Fenomena jerebu yang berlarutan dapat menjejaskan sektor
pertanian negara.
Langkah yang berkesan untuk menangani masalah ini adalah dengan mengharamkan
pembakaran terbuka serta membebaskan asap yang belebihan. Denda maksimum harus dikenakan ke
atas pesalah yang didapati melakukan pembakaran terbuka. Selain itu, pemantauan serta koordinasi
antara agensi untuk memastikan syarikat dan kilang tidak melakukan perbuatan yang memudaratkan
kesihatan orang awam. Tambahan pula, orang ramai sensitif dan peka terhadap kesalahan ini dengan
melaporkan kegiatan pembakaran terbuka di kawasan kediaman mereka. Kesedaran ini amat penting
bagi membanteras kegiatan ini.
Kenderaan dikenal pasti sebagai salah satu penyumbang kepada masalah jerebu terutama
sekali kereta yang menggunakan bahan api hidrokarbon. Masalah pengeluaran asap yang banyak pasti
memburukkan lagi keadaan jerebu yang melanda negara. Oleh itu, pengurangan jumlah kereta boleh
menjadi suatu jalan penyelesaian yang baik. Masyarakat harus bertindak mengurangkan jumlah kereta
dengan berkongsi kenderaan semasa ke tempat kerja dan sebagainya. Di samping itu, masyarakat juga
boleh menggunakan kenderaan awam. Pengurangan kenderaan di jalan-jalan raga dapat
mengurangkan masalah jerebu.
Seterusnya, kerjasama antarabangsa merupakan langkah yang tidak kurang penting bagi
mengatasi jerebu. Hal ini kerana, kebiasaannya masalah jerebu yang berlaku di negara ini akibat
daripada pembakaran hutan di negara jiran untuk tujuan pertanian. Oleh itu, pakatan ASEAN harus
bekerjasama dalam mencari penyelesaian bagi mengatasi masalah jerebu. Contohnya, kerajaan
Indonesia memantau serta mengambil tindakan tegas terhadap aktiviti pembakaran hutan untuk
aktiviti pertanian. Di samping itu, usaha bersama penghantaran ahli bomba, anggota tentera, dan
tenaga pakar boleh meningkatkan keberkesanan untuk menjamin kualiti udara yang baik sekiranya
berlaku kebakaran hutan di sesebuah negara.
Dalam usaha mengatasi masalah jerebu ini, perkara terpenting adalah usaha yang berterusan
daripada semua pihak seperti kerajaan, badan korporat, atau individu. Setiap pihak haruslah prihatin
132