EDISI 2024U N I V E R S I T I T E K N O L O G I M A R AC A W A N G A N K E L A N T A NSOROTAN TAJUK UTAMAMOA & MOUKUNJUNGAN HORMATANTARABANGSAPENGHARGAANUiTM PRIHATINCAKNA UiTME-BULETIN
EDISI 2024U N I V E R S I T I T E K N O L O G I M A R AC A W A N G A N K E L A N T A NE-BULETINkelantan.uitm.edu.my UiTMCaw.Kelantan uitmcawangankelantan UiTM Cawangan Kelantan UiTM Kelantan uitmcawangankelantan
Sidang RedaksiCarta OrganisasiPrakata Penaung & PenasihatNilai ESI-iDARTSukarelawan Pasca Banjir di SJK(C) Khay BoonProgram Students Learning Through Innovation and Design Competition (SLIDc 2023)First Aid Workshop: First-Response TrainingPostgraduate Research Colloquium 2023/2024Program Kongsi Kasih 2.0Pameran Seni Visual ‘CANAI’: 3 Orang Pensyarah KPSK di GMBB Kuala LumpurInternational Conference on Islam and Global Issues (iCIGI 2024)Perjumpaan Staf & Ahli Jawatankuasa Unit Komunikasi Korporat bagi Tahun 2024 bersama Rektor UiTM CawanganKelantanProgram Jelajah Senoi di Sekolah Kebangsaan Pos BrookeProgram Karnival Kerjaya Myfuturejobs Graduan X UiTM Cawangan Kelantan 2024Majlis Perasmian Penutup Program Students Learning Through Innovation and Design Competition (SLIDc 2023)Program ART CAMP: Fun With Doodle ArtKarya Ilustrasi Poster Pensyarah dan Pelajar daripada Jabatan Seni Reka Grafik & Media Digital, KPSK Terpilihdalam Post-Human International Poster Exhibition di Purwokerto, IndonesiaLawatan ke Rumah Singgora & Rumah Tiang 12 di Kota Bharu KelantanProgram Textile Diploma Show 2024, Jabatan Seni Reka Tekstil, Kolej Pengajian Seni Kreatif UiTM CawanganKelantanKunjungan Hormat & Perbincangan PETRONAS ke UiTM Cawangan KelantanProgram Kem Perkasa Diri Anjuran Jawatankuasa Staf Residen Kolej dan Non Residen Negeri KelantanMajlis Apresiasi Pegawai Psikologi UiTMIndexed Journal Publication: Enhancing Research Visibility Through Effective Writing and Publication StrategiesProgram Let’s 3S: Strikes, Spare & SmileKursus Pengurusan Kewangan Masjid Jajahan Pasir MasMajlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara UiTM Cawangan Kelantan dan Selasar SunaryoPavilion Art Space, Bandung, IndonesiaUiTMCK@Selasar Sunaryo Art SpaceMajlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dan Memorandum Perjanjian (MoA) antara UiTMCawangan Kelantan dan Sekolah Dasar Darul HikamMajlis Menandatangani Perjanjian MoU dan MoA antara Kolej Pengajian Seni Kreatif (KPSK) UiTM CawanganKelantan dengan Sekolah Dasar Darul Hikam Bandung, IndonesiaProgram International Lecturer Series: The Art Talk dan Memorandum Persefahaman antara Universiti TeknologiMARA Cawangan Kelantan dengan Selasar Sunaryo Art SpaceBengkel Penulisan dan Penerbitan Jabatan Matematik KPPIM dengan Kerjasama PJIA UiTM Cawangan KelantanBengkel Seni Cetakan Mini Bersama Sekolah Dasar Darul Hikam, Bandung, IndonesiaKunjung Hormat Akademi Pengajian Bahasa (APB) ke Institut Teknologi Bandung (ITB)Amalan Terbaik MOOC: Kunjung Hormat ke Fakultas Ekonomi dan Bisnis, Universitas IndonesiaGRU 2025 bersama Fakultas Ilmu Pengetahuan Budaya, Universitas IndonesiaSesi Perjumpaan bersama Rektor (Taklimat dan Tadbir Urus)Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) UiTM Cawangan Kelantan bersama Pondok TahfizulQur'an Shah AminCeramah di Ambang Ramadan: Persiapan Diri Menyambut Ramadan Al-MubarakStaf Pentadbiran UiTM Cawangan Kelantan ke Universiti Teknologi MARAMajlis Menandatangani MoU Kerjasama Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) antara Pondok Tahfizul Quran ShahAmin, Universitas Muslim Nusantara Al-Washliyah (UMN AW) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) CawanganKelantan & Business and Accounting ResearchMajlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) UiTM Cawangan Kelantan bersama dengan HimpunanPengusaha Pribumi Indonesia (HiPPI), Medan IndonesiaUpacara Menandatangani MoA Accounting Research Symposium and Forum, Universiti Teknologi MARA CawanganKelantan dan Universitas Sumatera Utara (USU)Program Pendidikan Sivik dan Kenegaraan bersama Belia Negeri KelantanTaklimat Audit Luar Masjid Negeri Kelantan Sempena Amanat Yang Berhormat Mulia Tengku Yang Dipertua MaikBersama Pegawai Masjid Negeri KelantanISI KANDUNGANi1.2.3.4.5.6.7.8.9.10.11.12.13.14.15.16.17.18.19.20.21.22.23.24.25.26.27.28.29.30.31.32.33.34.35.36.37.38.39.40.41.42.43.44.vviviiix12345678910111214161719202122232425262728303132343536373839404142444648
iiKesan Positif Program Pemerkasaan Pemasaran Digital (DiME 2024) kepada Usahawan Kecil di Daerah Kota BharuKem Pemantapan Jati Diri Jabatan Matematik: Walk-In as Individual, Leave as a TeamFestival Srikandi 2024 Bersempena Sambutan Hari Wanita Sedunia Anjuran bersama Strategic Partner of The StateGovernment, Collectibles Museum dan College of Creative Arts UiTM Cawangan KelantanRoad To GRU 2025: Courtesy Visit to Universitas Pendidikan Indonesia (UPI) - Akademi Pengajian Bahasa (APB)Majlis Amanat Rektor 2024 Universiti Teknologi MARA Cawangan KelantanLawatan Penanda Aras Bahagian Hal Ehwal Pelajar UiTM Cawangan Kelantan ke Universiti Sains Malaysia (USM)dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)Majlis Pengurniaan Zakat Hari Raya oleh Yang Mulia Tunku Puan Sri Dato' Hajah Noor Hayati binti Tunku AbdulRahman Putra Al-Haj kepada Pelajar-Pelajar B40 Kolej Pengajian Seni Kreatif UiTM Cawangan KelantanProgram Ceramah Nuzul Al-Quran & Program Khatam Al-QuranProgram Iftar Bersama Rektor UiTM Cawangan KelantanProgram Bakul Ramadan 2024 UiTM Cawangan KelantanBengkel Route To Graduate On Time (GOT): Memperkasakan Peranan Penasihat Akademik (PA) Fakulti PerakaunanProgram Keusahawanan Jawatankuasa Perwakilan Kolej Tun Abdul Razak (TR Shacks)Lawatan Mangsa Kebakaran (Pelajar) UiTM Cawangan Kelantan dari Unit Zakat, Sedekah dan Wakaf (UZSW) UiTMCawangan Kelantan dan Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) UiTM Cawangan KelantanKunjungan Rasmi Delegasi Quanzhou Vocational and Technical University (QVTU), China ke UiTM CawanganKelantanMajlis Hari Kemuncak Inovasi 2023 & Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2024 Universiti Teknologi MARA CawanganKelantanPertandingan Debat Piala Orator 2024Program Navigating Your Accounting Journey With Faculty of Accountancy, UiTMCKGlobal Outsourcing Talent (GOT) BootcampDigitalisasi Jejak Usahawan Perantis 2024Forum Digitalisasi Jejak Usahawan 2024Digitalisasi Jejak Usahawan Perantis 2024, Kolej Pengajian Seni Kreatif, UiTM Cawangan KelantanKunjungan Hormat Delegasi Princess of Naradhiwas University, Narathiwat, ThailandAnugerah Metic 2024 Yang ke-13Program Penulisan Seni KhatPertandingan Inovasi International 3-Minute Business Idea Pitching & Innovation CompetitionMajlis Pelancaran Accounting Inkwell QuarterlyDiME2024: Empowering B40 Participants in Bachok District Through Digital MarketingConteng Seni bersama Sekolah Kebangsaan Pak RomanKekeluargaan dan Kebersamaan: Sorotan Program Hari Keluarga Fakulti Perakaunan 2024Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) antara DisiniWork Sdn. Bhd. dan Yayasan PembangunanUmmah (YPU) bersama UiTMProgram Pensijilan Rakan Kaunselor Junior Counsellor UiTM Cawangan Kelantan 2024Program Pensyarah dan Pelajar Jabatan Seni Reka Tekstil, Kolej Pengajian Seni Kreatif (KPSK) bersama Kanakkanak Berkeperluan Khas Bizara Care Centre (Special Need Education)Kunjungan Hormat dan Perbincangan antara Delegasi UiTM dan Nasken Coffee di Nasken Coffee CawanganPengkalan ChepaProgram Meet & Greet Bersama Prof. TPr. Dr. Jamalunlaili Abdullah (Timbalan Naib Canselor ICAN)Pengagihan Sajian Daging Korban dan Hasil Rewang Jawatankuasa Perwakilan Kolej & Non ResidenKursus Audit Dalam iQMS UiTM Cawangan Kelantan 2024Projek SULAM Ijazah Sarjana Muda Perakaunan Semester 7School Attack: Striving Academic Success with Faculty of AccountancySesi Mentoran Penyelidikan Strategi Memenangi Geran NasionalProgram Kajian Penjanaan Pendapatan dalam Kalangan Peserta Miskin Tegar Jajahan Gua Musang (DigitalMarketing Empowerment - DiME2024)Perasmian Dapur HEP Kolej Tunku Abdul RahmanPerasmian BBQ Corner@Healing Station Kolej KediamanProgram Pendidikan Sivik dan KenegaraanKem Kursus Kepimpinan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) Bestari Peringkat Daerah Pasir Mas bersama UiTMCawangan KelantanTempat Kedua Pertandingan Cabaran Troli Pengguna 2024 Anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri danKos Sara Hidup (KPDN)Ekspo Selangkah ke UiTM 2024 (ESKU 2024)Digital Marketing Empowerment Programme (DiME) 2024 Series 4/2024 in UiTM Cawangan KelantanMini Sambutan 25 Tahun UiTM: “Kayuhan Kapsul Merentas Kampus Cawangan Sempena Sambutan 25 Tahun UiTMSebagai Sebuah Universiti”45.46.47.48.49.50.51.52.53.54.55.56.57.58.59.60.61.62.63.64.65.66.67.68.69.70.71.72.73.74.75.76.77.78.79.80.81.82.83.84.85.86.87.88.89.90.91.92.505152545557585961636465676869717273747677798081828384858687899092939495969798100102103104105107108109111
iiiProgram Klinik Kepenggunaan bersama GPS dan Masyarakat Orang AsliMaybank Group Scholarship Programme (MGSP) 2024Plenary Speakers daripada Fakulti Pengurusan dan Perniagaan UiTM Cawangan Kelantan di International SeminarAnjuran UNISSULAWorkshop of Curriculum Development antara Universitas Islam Sultan Agung (UNISSULA) dan Universiti TeknologiMARA Cawangan Kelantan (UiTMCK)Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) antara Universitas Islam Sultan Agung (UNISSULA) danUniversiti Teknologi MARA Cawangan Kelantan (UiTMCK)Seminar Antarabangsa bersama Usahawan SME di Universitas Islam Sultan Agung (UNISSULA) Anjuran PelajarPascasiswazah UiTM Cawangan KelantanExploring Accounting: Insight and BeyondPengajaran Kolaboratif Bersama Pakar Industri Habib Jewels Sdn. Bhd.Mabuhay!: Cagayan State University (CSU) Filipina ke UiTM Cawangan KelantanDiME2024: Digital Marketing Knowledge Helps B40 Entrepreneurs in Tumpat DistrictPasukan Sorakan Perang War Cry GPS UiTMCK Menang Tempat Ketiga di Program Jelajah Karnival KPDNPeringkat Zon Tengah & Festival Pengguna Tahun 2024Pelantikan Sebagai Panel Penilai Pembentangan Defense of Research Proposal (DRP) dan Final Year Project (FYP)Pelantikan Sebagai Penguji Eksternal Viva-Voce Pelajar PhD (Pengurusan) Universitas Islam Sultan Agung(UNISSULA)‘Guest Lecture’ di Universitas Islam Sultan Agung (UNISSULA) oleh Pensyarah Fakulti Pengurusan dan Perniagaan,Universiti Teknologi MARA Cawangan Kelantan (UiTMCK)Lawatan Penanda Aras dan Perancangan Strategik Bahagian Pentadbiran UiTM Cawangan Kelantan ke BahagianPengurusan Sumber Manusia, Universiti Malaysia KelantanBengkel Decision Making oleh Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, UiTM Cawangan Kelantan Bersama JabatanPengangkutan Jalan (JPJ)Bina Karakter Diri, Serlahkan PotensiPengembangan Kurikulum Outcome-Based Education (OBE) Program Sarjana Akuntansi (S2) dan Sains KedokteranAkuntansi (S3), Fakultas Ekonomi & Bisnis (FEB), Universitas Sumatera Utara (USU) (Studi Perbandingan denganUiTM Malaysia)Seminar Pemahaman dan Analisa Laporan Kewangan Koperasi Kelantan: Kolaborasi Fakulti Perakaunan UiTMCawangan Kelantan dan Suruhanjaya Koperasi (SKM) KelantanHealing Through Art: Brighten Child Clinic with Vibrant MuralMelukis Menggunakan Kopi Bawa Tuah kepada Pensyarah KPSK UiTMCKInternational Conference on Student Development (ISDev 2024)Istiadat Pentauliahan Kor SISPA Peringkat Kebangsaan Kali Ke-15 Tahun 2024Sumbangan Set BBQ Healing Corner Kolej Kediaman UiTM Cawangan KelantanFestival REIACt Day 2024 UiTM Cawangan Kelantan: Majlis Makan Malam Sempena Sambutan 25 Tahun UiTM &Collectibles Stateroom FairInternational Risk Management Competition (IRMC) 2/2024Bengkel Penerbitan dan Inovasi (PnP)Doodles Art Merdeka KPSK x SKBTKejayaan MPK UiTM Cawangan Kelantan dalam Mengekalkan Kejuaraan Perbarisan Sambutan Hari KemerdekaanPeringkat Negeri Kelantan Selama 2 Tahun Berturut-TurutKolaborasi Strategik Masjid Jamek Sultan Yahya Petra Machang dan Fakulti Perakaunan UiTM Cawangan Kelantandalam Peningkatan Kualiti Pengurusan MasjidProgram Count on Success (COS) 2.0: Grooming Future AccountantFakulti Perakaunan UiTM Cawangan Kelantan Terima Kunjungan Kolej Vokasional Sungai Buloh untuk LawatanPenanda ArasMajlis Menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) bagi Program Pengauditan Masjid Negeri KelantanInvitation from Quanzhou Vocational and Technical University (QVTU) as Visiting Lecturer in English LanguageTeachingSemarak Sukan: PEWANI UiTM Cawangan Kelantan Harumkan Nama di Karnival Sukan PEWANI Semalaysia 2024Program Healing dan Bonding Unit Residensi & Hospitaliti (URHP) UiTMCK 2024Kunjungan Hormat UiTM Cawangan Kelantan Ke SME Corp MalaysiaMajlis Perasmian Program Terapi Seni Fiber Pelajar Jabatan Seni Reka Tekstil, KPSK, UiTM Cawangan Kelantanbersama Kanak-Kanak Berkeperluan Khas BizaraProgram Mobilisasi Sukarelawan Anak Malaysia (SATRIA)Team building (Penghayatan Nilai ESI Dan iDART)Bengkel Expert Session on AI: Explore Big Data Forecasting, Complex Model Governing and Its PerformanceMeasurement93.94.95.96.97.98.99.100.101.102.103.104.105.106.107.108.109.110.111.112.113.114.115.116.117.118.119.120.121.122.123.124.125.126.127.128.129.130.131.132.133.113114115116117118120122124125126127128129130132134135139141142143145146147149150151152154155157158159160161162163165166167
ivProgram Ceramah Maulidur Rasul Peringkat Universiti Teknologi MARA Cawangan Kelantan 1446H/2024MBengkel Pelarasan Staf Residen Kolej/Non Residen (SRK/SRNR) UiTMCK 2024Eksplorasi Teknologi Roket Generasi MudaBengkel Persediaan Geran Fundamental Research Grant Scheme (FRGS) 2025Uptown UiTMCKExploring Mural Art with Sekolah Kebangsaan Kampong Tengah, Kuala KraiPertandingan Debat Interkolej 2024Bengkel Memperkasakan Profesionalisme Pensyarah Baharu (bMPPb) KPPIM UiTM Cawangan KelantanFestival Kolej ke-16 (FESKO 16)Malam Seni Wayang KulitAura Bangsa International NetworkProgram School Attack 3.0: Fun with StatisticsEconbiz Bonding Day 2.0: Empowering Connections and Building Resilient TeamsRakan Bumi: Plogging Komuniti Peringkat Daerah Machang Siri 4Bengkel Laporan Pencapaian UiTM Cawangan Kelantan 2024 (Sukuan Ketiga)Lawatan Penandaarasan dari Institut Aminuddin Baki, Kementerian Pendidikan MalaysiaBengkel Permohonan Etika Penyelidikan (REC)Program Accountants on Track: Walk and ConnectJelajah Adiwangsa Siri 9Forum Bicara Ilmu Memperkasa AdiwangsaProgram Urban Discovery: Distance to DifferenceGPS UiTM Cawangan Kelantan Rangkul Juara Video Kreatif Mahasiswa: Kita G.E.M.P.U.R Sempena Program MajlisPerdana Gerakan Pengguna Siswa Peringkat Kebangsaan Tahun 2024Kursus Penyegaran First AiderPSKK Sports & Funday 2024Kunjung Hormat Unit Pengurusan Penyelidikan (RMU) ke Pusat Kajian Strategik (PKS) Negeri KelantanLawatan Penanda Aras Kolej Vokasional Pasir Mas ke UiTM Cawangan Kelantan Kampus MachangKuliah Maghrib Siri VTREON: Peace Run And Classical ZumbaFinale Malam Pesona MelodiSerahan Sumbangan Kotak Rezeki Ummat MyFundAction MalaysiaAgihan Sumbangan Dapur HEP - Yayasan Prihatin MalaysiaProgram Jejak NuraniMajlis Penutupan Festival REIACt Day dan Anugerah Kecemerlangan Bahagian Penyelidikan, Jaringan Industri,Masyarakat & Alumni (BPJIM&A) 2024Pertandingan Debat Piala Naib Canselor 2024Pertandingan Debat Terbuka Astar 2024Tahniah & Penghargaan134.135.136.137.138.139.140.141.142.143.144.145.146.147.148.149.150.151.152.153.154.155.156.157.158.159.160.161.162.163.164.165.166.167.168.169.168170171173174175176177178179180181182183184185186187188189190191192193194195196197198199200201202203204205
SIDANG REDAKSIvPENAUNGProfesor Dr. Haji Abdol Samad NawiPENASIHATHishamudin Mohamad TwontawiKETUA EDITORMuhammad Syafiq HassanPENOLONG KETUA EDITORMohd Azizi Ab GhaniUmmu Aiman SaidiEDITORDr. Warid MihatDr. Mohd Nazri Mat ZinGRAFIKTuan Putri Raidah Tuan RosediUmi Bahirah Che MustafaNur Amirah Mohd LutfiDOKUMENTASIHasfarizan Ibrahim@HusainMohd Azlizan Mohd ZahariMULTIMEDIAMohamad Syauqi Mohamad ArifinIDEA, KONSEP DAN TERBITANUnit Komunikasi KorporatUniversiti Teknologi MARACawangan KelantanTerima kasih diucapkan kepada semua pihak yang menyalurkan segalamaklumat dan berita yang telah dimuat naik ke dalam buletin ini.
CARTA ORGANISASIviJAWATANKUASA EKSEKUTIF NEGERI UiTM CAWANGAN KELANTANKETUA PUSAT PENGAJIAN UiTM CAWANGAN KELANTAN
Assalamualaikum W.B.T., Salam Sejahtera dan Salam UiTM Dihatiku,Salam hormat dari Tanah Serendah Sekebun Bunga,Championing Datapreneurship, Empowering Community.Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani,Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W., ahli keluarga sertapara sahabat Baginda.Syukur ke hadrat Allah S.W.T. atas kejayaan penerbitan E-Buletin UiTM Cawangan Kelantan(UiTMCK) Edisi 2024. Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan tahniah dirakamkan kepadasidang redaksi atas dedikasi, komitmen dan usaha gigih dalam memastikan penerbitan kaliini direalisasikan dengan cemerlang.PRAKATAviiPenerbitan E-Buletin ini adalah cerminankecemerlangan warga UiTMCK yang sentiasaberiltizam memberikan perkhidmatan terbaikserta menghasilkan karya yang berkualiti tinggi.Semoga momentum kecemerlangan ini terusdiperkukuhkan pada masa hadapan demimengangkat martabat UiTMCK sebagai InstitusiPendidikan Tinggi (IPT) yang disegani, seiringaspirasi UiTM untuk mencapai status GloballyRenowned University (GRU) by 2025.Akhir kata, marilah kita bersama-samamenyemarakkan semangat merealisasikanaspirasi Malaysia Madani serta menghayati nilaiteras UiTM iaitu ESI dan i-DART dalam setiapaspek kerja dan pembentukan motivasi diri.Dengan tekad dan kesatuan hati, insya-Allah kitadapat memperkasa diri secara individu dankolektif demi membawa UiTMCK ke tahap yanglebih gemilang.Sekian, terima kasih.PROFESOR DR. HAJI ABDOL SAMAD NAWIRektor
PRAKATAviiiAssalamualaikum W.B.T.,Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.,Salam Keluarga UiTM.Pada kesempatan ini, saya merakamkan setinggi-tinggi ucapan syabas dan tahniah kepadaUnit Komunikasi Korporat khususnya dan seluruh warga UiTM Cawangan Kelantan amnyaatas penerbitan E-Buletin UiTM Cawangan Kelantan Edisi 2024. Penerbitan ini jelasmencerminkan komitmen terhadap nilai kecemerlangan kampus, kesepaduan wargauniversiti serta keutuhan integriti dalam menyampaikan informasi penting secara telusdan profesional.Edisi kali ini membuktikan kesungguhan UiTM Cawangan Kelantan dalam menggemblengtenaga dan kepakaran secara strategik bagi memperkukuh sinergi serta memperluasjaringan kolaborasi ke arah kecemerlangan menyeluruh.Akhir kata, saya mengucapkan terima kasihdan tahniah kepada semua pihak yang telahmemberikan sumbangan idea, melaporkanberita serta menyokong usaha penerbitanini. Semoga kesinambungan E-Buletin inidapat diteruskan dengan lebih mantappada masa akan datang.Saya yakin dan percaya bahawa UiTMCawangan Kelantan akan terus melangkahdengan lebih gemilang dalam mendepanicabaran tahun 2025 melalui pelaksanaanstrategi yang terancang, seterusnyamenyumbang kepada pencapaian visi UiTMsebagai universiti terkemuka di persadadunia.Sekian, terima kasih.ENCIK HISHAMUDINMOHAMAD TWONTAWITimbalan Pendaftar Kanan
ESIKECEMERLANGANSINERGIINTEGRITIMengamalkan piawaian kualitidalaman berkaitan dengan keupayaan,kebolehan dan potensi diri supayadiiktiraf, dirujuk dan dihormatiMenghayati nilai-nilai murni melaluikesedaran, pematuhan dan tingkahlaku diri secara berterusan untukmencapai etika profesional yang tinggiMembudayakan kebersamaan danketerangkuman yang harmoni danproduktif bagi mencapai hasil kualiti yangbermanfaat dan berimpak tinggiNilai kolektif bersama sebagai sebuah organisasiix
AMANAHi-DARTILMUDISIPLINRAJINTANGGUNGJAWABPengetahuan tentang kebenaran yangdiperoleh menerusi pembelajaran formal dantidak formal bagi pemahaman penghayatandan perkongsian untuk meningkatkanmartabat diri dan manfaat bersamaKemampuanmengawal diri danmematuhiperaturan dalammelaksanakantugasanBertanggungjawabmelaksanakan tugasdengan jujurberdasarkan kepadakepercayaanTekun dan telitidalammelaksanakantugasMelaksanakantugas mengikutiperaturan danakauntabiliti atassetiap tindakanNilai individu yangperlu ada padasetiap wargax
SUKARELAWAN PASCABANJIR DI SJK(C) KHAY BOONRANTAU PANJANG, 1 Januari - Seramai 29 orang mahasiswa UiTM Cawangan Kelantantelah terlibat dalam Program Sukarelawan Pasca Banjir yang bertempat di SJK(C) KhayBoon, Rantau Panjang, Kelantan. Program ini turut disertai oleh Kor Siswa SiswiPertahanan Awam (SISPA) seramai 18 orang dan Majlis Perwakilan Komander (MPK)seramai 11 orang. Program ini bertujuan untuk membantu membersihkan kawasan yangterjejas akibat banjir yang berlaku di Kelantan.Penyedia Laporan:SM (PA) Puteri Balqis MukhtarSetiausaha AgongKor Siswa Siswi Pertahanan Awam (Kor SISPA)1
MACHANG, 4 Januari - Jabatan Ekonomi, Fakulti Pengurusan dan Perniagaan UiTMCawangan Kelantan telah berjaya mengadakan program Students Learning ThroughInnovation and Design Competition (SLIDc 2023). Program ini dijalankan selama tiga (3)minggu kuliah bermula 4 Januari 2024 sehingga 18 Januari 2024 secara atas talian.Program ini dirasmikan oleh Dr. Azmahani Yaacob@Othman, Ketua Pusat PengajianFakulti Pengurusan dan Perniagaan UiTM Cawangan Kelantan.Program ini bertujuan untuk memupuk budaya inovasi dan kreatif dalam kalangan pelajarUiTM Cawangan Kelantan yang berunsurkan permainan dalam konteks permainan yangmenyeronokkan untuk pembelajaran dan pengajaran subjek Ekonomi melalui Gamifikasi.Inisiatif pembelajaran berasaskan permainan ini juga diharapkan mampu menjadiplatform kepada pelajar untuk menunjukkan kemampuan mereka mencipta danmenghasilkan idea yang terkini dan mengetengahkan lagi hasil inovasi yang dicipta.Selain itu, inovasi seperti ini juga mampu melahirkan pelajar bercirikan usahawan yangmampu menyelesaikan masalah secara bijak pada masa hadapan.Terdapat enam (6) kategori yang dipertandingan untuk program SLIDc 2023 ini bagi tiga(3) kod mata pelajaran ekonomi (ECO120, ECO162 dan ECO211); Tempat Pertama, Keduadan Ketiga bagi setiap kod mata pelajaran dan tiga kategori lain adalah Video Terbaik,Pembentang Berkumpulan Terbaik dan Games Based Learning Tools Terbaik.Pertandingan melibatkan 159 kumpulan dan dinilai oleh 14 pasangan juri yangberpengalaman.Semoga program ini memberikan anjakan daya saing yang mampu meningkatkanakauntabiliti bagi setiap mahasiswa yang terlibat. Terima kasih diucapkan kepada pihakpengurusan tertinggi UiTM Cawangan Kelantan, Bahagian Hal Ehwal Akademik, KetuaPusat Pengajian Fakulti Pengurusan dan Perniagaan, pengarah program, para juri dansemua ahli jawatankuasa yang terlibat dalam menyokong dan menjayakan program ini.PROGRAM STUDENTS LEARNINGTHROUGH INNOVATION AND DESIGNCOMPETITION (SLIDc 2023)Penyedia Laporan:Puan Norsilawati Mohd HassanPengarah ProgramStudents Learning Through Innovation and Design Competition (SLIDc 2023)2
MACHANG, 6 Januari - Jawatankuasa Perwakilan Kolej Tun Hussein Onn dengankerjasama Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia Negeri Kelantan (BSMM) telahmengadakan program bertajuk First Aid Workshop: First-Response Training di Blok D,D310, UiTM Cawangan Kelantan. Program ini terbuka kepada semua mahasiswa UiTMCawangan Kelantan dan telah disertai oleh 65 orang peserta. Kursus bermula pada jam8.00 pagi dan berakhir pada jam 12.00 tengah hari.FIRST AID WORKSHOP:FIRST-RESPONSE TRAININGPenyedia Laporan:Saudari Fatin Alia HamrizanPengarah ProgramFirst Aid Workshop: First-Response TrainingMatlamat program ini adalah untukmendedahkan dan menyebarkanmengenai ilmu pertolongan cemasdengan lebih meluas kepadamahasiswa serta melahirkanmahasiswa yang sentiasa bersediauntuk menghadapi kecemasan.Program ini dihadiri oleh Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar, Encik Meer Zhar Farouk AmirRazli dan Staf Residen Kolej Tun Hussein Onn, Encik Mohammad Amir Taufik Abu Hassan.Selain itu, program juga turut dihadiri oleh Naib Yang Dipertua Majlis Perwakilan PelajarSesi 22/23, Saudara Muhammad Firdaus Mohamed Sohaimi serta penceramah dariPersatuan Bulan Sabit Merah Malaysia Negeri Kelantan iaitu Encik Norudin Yaacob.Para peserta program ini telah memberi kerjasama dan perhatian sepenuhnya sepanjangprogram dijalankan. Banyak pengisian yang diberikan oleh Encik Norudin bermula darisesi ceramah sehingga sesi latihan dalam kumpulan. Semua peserta dapat mempelajaricara untuk memberikan pertolongan cemas, cara membalut luka serta cara mengusungpesakit dengan betul.Encik Meer Zhar Farouk Amir Razli amat terharu dan berbangga kerana JPKTHO berjayamengadakan program ini. Beliau juga kagum dengan semangat para peserta dalampenglibatan program ini. Akhir kata, beliau berharap agar lebih banyak program lainberbentuk ilmiah yang dapat dijalankan pada masa yang akan datang.3
MACHANG, 6 Januari - Sebelum semester sesi 1 2023/2024 melabuhkan tirai, PusatPengajian Siswazah UiTM Cawangan Kelantan (UiTMCK) telah menganjurkan programPostgraduate Research Colloquium yang bertujuan untuk memberikan bantuan sertamaklumat kepada calon-calon sarjana dan kedoktoran yang sedang dalam prosesmenyiapkan hasil penyelidikan dan penerbitan.Kolokium ini bermula dengan sesi webinar bertajuk Smart Moves: How AI Jazzes Up YourResearch Experience yang diisi dengan pendedahan kepada peserta mengenai perananpenggunaan AI (Artificial Intelligence) dalam proses penyelidikan mereka.Sesi pembentangan selari dijalankan di mana setiap peserta mendapat peluang untukmembentangkan laporan kemajuan penyelidikan mereka. Pembentangan ini dinilai olehpenyelia berpengalaman dari UiTMCK, yang memberikan pandangan dan panduan yangbernilai kepada para peserta.Penganjuran program ini berjalan dengan lancar hasil kerjasama yang erat antara ahlijawatankuasa yang berdedikasi dan moderator yang berpengalaman. Harapan kami agarprogram ini dapat memberikan manfaat kepada calon sarjana dan kedoktoran dalammeningkatkan kualiti hasil penyelidikan mereka.Kami mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat atas sokongan sertaberharap program seumpama ini dapat sentiasa diteruskan pada masa hadapan demikemajuan warga komuniti penyelidikan.POSTGRADUATE RESEARCHCOLLOQUIUM 2023/2024Penyedia Laporan:Dr. Tg Nur Liyana Tengku Mohamed FauziPenyelarasProgram Pascasiswazah (Penyelidikan)4
PENGKALAN CHEPA, 6 Januari – Jawatankuasa Perwakilan Kolej Tun Hussein Onndengan kerjasama Kelab Intellectual Members of Muslim Nation (IMAN) telah berjayamenganjurkan program Kongsi Kasih 2.0 di Rumah Seri Kenangan, Pengkalan Chepa,Kelantan. Program ini telah berlangsung dari jam 8.30 pagi hingga 1.45 tengah hari.Matlamat program ini adalah untuk memberikan peluang kepada mahasiswa untukberamah mesra dengan penghuni warga emas di Rumah Seri Kenangan. Mahasiswa jugadapat mempraktikkan kemahiran komunikasi dalam suasana yang mencabar, sekali gusmenanam rasa kasih sayang terhadap warga emas. Selain itu, program ini berjayamembentuk mahasiswa yang bertanggungjawab terhadap masyarakat serta menyemaikesedaran dan keinsafan untuk sentiasa menghormati ibu bapa dan orang tua.Kunjungan kami ke Rumah Seri Kenangan Taman Kemumin telah disambut mesra olehPuan Salihah Kamarudin selaku Penguasa Rumah Seri Kenangan, bersama Puan NoorSuhaira Ya’acob, Pembantu Pembangunan Masyarakat di rumah tersebut. Turutmengiringi lawatan ini ialah Encik Muhammad Faiz Iskandah, Staf Residen Kolej TunHussein Onn yang juga merupakan Penasihat Program Kongsi Kasih, serta Dr. MohdKhusyairie Marzuki, Penasihat Kelab Intellectual Members of Muslim Nation (IMAN).Lawatan ini turut disertai oleh Saudari Nur Aleeya Maisara Azizuddin, PresidenJawatankuasa Perwakilan Kolej Tun Hussein Onn sesi 2022/2023, dan Saudara TengkuAhmad Danial Tengku Noor Ashraf, Presiden Kelab Intellectual Members of Muslim Nation(IMAN) sesi 2022/2023.Program ini telah menerima maklum balas yang amat positif daripada Puan SalihahKamarudin, Penguasa Rumah Seri Kenangan, yang menyatakan penghargaan beliau ataskeprihatinan dan usaha mahasiswa dalam menganjurkan aktiviti yang membawakeceriaan kepada penghuni rumah tersebut. Beliau turut menekankan betapa pentingnyainisiatif seperti ini dalam membina hubungan erat antara generasi muda dan warga emas,selain menyemai nilai kasih sayang dan hormat kepada golongan tua.Secara keseluruhannya, program ini bukan sahaja berjaya mencapai objektif yang telahdirancang, malah meninggalkan impak yang mendalam kepada semua pihak yangterlibat. Mahasiswa bukan sahaja dapat mempraktikkan nilai-nilai murni, tetapi jugamenerima pengalaman berharga yang mampu membentuk jati diri mereka sebagai insanyang bertanggungjawab terhadap masyarakat. Dengan kejayaan ini, diharapkan lebihbanyak program seumpama ini dapat dijalankan pada masa hadapan demimemperkukuh nilai kemanusiaan dan kesejahteraan bersama.PROGRAM KONGSI KASIH 2.0Penyedia Laporan:Saudara Naimi Adriana Muhammad MaulanaPengarah ProgramKongsi Kasih 2.05
KUALA LUMPUR, 8 Januari - Tiga orang pensyarah kanan Kolej Pengajian Seni Kreatif(KPSK), UiTM Cawangan Kelantan mempamerkan karya seni mereka di Pameran ‘Canai 3’bertempat di KL City Spark, GMBB, Kuala Lumpur yang bermula dari 8 Januari 2024sehingga 31 Mac 2024. Pensyarah yang terlibat termasuk Encik Mohd Faizal Ramli, EncikSarman Mohamad dan Encik Junaidi Awang bersama 3 orang artis dari pelbagai latarbelakang mempamerkan karya-karya hasil penyelidikan ilmiah dalam pengkhususan senivisual seperti catan, arca, batik, cetakan, rekaan produk dan grafik. Pameran ini adalahhasil inisiatif anjuran Pusat Pengajian Pasca Siswazah, Akademi Seni Budaya dan WarisanKebangsaan (ASWARA) dengan kerjasama GMBB, Kuala Lumpur bertujuan untukmempamerkan karya seni visual hasil penyelidikan kreatif.PAMERAN SENI VISUAL ‘CANAI’:3 ORANG PENSYARAH KPSK DIGMBB KUALA LUMPURPenyedia Laporan:Encik Junaidi AwangPensyarah KananKolej Pengajian Seni KreatifEncik Mohd Faizal mempamerkan beberapa sirikarya arca kontemporari yang menggunakanbahan asas kayu seperti cengal melaluipenyelidikan bertajuk ‘Akulturasi KomponenSeni Bina Tradisi Berasaskan PendekatanBudaya dalam Arca Kontemporari’. Karyainstalasi post-modern penerokaan mediabaharu melalui kaedah seni cetakan puladipamerkan oleh Encik Sarman dengan tajukkajiannya ‘Penerapan Seni Cetak Bebas ToksikSebagai Alternatif Pengkaryaan Melalui KonsepEkosentrism’. Manakala Encik Junaidi tampildengan siri-siri batik catan berkonsepkanabstrak dengan tema kelestarian alam yangdihasilkan di atas beberapa bahan serapanterbuang hasil penyelidikan eksplorasi kreatifbeliau bertajuk ‘Batik Catan Lestari MelaluiAplikasi Serapan Alternatif’.Pameran boleh dilawati secarapercuma di Tingkat 2 GMBB, KualaLumpur bermula dari jam 11.00 pagihingga 6.00 petang. GMBB ialahpusat beli-belah komuniti kreatif diBukit Bintang yang menyediakansewaan ruang galeri kepada komunitiseniman untuk mempamerkan karyamereka kepada tatapan umum sertasebagai hab yang berdaya usahamenawarkan peluang kolaboratif dankolektif demi kepentingan bersama.6
MACHANG, 10 Januari - Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), UiTM CawanganKelantan telah berjaya menganjurkan persidangan International Conference on Islam andGlobal Issues (iCIGI 2024) bagi kali ke-2 yang bertemakan “The Future of Islam: NavigatingChallenges in Local Values and Global Interconnectedness” pada 10 Januari 2024 (Rabu).Persidangan ini dianjurkan dengan kerjasama rakan kolaborasi iaitu Universiti Malaya(UM), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Universiti Sultan Sharif Ali (UNISSA) danInstitut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).Persidangan ini telah berlangsung selama satu hari dan diadakan secara bersemukabertempat di HRD-A, UiTMCK dan juga secara dalam talian melalui platform YouTube danWebex. Pada sesi pagi, Majlis Perasmian Pembukaan iCIGI2024 telah disempurnakan olehProfesor Datuk Dr. Shahrin Sahib@Sahibuddin, FASc, Naib Canselor UiTM. Majlisditeruskan dengan penyampaian ucaptama daripada tiga orang keynote speaker iaituProfesor Dr. Mohd Afandi Mat Rani, Dekan Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS)UiTM, Dr. Hajah Mas Nooraini Haji Mohiddin, Dekan Pusat Penyelidikan Mazhab Shafi’i,Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), Brunei dan Profesor Dr. Mohd Fauzi Hamat,Dekan Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya (UM).Manakala pada sesi petang pula, persidangan diteruskan dengan 13 sesi persidanganmengikut tema masing-masing dan diakhiri dengan Majlis Perasmian Penutup iCIGI2024yang telah disempurnakan oleh Dr. Norzieha Mustapha, Timbalan Rektor, BahagianPenyelidikan, Jaringan Industri & Alumni.Persidangan ini telah dihadiri oleh seramai 100 orang peserta secara bersemuka yangterdiri daripada Jawatankuasa Eksekutif Negeri, Ketua Pusat Pengajian, para pensyarahdan juga para pelajar. Manakala jumlah peserta dalam talian adalah seramai 1,800penonton. Program ini juga mendapat sambutan yang baik daripada kalangan ahliakademik, pihak industri dan juga pelajar. Sebanyak 80 penyertaan diterima untukpembentangan kertas kerja daripada pelbagai institusi di dalam dan luar negara.Tujuan persidangan ini diadakan adalah untuk menggalakkan budaya penyelidikanberkaitan Islam dan isu-isu global semasa serta sebagai wadah diskusi dan interaksi dalamkalangan para penyelidik tentang Islam dan isu-isu global semasa. Melalui persidangan ini,bahan atau karya ilmiah yang berkaitan dengan Islam dan isu-isu global masa kini dapatdikumpulkan dan diterbitkan untuk menjadi bahan rujukan pada masa hadapan.INTERNATIONAL CONFERENCEON ISLAM AND GLOBAL ISSUES(iCIGI 2024)Penyedia Laporan:Dr. Mohd Miqdad Aswad Ahmad,Pengarah Program iCIGI2024/ Pensyarah Kanan7Akademi Pengajian Islam Kontemporari
MACHANG, 11 Januari - Unit Komunikasi Korporat telah mengadakan satuPerjumpaan Staf & Ahli Jawatankuasa Unit Komunikasi Korporat bagi tahun 2024bersama Rektor UiTM Cawangan Kelantan pada 11 Januari 2024.Tujuan perjumpaan bersama staf & ahli jawatankuasa Unit Komunikasi Korporat iniadalah bagi menggariskan hala tuju UiTM Cawangan Kelantan selaras dengankeperluan universiti.PERJUMPAAN STAF & AHLIJAWATANKUASA UNITKOMUNIKASI KORPORAT BAGITAHUN 2024 BERSAMA REKTORUiTM CAWANGAN KELANTANPenyedia Laporan:Unit Komunikasi Korporat8
GUA MUSANG, 11 Januari – Program Jelajah Senoi telah berjaya diadakan di SekolahKebangsaan Pos Brooke, Gua Musang, Kelantan anjuran Siswa Siswi PertahananAwam (Kor-SISPA) UiTM Cawangan Kelantan pada 11 Januari 2024. Program inidirasmikan oleh Encik Meer Zhar Farouk Amir Razli, Timbalan Rektor Hal EhwalPelajar (HEP) UiTM Cawangan Kelantan.Turut hadir ke program ini ialah Lt. Kol. Bersekutu (PA) Wan Firdaus Wan Mohamed,Ajutan Kor Sispa UiTM Cawangan Kelantan dan Pegawai-pegawai Bersekutu UiTMCawangan Kelantan, Lt. (PA) Ahmad Suhaizi Ahmad Suhaimi, Pegawai PertahananAwam Daerah Machang, dan PPAD Gua Musang serta Timbalan PPAD Gua Musangjuga turut hadir bagi memeriahkan lagi program ini.Tujuan program ini adalah untuk merapatkan hubungan ukhuwah antara PegawaiKadet SISPA UiTMCK dengan warga SK Pos Brooke serta memberi pendedahantentang khidmat masyarakat kepada Pegawai Kadet SISPA dan memupuk nilai sivikdalam diri Pegawai Kadet SISPA. Seramai 20 orang peserta dalam kalangan pelajarsekolah tersebut telah hadir dalam menjayakan program pada kali ini.PROGRAM JELAJAH SENOI DISEKOLAH KEBANGSAAN POSBROOKEPenyedia Laporan:SM (PA) Puteri Balqis MukhtarSetiausaha AgungKor-SISPA9
MACHANG, 13 Januari - Program Karnival Kerjaya MyFutureJobs Graduan X UiTMCawangan Kelantan 2024 yang dianjurkan hasil kerjasama Unit Kerjaya & Kaunseling(UKK) UiTM Cawangan Kelantan dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) NegeriKelantan. Penganjuran bersama antara universiti, mahasiswa dan para majikan inimerupakan satu alternatif terbaik dalam menyampaikan informasi kerjaya dan peluangpeluang kerjaya kepada masyarakat umum, para pencari kerja, graduan dan bakal-bakalgraduan yang telah tamat pengajian di Institut Pengajian Tinggi Awam mahupunSwasta.Tujuan program ini diadakan adalah untuk meningkatkan kebolehpasaran mahasiswadalam mendapatkan pekerjaan dan berkongsi ilmu tentang kerjaya kepada bakalgraduan dengan harapan ianya dapat mengurangkan kadar pengangguran dalamkalangan graduan. Selain mempunyai hard skills, mahasiswa sudah pastinya perlumempunyai soft skills iaitu ilmu pengetahuan dan kemahiran untuk berkomunikasi,kemahiran kepimpinan (leadership) dalam memimpin apabila berada di alam kerjaya,kemahiran penyelesaian masalah (problem solving) dan kerjasama iaitu teamworkdalam bekerja. Program sebegini amat besar manfaatnya kepada semua terutamanyakepada bakal graduan UiTM, pencari-pencari kerja dan komuniti setempat demimeningkatkan ekonomi rakyat Kelantan.Penganjuran sebegini juga merupakan satu program CSR (Corporate SocialResponsibility) yang bermatlamat untuk memberi manfaat kepada semua. Selain itu,program ini juga membuka mata masyarakat di luar sana bahawa badan-badankerajaan yang dipertanggungjawabkan seperti PERKESO sentiasa bekerja keras untukmemastikan ruang dan jawatan kosong dari majikan/ syarikat dapat terus dihebahkansecara meluas dan pantas kepada graduan, masyarakat dan para pencari kerja. Seramai12 syarikat telah menyertai dan hadir ke program ini serta menawarkan sebanyak 400kekosongan jawatan yang boleh diisi.PROGRAM KARNIVAL KERJAYAMYFUTUREJOBS GRADUAN XUiTM CAWANGAN KELANTAN2024Penyedia Laporan:Cr Zainab 'Izzah Mahmud KB, PA (MAL)Pegawai Psikologi KananBahagian Hal Ehwal Pelajar10
INNOVATION AND DESIGN COMPETITION (SLIDc 2023)MACHANG, 22 Januari – Jabatan Ekonomi, Fakulti Pengurusan dan PerniagaanUiTM Cawangan Kelantan telah mengadakan Majlis Perasmian Penutup ProgramStudents Learning Through Innovation and Design Competition (SLIDc 2023) pada22 Januari 2024. Majlis tersebut dilaksanakan secara atas talian melalui platformYoutube pada jam 3.00 petang dan telah dirasmikan oleh Dr. AzmahaniYaacob@Othman, Ketua Pusat Pengajian Fakulti Pengurusan dan Perniagaan UiTMCawangan Kelantan.SLIDc 2023 telah disertai oleh 159 kumpulan pelajar UiTM Cawangan Kelantan yangmengambil kursus ECO120, ECO162 dan ECO211 bagi semester Oktober 2023 hinggaFebruari 2024. Pertandingan ini menawarkan hadiah untuk tempat pertama, keduadan ketiga serta tiga hadiah khas bagi setiap kod subjek yang dipertandingkan.Program ini telah berjaya melahirkan pelajar yang berinovatif dan kreatif menerusi\"pembelajaran berasaskan permainan\" dan ianya mampu menjadi platform kepadapelajar untuk mempamerkan kemampuan mereka mencipta dan menghasilkanidea yang terkini dan di samping memahami mata pelajaran ekonomi dalamsuasana yang lebih menyeronokkan.MAJLIS PERASMIAN PENUTUPPROGRAM STUDENTS LEARNINGTHROUGH INNOVATION ANDDESIGN COMPETITION(SLIDC 2023)Penyedia Laporan:Puan Norsilawati Mohd HassanPengarah ProgramStudents Learning Through Innovation and Design Competition (SLIDc 2023)11
Turut hadir bersama ialah Ketua Pusat Pengajian KPSK, UiTM Cawangan Kelantan,Dr. Nani Hartina Ahmad dan Encik Azlizam Samad, Guru Besar SK Bukit Tiu.Manakala fasilitator KPSK yang terlibat adalah Puan Rohaizan Mat Nashir@MohdNasir selaku Ketua Projek, Encik Junaidi Awang, Encik Hamdan Lias, Encik YusofDaud@Ismail, Puan Aneeza Mohd Adnan, Puan Anis Ediana Mohd Fauzi, PuanNoor Hafiza Ghazali, Puan Siti Safura Zahari, Puan Nurin Elani Makrai, Puan MazniOmar dan Puan Hartini Mohd Razali.Buat julung kalinya, penganjuran program ini adalah untuk memberi pendedahanilmu dan kepakaran pensyarah KPSK khususnya dalam bidang seni kepada muridmurid sekolah. Pemilihan kaedah perkongsian dan pengajaran lukisan doodleyang bertemakan “Sekolahku” bertujuan untuk memberi satu pengalamankeseronokan dan terapi kepada murid melalui pembelajaran di luar bilik darjah.Fun with doodle Art diterjemahkan melalui keterujaan, ekspresi dan luahan muridmelalui lukisan yang dihasilkan. Murid didedahkan dengan cara penggunaanwarna dan media yang bersesuaian mengikut kreativiti sendiri. Sasaran muridTahap Dua iaitu Darjah 4, 5 dan 6 ini bertujuan untuk mencungkil bakat disamping melahirkan potensi diri dan keyakinan murid untuk lebih kreatif dalampelbagai cara serta keupayaan. Bukan itu sahaja, ia dapat mencetuskan minatmurid kepada seni berpandukan sukatan pelajaran dan tahap pembelajaransekolah rendah.Pengisian ini membantu murid mengisi masa lapang di sekolah dan di rumahdengan aktiviti yang berfaedah. Rentetan daripada itu, pihak sekolah dan pelajardapat menggunakan hasil karya tersebut untuk keceriaan ruang yang menjuruskepada penambahan nilai keusahawanan diri melalui hasil jualan murid-murid.PROGRAM ART CAMP:FUN WITH DOODLE ARTMACHANG, 24 Januari – Kolej PengajianSeni Kreatif, UiTM Cawangan Kelantandengan kerjasama Sekolah KebangsaanBukit Tiu telah mengadakan program ARTCAMP: Fun with Doodle Art bertempat diSekolah Kebangsaan Bukit Tiu pada 24Januari 2024. Program ini telah melibatkanbeberapa orang fasilitator terdiri daripadapensyarah Kolej Pengajian Seni Kreatif(KPSK), Alumni KPSK UiTMCK, 105 orangmurid Tahap Dua serta para guru SK BukitTiu. Program ini berlangsung pada jam8.00 pagi dan berakhir pada jam 1.00tengah hari.12
Peserta program Art Camp: Fun With Doodle Art telah memberikan kerjasama danperhatian sepenuhnya sepanjang program berlangsung. Penyelaras program bagipihak sekolah iaitu Puan Wan Shariza Wan Bharudin bersama guru-guru telahmemberi kerjasama baik dengan memantau dan memastikan murid mengikutpanduan dan arahan yang diberikan.Pada akhir program, para murid telah diminta untuk memberi respon denganberkongsi dan membentangkan karya doodle mereka mengikut cara danpemahaman masing-masing. Hasil lukisan doodle semua murid akan dipamerkan diruang dinding SK Bukit Tiu sebagai satu penghargaan atas kesungguhan danketekunan murid dalam menyiapkan hasil kerja mereka.Program ini dilihat telah memberi impak dan kesan baik dari segi emosi muridkerana mereka dapat berfikir secara kreatif dan kritis. Ini sekaligus dapatmeningkatkan semangat dan perkembangan murid untuk berfikir dengan lebihmatang. Pihak KPSK berbesar hati mengadakan program jalinan kerjasama inikerana maklum balas dan penerimaan yang baik daripada pihak sekolah sebagaiasas permulaan kolaborasi dalam bentuk program ilmiah kepada murid sekolah.Melalui rakan strategik sebagai fokus utama, fungsi UiTMCK sebagai gedung ilmudiharapkan dapat diserapkan kepada komuniti setempat.Penglibatan pensyarah dengan usaha sama Alumni KPSK UiTMCK dan jugakomuniti setempat telah menghasilkan kesan yang positif dalam penganjuranprogram yang menjuruskan pengisian ilmu ini. Justeru, kolaborasi mantap ini dapatmembina sahsiah dan melahirkan kreativiti untuk manfaat bersama di sampingmembuka peluang kerjasama erat Alumni KPSK walaupun telah menamatkanpengajian.Guru Besar, Encik Azlizam Samad amat berbangga dan terharu dengan penglibatanmurid serta berasa sangat bertuah dengan kehadiran pertama kali pihak KPSK UiTMCawangan Kelantan dalam menganjurkan program seperti ini. Beliau turut berharapagar lebih banyak lagi program berbentuk kreatif dan inovatif dapat dijalankan padamasa hadapan.Penyedia Laporan:Puan Rohaizan Mat Nashir@Mohd NasirPensyarah KananKolej Pengajian Seni KreatifEncik Hamdan LiasPensyarah KananKolej Pengajian Seni Kreatif13
INDONESIA, 29 Januari - Institut Teknologi Telkom Purwokerto telah menganjurkanPameran Poster Internasional POST HUMAN buat kali ke-3 yang bertempat diKarsadia Culture Space dan Satria Gallery, Indonesia pada 29 Januari. Pameranposter antarabangsa ini merupakan pameran tahunan yang dianjurkan oleh InstitutTeknologi Telkom Purwokerto yang melibatkan penyertaan para pereka daripada 20negara bagi pameran POST HUMAN Jilid 1 dan Jilid 2.KARYA ILUSTRASI POSTERPENSYARAH DAN PELAJARDARIPADA JABATAN SENI REKAGRAFIK & MEDIA DIGITAL, KPSKTERPILIH DALAM POST-HUMANINTERNATIONAL POSTEREXHIBITION BERTEMPAT DIPURWOKERTO, INDONESIAPameran poster antarabangsa ini merupakanundangan kolaborasi antara Institut TeknologiTelkom Purwokerto dan Universiti TeknologiMARA Cawangan Kelantan. Undangan CikRoziani Mat Nashir@Mohd Nasir sebagai cocurator dalam pameran ini membuka ruangkolaborasi sinergi untuk pameranantarabangsa bagi pelajar Jabatan Seni RekaGrafik & Media Digital. Pameran ini menjadiplatform bagi pelajar yang terlibat dalammengekspresikan hasil karya poster diperingkat global.Acara tahunan yang ketiga Pameran Poster Internasional POST HUMAN inibertumpu kepada tema Post-Human #3 Toxicity, di mana harapan dipersembahkansebagai penawar yang memainkan peranan dalam memulihkan semula sifat toksikbandar-bandar. Para artis menampilkan hasil karya menarik yang menggambarkanbudaya kemasyarakatan dan diterjemahkan dalam bentuk karya seni berupa poster.Acara ini berfungsi sebagai platform visual untuk pertukaran dialektikal denganmenggunakan teknologi untuk menterjemahkan harapan mereka terhadap masahadapan.14
Pameran poster antarabangsa ini telah melibatkan penyertaan daripada 35 buahnegara, 11 universiti dan 6 komuniti. Hasil karya ilustrasi poster daripada pensyarahdan pelajar daripada Jabatan Seni Reka Grafik & Media Digital, Kolej Pengajian SeniKreatif, UiTM Cawangan Kelantan turut terpilih dalam pameran poster antarabangsatersebut. Hasil karya ilustrasi poster daripada Cik Roziani Mat Nashir@Mohd Nasirmengangkat tema Post Human: Toxicity. Manakala 3 orang pelajar semester 5 yangterpilih adalah Saudari Nurin Nazihah Abd Gani, Saudari Nurain Jahari dan SaudariRusyda Damia Iskandar. Semua hasil karya yang terpilih telah menepati kriteriailustrasi poster dan mempamerkan tema yang sama.Karya-karya yang terpilih ini dapat mencerminkan bakat melalui ilustrasi poster yangwujud dalam komuniti seni global. Pameran ini juga dapat dijadikan platform untukmempamerkan bakat dan hasil karya melalui rekaan grafik. Pada masa yang sama,dengan penglibatan pensyarah dan pelajar daripada Kolej Pengajian Seni Kreatif ini,secara tidak langsung telah menaikkan nama UiTM Cawangan Kelantan di peringkatantarabangsa. Melalui pameran antarabangsa ini juga, para pereka muda keluaranUiTM Cawangan Kelantan dapat memperkembangkan hubungan dalam komunitiartistik dan mempertingkatkan ruang kreativiti sebagai respons kepada apa jua isuberkaitan yang terjadi dalam masyarakat dunia.Penyedia Laporan:Cik Roziani Mat Nashir@Mohd NasirPensyarahJabatan Seni Reka Grafik & Media DigitalKolej Pengajian Seni KreatifSaudari Nurin Nazihah Abd GhaniJabatan Seni Reka Grafik & Media DigitalKolej Pengajian Seni Kreatif15
KOTA BHARU, 5 Februari - Kolej Pengajian Seni Kreatif (KPSK) bersama RektorUiTMCK, Timbalan Rektor Bahagian Penyelidikan, Jaringan Industri dan Alumni(BPJIA) dan staf UiTMCK telah mengadakan satu lawatan ke Rumah Singgora di KotaBharu pada 5 Februari 2024. Lawatan dari UiTMCK telah disambut baik oleh EncikMohamad, pemilik Rumah Singgora.Tujuan utama kunjungan UiTM Cawangan Kelantan ke Rumah Singgora adalahuntuk berbincang mengenai usaha sama kolaborasi bagi beberapa program yangbakal dijalankan nanti. Antara intipati perbincangan antara pihak Kolej PengajianSeni Kreatif (KPSK) dan Rumah Singgora adalah untuk mengadakan sesi pameranpelajar yang akan dipamerkan di premis Rumah Singgora. Selain itu, pihak UiTMCawangan Kelantan amat berminat dalam perkhidmatan penyediaan makanantradisional terutamanya Nasi Kerabu dan berhasrat untuk mengusahakan tanamanulam-ulaman di sekitar kawasan kampus. Pihak UiTM Cawangan Kelantan turutdihidangkan makanan tengah hari berkonsepkan masakan ala kampung.Pihak Kolej Pengajian Seni Kreatif (KPSK) dan Pengurusan Tertinggi UiTM CawanganKelantan turut berkunjung ke Rumah Tiang 12 yang mana pemiliknya merupakanbekas alumni UiTM Cawangan Kelantan iaitu Encik Johan Arif. Tujuan lawatan adalahuntuk berbincang mengenai usaha sama kolaborasi seperti membuat pameran diRumah Tiang 12, membuat jualan kraf hasil produk pelajar dan membuat usahasamacollaborative teaching mengenai ukiran Rumah Tiang 12. Pihak KPSK juga turutmerancang untuk memeterai perjanjian MOU/MOA dengan Rumah Singgora danRumah Tiang 12 dalam masa yang terdekat.LAWATAN KE RUMAHSINGGORA & RUMAH TIANG 12DI KOTA BHARU KELANTANPenyedia Laporan:Dr. Nani Hartina AhmadKetua Pusat PengajianKolej Pengajian Seni Kreatif16
MACHANG, 6 Februari - Rabu, 7 Februari 2024 telah berlangsung sesi kemuncakTextile Diploma Show 2024 bagi pelajar tahun akhir Diploma Seni Reka Tekstil yangbakal menghabiskan pengajian di UiTM Cawangan Kelantan selama 2 ½ tahun yangdiadakan di Galeri KPSK. Program yang berlangsung selama 2 hari ini telah memberipendedahan umum kepada pelajar Jabatan Seni Reka Tekstil, Kolej Pengajian SeniKreatif tentang pengurusan acara majlis dan juga pameran. Selain itu, pelajar jugadiberi pendedahan dalam mengendalikan jualan karya akhir pelajar yang terdahulu.Program ini bermula pada 6 Februari 2024 sejurus setelah pelajar berkenaan selesaimenjalani Penilaian Akhir projek Diploma Seni Reka Tekstil dengan menghasilkan tigaproduk utama iaitu kain tenunan (weaving), batik (resist) dan juga kain cetakan(printing). Projek pelajar kali ini telah membawa tema “Seni Reka Tekstil KontemporariInspirasi daripada Ulam-ulaman di Malaysia” dan memberi nama “PUCUK” sebagaikonsep pameran dan peragaan. Promosi seawal satu minggu giat dijalankan bagimempromosi program ini baik dalam dan juga luar UiTM Cawangan Kelantan.Program ini mendapat galakan daripada para jemputan VIP UiTM terdiri daripadabarisan Jawatankuasa Eksekutif Negeri (JKEN) yang diketuai Profesor Dr. Haji AbdolSamad Nawi, Rektor UiTM Cawangan Kelantan serta kunjungan dari Pihak PusatPemulihan Akhlak (PPA) Machang. Selain itu, program ini turut dihadiri oleh wakilsekolah dari kawasan Machang dan Kolej Vokasional, Tanah Merah. Kunjunganpensyarah KPSK dan pelajar KPSK juga tidak kurang hebatnya sehingga ruang yangdisediakan telah dipenuhi oleh mereka seawal setengah jam sebelum programbermula.PROGRAM TEXTILE DIPLOMASHOW 2024, JABATAN SENIREKA TEKSTIL, KOLEJPENGAJIAN SENI KREATIFUiTM CAWANGAN KELANTAN17
Selain itu, pelajar daripada fakulti lain selain KPSK juga turut melibatkan diri dalamprogram ini dimana pelajar berkenaan menjadi peragawan dan peragawati bagimemperagakan karya pelajar. Program selama 3 jam ini telah diserikan dengan dua sesiperagaan tekstil hasil daripada karya pelajar tahun akhir yang memperagakan 15 pasangkain batik bagi sesi pertama, 15 pasang kain cetakan bagi sesi kedua dan mempamerkan15 helai kain tenunan di ruang pameran Galeri KPSK. Ucapan tahniah dipanjangkankepada semua tenaga pengajar Jabatan Seni Reka Tekstil kerana telah memberikan100% komitmen dalam memastikan kemenjadian pelajar Diploma Seni Reka Tekstil kaliini. Berikut merupakan bingkisan gambar semasa program berlangsung yangmempamerkan riak kegembiraan dan keyakinan diri oleh pelajar yang dibimbing olehpara pensyarah Jabatan Seni Reka Tekstil dalam mengendalikan program ini denganjayanya.Sesi taklimat pelajar bersama pensyarah yang diketuai oleh Encik Adib Mohd Hassan(Penyelaras Program CAAD112) dan Encik Yusof Daud@Ismail yang dibantu oleh PuanRohaizan Mohd Nasir yang merupakan figura penting dalam memastikan pergerakanperagaan ini berjalan dengan lancar. Sesi persiapan tempat telah berlangsung sehariawal dimana konsep yang digunakan memerlukan daya kreativiti demi memastikan iabertepatan dengan tema yang dipilih.Sekitar persediaan belakang pentas yang dibantu oleh para pensyarah bagi menyiapkanperagawan atau peragawati sebelum sesi peragaan tekstil bermula.Ucapan pembukaan oleh Profesor Dr. Haji Abdol Samad Nawi, Rektor UiTM CawanganKelantan dan ucapan aluan oleh Dr. Nani Hartina Ahmad, Ketua Pusat Pengajian SeniKreatif, UiTM Cawangan Kelantan. Sejurus selesai program, para tetamu dijemput untukmengunjungi tapak jualan karya tekstil dan turut mengunjungi pameran Diploma bagijabatan lain selain daripada Jabatan Seni Reka Tekstil. Program diakhiri dengan sesimengambil gambar kenang-kenangan bersama VIP dan tetamu jemputan.Penyedia Laporan:Puan Zainab AnuarPensyarahJabatan Seni Reka TekstilKolej Pengajian Seni Kreatif18
MACHANG, 7 Februari - Satukunjungan hormat oleh syarikatPetroliam Nasional Berhad(PETRONAS) telah berlangsung yangmelibatkan sesi perbincangan antarapihak PETRONAS bersama denganUiTM Cawangan Kelantan. PihakPETRONAS diwakili oleh seramai 5orang delegasi yang diketuai olehEncik Suhaimi Ahmad (PengurusBesar Kesihatan, Keselamatan &Alam Sekitar, PETRONAS) dan PuanMaria Teo (Pengurus Besar Kanan,Rakan Kongsi Sumber ManusiaGlobal, Pelaksanaan Projek &Teknologi, PETRONAS) manakalapihak UiTM Cawangan Kelantan puladiketuai oleh Profesor Dr. Haji AbdolSamad Nawi selaku Rektor UiTMCawangan Kelantan. Turut hadirbersama bagi pihak UiTMCK,Timbalan Rektor PJIA, KoordinatorICAN, Pegawai Psikologi Kanan UnitKerjaya dan Kaunseling, BahagianHal Ehwal Pelajar, Koordinator UnitKomunikasi Korporat dan PegawaiPerhubungan UiTM Global.KUNJUNGAN HORMAT &PERBINCANGAN PETRONAS KEUiTM CAWANGAN KELANTANPenyedia Laporan:Dr. Nazhatul Sahima Mohd YusoffKoordinator ICANBahagian Jaringan Industri, Komuniti & AlumniSesi perbincangan bertumpu kepada 2 program iaitu Program BeDigital Bootcamp(BDB) dan Collaboration with Higher Education Strategy Initiatives (CHESS).Program BeDigital Bootcamp (BDB) Siri 2 yang dapat membantu usaha GraduateEmployability (GE) UiTM bakal dijadualkan pada hujung bulan Februari 2024.Seramai 9 orang graduan dari UiTM Cawangan Kelantan yang telah berjaya disenaraipendek dan terpilih oleh pihak PETRONAS akan mengikuti program BDB peringkatzon Pantai Timur pada 24 Februari 2024 sehingga 6 Mac 2024 di Kuala Terengganu.Selain itu, perbincangan di antara pihak UiTM Cawangan Kelantan bersama pihakPETRONAS turut memfokuskan dalam merangka beberapa aktiviti yang bakaldirancang dan dilaksanakan yang menjurus kepada Program CHESS. Programtersebut disinergikan sebagai naratif kerjasama antara pihak PETRONAS dan UiTM.Semoga apa yang telah dirancang bakal dilaksanakan dengan jaya bagi mencapaihasil yang cemerlang buat kedua-dua belah pihak yang terlibat.19
PROGRAM KEM PERKASA DIRIANJURAN JAWATANKUASASTAF RESIDEN KOLEJ DAN NONRESIDEN NEGERI KELANTANPenyedia Laporan:Dr. Iskandar Hasan Tan AbdullahPengarah ProgramKem Perkasa Diri Siri 12MACHANG, 17 Februari – Jawatankuasa Staf Residen Kolej dan Non Residen telahmengadakan program Kem Perkasa Diri bertempat di UiTM Cawangan Kelantan,Kampus Machang dari 17 Februari 2024 hingga 19 Februari 2024. Program ini terbukakepada semua Jawatankuasa Perwakilan Kolej UiTM Cawangan Kelantan dan ianyatelah disertai oleh seramai 89 orang peserta. Kursus ini bermula pada jam 8.00 pagidan berakhir pada jam 5.00 petang.Matlamat program ini adalah untuk menambah ilmu pengetahuan, meningkatkansemangat kerja berpasukan, menambah baik pengurusan organisasi danmengeratkan ukhuwah antara ahli-ahli Jawatankuasa Perwakilan Kolej Tunku AbdulRahman, Tun Abdul Razak, Tun Hussein Onn, Dato Onn, Tun Dr. Mahathir dan NonResiden. Program ini juga bermatlamat untuk membantu mereka yang terlibat untukmemanfaatkan ilmu yang dipelajari serta mengembangkan lagi ilmu berkaitanpengurusan dan pentadbiran organisasi kolej secara menyeluruh.Program ini dihadiri oleh Staf Residen Kolej UiTM Cawangan Kelantan, dari Kolej TunDr. Mahathir iaitu Cik Ruhayu Nurdin, Puan Hajar Che Ya dan Encik Edy Faizal Ramli;dari Kolej Dato Onn iaitu Dr. Iskandar Hasan Tan Abdullah, Encik Mat Shayuti Mokhtardan Encik Mohd Ismarisham Ismail; dari kolej Tun Hussein Onn iaitu Encik Wan MohdFirdaus, Encik Faiz Iskandah, Encik Mohd Amir Taufik dan Puan Wan Salwana; darikolej Tun Abdul Razak iaitu Puan Ummu Aiman, Encik Norish Hasmi Awang; dari kolejTunku Abdul Rahman iaitu Dr. Mohd Miqdad Aswad dan Encik Ahmad Khairuddin;manakala dari Non Residen pula ialah Encik Faizal Bahari.Peserta Kem Perkasa Diri telah menampilkan semangatkerjasama yang erat dengan mengikuti segala aktivitiaktiviti yang disediakan dengan penuh dedikasi dansemangat. Rektor UiTM Cawangan Kelantan, Profesor Dr.Haji Abdol Samad Nawi amat terharu dan berbanggakerana Jawatankuasa Staf Residen Kolej dan Non Residenberjaya mengadakan program KPD siri Kedua Belas danterharu dengan semangat peserta yang telah mengikutiprogram ini. Manakala, Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar,Encik Meer Zhar Farouk Amir Razli yang turut hadir dalammajlis Program KPD Kedua Belas ini juga berharap agarlebih banyak lagi program berlandaskan matlamatpemerkasaan Jawatankuasa Perwakilan Kolej dapatdibuat pada masa akan datang. Banyak pengisian yangtelah diberikan oleh Encik Faiz Iskandah selaku KetuaFasilitator, dibantu oleh Encik Mohd Amir Taufik dari segisesi ceramah sehingga sesi amali. Semua peserta diberipeluang mempraktikkan kemahiran sebagai JPK denganlebih baik. Semoga amalan dan ilmu yang dipelajarisepanjang perjalanan program dapat diterjemahkanuntuk kebaikan bersama di UiTM Cawangan kelantan.20
MAJLIS APRESIASI PEGAWAIPSIKOLOGI UiTMPenyedia Laporan:Puan Zainab 'Izzah Mahmud KB, PA (MAL)Pegawai Psikologi KananBahagian Hal Ehwal PelajarMACHANG, 19 Februari - Sekalung tahniah diucapkan kepada Unit Kerjaya &Kaunseling UiTM Cawangan Kelantan kerana telah berjaya merangkul dua kategoriAnugerah iaitu Anugerah Perkhidmatan Psikologi & Kaunseling Terbaik KampusNegeri (UKK Berketerampilan) dan Anugerah Pencapaian PI 39. Pengiktirafan inidiberikan atas pencapaian sepanjang tahun 2022/2023.Terdapat 15 senarai anugerah yang telah dipertandingkan iaitu 10 Anugerah KampusTerbaik, 3 Anugerah Individu Terbaik dan 2 Anugerah Khas Timbalan Naib CanselorHEP UiTM. Tujuan penganugerahan ini diberikan adalah untuk memberi pengiktirafankepada pegawai psikologi yang mengamalkan budaya kerja cemerlang, berintegriti,berperibadi tinggi, berkualiti, proaktif dan boleh dicontohi oleh rakan sekerja yang lain.Antara kriteria lain yang diambil kira adalah pusat/unit yang mencapai piawaiandengan hasil sumbangan yang boleh dicontohi kepada kampus/cawangan lain danprogram yang dilaksanakan mempunyai impak yang baik dan memberi manfaatkepada warga UiTM.Majlis ini telah berlangsung di Bahang Bay Hotel, Pulau Pinang sempena MesyuaratPegawai Psikologi Seluruh Sistem UiTM 2024 (MePPsi), Majlis Apresiasi PegawaiPsikologi UiTM dan Bengkel Kompetensi Profesional Pegawai Psikologi pada 19 hingga21 Februari 2024.21
INDEXED JOURNALPUBLICATION: ENHANCINGRESEARCH VISIBILITY THROUGHEFFECTIVE WRITING ANDPUBLICATION STRATEGIESPenyedia Laporan:Dr. An Nur NabilaPensyarah KananFakulti Pengurusan dan PerniagaanMACHANG, 22 Februari - Fakulti Pengurusandan Perniagaan (FPP) UiTM CawanganKelantan telah berjaya mengadakan satubengkel penulisan yang bertajuk IndexedJournal Publication: Enhancing ResearchVisibility Through Effective Writing andPublication Strategies pada 22 Februari 2024bertempat di Dewan Hassan Said (DHS), UiTMKampus Kota Bharu.Seramai 40 orang pensyarah dari FPP telah hadir ke program ini. Tujuan program inidiadakan adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan memupuk budaya penulisandalam kalangan para pensyarah serta memberi ruang kepada para pensyarah untukmenyiapkan artikel masing-masing. Program ini dijayakan oleh empat orang ahlijawatankuasa URMI FPP iaitu Dr. An Nur Nabila Ismail selaku pengarah program danturut dibantu oleh Dr. Siti Zahirah Omar, Dr. Cheam Chai Li dan Encik Ahmad FaizAbdul Halim selaku fasilitator. Program telah dirasmikan oleh Ketua Pusat PengajianFPP, Dr. Azmahani [email protected] ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran penceramah jemputan Dr. WanMarhaini Wan Omar yang telah berkongsi ilmu tentang penyelidikan berindeks.Dengan adanya program seperti ini, ianya dapat membantu untuk menyemarakkanbudaya menulis dan penerbitan dalam kalangan pensyarah.22
MACHANG, 22 Februari - Kolej Pengajian Pengkomputeran Informatik danMatematik (KPPIM) UiTM Cawangan Kelantan telah mengadakan programbertajuk Let’s 3S: Strike, Spare & Smile pada 22 Februari 2024. Program inibertujuan untuk menyemarakkan semangat persaingan yang sihat dalamkalangan staf KPPIM. Dengan menggabungkan elemen persaingan yang sihatbeserta aspek kebersamaan, program ini menjadi platform buat staf KPPIMuntuk bersatu dalam semangat persaudaraan untuk mencapai matlamatbersama. Selain itu, program ini dapat memberi peluang kepada staf untukbersantai dan menikmati masa bersama-sama di luar persekitaran kerja,seterusnya dapat menyumbang kepada peningkatan kesejahteraan emosi danmental.Pengarah program bagi penganjuran kali ini ialah Cik Noorfadzilah Arifin, danprogram ini telah berlangsung dengan jayanya. Semoga ilmu dan manfaat yangdiperolehi dapat dijana ke arah kebaikan UiTM khususnya dan negara amnya.PROGRAM LET’S 3S:STRIKES, SPARE & SMILEPenyedia Laporan:Puan W.Nurfahizul Ifwah W.AliasPensyarah KananKolej Pengajian Pengkomputeran Informatik dan Matematik (KPPIM)23
Penyedia Laporan:Prof. Madya Dr. Marziana Madah MarzukiPensyarah KananFakulti PerakaunanMenurut Pengarah Projek kursus ini iaitu Prof. Madya Dr. Marziana Madah Marzuki,kursus akhir ini merupakan kursus yang paling ramai dihadiri pentadbir masjidmelibatkan 273 pentadbir masjid dari 91 mukim masjid. Ia bertujuan untukmemartabatkan kembali masjid yang bukan sahaja dipandang tinggi keranafungsinya sebagai pusat agama bahkan juga kerana kompetensi pentadbirpentadbirnya. Kursus ini berlangsung selama dua hari dari 23 Februari sehingga 24Februari 2024. Pengisian hari pertama seperti biasa, pentadbir masjid didedahkandengan topik integriti dalam pengurusan masjid serta sistem perakaunan masjid.Hari kedua kursus, pentadbir masjid didedahkan dengan tatacara pengurusankewangan masjid yang telah dibina hasil kerjasama MAIK dan Fakulti Perakaunan.Bagi memastikan pentadbir masjid dilengkapi dengan teknologi yang terkini,pentadbir masjid juga diperkenalkan dengan Sistem Perekodan Masjid (SPM) bagimemudahkan mereka merekod transaksi masjid dengan lengkap dan telus.KOTA BHARU, 23 Februari - Fakulti Perakaunan UiTM Cawangan Kelantan dengankerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) denganjayanya telah mengadakan Kursus Pengurusan Kewangan Masjid Jajahan PasirMas bagi kali yang ke-11 bertempat di H Elite Hotel Kota Bharu pada 23 Februari2024. Kursus ini merupakan kursus akhir yang diadakan oleh Fakulti Perakaunandan MAIK bagi melengkapkan 10 jajahan di seluruh negeri Kelantan sebagaimanayang telah dimeterai dalam perjanjian di antara kedua-dua pihak sejak tahun 2019.KURSUS PENGURUSANKEWANGAN MASJID JAJAHANPASIR MASSebagai penutup, peserta-peserta diraikandalam majlis penutup dengan majlispenyampaian sijil kepada semua peserta danpenyampaian hadiah kepada pemenang kuiz.Majlis penutup turut dihadiri Ketua PusatPengajian Fakulti Perakaunan, Dr. Nik ZamNik Wan, Timbalan Pengarah Projek Dr. WanZurina Nik Abdul Majid serta tetamukehormat MAIK antaranya Encik RidhwanAbdul Rahman, Ketua Pegawai BaitulmalMAIK dan Encik Rosli Mohammad, PenolongPegawai Hal Ehwal Islam MAIK.24
Penyedia Laporan:Dr. Nazhatul Sahima Mohd YusoffKoordinator ICANBahagian Penyelidikan, Jaringan Industri dan AlumniMACHANG, 25 Februari - Kolej Pengajian Seni Kreatif (KPSK) dengan kerjasamaUnit ICAN Bahagian PJIA, UiTM Cawangan Kelantan telah mengadakan sesi MajlisMenandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama dengan SelasarSunaryo Art Space, Bandung Indonesia.Alhamdulillah, Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) diantara UiTM Cawangan Kelantan bersama dengan Selasar Sunaryo Art Space telahberlangsung dengan lancar dan jayanya. Untuk pengetahuan umum, SelayarSunaryo Art Space adalah salah sebuah institusi seni terkenal di Bandung,Indonesia.MAJLIS MENANDATANGANIMEMORANDUMPERSEFAHAMAN (MoU) ANTARAUiTM CAWANGAN KELANTANSELASAR SUNARYO PAVILIONART SPACE, BANDUNG,INDONESIAMemorandum Persefahaman bagi pihak UiTMCawangan Kelantan telah ditandatangani olehProfesor Dr. Haji Abdol Samad Nawi selaku RektorUiTM Cawangan Kelantan manakala SelasarSunaryo Art Space pula ditandatangani oleh ArinDwihartanto Sunaryo yang merupakan pengarahSelasar Sunaryo Art Space Bandung Indonesia.Antara intipati MoU ini adalah untuk menjalinkanhubungan dan kerjasama dua hala di antara UiTMCawangan Kelantan dengan Galeri SelasarSunaryo dalam bidang akademik, kesenian dankebudayaan.Delegasi UiTM Cawangan Kelantan terdiridaripada Profesor Dr. Hj. Abdol Samad Nawi(Rektor), Dr. Norzieha Mustapha, (TimbalanRektor PJIA), Dr. Nazhatul Sahima MohdYusoff, (Koordinator ICAN), Encik ShahrulHisham Ahmad Tarmizi, Puan Siti SafuraZahari dan Puan Nur Fatiyah Roslan,pensyarah KPSK. Selain itu, 5 orangmahasiswa dari KPSK UiTM CawanganKelantan juga turut hadir dalam sesiketerjalinan perjanjian MoU melibatkan duaorganisasi bagi dua negara dalam bidangakademik, kesenian dan kebudayaan.25
MACHANG, 25 Februari - Kolej Pengajian Seni Kreatif telah berkolaborasi denganInstitusi Teknologi Bandung (ITB) dan Selasar Sunaryo Art Space, Bandung,Indonesia mengadakan International Lecture Series, The Art Talk di SelasarPavillion, Selasar Sunaryo Art Space, Bandung, Indonesia pada 25 Februari 2024.Dengan tema Unveiling the Artistic Interconnections between Indonesia andMalaysia Narratives within ASEAN’s cultural tapestry, acara ini telah mendapatsambutan dari komuniti setempat dalam menerokai jaringan artistik antara duanegara iaitu Indonesia dan Malaysia.Penceramah utama, Encik Mohd Shahrul Hisham Ahmad Tarmizi adalah pensyarahPengajian Seni Halus dari Kolej Pengajian Seni Kreatif, UiTM Cawangan Kelantan.Topik ucaptama yang disampaikan bertajuk Bridging Cultural Divides: NusantaraArt in a Global Context oleh Prof. Madya Dr. Mumtaz Mukhtar, Ketua PengajianSeni Halus, Kolej Pengajian Seni Kreatif UiTM (Shah Alam) dan Art Education andInnovation: Fostering Creativity in Nusantara oleh Dr. Sharmiza Abu Hassan,Pensyarah Kolej Pengajian Seni Kreatif UiTM Kampus Alor Gajah Melaka. Manakala,undangan khas dari Institut Teknologi Bandung (ITB) diwakili oleh Dr. AgungHujatnika yang juga merupakan Kaunselor di Yayasan Selasar Sunaryo.Program ini juga telah membuka peluang kepada UiTMCK untuk bertemu denganpentadbir akademik dari Darul Hikam Elementary School yang membawa kepadaperkongsian dan pengumpulan maklumat untuk peluang kerjasama pada masahadapan. Program ini juga telah memanifestasikan satu harapan untuk kelestariannilai, budaya dan jati diri melalui perkongsian aspirasi seni kreatif danpembentukan gaya pembelajaran yang menekankan gabungan alam dankeilmuan dalam mencapai hasil pembelajaran yang holistik.Penyedia Laporan:Puan Asiah SaidSetiausahaDepartment of International AffairsUiTMCK@SELASAR SUNARYOART SPACEPenganjuran program seperti ini diharapkan dapatmembuka lebih banyak lagi peluang untukmahasiswa di UiTM dan juga para ahli akademik yanglain untuk meneroka dan mengambil peranan dalammenyebarluaskan cabang ilmu dalam bidang senikreatif. Semoga usaha berterusan pihak UiTMCK inidapat menghasilkan graduan yang berkualiti dengannilai modal insan positif yang pada masa akan datangmampu mengangkat UiTM untuk mencapaikecemerlangan global.26
MACHANG, 25 Februari - Kolej Pengajian Seni Kreatif (KPSK) dengan kerjasamaUnit ICAN Bahagian PJIA, UiTM Cawangan Kelantan telah mengadakan MajlisMenandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) & Memorandum Perjanjian(MoA) bersama dengan Sekolah Dasar Darul Hikam, Bandung Indonesia.Telah berlangsungnya Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman(MoU) dan Memorandum Perjanjian (MoA) antara UiTM Cawangan Kelantanbersama dengan Sekolah Dasar Darul Hikam yang merupakan sebuah sekolahagama swasta yang bergerak di bawah Yayasan Darul Hikam, Indonesia.MoU dan MoA ini telah ditandatangani oleh Profesor Dr. Haji Abdol Samad Nawi(Rektor) dan disaksikan oleh Dr. Norzieha Mustapha, (Timbalan Rektor PJIA)mewakili UiTM Cawangan Kelantan, manakala bagi pihak Sekolah Dasar DarulHikam pula ditandatangani oleh Ibu Ruri Sundari (Pengetua) dan disaksikan olehIbu Yeti Nurhayati (Penolong Pengetua Hal Ehwal Akademik).Antara intipati MoU ini adalah untuk menjalinkan hubungan dan kerjasama duahala antara UiTM Cawangan Kelantan dengan Sekolah Dasar Darul Hikam dalambidang akademik, kesenian dan kebudayaan. Manakala Memorandum Perjanjian(MoA) adalah tertumpu kepada Bengkel Seni Cetakan Mini yang memfokuskankepada aktiviti pemindahan ilmu seni dan kreativiti serta peningkatan psikomotordalam berkarya kepada para pelajar Sekolah Darul Hikam.Delegasi UiTM Cawangan Kelantan terdiri daripada Profesor Dr. Haji Abdol SamadNawi (Rektor), Dr. Norzieha Mustapha, (Timbalan Rektor PJIA), Dr. Nazhatul SahimaMohd Yusoff, (Koordinator ICAN), Encik Shahrul Hisham Ahmad Tarmizi, Puan SitiSafura Zahari, Puan Nur Fatiyah Roslan pensyarah KPSK. Selain itu, 5 orangmahasiswa dari KPSK UiTM Cawangan Kelantan juga turut hadir dalam sesiketerjalinan perjanjian MoU melibatkan dua organisasi bagi dua negara dalambidang akademik, kesenian dan kebudayaan.Penyedia Laporan:Dr. Nazhatul Sahima Mohd YusoffKoordinator ICANBahagian Penyelidikan, Jaringan Industri dan AlumniMAJLIS MENANDATANGANIMEMORANDUM PERSEFAHAMAN(MoU) dan MEMORANDUMPERJANJIAN (MoA) ANTARA UiTMCAWANGAN KELANTAN DANSEKOLAH DASAR DARUL HIKAM27
Pemilihan Sekolah Dasar Darul Hikam sebagaiinstitusi pilihan adalah kerana ianyamerupakan sebuah sekolah swasta berprestasiyang telah ditubuhkan di Indonesia di bawahkelolaan Yayasan Darul Hikam. Sekolah inimenjalankan kurikulum yang berasaskanpengukuhan dalam bidang kebolehanpengajaran dan pendidikan melalui kaedahIslam, Sains dan Seni Kreatif sebagai satu asaskolaborasi dalam pembelajaran harian mereka.Penyedia Laporan:Puan Nur Fatiyah RoslanPensyarah KananKolej Pengajian Seni KreatifPuan Siti Safura ZahariPensyarahKolej Pengajian Seni KreatifMAJLIS MENANDATANGANIPERJANJIAN MoU DAN MoAANTARA KOLEJ PENGAJIAN SENIKREATIF (KPSK) UiTMCAWANGAN KELANTAN DENGANSEKOLAH DASAR DARUL HIKAMBANDUNG, INDONESIAInisiatif ini merupakan langkah lanjutan dalam pelan strategik Kolej PengajianSeni Kreatif (KPSK) UiTM Cawangan Kelantan melalui kerjasama pertukaran ilmupengetahuan antara kedua-dua belah pihak. Selain memberi tumpuan kepadameningkatkan kualiti pendidikan, mengembangkan kurikulum serta pelaksanaanprogram bersama, inisiatif MoU dan MoA ini bakal diserikan lagi dengan programpameran dan bengkel bersama yang melibatkan para pensyarah KPSK, pelajardari KPSK UiTM Cawangan Kelantan dan pelajar serta guru Sekolah Dasar DarulHikam.Memorandum ini telah ditandatangani oleh Profesor Dr. Haji Abdol Samad Nawiselaku Rektor UiTM Cawangan Kelantan manakala Sekolah Dasar Hikamditandatangani oleh Ibu Ruri Sundari selaku Guru Besar Sekolah Dasar DarulHikam. Turut terlibat wakil delegasi KPSK UiTM Cawangan Kelantan terdiridaripada Puan Nur Fatiyah Roslan selaku Ketua Projek, Encik Shahrul HishamAhmad Tarmizi, Puan Siti Safura Zahari dan Encik Azharudin Mappon, pensyarahKPSK beserta 5 orang mahasiswa dari KPSK UiTM Cawangan Kelantan.Penglibatan dua institusi pendidikan dari dua buah negara ini diharapkan dapatmenjadi titik permulaan untuk perancangan kerjasama bersama bagi programprogram yang dapat memenuhi kehendak KPI kecemerlangan, sinergi danintegriti UiTM 2021-2025. Hal ini juga diharapkan dapat memberi kesan yang positifbagi perkembangan seni kreatif antara kedua-dua buah negara.MACHANG, 25 Februari - Kolej Pengajian Seni Kreatif UiTM Cawangan Kelantandengan kerjasama Sekolah Dasar Darul Hikam Bandung telah mengadakan sesiMajlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dan MemorandumPerjanjian (MoA) yang berlangsung di Pavilion Selasar Sunaryo bertempat diBandung, Indonesia pada 25 Februari 2024.Encik Mohd Shahrul Hisham Ahmad TarmiziPensyarahKolej Pengajian Seni KreatifEncik Mohd Heidhir HamdanPensyarahKolej Pengajian Seni KreatifEncik Azharuddin MapponPensyarahKolej Pengajian Seni KreatifDr. Rushana Sulaiman@Abd RahimPensyarah KananKolej Pengajian Seni Kreatif28
PROGRAM INTERNATIONALLECTURER SERIES: THE ART TALKDENGAN MEMORANDUMPERSEFAHAMAN ANTARAUNIVERSITI TEKNOLOGI MARA,CAWANGAN KELANTAN DENGANSELASAR SUNARYO ART SPACEMACHANG, 25 Februari - Jabatan PengajianSeni Halus, Kolej Pengajian Seni Kreatif, UiTMCawangan Kelantan dengan jayanya telahmelaksanakan program pengantarabangsaanyang berkonsepkan Kembara Seni ASEAN(ASEAN Art Odyssey) dengan tema Unveilingthe Artistic Interconnections BetweenIndonesia and Malaysia Narratives WithinAsean’s Cultural Tapestry.Program ini telah berlangsung pada 25 Februari 2024 dengan inisiatifMemorandum Persefahaman antara UiTM Cawangan Kelantan bersama SelasarSunaryo Art Space. Inisiatif ini membawa tokoh-tokoh Seni Halus (UiTM-ITB) yangjuga pengamal industri dalam mempromosikan seni kontemporari serantau ASEANsebagai kelestarian warisan kedua-dua negara (Malaysia - Indonesia).Dalam mendepani trend seni kontemporari masa kini, inisiatif MemorandumPersefahaman ini merupakan sebuah program rundingan bersama pihak UniversitiTeknologi MARA Cawangan Kelantan bersama Selasar Sunaryo Art Space bagimenambah rakan strategik UiTM di peringkat antarabangsa.Acara Memorandum Persefahaman ini merupakan sebahagian dari kolaborasibersama antara Kolej Pengajian Seni Kreatif, Universiti Teknologi MARA CawanganKelantan, Malaysia, dan Fakulitas Seni Rupa Desain, Institut Teknologi Bandung,Indonesia dengan Selasar Sunaryo Art Space.Melalui program wacana seni ini, Profesor Madya Dr. Mumtaz Mokhtar telahmembentangkan cabaran graduan Seni Halus UiTM dalam mendepani seni pascamodern dan seni kontemporari, dengan tajuk pembentangan Fine Art Graduates inThe Global Arena: Crafting Futuristic Strategies for Competitive Excellence andSocietal Contribution.29
Manakala Dr. Sharmiza Abu Hassan pula meninjau praktis kesenian kontemporarimelalui perkongsian perbandingan seniman muda Malaysia dengan tajukpembentangan beliau Recent Narratives of The Past: Re-imagination of PresentGenerations in Malaysia Art.Acara wacana seni ini diperhalusi lagi dengan pembentangan Dr. Agung Hujatnikayang juga merupakan seorang Ahli Lembaga Selasar Sunaryo Art Space danPensyarah Fakulitas Seni Rupa dan Desain, ITB dengan kajiannya yang bertajukWhither Southeast Asian Contemporary Art: Notes on The Reginal Imaginarydengan pengalaman dan pengamatan beliau kepada struktur kuratorial melaluipameran seni di serantau ASEAN.Kolej Pengajian Seni Kreatif, UiTM dan Fakulitas Seni Rupa dan Desain, ITB telahlama menjalin hubungan kerjasama serta menjadi ikonik dan tokoh dalam bidangSeni Halus. Tambahan lagi, kerjasama Memorandum Persefahaman UniversitiTeknologi MARA Cawangan Kelantan dengan Selasar Sunaryo Art Space ini telahmenyambung keakraban Malaysia – Indonesia dalam bidang Seni Halus danbudaya yang sekali gus menaikkan lagi nama UiTM di persada antarabangsa.Penyedia Laporan:Encik Mohd Shahrul Hisham Ahmad TarmiziPensyarahKolej Pengajian Seni KreatifPuan Siti Safura ZahariPensyarahKolej Pengajian Seni KreatifPuan Nur Fatiyah RoslanPensyarah KananKolej Pengajian Seni KreatifEncik Mohd Heidhir HamdanPensyarahKolej Pengajian Seni KreatifEncik Azharuddin MapponPensyarahKolej Pengajian Seni KreatifDr. Rushana Sulaiman@Abd RahimPensyarah KananKolej Pengajian Seni Kreatif30
MACHANG, 25 Februari - Jabatan Matematik Kolej Pengajian PengkomputeranInformatik dan Matematik (KPPIM) dengan Kerjasama PJIA UiTM CawanganKelantan telah mengadakan Bengkel Penulisan dan Penerbitan yang melibatkanpenyertaan daripada pensyarah-pensyarah Jabatan Matematik KPPIM pada 25Februari 2024. Bengkel ini bertujuan untuk memantapkan kemahiran pensyarahmatematik dalam penulisan artikel jurnal berindeks dan memberi pendedahandalam pemilihan jurnal yang bersesuaian. Objektif bengkel ini adalah untukmembuka peluang dan berbincang serta bertukar idea dalam kalangan pensyarahmatematik bagi mencapai matlamat menghasilkan jurnal berindeks dan artikelyang berkualiti agar dapat diterbitkan dalam jurnal berindeks termasuk MyCite.Pengarah bengkel pada kali ini ialah Dr. Hazwani Hashim dan bengkel ini telahberlangsung dengan jayanya. Banyak ilmu yang telah dikongsi oleh penceramahkepada peserta-peserta bengkel dan rata-ratanya berpuas hati dengan sesi bengkelyang penuh berilmu dan bermanfaat. Semoga ilmu yang diperolehi dapat dijana kearah kebaikan UiTM khususnya dan negara amnya.Penyedia Laporan:Puan W.Nurfahizul Ifwah W.AliasPensyarah KananKolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik dan Matematik (KPPIM)BENGKEL PENULISAN DANPENERBITAN JABATANMATEMATIK KPPIM DENGANKERJASAMA PJIAUiTM CAWANGAN KELANTAN31
MACHANG, 26 Februari - Kolej Pengajian Seni Kreatif UiTM Cawangan Kelantandengan kerjasama Sekolah Dasar Darul Hikam serta Yayasan Darul Hikam denganjayanya telah mengadakan Bengkel Seni Cetakan Mini untuk pelajar-pelajarsekolah yang bertempat di Balai Hendap Selasar Sunaryo Art Space, Bandung,Indonesia pada 26 Februari 2024. Program ini melibatkan 4 orang pensyarah KolejPengajian Seni Kreatif (KPSK), 5 orang pelajar daripada Jabatan Seni Halus UiTMCK,20 orang pelajar Sekolah Dasar Darul Hikam serta para guru Sekolah Dasar DarulHikam.Program ini telah dihadiri bersama Kurator in House Selasar Sunryo Art Space,Encik Heru Hikayat dan Ibu Ruri Sundari selaku Guru Besar. Bengkel ini telahdiketuai oleh Puan Siti Safura Zahari dan telah dibantu oleh Puan Nur FatiyahRoslan, Encik Shahrul Hisham Ahmad Tarmizi dan Encik Azharudin Mappon yangkesemuanya adalah pensyarah daripada Jabatan Seni Halus, Kolej Pengajian SeniKreatif UiTMCK.Buat julung kalinya, penganjuran program ini adalah untuk memberi pendedahanilmu dan berkongsi ilmu kepakaran pensyarah KPSK khususnya dalam teknik senicetak kepada murid-murid di peringkat sekolah rendah. Bertemakan \"Pengalamandan Alam Semulajadi\", program ini telah memberi satu pengalaman sertakeseronokan dalam mendalami teknik penghasilan karya melalui seni cetakangrafik yang merupakan salah satu cabang seni halus.Relief print yang diterjemahkan dalam tema ruang lingkup pengalaman dan alamsemulajadi telah memberi satu kesan ekspresif dan keterujaan kepada pelajarpelajar Sekolah Dasar Darul Hikam bersama para guru mereka dalam menerokaipenggunaan bahan, media dan teknik dalam berkarya. Sasaran pelajar tahap 2 iaItupelajar darjah 4, 5 dan 6 ini bertujuan untuk mencungkil bakat di sampingmelahirkan potensi diri dan keyakinan murid agar lebih kreatif dalam pelbagai caradan keupayaan.Peserta program Bengkel Seni Cetakan Mini ini telah memberikan kerjasama danperhatian sepenuhnya sepanjang program berlangsung dan telah mendapatliputan media di Kota Bandung. Direktor Yayasan Darul Hikam Dra. Hj. Ruri B.Ramadhanti, MT, Ketua Biro 1 Yayasan Darul Hikam H. Luqman Amin, M.Pd sertaguru besar sekolah Ruri Sundari, M.Pd serta guru-guru yang lain telah memberikankerjasama dengan baik sepanjang bengkel berlangsung.Kolaborasi mantap ini dapat membina sahsiah serta melahirkan kereativiti untukmanfaat bersama di samping kerjasama erat antara kedua buah institusi, UiTMCKdan Sekolah Dasar Darul Hikam, Bandung, Indonesia.BENGKEL SENI CETAKAN MINIBERSAMA SEKOLAH DASARDARUL HIKAM, BANDUNG,INDONESIA32
Penyedia Laporan:Puan Siti Safura ZahariPensyarahKolej Pengajian Seni KreatifPuan Nur Fatiyah RoslanPensyarah KananKolej Pengajian Seni KreatifEncik Mohd Shahrul Hisham Ahmad TarmiziPensyarahKolej Pengajian Seni KreatifEncik Azharuddin MapponPensyarahKolej Pengajian Seni KreatifEncik Mohd Heidhir HamdanPensyarahKolej Pengajian Seni KreatifDr. Rushana Sulaiman@Abd RahimPensyarah KananKolej Pengajian Seni Kreatif33
Penyedia Laporan:Puan Asiah SaidSetiausahaDepartment of International AffairsKUNJUNG HORMAT AKADEMIPENGAJIAN BAHASA (APB) KEINSTITUT TEKNOLOGIBANDUNG (ITB)INDONESIA, 26 Februari - Satu kunjungan balas yang diketuai oleh Rektor UiTMCawangan Kelantan, Profesor Dr. Abdol Samad Nawi bersama Pensyarah KananAkademi Pengajian Bahasa iaitu Dr. Suryani Awang, Dr Warid Mihat dan Puan AsiahSaid ke Fakultas Seni Rupa dan Desain, Institut Teknologi Bandung (ITB), Indonesia.Kunjungan ini telah berlangsung pada 26 Februari 2024. Kehadiran kami telahdisambut baik oleh Dekan Fakultas Seni Rupa dan Desain, Dr. Andryanto RikrikKusmara, S.Sn. M. Sn., Dr. Nia Kurniasih (ketua Humanities Research Group) Dr.Gumawang Jati dan barisan pensyarah dari Fakultas Bahasa Inggeris FSRD.Tujuan utama kunjungan ini adalah untuk memurnikan perbincangan yang telahdiadakan sebelum ini dalam merangka pelaksanaan program – program yangmendukung hasrat Globally Renowned University 2025 (GRU2025). Antaraperbincangan yang telah dibincangkan adalah mengenai pertukaran stafakademik, bengkel pendidikan, Collaborative Teaching (CGCT) dan kolaborasipenyelidikan. Selain daripada itu, Dr. Warid Mihat juga berpeluang berdiskusibersama tokoh Massive Open Online-Learning Courses (MOOC) yang tidak asinglagi dalam kalangan warga maya pengajar dan pembelajaran di Indonesia iaitu Dr.Anuncius Gumawang Jati, M.A dari Fakultas Seni Rupa dan Desain. Peluang yangberharga ini dimurnikan lagi dengan perkongsian di beberapa platform atas talian.Seperti amalan terbaik MOOC dan Micro-credential program yang dapatmembantu UiTM Cawangan Kelantan dalam menyediakan material yang berkualitidemi mendepani cabaran dan penyelesaian pembelajaran digital dikalanganmahasiswa dan komuniti.Selain itu, Dekan Fakultas Seni Rupa danDesain juga berkongsi hasrat danharapan untuk berkolaborasi bukansahaja dari sudut akademik, malahbeliau juga menitikberatkan kualitipembangunan modal insan kakitangandan mahasiswa Institut TeknologiBandung dalam merintis perubahanglobal apabila kerjasama antara duanegara ini dimeteraikan dalamkerjasama holistik dan segala aspekkehidupan. Pihak UiTM CawanganKelantan juga menyokong penuh akanaspirasi tersebut dan sependapat dalammenerokai peluang serta melebarkansayap keilmuan serta kesarjanaan parapendidik merentas komuniti dan jugamasyarakat global.34
Penyedia Laporan:Puan Asiah SaidSetiausahaDepartment of International AffairsAMALAN TERBAIK MOOC:KUNJUNG HORMAT KE FAKULTASEKONOMI DAN BISNIS,UNIVERSITAS INDONESIAINDONESIA, 28 Februari - Universiti Teknologi MARA Cawangan Kelantan telahmengadakan Kunjungan Hormat ke Fakultas Ekonomi dan Bisnis UniversitasIndonesia (UI) pada 28 Februari 2024. Delegasi UiTMCK diketuai oleh YBrs. ProfesorDr. Hj. Abdol Samad bin Nawi (Rektor UiTMCK), Profesor Madya T.S. Dr. Nasir Ismail(Timbalan Rektor Akademik), Dr. Norzieha Mustapha (Timbalan RektorPenyelidikan, Jaringan Industri dan Alumni), Dr. Warid Mihat (PegawaiPerhubungan UiTM Global Cawangan Kelantan), Dr. Suryani Awang (PensyarahKanan Akademi Pengajian Bahasa) dan Puan Asiah Said (Pensyarah AkademiPengajian Bahasa). Manakala dipihak Fakultas Ekonomi dan Bisnis UI pula diwakilioleh Dr. Teguh Dartanto (Dekan FEB UI), Dr. Arief Wibisono (Wakil Dekan BidangPendidikan, Penelitian dan Kemahasiswaan) Dr. Putu Geniki Lavinia Natih (KepalaKantor Internasional, Ventura dan Kerja Sama), Dr. Desi Adhariani (Ketua ProgramStudi Pascasarjana Ilmu Akuntansi), Dr. Imam Salehudin (Ketua Program Studi S1Manajemen) dan Ledi Trialdi (Center for Education and Learning in Economics andBusiness FEB U).Intipati utama perbincangan antara duauniversity ini adalah mengenai amalanterbaik dalam perkara Massive OpenOnline Courses (MOOCs), Microcredential program, University SocialResponsibility (USR) serta membukaruang dan juga peluang untukMemorandum of Agreement (MoA) dankolaborasi dalam Pengajaran danPembelajaran (PdP) & penyelidikan.Selain itu, kedua-dua pihak jugamenitikberatkan penambahbaikan kualitipendidikan khususnya bagi bidangEkonomi dan Bisnes.Kerjasama ini bakal memberi impak yangpositif pada para pensyarah dalammerancang inovasi pengajaran danpenyelidikan dalam memperkasakanpendidikan tinggi di rantau ASEAN.UiTMCK menyatakan hasrat yang samauntuk meneruskan kecemerlangan tadbirurus akademik bersama pemain-pemainindustri pendidikan ini dengan lebihsistematik dan mapan.35
INDONESIA, 28 Februari - Bersempena dengan Courtesy Visit Globally RenownedUniversity (GRU2025) ke Indonesia baru-baru ini, rombongan UiTM CawanganKelantan yang diketuai oleh Rektor, Profesor Dr. Abdol Samad Nawi telahberkesempatan untuk membuat kunjungan hormat ke Fakultas Ilmu PengetahuanBudaya pada 28 Februari 2024 di Universitas Indonesia (UI), Jakarta, Indonesia.Pertemuan ini telah mendapat sambutan yang sangat baik oleh Dekan fakultitersebut iaitu Dr. Bondan Kanumoyoso, M.Hum., Manajer Pendidikan, Dr. RouliEsther dan Ketua Program Studi Inggris, Dr. Asri Saraswati. Manakala delegasi UiTMhadir bersama, Prof Madya Dr Mohd Nasir Ismail (TRek HEA), Dr Norzieha Mustapha(TRek PJIA), Dr Warid Mihat (LO OIA), Dr. Suryani Awang (Pensyarah Kanan APB),Puan Asiah Said (pensyarah APB), Dr. Nazhatul Sahima Mohd Yusoff (ICAN). Tujuanutama lawatan hormat ini adalah untuk melebarluaskan penglibatan APB UiTMCawangan Kelantan di peringkat antarabangsa bersama Unit Prodi Bahasa Inggris,FIB UI.Antara perkara perbincangan yang telah dibentangkan adalah mengenaipertukaran staf akademik, Global Lecture Series, Summer Program @ UiTMCK danmobiliti mahasiswa. Sementara itu, cadangan balas dari pihak UI juga memohonsupaya mahasiswa dapat melakukan pemindahan kredit ke atas program mobilitipembelajaran yang bakal diadakan. Pertukaran buah fikiran dan pendapat antaradua buah universiti membawa kepada satu pengharapan yang positif dalammerealisasikan amanat dan sasaran GRU2025. Semoga kerjasama ini akan dapatmenambah baik nilai sedia ada dan pembangunan rangkaian ini, agar mampumeningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran serta khidmat padamasyarakat glokal mahupun global.Penyedia Laporan:Puan Asiah SaidSetiausahaDepartment of International AffairsGRU 2025 BERSAMA FAKULTASILMU PENGETAHUAN BUDAYA,UNIVERSITAS INDONESIA36
MACHANG, 29 Februari - Pihak Pengurusan Universiti Teknologi MARA CawanganKelantan yang terdiri daripada Rektor, Timbalan Pendaftar Kanan dan TimbalanBendahari telah mengadakan sesi perjumpaan bersama Rektor (taklimat dantadbir urus) berkenaan langkah penjimatan elaun lebih masa dan kemudahan stafUiTM Cawangan Kelantan bagi tahun 2024 bertempat di HRD (A). Seramai 80 oranghadir dalam sesi ini bagi tujuan membincangkan langkah penjimatan perbelanjaanstaf UiTM Cawangan Kelantan.Program dimulakan dengan ucapan Profesor Dr. Haji Abdol Samad Nawi selakuRektor UiTMCK yang menyampaikan pesanan dari Naib Canselor mengenai usahauntuk memartabatkan diri sebagai staf UiTM dan beliau juga menerangkan apakesan positif dan negatif yang akan dihadapi dengan keadaan ekonomi pada masakini. Beliau juga menggalakkan staf sokongan untuk memberi pandangan kepadapihak pengurusan dalam memastikan semua pihak memahami konsep dan tujuandiadakan perjumpaan pada kali ini. Staf sokongan memberikan maklum balas yangbaik dan segala maklumat yang diterima akan dibincangkan dalam mesyuaratpengurusan Universiti yang akan datang.Program diteruskan dengan taklimat integriti oleh Encik Hishamudin MohamadTwontawi, Timbalan Pendaftar Kanan UiTMCK. Beliau menekankan danmengingatkan kepada semua supaya memahami ESI dan iDART agar semua stafdapat membudayakan nilai-nilai murni yang telah digariskan dan ditetapkan olehUniversiti serta mencapai sasaran GRU (Globally Renowned University) 2025. Beliaujuga menegaskan kepada semua agar jangan sesekali melakukan kesalahanintegriti kerana banyak kesan buruk dan negatif yang akan dikenakan kepada stafyang didapati bersalah. Selain itu, salahlaku integriti juga boleh membawa ke arahtindakan buang kerja. Secara keseluruhan, program berjalan dengan lancar danmendapat maklum balas yang baik daripada para staf yang hadir.Penyedia Laporan:Encik Hishamudin Mohamad TwontawiTimbalan Pendaftar KananBahagian PentadbiranSESI PERJUMPAAN BERSAMAREKTOR (TAKLIMAT DAN TADBIRURUS)37